Aminuddin Nafi Bincang Lantik Rafizi Jadi Senator
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Headline Aminuddin nafi bincang lantik Rafizi jadi Senator MediaTitle Berita Harian Date 17 Dec 2018 Language Malay Circulation 69,985 Readership 209,955 Section Nasional Page No 6 ArticleSize 125 cm² Journalist N/A PR Value RM 12,927 Aminuddin nafi bincang lantik Rafizi jadi Senator Seremban: Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan dakwaan yang viral di laman sosial Facebookdan WhatsApp kononnya kerajaan negeri akan melantik Mohd Rafizi Ramli sebagai Se- nator dari negeri ini. “Maklumatitu tidak betul dan tiada per- bincangan seperti itu dibuat,”katanya. Beliauberkata demikian selepas menyem- purnakan Program Kembali Ke Sekolah Te- naga Nasional Berhad (TNB) di DewanOrang Ramai Sikamat di sini, semalam. ViraldiFB, WhatsApp Dua hari lalu, viral di Facebook dan Whats- Appkononnya pada Mesyuarat EXCO Rabu lalu, Aminuddin mencadangkan Mohd Ra- fizi sebagaiAhli DewanNegaramewakili negeri ini. Pelantikan itu atas cadangan Presiden PKR, Datuk Seri AnwarIbrahim. Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat berikutan sebahagian EXCO menolak ca- dangan itu. Aminuddin kononnya dikatakan akan membawa cadangan itu pada persidangan DewanUndangan Negeri (DUN) akan da- tang. Sementaraitu,ditanya mengenai permin- taan ahli Parlimen pembangkang dari negeri ini yang mahumenyertai PKR atauPakatan Harapan (PH), Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata, perkaraber- kenaan hanya akan diputuskan pada pe- ringkat pimpinan tertinggi. “Saya tidak boleh kata saya terima kerana pimpinan parti yang tentukan dan di pe- ringkat negeri kita tidak membincangkan perkaraini,”katanya. VALUATOR Company(Brand) Mention Tone ROI 100 days (100 days) 1 0 0 Malaysia General Election (Malaysia General Election) 3 0 0 Pakatan Harapan (Pakatan Harapan) 2 0 0 Tenaga Nasional Berhad (TNB) (Tenaga Nasional ) 2 0 0 Whatsapp Inc (WhatsApp) 2 0 0.