JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR LAPORAN LIPUTAN MEDIA 14 JANUARI 2019

1. Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta wabak rabies; Online

OLEH:

SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT DAN ANTARABANGSA BAHAGIAN PERANCANGAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

MEDIA CETAK MEDIA ELEKTRONIK BERITA HARIAN THE BERITA HARIAN THE MALAY MAIL UTUSAN MALAYSIA THE STAR KOSMO SINAR HARIAN KOSMO HARIAN METRO HARIAN METRO NEW STRAIT TIME

THE SUN SUNDAY STAR

RUANGAN : M/SURAT: RUANGAN : Nasional PERKARA DASAR JABATAN IMPORT EKSPORT SISTEM KUALITI PELBAGAI

KESIHATAN AWAM KAWALAN PENYAKIT PENGUATKUASAAN

KEBAJIKAN HAIWAN TEKNOLOGI VETERINAR ADUAN

TARIKH 14 Januari 2019

KETUA Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam - Foto Sairien Nafis Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta wabak rabies

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim [email protected] Kongsi artikel

Share

Tweet

Share

IPOH: Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Perak hari ini diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila berikutan empat sampel diambil di kawasan itu mendapati ianya positif wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, berkata ujian dilakukan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas menerima maklumat pengadu dari Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping, 31 Disember lalu.

Beliau berkata, pengadu berkenaan melaporkan bahawa dua ahli keluarganya digigit oleh seekor anjing miliknya pada 25 Disember dan anjing itu telah dilupuskan oleh pengadu pada 3 Januari.

"Pada 4 Januari, sampel otak daripada anjing itu telah diuji dan disahkan positif terhadap penyakit rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), .

"Survelan dan persampelan telah dijalankan serta-merta di dalam lingkungan dua kilometer radius dari foci jangkitan bagi mengetahui status perebakan penyakit rabies di kawasan berkenaan.

"Sebanyak tiga lagi sampel (daripada anjing berkeliaran) telah dikesan positif daripada 30 sampel yang diambil pada 11 Januari lalu iaitu di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Sri Boyan.

"Pewartaan kawasan jangkitan rabies dilakukan pada 14 Januari (hari ini). Pewartaan ini membabitkan Mukim Taiping dan Mukim Bukit Gantang," katanya dalam kenyataannya hari ini.