Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 35 Selasa 25 Oktober 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 6) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 39) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 41) DR.25.10.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Selasa, 25 Oktober 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Menteri Kewangan menyatakan berasaskan pembentangan Bajet 2017 pada hari Jumaat yang lepas, berapakah sebenarnya jumlah hutang negara dan jumlah jaminan kerajaan. Apakah tujuan hutang dan jaminan tersebut. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, kedudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2% daripada KDNK. Daripada jumlah berkenaan, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik. Sementara 4.1% lagi atau RM26.9 bilion merupakan pinjaman luar pesisir. Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Hutang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah bertujuan untuk membiayai defisit berikutan kekurangan hasil bagi menampung perbelanjaan pembangunan kerajaan. Pinjaman yang dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan yang produktif yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat memanfaatkan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan empangan. Selain itu, secara tidak langsung ia memberi manfaat kepada sektor swasta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah jaminan yang diberikan oleh kerajaan sehingga Jun 2016 adalah sebanyak RM180.9 bilion atau 14.7% daripada KDNK. Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek infrastructure seperti DanaInfra Prasarana dan PTPTN yang DR.25.10.2016 2 terlibat dalam pembinaan infrastructure seperti MRT, LRT dan penyediaan pinjaman pelajaran untuk pendidikan peringkat tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan terus komited untuk memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55% daripada KDNK bagi memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan kekal rendah dan terurus. Langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengelakkan jumlah hutang kerajaan terus meningkat pada masa akan datang? Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan ambil beberapa langkah. Pertama, untuk memastikan bahawa perbelanjaan mengurus kita tidak melebihi daripada hasil. Maknanya kita mesti memperoleh surplus Tuan Yang di-Pertua daripada segi akaun semasa kerajaan. Kedua, kita mesti tentukan bahawa pinjaman itu digunakan untuk mengembangkan ekonomi, menambahkan lagi kegiatan ekonomi negara. Di samping itu juga, kita memberi keutamaan kepada pinjaman dalam negeri. Dengan langkah- langkah sedemikian termasuk juga perbelanjaan yang berhemat, cekap dan berkesan, mementingkan outcome, insya-Allah kita dapat menguruskan hutang negara dalam keadaan yang terkawal. Insya-Allah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat terangkan dari manakah pinjaman RM27 bilion ini luar pesisir. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, pinjaman luar pesisir ini sebahagian besarnya daripada sukuk yang kita terbitkan. Sukuk itu disubscribe, dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh masyarakat antarabangsa untuk membiayai pinjaman kita. Kita lakukan perkara ini kerana sedikit sebanyak ia memberi isyarat dari segi sama ada mereka ada keyakinan terhadap pengurusan ekonomi negara Malaysia ataupun sebaliknya. ■1010 2. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tahap penyertaan golongan belia terhadap program perniagaan mobilepreneur serta nyatakan usaha promosi dan galakan bagi menarik lebih ramai golongan belia untuk menyertai program ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob]: Terima kasih Yang Berhormat. Projek ataupun Program Usahawan Bergerak (mobilepreneur) adalah program yang memberi peluang kepada golongan belia DR.25.10.2016 3 Malaysia terutamanya kepada golongan ahli isi rumah miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) untuk menjadi usahawan sebagai kerjaya dan menambahkan sumber pendapatan mereka. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan belia di luar bandar menjalankan perkhidmatan bergerak sebagai perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Di dalam program Mobilepreneur ini, kerajaan menyediakan motosikal secara percuma berserta dengan peralatan dan latihan bermula dari bulan Mei 2016, program ini bermula dan kita menyasarkan sebanyak 500 menjelang akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Dari segi sambutan, ia amat menggalakkan dan melebihi sasaran. Sehingga sekarang, seramai 245 usahawan Mobilepreneur telah pun kita lahirkan. Kita percaya sehingga 31 Disember nanti kita boleh mencapai sasaran 500 orang berdasarkan bajet yang kita terima. Seterusnya, dari segi promosi. Sejak daripada kita memperkenalkan program ini, kita telah pun melaksanakan berbagai-bagai promosi termasuklah temu bual di dalam televisyen, liputan di dalam media cetak termasuk juga dengan media sosial dan sebagainya dan kita juga menguar-uarkan di dalam laman web KKLW. Borang permohonan Mobilepreneur juga boleh diakses secara online daripada laman web KKLW. Terima kasih. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang]: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Adakah kementerian boleh membantu juga golongan belia yang telah mempunyai motosikal sendiri untuk diserapkan di bawah program Mobilepreneur ini? Apakah cadangan projek seperti aktiviti membaja dan meracun di kawasan- kawasan kebun dan juga ladang boleh dimasukkan sekali di dalam pakej untuk program ini untuk mereka memohon sama. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya kira Yang Berhormat Sekijang memberi cadangan yang baik iaitu supaya kita boleh convert dengan izin motosikal yang dipunyai sendiri. Walau bagaimanapun kita akan melihat cadangan ini dan kita boleh bersetuju supaya pemilik motosikal yang sudah ada boleh convert motosikal mereka untuk menjadi usahawan Mobilepreneur dan kita boleh bantu dari segi untuk upgrade motosikal mereka serta memberikan peralatan dan latihan. Walau bagaimanapun, dari segi kewangan, oleh kerana program Mobilepreneur tidak memperuntukkan dana kewangan sebagai modal. Jadi kita boleh memberikan pinjaman melalui dana-dana ataupun daripada dana seperti daripada MARA dan sebagainya untuk membantu mereka untuk memulakan ataupun memperbesarkan perniagaan mereka. DR.25.10.2016 4 Setakat hari ini kita ada 12 perkhidmatan dan pertanian tidak termasuk di dalam 12 perkhidmatan yang kita bekalkan melalui modal Mobilepreneur ini. Jadi setakat ini kita tidak lagi bersedia untuk memperluaskan selain daripada 12 yang ada pada hari ini. Terima kasih. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, bagaimanakah perancangan untuk memantau Mobilepreneur ini kerana motosikalnya diberi secara percuma. Berapa lama projek ini akan berlangsung? Adakah hanya setakat 2,500 yang disasarkan ataupun akan berterusan? Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan terus membuat pemantauan oleh pegawai-pegawai kita selama enam bulan. Kalau ada penyelewengan, motosikal tersebut akan ditarik balik. Dari segi perancangan kita, walaupun di peringkat awal kita hanya menyasarkan 500 kerana peruntukan sebanyak RM5 juta, tetapi kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam pengumuman bajetnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bajet sebanyak RM30 juta untuk melahirkan Mobilepreneur menjelang akhir tahun 2017. Daripada awal tahun 2017 hingga akhir tahun 2017, bermakna ada 3,000 lagi yang akan kita lahirkan. Terima kasih. 3. Dr. Ong Kian Ming [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengapa RM2 bilion diperuntukkan di bawah bajet Kementerian Kesihatan dalam Bajet 2017 untuk "Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital" dan senaraikan syarikat- syarikat swasta yang mendapat kontrak akibat daripada penswastaan ini. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, peruntukkan RM2 bilion bagi penswastaan perkhidmatan sokongan hospital diperlukan untuk 148 buah hospital bagi perkhidmatan seperti berikut: (i) perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti; (ii) perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan biomedical; (iii) perkhidmatan linen dan pendobian; (iv) perkhidmatan pengurusan sisa fasiliti kesihatan; (v) perkhidmatan pembersihan; dan (vi) perkhidmatan pengurusan fasiliti. Selain itu, peruntukkan ini adalah untuk tujuan pembayaran seperti perubahan yuran bagi penambahan dan pengurangan aset atau facility, sustainability program iaitu ‘Indah Health Quality, Energy
Recommended publications
  • Sarawak Energy Inks PPA with Malaysian Phosphate Agreement to Supply Power to Region’S 1St Integrated Phosphate Complex in Sarawak by AZU JAMUL
    January - October 2014 | Complimentary Issue Sarawak Energy Inks PPA with Malaysian Phosphate Agreement to supply power to region’s 1st integrated phosphate complex in Sarawak by AZU JAMUL SARAWAK state-owned Sarawak Energy Bhd announced that it had signed an agreement to supply 150MW of power to Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd (MPASSB) for RM1 billion phosphate plant. This was done through its wholly-owned subsidiary Syarikat SESCO Bhd via a power purchase agreement (PPA) term sheet. The signing followed an announcement to Sj tveit (left) shaking hands with Wu after the signing of the agreement to supply power to Malaysian Phosphate Additives yesterday the exchange on Dec 31, 2013, by integrated 0 infrastructure development company Cahya “Sarawak Energy has created an avenue for The location of the plant is to take advantage The plant is expected to be completed in 2016 Mata Sarawak Bhd that its wholly-owned foreign investors and local players alike to of the competitively priced long-term power and will manufacture food phosphates, animal subsidiary Samalaju Industries Sdn Bhd (SISB) increase their presence through reliable channel supply prices and supporting infrastructure that feed phosphates and fertiliser phosphates for has entered into a shareholders’ agreement with of renewable energy in Sarawak and the steady have been successfully attracting other energy use in local and export markets. Sarawak Energy’s Malaysian Phosphate Venture Sdn Bhd and its pace of investment shows investors’ confidence intensive industries to SCORE’s SIR . projections indicate that by the middle of the parent company MPASSB, and Arif Enigma Sdn in the state.” next decade, residential, retail and commercial Bhd (AESB) for the development of a 500,000 “We look forward to grow and sustain this customers in Sarawak will require 2,000MW while metric tonne per annum phosphorus plant.
    [Show full text]
  • The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Scandal: Exploring Malaysia's 2018 General Elections and the Case for Sovereign Wealth Funds
    Seattle Pacific University Digital Commons @ SPU Honors Projects University Scholars Spring 6-7-2021 The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Scandal: Exploring Malaysia's 2018 General Elections and the Case for Sovereign Wealth Funds Chea-Mun Tan Seattle Pacific University Follow this and additional works at: https://digitalcommons.spu.edu/honorsprojects Part of the Economics Commons, and the Political Science Commons Recommended Citation Tan, Chea-Mun, "The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Scandal: Exploring Malaysia's 2018 General Elections and the Case for Sovereign Wealth Funds" (2021). Honors Projects. 131. https://digitalcommons.spu.edu/honorsprojects/131 This Honors Project is brought to you for free and open access by the University Scholars at Digital Commons @ SPU. It has been accepted for inclusion in Honors Projects by an authorized administrator of Digital Commons @ SPU. The 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Scandal: Exploring Malaysia’s 2018 General Elections and the Case for Sovereign Wealth Funds by Chea-Mun Tan First Reader, Dr. Doug Downing Second Reader, Dr. Hau Nguyen A project submitted in partial fulfillMent of the requireMents of the University Scholars Honors Project Seattle Pacific University 2021 Tan 2 Abstract In 2015, the former PriMe Minister of Malaysia, Najib Razak, was accused of corruption, eMbezzleMent, and fraud of over $700 million USD. Low Taek Jho, the former financier of Malaysia, was also accused and dubbed the ‘mastermind’ of the 1MDB scandal. As one of the world’s largest financial scandals, this paper seeks to explore the political and economic iMplications of 1MDB through historical context and a critical assessMent of governance. Specifically, it will exaMine the economic and political agendas of former PriMe Ministers Najib Razak and Mahathir MohaMad.
    [Show full text]
  • Kenyataan Media
    KENYATAAN MEDIA YB. DATUK DR. EWON EBIN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA MERANGKAP AHLI PARLIMEN P.179 RANAU MENGENAI 52 GEMPA SUSULAN SEHINGGA JAM 12.00 TENGAHARI, 7 JUN 2015 : KEJADIAN GEMPA BUMI 5.9 SKALA RITCHER PADA 5 JUN 2015 DI RANAU, SABAH Sehingga 12.00 tengahari, 7 Jun 2015, sebanyak 52 gempa bumi susulan telah berlaku dengan kekuatan lemah antara 1.6 hingga 4.5 pada Skala Ritcher yang boleh menyebabkan bahaya tanah runtuh di sekitar Gunung Kinabalu. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Mengenai hal warna air di Hot Spring berubah menjadi hitam, menurut kajian pakar geologi, ia merupakan fenomena biasa selepas berlaku gempa bumi disebabkan berlakunya percampuran tanah/lumpur. Sebagai perkongsian, Gunung Kinabalu sudah terbentuk 7 - 8 juta tahun dahulu. Pada asalnya ianya merupakan gunung berapi tetapi telah mati atau ‘dorman’ dan kini tiada sebarang petunjuk mengatakan ianya kembali aktif dan kali terakhir berlaku letupan gunung berapi ialah puluhan ribu tahun dahulu iaitu di Tawau dan Semporna. Makluman bersama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menubuhkan War Room bertempat di Pejabat Meteorologi Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai tempat rujukan orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status gempa bumi tersebut dan gempa-gempa susulan yang berlaku dengan menghubungi talian 088-413 690 @ 088-413 691. Di samping itu orang awam juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan dari laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet atau MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).
    [Show full text]
  • No. Soalan : 11 Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat
    NO. SOALAN : 11 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN LISAN DARIPADA DATUK DR EWON EBIN [ RANAU ] TARIKH 03.11.2015 (SELASA) DATUK DR. EWON EBIN [ RANAU ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan (a) Keberhasilan subsidi pengangkutan darat luar bandar di negeri Sabah dalam menangani isu kenaikan harga barangan di negeri tersebut; dan (b) Usaha-usaha lain yang dibuat oleh Kementerian dalam memantau kenaikan harga barangan terutama sekali di kawasan pedalaman negeri Sabah. JAWAPAN: Tuan Yang Di-Pertua, a) Kementerian telah memberikan subsidi pengangkutan bagi mengangkut barangan keperluan dari pusat pengagihan ke kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sabah. Program ini yang dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga telah dilaksanakan dari tahun 2009 sehingga kini. Pada tahun 2015 sebanyak RM90 juta peruntukan telah disalurkan bagi memastikan harga barang keperluan di Sabah adalah seragam seperti di Semenanjung. Program ini melibatkan sebanyak 159 transporter yang telah dilantik di negeri Sabah untuk membawa 7 jenis bekalan barangan keperluan pengguna seperti beras super tempatan 15%, gula, minyak masak, tepung gandum, gas memasak (LPG), petrol RON95 dan diesel. Sepanjang pelaksanaan program ini, seramai 1,042,547 orang penduduk di 503 kawasan pengedaran telah menikmati faedah secara langsung di mana bekalan barangan keperluan ini dapat distabilkan dan harga barangan dapat diseragamkan dengan harga di Semenanjung. Sebagai contoh sebelum pelaksanaan program di kawasan berhormat di Ranau, harga beras super tempatan 15% (10kg) sebanyak RM25.00, harga minyak masak (1 kg) sebanyak RM3.50, dan harga gula (1kg) sebanyak RM3.00. Manakala selepas pelaksanaan program harga beras super tempatan 15% (10kg) menurun kepada RM18.00, harga minyak masak (1 kg) menurun kepada RM2.50 dan harga gula (1kg) menurun kepada RM2.84.
    [Show full text]
  • Dermaga-Sastra-Indon
    Dermaga Sastra Indonesia Kepengarangan Tanjungpinang dari Raja Ali Haji sampai Suryatati A. Manan komodo books komodo books DERMAGA SASTRA INDONESIA: Kepengarangan Tanjungpinang dari Raja Ali Haji sampai Suryatati A Manan Tim Penyusun: Pelindung: Dra. Hj. Suryatati A. Manan (Walikota Tanjungpinang) Drs. Edward Mushalli (Wakil Walikota Tanjungpinang) Penasehat: Drs. Gatot Winoto, M.T. (Plt. Sekretaris Daerah Kota Tanjungpinang) Penanggung Jawab: Drs. Abdul Kadir Ibrahim, M.T. (Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Tanjungpinang) Ketua: Drs. Jamal D. Rahman, M. Hum. Wakil Ketua: Syafaruddin, S.Sn., M.M. Sekretaris: Said Hamid, S.Sos. Anggota: Drs. Al azhar Drs. H. Abdul Malik, M.Pd. Drs. Agus R. Sarjono, M. Hum. Raja Malik Afrizal Desain dan Visualisi Isi: Drs. Tugas Suprianto Pemeriksa Aksara: Muhammad Al Faris ISBN: 979-98965-6-3-2 Diterbitkan oleh Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Tanjungpinang, Kepulauan Riau bekerja sama dengan Penerbit Komodo Books, Jakarta ii DERMAGA SASTRA INDONESIA WALIKOTA TANJUNGPINANG SAMBUTAN WALIKOTA TANJUNGPINANG Bismillâhirrahmânirrahîm. Assalâmu‘alaikum warahmatullâhi wabarakâtuh. Salam sejahtera bagi kita semua. Encik-encik, Tuan-tuan, Puan-puan, dan para pembaca yang saya hormati, Pertama-tama marilah kita mengucapkan puji syukur kepada Allah SWT., Tuhan Yang Maha Esa, karena atas limpahan rahmat dan karunia-Nya jualah sehingga kita dapat melanjutkan aktivitas dan kreativitas masing-masing dalam rangka mencapai ridha-Nya. Shalawat dan salam senantiasa diucapkan untuk junjungan alam, Nabi Besar Muhammad SAW. Allâhumma shalli ‘alâ saiyidinâ Muhammad. Sidang pembaca yang saya muliakan, Terkait dan terbabit pertumbuhkembangan sastra Indo- nesia modern sampai dewasa ini, sejatinyalah tidak dapat dipisahkan dengan adanya sastra Melayu yang sentralnya antara lain di Pulau Penyengat, Kota Tanjungpinang, sejak berbilang abad yang lampau.
    [Show full text]
  • DUA MENTERI SABAH DIGUGUR (Bernama 28/02/1999)
    28 FEB 1999 Sabah-menteri DUA MENTERI SABAH DIGUGUR KOTA KINABALU, 28 Feb (Bernama) -- Dua menteri kerajaan negeri Sabah digugur dan 11 muka baru dinamakan sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihan raya negeri pada 12 dan 13 Mac ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dayang Mahani Tun Ahmad Raffae serta Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Pandikar Amin Haji Mulia sendiri meminta digugurkan, kata Ketua Menteri Tan Sri Bernard Dompok pada satu persidangan berita di sini hari ini. Pandikar Amin, presiden AKAR, sebelum ini mewakili kawasan Tempasuk manakala Dayang Mahani, naib Ketua Wanita Umno Sabah, memenangi kerusi Lumadan pada pilihan raya 1994. Dompok yang juga Pengerusi BN Sabah berkata barisan muka baru itu yang termasuk presiden LDP Senator Datuk Chong Kah Kiat bertujuan mengemukakan bakat dan ide baru ke arah mengukuhkan kedudukan BN. Dalam senarai itu, Umno mendapat 24 kerusi, Parti Demokratik Sabah (PDS) 12, Parti Maju Sabah (SAPP) 5, LDP 2, AKAR 2, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) 2 dan MCA satu. Dompok akan mempertahankan kerusi Moyog yang diwakilinya sejak 1986, Katanya semua calon BN itu dipilih sendiri oleh parti-parti komponen dengan mengambil kira faktor keseimbangan dan bakat. Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi BN mempengaruhi pemilihan calon, Dompok berkata "tidak". Dua wanita ialah antara muka baru itu -- Datuk Christine Van Houten dari PDS yang akan bertanding di Inanam dan Surinam Haji Sadikum dari Umno di Lumadan menggantikan Dayang Mahani. Pandikar Amin yang turut hadir pada persidangan berita itu berkata keputusan beliau tidak bertanding ialah untuk kepentingan BN. "Kini, saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk berkempen khususnya untuk menjamin kemenangan dua kerusi yang diperuntukkan kepada AKAR," katanya.
    [Show full text]
  • Negeri Sembilan: Rantau Minangkabau Di Semenanjung Tanah Melayu
    HISTORIA: Jurnal Pendidikan Sejarah, IX, 2 (Desember 2008) NEGERI SEMBILAN: RANTAU MINANGKABAU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU Rahilah Omar dan Nelmawarni ABSTRACT For a long time, the people of Minangkabaus have had strong inclination to leave their original village in search of new settlement besides seeking wealth. In the Minangkabau culture, this practice of leaving one’s home is known as merantau. This practice has caused a strong influence in terms of history, blood ties and cultural linkages especially between the Kingdom of Pagaruyung of Sumatra and Negeri Sembilan and in general the Minangkabaus. The existence of Negeri Sembilan began with the coming of the Minangkabaus perantau to the place. They explored the area and built settlements within these localities. Their roles as pioneer settlers and setting new localities are seen as one of the important aspects in the history of Negeri Sembilan. The Minangkabaus perantau did not only struggle to achieve a better living but had also successfully established a kingdom and instilled the Adat Pepatih as the cultural basis of Negeri Sembilan. Key words: the people of Minangkabaus, Minangkabau, the history of Negeri Sembilan. Rahilah Bt. Omar (Ph.D) adalah seorang Pensyarah di Jabatan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lahir pada tanggal 8 Maret 1961. Memperoleh Bachelor of Arts in History, dari University Kebangsaan Malaysia (1992); Master of Arts in History, “The Regicide Of Sultan Mahmud III And The Claim Of Raja Kecik For The Throne Of Johore, 1718” – University Of Hull, England (1996); dan Ph.D. in History (South Sulawesi, Indonesia) dengan judul disertasi “The History Of Boné, A.D.
    [Show full text]
  • Research Title
    THE ROLE OF FEDERALISM IN MITIGATING ETHNIC CONFLICTS IN PLURAL SOCIETIES: NIGERIA AND MALAYSIA IN COMPARATIVE PERSPECTIVE CHUKWUNENYE CLIFFORD NJOKU DEPARTMENT OF INTERNATIONAL RELATIONS AND STRATEGIC STUDIES FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 2015 THE ROLE OF FEDERALISM IN MITIGATING ETHNIC CONFLICTS IN PLURAL SOCIETIES: NIGERIA AND MALAYSIA IN COMPARATIVE PERSPECTIVE CHUKWUNENYE CLIFFORD NJOKU AHA080051 THESIS SUBMITTED IN FULFULMENT OF THE REQUIREMENT FOR THE DEGREE OF DOCTOR OF PHILOSOPHY IN INTERNATIONAL RELATIONS DEPARTMENT OF INTERNATIONAL RELATIONS AND STRATEGIC STUDIES FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 2015 UNIVERSITY OF MALAYA ORIGINIAL LITERARY WORD DECLARATION Name of Candidate: Chukwunenye Clifford Njoku (I/C/Passport No. A06333058) Registration/Matric No: AHA080051 Name of Degree: Doctor of Philosophy Title of Project Paper/Research Report/Dissertation/Thesis (“this Work”): The Role of Federalism in Mitigating Ethnic Conflicts in Plural Societies: Nigeria and Malaysia in Comparative Perspective Field of Study: International Relations I do solemnly and sincerely declare that: (1) I am the sole author/writer of this Work; (2) This Work is original; (3) Any use of work in which copyright exists was done by way of fair dealing and for permitted purposes and any except or extract from, or reference to or reproduction of any copyright work has been disclosed expressly and sufficiently and the title of the work and its authorship have been acknowledged in this
    [Show full text]
  • Revisi Pantas Sejarah Tingkatan 3 © Chekgu Anas 1
    BAB 1: KEDATANGAN KUASA BARAT • Bahasa melayu dan tulisan jawi Tidak Formal 1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA • Kemahiran bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang 1. Apakah maksud kestabilan? • Ilmu agama, pekerti mulia • Pantun, syair, peribahasa berbentuk ✓ Sistem Pemerintahan tauladan • Sistem Pemerintahan Beraja • Matlamat; membolehkan berdikari • Hierarki Pemerintahan Negeri Sembilan • Amalan dan kepercayaan turun temurun • Sistem Pemerintahan Sarawak • Sistem Pemerintahan Sabah 1.2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT ✓ Perundangan • Undang undang bertulis 3. Apakah faktor kedatangan kuasa barat abad • Contoh: Hukum Kanun Melaka ke 16? • Undang tidak bertulis ✓ Barangan Mewah • Contoh: Adat Perpatih • Rempah ratus, minyak wangi, emas, perak ✓ Hubungan luar • Dari China seperti teh, sutera, tembikar • Dengan negara luar ✓ Pusat Pengumpulan Barang • Politik, ekonomi, sosial • China mahukan emas, perak, bijih timah • Memanfaatkan hubungan dengan yang boleh dijumpai di Kepulauan Melayu pedagang ✓ Pelabuhan Persinggahan • Kebijaksanaan pemerintah • Angin monsun • Berlindung sementara perubahan angin 2. Apakah maksud kemakmuran? • Mengisi bekalan makanan, baiki kapal ✓ Hasil Bumi, Hasil Alam 4. Apakah faktor kedatangan abad ke-17-20? • Bijih timah, emas, perak • Hasil hutan; rempah ratus, damar, rotan ✓ Revolusi Perindustrian • Hasil hutan; kayu kayan, gaharu, cendana. • Abad 17,18- Membolehkan barangan • Hasil laut; sirip ikan yu, timun laut dikeluarkan secara besaran. Mencari ✓ Memanfaatkan Hasil Alam pusat untuk bekalkan bahan mentah
    [Show full text]
  • Drastic but Bold' Analysts
    Headline PM's move to drop Muhyiddin drastic but bold - analysts MediaTitle Borneo Post (KK) Date 29 Jul 2015 Language English Circulation 89,224 Readership 267,672 Section Home Color Black/white Page No 11 ArticleSize 208 cm² AdValue RM 580 PR Value RM 1,740 PM s move to drop Muhyiddin drastic but bold' ­ analysts KUALA LUMPUR: Political and Environment Minister) and analysts have described Prime Datuk Dr Ewon Ebin (Science, Minister Datuk Seri Najib Tun Technology and Innovation Razak's decision to drop his deputy Minister). Economist Prof Datuk Tan Sri Muhyiddin Yassin from the Dr Amir Hussin Baharuddin, who new Cabinet line­up as a "drastic is attached to Universiti Utara but bold" move. Malaysia's School of Economics, They believe that Najib had to Finance and Banking Studies, resort to a Cabinet reshuffle as he said the Cabinet reshuffle was needed its full support to proceed essential as the ruling government with the implementation of various has to make sure that the nation policies and to restore the people's remained steady to face the next faith inBarisan Nasional (BN). general election. Senior political science lecturer "No one should feel dispirited. at Universiti Teknologi Mara's We've to accept it with a positive Dungun campus in Terengganu, frame of mind... nobody is bad and Che Hamdan Che Mohd Razali, nobody is good," he told Bejuama. said: "I think, on the whole, what The Cabinet reshuffle, he said, Najib is looking for are Cabinet was carried out in the interest of members who are loyal and are all concerned and was essential in able to work him in all kinds of the face of all the issues rocking situations, whether good or bad.
    [Show full text]
  • Communicating to Large Power Customers
    COMMUNICATING TO LARGE POWER CUSTOMERS KDN : PP8515/01/2013(031995) What you need to know about ELECTRICITY TARIFF REBATE DUE TO ICPT... Hydropower Malaysia Going Paperless Powerline Safety, Emergency Aid Showcasing a Century with e-Billing effort Energy Efficiency & TNB Flood of Success Power Quality Advice Relief Efforts from KeTTHA’s View Volume 2 | 2015 Community_TLINK SIZE.pdf 1 5/20/15 10:32 AM Sometimes, happiness is nothing more than a fresh coat of paint. ) W - (200866 HAD R E B ASIONAL N A G A N E T Progress means little at all if the communities in which we do business don’t benet from our endeavours too. Hence, through our community programmes such as Projek Mesra Rakyat and Projek Baiti Jannati, we have played a part to ease the burdens of the nation’s needy by transforming homes considerably worse for wear into comfortable homes equipped with electricity, water and proper sanitation. We do all this to better lives for a brighter tomorrow. www.tnb.com.my pg 1.pdf 1 1/29/15 5:02 PM MESSAGE enaga Nasional Berhad (TNB) is poised to build on Meanwhile, TNB has also instituted measures to further Tand exceed the achievements it realised in 2014, to strengthen our operations to ensure continual accomplish greater success this year. improvements in terms of efficiency and reliability. In addition to raising the effectiveness and profitability We have made numerous efforts to ensure that we are of our operations, this approach is also vital towards prepared for the implementation of the 6% Goods and guaranteeing that electricity supply can be provided Services Tax (GST).
    [Show full text]
  • Jurnal Sejarah Dan Kebudayaan
    P-ISSN: 2339-0921 E-ISSN: 2580-5762 Jurnal Sejarah dan Kebudayaan Pengaruh Bugis di Tanah Melayu dalam Perspektif Sejarah Sosial Politik Saepuddin Akulturasi Budaya: Adat Pernikahan di Kelurahan Cikoro Kecamatan Tompobulu Kabupaten Gowa St. Hajar, M. Dahlan M, Syamzan Syukur Corry Van Stenus, Perempuan dalam Perjuangan Abdul Qahhar Mudzakkar (1950-1965) Nurul Azizah Sejarah dan Penyebaran Islam di Asia dan Afrika Herman Wicaksono Sarekat Islam Penggagas Nasionalisme di Indonesia Soraya Rasyid, Annisa Tamara Bergerak dengan Dua Sayap: Fenomena Gerakan Dakwah dan Politik Hizbut Tahrir di Indonesia Pasca Reformasi Aksa Volume 8 Nomor 1 Januari-Juni 2020 P-ISSN 2339-0921 E-ISSN 2580-5762 RIHLAH Jurnal Sejarah dan Kebudayaan Editor in Chief : Dr. Rahmat, M.Pd. Managing Editor : Mastanning, S.Hum, M.Hum. Editorial Board : Nur Ahsan Syukur, S.Ag, M.Si. : Chaerul Munzir, S.Hum, M.Hum. : Lydia Megawati, S.Hum, M.Hum. : Muhammad Husni, S.Hum, M.Hum. : Zaenal Abidin, S.S., M.H.I. : Chusnul Chatimah Asmad, S.IP, M.M. : Muhammad Arif, S.Hum, M.Hum. : Nurhidayat, S.Hum, M.Hum. Desain Grafis : Nur Arifin, S.IP. Secretariat : Safaruddin, S.Hum. Reviewers : Prof. Dr. H. Abd. Rahim Yunus, M.A. : Prof. Dr. H. Ahmad M. Sewang, M.Ag. : Dr. Hj Syamzan Syukur, M.Ag. : Dr. Nasruddin Ibrahim. : Dr. Abd. Rahman Hamid. : St. Junaeda, M.Hum. : Dr. Rahmawati, MA. : Dr. Nurhayati Syairuddin, M.Hum Alamat Redaksi dan Tata Usaha : Jurusan Sejarah dan Kebudayaan Islam Fakultas Adab dan Humaniora UIN Alauddin Makassar, Jln. Sultan Alauddin No. 36 Samata Gowa Tlp. 0411-841879 Fax. 0411-822140 (Kampus II) E.Mail.
    [Show full text]