University of Malaya
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
APLIKASI TEKNIK VOKAL SHAKESPEARE DALAM KARAKTER LAKONAN SUARA: SATU KAJIAN DRAMA RADIO ‘PONDOK SEORANG PEREMPUAN’ MARIATI BINTI MUSTADI PUSAT KEBUDAYAAN UNIVERSITI MALAYA University of Malaya 2019 1 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: (No. K.P/Pasport: ) No. Matrik: Nama Ijazah: Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): Bidang Penyelidikan: Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa- apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon Tarikh: UniversityDiperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,of Malaya Tandatangan Saksi Tarikh: Nama: Jawatan ii APLIKASI TEKNIK VOKAL SHAKESPEARE DALAM KARAKTER LAKONAN SUARA: SATU KAJIAN DRAMA RADIO ‘PONDOK SEORANG PEREMPUAN’ ABSTRAK Kajian ini adalah berkaitan dengan aplikasi teori vokal Shakespeare dalam karakter lakonan suara drama radio berdasarkan kajian ke atas karya ‘Pondok Seorang Perempuan’ yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuala Lumpur. Kajian ini timbul apabila negara masih kekurangan kajian dalam bidang lakonan suara khususnya yang berkaitan panduan dan rujukan sesuatu teori mengenai pembinaan karakter lakonan suara drama radio. Oleh itu, berpandukan teori vokal Shakespeare objektif kajian ini adalah untuk mengetahui penggunaan elemen-elemen dalam teori pedagogi Shakespeare dan seterusnya menjelaskan bagaimana elemen-elemen tersebut digunakan dalam emosi watak yang telah dipilih dalam karya drama radio tersebut. Dengan memilih karya ‘Pondok Seorang Perempuan’, pengkaji akan menganalisis teks dan rakaman drama radio bagi membantu pengkaji mendapatkan saluran maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji hanya memilih lima elemen di dalam teori vokal Shakespeare dan lima bentuk emosi untuk dikaji dalam topik ini. Kaedah yang telahUniversity dilakukan oleh pengkaji adalah seperti of sesi temubual Malaya ke konti radio bersama individu yang terlibat dalam rakaman drama radio, mendapatkan bahan di perpustakaan dan mendengar rakaman drama radio dari pihak RTM. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat, pelajar dan pengkaji khususnya dalam bidang lakonan suara drama radio. iii THE APPLICATION OF SHAKESPEARE VOCAL TECHNIQUES IN VOICE ACTING: A RADIO DRAMA STUDY OF ‘PONDOK SEORANG PEREMPUAN’ ABSTRACT This research is about the application of Shakespeare’s vocal techniques in the radio drama according to the research of ‘Pondok Seorang Perempuan’ masterpiece produced by Radio Television Malaysia (RTM), Kuala Lumpur. This voice acting character building is researched from vocal element which is used according to different emotion acted by the chosen radio drama actors and actresses. The researcher uses the vocal Shakespeare theory to analyze this research. From that masterpiece, the researcher will analyze the text and radio drama recording to assist the researcher to gain the channel information about the title of the research. Among the methods held is the radio konti interview section with the individual involved in the radio drama recording, to gain material in the library and listen the radio drama recording from RTM. The objective of this research is to know about the usage of the elements in Shakespeare theory and to explain about methods of the elements used in identifying the radio drama character building according to the chosen masterpiece. The result of this research is hoped that it canUniversity be used for reference purpose to the community,of Malaya the students and researchers especially in radio drama in voice acting. iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana atas izinNya akhirnya dapat saya menyiapkan tesis ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Marlenny Deenerwan, selaku penyelia saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan teguran sepanjang saya menyiapkan tesis ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Prof. Dato. Dr Ghulam Shawar yang juga pernah menjadi penyelia pada awal pengajian saya. Beliau juga banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalani pengajian di Pusat Kebudayaan , Universiti Malaya. Selain itu, pensyarah-pensyarah drama yang pernah mengajar dan membimbing saya Dr Indra, Dr Zainal dan Dr Rosdeen Suboh. Selain itu, terima kasih juga kepada staf- staf bahagian pengurusan Pusat Kebudayaan yang menguruskan segala urusan pengajian sepanjang saya bergelar pelajar di Pusat Kebudayaan. Ucapan terima kasih juga kepada bekas pensyarah saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu En. Faisal bin Ahmad yang membantu saya mencurahkan idea dan pendapat beliau dalam menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya, Mustadi bin Lagong dan Riyamah binti Alip yang sentiasa memberi doa dan dorongan kepada saya, juga orang yang menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus melangkah ke depan. Tidak lupa juga kepada adik beradik, keluarga mertua, rakan-rakan yang memahami dan sentiasa menyokong saya. Jutaan terima kasih juga kepada suami tersayang, Mohamad ZulUniversity Fadhli iaitu orang yang menjadi tulang of belakang Malaya sepanjang pengajian saya, yang sentiasa ada bersama saya ketika susah dan senang dalam menyiapkan tesis ini, serta tidak putus memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada saya. Akhir kata, terima kasih sekali lagi untuk kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga Allah sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala urusan kita. Aamin. v SENARAI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Perakuan Keaslian Penulisan ii Abstrak iii Abstract iv Penghargaan v Senarai Kandungan vi Senarai Jadual x Senarai Rajah x Senarai Singkatan x Senarai Lampiran x BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.1.1 Pendahuluan 1 University 1.1.1.1 Sejarah Kemunculan of Awal RadioMalaya (1922-1956) 2 1.1.1.2 Sejarah Perkembangan Radio (1957-2004) 4 1.1.2 Latar Belakang Karya Pondok Seorang Perempuan 7 1.1.3 Sinopsis Karya Pondok Seorang Perempuan 8 1.1.4 Definisi Lakonan Suara 9 vi 1.1.5 Definisi Drama Radio 11 1.2 Permasalahan Kajian 12 1.3 Objektif Kajian 13 1.4 Hipotesis Kajian 14 1.5 Kepentingan Kajian 14 1.6 Skop Kajian 15 1.7 Kerangka Teori 16 1.8 Penutup 17 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 19 2.2 Kajian-kajian Lepas 19 2.2.1 Kajian Sejarah Drama 19 2.2.2 Kajian Berkaitan Drama Radio dan Lakonan Suara 22 2.2.3 Kajian Berkaitan Elemen Penghasilan Suara 27 2.3University Penutup of Malaya 28 BAB 3 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN 3.1 Pengenalan 31 3.2 Reka Bentuk Kajian 31 3.3 Lokasi Kajian 34 vii 3.4 Instrumen Kajian 34 3.4.1 Temu bual 34 3.4.2 Kajian Perpustakaan 35 3.4.3 Mendengar Rakaman Audio Drama Radio 35 3.4 Penutup 36 BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 37 4.2 Watak dan Perwatakan 37 4.2.1 Mak Piah 38 4.2.2 Hussin 40 4.2.3 Husni 43 4.2.4 Ipah 45 4.2.5 Pak Tam 48 4.2.6 Suraya 50 4.3University Elemen Vokal Shakespeare of Malaya 51 4.3.1 Management of The Breath 51 4.3.2 Placing The Voice 53 4.3.3 Attack And Legato 57 4.3.4 The Register of The Voice 58 viii 4.3.5 Expression 59 4.4 Analisis Pembinaan Karakter Mengikut Emosi 60 4.4.1 Sedih 60 4.4.2 Marah 65 4.4.3 Gembira 73 4.4.4 Gelisah 79 4.4.5 Takut 84 4.5 Dapatan Kajian 88 4.6 Penutup 89 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 91 5.2 Hasil Kajian Berdasarkan Pencapaian Objektif 91 5.3 Kesimpulan Umum 93 5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 95 5.5University Penutup of Malaya 96 Bibliografi 111 ix Senarai Jadual 4.1 Skala Momentum Pernafasan 52 4.2 Organ Penghasilan Bunyi 55 Senarai Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian 33 4.1 Kedudukan Organ Penghasilan Bunyi Pada Gambar 55 4.2 Bahagian Lidah 56 4.3 Kedudukan Register Suara Pada Badan 58 Senarai Lampiran Lampiran 1 Skrip ‘Pondok Seorang Perempuan’ 97 Lampiran 2 Soalan Perbualan bersama Zuraidah binti Mohd Noh, 110 Penyelia Penerbitan Radio Klasik RTM, Kuala Lumpur University of Malaya x BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Bahagian ini akan membincangkan tentang latar belakang mengenai sejarah perkembangan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengkhususkan kepada sejarah mengenai kewujudan radio di negara ini dari tahun 1922 sehingga 2004. 1.1.1 Pendahuluan Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan mengenai era perkembangan radio di Tanah Melayu yang seterusnya membawa kepada kewujudan drama radio di negara ini. Sejarah perkembangan radio di Tanah Melayu juga memperlihatkan tentang era perkembangan teknologi stesen radio dari awal kewujudannya sehingga ke hari ini. Seiring dengan perkembangan radio di Tanah Melayu, drama radio turut mengalami perkembangan dari segi jalan cerita dan penyampaiannya. UniversitySejarah perkembangan stesen Radio of Televisyen Malaya Malaysia (RTM) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sejarah kemunculan awal radio dari tahun 1922 hingga 1956 dan sejarah perkembangan radio dari tahun 1957 hingga 2004.