Rais nafi desak PM undur segera Malaysiakini.com Jun 9, 2008 Muda Mohd Noor

Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak pernah meminta Datuk Seri meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno sebelum pemilihan parti Disember ini.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Malaysiakini, menteri luar itu pernah meminta Abdullah melakukan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd semasa permukiman ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno di Shah Alam, Khamis dan Jumaat lalu. suhakam religion culture conference 090906 rais yatim speakDalam majlis tersebut, Dr Rais diberikan tanggungjawab membentang hasil perbincangan satu kumpulan ahli MT yang diketuai oleh naib presiden Tan Sri .

Dalam permukiman tersebut, 52 anggota MT dipecahkan kepada tiga kumpulan dan masing-masing akan membentangkan rumusan.

Kumpulan Dr Rais dan Muhyiddin disertai 14 lagi anggota.

Dua kumpulan lain masing-masing diketuai oleh naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Kumpulan (Dr Rais) tersebut mengandungi 16 ahli MT, termasuk ketua Pemuda, Datuk Seri dan ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad.

"Ia bukannya pandangan peribadi Dr Rais tetapi (pendapat) kumpulan tersebut kerana Dr Rais mewakili kumpulannya," kata sumber yang dekat dengan program tersebut ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu diminta mengulas laporan sebuah laman web yang menyebut ahli parlimen Jelebu itu telah meminta Abdullah berhenti daripada jawatan kerajaan dan politik segera sebelum pemilihan parti Disember ini.

Akibatnya, Dr Rais dilaporkan dikecam oleh ahli-ahli MT lain, khususnya yang tidak bersama kumpulan diskusi tersebut, kerana kenyataan sewaktu pembentangannya didakwa bercanggahan dengan keputusan kumpulan.

Selain dua menteri itu, menteri pelancongan Datuk Seri dan Datuk Azim Zabidi turut serta.

Apabila ditanya lebih perinci, menurut laporan Malaysian Insider, beberapa anggota kumpulan Dr Rais mengakui mereka membincangkan isu peralihan kuasa tetapi tidak mendesak perdana menteri berundur dalam masa terdekat.

Sumber itu menegaskan, pandangan Dr Rais tentang peralihan kuasa merupakan keputusan kumpulan tersebut yang membincangkan kehendak ahli parti di peringkat akar umbi selepas kemerosotan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Dr Rais dipilih membentangkan rumusan itu, kata sumber lagi, kerana 15 ahli MT bersamanya merasakan beliau pemimpin yang paling kanan dalam kumpulannya.

"Ahli-ahli parti di peringkat cawangan mahu penentuan yang jelas mengenai peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib," kata sumber.

"Dr Rais meminta perdana menteri memberikan perhatian yang jelas mengenai peralihan kuasa tersebut," katanya lagi.

Mengulas mengenai laporan laman web tersebut, sumber itu berkata, ada orang semakin kritikal terhadap Rais berikutan beberapa kenyataan lantangnya terhadap parti dan pucuk pimpinan terutama sejak kebelakangan ini.

Selain Muhyiddin, beliau antara menteri Umno yang menggesa kuota pencalonan dimansuhkan dalam pemilihan parti Disember ini.

Copyright © 1999-2007 Mkini Dotcom Sdn. Bhd. Source : http://www.malaysiakini.com/news/84195