Dasar-Dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Inisiatif
Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Penguat- Perancangan Pelaksanaan Pemantauan kuasaan Menggalakkan pembinaan IKS secara bersepadu dengan kawasan perniagaan dan SWASTA, SWASTA, P9 PBT, JAS PBT, JAS perumahan. IKS ini hendaklah PKNS, PBT PKNS tidak mencemar dan menepati garis panduan JAS. Menyediakan asrama pekerja dalam kawasan industri yang dilengkapi dengan kemudahan P10 awam dan rekreasi bagi SWASTA SWASTA PBT PBT, ISB menangani masalah sosial di antara warga asing dengan rakyat tempatan. Memastikan pengurusan sisa industi berjadual mengikut garis P11 JAS JAS JAS JAS panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Nota: “ISB” = Invest Selangor Berhad, “PTD” = Pejabat Tanah Daerah, “PBT” = Pihak Berkuasa Tempatan, "JPS" = Jabatan Pengairan dan Saliran, "PKNS" = Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, “JAS” = Jabatan Alam Sekitar, “JPS” = Jabatan Pengairan dan Saliran, “PTD” = Pejabat Tanah dan Daerah, “LUAS” = Lembaga Urus Air Selangor, “JPBD” = Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, “IWK” = Indah Water Konsortium, “JKR” = Jabatan Kerja Raya, “PBN” = Pihak Berkuasa Negeri, “SWASTA” = Merujuk kepada pihak pemaju Swasta vi. Pembangunan Petempatan Desa Tumpuan taburan petempatan desa di Selangor ialah di Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Sepang dan sebahagian di Daerah Gombak dan Hulu Langat. Di Daerah Petaling dan Klang, petempatan desanya mengalami tekanan pembangunan perbandaran menyebabkan pembangunannya dilaksana secara ad-hoc dengan kekurangan kemudahan infrastruktur jalan yang sempurna. Sebahagian petempatan desa di Daerah Hulu Langat, Gombak, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih mengalami masalah ketiadaan pengangkutan awam, perkhidmatan yang tidak cekap dan penyediaan jalan raya yang kurang sempurna serta kemudahan telekomunikasi dan infrastruktur yang tidak efisien.
[Show full text]