MENGENAI PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

A. PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan DILAKSANAKAN di lokaliti-lokaliti seperti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula Tarikh Tamat PKPD PKPD

1. Enam (6) Lokaliti di Pulau Pangkor, Perak 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

• Taman Seri Pangkor • Rumah Murah Pangkor • Ladang Kong Heap Lee • Kampung Tengah • Flat Taman Desa Pangkor • Taman Desa Pangkor

2. Tapak Bina Horizon, Kinta, Perak 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

3. Dua (2) lokaliti di Mukim Sungkai, Batang Padang, 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021 Perak

• Kampung Perlok Baru • Kampung Perlok

4. Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Kinta, Perak 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

5. Kuala Tahan, , 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

6. Tiga (3) Lokaliti di , Pahang 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

• Taman Sri Layang, • Taman Rimba, Mentakab • Taman Tualang Indah

7. Dua (2) Lokaliti di , 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

• University Condominium Apartment 2 • Rumah Murah Kepayan

8. Kampung Lohan 1, , Sabah 8 Ogos 2021 21 Ogos 2021

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

1

B. PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan DILANJUTKAN di lokaliti- lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Tamat PKPD Cadangan

1. Kuarters Pekerja Ladang 7 Ogos 2021 Dilanjutkan berkuatkuasa 8 Ogos Pelitanah 1 & 2, Dalat, Mukah, – 14 Ogos 2021 Sarawak

2. Bandar Sinsuran, Kota 7 Ogos 2021 Dilanjutkan berkuatkuasa 8 Ogos Kinabalu, Sabah – 21 Ogos 2021

C. PENAMATAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan DITAMATKAN di lokaliti-lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula PKPD Cadangan

1. Taman Hock Ann, Jln Klang Lama, 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos WP 2021, seperti yang dijadualkan

2. Taman Sabana Fasa 1, , 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos Sabah 2021, seperti yang dijadualkan

3. Kampung Berhala & Kampung Melayu 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos Bumiputra, , Sabah 2021, seperti yang dijadualkan

4. Kampung Nagapas, Jln Kebun Lama, 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos Papar, Sabah 2021, seperti yang dijadualkan

5. Kampung Kolam, , Sabah 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

2

6. Lima (5) Lokaliti di Kota Kinabalu, 25 Julai 2021 Ditamatkan pada 7 Ogos Sabah 2021, seperti yang dijadualkan • Taman • Blok D & E, Apartment Angkasa • Kampung Sepakat Jaya • Kampung Rampayan • Kampung Lokub

3

D. PEMERIKSAAN OLEH PASUKAN TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN YANG DIKETUAI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Semalam, 5 Ogos 2021, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,978 anggota telah melaksanakan 83,630 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.

i. Sektor Perkilangan dan Premis Perniagaan

Ekoran KEGAGALAN mematuhi SOP, sebanyak 67 premis DIARAHKAN TUTUP serta merta.

Maklumat am pemeriksaan pada 5 Ogos 2021:

JENIS PEMERIKSAAN JUMLAH Kilang 1,760 Premis perniagaan 15,948

Tapak pembinaan 861 Asrama penempatan pekerja 372

ii. Individu

Maklumat am pemeriksaan pada 5 Ogos 2021:

PERKARA JUMLAH Jumlah individu yang dikompaun 194 kerana ingkar SOP Jumlah individu yang direman kerana 31 ingkar SOP

4

E. KAWALAN SEMPADAN NEGARA

i. Tangkapan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Semalam, 5 Ogos 2021, Operasi BENTENG (Op BENTENG) yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi- agensi lain telah membuat tangkapan terhadap 15 orang PATI dan merampas 4 buah kenderaan darat.

ii. Sekatan Jalan Raya (SJR)

Semalam, 5 Ogos 2021, sebanyak 949 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.

Maklumat am SJR:

JENIS OPERASI JUMLAH SJR Operasi PENAWAR / SJR PKP 895 Operasi BENTENG (PDRM/ATM/RELA) 45 Operasi BENTENG AKSEM 9

F. KUARANTIN WAJIB BAGI INDIVIDU YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

PERKARA JUMLAH Jumlah individu tiba di semua pintu masuk 428 antarabangsa semalam, 5 Ogos 2021 Jumlah kumulatif yang telah pulang ke tanah air 264,313 sejak 24 Julai 2020 Jumlah yang masih dikuarantin di Pusat 9,893 Kuarantin Wajib Jumlah kumulatif yang dibawa ke hospital 3,817 Jumlah kumulatif yang t elah dibenarkan pulang 250,603

** Kuarantin wajib dilaksanakan di 83 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

5

G. OPERASI DISINFEKSI COVID-19

PERKARA JUMLAH Jumlah operasi disinfeksi semalam, 288 5 Ogos 2021 (96 Zon Merah, 0 Zon Jingga, 2 Zon Kuning) *1 zon boleh lebih daripada 1 operasi Jumlah kumulatif operasi disinfeksi sejak 36,728 30 Mac 2020

** Operasi disinfeksi dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan di pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan.

H. BARANG KEPERLUAN ASAS

Semalam, 5 Ogos 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 749 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (558), pemborong (159) dan pengilang (32).

KPDNHEP juga telah melakukan 2,451 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, kesemua premis mematuhi SOP.

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI KANAN LUAR NEGERI KLUSTER KESELAMATAN

6 OGOS 2021

6