PENJELASAN Terhadap Isu-Isu Terbaharu Berkaitan Daftar Pemilih SPR
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PENJELASAN Terhadap Isu-isu Terbaharu Berkaitan Daftar Pemilih SPR DISEMBER 2012 i ii KANDUNGAN ISU 1 1 Terdapat kira-kira 280,000 pemilih dalam Daftar Pemilih SPR mempunyai rekod tarikh permohonan yang janggal (umur kurang dari 21 tahun semasa memohon) ISU 2 2 SPR tidak memaklumkan maklumat pertukaran kawasan pendaftaran kepada pemilih semasa melaksanakan proses pembetulan lokaliti ISU 3 3 Sistem pendaftaran SPR meragukan bila mana nama pemohon yang telah digugurkan kerana dibantah muncul semula dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada suku tahun berikutnya ISU 4 4 Daftar Pemilih SPR meragukan bila mana terdapat pemilih yang telah mencecah usia emas baru mendaftar sebagai pemilih ISU 5 6 Daftar Pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih yang ‘pelik’ ISU 6 7 Isu-isu berkaitan Daftar Pemilih di Selangor iii KANDUNGAN ISU 7 13 SPR telah memindahkan nama beberapa orang pengundi ke kawasan lain tanpa kebenaran dan permohonan dari pada pengundi terlibat ISU 8 15 Isu “Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih” ISU 9 16 Seramai 376 orang pengundi Lembah Pantai dipindahkan daripada Pusat Tahanan Bukit Jalil ke Balai Polis Travers dalam Suku Tahun Ketiga Tahun 2012. Adakah ianya betul-betul berlaku atau secara on paper untuk menambah undi pos di Parlimen Lembah Pantai ISU 10 18 Terdapat dalam Daftar Pemilih SPR warga asing bernama Hassannuddin bin Manna yang didaftarkan di DUN Karambunai Parlimen Sepanggar, Sabah dan Salleh bin Samsul yang didaftarkan di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang ISU 11 20 Ada pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR iv KANDUNGAN ISU 12 21 Terdapat terlalu ramai pemilih dalam daftar pemilih SPR yang terdiri daripada mereka yang lahir di luar negara dengan menggunakan kod 71 ISU 13 22 Seramai 59 orang pemilih baru yang didaftarkan di Kg. Melayu Majidi, Johor Bharu pada tahun 2011 tidak mempunyai nombor rumah, nama jalan dan menggunakan Kad Pengenalan kod 71 ISU 14 24 SPR sengaja memperbesarkan saiz lokaliti dengan tujuan untuk mengumpulkan penyokong BN di kawasan yang didapati mengandungi ramai penyokong Pakatan Rakyat. Pemecahan lokaliti ini tidak mendapat kelulusan Parlimen ISU 15 25 SPR cuba untuk menipu Daftar Pemilih ISU 16 26 SPR lepas tangan dalam isu pemberian MyKad kepada warga asing ISU 17 27 SPR dipersoal kerana akan melaksanakan proses mencalit dakwat kekal sebelum pengundi menandakan kertas undi, bukannya selepas mereka membuang undi v KANDUNGAN ISU 18 27 SPR melantik terlalu ramai petugas pada PRU Ke-13 ISU 19 28 SPR perlu memperjelaskan semua pindaan peraturan pilihan raya yang akan digunapakai semasa PRU Ke-13 nanti bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan parti politik dan orang ramai ISU 20 32 “Siap sedia hadapi pilihan raya paling kotor” vi ISU 1 Terdapat kira-kira 280,000 pemilih dalam Daftar Pemilih SPR mempunyai rekod tarikh permohonan yang janggal (umur kurang dari 21 tahun semasa memohon) SPR menafikan dakwaan terdapat pemilih yang disahkan sebagai pemilih pada “tarikh sebelum tarikh lahir”, “tarikh lahir”, atau “tarikh pemohon masih di umur persekolahan rendah” kerana pemohon yang dikategorikan dalam kategori-kategori berkenaan masih belum mempunyai kad pengenalan pada umur-umur tersebut. Daftar pemilih SPR mengandungi nama-nama pemilih sejak tahun 1958 lagi di mana mereka pada masa itu didaftarkan dengan menggunakan sistem pendaftaran yang bersifat bermusim dan dilaksanakan secara manual. Rekod-rekod pemilih ini yang kini mencecah usia lebih 50 tahun terus diwarisi oleh SPR bersama-sama rekod pemilih yang baru didaftarkan yang kebanyakannya kini dilaksanakan secara berkomputer. SPR tidak menafikan kemungkinan disebabkan cara pendaftaran lama yang tidak begitu kemas mengundang kepada berlakunya kesilapan teknikal dalam kaedah merekod dan menyimpan maklumat tarikh permohonan pemilih. Kesilapan ini disyaki berpunca semasa pemindahan rekod dalam urusan penyediaan data kepada sistem komputer menggantikan sistem manual di mana ketika itu semua rekod pemilih telah diberikan tarikh permohonan yang seragam semata-mata untuk melengkapkan pangkalan data untuk sistem komputer baru berkenaan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa meskipun terdapat kejanggalan tentang tarikh permohonan pemilih yang disimpan dalam pangkalan data SPR, hakikatnya semua pemilih berkenaan sebenarnya telah melalui proses semakan kelayakan sebagai pemilih. Ini termasuklah proses pameran, tuntutan dan bantahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa pada ketika itu. Semua pemilih berkenaan telah diperaku dan diwartakan sebagai pemilih berdaftar di kawasan pendaftaran masing-masing setelah tiadanya bantahan dibuat ke atas permohonan mereka. 1 SPR telah dan akan terus membuat semakan serta menjalankan siasatan lanjut terhadap senarai pemilih berkenaan dan akan meletakkan rekod tarikh permohonan pemilih berdasarkan kepada tarikh Daftar Pemilih Induk yang menunjukkan rekod pemilih pertama kali wujud dan juga tarikh pewartaan daftar pemilih tersebut. ISU 2 SPR tidak memaklumkan maklumat pertukaran kawasan pendaftaran kepada pemilih semasa melaksanakan proses pembetulan lokaliti Bagi tujuan pemakluman berhubung tindakan pembetulan kawasan pendaftaran seseorang pemilih, SPR telah pun memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat melalui beberapa kaedah dan cara yang diputuskan SPR. Ini termasuklah melalui parti-parti politik di kawasan pendaftaran yang berkenaan, melalui Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan pendaftaran yang terlibat dan juga melalui notis pemakluman yang ditampal di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai. Selain itu, SPR melalui Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, juga telah menghantar surat pemakluman kepada pemilih yang terlibat dengan pembetulan kawasan pendaftaran masing-masing. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman SPR, banyak daripada surat pemakluman tersebut telah dikembalikan semula kepada SPR kerana pemilih yang terlibat telah berpindah tetapi tidak mengemaskinikan alamat mereka dengan SPR. Justeru bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan berhubung kawasan pendaftaran seseorang pemilih, SPR telah menggalakkan pemilih supaya membuat semakan melalui pelancaran Kempen Semakan Daftar Pemilih yang telah diadakan sepanjang bulan Jun, Ogos dan September 2012. Sepanjang kempen tersebut, SPR menyediakan kemudahan membuat semakan dengan menelefon ke Pusat Panggilan 03-8885 6565, Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my, dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. 2 ISU 3 Sistem pendaftaran SPR meragukan bila mana nama pemohon yang telah digugurkan kerana dibantah muncul semula dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan pada suku tahun berikutnya Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, SPR mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) pada setiap suku tahun, iaitu selama 14 hari. Dalam tempoh tersebut undang-undang memperuntukkan mana-mana pemohon yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran boleh mengemukakan tuntutan jika mendapati namanya tiada dalam senarai tersebut. Dalam tempoh pameran itu juga, bantahan ke atas senarai yang dipamerkan boleh dibuat atas alasan tertentu dan tertakluk kepada syarat setiap pembantah hanya boleh membantah maksimum 20 orang “Orang Kena Bantah” (OKB) dan membuat bayaran fi sebanyak RM 10 bagi setiap OKB. Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon yang pernah dibantah memohon semula untuk mendaftar sebagai pemilih, SPR tidak boleh menolak begitu sahaja permohonan tersebut, sebaliknya permohonan tersebut akan diproses dan akan melalui proses undang-undang yang ditetapkan. Peruntukan undang-undang tidak menghalang OKB yang namanya telah tidak dimasukkan ke dalam daftar pemilih sebelumnya akibat keputusan bantahan di“keluar”kan untuk memohon mendaftar semula sebagai pemilih. Permohonan tersebut akan diproses berdasarkan undang- undang serta peraturan yang ada dan ia akan diperakui sekiranya ia memenuhi semua syarat kelayakan sebagai pemilih yang ditetapkan melalui pameran yang diadakan berikutnya. 3 Contoh paparan di laman web SPR mengenai kedudukan permohonan yang sedang diproses dan yang telah disahkan. ISU 4 Daftar Pemilih SPR meragukan bila mana terdapat pemilih yang telah mencecah usia emas baru mendaftar sebagai pemilih Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih ialah apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun. Justeru itu, selagi seseorang warganegara Malaysia itu telah melepasi umur 21 tahun dan ia memenuhi semua syarat untuk didaftarkan, maka SPR tidak boleh menghalang ia untuk memohon didaftarkan sebagai pemilih biarpun ketika permohonan dibuat ia telah mencapai usia emas, misalnya berumur lebih 90 tahun. 4 Begitu juga bagi maksud pembersihan daftar pemilih, SPR tidak boleh memotong sewenang-wenangnya nama-nama pemilih yang telah terlalu lanjut usia mereka, misalnya 90 tahun dan ke atas, kecuali SPR dimaklumkan dan disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara bahawa pemilih berkenaan telah hilang kelayakan seperti telah meninggal dunia atau dilucutkan taraf kewarganegaraan. Bagi tujuan rekod, SPR ingin memaklumkan bahawa semasa Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga Tahun 2012 disiapkan, terdapat empat orang pemohon yang berumur antara 90 tahun hingga 91 tahun telah memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih buat pertama kalinya dalam hidup mereka. Ini jelas menunjukkan betapa faktor umur yang telah terlalu lanjut itu bukanlah penghalang bagi mana-