Talking Point Brig
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
1 TALKING POINT BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA GOTONG ROYONG MEGA 2013 PADA 27 FEBRUARI 2013 DI KAMPUS PAUH PUTRA UniMAP Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati SALUTASI Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Timbalan Pendaftar UniMAP, Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP, Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan UniMAP, Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 2 Yang Berusaha Penolong-Penolong Naib Canselor UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian. Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao, Magandang umaga (Tagalog), ahroonsawad (Bahasa Thai). KATA-KATA ALUAN Hadirin sekalian, 1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita semua, warga UniMAP berkumpul pada pagi ini untuk bersama-sama dalam Program Gotong Royong Mega ke 2 ini disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana dapat meluangkan waktu untuk kita menceriakan kampus yang kita sayangi ini. Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 3 SEKSYEN BAHASA INGGERIS Ladies and Gentlemen, The moment that we are waiting for is getting closer, that is the 3rd March 2013, where we will be witnessing our Honourable Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak who will be officiating our permanent campus at Pauh Putra in conjunction with the working visit to the state of Perlis. The Honourable Prime Minister will be presenting the 1Malaysia Book Voucher besides officiating the 1Malaysia Programme for Youth (IM4U). We are all proud and honoured when our Honourable Prime Minister has kindly consented to officiate our Campus Pauh Putra which is a historical event for UniMAP. Several agendas have been lined up for this momentous occasion such as the R&D exhibitions, assembly of our uniform bodies and the cultural performances. The ceremony will also be witnessed by the Minister of Higher Education, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, and the Chief Minister of Perlis Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu. I would like to appeal to all staff and students of UniMAP to please attend and witness this momentous occasion. In conjunction with this ceremony PIPPT will be organizing the entrepreneurship programme ( Program Gerak Usahawan, PGU) which will be held from 1- 3 March 2013 at the Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar from 8.30 am until 10.30 pm. I would like to urge all staff and students to attend this proramme and please channel this information to all students on the technopreneurship programme. A number of activities will be held, amongst which are the Exhibition, such as Forum Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 4 on Technopreneurship, Lectures by successful technopreneur, debate and competition on culture performance and Corporate Career Fair which will involve 60 different corporate companies nationally. Hadirin sekalian Program Gerak Usahawan (PGU) Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2013 1. Dalam kesibukan kita bertungkus lumus menyiapkan Kampus Pauh Putra ini, satu lagi program anjuran UniMAP dan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Program Gerak Usahawan (PGU) Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2013 yang akan berlangsung pada 1-3 Mac ini di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad Kangar Perlis 2. PGU IPT merupakan program peringkat kebangsaan buat kali ketiga bertemakan ”Mencetus Idea, Memacu Inovasi”. Saya difahamkan pelbagai aktiviti akan diadakan pada program tersebut antaranya Pameran, Forum Perdana Teknousahawanan, Ceramah daripada Usahawan yang berjaya, Pidato Teknousahawanan dan Pertandingan Persembahan Kebudayaan dan juga Corporate Career Fair yang melibatkan 60 buah syarikat korporat seluruh negara. Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 5 3. Saya menyeru kepada semua pensyarah agar dapat menguar – uarkan mengenai program ini kepada pelajar. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan minat kepada para pelajar untuk menceburi bidang menceburi bidang keusahawan dengan pendedahan dari syarikat – syarikat korporat yang bertaraf multinasional. 4. Saya percaya program ini akan dapat membantu melahirkan usahawan baru yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif dan proaktif serta berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju dalam menggerakkan bidang industri, perdagangan, perniagaan ke arah kecemerlangan. Selain itu ia juga mampu memupuk semangat berdikari dan kental diri dikalangan pelajar-pelajar pada masa akan datang. Hadirin sekalian Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 5. Saya tidak ingin bercakap panjang pada pagi ini, kerana kita akan memulakan aktiviti gotong royong sebentar lagi. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik yang menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2013 di atas kejayaan mereka meraih kejayaan 100 peratus sekaligus mengekalkan pencapaian yang diraihnya pada MTE 2012 tahun lalu. 6. Dengan kutipan sebanyak tujuh pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa, kita juga turut mencipta kejayaan manis apabila dua Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 6 produk berjaya merangkul Anugerah Terbaik (The Best Award). Produk pertama adalah hasil penyelidikan Prof. Dr. Syed Alwee Aljunid Syed Junid dan kumpulannya iaitu Hamza M. R. Al – Khafaji, Dr. Hilal A. Fadhil, IR Dr. Anuar Mat Safar, Mohd Rashidi Che Beson dan Amir Razif Jamil Abdullah yang bertajuk A Novel Single Photodiode Detection (SPD) Technique For Optical Code Division Multiple Access Network Application. 7. Manakala produk kedua adalah Web – Based Mobile Olfaction System For Detecting And Monitoring Hazardous Volatile Compounds hasil penyelidikan Abu Hassan Abdullah dan kumpulannya iaitu Prof. Dr. Ali Yeon Md Shakaff, Prof. Dr. Abdul Hamid Adom, Ammar Zakaria, Fathinul Syahir Ahmad Saad, Kamarulzaman Kamarudin, Syed Muhammad Mumduh Syed Zakaria dan Mohd Al – Haffiz Saad. 8. Saya berharap agar kemenangan ini akan menjadi pembuka tirai dan pembakar semangat untuk kita meraih lebih banyak anugerah untuk 2013 ini. PENUTUP 9. Rasanya cukup setakat ini, saya sudahi ucapan saya pada pagi ini dengan serangkap pantun:- Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab 7 Nasi Panas Dibuat Bekalan Dibungkus Bersama Ulam Peria Gotong Royong Jadikan Amalan Moga Pauh Putra Kekal Ceria Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Unit Media PNC Basri edited Dr Zainab .