AUM DR 17.6.2010 Khamis
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS 17 JUN 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 32 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1232-L37396 Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :- (a) jumlah anggota pertahanan negara yang bertugas di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB); dan (b) bagaimanakah pengalaman dan pendedahan di luar negara ini dapat diguna pakai untuk kebajikan dan kemajuan bidang pertahanan negara. 2. PR-1232-L38031 Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan dalam menyambut Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya. Sila senaraikan kesan-kesan positif yang dihasilkan daripada sambutan itu. 3. PR-1232-L37158 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kebebasan sebaran am di Malaysia masih amat terhad seperti yang ditonjolkan dalam satu kajian global oleh Freedom House di Amerika Syarikat dengan "Press Freedom Ranking " 141 dalam ulasan " Malaysia Press Still Not Free ". 2 AUM DR 17/6/2010 4. PR-1232-L38703 Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peratusan pelajar-pelajar MRSM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Perincikan jumlahnya mengikut negeri. 5. PR-1232-L37258 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) bilakah Projek Bahau By Pass hendak dilaksanakan; dan (b) apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi kesesakan di bandar Bahau. 6. PR-1232-L37378 Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa sehingga kini Kerajaan masih lagi tidak mengumumkan apakah 'pricing mechanisme' yang diguna pakai bagi menetapkan harga petrol di stesen-stesen minyak di seluruh negara. 7. PR-1232-L37638 Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah terdapat garis panduan yang dibuat terhadap penayangan filem dari luar termasuk filem yang bertentangan dengan budaya kita. 8. PR-1232-L37626 Tuan Wong Ho Leng [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan atau mengurangkan masalah " brain drain " sama ada pelajar atau tenaga kerja mahir dan tidak mahir di Sibu. 9. PR-1232-L37528 Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memastikan IPT bergerak seiring dan memenuhi dasar Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi dan juga menjadi IPT sebagai pemangkin dan pelopor utama untuk menjayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. 3 AUM DR 17/6/2010 10. PR-1232-L37523 Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan statistik terkini guru Bahasa Tamil dan Cina di sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan dan apakah jumlah ini mencukupi dengan bilangan murid yang akan mengambil peperiksaan bahasa tersebut dan apakah langkah yang telah dibuat oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah ini. 11. PR-1232-L37201 Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan Persatuan Penduduk dan " Gated Community " sudah mula wujud di kebanyakan kawasan Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama kawasan perumahan. Adakah wujud satu sistem yang memastikan ketelusan Persatuan Penduduk dan " Gated Community " serta mencegah pengelapan tabung persatuan penduduk dan penyalahgunaan kuasa oleh ahli jawatankuasa. 12. PR-1232-L37887 Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tujuan Kementerian mengutip kos pentadbiran Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kenapa pengurangan kadar 3 peratus kepada 1 peratus setahun tidak dilaksanakan selepas diumumkan lebih dua tahun lalu. 13. PR-1232-L37574 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan projek memasang CCTV di seluruh negara dan masalah-masalah yang dihadapi. 14. PR-1232-L37277 Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang jambatan Batu 5 (Sungai Sik) terletak di jalan negeri kilometer 5 yang menyambungkan Lebuhraya Sik -Gurun dengan Jalanraya Timur- Barat. Jambatan ini didapati begitu kecil serta tidak mampu memenuhi keperluan lalu lintas yang amat banyak / pesat berkembang. Bilakah jambatan ini akan dibesarkan. 15. PR-1232-L37470 Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan telah mengkaji sistem pendidikan untuk mengubah pendekatan pendidikan daripada "pembelajaran melalui hafalan" kepada pendidikan "pemikiran kreatif dan kritis" untuk membangunkan negara ke arah yang lebih mapan. 4 AUM DR 17/6/2010 16. PR-1232-L38122 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) beberapa isu berkaitan kesan alam sekitar yang timbul dari perlaksanaan projek jalan bertol baru Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) atau Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur serta sejauh manakah daya maju projek tersebut dan apakah rasional pembinaan jalan tol baru dan nyatakan jumlah kos serta kajian trafik; dan (b) apakah status projek konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (projek jalan bertol West Coast Express Way). 17. PR-1232-L37557 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan memandangkan kawasan Parlimen Silam dan bandar Lahad Datu mempunyai jaringan jalan raya yang terhad dan sempit, adakah Kementerian memberi peruntukan bagi meningkatkan lagi taraf jalan raya yang sedia ada bagi keselesaan pengguna dan meningkatkan ekonomi penduduk kawasan ini. 18. PR-1232-L37440 Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah, persediaan dan peranan yang dilakukan oleh pihak Kementerian selaras matlamat Kerajaan untuk melaksanakan cukai GST kepada rakyat Malaysia. 19. PR-1232-L37782 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah faktor yang menyebabkan Pelabuhan Darat Segamat tidak berfungsi dan ditutup. 20. PR-1232-L38869 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini, terutamanya di Wangsa Maju dan bilakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota di Balai Polis Wangsa Maju. 21. PR-1232-L37242 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sejauh manakah kejayaan Kementerian dalam usaha membawa pulang 2 rakyat Malaysia yang diculik dari Pulau Sebangkit, Sabah; dan 5 AUM DR 17/6/2010 (b) apakah Kementerian dapat memberi jaminan bahawa kejadian seperti ini tidak berulang lagi di masa-masa akan datang. 22. PR-1232-L37385 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) berapakah jumlah bilangan banduan yang menjalani Sistem Parol mengikut jantina; dan (b) berapakah kos perbelanjaan mengendalikannya. 23. PR-1232-L37857 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah syarikat penerbangan yang berdestinasi ke Sarawak kini. Apakah maklumat terperinci mengenai route kapal terbang ke Sarawak dan adakah Kerajaan berniat untuk membukakan ruang udara Sarawak kepada lebih banyak syarikat penerbangan. 24. PR-1232-L38507 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah sebenar penduduk negeri Sabah bagi tahun 1985, 1990, 2000, 2005 dan apakah kadar pertumbuhan penduduk negeri Sabah bagi setiap tahun. 25. PR-1232-L38193 Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah terkini Klinik 1Malaysia serta impak positif kepada masyarakat sejak ia dilancarkan awal tahun ini. 26. PR-1232-L37853 Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan justifikasi pemberian lesen perjudian kepada syarikat tertentu sempena kempen Bola Sepak Piala Dunia 2010. 27. PR-1232-L37831 Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kementerian dalam isu pengangkutan air di mana Hasil Kaji Selidik Oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendapati ramai pengguna di WP Labuan tidak puas hati dengan mutu perkhidmatan feri kenderaan Labuan-Menumbok-Labuan. 6 AUM DR 17/6/2010 28. PR-1232-L37649 Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah benar Felda telah mengguna pakai wang KWSP. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan dan apakah implikasi kepada pencarum. 29. PR-1232-L38342 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan : (a) apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi baru-baru ini; dan (b) apakah langkah-langkah drastik yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengawal kes demam denggi dan bagaimana dengan pelaksanaannya 30. PR-1232-L38204 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jenis pampasan atau imbuhan kepada penanam tembakau yang berstatus penanam-pengawit yang telah terpaksa menghentikan aktiviti perusahaan mereka. 31. PR-1232-L37848 Datuk Nur