Bil. 24 Selasa 19 Disember 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 (Halaman 20) Rang Undang-undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 (Halaman 58) Rang Undang-undang Industri Pelancongan (Pindaan) 2017 (Halaman 69) Rang Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017 (Halaman 87) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DN 19.12.2017 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 4. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan (Perlis) 5. “ Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim (Dilantik) 6. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 7. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 10. “ Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 11. “ Puan Hajah Azizah binti Haji Harun (Dilantik) 12. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 13. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 14. “ Dato’ Chai Kim Sen (LS) 15. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 16. “ Datuk Chong Sin Woon (Negeri Sembilan) - Timbalan Menteri Pendidikan 17. “ Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy (Dilantik) - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 18. “ YM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 19. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 20. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 21. “ Datuk Haji Sr. Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 22. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 23. “ Dato’ Indera Hoh Khai Mun (Pahang) 24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (LS) 25. “ Tuan Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 26. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 27. “ Datuk Haji Kadzim M.Yahya (Sabah) 28. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 29. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 30. “ Tuan Khairul Azwan Harun (Dilantik) 31. “ Dato’ Lee Chee Leong (Perak) - Timbalan Menteri Kewangan 32. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baru) 33. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 34. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Dilantik) - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 35. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 36. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Haji Omardin (Dilantik) ii DN 19.12.2017 37. Yang Berhormat Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 38. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 39. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 41. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak (Dilantik) - Menteri Komunikasi dan Multimedia 42. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah 43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 45. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 46. “ Dr. Nuing Jeluing (Lantikan baru) 47. “ Datuk Paul Igai (Lantikan baru) 48. “ Datuk Lim Pay Hen (Lantikan baru) 49. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 50. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 51. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 52. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 53. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 54. “ Datuk Sambathan A/L Manickam 55. “ YBhg. Dato' Shahanim Bt Mohamad Yusoff (Dilantik) 56. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 57. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 58. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 59. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 60. “ Datuk Ir. Yong Wui Chong 61. ‘’ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 62. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 63. “ Tuan Zahari bin Sarip (Johor) 64. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) 65. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 19.12.2017 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Suriyani binti Mohd. Noh Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Nor Effazimmah binti Maliki Cik Nur Annisa binti Hamid Cik Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Hazliha binti Mohd Zain Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 19.12.2017 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Selasa, 19 Disember 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.04 pg. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Chong Sin Woon]: Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. “Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan”. Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong? Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Chua Tee Yong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan, kesan-kesan positif perdagangan kepada negara apabila Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan ASEAN-Hong Kong baru-baru ini di Manila. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Chua Tee Yong]: Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong, China (AHKFTA) telah ditandatangani oleh Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, China pada 12 November 2017 di Manila, Filipina. Perjanjian ini menggariskan terma-terma liberalisasi perdagangan barangan dan perkhidmatan serta pelaksanaan kerjasama ekonomi di antara negara-negara anggota ASEAN dengan Hong Kong, China. 2 DN 19.12.2017 Terdapat 14 bab di dalam AHKFTA yang merangkumi perkara-perkara seperti perdagangan barangan, Peraturan Tempasal atau Rules of Origin, dengan izin, prosedur kastam dan fasilitasi perdagangan, langkah-langkah sanitary and phytosanitary, standard peraturan teknikal dan prosedur penilaian pematuhan, remedi perdagangan, perdagangan perkhidmatan dan kerjasama ekonomi dan teknikal. Bab pelaburan di bawah AHKFTA pula dirundingkan secara berasingan di bawah Perjanjian Pelaburan ASEAN-Hong Kong, China yang mana turut ditandatangani oleh Menteri-menteri Ekonomi ASEAN dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, China pada 12 November 2017 di Manila, Filipina. Skop ASEAN- Hong Kong-China Investment Agreement adalah termasuk liberalisasi, perlindungan, promosi dan fasilitasi pelaburan di antara negara-negara anggota ASEAN dengan Hong Kong, China. Tuan Yang di-Pertua, jumlah dagangan barangan di antara ASEAN dengan HKC pada tahun 2016 mencecah USD93.3 bilion yang menyumbang kepada empat peratus daripada jumlah dagangan barangan ASEAN. Jumlah pelaburan langsung asing daripada Hong Kong, China ke negara anggota ASEAN bagi tahun yang sama pula adalah sebanyak USD9.9 bilion atau 10 peratus daripada jumlah FDI ASEAN. Hong Kong, China merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia bagi tahun 2016. Jumlah dagangan barangan di antara Malaysia dengan Hong Kong pada tahun 2016 berjumlah USD12.2 bilion. Eksport Malaysia ke Hong Kong, China pada tahun 2016 mencecah USD9.1 bilion manakala jumlah import daripada Hong Kong, China pada tahun yang sama adalah sebanyak USD3.1 bilion. Jumlah FDI yang diluluskan daripada Hong Kong, China ke Malaysia bagi tahun 2016 pula mencecah USD59 juta dalam pelbagai sektor antaranya, peralatan saintifik, mineral bukan logam, jentera dan peralatan serta kayu dan produk kayu. Dengan wujudnya AHKFTA
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages116 Page
-
File Size-