Bil. 2 Selasa 8 Mei 2007

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL:

Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Halaman 23)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN 2007 DN.8.5.2007 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik) (LS) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. , D.P.M.T. (Dilantik) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman (Dilantik) – T.M di JPM 4. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik) 5. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah) 6. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik) 7. “ Tuan Ahmad bin Husin () 8. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak) 9. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik) 10. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik) 11. “ Tuan Chua Kim Chuan (Kedah) 12. “ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae (Dilantik) (LS) 13. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak) 14. “ Tuan Fatanah bin Datuk Haji Ahmad (Dilantik) 15. “ Dato’ Gooi Hoe Hin (P. Pinang) 16. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) 17. “ Tuan Ir. Hiang A Li (Pahang) 18. “ Tuan Hii Tiong Kuoh (Dilantik) 19. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak) 20. “ Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Haji Sujak (Selangor) (PS) 21. “ Tuan Ismail Kasim (Perlis) (LS) 22. “ Datuk Jins Shamsudin (Dilantik) 23. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik) 24. “ Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam (Dilantik) (LS) 25. “ Datuk Latiff bin Datuk Haji Tamby Chik (Melaka) 26. “ Tuan Lee Chee Keong (Negeri Sembilan) 27. “ Datuk Dr. Lee Chong Meng (Dilantik) 28. “ Tuan Lee Sing Chooi (W. Persekutuan KL) (LS) 29. “ Puan Loga Chitra a/p M. Govindasamy (Dilantik) 30. “ Tuan Maijol bin Mahap (Sabah) 31. “ Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi [Dilantik] – Menteri Di JPM 32. “ Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi (Johor) 33. “ Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib (Dilantik) 34. “ Puan Mumtaz binti Md Nawi (Kelantan) 35. “ Tuan M. Munusamy (Dilantik) ii DN.8.5.2007

36. Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik) 37. “ Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya (Dilantik) (LS) 38. “ Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie [Terengganu] 39. “ Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik) 40. “ Tan Sri Datuk Seri Nor Mohamed bin Yakcop (Dilantik) - Menteri Kewangan Kedua (LS) 41. “ Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad (Dilantik) 42. “ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang) 43. “ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik) (LS) 44. “ Dr. Raja Ram a/l K. Nadayson (Dilantik) 45. “ Tuan Rawisandran a/l Narayanan (Dilantik) 46. “ Dato’ Rhina Bhar (Dilantik) 47. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W. Persekutuan KL) 48. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik) 49. “ Datuk Soon Tian Szu [Melaka] 50. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik) 51. “ Dato’ Hajah Samsiah binti Samsudin (Negeri Sembilan) (PS) 52. “ Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain (Dilantik) (LS) 53. “ Puan Hajah Siti Rokiah binti Mohd. Zabidin (Pahang) 54. “ Puan Siw Chun a/p Eam (Perlis) (LS) 55. “ Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik) (LS) 56. “ Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain (Dilantik) 57. “ Tuan Tan Bon You (Dilantik) 58. “ Tuan Tay Puay Chuan (Johor) 59. “ Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam (Dilantik) – SUP (LS) 60. “ Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik) 61. “ Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (Terengganu) 62. “ Tuan Wan Nordin bin Che Murat (Perlis) (PS) 63. “ Puan Hajah Wan Ramlah binti Ahmad (Dilantik) (LS) 64. “ Puan Wan Ubaidah binti Omar (Kelantan) (PS) 65. “ Datuk Yaakob bin Haji Mohammad (Kedah) (PS) 66. “ Dato’ Yip Kum Fook (Selangor)

DN.8.5.2007 iii

DEWAN NEGARA

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Roosme binti Hamzah

PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi Supiah binti Dewak Hajah Kamisah binti Sayuti Sarimah binti Amran Abd. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Ahmad Kamil bin Safian

Norasmawati binti Mohamed Nor Nor Hamizah binti Haji Hassan Zaida Zuriani binti Mohd Zamli Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fahkri Nurul Shahida binti Haji Ahmad Siti Khadijah binti Md Nor Nooruanizam binti Nasir Meraliti binti Mamat

DN.8.5.2007 1

MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8 Mei 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana pendekatan yang telah diambil bagi membendung perbuatan salah laku di kalangan kakitangan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan setakat ini, berapa banyak kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang membabitkan kakitangan BPR yang telah dikenakan tindakan undang-undang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kes-kes rasuah dan salah guna kuasa di kalangan kakitangan Badan Pencegah Rasuah akan diambil tindakan mengikut peruntukan perundangan rasuah yang berkuat kuasa. Tindakan yang diambil adalah sama seperti mana kakitangan kerajaan yang lain kerana kakitangan BPR juga merupakan pegawai badan awam. Dari tahun 2000 hingga April 2007, seramai tiga kakitangan BPR telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah. Bilangan ini melibatkan dua orang pegawai BPR dan seorang kakitangan guna sama. Dua kes telah diputuskan oleh mahkamah di mana seorang telah didapati bersalah dan seorang lagi telah dibebaskan manakala satu kes lagi masih dalam perbicaraan di Mahkamah Seksyen Shah Alam. Berdasar kes yang telah dituduh itu adalah jelas kes-kes salah laku rasuah BPR adalah amat kecil. Jumlah pegawai BPR termasuk badan dan juga guna sama ialah 1,850 orang. Walaupun jumlah tersebut kecil yang kena dihadapkan rasuah, sebarang salah laku khususnya yang melibatkan jenayah berkenaan merupakan satu kesalahan yang serius dan tidak boleh dikompromi ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Bagi memastikan tahap disiplin di kalangan warga BRP sentiasa di tahap yang tinggi, BPR telah mewujudkan Unit Tatatertibnya sendiri pada tahun 2001 yang pada awalnya beroperasi secara internal deployment dengan izin. Usaha telah dibuat supaya satu unit kekal diwujudkan dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 April 2007 yang lepas telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Pengurusan Maklumat dan Tatatertib ataupun PPMT dengan dianggotai seramai 24 orang. Adalah diharapkan penubuhan PPMT ini akan dapat meningkatkan tahap disiplin dan membendung sebarang perbuatan salah laku di kalangan warga BPR. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Ismail bin Kasim kemudian Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi. Tuan Ismail bin Kassim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah langkah-langkah yang lebih tegas yang perlu dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan integriti untuk memastikan bahawa BPR ini benar-benar bersih menjadi badan yang benar-benar dapat menjalankan urusan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan? Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di kalangan pegawai-pegawai BPR ini, kita sentiasa mengadakan pertamanya, sudah tentulah kursus- kursus Refresher Course dan juga kursus-kursus yang lain yang akan menanamkan 2 DN.8.5.2007 semangat betapa pentingnya mereka harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan bersih. Keduanya, dalam pengambilan kakitangan ini, mereka melalui proses yang begitu ketat. Sebelum mereka dilantik sebagai pegawai kerana kita tahu bahawa mereka adalah orang yang diamanahkan dan diharapkan untuk menghapuskan rasuah dan sudah tentulah mereka sepatutnya lebih kebal daripada pegawai-pegawai yang lain. Namun, Yang Berhormat kalau ada cadangan-cadangan Yang Berhormat fikirkan baik untuk meningkatkan lagi prestasi mereka pihak kementerian sentiasa terbuka untuk menerima apa juga cadangan daripada pihak awam. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Dr. Haji Mohd. Puad kemudian Tuan Lee Sing Chooi. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah tidakkah wajar satu suruhanjaya khas diwujudkan untuk menyiasat kes yang melibatkan pegawai tinggi ataupun kalau melibatkan Ketua Pengarah BPR sendiri yang dia adalah pegawai tinggi polis dan kes ini adalah siasatan kedua, bukan disiasat oleh polis sendiri. Saya ingin tahu apakah tindakan boleh diambil terhadap BPR yang menyiasat satu-satu tuduhan rasuah berasaskan surat layang dan didapati tuduhan itu adalah tidak benar. Terima kasih. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang pertama, kes spesifik bagi Ketua Pengarah BPR yang dahulu iaitu Dato’ Zulkifli. Sebenarnya beliau telah disiasat oleh pihak polis bukan daripada pihak BPR. Ini telah pun diumumkan oleh Yang Berbahagia Yang Setia Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataan akhbar, yang mengatakan polis akan siasat. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau tidak disiasat oleh BPR kerana sudah tentulah, bagaimana BPR hendak menyiasat ketua pengarahnya sendiri. Sudah tentu penyiasatan tidak dinampakkan sebagai telus. Bukan saja siasatan itu telus sebab must be seen dengan izin to be telus. Sebab itu beliau disiasat oleh pihak polis bukan oleh BPR. Keduanya, sememangnya dalam Akta Pencegah Rasuah, kita memberi satu kuasa yang luas kepada pihak BPR untuk membuat sebarang penyiasatan. Ini adalah termasuk surat layang kerana kadangkala ada kebetulannya perkara yang disebut dalam surat layang itu oleh kerana orang yang menulis bimbang dan takut kalau dia membuat laporan. Apatah lagi kalau dia orang dalam, maka tindakan akan diambil terhadap beliau. Bukanlah kita hendak menggalakkan budaya surat layang ini diperluaskan di kalangan kita, tetapi kita hendak siasat kandungannya. Perkara yang disebut dalam surat layang itu, adakah betul ataupun tidak? Kerahsiaan terhadap siasatan itu memang terjamin di bawah Akta BPR ini. Sebab itu pihak BPR tidak dibenarkan untuk menzahirkan apa-apa butiran berkenaan dengan mana-mana penyiasatan kerana untuk memastikan kalau sekiranya penyiasatan dibuat berdasarkan kepada surat layang dan kalau didapati ia tidak betul, maka orang yang disiasat itu tidak akan terjejas sebab pihak BPR tidak dibenarkan untuk menzahirkan segala butiran berkenaan dengan siasatan itu. Tuan Yang di-Pertua: Tuan Lee Sing Chooi. Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berkenaan dengan kes ketua pengarah itu. Apakah akibat daripada penyiasatan itu? Apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh kerajaan ke atas kes ini? Terima kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pertamanya, ketua pengarah itu telah pun tamat perkhidmatannya pada bulan Mac yang lepas dan seperti mana kita semua sedia maklum, pihak kerajaan tidak memanjangkan kontraknya kerana beliau telah pun diberikan perkhidmatan menyambung kontraknya kalau tidak silap saya, lebih daripada sekali. Namun saya ingin menyatakan di sini bahawa tidak meneruskan tempoh itu tidak bermakna kita menganggap bahawa beliau bersalah. Itu sekali-kali saya hendak menafikan. Cuma beliau telah pun disiasat atas tuduhannya yang sebenarnya dibuat bukan sahaja baru-baru ini. Kes-kes yang disabitkan itu sebenarnya ialah kes yang lama, ada yang tahun 1997 dan 1998. Tetapi saya tidak mahu menyatakan sesuatu yang mungkin DN.8.5.2007 3 menampakkan saya menyokong kes ketua pengarah bahawa beliau tidak bersalah sebab siasatan telah pun dibuat dan saya difahamkan bahawa pihak polis telah pun membuat keputusan memuktamadkan siasatan dan ia akan dimaklumkan kepada kita tidak berapa lama lagi.

2. Tuan Ir. Hiang A Li minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh kementerian dalam usaha menangani kesan pemanasan global terhadap laporan yang dikeluarkan oleh IPCC (Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim) yang menyatakan kesan dari pemanasan global memungkinkan pupusnya 30 peratus daripada spesies tumbuhan dan haiwan sekiranya suhu meningkat antara 1.5 hingga 2.5 darjah Celsius. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Sazmi bin Miah]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Senator Tuan Wan Nordin bin Che Murat pada 9 Mei 2007 dan Senator Tuan Lee Chee Keong pada 23 Mei 2007 kerana ketiga-tiga soalan berkenaan hampir sama. Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan. Dato’ Sazmi bin Miah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, tindakan yang diambil oleh kementerian bagi menangani kesan pemanasan global akibat perubahan iklim terbahagi kepada dua pendekatan. Yang pertama ialah pendekatan mitigasi dan pendekatan adaptasi. Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan juga metana. Pendekatan adaptasi pula ialah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap manusia dan juga alam sekitar. Di samping langkah-langkah tersebut, kementerian juga sering mengadakan kempen-kempen kesedaran awam sama ada secara bersendirian ataupun bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, bagi orang awam dan juga para pelajar tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hijau tersebut. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia menyertai Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang dikenali sebagai United Nation Framework Convention on Climate Change (UNFCC) dengan izin atau Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim. Di bawah konvensyen inilah Protokol Kyoto digubal bagi menggariskan secara terperinci sasaran pengurangan pelepasan gas-gas rumah hijau yang perlu dipatuhi oleh negara-negara maju. Malaysia juga memainkan peranan yang aktif semasa rundingan di peringkat antarabangsa terutama semasa Persidangan Para Peserta Konvensyen ataupun Conference of Parties, dengan izin yang diadakan pada setiap tahun dan pernah menjadi pengerusi kepada Subsidiary Body For Scientific and Technological Advised, dengan izin mulai tahun 1997 hingga 1999 . Malaysia juga pernah menjadi naib pengerusi pada tahun 2006, dan pengerusi pada tahun 2007 kepada kumpulan pakar mengenai pemindahan teknologi dan kumpulan pakar ini dipertanggungjawabkan bagi meneliti keperluan teknologi negara-negara membangun serta mengkaji mekanisme untuk memudahkan pemindahan teknologi yang berkaitan dengan langkah-langkah menangani perubahan iklim. Di samping itu juga Malaysia pernah menjadi Ahli Lembaga Eksekutif CDM iaitu Badan yang meluluskan projek- projek CDM dan pada masa sekarang ini terdapat 15 projek CDM di Malaysia ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Ir. Hiang A Li dan kemudian Yang Berhormat Tuan Lee Chee Keong. Tuan Ir. Hiang A Li: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada 22 April, tarikh tersebut telah diisytiharkan sebagai Hari Alam Sekitar Dunia. Apakah program khas untuk orang ramai yang dirancang oleh pihak kerajaan pada hari tersebut untuk memupuk 4 DN.8.5.2007 kesedaran penjagaan alam sekitar dari segi mengelakkan kesan pemanasan global dan keberkesanannya? Terima kasih. Dato’ Sazmi bin Miah: Terima kasih, Yang Berhormat. Kita menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia setiap tahun di Malaysia. Pada tahun ini, Insya-Allah kita akan melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar kita secara besar-besaran. Ia termasuklah melalui media massa dan juga kempen-kempen ini akan diperluas kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli-ahli Parlimen bagi kawasan-kawasan tertentu di mana kita ada menyediakan peruntukan bagi kawasan-kawasan tertentu sahaja untuk mengadakan kempen-kempen tersebut. Kita telah pun membuat taklimat baru-baru ini dengan Ahli-ahli Parlimen supaya mereka juga dapat terlibat di dalam menjayakan Kempen Alam Sekitar yang dijangkakan pada bulan Jun. Insya-Allah. Terima kasih. Tuan Lee Chee Keong: Soalan tambahan saya ialah apakah tindakan yang selalunya diambil oleh kementerian kepada orang ramai yang menyebabkan pengeluaran gas-gas green house ini? Terima kasih. Dato’ Sazmi bin Miah: Tindakan kita kalau melibatkan kereta atau lori itu, kita saman sahaja. Kita menggalakkan pegawai-pegawai kita mengadakan lebih kerap penguatkuasaan kenderaan-kenderaan yang melepaskan asap hitam dan sebagainya. Ini kerana lebih daripada 60% hingga ke 70% pelepasan gas-gas ini adalah daripada kenderaan-kenderaan bermotor yang ada dan inilah major contributors dengan izin, kepada pelepasan gas-gas rumah hijau tersebut. Jadi kempen kesedaran kita buat dan kempen untuk menaiki kenderaan awam itu yang memang di bawah Kementerian Pengangkutan juga bersama dengan kita dan juga kempen penguatkuasaan. Pada kebiasaannya kalau JPJ atau polis membuat road block sekarang ini, kita mengadakan lebih banyak lagi sekatan jalan raya untuk memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya itu tidak mengeluarkan asap-asap hitam yang berlebihan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua : Adakah bagi industri, kita mempunyai piawaian-piawaian yang tertentu? Dato’ Sazmi bin Miah: Benar, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Jadi, ada dua perkara yang mengancam dan boleh memusnahkan kita iaitu rasuah dan pemanasan global. Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan. Tuan Yang di-Pertua: Hendak juga? Ha, tidak apalah, Yang Berhormat. Silakan. Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Terima kasih, sebab duduk di corner ini orang tidak nampak. Beberapa Ahli: [Ketawa] Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Soalan saya ialah ... Tuan Yang di-Pertua: Tidak betul, itu. Saya nampak tadi tidak berdiri. Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Berdiri. [Ketawa] Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapalah. Saya mengalah dengan wanita. Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Negara Amerika Syarikat dan China, dua gergasi yang terbesar di dunia ini tidak accede dengan izin kepada Kyoto Protocol . Adakah berkesan tindakan-tindakan yang diambil oleh negara-negara yang prihatin seperti Malaysia ini sekiranya dua gergasi ini tidak menjadi ahli kepada Kyoto Protocol dan mengikuti segala arahan? Kalau pun kita dapat bagi arahan tentang global warming ini. DN.8.5.2007 5

Dato’ Sazmi bin Miah: Terima kasih Yang Berhormat ibunda senator, sebenarnya ini kita anggap fardu kifayahlah bukan fardu ain maksudnya kena ada usaha daripada negara-negara bersama untuk buat ini. Amerika, China mungkin sebab rakyat ramai, ekonomi besar dan sebagainya, padahal kita tahu kedua-dua negara termasuk India sebenarnya adalah di antara negara-negara yang paling banyak melepaskan gas-gas rumah hijau ini dan apakan daya bila mereka tidak hendak sign apa kita boleh buat? Kita negara kecil. Tapi sebagai fardu kifayah kita terpaksa juga sedikit sebanyak, takkanlah kalau mereka tak nak buat kita pun tak nak buat, hancurlah. Tetapi sememangnya sekiranya negara-negara kita bersatu dengan negara-negara yang menandatangani Kyoto Protocol tersebut memberi tekanan terhadap negara yang besar seperti China dan juga Amerika untuk mengikuti perjanjian Kyoto Protocol tersebut, kita rasa kita boleh berjayalah tetapi Insya-Allah peringkat negara kita dari segi kecuali di Kelantanlah ia potong habis pokok kat Lojing itu, kan? Sebab itu saya marah sangat tu. Tapi kita terpaksa membuat sesuatu untuk negara kita sekurang-kurangnya kita boleh bagi oksigen balik kepada negara-negara seperti China dan Amerika, dan mereka sepatutnya berterima kasihlah kepada kita, kita masih lagi simpan lebih 60% hutan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat bermakna dulu orang tak sedar langsung kemudian ada sedar sikit-sikit kemudian ada perakuan melalui Kyoto Protocol dan baru sahaja selesai persidangan di Bangkok dalam mana sedikit sebanyak adalah kata sepakat. Bermakna ‘hantu’ itu telah dikenali cuma cara nak perang ‘hantu’ sahaja.

3. Tuan Ismail bin Kasim minta Perdana Menteri menyatakan apakah konsep pembangunan serta perancangan yang akan diguna pakai oleh Kerajaan dalam memastikan Projek Pembangunan Koridor Utara ini setanding dengan projek koridor yang lain. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri] : Tuan Yang di-Pertua saya mohon izin untuk menjawab bersekali dengan soalan dari Yang Berhormat Tuan Ismail Kasim juga pada 22 Mei 2007 kerana ia menyentuh isu yang sama, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memperbaiki kedudukan sosioekonomi penduduk dan memastikan pembangunan antara wilayah dan negeri yang lebih seimbang dan terancang kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan satu pelan induk bagi wilayah utara seperti projek pembangunan koridor-koridor yang lain. Konsep pelan induk ini ialah berfungsi sebagai rangka tindakan pembangunan berdasarkan kepada kekuatan ekonomi sedia ada serta sektor yang berpotensi untuk dimajukan. Dalam hal ini kerajaan telah melantik Sime Darby Berhad selaku agensi pemaju bagi menyediakan pelan induk Koridor Utara yang telah dimulakan penyediaannya pada Ogos 2006 yang lalu dan dijangka siap pada akhir bulan Jun 2007 yang akan datang ini. Setelah diluluskan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkannya dalam bulan Ogos 2007 yang akan datang ini. Pelan induk ini dijangka dengan mengambil kira rancangan struktur negeri-negeri yang terlibat di bawah Koridor Utara serta mengambil kira pandangan dari semua pihak berkepentingan khususnya agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Memandangkan Koridor Utara melibatkan empat buah negeri maka seharusnya perancangan yang lebih teliti dan terperinci perlu dijalankan bagi memastikan pelan tersebut lebih berdaya maju dan boleh dilaksanakan. Dengan ini perancangan secara bersepadu dan lebih menyeluruh akan dapat memastikan setiap negeri mendapat manfaat dan tidak menguntungkan satu negeri atau sesuatu kawasan sahaja. 6 DN.8.5.2007

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sila Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi. Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah, apakah Koridor Utara ini akan menggunakan akta yang sama seperti IRDA di Wilayah Selatan yang akan diluluskan di Parlimen juga dan apakah dasar FIC mengenai kuota bumiputera akan dikenakan pada kawasan-kawasan tertentu dalam wilayah Koridor Utara ini, terima kasih. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya maklumkan tadi iaitu kawasan wilayah utara ini melibatkan empat negeri dan juga melibatkan 22 daerah dan di dalam pelan yang sedang diatur bahkan kita sudah ada interim plan , tetapi belum lagi diselesaikan secara muktamad kerana banyak perkara- perkara yang harus diselesaikan. Umpamanya dalam pendekatan kita wilayah utara ini lebih kita juruskan fokusnya kepada sektor pertanian jika dibandingkan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar ia agak berlainan sebab kita memberi tumpuan khusus kepada teras utamanya yang boleh kita katakan untuk dibangunkan iaitu sektor pertanian baru, agro pelancongan dan perindustrian nilai ditambah. Ini perkara-perkara yang diberi keutamaan kepada Koridor Utara dan ia melibatkan sudah tertentu banyak empat buah kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan seperti yang saya sebut tadi agensi-agensi dan kita belum muktamadkan. Tetapi dalam perancangan awal ini ia akan dilaksanakan berlainan daripada Wilayah Pembangunan Iskandar yang mana ditubuhkan satu agensi tertentu tetapi Koridor Utara ini agak berlainan, dan tunggulah Yang Amat Berhormat akan maklumkan dalam bulan Ogos yang akan datang ini. Tuan Yang di-Pertua: Minta maaf Tuan Ismail bin Kasim selepas ini. Dato’ Rhina Bhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah adakah Cyberjaya maju dalam konsep MSC dan ada berapa syarikat yang telah mengambil bahagian dalam Cyberjaya?. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ini soalan terkeluar daripada soalan asal. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat rasakan pertanyaan itu terkeluar daripada soalan asal, Tuan Ismail bin Kasim. Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon penjelasan dari pihak Yang Berhormat dari pihak kerajaan, apakah pelan tindakan atau pun blue print yang dibuat dan yang dirancangkan oleh Sime Darby ini mengambil kira kedudukan negeri-negeri utara ini dalam kerjasama IMTGT? Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Memang Tuan Yang di-Pertua dalam ruang lingkup kawasan-kawasan yang melibatkan zon utara ini telah disebut juga bersempadannya dengan umpamanya Indonesia, Thailand dan sebagainya. Jadi sebab itu dari segi perlaksanaan nanti sudah tentulah perkara ini juga akan diberi perhatian untuk memastikan bahawa ruang yang telah kita sediakan terlebih dahulu daripada kita wujudkan Koridor Utara ini dapat kita berjalan seiring sejalan dengan pembangunan wilayah utara ini, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bendung keghairahan saya untuk memperbanyak pertanyaan demi kepentingan negara, dari negeri Sabah Tuan Maijol Mahap. Tuan Maijol bin Mahap: Terima kasih, pembangunan Wilayah Iskandar di Johor iaitu satu pembangunan raksasa dengan adanya projek pembangunan Koridor Selatan. Adakah kerajaan bercadang untuk membuat pembangunan raksasa seperti itu di Sabah dan Sarawak? Pembangunan Koridor Sabah dan Sarawak. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang kita semua maklum bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memaklumkan iaitu kita faham daripada penyelidikan yang telah DN.8.5.2007 7 kita buat bahawa semua daerah khususnya Sabah dan Sarawak pun perlu kita bangunkan dan sebab itu dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bukan sahaja Koridor Utara tetapi kita telah Yang Amat Berhormat telah umumkan iaitu Koridor Utara, Koridor Selatan, Koridor Pantai Timur Koridor Sabah dan Sarawak. Cuma dari segi pelaksanaan memerlukan kajian yang teliti, perancangannya perlu kajian yang lebih teliti agar pembangunan itu lebih menyeluruh dan ia tidak tertumpu kepada sesuatu tempat sahaja. Jadi soalan Yang Berhormat itu memang kerajaan akan pastikan koridor Sabah dan Sarawak juga akan dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan M. Munusamy.

4. Tuan M. Munusamy minta Menteri Kewangan menyatakan statistik kaum India yang telah mendapat pinjaman dari Bank SME dan jumlah pinjaman yang diluluskan. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan M. Munusamy. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan mandat yang diberikan kepada SME Bank, pembiayaan adalah disediakan kepada semua pengusaha PKS yang berkelayakan. Pada masa ini sistem maklumat pinjaman yang terdapat di dalam pangkalan data SME Bank tidak disusun mengikut kaum tetapi mengikut pecahan daripada segi pembiayaan kepada bumiputera dan bukan bumiputera sahaja. Sepanjang tempoh operasi SME Bank iaitu pada 3 Oktober 2005 hingga Mac 2007 sejumlah 1,841 permohonan pinjaman telah diluluskan bernilai RM3,249.8 juta. Pada jumlah tersebut sebanyak RM1,731 atau 23% permohonan dengan nilai sebanyak RM2,966.8 juta telah diluluskan kepada bumiputera dan sebanyak RM120 atau 7% permohonan dengan nilai sebanyak RM283 juta telah diluluskan kepada bukan bumiputera. Tuan M. Munusamy: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Tuan M. Munusamy. Tuan M. Munusamy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Tuan Tay Puay Chuan kemudian Senator Rawisandran. Tuan M. Munusamy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kemudahan- kemudahan yang ditawarkan oleh Bank SME adalah elemen penting bagi mencapai hasrat kerajaan dan masyarakat India untuk meningkatkan ekuiti kaum India ke tahap 3% dalam RMK-9. Saya tidak faham apa sebabnya... Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaan Yang Berhormat. Tuan M. Munusamy: Saya tidak faham apalah sebabnya SME tidak ada angka. Saya rasa adakah kementerian bercadang... Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa, agak bukan pertanyaan. Tuan M. Munusamy: Soalan tambahan saya. Adakah kementerian bercadang untuk mengarahkan Bank SME untuk mengadakan statistik bagi setiap kaum supaya kita boleh mengawasi dan memantau bahawa kaum India dan juga kaum-kaum lain telah mendapat semua kemudahan-kemudahan daripada pihak SME. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau di lihat folio SME, pinjaman PKS ini kalau kita lihat daripada segi banking system yang ada, jumlah yang telah dikeluarkan untuk pinjaman PKS sebenarnya RM170 bilion, yang hanya dikeluarkan oleh SME hanya yang saya sebut tadilah RM3.249 bilion. Jadi jumlah yang agak kecil kalau dibanding dengan keseluruhan sistem. Kalau kita lihat dari segi seluruh banking system, bumiputera 17.7% sahaja, untuk bukan bumi 78.5% di mana satu angka yang memang begitu tinggi untuk bukan bumiputera. Dalam hal SME Bank, memang kerajaan setakat ini memanglah bank ini diwujudkan untuk membantu PKS ini. Seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Tuan Munusamy, dia minta supaya diwujudkan perangkaan untuk berbagai-bagai kaum. Ini 8 DN.8.5.2007 boleh dibuat tapi tidak di breakdown, bolehlah kalau hendak diperhalusi lagi, Cina, India, Kadazan dan sebagainya, tapi ia akan makan masa sedikitlah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tay Puay Chan. Tuan Tay Puay Chuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan dana kepada Bank SME agar lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, yang ini saya tidak boleh jawab dengan segera. Saya terpaksa rujuk kepada kementerian. Tapi yang pentingnya dana ini dikeluarkan oleh semua bank komersial dan semua DFI (Development Financial Institution) yang ada. Bermakna kalau dana daripada SME tidak cukup, ataupun kurang boleh kita ambil atau pinjam daripada banyak bank lain Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Rawisandran. Tuan Rawisandran a/l Narayanan: Adakah bank... [Masalah pembesar suara] ... sebelum mereka memohon pinjaman ini. Tuan Yang di-Pertua: Boleh ulangi Yang Berhormat? Tuan Rawisandran a/l Narayanan: Adakah Bank SME ini mensyaratkan pemohon ini untuk menghadiri kursus khas sebelum mereka memohon pinjaman daripada bank? Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada syarat yang berkehendakkan supaya mereka menghadiri kursus khas, cuma apabila mereka membuat permohonan, kalau menepati syarat maka pinjaman ini diberi kepada mereka. Kalau memang mengikut piawaiannya memanglah kalau pinjamannya kurang daripada RM250,000, ia ada had masa, kurang daripada RM100 juta ada had masa dan sebagainya. Loan Committee Tuan Yang di-Pertua bersidang tiap-tiap hari untuk pinjaman bagi RM1 bilion ke bawah dan untuk RM3 bilion ke atas, bersidang tiap-tiap minggu. Bermakna dipercepatkan dalam hal kelulusan pinjaman itu Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid.

5. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah alasan DBKL mengenakan syarat baru di kawasan persekitaran Istana Negara yang baru di Jalan Duta tidak boleh dibina bangunan melebihi 30 tingkat dari jarak 1/2 batu sedangkan di kawasan persekitaran Istana Negara yang sedia ada tidak ada kawalan had ketinggian. Adakah adil bagi pemaju swasta yang telah melabur ratusan juta ringgit akan kerugian akibat syarat baru ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006, mewujudkan dasar baru dengan sekatan had ketinggian dengan 400 kaki di atas paras laut atau ketinggian bangunan hendaklah tidak melebihi ketinggian bangunan istana baru dengan diukur dari paras bumbung. Bagi bangunan dalam lingkungan setengah batu daripada reserve Istana Negara untuk menjaga keunggulan istana dan imej institusi raja. Malahan dasar ini juga diamalkan oleh negara- negara luar yang mempunyai institusi raja. Sehubungan dengan isu mengenai keadilan kepada pemaju swasta tidak berbangkit lagi. Dasar ini tidak dikuatkuasakan ke atas projek-projek yang telah diluluskan sebelum 12 Julai 2006. sekian. Tuan Yang di-Pertua: Datuk Rizuan. Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Saya tidak berpuas hati atas jawapan tersebut. Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaan Yang Berhormat. DN.8.5.2007 9

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Soalannya, apakah rasional Istana Negara di tapak baru ini diganggu oleh pemandangan-pemandangan bangunan tinggi dan sekelilingnya sedangkan pemandangan utama Istana Negara ini berhadapan dengan KLCC. Apakah rasional syarat baru ini kerana di kawasan lama sudah ada 40 tingkat lebih, di kawasan baru mengapa tidak dibenarkan lebih 40 tingkat? Terima kasih. Tuan Yew Teong Look: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya syarat baru ini ialah berikutan keputusan Jemaah Menteri seperti saya kata pada 12 Julai 2006. Pembangunan yang sedia atau pembangunan yang akan dijalankan kelulusan yang sedia ada ini memang masih dibenarkan. Ini hanya untuk menjaga imej atau keunggulan istana. Bagi saya keunggulan istana mesti diutamakan. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Lee Chee Keong.

6. Tuan Lee Chee Keong minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sebabnya kementerian campur tangan dalam meluluskan visa pelajar antarabangsa yang semakin melewatkan proses kemasukan pelajar-pelajar asing ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di- Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Bagus juga tadi yang menjawab untuk mempertahankan lambang-lambang kerajaan keturunan bukan Melayu, yang bertanya memelihara kepentingan-kepentingan perniagaan Melayu. Itu Malaysia namanya. Datuk Ong Tee Keat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kelulusan visa pelajar antarabangsa masih dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Dalam masa yang terdekat Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia akan bersama-sama memproses permohonan visa pelajar antarabangsa secara online dengan izin, yang dikenali sebagai e-pass pelajar. Penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi dalam e-pass pelajar adalah hanya pada peringkat permulaan sahaja di mana semua permohonan akan diversifikasi kan bagi memastikan para pelajar yang datang ke Malaysia adalah pelajar yang genuine dengan izin, dan mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi. Permohonan yang sudah dinilai oleh kementerian ini akan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk proses kelulusan. Penglibatan Kementerian Pengajian Tinggi dalam proses permohonan visa bagi pelajar antarabangsa tidak bertujuan untuk melambatkan kelulusan. Tetapi sebaliknya adalah untuk memastikan kejadian-kejadian seperti pelajar-pelajar yang melenyapkan diri dari institusi pengajian tinggi swasta setiba di Malaysia, pelajar yang datang semata-mata untuk bekerja dan pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi tidak akan berlaku lagi. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam mempertimbangkan kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT Malaysia, kelayakan minimum pelajar akan diambil kira. Pelajar antarabangsa perlu mematuhi kelayakan minimum untuk mengikuti kursus pengajian seperti mana yang ditetapkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan sasaran 100,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2010, faktor kualiti pelajar masih merupakan satu-satunya perhitungan utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau ini. Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pernah suatu ketika dulu dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Swasta untuk ditubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan imigresen dan polis. Jadi saya ingin tahu keberkesanannya jawatankuasa ini. Sebab apa yang saya lihat sekarang, yang lewat tetap lewat, yang angkuh tetap dengan keangkuhan mereka. Terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Senator Tuan Lee Chee Keong atas keprihatinan beliau dalam perkara ini. Sesungguhnya sebarang kelewatan itu saya kira adalah disebabkan oleh kurangnya 10 DN.8.5.2007 koordinasi ataupun penyelarasan di antara pelbagai agensi dan Yang Berhormat juga menyentuh tentang one stop agency dengan izin, yang pernah dihebahkan sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini sesungguhnya mengikut sistem e-pass pelajar ini terdapat satu panel one stop agency dengan izin yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Ini pun merupakan satu-satunya wadah yang membolehkan pelbagai agensi menyelaraskan usaha bersama dalam menangani isu kemasukan pelajar antarabangsa dan ia dijangka akan bermesyuarat secara berkala. Sekian.

7. Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Haji Sujak minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah tindakan kementerian di dalam menangani isu pengemis yang berleluasa di kawasan masjid dan juga tempat-tempat awam di mana ia kelihatan seperti dirancang oleh sesuatu sindiket. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu serta menyelamatkan pengemis dan kutu rayau dengan menggunakan Akta Orang Papa 1977. JKM menggunakan tiga kaedah pendekatan dalam tindakan menangani pengemis dan kutu rayau yang berleluasa di tempat awam termasuk mereka yang dikatakan dirancang oleh sesuatu sindiket: (i) melakukan operasi bersepadu atau berjadual; (ii) melakukan operasi ad-hoc; dan (iii) melakukan operasi secara berkala dan juga apabila ada aduan awam dari masyarakat tempatan semasa rondaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai jabatan dari semasa ke semasa. JKM telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menangani isu pengemis pada 9 Mac 2007 iaitu Jawatankuasa Penyelaras Membanteras Pengemis Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama integrasi dengan penguatkuasaan di peringkat kebangsaan, di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaraskan operasi seperti di atas dengan lebih kemas dan berkesan secara bersama antara agensi penguatkuasaan. Antara jabatan yang terlibat dalam ketiga-tiga kaedah operasi di atas termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, JAWI atau Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kesihatan. Sekian, terima kasih. Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Haji Sujak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, oleh kerana status mereka mungkin sebagai refugee ataupun PATI adakah penyelesaian yang dicadangkan kementerian itu mencukupi. Terima kasih. Datin Paduka Chew Mei Fun: Seperti apa yang saya nyatakan tadi, untuk menangani masalah ini bukan sahaja kementerian kita, kita perlukan kerjasama daripada Jabatan Imigresen dan pihak PDRM. Oleh itu, di bawah Akta Orang Papa ini kuasa yang diberikan kepada kementerian kita hanya untuk menyelamatkan mereka dan kita akan beri perkhidmatan pemulihan dan latihan kemahiran kepada pengemis-pengemis yang sebenarnya. Kalau sekiranya mereka bukan pengemis yang sebenarnya iaitu pengemis yang terlibat dengan sindiket dia adalah di bawah kuasa pihak PDRM dan juga Jabatan Imigresen dan merekalah yang akan ambil tindakan. Terima kasih. Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kenapa kementerian tidak meminta bantuan polis untuk menyoal siasat pengemis untuk mencari siapakah dalang atau hamba Allah di sebalik pengemis-pengemis itu. Siasatlah hingga ke akar umbi demi menjaga imej Tahun Melawat Malaysia. Terima kasih. DN.8.5.2007 11

Tuan Yang di-Pertua: Bahagian pertama itu pertanyaan, bahagian kedua itu gesaan. Jawab yang pertama cukuplah. Datin Paduka Chew Mei Fun: Sebenarnya saya pun sudah jawab soalan ini. Tetapi saya suka hendak ambil kesempatan ini untuk menjelaskan dengan lebih mendalam lagi. Pertama, kuasa ini di bawah PDRM dan imigresen dan kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Membanteras Pengemis Jabatan Kebajikan Masyarakat yang melibatkan dengan PDRM, Jabatan Imigresen dan juga pihak berkuasa tempatan. Kedua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada orang awam supaya jangan terlalu murah hati. Ini kerana sekarang mereka menganggap ini sebagai satu pekerjaan yang bolehkan mereka dapat pendapatan yang lumayan. Oleh itu, kalau kita selalu murah hati kita derma kepada mereka, kita akan menggalakkan mereka, lebih lagi orang akan anggap ini sebagai kerja mereka. Sebaliknya kalau kita laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kita boleh menerima, kalau mereka betul-betul perlukan bantuan kita akan menyelamatkan mereka. Kita akan hantar mereka ke Desa Bina Diri untuk pemulihan untuk latihan kemahiran, bagi mereka bantuan geran pelancaran supaya mereka boleh memulakan perniagaan kecil mereka. Kedua, kalau mereka adalah palsu dan PDRM dan Imigresen dapat mengambil tindakan terhadap mereka. Sekian, terima kasih. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian sedar bahawa pada waktu solat Jumaat terutamanya di Kuala Lumpur dan juga di Selangor ramai pengemis terutamanya warga asing menggunakan kanak-kanak menunggu di muka pintu masjid untuk membuat kutipan. Saya rasa pihak kementerian harus menghantar pihak berkuasa untuk memantau seluruh wilayah dan Selangor. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Saya minta maaf terhadap gangguan tersebut. Saya diberitahu ia hanya dapat dibetulkan pada hari Jumaat bila Dewan tidak bersidang. Silakan Yang Berhormat. Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tindakan akan diambil. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

8. Puan Siw Chun a/p Eam minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perolehan perbandingan statistik tenaga pekerja tempatan dengan pekerja asing di industri perhotelan dan anggaran fokus keperluan tenaga pekerja dalam tempoh lima tahun mendatang. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Abdul Rahman bin Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia, jumlah pekerja tempatan yang berdaftar di dalam industri perhotelan bagi tempoh tahun 2002 hingga 30 April 2007 adalah seramai 54,966 orang. Di samping itu, jumlah pekerja asing yang berdaftar pula adalah seramai 15,850 orang ataupun sebanyak 28%. Tuan Yang di-Pertua, mengikut anggaran Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam buku Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah keperluan tenaga buruh bagi semua sektor ekonomi bagi tahun 2005 adalah 11.29 juta orang. Bagi tahun 2006 adalah 11.54 juta orang. Manakala anggaran keperluan tenaga kerja bagi tahun 2010 adalah seramai 12.9 juta orang iaitu pertambahan sebanyak 1.4 juta orang. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Puan Siw Chun a/p Eam dan selepas itu Yang Berhormat bagi Tuan Ismail Kasim. Puan Siw Chun a/p Eam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan mereka dengan orang tempatan terutamanya di kalangan siswazah menganggur ataupun ibu-ibu tunggal yang masih muda dan bertenaga bagi berkecimpung dalam industri ini? Apakah fakta sebenar yang menyebabkan orang tempatan tidak berminat di dalam membuat kerja-kerja di hotel? Terima kasih. 12 DN.8.5.2007

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Memang kerajaan bercadang untuk menggantikan pekerja-pekerja asing bukan sahaja dalam sektor perhotelan tetapi juga dalam semua sektor pekerjaan. Masalah yang berlaku ialah apabila diiklankan dan ditawarkan sebagai satu syarat iaitu selama sebulan untuk memperoleh pekerja asing, kebanyakannya masih hampa. Majikan masih hampa untuk memperoleh pekerja-pekerja tempatan. Namun demikian, kerajaan sentiasa berusaha untuk mendapatkan pekerja-pekerja tempatan dengan beberapa cara iaitu: (i) dengan terus melebarkan jaringan Electronic Labor Exchange; (ii) terus membuat iklan-iklan; (iii) terus mengetatkan syarat-syarat pengambilan pekerja asing dan perlulah diberikan keutamaan kepada pekerja tempatan terlebih dahulu; dan (iv) pihak kita Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama majikan-majikan yang ada terus mengadakan Karnival Pekerjaan yang dikenali sebagai “Jom Cari Kerja”. Bagi tahun lepas sahaja kita telah pun melaksanakan sebanyak 12 “Jom Pekerjaan” dan bagi tahun ini kita telah pun ada empat dan semuanya ini memberikan peluang kepada pekerja-pekerja tempatan. Namun demikian, masalah saya ulangi masih lagi kurang mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja tempatan khususnya dalam bidang perhotelan kepada dua iaitu housekeeping dan yang keduanya yang melibatkan sektor bawahan iaitu seperti kemas mengemas dan juga cuci-mencuci. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Tuan Ismail Kasim. Tuan Ismail Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung dengan dasar pengambilan pekerja asing ini, adakah diseimbangkan ataupun di bawah pengawasan dan pengawalan kementerian Yang Berhormat? Kerana kita lihat kemasukannya yang dibuat ini seolah-olah tidak ada perancangan yang begitu teliti. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini? Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sebenarnya memang sudah ada perancangan yang teliti. Namun demikian, dalam sektor-sektor yang berbentuk 3D (dirty, dangerous and difficult) dengan izin yang membawa maksud kotor, berbahaya dan susah. Memang sektor ini sangat dijauhi oleh pekerja-pekerja Malaysia. Saya hendak sebut dalam Dewan yang mulia ini kalau semua pencari-pencari kerja sanggup untuk melibatkan dalam sektor-sektor ini sama ada dalam bidang perhotelan ataupun pertanian, perladangan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan tidak ada seorang pun pencari kerja yang menganggur. Oleh itu tidaklah boleh dikatakan bahawa kerajaan tidak memberi peluang. Masalahnya bila kita berhentikan pengambilan pekerja asing ini, ia boleh mengakibatkan produktiviti majikan terjejas sekali gus mengakibatkan kepada terjejasnya produktiviti negara. Namun demikian, kerajaan sentiasa berusaha membanyakkan pekerja-pekerja tempatan sementara. Dalam usaha membanyakkan pekerja-pekerja tempatan, kita masih lagi mengekalkan pekerja-pekerja asing. Namun demikian tidak bermakna ia tidak boleh dikurangkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: 3D itu apa? Dirty, dangerous... Datuk Abdul Rahman bin Bakar: And difficult. Datuk Dr. Lee Chong Meng: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tidakkah ini berlaku perkara di dunia ataupun Eropah dan Amerika mana kerja dirty dan dangerous semua pekerja asing. DN.8.5.2007 13

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, di Amerika sahaja Tuan Yang di-Pertua, pekerja asing lebih daripada 20 juta. Begitu juga di Jepun lebih daripada lima juta. Begitu juga di Hong Kong, Korea berjuta-juta termasuk di Australia sendiri lebih dari lima juta. Terima kasih. Datuk Dr. Lee Chong Meng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan boleh? [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Lambat sangatlah, tunggu . Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, dalam sektor perhotelan apakah jenis pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan terhadap pekerja asing? Ini terlibat dengan Bukit Bintang punya hotel. Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Antara sektor-sektor yang dibenarkan adalah yang berbentuk buruh ataupun yang disifatkan menggunakan tenaga kudrat. Sektor- sektornya yang pertamanya iaitu dalam pembuatan ( manufacturing ), keduanya dalam pertanian atau perladangan, ketiga dalam pembinaan ( construction ) dan keempatnya dalam bidang perkhidmatan (services). Terima kasih.

9. Tuan Wan Nordin bin Che Murat minta Menteri Kewangan menyatakan langkah- langkah yang diusahakan bagi mencapai matlamat dasar liberalisasi kewangan serta kejayaan membawa masuk pelaburan dana asing ke dalam Malaysia bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara. Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Awang Adek bin Hussin]: Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah-langkah liberalisasi sektor kewangan yang telah diambil oleh kerajaan adalah pelbagai dan agak menyeluruh. Satunya ialah peralihan dasar daripada tambatan ringgit, fix essential rate dengan izin, kepada rejim kadar pertukaran yang lebih fleksibel serta pelonggaran peraturan pertukaran asing. Sementara pelonggaran-pelonggaran ini adalah satunya limit terhad ke atas akaun mata wang asing yang disimpan di bank-bank di Malaysia dihapuskan. Keduanya net open position dengan izin, bagi bank-bank di Malaysia juga telah dihapuskan. Ketiganya ialah dari segi kebebasan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur di luar negara. Tiga golongan syarikat khususnya unit trust , syarikat-syarikat unit trust atau syarikat-syarikat amanah saham, syarikat-syarikat pengurusan dana, syarikat-syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk melabur sehingga 50% daripada NAV mereka di luar negara. Keempatnya ialah di mana bank-bank pelaburan (investment bank) dan bank-bank Islam yang merupakan subsidiari kepada bank-bank di Malaysia ini, dibenarkan untuk dimiliki oleh pelabur asing sehingga 49% daripada tahap yang sebelum ini 30%. Pada masa yang sama tiga lesen bank Islam milik 100% warga asing dikeluarkan oleh kerajaan melalui Bank Negara. Dalam industri security, lima lesen syarikat pengurusan dana asing juga telah dikeluarkan dan lima lesen syarikat broker asing juga telah dikeluarkan. Pada masa yang sama, terdapat minat yang semakin meningkat untuk rakan kongsi asing untuk mengambil bahagian atau mengambil pegangan dalam saham-saham bank tempatan. Umpamanya Kumpulan ANZ Bank yang memasuki syarikat Ambank di Malaysia dan kita juga dimaklumkan bahawa bank Affin Bank sedang berunding dengan sebuah bank dari luar iaitu Bank of East Asia dalam peringkat perundingan. Hasil daripada kelonggaran-kelonggaran ini, liberalisasi ini. Kita dapati hubungan rapat dengan kemasukan modal asing yang ketara ke dalam negara kita. Seperti mana yang saya sebut semalam, FDI (Foreign Direct Investment) yang memasuki negara kita dalam tahun 2006 ialah sebanyak RM22.2 bilion berbanding dengan RM15 bilion pada tahun 2005. Pada masa yang sama juga kita lihat kerancakan pasaran saham kita yang juga didorong sebahagiannya oleh pelabur-pelabur asing di mana yang terakhirnya pasaran saham kita telah mencatat 1,365 mata yang merupakan rekod juga sejak kebelakangan ini. Kesan ke atas ekonomi negara... Tuan Yang di-Pertua: Bolehkan Yang Berhormat beri peluang? 14 DN.8.5.2007

Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Dah akhir dah. Pandangan Tuan Yang di- Pertua dengan saya itu sama. [Ketawa] I hope that great minds think alike. Tuan Yang di-Pertua: Lepas itu ditambah pula and fools seldom differ . Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: I don’t want to mention that one dengan izin. Jadi kesan ke atas ekonomi negara juga agak menyeluruh seperti mana yang saya maklumkan dengan terperincinya pada hari semalam. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tuan Wan Nordin, kemudian Tuan Lee Sing Chooi, Dato' Hajah Saripah Aminah? Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: [Menggeleng] Tuan Yang di-Pertua: Dr. Haji Mohd. Puad. Tuan Wan Nordin bin Che Murat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme yang diguna pakai bagi memastikan pelaburan dana asing yang dibawa masuk ini kekal terus melabur di negara kita dan juga memanggil pelabur baru kerana dalam bidang.. Tuan Yang di-Pertua: Kerana itu cukuplah. Apakah? Tuan Wan Nordin bin Che Murat: ...mekanisme yang diguna pakai memastikan pelaburan ini dan pelaburan baru yang akan masuk dan berada dilaburkan terus di negara. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Kerana itu kita bincang di luar nanti. [Ketawa] Sebenarnya tidak ada satu-satu mekanisme yang khusus untuk memastikan pelaburan ini berterusan masuk dan pelaburan ini kekal untuk berada dalam negara kita. Saya kira yang paling utamanya ialah memastikan dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan ini terus menarik dan terus mendapat keyakinan pelabur asing. Sebaik sahaja dasar yang dijalankan oleh kerajaan dilihat tidak kondusif, yang mengongkong kegiatan mereka yang meletakkan Malaysia pada peringkat yang disadvantage dengan izin berbanding dengan negara-negara lain, maka saya rasa kita akan kehilangan kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur itu untuk berada di dalam negara kita. Keduanya ialah pelabur-pelabur asing ini dia tidak suka kepada sesuatu tempat yang tidak aman dan tenteram. Jadi kestabilan politik dalam sesebuah negara itu juga cukup penting. Itulah sebabnya saya rasa tekanan yang dibuat oleh kerajaan untuk menjamin perpaduan yang mantap dan kekal dan juga persekitaran dan iklim politik yang sihat yang tidak menampakkan semangat ataupun sifat-sifat yang tidak sopan seperti mana yang diamalkan oleh setengah-setengah parti itu seharusnya dibanteras kerana ini akan memberi kesan negatif kepada pelaburan dalam negara kita dan akhirnya ekonomi kita akan tergugat dan yang akhir sekali yang akan menanggungnya ialah orang-orang kita yang berpendapatan rendah kerana mereka ini bergantung kepada keadaan ekonomi untuk mendapat rezeki, untuk menampung hidup mereka dan keluarga mereka. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tuan Lee Sing Chooi. Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Atas dasar liberalisasi kewangan, saya nak tanya bilakah kerajaan bercadang untuk mengantarabangsakan ringgit dan apakah kriteria-kriteria yang diambil kira untuk mengambil keputusan tersebut dan setakat manakah kesediaan Malaysia dalam proses ini supaya bila kita mengantarabangsakan wang ringgit ini kita beruntung. Terima kasih. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang cukup baik saya kira dan boleh mengelirukan kadangkala kerana konsep ringgit antarabangsa ini adalah satu konsep yang relatif Tuan Yang di-Pertua. Yang relatif bermakna tidak ada satu tahap di mana pengantarabangsaan ini boleh dianggap complete. Sebab itu saya kata boleh mengelirukan. Umpamanya di negara kita ini, ringgit dari segi pengantarabangsaannya untuk menampung perdagangan luar negara (international trade) dan untuk menampung pelaburan baik ke dalam negara ataupun ke luar negara adalah antarabangsa, tidak ada had. Bermakna untuk mendapat ringgit, untuk menjual ringgit, DN.8.5.2007 15 membeli ringgit, untuk eksport import pelaburan sudah antarabangsa. Barangkali yang tidak antarabangsanya ialah menggunakan ringgit untuk spekulasi. Tuan Yang di-Pertua: Dewan sedar kita mendengar jawapan daripada seorang bekas central banker. Jadi, Dewan sedar juga kalau biar central banker ini jawab sampai ke petang dia tak habis lagi. [Ketawa] Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: [Ketawa] Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Jika boleh Yang Berhormat. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ok. Jadi bermakna oleh kerana Tuan Yang di-Pertua telah memperingatkan saya masa, maka ringgit kita sudah pun... Tuan Yang di-Pertua: Kadang-kadang yang buat lupa dia Timbalan Menteri Kewangan, bukan lagi central banker. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Biasanya central bank dia tak cakap banyak Tuan Yang di-Pertua. Dia bila dah masuk politik ini dia banyak sedikit. [Ketawa] Jadi, ringgit sebenarnya sudah antarabangsa dalam segenap segi kecuali untuk membiarkan ianya diguna sebagai mata wang spekulasi dan saya rasa tidak ada kita yang bersetuju supaya ringgit ini diantarabangsakan lagi untuk kegunaan spekulasi. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Dr. Haji Mohd. Puad. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah itu bermakna bahawa kerajaan tidak akan memperdagangkan ataupun meniagakan ringgit di luar pesisir, offshore ini dan saya ingin tahu selain daripada Pantai Holding, apakah syarikat lain yang sudah dikuasai oleh syarikat daripada Singapura. Terima kasih. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ini ringgit dengan Pantai Holding itu tak berapa ngam sikit Tuan Yang di-Pertua. Dia tak berapa masuk. Tuan Yang di-Pertua: Lain sikit. Dato' Dr. Awang Adek bin Hussin: Ha itu dah tajuk lain sikit. Tapi tentang kerajaan memperdagangkan ringgit antarabangsa ini pun tak berapa tepat kerana tidak ada kerajaan yang memperdagangkan matawang mereka ya. Baik pun kerajaan Amerika, Jepun, Jerman. Mereka tidak memperdagangkan. Yang memperdagangkan matawang mereka adalah pedagang-pedagang matawang. Speculators, the position takers. Jadi kita tidak bolehlah nak katakan Malaysia akan memperdagangkan atau kerajaan akan memperdagangkan. Yang pasti saya rasa ialah segala skop liberalisasi ini diteruskan untuk menampung keperluan perniagaan antarabangsa dan pelaburan antarabangsa. Tetapi langkah-langkah untuk memudahkan spekulasi mata wang ringgit ini barangkali tidak akan dipermudahkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Selanjutnya saya jemput Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn dan jika ada pertanyaan tambahan, saya akan dahulukan Dato' Hajah Saripah Aminah sebab banyak kali bangun tadi.

10. Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta Perdana Menteri menyatakan statistik yang merangkumi jumlah plaintif wanita yang memfailkan permohonan cerai (fasakh) di seluruh negara dan status tertunggak kepada permohonan cerai tersebut. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, lazimnya permohonan penceraian secara fasakh adalah dipohon oleh kaum wanita. Statistik perceraian, permohonan cerai fasakh bagi seluruh negara bagi tahun 2006, kes yang berdaftar ialah sebanyak 2,238, kes yang selesai 1,029, kes dalam prosiding 1,630. 16 DN.8.5.2007

Bagi tahun 2007 sehingga bulan Mac kes yang berdaftar adalah sebanyak 477, selesai 51 dan kes yang masih dalam prosiding ialah sebanyak 426. Apabila ada kes dalam prosiding bermakna tiada kes yang tertunggak. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn. Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Soalan tambahan saya, sejauh manakah keberkesanan sistem e-Syariah yang telah diaplikasi kepada 102 lokasi di seluruh negara bagi melancarkan proses perbicaraan tanpa perlu menunggu bertahun- tahun dan apakah pendirian menteri apabila hakim syarie terpaksa berhadapan dengan pertembungan di antara birokrasi sistem Mahkamah Syariah verses keadilan dan hak plaintif yang menuntut fasakh, yang manakah patut didahulukan? Dan apakah menteri setuju sekiranya peguam-peguam syarie ini dipantau oleh suatu badan contohnya BAR Council agar memastikan mereka akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan beretika dan apakah kata menteri jika saya mengatakan bahawa kementerian telah gagal melaksanakan prinsip-prinsip Islam Hadhari di antaranya yang menyebut dan mendukung perlindungan dan pembelaan terhadap wanita apabila ianya berkaitan dengan pentadbiran sistem Mahkamah Syariah. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya tadi tidak sempat hendak catat soalan yang kedua bagaimanapun saya jawab dulu yang lain tentang sejauh manakah berkesannya sistem e-Syariah ini. Sistem e-Syariah ini sangat berkesan Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat kerana dalam proses e-Syariah, sebarang kes yang didaftar akan terpaksa didengar dalam tempoh 21 hari. Bermakna sebarang kes yang datang ini tidak akan tertunggak kerana setiap kes yang ditangguhkan adalah ditangguhkan dengan tarikh. Jadi ini merupakan satu keberkesanan sistem e-Syariah yang diperkenalkan. Berkenaan dengan Peguam Syarie perlu ada satu pemantauan ya Yang Berhormat daripada pihak kerajaan sendiri, sebenarnya peguam-peguam ini adalah dilantik oleh plaintif dan defendan sendiri dan saya tidak bersetuju kalau Yang Berhormat katakan bahawa sistem yang ada terutamanya menyalahkan kepada Islam Hadhari yang tidak berpihak kepada wanita kerana kalau kita melihat kepada tuntutan permohonan cerai secara fasakh sebenarnya kesemua daripada tuntutan-tuntutan itu adalah menyebelahi kepada pihak wanita. Umpamanya kalau kita dapat lihat sebahagian daripada keadaan-keadaan yang diharuskan bagi wanita menuntut fasakh ialah apabila suaminya hilang lebih daripada setahun, apabila suami cuai tidak memberi nafkah, suami dihukum penjara, suami tidak menunaikan nafkah batin, suami mati pucuk, suami gila dalam tempoh dua tahun, suami berpenyakit kelamin berjangkit, suami menyakiti atau menjadikan hidup isteri menderita, suami berkawan dengan perempuan jahat, suami menjadikan hidup isteri ini dalam keadaan .... Tuan Yang di-Pertua: Kalau berkawan dengan perempuan baik? Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Yang itu bolehlah Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau kita kaji balik keseluruhan Yang Berhormat ianya adalah menyebelahi kepada wanita. Jadi ini sebahagian sahaja yang dapat saya sebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed kemudian Puan Mumtaz binti Md Nawi. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen adakah jawapan berkenaan dengan statistik tadi menyeluruh atau sekadar di Selangor sahaja oleh sebab di Pulau Pinang masih lagi banyak kes-kes yang tertunggak dan masalah wanita yang menunggu untuk mendapatkan penceraian ataupun fasakh ini mengecewakan pihak kami di peringkat MPWK yang terpaksa menyelesaikan kes-kes nafkah dan juga mendapatkan bantuan-bantuan kepada ibu-ibu ini yang menunggu kes-kes diselesaikan. Terima kasih. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya jawapan yang saya berikan tadi statistiknya adalah menyeluruh bagi seluruh negara. Cuma DN.8.5.2007 17

Yang Berhormat kita kena faham di sini apa yang kita definisikan sebagai kes yang tertunggak. Kes yang tertunggak adalah kes yang didaftar tetapi tidak didengar dalam tempoh setahun. Maka itu baru boleh dikategorikan sebagai kes yang tertunggak. Dan dalam hal ini apabila ramai di antara wanita-wanita yang tertunggu untuk dibicarakan kadang-kadang Yang Berhormat kita kena bezakan. Sebahagian besar daripada mereka sebenarnya tidak mendaftar ke mahkamah tetapi sebahagiannya pergi ke pejabat agama dan di pejabat agama ia adalah berbeza dengan mahkamah. Sedangkan di pejabat agama kita cuma memberi nasihat, kaunseling, runding cara dan sebagainya. Jadi kadang-kadang kes di pejabat agama itu dianggap kes yang tertunggak dan lambat sedangkan kalau wanita itu terus mendaftarkan kesnya di mahkamah dengan sistem yang ada sekarang tidak dapat tidak kes itu mesti didengar dalam tempoh 21 hari. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Puan Mumtaz binti Md Nawi. Puan Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah rasionalnya pemaparan kes-kes melibatkan penceraian melibatkan individu-individu yang terkenal yang saya kirakan boleh dikatakan sebagai subjudice juga kalau ia melibatkan kes mahkamah. Itu yang pertama yang kedua, dari segi pendefinisian kes tertunggak, saya rasa ada beza di antara adjourn sinedie dengan adjourn biasa. Adjourn sinedie adalah tangguh tanpa tarikh dan adjourn biasa adalah tangguh kerana alasan-alasan yang diberikan oleh sama ada oleh pihak peguam ataupun pihak mahkamah. Jadi sekiranya pendefinisian pihak Mahkamah Syariah tentang tertunggak adalah merujuk kepada adjourn sinedie saya rasa ini memerlukan satu practice direction ataupun arahan daripada pihak JAKIM untuk meletakkan had masa. Sekiranya kes fasakh ini boleh diberikan had masa untuk diselesaikan sebagai contohnya mungkin untuk kes fasakh biasa perlu diselesaikan dalam masa setahun. Jadi kalau kita buat sistem sebegini adakah pihak JAKIM ada menyediakan sistem sebegini untuk menyelesaikan kes-kes sebegini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Bahagian yang pertama itu saya kena jawab. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Elok. Tuan Yang di-Pertua: Kalau saya tidak jawab seolah-olah saya tidak jaga dan membiarkan pertanyaan subjudice . Saya dengar berhati-hati pertanyaan tadi dan saya biarkan sebab saya telah memutuskan ianya tidak subjudice kerana ianya umum. Yang Berhormat boleh jawab bahagian kedua. Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Respons kepada soalan Yang Berhormat tentang definisi ini tadi kalau ikut kepada arahan amalan yang ada kepada mahkamah memang setiap penangguhan kes ini adalah dengan tarikh. Jadi kes yang didaftarkan mesti didengar pada tarikh telah ditetapkan dan apabila ada lagi kes yang tidak selesai dalam tempoh 360 hari ataupun setahun maka dengan automatik sistem e-Syariah ini akan memberi amaran kepada pengguna ataupun amaran kepada hakim-hakim dan juga pegawai-pegawai mahkamah tentang kes ini. Jadi dengan tersendirinya. Kalau Yang Berhormat bangkitkan tadi kenapa kita tidak mengadakan satu arahan bahawa kes ini mesti selesai dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Sebenarnya Yang Berhormat kalau kita tengok balik satu kajian sebenarnya pernah dilakukan. Kajian ini membuktikan bahawa sebahagian besar kajian daripada 1998 hingga tahun 2002 bahawa kes-kes penceraian ini menjadi tertunggak bukan disebabkan pentadbiran mahkamah tetapi disebabkan daripada plaintif mahupun defendan ataupun peguam itu sendiri. Jadi dalam kajian ini juga menyatakan bahawa 60% daripada kes-kes yang didaftarkan ke mahkamah semuanya selesai dalam tempoh tiga bulan sahaja. Terima kasih.

18 DN.8.5.2007

11. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta Menteri Kewangan menyatakan potensi sistem kewangan berlandaskan muamalat dan sama ada suatu indeks khusus bakal diadakan untuk pelaburan mematuhi prinsip syariah. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad. Tuan Yang di-Pertua jawapan saya agak panjang sedikitlah. Tuan Yang di-Pertua: Boleh pendekkan sedikit? Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Saya boleh pendekkan kalau Tuan Yang di- Pertua tidak mencelahlah. Tuan Yang di-Pertua, bagi pasaran modal Islam titik permulaan ... Tuan Yang di-Pertua: Itu dinamakan pre-empt strike. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Bagi pasaran modal Islam titik permulaan perkembangan muamalat Islam bermula dengan penubuhan Majlis Penasihat Syariah ataupun MPS di Suruhanjaya Security ataupun SC pada tahun 1996. MPS telah menyediakan garis panduan untuk menilai sekuriti syarikat tersenarai sama ada patuh atau tidak patuh kepada syariah. Pada tahun 1997 MPS telah mula memperkenalkan senarai sekuriti patuh syariah sebagai panduan kepada pelabur yang ingin melabur dalam syarikat- syarikat tersenarai berlandaskan syariah. Pada masa kini permintaan terhadap produk pelaburan Islam semakin meningkat dan lebih daripada 85% sekuriti tersenarai di Bursa Saham Malaysia adalah patuh syariah. Ini turut merancakkan pembangunan dana-dana amanah Islam atau dana-dana yang berlandaskan syariah. Dana-dana ini hanya dilabur dalam saham atau sekuriti patuh syariah. Dengan adanya senarai sekuriti patuh syariah, dana amanah Islam di Malaysia telah berkembang dari hanya dua buah dana pada tahun 1993 kepada 100 buah dana pada penghujung tahun 2006. Selain daripada Sekuriti Patuh Syariah dan Dana Amanah REIT Islam ataupun Islamic REIT pula mendapat perhatian pelabur. Malaysia merupakan negara pertama yang mengeluarkan garis panduan khusus untuk REIT Islam dan juga yang pertama melancarkan dana seumpamanya. Bagi pasaran Bon Islam ataupun sukuk pula, Malaysia menerbitkan lebih 2/3 daripada jumlah sukuk dunia. Tahun 2006, menyaksikan peningkatan penerbitan sukuk Malaysia dan diterima di peringkat antarabangsa. Kira-kira 70% daripada nilai sukuk yang diluluskan oleh SC distrukturkan menggunakan prinsip berkongsi keuntungan dan kerugian ataupun musyarakah. Pada tahun yang sama, SC juga telah meluluskan 116 terbitan bon berjumlah RM75.83 bilion. Pada jumlah itu 64 terbitan ialah sukuk yang bernilai RM42.0 bilion dan nilai itu mewakili 55.4% daripada jumlah terbitan bond baru yang diluluskan. Penerbitan sukuk yang diterima secara global menunjukkan kemajuan yang luar biasa yang mana 27 daripada 64 atau 42% sukuk yang diluluskan oleh SC pada tahun 2006 adalah berasaskan perkongsian untung dan rugi musyarakah, ijarah ataupun jualan secara tempahan istisna dan prinsip perkongsian keuntungan mudarabah. Dari segi nilai RM25.5 bilion atau hampir 85% sukuk yang diluluskan pada tahun 2006 distrukturkan menggunakan empat prinsip syariah yang tersebut. Satu inisiatif strategik secara bersama iaitu Malaysia International Islamic Finance Center (MIFC) antara SC, Bank Negara, Bursa Malaysia dan Lembaga Jabatan Kewangan Luar Pesisir Labuan ataupun LOPSA telah diumumkan pada 14 Ogos 2006. Inisiatif ini bertujuan untuk membangunkan infrastruktur kewangan Islam yang mantap dan juga untuk mengambil langkah-langkah dan inisiatif-inisiatif baru bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Hub Kewangan Islam Antarabangsa termasuklah pasaran modal Islam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi pasaran ekuiti atau pasaran saham, Indeks Syariah dibentuk berdasarkan senarai Sekuriti Patuh Syariah. Ianya digunakan sebagai tanda aras atau ukur rujuk untuk melihat pergerakan sekuriti syarikat yang patuh syariah. Bursa Malaysia pula mula membentuk indeks syariah utama pada tahun 1999. DN.8.5.2007 19

Indeks Syariah Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLSI adalah berdasarkan Sekuriti Patuh Syariah yang dilakarkan di papan utama Bursa Malaysia. Bagi meningkatkan lagi profil Malaysia dan menarik lebih ramai pelabur luar negara, untuk melabur dalam Pasaran Modal Islam di Malaysia, Bursa Malaysia telah bekerjasama dengan pengeluar indeks antarabangsa iaitu FTSE Group untuk memperkenalkan indeks syariah yang baru iaitu FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks pada awal tahun 2007. Indeks ini dibentuk berdasarkan ciri-ciri indeks antarabangsa yang lebih mencerminkan kualiti dan lebih kompetitif. Mula pada November 2007, FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks akan menggantikan KLSI sepenuhnya Tuan Yang di-Pertua. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dianggarkan bahawa terdapat dana bernilai sekurang-kurangnya USD1.3 trilion dimiliki oleh orang Islam di negara Asia Timur yang tidak dilaburkan dalam produk Islam. Soalan saya, apakah tindakan proaktif kementerian dalam mempertingkatkan daya saingan produk dan pasaran? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad, sebenarnya memang Malaysia agresif dalam hal ini dan seperti yang saya sebut tadi, Malaysia adalah yang boleh dianggap sebagai International Centre untuk Islamic Funding . Dalam hal ini Malaysia telah mengeluarkan tiga lesen bank-bank asing untuk menubuhkan Bank Islam di Malaysia. Seperti yang kita tahu iaitu saya sebut di sini iaitu... hilang... Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Al-Rajhi... Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Al-Rajhi Bank and Investment Bank Group, Big Finance House, Asian Finance Bank Berhad dengan modal mereka aset mereka RM65.7 bilion bagi AL-Rajhi Bank, Big Finance House RM39.1 bilion dan Asia Finance Bank agak kecil sedikit di mana kita ada banyak usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menarik minat pelabur asing dalam hal perbankan Islam Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak ganggu pun tadi.

12. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta Menteri Kerja Raya menyatakan jikalau dilihat kutipan tol di lebuh raya yang lama-kelamaan telah menunjukkan keuntungan, tidakkah kerajaan bercadang untuk mengurangkan kos kutipan tol ini agar selaras dengan slogan mesra rakyat. Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Haji Roslan bin Awang Chik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat konsesi lebuh raya yang telah menunjukkan keuntungan adalah menyumbang kepada peningkatan sumber kewangan kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sumber kewangan ini akan digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan lebih banyak infrastruktur untuk kegunaan rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kutipan tol merupakan sumber pendapatan utama pada syarikat konsesi bagi menanggung kos penyelenggaraan, kos operasi, kos heavy maintenance dengan izin, kos pinjaman yang terdiri daripada pinjaman pokok, faedah serta kos-kos pembaikpulihan perkhidmatan. Kerajaan sentiasa memastikan kadar tol adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna lebuh raya dan tidak membebankan. Bagi tujuan tersebut kerajaan telah mengadakan banyak perbincangan dengan syarikat konsesi dan telah mengurangkan kadar tol daripada kadar tol asal yang termaktub di dalam perjanjian konsesi. Walau bagaimanapun semasa berbincang dengan syarikat konsesi mengenai pengurangan kadar tol, kerajaan juga perlu mengambil kira faktor kos yang ditanggung oleh syarikat konsesi bagi memastikan kutipan tol adalah mencukupi untuk membiayai kos-kos yang dinyatakan tadi. Mengurangkan kadar tol oleh kerajaan sebenarnya akan menguntungkan rakyat yang lebih mampu dan memilih untuk menggunakan lebuh raya. Di samping itu kerajaan juga perlu membantu rakyat yang kurang kemampuan dan belum menikmati kemudahan infrastruktur asas untuk meningkatkan kualiti hidup mereka selaras dengan slogan ‘Mesra Rakyat’. Sekian. 20 DN.8.5.2007

Tuan Ir. Hiang A Li: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adalah difahamkan bawah kerajaan pernah mengadakan perundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya bertol untuk menjadualkan semula kutipan tol supaya tidak menaikkan kadar tol. Soalan saya ialah apakah perkembangan perundingan berkenaan? Dato' Yong Khoon Seng: Untuk tidak memberi beban lebih tinggi kepada pihak pengguna, kerajaan telah bincang beberapa kali dengan pihak syarikat konsesi supaya menjadualkan peningkatan kadar tol dan kita ada dua cara. Yang itu kita membayar pampasan kepada yang kita tidak naikkan tol dan juga kita boleh melanjutkan masa konsesi atau kedua-duanya dijalankan. Kita telah pun menjalankan berapa kali perbincangan dengan pihak syarikat konsesi, sehingga kini saya tidak ada angka yang tepat, tetapi saya ingat dekat RM1 bilion pampasan telah diberi. Lanjutan masa adalah melebihi lima atau sepuluh tahun. Sekian, terima kasih.

13. Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapa ramai peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman PTPTN sedang berkhidmat di jabatan, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat GLC dan bagaimana majikan mereka dapat menolong menyelesaikan hutang ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di- Pertua, setakat 31 Mac tahun ini, PTPTN telah pun meluluskan sebanyak RM19.06 bilion dana yang melibatkan sejumlah 982,066 orang peminjam. Daripada jumlah tersebut, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM13.15 bilion. Amaun pinjaman yang perlu dikutip semula oleh PTPTN adalah sejumlah RM1.37 bilion yang melibatkan 438,775 orang peminjam. PTPTN sesungguhnya sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam usaha meningkatkan prestasi kutipan balik pinjaman khususnya dalam usaha mengesan lebih ramai lagi peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman. Sehingga 15 April tahun ini, PTPTN telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN untuk mengesan 40,573 orang peminjam yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan dan syarikat-syarikat GLC. Daripada jumlah tersebut, seramai 30,277 orang peminjam telah pun membuat bayaran balik pinjaman dan seramai 359 orang peminjam telah dikecualikan pembayaran balik pinjaman kerana mendapat keputusan kelas pertama dalam pengajian di IPT, manakala selebihnya iaitu seramai 9,937 orang peminjam masih lagi belum memulakan bayaran balik pinjaman dan tindakan penguatkuasaan akan diambil selanjutnya. Selain daripada kerjasama dengan JPN, PTPTN melalui peruntukan undang- undang di bawah seksyen 29(1), Akta 566 PTPTN yang sedia ada juga memohon kerjasama pihak majikan untuk membantu PTPTN dalam menyelesaikan masalah hutang peminjam melalui kaedah-kaedah berikut: (i) memotong gaji pelajar (peminjam), jumlah wang yang tertentu yang dimaklumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN sebagai amaun bayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada pelajar (peminjam) itu bagi tujuan pelepasan pinjaman pendidikannya; dan (ii) untuk meremit amaun yang dipotong itu kepada LHDN setiap bulan. Tuan Yang di-Pertua, menurut Rang Undang-undang (Pindaan) Akta 566 yang telah dibahaskan dan diluluskan di kelmarin di bawah seksyen 29(1)(a) dan (b), majikan turut diwajibkan untuk membantu PTPTN apabila diberitahu secara bertulis oleh PTPTN mengenai amaun bayaran balik bulanan melalui pemotongan gaji bagi seseorang pelajar peminjam yang bekerja dengan mereka. Jika berlaku keingkaran pada pihak majikan terhadap arahan pemotongan gaji oleh PTPTN. Ia juga menjadi satu kesalahan yang boleh di kompaun. Sekian. DN.8.5.2007 21

Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan bayaran balik dengan kadar yang agak tidak memuaskan. Satu praktis yang dilakukan oleh Australia di mana setiap peminjam semasa mereka meminjam, mereka dapat satu nombor income tax dan nombor itu mengikut pelajar itu. Bila pelajar itu bekerja, hendak bayar income tax , maka sudah potonglah gaji dia. Itu sudah dibuktikan satu cara yang berkesan untuk mengutip balik pinjaman. Adakah kementerian mempertimbangkan cara ini supaya cara ini dapat dilaksanakan? Terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Lee Sing Chooi. Sesungguhnya pihak kementerian memang sedar bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam mekanisme PTPTN yang sedia ada. Itulah sebabnya kementerian telah pun mengusahakan satu pindaan Akta PTPTN seperti mana yang saya sebutkan tadi. Berkaitan dengan contoh yang Yang Berhormat bangkitkan tadi itu, ianya tetap merupakan satu-satunya yang diambil kita sebagai contoh dalam mekanisme pelaksanaan kita. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu bilakah bunga ataupun faedah dikenakan ke atas pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN? Adakah satu tempoh diberikan kepada pelajar- pelajar, satu tempoh pengecualian daripada dikenakan bunga kerana pelajar yang tamat belajar tidak dapat pekerjaan tetapi saya difahamkan bunga itu telah pun dikenakan. Adakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan sama sekali bunga ataupun faedah daripada pinjaman pelajar kerana ini sangat membebankan para pelajar? Terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, sesungguhnya soal bunga ataupun faedah tidak timbul sama sekali. Yang dikenakan itu adalah sekadar caj pentadbiran yang semata-mata dikutip untuk menampung perbelanjaan pihak PTPTN dalam pengurusan, ini yang pertama. Yang keduanya, Yang Berhormat juga membangkitkan tentang kerumitan ataupun kemusykilan kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang belum mendapat pekerjaan. Ini kita sedia maklum bahawa ianya sebenarnya telah diambil kira oleh pihak PTPTN dalam menangani isu tuntutan kembali bayaran pinjaman seperti mana yang pernah saya sebutkan dalam Dewan yang mulia ini. Kes-kes yang seumpama ini bolehlah dimaklumkan kepada pihak PTPTN dan bukannya mereka yang terbabit itu terus senyap, tanpa menghubungi pihak PTPTN untuk menguruskan tunggakan pinjaman itu.

14. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta Menteri Pelajaran menyatakan: (a) bilangan sekolah atau satu jantina yang ada di seluruh negara dan adakah bilangannya kian bertambah dan bagaimanakah sambutan kemasukan pelajar serta prestasi pembelajaran pelajarnya; dan (b) apakah polisi dan syarat kementerian untuk menggalakkan penubuhan sekolah seperti ini untuk mengurangkan masalah sosial antara jantina. Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran [Puan Komala Devi]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga Januari 2007, terdapat 109 buah sekolah yang muridnya terdiri daripada murid lelaki sahaja, manakala sebanyak 183 buah sekolah terdiri daripada murid perempuan sahaja. Jumlah tersebut meliputi sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu jantina sahaja sama ada lelaki atau perempuan adalah terdiri daripada sekolah-sekolah lama, khususnya sekolah-sekolah mission , dengan izin, ataupun sekolah- sekolah mubaligh. Berdasarkan pemantauan, Kementerian Pelajaran mendapati pemilihan ibu bapa untuk kemasukan anak-anak mereka ke sekolah tidak bergantung sama ada sekolah bercampur atau sekolah satu jantina tetapi lebih mengambil kira faktor-faktor lain seperti 22 DN.8.5.2007 lokasi sekolah, jarak sekolah dari tempat tinggal dan juga prestasi sekolah tersebut. Berdasarkan kepada peperiksaan-peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah tidak bergantung kepada jenis sekolah tersebut. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sebagai jawapan untuk soalan (b), pembinaan sekolah-sekolah baru di bawah Kementerian Pelajaran adalah untuk menyediakan peluang pendidikan bagi kedua-dua jantina iaitu murid bercampur dalam sesebuah premis sekolah. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa sama ada sekolah bercampur atau sekolah satu jantina tidak mempunyai hubung kait dengan masalah disiplin atau sosial. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Ya, jawapan sudah jelas. Terima kasih Yang Berhormat.

15. Datuk Dr. Lee Chong Meng minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian tentang penyalahgunaan "Sudan Red ", ubat kimia yang digunakan dalam bidang ternakan telur ayam dan itik. Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan bahawa nama Sultan Red itu adalah sebenarnya Sudan Red . Sudan - Afrika . Tuan Yang di-Pertua, Sudan Red merupakan bahan terlarang mengikut peraturan makanan 1985. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meningkatkan pemantauan terhadap penyalahgunaan Sudan Red dari produk makanan yang diimport dan tempatan seperti telur masin, telur awet, cili kering dan serbuk kari. Sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Dr. Lee Choong Meng Datuk Dr. Lee Choong Meng: Terima kasih atas jawapan. Selepas kita selesaikan isu beta-agonist ini, jadi isu Sudan Red timbul. Jadi saya difahamkan bahawa negara kita mengeksportkan telur masin dan century egg ke Singapura dan saya dimaklumkan bahawa 12,000 kotak telah dimusnahkan oleh pihak Singapura. Jadi ini akan menjejaskan imej negara kita untuk pasaran eksport. Saya hendak tahu adakah Kementerian Pertanian ambil tindakan untuk mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau barang-barang eksport ke negara asing kerana kita hendak promosikan Malaysia sebagai rantau untuk pengeksportan makanan halal di dunia. Jadi ini penting untuk negara kita. Sekian terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Kita atau Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebenarnya pemantauan ini dibuat secara ad-hoc . Tetapi terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat mengatakan baru- baru ini terdapat beberapa ribu kotak tadi yang telah dijumpai di Singapura tetapi yang maklumat yang saya ada setakat ini kita pula mengadakan ujian secara ad-hoc di mana sehingga April 2007 kita telah mengadakan ujian bersama dengan Jabatan Kimia di mana kita mengadakan sampel sekitar 550 sampel iaitu termasuk sampel rempah, telur masin, makanan ternakan dan sebagainya dan hanya mendapati tidak berapa banyaklah, bukan tahap yang membimbangkan. Jadi apa Yang Berhormat beritahu ini terima kasih banyak-banyak kalau dapat Yang Berhormat saya minta secara bertulis supaya kita akan mewujudkan jawatankuasa seperti kita hendak menangani masalah beta-agonist bolehlah kita wujudkan kerjasama memandangkan ini adalah pelbagai kementerian yang terlibat. Kalau hendak ikut sebenar- benarnya mengenai dari segi pemakanan adalah Kementerian Kesihatan. Tetapi tidak apa Yang Berhormat telah membawa, Yang Berhormat sampaikan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bolehlah mengadakan perbincangan bersama. Untuk DN.8.5.2007 23 makluman di sini Sudan Red ialah industrial colouring . Ia diguna pada bahan-bahan kulit seperti kita hendak membuat colour kepada beg, kasut dan sebagainya. Jadi memang tidak dibenarkan untuk makanan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan telah cukup. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen yang Kesebelas”. [7 Mei 2007] Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya minta Yang Berhormat Datuk Jins Shamsudin menyambung ucapan. 11.40 pg. Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya menyambung perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ingin menarik perhatian kepada perkara 42. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasa bangga dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam Misi Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu dan Misi Kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Mereka patut diberikan pengiktirafan sewajarnya dan baru-baru ini juga kerajaan telah pun menaikkan gaji dan elaun sebagai menaikkan taraf hidup mereka. Tanpa mereka kita tidak mungkin berada dalam keadaan yang aman, damai. Sekalung tahniah kepada angkatan tentera kita yang telah menjaga segala keamanan di negara ini dan bagi menghargai penglibatan mereka dan sumbangan yang tidak ternilai itu, maka marilah kita merayu kepada semua pihak supaya mendermalah pada Hari Pahlawan nanti. Pada masa yang sama kita juga tidak lupa kepada pasukan polis yang sentiasa bekerja siang dan malam untuk membanteras jenayah yang semakin menjadi-jadi hingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita terpaksa mengeluarkan kenyataan perang terhadap penjenayah yang terdapat di negara ini seperti perompak, samun, culik, bunuh, penyeludupan berbagai-bagai alat dan berbagai-bagai bahan kereta, rokok, mercun, dadah dan lain-lainnya penyeludupan secara haram masuk ke negara ini ditangani oleh pihak polis dengan begitu berkesan. Walaupun tangkapan-tangkapan telah diadakan, berbagai-bagai tangkapan dilakukan tetapi masih terdapat peningkatan yang ketara. Adakah kerana kita terlalu ramai pekerja-pekerja asing di dalam negara ini dan menimbulkan banyak penganggur- penganggur yang menyebabkan jenayah menjadi-jadi. Jadi kita harus melihat ini sesuatu 24 DN.8.5.2007 yang penting ‘mencegah adalah lebih baik daripada menangkap’ atau dalam medical term nya prevent is better than cure . Daripada kita menangkap, lebih baik mencegah perkara-perkara ini berlaku. Dalam masa yang sama saya juga ingin menarik perhatian dalam perkara 42 juga Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menyentuh hal-hal pembangunan ekonomi dan sosial dalam negara. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, kerana saya telah menerima sesuatu dan ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri hal-hal yang bersangkut paut dengan ekonomi peribadi dan saya menerima risalah melalui pos di atas nama saya. Saya hairan dan saya fikir kalau saya boleh terima orang lain juga saya fikir juga terima, mengajak kita main nombor ekor. Jadi ini ada dua risalah. Satu datang dari negeri Perlis, satu datang dari negeri Kedah yang menggunakan nombor telefonnya di sini, ada segala alamatnya semua dan mengatakan tok guru sedia menyelesaikan masalah anda dengan... jangan lepaskan peluang ini dan diletakkan juga beberapa orang yang telah membuat pengakuan bahawa mereka telah mendapat nombor daripada tok guru ini dan akhirnya mereka telah pergi dan untung beribu-ribu ringgit dan ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kalau ada yang kurang imannya apabila risalah ini diterima saya berpendapat mereka akan cuba. Apabila mereka cuba kebetulan pula barangkali dia dapat, maka wang yang didapati adalah haram untuk diberi makan anak isteri di rumahnya. Saya ingin bertanya kepada kementerian yang bertanggungjawab bagaimana sama ada perkara ini dipantau oleh Kementerian Kewangan atau Kementerian Dalam Negeri hal-hal yang boleh membawa kita kepada perkara yang merugikan dari sudut agama. Satu lagi risalah juga diedarkan, ini dia. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pelaburan internet dan ini pelaburan yang diedarkan di seluruh negara dan saya juga terima ini “Pelaburan jangka pendek dengan pulangan yang amat baik. Interestnya 2.2% sehingga 3%”. Ini semua diedarkan ada alamatnya, ada tempat dan sebagainya. Apakah ini ada lesen yang dikeluarkan? Jadi saya harap perkara ini dapat dipantau supaya rakyat Malaysia tidak ditipu dengan keadaan-keadaan yang demikian kerana dia boleh melibatkan wang yang begitu besar. Seterusnya saya ingin menarik perhatian kepada pasukan polis sama ada kita telah membuat pemantauan dan saya difahamkan hari ini saya telah diberitahu bahawa ada satu pasar malam. Dia tidak panggil pasar malam lagi tetapi ia dipanggil downtown , dengan izin yang dibuka sepanjang malam. Pasar larut malam ini melibatkan banyak peralatan dan jenama tiruan yang dijual di sana. Ini juga kita lihat bahawa anak-anak kita boleh menggunakan ‘pasar satu malam’ atau sepanjang malam ini untuk kepentingan- kepentingan lain dan boleh juga membawa kepada penglibatan-penglibatan sosial yang tidak diingini. Oleh itu, saya berharap ada pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat memantau sama ada mereka ini diberi lesen satu malam sehingga ke pagi yang dipanggil downtown ini, dengan izin. Banyak tempat yang saya telah saya lalui di sana dan saya difahamkan bahawa itu adalah merupakan tumpuan anak-anak muda ke sana kononnya untuk membeli-belah dan ini juga membawa kepada gejala-gejala sosial yang tidak kita ingini. Sudah banyak gejala sosial yang berlaku di kelab-kelab malam yang dibuka sehingga lewat malam dan juga di pusat-pusat hiburan yang terbuka sehingga lewat malam hingga ke pagi. Dan ini satu lagi yang dibuka secara begitu terbuka dan luas hingga menyebabkan sukar untuk dikawal. Saya berharap ini dapat dipantau supaya tidak terjadi perkara-perkara seperti ini. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perpaduan kaum. Perpaduan kaum di negara ini dalam sebuah negara seperti Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang keturunan, berbilang bangsa dan berbilang agama, berbilang bahasa dan budaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong telah menyentuh perkara yang paling penting iaitu perpaduan rakyat yang menjadi kunci kejayaan negara. Walaupun ada perbezaan pendapat dan sikap keterbukaan dalam membahaskan sesuatu isu tetapi hendaklah dilakukan dengan bijaksana dan berhemah. Memahami sensitiviti setiap kaum, bahasa menjadi komponen yang penting di dalam menyatupadukan rakyat. Oleh kerana itulah DN.8.5.2007 25 bahasa kebangsaan bahasa perpaduan, bahasa yang telah pun termaktub di dalam Perlembagaan kita iaitu Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan. Saya berharap dan saya ingin bertanya masih adakah lagi rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik dan apakah usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di semua peringkat, urusan dan mengeratkan lagi perpaduan kaum kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jadi bangsa Malaysia boleh menggunakan bahasa-bahasa lain. Kita boleh belajar bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Perancis dan sebagainya. Tetapi sebagai bahasa negara, bahasa kita, kita haruslah menuturkan dengan fasih. Maka itulah kita lihat di semua peringkat, di Dewan yang mulia ini juga kita menggunakan bahasa kebangsaan, di Dewan Rakyat dan di mana-mana pertemuan rasmi menggunakan bahasa kebangsaan kerana ia bahasa perpaduan. Untuk menguji kita, di antara perpaduan kaum yang ada di dalam negara ini kita telah diuji. Baru-baru ini kita telah diuji sejauh mana perpaduan kaum kita dapat dibuktikan. Tiga pilihan raya kecil Batu Talam, Machap dan Ijok menjadi gelanggang ujian kita. ADUN ketiga-tiga kaum ini telah meninggal dunia. Satunya daripada kaum orang Melayu, kaum Cina dan kaum India telah meninggal dunia. Kita semuanya, terbukti pengundi ketiga-tiga kaum ini tidak memilih bangsa atau memilih calon-calonnya tetapi memilih parti yang mewakili semua kaum iaitu yang telah teruji dan diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita yang kita kasihi. Ujian ini telah membuktikan kepada kita bahawa kita diuji sama ada dia kaum Cina atau kaum Melayu atau kaum India yang bertanding tetapi itu bukanlah menjadi sebabnya. Yang penting ialah kita semua kaum datang bersama-sama untuk menyokong calon kita bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional untuk menjadi teraju kepimpinan negara ini. Janganlah kita ambil ringan perkara ini. Jangan ada di antara kita yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum kerana itu adalah yang utama kita lakukan semenjak kita merdeka lagi dengan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zakarshi: [Bangun] Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan. Timbalan Yang di-Pertua: Ada dua Yang Berhormat yang bangun. Datuk Jins Shamsudin: Saya bagi kedua-duanya. Dipersilakan. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zakarshi: Yang bangun dululah. Datuk Jins Shamsudin: Yang bangun dululah. Baik, dipersilakan. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Dr. Haji Mohd. Puad. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zakarshi: Terima kasih. Yang Berhormat, saya hendak bertanya, dengan suasana ekonomi yang semakin baik sekarang ini. Dengan track record yang ada dan suasana hubungan ras yang ada sekarang ini, apakah Yang Berhormat yakin bahawa kerajaan Barisan Nasional ini mampu untuk terus berkuasa untuk 50 tahun lagi pada masa akan datang? Apa pandangan Yang Berhormat sebenarnya? Terima kasih. Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih. Dengan perpaduan kaum yang ada, dengan kerjasama yang erat, dengan pucuk pemimpin yang ada ini, saya yakin bukan 50 tahun tetapi 50 tahun berikutnya, Barisan Nasional terus akan menjadi teraju pemerintah. Ini kerana tidak ada mana-mana parti yang kita lihat, yang saya lihat yang boleh menerajui negara ini kerana prinsip yang ada di dalam Barisan Nasional itu adalah perpaduan. Yang mana kita lihat sekarang ini banyak di negara-negara lain sebagai contohnya, mana-mana negara yang tidak ada perpaduan kaum bertelagah di antara satu sama lain. Malah sesama bangsa pun mereka bertelagah kerana berebut kuasa. Ini akan menghancurkan negara itu. Buktinya terlalu banyak yang kita lihat. Maka itu saya yakin dan percaya Barisan Nasional dapat terus memerintah negara ini berterusan 50 tahun dan seterusnya 50 tahun akan datang. Insya-Allah dengan 26 DN.8.5.2007 perpaduan kita, generasi yang akan datang akan terus menerajui mengikut acuan yang telah dibentuk oleh barisan pemimpin yang ada sekarang ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Yaakob bin Haji Mohammad. Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, Yang Berhormat kerana mengizinkan saya. Persoalan Yang Berhormat bangkitkan tadi yang saya lihat menyentuh soal perpaduan kaum dan keduanya menyentuh soal keharmonian negara. Kalau di lihat di sini, saya ingin membangkitkan pandangan untuk Yang Berhormat memberikan pandangan juga iaitu dari segi konsep kongsi kuasa yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah menjuruskan kepada nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat pada hari ini perpaduan kaum sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ke Bawah Duli Tuanku dalam ucapannya amat perlu diberi perhatian oleh rakyat negara kita. Kalau dilihat sejak akhir-akhir ini terdapat unsur-unsur pihak tertentu yang cuba mempersoal perkara-perkara di dalam Perlembagaan Negara iaitu isu bahasa kadang-kadang disentuh dan kadang-kadang isu agama dipersoalkan. Ini menjuruskan kepada perasaan tidak puas hati dan syak wasangka di kalangan rakyat berbilang kaum. Apatah lagi kalau disentuh soal isu-isu agama. Apa pandangan Yang Berhormat tentang adanya anasir-anasir sedemikian yang kadang-kadang kita lihat sebagai cuba menggugat ketenangan air laut. Apa pandangan Yang Berhormat tentang anasir-anasir sedemikian yang kadang-kadang kita dapat lihat ia datang dari luar, negara kita boleh hancur. Tuan Yang di-Pertua, andai kata perpaduan kaum itu telah pun hancur. Ini adalah sesuatu kekuatan negara. Negara-negara lain akan hancur apabila berlaku pertelingkahan kaum. Kuasa-kuasa luar nampak di Malaysia ini cara yang paling baik untuk menghancurkan negara baik dari segi ekonominya dan sosialnya adalah menghancurkan perpaduan kaum. Kerana itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Ke Bawah Duli Tuanku menyentuh soal perpaduan kaum harus diberi perhatian. Kalau kita lihat juga pilihan raya-pilihan raya kecil, anasir-anasir luar cuba menyeludup menggunakan bagaimana untuk memecah perpaduan kaum sama ada menggunakan isu-isu sensitif tadi dan daripada peristiwa yang berlaku pilihan raya kecil di Lunas dan pilihan raya kecil di Ijok yang baru-baru ini telah melahirkan satu ketegangan akibat usul-usul yang begitu halus atau subtle dengan izin, cuba meracuni mereka-mereka yang boleh diperalatkan untuk mencetuskan ketegangan kaum atau perpecahan kaum. Apa pandangan Yang Berhormat tentang mereka-mereka ini yang merupakan dalang untuk mencetuskan ketegangan yang boleh kita ambil tindakan kerana perkara- perkara ini amat berbahaya dan merupakan kanser ataupun racun yang boleh menjuruskan kepada hancurnya perpaduan kaum, terima kasih. Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat bahawa negara kita ini adalah sebuah negara yang telah pun teruji. 50 tahun kemerdekaan negara ini dan yang akan kita sambut pada tahun ini merupakan sesuatu yang tidak pernah ada di mana-mana di dunia hari ini sebuah parti pemerintah terus memerintah selama 50 tahun di atas asas perpaduan dan juga tolak ansur. Toleransi inilah yang menyebabkan kita berada dalam sebuah negara yang aman, damai dan makmur. Oleh kerana itu, ada anasir-anasir asing yang cuba meresap masuk kerana mencemburui tentang kejayaan yang telah kita capai. Maka itu kalau kita lihat setiap perhimpunan-perhimpunan antarabangsa yang diadakan di negara ini sentiasa memberikan pujian tentang pentadbiran negara kita, tentang kepimpinan negara kita ini adalah merupakan yang terbaik dan yang dijadikan contoh. Mereka cuba mengambil contoh Malaysia untuk dibawa pulang ke tempat mereka tetapi belum sampai ke peringkat itu. Oleh kerana itu, kita tahu kalau dalam bahasa kita, kita ada perumpamaan yang mengatakan , “setandan buah kelapa tentulah ada satu, dua yang tidak baik.” Jadi oleh kerana itu kita haruslah mengawal perasaan kerana perasaan itulah sahaja yang boleh mengawal perpaduan kaum. Jangan kita terbawa-bawa perasaan perkauman. Kita juga DN.8.5.2007 27 telah ada di dalam Perlembagaan kita membenarkan kita walaupun agama Islam adalah sebagai agama rasmi negara, agama-agama lain boleh mempraktikkan agama mereka tetapi rasminya ialah agama Islam yang telah diterima semasa kita membuat perundingan untuk bersama-sama bekerjasama dengan MIC dan MCA pada peringkat awal lagi di peringkat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri sebelum itu telah berunding dan bersetuju dalam lima sosial kontrak yang tidak perlu saya ulangi, semua orang dah tahu. Dalam sosial kontrak itu telah ada persetujuan bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam dan agama lain dibenarkan. Begitu juga bahasa rasmi ialah bahasa Melayu dan bahasa lain boleh juga dituturkan tetapi bahasa rasminya itulah bahasa perpaduan, bahasa negara kita. Jadi kalau kita tidak menghormatinya maka itu akan menjadi satu pertelingkahan. Sebab itulah kita merasakan perpaduan ini harus diperpanjang. Saya amat bersetuju ada di antara segelintir mereka yang mencemburui tentang kejayaan kita menggunakan orang-orang tempatan, menggunakan pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk menyeludup masuk dan memecahbelahkan kita. Seperti yang pernah kita amalkan dahulu atau telah diamalkan oleh penjajah dahulu iaitu pecah dan perintah atau divide and rule dengan izin. Pecah dan perintah itu sahaja satu jalan untuk mereka memecahbelahkan kita dan mereka masuk di tengah. Kita sudah tengok banyak contoh di negara-negara jiran, kalau mereka nak menjatuhkan seseorang pemimpin itu mereka pecah-pecahkan dahulu pemimpinnya di antara satu sama lain. Inilah yang kita hendak awasi. Kita sebagai rakyat yang cintakan kepada keamanan, cintakan kepada negara, bangsa dan agama, maka kita hendaklah jujur kepada apa yang kita lakukan. Kalau kita mengaku rakyat Malaysia, kita hendaklah bersatu padu melihat pembangunan negara kita ini bukan untuk pemimpin tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Jadi untuk itu, saya amat bersetuju kita harus melihat mata, kaki dan tangan kita menjadi mata kakitangan kerajaan, kakitangan Barisan Nasional. Kalau ada di tempat mana-mana tempat kita mereka menggunakan kesempatan anak-anak kita, orang kampung ataupun pemimpin-pemimpin bawah sana untuk mempengaruhi orang ini, kita haruslah menghalangnya supaya kita menjaga kepentingan negara lebih di hadapan bukan kepentingan peribadi. Kepentingan negara hendaklah diletakkan di hadapan bukan kepentingan peribadi. Maka janganlah cuba hendak berebut kuasa. Bila berebut kuasa, maka terjadilah pergaduhan. Bila jadi pergaduhan, orang lain akan masuk di tengah. Jadi oleh kerana itu, saya melihat keadaan yang ada sekarang ini kita sudah cukup baik aman damai pemimpin yang ada dapat melaksanakan negara kita ini dengan cukup teratur dan kita sokong mana yang kita rasa cukup baik. Kalau ada perkara yang kita rasa nak tegur, kita ada Dewan Rakyat, kita ada Dewan Negara, kita ada Perhimpunan Agung kalau dalam UMNO, kita ada Perhimpunan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya. Mereka boleh menyuarakan bukannya menggunakan kesempatan untuk memecahbelahkan. Ini adalah satu yang baik. Jadi kalau ada perkara- perkara yang dirasakan penting perpaduan negara ini, perpaduan kaum ini adalah merupakan sesuatu yang juga terpenting dalam menentukan masa depan kita. Saya amat yakin bahawa kita terus menjadi pemerintah dan menjadi orang yang memerintah dan bukan orang yang diperintah. Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi bahawa kita sekarang ini memanglah dicemburui tetapi kita juga harus ada, saya juga bersetuju ada kumpulan-kumpulan tertentu yang ingin cuba, cuba, cuba untuk mengambil kuasa atau merampas kuasa dengan berbagai-bagai cara. Tetapi kalau kita kuat, kalau kita bersatu, kalau kita tidak berganjak dengan tujuan dan hasrat kita untuk membina sebuah negara yang maju, aman dan damai, saya tidak fikir mereka boleh masuk ke dalam apa pun pertubuhan kita. 28 DN.8.5.2007

Jadi oleh kerana itu kitalah yang menjadi tunggak teraju pemerintahan negara ini dan kita undang mereka kalau mereka bersedia untuk kembali ke pangkal jalan. Kita ada pepatah, “kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan”. Ada pun banyak parti- parti yang dahulunya telah keluar daripada Barisan Nasional dan akhirnya kembali dan tidak ada sebabnya kalau kita rasa ini perlu, mari kita ajak bersama untuk kita membina satu negara lagi seribu tahun kalau boleh terus merdeka dan menjadi negara berdaulat. Seterusnya perkara kedua terakhir ialah Islam Hadhari yang juga disentuh oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperkenalkan 10 prinsip Islam Hadhari, yang mengutamakan ilmu dan keadilan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mahukan rakyat yang berbilang agama dan bangsa memahami dan mengamalkan ciri-ciri ketamadunan Islam bagi membina Malaysia yang gemilang. Kalau kita lihat tamadun Islam itu adalah satu tamadun yang sudah menjadi hasrat pada rakyat keseluruhannya. Kita lihat baru-baru ini kita telah mengadakan Pameran Tamadun Islam yang juga dibina berasaskan tamadun awal negara ini. Islam Hadhari bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Prinsip atau konsep Islam Hadhari ini bukan untuk orang Islam semata-mata, malah juga diterima oleh mereka yang bukan beragama Islam seperti yang pernah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi semasa beliau menyampaikan ucapan mengenai Islam Hadhari di negara-negara bukan Islam seperti Australia, England dan sebagainya semasa ada lawatan beliau dan Islam tidak pernah menyekat kemajuan. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya maka itulah kita harus melihat ciri-cirinya tidak bertentangan dengan mana-mana agama. Ciri-ciri Islam Hadhari tidak bertentangan dengan mana-mana agama dan saya tidak berhasrat untuk menghurai kesepuluh-sepuluhnya cuma beberapa perkara yang kita lihat dan kepercayaan kita kepada Tuhan semuanya agama, Percaya Kepada Tuhan yang satu, kerana Tuhan hanya satu, Tuhan untuk semua manusia di dunia ini hanyalah satu. Jadi bererti itu adalah prinsip yang diterima oleh semua bangsa dan agama dan kita juga bersetuju bahawa Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dan seterusnya pertahanan negara dan lain-lain. Jadi usaha kita, jadi dalam hal Islam Hadhari juga saya ingin menyentuh sesuatu perkara yang ada kaitan dengan Islam Hadhari dan juga ada kaitan dengan perpaduan kaum. Ada baru-baru ini telah disuarakan oleh satu kumpulan bahawa usaha untuk mendirikan masjid orang Islam dari kaum-kaum Cina. Jadi ini adalah merupakan satu yang tidak wajar sebab Islam itu adalah universal, tidak perlu ada masjid ini. Kalau ada masjid untuk kaum Islam orang Cina, nanti ada pula kaum orang lain. Orang Asli pun minta masjid juga nanti ada kaum dia sendiri. Orang daripada kumpulan orang Siam juga kalau ada yang Islam minta masjid sendiri, orang Pakistan pun minta, lain-lain pun minta. Walaupun kita sudah ada Masjid India di Jalan Masjid India yang dibina oleh kerajaan British pada zaman British dahulu. Tapi kita tidak mahu expand ini kerana perpaduan kaum itu yang amat penting. Kalau sudah ada berasingan, orang Cina sudah ada masjid sendiri, orang India ada masjid sendiri, maka di mana kita dapat satukan kaum sedangkan Islam itu adalah bersaudara dan kita harus berada di satu bangunan, dapat memikirkan dan memajukan Islam Hadhari melalui pertemuan-pertemuan yang kita lakukan di dalam masjid kerana Islam itu adalah universal. Jadi kita tidak harus membina satu masjid yang berasingan. Itu pada pandangan saya. Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua mohon laluan. Timbalan Yang di-Pertua: Ya Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya tertarik tentang isu Islam Hadhari yang mana ianya merupakan satu-satunya hasrat suci Yang Amat Berhormat Dato’ Seri untuk cuba melaksanakan satu prinsip hala tuju bagi mencapai matlamat di dalam Islam Hadhari. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat tentang walaupun negara-negara luar setelah mendengar taklimat berkaitan dengan Islam Hadhari oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DN.8.5.2007 29

Perdana Menteri sendiri, mereka mengakui dan mengiktiraf di atas kebaikan matlamat Islam Hadhari. Bagaimana pandangan Yang Berhormat dalam negara kita sendiri terdapat juga pihak-pihak tertentu yang cuba memesongkan atau yang cuba memutarbelitkan akan matlamat baik suci, hasrat suci, visi suci Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Apa pandangan Yang Berhormat? Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Islam Hadhari bukanlah satu agama baru, Islam Hadhari adalah satu agama atau pendekatan kepada agama Islam itu, pendekatan itu kerana mungkin di antara mereka yang mempersoalkannya kurang memahami tentang maksud dan tujuan yang sebenarnya atau tidak mahu memahaminya. Jadi ini adalah sesuatu yang melibatkan secara peribadi, jadi oleh kerana ada beberapa orang yang telah menyuarakan itu maka adalah pengikut- pengikutnya. Kita tidak harus dibuai oleh pandangan-pandangan mereka itu kerana itu akan membawa kita kepada pemesongan pandangan itu sendiri. Saya berpendapat bahawa setelah kita membuat kajian, saya sendiri pun ada membuat sedikit kajian dan membaca tentang beberapa buku yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam tentang Islam Hadhari dan saya amat yakin dan percaya yang ia tidak bertentangan dengan Islam sama sekali. Tidak ada mana-mana nas yang boleh bertentangan dengan agama Islam. Maka Islam itu adalah universal, Islam itu adalah sesuai untuk semua peringkat, semua bangsa yang ingin memeluk agama Islam. Dalam Islam ia juga ada menyebut tidak ada paksaan di dalam agama. Jadi oleh kerana itu kita tidak boleh memaksa tetapi kita boleh memujuk, kita boleh mengajak mereka dengan cara yang kita explain bahawa ia adalah satu agama yang baik dan tidak ada sebab mengapa orang yang ingin memeluk agama Islam itu tidak boleh kita ajak mereka bersama. Hari ini pun kalau kita pergi ke negeri China ramai rakyat negeri China yang memeluk agama Islam dan mereka mengamalkan Islam yang kita lihat juga sama seperti amalan kita di sini. Kita tahu di seluruh dunia ini begitu ramai umat Islam dan tidak ada sebab mengapa ada kumpulan-kumpulan dalam negara kita sendiri yang bertentangan dengan konsep atau prinsip Islam Hadhari ini. Saya tidak nampak mengapa mereka menentang Islam Hadhari ini. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Minta laluan Yang Berhormat. Datuk Jins Shamsudin: Sila. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua agama menyuruh ke arah kebaikan. Tadi Yang Berhormat ada menyebut soal D4 nombor ekor. Satu ketika dulu kita pernah ada satu loteri yang dipanggil ‘loteri kebajikan masyarakat’. Tetapi kemudian dihapuskan dan hujah kerajaan ketika itu ialah ini adalah sesuai dengan dasar Islamisasi kerajaan, sebab itulah kerajaan tidak mahu terlibat menganjur loteri kebajikan masyarakat. Sesuai dengan dasar Islam Hadhari dan semua agama pun tidak menyokong kepada aktiviti-aktiviti yang membawa kesan yang buruk sebenarnya. Jadi ini memang banyak kesannya sampai pinjam ‘Ah Long’ pun kerana judi. Jadi setujukah Yang Berhormat sekiranya judi-judi sekarang ini dihapuskan satu demi satu seperti empat nombor ekor ini yang sebenarnya boleh dikatakan ada setengah daripada orang Islam sendiri yang hasil gaji dia, pendapatan dia itu sekurang-kurangnya 30% itu dia hendak beli empat nombor ekor. Sebab kadang-kadang dia kena, sebab itu dia kata ia sudah menjadi satu ketagih kepada dia untuk membeli empat nombor ekor ini. Jadi apakah pada pandangan Yang Berhormat wajar kita menghapuskan satu demi satu dan tidak lagi mengeluarkan permit judi kepada pemohon-pemohon baru. Apa pandangan Yang Berhormat sebenarnya? Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh menjawab soalan daripada Dr. Puad tadi, dan selepas jawapan Yang Berhormat bolehlah menggulung ucapan Yang Berhormat. Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang pun sudah sampai ke peringkat akhirnya. Saya amat bersetuju, kalau sekiranya kita mencuba menghapuskan sedikit demi sedikit, mungkin secara abrupt dengan izin, mungkin agak sukar kita lakukan kerana ada yang sudah terlibat dan telah membelanjakan wang sekian 30 DN.8.5.2007 banyak. Mungkin kalau kita beri tempoh dalam masa sekian, hapuskan judi ini, judi ini, judi ini. Hari ini pun kepada orang-orang Islam dilarang untuk berjudi, dilarang untuk membeli nombor ekor dan kalau dapat ditangkap boleh didakwa. Dilarang juga untuk pergi ke Genting Highlands kalau untuk berjudi tetapi untuk pergi ke sana untuk berhibur dan untuk rekreasi yang lain dibenarkan. Jadi oleh kerana itu saya amat bersetuju pandangan Yang Berhormat tadi kalau sekiranya kita boleh memberikan pandangan yang bernas, memberikan pandangan dan pendapat kepada kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan dengan mengeluarkan lesen untuk perjudian ini boleh kita cadangkan dan ini terpulanglah kepada Kabinet untuk memutuskannya sebab kuasa itu bukanlah kuasa ada pada kita. Kita hanya menyuarakan sesuatu untuk dipertimbangkan oleh pihak yang berwajib. Khususnya Kabinetlah yang akan menentukan nanti sama ada hendak dihapuskan sama sekali perjudian ataupun dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Saya secara peribadi memanglah bersetuju sebab saya sendiri tidak beli nombor ekor. Itu contoh yang saya tunjuk kepada anak-anak saya dan kawan-kawan saya sebab itu telah saya sebutkan pada awal tadi adalah hasil daripada perjudian itu adalah haram. Sanggup kita memberi anak cucu kita, isteri kita makan haram setiap hari. Bererti darah yang mengalir di dalam tubuh kita itu dan darah yang mengalir pada anak cucu cicit kita itu adalah darah haram. Kita tahu dari segi Islam kalau haram segala-galanya di mana kita akan pergi. Maka neraka jahanamlah tempat kita. Jadi oleh kerana itu kita harus menasihati kerana Islam itu bersaudara, Islam itu adalah agama nasihat-menasihati di antara satu sama lain dan kita nasihatlah mereka secara berhemah. Jangan kita marahi tapi tegur dengan cara berhemah dan memberi nasihat. Terima kasih. Akhir sekali Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah, saya kod titah Baginda: “Beta menghargai Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat dalam menerajui tampuk perundangan negara. Beta menyeru Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membuktikan kesetiaan kepada raja dan negara dengan menjalankan segala tugas dan kewajipan di luar mahupun di dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh kewibawaan dan integriti”. Itu adalah suara yang kita dengar pada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong. Jadi saya ingin ulangi membuktikan kesetiaan kepada raja dan negara itu kata kuncinya di dalam Titah Ucapan Baginda. Kata kunci ini termaktub di dalam prinsip Rukunegara yang kedua iaitu pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Ia termaktub dalam prinsip Rukunegara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Titah tuanku untuk membuktikan apa dia yang boleh kita buktikan. Maka wajarlah untuk membuktikan kesetiaan kita kepada raja dan negara maka wajarlah kita Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Dewan Rakyat menjadi contoh “Kepimpinan Melalui Teladan.” Slogan yang kita selalu sebutkan kita harus menjadi pemimpin yang akan menjadi contoh dan teladan. “Kepimpinan Melalui Teladan” dengan menyanyikan lagu Negaraku untuk membuktikan kesetiaan kita kepada raja dan negara setiap kali kedua-dua Dewan yang mulia ini bersidang. Apa pandangan Yang Berhormat kerana saya merasakan bahawa kita adalah contoh yang terbaik. Suatu ketika dahulu Yang Berhormat Menteri Pelajaran pernah menegur sebuah sekolah di utara murid-murid tidak menyanyikan lagu kebangsaan. Beliau telah menegur. Jadi kalau kita sebagai pemimpin negara yang berada di Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang dianggap sebagai pemimpin yang telah bersama-sama memperjuangkan dan menegakkan keadilan ini dan tunggak pemerintahan kita ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka wajarlah saya ingin menyarankan supaya setiap kali Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang selepas kita membaca doa maka kita terus memainkan lagu Negaraku dan kita nyanyi beramai-ramai termasuklah pegawai-pegawai yang turut hadir di dalam Dewan yang mulia ini termasuk Dewan Rakyat tanda kita membuktikan kesetiaan DN.8.5.2007 31 kita kepada raja dan negara sesuai dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong. Sekian dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan ini memohon menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menjunjung kasih Tuanku, selamat bersemayam. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Datuk Gooi Hoe Hin untuk berucap. 12.25 tgh. Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kerana di beri peluang untuk menyertai dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terlebih dahulu patik juga ingin memohon ampun menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah yang telah selamat bersemayam di atas takhta menaungi negara dan memayungi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Patik yakin di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan terus aman dan makmur serta menikmati kestabilan dan pembangunan ekonomi yang mapan serta jitu. Patik juga memohon ampun bersama-sama dengan rakyat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucap ribuan terima kasih kepada Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail Raja Perlis yang telah bersemayam di atas takhta menaungi negara dan memayungi rakyat selama lima tahun dengan makmur dan maju. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh pelbagai aspek dengan bernas dan cukup bermakna. Titah ucapan tuanku penuh dengan kebijaksanaan, berwawasan dan sungguh prihatin. Namun saya hanya akan berhujah beberapa perkara sahaja. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama ialah perkara yang cukup penting iaitu perpaduan. Negara kita yang kita semua cintai dan sayangi akan menyambut Kemerdekaan yang ke-50. Tidak boleh dinafikan bahawa Malaysia telah mencapai pembangunan yang begitu pesat dari segi fizikal, mahupun jasmani dan rohani. Taraf kehidupan rakyat kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan. KDNK per kapita berdasarkan kuasa beli telah mencapai dolar Amerika lebih daripada USD10,000 pada tahun 2005. Per kapita pendapatan kita telah mencapai lebih daripada USD5,000. Perdagangan Malaysia telah pun mencapai lebih daripada satu trilion. Kadar kemiskinan semasa merdeka boleh dikatakan 75% rakyat di bawah kemiskinan. Kini kadar kemiskinan adalah dalam lingkungan 5.7%. Kualiti hidup Malaysia yang diukur melalui indeks kualiti hidup telah meningkat sebanyak 10.9 mata. Kadar pengangguran ialah 3.5% dan inflasi 3%. Pada hemat saya semua pencapaian ini tidak akan berlaku kalau keadaan dan suasana di negara ini tidak mengizinkan. Ia bukan wujud secara semula jadi tetapi berlaku atas usaha gigih kepimpinan yang matang dan waras. Keadaan dan suasana yang saya maksudkan adalah kestabilan politik dan tidak ketinggalan perkara yang paling penting bagi negara kita yang dititahkan oleh Tuanku iaitu perpaduan. Perpaduan rakyat memang sangat penting kerana ia menjadi tulang belakang sesebuah negara apatah lagi negara Malaysia di mana rakyatnya berlatar belakang yang cukup berlainan dari segi bangsa, agama, budaya dan beraneka ragam. Namun di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Dasar kesederhanaan menjadi tunjang asas mencapai perpaduan negara yang jitu. Kerana Perdana Menteri yang lalu dan kini Perdana Menteri adalah Perdana Menteri kepada semua kaum iaitu rakyat jelata. Tidak boleh dinafikan kadangkala terdapat elemen-elemen perkauman melampau, keagamaan, keterlaluan, falsafah radikal dan ekstrem ini menular dan menapak di negara ini. Namun kepimpinan yang rasional dan waras yang memahami 32 DN.8.5.2007 latar belakang dan sejarah yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan memastikan unsur-unsur dan anasir-anasir yang tidak sihat serta jahat ini tidak akan berjaya. Saya percaya dan yakin, kita semua rakyat Malaysia sedang dan akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi demi membentuk sebuah negara Malaysia dengan acuannya sendiri sambil berpandu kepada Perlembagaan Persekutuan serta prinsip-prinsip Rukun Negara. Oleh yang demikian, seeloknya jika Jabatan Perdana Menteri menerajui bersama-sama dengan kementerian dan jabatan kerajaan untuk meneliti dan mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia mendukung dan berpegang teguh serta mempertahankan keunikan negara kita sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya. Sehubungan dengan itu ingin saya mencadangkan langkah-langkah seperti berikut demi mewujudkan satu keadaan dan peluang dan suasana di mana sifat-sifat murni ini dapat ditanam dan diasuh secara kerjasama dan permuafakatan di semua peringkat rakyat sehingga sampai ke akar umbi. Panel Penasihat Perpaduan Negara perlu diperluaskan ke peringkat negeri, daerah, taman-taman dan kampung-kampung. Kementerian dan jabatan perlu menubuhkan kelab perpaduan. Sekolah-sekolah perlu menubuhkan kelab perpaduan. Panel penasihat perpaduan dan kelab perpaduan harus dianggotai daripada semua pemimpin pelbagai lapisan rakyat yang mewakili pelbagai kaum. Tujuan dan objektifnya ialah untuk memberi ruang bagi cara permuafakatan untuk mewujudkan persefahaman yang lebih erat. Di samping itu badan ini boleh dijadikan tempat di mana asas-asas tertubuhnya negara ini dijelaskan seluas-luasnya dan aktiviti-aktiviti bercorak perpaduan dianjurkan demi mempererat lagi silaturahim. Oleh itu saya fikir wajarlah rukun tetangga diberi nafas baru dengan disusun semula merangkumi ciri-ciri perpaduan khususnya di taman-taman, di tempat-tempat urbanisasi dengan kemungkinan digelar rukun tetangga dan perpaduan. Saya berharap Jabatan Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menuju ke hadapan dalam perkara penting iaitu perpaduan. Bagi saya sebagai misalan kita semuanya rakyat Malaysia, tidak kira rakyat itu duduk kelas pertama atau kelas business atau kelas ekonomi, bersama-sama dalam satu semangat, bersatu hati, berkayuh kapal ini menuju Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia. Tetapi kalau kita berpecah belah kapal ini akan tenggelam dalam keadaan huru- hara tidak kira apa jua kelas kita, semua akan sama-sama menghadapi bencana alam dan hangus. Oleh itu Titah Ucapan Tuanku sangat tepat pada masanya apabila perkara yang penting itu perpaduan diberi tumpuan dan perhatian. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua pendidikan. Sistem pendidikan negara telah melalui pelbagai perubahan sejak, sebelum dan selepas kemerdekaan. Laporan pendidikan seperti Laporan Barnes, Laporan Fenn Wu, Laporan Razak sehingga masa kini tergubalnya Akta Pendidikan 1996. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi atas usaha-usaha gigih dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara agar ia selari dengan perubahan dunia dalam era globalisasi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Bagi saya tujuan utama bagi semua pendidikan ialah untuk menghasilkan perwatakan pendidikan dengan izin character education . Pendidikan perlu menghasilkan perwatakan yang dapat menguasai minda fikiran yang rasional dan waras terhadap keghairahan yang negatif. Jadi pendidikan minda harus disusuli dengan pendidikan hati (soul) . Tuhan Yang Maha Kuasa mencipta kita semua berakal serta ada hati perut. Tambahan pula pendidikan minda dan hati seterusnya perlu juga meliputi pendidikan kerohanian. Oleh itu sistem pendidikan harus merangkumi ciri-ciri prihatin, belas kasihan, bertimbang rasa, kecemerlangan, bermurah hati, bantu-membantu, sifat rendah diri, adil, penyayang, kasih sayang, sopan santun, hormat-menghormati, berdisiplin, kebijaksanaan, toleransi, kepercayaan dan perpaduan. Namun saya dapati bahawa sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan dan akademik sahaja. Kemahiran sampingan dan tahap pengetahuan am adalah begitu lemah. Beberapa tokoh pendidikan menyifatkan bahawa keutamaan terhadap bidang akademik dalam suasana pendidikan hari ini menyebabkan lepasan sekolah gagal menguasai pengetahuan sampingan dan lain-lain kemahiran. DN.8.5.2007 33

Saya percaya Kementerian Pelajaran sedia maklum dan memahami masalah ini dan sedang mengambil tindakan serta langkah untuk menghasilkan suatu sistem pendidikan yang lebih menyeluruh ( holistic in future ) dengan izin. Pendidikan yang baik dan sempurna menghasilkan perwatakan yang baik dan sempurna. Rakyat yang mempunyai perwatakan membina tamadun yang berwatak. Jika lebih ramai dalam masyarakat yang berwatak hasil dari pendidikan yang berwatak, khususnya pemimpin yang baik dan sempurna dalam sesuatu budaya atau negara maka tamadun akan mencapai kecemerlangan. Oleh yang demikian amatlah penting sistem pendidikan negara diperkukuhkan lagi demi masa depan negara Malaysia. Pembangunan insan dan sumber manusia melalui sistem pendidikan negara amat penting dalam menjana nilai tambah tokok, dulu lain, kini berlainan lagi. Kita perlu harus didik generasi muda kita dengan pelbagai pengetahuan. Menguasai pelbagai bahasa, mahu pun bahasa Malaysia, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. Dengan itulah baru kita boleh bersaing dalam dunia globalisasi. Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Tuan Yang di-Pertua mohon laluan. Dato’ Gooi Hoe Hin: Sila. Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya. Saya terpanggil untuk menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan sistem pendidikan terutamanya dalam aspek exam oriented, dengan izin. Apakah pandangan Yang Berhormat Datuk sendiri tentang sistem peperiksaan dalam perkhidmatan awam yang mana hari ini akhir rata-rata sungutan dan rungutan pihak orang ramai, kemudian kita meminta supaya jangan ditonjolkan sistem yang berunsur exam oriented tapi di aspek yang lain, pihak kerajaan cuba tonjolkan sistem peperiksaan untuk tujuan kenaikan pangkat. Saya juruskan kepada peperiksaan PTK yang mana saya pernah lalui sebagai bekas pegawai PTD. Waktu dulu, sistem yang dianjurkan untuk kenaikan pangkat, kita mengikuti kursus-kursus tertentu. Ada enam bulan, ada sembilan bulan, kadang-kadang sekarang ini peringkat setahun dan terbaca saya di dalam surat khabar baru-baru ini tentang perkhidmatan perguruan hampir 60,000 orang yang tidak mahu mengambil ujian peperiksaan PTK kerana skil ataupun syllabus begitu menekan dan rata-rata saya lihat pegawai-pegawai kerajaan di pejabat mahupun di peringkat perguruan terpaksa berlumba- lumba membaca bahan-bahan bacaan semata-mata untuk lulus peperiksaan dengan tujuan untuk kenaikan pangkat. Bagi mereka-mereka yang di pedalaman ataupun di daerah, pegawai-pegawai ini tidak ada masa untuk study kalau difikirkan sistem peperiksaan di peringkat kementerian, di peringkat pusat yang mempunyai masa yang banyak untuk study. Bagi mereka yang berhadapan dengan urusan seharian, bentuk kerja seperti di Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, Kastam, Imigresen tidak ada waktu untuk study. Menyebabkan wujud satu situasi yang tidak adil dari segi peluang untuk mereka study, untuk lulus ujian PTK. Di sini saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormatlah, saya bersimpati tentang mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk study menyebabkan mereka langsung tidak peduli tentang peperiksaan dan tidak kisah tentang kenaikan pangkat. Apakah pandangan Yang Berhormat sebagaimana Yang Berhormat sentuh tadi, exam oriented ini perlu kah di peringkat perkhidmatan awam dan sudah cukup pada pandangan saya, mereka ini diberi latihan khusus di INTAN ke ataupun di mana-mana sahaja dalam bentuk kursus untuk mereka lebih mahir dalam selok-belok urusan yang mereka diamanahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Unsur peperiksaan ini sebenarnya bukan lagi perlu ikut acuan negara-negara barat malah negara-negara barat pun sudah ketepikan sistem peperiksaan ini dan apa pandangan Yang Berhormat kalau kita cadangkan, memang ada baiknya dan ada impak negatifnya tetapi kita memberi ilmu pengetahuan kepada perkhidmatan awam atau apa-apa perkhidmatan dalam negara kita biarlah dalam bentuk latihan kursus. Tidak perlu dalam bentuk peperiksaan. Apa pandangan Yang Berhormat? Dato’ Gooi Hoe Hin: Terima kasih Yang Berhormat sahabat karib saya bersama- sama berjuang sebagai Pegawai Tadbir PTD atau Pegawai Tadbir Dosa (PTD). Saya ini sependapat 120% bahawa peperiksaan dalam perkhidmatan awam banyak kali saya telah sentuh. Sudah jadi lapuk. Kadangkala doktor yang tak berkait dengan soalan-soalan atau 34 DN.8.5.2007 peperiksaan diajukan, kebanyakan akan gagal. Itu menjadikan sesuatu yang tidak rasional. Saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa lebih elok kita hantar pegawai-pegawai itu kursus mungkin tiga bulan, satu bulan. Saya tambah tokok lagi, kalau boleh pihak swasta juga diminta kursus-kursus yang tertentu di mana boleh melengkapkan lebih kemahiran kepada mereka. Kalau boleh kita sama-sama di Dewan yang mulia ini kita cadangkanlah PTK itu dihapus kirakan. Saya sambung. Saya percaya dan yakin bahawa semua sekolah di negara ini tidak kira sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan, institusi awam tinggi dan swasta mengamalkan falsafah ini. Saya juga menggesa agar kerajaan memberi peruntukan yang secukup-cukupnya dalam penubuhan dan penyelenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan seperti mana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 28. Perkara yang ketiga, perumahan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.. Tuan Osman bin Bungsu: Minta laluan. Sebelum pergi yang ketiga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat tentang isu pendidikan yang telah diutarakan tadi. Kementerian telah banyak menambahbaikkan sistem pendidikan. Tetapi bila kita melihat tentang beban tugas guru yang kita lihat makin bertambah. Bukan sahaja guru diberi tugas untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas, tapi kita tengok guru sekarang ini telah dibebani dengan tugas-tugas luar. Umpamanya kita lihat seperti kurikulum, pendidikan rasuah di sekolah diajar. Yang ajarnya cikgu juga. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan juga Pendidikan Anti Dadah dan pelbagai lagi. Kemudian kita lihat tugas-tugas ini pernah disarankan agar satu kakitangan pegawai rendah untuk membantu guru, lima guru ke satu kadang-kadang untuk kerja-kerja rutin. Menanda buku, menanda kehadiran pelajar dan pelbagai. Sehinggakan kadang-kadang guru kita lihat sepatutnya balik pukul satu pukul dua kadang-kadang sekarang ini dah pukul empat kadang mencecah pukul lima. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat pernah jadi guru dahulu? Tuan Osman bin Bungsu: Ya, saya pernah jadi guru. Jadi yang kedua, saya melihat juga ada satu pekeliling yang telah membenarkan dua hari Sabtu diguna pakai untuk kerja-kerja pelaksanaan di sekolah. Kadang-kadang sampai tiga Sabtu, melangkau kepada tiga Sabtu. Jadi pada pandangan Yang Berhormat, adakah perkara ini perlu dikaji semula dalam melihat tugas cikgu sebagai seorang yang mengajar dan memberi fokus terhadap pembelajaran. Kalau ada sampingan itu dapat dikurangkan. Apa pandangan Yang Berhormat? Dato’ Gooi Hoe Hin: Saya setuju juga 120%. Sebab Yang Berhormat seorang guru memang faham beban kerja yang terlalu ditambah tanpa yang sesuai untuk guru. Saya juga guru dulu, saya faham. Kadangkala terpaksa buat record book juga. Kita mesti buat sesuatu yang mungkin tak betul. Jadi saya yakin, dan pelajaran sedang di perkira semula. Pastikan profesion guru itu untuk mendidik. Mendidik sahaja. Bukannya buat yang bukan-bukan. Ambil semuanya nak naik pangkat. Jadi, yang buat sekolah apa-apa itu tumpuan itu sahaja untuk buat sekolah cantik. Tapi tumpuan untuk mengajar, mendidik itu sudah lencongan. Itu pandangan saya. Boleh saya sambung? Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas pelbagai langkah yang diumumkan baru-baru ini untuk memesatkan dan mendorongkan sektor pembangunan hartanah. Namun malangnya saya dapati perkara pokok iaitu melindungi kepentingan atau hak pembeli rumah tidak ditingkatkan atau diperkukuh supaya mereka selalunya tidak menjadi mangsa. Biasanya pemaju apabila dia hendak jual rumah, jualannya mempamerkan pelbagai janji seperti adanya taman rekreasi, tasik sana, cantiknya kemudahan tetapi akhirnya bila kita pindah ke rumah apa pun tidak ada. Mana itu hak pembeli rumah itu dijamin? Saya ingin mencadangkan supaya dalam perjanjian jual beli pemaju dengan pembeli rumah hendaklah masukkan kemudahan-kemudahan dalam jadual sedemikian. Di samping itu kementerian harus juga memperketat jadual pembayaran di mana pihak pembeli rumah dilindungi dengan lebih baik dan sempurna. Masalah rumah terbengkalai dan pemaju hilang diri mana cari pun tidak tahu telah membawa penderitaan dan kesengsaraan yang tidak perlu saya jelaskan di sini. Satu sistem pengawalan DN.8.5.2007 35 kewangan perlu diperkenalkan dengan kadar segera untuk mengelakkan kini kalau saya tidak silap lebih 50,000 pembeli rumah yang terbengkalai. Ini satu perkara yang perlu dan harus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ambil perhatian. Yang keempat yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya. Baru-baru ini pihak yang tertentu sering kali menunjuk jari kepada pihak SPR kononnya itu tidak betul, itu tidak adil dengan izin intrinsic they like to complain, they like to criticize, they like to condemn itu kerja dia. SPR telah pun mengendalikan pilihan raya umum sejak merdeka, 10 kali dan banyak lagi pilihan raya kecil. Tentunya rakyat yang menentukan segala-galanya. Ada yang menang ada yang kalah itu pasti, syabas dan tahniah saya ucapkan atas kegigihan pihak SPR sekian lama ini dalam menjalankan tugas dalam menegakkan demokrasi. Sejak kemerdekaan, negara telah mencapai pembangunan yang begitu besar. Bandar dan desa kini boleh dihubungi dengan jalan-jalan yang baik kecuali tempat-tempat yang betul hulu di Sabah dan Sarawak sahaja. Komunikasi di antara desa dan bandar telah banyak bertambah baik. SPR telah pun menjalani beberapa persempadanan bahagian pilihan raya mengikut prinsip termasuk dalam Jadual Ketigabelas Perlembagaan Malaysia. Pandangan negara Malaysia telah membangun pada satu tahap yang cukup memuaskan. Saya ingin mencadangkan supaya dalam melakukan sebarang persempadanan bahagian pilihan raya yang akan datang untuk tahun 2011 adalah lebih baik jika perbezaan para pengundi bagi satu kawasan berbanding kawasan yang lain harus tidak.. ini satu cadangan sahaja. Lebih 5,000 undi atau 6,000 ini akan memperluaskan lagi perwakilan dan memantapkan lagi demokrasi di negara ini. Saya harap pihak SPR dapat menimbang dan mengkaji cadangan ini. Saya yakin dan percaya negara Malaysia akan terus maju dan makmur dalam semangat bersatu-padu. Wawasan 2020 dan bangsa Malaysia akan menjadi kenyataan. Negara maju rakyat sejahtera jadi tanggungjawab kita semua. Akhir kata sekali lagi patik memohon ampun menyampaikan junjung kasih dan ikhlas titah ucapan Tuanku semasa merasmikan Penggal Keempat Parlimen Kesebelas dan saya mohon untuk menyokong usul sedemikian. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin untuk berucap. 12.55 tgh. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen yang Kesebelas pada 19 Mac 2007. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku telah mengucapkan penghargaan kepada Tuanku Raja Perlis yang telah bersemayam di atas takhta menaungi persada negara. Memayungi rakyat jelata selama lima tahun dengan aman dan makmur berpaksikan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Sepanjang pemerintahan Tuanku aspek perpaduan kaum sentiasa menjadi agenda negara. Persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang kondusif diwujudkan demi kepentingan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Baginda yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang mempunyai pandangan, pendirian, unjuran dan wawasan dalam mencipta kejayaan meletakkan negara mendapat pengiktirafan dunia sehingga Malaysia dijadikan negara contoh. Dari segi kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, perpaduan kaum dan toleransi agama serta sebagai sebuah negara Islam yang paling progresif. Baginda telah menyentuh tentang menyambut kemerdekaan yang ke-50 supaya sejarah perjuangan kemerdekaan ini dapat dihayati oleh generasi muda dan komitmen setiap rakyat untuk menjamin kesejahteraan negara. Saya ingin menyingkap sedikit tentang sejarah kerana sejarah akan memberi panduan kepada rakyat untuk menentukan hala tuju masa kini, masa depan, seterusnya sampai bila-bila. Di Malaysia, tradisi bumiputera berterusan dan berlanjutan dari A hingga Z. Contohnya apabila Portugis datang mereka menjajah orang Melayu, kemudian mereka pergi maka yang tinggal ialah orang Melayu. 36 DN.8.5.2007

Apabila Belanda datang, bila pergi mereka tinggal Melayu di Nusantara tetapi apabila Inggeris datang bila mereka tinggal, mereka tinggal tiga bangsa. Bangsa Melayu, bangsa Cina dan bangsa India. Di sinilah persoalannya kenapa Perkara 153 diberikan kepada orang-orang Melayu. Itu sahaja kerana kita telah tertinggal, tertindas pada satu masa dahulu. Mengikut Richard Winsted dalam satu makalah yang telah ditulisnya, The Ugly Dark dengan izin, ‘The End of the Malay Race’. Di sini Richard Winsted mengatakan bahawa kegigihan orang Melayu menentang Malayan Union dengan tekad, ‘Biar mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai’. Inilah menyebabkan Inggeris akhirnya menyerahkan kemerdekaan kerana tanpa kemerdekaan ibarat kata orang Melayu ‘memegang golok kayu, ditetak tidak makan; disimpan tidak berguna, dijual tidak laku’. Sekarang maruah keperibadian kita terserlah kita memerintah negara kita sendiri dengan penuh di bawah tanggungjawab dengan dasar bersih, cekal dan amanah minta kekalkan dasar ini. Untuk tidak terkeluar daripada garis panduan untuk membawa negara kepada satu matlamat saya bersetuju dengan sahabat- sahabat saya menggunakan perlembagaan sebagai garis panduan. Ini bermakna apa sahaja yang kita laksanakan kita haruslah tidak lari daripada Perlembagaan Persekutuan, A Federal Constitution yang dulunya hanya ada 181 seksyen. Tetapi oleh sebab ada krisis di dalam negara akhirnya untuk memantapkan, kita tambah lagi dua perkara. Jadi sekarang dalam Perlembagaan Persekutuan ada 183 seksyen dan kita gunakan ianya sebagai kita fokuskan Perlembagaan itu supaya kita dapat membawa negara kita ke satu tahap yang lebih tinggi, lebih maju dan lebih mantap. Di dalam Perlembagaan ada tiga perkara pokok yang harus kita bicarakan supaya kita tidak akan bercanggah dalam membuat polisi negara, dalam perpaduan kaum tentang ekonomi tentang pendidikan tentang sosialisasi tentang ekonomi dan tentang kehakiman. Di dalam perlembagaan ada tiga perkara, pertama sekali yang kita hendak tumpukan ialah kuasa- kuasa eksekutif. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya sebenarnya hendak mendengar apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat tadi memandangkan masa sudah cukup saya terpaksa tangguhkan Dewan jadi Yang Berhormat boleh sambung pada petang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat saya tangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat bersama kita menyaksikan persidangan ini ialah rombongan dari Majlis ‘The Seocho The Straits Council Diego’ Korea Selatan. [Tepuk] 2.33 ptg. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk sambung ucapan saya. Saya berakhir dengan satu ungkapan iaitu separation of powers dengan izin, yakni pengasingan kuasa antara kuasa-kuasa eksekutif, kuasa-kuasa legislatif dan kuasa-kuasa judiciary . Saya membangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kerana sering kali berlaku percanggahan yang kurang kefahaman tentang pengasingan kuasa menyebabkan banyak perkara yang berlaku di dalam negara khasnya dari segi pendidikan baik, ekonomi baik, dari segi agama dan sebagainya. Terdapat selisihan yang mungkin kalau tidak dibendung akan jadi lebih bahaya. Jadi, kalau dilihat dari segi dan kita ada juga tentang check and balance iaitu kawalan dan imbangan dalam menentukan arah tuju negara yang kita kasihi ini. Saya ingin membicarakan beberapa perkara yang untuk kita lebih faham tentang maksud-maksud yang telah difahami oleh constitutional lawyers, dengan izin. Pertama kalau kita lihat tentang agama Islam itu sendiri yang disebut oleh Yang di- Pertuan Agong pada ucapan yang terakhir. Agama Islam ialah agama Persekutuan dan mana-mana agama boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Wilayah Persekutuan. Saya ingin menarik perhatian kepada perkara ini, saya hendak minta pihak Jabatan Perdana Menteri untuk melihat seksyen ini kalau dapat, ianya berbunyi demikian. DN.8.5.2007 37

Sedikit pindaan di masa yang akan datang sebab ada negeri-negeri yang memasukkan keratan ini di dalam undang-undang tubuh kerajaan masing-masing khasnya di negeri Perlis Indera Kayangan. Kalau di dalam Perlembagaan menyebut, agama Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan. Saya ingin mencadangkan agama Islam Sunah Wal Jamaah adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua jika sekiranya terdapat percanggahan di dalam apa-apa peruntukan, maka Perkara 4(1) harus menjadi rujukan iaitu 4(1) berbunyi: “Perlembagaan adalah undang-undang utama. Mana-mana undang- undang yang diluluskan selepas hari merdeka yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah terbatal setakat yang percanggahan itu”. Jadi tidak timbul masalah salah interpretasi jika sekiranya kita gunakan Perkara 4(1) dalam menyelesaikan banyak perkara. Cuma dalam Perkara 8, ada sedikit mungkin perbezaan pendapat. Saya maksudkan ialah tentang apa yang dimaksudkan tentang sama rata. Dalam Perkara 8(1) Tuan Yang di-Pertua, disebut semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan hak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang. Di sini terdapat sedikit kekeliruan kerana sama rata dari segi ekonomi, ataupun yang lain-lain ataupun dari segi kehakiman judiciary dan sebagainya. Jadi di sini yang saya faham ialah equality di hadapan undang-undang. Contohnya jika semua Cina, India atau Melayu membuat satu kesalahan yang sama, maka mereka diadili oleh seksyen yang sama. Ianya bukan equality di segi ekonomi. Jadi, kalau kita faham perkara-perkara macam ini, Tuan Yang di-Pertua maka tidak akan timbul perbalahan dari segi memiliki share cake economy itu sendiri. Seterusnya saya hendak pindah kepada satu perkara yang dibangkitkan oleh rakan kita tentang Perkara 340 - Kanun Tanah Negara. Dari segi hak milik tidak boleh disangkal. Jadi saya rasa kita hari ini kena pastikan ataupun sebenarnya yang dimaksudkan, sebab tanah ini menjadi satu perkara yang pokok pada semua persoalan. Manusia pun dicipta daripada tanah. Dalam sistem undang-undang tanah negara, kita telah memilih untuk memakai system torrent daripada Australia iaitu sistem cermin. Apa sahaja yang ada di tanah, itulah yang ada di dalam geran. Ini bermakna nama siapa yang ada dalam geran, itulah tuan empunya tanah. Jadi kalau kita bawa kepada mahkamah sekalipun, perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma yang dibangkitkan mungkin penipuan atau pemalsuan. Oleh sebab tanah di bawah kerajaan negeri, saya rasa lebih baik pihak yang terlibat membawa kes kepada kerajaan negeri, khasnya kepada Exco yang menjaga hartanah dan juga keseluruhan Exco dalam mesyuarat tanah yang dibuat, macam di Perlis, tiap-tiap hari Rabu. Jadi maknanya kita selesai masalah ini. Masalahnya bukan salah undang- undang. Ianya salah dari segi cara penipuan. Bukan kerajaan tidak bijaksana. Kerajaan sudah buat elok. Segala undang-undang yang ada sudah tepat, elok dan sempurna. Cuma kaedah. Kalau kita tidak berpuas hati, kita boleh bawa kes ke mahkamah. Jika sekiranya kerajaan memutuskan tidak menyebelahi sebelah rakyat dan kita tidak berpuas hati dan kita bawa kepada mahkamah, biar mahkamah menentukan. Di situlah proses undang-undang akan berlaku dan keadilan akhirnya akan terjawab. Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang Ahli Dewan Negara diminta pantau Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang ini perkara yang saya rasa serius dan kita harus memberi perhatian yang sewajarnya kerana apa yang berlaku ialah disebut sebagai ketirisan. Apa yang dimaksudkan dengan tiris sehingga kita tidak mencapai matlamat dalam Rancangan Malaysia Kelapan? Jadi tiris itu macam mana boleh jadi tiris? Menyebabkan bumiputera, Ali Baba kah, jual projek kah, subkontrak kah atau sub perolehan ke. Di sinilah saya minta pihak sama ada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atau Unit Perancang Ekonomi yang mempunyai jawatankuasa untuk 38 DN.8.5.2007 melihat dan kalau boleh memberi taklimat kepada Senator khasnya atau wakil-wakil rakyat supaya kita dapat mengetahui tentang cara kaedah untuk kita atasi perkara ketirisan ini. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, ada di luar rakyat bercakap tentang mereka yang tidak ada kebolehan, bukan kontraktor tulen mendapat tetapi broker-broker. Jadi saya rasa kalaulah macam apa yang berlaku ini adalah amat malang dan inilah yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri amat sedih projek bumiputera pada tahun 2006 tidak sampai kepada matlamatnya. Yakni 85% kontrak telah tiris. Jadi sudah sampai masanya bumiputera mengubah sikap dan pemikiran jika sekiranya mereka hendak maju sama dengan bangsa-bangsa lain. Jadi towering Malay atau jadi first class . Tetapi kalau sekiranya tidak ada imuniti, tidak ada kekebalan, tidak ada semangat hendak bekerja sungguh-sungguh dan hendak bekerja dengan betul-betul dan bertanggungjawab, maknanya sampai bila pun Rancangan Malaysia itu dan rancangan kerajaan tidak akan sampai matlamatnya dan akhirnya ianya akan balik semula pada tahap yang sama. Saya minta kementerian memikirkan tentang 47,000 kontraktor-kontraktor yang ada dalam negara sekarang termasuk kelas D, kelas E dan Kelas F. Apa hendak makan sampai banyak, Tuan Yang di-Pertua? Melimpah, banyak kontraktor daripada projek. Kek yang kecil, beribu-ribu orang hendak makan. Kek yang besar pula, sedikit orang boleh makan. Yang ini, Tuan Yang di-Pertua, kita kena selesaikan kaedah ini. Kita mesti berani bertanggungjawab. Pemimpin bangun dan special of the cake , dengan izin, kek yang besar ini, mesti dimiliki oleh sebahagian besar. Kek yang kecil, sebahagian kecil. Barulah, Tuan Yang di-Pertua, ada kaedah keadilan. Tidak ada perebutan sampai menyebabkan mana sahaja ada Perdana Menteri sampai, di situ tunggu. Bila Perdana Menteri tidak jadi, patah balik, lari balik. Ini broker. Saya minta hari ini broker-broker stop (berhenti) kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab, Tuan Yang di- Pertua. Malu! Kita sudah merdeka 50 tahun tetapi sikap dan perangai terlalu kebudak- budakan. Biar kontraktor tulen sahaja yang berebut-rebut. Yang broker, duduk sebelah, tinggal sebelah, jangan ganggu. Kerja apa yang kita arif, jangan.... Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Minta laluan, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan kontrak ini, antara isu yang berbangkit ialah soal tender terbuka dan tender tertutup. Sebenarnya kalau kita lihat sekarang ini, dengan RMK- 9, saya meyakini bahawa ramai kontraktor kelas F, khususnya, rasa amat gembira sebab boleh dikatakan sekarang ini banyak kerja dan kalau saya lihat JKR sendiri banyak mengadakan pengundian sekarang ini. Sekarang ini dibuat secara undi, kecuali barangkali yang besar-besar, maka ada tender yang disebut harga. Satu lagi ialah tender tertutup. Bagi saya sebenarnya, tender tertutup ini pun barangkali ada juga kebaikannya iaitu tujuannya ialah untuk memastikan orang yang betul- betul boleh diberikan kerja sebab kalau tender sebut harga pun, kalau tidak dipantau pun, ia tidak ke mana iaitu akhirnya orang tertentu juga akan dapat sebab dia ada Jawatankuasa Tender dan Jawatankuasa Tender ini yang jadi masalahnya ialah ramai kontraktor ini banyak lesen, dia sahaja yang masuk, sebut banyak harga. Tetapi sebenarnya syarikat dia juga. Jadi sebenarnya saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat setuju bahawa lebih baik kita menggunakan pendekatan di bawah sekarang ini iaitu diundi sahaja senarai projek, semua orang masuk, daftar nama, kemudian undi. Tidakkah itu lebih adil pada pandangan Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kerja-kerja memberi projek ini saya biasa sebagai Pengarah Unit Pentadbiran di bawah kepimpinan Tuan Yang di-Pertua dahulu sebagai Menteri Besar negeri Perlis. Jadi kaedahnya mudah sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, yang memberi tidak ada personal interest . Yang hendak bagi itu langsung tidak memikirkan percent . Yang hendak bagi itu telus (transparent ) dia tidak peduli siapa sahaja dapat, Tuan Yang di-Pertua. Itu mesti dalam itu. Kalau sudah mula ada kira-kira, undi pun tidak sampai ke mana. Tertutup, tidak sampai ke mana. Terbuka, tidak sampai ke mana. Tetapi yang saya nampak political will , tentang kuasa politik. Jangan banyak sangat orang politik ini masuk hendak bersama-sama, hendak kacau. Ini DN.8.5.2007 39 masalah. Yang menjadi masalah ialah ini, Tuan Yang di-Pertua. Daripada pengalaman ini, yang ada kepentingan ini, yang ada kuasa sedikit ini, yang tidak ada kuasa tetapi mengatakan orang politik bersama-sama hendak menentukan siapa dapat. Jadi kalau undi pun tidak ada masalah tetapi jangan ada personal interest yang kita pun hendak ambil ‘hun’ juga, hendak ambil persen juga dalam kontrak ini. Kebayakan ini hendakkan percent. Ini broker. Di Malaysia sudah menjadi terbuka, bukan tertutup lagi dah sebab orang tahu tetapi semua tidak berani bercakap, diam. Yang diam pun, fasal apa? Yang diam pun hendak juga. Jadi kalau boleh hari ini kita selesaikan once and for all dengan izin, selesai masalah ini. Biarlah kontraktor yang benar-benar tulen itu masuk. Biar yang tulen itu buat kerja lain dan biar Jawatankuasa Tender itu buat kerja. Bolehlah kita hendak sedikit-sedikit hendak tegur boleh cadangan tetapi jangan kita terus masuk memberi hukum it is an order, tall order. Orang politik ini dia ada tall order, top down approach of management dan bottom up approach of management Tuan Yang di-Pertua. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat mohon laluan. Yang Berhormat saya ingin tahu sebenarnya macam mana Yang Berhormat hendak tentukan kontraktor itu tulen ataupun tidak tulen? Saya minta penjelasanlah. Tuan Ahmad bin Husin: Tuan Yang di-Pertua, sudah terang lagi bersuluh. Satu, rekod kerja memang sudah ada Tuan Yang di-Pertua. Kontraktor ini dia start mula-mula dia kerja dengan tauke, kemudian kelas F, kemudian dapat D, kemudian dapat BX, kemudian dapat A. Kontraktor ini sudah bermula daripada bawah, daripada kosong. Dia bukan naik terus jadi A. Ini sudah bukan kontraktor. Kalau macam ini Tuan Yang di-Pertua jangan bagi dah. Dia memang tidak ada pengalaman. Financially pun not sound dengan izin. Kita sudah kenal. Semua kita kenal, ada dalam list nama-nama kontraktor. Nama Cahaya Bulan dan semua ada tetapi nama dia tidak ada. Tetapi ada nama. Datuk Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zin: Minta laluan, minta laluan. Tuan Yang di- Pertua ada dua perkara yang saya hendak katakan di sini. Tuan Yang di-Pertua: Ini yang bangun minta laluan itu Senator tulen. Datuk Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zin: Ada dua perkara, yang pertama soal penglibatan. Keputusan soal-soal kontrak apa semua ini. Tetapi untuk kontraktor untuk projek kecil yang diberi oleh kerajaan untuk kontraktor bawah kampung. Kadang-kadang orang-orang politik yang dimaksudkan adalah orang-orang Ahli Parlimen. Dia pun hendak kena juga jaga orang dia. Sekadar dia hendak minta pertimbangan dan dia tidak menentukan, malah Menteri Besar pun tidak arah pegawai-pegawai. Tidak tahulah maksud Yang Berhormat Shahidan Kassim yang arah. Tetapi saya rasa dia sekadar minta pertimbangan yang diberi kepada kontraktor yang dipohon dipertimbangkan oleh orang-orang politik ini juga adalah kontraktor-kontraktor yang berwibawa dan mencari makan sebagai kontraktor. Yang pertama. Yang kedua saya kurang bersetuju ialah menjadi kontraktor tidak semestinya kita pergi kepada kelas F. Kalaulah seseorang itu kelulusan dia adalah kelas A, takkan dia hendak tubuh kelas F. Dia mesti tubuh kelas syarikat kelas A. Bermakna dia seorang engineer , dia seorang QS. Kelas F ini, dia mengaji setakat darjah enam. Tidak boleh pergi sebagai engineer . Jadi seperti manalah kalau kita dalam tentera, ada jawatan yang tidak semestinya kita bermula dengan private, lepas itu baru kita hendak pergi jeneral. Jadi maknanya dalam tahap ini saya kurang bersetujulah bahawa kontraktor tulen itu dia mesti daripada kelas F. Tetapi apa yang lebih penting sebagai kontraktor ialah management dia itu. Dia membuat pengurusannya. Mungkin kadang-kadang itu orang salah faham. Sebagai contohnya, sebagai kontraktor bumiputera saya tidak boleh membeli mendapatkan bekalan barang- barang untuk kontrak saya daripada kedai Melayu. Saya mesti mencari kedai-kedai kerana keseluruhan pembekal bahan-bahan ini adalah orang Cina. Yang nombor dua dari segi kerja, saya tidak dapat hendak menyediakan pekerja saya seratus peratus orang Melayu kerana sebahagian 90% sekarang ini pekerja-pekerja kontrak adalah daripada pekerja asing sama ada Indonesia ataupun Thailand ataupun negara-negara asing. Jadi dalam konteks kontraktor tulen ini yang dimaksudkan kontraktor 40 DN.8.5.2007 tulen ialah dia mengurus, mengendalikan kontraktor dia. Dia tidak mendapat kontrak, lepas itu dia pergi ambil komisyen Ali Baba. Itu memang saya tidak bersetuju. Jadi itu saja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua rekod kerajaan Malaysia tidak boleh diubah apabila tiris, apabila kerajaan mengatakan 85% Tuan Yang di- Pertua, tiris, bermakna di mana kewibawaan kontraktor yang dapat projek. Ini bukan statement yang saya buat ini daripada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan telah disahkan oleh kerajaan bahawa yang dapat 85% tiris. Bermakna sama ada dari segi management sama ada Ali Baba tapi kalau Ali Baba zaman Dr. Mahathir dulu boleh, cuma Ali dan Baba jangan tidur dua-dua celik yang jadi masalahnya Baba saja yang celik Ali tidur, tidur terus, komisen lah tu. Ini maksudnya kalau sekiranya ada kepakaran dari segi management dan memang ada human resource bagus, public relation bagus, tiada masalah. Jangan kita jual kontrak 100% dan kita menjadi kontraktor berwibawa, tidak sampai matlamat kerajaan. Sekarang dah tak sampai, sekarang ini kita membincang soal kerajaan dah susah hati, dan apa cara kita hendak buat? Jadi saya telah cadangkan jawatankuasa di EPU pantau tengok apakah harus kita buat atas perkara-perkara yang berlaku ini, Tuan Yang di-Pertua terima kasih saya nak ubah sikitlah. Tuan Lee Sing Chooi: Mohon laluan. Terima kasih, berkenaan dengan perbelanjaan kontrak dan juga macam mana kontrak itu dikendalikan ini akibatkan satu budaya. Budaya itu yang akan menolong negara dan bangsa atau wujudkan budaya itu menjatuhkan atau mengurangkan daya tahan atau daya saing yang kita pasti diambil kira. Satu pemberian kontrak dan saya setuju, kontrak mesti diberi kepada kontraktor yang tulen yang betul-betul kerja. Nombor dua pemberian kontrak itu bukan saja pengagihan kontrak saja, itu bukan peranan kerajaan saja yang patut dibuat. Yang mustahak itu, selepas dapat kontrak itu sesuatu kontraktor itu selepas kendalikan kontrak itu, adakah kebolehan itu dipertingkatkan, daya saing dapat dinaikkan dan lebih kompetitif untuk membuat tender lagi yang lebih besar yang lebih kompleks. Kebolehan itu yang mesti kita kaji dalam sistem kerajaan adakah mekanisme itu meningkatkan menilaikan setiap kontrak itu dapat mempertingkatkan daya saing dan daya tahan sesuatu kontraktor itu selepas sistem pengagihan kontrak itu diberikan, itu yang timbangan yang mustahak ini yang mengakibatkan budaya yang lebih sihat dan lebih progresif atau tidak, apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju tentang selepas mendapat kontrak. Ini bermakna kalau kita lihat sekarang, yang mendapat kontrak ini jarang nampak wajahnya. Orang lain sahaja yang ada. Sebab itulah kita nampak bahawa tidak ada peningkatan. Ini disebabkan keterlibatan tidak secara langsung dan akhirnya apa yang terjadi ialah delay , masalah kebocoran, masalah defect dan berbagai-bagai lagi. Oleh sebab itulah kita berharap mereka yang mendapat kontrak ini, dan kita tidak langsung tidak ada diskriminasi, kita hendak kata kenapa dapat tiga atau lima, tidak. Bila dapat sahaja, guna dan peringkatkanlah ilmu yang ada, biar apa yang kita buat itu seratus peratus memuaskan hati dan sampai kepada matlamat sebagaimana yang ada dalam kontrak/perjanjian yang kita tangani tadi dan juga selepas masa default itu masih lagi berterusan, bangunan dan infrastruktur tadi tidak defect macam zaman penjajah dahulu. Saya ingat, bangunan zaman penjajah dahulu hingga sekarang langsung tidak ada cacat. Ini sebab apa? Ia kerana keikhlasan, ketulenan, kebersihan, kerja bersungguh-sungguh, kerana Allah s.w.t. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berpindah kepada pihak eksekutif perkhidmatan awam. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyebut tentang bahagian eksekutif iaitu pegawai-pegawai kerajaan. Cuma di sini apa yang berlaku, first class policies, poor delivery . Ini disebut oleh Perdana Menteri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Jika sekiranya kita sudah berkhidmat dengan kerajaan, kita telah berjanji untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, bersih, cekap dan amanah, kita gunakanlah ilmu yang sedia ada ini untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik. DN.8.5.2007 41

Ada juga yang kata Kastam pun tidak senyum, di airport pula masalah-masalah pelancong yang datang. ‘golden smile’. Dulu MAS kata ‘golden smile’. Senyumlah dalam menyambut tetamu-tetamu, orang-orang kampung yang datang ke pejabat dan jangan ponteng. Dalam surat khabar ada perkara mengenai ponteng ini. Saya rasa tidak berapa sesuai perkataan ini keluar dalam surat khabar. Kita mencari jalan yang terbaik bagaimana hendak mempertingkatkan civil service. Saya mencadangkan untuk mengadakan satu suruhanjaya untuk mengkaji kelemahan dalam perkhidmatan awam. Bila mengkaji akan ada cadangan-cadangan dan cadangan-cadangan itu kita gunakan kerana ini akan memberi kita advantage , dengan izin. Saya minta pihak Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk melihat tentang Peraturan-peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tatatertib 1993. Ini bukan kerana kita hendak memberikan tekanan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Sebab kita di sini pun ramai yang bekas PTD officers juga. Jadikan ia sebagai garis panduan. Dengar Chapter D itu, telinga pun panas. Saya pun faham, Tuan Yang di- Pertua. Tetapi kita ambil ia sebagai positif. Apa sahaja yang ditegur di dalam Bahagian II ini kita jadikan positif. Contohnya ialah tentang membelakangkan tugas awam demi kepentingan persendiriannya, turn jadikan positif. Kita jadikan awam itu mendahului hal-hal peribadi, maka mudahlah kita berinteraksi dengan masyarakat luar bandar khasnya. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri. Kita buangkan, ia untuk faedah ramai. Kurang cekap dan kurang berusaha. Kita tingkatkan kecekapan dan usaha kita. Di sini disebut tidak jujur dan tidak amanah. Kita jadikan kejujuran dan amanah sebagai panduan hidup kita. Tidak bertanggungjawab. Kita katakan bertanggungjawab, dedikasi dan mempunyai imuniti. Kalau ada orang memberikan hadiah atau sebagainya kita tidak terima sebab ada unsur-unsur rasuah kalau kita ambil hadiah ini. Tetapi kita boleh bertanya kepada ketua atau pengarah jika sekiranya kita hendak terima. Saya juga bersetuju tentang gaji minimum RM1000 selaras dengan syor semakan gaji sebab kos sara hidup pun sudah tinggi. Semua harga barangan pun sudah mahal juga dan saya menyokong tentang tuntutan CEUPACS. Hari ini kita dapati bahawa Perdana Menteri pun sudah bersetuju hendak menaikkan gaji. Jadi tingkatkan delivery system. Amanah ditingkatkan. Moral tingkatkan. Kerja tepat masanya. Kerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Maknanya kita ada tugas dan tanggungjawab untuk membela rakyat jelata. Untuk opsyen bersara, kalau sihat dan berminat... Tuan Ismail bin Kasim: Mohon laluan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin. Saya ingin bertanya, apakah pandangan Yang Berhormat mengenai dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Saya amat bersetuju. Tetapi kita harus melihat kepada terdirinya kerajaan ini hasil daripada sokongan dan dokongan yang diberikan oleh para petani dan nelayan yang merupakan bilangan terbesar selain daripada 1.2 juta jumlah kakitangan kerajaan yang ada dalam perkhidmatan sekarang ini. Saya lihat subsidi padi, contohnya, sudah berada hampir 20 tahun yang tidak dibuat kajian sehingga ke saat ini masih di tahap atau di paras RM4.81 yang saya rasa adalah kurang wajar dan harus dibuat kajian dan diberi pembelaan. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya ia ada di dalam ini. [Menunjukkan dokumen di hadapannya] Nanti saya jawab kemudianlah. Terima kasih dan saya akan ambil perhatian. Ah...saya sebut apa tadi? [Ketawa] ...tetapi bukan secara automatik. Tidak semua orang... Puan Mumtaz binti Md Nawi: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Habiskan dulu. Tuan Ahmad bin Husin: Tuan Yang di-Pertua, maknanya yang 60 tahun ini bukan semua yang ada rekod cemerlang, dedikasi, sihat walafiat dan kesanggupan. Ini di antara kriteria-kriteria jika sekiranya hendak menyambung perkhidmatan. Kalau saya Tuan Yang di-Pertua... 42 DN.8.5.2007

Tuan Yang di-Pertua: Tadi Ada Yang Berhormat hendak katakan... Tuan Ahmad bin Husin: Di antara 58 hingga 60 tahun. Puan Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum berpindah kepada tajuk lain saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat. Kerana kita mengakui dan meyakini orang yang dilantik menjadi pegawai kerajaan ataupun orang yang bekerja di sektor swasta adalah orang yang kita tidak pertikaikan dari segi kecerdikan dan kesihatannya. Cuma, apa pandangan Yang Berhormat, orang yang sama bila bekerja dengan kerajaan mungkin prestasinya lain dan bila berpindah ke sektor swasta mungkin prestasinya lain. Sama juga dengan sikap sesetengah rakyat yang berada di Malaysia mungkin lain sikapnya, dan bila pergi ke negara lain berubah sikapnya. Dalam konteks ini yang kita lihat, apakah faktor terbesar penyumbang ke arah ini? Adakah kerana kurang iman, salah sistem atau kurang gaji? Kerana mungkin sistem atau pun gaji atau pun kemahiran sistem di negara lain itu lebih baik dan sebab kita tengok dari segi kursuslah banyak diberi. Tetapi macam mana dari segi peningkatan keimanan di kalangan kakitangan sama ada swasta mahu pun kerajaan? Apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang prihatin. Umum kita mengetahui bahawa memang benar sekali jika sekiranya kita kerja dengan kerajaan, dengan swasta. Kita kerja dengan bank bumiputera dulu dan bank bukan bumiputera, Hong Leong kita katakan. Sudah menjadi budaya environment pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri pun tak kerja, pandang kanan pun tak kerja, dan Tuan Yang di-Pertua kita pun tak kerja. Jadi elok sekiranya kita ada competition ada tempat yang betul-betul bekerja, dedikasi dan sebagainya, maka semua akan bekerja kita akan malu pada diri kita sendiri human dan jadi culture. Sekarang ini dengan latihan sahaja, dengan pendidikan sahaja yang boleh untuk mengubah kesemua mentaliti yang tidak elok ini. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat minta laluan. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih, Yang Berhormat saya tertarik dengan kenaikan gaji pegawai-pegawai kerajaan ini, saya setuju seratus peratus. Tetapi apakah pandangan Yang Berhormat gaji naik, katalah bila-bila masa sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan gaji naik. Bila gaji naik, barang naik, tarif elektrik naik, itu naik ini naik, sampai bila pegawai kerajaan nak cukup gaji ni!. Sebab bila dia naik, dia tak seimbang dah, sampai bila hendak cukup? Kalau harga barang terus naik, gaji bila-bila pun dia kena naik, dia tak seimbang. Apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dia kalau sungai ni, air dia mengalir daripada hulu ke hilir, ke muara ke lautan. Bermakna kita kena ada kunci dia, kita kena ada belat dia. Ini kerajaan kena fikir, macam mana hendak adakan kunci dia, supaya tak semua air itu mengalir ke lautan. Bermakna semua orang boleh menggunakan nikmat Allah tentang air tadi. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dia orang tak faham, belat itu empangan. Tuan Ahmad bin Husin: Belat ini empangan, dan sekarang ini sudah tidak ada empangan di sungai-sungai sebab itu sungai jadi cukup teruk, tidak bersih, kotor sekotor- kotornya. Berapa bilion pun, tidak boleh selesai sebab tidak ada empangan. Kerajaan kena fikir, kalau dia naik apa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini hendak buat? Soal minyak, soal gula, soal kopi, soal sekolah, yuran, ini PIBG dia orang nak seronok sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi sekarang ini semua orang terlibat, gunakan kunci-kunci tertentu supaya kenaikan gaji tadi lebih tinggi daripada inflasi, barulah stabil. DN.8.5.2007 43

Saya pindah kepada kampung pula Tuan Yang di-Pertua, untuk tolong orang kampung. Yang Berhormat Senator Ismail bin Kasim tadi sebut. Dulu ada satu pendaftaran yang dibuat pada tahun 1987 oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Sekarang sudah 2007, sudah 20 tahun lebih, bermakna maklumat atau data yang ada ialah dibuat melalui tahun ke tahun, mungkin lima tahun sekali dan sebagainya. Dan saya cadangkan sekarang, kita nak pastikan betul-betul berapa banyak yang dikatakan PPRT orang-orang yang terlibat dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin yang betul-betul, sebenarnya-benarnya yang sekarang ini berapa? Macam kita buat bancian penduduk (population). Jadi sekarang kita hendak pastikan bancian ini tepat. Sebab banyak dah berlaku, bila berlaku sahaja kesusahan baru kita jumpa, bila berlaku saja kemalangan baru kita jumpa dengan orang kurang upaya, baru kita tolong. Maknanya kita buat ad-hoc basic Tuan Yang di-Pertua. Sekarang kita hendakkan nation wide. Saya mintak sebab kita ada 13 tahun sahaja lagi. Kalau tidak kasihan mereka-mereka yang di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, warga emas, orang kurang upaya, anak-anak yatim mereka akan tertinggal, mereka yang sakit, berapa ribu, berapa puluh ribu orang yang sakit, sakit apa? Kita pun tidak tahu, tiba-tiba hendak minta akhbar, cari duit jumpa dengan Ahli Parlimen, jumpa dengan Senator, jumpa dengan Wakil Rakyat. Ini macam tidak ada perancangan Tuan Yang di-Pertua. Kita pastikan sekarang ini, kemudian tambahan masa depan, cerita lain, tetapi pendaftaran sekarang mesti buat nation wide dan dibuat oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri semacam tahun 1987 dulu yang mula-mula kita buat. Baru kita dapat sebenarnya orang susah banyak mana, berapa, sebab apa susah dan sebagainya. Ini satu yang secara besar-besaran. Kemudian penduduk kampung, orang-orang yang menolong Tuan Yang di-Pertua untuk nak menang pilihan raya dan sebagainya. Kumpulan yang disebut Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, inilah manusia-manusia yang bekerja, dalam itu ada wanitanya, ada puterinya, ada penghulunya, ada imamnya, ada gurunya, dan pensioner sebagainya. Saya minta mereka ini diangkatkan taraf, diberi penghormatan, diberikan keistimewaan kerana mereka sebenar-benarnya menjadi tulang belakang, yang menentukan kerajaan ini berjaya majoriti atau tidak. Kepada ketua-ketua atau pengerusinya, setiausahanya, bendaharinya, jawatankuasanya difikirkan. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Tuan Yang di-Pertua mohon laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup terpikat dengan hujah Yang Berhormat, bahawa golongan-golongan yang selama ini mempertahankan kerajaan sehingga Kerajaan Barisan Nasional boleh memerintah sampai 50 tahun kita merdeka, patutlah diberi penghormatan, patutlah dipertingkatkan, patutlah diberi perhatian untung nasib mereka. Dalam hal ini Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat bersetuju dengan saya kalau saya katakan dalam kumpulan ini juga ada kontraktor-kontraktor. Adakah Yang Berhormat masih memusuhi kontraktor-kontraktor ini, kalau kontraktor ini juga sebahagian daripada orang yang selama ini mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional? Apa kata Yang Berhormat ? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya dulu saya menjaga JKKK dan kontraktor, 278 kontraktor dan 300 JKKK. Jadi saya cukup faham lah Yang Berhormat memang betul dalam JKKK pun ada kontraktor, dalam JKKK pun ada imam, dalam JKKK pun ada pensioner, guru sekolah dan sebagainya. Soal mata pencarian, yang ini bebas lazy fair economic, terbuka, cuma jangan ada penindasan, jangan ada kezaliman kerana kita kasihkan orang tertentu kita mendiskriminasikan orang itu, yang ini tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. 44 DN.8.5.2007

Untuk mereka ini pada tahun 1987 kita bawa ke Kuala Lumpur, kita bagi taklimat di Jabatan Perdana Menteri, kita bagi makan tengah hari, kita rai mereka, kita bawa mereka melawat ke kilang-kilang kita seperti PROTON, kilang-kilang Colgate dan kilang-kilang lain. Banyak tempat yang mereka terhibur, mereka merasa diberi perhatian, mereka pun in group dengan izin, seolah mereka pun ada harga diri dan saya harap kita kembalilah pada zaman itu, bawalah mereka. Berilah mereka pendedahan, jangan kita sahaja jet set sana, jet set sini. Tapi orang yang benar-benar bekerja ini menjadi macam kerbau saja. Kerja rajin tapi apa pun tidak manfaat dan mereka ini kita gunakan setiap hari. Adilkah? Sampai masanya,kita bagi pengiktirafan kepada mereka. Saya cadangkan supaya apa yang disebut tentang Merah 2 dihidupkan semula yakni pejabat daerah contoh dan kita reorganize balik seluruh pejabat daerah di seluruh negara kerana di sini sebenarnya menjadi organisasi yang kuat, yang mantap, yang boleh tentukan tentang ekonomi, pendidikan, keselamatan daerah masing-masing. Dahulu DO cukup besar sekarang sudah mula terhakis, sekarang kita naikkan balik supaya semua institusi kampung, mukim, daerah dapat di satukan. Apabila DO sudah kuat, ada kewibawaan, dihormati maka institusi penghulu akan menjadi lebih segak, megah, boleh membuat perancangan dan apabila institusi penghulu sudah baik dan berada di tahap yang tinggi maka institusi ketua kawasan akan menjadi kuat, akan dihormati dan akhirnya institusi yang keempat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung juga akan mantap. Ini bermakna tiap-tiap daerah akan mantap dan semua daerah akan mantap, negeri akan mantap, kerja pun akan menjadi mantap. Tuan Yang di-Pertua: Maka, tidak saya dengar alunan nada Yang Berhormat macam lepas itu hendak maka... Tuan Ahmad bin Husin: Rasuah sedikit. Sebab Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sebut tentang rasuah dan banyak di Dewan Rakyat mengatakan, Yang Berhormat Karpal Singh kata tidak ada ucapan dan yang timbul dalam surat khabar tidak sebut. Tapi sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebut tentang rasuah. Oleh sebab rasuah kita berada dalam kedudukan indeks rasuah di tingkat 44. Jadi kita berharap Badan Pencegah Rasuah menggunakan ilmu yang ada, undang-undang yang ada untuk terus tidak ada belas kasihan lagi untuk sita harta-harta perasuah-perasuah, biar mereka pun menjadi susah satu hari nanti, sebab harta di ambil adalah secara haram. Oleh sebab Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah tidak ada, saya di sini hendak sebut tentang bekas Ketua Pengarah yang banyak berjasa tetapi telah tidak dilanjutkan perkhidmatannya dahulu kerana kerjanya kuat dan dia Dato’ Ahmad Zaki bin Husin adalah.... Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Minta laluan Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya rasa saya tidak bersetuju kalau sekiranya kalau perasuah ini kita rampas hartanya. Sebab dia akan terus rasuah, dia akan dapat lebih banyak lagi untuk ambil. Kita rampas rumah dia, dia banyak lagi boleh dapat dua tiga buah rumah juga melalui rasuah. Saya ingat lebih baik saya hendak mencadangkan Yang Berhormat setuju atau tidak setuju kita hukum gantung sahaja perasuah ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Ada satu filem saya jarang tengok tapi malam tadi saya tonton. Dia perogol, 20 tahun sampai mati 50 orang, di Amerika. Bermakna Amerika ini bukan orang cerdik sebab dia hendak tangkap perogol pun 20 tahun. Jadi bila sudah DNA, di introduce dengan izin, maka dapatlah perogol tersebut. Jadi apabila sampai ke mahkamah, si perogol tidak mengaku, tetapi lawyer nya mengatakan bahawa dia hendak negotiate kalau dia mengaku, hukuman seumur hidup. Kalau tidak mengaku, terpulang kepada court , biar court decides dengan izin. Akhirnya selepas enam bulan, bila berhadapan dengan mahkamah, dia tanya sekian- sekian, adakah kamu membunuh 50 orang ini, dia mengatakan yes , hukumannya penjara seumur hidup. Ini kisah benar di Amerika. Di hukum seumur hidup. Alangkah aniaya kalau hendak kira. Tapi kita tidak perlulah gantung, tapi penjara. 20 tahun, seumur hidup, biar dia menderita, tahu susah payah orang cari rezeki dia samun sahaja Tuan Yang di-Pertua. DN.8.5.2007 45

Dato’ Omar bin Faudzar: Yang Berhormat minta laluan. Tadi Yang Berhormat cakap fasal rasuah di Amerika. Sekarang saya hendak tanya Yang Berhormat fasal rasuah dalam negara kita. Saya tengok rasuah ini saya bahagikan kepada dua kategori. Satu, rasuah mencari kekayaan dan satu lagi ialah forced corruption, rasuah yang terpaksa. Jadi dalam rasuah dalam forced corruption ini, saya kategorikan sebagai dua. Satu ialah terpaksa dan satu lagi ialah terpaksa memaksa. Jadi dia terpaksa memberi rasuah sebab kalau dia tidak bagi rasuah, fail hilang. Kalau dia tidak bagi rasuah, pelan tidak lulus. Yang terpaksa, memaksa dirinya menerima rasuah disebabkan oleh kemiskinan. Dia hendak cari rezeki, kalau gaji dia, pendapatan dia begitu rendah, mahu tidak mahu dia terpaksa memaksa diri dia menerima rasuah. Jadi kadang-kadang bila kita pergi pejabat kerajaan kita tengok poster anti rasuah, polis memakai anti rasuah. Jadi kalau kita kajikan balik pendapatan polis dengan anak- anak dia, berapa banyak sangat. Jadi macam mana kita hendak selesai masalah ini Yang Berhormat? Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nampak perkara ini ada jalan keluar. Ada masalah, ada jalan keluar. Tidak kata, ada masalah oh, masalah! Bukan, dengar sahaja masalah, cari jalan. Kalau negatif, kita turn positif. Kalau positif lebih positif. Dalam hal ini dia ada ketua. Dia berpaksi kepada ketuanya. Yang nombor satunya, yang memegang power itu. Kalau sekiranya yang itu, dia rasuah semua itu rasuah, bos tidak betul. Jadi dengan sendirinya. Jadi sekarang sudah sampai masanya semua ketua-ketua ini, semua pemimpin- pemimpin, semua head of department, semua kena betul-betul keluar daripada zon menerima rasuah. Bermakna air di hulu bersih dan air di hilir, di muara dan ke lautan bersih. Tapi Tuan Yang di-Pertua kalau di hulu sudah keruh, berkocak, pakai alat apa pun tidak akan berhasil. Jadi sudah sampai masanya semua pemimpin united tidak akan terlibat, terjerumus dalam aktiviti-aktiviti yang bukan-bukan menyebabkan terlibat dengan rasuah. Soal beri, terpaksa beri disebabkan oleh kita kata majlis perbandaran, pelan lambat. Ini bermakna ada benda-benda yang bos dia sendiri, ketua dia sendiri tidak boleh ambil tindakan. Dia pun lemah. Ini timbul di BPR Perak. Kenapa fail-fail rasuah tak jalan? Pengarahnya perempuan. Dia hairan.... Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Mohon laluan. Tuan Ahmad bin Husin: Silakan. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Terima kasih. Saya juga begitu tertarik dengan perbahasan tentang rasuah dan apabila Yang Berhormat mengatakan wajar ketua-ketua yang bermula daripada Perdana Menteri kitalah, maknanya tetapi selepas itu disusuli oleh ketua-ketua jabatan. Malangnya bukan semua ketua jabatan ini yang boleh kita katakan lepas daripada terlibat dalam kegiatan rasuah sebab kita tak boleh menuduh secara terbuka seperti itu. Tetapi anehnya kita kadang-kadang mendengar laporan-laporan yang mengatakan katakanlah daripada satu kontraktor, saya hendak cari penyelesaian dan apa pandangan Yang Berhormat. Contohnya, satu kontraktor mengatakan kepada saya, “Macam mana ini Yang Berhormat saya dengar saya punya projek sudah kena lulus, menteri sudah bawa dalam mesyuarat, sekarang itu ketua jabatan telefon sama saya, dia mahu minta sekian- sekian, kalau tidak ini surat tak boleh keluar”. Jadi kadang-kadang yang melaksanakan ini ialah ketua jabatan itu sendiri. Jadi macam mana untuk menyelesaikannya. Saya juga ingin sangat hendak mengetahui sebab hendak menasihati kontraktor ini pun saya tak reti. Hendak kata jangan, takut rezekinya terlepas. Hendak kata ya, kita menggalakkan rasuah berjalan. Pandangan Yang Berhormat. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ini problem solve it dengan izin. Saya hendak jawab mengatakan bahawa memang sudah menjadi budaya dan menjadi darah daging dan menjadi kaedah sekarang. Jadi maknanya perkara ini telah dan sedang berlaku. Maknanya untuk hendak selesaikan sekali sahaja dengan satu Panadol semua penyakit baik tak boleh. Tak ada dalam dunia ini. Tuan Yang 46 DN.8.5.2007 di-Pertua adalah doktor, doktor betul ini. Bukan doktor persuratan tapi doktor perubatan. Bagi Panadol Tuan Yang di-Pertua kata tak boleh selesai semua penyakit. Penyakit ini kena bagi berbagai-bagai pil. Jadi kita kena bermula seperti saya sebut tadi mahu tak mahu kita kena daripada sekolah lagi anak-anak kita pembelajaran daripada tadika, sekolah sampai dia dapat diploma, sampai dapat ijazah, didikan daripada rebung lagi baru kita boleh selesai masalah. Itu pun ikut fasa. Tapi kalau sekarang ini kita hendak bagi tahu kata hendak bagi satu ubat semua selesai, sukar. Melainkan pihak Badan Pencegah Rasuah go all out . Pagi petang siang malam. Tak ada masa lagi sudah. Betul-betul go to the ground dengan izin untuk selesaikan. Bagi tahu ini dia kena sudah. Sekarang ini dalam satu jabatan seorang pun tak kena apa pun diam sahaja. Sudah berapa repot sudah. Macam di Perak tak jalan. Fail itu tak jalan kerana ketua jabatan itu takut. Dia takut pada orang bawah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya mohon laluan sebentar. Jadi Yang Berhormat untuk menambah baik kerja-kerja saya boleh saya dapat tahu mana Yang Berhormat yang ingin berucap pada petang ini. Beberapa Ahli: [Mengangkat tangan]. Tuan Yang di-Pertua: Tiga. Pada petang ini ya? Satu, dua, tiga. Jadi kalau Yang Berhormat boleh beri masa kepada kawan-kawan sedikit. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jawab soalan Senator Tuan Ismail bin Kasim. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua di utara sekarang ialah kita kekurangan benih padi, satu. Benih padi yang saya maksudkan di sini ialah benih baka daripada MARDI, benih asas juga daripada MARDI dan benih berdaftar dan benih sah. Sekarang di utara ada masalah dan kita minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat dan memperbesar lagi. Memberi bantuan yang lebih kepada pihak Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mewujudkan lebih banyak lagi kawasan benih padi dan saya minta Bernas juga menambahkan lagi untuk memberi sebab penanaman padi sekarang serentak. Kadang-kadang tak sempat hendak disiapkan benih padi. Sebab dia ada cara-cara saintifik Tuan Yang di-Pertua untuk hendak mengadakan benih padi tersebut. Jadi pihak yang diberi tanggungjawab ialah LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Bernas dan kita minta beberapa pertubuhan peladang kawasan lagi untuk diberikan kuasa untuk mewujudkan benih padi sah. Kemudian harga minimum padi sudah dinaikkan kepada RM650 setan metrik. Ini harga minimum yang kita guna pakai sejak sembilan tahun yang lalu sudah tidak sesuai dengan kos kehidupan manusia masa kini dan Tuan Yang di- Pertua saya hendak mohon minta Bernas bersiap sedia untuk musim menuai kerana jika tidak akan timbul soal masalah lambakan padi dan bagi pihak penduduk di kampung yang terlibat dalam.... Tuan Ismail bin Kasim: Laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin. Apabila Yang Berhormat bercakap tentang benih padi, benih padi ialah merupakan asas utama dalam kita hendak melihat penghasilan produktiviti yang lebih setiap kali musim tanaman bermula kerana kita lihat sekarang ini benih-benih padi yang berada dalam pasaran terutama negeri-negeri yang terlibat dalam penanaman padi dilihat benih padi yang berada dalam pasaran ini telah kurang berkesan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi seperti LPP dan juga Bernas Marditech Seed saya lihat telah gagal menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka untuk menghasilkan benih-benih padi yang mencukupi dan sebab-sebab inilah kita lihat bila setiap kali musim penanaman semula berlaku maka tidak ada kesamarataan dalam benih dan menyebabkan padi-padi yang cuba dibuat dan hasrat kerajaan untuk mendapatkan satu hektar 10 tan itu tidak menjadi kenyataan. Begitu juga dilihat pertubuhan peladang kawasan ataupun PPK dan juga LPP sendiri pada setiap kali petani-petani diberi tanggungjawab untuk menghasilkan benih padi menerusi tuaian tapi pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk hendak recognize bahawa hasil tuaian ini boleh dijadikan benih padi tapi tidak mendapat penggredan yang sepatutnya. Jadi petani yang sepatutnya menikmati harga yang tinggi dengan penjagaan DN.8.5.2007 47 yang dibuat sepanjang masa itu dia menikmati harga yang rendah seperti harga yang dibuat untuk mendapatkan beras dan sebagainya. Itu masalah yang timbul. Hasrat petani. Jadi petani sekarang makin lama apa yang dibuat oleh kerajaan hanya dinikmati oleh orang tengah sahaja yang menikmati keuntungan sejak dari zaman dulu lagi. Kita mahu ini ada perubahan Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini. Tuan Ahmad bin Husin: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya ada sedikit kekeliruan dalam mewujudkan benih padi. Yang satu ialah daripada MARDI. Yang satu lagi ialah benih sah tetapi tidak sah. Yang ini di manipulasi oleh pihak-pihak tertentu dan banyak juga petani di utara sudah tertipu disebabkan benih ini tidak sah cuma di kampitnya ditulis cap sah dan harga murah daripada benih padi asal. Yang ini pihak pertanian, Lembaga Ketua Peladang mesti lihat benar-benar sah daripada MARDI, benar-benar sah daripada BERNAS. Selain itu tidak sah walaupun copnya sah. Satu lagi yang jadi masalah ialah bila petani-petani tadi menanam dengan padi yang sah tetapi dekat hendak tuai, pegawai-pegawai ini menilaikan ianya tidak sah. Sebab itu dia jual padi pada harga RM650 tidak RM900 sebagai harga padi yang sah. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat hendak ambil masa berapa lama lagi? Tuan Ahmad bin Husin: Lima minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menolong orang kampung Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab penanaman tembakau sudah menjadi sunset industry dan penanaman tembakau pun tidak baik dan tidak elok kepada kesihatan. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan terus memperbesar tanaman kenaf dan alfalfa. Ini akan memberi kekuatan, memberi menambah pendapatan ekonomi penduduk luar bandar. Kedua, produk ini satu boleh dijadikan ubat dan satu lagi boleh dibuatkan hal-hal art board dan sebagainya. Akhirnya ialah saya hendak, hari ini saya dapat satu dalam akhbar The News Straits Times . Hari ini 8 Mei 2007, kalau ingat tahun lepas saya sebut dalam Dewan yang mulia ini. Saya masih ingat lagi saya sebut dalam Dewan yang mulia ini orang yang pertama saya sebut ialah tentang pipe line dari Kuala Sungai Baru sampai ke Tumpat Kelantan. Ini bermakna kapal-kapal yang lalu di Selat Melaka yang tadi disebut 300, 350 satu hari tiada masalah lagi kerana kita akan ada satu loji di sebelah sini dan satu lagi di Tumpat Kelantan. Hari ini keluar dalam surat khabar mengatakan bahawa Perdana Menteri setakat ini tentatively bersetuju untuk projek ini dijalankan. Ia berharga Fasa 1 sahaja ada dalam RM6.8 bilion, Fasa 2 – RM15.24bilion. Saya cuma hendak minta satu sahaja. Oleh sebab di sebut dalam surat khabar ini, ianya bermula dari Yan ke Tumpat. Saya hendak merayulah pada kerajaan memikirkan sama cadangan awal, boleh tak melalui Kuala Sungai Baru masuk ke Kedah ke Kelantan. Jangan tidak lalu langsung pada negeri Perlis Indera Kayangan. Dengan ini saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Ikhwan Salim yang hendak bercakap petang ini. Yang tadi bangun hendak bercakap petang ini Dato’ Ikhwan ya? Yang Berhormat bagi Dato’ Ikhwan, Yang Berhormat bagi Datuk Hajah Dayang Mahani dan Yang Berhormat bagi Puan Wan Ubaidah. Yang Berhormat bagi Datuk Hajah Dayang Mahani. 3.44 ptg. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Dayang Tun Pg. Ahmad Raffae: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk bersyukur dengan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin semoga di bawah pemerintahan baginda Malaysia akan lebih makmur dan bertambah maju. Dalam kesempatan yang sama, saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan menjunjung kasih pada mantan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis yang kini bersemayam di atas takhta menaungi negara dan melindungi rakyat selama lima tahun dengan aman dan makmur. 48 DN.8.5.2007

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama membahaskan dan menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah di sampaikan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen yang Kesebelas pada 19 hari bulan yang lalu. Titah Baginda yang penuh amanat ini semestinya menarik perhatian rakyat jelata yang ingin melihat kemajuan negara seiring dengan nilai-nilai murni dalam usaha untuk mencapai sebuah negara yang maju berdasarkan acuan kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, hampir setahun lalu berita mengenai fenomena banjir sering dilaporkan oleh media massa terutamanya yang melanda dataran tanah rendah Asia. Pada tahun 1998 di Sungai Yangtze China telah meranapkan sebahagian tengah negara. Sekali lagi dalam tahun 2004, lebih daripada 46 juta orang telah terlibat dalam bencana alam ini. Secara global adalah dianggarkan bahawa banjir boleh menyebabkan kerugian kepada 60 juta orang setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, bencana banjir yang berlaku pada awal tahun ini telah melibatkan negeri-negeri seperti Johor, Pahang dan Sabah tidak terkecuali. Banjir tersebut juga turut memberikan kerugian yang cukup besar sehingga melibatkan 100,000 orang. Ketika air surut pemandangan dalam rumah, lantai kotor penuh lumpur, dinding yang lembap dan kotor, barang-barang elektronik, televisyen, VCD player , komputer dan sebagainya tidak dapat digunakan lagi. Para petani yang terlibat, tanaman mereka semua musnah. Penternak yang terlibat, ternakan mereka mati dan dihanyutkan air. Dianggarkan kerugian ini sehingga mencecah sehingga RM1.5 bilion. Selain memenatkan badan, kita tahu pengalaman banjir bukanlah satu pengalaman yang mudah kita lupakan. Dalam keadaan resah, dalam keadaan takut dan secara tidak langsung mengurangkan pula tabungan kerana digunakan untuk memperbaiki rumah, bahkan untuk membeli peralatan elektronik, serta kepada petani-petani terpaksa berbelanja untuk menanam tanaman yang musnah. Kepada penternak-penternak terpaksa memulakan usaha-usaha menternak sekali lagi, kerana ternakan dan tanaman sudah musnah akibat banjir. Inilah pengalaman yang begitu pahit yang dilalui oleh mereka-mereka yang terlibat dengan banjir di kawasan-kawasan yang telah di sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, penumpuan yang sewajarnya terhadap penambah baik infrastruktur terutamanya sistem perparitan dan saliran adalah langkah yang wajar bagi menghadapi kemungkinan musibah banjir. Sungai-sungai utama pada dasarnya digunakan sebagai penambat banjir, kawasan tadahan air, kawasan rekreasi, kegunaan seharian dan sebagainya hendaklah dikawal selia agar tidak terjejas akibat pembangunan yang tidak terancang. Seperti di Sabah pada awal tahun ini juga berlaku banjir besar yang melanda 16 buah kampung di persisiran Sungai Kinabatangan, Beaufort, Umadan dan kawasan- kawasan yang persekitaran dengannya turut mengalami berbagai-bagai kerugian terutamanya kepada pertanian. Amanat baginda jelas agar kita harus insaf dan berwaspada kerana bencana sebegini akan berlaku sekali lagi, atau pun akan berlaku berulang kali. Namun perkara yang penting adalah bagaimana untuk mencegah atau untuk menggelakkannya. Kebanyakan negara termasuk para ahli perhutanan menyatakan bahawa hutan dapat mencegah atau mengurangi banjir. Kawalan terhadap pembalakan secara mampan dan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah pembalakan secara haram wajar dipertingkat dan hukuman bersabit kesalahan wajar ditambah untuk mencerminkan betapa seriusnya kerosakan kepada alam sekitar dan kerugian kepada kerajaan dan rakyat. Biarlah jumlah yang dikenakan setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh pembalak-pembalak secara haram tersebut. Pihak media juga sering mengaitkan hampir setiap tragedi yang berlaku berkaitan banjir dengan kegiatan manusia khususnya aktiviti pembangunan yang tidak terancang, perluasan tanah pertanian, pembalakan dan sebagainya. Oleh sebab itu, jika kawasan hutan di balak tanpa terkawal, lambat laun kawasan tadahan air ataupun punca air kita akan musnah dan selain daripada itu akan menyebabkan DN.8.5.2007 49 masalah banjir di kawasan tanah rendah. Ia juga secara tidak langsung mengundang masalah baru iaitu kita akan kekurangan air bersih untuk kegunaan kita setiap hari. Tuan Yang di-Pertua, Laporan Penilaian Impak Alam Semula Jadi (EIA) dan penyertaan awam secara lebih terperinci dalam setiap projek yang dilaksanakan terutamanya projek mega adalah amat penting untuk memastikan kepentingan awam dapat dijaga. Ini adalah kerana kebanyakan projek pembangunan yang dilaksanakan sering memberi masalah kepada penduduk. Ini jelas menunjukkan bahawa sebelum projek-projek berkenaan dimulakan, penyertaan awam dari sudut pandangan dan bantahan umum tidak diadakan secara teliti. Mengabaikan komen daripada masyarakat atau Penilaian Impak Alam Semula Jadi (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) tidak dijalankan. Namun demikian, keseimbangan pembangunan juga perlu ditekankan agar segala perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan mahupun pihak swasta dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan awam dalam mengejar status sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu pendekatan yang lebih efisien untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh banjir khususnya di kawasan hilir dan dataran ialah masyarakat yang tinggal di kawasan ini hendaklah diajar atau belajar untuk mencintai alam sekitar khasnya sungai. Kepentingannya harus dijaga bagi mengekalkan kelangsungan alam semula jadi untuk kegunaan semua. Jalan penyelesaian haruslah di formulasi agar dapat mengambil kira kepentingan semua golongan ataupun sekurang- kurangnya memahami keperluan asas dan kepentingan masyarakat dengan lebih menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang kita meniti setiap sudut pembangunan yang ingin kita bina, aspek yang penting adalah kebolehan kita untuk mengurus dan mentadbir persekitaran agar selari dengan keperluan pembangunan mampan. Ia bukan sahaja merangkumi aspek memelihara alam sekitar malah turut menekankan bahawa perspektif ekonomi dan sosial untuk diambil kira. Sepertimana hasrat untuk menjadi status sebuah negara maju, kita harus peka kepada keperluan semasa, daya tahan sistem ekonomi, sumber kekayaan serta faktor penentu kepada tercapainya misi itu iaitu diri kita sendiri sebagai aset kepada pembangunan modal insan. Sepertimana amanat baginda, kita begitu maklum bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan mekanisme pembangunan yang bersifat holistik dan menyeluruh dan juga teras Misi Nasional dari pelbagai strategi dirangka. Di dalamnya rancangan pembangunan itu begitu jelas memberikan tumpuan kepada daya saing ekonomi, keperluan sosial dan urus tadbir negara ke arah yang lebih baik. Ini juga bertujuan supaya kita berada di landasan yang tepat apatah lagi komitmen kita menjadikan negara ini maju seiring dengan pencapaian negara-negara maju yang lain. Pengurusan pentadbiran yang efisien, pelaksanaan dan kawalan projek pembangunan yang dipantau secara sistematik dan pertanggungjawaban kepada rakyat dalam memberikan sepenuh komitmen merupakan kunci kepada kejayaan yang diharapkan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana negeri Sabah, keyakinan terhadap teras ekonomi dalam hala tuju pembangunan negeri begitu tinggi memandangkan negeri ini masih bergantung sepenuhnya kepada kekuatan ekonomi premier. Kita harus optimistik dengan nilai minyak kelapa sawit dan minyak petroleum mentah yang terus menjadikan pendominasi sektor eksport negeri ini. Berdasarkan kepada kekuatan ekonomi yang dimiliki, hari ini kita tidak lagi melihat sektor pertanian sebagai sumber ekonomi miskin tetapi telah menjadi sumber kekayaan yang boleh ditimba oleh sesiapa sahaja. Justeru matlamat ke arah mencapai pembangunan luar bandar yang maju dan mampan perlu dilihat dari segi pelaksanaan program memperkasa sektor pertanian dan agro makanan melalui penglibatan penduduk desa. Pelaksanaan projek pembangunan dan pertanian juga seharusnya perlu mempunyai daya inisiatif dengan sokongan pasaran bertaraf antarabangsa seperti hub makanan dan hab halal dunia. Teringin jugalah mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk bertanya kepada kementerian, sejauh manakah kejayaan Malaysia menyiapkan diri ke arah wawasan menjadi hab halal dunia setakat ini. Pembangunan semasa sektor-sektor seperti pertanian, pelancongan dan pembuatan dapat memberi 50 DN.8.5.2007 peluang kepada penerokaan potensi dan peluang tersendiri. Dalam amanat baginda, baginda begitu yakin bahawa Rancangan Malaysia Kesembilan turut menyaksikan perubahan ekonomi dengan struktur serta prestasi yang dijana oleh keadaan baru, teknologi tinggi dan ilmu pengetahuan hasil daripada pencapaian nilai tambah yang lebih tinggi dan sektor-sektor ekonomi tersebut. Justeru, bagi menyahut amanat baginda, negeri Sabah sememangnya responsif untuk memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan pembangunan sektorial yang berteraskan kepada teknologi, inovasi dan daya saing. Misalnya melalui pembangunan dan penyediaan R&D, serta pembangunan sektor bioteknologi, serta teknologi maklumat dan komunikasi. Seiring dengan maklumat ini, melalui Pelan Tindakan Bioteknologi Sabah 2005-2015, negeri ini akan terus menyediakan sebaik mungkin prasarana serta infrastruktur berkaitan yang mampu meningkatkan produktiviti serta daya saing sektorial agar berkembang dengan impak yang lebih besar ke atas ekonomi negeri dan seterusnya kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, sektor ekonomi desa yang sederhana merupakan cabaran besar kepada kita untuk mewujudkan ekonomi lebih serata. Kita akui betapa pentingnya untuk mengurangkan jurang kemiskinan bandar dan luar bandar, jurang sosial dan taraf hidup memandangkan matlamat ini menjadi teras kepada pembangunan nasional sejak berdekad lalu. Dengan itu, usaha perlulah berterusan dengan merangka strategi yang boleh dilaksanakan di pelbagai peringkat seiring dengan kemampuan kerajaan memberi peruntukan yang besar terhadap pembangunan luar bandar di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Daya saing ekonomi yang masih lembap, kualiti hidup yang rendah, infrastruktur yang tidak lengkap dan ilmu pengetahuan yang terhad haruslah menjadi sebagai antara indicator untuk kita merancang tindakan yang berstrategi agar setiap isu diperhalusi dan dapat diterima oleh setiap kumpulan sasar. Selain itu kepekaan kita terhadap ketidaksamaan ataupun ketidakseimbangan wilayah seharusnya menjadi faktor penyebab kepada pelaksanaan polisi perancangan yang komprehensif yang mana rakyat harus menerima impak positif. Penentuan, kekuatan, kelemahan serta potensi yang terdapat di setiap koridor pembangunan ini akan membantu kita membina rangkaian pembangunan yang bersifat mampan dan sokongan sektorial yang berpotensi untuk dimajukan. [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, modal insan merupakan aset negara yang paling berharga dalam menentukan hala tuju ekonomi pada masa depan. Aspek pendidikan merupakan faktor utama dalam membangun modal insan yang ingin kita bangunkan. Justeru pembangunan pendidikan di negeri ini seharusnya dilengkapi dengan sistem pembelajaran kelas pertama bagi melahirkan minda kelas pertama. Rancangan Malaysia Kesembilan khususnya memberikan perhatian yang sewajarnya dengan memberikan peruntukan yang besar khususnya bagi memenuhi keperluan terhadap pendidikan di luar bandar. Pembinaan sekolah, memperbaiki dan menyediakan infrastruktur yang lebih lengkap merupakan strategi utama ke arah melahirkan generasi yang maju dengan nilai- nilai yang murni melalui sekolah pintar, sistem pendidikan unggul, kurikulum dan program pengajaran serta pembelajaran yang berkualiti. Perlu diambil kira keluasan negeri Sabah dan logistik sekolah-sekolah yang berjauhan memerlukan kos yang lebih tinggi. Dalam pada itu kita mengharapkan dengan terlaksana sepenuhnya pembangunan insan yang sedang diusahakan ini akhirnya akan dapat melahirkan masyarakat yang maju, masyarakat yang berdaya saing dalam persekitaran ekonomi perdagangan dan industri serta memahami konsep-konsep pembangunan insan yang diterapkan sebagai gender pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Saya merasa begitu terharu bahawa baginda juga tidak lupa untuk memberikan pengiktirafan terhadap kemajuan wanita di negeri ini. Baginda turut berbangga dengan keupayaan wanita menjawat jawatan tinggi di peringkat membuat keputusan. Menyedari bahawa kaum wanita adalah sebahagian daripada modal insan negara yang sama pentingnya dengan kaum lelaki. Selain lengkap melengkapi demi untuk mengangkat martabat bangsa. Keprihatinan baginda jelas diungkapkan apabila baginda bertitah DN.8.5.2007 51 sukacita baginda dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender dengan menaruh harapan supaya terus mengkaji semula dasar dan undang- undang yang mendiskriminasikan wanita supaya hak dan maruah wanita akan terus dilindungi. Alangkah bertuahnya wanita di Malaysia. Bagi pihak wanita di Malaysia saya ingin merakamkan junjungan kasih kepada ke bawah Duli-duli Tuanku atas titah yang menyatakan keprihatinan ke bawah Duli terhadap nasib kaum wanita di Malaysia. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang telah melindungi wanita dalam pelbagai bidang untuk memastikan wanita tidak tertinggal dalam arus perdana. Sungguhpun wanita sudah banyak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang pendidikan tetapi masih banyak ruang yang perlu diambil untuk mengimbangi kaum wanita dalam bidang ekonomi, politik, perundangan, perusahaan, kejayaan dan keluarga. Sebagai seorang wanita saya turut berbangga dengan kejayaan wanita dalam bidang pendidikan ternyata dengan izin even the same level of playing field wanita mampu mencapai prestasi yang tinggi. Tidak dapat juga dinafikan keupayaan wanita mencapai tahap pendidikan di IPTA, IPTS yang melebihi 70% tetapi sebagai seorang ibu saya turut merasa kecewa dan risau dengan prestasi anak-anak lelaki kita. Kenapa dan mengapa prestasi mereka menurun. Saya memohon dan merayu agar kementerian pendidikan membuat satu kajian apakah sebab musabab prestasi anak-anak lelaki kita menurun. Saya rasa penilaian ini penting untuk negara kita. Dia bukan sahaja penting untuk pengetahuan ataupun knowledge kita semata- mata. Saya rasa ini adalah satu ukuran yang wajar kita ketahui kenapa anak-anak lelaki kita menurun prestasinya. Saya rasa bukan kerana masalah prasarana di sekolah-sekolah ataupun di universiti kerana keadaan semuanya sama. Bukan kerana tenaga pengajar ataupun kurikulum yang penting ialah penekanan disiplin yang sama yang wajar ibu bapa kenakan kepada kedua-dua anak iaitu anak lelaki dan anak perempuan. Kita tidak boleh sekadar ataupun very strict dengan anak perempuan kita tetapi begitu longgar atau begitu relaks kepada anak lelaki kita sehingga walaupun anak lelaki kita tidak terlibat dengan drugs dengan izin penyalahgunaan ganja, berkawan dengan anak-anak yang nakal. Walaupun sekadar dengan izin going for late supper sebab kadang-kadang kalau anak-anak kita balik begitu lewat kalau kita tanya dia kata I do nothing mummy, I just went for supper. Tetapi kalaulah supper ini mengambil waktu yang begitu panjang sehingga pukul 2.00 pagi, pukul 3.00 pagi, pukul 4.00 pagi bila masanya anak-anak kita ini dapat mengulang kaji dan membawa balik prestasi yang lebih tinggi. Rasanya ibu-ibu ataupun bapa-bapa lebih concern lah kalau anak perempuan yang balik begitu lewat dan biasanya dia tegur dia kata no, no, no you jangan lupa you seorang wanita you seorang perempuan tidak boleh anak gadis muda tetapi kita begitu relaks kepada anak lelaki kita. Itulah sebabnya walaupun seperti mana saya katakan dia tidak terlibat. The worst situation dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah kah ataupun berjudi kah ataupun lumba motosikal haram dan sebagainya itu sudah the worst situation. Walaupun the innocent dengan izin, perkara-perkara yang tidak menyalahi just going for late supper tetapi the late supper is too late . Maknanya sampai jam 3.00 pagi jam 4.00 pagi baru balik selepas itu terlalu letih dan tidak sempat untuk mengulangkaji. Silakan. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Mohon laluan terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai dengan perkara late supper ini nampaknya sudah menjadi satu fenomena ataupun life style yang barulah dalam negara kita. Dalam sisipan akhbar tidak lama dulu pernah menyatakan bahawa keadaan ini jika berleluasa bukan sahaja dari sudut moral anak-anak kita tetapi dari sudut kesihatan pun akan menjejaskan warga dalam negara kita ini jika selalu keluar makan jam 12.00 dan sebagainya. Jadi pandangan Yang Berhormat bagaimanakah kita hendak hentikan perkara late supper ini adakah wajar kita menyarankan kepada kerajaan supaya menutup semua warung semua restoran semua kedai mamak yang sekarang ini beroperasi 24 jam? Terima kasih. 52 DN.8.5.2007

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Terima kasih atas pandangan Senator Puan Wan Ubaidah binti Omar. Saya rasa kita tidaklah perlu mengambil tindakan yang begitu drastik sehingga sampai menjejaskan ekonomi, cara untuk peniaga-peniaga hendak mencari sumber hasil daripada usaha mereka yang terpaksa mungkin membuka kedai 24 jam. Saya rasa kemudahan-kemudahan ini bukan untuk melayan anak-anak kita ataupun satu excuse untuk anak-anak kita untuk balik lambat dan menggunakan dia sebagai satu alasan yang mana mereka tidak ke mana-mana sahaja hendak have a late supper. Saya rasa disiplin dalam keluarga itu lebih penting sebab kita sebagai ibu bapa saya rasa terpulang kepada ibu bapa untuk menegur dan mendisiplinkan anak kita, memberi kefahaman baik buruknya dengan tindakan yang mereka lakukan. Bawa prestasi mereka yang terakhir sebagai contoh, supaya mereka sedar bahawa ia membawa kesan yang begitu negatif terhadap pencapaian dalam pendidikan mereka. Selain daripada itu memang seperti apa yang telah disebut juga, ia membawa kesan negatif juga kepada kesihatan. Sebab apabila kita makan jam tiga pagi jam empat pagi, lepas itu tidur, jadi kita tidak mempunyai exercise dan sebagainya dan kita nampak ini adalah amalan yang membawa kesan negatif dan salah satu juga di highlight dalam media massa. Begitu banyak amalan makan terlalu lewat menyebabkan obesiti, situasi yang berlaku sekarang. Anak-anak kita apabila mereka makan terlalu lambat, tidur dengan full stomach, stomach sibuk mengerjakan, memproses dan absorbtion is at its highest . Jadi, itu sebabnya mereka menjadi begitu obes dan kadar kencing manis juga meningkat. Jadi semua ini menjadi masalah kepada masyarakat di Malaysia hari ini dan saya rasa dalam kesempatan ini, saya ingin jugalah mencadangkan supaya majlis-majlis menghidangkan air kosong kalau kita nampak dalam banyak majlis kita, perkahwinankah, kita baru sahaja tadi diberi taklimat, apa minuman yang dihidangkan? Air merah ya tidak? Jadi semua minuman perayaan ke, majlis tahun baru, Thaipusam, Hari Raya seolah-olah kita miskin, seolah-olah kita tidak berbudaya kalau kita tidak menghidangkan. Sekarang ini lagi dia menggunakan trend. Kalau wedding dia kata, ‘what is your theme? Is it blue?’ Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ataupun kadang- kadang dia hendakkan blue sampai dia bagi colour minuman itu dengan warna biru dan tidak ada minuman yang sebenarnya warna biru ini jarang ada. Kalau ia green light pink dengan lemon sedap. Saya pernah menghadiri majlis yang mana temanya biru. Jadi semua minuman jadi biru, tetapi minuman biru ini dia bukan rasa air, bukan rasa sirap. Dia macam chemical, kimia begitu punya rasa. Macam inilah, macam colour tudung I, blue jadinya. Minuman, jadi kita pun macam segan silu hendak minum salah, tidak minum salah. Apabila akhir majlis itu you boleh nampak masih biru lagi atas meja sebab orang tidak sentuh pun. Dia sip sedikit, dia ambil sedikit tetapi dia rasa macam tidak larat hendak telan, sebab dia mungkin rasa itu jauh daripada kebiasaan. Sebab pelet ini hendak kena develop juga. Kita kena biasa, kalau macam limau itu kita biasa rasa. tetapi kalau dia sudah jadi biru, jarang kita hendak ada minuman biru ini. Tetapi oleh kerana corak ataupun hari itu punya trend lah konon-konon mestilah biru, maka minuman pun jadi biru. Jadi semua ini sebenarnya hanya satu fashion yang membawa kepada kemudaratan, bukan membawa kepada kebaikan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya inginlah mencadangkan kepada rakyat Malaysia go back to basic , lebih baik kita hidang air suam selepas itu terpulanglah kepada siapa yang berminat untuk memohon meminta air sirap ke, air apakah, kepada mereka yang berminat sahaja sebab ramai di antara kita sebenarnya apabila sudah hidang dengan minuman merah dengan rose syrup kah? Grenadine apa? Benda minuman yang diberikan, masih lagi meminta boleh berikan saya air suam. Jadi, memang amalan yang lebih baik ialah balik kepada asal iaitu dengan memberikan air suam. Jadi balik kepada perbahasan yang telah saya sentuh ialah masalah tentang pencapaian anak-anak kita yang begitu menakutkan sekarang ini. Saya risau masa hadapan anak lelaki kita. Sebagai seorang wanita pada satu sudut, saya bangga dengan pencapaian wanita, itu satu sudut. Tetapi sebagai seorang ibu yang melahirkan both man and woman , kita melahirkan anak lelaki dan anak perempuan. DN.8.5.2007 53

Kita tidak mahu pencapaian anak perempuan kita baik, anak lelaki kita lemah. Sedangkan anak lelaki sejak dahulu, anak lelaki memang diberikan keutamaan, anak perempuan kalau diberi choice antara anak lelaki dengan anak perempuan, yang mana akan diberi pelajaran, masih balik kepada anak lelaki, kerana apa? Balik lagi kita tengok, kenapa? Kerana dia akan menjadi ketua keluarga. Responsibility dan tanggungjawab yang akan dipikul oleh anak lelaki jauh lagi tinggi daripada anak perempuan. Puan Mumtaz binti Md Nawi: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat, adakah dengan begini perbahasan yang dikemukakan, kita mendapati ataupun kita boleh menyatakan satu analisa bahawa sistem pendidikan yang ada di negara kita ini, sebenarnya lebih sesuai kepada orang perempuan sebab itu perempuan lebih tinggi dari segi achievement , dari segi akhlaknya akan terbentuk dalam cara yang baik dan kita mungkin kurang memberi penekanan kepada sistem yang diperlukan oleh lelaki sama untuk menjadi lebih aktif di luar kelas atau macam mana, apa pandangan Yang Berhormat? Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Sebenarnya fitrah kita memang berbeza, tetapi tanggungjawab kepada wanita seharusnya dipimpin dari awal apa dia keperluan untuk wanita dan begitu juga fitrah lelaki dan apa tanggungjawab untuk lelaki itu yang diharapkan oleh agama kita, oleh ibu bapa kita oleh masyarakat kita. Kalau sekiranya ini dapat kita terjemahkan dalam sistem pendidikan, dalam sistem asuhan, dalam sistem pergaulan, jadi saya rasa mungkin dapat kita capai. Saya sebenarnya tertarik kelmarin Datuk Jins Shamsudin semasa membahaskan, ada mengatakan tentang ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan kalau tidak silap mungkin pandangan daripada Kementerian Wanita yang mengatakan begitu ramai wanita yang terlibat dalam tenaga pekerja, tetapi setelah melahirkan ataupun setelah bersalin, ramai di antaranya berhenti dan Datuk Jins Shamsudin menyokong keadaan itu sebab dia kata memang sesuailah wanita menjadi seorang ibu dan menjaga anaknya sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak begitu selarilah pandangan saya dengan Yang Berhormat Datuk. Sebenarnya memang tidak ada yang lebih membahagiakan seorang ibu daripada mempunyai kesempatan untuk mendidik, membesarkan, mengasuh anaknya sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, kita jangan lupa bahawa wanita juga adalah satu modal insan yang begitu utama kepada mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi yang mempunyai bilangan pengalaman, yang mempunyai strategic mind , yang telah diasuh dan diajar untuk membuat sesuatu yang memberi impak yang begitu besar kepada negara. Kalau sekiranya wanita-wanita inilah yang berhenti, mungkin perlu juga ada satu kajian. Begitu ramai wanita yang berhenti, apa background mereka. Apa tahap pendidikan mereka? Kalau sekiranya sederhana saya rasa mungkin lebih berbaloi untuk dia menjaga anaknya. Tetapi kalau sekiranya pendidikan mereka adalah di tahap yang tinggi, di peringkat membuat keputusan, di peringkat perancangan, di peringkat strategik, maka saya rasa itu adalah satu kerugian besar kepada negara. Jadi, di sini saya rasa perlu kesedaran whereby kita selalu mencadangkan win-win situation for both.... Datuk Jins Shamsudin: Minta laluan Yang Berhormat. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Saya selesaikan dahulu ayat itu sebelum saya terlupa. ... ertinya win-win situation for both. Maknanya ada ruang dan peluang kepada dua wanita yang saling memerlukan di antara satu dengan lain. Yang pertama ialah wanita yang berpendidikan, yang mempunyai pengalaman yang perlu meneruskan kerjayanya. Dalam satu sudut pula ramai juga wanita yang boleh memberi sokongan dan memajukan perniagaan dan memberi bantuan secara asuhan seperti bilangan yang kita baru sahaja bahaskan, pusat-pusat asuhan. Tetapi pusat-pusat asuhan ini mestilah pusat-pusat asuhan yang berintegriti, yang terjamin, yang terlatih yang memang yang penting sekali yang berdaftarlah dan sesudah itu mestilah ia berpatutan, it is affordable. Jangan oleh kerana kita ada asuhan, kita ada keperluan maka kita charge setinggi mungkin, sehingga orang yang mampu jadi tidak mampu. Jadi itu juga satu masalah, silakan Yang Berhormat. 54 DN.8.5.2007

Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyampaikan maklumat itu berdasarkan kepada laporan akhbar yang telah dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan 10 tahun kebelakangan ini, laporan ini ada pada saya, cutting ini ada pada saya. Laporan beliau mengatakan 10 tahun kebelakangan ini, angka wanita-wanita telah menurun daripada yang bekerja kerana mereka setelah mengandung dan melahirkan anak dia berhenti, jadi bererti angkanya telah menurun. Itu yang dimaksudkan. Jadi saya melaporkan apa yang ditulis oleh akhbar itu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya juga ada isteri dan saya berhentikan dia kerja kerana saya hendak dia jaga anak. Jadi dia dahulu bekerja di foreign service , dia pernah bekerja di Cairo, dia pernah bekerja di KUSZA, dia daripada sekolah agama, tetapi saya berhentikan kerana saya merasakan bahawa menjaga anak itu kepada saya lebih penting. Biarlah saya yang mencari makan dan isteri saya jaga anak. Saya hanya membaca apa yang dilaporkan oleh laporan ini. Terima kasih. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun sangka macam itu juga sebab itu saya mengatakan mungkin Yang Berhormat dapat maklumat ini daripada laporan yang telah dikeluarkan oleh kementerian. Itu sebabnya kalau itulah yang berlaku, maka saya rasa wajar untuk kementerian membuat satu kajian daripada jumlah wanita-wanita yang berhenti akibat melahirkan anak, apakah background ataupun latar belakang wanita-wanita yang terpaksa berbuat sedemikian. Saya tidak memandang kecil kepada wanita yang terpaksa berhenti dan menjaga anak. Bukan itu maksud saya. Tetapi saya juga melihat kepada kerugian negara sekiranya begitu ramai wanita yang mempunyai pendidikan yang tinggi, mempunyai kedudukan yang strategik tetapi terpaksa berhenti akibat untuk menjaga anak. Saya daripada awal sudah mengatakan bahawa bagi seorang wanita, tidak ada yang lebih mulia, tidak ada yang memberikan kepuasan sepenuhnya daripada untuk menjaga anak sendiri tetapi kalau sekiranya keadaan sudah terpaksa, kadang-kadang macam Yang Berhormat Datuk ada kemampuan, ada wanita yang terpaksa bekerja terutama kepada ibu tunggal yang terpaksa menyara keperluan anak-anak. Dalam situasi seperti ini, maka pusat-pusat asuhan ini adalah menjadi satu kepentingan. Jadi saya bukanlah memandang rendah ataupun melihat seorang wanita yang hanya mementingkan kepada karier, tidak! Sebenarnya wanita lebih suka menjadi suri rumah tangga daripada bekerja bertungkus-lumus tetapi kalau ada cara yang wanita juga boleh menyumbang kepada negara, maka wanita juga dengan rendah hati dan bersedia dalam semangat imbang-mengimbangi dan sentiasa lengkap melengkapi. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Minta laluan, Yang Berhormat. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Saya. Ingatkan hendak habis dah. Okey. Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat tertarik dengan perbincangan dan perbahasan pada hari ini yang dibawa oleh Yang Berhormat di mana kita tahu bahawa sekarang ini kita melihat ramai wanita ataupun pelajar-pelajar yang berjaya lebih berjaya daripada lelaki. Tetapi hakikatnya, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, mengapa trend sedemikian terjadi? Kerana apa yang kita khuatir, kita melihat hari ini bahawa trend ramai wanita diberi tempat kerana mereka adalah golongan yang terpelajar yang dapat sama-sama membangunkan negara. Tetapi kita harus ingat, masa depan anak-anak kita. Kalau ibu bekerja, kalau bapa bekerja, anak- anak di rumah, siapa yang pantau? Sebab itulah, Yang Berhormat, gejala sosial, anak-anak keluar malam, supper , balik pukul dua, tiga pagi, ibu bapa tidak berani tegur anak. Semua gejala ini terjadi. Maka kalau kita lihat pada zaman-zaman yang dahulu, zaman-zaman emak bapa kita dahulu, yang mana bapa bekerja, ibu di rumah. Masalah ini tidak terjadi gejala sosial tidak ada, mat rempit tidak ada, bohsia tidak ada. Tetapi sekarang ini apabila ibu dan bapa bekerja walaupun terpaksa bekerja. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai zuriat, ada anak, maka kita harus memikirkan masa depan anak-anak ini. DN.8.5.2007 55

Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, kalaulah ibu duduk di rumah, bapa yang bekerja, saya yakin bahawa perkara yang terjadi pada hari ini tidak akan berlaku, salah seorang. Jangan kita harapkan pembantu rumah. Hari ini, Tuan Yang di- Pertua, ibu-ibu yang bekerja ini banyak ambil pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka cakap bahasa Indonesia kerana diberi perhatian oleh pembantu rumah. Kita hendak salahkan siapa? Hari ini kalau pembantu rumah balik ke Indonesia, anak-anak kita sakit kerana rindu kepada pembantu rumah kerana pembantu rumah memberi kasih sayang kepada mereka, sedangkan ibu dan bapa berlumba-lumba bekerja untuk pendapatan, masa depan dan sebagainya. Jadi apa pendapat Yang Berhormat kalaulah kita slow down , yang mana ibu-ibu yang tidak payah kerja, tidak payah kerja. Hari ini kalau kita tengok pekerja-pekerja Indonesia yang menjadi pembantu rumah lebih kurang 800,000 orang yang ada dalam negara kita. Jadi kalau kita boleh, ibu-ibu yang boleh duduk di rumah, jaga dan didik anak, saya yakin gejala-gejala ini tidak akan jadi dalam negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat? Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Saya punya pandangan lebih kuranglah dengan Yang Berhormat. Tetapi mungkin sebagai seorang wanita yang mahu melihat pencapaian wanita, saya juga mungkin ada perbezaan pendapat dalam peringkat-peringkat yang tertentu. Pertama, kita jangan melihat bahawa seolah-olah wanita is already taken over . We have not ! Kita belum sampai pun yang 30%. Dan sekarang ini yang kita tumpukan, minta maaf Yang Berhormat ya, yang kita tumpukan seolah-olah masalah ini kepada wanita sahaja. Kita lupa tanya apa tanggungjawab si bapa itu. Si bapa itu buat apa? Dia tidak boleh tegur ke? Dia tidak boleh ada masa sedikit untuk berbincang dengan anak? Biasanya dia kata lelaki adalah ketua rumah tangga. Kenapa sebagai ketua keluarga tidak boleh control ? Kalau ada masalah, selalu ibu yang urus. Dalam pendidikan, dalam apa- apa pencapaian, kalau anak itu nombor satu, dia kata, “Ha, itu anak aku. Kau tahu tak, anak aku dapat 7A”. Seorang Ahli: Anak bapak ya. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Kalau anak itu katakan kelulusan dia lemah ataupun dia gagal, “Itulah perangai engkau. Dia ikut awak.” Dia kata. Maknanya semua ikut ibu punya perangai. Kita jangan tunjuk siapa salah sebab saya rasa apabila kita berkongsi satu penghidupan. Kita datang daripada background yang berbeza-beza. Kita kena ingat ini. We come from different background . Saya mungkin dilahirkan daripada background seperti ini, you dilahirkan begini, tetapi kita hidup berkongsi hidup dalam satu buah rumah di bawah satu bumbung dan kita mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab kita ialah bukan sahaja mengasihi di antara satu dengan lain, tetapi apabila lahirnya satu zuriat, zuriat itu adalah tanggungjawab bersama. Bukan tanggungjawab seorang sahaja. Seperti mana yang saya katakan, saya bersetuju dengan Yang Berhormat, memang wajar kalau boleh biarlah wanita itu yang menjaga anaknya. Saya setuju. Tetapi situasinya bukan semuanya orang dalam keadaan ideal situation yang mana kaum bapa bekerja, kaum wanita stay at home . Tetapi dalam keadaan sekarang ini, oleh kerana pendidikan kadang-kadang hasil daripada si isteri lebih lumayan daripada si suami. Tuan Ismail Kasim: Yang Berhormat, sedikit. Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Saya belum habis pun hendak selesaikan. Kasi saya habis dahulu, sabar. Saya tahu dia meruap itu. Tetapi keadaan dia.. [Ketawa] Biar kasi saya peluang dahulu hendak menyelesaikan isu yang pertama kan. Kalau tidak nanti bertindih, ada perkara yang tidak saya sentuh. Okey, umpamanya kadangkala ada situasi yang mana mungkin wanita itu lebih berkemampuan ataupun barangkali dia inherit , mewarisi dan dia mempunyai kewangan. Tetapi saya merayulah supaya wanita jangan angkuh, jangan sombong, jangan mengambil kesempatan untuk menghina suami. Bukan itu tujuannya. 56 DN.8.5.2007

Apabila kita bersetuju dan mencintai seseorang itu, kita terima apa ada padanya dan suami itu juga mestilah mengambil kesempatan untuk saling mengerti di antara satu dengan lain. Kalau rasanya si suami boleh menampung jauh daripada si isteri, isteri can back down . Maknanya okey, tidak ada masalah. Tetapi kalau sekiranya walaupun rajin macam mana sekalipun si suami, kerja sampai dua kali atau tiga kali tidak mencukupi untuk menampung keperluan anak ataupun keluarga sebab jangan lupa hari ini berbeza dengan zaman yang dulu. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat, memang barangkali tidak keseluruhan. Macam penyakit juga, kenapa orang kata, kalau dahulu tidak ada penyakit ini, tidak ada penyakit itu? Sebenarnya tidak ada penyelidikan. Penyakit itu sudah ada lama. Tidak ada penyelidikan dan tidak didedahkan, kita tidak tahu ada penyakit tulang, penyakit kanser, penyakit itu, tetapi sebenarnya sudah wujud. Begitu juga penyakit yang kita hadapi dengan anak-anak kita, wujud tidaklah berleluasa kerana cabaran dahulu berbeza-beza dengan cabaran sekarang. Dulu anak-anak kita tidak ada TV, tidak didedahkan dengan telefon dan segala wayang lucah dan sebagainya. Tidak ada. Tetapi hari ini kehidupan mereka lebih susah kerana mereka terdedah dengan masalah-masalah seperti ini. Itulah sebabnya penting untuk kedua-dua ibu bapa itu bertanggungjawab bersama . It is pointless kalau kita start menuduh antara satu sama lain, maka kita tidak akan hidup secara harmoni di antara suami dengan isteri. Kita mesti sama-sama menyedari bahawa kedua-dua ini penting. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak minta pandangan Yang Berhormat. Kita sudah mendengar perbahasan ini, dan tiap-tiap kali kita berbahas mengenai wanita yang bekerja dan tidak bekerja. Surat khabar yang ada di depan sana itu pun mengatakan ramai wanita berhenti bekerja kerana berkorban untuk keluarga. Kadang-kadang wanita berkorban semata-mata untuk menolong suami, dia terpaksa bekerja. Masa dahulu, ya. Dahulu pembelaan kaum bapa terhadap isteri lain. Jauh bezanya dengan pembelaan sekarang. Sekarang ini kadang-kadang wanita yang terpaksa membela anak-anak, bukan suami. Tetapi walau bagaimanapun, Yang Berhormat, saya hendak bertanya, adakah masalah-masalah sosial di sekeliling kita ini disebabkan seorang suami bekerja dan seorang isteri bekerja, atau faktor-faktor yang lain? Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Ismail bin Kasim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebelum itu adakah Yang Berhormat hendak memberi laluan kepada Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kasim? Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada kekanda Datuk Hajah atas ulasan yang begitu menarik pada pandangan saya. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat kerana bukan saya hendak menentang apa yang baik. Kami pun lahir daripada perut wanita sebenarnya. Tetapi dalam keadaan sekarang, disebabkan oleh banyak faktor persekitaran yang berkembang selari dengan arus perkembangan zaman, kita melihat sebenarnya walaupun Yang Berhormat mengatakan tadi wanita sebagai pembuat dasar itu masih belum tercapai, tetapi Dewan yang mulia ini sudah lebih daripada 30%, malah mungkin 45%. Di pusat-pusat pengajian tinggi kita lihat bilangan wanita telah meningkat sampai 65% hingga ke 70% dan akan tiba masanya wanita akan sampai ke tempat seperti yang dikehendaki oleh wanita walaupun tidak dibuat tuntutan resolusi dan sebagainya, akan sampai, Insya-Allah. Cuma kita memikirkan sekarang, rentetan bukan setakat keluarga diasaskan kepada soal kasih sayang semata-mata. Tetapi sebagai suami kita pulang ke rumah kita mahukan sesuatu yang menarik daripada isteri kita barulah tercetus keharmonian dan juga perasaan yang tersentuh yang menyebabkan kita tidak ada ingatan kepada perkara-perkara yang lain. Bila kita pulang ke rumah, isteri kita tidak balik kerja lagi, disambut oleh orang gaji... Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: [Ketawa] DN.8.5.2007 57

Tuan Ismail bin Kasim: Itulah, macam mana yang Datuk Syed Ali katakan tadi, maka hati kita, kalau orang gaji itu cantik sedikit kita sudah mula rapat dengan orang gaji. Sebab isteri tidak ada di rumah, yang menyambut kita, yang membelai kita, melayan kita, cium tangan kita dan sebagainya. [Disampuk] [Dewan riuh] [Ketawa] Cium tangan. Dalam hal ini biarlah sesuatu itu kita melihat kerukunan dan keharmonian yang ia dilihat dari sudut yang cukup rasional, yang dibuat dengan emosi, sentimen dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini? Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae: Saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat. Memanglah harapan seorang suami begitu. Tetapi adakah Yang Berhormat lupa, apa harapan seorang wanita juga? Begitulah juga belaian yang diharapkan daripada seorang suami kepada seorang isteri. Isteri juga mengharapkan belaian yang sama daripada seorang suami. Tetapi kadang-kadang, orang yang bercakap ini orang yang berkemampuan. Yang bercakap ini mungkin ada dua, tiga cawangan. Saya tidak tahu. Tetapi yang kita hendak sebut ini masalah yang di luar sana, yang berhadapan dengan risiko, yang berhadapan dengan kemampuan yang tidak mencukupi, yang berhadapan dengan salah laku suami yang terpaksa mereka ditinggalkan dengan beban dan deretan anak-anak - trailers of children, that they have to support. This is what we are talking about. Jadi, kalau kita hendak menghalang, saya, di antara seorang wanita kalau given the choice, oh, I rather become seorang suri rumah tangga sahaja. Tetapi kalau kita tengok kepada realitinya barangkali kehidupan saya jauh berbeza dari apa yang saya dapat capai dan nikmat yang saya terima pada hari ini melimpah ruah kepada suami dan anak- anak saya. Itulah secara perspektifnya. Janganlah mencari alasan yang mana mengatakan disambut oleh orang gaji. Kalau pula kita mengambil orang gaji lelaki di rumah dan isterinya pula disambut oleh orang gaji lelaki. Ini memang perbahasan yang tidak ada putusnya sebab kita boleh saling, orang bilang mencuit hati wanita dan mencuit hati lelaki berterusan. Tetapi ini hanya menterjemahkan kasih sayang di antara dua iaitu kasih sayang dan harapan di antara seorang wanita dan seorang lelaki, sebagai seorang ibu dan seorang ayah, sebagai seorang isteri dan sebagai seorang suami yang mengharapkan kasih sayang yang tidak ada berkeputusannya, dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul bersama untuk melahirkan zuriat yang baik kepada keluarga dan kepada agama, dan bertanggungjawab kepada negara. Saya rasa saya tidak mahulah membawa ucapan atau perbahasan ini berderetan kerana ramai lagi Ahli-ahli Dewan yang ingin membahaskan titah ucapan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Dengan kata-kata yang demikian, saya menjunjung kasih dan menyokong penuh Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak untuk berucap. 4.37 ptg. Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Haji Sujak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya laluan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pada pandangan saya begitu padat dan menyeluruh dan saya amat kagum dengan titah baginda. Kalau ikutkan hati memang saya hendak membahas kesemua aspek, tetapi memandangkan ramai rakan- rakan yang belum berhujah, saya mungkin mengambil masa yang tidak begitu panjang dalam aspek-aspek tertentu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sudah 50 tahun merdeka, insya-Allah, tidak berapa lama lagi. Kita telah banyak membangun. Kadang-kadang hampir terlupa apa yang telah kita lalui dahulu. Rakyat, pada pandangan saya, jumlah besarnya agak merasa berpuas hati dan pada masa yang sama mahukan kualiti hidup yang baik. Kadang-kadang kita terlupa, dua perkara sebagai contoh dalam 15 tahun ini yang pesat membangun, kalau kita katakan IT dan telekomunikasi. Mungkin banyak masalah yang kita dengar tadi hujah-hujah 58 DN.8.5.2007

Ahli-ahli Yang Berhormat tidak akan berlaku atau tidak wujudnya teknologi-teknologi seperti IT dan telekomunikasi. Sebagai contoh, saya ingat semasa membesar dahulu, kalau pada waktu malam memanglah tidak boleh guna telefon di rumah, semuanya diawasi oleh ibu dan ayah. Tetapi sekarang ini semua anak kita, saya rasa, sudah ada telefon dan boleh berhubung dengan kawan-kawan mereka pada bila-bila masa sahaja. Kemudian boleh pula buat atur janji dengan izin, late supper dan sebagainya. Mungkin yang perempuannya pula berhubung untuk belajar bersama, yang lelaki pula berhubung untuk menonton wayang. Itu masalah yang kadang-kadang berlaku. Tetapi apa yang penting kepada saya, kita harus tidak boleh takut pada teknologi dan kita juga harus tidak boleh bimbang terlampau sangat kerana ini akan berterusan. Pada saya, tidak lama lagi apa yang kita pegang sekarang ini sebagai telefon bimbit akan menjadi komputer. Bayangkan kalau kesemuanya kita boleh melihat apa sahaja pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana kita berada pun apa sahaja yang hendak kita lihat termasuklah perkara-perkara negatif. Jadi adakah harus kita tahan teknologi? Sudah tentu saya rasa mungkin kita tidak mampu. Tapi pada masa yang sama bukan sahaja tidak mampu tapi kita harus bersaing dalam dunia global. Jadi kita harus tahu. Kadang-kadang macam dikatakan oleh seorang Ahli Yang Berhormat tentang Akademi Fantasia. Saya teringat masa tahun pertama itu anak-anak saya pun mengikuti program itu. Tapi hanya tahun pertama. Kemudian setelah dia tahu sistem undinya, SMS dan sebagainya mereka tidak berminat, maka mereka tidak lagi mengikuti program itu. Jadi pada saya adakah harus saya selaku seorang ayah menentukan mereka ini tidak menonton sesetengah perkara? Saya rasa mungkin tidak. Jadi apa yang terlintas di kepala saya apabila soalan pertama adalah soalan tentang mentaliti kelas pertama. Saya tertanya diri saya sendiri adakah saya seorang mentaliti kelas pertama. Siapakah yang mentaliti kelas pertama. Apakah ciri-ciri mentaliti kelas pertama? Sudah tentu antara lain pada pandangan saya mestilah knowledge ataupun pengetahuan yang kita dapat dari sekolah, universiti dan sebagainya. Tapi pada masa yang sama, pada saya juga pendedahan yang mungkin kita dapat daripada pergaulan ataupun apabila kita belajar, mungkin ada yang belajar di luar negara dan sebagainya, juga apa yang kita lihat dalam televisyen, dengar di peti radio dan sebagainya. Jadi ini semua akan menentukan sama ada kita memahami dan kita boleh memikirkan sendiri sama ada sesuatu perkara itu baik atau tidak. Ini amat penting sekali bagi saya kerana dalam dunia yang cepat kita mendapat maklumat kadangkala kita harus cepat membuat keputusan dan keputusan-keputusan kita ini harus yang terbaik dan juga berunsur positif pada saya. Maksud positif pada saya adalah di mana kita tengok unsur- unsur bukan sahaja negatifnya tetapi positifnya. Saya setuju ada pandangan mengatakan kalau kita mula dari sekolah. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran, kalau itu kita setuju kerana ia adalah amat penting. Mungkin Kementerian Pelajaran harus memulakan skim untuk menarik minda- minda terbaik yang mendapat 15A atau 13A untuk menjadi guru dengan cara menghantar mereka belajar di luar negara mungkin. Ini sebagai satu umpan supaya mereka menjadi guru yang baik dan supaya anak-anak kita akan mendapat pelajaran yang terbaik. Ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang serius kerana kalau kita mahukan anak-anak kita mempunyai first class mentality dan kita mahu anak-anak kita juga menghadapi dunia global, kita harus menentukan bahawa pelajaran mereka juga adalah pelajaran yang terbaik boleh kita beri. Dalam kita mencari kebaikan, sudah tentu kita terpaksa mengharungi macam-macam masalah. Tetapi pada saya Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya kalau kita tengok dari segi dasar, sudah pun cuba adakan dasar untuk kesemua masalah yang wujud. Apa yang lebih bermasalah adalah sistem penyampaian dan itu pun pada pandangan saya sedang pun diusahakan. PEMUDAH yang telah ditubuhkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk menentukan di peringkat pihak berkuasa tempatan. Masalah-masalah dahulu yang kita katakan biasa seperti lambat untuk DN.8.5.2007 59 meluluskan pelan dan lambat untuk mengeluarkan surat semuanya insya-Allah akan dapat diselesaikan. Tetapi apa yang lebih penting yang mengendalikan program-program ini, pegawai-pegawai kerajaan harus ada mentaliti first class . Memahami bahawa kalaulah dia mempercepatkan proses, maknanya pembangunan negara lebih cepat. Itu harus mereka memahami kerana antara lain kita tidak boleh memikirkan bahawa dunia ini tertutup sahaja di Malaysia. Kita sekarang ini bersaing dengan seluruh dunia. Jadi apa maksud saya Tuan Yang di-Pertua, dari segi delivery system dengan izin ini pun sedang diatasi dan ini memang mungkin ambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Tapi mula detiknya sekarang. Kita di persimpangan pada pandangan saya dalam dunia globalisasi. Kita semua tahu negara China sudah pun bergerak dan negara India mungkin akan mula bergerak dengan lebih pesat. Kita kena bersaing. Kita harus menentukan bahawa anak-anak kita satu hari bukan sahaja kalau dahulu di kampung, anak kerja di Kuala Lumpur. Tapi pada masa sekarang, kita harus siapkan anak kita mungkin akan bekerja di Moscow, mungkin di Paris, mungkin di London atau mungkin di New York. Seharusnya mereka ini diajar dari awal. Tak usahlah bila kita kata sahaja hendak bekerja di Moscow, soalan pertamanya susah hendak makan, susah kita hendak bersembahyang. Kita semua tahu agama Islam kita ini agama yang menyeluruh. Semua ada cara-caranya dan kita harus tentukan pada satu hari nanti anak-anak kita boleh bersaing di seluruh dunia. Jadi semuanya berpaksi kepada mentaliti first class . Saya tertarik sangat dengan pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan tertanya-tanya duduk di sini tentang maksud first class . Tapi sedikit-sebanyak mungkin inilah pandangan-pandangan saya kerana dari segi aspek lain saya tidak nampak bukan tidak ada masalah tapi maksud saya dari segi dasar sudah wujud. Kalau tengok dasar kerajaan dari segi bajet pun kita sudah turunkan kepada 3.5% KDNK, satu figure yang agak selesa pada saya. Tapi apa yang lebih penting, rakyat sekarang harus memahami bukan sahaja untuk menengok sesuatu itu, kita dengar tentang pemikiran di luar kotak, dengan izin challenging the norm . Ini adalah perkara-perkara yang amat penting pada saya. Jadi saya mengharapkan dalam kita menghadapi dunia global ini, antara lain kita harus mengambil kira perkara-perkara ini. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok baru-baru ini kerajaan pun telah mengarahkan supaya bayaran, saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana tadi banyak diperbincangkan tentang kontraktor. Saya merasakan antara lain lagi sekali dari segi dasar kerajaan telah mengadakan dasar yang baik untuk membangunkan antara lain juga kontraktor bumiputera. Tapi pada masa dahulu mungkin masalah yang dihadapi kerana kontraktor-kontraktor ini kebanyakan tidak ada aliran tunai yang kuat. Jadi masalah berlaku lebih-lebih lagi apabila bayaran lambat dan tak boleh pula dia membuat projek itu. Jadi yang paling senang juallah. Tetapi kalau sekarang ini kontraktor-kontraktor dibayar dalam masa dua minggu dan dia tahu dalam dua minggu sudah tentu akan dapat duit. Mungkin mereka ini akan lebih berani untuk menceburi sendiri dalam kerja-kerja ini supaya tidak dijual begitu sahaja. Jadi lagi satu walaupun dipandang kecil kepada saya, mungkin setengah-setengah pihak memandang kecil tentang bayaran dua minggu, saya merasakan impaknya begitu kuat sekali kalau nanti betul-betul dibuat oleh semua jabatan-jabatan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya tengok dari segi kebajikan apa nak dikatakan. Masa bah baru-baru ini di selatan Malaysia, hampir seluruh negara membantu. Bukan sahaja kerajaan tetapi rakyat. Inilah semangat Malaysia Boleh. Tetapi semangat ini juga harus kita tukarkan kepada semangat positif dari segi aspek lain-lain. Kita tengok daya saing negara sekarang ini dah kita di tahap tingkat tahap ke-23 di seluruh dunia. Satu pencapaian yang begitu baik. Tapi bayangkan adakah kita boleh tingkatkan lagi? Boleh ke kita bertahan di tahap 23? Ini amat penting. Kita kadang-kadang lupa bahawa apa yang kita ada sekarang ini semuanya adalah kerana kita semua telah bekerja kuat selama ini. Sekarang ini dengan teknologi yang tadi saya katakan yang berubah, dunia semakin kecil. Sekarang ini orang yang boleh berkomunikasilah yang agaknya yang terbaik. Dari segi ini saya menyarankan kementerian-kementerian yang terbabit harus cuba meningkatkan tahap komunikasi rakyat kita bermula dari sekolah. Mungkin terpaksa diadakan lebih compulsory dengan izin kokurikulum. Tapi kita kena mendorong anak-anak kita supaya berani dan boleh berkomunikasi di mana sahaja mereka berada. Saya tengok antara lain, inilah yang akan menentukan masa kita pada masa-masa depan. 60 DN.8.5.2007

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tengok antara lain tentang pembangunan wanita, alhamdulillah pandangan saya sama dengan ahli-ahli juga lain. Saya tidak ada masalah baik wanita untuk sama setanding dengan saya. Walhal apa yang lebih penting, saya setuju di rumah adalah masalah ibu dan ayah. Tetapi kita faham bahawa perkara ini semakin susah bagi kedua-duanya kerana perkara yang saya katakan tadi. Dengan mereka-mereka ini, saya ada dua anak lelaki. Maklumat sampai ke mereka ini cepat. “Malam ini pa, ada perjumpaan”. Pergi. Malam esok ada ini, nak pergi. Jadi kadang- kadang kita ini pun susah hendak mencari penyelesaian yang boleh kita control mungkin dari segi bil telefon. Itulah yang saya maksudkan dan itu pun ibu dan ayah keduanya kena main peranan. Saya merasakan dari segi nak duduk rumah itu terserahlah. Ada isteri yang mahu duduk di rumah. Ada suami pun mungkin yang dia nak duduk di rumah. Tapi apa yang penting itu satu hal keluarga yang harus kedua-duanya bersetuju supaya tidak ada masalah kepada keluarga. Tuan Yang di-Pertua, masalah dari segi pembangunan modal insan ini yang terbabit pada saya juga mentaliti kelas pertama harus kita hadapi dengan lebih terperinci. Kita harus cuba pada saya memberi pandangan yang lebih terbuka apakah dia yang kita mahu, siapakah dia yang kita boleh katakan insan yang bermodal tinggi. Ini harus kita tekankan supaya rakyat tahu kita tidak mahu setengah-setengah masalah yang berlaku di mana ada juga Ahli Yang Berhormat yang berkata di mana kadangkala kitalah yang dihubungi oleh rakan-rakan di kampung apabila bermasalah. Walhal sebenarnya masalah-masalah ini boleh diselesaikan. Saya ucap tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana adakan AKPK ini, kaunseling kerana saya bersetuju sangat dengan adanya kad kredit, ramai yang senang sangat untuk berbelanja. Tapi pada masa yang sama harus juga kita memikirkan kita tak boleh lari nak suruh belanja dengan cash, dengan tunai. Kerana seluruh dunia memakai kad kredit ataupun kad debit. Semalam saya ada mencadangkan mungkin macam lesen keretalah, kita harus tentukan seseorang itu memegang kad debit sekurang-kurangnya setahun. Barulah dilepaskan untuk memegang kad kredit, mungkin. Supaya dapat dia training, dia belajar. Tapi mungkin juga di peringkat sekolah. Kalau tidak susah kita tentukan mungkin kita mengajar anak-anak kita menggunakan kad debit di mana kalau ibu ayahnya bagi RM2, RM5, RM10 seminggu, masukkan menerusi kad kredit tengok macam mana dia belanja. Boleh ke tidak dia control perbelanjaan mereka ini supaya mereka ini menjadi rakyat yang berguna dengan tahu menggunakan, mencorakkan kredit pada masa-masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa selain daripada itu, apa yang saya juga ingin tekankan adalah dari segi kita mewujudkan satu dasar pengubah dirilah. Ini memang menyeluruh tapi pada saya amat penting sekali. Ramai rakyat kita melalui pegawai kerajaan saya ucap syabas dan juga tahniah kepada kerajaan kerana bersetuju untuk menaikkan gaji-gaji pegawai kerajaan. Saya sudah pun lama merasakan mereka ini harus ditingkatkan gaji mereka kepada satu tahap yang juga kalau boleh tidaklah begitu jauh dari segi perbandingan dengan pihak swasta. Tetapi saya kagum apabila tadi dengar saya hairanlah sebenarnya kerana ramai yang masih berminat bekerja dengan lebih-lebih lagi graduan bumiputera, bekerja dengan kerajaan daripada bekerja di syarikat-syarikat swasta. Ini pun harus berubah. Mungkin antaranya saya dapat tahu di tempat saya, mereka merasakan bahawa bekerja dengan kerajaan ini senang. Tidak ada masalah dan akan dapat bekerja sampailah pencen satu hari. Jadi tidak ada masalah langsung kalau dibandingkan kerja swasta di mana prestasi menjadi penting dan kalau tidak ada prestasi tentulah akan mungkin dibuang kerja dan sebagainya. Jadi mereka bimbang, jadi lebih senanglah bekerja dengan kerajaan. Ini harus ubah kerana antara lain kerja dengan kerajaan ke kerja dengan swasta ke, objektifnya sama. Memberi perkhidmatan atau membuat sesuatu perkara itu dengan baik sekali. Tapi kita semua harus tanya diri kita sendirilah. Maksud saya, ya memang bos menjadi bos. Tetapi kita sendiri tahu bila kita tidak ada kerja, bila kita kekurangan kerja ataupun bila kita boleh mengubah cara kerja supaya perkara yang kita buat itu lebih efisien, lebih baik dan lebih menyeluruh. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya nak tekankan perkara- perkara itu sahaja. Saya tidak berhasrat untuk pergi ke subjek hujah-hujah yang lain. Jadi DN.8.5.2007 61 dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Puan Wan Ubaidah. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum daripada itu, boleh saya tahu siapa lagi yang berminat untuk berucap hari ini? Dato’ Gooi Hoe Hin: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Gooi Hoe Hin ya. 5.00 ptg. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama memberikan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Baginda semasa membuka Penggal Keempat Parlimen yang Kesebelas baru-baru ini. Sesungguhnya saya merasa amat bertuah kerana dipayungi Duli-Duli Tuanku sebagai ketua pemerintah dan ketua bagi agama Islam. Kalau kita lihat kesopanan berpakaian Islam yang ditunjukkan oleh Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong seharusnya menjadi contoh kepada setiap warga Malaysia tidak kira sama ada yang beragama Islam ataupun tidak. Kesopanan dalam berpakaian adalah tuntutan semua agama dan amat bertepatan dengan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Namun hari ini kita lihat cara berpakaian rakyat Malaysia semakin jauh dari adat resam Melayu apatah lagi agama ataupun budaya Asia. Apa yang berlaku ialah penularan terhadap pakaian barat yang begitu bertentangan dengan agama dan budaya Malaysia. Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain: Minta laluan. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Baru sedikit baru hendak panas. Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain. Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain: Yang Berhormat saya tertarik dengan soal kesopanan. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat pakaian sari yang nampak pusat ada termasuk dalam kesopanan kah? Terima kasih. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Yang Berhormat saya rasa perkara ini kita semua maklum. Bukan sahaja ianya tidak sopan tetapi dalam agama kita ianya adalah haram menunjukkan pusat dan menunjukkan aurat-aurat yang tidak sepatutnya, kita akan sampai kepada ini. Jadi apa yang saya hendak sentuh ialah kebimbangan saya tentang trend bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi yang lebih menonjolnya ialah di kalangan para-para artis. Jadi kalau kita lihat umpamanya para-para artis wanita dalam majlis anugerah. Sebab kita sekarang sudah ada macam-macam jenis anugerah, satu tahun tidak tahulah kalah Bollywood-Hollywood, tiga, empat majlis anugerah. Jadi setiap kali dalam majlis anugerah yang disiarkan secara langsung oleh sistem televisyen kita melihat artis-artis wanita terutamanya sudah begitu berani untuk berpakaian mendedahkan aurat. Saya tidak tahulah apa jenis nama pakaian itu, kalau orang kampung dipanggil berkemban. Kalau zaman-zaman dulu berkemban mandi di tepi perigi tetapi sekarang berkemban untuk pergi menerima anugerah. Jadi oleh sebab artis ini adalah menjadi ikutan dan idola pada sesetengah golongan masyarakat. Kadang-kadang kita tidak mahu mengikuti pun perkembangan mereka tetapi oleh sebab setiap hari cerita artis ini keluar dalam sisipan akhbar. Mahu tidak mahu terlihat, tidak mahu melihat mereka menyanyi tetapi sambil- sambil tunggu berita kadang-kadang terlihat juga. Jadi kita akan mengikuti perkembangan mereka suka ataupun tidak suka dan apatah lagi bagi sesetengah golongan masyarakat golongan remaja terutamanya yang melihat artis ini sebagai idola mereka, ikutan mereka. Jadi trend pemakaian artis, trend akhlak artis ini memang seharusnya dibendung dan 62 DN.8.5.2007 mempunyai satu garis panduan supaya tidak menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat. Jadi yang paling mengejutkan saya ialah saya lupa apakah majlis anugerah itu, mungkin Bintang Popular kah apa, seorang artis wanita Islam yang bukan lagi berkembang tetapi bebeknya sudah sampai ke pinggang. Inilah kalau tidak silap saya Fasha Sanda, begitu berani artis wanita mengenakan pakaian yang begitu jelas menjolok mata bertentangan dengan prinsip agama dan bertentangan dengan kesopanan dan kesusilaan dan juga adat Melayu yang hendak kita utarakan. Inilah budaya-budaya Hollywood-Bollywood yang telah menular begitu berleluasa di kalangan para-para artis dalam negara kita yang seharusnya sama-sama dapat kita bendung supaya tidak menular ke dalam masyarakat seperti mana yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Tajul Urus tadi. Kalau Hollywood menunjuk pusat, memakai subang pula itu di pusat dan inilah yang kita lihat trend yang diikuti oleh remaja-remaja dalam negara kita. Tuan Yang di- Pertua saya teringat zaman Datuk Mohamad Rahmat ataupun panggilan Tok Mat semasa beliau menjaga Kementerian Penerangan, menjaga RTM dan semua siaran televisyen begitu menjaga etika berpakaian artis sampaikan saya ingat Amy Search pun terpaksa memakai sanggul menganggul rambutnya tidak menguraikan rambutnya ketika menerima anugerah bagi lagu ‘Isabella’. Tetapi sekarang ini kita lihat dalam satu anugerah oleh RTM sendiri baru-baru ini anugerah Hitz kalau tidak silap saya, bagaimana Amy Search menguraikan rambutnya yang cantik itulah dengan pakai vest tanpa baju nampak pusat disiarkan secara langsung oleh RTM yang sepatutnya menjadi saluran perdana bagi menjana dan memberi ilmu dan maklumat-maklumat yang penting bagi membina sebuah negara. Seharusnya RTM tidak menyiarkan siaran-siaran sebegini dan sepatutnya RTM lah yang menjadi pelopor kepada pembinaan akhlak para-para artis ini sangat mendukacitakan. Saya ingat masa Tok Mat bukan sahaja pakaian tetapi artis-artis band Asian pun dilarang untuk menjadi model dalam iklan semasa dulu. Maknanya ramailah pelakon- pelakon popular hari ini mungkin kalau di masa Datuk Mohamad Rahmat mungkin tidak berkesempatan untuk menjadi model pun sebab ini bukan wajah sejati Melayu kalau mengikut keadaan pada masa itu. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, selepas Yang Berhormat tengok TV tadi Yang Berhormat terus tutup TV atau Yang Berhormat tengok sampai habis? Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya kenalah tengok kalau saya tidak tengok saya tidak tahu pula perkembangan apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Lagipun memang tidak hendak pun tetapi kena tengok. Tambah- tambah TV1 sebab kadang-kadang ialah ada masa-masa yang kita berada di rumah kita hendak tengok apa yang berlaku dalam negara kita. Tetapi ini satu perkara yang memang sangat mengejutkan saya. Bagi RTM1, RTM2 ataupun RTM keseluruhannya saya teringat jawapan daripada menteri ataupun Setiausaha Parlimen pada masa itu, katanya RTM juga terpaksa bersaing dengan TV-TV swasta. Sepatutnya RTM tidak perlu bersaing RTM seharusnya menjadi unik dan menjadi suara kerajaan yang sebenarnya untuk membina masyarakat tidak perlu bersaing dengan TV-TV dengan mengadakan program-program yang boleh memberikan impak yang negatif kepada rakyat. Tetapi apa yang berlaku RTM juga hendak meraut rating yang sama. Jadi kalau beginilah keadaannya maka apa lagilah hendak kita harapkan sebab suara-suara yang rasmi daripada kerajaan pun turut sama seperti dengan rancangan-rancangan televisyen swasta yang lain. Kalau kita lihat di RTM2, lebih daripada 80% kalau tidak silap saya ada rate kajian yang dibuat, lebih daripada 80% rancangan yang disiarkan tidak dalam bahasa Melayu. Ini satu lagi perkara yang menunjukkan bagaimana sistem yang dipunyai oleh kerajaan itu sendiri telah meminggirkan bahasa Melayu. Jadi berbalik kepada cerita pakaian. Saya ingin menyarankanlah kepada mana-mana pihak terutamanya mungkin kepada pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri sebab kalau disebutkan Kementerian Penerangan menyatakan mereka tidak ada kuasa ke atas TV-TV swasta yang lain. DN.8.5.2007 63

Jadi Kementerian Multimedia yang menguasai TV-TV swasta jadi ada percanggahan di situ. Sepatutnya ada satu kementerian yang saya pun tidak tahu apakah kementerian yang sepatutnya boleh mengawal cara artis berpakaian ini memberikan etika dan kod pemakaian kepada artis supaya tidak tercemar nama Malaysia apatah lagi di mana agama persekutuan adalah agama Islam, artis pula kebanyakannya yang beragama Islam, tetapi cara pemakaian mereka begitu jauh daripada tuntutan dalam agama itu sendiri. Menutup aurat walaupun ada yang menyatakan itu adalah hak individu. Sebagai seorang Islam seharusnya kita menerima segala apa perintah daripada agama dan salah satu daripada perintah agama ialah kepada wanita-wanita supaya menutup aurat dan tidak mendedahkannya supaya kita selamat di dunia dan di akhirat. Walau bagaimanapun, di kesempatan ini..... Tuan Lee Chee Keong: Yang Berhormat, minta laluan. Yang Berhormat, menyentuh tentang hal-hal mendedah aurat ini, saya ada dua tiga kali menonton juga filem P. Ramlee zaman 50-an 60-an. Jadi, saya tengok bintang filem wanita zaman itu tidak bertudung, jadi yang manakah budaya orang Melayu, yang bertudung ke atau yang tidak bertudung, yang mendedahkan rambut atau tidak. Minta penjelasan. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Sepatutnya budaya orang Melayu itu mesti diselaraskan dengan tuntutan agam Islam sebab orang Melayu itu juga yang beragama Islam. Jadi apa-apa budaya yang bertentangan dengan agama seharusnya disisih, dibuang dan kita menerima sepenuhnya tuntutan dalam agama Islam kerana menutup aurat itu untuk makluman Yang Berhormat adalah satu tuntutan, satu arahan yang jelas di dalam Al- Quran dalam Surah An-Nur yang meminta semua wanita Islam supaya menutup auratnya dan yang boleh dinampak hanyalah muka dan tangannya sahaja. Itu adalah tuntutan dalam agama kita dan setiap kali kalau dalam majlis Israk Mikraj kalau kita pergi ke surau-surau, ke masjid-masjid dalam ceramah Israk Mikraj mengingatkan kita wanita-wanita supaya menutup aurat agar kita terlepas daripada azab seksa neraka sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi kita Muhamamd S.A.W. dalam perjalanan Israk di mana dia melihat ramai di antara wanita-wanita yang diseksa di dalam neraka di antaranya adalah dari kalangan mereka yang tidak menutup aurat. Sebab kita dalam kehidupan, mengharungi kehidupan di dunia ini, jangan kita lupa bahawa kita mempunyai satu lagi kehidupan di akhirat di mana di situlah segala amalan kita yang baik atau yang buruk akan dinilai oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan yang patut dipuji kita pujilah syabas juga kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana masih mengekalkan pakaian bersopan walaupun masih belum menutup aurat, tetapi berbanding dengan artis- artis lain, masih lagi bersopan dan saya berdoa agar pada suatu hari Datuk Siti dapat menyempurnakan sedikit lagi cara pemakaiannya dengan bertudung sekurang-kurangnya dapat serupalah dengan pakaian Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada etika artis ini, saya mengharapkan Jabatan Perdana Menteri mempelopori ataupun mengambil tanggungjawab untuk membuatkan satu etika berpakaian supaya artis-artis ini tidak terlampau. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, ada sedikit kecelaruan, tidak tahu siapakah yang akan mengawal para artis ini kerana masing-masing sudah melepaskan tangan. Kementerian Penerangan hanya menjaga RTM1 dan RTM2 dan Kementerian Multimedia menjaga semua TV swasta. Jadi perlu ada daripada Jabatan Perdana Menteri sebagai pengerusi ataupun sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menentukan kod etika ini. Seperkara lagi yang saya ingin sentuh walaupun sudah banyak kali disentuh dan saya ingat Yang Berhormat Senator Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain banyak menyentuh tentang pakaian pramugari AirAsia. Sudah banyak kali disentuh, tetapi tidak ada apa-apa tindakan pun yang kita lihat. Jadi apakah kerajaan tidak boleh buat apa- apa tentang pakaian pramugari AirAsia yang saya lihat jelas bertentangan hatta dengan budaya itu sendiri dengan skirt pendeknya dengan cara duduknya begitu, apabila hendak take off terpaksa duduk di hadapan. Jadi terpaksa menarik-narik skirt yang pendek yang menyusahkan mereka itu sendiri dan terutamanya lagi adalah satu tidak keadilan kepada pramugari yang beragama Islam untuk memaksa mereka memakai skirt sedangkan ada di 64 DN.8.5.2007 kalangan mereka yang memang lebih mudah dan sebenarnya lebih praktikal kalau dibenarkan mereka memakai seluar. Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh: Minta laluan. Timbalan Yang di-Pertua: Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh. Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat nampak bercakap tentang soal kesopanan dan saya tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan Yang Berhormat. Tetapi adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan saya bahawa kesopanan itu tidak tertakluk sahaja kepada pakaian, cara kita cakap, cara kita berkempen dalam pilihan raya, cara kita merayu undi dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perbuatan memegang kayu tatkala orang hendak merayu undi dalam proses pilihan raya itu juga merupakan perbuatan yang tidak bersopan. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ya, memang saya bersetuju. Kesopanan itu meliputi setiap aspek dalam kehidupan kita termasuklah pada hari mengundi, termasuk jugalah mengangkat parang, mengangkat cangkul dan sebagainya yang saya rasa kita semua dan saya sendiri pun pernah mengalami dalam pilihan raya. Jadi itu sepatutnya tidak berlaku dan kita sepatutnya mengajar rakyat supaya tidak melakukan kekerasan dan kalau kita perlu berbeza, kita boleh bersetuju untuk berbeza dan masing-masing memberi pandangan dan masing-masing boleh membuat pilihan. Itu yang sepatutnya. Balik kepada cerita AirAsia, jadi itulah sudah berapa kali dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini, tetapi tidak ada apa-apa perubahan yang kita lihat, tidak ada apa- apa tindakan tetapi yang peliknya ground staff dibenarkan pula pakai seluar. Tetapi pramugari yang atas tidak boleh. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan. Yang Berhormat, mengenai dengan pakaian AirAsia ini, AirAsia ada bagi jawapan sebab dia kata untuk tujuan darurat jika berlaku kapal terbang meletup ke, terbakar ke maka senang apabila pakai begitu hendak terjun, pramugari hendak terjun dan sebagainya untuk memudahkan untuk keselamatan dan sebagainya. Jadi, apakah kerana tujuan darurat itu, maka kita boleh bertolak ansur sedikitlah tentang pakaian ini, apa pandangan Yang Berhormat? [Ketawa] Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Betul ke ini jawapan daripada Air Asia? [Ketawa] Saya tidak tahulah siapa yang sepatutnya menulis surat, mungkin saya terpaksa menulis surat secara rasmi kepada AirAsia menanyakan kenapa tidak dibenarkan...... Timbalan Yang di-Pertua: Soalan tadi sama ada Yang Berhormat setuju ataupun tidak setuju. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Itu saya tidak setujulah sebab pada pandangan saya memakai seluar itu sepatutnya lebih praktikal sebab kita lihat polis, askar semuanya pakai seluar, tidak ada pun yang pakai skirt. Pakai skirt masuk hutan bahaya itu. [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah saya harap ada pihak kerajaan mengambil langkah supaya AirAsia boleh mencerminkan budaya Malaysia kalau pun tidak budaya Islam, tidak hendak pakai tudung boleh kita tolerate kan lagi, tetapi sekurang-kurangnya biarlah ada ciri-ciri budaya Asia, budaya Malaysia dalam kapal terbang yang berpangkalan dan berasal dari negara kita Malaysia tambah-tambah pula kita menguar-uarkan Islam Hadhari, maka tidak nampak pun Islam di situ. Yang nampak itu macam dari UK ke, daripada mana mungkin sebab ada menaja Manchester United mungkin. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin sentuh ialah mengenai dengan Astro. Walaupun Datuk Jins kata kalau susah sangat, tidak payah tengok ASTRO ataupun menteri juga menyarankan yang sedemikian dan saya juga setuju. Saya sebagai pelanggan ASTRO, selepas sahaja sidang Dewan ini, saya akan berhentilah. Cuma saya akan terkilanlah bila saya berhenti daripada melanggan ASTRO kerana ada beberapa channel yang memang saya mengajak anak-anak saya dan mereka sudah pun minat dengan learning channels terutamanya channel Discovery, Time and Living, channel DN.8.5.2007 65

National Geographic yang memang berfaedah dan banyak maklumat yang kita dapat perolehi daripada situ. Saya mencadangkan mungkin kepada Kementerian Penerangan, kenapa tidak Kementerian Penerangan jadikan RTM2 ataupun mungkin menjadikan RTM3 ataupun RTM4 ke RTM5, sebab kita boleh buat apa yang kita rasa perlu buat untuk adakan satu channel yang menjana ataupun memberikan maklumat kepada rakyat Malaysia. Inilah di antara channels yang boleh mengembangkan minda. Banyak program yang berfaedah dalam channels dalam Discovery, National Geographic dan sebagainya, Begitu juga kepada yang minat kepada sukan, kenapa tidak Kementerian Belia dan Sukan membuka satu channel dia sendiri dan mungkin ini boleh meningkatkan lagi minat rakyat Malaysia kepada sukan. Ini kerana kita tahu sukan negara sekarang ini dalam keadaan yang sedikit bermasalah dan dengan adanya channels ini, banyak perkara seperti teknik-teknik sukan dan sebagainya yang boleh dilihat secara dekat. Mungkin kita perlu kenakan sedikit yuran. Mungkin tidak semahal apa yang dikenakan oleh ASTRO. Tetapi ini adalah satu kehilangan yang saya sendiri akan rasakan apabila saya berhenti daripada melanggani ASTRO nanti. Puan Mumtaz binti Md Nawi: Pohon laluan. Timbalan Yang di-Pertua: Ya. Puan Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Senator Wan Ubaidah. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat yang mencadangkan mungkin RTM boleh ambil alih channels Discovery dan channels National Geographic ini untuk pendidikan kepada anak-anak kita. Walau bagaimanapun, apa pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan channel yang saya rasa siaran pun sudah bagus iaitu contohnya Bicara Mufti yang disiarkan pada pukul 1.00 tengah malam ataupun Motivasi Pagi yang disiarkan pada pukul 6.30 pagi. Adakah ianya sekiranya disiarkan dalam RTM tetapi waktu siarannya tidak kena, ini akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari segi pendidikan. Wallahualam. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih rakan saya, Yang Berhormat Puan Mumtaz. Itulah masalah penyiaran kita ini. Itu yang menyebabkan kadang-kadang kita sangsi tentang keikhlasan dan keinginan kita untuk benar-benar membentuk rakyat Malaysia yang berilmu, yang berwibawa dan berakhlak. Sebab kalau kita lihat prime time dipenuhi oleh perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kalau kita lihat drama- drama swasta, ada satu drama, saya tidak ingat apa drama yang saya terlihat bagaimana meniupkan satu senario seorang wanita yang sudah beristeri, maaf! [Ketawa] Sekarang mungkin ada wanita yang beristeri. Macam-macam boleh jadi sekarang. Wanita yang sudah bersuami menyiapkan meja untuk makan malam, menunggu seorang lelaki yang pada anggapan saya pada mulanya, ini adalah menunggu suaminya. Tetapi apabila datang sahaja lelaki itu, dia menyatakan, “ Oh, I have a good news for you ”, dengan izin, “Saya ada berita baik untuk anda.” “ I am pregnant .” Dengan begitu bersahaja, dengan begitu mengharapkan, dengan tidak ada apa-apa kesalahan. Jadi inilah benda- benda yang sepatutnya tidak ditunjukkan pada prime time ataupun perkara ini adalah sepatutnya yang disunting oleh pihak-pihak censorship , dengan izin, tetapi... Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Minta laluan, Yang Berhormat. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Tetapi perkara ini terlepas... Sedikit lagi ya, hendak habiskan cerita ini, drama ini. Jadi apakah pengajaran yang dapat daripada drama ini? Ini menunjukkan tidak apa hendak berzina dengan perempuan yang sudah berkahwin, ada boyfriend tidak apa, yang lelaki kahwin ada girlfriend , tidak apa. Inilah budaya-budaya yang ditonjolkan dalam masyarakat kita sehingga apa yang kita lihat ditiru oleh segolongan yang tidak beriman, yang kurang kuat imannya, yang memang tidak faham dalam masyarakat kita. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat tidak habis 66 DN.8.5.2007 tengok drama itu. Drama itu memang betul, apa Yang Berhormat kata, tetapi oleh kerana si lelaki yang hadir pada malam itu yang disediakan makan malam itu adalah juga ahli keluarga yang telah dia luahkan perasannya yang dia tidak boleh dapat zuriat. Maka pada malam itu dia beritahu yang dia telah pregnant . Bukan tujuan dia yang lain-lain oleh kerana drama itu saya juga tonton. [Disampuk] Terima kasih. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasihlah Yang Berhormat. Tetapi walau bagaimanapun bagi orang yang tengok sekerat macam saya, [Ketawa] saya tidak duduk tengok semua drama tetapi bila lalu-lalang, anak-anak dok tengok, saya jenguk sebentar, itu yang saya nampak. Tetapi maknanya kalau adalah remaja-remaja yang tengok, maknanya seolah-olah menyatakan inilah trend baru dan mungkin drama-drama itu memaparkan... Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Yang Berhormat, sedikit, Yang Berhormat. Puan Wan Ubaidah binti Omar: ... trend baru dalam masyarakat kita. Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Saya minta izin daripada Tuan Yang di-Pertua. Bukan saya hendak berdialog dalam perkara ini. Tetapi Yang Berhormat mengakui bahawasanya Yang Berhormat tengok separuh jalan. Saya rasa inilah masalah pembangkang, oleh kerana bila tengok separuh jalan, datang, kutuk kerajaan. Tetapi mengapa kita tidak habis tengok, selepas itu kita buat satu kesimpulan. Terima kasih. Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tetapi saya rasa drama-drama ini, bukan saya mengutuk kerajaan, saya mengutuk drama. [Ketawa] dan saya pun tidak ingat... Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Puan Wan Ubaidah binti Omar: ...ini daripada RTM ke, ASTRO ke, TV3 ke, TV9 ke? TV berapa Yang Berhormat? Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: RTM channel 1. [Disampuk] Puan Wan Ubaidah binti Omar: Ha, terima kasih. Tetapi saya tidak kutuk kerajaan sebab yang membuat drama ini adalah orang daripada swasta. Tetapi kita boleh beri teguran. Janganlah menganggap bila kita menyatakan satu pandangan, itu sudah mengutuk. Kita seharusnya terbuka untuk menerima pandangan-pandangan dan teguran, barulah tidak ada kayu yang naik dan sebagainya. Apabila kita boleh menerima teguran, kita boleh membaiki sebab ini semua adalah untuk kebaikan. Sebab penyiaran atau media ini adalah alat yang sangat berpengaruh, yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat, mempengaruhi pemikiran anak-anak muda dan seterusnya dapat membina bangsa itu sendiri. Macam komputerlah, kalau kita meletakkan software yang silap, maka hasilnya silap. Begitu juga media. Kalau setiap kali kita membuka media, apa yang kita lihat sekarang ialah hiburan semata-mata dengan realiti TVnya yang begitu banyak, dengan pertandingan-pertandingan nyanyian yang begitu banyak, maka tidak hairanlah kita melihat anak-anak muda semua gila. Maknanya bukan gila yang tidak boleh control , maknanya menaikkan semangat anak-anak muda untuk menjadi penyanyi sebab ini adalah satu jalan pantas untuk menjadi kaya, satu jalan pantas untuk mendapat kemewahan hidup glamor dan sebagainya dan ini adalah satu signal yang salah yang kita berikan kepada para remaja. Jadi sepatutnya benda-benda yang sebegini yang seharusnya kita cuba kurangkan dan seperti mana saya kata tadi, sepatutnya Kementerian Penerangan mengambil langkah yang proaktif supaya menjadikan RTM1 dan RTM2 sebagai satu alat untuk menyiarkan perkara-perkara yang memberi faedah, memberi rangsangan motivasi dan sebagainya. Balik kepada pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator Mumtaz tadi, itulah rancangan-rancangan untuk membina akhlak dan sebagainya disiarkan pada DN.8.5.2007 67 jam 1.00 pagi, pada jam 6.00 pagi, pada masa yang tidak sesuai. Contohnya siri-siri kartun, cerita-cerita Doraemon, Sin Chan dan sebagainya disiarkan pada jam 7.00 atau 7.30 malam, yang sepatutnya anak-anak kita itu ditarik untuk mengerjakan solat Maghrib. Tetapi di masa inilah cerita-cerita kartun disiarkan. Sepatutnya, terutamanya bagi RTM, TV3 dan sebagainya ataupun kerajaan boleh mengadakan pandangan ataupun memberi panduan supaya pada masa-masa itu disiarkan orang mengaji Al-Quran supaya sesuai dengan suasana bagi umat Islam menunaikan solat Maghrib dan mungkin bagi yang bukan Islam, itulah masa mereka makan malam. Jam 7.00 malam ditiadakan siaran-siaran yang boleh melalaikan ataupun menarik minat terutamanya anak-anak. Ini menjadi masalah kepada sesetengah keluarga, terutamanya balik kepada ibu yang bekerja, penat duduk di dapur, hendak mengajak anak-anak untuk solat, susah, sebab terikat dengan cerita-cerita kartun yang sebegitu. Ianya memerlukan satu kekuatan, satu kerjasama di kalangan keluarga yang betul-betul hendak melarikan anak-anak daripada melihat siaran-siaran yang disiarkan pada jam Maghrib dan pada jam 9.00 malam itu sepatutnya diperbanyakkan siaran-siaran yang boleh membina minda, memberi motivasi kepada remaja-remaja dan sebagainya. Ini supaya tidak hanya disiarkan drama-drama yang menunjukkan kehidupan yang mewah, kehidupan yang begitu bebas untuk ada boyfriend, girlfriend dan sebagainya. Sepatutnya memberi mereka panduan bagaimana hendak membina kehidupan ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh perkara mengenai dengan bagaimana baru-baru ini Majlis Fatwa telah mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman pelaburan internet. Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh sambung ucapan pada pagi besok. Masa sudah cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Dewan sehingga jam 10.00 pagi besok. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang.