Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Isnin, 14 Disember 2
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 14 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 52 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1433-L10269 Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan perancangan Kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA. 2. PR-1433-L10503 Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jangka masa dan rancangan Kerajaan untuk membentangkan janji-janji yang termaktub dalam Batu Sumpah Keningau kepada Dewan Rakyat untuk diangkat sebagai asas dasar Kerajaan. 3. PR-1433-L10355 Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah pihak Kementerian dalam memantapkan lagi pelaksanaan Program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2u2i) bagi mempersiapkan graduan ke pasaran pekerjaan. 4. PR-1433-L11072 Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah program-program dan langkah- langkah yang diambil Kementerian untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan dan membantu para pengusaha dalam sektor pelancongan ini. 2 AUM DR 14/12/2020 5. PR-1433-L10407 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan berapa jumlah sekolah daif di Parlimen Sibuti yang tersenarai untuk mendapat gantian penuh bagi peruntukan fasa 3 berjumlah RM300 juta daripada dana pembayaran balik RM1 bilion untuk sekolah daif daripada Kerajaan Sarawak. 6. PR-1433-L10769 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah Kementerian akan menerbitkan laporan akhir Electoral Reform Committee (ERC) kepada ahli Parlimen dan secara awam (nyatakan sebab-sebab jika tidak); dan (b) apakah tindakan Kementerian seterusnya untuk mereformasikan dan menambah baik sistem dan proses pilihan raya di Malaysia, termasuk garis masa. 7. PR-1433-L10847 Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik penderaan kanak- kanak yang berlaku hingga akhir tahun ini dan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengelakkan berlakunya isu penderaan kanak-kanak di Malaysia. 8. PR-1433-L10812 Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan komitmen dan perancangan pihak Kementerian untuk menaik taraf Klinik Kesihatan di Simpang Renggam agar rakyat di kawasan ini tidak perlu pergi jauh ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan dan kemudahan kesihatan yang lebih baik. 9. PR-1433-L10390 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan bilangan tadika perpaduan di negeri Sarawak amnya dan kawasan Baram khasnya. Nyatakan jumlah peruntukan tahunan kewangan yang dibelanjakan di Sarawak dan kawasan Parlimen Baram. AUM DR 14/12/2020 3 10. PR-1433-L10347 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan apakah sebab-sebab projek Pan Borneo Highway sehingga ke bulan September 2020 mencapai 50% penyiapan di Sarawak, tetapi di Sabah hanya antara 18% hingga 20% siap menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin. Apakah kekangan yang menyebabkan perbezaan ketara ini dan apakah tindakan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut. 11. PR-1433-L11317 Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula yuran-yuran pengajian di institusi pengajian tinggi ataupun memberikan pengurangan atau pengecualian pembayaran yuran-yuran pengajian bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga pelajar yang terjejas ekoran pandemik COVID-19. 12. PR-1433-L11333 Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dasar Kementerian tidak menggalakkan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat bermasalah untuk masuk ke institusi (deinstitutionalize), sedangkan pertambahan penduduk, bebanan masalah sosial dan mereka yang berkemungkinan dijangkiti wabak merbahaya menuntut Kerajaan melakukan sebaliknya. 13. PR-1433-L11246 Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) apakah status pelaksanaan Program Pemakanan Kurang Zat Makanan (PPKZM) untuk mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan orang Asal; dan (b) apakah langkah untuk memperkasakan program ini. 14. PR-1433-L(5)00070 Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan sama ada KPM akan terus menanggung caj pembetungan sekolah bantuan Kerajaan pada tahun 2021. [ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ] 4 AUM DR 14/12/2020 15. PR-1433-L11369 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan untuk menangani dakwaan Amerika Syarikat terhadap Felda Global Ventures (FGV) yang didakwa menggunakan buruh paksa dalam penghasilan produk sawit dan adakah pihak Kerajaan sedar bahawa sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan kadar segera ia akan berupaya menjejaskan pendapatan negara. 16. PR-1433-L10093 Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan pelaksanaan bersasar yang sedang dirangka oleh Kerajaan menerusi NADMA untuk negeri Sabah bagi menyelesaikan masalah kelewatan penyaluran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, khususnya dari aspek fasiliti perlindungan sementara di negeri Sabah. 17. PR-1433-L11024 Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian bekerjasama dengan Jabatan perlindungan Data Peribadi (JPDP) membuat pemantauan dan pengawalan pada data peribadi yang dicatatkan secara manual di dalam buku di premis perniagaan di seluruh Malaysia selain daripada pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera supaya menyekat pihak ketiga tidak menyalahgunakan data peribadi tersebut. 18. PR-1433-L11352 Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian semasa untuk menangani masalah perkahwinan bawah umur terutamanya apabila perkahwinan bawah umur ini melibatkan masalah kemiskinan dan keciciran pendidikan. 19. PR-1433-L11239 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KANAN KERJA RAYA menyatakan :- (a) apakah langkah proaktif dalam memantau serta tindakan untuk menyelenggara dan membaiki keadaan kerosakan jalan raya yang berlubang atau rosak; dan (b) apakah piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian bagi melantik kontraktor yang berkelayakan dalam melaksanakan projek membaiki jalan raya. AUM DR 14/12/2020 5 20. PR-1433-L11228 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah depresi dalam kalangan rakyat Malaysia yang baru-baru ini dilaporkan hampir setengah juta rakyat Malaysia yang mengalami simptom tekanan atau depresi menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiliti (NHMS) 2019. 21. PR-1433-L10807 Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status pelaksanaan pembentukan Kesatuan Pelajar (Student Union) di Institut Pengajian Tinggi Awam. 22. PR-1433-L10368 Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan apakah pandangan Kementerian tentang cadangan negeri Sarawak untuk menubuhkan lima buah (5) 'International School'. 23. PR-1433-L10725 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah status kesihatan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bagaimanakah pihak Kementerian dapat membantu mereka terutamanya pelajar yang berada di negara yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19. 24. PR-1433-L10644 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab mengapa hanya individu pulang dari Sabah bermula 27 September 2020 perlu menjalani saringan COVID-19, sedangkan ramai yang pulang sebelum itu berisiko tinggi dan mengapa tempoh kuarantin kendiri di rumah yang dikenakan kurang daripada 14 hari. 25. PR-1433-L10783 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan perancangan untuk membangunkan pelan jaringan internet yang lebih baik di kawasan pendalaman khususnya di daerah Sik bagi memudahkan urusan pengajian atas talian pelajar sekolah dan universiti. 26. PR-1433-L10853 Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KANAN PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang komprehensif bagi memartabatkan tulisan jawi melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. 6 AUM DR 14/12/2020 27. PR-1433-L10652 Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada undi pos boleh digunakan oleh pengundi Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung Malaysia dan Sabah di Pilihan Raya Negeri Sarawak memandangkan situasi COVID-19 yang mungkin belum lagi terkawal bila PRN Sarawak diadakan tahun ini atau tahun depan. 28. PR-1433-L10593 Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan tidak mengatur untuk Usul Tidak Percaya terhadap beliau disenaraikan sebagai urusan pertama Parlimen, satu perkara yang lumrah/konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen. 29. PR-1433-L10672 Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan metodologi yang digunakan untuk menentukan sama ada satu mukim/zon diklasifikasi sebagai zon merah, kuning dan hijau (misalnya, adakah ia berdasarkan jumlah kes aktif yang sedang dirawat, jumlah kes baru dalam masa 2 minggu terkini, sebagai contoh). 30. PR-1433-L10419