SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN

BATU 13 JALAN CHERAS Kod sekolah : BRA 4003 43000 KAJANG, Tel Pejabat : 03-87362324 Tel Pengetua : 03-87360529 No Emel : [email protected]

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SMAPK.800-2/2/2 JLD 2 ( ) Tarikh : 12 FEBUARI 2019

Kepada,

Pengetua, Sekolah Menengah ( Berprestasi Tinggi ), Sekolah Menengah ( Kluster Kecemerlangan ), Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Agama Menengah.

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN JEMPUTAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2019 (ReSITARCH Vol .2)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan akan menganjurkan Kejohanan Memanah Sekolah Berasrama Penuh & Jemputan Peringkat Antarabangsa 2019 (ReSITARCH Vol.2).

3. Untuk makluman pihak tuan, SM Agama Persekutuan Kajang telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan dengan kerjasama Malaya Archery bagi melaksanakan kejohanan tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 - 26 April 2019 Hari : Isnin hingga Jumaat Tempat : Padang SM Agama Persekutuan Kajang

4. Sehubungan itu, pihak tuan dijemput menghantar pasukan memanah sekolah tuan menyertai kejohanan tersebut. Berikut adalah maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak tuan :

1. Pendaftaran untuk pasukan (4 lelaki, 4 perempuan) dan tiada had penyertaan. (Boleh hantar lebih dari satu pasukan)

2. Yuran penyertaan ialah RM80.00/per atlet dan RM30.00/per pegawai.

3. Bayaran boleh di buat ke akaun berikut sebelum 12 April 2019.

Pendaftaran pasukan Nama Bank : Bank Islam Malaysia dan bayaran yuran Nama Akaun : Pengetua SM Agama Persekutuan Kajang penyertaan No Akaun : 12092010016591

4. Pendaftaran secara online bagi Sekolah Jemputan di link berikut: http://bit.ly/ReSITARCH2019

5. Penyertaan pasukan hanya sah setelah bayaran dibuat.

1. Makanan dan minuman peserta adalah dibawah tanggungjawab sekolah masing-masing.

2. Bagi sekolah yang ingin menempah makanan sepanjang kejohanan Makanan/Minuman boleh berurusan terus dengan Pengusaha Kantin SMAPK atau Penyelia Dewan Makan SMAPK di talian berikut: - Pengusaha Kantin SMAPK (Pn. Wan) – 018 2764069 - Penyelia Dewan Makan SMAPK (En. Muzaidi) – 017 6520710

1. Terhad. Keutamaan kepada pasukan yang mendaftar awal dan mengisi maklumat tempahan penginapan secara online.

2. Bayaran bagi pasukan yang ingin menginap di asrama SMAP Kajang Penginapan ialah RM 15.00 sekepala. (bayaran boleh dibuat secara tunai pada hari pendaftaran)

3. Cadar dan sarung bantal tidak disediakan. (sila bawa)

5. Bersama ini dilampirkan: Surat kebenaran ibu bapa / penjaga : Lampiran 1

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Najibah binti Nor (PK Kokurukulum, SMAP Kajang) 0193590378, En Maslan Bin Ismail (Urusetia Teknikal) 0129655691, Pn Lisa (Urusetia Teknikal) 0145129191 dan Pn. Norohanida Binti Sulaiman (0163197076). Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...... (MOHD ABD AZIZ BIN MAHMUD) Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

sk :

1. Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Selangor

2. Fail Kejohanan Memanah Sekolah Berasrama Penuh dan Jemputan Peringkat Antarabangsa 2019 (ReSITARCH)

Lampiran 1

KEBENARAN IBUBAPA ATAU PENJAGA

1. Saya …………………………………………………………………………………….…...... No. K/P ...... di alamat ...... Ibu Bapa/Penjaga kepada murid yang bernama …………………………….…...... ………………………………………………………...... No. K/P ...... dengan ini memberi kebenaran kepada anak/jagaan saya untuk menyertai KEJOHANAN MEMANAH SBP DAN JEMPUTAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2019 (ReSITARCH Vol.2) yang dianjurkan oleh BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN dengan kerjasama SMA PERSEKUTUAN KAJANG dan MALAYA ARCHERY pada 22 - 26 APRIL 2019 bertempat di SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG, SELANGOR.

2. Saya sedia maklum bahawa pihak penganjur yang mengelolakan program ini akan mengambil segala langkah keselamatan. Saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan kemalangan yang mengakibatkan sama ada kecederaan yang membawa kecacatan sementara, kecacatan berkekalan kepada mana-mana anggota badan atau mengakibatkan kematian terhadap anak/jagaan saya yang berlaku di dalam perjalanan pergi dan balik serta sewaktu berada di tempat-tempat kegiatan yang dijalankan sempena dengan kejohanan ini.

3. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur atau wakilnya untuk mengambil sebarang langkah rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak / jagaan saya jika didapati perlu.

Pengesahan kebenaran, Disaksikan,

……………………………… …………………………………….. (Tandatangan ibubapa/penjaga) (Tandatangan saksi) No. K/P : ……………………………. No. K/P : .………… ……………… Tarikh: ………………………………. Tarikh: …………………………….

(** Sila bawa dan serahkan kepada Urusetia semasa pendaftaran)

Fully Residential School & Invitational International Archery Tournament 2019 Ministry of Education – Federal Islamic Secondary School - Malaya Archery (Res2019)

Schedule

Powered by TC PDF ( www.tcpdf.org) 08:00-09:00 01:00 Registration

09:00-12:00 03:00 Practice & Equipment Inspection

11:00-12:00 01:00 Team Captain Meeting

12:00-14:30 02:30 Break 22 Apr 2019, Monday Qualification Rounds Group 1

14:45-15:15 00:30 3 ends practice immediately followed by competition

15:15-16:45 01:30 Distance 1

17:00-18:30 01:30 Distance 2

Qualification Rounds

Group 2

08:00-08:30 00:30 3 ends practice immediately followed by competition

08:30-10:00 01:30 Distance 1

23 Apr 2019, 10:15-11:45 01:30 Distance 2 Tuesday 12:00-14:00 02:00 Break Group 3

14:00-14:30 00:30 3 ends practice immediately followed by competition

14:30-16:00 01:30 Distance 1

16:15-17:45 01:30 Distance 2

Individual Matches

08:00-08:45 00:45 1/32: RM warmup

1/32: RW warmup

09:00-09:45 00:45 1/32: RM

09:45-10:30 00:45 1/32: RW

24 Apr 2019, 10:30-11:15 00:45 1/16: RM, RW Wednesday 11:15-12:00 00:45 1/8: RM, RW

12:00-12:45 00:45 1/4: RM, RW

12:45-13:30 00:45 1/2: RM, RW

13:30-14:15 00:45 Bronze: RM, RW

14:15-15:00 00:45 Gold: RM, RW

Team Matches

08:30-09:00 00:30 1/8: RM

09:00-09:30 00:30 1/8: RW

25 Apr 2019, 09:30-10:00 00:30 1/4: RM, RW Thursday 10:00-10:30 00:30 1/2: RM, RW

10:30-11:00 00:30 Bronze: RM, RW

11:00-11:30 00:30 Gold: RM, RW

12:00-13:30 01:30 Victory Ceremony (Hall)