PROSIDING SEMINAR INSTITUSI RAJA (SIRaj II): Seminar Raja Dan Kerajaan Perlis MENJELANG 200 TAHUN KERAJAAN PERLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN TUJUH ORANG RAJA: INSTITUSI RAJA PERLIS ANTARA KESINAMBUNGAN DAN PERUBAHAN1 Yazid Mat1, Hazman Hassan2 1Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis, Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis 2Universiti Utara Malaysia (UUM), Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis 2
[email protected] , ABSTRAK Berasal daripada sebuah daerah dalam Kesultanan Kedah, Kerajaan Perlis muncul sebagai sebuah Negeri Melayu yang termuda di Semenanjung. Penubuhan Wangsa Raja-raja Jamalullail di Perlis telah dipelopori oleh Syed Harun Ibni Syed Ahmad Jamalullail. Beliau adalah pembuka Mukim Arau dan dianugerahkan pangkat sebagai penghulunya yang pertama pada tahun 1798 oleh Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Raja Muda Kayang dan Sultan Kedah kedua puluh satu. Selepas tahun 1839, anakanda Syed Harun yang menjadi Penghulu Arau yang kedua telah diperakukan oleh orang- orang Melayu Perlis sebagai raja mereka. Walau bagaimanapun baginda hanya ditabalkan menjadi Raja Perlis pertama oleh Raja Rama III pada tahun 1843. Raja Syed Hussein Ibni Syed Harun memerintah dari tahun 1843 sehingga tahun 1873. Takhta Kerajaan Perlis seterusnya diwarisi oleh Raja Syed Ahmad Ibni Syed Hussein Jamalullail dari tahun 1873 sehingga tahun 1897 sebagai Raja Perlis kedua. Raja Perlis ketiga adalah Raja Syed Safi Bin Syed Alwi Jamalullail. Baginda yang merupakan cucunda Raja Syed Ahmad telah memerintah mulai tahun 1897 sehingga tahun 1904. Raja Syed Safi digantikan oleh anakanda baginda, Raja Syed Alwi Jamalullail. Raja Perlis kelima ini menaiki takhta Kerajaan Perlis dari tahun 1905 sehingga tahun 1943. Akibat ketiadaan zuriat, cucunda saudara Raja Syed Alwi iaitu Syed Putra Ibni Syed Hassan Jamalullail telah dilantik sebagai Bakal Raja Perlis.