TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

PROGRAM KASIH RAMADHAN PARLIMEN PADANG TERAP

#Negaraku_KasihKITA_KPWKM #apahabaqkedah

16 JUN 2017 (JUMAAT)

1

SALUTASI

[AKAN DISEDIAKAN KEMUDIAN]

Bimillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam Negaraku

1. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid atas kesudian menerima kehadiran saya serta rombongan pengurusan tertinggi Kementerian saya iaitu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, dalam siri jelajah turun padang #Negaraku_KasihKITA_KPWKM, dengan tema khas yang dipilih untuk Negeri iaitu #apahabaqkedah. Selain dari hashtag tersebut, saya dimaklumkan, Kedah juga terkenal dengan tagline “habaq hang”, walau bagaimanapun #apahabaqkedah telah dipilih kerana bersesuaian dengan objektif siri jelajah yang bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi KPWKM berserta Agensi-agensi dibawahnya kepada masyarakat dan rakyat khususnya di negeri Kedah.

Tuan-tuan dan puan-puan

2. Untuk makluman tuan/puan, program #Negaraku_KasihKITA_KPWKM berkonsepkan turun padang dengan objektif memperkenalkan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi di bawah kementerian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga

2

Penduduk dan Pembangnan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Agensi-agensi yang saya sebutkan merupakan agensi utama yang berada di setiap negeri dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

3. Mungkin ramai kalangan masyarakat amat mengenali JKM sebagai agensi bantuan kabajikan semata-mata. Namun, JKM juga berperanan besar dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin, melalui penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak (Pindaan 2016). Kemungkinan ramai tidak menyedari peranan besar yang dimainkan oleh JKM dalam melesatarikan kehidupan rakyat di Malaysia.

4. Pada hari ini, kita turut meraikan seramai 200 penerima bantuan JKM sekitar Daerah Padang Terap. Daripada jumlah tersebut, seramai

• 59 orang merupakan penerima bantuan pelbagai skim • 49 orang penerima bantuan warga emas • 53 anak-anak yatim; dan • 40 orang penerima bantuan OKU (PDK)

5. Sebagai makluman, JKM Daerah Padang Terap turut menyantuni para penerima melalui aktiviti ziarah ke rumah seperti yang dilakukan hari ini melalui Program Cari dan Bantu serta program Home Help.

3

Tuan-tuan dan puan-puan

6. Selain JKM, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), juga tidak ketinggalan dalam memberi dan menawarkan khidmat kepada rakyat negeri Kedah. Contohnya, Suntikan Vaksinasi HPV Percuma kepada remaja atau wanita yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 dilaksanakan di Negeri Kedah dan semua negeri lain dalam Negara. Vaksinasi ini boleh di dapati di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang terdapat di Negeri Kedah iaitu di Anak Bukit, Kulim, Sg. Petani dan Baling.

7. Di samping itu, tidak dilupakan kepada para wanita yang berumur 40 tahun ke atas, mereka layak mendapat Subsidi Mammogram secara percuma jika berpendapatan isi rumah RM10,000.00 ke bawah. Bagi yang berpendapatan isi rumah melebihi RM 10,0000, subsidi RM 50.00 diberikan Kerajaan. Maklumat ini penting untuk kita sampaikan kepada rakyat agar mengambil manfaat dari perkhidmatan yang disediakan kepada mereka. Rebutlah peluang ini untuk mendapat saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah kanser dari peringkat awal.

8. Vaksinasi HPV dan Subsidi Mammogram amat penting dimanfaatkan oleh wanita di Negeri Kedah dan wanita di seluruh Negara kerana berdasarkan Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap di kalangan wanita. Malah, kanser payudara pula merupakan kanser yang turut kerap dihadapi oleh wanita selepas kanser serviks.

4

9. Oleh yang demikian, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat bersama-sama memanjangkan maklumat ini kepada saudara mara dan sahabat handai yang tidak bersempatan datang ke mari. Konsep inilah yang cuba kami bawakan pada setiap siri jelajah turun padang iaitu menyebar luaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi di bawah KPWKM.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10. Sempena bulan Jun ini, kita turut meraikan Hari Bapa. Peranan bapa amat penting dalam membina intitusi kekeluargaan yang harmoni. Pembentukan sahsiah anak, disiplin dan lain-lain amat dipengaruhi oleh role model di rumah iaitu bapa. Kecemerlangan anak-anak merupakan hadiah paling berharga bagi seorang bapa dan tidak dilupakan peranan ibu jua.

11. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh LPPKN pada tahun 2013, mendapati sebanyak 36.3 % bapa meluangkan masa sekitar 9 – 10 jam seminggu untuk bersama anak-anak. Walaupun bilangan jam nampak memadai, tetapi apabila dinilai mengikut hari, jumlah tersebut tidak mencukupi. Apa yang lebih kita titikberatkan lagi ialah kualiti masa bersama dengan anak-anak. Bapa mestilah ambil peluang masa yang terluang untuk menyediakan aktiviti bermanfaat kepada anak-anak seperti program-program ilmu yang bersesuaian.

5

12. Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di sini. Tema yang kita pilih ialah “Saya Sayang Bapa Saya”. Tema ini dikekalkan untuk menyemarakkan rasa penghargaan anak-anak terhadap pengorbanan seorang bapa. Marilah kita ucapkan ucapan ini dan doa kesejahteraan kepada bapa kita walau di mana mereka berada. Kita juga boleh gunakan aplikasi canggih telekomunikasi hari ini untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

13. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid atas kesudian hadir pada majlis petang ini. Saya juga turut ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada AJK Masjid Kampung Tanjung Kiri, JKKK Kampung Tanjung Kiri, Anak-anak Qariah Kampung Tanjung Kiri dalam menjayakan majlis ini.

14. Tidak terlalu awal rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir, moga-moga Aidilfitri pada kali ini akan terus menambah keberkatan dalam keluarga kita. Semoga kita akan terus meningkatkan amalan sempena Ramadan ini.

Sekian, terima kasih.

6