KARYA-KARYA AUTOBIOGRAFI DAN TRAVELOG ABDULLAH MUNSYI: SATU KAJIAN RUNDINGAN IDENTITI

NOORDIN MOHD NOOR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2018 KARYA-KARYA AUTOBIOGRAFI DAN TRAVELOG ABDULLAH MUNSYI: SATU KAJIAN RUNDINGAN IDENTITI

oleh

NOORDIN MOHD NOOR

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah

Januari 2018 PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah membantu saya dalam beberapa perkara sehingga selesai penulisan tesis ini.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia utama iaitu

Profesor Dato’ Sohaimi Abdul Aziz yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang membina dari awal hingga selesai penulisan tesis ini. Bimbingan dan ilmu beliau amat berharga bagi saya.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kalungan kasih kepada isteri, Dr. Suzana Muhammad yang sentiasa memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk sepanjang usaha menyiapkan tesis ini. Kalungan kasih sayang untuk anak-anak, Nuratiqah Imani dan Nur Saifi Hanif yang sentiasa bersama-sama walaupun ada kalanya saya tidak dapat bersama-sama mereka seratus peratus. Hal ini demikian kerana dalam fikiran saya sentiasa memikirkan “apa lagi yang mahu kubuat untuk kajian ini?”

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kekanda Profesor Noriah Mohamed kerana sudi membaca dan memperbetul gaya bahasa disertasi ini untuk menjadikannya sebuah karya yang bersifat akademik.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia, melalui

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Institut Pengajian Siswazah dan individu-

ii individu yang tidak disebutkan namanya satu demi satu kerana memberikan kesempatan serta mambantu saya menyelesaikan pengajian peringkat doktor falsafah.

iii

KANDUNGAN

Penghargaan ii

Kandungan iv

Senarai Gambar vii

Senarai Rajah viii

Abstrak ix

Abstract xi

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Penyataan Masalah 6

1.2 Objektif Kajian 9

1.3 Kepentingan Kajian 9

1.4 Skop Kajian 14

1.4.1 Pengenalan Teks Kajian 18

1.5 Kesahihan 21

1.6 Sorotan Kajian 24

1.7 Kerangka Teori 41

1.7.1 Teori Rundingan Identiti dan Kerangka Konseptual 44

1.7.2 Verifikasi Kendiri 45

1.7.3 Pengesahan Gelagat 48

1.8 Kaedah Kajian 54

1.9 Perkembangan Bab 55

iv

BAB 2: LATAR BELAKANG ABDULLAH MUNSYI

2.0 Pengenalan 58

2.1 Latar Belakang Kelahiran 58

2.2 Latar Belakang Kanak-kanak 60

2.3 Latar Belakang Remaja 62

2.4 Latar Belakang Dewasa 63

2.5 Kesimpulan 70

BAB 3: VERIFIKASI KENDIRI

3.0 Pengenalan 73

3.1 Verifikasi KendiriAbdullah Munsyi dengan Masyarakat 76 Melayu Biasa

3.2 Verifikasi Kendiri Abdullah Munsyi dengan Golongan 86 Atasan Melayu dan Golongan Atasan Lain

3.3 Verifikasi Kendiri Abdullah Munsyi dengan Pihak Barat 112

3.4 Kesimpulan 126

BAB 4: PENGESAHAN GELAGAT

4.0 Pengenalan 130

4.1 Pengesahan Gelagat Abdullah Munsyi dengan Masyarakat 131 Melayu Biasa

4.2 Pengesahan Gelagat dengan Golongan Melayu Atasan 137

4.3 Pengesahan Gelagat Orang Cina 171

4.4 Pengesahan Gelagat Peranakan Keling 183

4.5 Pengesahan Gelagat Abdullah Munsyi dengan Orang Barat 190

4.5.1 Pengesahan Gelagat Pegawai British 192

4.5.2 Pengesahan Gelagat Golongan Paderi 211

4.6 Kesimpulan 223

v

BAB 5: KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 235

5.1 Dapatan Kajian 236

5.1.1 Verifikasi Kendiri 236

5.1.2 Pengesahan Gelagat 239

5.2 Kesimpulan 250

BIBLIOGRAFI 251

vi

SENARAI GAMBAR

Halaman

Gambar 4.1 Thomas 189

Gambar 4.2 Lord Minto 197

Gambar 4.3 202

Gambar 4.4 William Milne 209

vii

SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1.1 Rundingan Identiti Abdullah Munsyi 53

viii

KARYA-KARYA AUTOBIOGRAFI DAN TRAVELOG ABDULLAH

MUNSYI: SATU KAJIAN RUNDINGAN IDENTITI

ABSTRAK

Abdullah Munsyi mempunyai identiti sebagai seorang Peranakan Keling dan identitinya berbeza daripada identiti Melayu dan Barat. Namun beliau dapat menempatkan dirinya sebagai tokoh yang dihormati dan dikenali oleh masyarakat

Melayu dan Barat khususnya Inggeris. Bagaimanakah Abdullah dapat melakukannya? Kajian ini mempunyai tiga tujuan yang berhubungan. Tujuan pertama ialah menganalisis rundingan identiti yang terjadi antara Abdullah dengan golongan yang disasarkannya. Tujuan kedua ialah mengkaji bagaimana

Abdullah melakukan rundingan identiti tersebut. Tujuan ketiga ialah mengetahui hasil rundingan tersebut. Kajian ini menggunakan teori rundingan identiti yang dikemukakan oleh William B. Swann dan diperkukuhkan oleh Larry A.Samnovar,

North,R.J dan Mark Snyder. Kajian ini mengkaji tiga buah karya Abdullah iaitu

Hikayat Abdullah, Kisah Perlayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan dan

Kisah perlayaran Abdullah dari Singapura ke Mekah. Kajian ini membuktikan terdapat dua hala rundingan identiti yang terjadi antara Abdullah dengan masyarakat yang disasarkannya. Pertama, Abdullah melakukan verifikasi kendiri kepada masyarakat Melayu dengan memperlihatkan gelagat sebagai guru bahasa

Melayu, guru mengaji al Quran dan jurutulis bahasa Melayu. Gelagat Abdullah disahkan oleh masyarakat Melayu dengan menjadikan Abdullah sebagai pakar rujuk dalam bidang bahasa Melayu dan guru al Quran. Golongan bukan Melayu seperti Cina dan Peranakan Keling yang lain pun turut mengesahkan gelagatnya

ix iaitu berkenaan kepandaian dalam bidang bahasa. Apabila berhadapan dengan pihak Inggeris pula, Abdullah membuat verifikasi kendiri dengan gelagatnya sebagai pakar rujuk bahasa dan budaya Melayu yang berfikiran progresif iaitu pro kepada Inggeris. Akibatnya Inggeris mengesahkan gelagat Abdullah itu dengan menerimanya sebagai penterjemah dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

Abdullah juga diterima oleh paderi Inggeris sebagai editor kepada kitab Injil yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Walau bagaimana pun ada dalam kalangan masyarakat Melayu tidak dapat menerima gelagat Abdullah mengedit kitab injil. Berkemungkinan kerana bimbang akidah Abdullah Munsyi terhadap

Islam telah terpesong. Sungguhpun beliau mengedit kitab Injil, Abdullah membuat verifikasi bahawa beliau tidak murtad, beliau masih Islam dan menunaikan rukun Islam kelima dengan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Namun verifikasi kendiri ini masih tidak diterima dan beliau telah dilabelkan sebagai Abdullah Paderi. Kajian ini akan memberikan sumbangan kepada kajian terhadap karya-karya Abdullah. Kajian ini juga membuka satu ruang kajian lanjutan tentang rundingan identiti dalam karya-karya sastera Melayu yang lain.

x

ABDULLAH MUNSYI’S AUTOBIOGRAPHICAL WORK AND

TRAVELOUGUES: A STUDY OF IDENTITY NEGOTIATION

ABSTRACT

Abdullah Munsyi has an identity of Peranakan Keling and this identity differ from Malay and Western identities. However, he was able to position himself as a respected and recognized figure by the Malay and Western communities especially the British. How can Abdullah do it? This study has three related objectives. The first objective is to analyze the identity negotiations between

Abdullah and his targeted group. The second is to study how Abdullah negotiates the identity. The third is to know the outcome of the negotiations. This study uses the theory of identity negotiations introduced by William B. Swann and reinforced by Larry A.Samnovar, North, R.J and Mark Snyder. This study examines

Abdullah's three works, Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah dari

Singapura ke Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Mekah.

This study proves that there is a two-way of identity negotiation between Abdullah and his targeted community. Firstly, Abdullah performed self-verification to the

Malay community by demonstrating his behavior as a Malay language teacher, a teacher of reciting al-Quran and a Malay language writer. Abdullah's success was endorsed by the Malay community by making Abdullah an expert in Malay language and Quran reciting teachers. Non- such as China and others were also confirmed Abdullah’s behavior the same way as the Malays regarding his language skills. When dealing with the Englishman, Abdullah made his own self-

xi verification as an expert on Malay-language, progressive thinking and pro-English culture. As a result, the British confirmed Abdullah's behavior by accepting him as a bilingual translator, for both Malay and English language. Abdullah was also accepted by the British pastor as an editor of the Bible which has been translated into Malay. However, among the Malay community it is unacceptable to

Abdullah's working as an editor of the gospel. Probably they are worry that

Abdullah Munsyi's faith in Islam has been deflected. Although he edited the

Gospels, Abdullah made his self-verification that he was not apostate, he is still a

Moslem and performed the fifth Islamic pillar by pilgrimage to Mecca to perform

Hajj. But anyhow, this self-verification was still not accepted and he was labeled as Abdullah Paderi (Abdullah the Christian missionary). This study will contribute to the study of Abdullah's works. This study also opened a further study opportunity on identity negotiations to other Malay literary works.

xii

Bab 1

Pendahuluan

1.0 Pengenalan

Abdullah Munsyi ialah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan

Melayu di rantau ini. Kehadiran beliau bersama-sama karyanya dalam kesusasteraan dan persuratan Melayu turut memberikan sumbangan dan pembaharuan kepada dunia kesusasteraan dan persuratan Melayu. Kenyataan ini dipersetujui oleh sarjana seperti

Amin Sweeney (2005), Kassim Ahmad (2004), Bottom, J.C (1960), dan Jan Van

Der Putten (2006). Hal dan kajian tentang Abdullah Munsyi juga telah banyak dibincangkan oleh para sarjana lain selain yang namanya disebutkan ini dalam bidang kesusasteraan Melayu. Perkara ini dibincangkan dengan lebih khusus dalam bahagian sorotan kajian terdahulu di dalam tesis ini. Walaupun begitu, masih ada aspek yang dapat digali daripada hasil karya Abdullah Munsyi. Hal ini nyata apabila muncul ilmu dan pendekatan baharu yang dapat diaplikasikan untuk mengkajinya.

Kajian ini ingin mengkaji rundingan identiti yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi.

Kajian ini memilih bidang komunikasi antara budaya, iaitu satu bidang yang menjelaskan cara dan kaedah seseorang memahami antara satu sama lain walaupun mereka tidak berkongsi rangkaian budaya yang sama. Komunikasi antara budaya secara umumnya dapat difahami sebagai beberapa proses interaksi dan penyesuaian diri, mengenali diri sendiri dan mengenali persekitaran seluruh kehidupan seseorang.

Dalam teori komunikasi antara budaya pula ada satu cabang teori yang dikenali 1 sebagai teori rundingan identiti (identity negotiation). Apabila membincangkan persoalan komunikasi antara budaya, kita akan memerhatikan seseorang berinteraksi dengan beberapa pihak lain yang berbeza latar belakang dari pelbagai sudut.

Setelah meneliti karya autobiografi dan travelog Abdullah Munsyi, didapati beliau telah menceritakan riwayat hidupnya yang dilahirkan sebagai Peranakan Keling dan pengembaraannya yang telah memberikan beliau kesempatan melakukan komunikasi antara budaya dalam kehidupan bersama-sama masyarakat di persekitarannya.

Tambahan pula, Abdullah Munsyi berpeluang melawat negeri-negeri Melayu di luar

Melaka dan Singapura yang mendedahkan beliau pada unsur-unsur yang belum pernah ditemuinya sebelum beliau belayar keluar dari Melaka dan Singapura.

Istilah Peranakan Keling merujuk pada golongan yang juga dikenali sebagai Jawi

Peranakan. Menurut Khoo Salma Nasution (2002: 44), istilah Jawi Peranakan telah mula digunakan secara rasmi dalam Laporan Tahunan Banci Penduduk Negeri- negeri Selat tahun 1871. Istilah ini digunakan untuk golongan Muslim yang lahir daripada darah campuran di Negeri-negeri Selat, iaitu Melaka, Pulau Pinang dan

Singapura. Melaka dan Singapura ialah kota pelabuhan dan kota-kota inilah yang menjadi lokasi persekitaran kehidupan Abdullah Munsyi. Seorang lagi tokoh yang pernah membicarakan definisi Peranakan Keling ialah Mohd. Yusoff Latiff. Beliau telah menggunakan frasa Jawi Peranakan seperti yang berikut (Mohd.Yussof Latiff dalam Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz, 2010: 98):

Jawi Peranakan merupakan satu masyarakat berdarah campuran antara Melayu dengan Arab, India Muslim, Bengali (Pakistan), Punjabi, Gujerat dan Afghani. Masyarakat pendatang ini dikatakan telah berkahwin dengan wanita Melayu tempatan dan generasi baru mereka dikenali sebagai Jawi Peranakan.

2

Seterusnya, menurut Sohaimi Abdul Aziz pula (Sohaimi Abdul Aziz dalam Omar

Yusoff & Jamaluddin Aziz, 2010: 71):

Jawi Peranakan adalah kaum yang terhasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu dangan kaum India Muslim atau kumpulan Islam yang lain seperti Malabari, Benggali, Gujerat, Pathan dan Pakistan.

Selain Jawi Peranakan, frasa Jawi Pekan juga digunakan untuk golongan ini. Omar

Yusoff & Jamaluddin Aziz (2010: 3) menjelaskan bahawa:

Jawi Pekan membawa maksud lebih luas. Ia bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu berdarah campuran Arab, Tamil, Benggali, Punjabi, Gujerat dan Afghani. Istilah ini juga digunakan sebagai rujukan kepada mana-mana masyarakat Islam yang bukan berasal daripada masyarakat Melayu tempatan.

Dengan kata lain, Peranakan Keling merujuk golongan yang lahir daripada perkahwinan campur antara orang Melayu dengan bangsa lain, seperti India Muslim,

Benggali dan Arab. Istilah Peranakan Keling, Jawi Peranakan dan Jawi Pekan merujuk golongan yang sama. Berdasarkan pengamatan pengkaji, istilah Jawi Pekan wujud kerana sangat sesuai secara geografi kebanyakan golongan ini sememangnya tinggal di kawasan pekan atau bandar, di kawasan perniagaan dan di kota pelabuhan.

Kebanyakan mereka juga melibatkan diri dengan perniagaan dan bekerja di sekitar kawasan bandar yang memerlukan kemahiran menulis dan membaca. Kemahiran ini diakui dan sering ditekankan oleh Abdullah Munsyi dalam autobiografi dan travelognya. Hal ini menunjukkan sedikit perbezaan dengan persekitaran hidup orang

Melayu yang biasanya tinggal di kampung atau di kawasan kuala sungai dan menjadi petani dan nelayan.

3

Dalam kehidupan harian, budaya Peranakan Keling nampaknya tidak sama dan tidak diamalkan oleh masyarakat Melayu. Contohnya ialah komunikasi dwibahasa campuran Tamil dan Melayu, cara atau fesyen berpakaian serta amalan tertentu, salah satunya ialah perayaan Asyura Hassan serta Hussein. Omar Yusoff yang pernah mengkaji hal ehwal Peranakan Keling menyatakan (Omar Yusoff &

Jamaluddin Aziz, 2010: 8):

Dalam membentuk satu kelompok peralihan, iaitu daripada kelompok India Muslim kepada Melayu, kebanyakan mereka dikatakan masih lagi mengagung-agungkan darah keturunan India yang mengalir dalam tubuh badan mereka berbanding darah keturunan Melayu ... berpunca daripada adanya tanggapan setereotaip terhadap masyarakat Melayu seperti miskin, suka kepada hiburan, malas serta tanggapan- tanggapan negatif yang lain. Justeru dalam keadaan tertentu, masyarakat Jawi Peranakan akan menyamakan diri mereka dengan orang Melayu. Sebaliknya, apabila orang Melayu dikaitkan dengan pandangan-pandangan yang negatif, mereka lebih berbangga dengan darah keturunan India Muslim atau Arab.

Daripada petikan di atas dapat diperhatikan gelagat Peranakan Keling ini yang meletakkan diri mereka lebih tinggi (superior) berbanding dengan orang Melayu, namun jika ada hal yang tertentu, iaitu hal yang positif dan menguntungkan, mereka akan menyamakan identiti mereka dengan Melayu. Dari segi bahasa, sebahagian mereka boleh berbahasa Tamil apabila diperlukan, dari segi pakaian jika bersama orang Melayu mereka boleh mengenakan pakaian Melayu tetapi mereka akan berubah jika sesama mereka, termasuklah dalam istiadat perkahwinan dan lain-lain.

Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz (2010:3) juga menyatakan bahawa orang Melayu umumnya melihat golongan Peranakan Keling ini boleh berubah-ubah identiti.

Jawi Peranakan menjadi rakyat negeri-negeri di Tanah Melayu kerana mereka termasuk dalam masyarakat yang beragama Islam dan mereka menyamakan identiti 4 mereka dengan Melayu, iaitu melalui persatuan politik Melayu tertentu. Persatuan mereka juga bersama-sama orang Melayu memperjuangkan hak orang Melayu menentang Malayan Union (Mohd Yusof Latiff dalam Omar Yusoff & Jamaluddin

Aziz, 2010:102). Pada masa yang sama sebaliknya, jika orang Melayu dikaitkan dengan hal yang negatif sifatnya, seperti kekampungan, malas, kotor dan lain-lain, mereka lebih berbangga menyatakan mereka ialah golongan darah campuran,

Peranakan Keling bukan Melayu (Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz, 2010:8).

Pendirian seperti ini akan menyebabkan golongan Melayu mempunyai sentimen terhadap golongan ini. Perkara yang dapat menyatukan mereka dan membolehkan mereka mengakui mereka adalah sebahagian masyarakat Melayu ialah agama Islam.

Satu lagi hal yang menyatukan mereka dengan Melayu ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam kebanyakan urusan harian dengan orang Melayu di Malaysia.

Kenyataan ini benar sekali dan disokong oleh Ahmad Murad Merican (dalam Omar

Yusoff & Jamaluddin Aziz, 2010: 68) yang membuat kenyataan tentang keturunan peranakan ini seperti yang berikut:

Dalam hal yang lain, faktor agama, iaitu agama Islam yang mempersatukan antara Melayu dengan Jawi Peranakan. Golongan ini ialah golongan yang taat beragama Islam. Agama Islam telah merentasi identiti kacukan dengan Melayu asli.

Keturunan Melayu dan keturunan Peranakan Keling disatukan oleh agama Islam.

Gelagat Peranakan Keling boleh berubah-ubah demi kepentingan tertentu. Ciri-ciri

Peranakan Keling yang diperkatakan ini pula ada pada diri Abdullah Munsyi.

Abdullah Munsyi menunjukkan beliau dapat melakukan rundingan identiti dengan orang Melayu yang beragama Islam, pada masa yang sama juga beliau dapat bercampur dengan orang bukan Islam, seperti pihak paderi Kristian dan pegawai

5 kompeni Inggeris. Yang lebih menarik, pihak-pihak yang didekati beliau itu dapat menerima beliau sebagai rakan, murid yang rajin belajar bahasa Melayu dan jurubahasa bahkan ada yang menganggapnya sebagai seorang yang alim. Seterusnya dengan pihak Inggeris pula, Abdullah Munsyi dapat mencapai kesefahaman dengan pihak berkenaan walaupun Inggeris mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza.

1.1 Penyataan Masalah

Berdasarkan karya Sejarah Melayu yang disusun oleh Tun Sri Lanang didapati interaksi antara orang Melayu dengan keturunan Peranakan Keling telah berlaku semenjak dahulu, yakni zaman kesultanan Melayu Melaka. Kewujudan Peranakan

Keling dalam kehidupan orang Melayu sudah lama dan tercatat kisahnya dalam karya agung Sejarah Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam berinteraksi ada sentimen identiti dan pertentangan antara golongan Melayu tempatan dengan

Peranakan Keling. Sejarah Melayu ada menceritakan kisah suasana politik saat-saat kejatuhan kerajaan Melayu Melaka yang dikatakan antara penyebabnya ialah sikap

Bendahara Tun Mutahir sebagai pemimpin Tamil-Islam (Peranakan Keling istilah yang digunakan oleh Abdullah) yang lebih mementingkan kaumnya dan hal ini menyebabkan kaum Melayu-Islam (Melayu tempatan) berasa tidak puas hati,kenyataan daripada buku Malaysia Kita (ILBS, 2000: 25). Sentimen antara golongan Melayu tempatan dengan Peranakan Keling masih berlanjutan, antaranya adalah seperti kebanyakan mereka masih mengagung-agungkan darah keturunan

India yang mengalir dalam tubuh badan mereka berbanding darah keturunan Melatyu

(Omar Yusoff,2010:8). Oleh sebab itu mereka ini dianggap bukan Melayu tulen.

6

Ketegangan dan perselisihan antara golongan Peranakan Keling dengan Melayu tempatan dalam pemgamatan pengkaji secara tersirat dapat terjadi dalam hal yang berkaitan dengan taraf sosial dalam masyarakat, kekuasaan dan politik, budaya, adat istiadat serta amalan kebiasaan masing-masing. Kajian ini telah mengesani satu hal iaitu sebagai Peranakan Keling, Abdullah Munsyi telah menyesuaikan dirinya dengan pelbagai pihak yang berlainan budaya semasa hidupnya. Beliau dikelilingi oleh masyarakat Melayu Islam sebagai golongan majoriti di persekitaran kehidupannya bersama golongan pendatang yang lain, seperti Peranakan Keling,

Cina, India dan Inggeris. Walaupun Abdullah Munsyi berketurunan Peranakan

Keling, beliau menyatakan bahwa beliau menjadi guru bahasa Melayu kerana dalam waktu yang sama beliau juga bekerjasama dengan pihak Inggeris dalam hal mengajarkan dan memperkenalkan bahasa dan budaya Melayu. Hal ini dapat ditemui dalam karya beliau yang berjudul Hikayat Abdullah. Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti beliau semasa menjalani kehidupan bersama-sama Inggeris, oleh itu Abdullah Munsyi sanggup memikul tugas mengedit bahasa kitab Injil yang ditulis dalam bahasa Melayu. Abdullah Munsyi menyatakan perbuatan ini mengakibatkan beliau digelar sebagai Abdullah Paderi. Dalam situasi begini, iaitu situasi yang memerlukan Abdullah Munsyi menggunakan kebijakan dalam menjalani kehidupan, beliau perlu melakukan rundingan identiti dengan kelompok masyarakat ini, agar beliau dapat diterima hidup bersama-sama. Persoalan cara Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti dalam karyanya ini amat menarik untuk dikaji.

Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa beliau telah menjalani pengalaman hidup yang sangat menarik melalui autobiografi dan travelognya. Dalam autobiografi dan travelognya, Abdullah Munsyi banyak menggambarkan pendiriannya yang tidak

7 menyukai beberapa unsur dalam budaya tradisional yang diamalkan oleh orang tempatan, termasuklah adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Walaupun begitu, dalam waktu yang sama beliau boleh hidup bersama-sama orang Melayu.

Oleh hal yang demikian, cara Abdullah Munsyi hidup bersama-sama orang Melayu walaupun beliau mewarisi identiti Peranakan Keling menjadi satu perkara yang menarik untuk dikaji dengan lebih lanjut. Identiti Peranakan Keling ini diketahui berdasarkan kenyataan beliau tentang asal usul keturunannya. Sejauh manakah

Abdullah Munsyi dapat melakukan rundingan identiti ini dan seterusnya mengapa beliau perlu merundingkannya? Persoalan-persoalan yang timbul ini menjadi hal yang menarik untuk dimunculkan dalam kajian.

Berdasarkan Hikayat Abdullah , Abdullah Munsyi menceritakan beliau dapat diterima oleh masyarakat Melayu sebagai orang Melayu, guru agama (mengaji al-

Quran), guru bahasa Melayu dan akhirnya sebagai salah seorang pengarang dalam kesusasteraan Melayu. Walaupun mewarisi darah keturunan Peranakan Keling,

Abdullah Munsyi diterima oleh orang Melayu sebagai individu penting dalam aspek agama Islam walaupun persoalannya bagaimanakah caranya Abdullah Munsyi menyesuaikan dirinya dalam masyarakat Melayu? Setersunya, semasa hidupnya

Abdullah Munsyi juga diterima oleh pihak Inggeris ke dalam kelompok mereka.

Pertanyaan yang timbul, adakah sebab Abdullah Munsyi berketurunan Peranakan

Keling maka beliau diterima oleh Inggeris? Pada masa yang sama, masyarakat

Melayu Islam yang berada dekat dengan kehidupan Abdullah Munsyi tidak suka akan Inggeris. Abdullah Munsyi (2004) ada menyatakan orang Melayu menjauhkan diri daripada Inggeris kerana amalan budaya Inggeris yang sangat berbeza melanggar segala pantang-larang Melayu, ditambah lagi dengan kegiatan Inggeris yang

8 menyebarkan ajaran Kristian. Cara Abdullah Munsyi memasukkan dirinya ke dalam golongan masyarakat Melayu ini sangat menarik untuk dikaji.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis rundingan identiti yang

dilakukan oleh Abdullah Munsyi apabila berhadapan dan berinteraksi dengan

golongan sasaran beliau iaitu masyarakat Melayu, bukan Melayu dan

Inggeris. Sumber data melalui kisah-kisah yang diceritakan oleh beliau dalam

tiga buah karya beliau yang telah disebutkan sebelumnya.

2. Objektif kedua ialah mengkaji bagaimana Abdullah Munsyi melakukan

rundingan identiti dengan golongan sasaran tersebut.

3. Objektif ketiga adalah untuk mengetahui hasil yang diperoleh Abdullah

Munsyi daripada rundingan identiti yang dilakukan oleh beliau semasa

berhadapan dan berinteraksi dengan golongan sasaran tersebut.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan dalam bidang kesusasteraan Melayu.

Antara kepentingan yang utama ialah kajian ini dapat menyumbangkan rujukan tentang rundingan identiti Abdullah Munsyi sebagai Peranakan Keling. Berdasarkan karya-karyanya, Abdullah Munsyi menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan kehidupan tradisional orang Melayu, kaum pendatang dan kehidupan zaman

9 kemasukan kuasa Barat, terutamanya Inggeris ke dunia Melayu. Dalam hal ini, sejarah boleh mencatatkan nama individu yang terlibat, tarikh dan peristiwa sahaja.

Karya-karya Abdullah Munsyi pula bukan hanya memuatkan catatan kaku peristiwa tertentu malah memuatkan kisah keterlibatan beliau dengan watak tertentu dan pemikiran beliau dalam hal tertentu. Ciri-ciri penceritaan dan keterlibatan diri beliau dalam cerita ini menjadikan karya yang diusahakan oleh Abdullah Munsyi sebagai hasil sastera. Dalam karyanya dapat ditemui bahawa Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat dalam berinteraksi bersama-sama kaum lain atau individu lain dalam peristiwa tertentu untuk meraih kehendak tertentu.

Daripada karya Abdullah Munsyi didapati catatan tentang individu tertentu yang terlibat membuat keputusan bersejarah hingga kesannya dapat disaksikan sampai sekarang, misalnya kisah mula terlepasnya Singapura kepada Inggeris. Nama-nama ini masih diabadikan di tempat-tempat tertentu seperti di Singapura dan Melaka.

Abdullah Munsyi menceritakan bahawa beliau menyaksikan peristiwa itu dan menjalani kehidupan dengan mereka yang terlibat, Abdullah Munsyi mengarangkan kisah itu kepada kita, hal ini yang sedikit membezakan karya Abdullah Munsyi jika dibandingkan dengan dokumen sejarah. Kisah yang dimaksudkan ialah peristiwa penyewaan Singapura kepada Inggeris yang dilakukan oleh Sultan Husin Syah yakni bagi Abdullah Munsyi ia memaparkan pengesahan gelagat kurang bijak penguasa tempatan dengan pihak penjajah Inggeris yang akhirnya menyebabkan Inggeris berjaya mengambil alih tanah Singapura daripada kekuasaan raja Melayu. Abdullah

Munsyi (2004) menyatakan bahawa Singapura pada masa itu menjadi tempat berkumpulnya lanun yang kerjanya merompak kapal dagang setelah lemahnya

10 pentadbiran kerajaan Melayu Johor-Riau. Pulau Singapura dimajukan Inggeris sehingga menjadi sebuah pelabuhan penting. Peristiwa ini sangat penting diketahui supaya dapat dijadikan teladan kepada kita semua.

Kajian ini juga penting kerana menjadi satu lagi hasil sumbangan terhadap rujukan sastera tentang pengarang yang muncul dalam dunia sastera dan persuratan Melayu, iaitu pada jangka waktu yang sangat menarik dan setakat ini belum ditemui pengarang lain yang muncul sewaktu dengan beliau yang menulis karya sastera sebanyak Abdullah Munsyi. Karyanya diteliti untuk dijadikan sebagai rujukan, khususnya tentang pandangan Peranakan Keling dalam kehidupan di kota pelabuhan, seperti Melaka dan Singapura terhadap kehidupan kaum lain. Daripada pengalaman

Abdullah Munsyi, kita akan dapat melihat beberapa hal, seperti perbezaan pendapat, kritikan atau pujian dari sudut pandangan beliau terhadap masyarakat Melayu, Cina dan Inggeris. Pembaca dapat menilai karyanya, sama ada pengalaman beliau hendak atau tidak dijadikan teladan kehidupan atau tips untuk hidup bersama-sama kaum lain. Kajian ini menjadi penyambung kepada kajian sebelumnya yang dihasilkan secara akademik oleh beberapa pengkaji, seperti Kassim Ahmad (1997, 2004),

Hadijah Rahmat (1998, 1999) Jan Van Der Putten (2006), Siti Aisyah Murad (1996) dan beberapa orang sarjana1 lagi yang sepakat menyatakan bahawa karya-karya

Abdullah Munsyi memang berada pada kedudukan yang tersendiri, iaitu berbeza daripada hasil karya tradisional sastera Melayu. Aspek inilah yang menjadi ciri penting dan pengkaji berpandangan bahawa kajian terhadap Abdullah Munsyi ini masih perlu dilanjutkan.

1 Dibincangkan dalam bahagian sorotan kajian. 11

Usaha berterusan untuk mengkaji karya Abdullah Munsyi penting kerana kajian ini akan menjadi satu lagi sumbangan atau bahan rujukan terhadap kajian karya autobiografi dan travelog yang ada dalam sastera Melayu. Hal ini demikian kerana karya Abdullah Munsyi yang dipilih ini adalah antara genre sastera autobiografi dan travelog yang awal dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Ia dikatakan awal berdasarkan waktu yang diterbitkan iaitu sekitar 1790-1888 Masehi.. Karya-karya ini penting dikaji kerana hasilnya memberikan sumbangan terhadap kajian kesusasteraan dan pengkaji lain yang mengkaji sudut interaksi antara budaya, khususnya persoalan identiti terhadap karya sastera yang lain pula.

Karya Abdullah Munsyi yang dipilih digolongkan dalan kategori autobiografi dan travelog kerana mengandungi catatan riwayat hidupnya dan cerita daripada pengalaman pelayaran yang disertainya. Riwayat kehidupannya meliputi kisah kehidupan Abdullah Munsyi berinteraksi dengan masyarakat Melayu tempatan, peniaga Cina, pihak Inggeris yang terdiri daripada pegawai pentadbiran dan mubaligh atau pendakwah Kristian. Tambahan pula pada zaman itu, menurut

Abdullah Munsyi, beberapa tindakan rundingan identiti beliau tidak dilakukan oleh orang lain yang hidup sezaman dengannya. Begitu juga halnya dengan kajian terhadap Abdullah Munsyi dengan menggunakan pendekatan teori rundingan identiti kerana sudut identiti dan rundingan identiti Abdullah Munsyi belum dikaji oleh pengkaji yang membuat kajian tentang Abdullah Munsyi sebelum ini. Oleh hal yang demikianlah kajian ini penting dilakukan.

Kepentingan lainnya ialah aspek interaksi budaya dan komunikasi antara budaya dalam dunia tanpa sempadan. Suasana kehidupan dewasa ini memerlukan kebijakan

12 untuk merundingkan identiti agar dapat membantu kehidupan seseorang berada dalam arus deras globalisasi bersama-sama masyarakat di seluruh dunia. Kajian ini akan membongkar cara rundingan identiti yang telah dilakukan oleh Abdullah

Munsyi. Pembongkaran dilakukan dengan mengkaji cerita dan pengalamannya berkomunikasi kala itu. Abdullah Munsyi telah melalui proses komunikasi antara budaya pada peringkat awal di latar dunia Melayu pada era kemasukan budaya

Inggeris. Kebijakan yang pernah digunakan Abdullah Munsyi dapat diketahui melalui kajian ini. Kebijakan taktik beliau menyesuaikan dirinya dalam masyarakat telah membawa Abdullah Munsyi berada pada kedudukan yang tertentu.

Berdasarkan ceritanya, dapat dikatakan beliau disukai oleh pihak Barat dan tempatan. Kajian ini akan muncul sebagai sebuah lagi hasil kajian kesusasteraan

Melayu yang selari dengan kajian budaya umumnya, identiti khususnya dan tentang identiti golongan berdarah campuran.

Kesimpulannya ialah dapatan kajian ini membawa satu perspektif dan penemuan sebuah kaedah lagi dalam mengkaji hasil sastera. Berbeza daripada kajian terhadap

Abdullah Munsyi sebelumnya kerana kajian ini menyelidiki aspek verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi yang menjadikan beliau berjaya menghasilkan karyanya. Kajian ini diharapkan berguna kepada peminat, pengkritik, pengkaji sastera dan pengkaji budaya yang mengaplikasikan pula teori ini dalam kajian ilmiah yang lain. Kajian ini juga dapat dijadikan model kepada orang lain yang ingin mengkaji hasil sastera yang lain pula. Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat menimbulkan rasa minat dan sifat menghargai karya sastera berbentuk autobiografi dan travelog. Minat dan sikap positif terhadap karya sastera akan dapat melahirkan golongan pengkaji, pengkritik dan pembaca yang

13 dapat menghargai hasil sastera sebagai ilmu dan panduan dalam kehidupan, khususnya dalam mendapatkan kebijakan tersirat melalui karya Abdullah Munsyi.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini dibatasi hanya pada tiga buah karya Abdullah Munsyi. Karya tersebut ialah Hikayat Abdullah (1888) yang diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan tahun 2004,untuk Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Kelantan

(1790) dan Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Mekah (1817).

Dirujuk pada naskhah yang disusun oleh Amin Sweeny (2005). Versi pilihan ini dipilih kerana pengkaji anggap versi terbaik antara versi-versi lain.

Ketiga-tiga buah karya ini dipilih kerana karya-karya ini didapati mengisahkan kehidupan narator dan persekitarannya. Karya-karya ini juga dapat disifatkan sebagai representasi besar kepada Abdullah Munsyi sendiri. Sebagai seorang yang suka mencatatkan peristiwa yang disaksikan dan mengembara, pengalamannya banyak diabadikan dalam dua bentuk genre, iaitu autobiografi dan travelog. Autobiografi ialah karya yang ditulis oleh pengarang tentang dirinya dan persekitarannya melalui kaca matanya sendiri. Menurut The New Columbia Encyclopedia (1975: 298), autobiografi bermaksud:

… reconstruction in print or on film, of the lives of real men and women an individual’s interpretation of his own life …

Dalam bahasa Melayu dapat difahami autobiografi ialah catatan kehidupan dan kehidupan seseorang. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka

(www.dbp.gov) menyatakan, autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri. Menurut Oxford Advenced Learner’s Dictionary 4th ed. (1989:68)

14 autobiografi diertikan sebagai, story of a person’s life written by that person. Ketiga- tiga rujukan tentang makna autobiografi menunjukkan maksud yang sama, iaitu tulisan tentang kehidupan sendiri yang ditulis sendiri oleh seseorang. Dalam hal ini,

Abdullah Munsyi telah menghasilkan Hikayat Abdullah untuk menceritakan riwayat hidupnya kepada kita. Makna travelog pula menurut Rujukan Persuratan Melayu,

Dewan Bahasa dan Pustaka (www.dbp.gov) ialah sesuatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan dan pengembaraan.

Dalam Oxford Advenced Learner’s Dictionary 4th ed. (1974:1365) travelog diertikan sebagai: … film or lecture about travel. Dalam Merriam-Webster Dictionary online travelog bermaksud a speech, movie, or piece of writing about someone's experiences while traveling. (https://www.merriam-webster.com/dictionary/ muat turun 12 Januari 2017). Berdasarkan beberapa sumber rujukan yang dinyatakan, travelog ialah catatan tentang perjalanan dan pengembaraan seseorang. Dalam hal ini, Abdullah Munsyi telah menghasilkan travelog melalui karyanya Kisah

Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke

Mekah.

Oleh hal yang demikian, dalam bahasa Melayu dapat difahami autobiografi ialah sebuah tulisan yang melakarkan rekonstruksi dalam bentuk cetakan tentang kehidupan seseorang atau interpretasi kehidupannya. Karya berbentuk autobiografi boleh dianggap sebagai karya sastera kerana genre ini mengandungi mesej atau rangkaian peristiwa dan boleh juga dianggap sebagai rekaan cerita kerana karya ini mengandungi susunan cerita, watak seseorang dan peristiwa. Travelog pula ialah sejenis catatan perjalanan atau pengembaraan seseorang. Hal yang dikongsi oleh

15 autobiografi dan travelog adalah dari segi catatan peristiwa, kisah dan watak.

Kelainannya ialah travelog tidak lagi mencatatkan latar belakang kelahiran, keluarga, dan kehidupan peribadi narator sebagai pengarangnya.

Karya sastera berbentuk autobiografi dan travelog ialah genre yang sesuai untuk bidang kajian interaksi dan rundingan identiti kerana kedua-duanya mengandungi peristiwa perjalanan hidup seseorang dengan lebih dekat dan peribadi sifatnya.

Kajian ini mengkaji dengan lebih dekat kehidupan dan kemandirian Abdullah

Munsyi dalam melakukan rundingan identiti untuk hidup di persekitaran masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza identiti.

Dalam bahagian ini dibicarakan justifikasi pemilihan tiga buah karya dalam kajian ini. Pertama, teks Hikayat Abdullah dipilih kerana dalam teks ini Abdullah Munsyi menceritakan sejarah perjalanan hidupnya sejak awal kelahiran sehinggalah beliau dewasa. Teks ini penting kerana ia menceritakan perkara-perkara penting dalam sejarah kehidupan Abdullah Munsyi yang bermula daripada satu saranan sahabat orang Putih beliau supaya mengarang karya ini. Tambahan lagi, skop teks ini menunjukkan Abdullah Munsyi telah berkongsi dengan pembaca cara beliau menjalani kehidupannya dalam masyarakat berbilang kaum di Melaka dan di

Singapura. Banyak peristiwa penting yang dilalui dalam kehidupan Abdullah Munsyi dapat ditemui dalam teks ini.

Teks Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Kelantan pula dipilih kerana skop karya ini mengisahkan interaksi Abdullah Munsyi keluar daripada latar budaya yang ada di Singapura dan di Melaka, iaitu kota pelabuhan ke negeri-negeri

16

Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Berdasarkan catatan beliau dalam karya ini, pengkaji mendapati Abdullah Munsyi telah mengalami satu interaksi budaya. Karya travelog ini ialah catatan pengalaman Abdullah Munsyi belayar ke

Kelantan dengan misi, iaitu memohon jaminan perlindungan terhadap kapal pedagang dari Singapura. Interaksi dengan pedagang berketurunan Cina dilakarkan oleh Abdullah Munsyi dalam travelog ini. Pelayaran ini juga memberikan Abdullah

Munsyi kesempatan berinteraksi dengan orang Melayu di Pahang dan di Kelantan.

Dalam karya ini terdapat beberapa kenyataan yang jelas tertumpu pada identiti dan kehidupan masyarakat Melayu di Kelantan. Teks ini juga menunjukkan bahawa

Abdullah Munsyi merundingkan identitinya yang terbentuk daripada kehidupannya di Melaka dan di Singapura, iaitu kota pelabuhan yang menyaksikan perbezaan budaya dan identiti manusia dengan kehidupan Melayu yang disaksikan di Kelantan.

Skop kajian berkisar pada hal rundingan identiti verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat Abdullah Munsyi dengan beberapa golongan sasaran di Kelantan yang ditemuinya.

Teks travelog Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Mekah dipilih kerana teks ini mengisahkan pengalaman Abdullah Munsyi belayar dari Singapura ke Mekah pula. Teks ini melakarkan cerita Abdullah Munsyi tentang perjalanannya untuk mengerjakan haji. Dalam hal ini didapati Abdullah Munsyi juga membuat rundingan identiti merangkumi verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat yang menampilkan identitinya sebagai seorang Islam. Teks ini juga menunjukkan rundingan identiti Abdullah Munsyi terhadap budaya golongan sasaran yang berbeza dengan budaya dunia Melayu dalam pelayarannya ke Mekah. Skop kajian berkisar pada hal rundingan identiti verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat Abdullah

17

Munsyi dengan beberapa golongan sasaran yang ditemuinya. Kisah pelayaran ke

Mekah ini ialah karyanya yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia.

1.4.1 Pengenalan Teks Kajian

Pengenalan terhadap teks yang dikaji di sini bukanlah bersifat sinopsis. Pengkaji hanya memperkenalkan karya yang dipilih. Karya yang akan dikaji terdiri daripada tiga buah karya besar Abdullah Munsyi. Karya tersebut yang pertama ialah Hikayat

Abdullah, kedua Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Kelantan dan ketiga Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Mekah. Teks yang terpilih ini terdiri daripada sebuah karya yang berbentuk autobiografi dan dua buah lagi karya bersifat travelog. Ketiga-tiga karya ini mengandungi kisah, catatan hidup dan pengembaraan Abdullah Munsyi.

Hikayat Abdullah ialah karya yang paling banyak dicetak ulang beberapa versi, seperti versi bahasa Inggeris dan versi bahasa Melayu untuk bacaan murid sekolah di

Malaysia dan ada juga versi Indonesia. Karya Abdullah Munsyi ini mengandungi 29

(dua puluh sembilan bab). Karya ini memuatkan kisah kehidupan Abdullah Munsyi dari awal kelahirannya dengan catatan peristiwa yang disaksikan oleh Abdullah

Munsyi dan insan yang pernah hadir dalam kehidupannya. Karya ini merupakan karya Abdullah Munsyi yang paling besar berdasarkan kenyataan Kassim Ahmad

(2004). Di permulaan karya ini Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa karya ini ditulis atas permintaan sahabatnya seorang paderi. Sarjana seperti Kassim Ahmad

(2004) dan Amin Sweeney (2005), mempercayai paderi itu ialah paderi Alfred North yang berasal dari Amerika. Karya ini ialah sebuah karya yang sangat menarik untuk

18 dibaca kerana Abdullah Munsyi membawa pembaca kembali ke era 1800-an hingga

1840-an di sekitar landskap Melaka dan Singapura.

Karya kedua ialah sebuah travelog kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan atau judul lengkapnya ialah Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke

Kelantan yang mencatatkan pelayarannya melewati negeri-negeri Melayu di Pantai

Timur Semenanjung Tanah Melayu. Catatan ini ialah satu catatan perjalanan yang amat menarik bagi Abdullah Munsyi yang berketurunan Peranakan Keling yang membesar di kota pelabuhan Melaka dan Singapura. Beliau menyaksikan keadaan dan adat budaya tradisional orang Melayu di negeri Melayu yang bukan kota perdagangan serta belum dimasuki oleh pengaruh Inggeris. Pelayaran ini berjaya sampai ke Kelantan. Kisah pelayaran bermula dengan tawaran pekerjaan daripada seorang pedagang berketurunan Cina di Melaka bernama Baba Koh An kepada

Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi ditawarkan untuk menjadi jurubahasa kepada

Baba Koh An dan pegawai Negeri Selat Inggeris bernama Grandpre. Grandpre ialah pegawai yang membawa surat kompeni Inggeris memohon perlindungan keselamatan terhadap kapal atau perahu dagang dan para peniaga dari Negeri Selat yang berniaga di Kelantan. Abdullah Munsyi menyatakan bahawa menurut Baba

Koh An, Grandpre tidak memahami bahasa Melayu oleh Abdullah Munsyi akan berfungsi sebagai jurubahasanya untuk memudahkan interaksi mereka dengan pihak kerajaan Kelantan. Pelayaran berkenaan menurut Abdullah berbahaya kerana suasana di Laut Cina Selatan tidak selamat akibat ancaman lanun yang suka merompak kapal dagang dan perang saudara merebut takhta di Kelantan yang sedang berlaku.

Abdullah Munsyi ada melakarkan hal yang pelik pada pandangan beliau berkenaan amalan orang Melayu di Pahang, di Terengganu dan di Kelantan. Di sinilah dapat

19 ditemui kenyataan Abdullah Munsyi yang disifatkan oleh beliau sendiri sebagai

“keras” terhadap orang Melayu. Memang benar apabila membaca karya ini kita dapat merasakan bahawa ada sahaja perkara yang tidak berkenan di mata Abdullah Munsyi tentang amalan kehidupan orang Melayu di Kelantan.

Karya ketiga juga sejenis travelog yang menceritakan kisah perjalanan Abdullah

Munsyi mengerjakan haji ke Mekah. Daripada teks ini didapati, sebagai orang Islam

Abdullah Munsyi ingin melengkapkan Rukun Islam. Karya ini merupakan karya terakhir Abdullah Munsyi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.Abdullah

Munsyi menceritakan perjalanannya ke Mekah yang baginya sangat jauh. Pelayaran tersebut memerlukan beliau berhenti di beberapa pelabuhan penting sebelum sampai ke pelabuhan Jeddah. Abdullah Munsyi mengisahkan urusan mengerjakan haji ketika itu melibatkan satu tempoh perjalanan laut yang lama yang akan melalui beberapa pelabuhan persinggahan, seperti pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, Acheh,

Sailan (Sri Lanka) dan lain-lain sebelum sampai ke Mekah. Berdasarkan cerita

Abdullah Munsyi, mereka bukan sahaja terpaksa menempuh perjalanan yang lama malah mereka juga harus menempuh cuaca yang ada kalanya teruk dan menakutkan.

Kesempatan singgah di beberapa tempat dan peluang melihat pelbagai ragam orang ini tidak disia-siakan oleh Abdullah Munsyi. Kesempatan ini ialah kesempatan yang baik untuk menulis kisah perjalanannya. Perkara yang disaksikan Abdullah Munsyi sama ada budaya orang, bangunan atau pemandangan ialah hal yang menarik untuk diceritakan oleh Abdullah Munsyi dalam kisah perlayaran ke Mekah. Sebagai contoh, pemandangan alam sekitar dan adat budaya kehidupan orang lain yang berbeza di beberapa pelabuhan menjadi bahan cerita Abdullah Munsyi. Dalam karya ini beliau menceritakan suasana manusia dan tempat yang disinggahinya. Abdullah

20

Munsyi juga pada perlayaran kali ini berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan adat sekitar India dan Timur Tengah pula. Abdullah Munsyi juga banyak menceritakan kekagumannya terhadap seni bina Islam, seperti masjid, menara, bangunan dan kolam air yang dilihatnya di India. Abdullah Munsyi juga sempat menceritakan kehairanan beliau tentang tabiat buruk orang di India yang tidak menggunakan jamban untuk membuang air. Beliau terkejut dengan amalan membuang air secara terbuka di pantai. Karya ini lebih pendek daripada karya sebelumnya. Abdullah Munsyi ada memuatkan syair tentang kembaranya ke Tanah

Suci itu. Pengkaji mendapati catatan Abdullah Munsyi dalam perlayaran ke Mekah lebih berfokus pada hubungan manusia dengan Penciptanya. Kelihatan sekali

Abdullah Munsyi telah mempersiapkan dirinya untuk melengkapkan Rukun Islam yang kelima. Tidak begitu banyak catatan perbandingan kehidupan yang ditulis oleh

Abdullah Munsyi dalam perjalanan yang terakhirnya. Pengkaji mendapati teks ini lebih ringkas dan sederhana dari segi penyampaiannya jika dibandingkan dengan kisahnya belayar ke Kelantan sebelum itu.

1.5 Kesahihan

Bahagian ini membincangkan perihal kesahihan kisah yang dipaparkan oleh

Abdullah Munsyi kepada pembaca karyanya. Kupasan kajian ini tidak berhasrat untuk memburukkan dan jauh sekali menuduh Abdullah Munsyi tidak bercakap benar. Hal berkenaan kesahihan cerita yang digarap oleh Abdullah Munsyi memang disedari dan dapat dipersoalkan. Bermula dengan kisah perlayaran ke Kelantan yakni misi utama ke Kelantan adalah untuk meminta kerjasama dan bantuan daripada pihak

Sultan Kelantan untuk menjamin keselamatan kapal dan perahu dagang dari

21

Singapura oleh dua orang wakil iaitu wakil pentadbiran Singapura dan pedagagang

Cina dari Singapura. Kehadiran Abdullah Munsyi dalam pelayaran itu hanyalah sebagai penterjemah kepada pegawai Inggeris yang tidak pandai berbahasa Melayu.

Abdullah Munsyi diupah oleh seorang ketua pedagang berketurunan Cina untuk urusan ini. Walaupun begitu, dalam perlayaran ini Abdullah Munsyi menampilkan dirinya sebagai watak utama dalam urusan ke Kelantan. Dalam teks ini, sebenarnya dua orang utusan penting iaitu seorang yang bernama Grandpre dan yang mewakili pentadbiran Inggeris dan seorang wakil pedagang Cina bernama Baba Koh An adalah orang yang penting mempunyai urusan dengan kerajaan Kelantan. Tetapi,

Abdullah Munsyi lebih memperkatakan persoalan budaya masyarakat Melayu

Kelantan yang asing pada pandangannya. Kisah interaksi beliau dengan wakil istana

Kelantan yang bernama Tengku Temena terlihat seperti satu misi dakwah Islam pula.

Tindakan Abdullah Munsyi ini menurutnya mendapat respons yang sangat baik sehingga beliau hendak dicadangkan menjadi kadi di Kelantan. Beberapa contoh penceritaan ini dapatlah dipersoalkan kesahihannya kerana fungsi Abdullah Munsyi ke Kelantan yang sebenarnya adalah hanya sebagai penterjemah upahan, tidak lebih daripada itu. Dari segi kesusasteraan, jelaslah teks ini ialah sebuah hasil sastera yang mengandungi unsur penceritaan yang mengangkat Abdullah Munsyi sendiri sebagai watak utama. Teks ini bukanlah itinerary atau jadual perjalanan kaku yang hanya menyatakan waktu masuk, waktu berlepas seseorang yang mahu menaiki feri atau kapal terbang, melainkan sebuah karya sastera bersifat travelog yang ada unsur penceritaan tentang narator sebagai watak utama carita. Dengan kata lain, kisah ini ialah kisah tentang Abdullah Munyi bukan kisah orang lain. Kisah ini sesuai dengan judul yang diberikan, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari

Singapura Sampai ke Kelantan.

22

Seterusnya ialah lakaran dalam Hikayat Abdullah tentang peristiwa iaitu pertabalan

Sultan Husin Syah oleh pihak Inggeris sebagai sultan di Singapura. Terdapat unsur imaginatif iaitu Abdullah Munsyi telah menggambarkan riak wajah Sultan Husin yang tersenyum simpul setelah berbincang di dalam sebuah bilik seolah-olah beliau ialah salah seorang yang turut terlibat dalam urusan itu, walhal beliau tiada kena- mengena langsung dengan peristiwa pertabalan itu. Boleh disifatkan kisah ini ialah sebahagian unsur mengangkat diri narator untuk memberitahu pembaca kisahnya bahawa beliau bukan calang-calang orang kerana beliau berada dalam kalangan pihak pemerintahan negeri. Sejak permulaan dalam Hikayat Abdullah diketahui bahawa Abdullah Munsyi hanya bekerja sebagai jurutulis yang menyalin semula hikayat lama yang dibeli oleh Raffles untuk disimpan oleh Raffles sebagai koleksinya. Jurutulis tugasnya terbatas menulis dan menyalin semula hikayat lama itu sahaja. Peristiwa perjanjian Sultan Hussin dengan Inggeris yang diceritakan benar terjadi (rujukan http://hids.arkib.gov.my), namun soal kesahihan yang digambarkan oleh Abdullah Munsyi seolah-olah beliau juga terlibat sama semasa peristiwa itu dengan menceritakan wajah Sultan Hussin Syah tersenyum simpul masih dapat dipersoalkan. Hal ini demikian kerana Abdullah Munsyi tidak ada apa-aoa hubungan dengan kekuasaan Melayu dan juga pentadbiran Inggeris.

Dalam teks Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Mekah kehebatan diri Abdullah Munsyi masih dimuatkan oleh beliau, sebagai contohnya kisah kekaguman orang besar Turki terhadap beliau kerana melihat Abdullah Munsyi pandai menulis. Kisah kali ini pula Abdullah Munsyi menyatakan bahawa nakhoda kapal yang ditumpangi beliau yang menceritakan kehebatan yang ada pada Abdullah

23

Munsyi kepada orang Turki ini. Kepandaian yang dimiliki oleh beliau ini jika diketahui oleh Basyah pasti Abdullah Munsyi diambil berkhidmat dengannya (dapat dirujuk di dalam kisah perlayaran Abdullah Munsyi ke Mekah). Abdullah Munsyi menggunakan teknik pengangkatan kehebatannya tidak lagi secara langsung.

Berlapik-lapik pula Abdullah Munsyi memunculkannya, untuk kes ini kesahihan dapat dipersoalkan, iaitu tentang kesahihan nakhoda ini memperkenalkan Abdullah

Munsyi kepada orang Turki dengan begitu baik. Walaupun begitu hasilnya sama sahaja, iaitu memperlihatkan kepintaran Abdullah Munsyi kepada orang lain.

Perkara yang ditimbulkan dalam bahagian ini bukan bertujuan untuk menuding jari dan menuduh bahawa pembohongan dilakukan oleh Abdullah Munsyi, akan tetapi sudah menjadi sifat akademik seseorang pengkaji yang berfikiran kritis terhadap sesuatu yang diperhatikannya. Tidak menerima sesuatu secara bulat-bulat memang tentang sesuatu hal menjadi kebiasaan seseorang pengkaji, dalam kes ini hal yang sama terjadi terhadap pembacaan karya-karya Abdullah Munsyi.

1.6 Sorotan Kajian

Antara sarjana yang pernah mengulas atau mengkaji karya Abdullah Munsyi dalam bentuk buku teks ialah Kassim Ahmad. Kassim Ahmad (2004) telah mengusahakan suatu huraian yang dimuatkan dalam naskah Karya Agung Hikayat Abdullah terbitan

Yayasan Karyawan. Beberapa hal yang telah dihuraikan oleh Kassim akan dibincangkan di sini.

24

Kajian Kassim (2004) dalam kata pengantar Hikayat Abdullah menghuraikan jawapan terhadap pertanyaan “Siapakah Abdullah Munsyi?” dan “Apakah pekerjaannya?” Kassim Ahmad (2004: xxi) dalam bahagian pengenalan mengangkat

Abdullah Munsyi sebagai seorang sarjana Melayu. Hal ini demikian kerana berdasarkan kenyataan Kassim (2004) setelah mengkaji Hikayat Abdullah beliau mengeluarkan pandangan bahawa Abdullah Munsyi telah menjalani proses pendidikan yang agak teratur dalam suasana ketika pendidikan dan sistem pendidikan bukan isu utama kehidupan dalam kalangan masyarakat tradisional di sekitarnya.

Berdasarkan huraian Kassim Ahmad (2004) dalam bahagian Pengenalan Hikayat

Abdullah yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan, Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Melayu dan tulisan Jawi daripada pakar yang ada di Melaka pada waktu itu.

Beberapa nama yang menjadi guru Abdullah Munsyi disebut, seperti Khoja

Mohammad, Jamal Muhammad bin Nor Muhammad Surati, Muhid bin Ahmad

Lebai, Yahya bin Abdul Wahid, Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur. Menurut kajian

Kassim, tokoh-tokoh ini disifatkan oleh Abdullah Munsyi sebagai orang yang sangat berjasa kepadanya. Abdullah Munsyi juga sangat menghormati tokoh-tokoh ini sebagai orang Melayu bijak yang menjadi gurunya.

Dalam huraian Kassim Ahmad (2004), dinyatakan bahawa pekerjaan Abdullah

Munsyi adalah sebagai guru bahasa Melayu, kerani, setiausaha dan pembantu penyelidik kepada Stamford Raffles, penterjemah kepada mubaligh Kristian dan beberapa orang pedagang Cina. Kassim menyatakan bahawa inilah kerjaya Abdullah

Munsyi pada masa itu untuk menyara hidupnya.

25

Kassim Ahmad (2004) juga menyenaraikan beberapa kepentingan karya Abdullah

Munsyi. Abdullah ialah orang yang pertama sedar akan perlunya orang Melayu belajar bahasa Melayu. Seterusnya dalam mempelajari bahasa Melayu, Abdullah berpendapat perlu disusun sebuah buku nahu Melayu. Kassim juga menyatakan bahawa Abdullah merupakan sarjanakerana pada waktu yang sama dengannya belum ada individu yang mengusahakan hal ehwal penulisan, mengutarakan pandangan dan menyatakan pendirian bersifat keakuan.

Didapati Kassim Ahmad belum menyentuh perkara yang berkaitan dengan bentuk dan cara Abdullah merundingkan identiti dan strategi beliau melakukan rundingan dengan senario kehidupan pada masa itu secara khusus. Hal ini memberikan peluang kepada pengkaji untuk menambahkan cabang dan ranting kajian terhadap hasil sastera yang bersifat autobiografi dan travelog yang dihasilkan oleh Abdullah

Munsyi.

Seterusnya ialah kajian yang diusahakan oleh Amin Sweeney (2005 dan 2008). Amin menghasilkan tiga buah karya yang bertajuk Karya Lengkap Abdullah bin Abdul

Kadir Munsyi Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3 (2008). Karya ini diterbitkan di Indonesia oleh PT Gramedia. Sebuah projek yang panjang yang dinamai Karya Lengkap itu membincangkan pelbagai hal. Penelitian Amin bermula daripada asal usul Abdullah dan asal usul hasil karya Abdullah.

Amin Sweeney (2005) dalam Jilid 1 telah meneliti karya prosa Abdullah, seperti

Kisah Pelayaran Abdullah Sampai ke Negeri Kelantan (1838), Syair Singapura

Terbakar (1843), Cerita Kapal Asap (1843), Syair Kampung Gelam Terbakar

26

(1847?), Hikayat Abdullah (1849) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah (1858-

59).

Perkara yang dikaji oleh Amin bermula daripada hal yang meliputi perbandingan ejaan dan kesahihan perkataan sebagai akibat transliterasi Jawi kepada Rumi, perbezaan manuskrip yang tersimpan di perpustakaan serta kekurangan yang dijumpai pada beberapa manuskrip karya Abdullah yang disalin semula oleh beberapa sarjana sebelumnya.

Amin Sweeney (2005) juga membincangkan Abdullah Munsyi dan pergaulannya dengan orang Kristian, Amin menghuraikan kehidupan Abdullah yang dekat dengan paderi aliran Kristian Protestan. Aliran Kristian Protestan dikatakan membawa reformasi kepada ajaran Kristian atau aliran yang memprotes ajaran Kristian lama.

Amin menyatakan bahawa Abdullah pernah membantu penganut Kristian menterjemahkan atau mengedit Injil semasa beliau berada di Melaka. Kebolehannya menggunakan bahasa Melayu dengan baik digunakan untuk membantu mereka membetulkan laras bahasa kitab Injil yang ditulis di Betawi oleh orang Belanda yang disifatkan oleh Abdullah Munsyi bukan bahasa Melayu yang baik. Dalam Hikayat

Abdullah dinyatakan (Abdullah Munsyi, 2004: 102):

... Akan tetapi kitab itu hurufnya Melayu dan bunyinya Melayu, tetapi jalan bahasanya itu bukan jalan bahasa Melayu.

Tulisan Amin Sweeney (2006) menghuraikan beberapa perkara yang disebutnya sebagai pandangan umum. Hal yang disebutkan sebagai pandangan umum itu adalah seperti pandangan umum tentang diri Abdullah Munsyi, hal yang dikatakan

27 pembaharuan yang dibawa oleh beliau dan kritikan terhadap beliau. Dalam bahagian huraian pandangan umum ini juga didapati huraian Amin Sweeney (2006) yang membicarakan pemikiran Abdullah Munsyi, iaitu tentang kepentingan bahasa

Melayu, kepentingan pengetahuan menulis, membaca dan sebagainya.Tidak ketinggalan juga hal yang membicarakan kedudukan dan sanjungan Abdullah

Munsyi kepada pihak Inggeris yang dapat dianggap kurang tepat kerana membanding-bandingkan antara Inggeris dengan masyarakat tempatan.

Amin Sweeney (2006) telah menghasilkan Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir

Munsyi Jilid 2. Tulisan ini menumpukan karya Abdullah Munsyi yang berbentuk puisi dan ceretera. Dalam Jilid 2, Amin Sweeney membincangkan beberapa hal lagi, antaranya syair Abdullah, iaitu Syair Singapura Terbakar, Syair Kampung Gelam

Terbakar (Deskripsi Edisi dan Naskhah) dan ceretera (cerita pendek), sepertiCeretera Kapal Asap serta Ceretera Haji Sabar Ali (Deskripsi Edisi dan

Naskhah).

Jilid 2 juga membincangkan isi syair yang dikarang oleh Abdullah Munsyi. Menurut

Amin Sweeney (2006), dalam isi syair itu beberapa nama disebutkan oleh Abdullah

Munsyi, seperti Amstrong, Bonham Bousted dan lain-lain yang menunjukkan kisah tersebut kisah benar kerana mereka ialah pedagang atau pegawai Inggeris yang berada di Singapura pada waktu itu. Selain isi atau cerita dalam syair Abdullah

Munsyi, Amin juga membuat perbandingan tulisan antara edisi cap batu dengan edisi cetak huruf syair-syair ini. Kajiannya menunjukkan beberapa perbezaan fizikal dari segi tulisan dan ejaan antara edisi yang dihasilkan.

28

Begitu juga halnya dengan cerita pendek yang dikenali sebagai ceretera. Amin

Sweeney membandingkan sudut bahasa dan ejaan antara edisi Jawi dengan edisi

Rumi. Selain itu, nama yang disebut oleh Abdullah Munsyi dalam ceretera juga dibincangkan. Nama yang disebutkan, seperti Thomas Stamford Raffles, William

Farquhar, Frank Swettenham dan Lord Minto ternyata memang benar dan bukan watak yang direka. Mereka ialah pegawai Inggeris yang berkhidmat dengan Syarikat

Hindia Timur Inggeris.

Karya terakhir Amin Sweeney tentang Abdullah Munsyi adalah pada tahun (2008), iaitu Jilid 3. Karya ini khusus menumpukan Hikayat Abdullah. Amin Sweeney

(2008) menyatakan bahawa teks ini ialah teks yang paling kompleks. Sebagaimana jilid yang sebelumnya, Amin menghuraikan ketepatan cetakan dan kekurangan yang terdapat pada naskhah Hikayat Abdullah yang diusahakan oleh pihak lain. Amin

Sweeney juga menyatakan bahawa kajian yang diusahakannya ialah kajian untuk mengisi kekurangan yang ada terhadap Hikayat Abdullah yang pernah diusahakan sebelumnya.

Tidak dinafikan ketelitian Amin Sweeney dalam menggunakan beberapa pendekatan, seperti filologi dan perbandingan teks. Amin Sweeney (2008) membicarakan persoalan susun letak huruf, ejaan dan noktah yang terdapat dalam Hikayat Abdullah dengan baik sekali. Sama seperti kajian terhadap karyaAbdullah dalam jilid sebelumnya, beberapa perbandingan dibuat terhadap Hikayat Abdullah yang pernah dicetak. Menurut Amin Sweeney (2008), pembetulan yang dilakukannya ialah sesuatu hal yang perlu dan wajar kerana Hikayat Abdullah susunan Kassim Ahmad kononnya telah menerima campur tangan luar. Secara tekstual, Amin Sweeney telah

29 membicarakan dengan baik persoalan percetakan, kesalahan dalam edisi cetakan dan perbandingan edisi-edisi yang tersimpan di beberapa perpustakaan yang dikunjunginya. Amin Sweeney belum lagi menyentuh persoalan rundingan identiti

Abdullah Munsyi dalam menjalani kehidupannya dengan pihak yang ada di sekitarnya. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan meneruskannya dalam bidang rundingan identiti terhadap Abdullah Munsyi.

Seorang lagi sarjana yang pernah membincangkan Abdullah Munsyi ialah Hadijah

Rahmat (1998, 1999 dan 2005). Beliau menghasilkan beberapa buah penulisan tentang Abdullah Munsyi, antaranya adalah seperti Munsyi (1998), Antara Dua

Kota: Menjejaki Kesan-kesan Peninggalan Munsyi Abdullah di Melaka dan

Singapura (1999)dan Kilat Senja (2005). Hadijah Rahmat menyatakan bahawa

Abdullah Munsyi telah merekodkan sebuah sejarah lampau antara dua buah kota pelabuhan abad ke-19, iaitu Melaka dan Singapura. Catatan peristiwa yang dibuat oleh Abdullah Munsyi dikategorikan sebagai sangat istimewa oleh Hadijah Rahmat kerana catatan berkenaan merupakan sumber tertulis dalam bahasa Melayu yang mengisahkan peristiwa penting yang terjadi. Sebagai contoh, peristiwa penyerahan

Melaka oleh Belanda kepada Inggeris dan perjanjian Sultan Husin Syah dengan

Thomas Stamford Raffles. Catatan ini ditambah lagi dengan lokasi-lokasi di tempat yang bernama Singapura pada masa itu. Gambaran penempatan penduduk Singapura yang dibuat oleh Abdullah Munsyi pada waktu itu kepada pembaca karyanya dapat diketahui sebelum berkembang menjadi sebuah negara Republik Singapura yang ada sekarang. Hal ini demikian kerana Abdullah Munsyi menyatakan bahawa kawasan yang dikenali sebagai Kampung Gelam pada waktu itu belum termasuk ke dalam wilayah Singapura, kawasan Kampung Gelam didiami dan diperintah oleh Sultan

30

Husin Syah dan pengikutnya2. Begitulah autobiografi Abdullah Munsyi yang menggambarkan landskap Singapura pada waktu beliau menjalani kehidupan di sana.

Hal ini dapat diambil sebagai salah satu rujukan dalam menjejaki sejarah awal kedudukan wilayah Singapura pada abad ke-19. Bukti ini dapat dirujuk dalam autobiografi Hikayat Abdullah yang dimuatkan dalam bab Darihal Negeri Singapura dan bab Darihal Tengku Long. Sebagai warga Singapura, Hadijah Rahmat (1999) dalam buku berjudul Antara Dua Kota turut menyatakan betapa pentingnya generasi baru Singapura mengetahui sejarah kedudukan Singapura agar mereka tahu dan menghargainya.

Kajian oleh Hadijah Rahmat (1999) memperhatikan karya Abdullah Munsyi dari sudut sejarah dan suasana landskap Singapura serta Melaka pada zaman kehidupan

Abdullah Munsyi. Himbauan sejarah kolonial juga menjadi topik yang dibicarakan oleh Hadijah Rahmat. Selain itu, Hadijah Rahmat (1998) turut membicarakan kebijakan pendirian Abdullah Munsyi yang dilakarkan dalam naskhah drama yang diberi tajuk Munsyi. Hadijah telah banyak menyumbangkan pengetahuan yang amat berguna kepada kesusasteraan Melayu, khususnya usahanya meneliti karya Abdullah

Munsyi yang melihat landskap Singapura dan Melaka kala lampau. Kajian beliau membawa kita kembali ke dalam suasana atau latar tempat yang diceritakan oleh

Abdullah Munsyi. Beliau belum menyentuh unsur rundingan identiti Abdullah

Munsyi baik dengan orang tempatan mahupun orang Inggeris semasa menjalani kehidupan di Melaka dan di Singapura. Oleh itu, peluang melaksanakan kajian terhadap Abdullah Munsyi masih terbuka kepada pengkaji lain. Kesempatan inilah yang diambil oleh kajian ini untuk terus mengkaji dan mengupas taktik serta

2 Untuk lebih jelas agar tidak ada kesamaran fakta, berdasarkan peta Singapura sekarang, lokasi Kampung Gelam memang berada di Republik Singapura tetapi pada pemahaman Abdullah Munsyi waktu itu nama Singapura hanyalah sebahagian kawasan di pulau itu yang diduduki oleh Inggeris. 31 kebijakan Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti sewaktu berinteraksi dengan beberapa golongan masyarakat dalam kehidupannya.

Kajian tentang Abdullah Munsyi diteruskan oleh Hadijah Rahmat (2011) dalam seminar series, Jalinan Budi menghasilkan kajian lebih terkini diberi judul Pelayaran

Menjejaki Sejarah Warisan Munsyi Abdullah di Eropah:Sebuah Album

Perjalanan.Dalam kajian ini beliau telah mengupas hal-hal seperti hubungan

Abdullah Munsyi dengan Amerika Syarikat serta Belanda, Abdullah Munsyi bukan tali barut Inggeris, Abdullah Munsyi mempertahankan keislamannya, isu-isu ini adalah sangat menarik pada pandangan pengkaji. Hadijah Rahmat (2011) menyatakan hubungan Abdullah Munsyi dengan Amerika terjalin melalui persahabatannya dengan paderi Alfred North yang berasal dari Amerika. Menurut

Hadijah Rahmat (2011), Alfred North ialah orang yang dimaksudkan oleh Abdullah

Munsyi sebagai seorang sahabat (Orang Putih) yang meminta beliau menulis riwayat hidupnya sehingga terhasil karya yang berjudul Hikayat Abdullah. Dalam kajian ini beliau mendapati gelaran sebagai tali barut dan Abdullah Paderi terhadap Abdullah

Munsyi tidak tepat kerana kesetiaan Abdullah terhadap Islam dapat dibuktikan melalui karyanya yang menceritakan perlayaran ke Mekah. Abdullah Munsyi terlibat dalam aktiviti percetakan batu untuk mencetak Injil seterusnya meyebarkan Kristian di rantau ini oleh Barat, namun hal yang menarik ialah teknologi percetakan ini berkembang dan dimanfaatkan untuk mencetak kitab-kitab agama Islam di

Singapura.

Siti Aisah Murad (1996) pernah mengkaji Abdullah Munsyi yang menghasilkan buku yang bertajuk Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Dalam buku ini, Siti

32

Aisah Murad telah membincangkan kritikan sosial Abdullah Munsyi terhadap orang

Melayu yang diungkapkan oleh Abdullah Munsyi, terutama dalam karya autobiografinya. Siti Aisyah Murad (1996) menyifatkan Abdullah Munsyi sebagai seorang penulis yang jujur berdasarkan hal yang diceritakannya dan beliau (Siti

Aisah Murad, 1996: vii) menyatakan:

... sikapnya yang jujur dan keberaniannya memperkatakan hal yang dirasakannya benar ...

Beliau merujuk kenyataan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi tentang kesedarannya terhadap kepentingan pengetahuan bahasa, menulis dan membaca dalam bahasa

Melayu yang sangat kurang dan tidak diberikan perhatian oleh masyarakat tempatan pada masa itu. Dalam bukunya, penulis ini juga telah menyatakan bahawa belum ada penulis autobiografi yang menghasilkan karya seperti Abdullah Munsyi. Hal ini demikian kerana menurut Siti Aishah Murad (1996), Abdullah Munsyi telah membuka pemikiran orang Melayu kepada kebaikan dan kemajuan. Kebaikan dan kemajuan yang disaksikan oleh Abdullah Munsyi ialah yang dibawa oleh British ke tanah jajahan mereka di Asia Tenggara. Contohnya, dari segi undang-undang yang diterapkan oleh Inggeris lebih adil berbanding dengan undang-undang adat tradisi

Melayu, teknologi moden kapal stim, kaedah perubatan moden dan banyak lagi.

Seterusnya dibincangkan pula beberapa orang penulis terdahulu yang pernah mengkaji Abdullah Munsyi sama ada dalam bentuk karya ilmiah, artikel dan jurnal.

Antaranya ialah Elyas Omar (1959) yang telah menghasilkan sebuah latihan ilmiah yang bertajuk Munsyi Abdullah, Pandangan dan Kritik Abdullah Mengenai Sistem

Feudal Melayu, Pelajaran, Bahasa dan Setengah-setengah Aspek Cara Penghidupan

Orang Melayu.

33

Elyas Omar (1959), dalam latihan ilmiah ini telah mengupas beberapa pandangan

Abdullah Munsyi terhadap sistem masyarakat Melayu pada zaman Abdullah yang dikatakannya sebagai sistem feudal. Kajian Elyas Omar tertumpu pada kritikan

Abdullah Munsyi terhadap sistem tradisi masyarakat Melayu dan masyarakat tempatan yang berada di sekitar kehidupannya. Elyas menyimpulkan bahawa

Abdullah Munsyi ialah seorang yang berpandangan kehadapan terhadap bangsa

Melayu.

Mohd.Wahiduddin bin Abd Wahab (1965) dari Universiti Malaya menghasilkan kajian dengan judul Abdullah Munshi As an Historian. Secara keseluruhannya kajian ini tidak menyangkal kenyataan tentang status Abdullah Munsyi sebagai perintis pembaharuan dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu. Kajian ini juga menambah bahawa Abdullah Munsyi juga wajar diakui sebagai sejarawan kerana karya besar beliau Hikayat Abdullah ada merekodkan peristiwa-peristiwa bersejarah seperti pertukaran kuasa Belanda kepada Inggeris di Melaka, pembangunan kota

Melaka oleh Farquhar dan penyerahan Singapura oleh Sultan Hussin Syah kepada

Inggeris.

Yahya Ismail (1964) dalam jurnal Dewan Bahasa telah menulis perihal Abdullah

Munsyi dalam artikel yang berjudul “Bibliografi tentang Abdullah Munsyi.” Yahya

Ismail merupakan antara sarjana yang awal menceritakan latar belakang Abdullah

Munsyi. Hal ini disebut sebagai bibliografi. Yahya membicarakan persoalan seorang manusia istimewa yang bernama Abdullah bin Abdul Kadir yang dilahirkan di Melaka dari kecil sehingga dewasa. Pembicaraan Yahya berkisar pada kelahiran

Abdullah Munsyi tanpa mencampuri urusan identiti dan hal lain.

34

Seterusnya Yaakub Isa (1971) telah menghasilkan sebuah kajian dalam bentuk artikel yang bertajuk “Kedudukan Abdullah di dalam Kesusasteraan Moden” yang dimuatkan dalam jurnal Dewan Bahasa. Yaakub membincangkan kedudukan

Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu. Kehadiran karya Abdullah Munsyi disifatkan oleh Yaakub Isa sebagai suatu genre yang membawa pembaharuan ke dalam dunia kesusasteraan Melayu. Abdullah dikatakan menghasilkan karya yang berbeza daripada hasil kesusasteraan Melayu sebelum itu. Dari beberapa sudut ciri- ciri khas dalam penulisan Abdullah Munsyi dianggap tidak ada pada karya lain.

Beliau menegakkan bahawa wajarlah karya-karya prosa Abdullah Munsyi berada pada tempatnya yang khusus, iaitu pada masa dan persekitaran awal abad ke-19 yang disifatkan beliau zaman menuju ke arah kesusasteraan Melayu baharu.

Isu pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu yang dibawa Abdullah Munsyi pula tidak disokong oleh Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1970) dalam kajiannya yang berjudul The Mysticism of Hamzah Fansuri . Walaupun Syed Muhammad Naguib

Al-Attas membicarakan Hamzah Fansuri iaitu seorang penyair sufi tetapi beliau telah menyentuh sudut pembaharuan yang dapat menyatakan bahawa Abdullah Munsyi bukanlah individu yang pertama membawa pembaharuan dalam kesusasateraan

Melayu. Hamzah Fansuri malah lebih awal menghasilkan Syair Dagang iaitu karya yang juga disifatkan beliau sebuah autobiografi yang mengangkat kisah individualisme dan self expression Hamzah Fansuri dalam menyatakan diri dan pengalaman kehidupan beliau. Menurut Syed Naguib lagi pembaharuan juga dilakukan oleh Hamzah Fansuri kerana sudah tidak membicarakan perkara-perkara mitos dan dongeng rakyat.

35

Kajian tentang Abdullah Munsyi juga dilakukan oleh Noriah Taslim (2007) yang berjudul From Etnocentrism to Eurocentrism.The position of Abdullah’s Discourse on The Malays. Melalui kajian ini Noriah Taslim mengemukakan dapatan beliau yang menegaskan bahawa pandangan Abdullah Munsyi terhadap masyarakat Melayu bersifat Eurosentrisme iaitu pandangan yang berpusatkan Barat. Abdullah Munsyi memperlihatkan ketertinggalan orang Melayu dalam pelbagai hal dibandingkan dengan Inggeris. Abdullah juga berani memperkatakan hal-hal yang buruk berkaitan dengan pemerintahan raja Melayu. Hal ini terjadi menurut Noriah Taslim adalah kerana Abdullah Munsyi terpengaruh dengan pemikiran rakan-rakan Barat beliau melihat corak hidup orang Melayu. Kajian ini juga bermanfaat dalam kesusasteraan

Melayu kerana membincangkan pandangan dan pemikiran eurosentris Abdullah

Munsyi dalam wacana beliau.

Ungku Maimunah (2000) turut mengkaji Abdullah Munsyi. Kajian beliau berjudul

The Construction and Institutionalisation of Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi as the father of Modern Malay Literature the role of Westerners. Secara keseluruhannya melalui kajian ini Ungku Maimunah (2000) mengemukakan peranan pihak Barat di belakang tabir karya-karya Abdullah Munsyi. Menurut beliau misionaris yang bernama Alfred North ialah orang yang mencadangkan atau meminta Abdullah

Munsyi menulis riwayat hidup beliau. Permintaan itu dipenuhi oleh Abdullah

Munsyi dengan lahirnya karya Hikayat Abdullah. Melalui kajian ini beliau mengungkapkan bahawa sebenarnya pihak Barat yang mengangkat Abdullah Munsyi sebagai bapa kesusasteraan Melayu modern. Hal ini kerana menurut mereka karya

Abdullah Munsyi berpijak di bumi nyata dalam menceritakan kisah-kisah yang

36 disaksikan. Karya Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah mengandungi kritikan sosial terhadap adat dan budaya lokal khususnya adat Melayu dikatakan sebagai unsur pembaharuan yang diperkenalkan.

Seterusnya seorang lagi sarjana tempatan yang mengkaji Abdullah Munsyi ialah

Rosnani Hashim. Rosnani Hashim (2010) dalam kajian yang bertajuk Munshi

Abdullah An Early Critic of Malay Language, Culture and Society. Secara keseluruhannya kajian ini telah mengemukakan bahawa Abdullah Munsyi dikatakan individu yang berada pada peringkat awal secara kritis memperkatakan isu bahasa, budaya dan masyarakat Melayu. Rosnani Hashim (2010) juga merumuskan bahawa karya-karya yang ditinggalkan oleh Abdullah Munsyi ditujukan kepada generasi selepasnya agar tahu peristiwa-peristiwa yang berlaku zaman Abdullah Munsyi.

Setelah itu peristiwa dan kisah yang dicatatkan dapat dijadikan teladan. Perkara yang baik patut dicontohi sebaliknya perkara yang buruk dan kesilapan lalu jangan diulangi. Hal-hal yang disebutkan ini adalah antara dapatan yang diusahakan oleh

Rosnani Hashim (2010)

Sarjana Barat juga berminat memperkatakan Abdullah Munsyi dan karyanya. Antara sarjana Barat yang dimaksudkan adalah seperti J.C. Bottoms (1960) dalam jurnal

Dewan Bahasa (Disember 1960) pernah membincangkan Abdullah Munsyi dalam satu kajian yang diberi judul “Abdullah: Ahli Tradisi atau Tokoh Pembaharuan”?

Hal yang dibincangkan berkisar kritikan masyarakat dan pembaharuan pemikiran yang dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kehidupan yang dilaluinya. Sarjana ini membicarakan hal seperti perbandingan dan teguran yang dibuat oleh Abdullah

Munsyi terhadap sistem tradisional, terutama kehidupan masyarakat Melayu dan

37 orang tempatan di Melaka dan di Singapura serta pandangan Abdullah Munsyi terhadap budaya Barat yang dibawa oleh Inggeris.

Jan Van Der Putten (2006) telah menulis sebuah kertas kerja tentang Abdullah yang diberi judul “Abdullah Munsyi and the Missionaries”. Beliau yang menerima

Abdullah Munsyi sebagai Father of Modern Malay Literature turut membincangkan permulaan Abdullah Munsyi bergaul dengan paderi. Semuanya bermula daripada cara pemikiran moden Abdullah Munsyi hingga kepada urusan bekerjasama dengan

Inggeris. Abdullah mencari guru yang benar-benar bagus untuk mengajarkan bahasa

Inggeris. Abdullah mendekati paderi Milne, mubaligh yang mengajarkan bahasa

Inggeris kepadanya. Sebagai balasannya Abdullah pula mengajarkan bahasa Melayu kepada paderi itu. Seterusnya, Abdullah Munsyi diberikan kepercayaan untuk mengedit Injil Matius yang dibawa dari Betawi. Van Der Putten (2006) ada menyentuh sedikit tentang tujuan sebenar pendakwah Kristian itu, iaitu Melaka dijadikan sebagai transit sebelum mereka ke Cina untuk menyebarkan ajaran

Kristian. Sementara Cina masih menutup pintunya kepada kemasukan orang Barat,

Melaka menjadi tempat transit Milne. Namun begitu, kesempatan yang ada digunakan juga untuk misi mereka menyebarkan ajaran agamanya. Van Der Putten mempersoalkan hal iaitu adakah Abdullah tidak sedar kepada siapakah injil berbahasa Melayu tersebut ditujukan? Van Der Putten tidak memberikan jawapan terhadap persoalan ini.

Annabel Teh Gallop (1989) memperkatakan Abdullah Munsyi dalam Cerita Kapal

Asap. Sarjana ini telah menterjemahkan karya Abdullah Munsyi Cerita Kapal Asap ke dalam bahasa Inggeris. Selain menterjemahkan karya berkenaan, Annabel (1989)

38 juga memuatkan perbincangan tentang keterujaan Abdullah Munsyi yang berpeluang menaiki kapal stim yang pernah singgah di Singapura. Keterujaan tentang kemajuan yang dibawa oleh Barat juga disebutkan (Gallop, 1989: 4):

… from its engines to its furnishings and even the flush lavatory – fascinates Abdullah. Although Abdullah's tone is deadly serious, there are some amusing touches for the reader, such as his description of the terrifying-looking negroes working in the ship's galleys and his familiar remarks about the ignorance of his fellow Malays …

Begitulah gambaran Gallop (1989) tentang keterujaan Abdullah Munsyi melihat kehebatan kapal ini daripada enjin, alat perhiasan sehingga tandas kapal dicatatkannya. Kisah Abdullah Munsyi yang terkejut melihat orang kulit hitam yang bekerja di galley (bahagian dapur kapal) dan kenyataan yang biasa dikatakannya tentang kekolotan orang Melayu yang tidak akan mempercayainya jika beliau bercerita tentang kewujudan kapal kuasa wap ini juga disebutkan. Walaupun begitu,

Gallop belum menyentuh persoalan rundingan identiti yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi.

Seorang lagi sarjana Barat, C. Skinner (1978) juga pernah memperkatakan Abdullah

Munsyi dalam kajiannya Transitional Malay Literature: Part 1 Ahmad Rijaludin and

Munshi Abdullah. Skinner (1978) membandingkan dua orang pengarang, iaitu

Ahmad Rijaludin dan Abdullah Munsyi yang dikategorikannya sebagai pengarang yang muncul pada zaman peralihan kesusasteraan Melayu (Transitional Malay

Literature). Menurut Skinner (1978), karya Ahmad Rijaludin Hikayat Perintah

Negeri Benggala muncul terlebih dahulu daripada karya Abdullah Munsyi. Kisah bersifat travelog tersebut menceritakan pengalaman pengarang belayar dari Pulau

Pinang ke India. Cara penyampaiannya juga sudah menunjukkan perbezaan daripada

39 sastera Melayu lama atau klasik walaupun masih ditemui gaya bahasa unsur-unsur sastera lama. Kewujudan Ahmad Rijaludin dalam hal ini menyebabkan pengangkatan Abdullah Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Moden oleh pihak tertentu menjadi kurang tepat. Sama halnya juga dengan pernyataan bahawa

Abdullah Munsyi ialah perintis aliran realisme. Sarjana ini juga berasa tertarik untuk mengkaji sama ada wujud hubungan atau tidak antara Abdullah Munsyi dengan

Ahmad Rijaludin kerana terdapat kebarangkalian Abdullah Munsyi merujuk tulisan

Ahmad Rijaludin atau menggunakan tulisan Ahmad Rijaludin sebagai panduan untuk menulis travelognya ke Kelantan.

Setelah meneliti tulisan pengkaji dan sarjana sebelumnya tentang Abdullah Munsyi didapati cara dan bentuk rundingan identiti Abdullah Munsyi berinteraksi dengan masyarakat Melayu tempatan serta kaum lain, seperti Cina dan Barat yang terdiri daripada pegawai penjajah dan mubaligh Kristian belum disentuh secara khusus.

Dalam hal ini diharapkan kajian ini dapat memperluas sumber kajian, khususnya kajian hasil sastera Melayu dan ilmu sastera secara amnya di Malaysia. Lebih tepat lagi, kajian ini diharap dapat menambahkan kajian ilmiah terhadap karya Abdullah

Munsyi. Hal ini demikian kerana didapati belum ada sarjana yang mengungkapkan bahawa Abdullah Munsyi sebenarnya sedang berada dalam suasana rundingan identiti, yakni secara internal dengan dirinya sendiri seterusnya secara eksternal, iaitu antara dirinya dengan masyarakat tempatan dan pihak Barat yang berada di sekitar kehidupannya.

Tanpa membelakangkan kajian yang diusahakan oleh sarjana terdahulu, kajian yang diusahakan ini pula akan memperkuat khazanah kajian terhadap karya terkenal

40

Abdullah Munsyi, seperti Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah Sampai ke

Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah Sampai ke Mekah, iaitu mengupas persoalan cara Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti dengan manusia di sekitarnya untuk menjamin kedudukan dan kehidupannya. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharap dapat membuka satu lagi jendela baru dalam melihat karya

Abdullah Munsyi yang lain pula pada masa hadapan.

1.7 Kerangka Teori

Kajian ini menggunakan teori yang dikenali sebagai teori identity negotiation yang dalam kajian ini diterjemahkan sebagai teori rundingan identiti. Dari segi asal usul, teori rundingan identiti ini terdapat dalam teori komunikasi antara budaya

(intercultural communication theory). Ada beberapa orang sarjana yang mendalami teori ini. Sarjana-sarjana yang dirujuk oleh kajian ini adalah seperti Swann, William

B. Jr, beliau memperkenalkan teori ini dan diperkukuh oleh Samnovar, Larry A. ,

Mark Snyder, dan North,R.J. Timbul pertanyaan, apakah yang dicari oleh komunikasi antara budaya? Teori komunikasi antara budaya ialah satu teori yang mencari jawapan kepada pertanyaan bagaimana komunikasi antara budaya yang berbeza boleh berlaku? Komunikasi antara budaya pula berlaku melalui satu proses, yakni apabila seseorang yang mempunyai latar belakang budaya yang diamalkannya cuba berada dalam budaya lain yang berbeza. Interaksi ini ialah interaksi yang dinamik. Interaksi dinamik bermaksud interaksi tersebut boleh berkembang ke arah mencari satu persetujuan antara kedua-dua pihak. Apabila persetujuan dicapai, masing-masing akan mendapat faedah dan keuntungan daripada interaksi itu. Yang

41 berikut ialah beberapa definisi komunikasi antara budaya. Menurut (Samovar, 1978:

8):

… intercultural communication occurs whenever a message produced in one culture must be processed in another culture … to understand intercultural interaction, we must first understand human communication. Understanding human communication means knowing something what happens when people interact, why it happens, the effects of what happens …

Seterusnya dalam tulisan yang lain, Samovar (2006: 1) menyatakan:

… intercultural communication is an important form of human interaction that has been practiced for as long as people from different culture have encountered one another …

Secara definisi dapat difahami bahawa komunikasi antara budaya ialah teori yang menjelaskan proses cara satu amalan budaya yang berbeza menyesuaikan diri ke dalam budaya yang lain. Bagi memahami hubungan komunikasi antara budaya terlebih dahulu perlu difahami proses komunikasi antara manusia. Memahami komunikasi antara manusia bermaksud mengetahui apa-apa saja yang terjadi apabila orang berinteraksi, sebab terjadi dan kesan perhubungan tersebut. Komunikasi antara budaya ialah satu bentuk yang penting daripada interaksi sesama manusia, iaitu apabila seseorang daripada latar belakang budaya yang berbeza menghadapi orang yang mengamalkan budaya yang lain. Meneliti komunikasi antara manusia bermaksud hasrat untuk mengetahui hal-hal yang terjadi apabila manusia berinteraksi antara satu sama lain, persoalan mengapa interaksi perlu terjadi? dan kesan-kesan yang diperoleh setelah terjadinya interaksi itu.

Salah satu aspek penting yang wujud dalam komunikasi antara budaya ialah aspek rundingan identiti. Melalui rundingan identiti maka perhubungan seseorang dengan

42 pihak golongan sasaran dapat terjalin ikatan. Ikatan ini berasaskan peranan yang dimainkan melalui identiti yang dipersetujui bersama. Walaupun pada dasarnya teori ini bukanlah teori daripada bidang kesusasteraan tetapi didapati teori ini sesuai digunakan untuk mengkaji karya Abdullah Munsyi kerana didapati dalam karya yang dipilih, Abdullah Munsyi banyak mengisahkan penyesuaian dirinya dalam latar pelbagai budaya tertentu pada masa beliau menjalani kehidupan. Abdullah Munsyi berada pada zaman permulaan kemasukan penjajah Inggeris yang mengambil alih kuasa penjajah Belanda, iaitu abad ke-19. Dalam kesempatan untuk menjalani kehidupannya dan mencapai kehendaknya pada zaman itu, Abdullah Munsyi telah melakukan rundingan identiti supaya dapat hidup di antara budaya yang dibawa oleh

Barat dengan budaya-budaya yang sedia ada di persekitaran kehidupannya. Hal ini amat menarik dan sangat baik jika kajian berkaitan isu ini diteruskan. Persoalan rundingan identiti dalam hasil kesusasteraan Melayu juga pernah diusahakan oleh M.

Salleh Yaapar dalam memperkatakan karya berbentuk drama yang dibuat oleh

Noordin Hassan mempunyai unsur rundingan identiti antara Melayu dengan Cina.

Hal ini dapat terjadi berpunca sedikit sebanyaknya daripada pengaruh latar belakang kehidupan pengarangnya juga, iaitu Noordin Hassan yang hidup bersama dengan isterinya yang berbeza keturunan.3 Oleh hal yang demikian dapat diakui bahawa persoalan rundingan identiti ini dapat diaplikasikan dalam membicarakan sastera.

Sebagai kesinambungannya dalam kajian kesusasteraan persoalan rundingan identiti ini dapatlah pula digunakan untuk mengkaji karya autobiografi dan travelog

Abdullah Munsyi.

3 M. Salleh Yaapar, “Negotiation Identity in Malaysia: Multi-Cultural Society, Islam, Theater and Tourism”. Asian Journal of Social Science, 33(3), 473-485. 43

1.7.1 Teori Rundingan Identiti dan Kerangka Konseptual

Bahagian ini memperjelas pengertian rundingan identiti. Salah satu cabang yang wujud dalam teori komunikasi antara budaya ialah teori rundingan identiti. Teori rundingan identiti ini telah diperkenalkan oleh William B. Swann, Jr (1987). Beliau ialah profesor dalam bidang sosial dan psikologi personaliti di Amerika Syarikat, lebih tepatnya di Universiti Texas, Austin Amerika Syarikat. Beliau telah mengemukakan teori identity negotiation. Nama sarjana lain yang memberikan kenyataan selain Swann yang diambil sebagai petikan tentang rundingan identiti dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang berkongsi ilmu ini daripada Swann.

Teori ini telah dikupas dengan baik oleh William B. Swann, Jr. Beliau menyatakan rundingan identiti ialah (Swann, 2005: 69):

… identity negotiation refers to the processes through which perceivers and targets come to agreements regarding the identities that targets are to assume in the interaction.

Menurut Swann, rundingan identiti merujuk pada proses seseorang mencapai satu keseimbangan antara tujuan/sasaran sesuatu interaksi yang dilakukannya dengan sesuatu kelompok masyarakat dan identiti yang cuba dibina oleh seseorang. Sebagai contohnya dalam kajian ini, Abdullah Munsyi yang berketurunan Peranakan Keling melakukan interaksi dan menyesuaikan diri dengan identiti Melayu apabila bersama dengan masyarakat Melayu. Hal ini dilakukan melalui penceritaan tentang beliau yang pintar dalam pengajian al-Quran dan pengajian agama Islam, kehidupan yang diikutinya sama seperti kebiasaan yang dilalui oleh orang Melayu. Beliau menceritakannya supaya orang Melayu dapat menerimanya sebagai orang yang berpengetahuan tentang agama Islam. Identiti yang cuba dibangunkannya ialah

44 identiti sebagai seorang Melayu yang mengamalkan tradisi Melayu, seperti belajar mengaji dan memahami agama Islam. Dalam rundingan ini, masyarakat Melayu menerima beliau sebagai seorang Melayu dan seterusnya sebagai guru yang menguasai ajaran agama Islam dan beberapa bahasa.

Abdullah Munsyi berinteraksi dengan masyarakat Melayu supaya masyarakat

Melayu menerimanya menjadi sebahagian masyarakat tersebut dan beliau mendapat manfaat daripada penerimaan ini. Beliau akan merundingkan identitinya sebagai orang Melayu tempatan apabila mendekati orang Melayu, bukan sebagai Peranakan

Keling yang berdarah campuran Melayu dan India Muslim. Untuk mendekati masyarakat Inggeris pula Abdullah Munsyi melakukan proses dan rundingan tertentu pula supaya pihak Inggeris dapat menerimanya dalam kalangan mereka.

Bagaimanakah Abdullah Munsyi melakukan semua rundingan ini?

Untuk menjawab pertanyaan ini, terdapat dua konsep yang berada dalam teori rundingan identiti yang perlu difahami. Konsep yang pertama ialah self verification yang diterjemahkan dan dipadankan dalam bahasa Melayu menjadi verifikasi kendiri dan konsep kedua ialah behavioral confirmation yang dipadankan dengan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai pengesahan gelagat manusia.

1.7.2 Verifikasi Kendiri

Konsep self verification diterjemahkan sebagai verifikasi kendiri. Verifikasi kendiri ialah konsep yang memberi tumpuan kepada psikologi manusia untuk diketahui dan

45 mengetahui orang lain. Apabila seseorang telah membina satu kepercayaan yang kukuh tentang dirinya maka dia berharap orang lain akan melihat dirinya seperti yang diingininya. Verifikasi kendiri merupakan konsep yang menjelaskan cara seseorang itu mahu orang lain melihat dirinya seperti yang dikehendakinya. Di sini dipetik beberapa pengertian tentang verifikasi kendiri.

Menurut North & Swann,(2009: 132) verifikasi kendiri ialah:

… self-verification is represented by various benefits, including both direct (affecting the individual, him- or herself) and indirect benefits (affecting the individual by influencing his or her relationships or environment).

Petikan di atas menyatakan bahawa verifikasi kendiri mengandungi pelbagai faedah langsung dan tidak langsung kepada individu iaitu faedah yang melibatkan hubungan individual dan persekitarannya . Oleh yang demikian seseorang yang membuat verifikasi kendiri ini akan memperoleh beberapa keuntungan, membuat verifikasi kendiri bukan langkah yang sia-sia. Di sini North, & Swann (2009: 132) menegaskan kenyataan seperti yang berikut:

Direct benefits of self-verification include psychological coherence, reduced anxiety, and improved health. Indirect benefits include greater intimacy and trust in relationships and more harmonious social interactions.

Verifikasi kendiri ini dapat difahami bahawa faedah yang diperoleh daripada verifikasi kendiri melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan psikologi, mengurangkan kebimbangan dan memperbaik tahap kesihatan. Jika seseorang mengambil langkah membuat verifikasi kendiri, beliauakan memperoleh pula kebaikan secara tidak langsung seperti keakraban yang lebih baik dalam

46 perhubungan sesama manusia dan lebih harmoni dalam urusan interaksi sosial.

North, R.J & Swann, W.B Jr (2009: 132) menyatakan:

The light side of self-verification is represented by various benefits, including both direct (affecting the individual, him- or herself) and indirect benefits (affecting the individual by influencing his or her relationships or environment).

Verifikasi ini jika dilakukan akan mendatangkan pelbagai faedah kepada orang yang melakukannya. Faedah-faedah yang diperoleh sudah tentu bermanfaat dalam kehidupan seseorang. Oleh hal yang demikian, satu bentuk persiapan seharusnya dilakukan oleh seseorang sebelum berinteraksi dengan pihak lain jika beliau berhajat akan sesuatu sebagai hasil interaksinya dengan golongan sasarannya itu. Sebagai contoh, persiapan Abdullah Munsyi berinteraksi dengan orang Melayu adalah dengan menyatakan bahawa beliau pernah melalui sistem pendidikan tradisi yang baik-baik seperti orang Melayu, iaitu mengaji al-Quran, menerima pendidikan agama

Islam dan menyampaikan pedoman hidup kepada orang Melayu. Beliau berharap orang Melayu dapat menerima identitinya sebagai seorang Muslim yang berpengetahuan dalam bidang agama dan penulisan serta menguasai bahasa Melayu tinggi. Dengan penerimaan dan pengesahan sebagai orang yang berkebolehan daripada masyarakat Melayu maka ramailah orang Melayu yang pergi kepada

Abdullah Munsyi untuk mendapatkan apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau.

Dalam hal ini, Abdullah Munsyi mahu orang Melayu menerima beliau masih seorang

Muslim yang beriman walaupun beliau membantu orang Kristian menterjemah dan mengedit kitab Injil. Melalui perbuatan verifikasi kendiri ini, seseorang itu dapat

47 menghidupkan pandangan kendirinya dan seterusnya memperkasa identitinya.

Bagaimanakah konsep ini dilaksanakan oleh Abdullah Munsyi? Kupasan yang lebih terperinci akan dapat ditemui apabila membaca kajian ini dalam bab analisis kajian ini.

1.7.3 Pengesahan Gelagat

Seterusnya ialah konsep ‘behavioral confirmation’ yang diterjemahkan sebagai pengesahan gelagat, ialah sebuah konsep yang menggalakkan orang lain mengesahkan atau mengiktiraf kelakuan seseorang atau kelompok tertentu yang disasarkan seperti yang dikehendaki. Pengesahan gelagat untuk kajian ini bermaksud orang seperti Abdullah Munsyi akan menyatakan gelagat orang atau golongan yang menjadi sasarannya, iaitu orang Melayu atau orang Inggeris melalui kisah-kisah yang diceritakannya, sama ada negatif atau positif. Orang lain akan mempercayai, mengiakan, menyetujui atau mengakui apa-apa yang diharapkan oleh Abdullah

Munsyi seperti yang dimahukan. Pengesahan gelagat menurut Swann, William B. &

Robin J. El (1984: 1287):

Refer to instances in which simply believing something to be true could lead people to behave in ways that cause the belief to come true.

Petikan ini menyatakan bahawa maksud pengesahan gelagat juga adalah seperti mempercayai seolah-olah sesuatu yang digambarkan itu memang benar-benar begitu, dapat menjadikan seseorang akan berkelakuan sesuai dengan cara yang dipercayai oleh beliau adalah benar.

48

Seterusnya Snyder & Klein (2004: 1) menyatakan:

When individuals (as perceivers) hold expectations about other people (as targets), they can elicit from these targets behaviors that are consistent with their expectations, even if these expectations are independent of the target’s real characteristics.

Dalam hal ini, apabila individu mengharapkan sesuatu daripada orang lain, dia akan menyesuaikan dirinya dengan tingkah laku orang sasarannya itu. Untuk memperjelas maksud ini, lihat kenyataan seterusnya yang dibuat oleh Snyder & Klein (2004: 3):

It is not difficult to imagine an American soldier serving in Iraq holding negative expectations about the Iraqi people. This soldier might believethat the people of Iraq are extremely aggressive and do not adhere to the same moral standards as Americans. In dealing with individual Iraqis, this soldier may act in offensive ways, perhaps by threatening them physically, or by placing them in degrading postures. As a result of being treated in such a fashion, these Iraqis may in turn experience heightened hostility towards this soldier. As a consequence, given the opportunity, these Iraqis may actually act in aggressive ways towards this soldier and other Americans. If so, the American soldier’s expectations may be confirmed as a result of interactions with Iraqis.

Kisah ini tidak sukar dibayangkan, seperti kes tentera Amerika yang menyerang Iraq yang telah dibekalkan dengan satu persepsi tentang warga Iraq, iaitu semua orang

Iraq ganas dan agresif. Para tentera yang ditanam dalam minda mereka dengan persepsi negatif ini akan bertindak berasaskan persepsi ini apabila mereka sampai di

Iraq. Demikianlah hasil yang diperoleh daripada pengesahan gelagat yang dikehendaki oleh pihak Amerika. Sebagai tambahan, Snyder & Olivier (2004: 3) menyatakan:

… a belief that was "subjectively" real (from the American soldier’s perspective) instigated a series of behaviors on the part of the perceiver (the soldier) and these behaviors induced the targets of these expectations (individual Iraqis) to enact the perceiver's initial beliefs, thereby making them "objectively" real.

49

Sesuatu yang dipercayai benar dari perspektif tentera Amerika mempengaruhi gelagat dan tingkah laku tentera itu terhadap orang Iraq seperti yang dikehendaki oleh pihak Amerika.

Dalam kajian terhadap tiga buah karya Abdullah Munsyi, didapati Abdullah Munsyi secara kritis telah membicarakan persoalan adat dan amalan yang diamalkan oleh beberapa masyarakat tempatan, begitu juga adat dan amalan yang diamalkan oleh orang Inggeris. Dalam memperkatakan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat

Melayu, Abdullah Munsyi membuat perbandingan melalui beberapa peristiwa.

Sebagai contoh, satu daripadanya ialah perihal gelagat orang Melayu yang mempercayai tahyul, hantu dan perkara ghaib, iaitu mereka mempercayai tembok

Tranquerah Melaka itu kukuh kerana ada hal-hal mistik di sebalik tembok itu. Tiba- tiba dalam sekelip mata tembok tersebut dirobohkan oleh Farquhar dengan bahan ledakan tanpa sedikit pun rasa takut. Hal ini membuktikan betapa beraninya Inggeris dan teruknya kepercayaan orang Melayu bahawa tembok itu berpenunggu. Abdullah

Munsyi mengambil contoh gelagat keberanian Inggeris sebagai yang baik dan contoh gelagat ketakutan pada hantu atau penunggu yang ada pada budaya Melayu buruk.

Kelihatan kenyataan Abdullah Munsyi menyebelahi tindakan Farquhar. Hal ini pasti mendapat tempat di hati Inggeris kerana kenyataan ini telah memberikan satu perspektif kepercayaan bahawa Inggeris lebih baik daripada orang Melayu. Hal ini sama seperti kenyataan yang diungkapkan oleh Snyder, Mark & Klein, Olivier

(2004) tentang pengetahuan yang dibekalkan kepada tentera Amerika terhadap orang

Iraq.

50

Cerita yang membicarakan hal ehwal kehidupan orang Melayu ketika itu yang dibuat oleh Abdullah Munsyi ialah satu bentuk pengesahan gelagat terhadap masyarakat

Melayu juga. Secara sepintas lalu kita dapat menyatakan bahawa begitulah kehidupan orang Melayu. Namun begitu, jika dilihat dari perspektif verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat dapat dikesan bahawa Abdullah Munsyi telah mempunyai satu persepsi tentang orang dan masyarakat Melayu yang mendiami Melaka dan

Singapura pada ketika itu. Pihak pembaca pula yang disajikan dengan kisah-kisah yang diceritakan Abdullah Munsyi itu pasti ada yang bersetuju dengan pengesahan gelagat Melayu yang dinyatakan oleh Abdullah Munsyi.Tidak hairanlah pula jika ada pihak yang memihak kepada Inggeris kerana mendapat maklumat melalui karya

Abdullah Munsyi tentang orang Melayu dengan pandangan yang sedemikian. Kajian pula melihat Abdullah Munsyi dari sudut konsep pengesahan gelagat, iaitu Abdullah

Munsyi melakukan semua tindakan itu kerana mempunyai tujuan yang tertentu pula.

Tanpa merendahkan kajian dan pengkaji sebelumnya, ada antaranya yang telah mendukung pandangan Abdullah Munsyi tentang masyarakat Melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Munsyi. Mereka ini secara sedar atau tidak telah berada di dalam kotak yang telah digarapkan oleh Abdullah Munsyi tentang orang

Melayu, iaitu gelagat orang Melayu sebagaimana yang ditetapkan dan dikehendaki oleh Abdullah Munsyi. Dalam hal ini, Abdullah Munsyi akan dilihat berbeza dan istimewa berbanding dengan orang Melayu kebanyakan yang lain kerana beliau telah membuat verifikasi dirinya dan membuat pengesahan yang jelas tentang gelagat orang Melayu yang membezakan dirinya dengan orang Melayu.

51

Konsep pengesahan gelagat seterusnya menyebabkan khalayak pembaca memiliki sebuah gambaran tentang isu yang dibawa oleh Abdullah Munsyi, iaitu ketinggalan

Melayu dan kemodenan yang dibawa oleh Inggeris. Kenyataan terhadap gelagat orang lain adalah seperti kekagumannya melihat gelagat Inggeris, kelucuannya melihat gelagat orang tempatan, terutama Melayu seterusnya kaum lain seperti Cina dan Peranakan Keling. Dalam hal ini Abdullah Munsyi sendiri sedang memaparkan gelagatnya kepada kita melalui karyanya.

52

Secara keseluruhannya, aplikasi teori rundingan identiti bersama-sama dua konsep, iaitu pengesahan gelagat dan verifikasi kendiri terhadap karya-karya Abdullah

Munsyi dapat digambarkan seperti rajah berikut:Rajah 1.1: Rundingan Identiti

Abdullah Munsyi

Abdullah Munsyi

Verifikasi Pihak Melayu Pengesahan kendiri tempatan, bukan gelagat Melayu dan Inggeris

Hasil yang dicapai

Rajah ini menunjukkan rundingan identiti yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi semasa berinteraksi dengan pihak tertentu. Abdullah Munsyi muncul sebagai narator dan bintang atau watak utama dalam karya-karyanya.

53

1.8 Kaedah Kajian

Kajian ini mengaplikasikan kaedah eklektik (eclectic), iaitu gabungan kaedah analisis teks, kaedah kepustakaan dan sumber daripada internet. Tiga buah teks karya

Abdullah Munsyi yang dipilih ialah Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan dan Kisah Pelayaran

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekah. Ketiga-tiga teks yang dikaji akan diteliti persoalan-persoalan yang berkaitan dengan rundingan identiti pengarangnya, iaitu Abdullah Munsyi sewaktu beliau menyampaikan ceritanya.

Analisis teks yang dimaksudkan ialah gabungan aspek intrinsik dan ekstrinsik daripada autobiografi dan travelog Abdullah Munsyi. Dari segi intrinsik, Hikayat

Abdullah Munsyi, Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari

Singapura Sampai ke Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul kadir

Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekah aspek intrinsik yang diambil adalah daripada petikan peristiwa, watak, latar dan gaya bahasa yang digunakan dalam teks terpilih Abdullah Munsyi. Analisis dari sudut ekstrinsiknya pula ialah pembicaraan dan kupasan tentang rundingan identiti yang terjadi antara Abdullah Munsyi dengan pihak tertentu semasa beliau berinteraksi, seterusnya hasil yang diperoleh Abdullah

Munsyi setelah berinteraksi dengan pihak tersebut.

Kajian kepustakaan pula merangkumi bahan teori dan rujukan berbentuk buku yang diperoleh dari perpustakaan atau daripada buku atau bahan koleksi peribadi. Kaedah kepustakaan termasuk juga sumber daripada internet untuk mempelajari dan

54 memahami teori serta kajian lepas tentang Abdullah Munsyi. Teori rundingan identiti yang diaplikasikan diperoleh daripada beberapa bahan rujukan yang tidak terbatas pada rujukan disiplin ilmu sastera sahaja dan datang dalam pelbagai bentuk, ada yang berbentuk buku, jurnal atau artikel yang terdapat di mana-mana sumber pustaka yang membincangkan perundingan identiti, termasuklah sumber yang bukan membicarakan sastera.

Untuk mencari sumber atau pembahasan terkini hal yang ada hubungannya dengan kajian ini sama ada yang bersifat teori atau pembicaraan yang berkaitan dengan

Abdullah Munsyi, pengkaji mencarinya melalui laman sesawang, tulisan, artikel atau esei yang dapat diakui dan dipercayai berdasarkan tatacara penulisan akademik, dimuat turun dan dimasukkan ke dalam bibliografi.

1.9 Perkembangan Bab

Kajian ini disusun menjadi lima bab. Bab 1 ialah bab pendahuluan yang akan membincangkan pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, batasan kajian, kupasan kajian lepas, metodologi kajian dan perkembangan bab. Bab 1 juga mengandungi teori dan konsep yang berkaitan dengan rundingan identiti secara mendalam, kritis dan meluas.

Bab 2 membincangkan latar belakang yang merangkumi asal usul kelahiran, keturunan dan kedudukan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dalam dunia sastera

Melayu. Secara terperinci bab ini akan mengupas cara Abdullah Munsyi menceritakan beberapa peristiwa yang melibatkan perkenalan latar belakang, asal

55 usul keturunan, pendidikan, pekerjaan yang dilakukan dan karya-karya yang telah diusahakan oleh beliau sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bab 3 mengkaji rundingan identiti melalui konsep verifikasi kendiri yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi dengan masyarakat sekelilingnya, iaitu masyarakat Melayu tradisional dan tempatan sekitar Melaka, Singapura, Kelantan, Pahang dan

Terengganu, golongan lain seperti Cina dan Peranakan Keling serta seterusnya orang

Barat, iaitu Inggeris. Bagaimanakah Abdullah membuat verifikasi kendiri apabila berada dalam golongan orang Melayu yang terdiri daripada golongan pembesar dan golongan biasa, orang Cina dan Peranakan Keling? Bab ini seterusnya meneliti hasil yang diperoleh oleh Abdullah Munsyi daripada berinteraksi dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tertentu tentang masyarakat Melayu, Inggeris, Cina dan lain- lain sebagai hasil rundingan identiti yang dibuat oleh beliau. Seterusnya, bab ini juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan cara penerimaan masyarakat, sama ada Melayu atau Inggeris terhadap verifikasi kendiri Abdullah Munsyi berdasarkan nilai dan adat resam masyarakat yang hendak digaulinya.

Bab 4 memperkatakan konsep pengesahan gelagat yang dibuat oleh Abdullah

Munsyi apabila berinteraksi dan berhubungan dengan masyarakat Melayu di sekitar kehidupannya di Melaka, Singapura, Kelantan, Pahang dan Terengganu, diikuti oleh golongan lain seperti Cina, Peranakan Keling seterusnya orang Barat, iaitu Inggeris.

Selanjutnya, bab ini membincangkan hal yang berkaitan dengan cara penerimaan masyarakat Melayu dan Inggeris apabila Abdullah Munsyi memasuki ruang kehidupan mereka.

56

Bab 5 ialah bab kesimpulan yang membincangkan kesimpulan secara menyeluruh tentang kajian rundingan identiti seperti yang terpancar dalam karya terpilih yang ditinggalkan oleh Abdullah Munsyi kepada kita. Dengan adanya verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat, Abdullah Munsyi telah mewariskan satu persepsi tentang dirinya yang semua orang kenali seperti yang dikehendaki oleh beliau dan persepsi tentang orang lain yang diperhatikannya. Walaupun pada masa yang sama orang sebenarnya bebas menilai siapa sebenarnya Abdullah Munsyi tetapi satu hal yang pasti tidak ialah semua tidak akan lepas daripada berbekalkan kisah-kisah yang telah ditinggalkan oleh Abdullah Munsyi juga. Melalui konsep verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat, para pembaca telah dibekalkan oleh Abdullah Munsyi untuk menilai sesuatu budaya dan masyarakat tertentu seperti yang dikehendaki oleh beliau. Seterusnya,kita mengetahui pandangan orang lain juga yang melihat gelagat

Abdullah Munsyi seperti yang diceritakan. Dalam hal ini, kita bebas untuk percaya atau tidak dengan verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat yang dibuat oleh

Abdullah Munsyi berkaitan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau terhadap orang Melayu dan golongan bukan Melayu. Kajian ini ialah sebuah lagi kajian akademik tentang Abdullah Munsyi yang dihasilkan dengan menggunakan teori rundingan identiti yang mengkaji sudut kehidupan beliau yang unik. Kita akan mendapat ilmu tambahan tentang kehidupan Abdullah Munsyi bersama masyarakat ketika itu.

57

BAB 2

Latar Belakang Abdullah Munsyi

2.0 Pengenalan

Latar belakang Abdullah Munsyi dalam kajian ini sangat penting untuk dibincangkan. Hal ini demikian kerana pemahaman terhadap latar belakang

Abdullah Munsyi dapat membantu kita menjelaskan beberapa persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini. Oleh hal yang demikian, bab ini akan meneliti latar belakang Abdullah Munsyi secara khusus untuk melihat perkembangan kehidupan beliau yang menjadi pemangkin mempengaruhi tindakannya dalam kehidupannya.

Maklumat latar belakang Abdullah Munsyi diperoleh menerusi kenyataan yang dibuat oleh beliau sendiri dalam karya-karyanya. Selain itu, data tentang latar belakangnya juga diselidiki dengan menggunakan gabungan pelbagai kaedah dan sumber rujukan. Sumber data antaranya diperoleh daripada para sarjana yang pernah mengkaji dan memperkatakan Abdullah Munsyi, khususnya hal yang berkaitan dengan latar belakang beliau.

2.1 Latar Belakang Kelahiran

Latar belakang tarikh lahir dan kelahiran Abdullah Munsyi menurut Kassim Ahmad yang dinyatakan dalam (Abdullah Munsyi, 2004: xix), ditentukan berdasarkan kalendar tahun Masihi. Kalendar Masihi menunjukkan Abdullah Munsyi dilahirkan pada 12 Ogos 1796 di Melaka. Latar belakang dan tarikh kelahiran Abdullah

58

Munsyi yang dinyatakan oleh beliau sendiri pula dalam Hikayat Abdullah adalah seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 12):

Kepada tarikh sanat 1211 tahun, kepada tujuh hari bulan Safar, hari Ahad siang hari, ketika syamsu, iaitu lepas daripada delapan bulan Inggeris mengambil Melaka dari tangan Holanda. Maka namanya raja Inggeris itu Mejar Cook dan nama injinirnya Tuan Farquhar. Syahdan, adalah nama kampung tempat aku diperanakkan itu Kampung Pali, iaitu dengan bahasa Keling, maka ertinya kampung Masjid.

Berdasarkan petikan di atas, dapatlah diketahui bahawa Abdullah Munsyi dilahirkan di sebuah kampung yang bernama kampung Pali, di negeri Melaka. Beliau dinamai

Abdullah oleh bapanya. Bapa Abdullah Munsyi bernama Abdul Kadir dan nama ibunya ialah Salmah. Abdullah Munsyi ialah anak yang kelima, iaitu anak bongsu daripada lima bersaudara1. Empat saudara yang dilahirkan sebelumnya ialah lelaki semuanya.

Dalam autobiografi Hikayat Abdullah, kita dibekali dengan cerita asal usul keturunan Abdullah Munsyi yang dapat ditelusuri sehingga ke moyangnya kerana

Abdullah Munsyi telah menceritakan kronologi keluarga beliau dalam Hikayat

Abdullah dengan baik. Secara keseluruhannya keturunan beliau dapat dikesan bermula daripada moyang lelaki sebelah bapanya yang bernama Syeikh Abdul Kadir berketurunan Arab Yaman, beliau ini ialah seorang guru agama Islam dan bahasa

(dipercayai bahasa Arab) merantau ke Nagore, India (Tanah Keling, frasa yang digunakan oleh Abdullah Munsyi). Seterusnya, moyangnya yang bernama Syeikh

Abdul Kadir itu menikahi moyang perempuannya di India. Hasil pernikahan itu

1 Kassim Ahmad (2004) dan Amin Sweeney (2005) pernah mengeluarkan kenyataan tentang kedudukan Abdullah Munsyi adik-beradik. 59 lahirlah datuk Abdullah Munsyi yang bernama Muhammad Ibrahim. Abdullah

Munsyi menyatakan, bermula daripada Muhammad Ibrahim keturunannya mula berhijrah ke Melaka. Datuk Abdullah Munsyi, iaitu Muhammad Ibrahim menikahi neneknya yang bernama Peryaci, seorang keturunan Peranakan Keling juga. Hasil pernikahan ini lahirlah bapa Abdullah Munsyi yang diberi nama Abdul Kadir, iaitu nama yang serupa dengan nama moyang lelakinya (supaya tidak keliru). Menurut

Abdullah Munsyi dalam autobiografinya Hikayat Abdullah, bapanya pernah bekerja sebagai guru agama, jurutulis dan peniaga di sekitar Melaka.

Jika diteliti silsilah keluarga Abdullah Munsyi yang diberikan kepada para pembaca hikayatnya, kesimpulan yang dapat diambil ialah Abdullah Munsyi secara jelas menunjukkan bahawa beliau berketurunan darah campuran.

2.2 Latar Belakang Kanak-kanak

Dalam Hikayat Abdullah diceritakan kisah Abdullah Munsyi semasa kanak-kanak, yang dibesarkan oleh ibu dan neneknya kerana ada ketika tertentu bapanya akan keluar berniaga di luar kawasan Melaka. Buktinya, Abdullah Munsyi menyatakan

(Abdullah Munsyi, 2004: 16):

… maka bondaku pun duduklah bersama-sama dengan nenekku itu serumah sebab pada masa itu bapaku sudah berlayar pergi berniaga ke Siak karena perniagaan terbuka dalam negeri Siak atau Pekan Baru, sehingga berpikul-pikul emas yang datang dari sana ke Melaka dalam setahun.

60

Menurut ceritanya,2 selama beliau berada di bawah penjagaan nenek dan ibunya,

Abdullah Munsyi telah diajar mengaji al-Quran dengan penuh kasih sayang sehingga beliau amat manja dengan nenek dan ibunya. Abdullah Munsyi menyatakan nenek dan ibunya tidak pernah memukulnya kerana keadaan kesihatannya semasa kanak-kanak tidaklah begitu baik atau dengan kata lain beliau sering sakit.

Menurut cerita Abdullah Munsyi, oleh sebab semasa usianya masih kanak-kanak beliau tidak belajar mengaji al-Quran dengan tekun kerana dimanjakan oleh neneknya, bapanya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain dan membawa beliau bersama-sama. Menurut cerita Abdullah Munsyi3 lagi, Abdul

Kadir, seorang bapa yang sangat tegas telah mengarahkannya pergi mengaji al-

Quran setiap pagi dan menyambung belajar dengannya pada sebelah malam.

Abdullah Munsyi menyatakan bahawa bapanya sangat garang dan sekiranya beliau melakukan kesalahan semasa belajar menulis, bapanya akan menghukum dan memukulnya. Dalam Hikayat Abdullah, beliau menceritakan satu peristiwa, iaitu peristiwa sewaktu beliau leka bermain layang-layang hingga mengabaikan aktiviti mengaji al-Quran. Apabila hal tersebut diketahui oleh bapanya, Abdullah dipukul dan dihukum oleh bapanya. Layang-layang tersebut digantung pada lehernya dan seterusnya beliau diarahkan pergi mengaji al-Quran dengan layang-layang yang tergantung pada lehernya.4 Tindakan bapa Abdullah Munsyi ini dapatlah diterjemahkan sebagai satu pengajaran untuk mendatangkan rasa malu kepada

Abdullah Munsyi yang leka bermain layang-layang dan mengabaikan kelas mengaji

2 Hikayat Abdullah. (2004:15) 3 Dalam Hikayat Abdullah (2004:16) (beberapa cetakan) Abdullah Munsyi konsisten menyebut ketegasan bapanya terhadap beliau. 4Hikayat Abdullah. (2004:16) 61 al-Quran. Walaupun begitu, Abdullah Munsyi ialah seorang anak yang cerdas dan kecerdasannya terbukti apabila beliau sudah khatam al-Quran ketika usianya masih kanak-kanak. Situasi zaman kanak-kanak yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi menggambarkan bahawa beliau dibentuk untuk menjadi orang yang berilmu.

2.3 Latar Belakang Remaja

Abdullah Munsyi dalam karya Hikayat Abdullah menyatakan bahawa beliau sudah boleh membaca dan menulis dengan baik pada usia muda. Kerjaya Abdullah Munsyi yang berkaitan dengan tulis-menulis dan salin-menyalin bermula daripada kegiatan mengambil upah menyalin kitab al-Quran untuk supai atau askar British dari India yang beragama Islam. Pada ketika itulah menurut Abdullah Munsyi, beliau mulai dikenali dalam kalangan askar pendatang India yang dibawa oleh Inggeris. Walau bagaimanapun, menurut Abdullah Munsyi, beliau mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan askar India Inggeris yang beragama Islam itu kerana tidak memahami bahasa mereka, iaitu bahasa Hindi. Keluhan Abdullah adalah seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2044: 31):

… adalah suatu susah kepada aku sebab tiada tau bahasa Hindustan itu, melainkan jikalau hendak bercakap dengan mereka itu, bermain tangan sahaja seperti orang bisu.

Begitulah keluhan Abdullah Munsyi pada awal kerjayanya menyalin kitab untuk askar India British yang beragama Islam di Melaka.

Oleh sebab kekangan bahasa, Abdullah Munsyi mengambil keputusan untuk menemui orang besar atau ketua tentera tersebut dan memberitahu kesukarannya itu.

62

Akhirnya beliau dipelawa untuk mempelajari bahasa Hindi. Abdullah Munsyi berpindah ke kota Melaka kerana di situ beliau boleh mempelajari bahasa Hindi.

Sebagai balasannya, beliau mengajarkan bahasa Melayu kepada askar India yang beragama Islam dan menyalinkan al-Quran untuk mereka di situ5.

Interaksi Abdullah Munsyi dengan pihak ini berlangsung selama kira-kira tiga empat tahun,6 iaitu beliau bergaul dengan askar tersebut dan mempelajari bahasa

Hindi. Abdullah Munsyi akhirnya mampu berbahasa Hindi. Sebagai hasil interaksi

Abdullah Munsyi dengan pihak ini, beliau diberikan gelaran “munsyi” yang diambil daripada bahasa Hindi yang bermaksud guru atau pengajar dalam bahasa Melayu.

Muncullah di Melaka seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Abdul Kadir yang mendapat gelaran munsyi dan dikenali sebagai Abdullah Munsyi sehingga sekarang.

2.4 Latar Belakang Dewasa

Dalam karya autobiografi Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi menyatakan sebagai orang yang memiliki status Munsyi, beliau perlu meneruskan pencapaian yang lebih tinggi ilmu tulis-menulis dalam bahasa Melayu pula. Beliau diminta oleh bapanya supaya mempelajari bahasa Melayu tinggi (bahasa Melayu tinggi yang dimaksudkan

Abdullah Munsyi ialah bahasa seperti yang digunakan dalam hikayat Melayu) daripada beberapa orang bangsawan Melayu yang berpengetahuan dalam bahasa

Melayu. Antara yang disebut oleh Abdullah Munsyi (2004) ialah Dato’Sulaiman dan

Dato’Astur. Beliau akan merujuk kedua-dua orang ini jika tidak memahami maksud

5Tindakan berpindah oleh Abdullah Munsyi ini menyakinkan pengkaji bahawa beliau bukan kanak- kanak lagi. 6Begitulah caranya Abdullah Munsyi (2004) menyatakan tempoh interaksi beliau dengan pihak Hindustan. 63 perkataan yang dibaca dalam hikayat Melayu yang disalinnya. Pada usia dewasa,

Abdullah Munsyi (2004) menyatakan bahawa beliau gemar membaca hikayat

Melayu kerana baginya terdapat unsur keindahan pada bahasa Melayu dalam hikayat, sebagai contoh simpulan bahasa, bahasa kiasan, rangkai kata dan sebagainya. Walaupun berminat membaca hikayat, Abdullah Munsyi menghadapi masalah untuk memahaminya, sebagai jalan penyelesaiannya beliau pergi berguru dengan Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur. Menurutnya (Abdullah Munsyi, 2004: 36-

37):

... barang perkataan baharu yang ada bertemu dalam kitab-kitab dan hikayat atau syair, maka dengan segeranya pergilah aku mendapatkan salah seorang daripada mereka itu dengan beberapa hormat dan merendahkan diri bertanyakan ertinya perkataan itu dan gunanya. Maka terkadang dijadikan tertawa oleh mereka itu sebab satu perkataan aku pergi begitu jauh antara rumahnya dengan rumahku …

Begitulah cara Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Melayu, iaitu dengan membaca hikayat Melayu7 dan berguru kepada dua orang guru itu. Apabila ada perkataan atau rangkai kata yang tidak difahaminya, beliau akan menanyai tokoh tersebut dan melalui cara inilah Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu tinggi yang dimaksudkan oleh Abdullah Munsyi ialah bahasa Melayu seperti yang digunakan dalam hikayat Melayu. Melalui inisiatif ini lama-kelamaan Abdullah Munsyi pun menjadi lebih arif dalam bahasa Melayu tinggi.

Pada usia dewasanya juga, Abdullah Munsyi berkesempatan mendekati seorang pegawai tinggi Syarikat Hindia Timur Inggeris berpangkat Leftenan Gabenor yang

7 Hikayat dahulu kala dan karangan orang tua-tua (Abdullah Munsyi, 2004: 36). 64 bernama Thomas Stamford Raffles dan bekerja dengannya. Beliau diberikan kepercayaan oleh Thomas Stamford Raffles untuk berkhidmat sebagai penyalin hikayat Melayu untuk Raffles. Interaksinya dengan Raffles telah menimbulkan semangat Abdullah Munsyi untuk mempelajari bahasa Inggeris. Selain Raffles,

Abdullah Munsyi mendapat galakan untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada

Lord Minto. Untuk urusan pembelajaran bahasa Inggeris pula, Abdullah Munsyi mendekati seorang paderi bernama Milne. Menurut Abdullah Munsyi (2004: 98):

… teringat akan pesanan Tuan Lord Minto, dan Tuan Raffles pun ada berkata “kalau engkau belajar bahasa Inggeris, terlalu banyak gunanya kemudian.”

Pertemuan Abdullah Munsyi dengan paderi Milne iaitu seorang misionaris Kristian untuk belajar bahasa Inggeris di Melaka telah membuka jalan kepada satu rundingan. Hasilnya, Abdullah Munsyi dan paderi Milne bersepakat dan bersetuju dengan syarat-syarat yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu pertukaran kemahiran dan ilmu. Keputusan perundingan itu ialah Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Inggeris daripada Milne dan sebagai pertukarannya paderi

Milne akan diajarkan bahasa Melayu pula oleh Abdullah Munsyi. Pertemuan dengan paderi Milne dapat dikatakan memberikan peluang kerjaya kepada Abdullah

Munsyi. Menurut Abdullah Munsyi (2004), daripada interaksi itu beliau telah diberikan sebuah kitab Injil berbahasa Melayu yang diusahakan oleh pihak Belanda di Betawi. Paderi Milne menyerahkan satu naskhah Injil kepada Abdullah dan meminta Abdullah Munsyi memeriksa laras bahasa Melayu yang digunakan dalam kitab itu. Abdullah Munsyi yang pada masa itu telah menguasai bahasa Melayu dengan baik menyatakan bahawa terlalu banyak kesalahan tatabahasa Melayu dalam kitab tersebut. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu yang digunakan untuk

65 menterjemahkan Injil tersebut ialah bahasa Melayu yang dituturkan di Betawi dan menurut Abdullah Munsyi bahasa Melayu tersebut bukan bahasa Melayu yang betul8.

Komen Abdullah Munsyi terhadap bahasa Melayu dalam kitab itu telah membuatkan paderi Milne tertarik padanya dan beliau telah diberikan kepercayaan oleh paderi tersebut untuk memperbetul terjemahan bahasa Melayu kitab berkenaan.

Abdullah Munsyi menerima tugas itu. Menurut Abdullah Munsyi (2004), keputusan menerima tugas mengedit bahasa Melayu dalam kitab Injil memberi kesan yang sangat besar kepada Abdullah Munsyi. Ekoran tindakan itulah beliau digelar sebagai

Abdullah Paderi. Gelaran ini merupakan satu cabaran hidup Abdullah Munsyi sewaktu dewasa. Beliau sekeras-kerasnya membantah tanggapan masyarakat Islam bahawa akidahnya sudah tergugat. Abdullah Munsyi (2004: 102) menyatakan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak beriman dengan kitab itu.

Kerja beliau hanya terbatas mengedit (membetulkan jalan bahasa) kitab Injil yang diberikan Milne. Keputusan Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Inggeris dan menerima tugas penyuntingan kitab Injil ini juga menjadi titik permulaan beliau benar-benar menekuni satu kerjaya yang tetap, iaitu sebagai munsyi atau guru bahasa yang bertugas mengedit bahasa Melayu kitab Injil serta mengajarkan bahasa

Melayu kepada pendakwah Kristian. Pekerjaan yang ditekuni Abdullah Munsyi ini menghasilkan pendapatan yang baik untuk menyara hidupnya.

8 “… Ada tuan baca itu kitab semalam?” Maka Jawabku, “Sudah, tuan”. Maka katanya “Adakah betul jalan bahasa Melayu begitu?” Maka jawabku, “Bukan, tuan” (Abdullah Munsyi, 2004: 102). 66

Semasa mempelajari bahasa Inggeris, Abdullah Munsyi menghadapi satu lagi cabaran hidup yang besar. Beliau menyatakan bahawa beliau menerima tentangan daripada bapanya sendiri kerana bapanya termakan hasutan orang yang dengki kepadanya. Menurut Abdullah Munsyi, bapanya dihasut dengan cerita kononnya agamanya akan rosak kerana mengikut adat Inggeris. Bapa Abdullah Munsyi akhirnya melarang beliau meneruskan hubungan dengan pihak paderi Milne. Namun begitu, halangan ini dapat diatasi apabila paderi Milne memujuk bapanya supaya membenarkan Abdullah Munsyi terus mempelajari bahasa Inggeris. Paderi Milne juga berusaha menambat hati bapa Abdullah Munsyi dengan mencadangkan supaya

Abdullah Munsyi berkahwin dan segala belanja akan ditanggung oleh paderi berkenaan. Tawaran ini telah melembutkan hati bapa Abdullah Munsyi yang garang itu. Petikan berikut menunjukkan persetujuan bapa Abdullah dengan cadangan

Milne (Abdullah Munsyi, 2004: 125):

“… Tuan buatlah bicara kahwinkan Abdullah.” Maka jawab bapaku, terima kasih tuan. Sahaya punya hati siang malam, tiadalah lain lagi, inilah suatu buku dalam perut sahaya karena dialah seorang saja anak ...

Setelah berkahwin Abdullah Munsyi mengambil keputusan untuk pergi ke

Singapura. Abdullah Munsyi meneruskan kerjanya dalam hal salin- menyalin naskah dan sibuk mengajarkan bahasa Melayu kepada orang asing kerana pada waktu itu

Singapura sedang dimajukan oleh Inggeris9. Abdullah Munsyi dalam Hikayat

Abdullah menyatakan beliau sesekali akan pulang ke Melaka untuk melawat sanak saudaranya. Hasil pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaannya di Singapura

9 “… adalah pula tiga tahun lamanya aku duduk tetap mengajar bahasa Melayu kepada segala saudagar-saudagar Inggeris yang muda-muda yang baharu datang ke Singapura.” 67 selalu dibelanjakan untuk bersuka ria bersama-sama saudara-mara. Pastinya kepulangan Abdullah Munsyi ke Melaka akan disambut oleh saudara-maranya.10

Abdullah Munsyi kekal sebagai seorang Islam yang berkemampuan. Hasil pekerjaannya mengajarkan al-Quran, mengedit dan menyalin sama ada hikayat lama atau Injil sangat membantu beliau dari segi pendapatan. Dalam travelog terakhirnya, iaitu kisah pelayarannya ke Mekah, Abdullah Munsyi menyatakan beliau mengambil keputusan untuk menyempurnakan Rukun Islam, iaitu mengerjakan haji di Mekah.

Ketika dalam perjalanan yang terakhir ini, Abdullah Munsyi menghasilkan satu lagi travelog. Travelog ini adalah tentang pelayaran Abdullah Munsyi untuk mengerjakan haji. Banyak juga yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi, namun travelog ke Mekah tidak sempat diselesaikannya kerana Abdullah Munsyi menghembuskan nafas terakhir di Mekah11. Travelog ini diberi judul Kisah

Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura sampai ke Mekah.

Karya ini dicetak dan diterbitkan oleh rakan-rakan paderinya yang berada di

Singapura untuk bacaan12.

Dalam kedewasaannya, Abdullah Munsyi menyatakan beliau bercita-cita untuk menulis sebuah buku panduan bahasa Melayu supaya dapat digunakan oleh orang

Melayu. Satu cita-cita yang besar juga dan semasa hayatnya Abdullah Munsyi berharap agar buku tersebut menjadi sumbangan kepada bangsa dan bahasa Melayu.

Abdullah Munsyi (2004: 270) menyatakan:

10 Berdasarkan kisah yang diceritakan oleh anak Abdullah Munsyi, iaitu Muhammad Ibrahim Munsyi (1919) dalam Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. 11 Amin Sweeney (2005) menyatakan Abdullah meninggal dunia di Mekah tidak lama sesudah beliau tiba di Mekah. 12 Amin Sweeny (2005). 68

Syahdan adapun pekerjaan yang kukehendaki membuat nahu dalam bahasa Melayu, iaitu hendaknya dikeluarkannya perkataan dari dalam bahasa Melayu juga, maka diaturkannya perkataan itu masing- masing dengan pangkat dan hukumnya.

Petikan ini menunjukkan Abdullah Munsyi bercita-cita hendak menulis buku seperti buku panduan tatabahasa Melayu supaya dapat menjadi rujukan kepada orang

Melayu. Petikan ini juga menggambarkan kedewasaan dan keinginan Abdullah

Munsyi untuk mengangkat bahasa Melayu pada kedudukan yang tertentu. Namun begitu, hasrat Abdullah Munsyi tidak kesampaian kerana kesibukan dalam pekerjaannya.13

Kedewasaan Abdullah Munsyi juga terlihat lagi dalam kenyataannya tentang seorang sahabat berbangsa Inggerisnya14 yang meminta Abdullah Munsyi mengarang cerita tentang diri Abdullah Munsyi sendiri. Abdullah Munsyi memenuhi permintaan sahabatnya itu dengan berusaha menulis karyanya yang berjudul Hikayat

Abdullah dengan menggunakan bahasa Melayu dengan gaya individualistik. Contoh gaya individualistik adalah dalam penggunaan kata ‘aku’ dan ‘ku’ sebagai kata ganti nama diri beliau. Menurut Abdullah Munsyi (2004: 3):

… adalah seorang sahabatku iaitu orang putih yang kukasihi akan dia: meminta sangat-sangat kepada aku, iaitu hendak mengetahui akan asal-usulku dan peri hikayat segala kehidupanku. Maka ia meminta karangkan satu kitab dengan bahasa Melayu.

Gaya bahasa seperti ini diakui sebagai gaya bahasa moden yang menjadi bentuk pertuturan yang biasa digunakan orang semasa berkomunikasi. Ciri-ciri penggunaan

‘aku’, ‘ku’ dan ‘sahaya’ melalui autobiografi dan travelognya dikategorikan sebagai

13 Hikayat Abdullah (2004: 271-273). 14 Menurut Amin Sweeney (2005) dan Skinner (1978) sahabat itu ialah Alfred North. 69 peralihan kepada sastera Melayu moden. Dalam autobiografi dan travelog Abdullah

Munsyi tidak lagi ditemui “kata sahibul hikayat” “kata yang empunya hikayat” seperti dalam hikayat Melayu tradisional. Karya-karya Abdullah Munsyi yang mengandungi peristiwa dan kisah kehidupan nyata yang disaksikannya ketika menjalani kehidupan bersama-sama masyarakat pada masa itu dikongsinya dengan semua15 orang. Oleh sebab ciri-ciri ini ada pada karya Abdullah Munsyi, sarjana

Barat seperti Emeis,M.G (1965), Gallop,Annabel (1989), Jan Van Der Putten (2006) menggelarkannya sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun begitu, berdasarkan kajian sarjana lain seperti Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1970), dalam kesusasteraan Melayu, Abdullah Munsyi dikategorikan sebagai salah seorang tokoh dalam zaman peralihan kesusasteraan Melayu Moden bukan sebagai “bapa” kerana sastera Melayu baharu/moden sudah bermula daripada sastera sufi seperti

Syair Dagang karya Hamzah Fansuri.

Abdullah Munsyi juga menghasilkan karya puisi, seperti Syair Singapura Terbakar dan Syair Kampung Gelam Terbakar. Kedua-dua buah puisi ini menceritakan peristiwa Abdullah Munsyi menyaksikan tragedi kebakaran besar berlaku di

Singapura, iaitu sebuah kisah benar, bukan syair yang mengandungi unsur dongeng kepahlawanan seseorang atau hal yang serupa dengannya. Walaupun begitu,

Abdullah Munsyi lebih berjaya dalam bidang prosa berbanding dengan puisi.

2.5 Kesimpulan

Para sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu, seperti Ismail Hussien (1974),

Anas Hj. Ahmad (1984), Skinner (1978), Kassim Ahmad (2004) Jan Van Der Putten

15 Persoalan kesahihan kisahnya telah dibincangkan dalam Bab 1. 70

(2006) dan beberapa orang lagi pada amnya bersetuju bahawa Abdullah Munsyi berada pada kedudukan tertentu dalam kesusasteraan Melayu. Menurut mereka

Abdullah Munsyi juga adalah salah seorang pengarang dalam kesusasteraan Melayu kerana beliau telah menghasilkan beberapa karya berbentuk prosa dan puisi dalam bahasa Melayu. Perkara seterusnya yang diperkatakan oleh para sarjana adalah tentang aspek pembaharuan dari segi gaya bahasa, penulisan kisah nyata dan catatan peristiwa tertentu yang tercatat dalam karya-karya Abdullah Munsyi. Hal ini menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi juga ialah salah seorang pengarang yang membawa perubahan kesusasteraan Melayu ke arah pembaharuan.

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa berdasarkan latar belakang kelahiran Abdullah bin Abdul Kadir ini secara keseluruhannya beliau memperkenalkan dan menyatakan sendiri bahawa keturunannya berdarah campuran

India, bukan Melayu asli dan Abdullah Munsyi menyebutnya sebagai Peranakan

Keling. Seterusnya, beberapa hal dapat difahami tentang diri Abdullah Munsyi termasuk pelajaran yang diperolehnya. Abdullah Munsyi dididik dan dibentuk oleh bapanya seolah-olah untuk menggantikan tempat beliau, iaitu meneruskan tradisi keluarganya menjadi orang yang boleh menulis, guru mengaji dan berniaga.

Abdullah Munsyi pula mendekatkan dirinya dengan golongan Barat, iaitu paderi dan pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mempelajari bahasa Inggeris dan bekerja dengan mereka. Tindakan Abdullah Munsyi ini ialah satu kelainan sedikit berbanding dengan bapanya iaitu beliau tidak berniaga. Kesempatan Abdullah

Munsyi menjalani kehidupan dan bekerja dengan Inggeris telah mempengaruhi cara dan pandangannya terhadap masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana pada masa yang sama Abdullah Munsyi perlu menjalani hidup dalam kalangan orang

71

Melayu yang merupakan kaum majoriti dan kaum pendatang lain di tempat beliau dilahirkan, iaitu di Melaka. Oleh itu, perdampingannya dengan orang Barat memberikan kelebihan kepadanya. Dengan mempelajari bahasa Inggeris, peluang

Abdullah Munsyi bersahabat dengan pihak Inggeris dan Barat yang lain (misalnya

Jerman dan Amerika) terbuka untuk beliau. Mereka telah menerbitkan karya- karyanya. Beliau ialah salah seorang karyawan dalam kesusasteraan Melayu yang terkenal. Abdullah Munsyi muncul dalam dunia kesusasteraan Melayu dan di

Nusantara pada zaman kedatangan pengaruh dan kuasa penjajah Barat. Pembahagian kekuasaan dua kuasa Barat iaitu Inggeris dan Belanda telah membentuk landskap dunia Melayu bukan sahaja dari segi pemisahan wilayah politik malah perkembangan pelbagai sistem di rantau, ini termasuklah persuratan Melayu16.

16 ILBS (2005: 47) merujuk hal ini pada Persetiaan Inggeris Belanda. Hasilnya, wujud batas politik antara negara Indonesia dengan Malaysia yang sekali gus memisahkan perkembangan dan mewujudkan perbezaan dari sudut bahasa dan persoalan sastera moden. 72

BAB 3

Verifikasi Kendiri

3.0 Pengenalan

Bab ini mengandungi kajian rundingan identiti Abdullah Munsyi, iaitu tumpuan terhadap konsep verifikasi kendiri yang dilakukannya. Konsep verifikasi kendiri berada dalam teori rundingan identiti. Dalam kata lain, konsep verifikasi kendiri ini mencadangkan bahawa seseorang boleh membuatkan orang lain melihat atau mengenali dirinya seperti yang dikehendakinya melalui tindakan tertentu. Seseorang itu boleh membina watak dan ciri peribadinya supaya orang melihatnya seperti yang dimahukannya. Pembinaan citra atau keperibadian tertentu akan memberikan impak kepada diri orang yang membina kedua-dua unsur tersebut dan memberi kesan kepada orang lain menilai dan memandangnya. Hal ini akan disusuli dengan tindakan tertentu oleh individu tersebut.

Seseorang akan melakukan verifikasi kendiri dengan tujuan untuk memperoleh manfaat daripadanya dan mempermudah urusan kehidupannya. Verifikasi kendiri juga menjadikan urusan kehidupannya dapat diatur dan terkawal mengikut kehendaknya. Dalam kata lain, verifikasi kendiri akan melicinkan interaksi sosial seseorang apabila orang sudah dapat menjangkakan siapa-siapa orang yang sedang dihadapi.1

1 Presumably, people seek self-verification because self-verifying evaluations make the world seem coherent and predictable. In addition, self-verifying evaluations smooth social interaction by guiding 73

Verifikasi kendiri dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Seseorang boleh melakukannya melalui penampilan berpakaian, cara bercakap, tingkah laku dan sebagainya. Seseorang juga boleh memperagakan identitinya dan dapat dilihat secara jelas oleh orang lain. Sebagai contoh, seseorang dapat mengundang pelbagai pandangan orang hanya dengan cara berpakaian.2

Bahagian ini meneliti dan membincangkan Abdullah Munsyi yang melakukan verifikasi kendiri dengan masyarakat persekitaran kehidupannya. Kajian ini akan mengkategorikan masyarakat yang berada di persekitaran kehidupan Abdullah

Munsyi kepada dua golongan, iaitu golongan biasa dan atasan. Didapati Abdullah

Munsyi melakukan verifikasi kendiri melalui beberapa cara. Antara contoh yang diperoleh daripada kajian terhadap karya beliau adalah seperti Abdullah Munsyi memilih menampilkan dirinya sebagai orang yang terpelajar, pintar, tabah dan berfikiran berbeza. Semua hal ini dihadirkan dalam penulisan, tepatnya catatan autobiografi dan travelog beliau. Verifikasi kendiri yang dilakukan Abdullah

Munsyi mudah dikesan, lebih-lebih lagi disebabkan karya beliau yang terpilih adalah bersifat autobiografi dan travelog. Walaupun begitu, kita juga mesti membacanya dengan teliti. Konsep verifikasi kendiri yang ditemui dalam karya

Abdullah Munsyi dapat dikaji dan kita akan memperoleh jawapan tertentu kepada pertanyaan tentang sebab Abdullah Munsyi berbuat demikian.

action and letting people know what to expect from others (P.Van Lang, A. Kruglanski & E.T Higgins (Eds.), 2012: 23). 2 … people may display “identity cues” … highly visible signs and symbols of who they are. Physical appearances represent a particularly potent class of identity cues. The clothes one wears, for instance, can advertise numerous self-views, including one’s political leanings, income level, religious convictions, and so on … (P.Van Lang, A.Kruglanski, & E.T Higgins (Eds.), 2012: 25).

74

Setelah mengkaji karya terpilih Abdullah Munsyi, didapati bahawa Abdullah

Munsyi ialah narator atau pencerita dan pada masa yang sama beliau ialah seorang karyawan yang memuatkan kisah sejarah hidup beliau sejak peringkat awal, iaitu dari detik kelahirannya, hingga ke zaman kanak-kanak, waktu beliau mula belajar mengaji dan cara beliau menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dalam bentuk cerita. Abdullah Munsyi telah mencatatkan perihal kelahirannya dalam sebuah bab dengan jelas dalam Hikayat Abdullah. Sebagai buktinya, catatan kisah kelahirannya boleh didapati dalam bab Perihal Abdullah Diperanakkan dalam karyanya yang berjudul Hikayat Abdullah. Berdasarkan tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa

Abdullah Munsyi boleh dikenali berdasarkan catatan beliau sendiri. Hal ini demikian kerana beliau berkuasa penuh untuk melakukan perkara itu dan orang lain sezaman dengannya pula tidak mencatatkan perihal diri beliau. Tidak ada disebut oleh mana-mana sarjana yang pernah mengkaji kehidupan Abdullah bahawa ada orang lain yang hidup sezaman dengannya yang mencatatkan kisah kehidupan

Abdullah Munsyi sedemikian rupa selain Abdullah Munsyi sendiri. Di pihak

Abdullah Munsyi pula beliau menyatakan bahawa catatan tentang dirinya itu dibuat kerana permintaan sahabatnya, iaitu seorang orang putih. Individu ini diakui oleh

Abdullah Munsyi sebagai sahabat yang sangat dikasihinya (Abdullah Munsyi, 2004:

6). Namun begitu, nama sahabat itu tidak disebut oleh Abdullah Munsyi dalam hikayatnya. Halus sekali pergerakan Abdullah Munsyi apabila beliau menyatakan catatan tentang keistimewaan, kehebatan, ketabahan dan kerajinan dirinya secara khusus dalam Hikayat Abdullah sebenarnya ditulis atas permintaan seorang sahabat.

Semua hal ini akan dikaji dalam bahagian yang berikut.

75

3.1 Verifikasi Kendiri Abdullah Munsyi dengan Golongan Masyarakat Melayu Biasa

Golongan masyarakat Melayu biasa yang dimaksudkan ialah pihak yang Abdullah

Munsyi hanya menyebut orang ramai secara umum. Beliau tidak merujuk nama tertentu. Dimulai dengan kenyataan tentang diri Abdullah Munsyi dan penampilan fizikal Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi digambarkan seperti yang berikut

(Hadijah Rahmat, 1998: 30):

In physiognomy he was a Tamilian of Shouthern Hindostan: He was tall, slightly bent forward, spare, energetic, bronze in complexion, oval faced, high nosed, one aye squinted a little outwards. He dressed in usual style of Klings or Tamils, having an Acheen saluar (trowsers), check sarong (kilt), printed baju (coat). Square skull cap and sandals. He had the vigour and pride of the Arab, the preservence and subtlility of Hindoo-in language and national sympathy only was he a Malay.

Kenyataan oleh John Thornbull Thomson diperoleh daripada buku Hadijah Rahmat

(1998:30). Berdasarkan kenyataan ini dapat diketahui tentang Abdullah Munsyi dari segi penampilan fizikal dan wataknya. Berdasarkan verifikasi John Thornbull

Thomson dalam Hadijah Rahmat (1998:30), Abdullah Munsyi kelihatan seperti orang Tamil atau India dari India Selatan. Secara fizikalnya Abdullah Munsyi tinggi, bongkok sedikit, kurus, kelihatan cergas, berkulit sawo matang, bermuka bujur, berhidung mancung dan mempunyai mata yang juling sebelah. Gaya berpakaiannya pula seperti kebanyakan orang keturunan Keling di Melaka, iaitu beliau memakai seluar Aceh, kain pelikat, baju bercorak, songkok dan kasut capal atau sandal.

Abdullah Munsyi dikatakan berbangga dengan darah keturunan Arabnya dan gigih menjalani hidup seperti orang India. Dalam Hadijah Rahmat (1998:30) dikatakan oleh John Thornbull Thomson lagi, dalam bidang bahasa dan semangat kebangsaan

76 sahaja Abdullah Munsyi tampil dan bersuara seperti orang Melayu. Huraian langsung dan gambaran wajah serta fizikal Abdullah Munsyi oleh orang Barat ini iaitu John Thornbull Thomson ialah suatu verifikasi pihak lain terhadap Abdullah

Munsyi.

Verifikasi seterusnya yang dilakukan oleh anak lelaki Abdullah Munsyi, iaitu

Muhammad Ibrahim Munsyi dalam Hikayat Muhammad Ibrahim Munsyi (1919) tidak memberikan gambaran fizikal ayahnya. Dalam memperkatakan hal ayahnya,

Muhammad Ibrahim ada menyatakan sikap bapanya. Abdullah Munsyi seperti yang diakui oleh Muhammad Ibrahim ialah bapanya dan bapanya mempunyai pekerjaan di Singapura. Muhammad Ibrahim (1919) ada menyatakan tabiat bapanya iaitu jika ada waktu lapang bapanya akan pulang ke Melaka membawa banyak wang.

Abdullah Munsyi suka membelanjakan wang yang dikumpulkan hasil pekerjaannya untuk bersuka ria dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya di Melaka. Menurut

Muhammad Ibrahim Munsyi (1919) lagi, bapanya tidak kedekut membelanjakan wangnya untuk para pemuzik dan penyanyi yang ada di Melaka sewaktu pesta keraian, majlis makan atau perkelahan. Oleh hal yang demikian, banyaklah orang

Melaka serta saudara mara mereka yang suka akan Abdullah Munsyi. Verifikasi ini ialah verifikasi pihak lain tentang Abdullah Munsyi yang dapat ditemui.

Setelah mengetahui verifikasi pihak lain tentang Abdullah Munsyi, kita teliti pula verifikasi kendiri yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi. Dalam melakarkan kisah perjalanan hidupnya kepada para pembaca karyanya, Abdullah Munsyi memunculkan individu seperti Thomas Stamford Raffles, Lord Minto, Kernel

Farquhar dan beberapa nama lagi yang telah berinteraksi dengan beliau. Ada yang

77 diakui sebagai kawan dan sahabatnya, ada pula yang diceritakan pernah menyalami beliau3 .Bukti berkaitan hal ini dapat ditemui dalam Hikayat Abdullah, yakni beliau memperkatakan individu terpilih ini dalam bab-bab yang dikhususkan berdasarkan nama individu tersebut. Verifikasi ini verifikasi hebat yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi. Berdasarkan konsep verifikasi kendiri, dapatlah dikatakan bahawa perkara ini akan menimbulkan pandangan yang tinggi, iaitu Abdullah Munsyi setaraf dengan orang Barat ini. Sekilas pandang, hingga kini orang pasti akan mengakui kehebatan

Abdullah Munsyi kerana dapat berkawan dan berinteraksi dengan orang besar

Inggeris, seperti Lord Minto, Thomas Stamford Raffles serta Farquhar. Mereka ini ialah pegawai tinggi Inggeris di tanah jajahan.

Di sini verifikasi kendiri, yakni pengangkatan diri sendiri yang ditampilkan oleh

Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa beliau tidak berada dalam kalangan orang

Melayu biasa. Verifikasi kendiri yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi ialah menempatkan dirinya pada kedudukan tinggi. Secara sepintas pihak yang membaca karya beliau tidak akan terlepas daripada mengakui hal yang sama, iaitu Abdullah

Munsyi, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau sendiri, ialah orang yang ternama. Hal ini tidak dapat dinafikan, namun jika diaplikasikan konsep verifikasi kendiri pula penafsiran akan jadi lebih mendalam sehingga dapat dilihat hal yang tersirat di sebaliknya. Tindakan Abdullah Munsyi ini yang menceritakan persahabatan beliau dengan pegawai Inggeris dapat dikatakan mempunyai tujuan tertentu, misalnya untuk mendapatkan sesuatu bagi dirinya. Sesuatu yang dimaksudkan itu boleh jadi untuk mendapat sanjungan daripada pihak orang Melayu biasa. Verifikasi kendiri oleh Abdullah Munsyi ini juga akan mempengaruhi

3 Dapat ditemui kisah Lord Minto bersalaman dengan Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah. 78 pembaca karyanya, yakni para pembaca tidak dapat lari daripada mengakui kehebatan yang dimiliki oleh Abdullah Munsyi.

Pada waktu Abdullah Munsyi menulis Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran

Abdullah Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan, beliau sudah dewasa dan matang. Beliau diberikan motivasi oleh seorang paderi yang dipercayai paderi

Alfred North4 yang juga kawan baiknya untuk menulis pengalaman hidupnya.

Hasilnya, lahirlah karya Hikayat Abdullah. Pada usia ini, pengkaji menganggap

Abdullah Munsyi sebagai seorang yang telah berjaya dan mempunyai pekerjaan tetap. Apabila membincangkan persoalan identiti dan pembentukan peribadi dapat dikatakan Abdullah Munsyi sangat teliti memperkenalkan dirinya buktinya satu bab di dalam Hikayat Abdullah diperuntukan untuk menceritakan perihal beliau dilahirkan. Pada waktu yang sama beliau membuat verifikasi kendiri melalui penceritaan (story telling) bentuk identiti yang diingini oleh beliau dan yang perlu diketahui orang lain. Cerita tentang peristiwa dan kisah pengalaman hidupnya dengan orang Melayu di sekelilingnya dalam Hikayat Abdullah ialah satu kesempatan baik Abdullah Munsyi untuk membuat verifikasi kendiri beliau dengan orang Melayu biasa. Melalui konsep verifikasi kendiri kajian ini dapat mengesan kehendak Abdullah Munsyi, iaitu beliau mahu dikenali dalam kalangan orang

Melayu seperti yang digambarkannya, yakni sebagai seorang yang istimewa. Hal ini dapat ditemui pada permulaan cerita Hikayat Abdullah yang digambarkan beliau betapa perit ibunya melahirkannya. Keperitan yang dialami oleh ibu Abdullah

Munsyi itu digambarkan dengan kata-kata seperti yang berikut (Abdullah Munsyi,

2004: 13):

4 Amin Sweeney (ed.) (2005) menyatakan sahabat Abdullah yang tidak diketahui (anonymous) itu ialah Alfred North. 79

… beberapa sengsara dan seksa dirasai oleh ibuku itu pada tatkala mengandungkan aku: makan tak kenyang, tidur tak lelap. Istimewa pula ketika beranakkan aku itu seperti bergantung di rambut sehelai, mati hidup kembali, nyawa datang nyawa pergi.

Kenyataan yang dibuat beliau di atas menunjukkan bukan mudah Abdullah Munsyi dilahirkan kerana kelahirannya ialah satu detik yang sangat istimewa, apatah lagi anak itu akan menjadi orang yang sangat istimewa kelak. Dalam Hikayat Abdullah,

Abdullah Munsyi menempatkan perincian latar belakang dirinya dalam bab yang bertajuk “Peri Abdullah diperanakkan”. Pada peringkat ini juga dapat ditemui konsep verifikasi kendiri melalui penceritaan latar belakang keluarga sebelah ibu dan bapanya. Abdullah Munsyi memperlihatkan bahawa beliau bukan orang

Melayu biasa, beliau dilahirkan berdarah campuran. Jelas di sini Abdullah Munsyi mengakui bahawa antara beliau dengan orang Melayu biasa ada batas pemisahnya.

Jika ada hal yang negatif yang diperkatakan tentang amalan dan corak orang

Melayu biasa, kita maklum bahawa Abdullah tidak akan terlibat kerana beliau bukan Melayu.

Abdullah Munsyi telah menyatakan bahawa nenek dan bapanya mempunyai hubungan erat dengannya dalam hal membentuknya menjadi orang berilmu. Maksud berilmu dalam kes ini ialah seorang yang tahu ilmu agama Islam, mengira dan menulis. Catatan ini juga boleh disifatkan sebuah verifikasi, iaitu kesempatan untuk mengangkat keturunan Peranakan Keling sebagai keturunan yang sangat mementingkan ilmu dan didikan terhadap anak mereka. Begitulah lakaran Abdullah

Munsyi tentang keluarganya.

80

Pada masa yang sama, Abdullah Munsyi menyatakan bahawa beliau seorang budak biasa tetapi telah dilahirkan dalam keluarga tertentu yang tidak ada pada kebanyakan orang Melayu yang sebaya dengannya pada waktu itu. Hal ini demikian kerana beliau juga perlu mendekati golongan lain agar beliau tidak keseorangan atau dipulaukan kerana perbezaan keistimewaan itu. Secara logikanya dapat fahami bahawa tidak ada gunanya menjadi istimewa jika tidak diperhatikan oleh pihak lain.

Oleh itu, Abdullah Munsyi menyampaikan pesanan kepada semua orang, iaitu semua kejayaannya diperoleh melalui ilmu yang dipelajarinya bermula semasa kecil.

Kepentingan ilmu sangat ditekankan oleh Abdullah Munsyi seperti kenyataannya yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 19):

Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat, dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran.

Jelas tergambar dalam kata-kata Abdullah Munsyi ini, beliau telah membuat verifikasi, iaitu seorang yang berilmu amat berguna kepada masyarakat sekitarnya dan ilmu akan membawa kebesaran dalam kehidupan seseorang. Abdullah Munsyi menyatakan beliau telah melalui proses ini. Untuk menjadi orang yang berjaya, seseorang mestilah mempunyai ilmu. Kepandaian yang ada pada Abdullah Munsyi adalah seperti kebolehannya menulis dengan baik, membaca, mengira dan mempelajari bahasa asing, secara khusus kebolehan berbahasa Inggeris.

Dalam pembinaan identiti dirinya, Abdullah Munsyi mencatatkan beliau memang berbeza dengan orang Melayu biasa yang lain kerana beliau berkesempatan berada dalam kalangan kenalan bapanya, iaitu orang besar dan orang pandai daripada segenap golongan, seperti peniaga serta pembesar tempatan. Dalam konteks ini,

81

Abdullah Munsyi ingin membuat verifikasi bahawa orang lain (sudah tentu yang sering diperkatakan ialah kawan-kawannya, tidak pasti orangnya) tidak merasai pengalaman ini. Abdullah Munsyi melakukan verifikasi kendiri dengan mencatatkan bahawa pembentukan identiti beliau yang dilakukan oleh keluarganya adalah untuk menjadikan beliau orang yang pintar pada masa ramai orang masih buta huruf.

Abdullah Munsyi sewaktu mengarang hikayatnya mencatatkan bahawa untuk menjadi Abdullah Munsyi yang mempunyai jawatan dan pekerjaan bukan mudah.

Beliau telah melalui pelbagai rintangan sewaktu membesar. Untuk menjadi orang yang berjaya seperti Abdullah Munsyi, beliau menyarankan seseorang mesti mempelajari proses yang telah dilaluinya. Beliau menggambarkan proses pembentukan itu tidak mudah dan indah belaka serta proses yang dijalaninya berlaku awal, iaitu seawal umur enam tahun5.

Kenyataan Abdullah Munsyi tentang beliau mendapat ilmu membaca al-Quran adalah daripada neneknya. Neneknya ialah seorang guru mengaji yang terkenal di kampungnya dan mempunyai dua ratus orang murid lelaki dan perempuan yang belajar mengaji dengannya. Penceritaan tentang kisahnya mengaji al-Quran jelas menunjukkan Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi, iaitu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau orang Islam. Kebanyakan orang Melayu Islam akan melalui proses ini dan Abdullah Munsyi juga tidak berbeza dengan orang Melayu lain. Dalam hal keagamaan, kenyataan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi sebenarnya ingin menunjukkan bahawa beliau merupakan sebahagian masyarakat

Melayu Islam yang juga menjalani kehidupan seperti orang Melayu. Abdullah

Munsyi menampilkan verifikasi ini supaya beliau dapat diterima oleh orang Melayu.

5 Abdullah Munsyi (2004)Usia Abdullah Munsyi sewaktu beliau sudah boleh menulis dan membaca. 82

Abdullah Munsyi juga membuat verifikasi bahawa beliau ialah seorang yang tabah.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak mendapat kesempatan bermain dengan bebas seperti kanak-kanak lain semasa kecil kerana jadual hariannya penuh dengan pembelajaran agama dan bahasa seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 19):

Maka pada tiap-tiap hari pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam-malam diajar oleh bapaku di rumah. Maka beberapa banyak kena pukul dan tampar dan beberapa papan loh yang pecah-pecah dihempas oleh guruku di kepalaku.

Kisah dalam petikan ini menunjukkan peristiwa semasa Abdullah kecil. Beliau sudah dibentuk dengan keras oleh bapanya supaya belajar. Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa ada anak-anak yang sebaya dengannya lebih bebas jika dibandingkan dengan dirinya yang sering disuruh belajar oleh bapanya. Kisah

Abdullah Munsyi belajar menulis sehingga dia boleh menguasai tulisan bukan mudah. Inilah verifikasi yang menunjukkan ketabahan yang wujud pada dirinya.

Orang baik-baik biasanya dihormati.

Penguasaan bahasa Melayu tulisan dalam kalangan masyarakat di Melaka pada waktu itu sangatlah kurang. Abdullah Munsyi membezakan dirinya dengan anak orang kebanyakan lain melalui kebolehannya menulis dan membaca. Abdullah

Munsyi menyatakan (Abdullah Munsyi, 2004: 21):

Maka dengan tolong Allah serta pula ada janjiku hendak mendapat itu, maka dapatlah aku mengaji dan menulis sendiri. Akan bacaan ku bukan seperti kanak-kanak yang lain itu ditulis oleh guru akan lohnya, karena pada zaman itu orang tiada pedulikan menulis, melainkan jikalau boleh membaca Quran, jadilah.

83

Verifikasi Abdullah Munsyi kali ini adalah tentang kualiti yang ada pada dirinya.

Dikatakan bahawa walaupun ada kanak-kanak lain yang sama-sama belajar mengaji, bacaan beliau berbeza dengan mereka. Secara tersirat dapatlah difahami bahawa

Abdullah Munsyi ingin menyatakan kepada kita bahawa beliau lebih baik dalam hal ini. Sebagai tambahan, Abdullah Munsyi berkebolehan menulis, sedangkan kanak- kanak lain hanya boleh membaca sesuatu yang ditulis oleh guru. Verifikasi kepandaian beliau menguasai tulisan, bacaan dan khatam al-Quran dicatatkan oleh

Abdullah Munsyi pasti dengan tujuan untuk memperlihatkan beliau memang istimewa dan layak mengajar orang lain mengaji al-Quran.

Verifikasi kendiri yang dibuat oleh Abdullah Munsyi seterusnya adalah melalui kisah beliau mempelajari bahasa asing, Abdullah Munsyi menyatakan beliau disuruh pula oleh bapanya belajar menulis dan membaca bahasa Keling (Tamil). Menurut

Abdullah, keputusan mempelajari bahasa asing ini dilakukan kerana kebolehan ini tiada pada kebanyakan orang pada masa itu. Berdasarkan kenyataan Abdullah

Munsyi lagi, mempelajari bahasa Keling pada zaman itu akan banyak membawa faedah kerana menurut beliau pada masa itu ramai saudagar Keling yang menjalankan perniagaan di Melaka. Seterusnya, amalan mempelajari bahasa Keling diamalkan oleh orang baik-baik. Abdullah Munsyi (2004: 27) menyatakan:

… adalah adat dalam negeri Melaka daripada zaman nenek moyang, semuanya anak orang baik-baik dan kaya semuanya belajar bahasa itu … gunanya itu supaya mengetahui ilmu kira-kira dan hitung- menghitung dan boleh bertutur bahasa karna pada zaman itu penuh sesak saudagar-saudagar Keling dalam negeri Melaka.

Abdullah Munsyi menggunakan frasa “anak orang baik-baik dan kaya” bagi mereka yang mempelajari bahasa Keling. Kenyataan ini juga menunjukkan verifikasi untuk

84 diri Abdullah Munsyi, iaitu beliau juga tergolong sebagai anak orang baik-baik.

Proses pembelajaran bahasa Keling yang dilalui selama dua tahun enam bulan oleh

Abdullah Munsyi ialah satu tempoh yang panjang untuk mempelajari bahasa.

Tempoh ini menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi pasti melalui masa yang cukup untuk menguasai bahasa Tamil dari segi tulisan dan pertuturan. Verifikasi mempelajari bahasa Keling ini juga menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi masih mengekalkan identiti Peranakan Keling.

Walaupun Abdullah Munsyi mempelajari bahasa Keling, namun dinyatakan bahawa latihan penulisan bahasa Melayu tidak terhenti begitu sahaja. Menurut Abdullah

Munsyi, beliau diperintahkan oleh bapanya setiap hari ke masjid, selain beribadat sewaktu di masjid pula beliau diarahkan oleh bapanya dengan satu tugas yang menarik, iaitu menulis nama orang yang datang dan pergi ke masjid. Menurut

Abdullah Munsyi (2004: 28):

… diberi perintah oleh bapaku, katanya ambillah sekeping kertas dan satu tempat dakwat dan kalam. Pada tiap-tiap hari pergi duduk di mesjid. Maka barang siapa yang keluar masuk dalam mesjid itu tulis namanya, maka petang-petang unjukkan kepadaku.

Petikan di atas menggambarkan sebuah corak pendidikan berterusan yang dilalui oleh Abdullah Munsyi. Hasilnya, Abdullah Munsyi sudah membuat verifikasi kepada kita bahawa beliau ialah seorang anak yang patuh, terdidik oleh bapanya dan beliau juga terdiri daripada orang Islam yang pergi ke masjid.

Berdasarkan kupasan verifikasi kendiri yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi ini, didapati bahawa beliau telah memaparkan proses pembentukan identiti dirinya.

85

Abdullah Munsyi telah melakukan verifikasi kendiri, iaitu beliau dibesarkan untuk menjadi orang baik yang memiliki beberapa kemahiran, seperti kemahiran berbahasa

Melayu, Tamil dan Hindi, menulis serta mengira. Kemahiran ini masih tidak dimiliki oleh kebanyakan orang Melayu pada masa itu, menurut Abdullah Munsyi.

Abdullah Munsyi menunjukkan beliau berada pada kelas tertentu. Beliau tidak berada dalam tradisi aliran perdana (main stream) masyarakat Melayu kebanyakan, iaitu beliau tidak menjadi petani, tukang dan nelayan serta beliau juga tidak menjadi peniaga seperti Peranakan Keling yang lain. Bentuk awal sebagai seorang munsyi atau guru bahasa, cendekiawan dan orang baik-baik dapat dilihat kerana Abdullah

Munsyi telah menggambarkan proses beliau mencari ilmu. Ilmu yang dikuasainya pula akan melayakkannya untuk mengajar orang lain dan menggunakannya apabila diperlukan.

3.2 Verifikasi Kendiri Abdullah Munsyi dengan Golongan Atasan Melayu dan Golongan Atasan Lain

Berdasarkan kupasan dalam bahagian sebelum ini dapat diketahui Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi yang menunjukkan beliau meraih beberapa kejayaan apabila menjangkau usia dewasa hasil usaha, susah payah, kerajinan dan ketabahan hatinya. Beliau menyediakan atau mempersiapkan bekalan hidupnya sejak zaman awal kanak-kanak. Hasilnya, setelah dewasa beliau menjadi orang yang berjaya dan unsur paling utama, iaitu pegangan agama Islam dan ilmu bahasa Melayunya telah menjadi tali perhubungan yang erat antara beliau dengan masyarakat atasan Melayu dan kaum lain.

86

Di sini, dianalisis pula verifikasi Abdullah Munsyi terhadap hubungannya dengan golongan atasan Melayu dan lain-lain dalam hidupnya di tempat kelahirannya di

Melaka dan di luar Melaka. Dalam konteks pertaliannya dengan golongan kelas atasan Melayu dan bangsa lain, Abdullah Munsyi membuat verifikasi dirinya sebagai guru bahasa Melayu dan bukan sebagai orang Melayu biasa. Oleh hal yang demikian, beliau banyak menyentuh soal kepentingan menguasai tulisan, bahasa

Melayu dan pendidikan kepada orang Melayu agar anak Melayu menjadi orang yang berguna. Dalam hal ini, kenyataan kecintaannya terhadap bahasa Melayu akan mendekatkannya dengan orang Melayu atasan walaupun Abdullah Munsyi sebenarnya ada menyatakan hal negatif tentang amalan dan adat orang Melayu di sekelilingnya secara lantang yang dapat disifatkan sebagai kritikan secara langsung.

Verifikasi Abdullah terhadap kecintaannya pada bahasa Melayu dan hasratnya untuk menghasilkan buku panduan bahasa Melayu dapat dikatakan bersifat elitis kerana dapat dijangka golongan yang akan memerlukan kemahiran menulis dan membaca dalam urusan hidup mereka ialah golongan atasan6. Abdullah Munsyi (2004: 250) menyatakan:

… asal boleh bertutur jadilah: lu dan gua, bikin rumah, bilang sama dia dan pergi dapat itu wang, dan sebagainya. Asal orang mengerti cukuplah. Adapun jalan bahasa Melayu bukannya demikian. Hendaklah diketahui masing-masing dengan perkataannya dan perhiasannya, seperti mem dan pem dan pen dan ter dan kan dan nya dan lah dan di dan tah dan kah dan pun dan sekalipun dan beberapa banyak lagi yang dipakai dalam bahasa Melayu, masing-masing itu dengan tempatnya dan kuasanya dan keelokannya dan kemanisannya.

6 Hikayat Abdullah (2004) kisah, Abdullah Munsyi menyiapkan surat perjanjian untuk seorang nakhoda. 87

Betapa tinggi dan sayangnya Abdullah Munsyi terhadap bahasa Melayu dapat dikesan dalam petikan ini. Berdasarkan petikan ini dapat diketahui bahawa beliau bercita-cita untuk menyusun buku peraturan bahasa Melayu. Bahasa Melayu pula disifatkan oleh Abdullah Munsyi penuh dengan keelokan dan kemanisan. Menurut

Abdullah Munsyi (2004) lagi buku peraturan bahasa Melayu yang hendak diusahakan ini juga akan menguntungkan orang Melayu kelak. Berdasarkan konsep verifikasi kendiri, penceritaan Abdullah Munsyi tentang cita-citanya untuk mendidik orang Melayu kerana rasa kasihnya terhadap saudara Melayunya akan dapat memenangi hati orang Melayu yang berpelajaran dan golongan atasan. Bukti kecintaan Abdullah Munsyi terhadap bahasa Melayu dilahirkan dengan pujian kemanisan dan keelokan bahasa Melayu. Abdullah Munsyi (2004: 271-272) menyatakan:

... adapun sebab kusebutkan segala perkara ini dalam hikayatku ini karena pada siang dan malam hatiku itu penuh lah dengan tamak akan berbuat itu. Maka jikalau kiranya dilanjutkan Allah umurku , maka dengan seboleh-bolehnya, insya-Allah, hendak juga aku sediakan kaki tembok pekerjaan itu. Maka jikalau aku ini bukan ahli bagi yang demikian sekalipun. Sebab tersangatlah hati ku sayang melihatkan hal saudara-saudaraku orang Melayu itu seorang pun tiada yang berhati dan bernafsu atas perkara itu. Maka keadaannya seperti orang yang tidur lelap tiada sedar akan hal itu. Syahdan, maka jikalau dikehendaki Allah akan nyawaku ini kelak, kalau ada dengan mudah-mudahannya supaya barang siapa menaruh kasihan atas jalan menolong hamba Allah supaya boleh ia membangunkan satu bangunan yang seperti kehendakku itu di atas kaki tembok itu, dengan besar-besar hatiku atas perkara yang demikian, supaya tiada tinggal huru-hara dan simpang siur lagi bahasa Melayu itu serta tulisannya dan hurufnya.

Berdasarkan petikan ini,dapat dikesan kenyataan Abdullah Munsyi menggunakan klausa “saudara-saudaraku orang Melayu” yang bermaksud beliau mengaku bersaudara dengan orang Melayu dan rasa bertanggungjawab untuk mewariskan

88 sebuah buku peraturan (tatabahasa Melayu) bahasa Melayu. Cita-citanya yang murni bertujuan supaya orang Melayu boleh mempelajari bahasa Melayu dengan lebih sistematik dengan adanya buku panduan yang diusahakannya. Verifikasi ini jelas akan memenangi hati orang Melayu terpelajar yang simpati pada bangsanya.

Kenyataan Abdullah Munsyi ini boleh diakui bukan sahaja satu pemikiran daripada seseorang yang berkemampuan memimpin orang Melayu dalam ilmu bahasa

Melayu malahan pemgkaji yang membaca hikayatnya sekarang pun secara sepintas lalu akan wujud perasaan yang demikian, iaitu satu penerimaan Abdullah Munsyi sebagai salah seorang yang berkepemimpinan dalam ilmu bahasa Melayu bukan sekadar seorang lelaki Peranakan Keling sahaja. Walaupun begitu, hasrat ini hanya wujud pada peringkat itu saja, Abdullah Munsyi tidak berjaya menzahirkan buku panduan bahasa Melayu tersebut.

Berdasarkan karya Abdullah Munsyi, terutamanya Hikayat Abdullah, kita akan dapat mengesan pada permulaan catatan yang bersifat negatif terhadap tradisi kepercayaan lama masyarakat tempatan di sekitarnya, iaitu dalam hal adat menjual anak. Dikisahkan oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah, pada masa kecilnya dia selalu sakit dan hal ini mendatangkan kesusahan kepada ibu dan neneknya. Untuk menyembuhkannya menurut adat, beliau telah dijualkan secara simbolik kepada orang lain yang mempunyai ramai anak yang sihat-sihat kerana dipercayai beliau tidak serasi dengan ibunya. Setelah adat itu diikuti barulah

Abdullah Munsyi sihat. Secara terus terang beliau menyatakan adat ini ialah adat yang bodoh. Namun begitu, Abdullah Munsyi membuat kenyataan bahawa beliau melihatnya dari sudut pandangan Islam bahawa kepercayaan itu ialah kepercayaan orang yang belum mengenali ajaran Islam yang sebenar. Bagi Abdullah Munsyi

89 tidak hairan jika adat itu disifatkan sebagai sesuatu yang bodoh jika difikirkan dengan baik kerana semuanya berlaku dengan kuasa Allah s.w.t. juga. Kenyataan beliau adalah seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 15):

Nasihat: Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh yang tiada ia mengetahui Allah Ta’ala, adakah sebab dijualkan itu menjadi panjang umurnya dan jikalau dipelihara oleh ibu bapanya menjadi pendek umurnya atau mati? Maka, sekali-kali jangan kita percaya yang demikian.

Walaupun perkataan bodoh digunakan pada amalan adat menjual anak, Abdullah

Munsyi telah menyatakan bahawa hal ini terjadi kerana terdapat orang Melayu golongan bawahan yang masih tidak begitu murni dalam pemahaman dan pengamalan ajaran Islam. Dalam pengertian yang lebih jelas, beliau mahu menyatakan adat ini tidak ada dalam ajaran Islam yang mempercayai bahawa segalanya datang daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t. yang menyembuhkan penyakit, bukan adat tersebut. Kenyataan Abdullah Munsyi ini ialah satu verifikasi bahawa beliau melihat sesuatu amalan yang tidak betul dan menegurnya tidaklah dibuat sesuka hati, tetapi pandangan beliau itu adalah dari sudut ajaran Islam. Pastilah

Abdullah Munsyi berjaya memenangi hati orang Islam, khususnya guru agama dan golongan orang Melayu pemimpin agama yang boleh mencerna dengan baik kenyataan ini. Melalui kenyataan ini dapat dikesani Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau ialah seorang yang mendahulukan ajaran Islam lebih daripada adat. Bagi golongan orang Melayu tempatan, berdasarkan pandangan ini

Abdullah Munsyi dapat diterima sebagai orang alim yang memiliki latar belakang agama Islam yang baik. Verifikasi kendiri ini juga menunjukkan beliau sangat tegas tentang amalan tradisi yang bercanggah dengan ajaran Islam. Hal yang wajar jika

90

Abdullah Munsyi dimasukkan ke dalam golongan pemimpin agama Islam. Satu kedudukan yang tinggi bagi Abdullah Munsyi.

Verifikasi diri Abdullah Munsyi yang seterusnya ialah peristiwa beliau menegur kelakuan orang Barat yang tidak baik, iaitu suka mabuk. Untuk membicarakan peristiwa ini, Abdullah Munsyi juga menyentuh ajaran Islam tentang minuman yang memabukkan yang dilarang oleh Allah dan tertulis dalam kitab suci al-Quran.

Teguran ini dapat menarik reaksi golongan Melayu yang islamik. Sementelah teguran itu dibuat terhadap kelakuan orang Inggeris yang tidak baik. Secara amnya, kita maklum bahawa orang Melayu sangat sensitif dengan isu yang berkaitan dengan makanan, terutama halal atau haram. Soal makan minum tidak boleh dipermainkan dalam kalangan orang Melayu Islam. Abdullah Munsyi walaupun berdarah

Peranakan Keling tetap berkongsi nilai ini dengan adat budaya orang Melayu.

Abdullah Munsyi dilihat dapat menjangkakan tindak-tanduk beliau ini memenangi hati golongan orang Melayu atasan, yakni kalangan yang terdiri daripada pemimpin agama Islam. Pendirian Abdullah Munsyi ini dapat diterima kerana beliau mempunyai asas agama Islam yang kukuh yang diajarkan oleh nenek dan bapanya dan pendirian ini juga akan melahirkan ikatan yang kuat antara beliau dengan golongan pemimpin agama Islam. Abdullah Munsyi (2004: 59) menegur kelakuan buruk seorang pegawai Inggeris yang sering mabuk seperti yang berikut:

Maka pada masa itu tiadalah pernah aku berjumpa dengan seorang Inggeris yang putih mukanya, melainkan sekaliannya naik atas kuda hijau, yakni mabuk. Maka sampaikan kanak-kanak yang menangis, maka kata ibunya, “Diam! Inggeris mabuk datang”. Maka diamlah budak itu dengan takutnya.

91

Petikan ini ialah kenyataan Abdullah Munsyi yang menceritakan kelakuan Mister

Bean dan seorang kepala supai yang dikatakan oleh beliau terlalu nakal dan bengis.

Kedua-dua orang ini tidak disukai oleh orang Melayu di sekitar kota Melaka.

Tindakan Abdullah Munsyi membuat verifikasi diri yang beliau juga tidak menyukai sikap buruk itu, dapat dimengerti bahawa bukan semua orang Barat disanjung dan dihormati oleh Abdullah Munsyi. Cukup bijak Abdullah Munsyi ini, verifikasi ini sudah pasti dibuat oleh beliau dalam usaha menonjolkan dirinya supaya diterima oleh orang Melayu dan Barat. Penceritaan kisah dan tabiat orang Barat yang bernama Mister Bean7 berkisar tentang tabiat Bean menangkap kanak-kanak kemudian mengurung kanak-kanak tersebut. Setelah itu Bean akan menyuruh kanak-kanak itu berlawan sesama sendiri. Jika menolak mereka akan dirotan.

Abdullah Munsyi memang mengeji perbuatan ini, termasuklah kegemaran Bean seperti menyabung ayam, mengganggu perempuan dan menembak binatang.

Dalam kes ini, Abdullah Munsyi juga menegur Kernel Farquhar sebagai pemimpin yang membiarkan perkara ini berlaku. Perkara ini sangat berat dan membawa nama buruk kepada pihak Inggeris yang memerintah Melaka pada waktu itu. Pendirian

Abdullah Munsyi ini menunjukkan beliau tidak suka akan perkara yang disaksikannya. Sebuah verifikasi yang memperlihatkan Abdullah Munsyi ialah seorang yang tidak menyukai kejahatan. Walau bagaimanapun, Abdullah Munsyi menunjukkan langkah yang bijak kerana dalam masa beliau mengakui Raffles,

Farquhar dan Minto bangsa Inggeris yang sangat dihormatinya, beliau sempat juga mengkritik kesalahan yang dilakukan atas alasan yang bersalah tetap bersalah, terutama dari segi ajaran Islam. Walaupun kejahatan itu dibuat oleh pihak yang

7 Nama orang Inggeris yang dikatakan jahat itu. 92 dipandang tinggi oleh beliau, Abdullah Munsyi dengan bijak memilih untuk menggunakan perumpamaan Melayu “seperti kerbau membawa lumpur.” Pepatah ini sangat sesuai untuk diplomasi melunakkan hati Inggeris, setidak-tidaknya mereka yang diakui sebagai rakan-rakannya. Abdullah Munsyi (2004: 61) menyatakan:

Maka hairan aku sebab Tuan Raja Farquhar menjadi raja pada waktu itu di Melaka, tetapi didiamkannya akan segala perbuatan orang besar itu. Maka ada sebab perkara yang tersebut itulah dihinakan oleh bangsa-bangsa lain karena pada sangkanya demikianlah semuanya kelakuan Inggeris. Akan tetapi, kecuali yang banyaknya, seperti umpamaan Melayu: Seekor kerbau mambawa lumpur, semua kerbau terpalit, adanya.

Kenyataan ini akan dapat melunakkan penggunaan perkataan “Inggeris mabuk”.

Kemunculan kenyataan ini menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi mengambil peluang yang bijak, iaitu menegur kesalahan Inggeris dan setelah berbuat hal yang demikian Abdullah Munsyi memberikan sebuah huraian yang bernada neutral. Bijak sungguh kelihatan langkah Abdullah Munsyi dalam membuat verifikasi tentang dirinya. Dalam hal tidak menggemari kelakuan kejam individu golongan Inggeris,

Abdullah Munsyi meletakkan dirinya sebagai orang Melaka tempatan yang beragama Islam yang tidak menyukai kelakuan jahat, seperti aktiviti pertaruhan melihat kanak-kanak berlawan, laga ayam, kejar itik dan latihan menembak burung oleh Mister Bean dan kawan-kawannya. Abdullah Munsyi menyanggah perbuatan ini dengan menyatakan bahawa perbuatan menyabung atau menembak ayam ialah sebuah kekejaman terhadap binatang. Ini satu verifikasi positif daripada Abdullah

Munsyi. Konsep verifikasi ini adalah untuk orang yang membaca catatan kes ini agar membuat penilaian bahawa Abdullah Munsyi ialah orang yang penyayang dan tidak suka akan kekejaman. Sebuah verifikasi kendiri jelas terhasil daripada penceritaan ini. Oleh hal yang demikian, peristiwa-peristiwa yang diceritakan oleh

93

Abdullah Munsyi boleh juga dianggap verifikasi dalam konteks memikat hati orang

Melayu golongan atasan.

Abdullah Munsyi berjaya membuat verifikasi kendirinya dengan menceritakan peristiwa yang berlaku secara spesifik, seperti kelakuan buruk atau kelakuan baik pegawai Inggeris pada waktu itu di sekitar Melaka. Dapat dilihat daripada verifikasi kendiri Abdullah Munsyi, beliau mahu diterima sebagai seseorang yang mengutamakan kedamaian, mendahulukan agama yang dianutinya, menyayangi binatang dan suka akan keamanan. Konsep verifikasi kendiri membuka peluang kita menganalisis kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Munsyi tentang dirinya atau secara lebih teliti membincangkan tujuan Abdullah Munsyi melakukannya.

Melalui konsep ini, perkara yang tersirat di sebalik penceritaan Abdullah Munsyi tentang dirinya dan kisah yang dimuatkan dalam karyanya dapat difahami dan menarik untuk dikaji.

Verifikasi kendiri Abdullah Munsyi terhadap golongan atasan di luar Melaka pula didapati melalui kisah pengembaraannya ke luar kawasan kediamannya dan verifikasi dirinya dengan budaya baru dinyatakan dalam autobiografinya yang bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan dan Kisah

Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke Mekah. Dalam hal pengalaman pelayaran, pihak lain yang belayar dengan Abdullah Munsyi pada ketika itu tidak menuliskan perihal pelayaran mereka. Abdullah Munsyi menceritakan bahawa beliau berkesempatan belayar ke Kelantan dan ke Mekah, iaitu di luar kawasan kelahirannya. Kesempatan belayar dapat dianggap sebagai satu pengembaraan

Abdullah Munsyi di luar kawasan domestik kelahirannya. Kesempatan ini juga diisi

94 oleh Abdullah Munsyi dengan mengumpulkan peristiwa yang disaksikannya untuk dijadikan hikayat. Hasil pelayarannya ialah dua buah hikayat, iaitu Kisah Pelayaran

Abdullah dari Singapura Sampai ke Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah dari

Singapura Sampai ke Mekah.

Abdullah Munsyi8 menceritakan pengembaraan beliau bermula hasil kepercayaan seorang peniaga Cina. Peniaga Cina ini juga dapat dikategorikan sebagai golongan atasan yang kemahiran yang dimiliki Abdullah Munsyi. Hubungan Abdullah Munsyi dengan orang besar Inggeris membuka peluang pekerjaan kepada beliau. Abdullah

Munsyi diminta oleh peniaga Cina itu menjadi pengiring pembawa utusan atau wakil Inggeris dari Singapura mengadap pihak kerajaan Kelantan. Tujuannya adalah untuk memohon perkenan Sultan Kelantan untuk menjaga keselamatan para pedagang dari Singapura dan aktiviti perniagaan peniaga Cina yang ingin berniaga di kawasan Pantai Timur Semenanjung. Beliau berfungsi sebagai penterjemah jika wakil Inggeris itu tidak memahami bahasa Melayu. Tugas ini memberikan peluang pekerjaan untuk Abdullah Munsyi kerana beliau dijanjikan akan dibayar.

Sebenarnya, Abdullah Munsyi hanya diminta oleh wakil peniaga Cina untuk menjadi jurubahasa atau pemudah cara kepada seorang pegawai Syarikat Hindia

Timur Inggeris yang bernama Grandpre yang diarahkan untuk meminta jaminan keselamatan daripada kerajaan dan Sultan Kelantan untuk kapal dan pedagang dari

Negeri Selat. Persetujuan Abdullah memikul tugas ini menunjukkan beliau telah membuat verifikasi bahawa beliau mahir berbahasa Inggeris.

8 Daripada karyanya, Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan. 95

Pada peringkat permulaan, Abdullah Munsyi menampilkan identiti dirinya sebagai jurubahasa di Pantai Timur Tanah Melayu setelah berunding dengan Baba Bun

Tiong. Permulaan kesempatan ke Kelantan dinyatakan oleh Abdullah Munsyi seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed), 2005: 98):

“Apakah Pekerjaan sahaya ini?” Maka jawab Baba Bun Tiong: Enci’ menjadi juru bahasa Grandpre Inggeris itu: jangan ia bertutur Melayu, boleh Enci’ menghertikannya dengan bahasa Melayu seperti adat raja2.

Abdullah Munsyi diminta untuk “menghertikannya dengan bahasa Melayu”, iaitu memberikan erti atau menterjemahkan pertuturan ke dalam bahasa Melayu jika

Grandpre bertutur dalam bahasa Inggeris semasa di Kelantan. Sebagai penterjemah sahaja sebenarnya fungsi Abdullah Munsyi, akan tetapi penceritaan beliau dalam kisah pelayarannya ke Kelantan menampilkan kisah pengembaraannya sendiri dan beliau ialah utusan penting dari Singapura. Kedudukan Abdullah Munsyi dalam kisah pelayaran ke Kelantan dikarangnya hingga menampilkan kedudukannya lebih tinggi daripada kewujudan Granpre sebagai pegawai utusan Inggeris yang tidak pandai berbahasa Melayu.

Pelayaran ke Kelantan direalisasikan apabila Abdullah Munsyi bersetuju dengan upah yang dijanjikan melalui perundingan (ada polemik yang timbul selepas itu apabila dikatakan Abdullah tidak dibayar kerana beberapa hal)9. Dalam pelayaran ke

Kelantan, Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi dirinya. Dalam menceritakan pelayarannya ke Kelantan, Abdullah Munsyi membuatkan orang melihat beliau sebagai seorang yang pintar dan mengetahui adat Melayu Pahang, Terengganu dan

9 Perkara ini tidak dibincangkan secara mendalam kerana di luar fokus kajian ini. 96

Kelantan pula. Oleh hal yang demikian, Abdullah Munsyi mesti membicarakan adat

Melayu yang disaksikannya. Abdullah Munsyi memperlihatkan minat memperhatikan keadaan, adat Melayu dan corak pemerintahan kerajaan Melayu di

Pahang dan di Terengganu, iaitu tempat yang menjadi persinggahan Abdullah

Munsyi sebelum ke Kelantan. Dalam membicarakan adat orang Melayu di Pahang,

Abdullah Munsyi membuat verifikasi dirinya, yakni beliau tidak dapat menerima adat dan amalan tradisi Melayu di situ. Salah satu yang disentuh oleh Abdullah

Munsyi ialah hukum bunuh, salang dan sula yang kejam itu. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005: 108):

… adalah pula ‘adat dalam negeri Pahang, apabila seorang berbuat salah besar, maka disalangnya. Maka ada pula disulanya … maka erti sula itu, ditikamnya dengan pucuk nipah dari lubang pantatnya sehingga lalau ke dalam perutnya; demikianlah adanya.

Petikan di atas menunjukkan Abdullah Munsyi membuat soal selidik tentang hukuman yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Pahang untuk menghukum orang salah. Setelah mengetahui adat tersebut sedemikian rupa, Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005: 108):

… maka adalah sahaya bertanya kepada orang2dalam negeri itu: Tiadakah boleh diubah2 ‘adat atau pekerjaan yang tiada baik ini? Maka jawabnya” “adalah sekalian ‘adat dan pekerjaan ini semuanya daripada ‘adat purbakala; jikalau barangsiapa mengubah atau memecahkan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yang tuah2.

Petikan di atas memperlihatkan minat Abdullah Munsyi untuk meneruskan soal selidik terhadap adat Melayu, iaitu dengan menanyai orang Melayu di Pahang.

Kesempatan ini membolehkan beliau membicarakan adat istiadat Melayu Pahang pula. Abdullah Munsyi menanyakan soalan mengapa wujud amalan hukum

97 sebegitu? Tidakkah boleh diubah? Beliau berusaha mendapatkan jawapan daripada orang tempatan Pahang. Setelah mendapat jawapan, Abdullah Munsyi memperlihatkan beliau tidak bersetuju dengan adat dan amalan berkenaan. Abdullah

Munsyi menyatakan adat yang kejam itu ialah adat yang tidak ada hubungan dengan dirinya kerana beliau tidak berada dalam golongan orang Melayu di situ. Adat ini sangat asing bagi Abdullah Munsyi. Beliau terus menyatakan pendiriannya yang juga boleh dijadikan sebuah verifikasi tentang diri Abdullah Munsyi. Beliau menyatakan pandangannya seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed), 2005: 108):

Maka adalah dalam fikiran sahaya yang bodoh lagi tiada mempunyai ‘ilmu ini, jikalau kekal ‘adat dan pekerjaan dan kelakuan yang telah tersebut itu, maka dapati ada lama-kelamaannya kelak sunyi dan rosak juga negeri Pahang itu, sebab mereka itu sekalian mengaku dirinya sahaja pandai.

Walaupun kenyataan ini dibuat oleh Abdullah Munsyi dengan penuh rendah diri, namun begitu jelas kenyataan tersebut menggambarkan pandangan beliau bahawa adat Melayu yang diamalkan di Pahang ialah adat yang bodoh. Pihak yang terus mengamalkannya sama juga bodohnya. Lantang sekali Abdullah Munsyi membuat kenyataan ini yang menunjukkan pandangan beliau datang daripada seseorang yang lebih berilmu berbanding dengan penduduk di luar kawasan kota. Oleh hal yang demikian, imej Abdullah Munsyi sendiri, sama ada dari pandangan orang Melayu mahu pun Inggeris menggambarkan sebuah imej yang baik, iaitu imej antikekejaman. Pengkaji mendapati walaupun penuh santun bahasa yang digunakan

Abdullah Munsyi, seperti contoh “dalam fikiran sahaya yang bodoh lagi tiada mempunyai ‘ilmu”, terselindung suatu usaha untuk memperlihatkan beliau berfikiran lebih ke hadapan berbanding dengan penduduk tradisional di Pahang dan

98 di Kelantan yang tidak mahu mengubah amalan buruk itu kerana mempercayai risiko buruk yang tidak masuk akal akan menimpa mereka.

Verifikasi yang dibuat oleh Abdullah Munsyi ini menunjukkan perbezaan kehidupan pada waktu itu di negeri-negeri Melayu yang dikuasai sultan Melayu dengan kehidupan beliau di tempat yang dikuasai Inggeris. Di negeri Melayu tidak wujud hal seperti konsep kebebasan berfikir, revolusi menuntut keadilan oleh rakyat, fahaman modernisme, realisme dan sebagainya, yang ada hanyalah setia kepada raja atau sultan. Bagi Abdullah Munsyi, pengalaman melihat suasana itu membolehkan beliau melahirkan rasa simpati kepada orang Melayu. Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau hidup di negeri lain yang tidak mengamalkan adat buruk itu, negeri beliau pula ialah tempat Inggeris berkuasa. Menurut pemahaman

Abdullah Munsyi jika Inggeris yang berkuasa di Melaka dan di Singapura maka

Inggerislah yang menjadi rajanya.

Satu hal yang tetap dipegang dan disebut berulang-ulang oleh Abdullah Munsyi ialah perkara yang mengekalkan ciri dan identitinya sebagai munsyi atau seorang guru bahasa Melayu. Abdullah Munsyi berasa tertarik dengan jalan bahasa yang digunakan oleh orang Melayu di Pahang. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin

Sweeney. (ed), 2005: 106):

Sebermula adalah bahasa mereka itu bahasa Melayu, lagi halus dan betul jalan bahasa, karena asal bahasanya itu tumbuhnya dari Johor. Maka adalah sahaya sangat dukacita adanya; sebab sayang hati menengarkan bunyi bahasa mereka itu terlalu bagus lagi dengan manisnya karena tiada mereka itu mahu belajar bahasa sendiri, lagipun tiada ia menaruh akan tempat belajar itu. Maka jikalau kiranya diusahakan mereka itu mencari guru yang pandai akan mengajar anak2 mereka itu, nescaya penuhlah dalam negeri2 Melayu orang tahu membaca dan menulis dan mengarang segala jenis kitab2 dan ilmu2.

99

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi ini, terlihat verifikiasi kendiri yang dilakukannya, iaitu verifikasi tentang dirinya yang sebenar. Abdullah

Munsyi membuat verifikasi beliau selaku seorang guru bahasa Melayu yang menyampaikan nasihat. Yang dimaksudkan oleh beliau belajar bahasa Melayu bukan belajar bertutur sahaja tetapi merangkumi belajar menulis dan membaca.

Abdullah Munsyi mendapati orang Melayu di Pahang tidak belajar menulis dalam bahasa Melayu seperti yang dilalui beliau. Orang Melayu hanya belajar mengaji al-

Quran. Abdullah Munsyi kekal dengan pendirian beliau, iaitu menulis dan membaca sangat penting kerana kemahiran ini dapat mendekatkan diri dengan ilmu lain.

Verifikasi ini memperlihatkan apabila difahami pemikiran beliau ini, orang akan mengagumi Abdullah Munsyi sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, khususnya kepada orang Melayu sendiri. Abdullah Munsyi menyifatkan sikap orang Pahang sebagai satu kerugian apabila pembelajaran bahasa Melayu Pahang dibiarkan begitu sahaja.

Berdasarkan penilaian Abdullah Munsyi apabila melihat amalan kehidupan masyarakat di Pahang, hal yang berkaitan dengan adat, peraturan aneh dan bahasa pertuturan yang baik tanpa kemahiran menulis, membaca serta mengarang, baginya mereka itu semua bodoh. Didapati adat tradisi Melayu yang dilihatnya di Pahang tidak mendapat sebarang pujian kecuali gaya bahasa yang digunakan dalam pertuturan di situ. Hal ini juga dapat dikatakan verifikasi diri Abdullah Munsyi. Kali ini verifikasi Abdullah Munsyi tidak menggolongkan dirinya sebagai sebahagian orang Melayu Pahang, tetapi kekal sebagai orang luar yang celik huruf dan lebih

100 maju dari pelbagai segi, terutama mahir membaca dan menulis dalam bahasa

Melayu.

Setelah memperkatakan peristiwa yang dilalui oleh beliau di Pahang, Abdullah

Munsyi meneruskan pengembaraan ke Terengganu. Di Terengganu, Abdullah

Munsyi memperlihatkan beliau masih kekal dengan pendiriannya, iaitu kecintaan beliau terhadap pembelajaran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Perkara yang pertama disentuh oleh Abdullah Munsyi ialah isu bahasa juga. Beliau telah membandingkan sebutan dialek Melayu Terengganu dengan sebutan bahasa Melayu yang diamalkan oleh beliau di Melaka dan di Singapura. Terdapat sedikit pujian diberikan kepada orang Melayu Terengganu. Pujian yang datang daripada Abdullah

Munsyi adalah seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed), 2005: 118):

… kita kata ‘jangan’, katanya ‘jangang’ kata kita ‘bulan’, katanya ‘bulang’, tetapi pertuturannya sahaja demikian; maka apabila menyurat betullah hurufnya seperti kita adanya. Tetapi adalah sedikit orang dalam antara mereka itu yang pandai menulis, lagipun bagus bekas tangannya menulis ‘Arab, seperti Quran dan kitab-kitab bahasa ‘Arab, maka jarang yang dalam bahasa Melayu. Maka sebab itu kebanyakannya terpuji Qur’an Terengganu itu dalam negeri2 yang lain.

Abdullah Munsyi memuji kemahiran orang menulis dalam bahasa Arab di

Terengganu. Hal ini demikian kerana beliau menemui ramai orang yang pandai membaca al-Quran di Terengganu, tetapi sayangnya mereka juga tidak mewujudkan tempat atau masa untuk belajar membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Di sini juga Abdullah Munsyi membuat verifikasi yang beliau amat prihatin terhadap kemahiran menulis dan mengarang dalam bahasa Melayu di Terengganu. Beliau tetap tampil sebagai guru bahasa Melayu yang sentiasa peka dan prihatin terhadap

101 penggunaan bahasa Melayu yang baik dari segi bacaan dan tulisan dalam kalangan orang Melayu. Selain kemahiran menulis tulisan Arab yang cantik di Terengganu, didapati dari sudut lain seperti adat dan amalan tradisional tidak banyak yang dipuji oleh Abdullah Munsyi. Adat istidat Melayu yang diamalkan di Terengganu masih menjadi perkara yang tidak kena pada pandangan Abdullah Munsyi10. Di sini identiti

Abdullah Munsyi sebagai orang yang berfikiran maju masih kekal kerana inilah unsur yang membezakan beliau dengan yang lain dan beliau tidak tergolong dalam kelompok orang Melayu yang disifatkannya mengamalkan adat bodoh.

Dalam menceritakan hal ini, kelihatan Abdulah Munsyi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan baik sebagai wakil penguasa Inggeris dan peniaga Cina yang datang dari Singapura untuk menjadi jurubahasa Melayu malah lebih daripada itu beliau menampilkan diri cuba membawa pembaharuan kepada orang Melayu di sana. Inilah verifikasi Abdullah Munsyi terhadap dirinya, iaitu identiti yang dibawanya ke Terengganu dan Pahang sebelum sampai di Kelantan. Kecintaan

Abdullah Munsyi terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu untuk diberikan kepada kalangan orang Melayu sangat jelas dinyatakan oleh Abdullah

Munsyi semasa di Pahang dan di Terengganu.

Pelayaran Abdullah Munsyi menurut beliau sampai ke Kelantan dengan selamat.

Dalam karya ini, Abdullah Munsyi menyatakan ketika itu Kelantan sedang berada dalam situasi perang saudara. Hal ini terjadi pada waktu itu di Kelantan kerana terdapat dua beradik anak raja berebutkan takhta kerajaan. Pihak yang akan menjadi

10 Larangan dan peraturan antaranya ialah peraturan melewati kampung raja, lorong jalan yang kotor, pasar hanya dibuka pada sebelah petang, makanan busuk seperti tempoyak dan pekasam serta lain- lain. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir dari Singapura sampai ke Kelantan

102 raja ialah pihak yang memenangi perang. Keadaan ini juga menjadi peristiwa yang hebat diceritakan oleh Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya ke Kelantan.

Pelayaran beliau ke Kelantan menemukannya dengan golongan bangsawan wakil istana, iaitu Sayid Abdu dan Tengku Temena. Abdullah Munsyi mendapat gelaran mulia di Kelantan, iaitu Tuan Sayid daripada Sayid Abu seorang yang sangat dihormati di Kelantan. Sewaktu Abdullah Munsyi disapa sebagai Sayid beliau tidak pula mahu menerangkan dirinya yang sebenar kepada pihak yang memberi gelaran

Tuan Sayid kepadanya. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney.(ed.), 2005:

124):

Maka adapun sayid Abu itu peranakan Pontianak; maka ia duduk di Terengganu. Maka dijemput raja Kelantan, karena yaitu ditakuti orang akan dia. Maka Raja membuat guru akan dia … Maka apabila datang ia ke perahu, maka memberi salam ia kepada sahaya, lalu saya menyahut salamnya. Maka disangkanya sahaya Tuan Sayid. Maka katanya “Apa khabar Tuan Sayid dalam Singapura?

Berdasarkan petikan ini Abdullah Munsyi tidak pula menafikan gelaran itu.

Pertanyaan yang timbul apakah yang menyebabkan orang memanggilnya Tuan

Sayid? Kajian ini mendapati penerimaan gelaran Sayid yang mengandungi penghormatan dan pujian itu ialah verifikasi diri beliau juga. Didapati Abdullah

Munsyi tidak menafikan bahawa dia bukan Sayid yang memperlihatkan beliau berasa senang dengan gelaran berstatus itu. Gelaran dan status Sayid ini dikekalkannya sepanjang beliau di Kelantan dan identiti ini tidak dibicarakan lebih lanjut oleh Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi mengetahui bahawa gelaran Sayid ini satu penghormatan. Dengan memegang gelaran Sayid, beliau dapat membuat verifikasi untuk terus berada pada status Sayid yang sangat dihormati di Kelantan.

Kesempatan menjadi seorang Sayid di Kelantan menjadi bonus untuk memperoleh

103 kepercayaan dan dihormati. Abdullah Munsyi juga dihormati di istana kerana verifikasi dirinya sebagai Sayid itu walhal tugas hakiki beliau hanyalah seorang jurubahasa kepada pegawai pihak Inggeris dari Singapura. Status ini memberikan jalan kepada Abdullah Munsyi untuk berkhutbah kepada orang Melayu, terutama dalam memperkatakan isu keburukan dan kehairanannya terhadap adat Melayu

Kelantan. Abdullah Munsyi semasa menerima gelaran Sayid ini menjadi seorang sarjana agama Islam dan beliau boleh menegur sesuatu yang bertentangan dengan

Islam.

Kajian diteruskan dengan menganalisis verifikasi kendiri Abdullah Munsyi yang menyentuh budaya makanan Melayu di Kelantan. Beliau banyak mengeluarkan kenyataan yang hampir sama semasa beliau mengenali makanan Melayu di Pahang dan Terengganu. Kisah yang diceritakan Abdullah Munsyi tentang pengalamannya di Pahang, Terengganu dan Kelantan beliau memang tidak menggemari makanan tradisi Melayu, seperti pekasam, tempoyak dan ikan masin yang dianggapnya tidak mulia, busuk dan tidak sedap11. Makanan inilah makanan tradisi Melayu yang bukan sahaja masih menjadi kegemaran orang Melayu malah dalam istilah kuliner sekarang disebut makanan tradisi yang terkenal. Hal ini tidak disetujui oleh

Abdullah Munsyi malah beliau menganggap daging, minyak sapi dan telur lebih mulia 12berbanding dengan makanan tradisi Melayu yang diberikan contoh oleh beliau itu. Secara amnya pengkaji maklum bahawa penggunaan minyak sapi dalam ramuan makanan ialah ciri masakan yang ada dalam persediaan makanan India atau

Keling. Dalam konteks ini bererti dalam hal ehwal selera, Abdullah Munsyi tidak

11 Amin Sweeney Ed.(2005: 134) makanan yang busuk adalah seperti pekasam, tempoyak, ikan asin, siput asin, kerang asin, jering dan petai. 12 Amin Sweeny Ed. (2005:134) Maka tiadalah saya lihat makanan yang mulia,seperti daging dan minyak sapid an telur,mentega dan susu. 104 dapat menyelindungi identity dan statusnya. Jelaslah tanpa disedari oleh beliau sendiri sebuah verifikasi kendiri yang dilakukannya menunjukkan bahawa beliau bukan Melayu kerana dalam soal makanan, selera Abdullah Munsyi menyatakan hal sebenarnya. Sesungguhnya, beliau mahu memperlihatkan imej sebagai orang

Melayu, namun dari segi pilihan makanan identiti Peranakan Kelingnya terpelihara kukuh.

Abdullah Munsyi juga melakukan sebuah verifikasi sebagai seorang yang ada keistimewaan melalui peristiwa orang di Kelantan melihat beliau menulis sambil berjalan. Pujian dan penghormatan telah diterima oleh Abdullah Munsyi semasa beliau berada di Kelantan kerana beliau memiliki kemahiran ini. Abdullah Munsyi menceritakan (Amin Sweeney. (ed.), 2005: 136):

Maka turunlah sahaya berjalan2 melihat2 kampung dan pasar di situ. Maka banyaklah orang berkampung, beratus2 mengikut sahaya. Maka sahaya menulislah sepanjang jalan itu, karena mengambil ingatan apa2yang bertemu dan yang dilihat. Maka itulah yang menjadi hairan kepada mereka itu, karena menulis sambil berjalan. Sahaya dengar kata mereka itu “pandai sungguh orang timur ini tahu bahasa orang putih dan lagi boleh menulis sambil berjalan dan berdiri”.

Petikan di atas menunjukkan Abdullah Munsyi mengambil kata-kata yang didengarinya daripada orang sekeliling yang memerhatikan tingkah lakunya.

Kenyataan ini dapat dikatakan sebagai satu bentuk verifikasi tentang dirinya sebagai orang Timur, mempunyai kemahiran menulis dan kemahiran berbahasa Inggeris yang berdasarkan frasa “pandai sungguh” menunjukkan beliau begitu dikagumi oleh orang Melayu yang melihatnya di Kelantan.

105

Kajian ini mendapati kisah pelayaran ke Kelantan yang dikarang oleh Abdullah

Munsyi ialah satu kesempatan yang diperoleh beliau untuk membuat kenyataan tentang identitinya yang sebenar. Secara tidak langsung, kisah-kisah yang bersifat negatif tentang orang Melayu dengan corak hidup mereka yang diceritakan oleh

Abdullah Munsyi sedikit sebanyak akan mengangkat pihak Inggeris yang sedang berkuasa di Melaka dan di Singapura pada satu kedudukan yang baik dari segi budaya. Beberapa buah fikiran yang diungkapkan oleh Abdullah Munsyi berkaitan dengan undang-undang, corak kehidupan, adat dan budaya Melayu di negeri Melayu seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan boleh dianggap bentuk verifikasi kendiri

Abdullah Munsyi. Hal ini demikian kerana semuanya bermula daripada pandangan peribadi beliau yang membandingkan orang Melayu dan amalan mereka dengan kehidupan yang diamalkan beliau sendiri di Melaka dan di Singapura. Yang pasti, akhirnya adat dan amalan yang diamalkan oleh Abdullah Munsyi daripada kaca mata beliau adalah lebih baik berbanding dengan adat dan amalan orang Melayu yang disaksikannya di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Selain berkesempatan belayar ke negeri-negeri Melayu Pantai Timur, Abdullah

Munsyi berkesempatan juga mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1854.

Sebagaimana kebiasaannya, Abdullah Munsyi akan mencatatkan peristiwa yang disaksikan dalam perjalanannya. Karya Abdullah Munsyi seterusnya adalah tentang perjalanan beliau mengerjakan haji. Kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Mekah ialah sebuah travelog. Kajian ini dapat mengesan perbezaan yang wujud dalam kisah ke Mekah jika dibandingkan dengan kisah pelayaran ke Kelantan. Dalam travelog ke

Mekah ini tidak ditemui peristiwa atau polemik dengan orang yang ditemui

106 sepanjang pengalaman Abdullah Munsyi di Mekah. Walaupun begitu, verifikasi terhadap dirinya tetap dapat dikesan.

Abdullah Munsyi menceritakan bahawa dalam perjalanan ke Mekah beliau berkesempatan melihat bangunan yang menarik. Kekaguman terhadap bangunan batu, seperti masjid dan kolam air menjadi perkara yang dimuatkan dalam kisah pelayarannya itu. Terdapat satu peristiwa yang memberikan kesempatan interaksi

Abdullah Munsyi dengan orang tempatan semasa persinggahan di Kalikat, India.

Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed.), 2005: 281-282):

Maka apabila aku melihat akan perbuatan masjid dan kolam itu, terlalulah ‘ajaib dalam hatiku, sebab berfikiran dapatiada jikalau barang siapa membaca kitab ini kemudian, maka ia kelak hendaklah mengetahuinya siapakah yang telah membuat pekerjaan itu. Maka kusahakanlah diriku mencari akan rahsia itu … Maka dalam orang yang banyak itu ada seorang2 tua, kira2 ‘umurnya delapan puluh tahun; ia menunggu masjid itu. Maka aku pergilah mendapatkan dia dan bertanyakan rahsia itu. Katanya “Aku hairan sekian lama ini seorang tiada pedulikan bertanya akan pekerjaan itu, engkau ini orang mana? Apa sebabnya hendak mengetahui itu?”

Petikan ini menyatakan bahawa Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi dirinya berbeza jika dibandingkan dengan orang lain (tidak jelas siapakah yang beliau maksudkan) yang bersikap tidak peduli. Abdullah Munsyi berminat dan berusaha untuk mengetahui sesuatu hingga beliau mendapat pengetahuan. Perkara itu menghairankan penjaga masjid itu kerana selama ini tiada sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah pembinaan masjid itu. Di sini Abdullah Munsyi telah menampilkan dirinya sebagai seorang pengamat dan pemikir terhadap asal usul sesuatu yang dilihatnya luar biasa, seperti bentuk seni bina hebat yang terdapat pada masjid yang dilawatinya.

107

Dalam pelayaran untuk menunaikan fardu haji ke Mekah didapati Abdullah Munsyi masih lagi menceritakan kisah corak kehidupan yang disaksikannya seperti dalam kisah pelayaran ke Kelantan yang dikarang sebelumnya. Dalam perjalanan mengerjakan haji ke Mekah, beliau telah menyaksikan beberapa amalan yang tidak berkenan di hatinya. Contohnya ialah peristiwa yang disaksikannya di Kalikat

(Culcutta). Abdullah Munsyi telah membuat teguran tentang cara orang di situ membuang hajat mereka. Menurutnya (Amin Sweeney. (ed.), 2005: 282):

Maka adalah suatu ‘adat negeri itu terlalu ‘aib, yaitu tiada berjamban; semuanya orang pergi buang air ke tepi laut berbanjar2 duduk dengan tiada bermalu seorang dengan seorang.”

Petikan di atas memperlihatkan Abdullah membuat verifikasi secara umum sahaja pada kali itu, iaitu tentang perasaan malunya terhadap amalan orang di Kalikat yang membuang air besar di tepi laut tanpa segan silu. Pastilah pandangannya berasaskan pengalaman hidupnya dalam kalangan orang Inggeris di Singapura dan Melaka, iaitu berkaitan dengan budaya penggunaan tandas. Dari sudut kebersihan dan penggunaan tandas ini, Abdullah Munsyi membuat verifikasi yang menyatakan kehidupan beliau di Melaka dan di Singapura adalah lebih bertamadun.

Dalam membuat verifikasi kendiri, ada unsur yang dikekalkan oleh Abdullah

Munsyi. Unsur yang tidak akan ditinggalkan oleh beliau iaitu verifikasi tentang identiti dan dirinya. Abdullah Munsyi secara konsisten membuat verifikasi tentang kebolehan dan kemahiran beliau menulis dalam bahasa Melayu. Hal ini menyatakan

Abdullah Munsyi mempunyai keistimewaan. Abdullah Munsyi menceritakan (Amin

Sweeney. (ed.), 2005: 291):

108

Setelah itu maka datanglah satu perahu dari darat, orang besar Turki yang memerintah laut itu serta dibawanya seorang ‘asykar dengan memakai selengkap pakaian; naiklah ia ke kapal. maka duduklah ia bersama2 nakhodah berkhabar2, sambil melihat aku ada menulis di atas jail-bot itu; lalu datanglah ia melihat sambil ia bertanya: ini orang mana? Lalu nakhodah memberi lah tau segala hal ku. Maka katanya: “kalau basyah tau yaini tau menulis peta2 tentu diambilnya.”

Kenyataan tentang peristiwa Abdullah Munsyi dilihat oleh orang besar Turki, mahir melakarkan peta dan menulis, menunjukkan ada satu lagi kemahiran yang istimewa dimiliki oleh Abdullah Munsyi, iaitu melakarkan peta. Hal itu menyebabkan syahbandar keturunan Turki pun teruja menyaksikannya. Terdapat persamaan dari segi penyampaian kisah ini dengan catatannya tentang kekaguman orang Kelantan melihat beliau menulis sambil berjalan. Verifikasi kendiri tentang dirinya yang mempunyai satu kepandaian ini didapati sangat konsisten dibuat oleh Abdullah

Munsyi. Berdasarkan kenyataan ini juga, dalam pertemuannya dengan syahbandar itu, Abdullah Munsyi dapat menarik perhatian syahbandar itu. Disebabkan kemahiran itu juga, beliau berpeluang mendapat pekerjaan dengan mudah walaupun di luar Melaka dan Singapura.

Kajian ini mengakui sebenarnya Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah ini merupakan satu karya yang sangat penting kerana memuatkan verifikasi diri Abdullah Munsyi yang menceritakan kisah beliau melengkapkan rukun Islam mengerjakan haji, orang ramai tidak perlu meragui keislaman beliau. Dalam travelognya itu, Abdullah

Munsyi secara puitis mengisytiharkan bahawa dirinya ialah seorang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebelum karya ini berakhir, Abdullah Munsyi mengarangkan sebuah puisi (disebut syair) yang maknanya menunjukkan penyerahan diri Abdullah Munsyi kepada Penciptanya. Abdullah Munsyi

109 memberitahu kita beliau telah melupakan hal keduniaan dalam pelayaran ke Mekah untuk melengkapkan Rukun Islam yang kelima.

Kisah pelayaran ke Mekah membuktikan bahawa pekerjaan beliau mengedit Injil dan bersahabat dengan orang putih Kristian tidak pernah mengubah identiti dan akidah Islam Abdullah Munsyi. Hal ini juga dapat dijadikan satu verifikasi yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi kerana beliau benar pergi ke Mekah bukan satu imaginatif. Hal ini dibuktikan oleh beliau dengan kisah pelayaran yang terperinci, yakni kronologi perjalanan menunaikan ibadat haji. Buktinya, sampai sekarang pun jika orang pergi ke Mekah pasti jalan yang sama akan dilalui, hanya dewasa ini sistem pengangkutan sahaja yang berbeza. Di sini Abdullah Munsyi menyatakan

(Amin Sweeney. (ed.), 2005: 292):

Maka kemudian datanglah Haji Adam. Setelah sudah bertemu lalau memberi salam, maka duduklah ia dua hari di Judah, lalu menyewa unta serta bermuat barang2. lalu berjalanlah naik ke Mekah dari waktu ‘asar itu; maka semalam2man itu berjalan. Maka pada esoknya pagi2 masuklah ke Mekah dari Kubah Mahmud berjalan dengan Syekh Haji Adam serta memakai ihram berkain putih dan berselimut putih.

Kenyataan menunjukkan perjalanan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi adalah benar, sebagai buktinya hingga dewasa ini pun jemaah haji dari rantau ini biasanya akan sampai di Jeddah sebelum meneruskan perjalanan masuk ke Tanah Haram

Mekah. Dalam konteks ini dapat dikatakan bahawa Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau benar-benar mahu menunaikan haji13. Dalam hal sejarah, kisah hubungan dan perkhidmatan beliau dengan paderi dan mubaligh Kristian,

13 Daripada kenyataan Abdullah Munsyi sendiri, beliau mengakui bahawa beliau masuk ke Mekah, namun ada sarjana seperti Emeis (1970) menyatakan Abdullah Munsyi meninggal di Judah sebelum sampai ke Mekah. 110 ternyatalah mereka hanya menjadi rakan baiknya serta bekerja bersama-sama beliau di Melaka dan di Singapura. Sahabat Kristiannya bolehlah dikatakan telah menemui kegagalan jika mereka berhajat untuk menyampaikan ajaran Injil kepada Abdullah

Munsyi kerana bagi beliau dari awal lagi beliau sudah menyatakan bahawa mengedit

Injil itu hanya pekerjaan untuk mencari makan. Abdullah Munsyi telah membuat verifikasi yang diri beliau kekal sebagai seorang Islam yang berusaha untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Dalam pelayaran Abdullah Munsyi ke Mekah, beliau masih tidak ketinggalan menceritakan peristiwa yang menarik untuk dimuatkan dalam travelognya. Selain itu, beliau juga berkesempatan mengarang syair yang menggambarkan perjalanan sucinya ke Mekah. Syair ini juga ialah satu lagi verifikasi kendiri yang dibuat oleh

Abdullah Munsyi untuk menyatakan dirinya yang sebenar pada ketika itu. Beliau memilih bentuk syair untuk mengungkapkan perasaan dan isi hatinya. Didapati karangan syair (sajak) khusus untuk menggambarkan rasa jiwa beliau semasa perjalanan mengerjakan haji ini ialah yang terakhir. Syair Abdullah Munsyi adalah seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed.), 2005: 292):

Serta masuklah aku ke dalam negeri yang mulia Maka terlupalah aku akan ni’mat dan kesukaan dunia Seperti mendapat syurga dan kesukaan dunia Mengucaplah aku beribu2 syukur akan Tuhan yang Maha mulia Terlupalah beberapa kesusahan dan syeksa di jalan Oleh sebab berahi dan rindu akan bait Allah itu beberapa bulan.

Ungkapan dalam syair ini didapati secara jelas dan nyata menunjukkan perjalanan kali terakhir ini bukanlah perjalanan biasa bagi Abdullah Munsyi. Perjalanan kali ini tidak seperti yang pernah dilaluinya sebelum itu. Abdullah Munsyi seorang bakal

111 haji yang datang jauh dari Tanah Melayu sedang menuju ke Tanah Suci Mekah menggambarkan beliau tidak lagi menghiraukan kesusahan yang ditempuhi dalam perjalanannya. Karangan perjalanan Abdullah Munsyi ke Mekah menjadi satu verifikasi kendiri beliau sebagai seorang Muslim kerana sama seperti orang Melayu

Islam yang lain beliau ingin melengkapkan Rukun Islam kelima, iaitu mengerjakan haji apabila mampu. Kisah perjalanan atau pelayaran beliau ke Mekah ialah karangan terakhir sebelum Abdullah Munsyi mengadap Ilahi.

3.3 Verifikasi Abdullah Munsyi dengan Pihak Barat

Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah menyatakan beliau mula melihat keistimewaan yang ada pada orang Inggeris melalui tindakan William Farquhar seorang pegawai Inggeris berpangkat kolonel yang bertugas memerintah14 Melaka, iaitu semasa Inggeris mengambil alih Melaka daripada Belanda. Abdullah Munsyi telah membuat kenyataan tersebut berdasarkan peristiwa-peristiwa yang dilihatnya.

Beliau menceritakan orang Inggeris yang bernama William Farquhar sangat hebat kerana merobohkan tembok yang dibina Portugis di Melaka. Hal ini juga dapat dikatakan satu verifikasi yang ingin menunjukkan betapa dekatnya Abdullah Munsyi dengan William Farquhar. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi menyebutkan sebuah tembok di Melaka yang dipercayai oleh orang tempatan, terutama orang Melayu mempunyai hantu, syaitan dan penunggu. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Farquhar di Melaka ialah tindakannya meruntuhkan tembok puaka itu. Abdullah Munsyi (2004: 47) menyatakan:

14 Major-General William Farquhar was an employee of the East India Company, the first British Resident and Commandant of colonial and Resident of Malacca.www.theguardian.com 112

Besar kuasa ubat bedil itu sampai ia boleh mengangkatkan batu sebesar-besar seperti rumah. Maka baharulah masing-masing percaya yang ia boleh dipecahkan oleh Inggeris kota itu. Maka masing-masing menggeleng kepala katanya, “banyak sungguh kepandaian dan hikmah orang putih ini!

Kenyataan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi ini yang menunjukkan kehebatan

Inggeris meruntuhkan tembok itu dapat mengubah pemikiran orang Melaka yang menyaksikan peristiwa itu.

Dalam hal pentadbiran negeri Melaka, Abdullah Munsyi juga memuji cara William

Farquhar mentadbir Melaka. Pujian itu dilahirkan melalui kenyataan ini (Abdullah

Munsyi, 2004: 50):

Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu. Maka ada pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk, datang daripada segala pihak negeri, berniaga ke Melaka.

Kenyataan ini juga ialah satu verifikasi, iaitu Abdullah Munsyi sebagai salah seorang anak Melaka memang menyukai William Farquhar, begitu juga dengan penduduk lain di Melaka. Abdullah Munsyi pula pasti akan disukai oleh pihak

Inggeris kerana memuji wakil mereka di Melaka. Hal ini demikian kerana karya

Abdullah Munsyi diawasi oleh rakan-rakan Inggerisnya sebelum dicetak dan diedarkan kepada masyarakat (Amin Sweeney. (ed), 2005). Begitulah verifikasi yang dibuat oleh Abdullah Munsyi tentang hubungannya dengan William Farquhar.

Walaupun begitu, jika terdapat kenyataan yang menguntungkan pihak mereka, pihak

Inggeris pasti akan membiarkannya terlepas daripada diedit atau dihapuskan kerana

113 secara jelas kenyataan berkenaan akan memberikan nilai tambah kepada Inggeris.

Abdullah Munsyi dengan nyata sekali membuat verifikasi “segala orang Melaka empat bangsa” yang dapat diertikan sebagai orang Melayu, Cina, India dan

Peranakan. Ertinya, dirinya sendiri juga menyukai kedatangan Inggeris ke Melaka.

Verifikasi ini ialah verifikasi penerimaan rakyat tempatan terhadap pihak Inggeris.

Keempat-empat golongan ini senantiasa disebut oleh Abdullah Munsyi apabila beliau memperkatakan adat dan amalan penduduk yang mendiami Melaka di bawah kekuasaan Inggeris.

Seorang lagi pegawai tinggi Syarikat Hindia Timur Inggeris yang bernama Thomas

Stamford Raffles15 disebut oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah.

Abdullah Munsyi mengetahui bahawa Thomas Stamford Raffles (kajian ini akan menyebut Raffles sahaja selepas ini) ialah orang besar-besar, tanpa menghuraikan jawatan dan pangkat individu ini. Langkah pertama Abdullah Munsyi membuat verifikasi dirinya kepada Raffles adalah dengan menunjukkan tulisan tangannya kepada Raffles. Abdullah Munsyi menyatakan setelah Raffles melihat tulisannya beliau serta-merta dipelawa untuk berkhidmat dengan Raffles sebagai jurutulis.

Peristiwa ini memperlihatkan pujian untuk diri Abdullah Munsyi sendiri. Peristiwa ini juga merupakan detik permulaan Abdullah Munsyi mendekati Raffles.

Kesempatan bekerja dengan Raffles membuka peluang kepada Abdullah Munsyi untuk mendapat pekerjaan yang baik. Pekerjaan tersebut hanya dilakukan oleh orang yang mempunyai kebolehan menulis dan membaca atau pekerjaan untuk orang yang celik huruf sahaja pada zaman itu.

15 Thomas Stamford Raffles mengikut rekod sejarah ialah Leftenan Gabenor Jawa British (Lieutenant-Governor of British Java) dan Gabenor Jeneral Bangkahulu (Governor-General of Bencoolen) www.theguardian.com . Abdullah Munsyi tidak menjelaskan pangkat individu ini. 114

Perkara yang penting di sini ialah hubungan beliau dengan Raflles. Berdasarkan catatan Abdullah Munsyi sendiri, beliau amat baik, rapat mengikuti Raffles ke hulu serta ke hilir melawat kawasan dan kebudyaan tempatan bersama-sama. Sebagai buktinya Abdullah Munsyi (2004: 68) menyatakan:

Kalakian, maka adalah pada suatu petang hari maka aku pun hendak pulang, maka dipanggil oleh Tuan Raffles, katanya “Encik, mari kita berjalan-jalan. Sahaya hendak pergi melihat tempat orang-orang Melayu belajar”. Setelah itu aku pun naiklah kereta pelangking bersama-sama lalu pergi ke Telengkira.

Petikan ini menunjukkan beliau amat baik dengan Thomas Stamford Raffles, iaitu boleh bersama-sama naik kereta pelangking (tandu). Hubungan kedua-duanya seolah-olah seperti kawan baik sahaja, bukan hubungan pekerja dengan seorang majikan yang berpangkat Leftenan Gabenor. Jelaslah ini ialah bentuk verifikasi kendiri pembinaan imej Abdullah Munsyi. Daripada kenyataan ini, pihak Barat juga akan melihat Abdullah Munsyi sebagai seorang yang istimewa yang boleh berada begitu dekat dengan pegawai tinggi mereka. Tambahan lagi, Abdullah Munsyi membuat kenyataan dalam Hikayat Abdullah bahawa beliau juga kenal baik dengan isteri Thomas Stamford Raffles. Beliau tertarik memperhatikan tingkah laku isteri

Thomas Stamford Raffles. Menurutnya (Abdullah Munsyi, 2004: 69):

… kulihat akan kelakuan isterinya itupun bukan barang-barang perempuan. Maka sehari-hari ia pun seperti hal suaminya itu juga. Maka barang-barang pekerjaan itu semuanya dengan tertib dan sopan serta muka yang manis ia bercakap dengan hormatnya baik kepada orang miskin, atau orang kaya sama juga.

Kenyataan Abdullah Munsyi ini menunjukkan beliau kenal dan rapat dengan isteri seorang pegawai tinggi British. Kisah ini ialah verifikasi yang menunjukkan satu

115 kedudukan Abdullah Munsyi yang hebat di mata orang ramai pula kerana golongan orang pintar, orang besar-besar dan orang penting kepada pihak Inggeris sahaja yang akan berkesempatan mendekati pegawai besar merasai pengalaman ini.

Pertanyaan yang timbul ialah siapakah Abdullah di sisi Raffles? Sekilas pandang,

Abdullah Munsyi seolah-olah setiausaha kepada Raffles. Hal ini demikian kerana

Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau juga bukan sahaja seorang jurutulis yang kerjanya menyalin dan menulis surat perjanjian malah beliau juga sekali-sekala menjadi pakar rujuk sesuatu hal. Ada kalanya Raffles akan meminta pengakuan atau pengesahan daripada Abdullah Munsyi tentang beberapa hal yang ada kaitannya dengan budaya dan kepercayaan orang Melayu tempatan di Melaka dan di sekitarnya. Contohnya, Raffles meminta pengesahan atau jawapan Abdullah

Munsyi tentang sebab orang Melayu tidak mempelajari bahasa Melayu (Abdullah

Munsyi, 2004: 69):

Maka katanya, “apa sebab guru tiada mengajar bahasa Melayu? Maka jawab guru itu, “Orang yang empunya anak-anak ini menyuruh ajarkan Qur’an dahulu. Maka kalau sudah ia dapat Quran, kemudian boleh belajar bahasa Melayu” Begitu lah adat sahaya semuanya … Lalu kami berjalan keluar. Maka sambil ia berjalan, katanya kepadaku, “sungguhkah begitu adat Melayu, encik” Maka jawabku “sungguh Tuan!”

Catatan ini mahu menunjukkan kepada kita bahawa Abdullah Munsyi bukan sahaja teman berjalan-jalan dengan tujan kosong malah beliau berfungsi sebagai informan yang sangat berguna. Dalam peristiwa di atas, Abdullah Munsyi menampilkan dirinya sebagai orang yang mengetahui adat tempatan. Abdullah Munsyi perlu mengakui bahawa beliau mengetahui hal ehwal Melayu kerana beliau akan memenuhi permintaan yang diperlukan oleh Raffles. Secara tidak langsung

116

Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau berada setaraf dengan orang cerdik pandai dalam kalangan Melayu walaupun hakikatnya beliau seorang

Peranakan Keling.

Kisah yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi tentang aktiviti dan masa beliau bekerjasama dengan Raflles ialah sebuah verifikasi yang jelas menunjukkan bahawa

Abdullah Munsyi mahu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan tinggi di Melaka.

Tidak terlihat lagi orang lain selain beliau yang lebih rapat dengan Raffles serapat

Abdullah Munsyi. Keakraban antara mereka berdua yang dinyatakan oleh Abdullah

Munsyi hingga ke tahap Raffles berhasrat membawa Abdullah Munsyi belayar bersamanya ke Betawi. Namun begitu, pelawaan itu tidak diperkenankan oleh ibu

Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi (2004: 96) menyatakan:

… maka pada hari itu Tuan Raffles hendak berlayar. Maka ia hendak membawa aku bersama-sama, tetapi bondaku tiada mau memberikan, sambal ia menangis, katanya “anak sahaya dua tidak, tiga tidak, hanya seorang seperti biji mata sahaya”.

Petikan di atas menunjukkan betapa akrab dan sayangnya Raffles kepada Abdullah

Munsyi. Walaupun demikian, sebelum Raffles meninggalkan Melaka, menurut

Abdullah Munsyi beliau diberikan sejumlah wang dan sepucuk “surat sokongan” yang amat berguna jika Abdullah Munsyi ingin bekerja dengan pihak kompeni

Inggeris. Perkara itu merupakan suatu kejayaan bagi Abdullah Munsyi. Beliau seolah-seolah lulus ujian dan mendapat sijil kelayakan hasil persahabatannya dengan

Raffles.

117

Dapat dikatakan interaksi dengan Raffles ialah satu kejayaan tinggi yang dicapai hasil verifikasi kendiri Abdullah Munsyi yang menunjukkan beliau sangat istimewa.

Surat sokongan yang diterima ialah bukti beliau mendapat pengiktirafan untuk meneruskan perkhidmatan dengan pihak Inggeris. Kejayaan memiliki surat sokongan daripada seorang yang berjawatan Leftenan Gabenor Inggeris membuktikan pengakuan yang hebat terhadap kemahiran Abdullah Munsyi pada waktu itu. Pada waktu yang sama, pengiktirafan itu dapat dianggap satu pengiktirafan yang tinggi yang tidak diperoleh orang Melayu dan orang tempatan yang lain.

Secara umum, gambaran Abdullah Munsyi tentang orang Inggeris kelihatan baik tetapi tidak dapat disangkal ada juga orang Inggeris yang berperangai buruk namun dianggap kes terpencil. Kisah keburukan Inggeris yang dicatatkan dijadikan teladan.

Sebagai contoh, kisah kepala supai bernama Mister Bean ada diceritakan oleh

Abdullah Munsyi. Kenyataan atau kisah Mister Bean dalam karya Abdullah Munsyi dilepaskan beredar oleh pihak Inggeris dan Barat. Menurut Amin Sweeney (2005),

Abdullah Munsyi sebenarnya tidak begitu bebas untuk menulis apa-apa yang difikirkannya. Karya-karya beliau ditapis sebelum dicetak dan dipercayai orang yang berada di sebalik karya Abdullah Munsyi sebelum dibenarkan beredar ialah seorang paderi yang bernama Alfred North. Hal-hal yang menyinggung perasaan, terutamanya pihak Inggeris, akan diedit oleh paderi itu. Paderi ini juga yang dipercayai oleh para sarjana sebagai orang yang mencadangkan penulisan sebuah riwayat hidup tentang Abdullah Munsyi.

118

Rakan-rakan paderi Abdullah Munsyi yang lain juga seolah-olah menyetujui cerita

Mister Bean yang dikarangnya hasil pemerhatiannya terhadap tabiat buruk bangsa mereka yang terdiri daripada golongan pegawai pentadbir Syarikat Hindia Timur dan golongan pelayar yang singgah ke tanah jajahan mereka di Tanah Melayu.

Sudah pasti mereka bersikap begitu kerana mereka ialah golongan pendakwah

Kristian. Dengan adanya umat yang bersikap begini maka perkhidmatan para pendakwah untuk memperbetul kejahilan kepada amalan yang benar sangat diperlukan.

Selain bekerja dengan Raffles yang berjawatan tinggi di Negeri-negeri Selat,

Abdullah Munsyi juga bekerjasama dengan pihak paderi. Kerjasama yang diberikan oleh Abdullah Munsyi ialah bantuan mengedit sebuah kitab Injil yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Belanda di Betawi. Paderi William

Milne (selepas ini akan disebut paderi Milne) mula mengesan kemahiran Abdullah

Munsyi dalam bahasa Melayu pada pertemuan kali pertamanya dengan Abdullah

Munsyi. Beliau disapa oleh Abdullah Munsyi dengan ungkapan “good morning sir!” pada suatu pagi di Melaka.

Berbekalkan surat sokongan dan nasihat Lord Minto, Abdullah Munsyi telah menanam semangat untuk mempelajari bahasa Inggeris. Hal inilah yang membawa beliau berkenalan dengan paderi Milne yang juga akhirnya menjadi sahabatnya.

Detik permulaan beliau mengenal paderi Milne diceritakannya seperti yang berikut

(Abdullah Munsyi, 2004: 99):

Maka kulihat ada ia tengah mengajar dua budak. Maka kulihat rupanya dan pakaiannya seperti orang-orang Inggeris kebanyakan juga. Maka apabila ia terpandang kepadaku, maka aku memberi tabik, demikian bunyinya good morning sir! Karena itu sajalah yang

119

aku tau bahasa Inggeris pada masa itu. Aku belajar daripada jurutulis Tuan Raffles.

Kenyataan di atas menunjukkan satu pendekatan Abdullah Munsyi yang membuat verifikasi dirinya, iaitu beliau tahu cara untuk menyapa orang Inggeris dalam bahasa mereka. Paderi Milne terus tertarik dengan percubaan Abdullah Munsyi ini. Setelah disapa begitu, paderi Milne langsung berbahasa Inggeris dengan Abdullah dengan pertanyaan ingin tahu tempat Abdullah mempelajari bahasa Inggeris. Abdullah

Munsyi (2004: 99) menyatakan:

Maka apabila didengarnya maka dijawabnya demikian juga sambil ia datang mendapatkan aku, lalu dibawanya masuk ke dalam bilik tempat belajarnya itu. Disangkanya aku pandai bahasa Inggeris. Maka katanya dalam bahasa Inggeris “Di mana engkau belajar bahasa Inggeris?” Maka tiadalah aku terjawab karena tiada aku mengerti. Maka ada seorang budak Serani di situ mengertikan kepadaku.

Paderi Milne tertarik dengan Abdullah Munsyi kerana pengenalan diri greeting yang dibuat oleh Abdullah Munsyi dan mengetahui beliau berkebolehan menulis dan membaca dengan baik. Abdullah Munsyi juga pernah bekerja dengan seorang

Leftenan Gabenor. Dalam konteks ini, Abdullah Munsyi akhirnya berjaya memperoleh hasil, iaitu satu kesepakatan. Abdullah Munsyi akan diajarkan bahasa

Inggeris oleh paderi Milne dan paderi Milne akan belajar bahasa Melayu dengan

Abdullah Munsyi. Sebagai tambahan, Abdullah Munsyi diberikan kitab Injil yang telah ditulis oleh pihak Belanda dalam bahasa Melayu. Detik ini juga menjadi detik permulaan Abdullah Munsyi terlibat dan mendapat kerja mengedit jalan bahasa

Melayu kitab Injil.

120

Abdullah Munsyi ditugaskan mengedit bahasa kitab itu kerana komen yang diberikannya, kenyataan bahawa terdapat banyak kesalahan bahasa dan bahasa yang digunakan bukan jalan bahasa Melayu yang benar. Komen-komen Abdullah Munsyi terhadap bahasa Melayu kitab Injil itu ialah sebuah verifikasi diri yang menyatakan bahawa orang yang sedang bercakap tentang hal itu bukan orang biasa. Pada masa ini Abdullah Munsyi ingin memberitahu bahawa beliau menguasai bahasa Melayu dengan baik. Begitu juga pihak paderi Milne sudah dapat mengesan minat dan kecenderungan Abdullah Munsyi. Pemberian Milne kepada Abdullah Munsyi ialah sebuah kitab Injil berbahasa Melayu yang dibuat oleh Belanda di Betawi. Setelah berbincang beberapa ketika, Abdullah Munsyi diberikan kitab Injil itu supaya beliau dapat meneliti bahasa Melayu kitab Injil itu. Abdullah Munsyi mendapati terlalu banyak kesalahan bahasa Melayu dalam Injil tersebut. Akhirnya paderi Milne telah meminta Abdullah Munsyi memperbetul jalan bahasa Melayu tersebut. Abdullah

Munsyi menerima pelawaan itu melalui hasil rundingan bahawa jika paderi Milne sanggup mengajarkan bahasa Inggeris kepadanya beliau akan mengajarkan bahasa

Melayu kepada Milne di samping mengusahakan pembetulan bahasa Injil terjemahan itu. Abdullah Munsyi mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang baik hasil kerjasama dengan paderi itu sehingga beliau digelar Abdullah Paderi oleh rakan-rakannya.

Menurut Abdullah Munsyi, beliau membawa pulang naskhah itu dan menelitinya dengan penuh minat. Abdullah Munsyi (2004) menceritakan bahawa pada masa yang sama beliau ingin mengetahui pendapat orang lain tentang keputusan yang diambilnya itu, sama ada benar atau salah. Menurut cerita Abdullah Munsyi, setelah dia menunjukkan kitab itu kepada kawan-kawannya, beliau mendapat reaksi yang

121 negatif daripada golongan tempatan atas tindakan beliau. Bagaimanakah Abdullah

Munsyi menjelaskan kedudukan beliau sebagai orang Islam dengan tindakan beliau membaca kitab agama lain? Lihat petikan di bawah (Abdullah Munsyi, 2004: 102):

Aku unjukkan lah kepada segala kawan-kawanku yang dekat-dekat di situ. Maka masing-masing pun membaca. Ada yang tiada dapat membaca sekali-kali; ada yang merangkak-rangkak membacakan, akan tetapi seorang pun tiada tahu akan ertinya, melainkan melarangkan aku, katanya “jangan baca kitab ini. Buangkan karena kitab ini orang putih. Nanti rosak iman kita. Maka jawabku kepada mereka itu, “bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu? Adapun ertinya iman itu yang ku ketahui, percaya. Maka jikalau kiranya akau membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya kau akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mau menengar perkataan bodoh itu” maka diamlah mereka itu.

Kenyataan oleh Abdullah Munsyi ialah verifikasi pengakuan diri Abdullah Munsyi dan jika dilihat sekali imbas di lapisan pertama cenderung ditujukan kepada orang

Islam. Namun begitu, jika didalami kenyataan ini sebenarnya verifikasi ini juga secara halus di lapisan kedua ditujukan kepada pihak Kristian. Tindakan Abdullah

Munsyi menerima tugas mengedit Injil, menurutnya tidak akan mempengaruhi dan merosakkan kepercayaannya sebagai seorang yang beragama Islam. Kepada para pembaca karyanya juga verifikasi ini dibuat bertujuan untuk menyatakan bahawa aktiviti membaca dan mengedit kitab Injil tidak sedikit pun merosakkan imannya kerana Abdullah Munsyi tidak mempercayai kitab tersebut. Dalam kekaguman dan pujian Abdullah Munsyi terhadap Inggeris, beliau masih mengekalkan imannya.

Kenyataan ini muncul dalam Hikayat Abdullah dan sesuai diberikan ucapan tahniah kepada Abdullah Munsyi atas kekentalan jiwanya.

Menurut Abdullah Munsyi (2004), apabila beliau dilihat bekerjasama dengan paderi

Inggeris, gelaran Abdullah Paderi diberi kepadanya. Gelaran ini membuatkan bapa

122

Abdullah Munsyi marah dan melarangnya untuk terus bekerjasama dengan paderi

Milne. Hal ini diberitahu oleh Abdullah Munsyi kepada paderi Milne. Menurut

Abdullah Munsyi (2004), bapanya berjaya dipujuk oleh paderi Milne melalui rundingan untuk mengahwinkan Abdullah Munsyi memandangkan beliau sudah dewasa. Namun begitu, bapa beliau ketika itu kekurangan modal untuk urusan nikah kahwin Abdullah Munsyi. Waktu itulah paderi Milne memberikan jaminan beliau akan membantu dari segi kewangan untuk urusan itu kepada bapa Abdullah Munsyi.

Akhirnya lembutlah hati bapa Abdullah Munsyi mengenangkan budi baik paderi

Milne. Beliau seterusnya membenarkan Abdullah terus berkhidmat dengan paderi

Milne. Kisah ini ialah sebuah verifikasi yang dibuat oleh Abdullah Munsyi, iaitu hubungan beliau dengan paderi Milne sangat baik kerana paderi Milne ialah seorang majikan yang baik dan mengambil berat tentang Abdullah Munsyi.

Melalui konsep verifikasi kendiri, dapat dilihat Abdullah Munsyi membuat verifikasi dirinya dengan orang Inggeris iaitu beliau meletakkan dirinya sebagai orang yang berada di pihak Inggeris apabila menceritakan kehebatan Inggeris merobohkan kota yang dibina oleh Portugis daripada batu yang kuat dengan meletupkannya (daripada kisah Farquhar dalam Hikayat Abdullah). Perbuatan ini bagi Abdullah Munsyi telah mengubah kepercayaan lama orang tempatan di sekitar

Melaka bahawa kota yang dibina oleh Portugis di Melaka itu mempunyai penunggu dan puaka yang melindungi tembok batunya. Jika tembok itu dirobohkan maka mudarat menimpa diri orang yang merobohkannya. Abdullah Munsyi memuji kebijakan ini. Kisah ini sudah tentu akan menyeronokkan hati pihak Inggeris yang membacanya. Di sini Abdullah Munsyi cuba menampilkan pemikiran baru yang

123 dibawa oleh Inggeris kepada orang Melayu, yakni kepercayaan lama perlu difikirkan benar atau tidaknya.

Secara am, verifikasi yang paling jelas di sini ialah Abdullah Munsyi menjelaskan bahawa dirinya ialah orang yang sangat dekat dengan pihak Inggeris. Beliau membuat verifikasi yang hasilnya disenangi oleh Inggeris dengan menampilkan dirinya sebagai sahabat kepada para pegawai tinggi British yang bertugas di tanah jajahan Inggeris. Sesuai dengan maksud dan tujuan rundingan identiti yang dinyatakan oleh North , R.J dan Swaan W.B Jr (2009) iaitu mendapat direct benefit ,

Abdullah Munsyi mendapat faedah daripada tindakannya. Nama-nama yang disebut ialah Thomas Stamford Raffles seorang Leftenan Gabenor dan Kernel William

Farquhar seorang Residen yang memegang pemerintahan di Melaka. Satu lagi pihak

Barat ialah golongan paderi Kristian. Salah seorang yang disebutkan ialah paderi

Milne (William Milne, Abdullah Munsyi hanya menyebutnya paderi Milne). Nama individu ini sering disebut dan banyak terlibat dalam kehidupan Abdullah Munsyi.

Interaksi dengan golongan paderi menjadikan Abdullah Munsyi berjaya mendapatkan kedudukan yang khusus pula dalam kalangan orang British, terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Beliau juga ditugaskan mengedit kitab Injil yang menjadi kitab suci mereka dan mempelajari bahasa mereka, iaitu bahasa Inggeris.

Abdullah Munsyi membuat verifikasi dirinya dengan jelas apabila mengambil sesuatu keputusan dan memikirkan terlebih dahulu risiko dan keuntungan yang bakal diterima atas segala tindakan yang diambilnya. Beliau selalunya akan tampil

124 sebagai seorang yang tekun bekerja dan sebab itu beliau dapat bekerja dengan orang

Inggeris. Dalam Hikayat Abdullah , Abdullah Munsyi menyatakan kebanyakan majikan yang pernah mengambil beliau bekerja akan memuji beliau sebagai seorang yang rajin dan komited terhadap sesuatu pekerjaan. Inilah gambaran tentang dirinya yang dilakarkan oleh Abdullah Munsyi kepada kita semua melalui karyanya.

Permintaan sahabatnya, iaitu seorang Inggeris (tidak diberikan namanya) untuk menulis sebuah buku tentang riwayat dirinya telah dimanfaatkan oleh Abdullah

Munsyi sebaik-baiknya bagi membuat verifikasi dirinya. Abdullah Munsyi mengungkapkannya dengan penuh nada merendah diri, iaitu sesuatu yang menjadi lumrah kesantunan Melayu dengan mengakui dirinya tidak pandai menulis, tidak pandai mengarang dan bodoh. Abdullah Munsyi (20014: 1) menyatakan:

Bahawa maka adalah kepada tatkala Hijrah sanat 1256 tahun kepada lima likur hari bulan Sya’ban al-Mukarram, iaitu dua likur hari bulan Oktober bertarikh Masihi sanat 1840 tahun, iaitu dewasa itu adalah seorang sahabatku, iaitu orang putih yang kukasihi akan dia; maka ialah meminta sangat-sangat kepada aku, iaitu hendak mengetahui akan asal usulku peri hikayat segala kehidupan diriku. Maka ia meminta karangkan suatu kitab dengan bahasa Melayu, maka adalah sebab segala hal dan perkara tersebut menjadi masygullah aku serta berat rasa anggotaku … sebagai lagi, yang mendatangkan dukacita dalam hatiku sebab bahawa sesungguhnya aku ini seorang bodoh lagi kurang budi dan faham ku …”

Dalam pada “kebodohan” dan “kurang budi dan faham” Abdullah Munsyi telah menghasilkan sebuah autobiografi tentang dirinya. Di sini juga Abdullah Munsyi telah berkesempatan membuat verifikasi tentang dirinya, pandangan terhadap persekitaran dan pemikirannya yang dicatatkan dengan baik dan apa-apa yang beliau mahu orang lain menanggapinya. Satu hal yang dapat diambil sebagai pengertian di

125 sini ialah beliau seorang sahabat yang setia dan memenuhi permintaan seorang sahabat.

3.4 Kesimpulan

Rumusannya, jika merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh anak Abdullah Munsyi, iaitu Muhammad Ibrahim Munsyi sendiri tentang bapanya, tidak begitu banyak yang diperkatakan jika kita ingin mengetahui interaksi yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi dalam kehidupannya. Catatan Muhammad Ibrahim tentang bapanya itu hanya berdasarkan keterangan seorang ahli muzik yang sering dibayar oleh bapanya apabila pulang ke Melaka. Dalam hal ini maklumatnya ialah unsur hiburan, persembahan dan belanja makan-makan yang diberikan kepada saudara mara dan kenalan Abdullah Munsyi di Melaka. Abdullah Munsyi dikatakan tidak lokek dalam hal membelanjakan wang yang dikumpulkan melalui pekerjaannya di Singapura untuk menghiburkan dirinya, saudara mara dan kenalannya di Melaka. Kisah ini juga tidak banyak bermanfaat kepada Abdullah Munsyi jika hendak diwariskan kepada kita kerana cerita ini menggambarkan bahawa Abdullah Munsyi sekadar individu yang suka akan hiburan dan makan, tidak jauh bezanya dengan orang besar- besar atau orang kaya tempatan lain yang hidup sewaktu dengannya.

Berdasarkan konsep verifikasi kendiri dalam teori rundingan identiti,dapat dikatakan

Abdullah Munsyi telah berjaya memperoleh perkara yang dihajati beliau dengan membuat verifikasi dirinya dengan golongan tempatan. Kisah kepandaian menulis dan verifikasi sebagai orang yang taat kepada ajaran Islam akan mendapat perhatian orang Melayu. Oleh hal yang demkian beliau menjaga keharmonian dan kelancaran

126 berinteraksi serta hidup bersama-sama kaum Melayu tempatan kerana Abdullah

Munsyi dilihat bukan hanya Peranakan Keling biasa tetapi seorang yang taat terhadap agama Islam.

Abdullah Munsyi telah melakukan verifikasi kendiri yang menyatakan beliau seorang yang bekerja keras. Beliau mahu orang melihat beliau seperti yang dikehendaki, iaitu Abdullah Munsyi mahu beliau diterima dalam golongan cerdik pandai Melayu. Hal ini dinyatakan melalui kisah beliau menjalani proses yang sama yang dijalani oleh orang Melayu Islam semasa kecil, seperti belajar mengaji, belajar sembahyang dan pergi ke masjid yang dipenuhi oleh Abdullah Munsyi dengan baik.

Bapa beliau selalu memperhatikan gerak-gerinya dalam menjalani proses ini supaya beliau tidak mengingkari semua arahan yang diberikan.

Seterusnya, Abdullah Munsyi membuat verifikasi bahawa beliau dibentuk sebagai orang yang melalui proses pembelajaran yang serius, tidak seperti kanak-kanak lain di persekitaran hidupnya. Kanak-kanak lain yang menjadi rakan-rakan beliau digambarkan oleh Abdullah Munsyi bebas bermain tanpa perlu khuatir akan dimarahi oleh ibu bapa mereka. Gambaran mempunyai seorang bapa yang sangat tegas dan garang dalam mendidik anaknya menunjukkan Abdullah Munsyi bersungguh-sungguh membina identiti yang kukuh tentang diri beliau sendiri sehingga memperoleh hasil yang baik, iaitu kedudukan dan keistimewaan tertentu sewaktu menjangkau usia dewasanya. Beliau ingin menyatakan bahawa tidak mudah untuk menjadi seorang Abdullah Munsyi.

127

Dalam hal terdapatnya pihak yang ragu-ragu tentang keislaman beliau, terutamanya orang Melayu, Abdullah Munsyi tampil dengan verifikasi yang menyatakan bahawa imannya tidak tergugat walaupun membaca kitab injil kerana beliau tidak mempercayainya. Abdullah Munsyi memang vokal apabila dinasihati oleh kawan- kawannya tentang hal yang menyentuh kepercayaannya. Pendirian Abdullah Munsyi ini menjadi sebuah verifikasi bahawa beliau masih tetap Islam namun dari segi pemikiran beliau mempunyai pandangan yang berbeza dengan pegangan bijak pandai di Melaka dan di Singapura, terutama dari segi interaksi dengan golongan paderi. Inilah verifikasi kendiri seseorang yang mahu dikenali sebagai Abdullah

Munsyi.

Dalam hal keturunan, sebagai kesimpulannya Abdullah Munsyi tidak pernah membuat verifikasi secara tersurat bahawa dia orang Melayu asli. Identiti Abdullah

Munsyi kekal sebagai Peranakan Keling. Pada masa yang sama, Abdullah Munsyi menyedari hal itu dan sebab itu dia memerlukan skil interaksi yang baik untuk menjalani kehidupan sebagai orang yang dilahirkan berdarah campuran. Didapati

Abdullah Munsyi membuat verifikasi yang sangat jelas dengan memberikan perhatiannya pada bahasa Melayu selain serius dalam hal pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Beliau konsisten dalam hal mempelajari bahasa Melayu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa satu-satunya tentang Melayu yang disayangi oleh Abdullah Munsyi ialah bahasa Melayu, bukan keturunan, bangsa, adat, makanan atau tradisi Melayu.

Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa verifikasi kendiri membolehkan seseorang mewariskan kisah dirinya kepada orang lain. Sekilas pandang, kita pasti

128 akan terus bergantung pada kisah-kisah yang dibuat oleh seseorang tanpa meneliti dan mempersoalkan kisah tersebut lebih lanjut apabila seseorang menceritakan kisahnya kepada orang lain. Begitu juga halnya dengan kes Abdullah Munsyi yang kita bincangkan latar belakang dan asal usulnya berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan oleh beliau sendiri tanpa melihat lebih jauh dan mempersoalkan sebab beliau berbuat demikian. Walau pun begitu Abdullah Munsyi berjaya mendapatkan

“direct benefit” terhadap sesuatu yang dihajati melalui verifikasi kendiri.

129

Bab 4

Pengesahan Gelagat

4.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi terhadap golongan sasaran semasa beliau berinteraksi. Golongan ini terdiri daripada orang Melayu tempatan, Cina, Peranakan Keling dan Inggeris. Pengesahan gelagat dilihat daripada kaca mata Abdullah Munsyi yang berdarah campuran Peranakan

Keling. Pengesahan gelagat yang dimaksudkan ini ialah cara Abdullah Munsyi memperkatakan, memperincikan dan mengesahkan individu lain, yakni beliau menjadi pemerhati (perceiver) manakala orang lain (others) ialah sasarannya

(target). Pemerhati akan memperhatikan dan memperkatakan tingkah laku atau gelagat golongan sasarannya, bertindak dan membuat kenyataan berdasarkan pemerhatiannya. Pemerhatian gelagat terhadap golongan sasaran penting kerana pemerhatian berkenaan menguntungkan pemerhati dan hal ini membantu pemerhati memahami, mengenali dan mengetahui cara yang paling baik untuk berinteraksi dengan golongan sasaran tersebut.

Abdullah Munsyi melakukan pengesahan gelagat semasa berinteraksi dengan pihak tertentu dengan tujuan dan sebab. Hal ini akan diperincikan kelak dalam bahagian selanjutnya.

130

4.1 Pengesahan Gelagat Abdullah Munsyi dengan Masyarakat Melayu Biasa

Masyarakat Melayu biasa yang dimaksudkan ialah golongan yang dikatakan oleh

Abdullah Munsyi sebagai “mereka” sahaja tanpa merujuk nama-nama tertentu. Pada era 1800-1840-an, Melaka dan Singapura ialah kota pelabuhan yang dikuasai oleh

Inggeris dengan penubuhan Negeri-negeri Selat (International Law Books Services

(ILBS), 2005). Corak kehidupan di sekitar kota pelabuhan ini telah mewujudkan interaksi antara pelbagai kaum yang tinggal di situ. Berdasarkan kenyataan sejarah,

Melaka dan Singapura pernah dikuasai orang Barat yang lain, seperti Portugis yang menaklukinya melalui perperangan dengan mengalahkan kerajaan Melayu Melaka.

Melaka kemudiannya dirampas pula oleh Belanda dan akhirnya diambil alih oleh

Inggeris melalui satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda

1824 (International Law Books Services (ILBS), 2005).

Setelah termeterai perjanjian itu, Melaka dan Singapura berada di bawah pemerintahan Inggeris. Inggeris mengembangkan kuasa dengan memperkenalkan kawasan jajahan yang ditadbir langsung oleh mereka, iaitu Straits Settlement atau

Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang

(International Law Books Services (ILBS), 2005). Oleh hal yang demikian,

Abdullah Munsyi dapat menyaksikan Melaka berkembang menjadi bandar pelabuhan dan perdagangan. Melaka didiami oleh beberapa kaum yang berbeza yang sama-sama menjalani kehidupan di situ. Pelbagai gelagat kehidupan manusia yang disaksikan oleh Abdullah Munsyi di sana diceritakannya dalam karya- karyanya.

131

Dalam Hikayat Abdullah, diceritakan perjalanan hidup Abdullah Munsyi yang memperlihatkan beliau berinteraksi dengan pihak yang datang daripada pelbagai latar budaya kehidupan. Inilah senario kota pelabuhan berdasarkan huraian Abdullah

Munsyi dalam karyanya. Yang pasti orang yang menjalani kehidupan di Melaka dan di Singapura seperti Abdullah Munsyi telah melihat sesuatu peristiwa secara berbeza jika dibandingkan dengan penduduk desa tradisional di kawasan pedalaman lain yang tidak menjadi kota perdagangan dan pelabuhan seperti Melaka atau Singapura.

Menurut Abdullah Munsyi dalam karya Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran

Abdullah ke Kelantan, kawasan seperti ini wujud di luar kota. Hal ini dapat diketahui melalui gambaran Abdullah Munsyi tentang kampung kelahirannya, iaitu

Kampung Masjid dan gambaran tempat dan suasana di sekitar Pahang, di

Terengganu dan di Kelantan.

Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi (2004:12) menceritakan bahawa beliau lahir di Kampung Masjid, Melaka di persekitaran masyarakat Melayu. Setelah itu beliau membesar dan bekerja di Melaka. Berbekalkan kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Melayu yang dimilikinya, beliau memperoleh peluang untuk memajukan diri dan memilih kerjaya sebagai guru bahasa Melayu kepada orang

Inggeris. Abdullah Munsyi mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan beliau yang lebih baik sebagai guru bahasa Melayu dan penyalin kitab di Singapura kerana beliau telah mempunyai pengalaman yang serupa semasa bekerja di Melaka.

Lagi pula, Singapura yang menjadi kota pelabuhan dan perdagangan turut menyaksikan kehadiran orang Barat yang memerlukan kemahiran Abdullah Munsyi.

132

Berdasarkan karya autobiografi dan travelognya, didapati Abdullah Munsyi telah menyaksikan manusia dan peristiwa yang berlaku di Melaka, di Singapura dan di negeri-negeri di sebelah Pantai Timur Tanah Melayu. Abdullah Munsyi menceritakan bahawa kedua-dua buah lokasi, iaitu Melaka dan Singapura ialah tempat pertemuan segala bangsa dan budaya. Menurut Abdullah Munsyi (2004), selain didiami orang Melayu dan Peranakan Keling, Melaka dan Singapura juga didiami oleh kaum pendatang, seperti Cina, Keling dan Barat. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan negeri Melayu seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Abdullah Munsyi menceritakan beliau berpeluang berinteraksi dengan semua pihak ini. Orang yang ditemui Abdullah Munsyi terdiri daripada pelbagai golongan, yang menjalankan aktiviti perniagaan, bekerja sebagai askar Inggeris, pegawai Inggeris

Hindia Timur, paderi Kristian dan beberapa orang yang bekerja dengan pihak

Inggeris, seperti Abdullah Munsyi sendiri. Oleh hal yang demikian, pelbagai gelagat manusia telah diperhatikan oleh Abdullah Munsyi ketika menjalani kehidupan bersama-sama mereka.

Abdullah Munsyi sebelumnya telah membuat verifikasi bahawa beliau mampu menulis dan membaca, malah dua perkara ini telah dinyatakan sebagai minatnya.

Oleh sebab minatnya ini, ada juga karya yang ditulisnya bermula daripada inisiatif beliau sendiri yang menceritakan peristiwa menarik yang dialaminya semasa berpeluang mendekati dan mengenali individu tertentu. Oleh hal yang demikian, terhasillah karya-karya Abdullah Munsyi yang mengisahkan gelagat manusia dan kehidupan di sekitarnya. Abdullah Munsyi telah menceritakan beberapa peristiwa penting hasil interaksi beliau secara berhadapan dengan orang Melayu bawahan, orang Melayu atasan dan orang putih (Inggeris atau Barat). Watak-watak individu

133 yang ditemuinya diceritakan dalam Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah ke

Kelantan dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah.

Analisis kajian ini menggunakan konsep pengesahan gelagat berbentuk bebas dan pelbagai. Kaedah pengesahan gelagat ini menyatakan bahawa individu selaku pemerhati mempunyai kepentingan tertentu apabila menceritakan gelagat orang yang disasarkannya. Pemerhati bertujuan untuk mengajak orang lain melihat gelagat sasarannya seperti yang diperkatakan olehnya. Semasa berinteraksi dengan pihak tertentu, Abdullah Munsyi mengambil peluang untuk mengesahkan gelagat beberapa watak manusia yang berinteraksi dengan beliau. Pengesahan gelagat ini akan memberikan impak tertentu pula kepada Abdullah Munsyi.

Bahagian ini didahului dengan menganalisis pengesahan gelagat orang Melayu biasa yang dibuat oleh Abdullah Munsyi. Masyarakat Melayu merangkumi mereka yang mendiami kota Melaka, Singapura dan yang ditemui oleh Abdullah Munsyi semasa pelayarannya. Dalam berinteraksi dengan golongan ini, Abdullah Munsyi menjadikan gelagat mereka sebagai modal untuk mengarang karyanya. Beliau dengan teliti memerhatikan gelagat orang yang berhubungan dengannya. Mereka merupakan beberapa identiti yang dimunculkan dalan autobiografi dan travelog beliau. Kesannya, gelagat mereka pula akan mempengaruhi gelagat Abdullah

Munsyi apabila berurusan dengan mereka.

Sejak dari pemulaan dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi (2004: 313) telah membuat generalisasi dengan menyatakan:

134

Sebermula bahawa dengarlah tuan-tuan, aku menceriterakan hal kebodohan fikiran manusia iaitu orang Melayu, dan Keling dan Cina dalam negeri Singapura dan Melaka.

Daripada kenyataan ini, dapat dikesan pengesahan gelagat sasaran, orang atau golongan yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi terhadap tiga kaum sekali gus yang berada di sekelilingnya. Orang Melayu menduduki susunan pertama dalam kenyataan Abdullah Munsyi diikuti oleh kaum lain. Kenyataan ini ditulis oleh

Abdullah Munsyi berdasarkan khabar angin kononnya hamba kompeni (orang

Inggeris) yang mengawal gereja yang baru dibina di Melaka sedang mencari kepala orang untuk dijamu kepada hantu di gereja itu. Khabar ini menyebabkan penduduk

Melaka huru-hara dan orang ramai tidak berani keluar rumah. Gelagat dan sikap golongan sasaran didahului oleh orang Melayu, diikuti Keling dan Cina semuanya disahkan oleh Abdullah Munsyi bodoh daripada pandangan beliau. Kenyataan ini pengkaji simpulkan bahawa jika begitu bererti Abdullah Munsyi sahaja yang cerdik.

Hal ini bermaksud Abdullah Munsyi mahu menyatakan beliau tidak termasuk ke dalam golongan yang dikatakan berada dalam kebodohan fikiran.

Pengesahan gelagat ini ialah kenyataan yang dibuat oleh pemerhati, iaitu Abdullah

Munsyi sendiri berdasarkan pandangan beliau dan bersifat individu. Semasa

Abdullah Munsyi menjalani kehidupan dengan golongan ini, beliau mendapati mereka ini mempercayai khabar angin yang belum tentu benar. Begitulah kebodohan sasaran yang digambarkan kepada pembaca karyanya.

Kenyataan ini boleh diragui kebenarannya tetapi begitulah pengesahan gelagat

Abdullah Munsyi, iaitu memisahkan dirinya daripada mereka yang dianggapnya bodoh di Melaka dan di Singapura. Hasil pengesahan gelagat orang Melayu yang

135 bodoh ini pasti sangat menguntungkan Abdullah Munsyi. Hal ini demikian kerana

Abdullah Munsyi akan muncul sebagai orang yang terpelajar dan tidak akan sama tarafnya dengan orang Melayu bawahan. Sifat yang ada pada Abdullah Munsyi, seperti pintar dan terpelajar disukai oleh pihak Barat, iaitu pihak Inggeris yang menjadi majikan dan sahabat kepada Abdullah Munsyi. Beliau telah mengecualikan dirinya daripada golongan yang bodoh tersebut. Abdullah Munsyi tidak mahu

Inggeris melihatnya sebagai orang Melayu tempatan bawahan. Abdullah Munsyi menyedari hal itu kerana kenyataan tentang orang Melayu bawahan bodoh akan dipersetujui oleh Inggeris, sesuai dengan konsep pengesahan gelagat yang dinyatakan oleh Swann,W.B Jr & Robin, J. Ely (1984:1287) iaitu …instance in which simply believing something to be true could lead people to behave in ways.Tambahan lagi, kenyataan yang dibuat oleh Abdullah Munsyi itu akan menggambarkan beliau seorang yang bukan bodoh.

Golongan yang sering menjadi sasaran Abdullah Munsyi ialah orang Melayu bawahan. Abdullah Munsyi berfungsi sebagai pemerhati adat, tindakan dan amalan orang Melayu bawahan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan bernada keras jika sesuatu kebodohan yang dilihatnya dilakukan oleh orang Melayu. Begitulah hubungan Abdullah Munsyi dengan masyarakat Melayu bawahan. Pengesahan gelagat orang Melayu di kampung oleh Abdullah Munsyi adalah jelas, iaitu beliau sebagai guru bahasa Melayu rasa bertanggungjawab untuk berbakti kepada mereka.

Abdullah Munsyi menonjolkan dirinya sebagai munsyi, iaitu guru Bahasa Melayu yang handal. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah cuba menyedarkan orang Melayu tentang kemahiran berbahasa Melayu yang menjanjikan pulangan yang baik kepada orang Melayu. Beliau menyedarkan orang Melayu

136 bahawa jual beli ialah kegiatan ekonomi yang aktif di Melaka dan di Singapura.

Bahasa Melayu pula ialah medium perantaraan dalam kegiatan jual beli ini.

Abdullah Munsyi menyarankan supaya orang Melayu mempelajari bahasa Melayu daripadanya. Beliau telah memaparkan kisah kepandaiannya menulis dan

“menggambar” untuk menghiasi badan layang-layang semasa kecil. Kemahirannya diakui oleh rakan-rakannya. Kemahiran dalam penulisan akan memperoleh pulangan yang baik. Inilah saranan yang cuba dimaklumkan kepada orang Melayu bawahan tentang perlunya mereka mempunyai kemahiran dalam menulis.

4.2 Pengesahan Gelagat dengan Golongan Melayu Atasan

Golongan Melayu atasan bermaksud orang yang Abdullah Munsyi menyebutkan beberapa nama individu Melayu yang telah berinteraksi dengannya dan mereka ini mendapat pujian daripadanya di Melaka. Antaranya adalah mereka yang menjadi guru bahasa Melayu beliau seperti Encik Yahya bin Abdul Wahid, Encik Ismail bin

Muhammad Surati, Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur. Individu-individu ini sangat disanjungi oleh Abdullah Munsyi kerana mereka adalah guru bahasa Melayunya.

Mereka juga bukan orang biasa menurut Abdullah Munsyi, mereka bukan golongan bawahan kerana mereka ini orang yang berusaha mendapatkan ilmu. Semasa berinteraksi dengan Encik Yahya bin Abdul Wahid dan Encik Ismail bin

Muhammad Arif Surati, Abdullah Munsyi menunjukkan gelagat yang berbeza berbanding dengan apabila beliau berinteraksi dengan orang Melayu bawahan.

Sebagai buktinya dapat dirujuk pada petikan ini (Abdullah Munsyi, 2004: 35):

Adalah pada zaman itu dalam negeri Melaka terlalu mahal orang yang tau menulis dan mengarang barang suatu … maka adalah dari

137

pihak anak-anak Melayu yang kuketahui: Encik Yahya bin Abdul Wahid dan Encik Ismail bin Muhammad Arif Surati. Maka adalah sekalian orang yang kusebutkan, sekaliannya orang terbilang sebab tersangat usaha mereka itu belajar dan mencari ilmu sehingga menjadi pandai, adanya

Kenyataan Abdullah Munsyi di atas menunjukkan kekaguman beliau terhadap mereka. Kenyataan ini memuji gelagat orang Melayu yang terpelajar sebagai “orang terbilang”. Di sini Abdullah Munsyi juga terlibat dengan mereka, oleh itu beliau juga berada dalam kalangan orang terpelajar. Dalam hal ini juga terlihat pengiktirafan terhadap diri Abdullah Munsyi sendiri yang mengesahkan imej beliau pernah belajar daripada guru bahasa Melayu yang terbilang. Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat beliau yang rajin itu mendapat pujian daripada guru-gurunya dan mereka memberitahunya hal yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 37):

… oleh mereka itu sebab satu perkataan aku pergi begitu jauh antara rumahnya dengan rumahku, seraya katanya, “Engkau boleh mendapat lekas ilmu ini, oleh sebab rajinmu usaha.”

Kenyataan ini menunjukkan kesungguhan Abdullah Munsyi mempelajari bahasa

Melayu. Walaupun jarak rumah beliau jauh dari rumah guru-gurunya, hal berkenaan tidak menjadi penghalang kepada Abdullah Munsyi berulang alik pergi bertanya kepada gurunya tentang bahasa Melayu.

Seterusnya, dalam urusan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, Abdullah

Munsyi berminat membaca hikayat Melayu. Apabila Abdullah Munsyi menghadapi masalah untuk memahami bahasa dalam hikayat Melayu yang dibacanya, beliau merujuk guru-guru ini. Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat mereka, iaitu beliau

138 pasti dibantu oleh guru-guru ini untuk memahami bahasa Melayu dengan lebih baik.

Abdullah Munsyi (2004: 36) menyatakan:

… dan lagi pula, adalah yang telah kudapati beberapa banyak perkataan bahasa Melayu dan nama yang pelik-pelik dan umpamaan dan kias dan ibarat dan ikatan perkataan yag indah-indah dan yang manis-manis dan sebagainya.

Kenyataan ini memberitahu kita bahawa Abdullah Munsyi telah menemui hal yang pelik dalam bahasa Melayu sewaktu membaca hikayat Melayu. Terdapat perkataan dan peribahasa yang tidak diketahuinya. Beliau memerlukan orang yang lebih pandai dan arif tentang bahasa Melayu untuk membantunya. Abdullah Munsyi akan pergi merujuk bahasa Melayu yang tidak difahaminya kepada guru-guru itu. Hal ini dinyatakan oleh Abdullah Munsyi (2004: 37) seperti yang berikut:

Barang perkataan yang baharu yang ada bertemu dalam kitab-kitab dan hikayat atau syair, maka dengan segeranya pergilah aku mendapatkan salah seorang daripada mereka itu dengan beberapa hormat dan merendahkan diri bertanyakan ertinya perkataan itu dan gunanya.

Abdullah Munsyi mengesahkan bahawa semasa beliau berinteraksi dengan guru- gurunya, gelagat beliau yang sangat menghormati tokoh-tokoh Melayu atasan ini menyebabkan mereka tidak pernah menolak untuk membantu beliau. Kemunculan tokoh-tokoh ini sangat penting bagi Abdullah Munsyi dalam menunjukkan beliau melalui proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Abdullah Munsyi mengesahkan bahawa ciri-ciri istimewa yang ada pada guru-guru itu dipelajari dan dituruti beliau, maknanya Abdullah Munsyi juga istimewa. Gelagat Abdullah

Munsyi semasa berguru dengan guru bahasa Melayu ini sangat dipuji dan pujian ialah satu pengiktirafan kepada Abdullah Munsyi daripada guru-gurunya. Pujian

139 yang diterima oleh Abdullah Munsyi akan melayakkan beliau untuk diakui sebagai seorang pelajar yang rajin dan seterusnya beliau menjadi guru bahasa Melayu yang hebat. Kenyataan sebagai guru bahasa Melayu yang hebat juga dapat menyokong

Abdullah Munsyi untuk mengakui bahawa beliau layak menjadi pengedit tatabahasa

Melayu kepada Inggeris. Oleh hal yang demikian, dapat difahami taraf kelayakan

Abdullah Munsyi sebaris dengan guru-guru bahasa Melayu yang hebat dan dikaguminya itu. Begitulah Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat orang yang mempunyai kemahiran berbahasa Melayu kerana bagi beliau mereka ini adalah daripada golongan Melayu atasan (berbeza daripada mereka yang “kebodohan fikiran”).

Dari segi penampilan, di hadapan golongan Melayu atasan, seperti guru bahasa

Melayu, Abdullah Munsyi tidak menunjukkan hal yang tidak dipersetujuinya.

Abdullah Munsyi memuji dari segi pakaian Melayu yang dipakai oleh mereka.

Abdullah Munsyi (2004) mengesahkan beliau juga memiliki pakaian Melayu dan kadang-kadang memakainya selain memakai pakaian Peranakan Keling. Abdullah

Munsyi menceritakan contoh pakaian Melayu guru bahasa Melayu dalam Hikayat

Abdullah. Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur dikagumi oleh Abdullah Munsyi bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan malahan cara mereka berpakaian Melayu juga sangat mengagumkannya. Abdullah Munsyi (2004: 37) menyatakan:

Dato’ Sulaiman itu lebih kurang daripada delapan atau sembilan puluh tahun. Maka itu orang asal berasal Melayu, lagipun ia itu orang yang berpengetahuan dan bangsawan. Dan ada lagi seorang Dato’Astur namanya, sama tuanya tiada mereka itu mau mengubah pakaian asal Melayu sampai matinya, iaitu berdestar dan berbaju tekua, dan berkain kembang adanya.

140

Kenyataan Abdullah Munsyi ini mengesahkan gelagat gurunya yang berpakaian ataupun berpenampilan Melayu. Abdullah Munsyi boleh merundingi identiti

Peranakannya, menerima identiti Melayu yang dipegang kuat oleh guru bahasa

Melayunya dan meletakkan dirinya sebagai seorang murid yang hormat kepada tokoh-tokoh Melayu ini. Hal ini dapat dilihat melalui cara Abdullah Munsyi menyampaikan ceritanya, contohnya “beberapa hormat dan merendahkan diri”.

Seterusnya, beliau juga menampilkan sikap patuh belajar apabila berinteraksi dengan golongan Melayu. Beliau mengakui bahawa beliau senang berinteraksi dengan individu-individu ini. Tiada sebarang kenyataan atau hal yang tidak berkenan di hati Abdullah Munsyi terhadap gelagat mereka.

Gelagat Abdullah Munsyi yang menghormati guru akan memikat hati orang Melayu yang membaca riwayatnya, setidak-tidaknya dua orang individu yang dinyatakannya dapat mewakili golongan Melayu atasan. Keuntungan yang diperoleh Abdullah

Munsyi daripada pengesahan gelagat orang Melayu atasan ini ialah beliau dapat diterima sebagai orang Melayu melalui penerimaannya terhadap ciri penampilan berpakaian Melayu guru-gurunya. Selain itu, Abdullah Munsyi mewarisi kemahiran bahasa Melayu daripada orang Melayu ternama dan kemahiran inilah yang menjadi aset besar dalam membina kerjayanya. Kepandaian dalam bahasa Melayu sangat bernilai bagi Abdullah Munsyi dan hal ini diakui oleh orang Inggeris dan Melayu.

Dalam karya-karya Abdullah Munsyi, pembaca akan dapat mengesan gaya merendah diri beliau, iaitu menghormati seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Abdullah Munsyi memuatkan nama individu, seperti Encik Yahya bin

Abdul Wahid, Encik Ismail bin Muhammad Arif Surati, Dato’ Sulaiman dan Dato’

141

Astur yang beridentitikan Melayu yang didekati dan mengenalinya. Abdullah

Munsyi memilih untuk memasukkan tokoh-tokoh ini ke dalam karyanya kerana mereka menjadi pemangkin nilai tambah imej kemunsyiannya.

Tindakan mengesahkan gelagat terpuji golongan terpelajar Melayu ini akan memenangi hati orang Melayu. Dari segi ini, Abdullah Munsyi boleh tergolong sebagai sebahagian daripada golongan Melayu yang memiliki ciri yang baik-baik itu. Abdullah Munsyi memastikan dirinya berada di tempat yang selesa selepas memberikan nasihat ataupun teguran kepada orang Melayu sendiri. Abdullah

Munsyi layak memberi teguran dari segi kebahasaan, gaya hidup dan kebiasaan yang lain kerana beliau berguru daripada guru Melayu yang baik. Fakta ini menepati konsep pengesahan gelagat iaitu…individual hold expectation about other people, they can elicit from thise targets…1, iaitu kemunculan tokoh-tokoh Melayu yang disebutkan sebagai orang yang dihormati dalam masyarakat Melayu yang membolehkan Abdullah Munsyi bernaung di bawah payung sifat-sifat baik mereka.

Pada masa yang sama Abdullah Munsyi sebelumnya telah mengesahkan gelagat golongan Melayu biasa yang masih berada dalam kebodohan.

Pemerhatian Abdullah Munsyi berbeza terhadap golongan Melayu yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Daripada kisah-kisah dalam karyanya, konsep

Abdullah Munsyi tentang orang yang berilmu dan berpengetahuan ialah orang yang tahu atau boleh menulis dan membaca, seperti Dato’ Sulaiman dan Dato’ Astur.

Abdullah Munsyi mengesahkan bahawa pengetahuan membaca dan menulis dalam bahasa Melayu sangat kurang dalam kalangan orang Melayu. Hanya beberapa orang

1 Rujuk bab 1, 1.7.3 Pengesahan Gelagat.

142 yang ditemuinya yang dapat menguasai bahasa Melayu. Abdullah Munsyi (2004:

40) mengeluarkan kenyataan yang berikut ini:

Nasihat: Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mau belajar bahasanya sendiri dan tiada mau menaruh tempat belajar bahasanya itu. Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dalam bahasa Melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik Peranakan menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya.

Abdullah Munsyi dalam kenyataan ini dengan tegas menyatakan pengesahan gelagat orang Melayu dengan menggunakan kata-kata seperti “belum sedarkan diri” dan

“bodoh” yang ditujukan kepada orang yang tidak mahu mempelajari bahasa

Melayu. Abdullah Munsyi memperlihat rasa belum berpuas hati menjadi guru bahasa Melayu kepada orang Melayu sendiri. Dalam petikan ini didapati bukan sahaja sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa Melayu disentuh, malah golongan Peranakan juga ditegur oleh Abdullah Munsyi.

Jelaslah tindakan Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat kebodohan pihak lain memunculkan sikap beliau sebagai seorang guru yang prihatin ingin menyampaikan kenyataan sesungguhnya orang Melayu dan ada juga keturunan Peranakan Keling tidak mahu mempelajari bahasa Melayu yang amat berguna itu. Golongan biasa seperti inilah yang akan diperlukan oleh Abdullah Munsyi kerana beliau ialah guru bahasa Melayu yang sangat layak untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada mereka. Kenyataan Abdullah Munsyi yang memperkatakan kelemahan orang yang tidak kisah tentang mempelajari bahasa Melayu mengesahkan dirinya sebagai guru bahasa Melayu yang sangat prihatin dengan keadaan ini. Abdullah Munsyi tidak

143 menyebutkan pula bantahan golongan yang diperkatakan ini, tidak seperti sebelumnya, iaitu dalam kes rakan-rakannya menegur beliau bersahabat dengan orang Inggeris.

Berdasarkan petikan yang sama, Abdullah Munsyi menyatakan beliau tidak mendukung budaya mempelajari bahasa Arab dalam kalangan orang Melayu kebanyakan kerana menurutnya budaya tersebut tidak membantu pekerjaan harian penduduk di Melaka. Berdasarkan pemerhatiannya, Abdullah Munsyi menyatakan beliau belum pernah melihat orang Melayu dan Peranakan Keling menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaan (kehidupan) seharian. Dalam hal ini kita pun akan bersetuju dan mengakui maksud yang tersirat daripada pengesahan gelagat orang

Melayu yang dibuat oleh Abdullah Munsyi. Dalam hal ini dapat difahami bahawa

Abdullah Munsyi menghormati seseorang yang memiliki identiti sebagai orang yang berilmu pengetahuan dalam hal ehwal bahasa Melayu. Beliau sendiri memilih identiti sebagai seorang yang terpelajar dalam selok-belok bahasa Melayu. Melalui kenyataan ini Abdullah Munsyi sekali lagi ingin memperkuat pendirian beliau, iaitu jika orang Melayu menyedari bahawa mempelajari bahasa Melayu penting maka perkhidmatan Abdullah Munsyi untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada pedagang dan orang di sekitarnya diperlukan. Hasilnya mereka akan beroleh keuntungan dalam perniagaan.

Dalam autobiografi dan travelognya dinyatakan bahawa setelah menetap dan bekerja di Melaka Abdullah Munsyi berhijrah ke Singapura kerana memperoleh peluang bekerja dengan Thomas Stamford Raffles. Pekerjaannya ialah jurutulis dan ada kalanya beliau mengikut Raflles melawat kawasan sekitar. Di Singapura, Abdullah

144

Munsyi mengakui telah menyaksikan perjanjian Sultan Husin Syah dan

Temenggung dengan Raffles untuk penyerahan Singapura kepada Inggeris.

Singapura, merujuk cerita Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah, bukanlah keseluruhan pulau yang ada sekarang. Kawasan Singapura ialah kawasan di atas yang diduduki oleh Inggeris sahaja, terutama kawasan pelabuhan bukan seperti konsep Republik Singapura yang ada sekarang. Sultan Husin Syah dan pengikutnya pula menetap di Kampung Gelam yang sebenarnya di atas pulau yang sama (peta sekarang) tetapi kawasan itu masih tidak dikenali sebagai Singapura pada waktu itu.

Di Singapura, Abdullah Munsyi membuat pengesahan gelagat orang Melayu atasan, iaitu Sultan Husin Syah, yakni seorang sultan keturunan kesultanan Melayu.

Pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi terhadap Sultan Husin

Syah ini berat sebelah, iaitu memihak kepada Inggeris. Hal ini terjadi kerana tujuan kedatangan Abdullah ke Singapura adalah untuk berkhidmat dengan Raffles. Sudah pasti pandangan beliau dilihat daripada kaca mata majikannya, iaitu Inggeris. Selain

Sultan Husin Syah, Abdullah Munsyi juga mengesahkan gelagat orang Melayu yang bernaung di bawah Sultan Husin Syah. Abdullah Munsyi memerhatikan dengan teliti golongan orang Melayu yang melibatkan golongan Melayu atasan, khususnya gelagat seorang raja yang dikenali sebagai Sultan Husin Syah, seorang keturunan diraja dari Riau yang membawa diri kerana tidak mendapat takhta memerintah Riau.

Menurut Abdullah Munsyi (2004), Sultan Husin Syah membuka kawasan di atas pulau Singapura yang dikenali sebagai Kampung Gelam dan membina istana di situ.

Abdullah Munsyi berani menceritakan hal raja Melayu yang mempunyai kuasa ketika itu. Tindakan Abdullah Munsyi memperkatakan hal berkaitan Sultan Husin

145

Syah ini memperlihatkan beliau tidak bernaung di bawah sultan Melayu. Abdullah

Munsyi bernaung di bawah orang Inggeris dan beliau tidak menganggap bahawa penceritaannya tentang raja Melayu sesuatu yang buruk tetapi suatu kenyataan.

Tulisannya ini suatu hari nanti akan dibaca oleh anak cucu orang Melayu dan mereka akan mempertimbangkan kisah-kisah tentang datuk nenek mereka yang ditinggalkan oleh Abdullah Munsyi ini.

Setelah mengamati dan memperhatikan gelagat Sultan Husin Syah, dengan beraninya Sultan Husin Syah disifatkan sebagai seorang Melayu atasan yang tidak bijak dan tidak ada wawasan oleh Abdullah Munsyi. Berdasarkan cerita Abdullah

Munsyi dalam Hikayat Abdullah, Sultan Husin Syah hanya mengharapkan wang daripada Raffles. Beliau juga menyatakan tidak ada sebarang usaha Sultan Husin

Syah untuk mewariskan keturunannya mentadbir kawasan kekuasaannya di

Kampung Gelam dengan baik supaya orang dapat berniaga dan berdagang seperti kawasan yang didiami Inggeris. Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat Sultan

Husin Syah dalam peristiwa, iaitu sewaktu Sultan Husin Syah tidak membenarkan

Raffles membawa puteranya belajar ke India. Dalam Hikayat Abdullah, beliau menurunkan kata-kata Raffles kepada Sultan Husin (Abdullah Munsyi, 2004: 186):

Tuan Sultan lihatlah dalam negeri Singapura ini semua bangsa ada menjadi saudagar. Adakah seorang pun saudagar Melayu, kerana dia orang tiada boleh mengerjakan pekerjaan besar-besar, sebab pertama-tama, dia tiada tahu kira-kira dan tulis menulis. Maka jikalau kira-kiranya anak-anak Sultan sudah pandai kira-kira dan ilmu-ilmu kelak nescaya pecahlah kepada orang-orang Melayu yang lain.

Abdullah Munsyi memuatkan kenyataan ini untuk mendedahkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Raffles kepada Sultan Husin Syah sewaktu Raffles memohon izin

146 membawa putera Sultan. Pada pandangan Abdullah Munsyi, pelawaan Raffles kepada Sultan Husin Syah itu ialah satu peluang yang sangat baik. Anak-anak Sultan

Husin Syah menjadi pandai dan boleh menjadi contoh pada orang Melayu lain.

Abdullah Munsyi (2004) menceritakan setelah mendengar cadangan Raffles, Sultan

Husin Syah meminta sedikit masa untuk berbincang dengan isterinya.

Keputusannya, isteri Sultan Husin Syah tidak bersetuju dengan cadangan Raffles.

Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi menyebutkan keputusan Sultan Husin

Syah yang dinyatakan kepada Raffles seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004:

186):

Tuan, itu khabar tidak jadi, karena sahaya sudah maufakat kepada isteri sahaya, maka dia tiada mahu bercerai dengan anaknya.

Titah Sultan Husin Syah kepada Raflles ini dicatatkan oleh Abdullah Munsyi untuk menunjukkan bahawa beliau membuat pengesahan gelagat sultan itu sebagai seorang yang mengikut cakap isteri. Abdullah Munsyi secara jelas mengeluarkan pandangan yang sangat berani berkenaan keputusan Sultan Husin Syah dalam

Hikayat Abdullah seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 187):

Bahawa sesungguhnya adalah pada fikiranku maka nyatalah kebodohan dan kekurangan fikiran Sultan itu, maka alangkah baik dan besar tolongan Tuan Raffles itu hendak mengajarkan anak-anak mereka itu supaya kemudian kelak ia boleh mengerti dan mendapat beberapa kepandaian dan hikmah akan menambahkan akal dan pengetahuan.

Abdullah Munsyi secara terang menggunakan perkataan bodoh atas gelagat Sultan

Husin Syah itu. Dapat dilihat bahawa Abdullah Munsyi langsung enggan berunding jika hal tersebut melibatkan hal seseorang menolak kesempatan untuk belajar dan

147 mencari ilmu. Beliau terus melabelkan seseorang bodoh seperti yang dikatakannya pada tindakan Sultan Husin Syah. Gelagat yang ditunjukkan oleh Abdullah Munsyi ini menunjukkan bahawa beliau konsisten dengan statusnya sebagai guru. Abdullah

Munsyi akan bersetuju dengan pelawaan ini jika beliau berada di tempat Sultan

Husin Syah sebagai bapa. Penolakan pihak Sultan Husin untuk menyerahkan anaknya pergi belajar memang lumrah, tetapi tindakan ini tindakan bodoh pada pemerhatian Abdullah Munsyi. Dalam kejadian ini, melalui konsep pengesahan gelagat, dapat dilihat bahawa Abdullah Munsyi berpihak kepada Raffles kerana kenyataan yang disuarakan oleh Abdullah Munsyi adalah seperti mewakili Raffles.

Tidak dapat dinafikan dari satu segi orang akan berpandangan bahawa melalui kenyataan ini Abdullah Munsyi dilihat oleh orang Melayu sebagai seorang yang berpandangan maju ke hadapan. Pada pandangan Abdullah Munsyi, jika beliau tidak belajar, tidak tahu membaca dan menulis, barangkali beliau tidak akan merasai kehidupan senang yang dilaluinya, seperti berpeluang berkhidmat dengan Inggeris.

Tindakan Abdulah Munsyi memperkatakan hal-hal yang demikian kepada Sultan

Husin Syah, memang disedari oleh beliau. Abdullah Munsyi merasakan kata- katanya itu ialah nasihat yang berguna. Beliau juga sedar tulisannya akan dibaca oleh sahabat Inggerisnya terlebih dahulu dengan senang hati berbanding dengan orang Melayu yang masih banyak yang tidak mampu membaca dan menulis. Pada waktu itu, bahkan beberapa dekad kemudian juga akan ada yang berpendapat tindakan Abdullah Munsyi itu memandang ke hadapan. Abdullah Munsyi ialah orang yang mendahului zamannya, pintar, meninggalkan nasihat yang amat berguna dan lain-lain. Inilah hasil pengesahan gelagat Sultan Husin Syah pada pemerhatian

Abdullah Munsyi semasa menjalani kehidupan beliau di Singapura.

148

Pemerhatian Abdullah Munsyi tentang gelagat orang Melayu seperti kisah sultan ini memang sebuah stereotaip, sama seperti pihak Inggeris yang memandang kehidupan dan budaya orang Melayu, iaitu orang di bawah jajahan yang serba ketinggalan berbanding dengan mereka. Dalam kes Sultan Husin Syah dengan Abdullah Munsyi pula, kelihatannya orang Melayu yang menjadi pengikut Sultan Husin Syah di

Kampung Gelam tidak memerlukan Abdullah Munsyi, begitu juga dengan Abdullah

Munsyi kerana beliau tidak tinggal di situ. Dalam membuat pengesahan gelagat terhadap orang atasan Melayu seperti Sultan Husin Syah, pandangan Abdullah

Munsyi sama seperti pihak Inggeris melihat bangsa lain sebagai white man’s burden.

Pada masa yang sama, pembaca Inggeris atau Barat yang membaca autobiografi dan travelog Abdullah Munsyi pula nampaknya membiarkan Abdullah Munsyi bebas memperkatakan gelagat orang Melayu atasan. Dalam hal ini, terdapat kenyataan yang baik dan ada juga yang kurang baik jika diketahui oleh orang Melayu. Contoh kenyataan yang baik-baik adalah seperti memperkatakan gelagat guru bahasa

Melayu beliau, Dato’ Astur dan Dato’ Sulaiman manakala kenyataan yang kurang baik ialah kisah Sultan Husin Syah. Disebabkan Abdullah Munsyi tidak bernaung di bawah Sultan Husin Syah dan beliau juga bukan pengikut sultan, beliau tidak bimbang untuk memperkatakan sesuatu terhadap Sultan Husin Syah. Keselamatan beliau juga dijamin oleh pihak Inggeris.

Secara sedar, pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi terhadap seseorang yang berkuasa dalam masyarakat Melayu di Singapura menunjukkan bahawa raja atau pemerintah Melayu tidak baik kerana mereka terdiri daripada orang yang tidak bijak. Oleh hal yang demikian, Abdullah Munsyi mahu

149 menyatakan betapa perlunya kuasa pemerintahan Inggeris yang cekap di situ untuk menjamin kehidupan masyarakat yang lebih selesa. Dalam konteks ini, Abdullah

Munsyi bertindak menarik hati pihak Inggeris kerana beliau mahu berada bersama- sama majikannya Raffles dan bangsa yang sering dipandang tinggi kerana mewujudkan peluang kerjaya untuknya. Orang tempatan lain juga sebaik-baiknya bersikap seperti Abdullah Munsyi, iaitu bernaung di bawah kuasa pihak yang lebih bijak, pihak yang mengutamakan ilmu dan pendidikan agar seseorang menjadi orang yang berguna. Pengesahan gelagat diri Abdullah Munsyi ini mendorong orang lain untuk menerima Abdullah Munsyi sebagai orang bijak pandai.

Pengesahan gelagat Abdullah Munsyi yang seterusnya adalah tentang beliau dengan golongan orang Melayu atasan yang ditemuinya semasa pelayaran di sepanjang

Pantai Timur Tanah Melayu. Dalam karyanya, Abdullah Munsyi telah menceritakan kesempatannya menerima upah sebagai jurubahasa Melayu untuk mempermudah seorang wakil Inggeris menterjemahkan sesuatu ke dalam bahasa Inggeris. Dari segi bahasa Melayu pula beliau berurusan dengan pihak orang Melayu, terutamanya dengan pihak yang memegang kuasa di Kelantan. Tugas ini telah membawa beliau ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kisah bermula atas permintaan seorang saudagar Cina, Baba Bun Tiong agar Abdullah menjadi jurubahasa kepada rombongan wakil utusan Inggeris Negeri-negeri Selat. Pelantikan ini terlaksana tidak lain tidak bukan kerana verifikasi kendiri yang telah dibina oleh Abdullah

Munsyi sebelum ini. Dengan menampilkan dirinya sebagai orang pintar dan penting, peluang Abdullah Munsyi pergi ke Pantai Timur Tanah Melayu telah terbuka.

150

Kemahiran yang dimiliki oleh Abdullah Munsyi memberikan peluang kepadanya untuk belayar ke Kelantan. Dalam travelog pelayaran ke Kelantan, Abdullah Munsyi menceritakan bahawa beliau dan rombongannya sempat singgah di dua buah negeri, iaitu Pahang dan Terengganu. Di Pahang dan di Terengganu, Abdullah Munsyi menyatakan beliau dapat melihat adat dan budaya sepintas lalu. Namun begitu, beliau sempat berinteraksi dengan individu yang diperkenalkan kepadanya sebagai

Tengku Sulaiman. Semasa singgah di Pahanglah interaksi antara Abdullah Munsyi dengan Tengku Sulaiman terjadi. Tengku Sulaiman menjadi sasaran Abdullah

Munsyi dan pada waktu yang sama Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya sebagai orang luar yang ingin tahu selok-belok adat istiadat tempat yang dikunjunginya. Dalam teks Abdullah Munsyi, penerangan Tengku Sulaiman telah dijadikan sasaran oleh Abdullah Munsyi untuk memperkatakan amalan orang

Melayu di Pahang. Segala jawapan yang diterangkan oleh Tengku Sulaiman terhadap pertanyaan Abdullah Munsyi dijadikan bahan untuk diceritakan oleh

Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya ke Kelantan. Abdullah Munsyi menampilkan dirinya sebagai seorang utusan dari Singapura dan bukan orang biasa

(sebenarnya beliau hanya jurubahasa yang diupah). Oleh sebab itu, layaklah beliau berada bersama-sama Tengku Sulaiman yang menjadi wakil orang besar di Pahang.

Abdullah Munsyi menampilkan gelagatnya seperti golongan atasan semasa berinteraksi dengan Tengku Sulaiman yang menjadi individu beliau menanyakan kehidupan yang disaksikannya di Pahang. Jawapan Tengku Sulaiman digunakan oleh Abdullah Munsyi dalam membuat pengesahan gelagat orang Melayu di

Pahang. Kisah interaksi Abdullah Munsyi dengan Tengku Sulaiman diceritakan dalam Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai

151 ke Kelantan. Rujukan Abdullah Munsyi tentang hal ehwal orang tempatan adalah berdasarkan penjelasan Tengku Sulaiman, anak Bendahara Pahang.

Di pihak Abdullah Munsyi, pergaulannya dengan orang kenamaan, seperti Tengku

Sulaiman dapat membawa faedah kepadanya, terutama dalam usaha mengetahui adat dan amalan orang tempatan. Abdullah Munsyi tidak mengeluarkan sebarang komentar tentang gelagat Tengku Sulaiman. Dapat dikatakan Abdullah tidak membuat pengesahan gelagat individu ini sebagaimana sebelumnya, iaitu beliau terlebih dahulu memperhatikan gelagat orang sebelum bertindak. Namun begitu, berbekalkan keterangan Tengku Sulaiman, Abdullah Munsyi sempat juga mengeluarkan responsnya terhadap gelagat orang Melayu Pahang seperti yang berikut (Amin Sweeney, 2005: 105):

Sebermula adalah suatu ‘adat negeri Pahang itu terlalulah susah; dalam fikiran sahaya: darihal belanja negeri itu enam belas tampang seringgit, dengan tiada boleh dipecah2 dengan tiga suku dan setengahnya dan sesukunya. Maka jikalau kita hendak membeli barang perkara yang kecil, melainkan setampang juga diberikan. Maka saya bertanya kepada putera Bendahara yang bernama Tengku Sulaiman: “Tiadakah boleh tengku diubah2 ‘adat belanja negeri Pahang ini?” Maka tertawa ia, serta katanya Beberapa kali sudah ayah sahaya hendak mengubahkan ‘adat ini maka harimau pun ganas menangkap orang, dan buaya pun ganas di sungai; sebab itulah tiada jadi diubahkan.

Jawapan dan penerangan Tengku Sulaiman ini mendapat ulasan daripada Abdullah

Munsyi, iaitu beliau tidak menunjukkan persetujuannya. Walaupun begitu, Abdullah

Munsyi menunjukkan bahawa beliau arif dalam menanggapi situasi ini. Abdullah

Munsyi menunjukkan gelagatnya yang tidak menyinggung pihak Tengku Sulaiman kepada orang yang membaca karyanya sewaktu beliau mendengar jawapan yang

152 diberi oleh Tengku Sulaiman itu. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney

(ed.), 2005: 105):

Maka apabila sahaya dengar khabar itu, tersenyumlah sahaya lalu diam, tetapi dalam hati sahaya sekali2 tiada percaya akan hal itu.”

Kenyataan ini juga dapat menggambarkan tindakan Abdullah Munsyi yang bijak kerana beliau hanya tersenyum semasa mendengar jawapan tersebut. Abdullah

Munsyi menyatakan beliau berdiam saja walau tidak percaya, itulah gelagat yang sesuai apabila berinteraksi dengan orang yang mempunyai kuasa dan berstatus tinggi seperti Tengku Sulaiman. Dalam konteks ini, Abdullah Munsyi harus bijak dan tidak perlu membangkang Tengku Sulaiman, walaupun pada masa yang sama beliau tidak menyetujui adat itu (tentang harimau dan buaya yang akan mengganas) dan berasa lebih pandai daripada orang yang mengamalkan adat itu. Gelagat beliau yang bijak ini disahkan oleh Abdullah Munsyi sendiri. Abdullah Munsyi yang hanya tersenyum mendengarkan penerangan Tengku Sulaiman menggambarkan beliau tidak mahu melukai perasaan Tengku Sulaiman yang menjaga rombongannya dengan baik.

Inilah salah satu gelagat Abdullah Munsyi, iaitu orang yang terpuji apabila berada dalam situasi seperti ini walaupun pada masa yang sama beliau secara jelas tidak menerima beberapa amalan orang Melayu di situ. Dapat dimaklumi bahawa di samping tidak mahu menyinggung perasaan Tengku Sulaiman kerana Tengku

Sulaiman melayan rombongan mereka dengan baik, Tengku Sulaiman juga ialah orang besar di Pahang.

Abdullah Munsyi menghuraikan gelagat orang tempatan Pahang berfokuskan sistem jual beli dan pecahan wang yang diamalkan pada masa itu di situ sebagaimana yang

153 diterangkan oleh Tengku Sulaiman kepadanya. Setelah mendengar penerangan tentang sistem jual beli di Pahang, Abdullah Munsyi menyatakan sistem tradisi itu menyukarkan orang berjual beli. Kisah tentang sistem perdagangan ini tidak disia- siakan oleh Abdullah Munsyi demi mengesahkan gelagat beliau sebagai orang yang mempunyai pengetahuan dalam urusan jual beli. Abdullah Munsyi menyatakan beliau telah menyarankan supaya sistem yang sukar itu ditukar kepada cara yang lebih mudah. Akan tetapi hal yang terjadi adalah sebaliknya. Menurut catatan

Abdullah Munsyi, Tengku Sulaiman menjawab bahawa adat itu susah hendak diubah kerana jika diubah harimau di hutan akan ganas menangkap orang, buaya di sungai menjadi ganas juga. Jawapan yang diberikan dijadikan bahan oleh beliau untuk diperkatakan dalam karyanya kerana itulah kesempatan untuk mengutarakan pandangan dan pemikirannya tentang adat Melayu Pahang.

Abdullah Munsyi secara terang-terangan menyatakan amalan itu bodoh. Hal ini demikian kerana penggunanya mempercayai harimau dan buaya pasti mengganas jika undang-undang negeri berubah. Abdullah Munsyi menyatakan hal ini tidak masuk akal. Daripada kisah adat yang tidak boleh diubah ini, lahir satu lagi kenyataan yang kurang enak terhadap orang Melayu Pantai Timur, khususnya

Pahang. Daripada mata Abdullah Munsyi, gelagat orang Melayu Pahang tidak jauh berbeza dengan gelagat orang Melayu bawahan atau biasa di Melaka dan di

Singapura.

Sebenarnya, Abdullah Munsyi tidak lama berada di situ. Akan tetapi gambaran yang diberikan menunjukkan seolah-olah beliau telah memerhatikan keseluruhan sistem kehidupan di situ. Amin Sweeney (2005) mengkaji perjalanan Abdullah Munsyi dan

154 mendapati beliau hanya menghabiskan masa sehari suntuk di atas perahu di Kuala

Pahang. Pengesahan gelagat orang Melayu ini hanya berdasarkan sistem perdagangan semasa beliau singgah di situ. Oleh hal yang demikian, bolehlah dikatakan Abdullah Munsyi agak berlebihan dalam memperkatakan dan mengesahkan gelagat masyarakat Melayu Pahang. Dalam hal berinteraksi pula, beliau berhubung dengan Tengku Sulaiman sahaja, bukan dengan seluruh masyarakat di situ. Beliau selanjutnya mempertanyakan persoalan adakah orang

Pahang menyetujui sistem jual beli itu dan benarkah mereka semuanya menghadapi masalah besar dengan cara yang diamalkan itu, tanpa mendapat sebarang jawaban dan dijawab oleh sesiapapun.

Walaupun begitu, Abdullah Munsyi tidak lupa akan pengesahan gelagatnya sebagai seorang guru. Abdullah Munsyi sempat menegur dan mengkritik adat orang Melayu

Pahang untuk tatapan pembaca karyanya. Adat tradisi itu walaupun dianggapnya tidak masuk akal tetapi responsnya hanya dizahirkan dengan senyuman. Reaksi tersebut, yakni reaksi tidak ketara secara spontan, dianggap neutral bagi seorang guru. Satu hal yang sering memikat hati beliau apabila membicarakan orang Melayu ialah bahasa. Abdullah Munsyi memberikan pujian terhadap bahasa Melayu yang digunakan orang di Pahang. Beliau berpandangan bahawa bahasa Melayu yang digunakan di Pahang sama dengan bahasa Melayu Johor. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney, 2005: 106):

Sebermula adalah bahasa mereka itu bahasa Melayu, lagi halus dan betul jalan bahasa, kerana asalnya bahasanya itu tumbuhnya dari Johor. Maka adalah sahaya tersangat dukacita adanya; sebab sayang hati menengar bunyi bahasa mereka itu terlalu bagus lagi manisnya karena tiada mereka itu mahu belajar bahasanya sendiri, lagipun tiada ia menaruh tempat belajar itu. Maka jikalau kiranya diusahakan

155

oleh mereka itu mencari guru yang pandai akan mengajar anak2 mereka, nescaya penuhlah dalam negeri2 Melayu orang yang tahu membaca dan menulis …

Di Pahang juga Abdullah Munsyi menyatakan bahawa beliau sangat prihatin terhadap isu tiadanya orang membina tempat untuk membolehkan orang mempelajari bahasa Melayu. Jelaslah soal bahasa tetap menarik perhatian beliau kerana beliau ialah guru bahasa Melayu. Beliau secara konsisten pada setiap kesempatan pasti akan menyentuh soal bahasa Melayu. Walaupun Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat dan cara orang Pahang berbahasa Melayu sangat baik, beliau menyarankan agar sekolah (tempat belajar) dibina dan guru yang boleh mengajarkan bahasa Melayu dicari. Hal sebegini menunjukkan Abdullah Munsyi sangat prihatin terhadap bahasa Melayu.

Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya ke Kelantan menceritakan setelah selesai rombongan beliau singgah di Pahang, mereka meneruskan pelayaran ke

Kelantan. Apabila rombongan mereka sampai di Kelantan, Abdullah Munsyi berkesempatan bertemu dengan seorang kerabat diraja Kelantan yang bernama

Tengku Temena. Bahagian kajian yang berikut akan mengupas kisah Abdullah

Munsyi mengesahkan gelagat orang Kelantan di samping gelagat beliau sendiri.

Setelah selesai kisah berurusan dengan Tengku Sulaiman di Pahang, Abdullah

Munsyi berinteraksi pula dengan kerabat diraja Kelantan yang dikenali sebagai

Tengku Temena. Individu ini juga menjadi sasaran beliau. Tengku Temena menjadi pengiring yang mendampingi rombongan Abdullah Munsyi dan ditugaskan untuk memastikan keselamatan rombongan Abdullah Munsyi selama mereka berada di

Kelantan.

156

Berdasarkan kisah yang diceritakan, Abdullah Munsyi dan rombongannya dijaga dengan baik oleh Tengku Temena. Ketika sampai dan kapal yang dinaiki oleh rombongan Abdullah Munsyi berlabuh di pelabuhan Kelantan, mereka disambut oleh Sayid Abu. Sayid Abu ialah guru atau ulama kepada Sultan Kelantan dan ditakuti serta dihormati oleh ramai rakyat Kelantan. Kali pertama berjumpa,

Abdullah Munsyi disapa sebagai Tuan Sayid oleh Sayid Abu. Abdullah Munsyi menyatakan peristiwa ini seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed.), 2005: 124):

Maka disangkanya sahaya Tuan Sayid. Maka katanya “apa khabar Tuan Sayid dalam Singapura? Dan adakah bertemu perompak di jalan? Maka berani Tuan Sayid berani kemari.

Kali ini Abdullah Munsyi menceritakan bahawa sebelum sempat beliau memperkenalkan diri, beliau telah digelar atau diberikan gelaran Sayid. Kenyataan

Abdullah Munsyi ini menunjukkan bahawa sesuai sekali gelaran tersebut diterima olehnya. Dalam konteks verifikasi kendirinya, Abdullah Munsyi telah menyatakan latar belakangnya dalam mempelajari agama Islam, seperti khatam al-Quran pada usia kanak-kanak dan anak serta cucu kepada orang yang mengajarkan al-Quran di kampungnya. Gelaran Sayid yang diperoleh Abdullah Munsyi akan memberikan peluang yang besar kepadanya untuk berada bersama dengan golongan atasan dan menampilkan identiti serta mengesahkan gelagat beliau sebagai orang alim, terpelajar, mulia serta yang sangat dihormati di Kelantan. Gelaran sebegini memang tidak akan ditolak oleh Abdullah Munsyi. Sesuai dengan konsep pengesahan gelagat

…refer to instance in which simply believing to be true could lead people to behave

157 in ways that cause the belief to come ture 2 Status seperti ini sebenarnya akan memudahkan Abdullah Munsyi memainkan gelagatnya sesuai dengan gelaran yang dimiliki.

Cara Abdullah Munsyi menceritakan pengalaman dalam karyanya tentang pelayarannya ke Kelantan dikatakan oleh Amin Sweeney (2005) mempunyai kecenderungan seperti berkhutbah. Cara berkhutbah ini juga dapat dikatakan satu bentuk pengesahan gelagat yang jelas dan sudah tentu kita sedia maklum inilah identiti orang yang memegang gelaran Sayid dalam masyarakat Melayu. Hakikat sebenarnya Abdullah Munsyi hanyalah jurubahasa yang menerima upah.

Sepanjang meneruskan urusannya di Kelantan Abdullah Munsyi memegang status

Sayid. Abdullah Munsyi menyatakan keselamatan beliau dan rombongannya dijaga dan dikawal oleh Tengku Temena dengan baik semasa di Kelantan. Abdullah

Munsyi berkesempatan menyampaikan fikiran, nilai dan teguran kepada Tengku

Temena berdasarkan pemerhatian beliau terhadap gelagat Tengku Temena. Menurut

Abdullah Munsyi beliau berhasrat untuk menasihati Tengku Temena supaya meninggalkan tabiat buruknya sebagai pemakan candu (penagih dadah istilah sekarang). Namun begitu, Abdullah Munsyi terfikir juga risiko yang mungkin diterimanya kerana menegur wakil istana Kelantan. Di sini terlihat proses rundingan dalam fikiran Abdullah Munsyi sebelum beliau melakukan tindakan tertentu, terutama pada waktu itu beliau berada di Kelantan yang jauh daripada Inggeris.

Abdullah Munsyi menyatakannya seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed), 2005:

150):

2 Swann,W.B & Robin, J.E (1984:1287)

158

Maka hati saya terlalu kasihan melihatkan hal akan raja itu, sebab ia makan candu itu dari Kelantan sudah sahaya ketahui. Maka sahaya hendak menegurkan dan mengajarkan dia, barangkali nanti ia mendapat malu; maka sebab itulah tiada sahaya tegurkan. Maka sahaya fikir, pada ketika inilah baik. Maka lalu sahaya kata: “janganlah Tengku minum madat itu, karena yaitu mendatangkan beberapa celaka dan kerugian adanya”.

Kenyataan ini menunjukkan pengesahan gelagat Tengku Temena oleh Abdullah

Munsyi. Abdullah Munsyi perlu memikirkan cara yang sangat berhati-hati untuk menegur baginda. Sudah menjadi sifat Abdullah Munsyi, iaitu menyuarakan pandangan beliau terhadap sesuatu. Bagi Abdullah Munsyi, amalan meminum madat

Tengku Temena perlu ditegur dan beliau menggunakan kesempatan status yang diperolehnya sebagai Sayid untuk melayakkan beliau menegur hal yang bertentangan dengan ajaran Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan

Abdullah Munsyi “pada ketika baik inilah” dalam petikan tersebut.

Gelagat yang dipamerkan oleh Abdullah Munsyi menunjukkan tindakan beliau yang saling mengingat antara saudara sesama Islam ialah satu tindakan yang baik dan murni. Diketahui bahawa tugas Abdullah Munsyi dalam ekspedisi ke Kelantan ini hanya sebagai jurubahasa, bukan pendakwah. Namun begitu, Abdullah Munsyi telah menggambarkan hal yang berbeza. Gelagatnya sebagai Sayid memberikan kesempatan yang luas untuk menegur dengan memperingatkan individu sasarannya, iaitu Tengku Temena tentang segala perbuatan buruk menurut ajaran Islam yang akan ditanyakan oleh Allah pada hari kemudian. Menurut cerita Abdullah Munsyi dalam kisah beliau ke Kelantan, Tengku Temena menerimanya dengan baik. Namun begitu, menurut Tengku Temena amalan makan candu merupakan tabiat pembesar

Melayu. Tengku Temena digambarkan oleh Abdullah Munsyi tidak terus menerima nasihat yang diberikan oleh beliau, masih dalam status rundingan berfikir akan

159 nasihat beliau. Di sini Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005:

150):

Maka jawabnya, itu betul, tuan tetapi sudah menjadi ‘adat kepada sahaya, tiada boleh sahaya buangkan. Dan lagi suatu kemuliaan kepada raja2, dan lagi menjadi ubat besar kepada sahaya.”

Petikan ini menunjukkan Tengku Temena mengakui kesalahan amalan itu. Secara tidak langsung hal pengakuan ini mengesahkan Abdullah Munsyi memang seorang

Sayid dan layak menasihatinya. Kenyataan Tengku Temena yang masih mempertahankan amalan menghisap candu yang dikatakan menjadi kemuliaan kepada golongan raja memberikan cabaran hebat kepada Abdullah Munsyi. Dalam konteks ini Abdullah Munsyi ingin memberitahu pembaca bahawa beliau ialah orang penting dan layak menjadi guru agama Islam dan Sayid. Abdullah Munsyi pasti tidak akan berhenti dan berpuas hati dengan jawapan yang diperoleh daripada

Tengku Temena. Oleh hal yang demikian, Abdullah Munsyi meneruskan khutbahnya kepada Tengku Temena. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin

Sweeney, 2005: 150):

Bukankah patut kita membuangkan ‘adat yang jahat itu? Dengarlah, Tengku akan kebijakan candu itu. Pertama2, yaitu dalam agama Islam; dan kedua, membinasakan badan; dan ketiga, menghabiskan wang, dan keempat; mendatangkan malas; dan kelima, menghilangkan waktu; dan keenam, merosakkan nama yang baik; dan ketujuh, kebencian segala orang yang baik adanya.”

Kenyataan ini menunjukkan Abdullah Munsyi tidak berputus asa dengan pendirian

Tengku Temena. Pengesahan gelagat dirinya sebagai Sayid terus dimainkan oleh

Abdullah Munsyi dalam berinteraksi dengan Tengku Temena sesuai dengan konsep pengesahan gelagat iaitu a belief that was subjectively real instigated a series of

160 behaviors.3 Hal ini demikian kerana bukan semua orang boleh berbuat demikian, yakni menegur gelagat kerabat diraja. Kerabat diraja juga berkuasa dan boleh mengambil keputusan yang sangat ditakuti oleh rakyat biasa, misalnya menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa yang dianggap mencemar kedaulatan raja. Abdullah

Munsyi menunjukkan beliau berjaya menyedarkan Tengku Temena. Kejayaan

Abdullah Munsyi menyampaikan dakwah kepada Tengku Temena dapat dibuktikan dengan kenyataan yang dikeluarkannya di bawah (Amin Sweeney. (ed), 2005: 151):

Maka fikirlah jikalau kiranya menjadi baik dan berfaedah kepada manusia, mengapa orang putih yang baik2 dan kaya2 tiada makan? Bukankah dari negerinya datang itu? Adakah di tanah Melayu candu jadi? Dan lagi, dalam kitab dan Qur’an sudah tentu haramnya itu, melainkan iblis sahaja yang suka akan segala perkara yang demikian itu. Syahdan apa bila didengarnya segala perkataan yang demikian itu maka tunduklah ia berfikir seketika. Maka katanya “sekalian perkataan tuan itu benar sekali. Maka sahaya pun menyesallah diri sahaya; dan beberapa kejahatan sudah sahaya buat sebab candu ini. Maka insya’ allah Ta’ala sahaya mahu buang celaka ini”.

Panjang khutbah yang diberikan oleh Abdullah Munsyi kepada Tengku Temena.

Kata-katanya merangkumi nasihat yang baik kepada Tengku Temena bersandarkan pengetahuannya tentang asal usul candu (yang mungkin salah kerana katanya dari

Barat), diberinya pula contoh orang putih yang baik-baik dan kaya-kaya untuk menyedarkan Tengku Temena akan tabiat menghisap candu. Abdullah Munsyi juga merujuk ajaran kitab suci al-Quran yang sudah menentukan candu itu haram. Kisah ini menunjukkan tindakan Abdullah Munsyi sebagai seorang Sayid telah berjaya.

Tengku Temena mengakui gelagat Abdullah Munsyi yang bergelar Sayid setaraf dengan kadi dan alim ulama di Kelantan. Tambahan lagi, hubungan golongan Sayid ini sangat dekat dengan istana kerajaan Melayu Kelantan.

3 Rujuk Bab 1, 1.7.3 Konsep Pengesahan Gelagat

161

Kisah Abdullah Munsyi menasihati Tengku Temena supaya terus meninggalkan tabiat menghisap candu, dan kembali kepada ajaran al-Quran untuk dijadikan pedoman sebagai seorang raja juga ialah satu pengesahan gelagat yang bermaksud gelagat keturunan raja ini walaupun beragama Islam tetapi tidak mengikuti ajaran

Islam sebenarnya. Jika dilihat lebih mendalam, nasihat ini boleh dikategorikan dalam pengesahan gelagat Abdullah Munsyi untuk dirinya sendiri sebagai Sayid atau orang alim.

Pada masa yang sama, Abdullah Munsyi menyatakan walaupun Tengku Temena mempunyai tabiat menghisap candu (madat), dari segi lain Tengku Temena masih berfikiran waras. Tidaklah semuanya hanya keburukan yang terdapat pada gelagat

Tengku Temena. Bagi Abdullah Munsyi, tabiat buruk Tengku Temena masih boleh dibawa berunding. Ternyata memang bijak Abdullah Munsyi berkawan dengan orang kenamaan Kelantan ini. Identiti dan gelagat Tengku Temena yang buruk tidak menjadi halangan kepada Abdullah Munsyi untuk berinteraksi dengannya.

Walaupun Abdullah Munsyi memperkatakan hal-hal yang negatif tentang candu kepada Tengku Temena, tidak dikesan beliau dimarahi, sebaliknya beliau tetap diraikan. Abdullah Munsyi juga menyatakan Tengku Temena telah memujinya sesuai dengan gelaran Tuan Sayid yang disandangnya di Kelantan. Abdullah Munsyi pun terus mengekalkan gelagatnya mengikut keadaan. Kisah ini membuktikan

Abdullah Munsyi ialah insan yang sedang melakukan rundingan identiti yakni the processes through which perceivers and target come to agreements 4 kerana beliau

4 Rujuk Bab 1 ,1.7.1 Teori Rundingan Identiti dan Kerangka Konseptual

162 dapat memahami hal ini ialah proses antara beliau dengan Tengku Temena mencapai satu persefahaman.

Dalam kisahnya di Kelantan, Abdullah Munsyi menyatakan tidak banyak orang sepertinya yang ditemui oleh Tengku Temena di Kelantan. Hasil pengesahan gelagat ini dan penampilannya yang seperti keturunan Sayid, Abdullah Munsyi ditawarkan menjadi kadi dan khatib di Kelantan oleh Tengku Temena. Kadi dan khatib ialah kedudukan seseorang yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Dalam peristiwa ini,

Abdullah Munsyi menurunkan kata-kata Tengku Temena kepadanya seperti yang berikut (Amin Sweeney. (ed), 2005: 153):

Maka katanya, Tuan terlalu pandai membaca khutbah; baiklah tuan diam di sini supaya boleh sahaya jadikan kadhi dan khatib.

Kenyataan ini menunjukkan tawaran yang diperoleh hasil pengesahan gelagat yang dibuat oleh Abdullah Munsyi kepada Tengku Temena ...enact the preceiver’s initial beliefs,thereby making them objectively real5. Abdullah memang berbangga dengan tawaran ini hasil tindak balas yang diterimanya daripada Tengku Temena. Beliau tidak sedikit pun merasakan barangkali beliau disindir kerana tidak berhenti berkhutbah kepada Tengku Temena sepanjang mereka berurusan di Kelantan.

Jawatan besar seperti kadi ialah suatu pencapaian yang tinggi oleh Abdullah

Munsyi. Jika diterima, banyak hal lagi yang boleh dikhutbahkan oleh Abdullah

Munsyi kepada Tengku Temena dan tindakannya juga tidak dianggap salah.

Abdullah Munsyi mengesahkan gelagat Tengku Temena antaranya adalah seperti memakan candu yang mengakibatkan penampilan badan Tengku Temena tak terurus

5 Rujuk Bab 1, 1.7.3 Pengesahan Gelagat

163 dan kurus, bangun lewat dan pelbagai hal negatif lain. Tengku Temena menerima teguran kerana Abdullah Munsyi memang layak menjadi kadi dan khatib, oleh itu beliau sepatutnya mendengar nasihat Abdullah Munsyi.

Berdasarkan pemerhatiannya terhadap golongan Melayu atasan di Kelantan, didapati

Abdullah Munsyi lebih banyak menggambarkan corak dan gelagat kehidupan orang

Melayu yang negatif pada pandangan matanya secara terus terang tanpa berselindung dengan kata manis. Abdullah Munsyi menyuarakan suara hati dan perasaannya sepanjang pengalamannya di Kelantan kepada Tengku Temena. Suara

Abdullah Munsyi dapat didengar melalui petikan yang berikut (Amin Sweeney. (ed),

2005: 153):

Kalau boleh, Tengku, sahaya pohonkan kepada Allah janganlah kiranya dihidupkan sahaya dalam negeri Melayu, dan lagi dijauhkan Allah berdekat dengan raja2 karena orang yang hampir kepada raja2 itu seperti bersahabat dengan ular yang bisa. Maka salah sedikit dipagut biji matanya.

Sebuah kenyataan yang menunjukkan Abdullah Munsyi tidak takut akan Tengku

Temena, secara tidak langsung beliau juga tidak takut akan Sultan Kelantan pada waktu itu. Pengesahan gelagat raja seperti ular yang bisa ialah suatu pengesahan yang sangat berani daripada seseorang. Namun begitu, kita harus ingat dalam konteks ini gelagat Abdullah Munsyi pasti disukai oleh Inggeris. Abdullah Munsyi berkata demikian kerana baginya beliau tidak menetap di negeri Melayu. Beliau tinggal di negeri Inggeris. Secara terang-terangan Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya dalam menghadapi budaya Melayu di Kelantan. Satu perkara yang jelas

Abdullah Munsyi tidak boleh tinggal di negeri di bawah kekuasaan raja Melayu.

164

Abdullah Munsyi telah membuat satu lagi pengesahan gelagat terhadap raja Melayu berdasarkan pemerhatiannya tentang raja Melayu di negeri Melayu ibarat “ular yang bisa.” Abdullah Munsyi menyatakan beliau berdoa kepada Allah s.w.t. agar dirinya selamat daripada raja-raja Melayu. Tindakan berdoa ini bertujuan untuk mengekalkan penampilannya sebagai Sayid dan menganggap bahawa sebagai individu terpelajar beliau tidak mahu menetap di negeri Melayu yang diperintah oleh sultan Melayu. Yang dibincangkan ini ialah satu lagi konsep pengesahan gelagat dalam perundingan identiti Abdullah Munsyi. Beliau mengesahkan pendiriannya tidak mahu berada dalam budaya Melayu Kelantan, khususnya kepada penguasa

Melayu, iaitu Sultan Kelantan.

Dalam memperkatakan kes pentadbiran raja Melayu, Abdullah Munsyi sangat serius sehingga beliau mengeluarkan kenyataan yang menyamakan raja Melayu dengan ular yang bisa. Dalam keadaan ini, tidak kelihatan pula jiwa Melayu pada Abdullah

Munsyi. Abdullah Munsyi kekal sebagai Peranakan Keling. Hal ini pasti disukai oleh pihak Inggeris kerana Abdullah Munsyi menonjolkan kelebihan mereka dari segi kebijakan mentadbir negeri Melayu. Abdullah Munsyi berasa selamat dan rela menetap di negeri di bawah pemerintahan Inggeris dibandingkan dengan negeri di bawah pemerintahan raja Melayu. Jika orang membaca karya Abdullah Munsyi tentang hal ini maka orang akan berpandangan rakyat biasa sepatutnya berhati-hati apabila berurusan dengan raja Melayu.

Abdullah Munsyi dalam cerita pelayarannya ke Kelantan sebenarnya memaparkan bahawa beliaulah yang menghadapi masalah dengan gelagat Melayu di Kelantan.

Abdullah Munsyi mengakui beliau sudah terbiasa dengan corak hidup Inggeris di

165

Singapura. Beliau membawa imej Inggeris yang baik untuk diketahui oleh pembesar

Melayu di Kelantan. Namun begitu, Abdullah Munsyi masih memilih ungkapan yang hormat dan santun untuk menyatakan pendirian beliau kepada pembesar

Melayu. Contohnya Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005:

156):

Syahdan jikalau disampaikan Allah kiranya hikayatku ini ke dalam tangan raja2 maka apabila didengarnya perkataan yang benar ini, maka hubaya2 janganlah kiranya tuanku murka akan patik. Maka jikalau murka juga tuanku, adalah seperti perumpamaan: seekor kuman di benua Cina kelihatan pada matanya, tetapi seekor gajah bertenggek atas hidungnya ia tiada sedar adanya. Dan lagi sahaya memohonkan Ampun; maka adalah sahaya telah biasa dalam adat2 Inggeris. Maka adat itu meluluskan yang boleh sahaya menegurkan kelakuan raja2 yang tiada berpatutan, dengan tiada kena hukum bunuh atau rampas hartanya.”

Melalui kenyataan ini dapat dikatakan Abdullah Munsyi masih menyedari tindakannya bakal mengundang kemarahan pihak sultan. Beliau masih mematuhi gaya bahasa santun istana, iaitu menggunakan kata sapaan tuanku dan patik serta memohon ampun, seperti adat orang Melayu bercakap dengan raja. Hal ini demikian kerana beliaulah yang tidak biasa dengan adat Melayu. Di sini terlihat Abdullah

Munsyi kekal sebagai Peranakan Keling yang tidak berkompromi untuk masuk ke dalam adat Melayu, khususnya adat Melayu Kelantan. Selain menyedari teguran kerasnya kepada golongan raja, pada masa yang sama Abdullah Munsyi menyedari kata-katanya juga bernada keras terhadap semua orang Melayu. Abdullah Munsyi

(2004: 344) mencatatkan:

Sebermula adapun setelah tamatlah kitabku bab yang pertama ini, maka duduklah aku terpekur ada beberapa ketika lamanya, sebab aku memikirkan maka sekianlah lamanya umurku yang telah lalu itu telah beberapa perkara ajaib dan beberapa peredaran dunia dan adat

166

dan perkara yang tiada pernah didengar dan dilihat oleh nenek moyangku, sekalian itu telah kulihatlah. Maka sebab segala perkara itulah, maka kebanyakan fikiran yang mendatangkan sangka-sangka dalam hatiku. Maka dalam hal yang demikian terlebih pula keras sangkaku dalam hal kehidupan orang-orang Melayu.

Dalam kenyataan ini Abdullah Munsyi mahu menyatakan sesuatu, terutama kepada orang Melayu bahawa ada penyebabnya beliau menjadi demikian, bersikap keras terhadap adat amalan orang Melayu. Menurut Abdullah Munsyi, beliau telah banyak melihat peredaran dunia yang tidak pernah dilihat oleh orang Melayu yang lain, bahkan nenek moyangnya sendiri. Oleh hal yang demikian, banyaklah pendapat dan perbandingan yang dilakukan oleh beliau kepada orang Melayu yang tidak berkesempatan melalui kehidupan sepertinya. Kenyataan yang tersirat ini meminta orang yang membaca karya-karyanya tidak menyalahkan beliau sepenuhnya kerana bersikap demikian dan perlu cuba memahami keadaan serta pemikiran yang sedang ditanggung oleh Abdullah Munsyi secara bersendirian.

Sebelum mengakhiri Hikayat Abdullah, ditemui pula gelagat beliau yang tidak menyalahkan orang Melayu kebanyakan. Abdullah Munsyi mengesahkan pendiriannya dengan meletakkan kesalahan utama kemunduran orang Melayu pada bahu raja dan sultan. Orang yang membaca karya Abdullah Munsyi akan berfikir bahawa Abdullah Munsyi prihatin terhadap nasib orang Melayu kebanyakan apabila beliau menyatakan (Abdullah Munsyi, 2004: 344):

Adapun segala hal kehidupan mereka itu sekalian sentiasa bersama- sama dengan aku, maka kulihat hal ehwal mereka itu dan tabiat mereka itu dan kelakuan mereka itu dan adat mereka itu daripada kecilku sampailah sekian umurku, maka kuperhatikan juga, maka adalah kudapati bangsa Melayu itu makin lama usahkan makin pandai, makin pula bodoh adanya. Maka kuselidik-selidik dalam perasaanku, maka kudapatilah akan sebabnya itu atas beberapa

167

perkara, tetapi dalam antara perkara yang banyak itu terlebih yang mendatangkan celaka atas mereka itu, iaitu sebab zalim dan aniaya perintah raja-rajanya, berlebih-lebihan di atas segala rakyatnya, sehingga hati rakyatnya itu menjadi seumpama tanah yang tiada berbaja lagi. Maka sebab itulah tiada boleh bertumbuh barang satu pekerjaan atau pengajaran atau ilmu atau kepandaian yang baik dalamnya.”

Petikan di atas menunjukkan Abdullah Munsyi menyatakan nasib yang menimpa orang kebanyakan yang berada di negeri-negeri Melayu. Beliau mengesahkan semua yang terjadi kepada orang Melayu puncanya seperti yang berikut (Abdullah Munsyi,

2004: 345):

Syahdan adapun sebab aku mengatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya, karena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolah-olah pada pemandangannya akan rakyatnya itu seperti binatang adanya.

Abdullah Munsyi menyatakan gelagat rajalah yang menjadikan rakyatnya sengsara.

Beliau meneruskan pemerhatiannya terhadap orang Melayu di negeri-negeri di bawah pemerintahan raja Melayu. Abdullah Munsyi mengeluarkan kenyataan seperti yang berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 346):

Syahdan lagi adalah kebanyakan negeri-negeri Melayu itu dan jajahannya dan dusunnya rosak binasa dari sebab kebanyakan anak- anak raja dan hamba raja tiada tertahan oleh manusia aniayanya dan zalimnya. Maka adapun adat dan kelakuan dan tabiat yang demikian itu, lain daripada bangsa Melayu, suatu bangsa lain pun tiada, baik daripada adat orang putih, adat orang keling, atau adat orang Arab dan Cina.”

Abdullah Munsyi tidak pernah menunjukkan persetujuan beliau dengan pemerintahan penguasa Melayu menerusi pengesahan gelagatnya.

168

Abdullah Munsyi juga tidak bosan mengesahkan gelagatnya tentang kecintaannya terhadap bahasa Melayu, seolah-olah beliau juga orang Melayu. Abdullah Munsyi

(2004: 272) menyatakan:

... adapun sebab kusebutkan segala perkara ini dalam hikayatku ini karena pada siang dan malam hatiku itu penuh lah dengan tamak akan berbuat itu. Maka jikalau kiranya dilanjutkan Allah umurku, maka dengan seboleh-bolehnya, insya-Allah, hendak juga aku sediakan kaki tembok pekerjaan itu. Maka jikalau aku ini bukan ahli bagi yang demikian sekalipun. Sebab tersangatlah hati ku sayang melihatkan hal saudara-saudaraku orang Melayu itu seorang pun tiada yang berhati dan bernafsu atas perkara itu. Maka keadaannya seperti orang yang tidur lelap tiada sedar akan hal itu. Syahdan, maka jikalau dikehendaki Allah akan nyawaku ini kelak, kalau ada dengan mudah-mudahannya supaya barang siapa menaruh kasihan atas jalan menolong hamba Allah supaya boleh ia membangunkan satu bangunan yang seperti kehendakku itu di atas kaki tembok itu, dengan besar-besar hatiku atas perkara yang demikian, supaya tiada tinggal huru-hara dan simpang siur lagi bahasa Melayu itu serta tulisannya dan hurufnya.

Kenyataan ini menunjukkan cita-cita Abdullah Munsyi yang prihatin terhadap nasib dan masa depan orang Melayu yang tidak mempunyai kemahiran menulis serta membaca serta tidak berusaha untuk mewujudkan tempat pembelajaran bahasa mereka sendiri. Satu lagi kenyataan yang memperlihatkan Abdullah Munsyi merasakan beliau sebahagian orang Melayu adalah seperti yang berikut (Abdullah

Munsyi, 2004: 350):

Sebermula adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihatkan hal adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat oleh bangsa-bangsa lain dalam dunia ini diperbuatnya.

Keprihatinan terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu mendorong

Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya, iaitu mengaku bersaudara dengan orang

Melayu, contohnya penggunaan ungkapan “saudara-saudaraku orang Melayu” dan

169

“orang-orang kita Melayu”. Begitulah gelagat Abdullah Munsyi yang kadang- kadang mengaku bersaudara dengan orang Melayu dan kadang-kadang pula mengata orang Melayu dari sudut amalan yang bodoh, makanan yang tidak disukai dan sistem yang diamalkan, seolah-olah beliau bukan berketurunan Melayu.

Walaupun pendirian Abdullah Munsyi tentang Melayu berubah-ubah, Abdullah

Munsyi menyatakan beliau bercita-cita untuk menyumbangkan dan mewariskan sesuatu kepada orang Melayu. Beliau berusaha untuk menghasilkan sebuah buku rujukan ilmu bahasa Melayu, iaitu bukan sahaja buku tentang belajar menulis tetapi juga buku tatabahasa Melayu yang baik. Abdullah Munsyi (2004: 250) menyatakan:

... asal boleh bertutur jadilah: lu dan gua,bikin rumah, bilang sama dia dan pergi dapat itu wang, dan sebagainya. Asal orang mengerti cukuplah. Adapun jalan bahasa Melayu bukannya demikian. Hendaklah diketahui masing-masing dengan perkataannya dan perhiasannya, seperti mem dan pem dan pen dan ter dan kan dan nya dan lah dan di dan tah dan kah dan pun dan sekalipun dan beberapa banyak lagi yang dipakai dalam bahasa Melayu, masing-masing itu dengan tempatnya dan kuasanya dan keelokannya dan kemanisannya.

Begitulah pengesahan gelagat Abdullah Munsyi dalam konteks beliau sebagai guru bahasa Melayu. Abdullah Munsyi akan menjadi Melayu dalam soal bahasa Melayu.

Beliau tidak akan membenarkan seseorang bersikap sebarangan dalam mempelajari bahasa Melayu. Hasrat beliau adalah mahu melihat orang Melayu mengamalkan bahasa Melayu yang baik. Itulah asas gelaran “munsyi” yang dipegangnya.

Begitulah catatan pengesahan gelagat Abdullah Munsyi untuk golongan Melayu atasan tempatan yang berinteraksi secara dekat dengannya atau berdasarkan pemerhatiannya terhadap adat dan kehidupan secara dekat atau jauh. Orang Melayu

170

Pantai Timur, khususnya Kelantan mendapat perhatian daripada Abdullah Munsyi.

Cerita Abdullah Munsyi yang menunjukkan orang Melayu mundur dalam segala hal berpunca daripada pemimpin atau raja yang memerintah yang tidak bersimpati pada nasib rakyatnya. Pada masa yang sama, iaitu semasa kemasukan Inggeris, Abdullah

Munsyi pandai memilih kehidupannya. Oleh sebab beliau bernaung di bawah negeri

Inggeris maka sistem pemerintahan tradisi penguasa Melayu dibandingkannya dengan Inggeris. Abdullah Munsyi memilih untuk memihak kepada sistem Inggeris.

Pengesahan gelagat yang ditampilkan oleh Abdullah Munsyi, iaitu bersimpati terhadap orang Melayu kebanyakan kerana berada di bawah kezaliman raja, secara tersirat juga menaikkan nama Inggeris. Hal ini menjadikan beliau mencapai sasaran iaitu disenangi oleh sebahagian orang Melayu yang ingin menjadi sepertinya, mengikut jejak langkahnya dan disenangi oleh rakan-rakan Inggeris kerana berfikiran maju.

4.3 Pengesahan Gelagat Orang Cina

Bahagian ini akan menganalisis pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi melalui pemerhatiannya terhadap orang Cina. Mereka ini orang yang muncul dalam cerita Abdullah Munsyi dan terlibat dengan kehidupannya.

Pengesahan gelagat orang Cina perlu dibincangkan kerana unsur ini menjadi sebahagian kisah yang dilalui oleh Abdullah Munsyi sepanjang beliau berinteraksi dengan mereka.

Perbincangan dimulakan dengan pengesahan gelagat orang Cina yang menganggotai kongsi gelap. Abdullah Munsyi menceritakan kali pertama beliau berpeluang

171 mendekati orang Cina di Singapura adalah pada masa penyamarannya untuk melihat gelagat orang Cina yang terkenal dengan kumpulan kongsi gelap Cina T’ien Ti Hui.

Kongsi gelap ini sangat terkenal dengan kegiatan merompak di Singapura. Oleh sebab rasa ingin tahu Abdullah Munsyi meminta pertolongan seorang Cina yang dinamainya Anak Cina Melaka sahaja. Anak Cina Melaka ini ialah anggota kongsi gelap tersebut. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi (2004: 222) menceritakan kisah beliau mendekati seorang lelaki berketurunan Cina seperti yang berikut:

Aku membuat sahabat kepada seorang anak Cina Melaka yang telah masuk dalam pekerjaan maufakat itu, sebab aku hendak mengetahui akan segala rahsia pekerjaan itu dengan sahnya, karena menengar perkataan orang itu, ada yang benar ada yang dusta … maka kataku akan dia, “bolehkah Baba sahaya hendak pergi melihat tempatnya itu?” maka tertawalah ia, katanya, “apa guna Encik Dolah pergi? Begitu jauh. Tiadakah takut mati?”

Kenyataan ini menunjukkan Abdullah Munsyi bersahabat dengan individu ini dengan tujuan tersembunyi. Abdullah Munsyi mengambil kesempatan memperhatikan budaya kongsi gelap Cina. Menurut Abdullah Munsyi, pada suatu malam beliau telah menyamar diri sebagai peminta sedekah untuk mengikut Cina

Melaka itu ke markas kongsi gelap T’ien Ti Hui. Kebetulan pula pada malam itu terdapat upacara penerimaan ahli baru ke dalam kumpulan kongsi gelap berkenaan.

Dalam Hikayat Abdullah, beliau menyatakan seperti yang berikut (Abdullah

Munsyi, 2004: 223):

Lusanya pagi-pagi hari Sabtu pukul lima pagi datanglah ia memanggil aku, katanya “ada sahaya membawa roti dan gula pasir dan pisang. Boleh encik makan” Maka tawakkallah aku kepada Allah lalu berjalanlah aku memakai seluar buruk koyak-koyak dan satu selimut buruk dan sapu tangan koyak-koyak aku ikat kepalaku.

172

Petikan di atas menunjukkan penyamaran Abdullah Munsyi sebagai pengemis berjaya membawa beliau ke markas kongsi gelap T’ien Ti Hui. Abdullah Munsyi berkesempatan melihat upacara penerimaan atau kemasukan ahli kongsi gelap baru dengan teliti. Menurut Abdullah Munsyi, tujuan beliau mendekati orang Cina tersebut adalah untuk membuat pemerhatian dan mengetahui hal kongsi gelap tersebut yang selama ini diketahui melalui cerita dan khabar orang sahaja. Abdullah

Munsyi (2004: 224) menyatakan:

Maka oleh aku hendak mengetahui akan rahsia itu, maka sambil aku berjalan aku bertanya kepadanya “adakah bangsa lain pun bolehkah masuk dalam maufakat itu?”Maka jawabnya “Mana boleh, karena takut dia orang nanti pecahkan khabar itu. Dan lagi, kalau orang Melayu atau orang Islam masuk, dia orang tidak percaya datuk-datuk dan tidak boleh minum arak dan tiada makan darah.

Petikan ini menunjukkan Abdullah Munsyi memerhati, mendengar dan menanyakan budaya kongsi gelap Cina. Abdullah Munsyi telah mendapatkan penerangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan pengesahan gelagat Cina Melaka itu yang dianggapnya sebagai seorang sahabat. Demi keselamatan, Abdullah Munsyi mengikut sahaja arahan sahabatnya untuk memenuhi rasa ingin tahu beliau tentang aktiviti kongsi gelap. Pemerhatian Abdullah Munsyi dilakukannya secara tersembunyi bukan melalui interaksi langsung ke dalam kumpulan itu. Dalam kisah penyamarannya sebagai pengemis diselitkan juga satu pengesahan bahawa beliau masih kekal sebagai orang Islam yang mementingkan kebersihan dan berpegang pada agama Islam. Hal ini dapat diperoleh daripada kenyataan Abdullah Munsyi

(2004: 225) yang berikut:

173

Maka aku hendak minum air. Maka kuunjuk tangan ke mulut. Maka hendak diberinya air, tiada aku mau, sebab semuanya mangkuk- mangkuknya itu kulihat terlalu kotor rupanya. Lagi pun berbau arak terlalu keras.

Berdasarkan kenyataan di atas, Abdullah Munsyi memandang amalan golongan

Cina kongsi gelap ini kotor dan beliau tidak mahu mendekati arak. Kenyataan ini juga menunjukkan Abdullah Munsyi menampilkan dirinya sebagai sensitif dalam hal kebersihan. Beliau mahu dilihat tidak akan bertolak ansur dan tidak akan berunding dengan kekotoran atau sesuatu yang buruk, seperti arak yang haram dalam agama Islam. Orang Melayu memang amat sensitif soal halal dan haram makanan serta minuman. Hingga sekarang isu makanan halal dan haram di Malaysia masih diperkatakan. Abdullah Munsyi ingin menyatakan bahawa walaupun semasa penyamaran, beliau masih menitikberatkan soal halal dan haram, makanan serta minuman. Abdullah Munsyi memang tahu hal gelagat Cina kongsi gelap ini tidak dapat diterima atau dipuji sama sekali. Pengesahan gelagat ini boleh mendorong orang Melayu Islam menerima Abdullah Munsyi sebagai sebahagian orang Melayu.

Sebagai tambahan, Abdullah Munsyi jelas menyatakan bahawa kongsi gelap Cina ini melakukan keganasan dan kerosakan. Amalan ini dibawa oleh kaum Cina dari benua China yang datang ke kawasan Melayu. Amalan ini ditolak oleh Abdullah

Munsyi. Sebagai contoh, untuk pembaca karyanya, Abdullah Munsyi (2004: 236) memberikan gambaran amalan kongsi gelap yang buruk seperti yang berikut:

Kalakian maka tiadalah kulanjutkan perkataan orang Cina T’ien Ti Hui itu dalam negeri Singapura pada masa itu terlalu bebasnya; barang kehendaknya dilakukannya sahaja dengan tiada malu dan sopannya. Maka beberapa banyak nyawa hamba Allah serta diambilnya dengan aniayanya demikian.

174

Kenyataan di atas menunjukkan hasil pemerhatian Abdullah Munsyi semasa mendekati Anak Cina Melaka yang menjadi ahli kongsi gelap. Tidak dapat dinafikan kisah kongsi gelap ini diketahui oleh umum sampai sekarang hasil usaha pemerhatian Abdullah Munsyi tentang gelagat orang Cina yang menimbulkan masalah sosial di Singapura pada ketika itu. Dapat dikatakan inilah hasil yang diperoleh, iaitu pengesahan gelagat Abdullah Munsyi sebagai seorang sahabat baik yang tidak akan membocorkan rahsia Anak Cina Melaka itu. Kisah orang Cina yang menganggotai persatuan atau permuafakatan kongsi gelap di Singapura telah berhasil ditinggalkan kepada pembaca karyanya. Kesimpulannya, Abdullah Munsyi ingin menyatakan bahawa beliau tidak dapat menerima amalan kongsi gelap tersebut sebab beliau masih berpegang pada ajaran Islam dan adat Melayu yang sensitif dalam soal makan minum. Sebuah kesimpulan yang mengandungi pengesahan gelagat Abdullah Munsyi yang dapat dikatakan akan menambat hati orang Melayu yang beragama Islam.

Pelayaran Abdullah Munsyi dari Singapura ke pantai Timur Tanah Melayu pula memberikan kesempatan kepada Abdullah Munsyi untuk berinteraksi dengan golongan peniaga Cina. Berdasarkan latar belakang ilmu dan pengalaman bekerja

Abdullah Munsyi dengan golongan Melayu dan Inggeris yang bijak, beliau telah membina kekuatan dirinya, iaitu sebagai seorang yang mahir dalam bahasa Melayu.

Hal ini menjadikan Abdullah Munsyi dipercayai oleh kebanyakan orang di Melaka dan di Singapura sebagai jurubahasa Melayu terbaik waktu itu6. Ditambah lagi dengan kebolehannya berbahasa Inggeris, iaitu kebolehan yang merupakan satu kelebihan yang diperlukan oleh peniaga Cina di Singapura. Hal ini telah membawa

6 Buktinya Abdullah Munsyi diupah untuk menjadi jurubahasa atau fasilitator bahasa ke Kelantan

175 beliau ke negeri Melayu, seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tujuannya ke negeri Pantai Timur adalah untuk menjadi jurubahasa Melayu kepada Grandpre, seorang pegawai Inggeris. Grandpre menjadi wakil pedagang Cina dan pentadbiran

Inggeris di Singapura yang ditugaskan untuk memohon perlindungan dan kebenaran berniaga daripada pihak berkuasa di Kelantan.

Kebolehan Abdullah Munsyi dipercayai oleh pedagang Cina yang bernama Bun

Tiong. Oleh hal yang demikian, Abdullah Munsyi dilantik dan diupah oleh Bun

Tiong untuk mengiringi wakil pedagang Cina, iaitu Grandpre dan Baba Koh An.

Pelayaran ke Kelantan bertujuan untuk mengadap Sultan Kelantan dan memohon perlindungan serta pembebasan kapal dagang Cina dari Singapura yang datang ke

Kelantan untuk berniaga. Pada waktu itu juga di Kelantan sedang berlaku perang saudara merebut takhta. Suasana di Kelantan tidak tenteram dan pihak luar sukar berurusan dengan pihak berkuasa. Perkhidmatan Abdullah Munsyi diperlukan.

Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005: 98):

Maka jawab Baba Bun Tiong: Enci “menjadi juru bahasa Grandpre Inggeris itu; jangan ia bertutur bahasa Melayu, boleh enci’ menghertikan dengan bahasa Melayu seperti ‘adat raja2; dan lagi barang suatu pekerjaan berpakat tiga2 orang; dan lagi kalau ada orang Cina sampan pukat mahu beri emas atau wang tunai, boleh ambil masuk dalam perahu adanya.”

Abdullah Munsyi diberikan kepercayaan oleh pedagang Cina ini kerana beliau dipercayai mampu menerangkan adat orang Melayu dan menterjemahkan bahasa

Melayu ke bahasa Inggeris kepada pegawai Inggeris yang bernama Grandpre itu.

Grandpre tidak tahu berbahasa Melayu dan tidak biasa dengan adat orang Melayu.

Pada masa yang sama, Abdullah Munsyi sendiri pun sebenarnya tidak biasa dengan

176 adat Melayu Kelantan. Apatah lagi beliau keturunan Peranakan Keling yang memegang nilai khas tersendiri. Urusan menjadi jurubahasa ke negeri-negeri Pantai

Timur membuka peluang kepada Abdullah Munsyi berinteraksi dengan pihak yang belum pernah ditemuinya. Pada masa ini juga Abdullah Munsyi merasakan beliau perlu melakukan pengesahan gelagat 7. Abdullah Munsyi akan memainkan watak seorang utusan Inggeris dari Negeri Selat.

Selama pelayaran ke Kelantan, Abdullah Munsyi membuat pengesahan gelagatnya sesuai dengan permintaan seorang pedagang Cina yang dikenali sebagai Baba Koh

An. Baba Koh An yang turut serta dalam pelayaran tersebut pula menjadi sasaran

Abdullah Munsyi kali ini. Abdullah Munsyi menerangkan hal yang terjadi semasa berdampingan dengan Baba Koh An. Abdullah Munsyi banyak memperhatikan sikap Cina ini dengan terperinci. Pada masa yang sama Abdullah Munsyi memperkukuh dan mengesahkan gelagat dan identitinya sebagai seorang yang dipercayai serta dihormati kerana mempunyai kebolehan untuk berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu yang baik (berdasarkan pemahaman orang Cina). Kononnya,

Abdullah Munsyi juga sangat memahami adat istiadat Melayu.

Di sini dibincangkan beberapa kenyataan Abdullah Munsyi dalam pengesahan gelagat Baba Koh An. Dalam membicarakan gelagat Baba Koh An turut dibicarakan ialah gelagat Abdullah Munsyi sepanjang perjalanan tersebut. Abdullah Munsyi menyatakan (Amin Sweeney. (ed), 2005: 100):

… dan lagi ada empat puluh perahu perompak lanun di Kuala Pahang dan perahunya panjang2 tujuh dan lebarnya empat depa …

7 Sumber teori yang sama seperti kupasan halaman 160

177

Maka apabila didengar oleh Baba Koh An khabar orang itu, tiga bahagi jiwanya sudah hilang; maka pucatlah mukanya … Maka kata Baba Koh An: marilah kita maufakat bertiga kepada tua2 perahu itu. Maka jawab sahaya berdua yang berdua: “Apa fakat itu?” Maka jawabnya: Ada seorang2 tua, jurumudi Water Witch, ia konon pandai menilik; kita suruh lihat benarkah kabar orang itu, Maka kata sahaya “Baba punya suka.”

Daripada petikan ini, Abdullah menyatakan gelagat Baba Koh An yang takut dan masih mempercayai hal tilik-menilik. Baba Koh An mempercayai ramalan tukang tilik. Pada masa yang sama Abdullah Munsyi pula berbeza, iaitu beliau tidak menunjukkan respons bahawa dia mahu mempercayai hal tersebut. Hal ini demikian kerana Abdullah Munsyi sudah menyatakan beliau memang menganggap perbuatan yang seumpama itu karut (seperti yang dikupas dalam bab sebelumnya pandangan

Abdullah Munsyi terhadap kepercayaan tradisi). Dapat dilihat gelagat Abdullah

Munsyi yang hanya memberi respons “Baba punya suka” atau dapat diertikan sebagai “Ikut suka Babalah” atau terserah pada Baba Koh An. Abdullah Munsyi kelihatan tidak berminat dengan aktiviti paranormal, seperti ramalan dan tilikan.

Sifat menolak kepercayaan karut jelas terlihat pada identiti Abdullah Munsyi.

Pengesahan gelagat Abdullah Munsyi cenderung ke arah fahaman realisme yang dibawa oleh Barat melalui Inggeris. Fahaman ini nampaknya menular kepada

Abdullah Munsyi dan suara Inggeris terlihat di sebalik pendiriannya.

Walaupun perjalanan ke Kelantan melibatkan seorang orang Barat sahaja, iaitu

Grandpre, namun gelagat Baba Koh An yang menjadi menarik minat Abdullah

Munsyi. Satu lagi gelagat Baba Koh An ialah beliau mempercayai khabar angin tentang perompak di Kuala Pahang. Baba Koh An sangat takut dan sanggup berpatah balik ke Singapura hanya kerana khabar angin tersebut. Beliau sanggup berpakat dengan yang lain untuk menipu pihak yang mengutusnya ke Kelantan

178 walhal tidak ada pun perompak dan lanun yang ditemui. Kes mempercayai khabar angin ini pernah dicatatkan oleh Abdullah Munsyi yang melabelkan orang Melayu,

Cina dan Peranakan Keling bodoh dan gelagat Bab Koh An memperkuat kenyataan yang pernah dibuatnya sebelum itu terhadap orang tempatan di Melaka dan di

Singapura. Jika demikian gelagat Bab Koh An maka berdasarkan pandangan

Abdullah beliau juga termasuk dalam golongan bodoh.

Sepanjang pelayaran itu, Abdullah Munsyi mengekalkan identitinya dan mengesahkan gelagatnya sebagaimana yang dikehendaki oleh penaja (pedagang

Cina) pelayarannya. Beliau juga menyesuaikannya mengikut keadaan atau suasana pelayarannya, iaitu orang pandai yang berfungsi sebagai jurubahasa yang berperanan besar menjadi penghubung antara kerajaan Kelantan dengan pedagang Cina dan pihak Inggeris. Kedudukan Abdullah Munsyi sudah diakui oleh pihak Cina di

Singapura. Beliau dianggap orang bijak tetapi tindakannya memperhatikan gelagat orang Cina tidak sebagaimana orang Cina melihat beliau. Abdullah Munsyi berani memperkatakan gelagat orang Cina yang tidak dipersetujuinya. Hal ini secara jelas diperlihatkan oleh Abdullah Munsyi (2004: 304) apabila beliau menyatakan:

Hairan, hairan, hairan! Seperti iman orang Cina. Apabila seorang orang mati, maka diperbuatkan oleh adik kakaknya rumah-rumah kertas serta perkakasnya dengan lengkap kereta kudanya. Maka ringgit kertas pun berpeti-peti; semuanya itu dibakarnya. Maka katanya, “Orang yang mati itu sudah mendapat rumah itu dan boleh naik kereta kuda itu.

Berdasarkan teks, bagi Abdullah Munsyi orang Cina juga mempercayai perkara yang dianggapnya karut. Kepercayaan dan amalan orang Cina nampaknya tidak

179 masuk akal bagi Abdullah Munsyi. Ini juga satu lagi pengesahan gelagat orang Cina yang timbul dalam memperkatakan Baba Koh An.

Kelicikan orang Cina hanya diakuinya dalam hal tawar-menawar. Dalam hal ini, pihak pedagang Cina berharap dengan mengupah Abdullah Munsyi menjadi jurucakap, urusan perniagaan akan mudah berjaya. Abdullah menyatakan (Amin

Sweeney. (ed), 2005: 98):

… katanya kepada sahaya “Berapa mau upahnya?” maka jawab sahaya: “Kalau baba Mau kasi serratus ringgit, boleh sahaya pergi.” Maka jawabnya: Tiada boleh; kalau enci’ sahaja, bolehlah; ini ada seorang2 putih bersama2, dan lagi Baba Koh An pun.” Katanya “Sahaya beri delapan puluh ringgit” … Maka kata sahaya “tiada boleh.” Kemudian kata Baba Bun Tiong dan Baba Kim Sui, “Itu sudah patut.” Kalakian setelah menerima perintah itu sahaya pun kembalilah berkemas2 peti dan tikar bantal sahaya sekaliannya dimasukkan dalam perahu.

Dalam petikan ini, terkandung rundingan antara Abdullah Munsyi dengan peniaga

Cina yang bernama Baba Bun Tiong dan Baba Kim Sui tentang upah yang diminta oleh Abdullah Munsyi sebagai jurubahasa ke Kelantan. Beliau meminta bayaran seratus ringgit tetapi dirasakan mahal oleh peniaga Cina itu. Upah Abdullah Munsyi ditawar daripada seratus menjadi delapan puluh ringgit yang akhirnya dipersetujui oleh beliau. Di sini diperlihatkan oleh Abdullah Munsyi gelagat kepintaran orang

Cina ini dalam tawar-menawar.

Hal ini mengingatkan kita kembali kepada kisah Abdullah Munsyi dengan orang

Cina sewaktu ingin melihat aktiviti kongsi gelap di Singapura. Abdullah Munsyi telah meminta bantuan individu yang dikenali sebagai Anak Cina Melaka untuk membawanya ke pusat kongsi gelap dan menyaksikan upacara penerimaan ahli baru

180 kongsi gelap. Abdullah Munsyi mempergunakan orang Cina untuk memenuhi kehendaknya. Beliau tidak bercakap banyak, hanya menyatakan bahawa beliau ketakutan menyaksikan adat yang tidak masuk akal, iaitu meminum darah sebagai syarat penerimaan ahli baru. Hasil Abdullah Munsyi mengambil kesempatan atas persahabatan tersebut ialah pengesahan gelagat orang Cina yang bangga menganggotai kongsi gelap. Tindakan Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa ada sesuatu yang dikehendaki oleh Abdullah Munsyi, seperti peribahasa “ada udang di sebalik batu.” Persahabatannya dengan Anak Cina Melaka bertujuan untuk memperoleh maklumat kumpulan kongsi gelap. Pergaulan dengan pedagang Cina pula bersifat komersial dan materialistik, iaitu beliau mendapat upah seratus ringgit.

Dua peristiwa dalam cerita interaksi Abdullah Munsyi dengan orang Cina menunjukkan gelagat beliau disesuaikan dengan tempat dan masa.

Jika dihimbau pula catatan Abdullah Munsyi tentang tindakannya sebagai seorang sahabat memujuk Anak Cina Melaka untuk pergi melihat aktiviti yang berlaku di sarang kongsi gelap tersebut, tanpa disedari oleh Cina Melaka tersebut, Abdullah

Munsyi mengambil kesempatan menjadi penyiasat persendirian tanpa dilantik oleh mana-mana pihak. Namun begitu, setelah membaca karyanya, didapati bahawa

Abdullah Munsyi lambat laun pasti akan melaporkan hal tersebut kepada pihak

Inggeris, iaitu seorang pegawai tinggi British yang menggantikan

Raffles sebagai Gabenor Jeneral Singapura ketika itu. Hakikatnya, Abdullah Munsyi telah mengesahkan gelagatnya dan kumpulan kongsi gelap secara umum apabila memperhatikan adat Cina Kongsi Gelap di Singapura seperti yang di bawah

(Abdullah Munsyi, 2004: 236):

181

… Maka beberapa banyak nyawa hamba Allah serta harta diambilnya dengan aniayanya demikian. Maka ada beratus tempat dan rumah orang yang disamunnya demikian, tiada kusebutkan dalam hikayatku ini. Maka kuambil ringkasnya sahaja. Tetapi kecuali orang besar-besar yang memerintahkan negeri diam juga. Maka berkeretalah jua ia pada tiap-tiap hari, sebab mejanya ada penuh dengan makanan dan rumahnya ada terang berpuluh-puluh setolop menyala dan gajinya pun pada sebulan beribu-ribu ringgit dimakannya. Maka demikianlah hal aniaya orang Cina dalam negeri Inggeris didiamkannya; harta kompeni sahaja habis membayar gaji. Maka adalah sekian lamanya kuketahui dalam negeri-negeri bangsa lain-lain, seperti di negeri-negeri kebanyakan negeri Melayu dan di negeri China dan negeri Arab, dan sebagainya, banyaklah penyamun dan pencuri dan pembunuh. Maka pada masa itu dalam negeri Inggeris Singapura, orang Cina maharajalela menyamun barang di mana dia suka.

Abdullah Munsyi mengkritik adat kongsi gelap dan amalan dalam budaya Cina.

Dalam memperkatakan amalan dan adat orang Cina, tidak ditemui ungkapan seperti

“saudara-saudaraku orang Cina” atau “orang-orang kita Cina.” Hal ini memperlihatkan Abdullah Munsyi memang jelas memisahkan dirinya daripada masyarakat Cina dalam soal ras dan keturunan. Dalam konteks ini, kita dapat mengesan gelagat Abdullah Munsyi yang mahukan campur tangan Inggeris untuk mengatasi masalah rompakan, pembunuhan dan kerosakan yang dilakukan oleh kongsi gelap. Pegawai Inggeris yang bertugas nampaknya tidak mempedulikan ketakutan penduduk Singapura. Menurut Abdullah Munsyi, pihak kompeni hanya menghabiskan wang untuk menggaji orang seperti itu. Gelagat Abdullah Munsyi ini pasti akan menambat hati pegawai tinggi Inggeris.

Dalam hubungannya dengan orang Cina, perkara yang ditegur oleh Abdullah

Munsyi ialah keganasan dan rompakan yang dianggapnya menyusahkan dan menakutkan semua orang. Kepercayaan orang Cina tidak seperti orang Melayu

Islam. Oleh sebab orang Cina tidak beragama Islam, Abdullah Munsyi tidaklah

182 berkhutbah seperti yang dilakukannya kepada orang Melayu. Bagi Abdullah Munsyi biarlah mereka dengan kepercayaan yang dikehendaki oleh mereka, sebagaimana katanya sebelum itu “Baba punya sukalah”. Demikianlah konsep pengesahan gelagat yang dibuat oleh Abdullah Munsyi terhadap orang Cina yang dimuatkannya dalam

Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura Sampai ke

Kelantan. Walaupun sasarannya Baba Koh An dan Anak Cina Melaka tetapi

Abdullah Munsyi menganggap mereka berdua mewakili seluruh gelagat orang Cina.

Menarik sekali pemerhatian ini. Nasib yang diterima oleh orang Cina hampir sama dengan orang Melayu, iaitu di mata Abdullah Munsyi budaya Inggeris di Melaka dan di Singapura masih berada di atas budaya kaum lain pada zaman itu. Pada masa yang sama, tanpa memerhatikan keadaan di sekelilingnya, Abdullah Munsyi mungkin tidak mendapat kesempatan untuk menulis riwayat hidupnya, menyaksikan upacara kongsi gelap, memikul tanggungjawab sebagai utusan perdagangan dan menjadi penterjemah bahasa Melayu-bahasa Inggeris kepada pegawai Syarikat

Hindia Timur Inggeris ke Kelantan.

4.4 Pengesahan Gelagat Peranakan Keling

Analisis dalam bahagian ini adalah unik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri kerana Abdullah Munsyi membuat pengesahan gelagat keturunan Peranakan Keling dan pada masa yang sama beliau juga berketurunan Peranakan Keling. Dalam

Hikayat Abdullah ada diceritakan oleh Abdullah Munsyi kisah seorang Peranakan

Keling yang tinggal bersama-sama Sultan Husin Syah di Singapura. Sasaran

Abdullah Munsyi ialah individu yang dikenalinya sebagai Abdul Kadir bin Ahmad

Sahib. Kisah-kisah Peranakan Keling ini adalah berdasarkan cerita Abdullah Munsyi

183 berinteraksi dengan Abdul Kadir yang mengakui dia ialah anak angkat Sultan Husin

Syah. Perkara yang menarik di sini ialah secara sedar atau tidak, kisah Abdul Kadir ini membuka peluang kepada kita untuk mengetahui bagaimana pula seorang

Peranakan Keling lain, iaitu Abdul Kadir melihat Abdullah Munsyi?

Sebelum memperkatakan pengesahan gelagat Abdullah Munsyi terhadap Peranakan

Keling Abdul Kadir ini, sebaik-baiknya kita ketahui kisah yang mencetuskan interaksi antara Abdullah Munsyi dengan Abdul Kadir terlebih dahulu. Abdullah

Munsyi telah diupah oleh Abdul Kadir untuk menulis cap mohor untuk digunakan oleh Abdul Kadir. Dalam Hikayat Abdullah diceritakan bahawa Abdul Kadir ini tiada perhubungan darah dengan Sultan Husin Syah yang berkuasa di istana

Kampung Gelam. Walaupun begitu, Sultan Husin Syah sangat baik dengan Abdul

Kadir dan melayannya seperti ahli keluarga. Banyak orang Melayu dan pembesar

Melayu yang berada di bawah Sultan Husin Syah berasa cemburu dan marah apabila melihat betapa dekat dan baiknya Sultan Husin Syah dengan Abdul Kadir sehingga ada pembesar Melayu yang mengambil keputusan untuk membunuh Abdul Kadir.

Namun begitu, Sultan Husin Syah masih tetap baik dengan Abdul Kadir kerana menurut Abdullah Munsyi (2004), Abdul Kadirlah yang selalu membantu Sultan

Husin Syah dalam urusan-urusan yang diperlukan dan beliau sangat dipercayai oleh

Sultan Husin Syah. Menurut Abdullah Munsyi lagi, Abdul Kadir sangat pandai mengambil hati atau dengan kata lain pandai mengampu Sultan Husin Syah.

Menurut cerita Abdullah Munsyi lagi, layanan baik Sultan Husin Syah ini digunakan oleh Abdul Kadir untuk mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya sehingga beliau tidak berasa malu menggelarkan dirinya Tengku Muda. Hakikatnya umum mengetahui bahawa Abdul Kadir bukan sahaja tidak ada pertalian saudara

184 dengan Sultan Husin Syah, malah Abdul Kadir juga bukan golongan orang Melayu asli. Kelicikan Abdul Kadir memberikan keuntungan yang lumayan kepadanya menurut pandangan Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi (2004: 304) menyatakan hal itu seperti yang berikut:

… Maka demikianlah juga senangnya Abdul Kadir itu pun menjadi Tengku Muda.

Abdullah Munsyi beranggapan gelagat Abdul Kadir yang mengakui dirinya sebagai

Tengku Muda sebagai sesuatu yang aneh. Terlebih dahulu menurut Abdullah

Munsyi, gelagat Abdul Kadir disifatkan sebagai seorang yang mengambil kesempatan atas kelemahan kepimpinan Sultan Husin Syah. Abdullah Munsyi

(2004: 305) menyatakan:

… Syahdan maka sungguhpun segala perkara yang tersebut diperbuatnya dan kelakuannya demikian, tetapi terlalu pandai ia memberi hormat akan orang serta tau mengambil hati orang. Maka apabila ia bertutur dengan orang, encik dengan encik, tuan dengan tuan, serta menundukkan diri. Maka sebab itulah kebanyakan orang memuji akan dia, oleh sebab dia merendahkan diri.

Kenyataan di atas menunjukkan gelagat Abdul Kadir yang pandai mengambil hati orang. Sesiapa yang bercakap dengan Abdul Kadir pasti akan terpaut hati dengan kesopanan beliau. Petikan di atas menunjukkan Abdul Kadir amat pandai bersantun apabila berinteraksi dengan orang lain. Seterusnya, gelagat Abdul Kadir yang diperkatakan oleh Abdullah Munsyi ialah gelagatnya yang sangat pandai mengambil hati bukan sahaja Sultan Husin Syah malahan anak-anak sultan juga. Hal inilah yang menyebabkan sultan itu sangat mengasihinya. Abdullah Munsyi (2004: 304) menyatakan:

185

Maka terkelip-keliplah mata orang-orang Melaka melihat hal itu: terkadang ia memakai cara Keling; terkadang cara Melayu; seperti raja-raja memakai keris dan berkain songket dan berbaju sikap dan bersapu tangan telepuk. Dan anak-anak Yamtuan keduanya itupun dipakaikannya cara Keling, berseluar besar dan berbaju anggerka.

Gelagat Abdul Kadir menampilkan diri berpakaian, yakni kadang-kadang gaya pakaian Melayu seperti raja dan ada kalanya berpakaian seperti Keling, sangat mengelirukan. Cara berpakaian ini juga dikenakan kepada anak-anak sultan yang dijaga Abdul Kadir. Begitulah gelagat Abdul Kadir, Peranakan Keling yang hidup bersama-sama Sultan Husin Syah. Gelagat Abdul Kadir pada pandangan Abdullah

Munsyi adalah aneh juga. Beliau (Abdullah Munsyi, 2004: 304) seterusnya menyatakan:

Maka itu pun suatu hairan pula dilihat orang bahawa Melayu masuk Keling dan Keling masuk Melayu, karena pada masa itu anak-anak Yamtuan itu belum lagi besar. Maka adalah Yamtuan itu punya nama sahaja, Abdul Kadir punya negeri dalam segala halnya belanja dan membeli, adanya.

Pengesahan gelagat which simply believe something to be true 8yang dibuat oleh

Abdullah Munsyi terhadap Abdul Kadir dalam Hikayat Abdullah ini, seolah-olah menunjukkan bahawa Abdul Kadir sedang melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun begitu, Abdullah Munsyi seolah-olah tidak terlalu menghiraukannya dan dapat menerima tindakan Abdul Kadir terhadap Sultan.

Terdapat beberapa tindakan Abdul Kadir ini yang didapati tidak betul pada pengamatan Abdullah Munsyi. Antaranya ialah tindakan menggunakan gelaran

8 Rujuk Bab 1 .7.3 Pengesahan Gelagat

186

Tengku Muda seolah-olah Abdul Kadir anak Sultan Husin dan membuat cap raja

Melayu untuk digunakan dalam urusan yang memerlukan tanda diraja. Namun begitu, Abdullah Munsyi tidak menegur Abdul Kadir secara langsung seperti yang pernah lakukannya kepada Tengku Temena. Beliau menerima permintaan Abdul

Kadir untuk menulis cap mohor diraja. Abdullah Munsyi (2004: 304) menyatakan:

Maka pergilah aku. Setelah sampai maka disambutnya dengan hormat serta duduk bersama-sama. Maka “katanya ada hajat sahaya menjemput abang. Sahaya hendak pinta abang buatkan cap sahaya”. Maka jawabku, “sahaya tiada tau”. Maka katanya, “Janganlah abang sembunyikan, karena ada banyak orang mengatakan kepada sahaya abang tukang membuat cap Tuan Raffles, dan lagi beberapa cap raja- raja Melayu.” Maka jawabku, “Bagaimana perkataan cap itu?” Lalu dikeluarkannya sekeping kertas yang ada tertulis dalamnya … al- wathik billah Tengku Muda Abdul Kadir bin al-Sultan Husin Syah. Maka apabila aku melihat perkataan cap itu, maka tersenyumlah aku sambal berfikir, lain orang yang memperanakkan lain orang yang dipanggil bapa, seperti umpamaan Melayu: Kerbau punya susu, sapi punya nama. Maka apabila dilihatnya aku tersenyum itu, maka katanya “Sama kita tau akan ertinya tersenyum itu”.

Abdullah Munsyi masih boleh berunding dengan tindakan itu dengan hanya tersenyum yang bermaksud “tahu sama tahu”. Apabila Abdul Kadir melihat gelagat

Abdullah Munsyi begitu baik sewaktu berinteraksi dengannnya, maka Abdul Kadir beranggapan Abdullah Munsyi sekapal dengannya kerana mereka sama-sama berketurunan Peranakan Keling. Sudah tentu Abdullah Munsyi boleh memahaminya atau bekerjasama dengannya.

Cap raja yang ditulis Abdullah Munsyi akan digunakan oleh Abdul Kadir apabila mengirim surat atau berurusan dengan pihak tertentu. Cap ini akan menunjukkan satu kedudukan istimewa dalam sistem masyarakat pada waktu itu, walhal Abdul

Kadir bukanlah siapa-siapa. Diceritakan bahawa Abdul Kadir memanggil Abdullah

187

Munsyi abang dan status abang ialah satu penghormatan daripada Peranakan Keling kepada Peranakan Keling yang lain. Abdullah Munsyi mendapat pengiktirafan daripada Abdul Kadir yang mengesahkan bahawa beliau memang orang dihormati yang memiliki kepandaian menulis. Melihat akan suasana yang unik ini, Abdullah

Munsyi menunjukkan reaksi sedar bahawa permintaan Abdul Kadir kepadanya ialah satu hal yang tidak betul dan salah untuk dipenuhi. Abdullah Munsyi menggunakan peribahasa Kerbau punya susu, sapi punya nama atas tindakan Abdul Kadir membuat cap tersebut.

Walaupun begitu, tindak balas yang diterima daripada Abdullah Munsyi pula adalah seperti yang diharapkan oleh Abdul Kadir. Abdullah Munsyi menerima pujian

Abdul Kadir, iaitu mengakui beliau ialah orang yang mempunyai kepandaian menulis untuk membuat cap mohor berdasarkan pengalaman bekerja dengan pihak

Inggeris. Abdullah Munsyi pula hanya menerima pekerjaan itu dan memenuhi permintaan Abdul Kadir. Abdullah Munsyi tidak berkhutbah kepada Abdul Kadir atas tindakan yang salah itu seperti yang dilakukannya kepada orang Melayu.

Peristiwa ini jelaslah unik. Hal ini demikian kerana sikap Abdullah Munsyi sebelumnya berbeza. Jika kelakuan raja Melayu atau adat dan amalan orang Melayu tidak betul serta tidak kena pada pandangannya, beliau sangat lantang menyuarakan pendiriannya.

Pengesahan gelagat Abdul Kadir oleh Abdullah Munsyi menghasilkan satu hal yang penting, iaitu perbandingan identiti antara orang Melayu dengan Peranakan Keling.

Abdullah Munsyi (2004: 305) menyatakan:

188

Maka adapun kelakuan dan kepandaian yang demikian itu bahawa sekali-kali tiada boleh terbit daripada orang Melayu yang kulihat melainkan daripada orang Keling. Bahawasanya Abdul Kadir itu peranakan Keling; maka itulah ia pandai dalam pekerjaan mengambat hati orang. Maka sebab itulah banyak orang kasih akan dia.

Didapati huraian gelagat Abdul Kadir yang diperkatakan oleh Abdullah Munsyi secara langsung mewakili identiti orang Peranakan Keling. Kelihatan Abdullah

Munsyi seperti mahu dilihat sebagai Melayu ketika berurusan dengan Peranakan

Keling ini. Oleh itu beliau bolehlah mengeluarkan kenyataan tentang Abdul Kadir.

Pada masa yang sama, hanya Abdullah Munsyi barangkali tidak sedar bahawa gelagat Abdul Kadir juga membolehkan Abdullah Munsyi mengeluarkan kenyataan yang mewujudkan garis pemisah antara orang Melayu dengan Peranakan Keling.

Oleh hal yang demikian, Abdullah Munsyi dan Abdul Kadir mencapai kesepakatan, iaitu Abdullah Munsyi seorang keturunan Peranakan Keling yang mendekati dan disayangi oleh pihak Inggeris, Abdul Kadir pula pandai mengampu Sultan Husin

Syah dan Abdullah Munsyi sendiri yang dipanggilnya abang. Kemahiran Abdul

Kadir berinteraksi tidak jauh berbeza dengan Abdullah Munsyi sendiri.

Gelagat pandai menyesuaikan diri “mengambat atau menghambat hati orang” menurut Abdullah Munsyi “tiada boleh terbit daripada orang Melayu.” Hal ini menunjukkan, orang Melayu tidak ada kebolehan berunding jika dibandingkan dengan Peranakan Keling, menurut Abdullah Munsyi. Kenyataan tentang Abdul

Kadir oleh Abdullah Munsyi seperti “terlalu pandai ia memberi hormat akan orang”,

“apabila ia bertutur dengan orang encik dengan encik, tuan dengan tuan” atau dengan kata lain pandai melakonkan watak sesuai dengan kehendak semasa, dapat dianggap satu pujian daripada Abdullah Munsyi. Jika dibaca dari awal gelagat

189

Abdul Kadir maka gelagat itu dapat dikatakan sebagai pengesahan gelagat orang

Peranakan Keling. Sedikit sebanyak gelagat itu menggambarkan gelagat Abdullah

Munsyi juga. Aneh juga, jika dilihat gelagat Abdullah Munsyi yang menyatakan tindakan Abdul Kadir menjadi Tengku Muda salah tetapi tidak menjadi masalah kepadanya. Sebaliknya, Abdullah Munsyi memuji kepandaian yang ada pada

Peranakan Keling yang pandai menghormati orang dan kemahiran ini tidak ada pada orang Melayu. Identiti Peranakan Keling yang ada pada Abdul Kadir dapat ditemui juga pada Abdullah Munsyi. Hal yang diperkatakan oleh Abdullah Munsyi terhadap

Abdul Kadir telah meletakkan golongan ini pada kedudukan yang baik. Peranakan

Keling lebih berbudi bahasa jika dibandingkan dengan orang Melayu walaupun tindakan Abdul Kadir dikatakan umpama Kerbau punya susu, sapi punya nama, yakni tidak membawa maksud yang baik.

4.5 Pengesahan Gelagat Abdullah Munsyi dengan Orang Barat

Bahagian ini memfokuskan pengesahan gelagat Abdullah Munsyi semasa berinteraksi dengan orang Barat. Beberapa individu Barat telah terlibat secara langsung dengan Abdullah Munsyi kerana mereka juga sama-sama menjalani kehidupan di Melaka dan di Singapura pada era kedatangan kuasa Inggeris ke kawasan Melayu. Keadaan ini memberikan kesempatan kepada Abdullah Munsyi untuk bergaul dengan pihak Barat. Dalam karya-karyanya didapati Abdullah Munsyi banyak juga menceritakan kisah pergaulannya dengan beberapa individu penting daripada pihak Barat, terutama orang Inggeris. Kisah-kisah orang Inggeris ada dimuatkannya dalam autobiografi dan travelognya.

190

Tindakan yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi semasa berinteraksi dengan orang

Inggeris dapat disifatkan sebagai satu kebolehan istimewa yang ada pada Abdullah

Munsyi. Hal ini demikian kerana beliau telah berjaya mengumpulkan kisah-kisah yang dilaluinya berdasarkan pemerhatian beliau terhadap gelagat orang Barat, terutama orang Inggeris. Tambahan pula, nama-nama individu Barat ini muncul dalam catatan sejarah tentang kemasukan Inggeris ke Kepulauan Melayu setelah jatuhnya kuasa Belanda. Lebih istimewa apabila seorang anak tempatan yang hidup kala itu telah mencatatkan peristiwa dan gelagat orang Barat itu. Banyak nama orang Barat dalam cerita-ceritanya dan Abdullah Munsyi memunculkan kebanyakan mereka secara sepintas lalu tetapi ada juga beberapa orang Barat yang diceritakan dengan panjang lebar.

Dalam kata lain, terdapat beberapa nama atau individu yang menjadi tumpuan khusus dalam autobiografi dan travelog Abdullah Munsyi. Individu berkenaan ialah pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris dan golongan paderi Kristian Inggeris yang ada di Melaka dan di Singapura. Bahagian ini membincangkan individu yang kerap diperkatakan oleh Abdullah Munsyi. Kita akan dapat menyaksikan pengesahan gelagat mereka dan gelagat Abdullah Munsyi sendiri semasa berurusan dengan mereka. Kekerapan Abdullah Munsyi membicarakan individu terpilih ini membantu kajian yang dibuat terhadap teks Abdullah Munsyi. Memang terdapat individu Barat lain yang turut ditemui, tetapi secara sepintas lalu sahaja ditemui dalam karya-karya

Abdullah Munsyi. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa Abdullah Munsyi tidak melakukan interaksi dengan individu yang hanya namanya disebut tetapi ceritanya tiada.

191

4.5.1 Pengesahan Gelagat Pegawai British

Gambar 4.1: Thomas Stamford Raffles

Sumber: www.indiananet.com (Muat turun pada 20 Disember 2014)

Thomas Stamford Raffles adalah antara orang Inggeris yang telah didekati oleh

Abdullah Munsyi. Individu Inggeris ini menurut rujukan sejarah ialah seorang pegawai tinggi British yang dihantar bertugas di tanah jajahan. Kajian ini tidak akan memperkatakan hal individu ini seperti umumnya tercatat dalam dokumen sejarah.

Kajian ini akan menganalisis pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi terhadap Raffles. Pengesahan gelagat Raffles adalah berdasarkan cerita

Abdullah Munsyi dan pengalamannya menjalani kehidupan serta berinteraksi dengan individu ini. Hal ini lebih menarik kerana gelagat yang diperkatakan tidak pernah dibincangkan dalam dokumen sejarah.

Menurut Abdullah (2004), detik permulaan beliau mengenali Raffles adalah apabila

Raffles mencari jurutulis bahasa Melayu di Melaka. Menurut Abdullah Munsyi,

Raffles adalah antara orang putih (istilah yang digunakan Abdullah untuk orang

192

Inggeris) yang akrab dan rapat dengannya. Tujuan asal Abdullah Munsyi berhubungan dengan Raffles adalah untuk mendapatkan pekerjaan menyalin dan menulis semula bahan sastera Melayu seperti yang dikatakan oleh Abdullah Munsyi

(2004) “surat-suratMelayu” dan “hikayat-hikayat dahulu kala.” Raffles ialah seorang pegawai yang menaruh minat yang tinggi terhadap budaya tempatan, khususnya hikayat Melayu. Sekali lagi kebolehan menulis dengan baik telah memberikan peluang kepada Abdullah Munsyi untuk bekerja dengan Raffles.

Bahagian ini membincangkan tindakan Abdullah Munsyi dan tindakan pengesahan gelagat Raffles yang dikesan dalam karya Abdullah Munsyi. Jika ada pertanyaan mengapa Raffles mendahului pegawai Inggeris atau Barat yang lain? Jawapannya,

Abdullah Munsyi telah mencatatkan pemerhatian yang terperinci terhadap identiti

Raffles dalam ceritanya, termasuklah penampilan fizikal Raffles yang melebihi individu lain. Perincian seperti ini tidak dilakukan kepada individu Barat yang lain dalam teksnya.

Abdullah Munsyi (2004: 63) menghuraikan penampilan fizikal Raffles seperti yang berikut:

... maka adalah sifat Tuan Raffles itu aku lihat tubuhnya sederhana, tiada tinggi, tiada rendah, tiada gemuk, tiada kurus, dahinya luas alamat besar hematnya, dan kepalanya buntar bincu ke hadapan alamat berakal dan rambutnya warna perang alamat berani dan telinganya lebar alamat banyak penengaran, bulu keningnya lebat dan matanya sebelah kiri juling-juling air dan hidungnya mancung dan pipinya cengkung sedikit dan bibirnya nipis, alamat pandai berkata-kata dan lidahnya manis dan mulutnya luas dan lehernya jenjang dan warna tubuhnya tiada putih bahana dan dadanya bidang pinggangnya ramping dan kakinya sederhana. Maka apabila ia berjalan, akan bongkok-bongkok sedikit."

193

Berdasarkan petikan ini, boleh dikatakan Abdullah Munsyi membuat perincian fizikal Raffles dengan perkataan yang positif, seperti bijak, banyak mendengar, berani dan sebagainya. Untuk menyakinkan orang dalam memperkatakan gelagat

Raffles, Abdullah Munsyi banyak menceritakan kisah beliau yang sering berinteraksi dengan Raffles. Sebagaimana biasa, Abdullah Munsyi memperhatikan gelagat orang terlebih dahulu untuk mendapat jalan menunjukkan gelagatnya agar sesuai berinteraksi dengan orang itu. Abdullah Munsyi menunjukkan gelagatnya yang sangat menyenangi Raffles. Hal ini dapat diketahui apabila Abdullah Munsyi

(2004: 63) menyatakan:

Syahdan adalah tabiatnya itu kulihat senantiasa di dalam berfikir juga. Maka terlalu pandai ia memberi hormat akan orang serta dengan manis mukanya berbahasa dengan orang: encik dengan encik, tuan dengan tuan. Dan lagi, banyak ia menaruh kasihan akan orang; maka tangannya terbuka untuk orang miskin. Dan lagi, terlalu pandai ia membunuh perkataan orang. Dan lagi, selalu apabila ia bercakap, dengan tersenyum-senyum.

Petikan di atas mempamerkan gelagat Raffles yang berbudi bahasa hampir menyamai huraian gelagat Abdul Kadir, iaitu Peranakan Keling itu. Beliau memuji gelagat Raffles yang menghormati orang apabila bercakap, suka membantu orang miskin dan pandai melembutkan hati orang. Pengesahan gelagat Raffles ini sangat menyenangkan hati pihak Inggeris. Kenyataan ini juga menunjukkan gelagat

Abdullah Munsyi yang sangat menyanjungi Raffles. Sudah pasti sikap ini membolehkan Abdullah Munsyi berinteraksi dengan pegawai tinggi Inggeris tersebut dengan lebih baik dan lebih dekat.

Walaupun begitu mengagumi Raffles, didapati Abdullah Munsyi masih menunjukkan prihatinnya terhadap nasib orang Melayu dari segi pembelajaran

194 bahasa Melayu. Dalam memuji Raffles, beliau juga seakan-akan menegur sikap

Raffles pada masa yang sama. Terdapat beberapa kes semasa berinteraksi dengan

Raffles, Abdullah Munsyi menunjukkan rasa kurang senang. Contohnya kes pembelian kitab dan hikayat Melayu oleh Raffles. Abdullah Munsyi (2004: 65) menyatakan:

... hampir-hampir habis surat-surat Melayu daripada beberapa zaman. daripada harta nenek-moyang sekalian habis dijualkan, dibawa orang dari mana-mana, sebab mendapat harga baik, habis dijualkan, tiadalah sedarkan orang di belakang kelak menjadi bodoh, surat pun tiada yang hendak dibaca dalam bahasanya sendiri, karena kitab-kitab itu semuanya tulisan tangan. Jikalau kitab dicap tiada mengapa. Maka tiadalah tinggal lagi benihnya sampai sekarang.

Berdasarkan kenyataan di atas jelas kelihatan Abdullah Munsyi menyuarakan isi hatinya. Beliau menyatakan beliau menyayangi khazanah yang berbahasa Melayu, iaitu surat Melayu secara diam-diam, tidak di depan Raffles. Raffles mempunyai hobi mengumpulkan naskah Melayu, seperti kitab dan hikayat yang dibelinya daripada orang Melayu dengan harga yang tinggi. Hobi Raffles ini tidak pula ditegur oleh Abdullah Munsyi secara berdepan tetapi diungkapkan menerusi tulisan dengan baik. Abdullah Munsyi menyedari nilai yang tinggi yang dimiliki oleh hikayat- hikayat yang dijualkan kepada Raffles. Namun begitu, pengesahan gelagat Raffles ini hanya dibuat melalui cerita dalam hikayatnya tidak dinyatakan secara langsung kepada Raffles. Tidak ditemui dalam cerita-ceritanya yang menyatakan beliau tidak bersetuju dengan Raffles secara berdepan. Oleh hal yang demikian, gelagat yang dimainkan Abdullah Munsyi sewaktu berinteraksi dengan Raffles ialah gelagat seorang pekerja yang setia berkhidmat sebagai jurutulis kepada tuannya.

195

Abdullah Munsyi juga memilih bahasa yang lebih lunak dalam mengesahkan gelagat orang yang dikatakan sahabatnya, iaitu Raffles. Gelagat Raffles dalam beberapa tindakan yang dilakukannya pada pengamatan Abdullah Munsyi ialah gelagat seorang lelaki yang terlalu bergantung pada isterinya. Latar belakang budaya

Abdullah Munsyi berbeza seperti yang diceritakannya, yakni beliau dibesarkan dengan menyaksikan kuasa bapanya sebagai lelaki dan ketua keluarga yang sangat dominan. Ibunya hanya mendengar perintah bapanya dan hal ini menyebabkan

Abdullah Munsyi melihat situasi yang dialami dan gelagat Raffles menghairankan dan perlu diceritakan juga. Dalam banyak hal, Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya memuji Raffles, sebab Raffles ialah majikannya. Namun begitu, jika ada hal yang menarik maka beliau akan memuatkannya ke dalam karyanya. Hal ini termasuklah hubungan Raffles dengan isterinya. Isteri Raflles disifatkan oleh

Abdullah Munsyi sebagai seorang perempuan yang rajin dan Raffles ialah seorang suami atau lelaki yang sangat sayang akan isterinya serta banyak menurut kehendak isterinya. Gelagat ini tidak berlaku dalam kalangan Peranakan Keling, misalnya berdasarkan pemerhatian Abdullah Munsyi bapanya tegas, garang dan autoritarian.

Namun begitu, hubungan Raffles dengan isterinya berbeza, tidak sebagaimana yang dilihatnya dalam kalangan bangsa lain. Abdullah Munsyi (2004: 69) menyatakan:

Sebagai lagi kulihat akan hal kelakuan isterinya pun bukan bukan barang-barang perempuan. Maka sehari-hari pun ia seperti hal suaminya itu juga. Dan lagi kulihat perkara yang hendak dibuat suaminya, baik membeli barang sesuatu, semuanya ia bertanya kepada isterinya. Maka jikalau suka isterinya, jadilah.

Menurut pemerhatian Abdullah Munsyi gelagat Raffles ini menarik kerana Raffles bergantung pada isterinya untuk membuat sesuatu keputusan. Dalam hal ini,

Abdullah Munsyi bukan sahaja mahu menunjukkan keakrabannya dengan Raffles

196 malah beliau juga mengenali isteri Raffles. Jawatan Raffles ialah Leftenan Gabenor, iaitu orang yang membuat sesuatu keputusan terhadap segala hal pemerintahan

Negeri-negeri Selat Inggeris. Rupa-rupanya gelagatnya diperhatikan oleh Abdullah

Munsyi. Apabila Abdullah Munsyi menyatakan gelagat Raffles yang mengikut cakap isterinya, beliau seolah-olah membocorkan rahsia peribadi seorang pegawai tinggi British. Dari sudut lain, pengesahan gelagat Raffles oleh Abdullah Munsyi bertujuan untuk membuktikan beliau mengetahui hal-hal Raffles yang sangat perbadi. Bagi orang lain, Raffles ialah pegawai tinggi, bagi Abdullah Munsyi pula beliau ialah sahabatnya. Pengesahan gelagat Raffles oleh Abdullah Munsyi yang sebegini memberikan kesan kepada pembaca betapa dekatnya hubungan Abdullah

Munsyi dengan Raffles. Walaupun Abdullah Munsyi tidak memaksa kita mempercayainya, pengesahan gelagat Raffles dibuat dengan begitu jelas.

Satu lagi peristiwa menarik yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi ialah pengesahan gelagat Raffles melalui tindakan muslihatnya sebagai pentadbir British mengusir orang Melayu di Singapura. Peristiwa yang dimaksudkan ialah kes mengusir orang Temenggung supaya pergi jauh dari kawasan Inggeris yang aman di

Singapura. Dalam Hikayat Abdullah diceritakan bahawa peristiwa ini bermula kerana orang yang bernaung di bawah kuasa Temenggung di Singapura sering bergaduh sesama sendiri atau dengan orang lain. Dengan pandainya, Raffles mengambil peluang ini menasihati Temenggung supaya berpindah sahaja dari kawasan yang berdekatan dengan pihak Inggeris ke kawasan yang lebih jauh.

Dengan cara ini, mereka tidak menganggu orang Inggeris. Kepandaian yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah tipu helah untuk mengusir orang Melayu.

Abdullah Munsyi (2004: 182) menyatakan:

197

Bermula adapun dalam fikiranku seperti perkataan Tuan Raffles itu terlalu sekali manisnya kedengaran pada telinga, iaitu menyuruhkan Temenggung itu mencari tempat supaya boleh senang dan segala perempuan-perempuan pun boleh senang serta ia hendak memberi belanja akan membuat tempat itu. Dan lagi pula, hendak dibayarnya harga rumah-rumah yang dipecahkan itu dengan berbagai-bagai nasihat. Maka sekaliannya itu adalah seperti perkataan Melayu: Mulut disuap pisang dan pantat dikait onak. Maka bahawa sesungguhnya dalam hati Tuan Raffles itu terlalu banyak fikiran; hendak dihalaukannya nyata-nyata nescaya kelihatanlah jahatnya kepada Temenggung. Maka oleh sebab kepandaiannya dan akalnya itu: di mata pun tiada kena, di kening pun tiada kena. Ia melepaskan dirinya itu dengan perihal sahaja. Akan tetapi, Temenggung tiada sedar akan halnya itu, adanya.

Pengusiran Temenggung dan pengikutnya oleh Raflles secara halus tidak disedari oleh Temenggung sendiri tetapi disedari oleh Abdullah Munsyi. Mungkin juga

Temenggung mengetahui hal ini. Namun demikian, ganjaran wang yang dijanjikan oleh Raflles menyebabkan beliau mengikut sahaja cadangan Raffles. Walaupun begitu, Abdullah Munsyi hanya mendiamkan dirinya. Beliau tidak pernah menyatakan pendiriannya terhadap tindakan Raffles secara terang-terangan kerana mendiamkan diri ialah tindakan yang lebih selamat. Namun begitu, apabila Abdullah

Munsyi mengesahkan gelagat Raffles ini, persoalan yang timbul ialah Abdullah

Munsyi ini sebenarnya siapa? Pendiriannya berubah-ubah dalam memerhatikan sesuatu. Peristiwa ini menunjukkan Abdullah Munsyi tidak peduli sama ada seseorang itu sahabatnya atau tidak, yang manis dikatakannya manis yang pahit dikatakannya pahit.

Perhubungan antara Raffles dengan Abdullah Munsyi secara keseluruhannya dapatlah diakui sebagai baik. Raffles pun mengakui dan menghormati Abdullah

Munsyi dan hal ini dapat dikesan melalui pengesahan gelagat Abdullah Munsyi

198 sebagai seorang kawan dan sahabat yang setaraf dengan Raffles. Abdullah Munsyi

(2004: 203) menceritakan:

... maka pada suatu hari kata Tuan Raffles kepadaku, "Tuan, lagi tiga hari sahaya hendak berlayar. Tuan kemas-kemaskan segala kitab- kitab Melayu itu semuanya.”

Abdullah Munsyi menyatakan bahawa Raffles menggunakan perkataan “Tuan” untuk menyapa beliau. Hal ini membuktikan Abdullah Munsyi selama ini mendapat kedudukan yang baik di sisi Inggeris. Kedudukan Abdullah Munsyi setaraf dengan

Raffles.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa peribadi Raffles, Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya kepada kita, iaitu beliau ialah sahabat yang sangat rapat dengan Raffles.

Oleh hal yang demikian, beliau dapat mengetahui hal peribadi Raffles, contohnya sikap mulut manis, muslihat Raffles mengusir Temenggung dan Raffles seorang lelaki yang sangat sayang akan isteri. Kita dapat melihat diri sebenar dan gelagat

Abdullah Munsyi apabila beliau bersama dengan pegawai Inggeris itu. Beliau bukan hanya penyalin naskah tetapi lebih daripada itu.

Individu Barat yang penting setelah Raffles yang diperkatakan oleh Abdullah

Munsyi ialah Lord Minto.

199

Gambar 4.2: Lord Minto

Sumber: www.idiananet.com (Muat turun pada 20 Disember 2014)

Sama seperti pengesahan gelagat Raffles, bahagian ini membincangkan pengesahan gelagat Lord Minto yang bukan berdasarkan catatan sejarah. Pengesahan gelagat ini dibuat oleh Abdullah Munsyi berdasarkan interaksinya dengan individu berkenaan.

Menurut Abdullah Munsyi (2004), Lord Minto sangat terkenal. Dapat dikatakan kenyataan yang baik-baik tentang Lord Minto ditemui dalam cerita Abdullah

Munsyi. Abdullah Munsyi menyatakan ada hal-hal menarik yang perlu diketahui tentang Lord Minto. Abdullah Munsyi bermula dengan perincian perwatakan Lord

Minto yang disifatkannya mempunyai nilai-nilai sastera. Satu kisah yang menarik berkaitan dengan interaksi Abdullah Munsyi dengan Lord Minto telah ditulis oleh

Abdullah Munsyi untuk khalayak pembaca karyanya. Menurut Abdullah Munsyi

(2004), kedatangan Lord Minto ke Melaka mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada penduduk Melaka. Abdullah Munsyi (2004: 81) menceritakan suasana kedatangan Lord Minto seperti yang berikut:

200

Maka gemparlah dalam Melaka mengatakan kapal Lord Minto datang. Maka sebentar lagi kelihatanlah kapal itu memasang bendera ular-ular. Maka di Melaka pun diberilah perintah masing-masing menyapu di hadapan pintunya. Maka segala lorong dan pekan pun disuruhlah hiasi.

Hebat sekali peristiwa sambutan kedatangan Lord Minto yang disaksikan dan diceritakan oleh Abdullah Munsyi. Semua orang yang tinggal di bandar Melaka membersihkan kawasan rumah mereka hanya untuk menyambut kedatangan Lord

Minto. Perbuatan penduduk itu seolah-olah hendak menyambut perayaan besar di situ. Abdullah Munsyi menyatakan berdasarkan pemerhatiannya terhadap suasana itu, dijangkakan Lord Minto ialah orang yang hebat. Setelah Abdullah Munsyi melihat sendiri Lord Minto dari dekat maka beliau menyatakan (Abdullah Munsyi,

2004: 82):

Syahdan, apabila ku melihat rupanya dan sifatnya Lord Minto itu , takjublah sangat hatiku, karena kusangkakan bagaimanakah rupanya dan tampannya dan tinggi besarnya dan pakaiannya. Maka teringatlah aku, seperti perumpamaan Melayu, katanya: Indah kabar dari rupa. Maka ku gigit telunjukku. Maka adalah sifatnya kulihat orangnya telah lalu separuh umur dan tubuhnya kurus dan kelakuannya lemah lembut dan air mukanya manis. Maka ada rasa hatiku tiada boleh ia mengangkat dua puluh kati. Begitulah lembut orangnya.

Kenyataan Abdullah Munsyi ini dibuatnya sewaktu kali pertama melihat Lord

Minto. Beliau mengibaratkan khabar tentang Lord Minto sebagai indah kabar daripada rupa. Sangkaan Abdullah Munsyi tidak tepat apabila melihat saiz fizikal

Lord Minto. Menurutnya, Lord Minto tidak akan mampu pun mengangkat beban seberat dua puluh kati. Selain itu, gelagat Lord Minto, seperti muka manis dan lemah lembut mendapat pujian daripada Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi

201 menceritakan beliau sempat berinteraksi dengan Lord Minto walaupun sepintas lalu sahaja.

Pengesahan gelagat yang dicatatkan oleh Abdullah Munsyi terhadap Lord Minto didapati positif. Walaupun kedatangan Lord Minto ke Melaka singkat, Abdullah

Munsyi sempat bersalaman dengannya. Peristiwa ini terjadi semasa kedatangan Lord

Minto ke rumah Raffles, tempat Abdullah Munsyi bekerja. Dalam banyak-banyak orang yang bekerja di rumah Raffles, Lord Minto menyalami Abdullah Munsyi.

Kenyataan Abdullah Munsyi ini satu pengesahan gelagat Lord Minto yang yang sangat penting untuk Abdullah Munsyi kerana pengesahan ini membuktikan pengesahan gelagat bahawa Lord Minto memang seorang yang lemah lembut itu benar. Sebagai tambahan, Abdullah Munsyi menceritakan interaksinya dengan Lord

Minto yang berlanjutan sehingga beliau sempat juga menasihati Abdullah Munsyi dalam hal mempelajari bahasa Inggeris. Abdullah Munsyi (2004: 86) menyatakan:

Kalakian, maka suatu petang datanglah Tuan Lord Minto itu di kebun Tuan Raffles, berjalan-jalan hendak melihat kampung- kampung. Setelah masuk ke dalam tampat kami sekalian menulis itu, maka bangunlah semuanya orang memberi tabik akan dia. Maka ia melihat-lihat tempat itu. Maka sampailah di tempat aku menulis. Maka undur lah aku karena di antara juru tulis itu semuanya, akulah seorang yang terkecil, yakni muda. Maka digoncangnya tanganku sambil dengan bahasa Hindustan “Engkau ada baik?” Maka aku memberi hormat akan dia. Adalah kurasai halus kulit tangannya itu seperti tangan kanak-kanak.

Interaksi dalam suasana yang baik bersama Lord Minto menjadi satu hal penting yang dinyatakan oleh Abdullah Munsyi untuk menggambarkan pengiktirafan yang diterima oleh beliau daripada pihak Inggeris. Menurut Abdullah Munsyi (2004),

Lord Minto melihatnya sebagai orang muda dengan kehebatan menulis sehingga

202

Lord Minto berhenti menyalaminya dan menanyakan sesuatu kepada Abdullah

Munsyi. Beliau menceritakan peristiwa ini seperti yang berikut (Abdullah Munsyi,

2004: 86):

Maka digoncangnya tanganku sambil berkata dengan bahasa Hindustan, Engkau ada baik? Maka aku memberi hormat akan dia. Adalah kurasai halus kulit tangannya itu seperti tangan kanak-kanak lembutnya. Maka datanglah ia melihat bagaimana orang menulis Melayu dan bagaimana rupa hurufnya. Maka sejurus lamanya disuruhnya menulis. Maka direnungnya tanganku sambil tersenyum, katanya, bagaimana engkau boleh tulis cepat, karena dari kanan ke kiri? Dan lagi katanya, Engkau baik belajar bahasa Inggeris. Maka jawabku, Sahaya terlalu suka mau belajar, tuan.

Gelagat Lord Minto yang datang menyalami Abdullah Munsyi dapat dijadikan sebagai bukti bahawa seorang lagi pegawai tinggi Inggeris telah berinteraksi langsung dengannya. Tanggapan pertama Lord Minto terhadap Abdullah Munsyi apabila bertemu dengannya ialah beliau berketurunan India. Oleh sebab itu, dia disapa oleh Lord Minto dalam bahasa Hindi dan bagi Abdullah Munsyi bukan masalah baginya kerana beliau boleh berbahasa Hindi yang dipelajarinya daripada supai India. Abdullah Munsyi tidak membantah jika beliau dianggap India kerana orang Inggeris menyukai orang India yang berpelajaran. Lebih baik identiti dan gelagat Indianya dikekalkan. Abdullah Munsyi tidak perlu menafikan atau membetulkan tanggapan Lord Minto walaupun beliau hanya berdarah campuran dan dilahirkan di sebuah kampung di Melaka. Pengalaman Inggeris di India pula telah memberikan pelajaran yang baik kepada mereka. Golongan yang terlibat dalam pentadbiran di India memang dihormati. Hal yang sama diaplikasikan oleh Lord

Minto kepada Abdullah Munsyi apabila beliau menganggap Abdullah Munsyi bukan

Melayu. Tindakan Abdullah Munsyi yang terus menulis menarik perhatian Lord

Minto. Beliau menanyakan Abdullah Munsyi bagaimana Abdullah Munsyi boleh

203 menulis dengan cepat dari kanan ke kiri? Perhatian Lord Minto terhadap kebolehan

Abdullah Munsyi juga merupakan pengakuan orang besar terhadapnya. Kesempatan ini digunakan oleh Abdullah Munsyi untuk menjawab soalan Lord Minto. Abdullah

Munsyi menyatakan dia pandai menulis dengan laju sebab dia suka belajar.

Kenyataan suka belajar yang ditampilkan kepada Lord Minto pasti akan membekas di hati Lord Minto kerana beliau menemui seseorang yang bersemangat untuk belajar.

Interaksi Lord Minto dengan Abdullah Munsyi bukan sahaja menguntungkan Lord

Minto malah menguntungkan Abdullah Munsyi juga. Hal ini demikian kerana selepas itu Abdullah Munsyi telah memuji-muji Lord Minto dan mengisahkan gelagat Lord Minto semasa berada di Melaka semuanya baik-baik belaka. Abdullah menceritakan gelagat Minto yang akan membalas sapaan atau tabik daripada sesiapa yang menyapanya. Tidak seperti sesetengah orang besar yang memberikan tabik hormat kepada orang yang setaraf dengan kedudukan mereka sahaja. Lord Minto tidak begitu. Menurut Abdullah Munsyi, beliau akan membalas sapaan sesiapa yang menyapanya. Berkaitan dengan gelagat Lord Minto, Abdullah Munsyi (2004: 83) menyatakan:

Maka sekali-kali tiadalah kulihat kelakuannya itu darihal membesarkan dirinya atau mengangkat kepalanya, melainkan ia tunduk sahaja dengan muka yang manis. Adapun segala orang-orang yang ada di situ semuanya memberi tabik. Maka berhentilah ia sejurus di situ serta mengangkat tangannya membalas tabik akan orang-orang miskin itu: ada Cina, Melayu, Keling, Serani serta dengan tersenyum ia membalas tabik. Maka beberapalah hati segala hamba Allah terkembang serta memintakan doa sebab melihat kelakuannya yang baik lagi tau mengambil hati orang.

204

Kenyataan seperti di atas inilah salah satu pengesahan gelagat yang dilakukan untuk menampilkan dirinya sebagai seorang yang setia, rajin, mahu belajar dan mempunyai kepandaian menulis untuk diperhatikan oleh Lord Minto. Abdullah

Munsyi juga mengesahkan bahawa tiada langsung sikap dan sifat negatif yang ada pada gelagat Lord Minto. Jelas sekali kenyataan-kenyataan Abdullah Munsyi ini memberikan nilai tambah kepada Lord Minto dan pihak Inggeris apabila orang membacanya. Pengesahan yang menyatakan bahawa Lord Minto tidak mampu mengangkat barang dua puluh kati juga dibuat Abdullah Munsyi. Berdasarkan pengesahan gelagat pegawai tinggi Inggeris ini, Abdullah Munsyi menunjukkan bukti kepada kita beliau juga sangat dekat dengan Lord Minto, iaitu seorang lagi pegawai tinggi Inggeris yang datang ke Kepulauan Melayu.

Pegawai tinggi Inggeris yang berikutnya yang mendapat perhatian Abdullah Munsyi ialah William Farquhar. Beliau tidak kurang pentingnya dalam sejarah penjajahan

Inggeris di Tanah Melayu.

Gambar 4.3: William Farquhar

Sumber: www.indiananet.com (Muat turun 20 Disember 2014)

205

Bahagian ini membincangkan pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi semasa berinteraksi dengan pegawai Inggeris yang dikenali sebagai William

Farquhar. Catatan tentang William Farquhar dalam kajian ini bersumberkan karya

Abdullah Munsyi Hikayat Abdullah. Menurut Abdullah Munsyi (2004), William

Farquhar mengambil alih Melaka daripada Belanda setelah perjanjian Inggeris-

Belanda termeterai. Abdullah Munsyi menggambarkan bahawa orang Melaka sangat menyukai William Farquhar semasa beliau mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Belanda untuk mentadbir Melaka di bawah kuasa Inggeris. Abdullah

Munsyi (2004: 50) menyatakan:

Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu. Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk, datang daripada segala pihak negeri, berniaga ke Melaka.

Begitulah gambaran kegembiraan orang Melaka di bawah pemerintahan William

Farquhar. Apakah hubungan William Farquhar dengan Abdullah Munsyi? Ketika itu

William Farquhar dianggap raja Melaka oleh Abdullah Munsyi. Empat bangsa

(Melayu, Peranakan, Cina dan Keling) suka berajakan William Farquhar. Konsep raja bagi Abdullah Munsyi mudah, iaitu ketua yang memerintah itulah raja.

Abdullah Munsyi (2004: 57) membuat pengesahan gelagat William Farquhar yang sangat baik seperti yang berikut:

Bermula, adalah tabiat Raja Farquhar itu, ia pendiam lagipun banyak sabar akan kesalahan orang, dan lagi baik miskin atau kaya sama juga kepadanya, tiada dipandangnya seorang lebih dan seorang kurang. Dan lagi, jikalau orang miskin lagi hina sekali hendak datang mengadukan halnya, maka dengan segeranya didapatkannya

206

dan didengarnya akan pengaduan orang itu serta diberinya nasihat dan diajarnya sampai menjadi sejuk orang itu punya hati, lalu pulanglah dengan sukacitanya.

Abdullah Munsyi mengeluarkan kenyataan terhadap gelagat William Farquhar sebagai seorang yang sangat baik dan beliau seolah-olah sangat akrab dengannya.

Abdullah Munsyi pada kali ini menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan William

Farquhar. Pembaca dibekalkan dengan pengesahan gelagat seorang Inggeris yang menjadi Residen Melaka yang sangat baik, sering melayan aduan yang dibuat kepadanya dan memberikan nasihat yang berguna kepada orang Melaka. Abdullah

Munsyi sebagai rakyat Melaka setia kepada rajanya, iaitu raja Inggeris Raja

Farquhar dan mahu beliau dikaitkan dengan orang penting ini.

Menurut Abdullah Munsyi, cerita kehebatan William Farquhar meruntuhkan kota binaan peninggalan Portugis dengan meledakkan tembok itu membuka mata semua bangsa di Melaka yang selama ini mempercayai bahawa tembok itu sangat kuat dan dijaga oleh penunggu dan hantu. Gelagat William Farquhar ini kelihatan hebat pada mata Abdullah Munsyi dan penduduk Melaka yang lain. Pasti Abdullah Munsyi juga berasa satu kemenangan bagi gelagatnya sendiri yang tidak mempercayai kisah penunggu dan hantu. Begitulah hebatnya William Farquhar.

Abdullah Munsyi tahu dengan keluarnya kenyataan sebegini dalam catatan beliau, pasti kenyataan itu menyenangkan hati mereka yang berada di pihak Inggeris.

Abdullah Munsyi pun dalam hal ini mengesahkan bahawa beliau bersama-sama dengan William Farquhar tidak mempercayai penunggu dan hantu. Sebuah pengesahan gelagat yang akan mendapat jaminan keselamatan daripada pihak

Inggeris kerana menyokong pihak Inggeris.

207

Walaupun tidak dituliskan perbualan dan interaksi individu Abdullah Munsyi dengan William Farquhar sebagaimana interaksi Abdullah Munsyi dengan Raffles, namun pengesahan gelagat William Farquhar yang merupakan Residen Melaka oleh

Abdullah Munsyi sangat dipuji. Gelagat Abdullah Munsyi ini dapat dikatakan akan memberikan gambaran betapa pihak Inggeris sangat bijak dan baik dalam hal memerintah Melaka. Kenyataan sebegini pasti berguna untuk Inggeris dan menunjukkan satu bentuk pengiktirafan yang diperoleh daripada anak Melaka.

Abdullah Munsyi pula sudah pasti akan berada di pihak yang selamat.

Pendek kata, dari segi pengesahan gelagat mereka, pegawai Inggeris ini mendapat huraian khusus dan baik daripada Abdullah Munsyi. Didapati pihak Inggeris pastinya berasa senang hati dengan tercetaknya karya-karya Abdullah Munsyi yang membuat pengesahan gelagat yang baik pegawai tinggi mereka. Kenyataan yang penuh dengan pujian pasti tidak dapat dinafikan akan memberikan kesan positif terhadap kuasa British di dunia Melayu. Dalam memperkatakan pegawai Inggeris yang akrab dengannya didapati Abdullah Munsyi mahu menunjukkan bahawa beliau juga sebahagian mereka. Di pihak Abdullah Munsyi pula, baginya beliau dan orang lain selama ini berasa selamat menjalani kehidupan di bawah kuasa Inggeris kerana sifat-sifat kebaikan yang ada pada pegawai Inggeris yang berkedudukan tinggi yang mentadbir negeri-negeri Melayu yang dijajahi mereka.

Tidak seperti keistimewaan yang diperoleh pegawai Inggeris, nasib yang tidak sama diperoleh oleh pegawai Belanda daripada pandangan Abdullah Munsyi. Menurut kenyataan Abdullah Munsyi (2004), ketika Melaka diserahkan sementara kepada

208

Belanda, orang Melaka berada dalam keadaan sengsara. Timmermann Thijssen ialah nama pegawai Belanda yang bertanggungjawab memerintah Melaka. Individu ini mendapat tempat dalam penceritaan Abdullah Munsyi. Pada permulaan ceritanya sahaja Abdullah Munsyi telah menggunakan nama Tuan Penyapu untuk merujuk

Timmermann Thijssen ini sama seperti gelaran oleh penduduk Melaka terhadap individu ini yang menunjukkan satu pandangan yang negatif. Abdullah Munsyi

(2004: 150) menyatakan:

Sebermula, maka tersebutlah perkataan darihal negeri Melaka yang telah diserahkan oleh Inggeris ke tangan Holanda itu. Maka adalah pada tiap-tiap hari ditukarnya segala adat dan perintah dan hukuman Inggeris itu. Maka dalam itu banyaklah aniayanya kepada orang miskin.

Menurut Abdullah Munsyi, pegawai Belanda ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bersama-sama setiausahanya, beliau mengenakan cukai yang lebih banyak kepada rakyat. Semua perkara yang belum pernah dikenakan cukai oleh Inggeris, dikenakan oleh Belanda. Begitulah pengesahan gelagat Belanda yang buruk. Cerita keburukan Belanda ini jelas berbeza dengan penceritaan Inggeris dan sudah pasti akan menaikkan imej Inggeris. Gelagat Abdullah Munsyi hanyalah menyatakan bahawa beliau sama seperti penduduk Melaka yang lain, membenci orang Belanda ini sehingga memanggilnya Tuan Penyapu. Menurutnya (2004: 150):

Maka ada pula seorang sekretarsinya yang bernama Bamgoor itu, Ia itulah lintah yang meminum darah hamba Allah. Maka adalah ia menaruh empat orang mata-mata. Maka sekalian mata-matanya itu seperti pacat melompat; barang di mana bertemu manusia atau binatang dihisapnya darahnya, karena ia segera menjadi ular sawah. Maka mereka itulah tukang mengintai segenap rumah.

209

Demikianlah kiasan yang digambarkan oleh Abdullah Munsyi tentang gelagat setiausaha Belanda yang mengutip cukai di Melaka sehingga sesiapa yang memiliki perigi pun dicukainya. Cukai ke atas perigi dianggap tidak munasabah kerana tidak melibatkan urusan pentadbiran negeri langsung. Kesengsaraan hidup di bawah pentadbiran pegawai Belanda menyebabkan kematian Timmermann Thijssen ditunggu-tunggu oleh semua orang Melaka, termasuklah Abdullah Munsyi yang tidak menyukai Timmermann Thijssen. Abdullah Munsyi (2004: 155) menyatakan:

Syahdan, maka dengan takdir Allah Ta’la di atas hamba-Nya, maka raja Holanda yang di Melaka yang bernama Timmermann Thijssen itu pun matilah. Maka segala hukum dan rampas denda itu pun adalah reda[h] sedikit. Maka orang Melaka pun berhentilah mulutnya daripada menyumpah dan bolehlah ia bernafas sedikit.

Walaupun tidak banyak yang diperkatakan tentang Timmermann Thijssen namun didapati cukuplah untuk kita tahu tindakan Abdullah Munsyi ini. Kemunculan

Belanda merupakan perbandingan kepada Inggeris dan betapa pegawai Inggeris didapati jauh lebih baik daripada Belanda. Kenyataannya, orang ramai yang menunggu kematian pegawai Belanda itu berasa senang hati dan menarik nafas lega setelah kematiannya. Kisah Tuan Penyapu atau Timmermann Thijssen dapat dianggap sebagai perbandingan untuk kita melihat betapa hebatnya pegawai Inggeris dan mereka tiada tandingannya dengan pihak Barat yang lain. Dapat dikatakan,

Abdullah Munsyi mengesahkan bahawa beliau lebih cenderung memilih gelagat pegawai Inggeris berbanding dengan Belanda dan pilihan ini pasti akan menyenangkan hati pihak Inggeris.

210

4.5.2 Pengesahan Gelagat Golongan Paderi

Individu daripada golongan paderi Inggeris juga didekati oleh Abdullah Munsyi.

Orang yang dipercayai sebagai individu yang menggalakkan Abdullah Munsyi menulis autobiografinya juga ialah seorang paderi. Oleh hal yang demikian, pihak paderi ini juga pasti membaca draf-draf karya Abdullah Munsyi yang mengandungi pengesahan gelagat pihak Inggeris yang ditampilkan olehnya. Walaupun begitu, belum ada bukti yang menunjukkan bahawa corak atau isi kandungan karya-karya

Abdullah Munsyi telah ditetapkan dan diarahkan oleh pihak paderi Inggeris. Perkara yang dapat dipastikan ialah tindakan atau gelagat Abdullah Munsyi dalam memperkatakan gelagat Inggeris, Belanda dan Melayu. Abdullah Munsyi didapati memang banyak memuji Inggeris atau dengan kata lain menyenangkan pihak

Inggeris. Kita juga mengetahui bahawa jika seseorang berada di pihak yang kuat, iaitu pihak Inggeris, hal ini menjadi satu jaminan kehidupan yang baik pada masa

Inggeris sedang berkuasa ketika itu.

Dalam bahagian ini, dibincangkan pengesahan gelagat paderi berdasarkan interaksi

Abdullah Munsyi dengan mereka. Seterusnya gelagat Abdullah Munsyi sendiri diteliti dalam beberapa peristiwa penting yang dimuatkannya dalam karyanya.

Untuk membincangkan pengesahan gelagat ini, kita tidak terlepas daripada menjadi pemerhati pula dan Abdullah Munsyi menjadi sasarannya. Bahagian ini juga istimewa kerana akan membicarakan keterlibatan Abdullah Munsyi dengan golongan penyebar agama Kristian di Asia. Semestinya kita ingin mengetahui gelagat Abdullah Munsyi sewaktu berhadapan dengan keadaan ini dan cara beliau mengatasinya. Di sinilah dijumpai hal-hal yang menarik. Oleh hal yang demikian,

211 gelagat Abdullah Munsyi semasa bergaul dengan paderi juga tidak terlepas daripada pemerhatian kita.

Abdullah Munsyi berinteraksi dengan seorang paderi yang diperkenalkan kepadanya dan yang pada permulaannya merupakan guru bahasa Inggeris kepada beliau. Nama paderi tersebut ialah William Milne (selepas ini disebut paderi Milne). Abdullah

Munsyi (2004) menyatakan hubungan beliau dengan paderi ini sangat baik. Selain mempelajari bahasa Inggeris daripada Milne, beliau juga mengajarkan bahasa

Melayu kepada paderi tersebut.

Gambar 4.4: William Milne

Sumber: The Indo-Chinese Gleaner No.1, May 1817, http://en.wikipedia.org/wiki/williamMilnemissionary (Muat turun pada 20 Disember 2014)

Dalam Hikayat Abdullah diceritakan pertemuan pertama Abdullah Munsyi dengan paderi ini berlaku kerana keinginan beliau mempelajari bahasa Inggeris. Menurut

Abdullah Munsyi, beliau masih lagi memegang pesanan Lord Minto dan Raffles kepadanya tentang kebaikan mempelajari bahasa Inggeris. Cita-cita untuk mempelajari bahasa Inggeris ini masih tetap dipegang oleh Abdullah Munsyi.

212

Menurut Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah, paderi Milne menyebarkan agama Kristian melalui aktiviti pengajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak

Melaka. Sayangnya, Abdullah Munsyi tidak menyebutkan secara terperinci golongan atau kaum yang menghantarkan anak mereka mempelajari bahasa Inggeris daripada paderi Milne di Melaka. Abdullah Munsyi tidak pula menyatakan latar belakang anak-anak Melaka yang dimaksudkannya itu. Abdullah Munsyi hanya menceritakan detik permulaan pertemuannya dengan paderi itu. Dalam kenyataan ini, Abdullah Munsyi memang mahu memberitahu semua orang bahawa beliau hendak mempelajari bahasa Inggeris daripada paderi Milne. Beliau menyatakan

(Abdullah Munsyi, 2004: 99):

Ada kira-kira pukul sebelas pagi ... maka mengintai-ngintai aku di jenelanya dari sebelah luar ... Maka apabila ia terpandang kepadaku, maka aku memberi tabik, demikian bunyinya “good morning sir!” Karena itulah sahaja yang aku tau bahasa Inggeris pada masa itu. Aku belajar daripada jurutulis Tuan Raffles.

Inilah gelagat Abdullah Munsyi apabila menemui paderi Inggeris itu, iaitu melalui sapaannya dalam bahasa Inggeris. Gelagat Abdullah Munsyi ini jelas telah memberi kesan kepada paderi Milne. Abdullah Munsyi berjaya menarik perhatian paderi

Milne. Paderi Milne juga tertarik melihat pengesahan gelagat Abdullah Munsyi ini.

Abdullah Munsyi (2004: 99) menyatakan:

Disangkanya aku pandai bahasa Inggeris. Maka katanya dalam bahasa Inggeris. “Di mana engkau belajar bahasa Inggeris?” Maka tiadalah aku terjawab. Maka ada seorang budak Serani di situ mengertikan kepadaku.

213

Abdullah Munsyi menyatakan beliau tidak dapat menjawab soalan paderi Milne yang seterusnya dalam bahasa Inggeris oleh itu dia diselamatkan oleh budak Serani tersebut. Itulah gelagat Abdullah Munsyi, yang tiada berasa takut atau malu untuk bertemu dengan pihak Barat. Dari situ, terjadilah interaksi Abdullah Munsyi dengan paderi Milne. Menurut Abdullah Munsyi, paderi Milne membuka kelas bahasa

Inggeris di Melaka secara percuma kepada orang putih yang kebanyakannya menetap di kota Melaka kerana di situlah pusat pentadbiran yang diwarisi Inggeris daripada Belanda setelah mereka mengambil alih kuasa. Abdullah Munsyi (2004:

98) menyatakan:

Bermula-mula tuan itu datang, maka ia tinggal dalam kota. Maka ditaruhnya tempat budak-budak belajar bahasa Inggeris.

Abdullah Munsyi menyatakan gelagat paderi ini yang pertama ialah beliau berusaha mendirikan sekolah untuk anak-anak. Gelagat ini menjadi sanjungan Abdullah

Munsyi kerana dari segi ilmu, yang diketahui berdasarkan kisah-kisah dalam hikayatnya, Abdullah Munsyi mengesahkan iaitu beliau konsisten dalam hal pelajaran. Paderi ini patut dipuji. Tambahan pula, dari segi bahasa Melayu, paderi ini ingin mempelajarinya daripada Abdullah Munsyi. Diketahui bahawa Abdullah

Munsyi juga tidak akan bersetuju dengan pengunaan jalan bahasa Melayu yang tidak betul, inilah yang menjadi identiti Abdullah Munsyi. Dalam hal bahasa Inggeris pula, setiap kali ada kesempatan untuk mempelajari bahasa tersebut, beliau tidak akan melepaskan peluang. Abdullah Munsyi sangat selektif dalam memilih guru bahasanya, buktinya (Abdullah Munsyi, 2004: 98):

Maka pada ketika itu Melaka terlalu susah hendak belajar bahasa Inggeris, karena belum lagi ada tempat belajar ... anak orang-orang

214

kaya hendak belajar maka dipanggil guru itu ke rumahnya, dibayar gaji dengan mahalnya. Itu pun bukan guru yang pandai, dan lagi bukannya Inggeris betul, kebanyakannya orang Nasrani yang datang dari Madras atau Holanda yang sudah belajar sedikit-sedikit bahasa Inggeris.

Dalam kenyataan ini dapat difahami, Abdullah Munsyi menyedari bahawa disebabkan gelaran "munsyi" yang dipakainya pasti bukan calang-calang orang yang boleh menjadi gurunya. Beliau menyatakan bahawa guru bahasa Inggeris yang ada ketika itu bukan guru yang pandai dan bukannya Inggeris betul. Tindakan ini merupakan satu pengesahan kepada semua pembaca karyanya bahawa Abdullah

Munsyi ialah orang yang memang layak menyandang gelar munsyi kerana memperoleh ilmu bahasa daripada guru yang hebat.

Interaksi Abdullah Munsyi dengan paderi Milne ialah detik permulaan pergaulan

Abdullah Munsyi dengan paderi Kristian dan juga kisah beliau memperoleh satu kerjaya yang kekal. Hal ini merupakan satu permulaan baru yang penting dalam kehidupan Abdullah Munsyi sendiri. Setelah beberapa kali tegur sapa terjadi antara

Abdullah Munsyi dengan paderi Milne dan paderi Milne melihat gelagat Abdullah

Munsyi yang suka akan bahasa, penulisan serta ilmu baru, maka wujud kepercayaan paderi Milne kepada Abdullah Munsyi. Nampaknya Abdullah Munsyi sekali lagi berjaya dalam hal ini. Kali ini Abdullah Munsyi diberikan kitab Injil dalam bahasa

Melayu yang telah dicap di Betawi oleh paderi Milne. Setelah menerima kitab itu,

Abdullah Munsyi berasa gembira kerana beliau memang berminat membaca kitab, buku dan hikayat. Abdullah Munsyi juga menyangkakan bahawa kitab Injil tersebut juga sebuah hikayat. Abdullah Munsyi (2004: 100) menyatakan:

215

Bagaimanakah bunyi kitab itu dan apakah ceritanya, karena kusangkakan hikayat juga, karena pada masa itu aku terlalu suka membaca surat-surat hikayat-hikayat.

Setelah diberikan kitab Injil itu kepadanya, gelagat Abdullah Munsyi menunjukkan beliau menyukainya dan penuh semangat ingin mengetahui kisah dalam kitab itu.

Kenyataan ini ingin menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi sendiri tidak begitu mengetahui jenis kitab itu dan disangkanya kitab itu sama seperti hikayat Melayu yang disalinnya semula dengan Raffles sebelum itu. Catatan ini juga mahu menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi tidak mengesyaki apa-apa jika di sebalik itu ada hasrat paderi Milne mahu menyebarkan agamanya kepadanya. Boleh juga difahami Abdullah Munsyi tidak kisah tentang jenis buku yang dibacanya kerana beliau minat membaca. Itulah pengesahan gelagat Abdullah Munsyi.

Menurut Abdullah Munsyi beliau menerima naskhah Injil itu hanya atas dasar beliau memang suka membaca. Kenyataan beliau ini akan melunakkan sesiapa sahaja yang mendengarnya walhal kitab itu ialah kitab agama Kristian. Membaca kitab itu ialah sesuatu yang serius bagi orang Melayu dan Peranakan Keling lain yang beragama

Islam. Perbuatan memegangnya sahaja sudah dianggap berdosa apatah lagi menyimpan dan membacanya. Abdullah Munsyi mempertahankan perbuatannya itu.

Dalam peristiwa ini, Abdullah Munsyi (2004) menceritakan perdebatan beliau dengan kawan-kawannya. Tidak disebut pula oleh Abdullah Munsyi secara terperinci kawan yang dimaksudkannya. Yang pasti mereka ialah orang tempatan yang beragama Islam. Abdullah Munsyi (2004: 102) menyatakan:

Hatta maka esoknya aku unjukkanlah kepada segala kawan-kawanku yang dekat-dekat di situ. Maka masing-masing pun membaca. Ada yang tiada dapat membaca sekali-kali; ada yang merangkak

216

membacakan, akan tetapi seorang pun tiada tau akan ertinya, melainkan masing-masing melarang aku, katanya, jangan baca kitab ini. Buangkan, karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita. Maka jawabku kepada mereka itu, Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia merosak iman kita? Apakah ertinya iman itu? Adapun iman itu yang ku ketahui, percaya. Maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mau memengar perkataan bodoh itu. Maka diamlah mereka itu.

Kenyataan di atas menunjukkan Abdullah Munsyi mengambil tindakan untuk melawan semua larangan kawan-kawannya. Pendirian yang dinyatakan Abdullah

Munsyi adalah tegas, yakni beliau tidak beriman dengan kitab itu. Kita juga dapat tahu dengan jelas di sini bahawa Abdullah Munsyi tidak akan terpesong dari segi akidahnya dan beliau bebas berinteraksi dengan paderi.

Paderi Milne pula pasti akan menyukai gelagat ini kerana Abdullah Munsyi akan membaca kitab Injil itu. Namun begitu, bagi seorang penyebar agama tentu beliau berasa sayang sekali terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Munsyi.

Kenyataan Abdullah Munsyi rasanya mengecewakan paderi Milne kerana Abdullah

Munsyi hanya bertumpu terhadap soal kesalahan bahasa Melayu kitab itu, bukan soal isi kandungannya. Abdullah Munsyi hanya menyatakan beliau tidak memahami susunan bahasa Melayu dalam kitab tersebut. Pandangan Abdullah Munsyi terhadap kitab yang diberikan kepadanya itu mengejutkan sekali gus mengecewakan paderi

Milne. Abdullah Munsyi (2004: 102) menyatakan:

Akan tetapi, kitab itu hurufnya Melayu dan bunyinya Melayu, tetapi jalan bahasanya itu bukan jalan bahasa Melayu, dan lagi yang bukan- bukan hubungannya perkataan itu dihubungkannya. Maka sebab itulah sekali-kali tiadalah kudapati rahsianya kitab itu, melainkan semuanya terlalu canggung bunyinya di telingaku ...

217

Kenyataan Abdullah Munsyi merendahkan kitab itu dari segi bahasa Melayunya yang salah. Disebabkan bahasa Melayunya maka sukar orang memahami kandungan kitab itu. Pertemuan Abdullah Munsyi dengan paderi Milne merupakan sesuatu yang baik kerana pertemuan ini membuahkan hasil yang baik kepada kedua-dua pihak.

Walaupun paderi Milne mendapat jawapan sebegitu daripada Abdullah Munsyi, gelagat beliau tenang sahaja. Pendirian Abdullah Munsyi terhadap bahasa Melayu kitab itu dinyatakan sebagai berikut (Abdullah Munsyi, 2004: 102):

Maka setelah sampai, aku memberi tabik. Maka ia pun memanggil aku masuk ke dalam biliknya itu. Maka katanya “Ada tuan baca itu kitab semalam? “Maka jawabku, “Sudah tuan”. Maka katanya, “Adakah betul jalan bahasa Melayu begitu?” Maka Jawabku, “Bukan tuan”. Maka katanya, “Jikalau bukan jalan bahasa Melayu jalan apakah?” Maka jawabku, “Sahaya tiada mengerti, tuan”. Siapa yang membuat kitab itu dialah yang tau bahasa apakah.” Maka setelah diertikan oleh jurubahasanya itu maka tertawalah ia.

Kenyataan ini menunjukkan gelagat Abdullah Munsyi sebagai seorang guru bahasa

Melayu yang handal. Paderi Milne akhirnya mengakui Abdullah Munsyi berjaya menjawab soalan-soalan yang diajukannya. Hasilnya Abdullah Munsyi diberikan kepercayaan untuk memperbetul bahasa kitab itu. Dalam konteks dialog ini juga

Abdullah Munsyi melakukan pengesahan gelagat paderi Milne sebagai orang yang ingin mengetahui selok-belok bahasa Melayu. Abdullah Munsyi harus menunjukkan kemahirannya kepada calon murid bahasa Melayu itu. Abdullah Munsyi juga mengharapkan beliau memperoleh guru bahasa Inggeris yang handal, iaitu paderi

Milne.

Menurut Abdullah Munsyi (2004), paderi Milne tertarik melihat gelagat beliau yang mahir dalam bahasa Melayu dan sifat ingin mempelajari bahasa Inggeris. Beliau pun

218 sudi Abdullah Munsyi mengajarkan bahasa Melayu kepadanya. Sebagai membalas budi, paderi Milne pula mengajarkan bahasa Inggeris kepada Abdullah Munsyi.

Kesempatan berinteraksi dengan paderi Milne menyebabkan beliau menjadi sasaran pemerhatian Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi (2004) menyatakan betapa dekatnya beliau dengan paderi Milne dan kebaikan paderi itu sehingga beliau menganggap paderi Milne itu seolah-olah bapanya sendiri. Abdullah Munsyi (2004:

127) menyatakan gelagat paderi Milne seperti yang berikut:

Maka setelah sudahlah kahwin, empat lima hari sekali datanglah Tuan Milne ke rumahku bertemu dengan isteriku itu. Maka adalah halku kedua laki isteri itu kepada Tuan Milne seperti bapalah, adanya. Maka barang apa-apa salahku itu, isteriku itu mengadukan kepadanya. Maka aku pun demikian: Barang apa salah isteriku itu, aku adukan kepadanya; datanglah ia mengajar dan memberi nasihat.

Baik sekali paderi Milne dengan Abdullah Munsyi dan isterinya. Begitulah

Abdullah Munsyi suami isteri menyatakan gelagat paderi Milne yang dianggapnya seperti bapanya. Bagi Abdullah, paderi Milne ialah seorang yang sangat baik sehingga beliau sanggup mengadu hal-hal rumah tangganya kepadanya. Abdullah

Munsyi juga mendengar nasihat yang diberikan paderi Milne walaupun agamanya berbeza. Abdullah Munysi (2004: 127) menyatakan:

Adapun budi Tuan Milne itu baik serta dengan ingatannya dan tolongnya serta kasihnya itu, maka sepenuh-penuh terjunjung di atas batu kepalaku. Maka sampai mati pun tiadakan habis aku membalaskan, melainkan Allah juga memberi kebajikan.

Pengesahan gelagat a belief that was subjectively real 9Abdullah Munsyi terhadap paderi Milne seperti beliau seorang anak kepada paderi itu. Hal ini akan membuatkan orang berfikir bahawa paderi Milne dan juga paderi Kristian yang lain

9 Rujuk 1.7.3 Pengesahan Gelagat

219 tidak perlu ditakuti. Kita sedia maklum, terutamanya orang Melayu Islam pada zaman Abdullah Munsyi malah hingga sekarang pun, masih sensitif dan takut melihat paderi. Hal ini dilihat berubah sedikit apabila kita dapat menyaksikan peranan yang dimainkan oleh Abdullah Munsyi yang berinteraksi dengan paderi atau pengamal agama lain. Namun begitu, dalam latar belakang masa dan tempat yang dilalui oleh Abdullah Munsyi pada ketika itu, tindakan Abdullah Munsyi yang bergaul dengan paderi, membaca kitab Injil serta melakukan semakan kesalahan bahasa Melayu kitab tersebut, menghairankan orang, terutama masyarakat tempatan yang beragama Islam, yang melihatnya. Abdullah Munsyi (2004: 122) menyatakan:

Bermula, maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan memanggil dan mencari anak-anak Melayu supaya ia belajar dan mengetahui mambaca dan menulis, baik bahasa Melayu, baik bahasa Inggeris. Maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang ... maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu bahawa sesekali tiada Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris, kelak nanti di belakang banyak gunanya.

Menurut Abdullah Munsyi, beliau menurut perintah paderi Milne yang memintanya menyampaikan berita tentang sekolah yang dibina kepada orang Melayu untuk menarik perhatian supaya mereka belajar di Anglo Chinese College Melaka. Usaha ini menemui kegagalan kerana menurut Abdullah Munsyi orang Melayu kebanyakannya mempunyai gelagat yang sama, iaitu khuatir anak mereka akan menjadi Kristian jika dibenarkan belajar di sekolah yang didirikan oleh pihak paderi

Kristian Inggeris. Mereka juga memandang serong terhadap gelagat Abdullah

Munsyi yang bersungguh-sungguh berkempen agar anak Melayu belajar di sekolah

Inggeris. Menurut Abdullah Munsyi, hasilnya beliau diberikan gelaran Abdullah

220

Paderi oleh mereka yang tidak suka akan tindakannya. Abdullah Munsyi (2004: 124) menyatakan:

Maka halku diberi Allah rezeki makmur: pada tiap-tiap bulan mendapat wang dan mendapat pelajaran. Maka makin bertambah- tambah pula dengki mereka itu oleh sebab aku mengajar segala paderi dan Inggeris dalam Melaka bahasa Melayu dan kuertikan dengan bahasa Inggeris. Maka tiadalah dapat jalan mereka itu hendak membuat barang apa-apa kepadaku. Maka digelar oleh mereka itu akan namaku Abdullah Paderi. Maka pada sangka mereka itu, ia itu suatu nama keji dan aib.

Interaksi Abdullah Munsyi dengan paderi ini memberikan hasil yang baik untuk beliau sahaja. Abdullah Munsyi perlu melakukan tugas tersebut kerana tugas itu ialah pekerjaannya. Abdullah Munsyi mahu memberitahu bahawa beliau bukan orang biasa, beliau ialah munsyi, iaitu guru bahasa, kerjanya jelas, iaitu hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, bukan kepercayaan, urusan akidah atau iman.

Tuduhan yang diterima oleh Abdullah Munsyi daripada orang Islam sekitarnya ini amatlah berat bagi seorang Islam yang dididik oleh keluarganya sendiri dalam hal mengaji al-Quran dan ilmu agama yang lengkap dari awal. Abdullah Munsyi menyatakan beliau langsung tidak mengendahkan reaksi orang Islam yang menggelarkannya Abdullah Paderi. Abdullah bin Abdul Kadir ialah seorang munsyi atau guru bahasa. Ini pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi dalam urusan berinteraksi dengan golongan paderi. Beliau dengan jelas tidak terpengaruh dengan ajaran lain selain Islam. Abdullah Munsyi mempunyai prinsip.

Dalam hal ini apabila Abdulllah Munsyi dituduh menjadi Abdullah Paderi, beliau menyatakan bahawa tuduhan itu semuanya datang daripada mereka yang menaruh perasaan hasad dan dengki kepada beliau yang senang bekerjasama dan berkhidmat dengan Inggeris. Abdullah Munsyi (2004: 125) menyatakan pendiriannya seperti ini:

221

Syahadan, maka sungguhpun hal mereka itu sekalian menaruh dengki dan hasad maka tiadalah aku endahkan, seperti perumpamaan Melayu: jikalau berapa banyak pun anjing menyalak bukit bolehkah runtuh? Dan lagi jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut?

Menurut Abdullah Munsyi, beliau tidak endahkan langsung gelaran itu kerana tidak mendatangkan apa-apa ancaman kepada beliau ketika itu. Kita ketahui gelagat yang ditunjukkan oleh Abdullah Munsyi ini begini kerana beliau sekarang tidak lagi berada dalam kelompok Melayu. Kehidupan Abdullah Munsyi sudah berada dalam zon selesa bersama-sama pihak Inggeris dan menurutnya lagi rezekinya makmur, setiap bulan mendapat wang dan memperoleh pelajaran. Abdullah tidak perlu menjadi Melayu dan memiliki identiti Melayu tempatan dalam kehidupannya ketika ini. Abdullah Munsyi menggunakan pepatah Melayu seperti "anjing menyalak bukit" dan "sepohon kayu yang berakar teguh, apakah ditakutkan ribut" untuk menggambarkan gelagat segolongan orang Melayu yang mengecapnya sebagai

Abdullah Paderi.

Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa berada pada kedudukannya bersama-sama paderi Kristian dan pegawai pentadbiran Inggeris ialah suatu kedudukan yang selamat. Akan tetapi untuk berada pada tahap itu seseorang mestilah mengesahkan gelagatnya dalam berinteraksi, umpamanya menunjukkan kebolehan tertentu supaya boleh menjamin pekerjaan yang mendatangkan hasil pendapatan yang baik untuk meneruskan kehidupan. Hal ini menyamai pengalaman yang dilalui oleh Abdullah sendiri sewaktu berinteraksi dengan beberapa pihak dalam hidupnya. Pengesahan gelagat beliau menunjukkan beliau seolah-olah tiada masa untuk melayan hal-hal yang dianggapnya tidak berfaedah kepadanya, seperti hal orang mengejeknya

222 sebagai Abdullah Paderi. Pengesahan gelagat ini memberikan kelebihan kepada

Abdullah Munsyi dalam mendekati pihak Inggeris. Secara tersurat dan tersirat, pembaca karya Abdullah Munsyi pasti berasa ditinggalkan dengan kisah-kisah corak kehidupan yang perlu dilalui oleh Abdullah Munsyi dalam meneruskan kehidupannya sesuai dengan tempat dan masa.

Sebenarnya, rakan paderi Kristian Abdullah Munsyi selain paderi Milne agak ramai, antara yang disebutnya ialah paderi Morrison, Humphreys, Kidd dan Collie. Paderi yang disebutkan ini ialah paderi Inggeris yang terlibat dalam mengembangkan agama Kristian dan sekolah Anglo Chinese College di Melaka. Namun begitu,

Abdullah Munsyi dalam karya-karyanya tidak mengeluarkan kenyataan tentang mereka atau menyatakan gelagat paderi ini semasa berinteraksi dengannya. Hanya paderi Milne yang disebut-sebut Abdullah Munsyi. Paderi Amerika pula yang disebut oleh Abdullah Munsyi ialah paderi Tracy, Keasberry dan North yang mula datang singgah di Melaka dalam misi Kristian mereka ke China. Abdullah Munsyi memang bergaul dengan mereka, terutama Alfred North yang dipercayai individu yang berada di belakang Abdullah Munsyi yang meminta beliau mengarang sebuah kisah tentang dirinya untuk dibaca oleh anak cucu. Pengkaji beranggapan bahawa

Abdullah Munsyi akan berkelakuan sama sahaja sebagaimana beliau berinteraksi dengan paderi Inggeris yang lain.

4.6 Kesimpulan

Golongan tempatan dalam kajian ini terdiri daripada orang Melayu, Peranakan

Keling dan Cina yang berada di sekitar kehidupan Abdullah Munsyi. Dalam konsep

223 pengesahan gelagat yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi dengan orang Cina dan

Jawi Peranakan dapat disimpulkan beberapa perkara. Abdullah Munsyi bergaul dengan orang Cina bertujuan untuk urusan perdagangan dan mendapat tahu atau menyiasat kongsi gelap T’ien Ti Hui. Cerita tentang kongsi gelap ini juga dapat menjadi modal atau bahan untuk beliau mendekati pihak Inggeris. Laporan siasatan beliau sudah pasti berguna kepada penguasa Inggeris yang sedang menerapkan undang-undang di tanah jajahan Negeri Selat mereka. Pengetahuan ini juga aset yang penting untuk Abdullah Munsyi mendekati pegawai-pegawai besar Inggeris di

Singapura.

Kesempatan menjadi jurubahasa di Kelantan pula digambarkan oleh Abdullah

Munsyi seolah-olah beliau ialah seorang utusan besar yang mendampingi pegawai

Inggeris dan taukeh besar Cina. Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya kekal dengan kedudukannya sebagai seorang yang mahir berbahasa Melayu dan berkemampuan pula berbahasa Inggeris, iaitu kemahiran insaniah yang jarang- jarang dimiliki oleh orang Melayu, Cina atau Peranakan Keling pada waktu itu. Di

Kelantan, Abdullah Munsyi digelar sebagai Tuan Sayid disebabkan raut wajahnya secara fizikal seperti orang Arab atau seorang ustaz yang pandai dalam hal ehwal agama. Abdullah Munsyi amat menyenangi gelaran Sayid yang diperolehnya dan itulah pengesahan gelagat yang dibuat terhadap dirinya di Kelantan. Kesempatan ini digunakan untuk berceramah kepada Tengku Temena iaitu teguran serta nasihat terhadap tingkah laku Tengku Temena yang salah dari segi hokum agama Islam dan tidak baik pada pandangan Abdullah Munsyi. Banyak adat raja Melayu dan orang biasa di Kelantan dipersoalkan oleh Abdullah Munsyi.

224

Pengesahan gelagat Abdullah Munsyi yang berkhutbah dan berhujah sehingga

Tengku Temena mengeluarkan suatu kenyataan, iaitu berhasrat untuk menjadikan

Abdullah Munsyi sebagai kadi atau khatib di Kelantan jika Abdullah Munsyi akan tinggal lama di situ, dapat kita simpulkan sebagai satu penghormatan yang telah dicapai oleh Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi sendiri merasakan pengiktirafan itu sesuatu yang dapat dibanggakan berkat ilmu pelajaran agama, tulisan bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris yang dipelajarinya. Penampilan dan gelagat Abdullah

Munsyi dengan wakil orang Melayu, seperti Tengku Temena membuahkan hasil yang sangat baik, iaitu orang Melayu percaya beliau layak dilantik sebagai kadi dan khatib. Berdasarkan kenyataan ini, Abdullah Munsyi mengesahkan gelagatnya sebagai orang yang disegani dan dihormati apabila berinteraksi dengan orang

Melayu, Cina dan Peranakan Keling.

Dalam beberapa perkara tertentu, terdapat beberapa kenyataan yang bernada negatif dibuat terhadap pengesahan gelagat orang Cina oleh Abdullah Munsyi. Contohnya,

Abdullah Munsyi menceritakan tindakan dalam budaya kongsi gelap yang kotor, meminum darah dan merompak. Pada mata orang Cina itu pula Abdullah Munsyi memang dilihat sebagai seorang yang bersifat ingin tahu. Abdullah Munsyi pula tentu mempunyai objektif tertentu dalam misi itu. Berbekalkan pengalaman memerhatikan kongsi gelap Cina ini, Abdullah Munsyi berjaya mendekati Crawfurd, iaitu pegawai besar kompeni Inggeris di Singapura. Pemerhatian beliau terhadap aktiviti yang mengganggu keamanan Singapura ini menjadi modal kepada Abdullah

Munsyi untuk berada di sisi orang besar Inggeris. Abdullah Munsyi tidak pernah menanyakan pula sama ada pihak Inggeris memperhatikan atau tidak tindakannya.

Abdullah Munsyi juga memperhatikan amalan orang Cina, seperti upacara

225 membakar wang kertas untuk kehidupan selepas mati dan menyatakan pandangan logis, iaitu tiada hubungan langsung antara bahan yang dibakar dengan orang yang telah mati. Begitulah pengesahan gelagat orang Cina yang dibuat oleh Abdullah

Munsyi.

Untuk Peranakan Keling pula, Abdullah Munsyi melalui cerita yang dimuatkannya dalam Hikayat Abdullah menyedari bahawa keturunan ini pandai mengampu dan mengambil hati orang untuk kepentingan diri mereka. Abdul Kadir diambil sebagai contoh individu yang kuat mengampu Sultan Husin Syah. Akan tetapi menurut pandangan pengkaji Abdullah Munsyi tidak menyedari bahawa gelagat Abdul Kadir itulah gelagat Abdullah Munsyi juga. Abdullah Munsyi juga pandai mengambil hati pihak Cina, Inggeris dan Melayu. Abdullah Munsyi sanggup membuka rahsia kongsi gelap kepada Crawfurd, sedangkan perjanjiannya dengan kenalan Cinanya beliau akan merahsiakan aktiviti kongsi gelap di markas kongsi gelap berkenaan. Sudah pasti Abdullah Munsyi menjadi informan yang amat berguna kepada kompeni

Inggeris. Sama halnya dengan Abdul Kadir yang sanggup menjaga anak-anak Sultan

Husin Syah tanpa meminta sebarang bayaran. Kemahiran ini dapat menghasilkan pulangan yang baik. Kehebatan ini ada pada Abdullah Munsyi dan Abdul Kadir yang kedua-duanya Peranakan Keling. Abdullah Munsyi sendiri mengesahkan kemahiran ini “tiada boleh terbit daripada orang Melayu.” Kenyataan ini boleh juga dianggap sebuah pujian kepada orang Melayu yang dibuat secara tidak sedar oleh

Abdullah Munsyi kerana pada waktu itu beliau tidak menyukai banyak hal dalam adat tradisi Melayu. Dalam erti kata lain, orang Melayu lebih telus dan jujur serta tidak pandai mengampu orang lain seperti keturunan Peranakan Keling. Sebuah

226 pengesahan gelagat yang sangat kukuh oleh seorang pemerhati yang berketurunan

Peranakan Keling yang telah meninggalkan karyanya kepada kita semua.

Dua golongan Barat yang didekati oleh Abdullah Munsyi ialah golongan pentadbiran dan golongan penyebar agama Kristian. Golongan pentadbiran terdiri daripada individu yang berpangkat dan berkedudukan tinggi dalam Syarikat Hindia

Timur Inggeris. Individu tersebut yang namanya disebutkan dalam Hikayat Abdullah ialah Thomas Stamford Raffles, iaitu seorang pegawai tinggi yang berpangkat

Leftenan Gabenor. Tidak ramai orang tempatan Melaka yang berpeluang untuk berinteraksi dengan orang yang berjawatan tinggi seperti ini. Seorang lagi yang berjawatan lebih tinggi daripada Raffles ialah Lord Minto yang menjawat jawatan sebagai Gabenor Jenderal India. Dua buah nama besar ini sahaja pun sudah menunjukkan Abdullah Munsyi berada dalam kelasnya yang tersendiri. Seorang yang dikenali sebagai Kernel William Farquhar, Residen Inggeris yang pertama mentadbir Melaka setelah menjadi milik Inggeris juga diperkenalkan oleh Abdullah

Munsyi dengan baik. Abdullah Munsyi membuat verifikasi diri bahawa beliau juga penting kerana berada dan pernah berinteraksi dengan dua orang individu ini serta menjadi perantara antara budaya tempatan dengan pihak Inggeris.

Tindakan Abdullah Munsyi berinteraksi dengan Stamford Raffles yang begitu baik menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi memang ingin membuktikan bahawa beliau amat rapat dengan individu ini memandangkan Raffles adalah antara tokoh penting yang banyak terlibat dalam peristiwa bersejarah yang disaksikan oleh Abdullah

Munsyi. Abdullah Munsyi bukan sahaja akrab dengan Raffles malahan beliau membuktikan bahawa beliau kenal rapat dengan isteri Raffles. Abdullah Munsyi

227 menyatakan, isteri Raffles juga mempunyai nilai-nilai yang dihormatinya. Beliau menggambarkan isteri Raffles seorang yang tertib melakukan semua pekerjaan, menyayangi dan menghormati semua golongan. Dapat difahami bahawa pengesahan gelagat isteri Raffles oleh Abdullah Munsyi ini menunjukkan beliau mahu kita mengetahui bahawa keluarga Raffles sangat akrab dengannya.

Orang Inggeris memang sering mendapat pujian daripada Abdullah Munsyi tetapi sebaliknya pula bagi pihak Belanda. Abdullah Musnyi memuatkan catatannya sewaktu Melaka diserah tadbir oleh Inggeris kepada Belanda. Abdullah Munsyi memunculkan individu Belanda yang dikenali dengan nama Tuan Penyapu yang nama sebenarnya ialah Timmermann Thijssen. Abdullah Munsyi mengisahkan bahawa orang Belanda ini memang kejam. Tingkah laku pegawai ini bersama setiausahanya mengutip cukai di Melaka seperti lintah meminum darah dan para pegawai yang dilantik oleh Belanda itu diibaratkan seperti pacat melompat, di tempat yang ada darah di situlah mereka akan menghisapnya. Pengesahan gelagat

Abdullah Munsyi di sini menunjukkan Inggerislah pilihannya.

Abdullah Munsyi juga memberikan gambaran betapa leganya orang Melaka dengan pemergian pegawai Belanda itu selama-lamanya. Barulah mereka boleh bernafas dengan ketiadaan Belanda ini. Sebelumnya, sukar bagi mereka hendak bernafas pun, yang menunjukkan betapa parahnya penangan Belanda di Melaka yang disaksikan oleh Abdullah Munsyi. Kemunculan gelagat pentadbir Belanda yang buruk ini menaikkan nama pentadbiran Inggeris secara tersirat. Kelihatan pihak Inggeris sangat bertimbang rasa dalam hal pentadbiran di Melaka yang secara tersirat disampaikan oleh peristiwa ini. Gelagat Abdullah Munsyi secara sengaja atau tidak

228 telah memberikan sanjungan kepada Inggeris. Kenyataan ini pasti disukai oleh

Inggeris sebagai satu daripada proses pembinaan citra bangsa mereka.

Interaksi dengan golongan paderi Inggeris pula diceritakan oleh Abdullah Munsyi bermula dengan seorang paderi yang menjadi murid bahasa Melayu kepada beliau dan paderi itu pula menjadi guru bahasa Inggeris kepadanya. Dalam kisah paderi

William Milne, paderi ini dianggap oleh Abdullah Munsyi dan isterinya seperti bapa kepada mereka berdua. Begitulah akrabnya Abdullah Munsyi suami isteri dengan paderi ini. Penetapan gelagat paderi Milne ini seterusnya dibiarkan beredar untuk para pembaca kerana hal ini menyatakan bahawa golongan paderi ini baik-baik dan orang Melayu tidak perlu takut akan paderi. Jasa paderi Milne sangat besar kepada

Abdullah Munsyi kerana beliaulah yang memujuk bapa Abdullah untuk membenarkan Abdullah Munsyi terus mempelajari bahasa Inggeris dan mengajarkan bahasa Melayu kepadanya. Paderi Milne jugalah yang mencadangkan supaya

Abdullah Munsyi mendirikan rumah tangga kepada bapa Abdullah. Kemarahan bapa

Abdullah Munsyi akhirnya reda dan seterusnya beliau berlembut hati kerana paderi

Milne memberi jaminan akan menguruskan soal perbelanjaan kenduri kahwin

Abdullah Munsyi. Begitulah besarnya jasa paderi Milne kepada Abdullah Munsyi.

Abdullah Munsyi menurut sahaja keputusan bapanya untuk mengahwinkannya. Lagi pula sudah tentu Abdullah Munsyi terjamin kehidupannya kerana berpenghasilan tetap dan keselamatannya pula dinaungi Inggeris kerana hubungan yang akrab ini.

Soal digelar dan diejek sebagai Abdullah Paderi bukan persoalan yang besar padanya sewaktu Abdullah Munsyi berada pada tahap ini. Beliau berkhidmat di

Anglo Chinese College dan juga mengajarkan bahasa Melayu kepada para pedagang

229 dan pegawai di Singapura. Tidak berada dalam kehidupan masyarakat tempatan pun tidak menjadi hal yang besar kerana Abdullah Munsyi mempunyai kerjaya tetap yang dapat menghasilkan pendapatan untuk menyara hidupnya. Abdullah Munsyi memperoleh gaji daripada pekerjaan mengajarkan bahasa Melayu dan menyalin kitab Injil. Segala tindakan yang dilakukannya adalah berdasarkan permintaan majikannya, iaitu orang Inggeris. Pengesahan gelagat ini menunjukkan Abdullah

Munsyi tidak lagi bergantung hidup dengan orang Melayu tempatan. Jika Abdullah

Munsyi dipulaukan oleh orang Melayu di Melaka ketika itu pun, hal itu tidak akan menjadi beban yang harus ditanggung oleh Abdullah Munsyi kerana beliau berada dengan golongan Inggeris dan memiliki penghasilan yang baik.

Gelaran paderi ini bagi Abdullah Munsyi hanya muncul daripada gelagat orang yang berasa dengki dengan kehidupannya yang lebih baik daripada mereka. Pelawaan

Abdullah Munsyi untuk anak-anak orang Melayu belajar di Anglo Chinese College di Melaka ditolak mentah-mentah oleh golongan Melayu yang tidak menyukai

Abdullah Munsyi. Disebabkan tidak menyukai Abdullah Munsyi maka mereka menggelar Abdullah Munsyi sebagai Abdullah Paderi untuk mengejeknya. Hal ini demikian kerana Abdullah Munsyi berkawan dengan paderi Kristian dan cuba mengajak anak-anak Melayu belajar di sekolah Kristian. Abdullah Munsyi menyatakan bahawa tujuannya tetap jelas, iaitu hanya untuk memberikan ilmu kepada mereka. Keuntungan yang banyak bakal diperoleh sekiranya seseorang pandai menulis dan membaca bahasa Melayu, tambah-tambah lagi pandai menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris. Terlalu banyak pekerjaan yang boleh didapati dengan kemahiran ini. Orang Melayu sangat rugi kerana tidak mementingkan pelajaran. Inilah tujuan Abdullah Munsyi yang sebenarnya menurut penerangannya,

230 bukan bersubahat dengan paderi untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang

Melayu Islam.

Karya terakhir Abdullah Munsyi ialah Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi dari

Singapura Sampai ke Mekah yang merupakan catatan perjalanannya terakhirnya sebelum meninggal dunia. Pada akhir hayatnya, Abdullah Munsyi menangkis semua hal Kristian yang dikaitkan dengannya dengan menunaikan haji ke Mekah. Tiada sesiapa yang dapat menyangkal pegangan agama Abdullah Munsyi. Dalam zaman yang serba-serbi sukar untuk pergi jauh, sejauh mengerjakan haji, Abdullah Munsyi telah menetapkan tekadnya untuk menunaikan haji untuk melengkapkan Rukun

Islam yang kelima. Urusan suci ini sampai sekarang pun bukan semua orang Melayu

Islam dapat menjalankannya melainkan jika ada kurniaan rezeki daripada Allah s.w.t. Abdullah Munsyi bertuah dapat mengerjakannya. Karya terakhir Abdullah

Munsyi ialah Kisah Pelayaran Abdullah Munyi dari Singapura Sampai ke Mekah menjadi bukti bahawa beliau berjaya menunaikan haji pada akhir hayatnya.

Abdullah Munsyi menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan pulang dari

Mekah.

Demikianlah Abdullah Munsyi menutup kisah pergaulan beliau dengan golongan paderi Inggeris. Seakrab manapun beliau bergaul dengan orang Kristian, pergaulan itu tidak akan mempengaruhi beliau dari segi akidahnya, beliau tetap Abdullah

Munsyi Peranakan Keling, beragama Islam dan yang akan mengerjakan haji seperti yang dituntut bagi mereka yang mampu mengerjakannya dalam Islam.

231

Gelagat Abdullah Munsyi nampaknya tidak mengancam kedudukan Inggeris.

Abdullah Munsyi tidak menunjukkan rasa miliknya terhadap tanah Melaka walaupun beliau merupakan anak Melaka asli yang lahir di Kampung Pali atau

Mesjid Melaka. Terdapat terkesan rasa terkilan apabila Abdullah Munsyi mengisahkan pengusiran Temenggung dan para pengikutnya di Singapura oleh

Raffles secara halus. Abdullah menggunakan perumpamaan ibarat “mulut disuap pisang, pantat dikaitkan onak.” Abdullah Munsyi menggambarkan bahawa

Temenggung dan pengikutnya akan meninggalkan tanah kediaman mereka di kawasan berhampiran kawasan perdagangan Inggeris di Singapura kerana menerima sedikit suapan wang daripada Raffles tanpa disedari bahawa dengan berpindahnya

Temenggung keluar dari situ bererti hak ke atas tanah itu sudah hilang dan tidak dapat dituntut semula. Gelagat ini ialah gelagat Abdullah sendiri yang melihat kerugian yang akan ditanggung oleh Temenggung dan orang Melayu sendiri.

Pengkaji mendapati bahawa Abdullah Munsyi tidak merasakan kerugian kehilangan tanah, yang rugi ialah Temenggung sebagai orang Melayu. Abdullah Munsyi sebagai Peranakan Keling tidak rugi apa-apa kerana beliau bukan orang Melayu.

Pada pandangan Abdullah Munsyi, orang Melayu ialah pemilik asal tanah Melayu

(Singapura), bukan Inggeris. Kehilangan kuasa Melayu di Singapura merupakan kerugian besar kepada orang Melayu. Inilah sahaja cetusan rasa yang dapat dikesan muncul dalam karya Abdullah Munsyi sama ada beliau sedar atau tidak.

Pandangan Abdullah Munsyi tentang kekuasaan Melayu ini jika terlepas dan berada dalam autobiografi serta dihalusi akan memberikan impak yang tidak baik kepada

Inggeris. Namun begitu, pada masa yang sama sebenarnya, Abdullah Munsyi juga telah dibekalkan dengan kisah kemerdekaan Amerika daripada British semasa

232 perkenalannya dengan paderi-paderi dari Amerika itu. Wajar sekiranya kisah ini boleh tercetak dalam Hikayat Abdullah. Sejarah itu diceritakan oleh isteri paderi

Tracy kepada Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi (2004: 320) menyatakan:

Maka kedengaranlah khabar ke negeri England, maka banyaklah pula orang dari sana pun pindah datang ke situ, maka menjadi ramailah. Kemudian pada suatu masa menjadi peranglah antara orang Inggeris dengan orang Amerikan, iaitu sebab orang Amerikan tiada mau menurut hukuman Inggeris, sebab ia hendak meletakkan adat dan cukai yang berat di atas orang Amerikan, maka tiadalah ia mau menerima dan tiada ia mau takluk ke bawah perintah Inggeris. Maka sebab itu menjadi perang besarlah. Maka hampir-hampirlah alah orang Amerikan, jikalau tiada dengan gagah seorang orang besar Amerikan yang bernama Washington.

Gelagat buruk Inggeris yang suka menjajah cuba dimasukkan ke dalam pemahaman

Abdullah Munsyi oleh orang Amerika, iaitu isteri paderi Tracy yang dirasakannya terlalu menyanjung Inggeris. Pada masa yang sama Abdullah Munsyi mengeluarkan tanggapannya terhadap gelagat Inggeris itu. Abdullah Munsyi (2004: 320) menyatakan:

Maka setelah kudengar akan segala kisah ini kulihat pula daripada kelakuan orang-orangnya itu setujulah, adanya. Syahdan kubandingkan pula dengan perkataan orang mengatakan orang yang dibuang dari negeri England pergi tinggal di sana itu. Maka aku timbang-menimbang daripada hal itu maka kudapati bahawasanya orang yang terpilih dan bernama-nama juga barangkali dari England asalnya yang pergi membuat negeri Amerikan itu, adanya. Adapun sebab kukatakan demikian itu maka kuketahui jikalau benih yang tiada baik ditanam sekali kali tiada boleh bertumbuh pohon yang baik, seperti perumpamaan Melayu, katanya: Adakah pernah telaga yang keruh itu mengalir airnya jernih? Dan lagi pula, katanya: Jikalau di hulu airnya keruh, dapat tiada di hilirnya pun keruh juga, adanya.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa Abdullah Munsyi tetap tidak menerima kenyataan bahawa Inggeris itu jahat. Boleh jadi kering air liur isteri paderi Tracy kerana sia-sia menceritakan sejarah Amerika kepada Abdulllah Munsyi. Tiada apa-

233 apa yang boleh dilakukan kerana nampaknya Abdullah Munsyi sangat sayang akan

Inggeris, barangkali budi paderi Milne itu yang menjadikan Abdullah Munsyi mengesahkan bahawa Inggeris tetap di hati. Dari sudut ini dapat disahkan lagi sekali bahawa gelagat Abdullah Munsyi masih tetap bersama Inggeris.

Walaupun diceritakan oleh isteri paderi Tracy tentang perangai Inggeris melihat

Amerika mulai maju dibuka oleh perintis-perintis Eropah, tiba-tiba Inggeris datang untuk menakluki dan menjadikan jajahannya, kisah ini tidak berkesan kepada

Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi seorang Peranakan Keling ini yang telah terlalu lama hidup dalam kalangan orang Inggeris dan termakan budi Inggeris akan terus menerima bahawa gelagat Inggeris pada umumnya baik-baik sahaja. Pandangan

Abdullah Munsyi benih Inggeris ialah benih yang baik maka jika tumbuh benih di

Amerika pun benih itu akan menjadi pohon yang baik. Keturunan baik-baik daripada

Inggeris berkembang menjadi baik juga di Amerika pada pandangan Abdullah

Munsyi, setelah difikir dan ditimbangnya. Abdullah Munsyi tidak menyedari pada ketika itu orang Amerika ini (khususnya isteri Tracy) baharu sahaja merdeka daripada Inggeris dan masih menyimpan sentimen kurang senang terhadap tindakan penjajah Inggeris terhadap kawasan-kawasan yang dilihat oleh mereka maju dan mampu memperkuat serta memperluas kuasa The Great Britain di Amerika.

Didapati Abdullah Munsyi belum mengenal erti penjajahan kerana kehidupannya pada zaman itu hanya menyaksikan peralihan kuasa Belanda-Inggeris dan keadaan negeri Melayu diperintah oleh sultan di Kelantan, di Terengganu dan di Pahang, tiada yang lebih baik dan selesa jika dibandingkan dengan negeri di bawah Inggeris.

Tindakan Inggeris tidak kelihatan buruk pada mata Abdullah Munsyi kerana gelagat raja-raja Melayu dan para pembesarnya kelihatan lebih buruk.

234

Bab 5

Kesimpulan

5.0 Pengenalan

Berdasarkan kupasan-kupasan yang telah dibuat, didapati Abdullah Munsyi berjaya melakukan rundingan identiti dalam kehidupannya semasa berinteraksi dengan masyarakat sekelilingnya. Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti apabila diperlukan untuk berhadapan dengan beberapa golongan masyarakat tertentu sahaja.

Golongan masyarakat yang berada di persekitaran hidupnya terdiri daripada golongan orang Melayu, Inggeris, Cina dan Peranakan Keling. Beliau berinteraksi dengan masyarakat Melayu yang terdiri daripada golongan kebiasaan iaitu golongan yang tidak disebut terperinci nama mereka dengan golongan atasan seperti guru beliau dan anak raja . Hal ini memerlukan Abdullah Munsyi melakukan rundingan identiti agar beliau dapat menjalani kehidupan berada dalam kalangan mereka.

Rundingan identiti juga perlu dilakukan oleh Abdullah Munsyi semasa berinteraksi dengan pihak Inggeris dan pihak-pihak ini. Dua konsep daripada rundingan identiti, iaitu verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat telah dilakukan oleh beliau semasa berhadapan dengan pihak-pihak yang disebutkan ini. Kajian ini telah memaparkan gerak-geri Abdullah Munsyi semasa melakukan verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat, mencari jawapan tentang sebab beliau melakukannya dan mengetahui kesan yang diperoleh beliau daripada tindakannya itu.

235

5.1 Dapatan Kajian

Melalui karya autobiografi dan travelognya didapati Abdullah Munsyi telah memaparkan verifikasi kendiri dan pengesahan gelagat dalam kehidupan beliau apabila perlu sewaktu berhadapan dengan masyarakat dominan Melayu, bukan

Melayu dan Inggeris. Dalam melakukan dua perkara ini beliau didapati melakukan gerak-geri yang tertentu apabila berhadapan dengan golongan sasarannya sesuai dengan tujuan dan hasrat yang dicita-citakannya. Bahagian yang berikut akan memperincikan hal-hal ini.

5.1.1 Verifikasi Kendiri

Verifikasi kendiri dilakukan oleh Abdullah Munsyi semasa menjalani kehidupan dengan golongan orang Melayu. Semasa berhadapan dengan orang Melayu,

Abdullah Munsyi memastikan beliau dikenali, dihormati sebagai guru bahasa

Melayu, dianggap sebagai orang yang menguasai hal ehwal agama Islam, pandai menulis dan mahir mengaji al-Quran. Abdullah Munsyi telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi semua watak yang disebutkan ini. Beliau juga mahu menunjukkan bahawa beliau dapat melangkah lebih jauh dan pencapaiannya melebihi pencapaian bapanya kerana kemahirannya berbahasa Inggeris. Abdullah

Munsyi menyatakan kemahiran yang ada padanya sangat diperlukan oleh ramai orang Melayu pada waktu itu. Beliau mengemukakan contoh awal kemahirannya, iaitu surat kenyataan yang diperlukan untuk urusan surat perniagaan seorang

236 nakhoda. Kemahirannya dalam menulis diperlukan untuk membuat tulisan pada cap mohor diraja. Bagi orang Melayu, Abdullah Munsyi boleh menjadi guru mengaji kerana beliau mewarisi ilmu membaca al-Quran daripada nenek dan bapanya.

Untuk bangsa lain pula, seperti orang Cina, kemahiran beliau diperlukan untuk menjadi jurubahasa Melayu ke Kelantan. Selain Cina, beliau diperlukan oleh askar

India Islam yang berkhidmat dengan pihak Inggeris di Melaka untuk menyalin dan memperbanyak naskhah al-Quran kepada mereka. Abdullah Munsyi berhadapan dengan dua golongan semasa berinteraksi dengan pihak Inggeris, iaitu golongan pegawai tinggi Inggeris dan golongan paderi. Kemahiran-kemahiran yang dimiliki

Abdullah Munsyi juga membolehkan beliau berkhidmat dengan pihak pegawai

Inggeris dan paderi sebagai guru bahasa Melayu. Kemahirannya menjadikan pegawai tinggi Inggeris, Thomas Stamford Raffles akrab dengan beliau. Interaksi beliau bersama dengan pegawai Inggeris ini bukan sekadar menjadi penyalin semula hikayat atau kitab Melayu lama yang dibeli Raffles malahan beliau menceritakan kadang-kadang dia diajak berbual-bual sewaktu mengelilingi Melaka dan menjadi pakar rujuk kepada Raflles tentang sesuatu budaya tempatan jika ditanyai. Melalui kemahiran yang sedemikian, Abdullah Munsyi mampu mendapat pulangan yang baik dan merasai kehidupan yang lebih selesa berbanding dengan petani, nelayan atau pekerja lain. Untuk mendapat kesempatan yang demikian dan mendekati pelbagai golongan masyarakat, Abdullah Munsyi memerlukan rundingan identiti.

Jika masyarakat Melayu menghormati golongan cerdik pandai Islam, Abdullah

Munsyi boleh berperanan sebegitu kerana sejak awal beliau telah membuat verifikasi tentang dirinya yang diajarkan selok-belok agama Islam oleh bapanya sehingga beliau pandai mengaji al-Quran dan khatam pada usia muda, beliau diajar

237 oleh bapanya untuk pergi setiap hari ke masjid dan tiba di masjid beliau diarahkan mengeja nama-nama orang yang datang solat di masjid sebagai latihan menulis dan banyak lagi.

Abdullah Munsyi menyatakan beliau juga mempelajari bahasa Inggeris. Hasilnya, beliau mampu berbahasa Inggeris. Verifikasi ini membawa keuntungan kepada beliau sehingga dikagumi oleh ramai orang dan diberikan kepercayaan oleh peniaga

Cina dan pihak Inggeris dalam beberapa urusan penting.Tugas ini semuanya menjadi sumber pendapatan Abdullah Munsyi. Melalui verifikasi kendiri, Abdullah

Munsyi telah menunjukkan kepada semua orang bahawa beliau mempelajari bahasa

Inggeris atas usahanya sendiri, bukan dipaksa oleh bapanya. Tidak hairan jika ada pihak yang menghormati beliau kerana pada waktu kehidupan beliau, beliau berada dalam golongan orang yang berbeza, iaitu Abdullah Munsyi dilihat berada dalam kalangan pegawai pentadbiran Inggeris dan golongan paderi. Golongan pentadbiran ini pula bukannya terdiri daripada kelas biasa-biasa, mereka ini terdiri daripada orang yang berpangkat tinggi seperti Gabenor Jenderal, Leftenan Gabenor dan

Residen. Kejayaan mendekati pihak pentadbir Inggeris menyebabkan Abdullah

Munsyi mendapat jaminan keselamatan. Abdullah Munsyi berani mengeluarkan kenyataan tentang Sultan Husin Syah dan Temenggung. Sekiranya pihak pembesar

Melayu ini ingin mengambil tindakan terhadap Abdullah Munsyi mereka harus berfikir banyak kali untuk berhadapan dengan pihak Inggeris. Abdullah Munsyi bernaung di bawah Thomas Stamford Raflles, William Farquhar dan paderi Milne, tiada sesiapa yang akan berani menghukum Abdullah Munsyi di Singapura.

238

Melalui verifikasi kendirinya, beliau berusaha menunjukkan bahawa dengan ilmu pengetahuan bahasa, tulisan Melayu, Arab dan Inggeris ditambah pula pengetahuan agama Islam seseorang mampu berada pada kelas tertentu dan dapat mencipta kerjaya yang baik. Abdullah Munsyi menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengetahuan agama Islam ketika berinteraksi dengan orang Melayu, contohnya dalam kes Tengku Temena di Kelantan sehingga beliau ditawarkan jawatan kadi dan khatib. Begitu juga kebolehan berbahasa Arab telah dapat merealisasikan keinginan beliau yang ingin melawat Istanbul selepas menunaikan haji. Beliau mendapat sokongan daripada beberapa orang Syeikh di Mekah yang menawarkan bantuan mereka kepada Abdullah Munsyi untuk membawanya melawat Istanbul.

Pengetahuan bahasa Inggeris yang menjadikan beliau dikenali oleh orang Inggeris.

Oleh hal yang demikian, karya autobiografi Hikayat Abdullah juga ialah satu verifikasi kendiri yang dibuat oleh Abdullah Munsyi. Inilah kejayaan verifikasi kendiri Abdullah Munsyi.

5.1.2 Pengesahan Gelagat

Abdullah Munsyi terlebih dahulu akan memperhatikan gelagat individu tertentu sebelum berinteraksi. Sewaktu berhadapan dengan orang Melayu di Kelantan, beliau menceritakan gelagat penampilannya yang berjanggut dan bersongkok hingga beliau digelar sebagai Sayid (Tuan Sayid panggilan kepada beliau), iaitu gelaran yang tinggi dan sangat dihormati di Kelantan. Apabila memegang gelaran Sayid,

Abdullah Munsyi pun melakukan gelagat sebagai orang alim. Cara beliau melakukannya adalah dengan memberikan nasihat tertentu dari sudut pandangan

Islam dan merujuk pada al-Quran kepada seorang kerabat diraja Kelantan.

239

Banyaklah nasihat yang dikeluarkan oleh Abdullah Munsyi bermula daripada corak hidup sehinggalah amalan yang salah dari segi agama, seperti menghisap candu yang menjadi tradisi anak golongan bangsawan Melayu. Hasil semua pengesahan yang dilakukan beliau sangat dihormati sehingga ada cadangan untuk melantik beliau menjadi kadi di Kelantan. Jawatan kadi ialah satu jawatan yang sangat tinggi dalam masyarakat Melayu. Begitulah cara Abdullah Munsyi memenuhi nilai-nilai yang dimahukan oleh masyarakat Melayu.

Begitu juga sewaktu Abdullah Munsyi mendekati pegawai dan paderi Inggeris.

Setelah memperhatikan dan memahami gelagat paderi Inggeris, beliau memperoleh pekerjaan menyalin dan mengedit kitab Injil berbahasa Melayu. Apabila beliau memperhatikan gelagat para paderi yang menunjukkan mereka ini sangat memerlukan bahasa Melayu dan mencari orang yang berkemahiran yang dapat mengajarkan bahasa Melayu, di sinilah Abdullah Munsyi menampilkan gelagatnya sebagai orang yang memiliki kemahiran itu. Kemahiran berbahasa Melayu sangat diperlukan untuk urusan yang menggunakan bahasa Melayu. Abdullah Munsyi dilihat oleh para paderi itu telah memenuhi nilai-nilai kesarjanaan dalam bahasa

Melayu semasa berinteraksi dengan pihak ilmuwan agama Kristian kerana beliau akan dirujuki jika ada hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Pekerjaan ini juga dapat menghasilkan pendapatan kepadanya kerana kegiatan penyalinan buku sangat diperlukan oleh pihak paderi yang baharu saja menubuhkan sekolah Inggeris di

Melaka. Pada masa yang sama, kemahiran Abdullah Munsyi juga diperlukan untuk mengajarkan bahasa Melayu kepada para paderi yang memerlukan perkhidmatannya. Keuntungan berganda bagi beliau kerana dengan berinteraksi, berkhidmat dan mendekati pihak Inggeris pasti keselamatannya terjamin. Jika beliau

240 berada di kawasan yang dikuasai Inggeris, beliau bebas daripada hukuman penguasa

Melayu dan raja yang berkuasa di negeri Melayu. Jika berada dalam kalangan

Inggeris beliau boleh berperanan sebagai perantara antara dua institusi budaya, khususnya sebagai pakar rujuk budaya Melayu tempatan kepada Inggeris dan pakar rujuk budaya Barat yang dibawa Inggeris kepada orang Melayu tempatan. Beliau juga boleh memperkatakan gelagat penguasa Melayu, seperti tidak adil, kejam dan berfikiran bodoh. Pihak Inggeris pasti tiada halangan terhadap kenyataan gelagat

Melayu ini kerana kenyataan tersebut memberikan nilai tambah kepada corak yang diperkenalkan oleh Inggeris dalam mentadbir negeri. Abdullah Munsyi ada menyebut bahawa memang terdapat beberapa orang jurutulis pada masa itu. Namun demikian, mereka hanyalah jurutulis biasa yang menyalin hikayat untuk Raffles.

Didapati hanya Abdullah Munsyi yang sering bersama-sama Raffles apabila beliau diajak melihat persekitaran dan menjadi pakar rujuk tentang adat dan budaya setempat, terutama budaya Melayu. Satu hal yang menarik ialah Abdullah Munsyi merekodkan peristiwa-peristiwa itu dalam buku catatannya. Abdullah Munsyi telah memberikan jawapannya. Menurutnya, beberapa gelagat yang ada pada orang

Melayu terjadi disebabkan oleh pemerintahan raja Melayu yang zalim dan suka menganiaya rakyatnya. Oleh sebab itulah rakyat menjadi bodoh. Abdullah Munsyi menyatakan orang Melayu tidak dapat bergerak dan berfikiran bebas kerana raja mereka zalim dan menekan rakyatnya. Menurut Abdullah Munsyi, orang Melayu yang bernaung di bawah pemerintahan raja Melayu tidak dapat berbuat banyak hal kerana takut melebihi raja.

Abdullah Munsyi mencadangkan jika ingin berubah orang Melayu mesti keluar daripada kekuasaan raja mereka yang zalim. Hal ini demikian kerana raja Melayu

241 tidak menghormati rakyatnya. Abdullah Munsyi menyatakan raja Melayu tidak pernah melihat rakyatnya sebagai manusia. Raja boleh berbuat apa-apa sahaja terhadap rakyatnya tanpa mengira sama ada perbuatan itu zalim atau tidak. Inilah nasib buruk orang Melayu yang bernaung di bawah raja Melayu ketika itu pada pandangan Abdullah Munsyi. Sifat kejam itu tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada orang Melayu. Sifat itu hanya menjanjikan kerosakan dan kesusahan. Raja bertindak sewenang-wenangnya. Mereka merampas isteri orang, menghisap madat, menyimpan gundik dan lain-lain. Di sini Abdullah Munsyi membandingkan adat ini dengan adat bangsa lain.

Inilah gambaran pemerhatian Abdullah Munsyi terhadap gelagat kehidupan orang

Melayu di bawah pemerintahan raja Melayu. Abdullah Munsyi seolah-olah membela nasib rakyat biasa Melayu daripada raja mereka. Abdullah Munsyi tidak boleh bertolak ansur dengan gelagat raja Melayu. Beliau seolah-olah mencadangkan satu jalan keluar kepada orang Melayu, iaitu lari daripada kezaliman pemerintah atau raja mereka dan jangan bernaung di bawah kekuasaan raja lagi. Sebagai alternatifnya keluarlah atau pilihlah hidup di bawah Inggeris yang menjamin kehidupan yang lebih baik. Sama ada Abdullah Munsyi sedar atau tidak perkara inilah yang menjadi onak berselindung di belakangnya di sebalik kehidupannya yang selesa dalam kalangan Inggeris.

Apabila membicarakan Abdullah Munsyi melalui rundingan identiti, ia menjadikan pengkaji lebih memahami kehidupan yang dilalui oleh beliau. Kenyataan beliau terhadap golongan orang Melayu tempatan, sama ada baik atau buruk dapat difahami kerana beliau kala itu sedang melalui proses rundingan identiti. Verifikasi

242 kendiri dan pengesahan gelagat beliau terhadap orang Melayu sebagai sasarannya menyebabkan kita berasa bahawa pengesahan itu dibuat berdasarkan pemerhatian seorang lelaki Peranakan Keling yang hidup di bawah naungan Inggeris dan nilai yang dibawanya bukan daripada orang Melayu sendiri kerana nilai itu berkontra dengan nilai ketaatan Melayu. Ada kenyataan negatif tentang gelagat orang Melayu yang menyinggung perasaan orang Melayu. Pihak Melayu pada ketika itu harus maklum bahawa kenyataan tersebut datang daripada seorang yang sedang berunding dengan identitinya sendiri dan mencari jalan selamat untuk meneruskan kehidupan.

Verifikasi kendiri terhadap diri Abdullah Munsyi dan pengesahan gelagat terhadap orang yang diperhatikannya telah menjadikan karya Abdullah Munsyi berkembang.

Namun begitu, kita menyedari terdapat tangan tersembunyi rakan-rakan Inggerisnya telah menjadikan Abdullah Munsyi sebagai agen yang membandingkan keburukan adat dan amalan orang tempatan dengan kebaikan yang Inggeris. Selain orang biasa, sasaran mereka termasuklah gelagat raja Melayu. Keburukan adat dan amalan raja

Melayu disuarakan oleh Abdullah Munsyi manakala kebaikan serta keadilan corak pemerintahan beberapa pegawai Inggeris di Melaka dan di Singapura memberikan kesempatan kepada pihak Inggeris untuk memenangi hati orang Melayu sekali gus menyokong Inggeris. Bagi pihak Inggeris itulah keuntungan yang diperoleh mereka melalui Abdullah Munsyi. Akan tetapi Abdullah Munsyi juga bijak kerana beliau tahu beliau akan dijaga dengan baik oleh Inggeris dari segi keselamatannya, umpamanya hukuman yang boleh dijatuhkan kepadanya oleh raja Melayu sekiranya beliau bernaung di negeri Melayu. Kesimpulannya, inilah hasil yang diraih oleh

Abdullah Munsyi semasa berada dalam kalangan orang Inggeris.

243

Interaksi dan kenyataan semasa bersama-sama bangsa lain selain Melayu, seperti

Cina dan Peranakan Keling juga dibicarakan oleh Abdullah Munsyi tetapi tidak sebanyak yang dialami oleh orang Melayu yang beragama Islam. Didapati Abdullah

Munsyi berhubungan dengan golongan bukan Melayu atas dasar mencari makan dan menerima upah menulis surat untuk urusan perniagaan atau peribadi mereka. Boleh dikatakan jika membicarakan orang Melayu, ada sahaja yang tidak kena pada pemerhatiannya. Contohnya adalah seperti kisah raja yang zalim, mempercayai sihir dan hantu, kepercayaan karut tentang gerhana dan lain-lain. Sebenarnya cerita raja yang zalim, sihir, hantu dan kepercayaan tradisi juga wujud dalam kehidupan

Inggeris dan Barat, hampir sama seperti masyarakat Melayu. Abdullah Munsyi yang tidak mengetahui hal ini pada masa itu atau tidak diberitahu oleh sahabat paderinya dan sahabat pegawai tinggi Inggeris yang dikenalinya.

Tujuan Abdullah Munsyi berinteraksi dengan Peranakan Keling pula boleh dikatakan bersifat profesional. Hal ini demikian kerana beliau mendapat bayaran atas perkhidmatan yang diberikannya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah

Munsyi terhadap Peranakan keling ini ialah mereka pandai mengambil hati orang dan sifat ini tidak terdapat dalam kalangan orang Melayu. Dalam hal ini dapat kita sifatkan beliau mahu menentukan jurang pemisah antara Melayu dengan Peranakan

Keling. Untuk memuji darah keturunannya kerana Abdullah Munsyi sendiri

Peranakan Keling, diceritakannyalah kisah Peranakan Keling yang bernama Abdul

Kadir, iaitu anak angkat Sultan Husin Syah di istana sultan. Bagi Abdullah Munsyi gelagat Abdul Kadir ialah sesuatu yang aneh dan lucu namun demikian beliau tidak pula membantahnya.

244

Interaksi Abdullah Munsyi dengan orang Cina yang pertama berlaku kerana beliau ingin mengetahui kisah kongsi gelap secara langsung dan yang kedua pula secara profesional, iaitu beliau diupah sebagai jurubahasa Melayu ke Kelantan. Setelah menyaksikan aktiviti kongsi gelap, Abdullah Munsyi menyatakan gelagat orang yang suka bernaung di bawah kelompok tertentu memang menjadi adat yang dibanggai orang Cina kala itu. Gelagat licik dalam urusan perdagangan pula digambarkan melalui gelagat seorang pedagang Cina yang berniat untuk mereka- reka perjalanan rombongan mereka kononnya telah sampai ke Kelantan walhal baru separuh jalan sahaja. Pedagang Cina itu terfikir untuk mengajak Abdullah Munsyi dan yang lain menipu kompeni dan mencadangkan supaya pelayaran dihentikan di tengah jalan kerana beliau ketakutan gara-gara cerita orang tentang lanun. Segala rancangan pedagang itu tidak kesampaian kerana Abdullah Munsyi membuat verifikasi dan mengesahkan beliau tidak mahu berlaku curang dalam tugasnya.

Satu lagi isu yang sangat penting dalam membicarakan gelagat Abdullah Munsyi ialah hal terpengaruh atau tidak beliau dengan penyebaran agama Kristian setelah sekian lama membaca, mengedit kitab Injil dan berkawan dengan para paderi yang jumlahnya bukan seorang. Dalam karya Abdullah Munsyi terdapat unsur tentang

Islam yang memang dikawal oleh paderi Inggeris selaku pembaca pertama tulisan beliau sebelum dicetak. Walaupun begitu, Abdullah Munsyi didapati bebas memasukkan ajaran Islam semasa menulis catatan perjalanan hidupnya semasa berhadapan dengan tabiat buruk menghisap candu kerabat diraja Kelantan dan dalam perjalanan terakhirnya ke Mekah.

245

Berkaitan dengan catatan perjalanan terakhirnya ke Mekah, rakan Abdullah Munsyi, yakni pihak paderi didapati berhati-hati dengan kenyataan beliau. Mereka tidak membiarkan pembaca Melayu Islam membaca karya terakhir Abdullah Munsyi yang berkisar tentang kekagumannya melihat Kaabah, sejarah nabi Muhammad, ketenangan jiwanya sebagai seorang Islam yang melengkapkan Rukun Islam dan kebesaran Islam sebelum mereka membaca dan mengeditnya terlebih dahulu. Hal ini dapat dikesan kerana kelihatan semua catatan tersebut hanya dimuatkan dalam travelog Abdullah Munsyi ke Mekah secara sepintas lalu, berbeza dengan sifat

Abdullah Munsyi yang terperinci dalam mencatatkan sesuatu, apatah lagi perkara yang penting seperti itu. Walau bagaimanapun, travelog ke Mekah telah membuktikan yang Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan sehingga akhir hayatnya beliau kekal sebagai Islam.

Kisah ke Mekah ini menjadi verifikasi kendiri yang sangat kuat dan jelas yang dibuat oleh Abdullah Munsyi. Pada pandangan Abdullah Munsyi kisah ini mampu menangkis syak wasangka masyarakat Melayu tentang diri beliau, sama ada terpengaruh atau tidak dengan pihak paderi dan agama Kristian sehingga beliau diberi gelaran yang amat berat untuk diterimanya, iaitu Abdullah Paderi. Masyarakat

Melayu waktu itu bimbang pegangan Islam Abdullah Munsyi telah terpesong walaupun Abdullah Munsyi secara terus terang menyatakan bahawa beliau tidak beriman dengan kitab Injil itu, walaupun beliau mengedit kitab itu. Dalam hal ini pengkaji berpendapat tindakan Abdullah Munsyi mengedit kitab Injil itu tidak wajar kerana kitab Injil tersebut akan disebarkan dalam masyarakat Melayu dan dibaca pula oleh mereka. Keadaan ini akan mendedahkan masyarakat Melayu kepada agama Kristian. Dengan kata lain melalui usaha Abdullah Munsyi mengedit kitab

246

Injil itu secara tidak langsung tanpa disedari oleh Abdullah Munsyi, beliau sendiri terlibat untuk mengembangkan agama Kristian .

Mengkaji karya-karya Abdullah Munsyi memberikan peluang kepada pengkaji kembali menyaksikan rakaman peristiwa dan sejarah lampau kehidupan antara dua buah kota pelabuhan abad ke-19, iaitu Melaka dan Singapura terasa seperti menaiki mesin waktu yang membawa kembali melihat peristiwa penting yang terjadi pada peringkat awal kemasukan Inggeris. Peristiwa-peristiwa yang diceritakan Abdullah

Munsyi dapat dikategorikan sebagai sangat istimewa kerana peristiwa berkenaan merupakan sumber tertulis dalam bahasa Melayu yang mengisahkan manusia yang perlu melakukan rundingan identiti apabila berhadapan dengan pelbagai golongan masyarakat untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Sungguhpun wujud percampuran unsur imaginasi dan realiti dalam karya-karya Abdullah Munsyi, hal ini tidak menganggu pengkaji untuk memahami hal yang ingin disampaikan oleh

Abdullah Munsyi. Pembaca harus bijak dan kritis terhadap apa yang dibaca.

Walau apa saja kenyataan terhadap Abdullah Munsyi, wajar diakui bahawa beliau berada dalam kehidupannya yang tersendiri. Kehidupan yang dilalui oleh beliau di kota pelabuhan dengan pelbagai ragam manusia ialah senario yang amat menarik.

Tambahan lagi, Abdullah Munsyi menyesuaikan diri dengan membuat rundingan identiti bersesuaian dengan kehendak tempat dan masa. Abdullah Munsyi memilih untuk tidak memasuki aliran perdana (mainstream) Peranakan Keling biasa, beliau tidak akan menjadi seperti bapanya. Jika hal ini terjadi, sastera Melayu tidak akan dapat mewarisi karyanya. Abdullah Munsyi berjaya mencapai sasarannya dalam kehidupan, berkerjaya berpendapatan lumayan. Muhammad Ibrahim Munsyi, anak

247

Abdullah Munsyi (1919) menceritakan bahawa Abdullah akan membelanjakan wangnya dengan mengadakan jamuan makan dan perkelahan. Majlis tersebut yang diiringi oleh alunan muzik dan nyanyian lagu kegemarannya diadakan untuk saudara-maranya yang berada di Melaka apabila beliau pulang dari Singapura.

Kenyataan ini bererti Abdullah Munsyi mempunyai wang yang banyak hasil mengajarkan bahasa Melayu, menyalin kitab dan menjadi jurubahasa kepada pendatang, pedagang, paderi dan pegawai Inggeris yang berkhidmat di Singapura.

Kesibukannya dinyatakan oleh Abdullah Munsyi (2004), iaitu sehingga makan pun beliau tidak sempat kerana mengajarkan bahasa Melayu kepada orang Inggeris di

Singapura. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki

Abdullah Munsyi di Singapura. Kemahiran Abdullah Munsyi juga sangat diperlukan di Anglo-Chinese School yang semakin berkembang di Melaka. Abdullah Munsyi sangat diperlukan oleh paderi di Melaka pada waktu itu sedangkan Abdullah Munsyi pula sangat sibuk di Singapura. Hebatnya gambaran diri Abdullah Munsyi, seorang yang amat diperlukan oleh Inggeris dan tidak ada orang lain yang boleh mengambil tempat beliau dalam hal ini.

Abdullah Munsyi dapat dikatakan telah berjaya mencapai sasaran yang dikehendakinya. Menurut Abdullah Munsyi, beliau berjaya membawa misi perdagangan ke Kelantan dan berbaik-baik dengan kerabat diraja Kelantan, sehingga beliau berjaya menyedarkan orang kebesaran itu supaya meninggalkan tabiat buruk menghisap candu yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kesimpulannya, walaupun seorang Peranakan Keling, Abdullah Munsyi mahu para pembaca dan pengkaji karyanya mengetahui bahawa beliau telah berjaya dalam beberapa misi hidupnya.

Abdullah Munsyi telah berjaya menjadi guru, pakar rujuk, menyampaikan ajaran

248

Islam dan beberapa hal yang lain. Ada hal yang dicatatkan oleh Abdullah Munsyi, iaitu beliau masih tidak berpuas hati kerana tidak sempat menyusun sebuah buku tatabahasa Melayu. Kerja mengedit Injil dan risalah Kristian, terutama yang datang dari Betawi yang dibuat oleh Belanda dan Jerman dalam bahasa Melayu pasar juga masih belum habis dibetulkannya.

Dalam hal mengangkat pihak Inggeris dari segi kemajuan dan adat, beliau pasti digemari oleh Inggeris kerana secara tidak langsung telah mengangkat citra pihak

Inggeris berada di atas Portugis dan Belanda ynag pernah menguasai kawasan

Melayu sebelumnya. Hasil karya Hikayat Abdullah yang dicetak pada tahun 1907 oleh Penerbit Pustaka Antara telah pernah dijadikan teks sekolah dan bahan sastera

Melayu. Kewujudan dan kehebatan Inggeris kekal ditatap oleh para pembaca

Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat golongan tempatan yang masih mendukung pandangan Abdullah Munsyi. Perkara yang berkaitan dengan adat

Melayu tradisional yang mempercayai pelbagai jenis hantu dianggap karut bagi mereka yang mewarisi pemikiran realisme Inggeris ini. Begitu juga dengan makanan eksotik Melayu, seperti petai, jering dan pekasam yang busuk bagi Abdulllah

Munsyi juga akan busuk juga kepada mereka yang bersetuju dan sealiran dengannya. Abdullah Munsyi telah memasukkan hal ini dalam karya-karya autobiografi dan travelog beliau. Untuk kes rundingan identiti Abdullah Munsyi pula, sebagai kesimpulannya beliau mengakui pandangan beliau memang keras terhadap orang Melayu. Adakah beliau ini pada akhirnya mengaku beliau Melayu atau masih berunding untuk mengaku Melayu ataupun tidak? Jawapan yang dapat ditemui ialah Abdullah Munsyi boleh menjadi Melayu dalam hal kecintaannya terhadap bahasa, persuratan dan sastera Melayu. Dalam hal agama Islam, Abdullah

249

Munsyi mengisytiharkan yang beliau kekal sebagai umat Islam yang taat kepada rukun Islam. Walaupun begitu apabila memperkatakan adat tradisional dan amalan tertentu orang Melayu, Abdullah Munsyi tidak memperlihatkan bahawa beliau termasuk dalam kelompok itu. Hal ini memang kenyataan, golongan Peranakan

Keling hingga kini pun ada kelebihan ini, iaitu mereka boleh menjadi Melayu bergantung pada keadaan. Bagi pihak orang Melayu pula mereka tiada pilihan selain kekal menjadi Melayu dan tidak mungkin berkesempatan menjadi Peranakan Keling dalam apa juga keadaan.

5.2 Kesimpulan

Akhir kalam, kajian ini merupakan satu lagi sumbangan akademik kepada kajian- kajian Abdullah Munsyi yang terdahulu secara khususnya dan sumbangan kepada bidang pengajian kesusasteraan Melayu secara amnya. Kajian ini meneliti satu aspek yang belum diterokai iaitu perundingan identiti yang dilakukan oleh Abdullah

Munsyi semasa hidupnya. Kajian ini akan menambahkan lagi rujukan tentang

Abdullah Munsyi dan karya-karyanya.

250

BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. (1838). Hikayat Abdullah. Diterbitkan semula 2004. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Abdullah bin Abdul Kadir. (1970). The Hikayat Abdullah. Translation A.H. Hill. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Abdullah bin Abdul Kadir & Annabel Teh Gallop (1989): Cerita Kapal Asap, Indonesia Circle. Newsletter, 17:47-48, 3-18: School of Oriental & African Studies. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2003). Psikologi Kejayaan. Pahang: Penerbit PTS. Alatas, Syed Hussein. (1977). The Myth of the Lazy Native. London: Frank Cass. Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. (1970) The Mysticism of Hamzah Fansuri . Kuala Lumpur:University Malaya Press. Amin Sweeney. (2005). Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi: Jilid 1. Jakarta: Gramedia. Amin Sweeney. (2005). Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi: Jilid 2. Jakarta: Gramedia. Amin Sweeney. (2005). Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi: Jilid 3. Jakarta: Gramedia. Anas Hj Ahmad. (1984). Sastera Melayu Lama dan Baru. Kuala Lumpur: Syarikat Cahaya. Ann B.Dobie. (2002). Theory into Practice: An Introduction to Literary Criticism. Boston: Thomson Wadsworth. Anastasi, Tom. (1994). Personality Negotiation. Kuala Lumpur: Percetakan Soo. Andaya, L.Y. and B.W. (2001). A History of Malaysia. University of Hawaii Press: Hawaii. Ashcroft, Bill, Gareth Griffits and Helen Tiffin. (1989). The Empire Writes Back. London: Routledge. Avineri, Shlomo. (Ed.). (1969) Karl Marx on Colonialism and Modernization, New York: Anchor Book Badriyah Haji Salleh. (1999). Warkah Al-Ikhlas 1818-1821. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Barry, Peter. (1995). Beginning Theory: An Introduction to Literary Theory. Manchester: Manchester University Press. Bazerman, Max H. and Neale, Margaret H. (1992). Negotiating Rationally. New York: Free Press.

251

Blakie, Norman. (1993). Approaches to Social Enquiry. Cambridge: Polity Press. Boehmer, H. (1995). Colonial and Postcolonial Literature. Oxford: Oxford University Press. Bolton, G.C. (1973). Britain’s Legacy Overseas. London: Oxford University Press. Boggs, Carl. (1993). Intellectuals and the Crisis of Modernity. New York: State Bottom, J.C. (1960) Abdullah: Ahli Tradisi atau Tokoh Pembaharuan? Dewan Bahasa IV:1 hlm. 642-647.University Of New York Press. C. Skinner (1978). Transitional Malay literature: Part 1 Ahmad Rijaluddin and Munshi Abdullah In: Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 134 no: 4, 466-487: Leiden. C. Condon, John. (1975). An Introduction to Intercultural Communication. New Chatman, C.M., Eccles, J.S. & Malancunk, O. (2005). Identity Negotiation in everyday settings. In G.Downey, J.S. Eccles, & Chatman (Eds) Navigating The Future:Social Identity. Coping and Life Tasks (pp.116-139). New York: Russel Sage FoundationYork: The Bobbs-Merril Company, Inc. Chatman, C.M., Eccles, J.S. & Malancunk, O. (2005). Identity Negotiation in Everyday Settings. In G. Downey, J.S. Eccles, & Chatman (Eds) Navigating the Future: Social Identity. Coping and Life Tasks (pp.116-139). New York: Russel Sage Foundation. Clegg, Brian. (2000). Instant Negotiation. London: Kogan Page. Cloninger, Susan. (2008). Theories of Personality Understanding Persons. New Jersey: Pearson. Datoek Besar dan R. Roolving. (Eds.). 1953. Hikayat Abdullah. Penerbit Djambatan Djakarta: Amsterdam. Eagleton, Terry. (1994). Literary Theory, an Introduction. Minneapolis: University of Minnesota Press. Elyas Omar. (1959). Munsyi Abdullah, Pandangan dan Kritik Abdullah Mengenai Soal-soal Sistem Feudal Melayu,Pelajaran Bahasa dan Setengah-setengah Aspek Cara Penghidupan Orang Melayu. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. Emeis, M.G. (1965). Bunga Rampai Melayu Kuno. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fernando, Lloyd. (1986). Cultures in Conflict: Essays on Literature and English Language in South East Asia. Singapore: Graham Brash. Gallop, Annabel. (1989). Cerita Kapal Asap Abdullah bin Abdul Kadir. Translated and with an Introduction. Indonesia Circle, 48-49: 3-18. Hadijah Rahmat. (1998). Munsyi. Cairnhill Road. Teater kami Limited.

252

Hadijah Rahmat. (1999). Antara Dua Kota: Menjejaki Kesan-kesan Peninggalan Sejarah Munsyi Abdullah di Melaka dan Singapura. Singapura: Regional Training and Pub. Hadijah Rahmat. (2005). Kilat Senja Sejarah Sosial dan Budaya Kampung-kampung di Singapura. Singapura: HS Yang Publishing Limited. Hadijah Rahmat (2011) Seminar Series.Jalinan Budi. Pelayaran Menjejaki Warisan Sejarah Munsyi Abdullah Di Eropah : Sebuah Album Perjalanan.Mlc.alc.edusg. Harun Daud & Ahmad Samin Siregar. (2004). Mutiara Sastera Malaysia-Indonesia. Medan: USU Press. Harrison, Nicholas. (2003). Postcolonial Criticism. United Kingdom. Blackwell Publishers. Hassan Alwi. (1999). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. ILBS. (2005). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Direct Art Company. Ismail Hussein. (1974). The Study of Traditional Malay Literature, with Selected Bibliography. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismasul. (1966) “Memperkenalkan Kritik Sosial Abdullah dalam Buku Kisah Pelayaran Abdullah dlm. Mastika, hlm. 36-42. Jan Van Der Putten. (2006). Abdullah and the Missionaries. Jan 2006. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia and Oceania. Jihaty Abadi et al. (Ed.). (1986) Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu-Indonesia (Tradisi & Moden). Kuala Lumpur: ADABI. Lash & Friedman. (1992). Modernity & Identity. United Kingdom: Blackwell. M. Amend, James. (1998). Negotiation of Identity as Theme and Variation the Musical Art of Dondang Sayang in Melaka, Malaysia PUBLISHER INFORMATION Ann Arbor: University Microfilms International. M. Salleh Yaapar. (2005). Negotiating Identity in Malaysia: Multi-Cultural Society, Islam, Theatre and Tourism. Asian Journal of Social Science, 33(3), 473- 485. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/23654383. Mahathir Mohamad. (1970). The Malay Dilemma. Kuala Kumpur: Times Books International. Mana Sikana. (2005). Teori Sastera Kontemporari. Bangi. Pustaka karya. Martin, Judith N & Nakayama, Thomas, K. (2000). Intercultural Communication in Contexts. California: Mayfield Publishing Company. Mohd. Fadzil Othman. (1980). Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

253

Mohd. Wahidudin b. Abd. Wahab (1965) Abdullah Munshi as an Historian. Graduation Exercise: University Of Malaya. Monte Zain. (1996). Out of Malaya. Kuala Lumpur: Eszee Limited. Muhammad Ibrahim Munsyi. (1919) Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi. Johor: Pejabat Cetak Kerajaan Johor Muhammad Naguib Al-Attas. (1970). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Noriah Taslim. (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Taslim. (2007). From Ethocentrism to Eurocantrism: The Position of Abdullah’s Discourse on The Malays. Malay Literature Journal. Vol 20 No1: 20-33. Ngugi Wa Thiong ‘o. (2005). Decolonising the Mind. Oxford: James Curry. Oetzel&Ting-Toomey (Eds.). (2006). The SAGE Handbook of Conflict Communication, Integrating Theory, Research and Practice. California: SAGE. Omar Yusoff & Jamaluddin Aziz. et al. (Eds.). (2010). Jawi Peranakan di Pulau Pinang Ekspresi Sebuah Identiti. Pulau Pinang: Penerbit USM. P. Van Lang, A. Kruglanski & E.T. Higgins (Eds.). (2012). Handbook of Theories of Social Psychology. London: SAGE Publication Ltd. London. Panuti H.M. Sudjiman. (1985). Adat Raja-raja Melayu. Jakarta: UI Press. Rahmah Othman. (1989). “Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi” Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Ramlah Adam. (1991). Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosnani Hashim (2010). Reclaiming Conversation Islamic Intellectual Tradition in Malay Archipelago. Kuala Lumpur : The Other Press. Said, Edward. (1978). Orientalism. London Routledge and Kegan Paul. Samovar, Larry A. et al. (Eds.). (2006). Intercultural Communication A Reader. Belmont CA: Thomson Higher Education. Samovar, Larry A & Porter, Richard E. (1997). Intercultural Communication A Reader. Belmont CA: Thomson Higher Education. Sartre, Jean-Paul. (1949). What is Literature? Trans Bernard Frechtman, New York: Washington Square Press Inc. Schroeder, Ralph. (1992). Max Weber and the Sociology of Culture. London: Sage Publications.

254

Scott, Wilbur S. (Ed.). (1962). Five Approaches of Literary Criticism. New York: Cillier Books. Shari’ati, Ali. (1980). Marxcism and Other Western Fallacies. Berkeley: Mizan Press. Sheppard, Mubin. (1995). Tunku: His Life and Times. Petaling Jaya: Pelanduk. Showalter, Elaine. (2003). Teaching Literature. United Kingdom: Blackwell Publishing. Siti Aisyah Murad. (1996). Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sird. (2005). Islam Melayu Komunis Wawancara dengan: Abdullah C.D., Rashid Maidin, Abu Samah. Petaling Jaya. Strategic Information Research Developement. Sohaimi Abdul Aziz. (2002). Teori & Kritikan Sastera, Modenisme, Pasca Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Swann, W.B., Jr. & Bosson, J. (2008). Identity Negotiation: A Theory of Self and Social Interaction. In O. John, R. Robins, & L. Pervin (Eds.) Handbook of Personality Psychology: Theory and Research I (pp. 448-471). New York: Guilford.

Swann, W. B., Jr. (1983). Self-verification: Bringing Social Reality into Harmony with the Self. In J. Suls & A. G. Greenwald (Eds.), Psychological Perspectives on the Self (Vol. II, pp. 33-66). Hillsdale, New Jersey: Erlbaum.

Swann,W.B & Ely.R.J (1984). A Battle of Wills Self Verification vs behavioral confirmation. Journal of personality and social psychology. 46 (6) 1287- 1302. Austin: Austin University.

Swann, W. B. Jr. (2005). The self and identity negotiation. Interaction Studies, 6, 69-83.

Swann, W. B., Jr. (1999). Resilient Identities: Self, Relationships, and the Construction of Social Reality. New York: Basic Books.

Syed Hussein Alatas. (2013). The Myth of the Lazy Native: A Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and Its Function in the Ide. Routledge: London.

Teeuw, A. (1988). Sastra dan Ilmu Sastra. Jakarta: Pustaka Jaya Girimurti Pasaka.

Teuku Iskandar. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tham, Seong Chee. (1977). Malays and Modernization. Singapore: Singapore University Press.

255

Thomson, John Turnbull. (1984). Glimpses into Life in Malayan Lands. Singapore: Oxford University Press.

Ungku Maimunah Mohd.Tahir. (2000) ”The construction of Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi as the Father of Malay Literature.The Role of Westerners” in Smith, D. (Ed), The Canon in Southeast Asian Literature.

Vance, Mike & Deacon, Diane. (1995). Think Out of the Box. New Jersey: The Career Press.

Wheatly, Paul.(1980) The Golden Khersonese.Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Wheelis, Allen. (Ed.). (1958). The Quest for Identity. New York: W.W Norton & Company. Inc. Wilkinson, R. (1957). Papers on Malay Customs & Beliefs. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 30(4 (180)), 1-87. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/41503118 William, Patrick and Chrisman Laura. (Eds.). (1994). Colonial Discourse and Post- Colonial Theory, A Reader. Cambridge: Harvester Wheatsheaf. William, H. Harris. (Ed.). (1975). The New Columbia Encyclopedia. New York: Columbia University Press. Winstedt, R.O. (1986) Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Woodward, Kath. (2000). Questioning Identity, Gender, Class, Nation. London & New York: Open University Press. Yaakub Isa. (1971) “Kedudukan Abdullah di dalam Kesusasteraan Moden” Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yahya Ismail. (1964). “Bibliografi tentang Abdullah Munsyi” Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zaharah Ibrahim.(1986). Sastera Sejarah Interpretasi dan Penelitian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zahari A. Rashid. (2008). Kenang-kenangan Abdullah Munsyi. Selangor: IBS SDN. BHD. Zakaria Ismail. (1965). “Satu Tinjauan Tentang Abdullah Munsyi.” Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zawiah Yahya. (1994). Resisting Colonialist Discourse. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

256

LAMAN SESAWANG

Mark Snyder University of Minnesota Olivier Klein Université Libre de Bruxelles, Belgium (2004) Behavioral Confirmation, Construing and Constructing Others: On the Reality and the Generality of the Behavioral Confirmation Scenario In press: Interaction Studies. Muat turun pada 12 Julai 2011.

North, R.J. & Swann, W. B., Jr. (2009). Self-Verification 360º: Illuminating the light and dark sides. In V. Kwan & L. Gaertner (Eds.) Special issue for Self and Identity, 8, 131-146. Muat turun pada 19 Julai 2010

Swann, W. B., Jr., 1987. Identity negotiation: Where two roads meet. Journal of Personality and Social Psychology, 53, 1038-1051. http://www.ssc.wisc. edu. muat turun pada 19 Januari 2011

Ting-Toomey, S. (2015). Identity negotiation theory. The International Encyclopedia of Interpersonal Communication. 1–10. Muat turun pada 29 Jun -16

Swann, W.B & Bosson, J.K. 2008. Identity Negotiation: A Theory of Self and Social Interaction. Theory and Research. http://search0.scholarsportal.info/ids70/ view_record.php? Muat turun pada 11 Julai 2011 www.theguardian.com. Muat turun pada 20 Disember 2014 www.indiananet.com Muat turun pada 20 Disember 2014 southeast-asia.jbdirectory.com Muat turun pada 20 Disember 2014

The Indo-Chinese Gleaner No. 1, May 1817 http://en.wikipedia.org/wiki/William

Milne (missionary) Muat turun pada 20 Disember 2014.

257