Terma Dan Syarat Peraduan Cabaran Raja Kuah Knorr 2016
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BM TERMA DAN SYARAT PERADUAN CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ini. Penganjur berhak untuk mengubahsuai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu. MAKLUMAT PERADUAN PERADUAN CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V) (“Penganjur”). Peraduan ini bermula pada 15 Februari 2016, 06:00am dan berakhir pada 25 September 2016, 11:59pm (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan menurut budi bicaranya, sekiranya ia tidak menerima bilangan penyertaan yangsah yang mencukupi atau sekiranya Peraduan ini tidak dapat diteruskan atas sebab apa sekalipun atau atas sebab-sebab lain menurut Terma dan Syarat Peraduan ini. Sekiranya berlaku pertikaian, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat Peraduan ini akan terus dipakai “(prevail)” KELAYAKAN Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini)dan memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan dikehendaki untuk mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjagasah mereka, apabila diminta oleh Penganjur. Para kakitangan, pemegang syer,pegawai, pengarah, ejen, pengedar danwakil Penganjur serta setiap syarikat induk mereka, sekutu, bahagian, anak syarikat,ejen, wakil serta agensi Peraduan dan pengiklanan, termasuk ahli-ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka menetap) dan mereka yang menetap bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga terdekat individu tersebut (sama ada berkaitan atau tidak), tidak layak untuk menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak untuk mengubah,mengeluarkan, atau menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Peraduan iniatau sekiranya Penganjur berpendapat bahawa Peserta tersebut tidak mematuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur. KAEDAH PERADUAN 1. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta perlu melakukan yang berikut: a. Peserta diminta untuk memberikan satu resipi untuk salah satu dari masakan berkuah Melayu yang terkenal (Masak Kari, Masak Lemak atau Masak Kicap) b. Kumpul kod bar berdasarkan salah satu pilihan yang berikut: 2 x Stok Ayam Knorr 1.2 kg, 3 x Stok Ayam Knorr 1.0 kg atau 6 kali Stok Ayam Knorr 500g c. Hantar resipi, kod bar dan borang yang lengkap ke: Cabaran Raja Kuah Knorr 2016, 23 Jalan Elektron U16/46, Denai Alam, 40150, Shah Alam, Selangor 2. Setiap penyertaan yang lengkap mestilah diterima oleh pihak penganjur pada atau sebelum 11:59 pm mengikut tarikh tutup peringkat kawasan yang berikut: 15th Mac (Kawasan Sentral – Kuala Lumpur, Selangor & Negeri Sembilan), 13April (Kawasan Selatan – Melaka & Johor), 13 Julai (Kawasan Pantai Timur – Kelantan , Terengganu & Pahang) dan 3rd Ogos (Kawasan Utara – Perlis, Kedah, Penang & Perak). Penyertaan yang diterima sebelum tempoh peraduan dan selepas tarikh tutup penyertaan akan dibatalkan dan tidak layak untuk penyertaan dan hadiah. 3. Borang penyertaan boleh didapati di pasar raya dan pemborong yang terlibat dan suratkhabat Harian Metro antara bulan Februari hingga Julai. 4. 40 resipi akan disenarai-pendek oleh Chef Professional pihak penganjur berdasarkan kreativiti resipi (pilih satu masakan sama ada Masak Kari, Masak Lemak atau Masak Kicap, 10 resipi bagi setiap kawasan) untuk bertanding ke pertandingan peringkat kawasan yang akan diadakan di Shah Alam (Sentral), Alor Setar (Utara), Johor Bahru (Selatan) dan Kota Bharu (Pantai Timur) 5. Pada pertandingan peringkat kawasan, peserta perlu memasak masakan berdasarkan resipi yang telah dihantar kepada pihak penganjur. Hanya satu pemenang akan dipilih untuk mewakili kawasan bagi Peringkat Akhir berdasarkan kriteria pemarkahan berikut: 70% rasa dan 30% persembahan, ditentukan sepenuhnya oleh juri yang dipilih oleh pihak penganjur. 6. Pemenang tempat pertama bagi setiap peringkat kawasan akan bertanding pada peringkat akhir di Kuala Lumpur. Setiap peserta peringkat akhir perlu memasak kesemua 3 masakan berkuah (Masak Kari, Masak Lemak dan Masak Kicap). Hanya seorang pemenang akan dinobatkan sebagai ‘Raja Kuah Knorr 2016’, yang akan dipilih berdasarkan kriteria pemarkahan berikut – 70% oleh juri yang dipilih oleh pihak penganjur (70% rasa dan 30% persembahan) dan 30% oleh 50 juri awam yang akan dipilih secara rawak pada hari pertandingan (100% berdasarkan undian sajian pilihan mereka) HADIAH Peringkat Kawasan: 1 Pemenang Tempat Pertama RM6,500.00 - Wang Tunai RM5,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM1,000.00 - Hamper dari pihak penaja RM500.00 2 Tempat Kedua RM4,000.00 - Wang Tunai RM2,500.00 - Barangan Dapur Komersial RM1,000.00 - Hamper dari pihak penaja RM500.00 3 Tempat Ketiga RM2,500.00 - Wang Tunai RM1,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM1,000.00 - Hamper dari pihak penaja RM500.00 3 Saguhati x 7 RM700.00 - Barangan Dapur Komersial RM400.00 - Hamper dari pihak penaja RM300.00 Peringkat Akhir RAJA KUAH KNORR 2016 - Pakej Umrah untuk 2 orang RM20,000.00 - Wang Tunai RM15,000.00 - Hamper dari pihak penaja RM3,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM3,000.00 Tempat Kedua - Wang Tunai RM7,500.00 - Hamper dari pihak penaja RM2,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM2,000.00 Tempat Ketiga - Wang Tunai RM3,500.00 - Hamper dari pihak penaja RM1,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM1,000.00 Hadiah Saguhati - Hamper dari pihak penaja RM1,000.00 - Barangan Dapur Komersial RM1,000.00 Pengumuman Pemenang Pemenang akan diumumkan di atas pentas pada hari pertandingan tersebut: Lokasi Tarikh Shah Alam, Sentral 17th April Johor Bahru, Selatan 15 May Kota Bahru, Pantai 28 July Timur Alor Setar, Utara 4 Sept Kuala Lumpur 25 Sept HAK-HAK PENGANJUR 1. Peserta bersetuju bahawa semua bahan-bahan penyertaan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi milik Penganjur. Di mana terpakai, hak cipta dan hak milik intelektual (termasuk hak-hak moral) termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan-bahan digital atau bukan digital (cth: video dan gambar) menjadi milik Penganjur. 2. Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama-nama, foto-foto, gambar-gambar dan/atau video-video yang dihantar oleh Peserta/Pemenang atau yang berkenaan Peserta/Pemenang untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan publisiti, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak layak untuk menuntut hak milik atau sebarang pampasan lain untuk bahan-bahan tersebut. 3. Sekiranya atas apa-apa sebab sekalipun Peraduan ini tidak dapat diteruskan sebagaimana yang dirancang kerana apa-apa sebab yang tidak terhad kepada jangkitan virus computer, pepijat, pengacauan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal, atau sebarang sebab lain di luar kuasa Penganjur yang merosakkan atau mengganggu penyeliaan, keselamatan, keadilan, kewibawaan, atau kelakuan wajar Peraduan ini, penganjur berhak, atas budi bicaranya, untuk menyingkirkan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan, dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah, atau menggantung Peraduan ini. Sekiranya Penganjur memilih untuk membatalkan atau menamatkan Peraduan ini, Penganjur tidak akan memegang mana-mana hak cipta dalam mana-mana penyertaan. 4. Penganjur berhak, menurut budi bicaranya, untuk menyingkirkan atau melucutkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang dianggap (menurut budi bicara Penganjur) kurang senonoh atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau dianggap atau disyaki menipu/menggodam/mengganggu proses penyertaan Peraduan ini, operasi Peraduan ini atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana- mana individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti-aktiviti penipuan atau aktiviti-aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan ini, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan. 5. Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa menurut budi bicaranya tanpa sebarang pemberitahuan awal. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB 1. Kecuali disebutkan, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau kos-kos lain, yuran dan/atau apa sahaja perbelanjaan lain yang ditanggung oleh para Peserta berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada untuk tujuan penyertaan, melibatkan diri dalam atau menerima apa sahaja faedah atau hadiah daripada Peraduan ini) atau untuk tujuan penebusan hadiah atau perjalanan berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang sepenuhnya, dan Penganjur,sekutunya, ejen sah atau agensi terlibat tidak bertanggungjawab atas kos-kos/caj-caj/yuran-yuran/perbelanjaan- perbelanjaan ini. 2. Penganjur, sekutu-sekutunya, pihak ketiga yang sah dan agensi-agensi terlibat tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan-penyertaan yang hilang, rosak, lambat semasa penghantaran, atau disebabkan keralatan komputer, IT atau teknologi. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan penyertaannya mematuhi semua terma dan syarat Peraduain ini, peraturan Peraduan ini dan penyertaannya sampai ke Penganjur dalam bentuk yangdikehendaki oleh Penganjur. 3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju untuk membebaskan, melepaskan, dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, sekutu-sekutu dan agensi-agensinya, serta para kakitangan, pegawai, pengarah,