JAN-MAC 2016

60

Sesi ‘WALKABOUT’ TIMBALAN MENTERI NRE Ke JUPEM Penasihat Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin Meja Pengarang Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Dari Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia. Pengerusi Dato’ Sr Hasan bin Jamil Selamat tahun baru 2016 dan selamat bertemu kembali Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dalam Berita Ukur Bil. 60 , edisi Januari – Mac 2016 yang merupakan edisi pertama bagi tahun ini. Mulai tahun 2016, Berita Ukur akan diterbitkan dengan kekerapan Ketua Penyunting empat kali setahun berbanding dua kali setahun Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman sebelumnya. Tanpa kita sedari, sukuan pertama 2016 Pengarah Ukur Bahagian telah pun berlalu, betapa masa bergerak terlalu pantas (Perancangan dan Korporat) meninggalkan kita. Redaksi

Penyunting Berita Ukur ini merupakan wadah jabatan yang Sr Looi Kam Seng menyajikan pelbagai berita daripada JUPEM seluruh Nurul Hayati binti Ismail tanah air sepanjang tempoh tersebut. Walaupun kita telah mempunyai sumber hebahan terkini melalui JUPEM Geoportal, namun bahan berita bercetak seumpama ini Pengarang / Jurugambar / Rekabentuk masih lagi releven untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan bacaan ringan.

Sidang Hasni bin Omar Hasanul Ariffin bin Mohd Nor Ahmad Najmi bin Awang Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan Mohd Faiqhal bin Nazaruddin sebarang sumbangan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam Berita Ukur bagi edisi-edisi Ketua Percetakan seterusnya. Karya tersebut boleh diemelkan kepada Sr Zoher bin Nomanbhoy sidang pengarang melalui emel: nurulhayati@jupem. Pengarah Ukur Bahagian gov.my atau [email protected]. Sempena (Kartografi dan GIS) cetakan/edaran Berita Ukur Bil. 60 ini pada bulan Syawal 1437H, pengarang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga JUPEM.

Akhir kalam, selamat membaca! KANDUNGAN

Amanat Tahun Baharu 4 6 Sesi ‘WALKABOUT’ 34 Gerhana Matahari Separa Timbalan Menteri NRE

Penyerahan Nota Serah Tugas Pegawai Kanan JUPEM 10

Perbincangan Teknikal Pengarah Projek Bersama (CPD) 14 Sempadan Antarabangsa Malaysia- Kempen Derma Darah 12 Penggambaran Udara Menggunakan Unmanned Aerial Vehicle 24 di Pelabuhan Kuantan

Lawatan Dari Institut Pendidikan Tinggi (IPTA) 39

Keratan Akhbar 45 Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2016 8

Persaraan Sr Tan Ah Bah 20

1 Berita Ukur Jan-Mac 2016

SALAM AIDILFITRI 2016/1437H

YBhg. Dato’, Tuan-Puan warga JUPEM yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Sempena menyambut Syawal 1437H yang jatuh pada 6 Julai 2016, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat warga JUPEM sekalian. Saya dengan kerendahan hati bagi pihak diri, isteri dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

“Syawal dinanti penuh kegembiraan Jangan dilupa pada yang serba kekurangan Sambutlah Syawal dengan penuh kesyukuran Semoga dikurnia seribu keberkatan”

Sekian, wassallamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh

Terima kasih.

Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

2 3 4 AMANAT TAHUN BAHARU 2016

ada 26 Januari 2016, bertempat di Dewan Ukur, Ibu PPejabat JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2016. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin telah melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana berpeluang dan berkesempatan untuk menyampaikan amanat sempena tahun baharu 2016. Antara intipati amanat tersebut, beliau telah menyingkap kembali kejayaan dan pengiktirafan yang telah dicapai oleh JUPEM samada di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian, negeri mahupun jabatan sendiri.

Di akhir ucapan, YBhg. Datuk KPUP juga mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap kejayaan sebegini akan menjadi pendorong bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.

5 Berita Ukur Jan-Mac 2016

6 Sesi ‘Walkabout’ Timbalan Menteri NRE

esi ‘Walkabout’ oleh YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Majlis diteruskan dengan lawatan ke JUPEM W.P. Kuala SSamuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Lumpur/Putrajaya, Seksyen Percetakan dan Bahagian Sekitar (NRE) ke JUPEM telah diadakan pada 21 Januari Geospatial Pertahanan (BGSP) bagi memberikan 2016. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBhg. gambaran yang lebih jelas kepada YB Timbalan Menteri Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur tentang fungsi dan peranan JUPEM dalam memacu dan Pemetaan Malaysia di Bilik Persidangan, Tingkat pembangunan geospatial negara. 15, Wisma JUPEM.

7 Berita Ukur Jan-Mac 2016

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BIL. 1/2016

esyuarat Pengurusan JUPEM Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua (SKT) bahagian kadaster, bahagian MBilangan 1/2016 telah Pengarah Ukur dan Pemetaan dasar dan penyelarasan pemetaan, berlangsung pada 26-27 Januari Malaysia. bahagian khidmat pengurusan, 2016. Mesyuarat ini diadakan bagi bahagian ukur geodetik dan membentang dan membincangkan bahagian geospatial pertahanan Sempena mesyuarat pengurusan pencapaian prestasi sepanjang masing-masing. tersebut, Pengarah Ukur Bahagian/ 2015 di Bahagian Ibu Pejabat dan Pengarah Bahagian masing- JUPEM Negeri. Mesyuarat ini telah masing telah membentangkan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk cadangan Sasaran Kerja Tahunan

8 perkhidmatan yang efisien dan berkualiti serta berbangga menjadi MAJLIS AMANAT warga JUPEM yang sentiasa berusaha meninggikan martabat TAHUN BAHARU dan imej jabatan. Di akhir majlis tersebut, telah JUPEM MELAKA diadakan penyampaian buku Pelan Integriti Nasional (PIN). Buku ini adalah bertujuan memberi fokus ada 1 Februari 2016 bertempat Penyampaian amanat tahun kepada matlamat pemantapan etika Pdi Pejabat Ukur Derah, Ayer baharu antara lain intipatinya dan integriti serta membudayakan Keroh (JUPEM) telah diadakan adalah mengenai pencapaian, integriti di kalangan semua anggota Majlis Amanat Tahun Baru 2016 perancangan, strategi jabatan serta masyarakat. dan Perhimpunan Bulanan Bilangan isu-isu semasa yang berkaitan 1 Tahun 2016 Jabatan Ukur Dan dengan jabatan serta keperluan Pemetaan (JUPEM) Melaka. perkhidmatan awam. Diharapkan juga agar JUPEM Melaka meneruskan kecemerlangan pada Majlis tersebut telah dihadiri tahun 2016 dengan memberi Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka, pegawai-pegawai dan semua kakitangan JUPEM Melaka. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Penjawat Awam seterusnya bacaan ikrar oleh semua pegawai dan kakitangan yang hadir dan diikuti oleh persembahan montaj sorotan JUPEM sepanjang tahun 2015.

Amanat Tahun Baharu 2016 telah disampaikan oleh Sr Ahmad Tarmizi bin Bastani, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka.

9 Berita Ukur Jan-Mac 2016

PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PEGAWAI KANAN JUPEM

ajlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sabah) di antara Sr MMohamad Zaki bin Mohd Ghazali dan Tuan Haji Annual bin Aziz yang berkuatkuasa pada 4 Januari 2016 telah berlangsung di Pejabat YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria yang baru dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) yang baharu.

Dalam majlis yang berasingan, majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan); di antara YBrs. Sr Tan Ah Bah dan YBrs. Sr Dr Azhari bin Mohamed yang berkuatkuasa pada 15 Januari 2016 telah berlangsung di Pejabat YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

10 PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN BUKU PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

UPEM telah melancarkan Buku Pelan Integriti Organisasi (PIO) pada 26 Januari 2016 bersempena dengan JMajlis Amanat Tahun Baharu 2016. Pelan integriti ini akan dijadikan sebagai panduan dalam meningkatkan integriti Jabatan khususnya warga JUPEM. Dalam majlis ini juga, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyerahkan Buku PIO kepada semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

11 Berita Ukur Jan-Mac 2016

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JUPEM & RISM

abatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Jdan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah bertempat di Ibu Pejabat JUPEM pada 27 Januari 2016 bagi menggalakkan kakitangan JUPEM dan RISM untuk menderma darah. YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah meluangkan masa bersama kakitangan untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN BAHAGIAN TOPOGRAFI SABAH

UPEM Sabah dengan kerjasama Unit Tabung JDarah Hospital Queen Elizebeth telah mengadakan kempen derma darah bertujuan untuk menambah bekalan tabung darah sediada bagi mereka yang sentiasa memerlukannya.

Bagi menarik minat orang ramai terhadap kempen derma darah ini hadiah-hadiah cabutan bertuah yang berupa hamper dan kupon reload yang disumbangkan oleh Yang Berhormat Menteri turut memeriahkan suasana kempen ini.

Seramai 146 orang telah mendaftar dan selepas JUPEM Sabah dengan kerjasama dari Unit Tabung menjalani pemeriksaan kesihatan, 93 orang adalah Darah Hospital Queen Elizebeth merakamkan setinggi- layak untuk menderma darah, ianya terdiri daripada tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kakitangan JUPEM Sabah, lain-lain kakitangan jabatan semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat serta kepada kerajaan, kakitangan KWSP, orang awam dan juga semua mereka yang telah menderma darah pada hari pelajar. tersebut.

12 TAKLIMAT PEMANTAPAN SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI 5S BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

ahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Bsatu program taklimat berkaitan amalan persekitaran berkualiti (5S) pada 14 Januari 2016 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Ibu Pejabat JUPEM. Taklimat yang telah disampaikan oleh Jawatankuasa Latihan 5S Ibu Pejabat JUPEM tersebut telah dihadiri seramai 80 pegawai pelbagai peringkat perjawatan dan turut disertai Puan Norehan binti Omar, Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan).

Tujuan program tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman dan mendedahkan idea kepada peserta dalam melaksanakan penambahbaikan persekitaran kerja serta proses-proses kerja yang memberi penekanan dalam pengurangan elemen-elemen pembaziran.

JUPEM SABAH BANTU MANGSA KEBAKARAN

arga Pejabat Topografi Sabah Wilayah telah Wmelancarkan kempen bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg Airport Lama, Tawau yang mana salah seorang mangsa adalah kakitangan JUPEM sendiri iaitu Encik Ardiansah bin Arshad, Pembantu Awam Gred H11. Kebakaran yang berlaku pada 30 Januari 2016 bermula jam 9.40 pagi telah mengakibatkan 80 buah rumah kediaman di Kg. Airport Lama, Tawau musnah dijilat api, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA JUPEM

ada 11 Januari 2016, bertempat di Dewan Ukur, Ibu PPejabat JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Terhimpun Puspanita Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tahun 2015/2016. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Alice @ Noorlis bt. Norbis, Pengerusi Puspanita JUPEM.

13 Berita Ukur Jan-Mac 2016

PERBINCANGANTEKNIKAL PENGARAH PROJEK BERSAMA (CPD) SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA - THAILAND erbincangan Teknikal Pengarah Projek dari JUPEM manakala di pihak Thailand dihadiri oleh PBersama (CPD) Penandaan, Pengukuran dan pegawai-pegawai dari RTSD. Jumlah delegasi yang Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia menghadiri mesyuarat ini daripada pihak Malaysia dan - Thailand telah diadakan di Hotel, Grand Alora, Alor Thailand adalah masing-masing 5 dan 3 orang.Di antara Setar pada 28 Januari 2016. tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan laporan-laporan penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia Perbincangan dipengerusikan bersama oleh Sr Mohd - Thailand untuk diangkat ke peringkat Jawatankuasa Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Teknikal Bersama (JTC) dan seterusnya ke Topografi Semenanjung, Jabatan Ukur dan Pemetaan Jawatankuasa Sempadan Bersama (LBC). Selain itu, ia Malaysia (JUPEM) dan Col Chaiwat Promthong, juga membincangkan dan menandatangani dokumen- Director of Geodesy and Geophysics Division, Royal Thai dokumen berkaitan bagi penandaan dan pengukuran Survey Department (RTSD). sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand.

Di pihak Malaysia, mesyuarat dihadiri pegawai-pegawai

14 “Di antara tujuan lawatan adalah Turut hadir adalah Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, untuk mendapatkan overview JUPEM dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pemetaan berkaitan kemajuan kerja, isu Topografi Semenanjung. dan perancangan penandaan, Di antara tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pengukuran dan penyelenggaraan overview berkaitan kemajuan kerja, isu dan perancangan sempadan antarabangsa Malaysia penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand yang - Thailand yang merupakan salah merupakan salah satu peranan JUPEM. satu peranan JUPEM” Taklimat ringkas penandaan, pengukuran dan penyelenggaraan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand telah diadakan di Kem Ukur Sempadan Malaysia, Padang Besar, Perlis. YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, JUPEM telah Lawatan lapangan telah di buat berhampiran BP 15A mengadakan lawatan kerja ke Persempadanan di Padang Besar, BP 19 di Sempadan /Perlis Antarabangsa Malaysia - Thailand di Negeri Perlis dan - Thailand, BP 22 di , Kedah dan BP Kedah pada 29 Januari 2016. 30/32 di Burung Kedah.

15 Berita Ukur Jan-Mac 2016

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PENANDAAN DAN PENETAPAN SEMPADAN ANTARA NEGERI KELANTAN DAN NEGERI PERAK

ajlis menandatangani MMemorandum Persefahaman (MoU) Penandaan dan Penetapan Sempadan antara Negeri Kelantan dan Negeri Perak telah diadakan pada 15 Februari 2016 di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar dari kedua-dua negeri yang terlibat iaitu Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Haji Ahmad bin Yakob dan Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.

Dengan terteranya MoU antara kedua- dua negeri, kerja-kerja penandaan dan pengukuran bagi penentuan sempadan darat antara Negeri Kelantan dan Negeri Perak akan dilaksanakan. Anggaran jarak sempadan antara Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai perlaksanaan Penandaan kedua-dua negeri adalah sejauh 205 dan Penetapan Sempadan Darat antara Negeri Kelantan dan Negeri km dan dijangka dapat disiapkan Perak oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah dalam tempoh empat (4) tahun. Ukur dan Pemetaan Malaysia.

16 MESYUARAT KE-40 JAWATANKUASA BERSAMA SEMPADAN MALAYSIA-

esyuarat Ke-40 Jawatankuasa Bersama MPenandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia-Indonesia (JIM-40) adalah mesyuarat berjadual yang diadakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia telah diadakan pada 22-24 Mar 2016 di Bali, Indonesia. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Indonesia - Malaysia adalah mesyuarat berjadual yang diadakan secara bergilir-gilir di antara Malaysia dan Indonesia. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan kemajuan penandaan dan pengukuran sempadan bersama serta membincangkan perancangan program ukur yang akan dilaksanakan, membentangkan hasil perbincangan isu-isu berkaitan kawasan-kawasan bermasalah oleh Kumpulan Kerja Bersama bagi Kawasan-kawasan Bermasalah dalam Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara) dan kemajuan pelaksanaan dan perancangan kerja-kerja Common Border Datum Reference Frame (CBDRF) dan Joint Border Mapping (JBM) di persempadanan kedua-dua buah negara.

17 Berita Ukur Jan-Mac 2016

BENGKEL PENYEDIAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) BAGI ARAHAN SEMAKAN KERJA-KERJA PEMETAAN UTILITI OLEH JUPEM NEGERI YANG DIJALANKAN OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN (JTB)

ekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Pemetaan Utiliti, Bahagian Kadaster, JUPEM Selangor PKesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Tempatan Bilangan 7 Tahun 2014 berkenaan Garis Putrajaya. Objektif utama penyediaan dokumen SOP Panduan Pelaksanaan Pengukuran ke atas Jajaran ini bertujuan membantu pegawai-pegawai di JUPEM Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan telah Negeri dan Ibu Pejabat dalam melaksanakan aktiviti menyatakan dengan jelas berkenaan tanggungjawab berkaitan dengan pengurusan data utiliti bawah tanah dan pematuhan spesifikasi data yang diserahkan oleh yang diterima dari pihak JTB, mewujudkan pemahaman Juruukur Tanah Berlesen (JTB) kepada JUPEM. Sejajar dan koordinasi aktiviti antara JUPEM Negeri, JUPEM dengan pekeliling tersebut maka Bahagian Dasar dan Ibu Pejabat dengan pihak JTB berkaitan serahan, Penyelarasan Pemetaan (BDPP) telah mengadakan semakan dan pengemaskinian data digital dan Pelan satu Bengkel Penyediaan SOP Bagi Semakan Kerja- Utiliti, memastikan kualiti dan ketepatan data digital kerja Pemetaan Utiliti Oleh JUPEM Negeri Yang dan Pelan Utiliti yang diterima dari pihak JTB mematuhi Dijalankan Oleh JTB pada 17 hingga 18 Januari 2016 di standard yang ditetapkan dan memastikan Pangkalan Wisma JUPEM. Bengkel ini dipengerusikan oleh YBrs. Data Utiliti (PADU) sentiasa dikemaskini secara Sr Hj. Mohamad Kamali bin Adimin, Pengarah Ukur berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dengan penglibatan pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Bahagian

18 LAWATAN YBHG. DATO’ TKPUP II KE PEJABAT DAERAH SELANGOR UTARA

arga Pejabat Ukur Daerah (PUD) Selangor berasa amat berbangga dan bertuah di atas Wkesudian lawatan oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa,Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, dengan diiringi oleh YBrs. Sr Mohamad Kamali bin Adimin, Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor, pada 29 Januari 2016 (Jumaat). Kehadiran lawatan disambut oleh Sr Aszaman bin Misran, Jurukur Daerah Selangor Utara, dengan disertai oleh keseluruhan 28 orang kakitangan.

PUD Selangor Utara telah ditubuhkan rentetan daripada perubahan struktur pentadbiran dan perjawatan bagi JUPEM secara keseluruhannya disamping mengimbangi nisbah kemasukan kerja dan bebanan sedia ada yang semakin meningkat saban tahun. Pejabat Ukur Daerah ini telah menyewa ruang di bangunan Kompleks PKNS Kuala Selangor bermula dari 1 Julai 2014 dan telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Ahamad bin Zakaria pada 16 September 2014 yang merupakan Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor pada ketika itu.

19 Berita Ukur Jan-Mac 2016

PERSARAAN SR TAN AH BAH PENGARAH UKUR BAHAGIAN (EHWAL PERSEMPADANAN)

r Tan Ah Bah, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Penglibatan beliau dalam sesi rundingan dan SPersempadanan) telah bersara wajib mulai 15 mesyuarat berkaitan persempadanan darat dan Januari 2016. maritim antara Malaysia dengan negara-negara jiran amat dihargai dan disanjung oleh warga JUPEM serta merupakan sumbangan besar kepada negara. Antara Sr Tan Ah Bah, memulakan kerjaya di JUPEM mulai 14 sumbangan lain beliau kepada negara dalam memberi April 1981 di Jabatan Ukur Perak sebelum ke Jabatan khidmat nasihat berkaitan aspek-aspek teknikal Ukur Topografi Sabah sebagai Penolong Pengarah urusan persempadanan negara adalah berhubung Kes Ukur pada tahun 1986 hingga 1988 dan seterusnya ke Hak Kedaulatan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Jabatan Ukur Topografi Sarawak mulai 1989 hingga Mahkamah Keadilan Antarabangsa antara Malaysia 1993. Pada tahun 1993 beliau telah ditukarkan ke dan Indonesia di The Hague Belanda (2005), Kes Hak Seksyen Topografi Wilayah Utara, Taiping sebelum kedaulatan Pedra Branca, Batuan Tengah dan Tubir menjadi Ketua Penolong Pengarah Ukur (Ehwal Selatan (2008), mengemukakan tuntutan had pelantar Persempadanan) pada 1 Julai 1995. benua melalui Joint Submission Malaysia - Vietnam kepada Commission on the Limits of the Continental Beliau sekali lagi bertukar ke Seksyen Topografi Shelf (CLCS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Semenanjung Malaysia pada tahun 2002 sebagai pada tahun 2009 dan banyak lagi jasa-jasa beliau Pengarah Ukur Topografi Semenanjung sehingga tahun berhubung hal ehwal persempadanan negara dalam 2004 di mana beliau balik semula ke Seksyen Ehwal memastikan kepentingan dan kedaulatan negara Persempadanan sebagai Pengarah Ukur Seksyen senantiasa terpelihara. (Ehwal Persempadanan) dan seterusnya sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) Semoga jasa-jasa dan sumbangan Sr Tan Ah apabila Seksyen Ehwal Persempadanan bertukar Bah akan menjadi satu inspirasi dan pemangkin menjadi Bahagian Ehwal Persempadanan mulai 1 semangat kepada semua kakitangan JUPEM dalam Oktober 2013 sehingga beliau bersara wajib pada 15 melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Januari 2016. demi memartabatkan JUPEM dan Negara Malaysia ke arah kegemilangan. Selamat bersara dan selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Tan Ah Bah.

20 MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 1/2016

esyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 1/2016 telah diadakan pada 31 Mac 2016 bertempat di Bilik MMesyuarat Berlian, Tingkat 11, Wisma JUPEM dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu pekerja yang melibatkan kepentingan kepada kedua-dua belah pihak samada di pihak kerajaan dan pekerja. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat sesi terakhir bagi Encik Shaami @ Shuhaimi bin Dato’ Othman merangkap Timbalan Pengerusi MBJ yang akan bersara pada 11 April 2016 dan akan digantikan oleh Encik Mohd. Shaman bin Jaes. YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I mewakili Pihak Pengurusan Tertinggi JUPEM juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara dan merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih sepanjang penglibatan beliau kepada Jabatan.

TAKLIMAT INTEGRITI DI JUPEM

tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Memastikan semua pegawai mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dan peraturan-peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993.

Taklimat telah diberikan oleh Puan Triveinei A/P Sundaram dan Puan Norhazatul Fida binti Abdul Rahman dengan dipengerusi oleh Encik Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur dan Pemetaan W. P. Labuan. Di akhir taklimat diadakan pemberian cenderakenangan oleh pihak JUPEM Labuan kepada penceramah- penceramah yang dijemput. nit integriti JUPEM ditubuhkan pada 12 Disember U2013 dibawah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Unit ini terdiri daripada dua (2) orang pegawai iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik M41/M44 dan Penolong Juruukur JA36. Ketua Unit Integriti Puan Triveinei A/P Sundaram dan Penolong Juruukur Puan Norhazatul Fida Binti Abdul Rahman. Unit Integriti JUPEM terdiri dari dua Bahagian iaitu bahagian Penguatkuasaan (Enforcement) dan Pendidikan (Educate).

Pengajaran dan pembelajaran yang dapat dari taklimat integriti ini agar semua penjawat awam sentiasa amanah, jujur, adil dan konsisten dalam melaksanakan

21 Berita Ukur Jan-Mac 2016

PROGRAM SEPULUH RIBU LANGKAH JUPEM LABUAN

rogram ini telah dijalankan pada 20 Februari 2016, Program ini juga telah menjemput pegawai dari Jabatan PSabtu bermula jam 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga di Kampung Batu Manikar W.P.Labuan. Kehadiran dari Negara (LPPKN) yang diwakili oleh Encik Mohd. Khairi semua kakitangan dan pegawai JUPEM dan juga bin Nasir dengan memberi taklimat berkaitan dengan digalakkan hadir kepada semua keluarga kakitangan tajuk perancang keluarga dan kesihatan diri. JUPEM, di anggarkan seramai 100 orang pegawai dan kakitangan beserta keluarga yang turut hadir dalam Program ini di akhiri dengan penyampaian sijil kepada program ini. semua pegawai dan kakitangan JUPEM dan cenderahati dari JUPEM W.P.Labuan kepada pegawai jemputan dari Program ini telah dirasmikan oleh Encik Shaffri agensi LPPKN tersebut yang disampaikan oleh PUPN bin Baudi, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah JUPEM W.P.Labuan. Persekutuan Labuan. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan PUPN mengharapkan agar semua warga JUPEM mengambil berat dalam menjaga dan mengekalkan kesihatan dan kecergasan fizikal disamping menangani stress dan obesiti bagi menjamin kerja yang berkualiti, ia juga memberi kesedaran dan motivasi kepada warga JUPEM Labuan yang agak berusia supaya kembali aktif dalam aktiviti luar pejabat dan menyeru sentiasa mengamalkan kerjasama yang baik sebagai satu keluarga yang bahagia.

22 MESYUARAT GSP telah membentuk satu pasukan KIK yang terdiri daripada 9 Borang ahli dan seorang fasilitator. Pada 31 Mac 2016 yang lalu, satu KOORDINASI PERTAMA mesyuarat koordinasi pertama telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengarah BGSP, Brig Jen Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman KUMPULAN INOVATIF dan turut hadir bersama adalah Pengarah-pengarah Seksyen bagi DAN KREATIF (KIK) membentangkan permasalahan yang dapat diplih untuk dijadikan sebagai tajuk KIK bagi penyertaan oleh BGSP pada tahun 2016. BAHAGIAN GEOSPATIAL Percambahan idea dan cadangan oleh Pengarah BGSP bersama PERTAHANAN (BGSP) Kumpulan KIK BGSP telah membantu dalam pemilihan tajuk tersebut. Walau bagaimanapun, tajuk KIK BGSP masih belum dapat diputuskan TAHUN 2016 dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

MESYUARAT GDAS ANTARA DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (DGC) UK, BGSP DAN JUPEM SABAH

ahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), BDefence Geographic Centre (DGC) dan JUPEM Sabah telah melaksanakan mesyuarat berkaitan penghasilan peta melalui sistem Geospatial Data Acquisition System (GDAS) di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 Mac 2016 yang lalu. Mesyuarat ini adalah susulan dari siri mesyuarat tahunan antara DGC dan BGSP yang dilakukan pada 15 Disember 2015 bertempat di bilik mesyuarat Command Centre BGSP, tingkat 2 Bangunan Ukur, JUPEM Kuala Lumpur. BGSP telah diwakili oleh YBhg Brig Jen Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman, Pengarah BGSP dan Timbalan Pengarah Kol Sr Dr Mohd Zambri bin Mohd Rabab, En Khairil Izwan b Ahmad Arshad (Pegawai perhubungan Malaysia – UK) serta Pengarah Seksyen Dasar Pemetaan Sr Dr Zainal bin A Majeed. Manakala Mr. Mark Andrew Foy adalah wakil UK bagi urusan data collection untuk Asia Pasific.

23 Berita Ukur Jan-Mac 2016

PENGAMBARAN UDARA MENGGUNAKAN UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV) DI PELABUHAN KUANTAN

im UAV BGSP bersama Tim Jabatan Mineral dan Geosains telah melaksanakan pengambilan Tgambar udara kawasan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang pada 29 Feb hingga 2 Mac 2016 yang lalu. Pemantuan lapangan ini telah diketuai oleh Lt Kol Muhamad Zamri bin Husran, Kapt Muhamad Haffeez bin Yusop, Kapt Mohd Faris bin Ismail, Sjn Zakaria bin Che Bing, Kpl Al Aziz bin Haimin dan En Yazir bin Sardi bersama dengan wakil dari syarikat perolehan UAV. Tumpuan utama kawasan analisis kali ini yang telah dikenalpasti adalah di Pelabuhan Kuantan. Sepanjang penggambaran udara dilaksanakan, Tim UAV BGSP telah diiringi oleh pihak Jabatan Mineral dan Geologi (JMG). Penggambaran udara ini telah menggunakan 3 unit eBee RTK iaitu eBee RTK 1, eBee RTK 3 dan eBee RTK 4 dikawasan yang telah dikenalpasti. Di samping itu juga, Ground Control Station juga telah diambil dengan menggunakan Trimble R8 GPS. Lokasi penggambaran udara ini telah menggunakan ketinggian UAV pada 288 meter dan Ground Sample Distance (GSD) 8cm/pix.

24 25 Berita Ukur Jan-Mac 2016

SAMBUTAN HARI KELUARGA JUPEM WPKL/PUTRAJAYA

Pada 31 Januari 2016 (Ahad) bertempat De Rhu Beach Resort Kuantan, Pahang. Majlis Sambutan Hari Keluarga JUPEM W.P Kuala Lumpur/Putrajaya 2016 ini telah mendapat penyertaan paling ramai iaitu kira-kira 53 keluarga kakitangan dengan jumlah ahli keluarga melebihi 200 orang ahli.

Perasmian Hari Keluarga JUPEM W.P Kuala Lumpur / Putrajaya 2016 ini telah disempurnakan oleh Sr Md Zaki bin Ad. Wahid, Pengarah Ukur dan Pemetaan W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya, di padang permainan De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Pelbagai acara sukaneka dipertandingkan antaranya sukaneka yang menghiburkan seperti bowling kelapa, tarik tali, musang berjanggut, mencari harta misteri, mencari gula-gula dan sebagainya.

26 27 Berita Ukur Jan-Mac 2016

28 Persiapan cerapan gerhana matahari separa oleh pasukan Bahagian Ukur Geodetik JUPEM di Putrajaya.

29 Berita Ukur Jan-Mac 2016

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

Pada 9 Mac 2016, gerhana matahari penuh akan yang akan datang pada 26 Disember 2019 serta berlaku di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan seterusnya pada 21 Jun 2020 di seluruh negara. Pasifik. Lintasan bayang umbra bulan akan merentasi Indonesia dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku Secara amnya, gerhana matahari berlaku ketika fasa di timur sebelum ia memasuki kawasan Lautan Pasifik. bulan baru dan pada yang sama bulan melintasi di Tempoh gerhana matahari penuh pada kali ini ialah 4 antara matahari dan bumi menyebabkan matahari minit 9 saat dengan magnitud gerhana 1.045. Gerhana tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang matahari penuh ini berlaku 1.2 hari sebelum bulan terdapat dalam rajah berikut: berada pada kedudukan yang paling dekat dengan bumi atau kedudukan “perigi”. Gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas (kawasan di atas dan di bawah daripada laluan tengah gerhana penuh matahari yang diwarnakan merah) meliputi Asia Timur, Australia dan Lautan Pasifik termasuk Malaysia yang berpeluang untuk menyaksikan gerhana matahari separa antara 70%-90% litupan ke atas keseluruhan permukaan matahari.

Di Malaysia, kita dapat melihat matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa matahari sedang terbit. Peratus matahari dilindungi bulan semakin mengurang apabila semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Gerhana matahari separa tersebut dapat disaksikan dari jam 7:30 pagi hingga 9:30 pagi. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010 dan

30 CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA DAN SOLAT SUNAT GERHANA

Bersempena dengan fenomena ini, satu majlis solat sunat dan cerapan gerhana matahari telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Majlis berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala pihak JUPEM telah diwakili oleh Dr. Sr Azhari bin Mohamed Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), serta tiga orang kakitangan Bahagian Ukur Geodetik. Lebih 500 umat Islam telah menunaikan solat sunat gerhana yang dipimpin oleh Luqman Mohamad Hosni Imam Masjid Putra, pada pukul 8 pagi hari tersebut.

31 Berita Ukur Jan-Mac 2016

32 Cerapan Gerhana Matahari Separa di atas bumbung Bangunan Ukur

33 Berita Ukur Jan-Mac 2016

elain cerapan di Putrajaya, Bahagian Ukur SGeodetik JUPEM juga telah mengadakan cerapan gerhana bertempat di atas bumbung Bangunan Ukur, JUPEM. Antara yang hadir bagi menyaksikan fonemena tersebut ialah YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bersama pegawai-pegawai dan kakitangan JUPEM. Aktiviti cerapan telah bermula dari jam 7.15 pagi sehinggalah gerhana matahari separa berakhir pada jam 9.30 pagi di mana kemuncaknya iaitu gerhana matahari separa (litupan sehingga 80%) berlaku pada jam 8.24 pagi.

34 GERHANA MATAHARI SEPARA DI KELANTAN

ada masa yang sama juga, JUPEM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia, Majlis PDaerah Bachok, Bandar Pelancongan Islam dan Persatuan Astronomi Malaysia telah mengadakan Program Cerapan Gerhana Matahari Separa bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama, Bachok yang bermula dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi.

Sr Wan Zainuddin bin Wan Yusoff, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan bersama-sama dengan Sr Fadzullah Suhaimi bin Abd. Ghafar, Timbalan Pengarah Ukur I, dan Sr Nik Mohd Wafi bin Nik Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Ukur II serta kakitangan JUPEM Kelantan turut serta dalam menyaksikan fenomena tersebut.

Fenomena gerhana ini juga turut disaksikan oleh beberapa pelajar sekolah di Jajahan Bachok beserta penduduk setempat. Solat sunat gerhana matahari dan khutbah khas juga telah diadakan bersempena program ini.

35 Berita Ukur Jan-Mac 2016

GERHANA MATAHARI SEPARA

36 37 Berita Ukur Jan-Mac 2016

EKSPEDISI CERAPAN GERHANA MATAHARI PENUH TAHUN 2016 DI PALEMBANG, INDONESIA

Jabatan Falak Negeri Pahang telah menganjurkan ekspedisi Cerapan Gerhana Matahari Penuh 2016 yang telah diadakan di Palembang, Indonesia. Ekspedisi ini turus disertai oleh YBhg. Dato’ Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang. Selain cerapan gerhana matahari, aktiviti yang dijalankan dari 7 hingga11 Mac 2016 ini juga membuat lawatan muhibbah ke Kementerian Agama, Provensi Sumatera Selatan serta beberapa masjid di sekitar Bandar Palembang.

JUPEM PULAU PINANG ANJUR PROGRAM BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN TAKLIMAT PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH

JUPEM Pulau Pinang telah mengadakan Program Budaya Cemerlang dan Taklimat Pemetaan Utiliti pada 4 Februari 2016 bertempat di Auditorium F, Tingkat 5, Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang. Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memupuk budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan jabatan serta penambahan ilmu pengetahuan kakitangan mengenai bidang Pemetaan Utiliti Bawah Tanah. Program tersebut juga menjadi platform perjumpaan antara kakitangan dengan pengurusan serta penyampaian Amanat Tahun Baru Tahun 2016 Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang kepada semua kakitangan JUPEM Pulau Pinang.

JUPEM PULAU PINANG ANJUR PROGRAM PEMBANGUNAN STAF – PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DAN KEIBUBAPAAN

JUPEM Pulau Pinang telah mengadakan Program Pembangunan Staf - Penguasaan Bahasa Inggeris dan Keibubapaan pada 26 Februari 2016 bertempat di Pejabat Ukur Daerah JUPEM Pulau Pinang. Penceramah jemputan adalah daripada Saba Publication Sdn. Bhd. iaitu Encik Jagen Morgan. Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk memberi panduan kepada kakitangan mengenai cara penguasaan Bahasa Inggeris secara informal serta teknik dorongan pembelajaran kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Program tersebut telah memberi banyak manfaat khususnya kepada kakitangan yang telah berumahtangga.

38 AUDIT PERSIJILAN EKOSISTEM KONDISIF AUDIT DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH MAMPU KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2008 DI JUPEM SABAH PULAU PINANG

Pada 25 Februari 2016, pihak MAMPU Sabah telah Bahagian Kadaster daripada Ibu Pejabat JUPEM telah menjalankan Audit EKSA di JUPEM Labuan, hasil dari mengadakan Program Pelaksanaan Audit SPK MS ISO audit tersebut JUPEM Labuan telah berjaya dan layak 9001:2008 JUPEM Bilangan 1/2016 di JUPEM Pulau dipersijilkan EKSA. Perancangan untuk melaksanakan Pinang pada 15-16 Mac 2016. Pasukan Audit SPK yang EKSA telah dimulakan pada Januari 2015. Sebelum itu menjalankan pelaksanaan Audit SPK adalah daripada JUPEM W.P.Labuan telah mendapat persijilan 5S pada JUPEM Perak yang diketuai oleh Sr Muhammad Salim tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang telah diauditkan bin Mohammed Asari. Tujuan diadakan program oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). tersebut adalah untuk memenuhi keperluan dalam Sokongan penuh yang diberikan oleh pihak atasan pelaksanaan SPK jabatan. terutamanya Pengarah Ukur dan Timbalan Pengarah Ukur membuatkan semua kakitangan dan pegawai bersemangat dalam menjayakan program-program perlaksanaan EKSA JUPEM W.P Labuan.

AUDIT PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S OLEH MAMPU

Selaras dengan dasar jabatan untuk menyediakan ekosistem kerja yang kondusif, Jabatan telah mengadakan Audit Pensijilan 5S pada 9 Mac 2016 bagi memperbaharui Pensijilan 5S buat kali ke- 5. Audit telah dijalankan oleh pegawai dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Hasil dari audit yang dilakukan, JUPEM telah berjaya mengekalkan Sijil Amalan Persekitan Berkualiti 5S. Tahniah buat semua.

39 Berita Ukur Jan-Mac 2016

“MOST NUMBER OF HIGRANK LOCAL AUTHORITIES PERSONNEL PARTICIPATING IN A CYCLING EVENT”

eramai 480 orang telah mengambil bahagian dalam Turut dijemput menyertai program ini adalah Tuan Skayuhan basikal sempena Seminar Memperkukuh Hj Ahmad Tarmizi bin Bastani, Pengarah Ukur dan Daya Tahan Bandar-Bandar di Malaysia Terhadap Pemetaan Melaka, dan Encik Rahim bin Hj Selamat, Risiko Bencana 2016 dan 2nd Asia Pasifik Forum Pembantu Penerbitan Gred N22 kakitangan JUPEM International Convention On Melaka Twien Cities pada Melaka yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hang 1 – 4 Mac 2016 di sebuah hotel terkemuka di Melaka. Tuah Jaya (dilantik).

Kayuhan ini disertai oleh YBhg Yang Dipertua Majlis- Kayuhan sejauh 6 km melalui Kawasan Bersejarah Majlis Berkuasa Tempatan Seluruh Malaysia, Ahli-Ahli sekitar tempat tumpuan pelancong di Bandar Melaka Majlis, Majlis Berkuasa Tempatan Negeri Melaka, ini telah dicatit dalam The Malaysia Book of Records Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, sebagai “Most Number of High Rank Local Authorities Masyarakat setempat serta Pemimpin-Pemimpin Personnel Participating in a Cycling Event”. Negeri termasuklah Exco-Exco Kerajaan Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka selaku Tetamu Kehormat.

KEJOHANAN TENIS BEREGU ANJURAN SUNDAY STAR TENNIS TEAM

r Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman SPengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan korporat), telah mengambil bahagian dalam perlawanan tenis anjuran Sunday Star Tennis Team yang telah diadakan pada 5 Mac 2016 di gelanggang tenis MINDEF Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya ke peringkat separuh akhir. Kejohanan kali ini telah disertai oleh pegawai dan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga orang awam.

40 LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN GEOMATIK DI BAHAGIAN KARTOGRAFI DAN GIS (BKGIS)

eramai 63 orang pelajar daripada Tahun 3 Program SSarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dari Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjalani latihan industri di BKGIS. Latihan bermula dari 15 – 25 Februari 2016. Pelajar telah dibahagikan kepada lima kumpulan agar penyampaian subjek kepada pelajar dapat difahami dengan lebih mudah dan berkesan.

Pelajar telah didedahkan dengan peranan kartografi dan GIS dalam menghasilkan produk-produk Jabatan. Sesi lawatan juga telah diadakan di Seksyen Percetakan Peta yang merupakan seksyen penting dalam penerbitan produk-produk Jabatan. Di samping itu, pelajar juga telah menjalankan aktiviti Map Critic. Daripada aktiviti ini, pelajar dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja kumpulan. Seterusnya sesi soal jawab dengan panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai BKGIS dapat merungkaikan lagi pemahaman pelajar berkenaan penghasilan peta yang baik dan berkesan.

LAWATAN DARI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA)

epanjang suku pertama 2016, SJUPEM telah menerima beberapa lawatan dari IPTA antaranya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Kedah. Selain memberikan peranan dan fungsi JUPEM, lawatan ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang proses sebenar penghasilan peta dan lain- lain produk JUPEM secara lebih dekat.

41 Berita Ukur Jan-Mac 2016

LAWATAN JUPEM PAHANG KE PUNCAK BUKIT KERTAU

awatan JUPEM Pahang ke Puncak Bukit Kertau, Wakil Ketua Kampung Sembai, Kumpulan Kembara LDaerah Maran telah diadakan pada 21 Januari 2016. RBO (NGO yang berpangkalan di Chenor) serta wakil Lawatan yang julung kalinya diadakan ini diketuai oleh Wartawan TV9 dengan jumlah keseluruhan peserta Pejabat Daerah dan Tanah Maran dengan melibatkan yang hadir seramai 50 orang. Dalam lawatan ini, beberapa penyertaan agensi dan jabatan lain seperti JUPEM Pahang telah diberi penghormatan untuk Pejabat Adun Chenor, Jabatan Perhilitan Maran, Jabatan memberi taklimat kepada peserta yang hadir berkaitan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat kedudukan pemetaan sebenar Puncak Bukit Kertau Daerah Maran, Pejabat Penghulu Mukim Kertau, Wakil dalam Peta Negeri Pahang. Ketua Kampung Telok, Wakil Ketua Kampung Nyak,

AKTIVITI PEMBAIKAN JALAN Upacara menanam pokok kurma juga telah dijalankan bagi menyerikan suasana kawasan JUPEM Pahang DAN PENANAMAN POKOK dalam persekitaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam KURMA (EKSA).

ktiviti pembaikan jalan telah dijalankan di sekitar Atempat meletakkan kenderaan JUPEM Pahang pada 23 Februari 2016. Kebanyakkan kawasan tersebut telah berlubang dan rosak membahayakan keselamatan kakitangan JUPEM Pahang. Inisiatif YBhg. Dato’ Sr Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang. Yusof telah membaiki kerosakkan tersebut secara gotong-royong serta melibatkan pegawai kerja luar Daerah Pahang Timur.

42 SR HJ. MOHAMMAD YUNUS BIN MD. YUSOF TERIMA DARJAH KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH (D.S.A.P)

ebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Kdengan limpah perkenan dan sukacitanya telah mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Kedua, Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) kepada Sr. Hj. Mohammad Yunus bin Md. Yusof, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tahun 2015. Pengurniaan ini membawa gelaran Dato’.

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada 6 Februari 2016, bersamaan 27 Rabiulakhir 1437 Hijrah yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang terhadap perkhidmatan yang telah diberikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia khasnya dan perkhidmatan awam secara amnya.

SR JASNI BIN A. RAHMAN TERIMA DARJAH SETIA NEGERI SEMBILAN (D.N.S)

D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan untuk menganugerahkan kepada Encik Jasni bin A. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-68 pada 14 Januari 2016.

Darjah ini dianugerahkan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan bakti cemerlang kepada D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Sembilan. Atas perkenan Ke bawah Duli Tuanku, darjah ini juga dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikir layak dan sesuai berdasarkan kemesraan yang tinggi terhadap Baginda.

Taklimat dan raptai telah diadakan pada 23 Februari 2016 dan Istiadat Pengurniaan Kali Ke-2 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat telah diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 29 Februari 2016.

43 Berita Ukur Jan-Mac 2016

JUPEM TERIMA PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

UPEM telah berjaya menerima Pensijilan JSistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 bagi Pengurusan dan Pengesahan Data Pengguna Sistem MyRTKNet di Bahagian Ukur Geodetik oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan IQNet.

44 Keratan Akhbar

45 Berita Ukur Jan-Mac 2016

Pengkongsian Ilmu “MEREALISASIKAN MOBILE APPS DUA MARHALAH” -Bahagian Pertama-

umpulan Inovasi Mutiara Milenium 2.0 (MM 2.0) Kdaripada JUPEM Pulau Pinang telah mengorak langkah mencipta satu inovasi berteknologi tinggi yang menggunapakai data-data asas JUPEM yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna beragama Islam di negara ini.

Sebagai langkah permulaan, pada 25 Jun 2015, perbincangan tiga penjuru antara wakil-wakil daripada JUPEM Pulau Pinang, Penang GIS (PEGIS) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang telah diadakan di bilik mesyuarat JUPEM Pulau Pinang untuk mendapatkan pandangan awal mengenai cetusan idea untuk menghasilkan satu aplikasi android yang berupaya menentukan jarak perjalanan pengguna dengan tepat apabila mereka bermusafir melalui telefon bimbit masing-masing.

Susulan daripada itu, MM 2.0 telah membuat kunjungan hormat kepada S.S. Dato’ Dr. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang di pejabat beliau pada 3 Ogos 2015 untuk membentangkan cetusan idea tersebut.

YBhg. Dato’ Mufti Pulau Pinang ternyata amat berminat dengan cetusan idea tersebut kerana berpendapat ianya sesuatu yang berguna untuk kemaslahatan umat Islam serta merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah yang perlu disegerakan.

46 Selanjutnya cadangan pembangunan projek Inovasi JUPEM Pulau Pinang seterusnya telah mengadakan 2 Marhalah ini telah diibentangkan oleh Pengarah kursus asas berkaitan aspek pengaturcaraan mudah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang dalam Persidangan bagi aplikasi android versi hybrid & native yang Pengarah-Pengarah Ukur di Kuantan, Pahang pada bertajuk ‘Training Mobile Apps Pembangunan Aplikasi 28 dan 29 Disember 2015. Maklum balas yang 2 Marhalah’ yang dikendalikan oleh Syarikat Favourite diterima dari Datuk KPUP, Pengurusan Tertinggi Trainer Sdn Bhd pada 22 hingga 24 Mac 2016 agar Jupem dan semua Pengarah-Pengarah adalah sangat dapat merealisasikan hasrat tersebut. memberangsangkan.

‘The Big Picture’’ mengenai projek inovasi adalah untuk mengkaji dan seterusnya menghasilkan suatu aplikasi di atas telefon mudah alih (mobile apps) yang ringkas dan mudah digunakan dan ianya berdasarkan strategi “BOS’ (Blue Ocean Strategy).

“Ikuti Bahagian Kedua untuk perkembangan selamjutnya bagi penyediaan mobile apps 2 marhalah ini dalam keluaran Berita Ukur yang akan datang”

47 Berita Ukur Jan-Mac 2016

Sudut Kesihatan

iabetes adalah salah satu penyakit kronik yang Dmerupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.

Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.

Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

Impaired glucose tolerance (IGT).

Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.

Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir (bagi wanita).

Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih).

Tekanan darah tinggi.

Gaya hidup yang tidak aktif.

Faktor pemakanan – Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.

Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi.

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi dan jalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan dengan segera.

48

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Wisma JUPEM Jalan Sultan Yahya Petra 50578 Kuala Lumpur Tel : 03-26170800 Fax : 03-26933618 www.jupem.gov.my