Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 75 MEMPERKASAKAN DASAR PEMBUDAYAAN SAINS Norazilawati Binti Abdullah Noraini Mohamed Noh Mahizer Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris Pengenalan Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki tujuh tahun lagi. Untuk menjadi negara maju, sains mesti ditekankan dalam kalangan rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Namun demikian, realitinya pelajar yang kita harapkan memberikan impak kepada matlamat ini semakin berkurangan, sekali gus menjejaskan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Baru-baru ini, media mendedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan dan hal ini menunjukkan kemerosotan pada tahap yang sangat kritikal. Kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, nampaknya masih belum lagi dicapai. Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. Sebenarnya, kemerosotan bilangan pelajar jurusan sains sama ada di sekolah mahupun di IPT bukanlah perkara baharu. Ada tiga sebab utama masalah itu berlaku, iaitu kerana kurang minat, tanggapan subjek sains susah, dan prospek kerjaya yang terhad. Yang membimbangkan kita, ketiga-tiga faktor yang berakar umbi sejak di sekolah menengah itu menyebabkan bilangan pelajar sains peringkat universiti turut merosot dengan ketara. Jika pasaran kerjaya terhad menjadi punca utama, kerajaan harus mengambil langkah memastikan pelajar aliran sains mendapat jaminan pekerjaan apabila tamat pengajian. Ekoran daripada permasalahan tersebut, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji punca serta penyelesaian kepada masalah kemerosotan minat pelajar untuk 76 Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah. Arahan penubuhan jawatankuasa itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2012. Jawatankuasa khas itu diminta mengkaji secara menyeluruh termasuk memikirkan langkah bagi mencapai sasaran 60 peratus pelajar sains dan 40 peratus sastera. Artikel ini cuba menghubungjalinkan antara institusi Pendidikan dan potensi menyemai budaya sains, iaitu bagaimana memanfaatkan ruang pendidikan di sekolah sebagai pentas memupuk budaya sains. Rasional isu ini dibincang kerana pengajian sains bukan setakat isu teknikal, kaedah mengajar pedagogi atau penekanan penguasaan sesuatu bahasa tetapi lebih jauh dari itu ialah elemen keserasian budaya yang membina persepsi, komitmen dan kesungguhan mendalam generasi saintis masa depan. Justeru itu elemen-elemen ini perlu diberikan perhatian secara serius dalam dunia pendidikan kini. Hal ini perlu dipandang berat oleh para pendidik, pengelola malahan perancang kurikulum untuk mengorak langkah yang sistematik dalam melihat isu pembudayaan sains. Budaya Sains Budaya dalam Kamus Dewan mempunyai pengertian umum ‘tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi’ sementara kebudayaan adalah ‘cara hidup sesuatu masyarakat yang merupakan manifestasi keadaan akal budi yang bertamadun, beradab atau pun maju’. Dari sudut yang lain pembudayaan adalah suatu pendekatan indoktrinasi yang mengajak atau menyeru amalan harian yang berteraskan sesuatu paradigma. Menurut Khalijah (1995), pembudayaan sains merujuk kepada unsur-unsur sains khususnya ilmu, kemahiran dan nilai-nilai sains yang menjadi teras kepada kemajuan dan peradaban akal budi manusia. Manakala kebudayaan sains disifatkan sebagai satu pola peradaban akal budi, idea-idea dan kefahaman sains lantas membentuk tingkah-laku dan juga artifak hidup. Beliau seterusnya menyatakan penterjemahan tingkah-laku ini melalui kaedah empirik dan deduktif. Kaedah empirik amat menitikberatkan pencerapan terhadap objek, kejadian mahu pun sistem yang akhirnya membina konsep dan hubungan. Kaedah Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 77 deduktif pula menzahirkan pernyataan khusus daripada sesuatu yang umum. Kedua-dua kaedah ini perlu dilihat sebagai saling lengkap-melengkapi yang membina pandangan alam tentang sains dan nilai-nilainya. Nilai-nilai sains yang perlu dijelmakan ialah (i) cinta kepada ilmu dan kebenaran, (ii) menghargai pelbagai benda yang diciptakan Allah swt, (iii) mempunyai perasaan ingin tahu dan mencari penemuan baru (eksplorasi), (iv) boleh berasional secara logik, (v) boleh melakukan analisis kritikan, (vi) boleh menyelesaikan masalah, dan (vii) teratur secara sistematik dalam mendekati sesuatu isu atau masalah. Menurut beliau lagi, prasyarat membudayakan sains mesti bermula dengan pembinaan maysrakat uang mempunyai asas dan kefahaman ilmu, metod dan nilai sains. Seterusnya perlu berlaku penerapan dan penghayatan nilai sains ketika bertinsak dan menghasilkan artifak hidup. Hakikat pembudayaan sains dan penzahiran nilai-nilai baik berkenaan adalah bersesuaian dengan tuntutan semasa apabila pembangunan berteraskan sains berada di puncak dunia. Syed Muhammad Naquib (2001) secara bijaksana mempersepsikan bahawa sains perlu diletakkan pada maratib ilmu alat. Iaitu ilmu yang digunakan sebagai ilmu operasi mengurus dan mentadbir dunia. Justeru itu kekuatan dan batas-batas ilmu sains perlu diketahui agar dapat membezakan diri dari keghairahan Tamadun Barat sehingga meletakkan ilmu sains melampaui batas agama atau kadang-kadang ilmu sains dipamerkan sebagai agama mereka (menolak semua yang bukan sains, termasuk agama Kristian). Oleh yang demikian pembudayaan sains yang bersandarkan acuan kemalaysiaan khususnya berteraskan panduan Al-Quran dan Hadith perlu ditampilkan secara utuh dan menyeluruh kerana tujuan akhir pembudayaan sains adalah melahirkan insan-insan soleh yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pada waktu yang sama berupaya membangunkan peradaban teknologi dan aplikasi sains yang lebih baik untuk memakmurkan dunia. Satu kaji selidik dalam kalangan pelajar bumiputera di sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan mendapati, 50% para-pelajar sainsnya berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif dan masalah asas ketika mempelajari sains dan matematik. Kebuntuan dalam belajar serta tanggapan serong berkenaan dibimbangi akan menjadi faktor penghambat potensi sebenar mereka untuk terus maju dalam bidang sains. Adalah 78 Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains dipercayai bahawa persepsi dan masalah responden berkenaan bukan baru timbul tetapi telah mula berakar-umbi ketika mereka melalui sistem pendidikan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Kemudian persepsi dan masalah ini terus berkembang di universiti. Salah satu kesimpulan yang boleh dibina dari kajian ini ialah, pembinaan persepsi yang betul dan positif perlu disemai dan dibenihkan para peringkat yang lebih awal lagi. Pembinaan persepsi yang betul ini akan menjadi benteng kekuatan semangat dan kesungguhan kudrat dan usaha. Kajian ini turut mendokong idea dan keperluan pembudayaan sains perlu disemai seawal usia kanak-kanak di peringkat prasekolah. Dari sudut yang lain pembudayaan sains perlu dibangunkan dalam kalangan ibu bapa. Iaitu penyertaan ibu bapa sangat penting untuk memperkukuhkan pendidikan sepanjang masa. Pihak berkaitan dengan pembangunan keluarga perlu memperbanyakkan peluang- peluang pendidikan keibubapaan dan kempen kesedaran pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembudayaan sains. Cabaran Membudayakan Sains Dalam mengejar impian untuk merealisasikan pembudayaan sains, pelbagai cabaran perlu diatasi. Menerusi kertas konsep ini, tiga cabaran utama telah dikenalpasti iaitu: 1. Persepsi negatif terhadap sains Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 79 masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti. Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya