Isi kandungan Perutusan Pengerusi 4 Kata Alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif 6 Maklumat Korporat 7

Visi, Misi dan Objektif Piagam pelanggan Fungsi-fungsi Anggota Perbadanan Ahli Majlis Penasihat Carta Organisasi Kumpulan Pengurusan Laporan Aktiviti Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Organisasi 13

Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Pengurusan Kewangan Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Audit Dalam Bahagian Perundangan Perkhidmatan Pelanggan 21

Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan Perpustakaan Awam Labuan Bahagian Harta Dan Penilaian Unit Perhubungan Awam Perancangan Dan Pembangunan 33

Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Bahagian Pembangunan Dan Kejuruteraan Bahagian Pelaburan Dan Sosio Ekonomi Pelancongan Dan Kebudayaan 45

Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan Penyata Kewangan 2005 49 PERBADANAN LABUAN

2 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN PERBADANAN LABUAN

LAPORAN TAHUNAN 2005 3 PERBADANAN LABUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

lhamdulillah dengan limpah kurnianya, pihak Perbadanan telah Selaras dengan hasrat kerajaan yang amat menitikberatkan delivery A berjaya sekali lagi menerbitkan Laporan Tahunannya bagi tahun service, Perbadanan juga akan mengadakan program untuk meneliti 2005. Laporan Tahunan ini merupakan salah satu wadah yang dapat semula objektif, misi dan visi organisasi. Perancangan dan pelaksanaan memaklumkan kepada masyarakat Labuan khususnya dan negara strategi akan lebih mudah sekiranya objektif organisasi jelas dan difahami amnya mengenai aktiviti-aktiviti dan pencapaian tugas yang telah oleh semua. Kerana itulah latihan untuk pegawai/ kakitangan Perbadanan dilaksanakan oleh Perbadanan pada tahun tersebut. akan diteruskan dan diperbanyakkan. Budaya bekerja yang baik seperti sense of belonging, sense of commitment, sense of loyalty dan sense Selaku Pengerusi Perbadanan, saya amat berkeyakinan bahawa of urgency kepada organisasi dan tugas akan disuburkan di kalangan Perbadanan mempunyai kemampuan dan berkomitmen padu untuk mereka. Dengan sokongan mereka, Perbadanan akan dapat menyempurnakan tanggungjawab yang telah diletakkan ke atasnya menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti, telus, konsisten, oleh kerajaan. Masyarakat Labuan boleh berbangga dengan keadaan berintegrasi dan berakauntabiliti untuk masyarakat. pulau yang bersih. Tanah-tanah lapang dihiasi dengan pokok-pokok berbunga dan landskap yang indah. Acara pelancongan dianjurkan Perbadanan juga akan terus bekerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menarik lebih ramai pengunjung luar ke Labuan. Sejak untuk membanyakkan kempen-kempen budi bahasa, program-program penubuhannya setiap tahun, ada sahaja projek baru yang dibangunkan yang dapat meningkatkan kemahiran generasi muda dan warga pulau oleh Perbadanan setelah permohonan peruntukan untuk melaksanakan supaya anggota masyarakat yang mempunyai jati diri dan mampu projek diluluskan oleh kerajaan. berdikari serta bersedia menyumbang kearah kemajuan Labuan dapat dilahirkan. Ia juga menjamin pulau ini akan sentiasa mempunyai sumber Pulau Labuan hanya mempunyai keluasan 92km2 dan penduduknya insan yang berkualiti untuk meneraju pentadbiran Labuan dalam segala hanya 76 ribu orang tetapi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan bidang. melalui Perbadanan ataupun agensi lain untuk menyediakan kemudahan- kemudahan asas telah mencapai jumlah berbillion ringgit. Pada tahun Saya amat berharap pengurusan Perbadanan akan berusaha lebih gigih, ini, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek memanjangkan agar Perbadanan mampu menjadi salah satu organisasi yang akan landasan dan bangunan lapangan terbang Labuan. Projek ini dijangka menjadi role model kepada yang lain dalam tempoh 5 tahun akan datang. siap pada tahun 2007, akan membolehkan lapangan terbang Labuan Segala kekurangan hendaklah dijadikan cabaran. Dengan menggunakan menerima pendaratan pesawat yang lebih besar. Kemudahan ini boleh kepakaran, pengalaman dan keupayaan yang ada, Perbadanan akan digunakan untuk meningkatkan industri pelancongan di Labuan dan memantapkan iltizam untuk memajukan Labuan setanding dengan sekaligus amat menepati polisi open sky yang ada pada masa ini. kemajuan W.P. Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu masyarakat. Masyarakat itu sendiri yang mempunyai Walaubagaimanapun, terdapat batasan perkara-perkara yang boleh tanggungjawab untuk mengubah nasib diri sendiri, keluarga, bangsa dan dilaksanakan oleh badan separa kerajaan seperti Perbadanan. negara. Pembangunan di Labuan perlu disertai oleh pihak swasta dan persendirian. Menggunakan kemudahan yang telah disediakan, pihak Sekian. Wassalam. tersebut hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di pulau ini. Kerana itulah kedua-dua pihak perlu bersedia untuk memberi dan menerima. Apabila ikatan dan persefahaman ini dapat direalisasikan, maka hasrat melihat YB Dato Hj.Suhaili Abd.Rahman Labuan maju menjelang 2020 tidak dapat diragui lagi. Pengerusi Perbadanan Labuan

4 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN PERBADANAN LABUAN

LAPORAN TAHUNAN 2005 5 PERBADANAN LABUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

aya bersyukur Ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya Perbadanan juga turut melaksanakan Kempen Budi Bahasa yang S Laporan Tahunan Perbadanan Labuan (PL) Tahun 2005 dapat diinisiatifkan oleh Kerajaan Pusat. Pelancaran kempen telah diadakan disiapkan dan dibukukan. pada bulan Mac dengan kerja-kerja penanaman pokok bunga raya secara beramai-ramai. Kempen ini diharap dapat melahirkan warga yang Selain daripada mematuhi Keperluan Akta 609, Laporan ini adalah untuk mempunyai peradapan yang mulia dan mesra. memberi gambaran keseluruhan pengurusan Perbadanan serta aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2005 kepada masyarakat Dalam RMKe-8, satu projek besar telah dapat disiapkan iaitu Terminal Feri Labuan secara amnya. Penumpang Labuan yang menelan belanja RM33 juta. Warga Labuan dan pengunjung-pengunjung daripada luar dapat menggunakan kemudahan

Selaku Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perancangan yang lebih selesa berbanding dengan bangunan yang sebelumnya. Terdapat Tempatan bagi W.P. Labuan, Perbadanan telah berusaha untuk 7 projek lain yang masih dalam pelaksanaan. menyempurnakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan Secara keseluruhannya, prestasi Perbadanan adalah memuaskan jika memuaskan. dilihat dan skop kerja yang luas, iaitu termasuk menjaga kebersihan dan keindahan pulau, menyediakan perkhidmatan perbandaran, mengusahakan Bermula daripada awal tahun, Perbadanan telah menyahut seruan aktiviti-aktiviti pelancongan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa bencana ombak besar keraian dan protokol untuk tetamu-tetamu ternama yang berkunjung ke TSUNAMI yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan negara- Labuan. negara jiran pada penghujung tahun 2004. Perbadanan telah menyelaraskan

penyediaan tabung untuk menerima sumbangan daripada masyarakat Perbadanan akan mengambil tindakan yang lebih efektif pada tahun-tahun Labuan untuk para mangsa. Sebanyak RM250,503.69 telah berjaya seterusnya supaya perkhidmatan yang disediakan dapat memenuhi dikutip dan telah diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri keperluan pelanggan dan menepati hasrat kerajaan. Kedah untuk diagih-agihkan. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan ke Perbadanan juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perbadanan. percambahan fikiran dikalangan pegawai untuk membincangkan secara terperinci projek-projek yang ingin dipohon untuk dilaksanakan dalam Sekian. RMKe-9. Senarai projek telah berjaya disediakan dan telah dikemukakan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk tindakan selanjutnya. Sesi Percambahan Fikiran ini adalah satu pendekatan yang baru kerana sebelum ini, projek-projek yang dipohon tidak dibincangkan secara terperinci dan hanya diuruskan oleh Bahagian-bahagian yang terlibat Abidin bin Arshad sahaja. Projek-projek pembangunan yang dipohon diharap akan Ketua Pegawai Eksekutif mengaktifkan lagi pembangunan ekonomi di pulau ini. Perbadanan Labuan

6 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

WAWASAN

Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pulau yang maju, indah dan ceria menjelang tahun 2015 VISI

Memastikan pembangunan terancang melalui: • Pembangunan sosio ekonomi yang maju dan mampan. • Peningkatan prasarana dan perkhidmatan yang berterusan. • Menjadikan Pulau Labuan Taman Percutian dan Perniagaan yang unik dan menarik serta memenuhi citarasa kedamaian, ketenangan, kemewahan dan cabaran. OBJEKTIF

• Menjadikan Perbadanan sebagai sebuah agensi yang terunggul dan berwibawa. • Menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi, sosial, budaya dan sukan di WP Labuan. • Membangunkan industri pelancongan dan aktiviti komersial di WP Labuan. • Menjadikan WP Labuan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia. • Menjadikan Perbadanan sebagai agensi perancang dan pihak kuasa tempatan yang cekap, berkesan dan berdikari. PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan mesra dan melaksanakan program pembangunan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan negara.

LAPORAN TAHUNAN 2005 7 PERBADANAN LABUAN

Fungsi - Fungsi

Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 – Akta Perbadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut :

a. Memajukan dan merangsang WP Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;

b. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

c. Memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

d. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

e. Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

f. Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

g. Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan

h. Menyelaraskan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan

8 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Senarai Keanggotaan Perbadanan Labuan

1 YB Dato’ Hj Suhaili Bin Abdul Rahman Pengerusi

Datuk Yussof Bin Hj Mahal 2 Timbalan Pengerusi ( Bermula 10 Oktober 2005)

Dato’ Hj Bakaruddin bin Othman 3 Kementerian Wilayah Persekutuan ( Bermula 28 September 2005 )

Dato’ Azizan Bin Abdul Rahman 4 LOFSA 1 ( Bermula 29 September 2005 )

Fauziah Binti Yaacob 5 Kementerian Kewangan (mulai 1 Ogos 2004)

Y.M Raja Dato’ Zaharaton Binti Raja Zainal 6 Abidin Unit Perancang Ekonomi ( Bermula 16 Februari 2004 )

Rosnah Binti Omar 7 LOFSA 2 ( Sehingga Jun 2005 )

3 4

5 6 7

LAPORAN TAHUNAN 2005 9 PERBADANAN LABUAN

Senarai Ahli Majlis Penasihat

Tuan Hj Yunus Bin Hj Kurus 1 Pengerusi

2 Harris Bin Haji Annuar Tan

3 Tan Che Chong @ Tan Chee Chong

4 Roger Chua Tuan Song

5 Hajah Rokiah Binti Hj Ibrahim

6 Ahmad A. Staun 1

Tuan Hj Isli Bin Hj. Siput 7 (Bermula Oktober 2005)

2 3 4

5 6 7

10 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Carta Organisasi

Kementerian Wilayah Persekutuan

Anggota Perbadanan Labuan ○○○○○○○○

○○○○○ Majlis Penasihat

Ketua Pegawai Eksekutif

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) (Pembangunan)

Bahagian Bahagian Bahagian Pembangunan Khidmat Pengurusan Audit Dalam dan Kejuruteraan

Bahagian Bahagian Perancangan Bahagian Pengurusan Kewangan Dan Penyelarasan Perundangan

Bahagian Bahagian Pelaburan Harta dan Pernilaian Unit dan Sosio Ekonomi Perhubungan Awam

Bahagian Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat Perbandaran dan dan Komunikasi Kerajaan Tempatan

Unit Perpustakaan Awam Unit Ukur Bahan

Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan

LAPORAN TAHUNAN 2005 11 PERBADANAN LABUAN

Senarai Kumpulan Pengurusan

Tuan Hj Abidin Bin Arshad Ketua Pegawai Eksekutif

Hj Ab. Rahim Bin Kasim Omar Bin Kaseh Jusoh Bin Saleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) (Pembangunan) (Pembangunan) (hingga Jun 2005) (mulai Ogos 2005)

Siti Maznah Binti Awang Damit Rithuan Bin Hj Mohd Ismail Tan Sing Kiong Othman Bin Che Jusoh Ibrahim Bin Tambi Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah (Pelancongan dan Kebudayaan) (Perkhidmatan Perbandaran (Audit Dalam) (Khidmat Pengurusan) (Perancangan dan Penyelarasan) dan Kerajaan Tempatan)

Zainuddin Bin Manaf Norsiah Binti Udin Ir. Ahmad Khir Bin Mohammad Maheran Binti Abdul Rahman Suhaimi Bin Sainan Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah (Pengurusan Kewangan) (Pelaburan Dan Sosio Ekonomi) (Pembangunan Dan Kejuruteraan) (Teknologi Maklumat (Perundangan) dan Komunikasi)

12 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Pengurusan Dan Pembangunan Organisasi

LAPORAN TAHUNAN 2005 13 PERBADANAN LABUAN

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan kebajikan kakitangan, penyelarasan lawatan-lawatan rasmi, penyediaan kemudahan awam, urusan daftar harta modal dan inventori. Selain itu, bahagian ini juga terlibat dalam menjayakan acara-acara tahunan anjuran Perbadanan Labuan (PL) khususnya yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pelancongan, sosio-ekonomi, sukan, kebudayaan dan sebagainya. Sepanjang tahun 2005, urusan perkhidmatan kebajikan kakitangan PL terus diberikan perhatian utama. Tindakan yang diambil ialah menguruskan kemudahan perumahan kakitangan, urusan perubatan, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Penekanan kepada pengurusan sumber manusia terus menjadi agenda utama bahagian ini bagi tahun 2005. Pelbagai pendekatan telahpun dibuat bagi memastikan sumber manusia sedia ada terus dibangun daripada pelbagai sudut khususnya yang berkaitan dengan pemantapan motivasi, pendedahan kepada ilmu pengurusan lokasi. Kursus-kursus ini disediakan dan diintegrasikan sedemikian rupa bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan mendapat pendedahan yang secukupnya bagi memenuhi hasrat mewujudkan pegawai dan kakitangan yang memiliki elemen multi-skill. Pendedahan dan latihan yang berterusan juga akan memastikan pegawai dan kakitangan PL mendapat pengetahuan terkini yang seterusnya akan menjadikan pegawai dan kakitangan lebih responsive terhadap perubahan yang berlaku dalam organisasi. Perincian kursus yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2005 adalah seperti berikut :-

Jadual 1 : Senarai Kursus dan Bilangan Penyertaan

Bil Jenis Kursus Bil Kursus Penyertaan(Orang)

1. Kursus Peningkatan Kemahiran ICT 5 19

2. Kursus Peningkatan Motivasi Diri 13 30

3. Kursus Peningkatan Pengetahuan 25 113 Pentadbiran / Operasi

4. Kursus Peningkatan Pengetahuan Dalam 5 6 Bidang Undang-undang

5. Kursus Peningkatan Pengetahuan Dalam Bidang 6 13 Perakaunan / Kewangan

6. Kursus Lain 20 71

JUMLAH 74 252

14 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Bahagian Pengurusan Kewangan

Bahagian Pengurusan Kewangan bertanggungjawab dalam urusan mengakaunkan hasil dan perbelanjaan, penyediaan belanjawan, pembayaran, penyediaan laporan kewangan, pembayaran gaji kakitangan, mengawal selia dan menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga dan tender. Di samping itu, bahagian ini juga bertanggungjawab bagi membantu dan memberi khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada bahagian-bahagian di Perbadanan Labuan, menjawab pertanyaan audit dari Bahagian Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara yang berkaitan dengan kewangan. Semua perkara berkenaan dengan pengurusan kewangan adalah tertakluk kepada Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609), Undang-undang Kecil, Pekeliling-pekeliling Kerajaan yang diterimapakai oleh Perbadanan, arahan-arahan perbendaharaan dan keputusan-keputusan mesyuarat Perbadanan Labuan.

Prestasi Kewangan

Kutipan Hasil Pada tahun 2005, PL telah mengutip hasil sebanyak RM14.03 juta berbanding RM 12.46 juta bagi tahun 2004. Hasil tertinggi adalah dari cukai taksiran sebanyak RM6.32 juta diikuti dengan pendapatan dari lesen sebanyak RM2.11 juta. Butiran terperinci sumber hasil tahun 2005 adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1 : Kutipan Hasil Tahun 2005

Sumber Hasil Jumlah(RM) Peratus (%)

Cukai Kadaran 6,323,545 45.06

Caruman Bantu Kadar 1,204,097 8.58

Pelbagai Lesen 2,106,921 15.01

Sewaan 1,690,243 12.05

Yuran Perkhidmatan 21,729 0.15

Faedah Pinjaman Kenderaan dan Komputer 25,461 0.18

Faedah Akaun Simpanan Tetap 1,032,713 7.36

Denda dan Kompaun 1,411,439 10.06

Faedah Akaun Semasa 216,498 1.54

Jumlah Keseluruhan 14,032,646 100.00

LAPORAN TAHUNAN 2005 15 PERBADANAN LABUAN

Perbelanjaan Mengurus Dalam tahun 2005, Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM26.44 juta untuk belanja mengurus. Peruntukan tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus tahunan PL iaitu berjumlah RM38.24 juta. Peruntukan yang tidak mencukupi ini dibiayai menggunakan sumber hasil PL. Butiran perbelanjaan mengurus tahun 2005 adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2005

Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%)

Aktiviti Pelancongan 1,390,588 3.64

Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset 675,493 1.77

Bayaran Audit dan Yuran Perakaunan 21,080 0.06

Bayaran-Bayaran Lain 1,039,624 2.72

Bekalan dan Bahan-Bahan Lain 616,548 1.61

Elaun Lebih Masa 868,792 2.27

Elaun Tetap 3,109,825 8.13

Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain 8,620 0.02

Gaji dan Upah 6,143,280 16.07

Ganjaran 8,123 0.02

Majlis Tindakan Pelancongan 736,501 1.93

Imbuhan Tahunan 655,072 1.71

Pengangkutan Barang-Barang 32,938 0.09

Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil 12,830,774 33.55

Pembangunan Kampung 1,021,142 2.67

Perbelanjaan dan Perjalanan Sara hidup 1,316,910 3.44

Perhubungan dan Utiliti 2,423,825 6.34

Perkhidmatan Ikhtisas, Hospitaliti dan Lain-Lain 3,365,968 8.80

Sewaan 253,780 0.66

Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan 1,176,336 3.08

Sumbangan Kepada Majlis Sukan 543,030 1.42

Jumlah Keseluruhan 38,238,249 100.00

16 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Perbelanjaan Pembangunan Peruntukan pembangunan sebanyak RM42.35 juta telah diterima dalam tahun 2005. Ia meningkat sebanyak RM24.47 juta berbanding RM17.88 juta yang diterima dalam tahun 2004. Sebanyak RM19.81 juta telah dibelanjakan bagi projek-projek pembangunan RMKe-8. Pada keseluruhannya perbelanjaan pembangunan bagi RMKe-8 (2001-2005) ialah sebanyak RM112.10 juta iaitu 79.43% daripada geran pembangunan yang diterima iaitu RM141.13 juta.

Urusan Perolehan Bahagian Pengurusan Kewangan juga bertanggungjawab untuk menguruskan semua jenis perolehan Perbadanan Labuan. Ia bertindak sebagai urus setia bagi menyelaras setiap perbelanjaan PL yang dibuat melalui sebut harga atau pun tender. Pada tahun 2005, bahagian ini telah menguruskan sebanyak 80 sebut harga dengan nilai RM7.96 juta dan 6 tender dengan nilai RM 27.97 juta.

Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Sejajar dengan hasrat kerajaan, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah merancang beberapa pembangunan sistem pengkomputeran bagi menyokong sistem penyampaian Perbadanan Labuan. Disamping itu, aktiviti-aktivti lain seperti pemantauan, penyelenggaraan peralatan komputer dan latihan-latihan kemahiran ICT terus dipertingkatkan.

Aktiviti yang Dilaksanakan

Mengkaji Dan Menyediakan Keperluan Bagi Pelaksanaan Sistem Pengkomputeran Berdasarkan Perancangan Tahun 2005

a. Time Management And Door Access System. Pembangunan sistem ini adalah bagi menggantikan penggunaan Punch Card. Sistem yang berasaskan teknologi biometrik ini berupaya menggantikan proses kerja yang sedia ada iaitu berkaitan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan serta keselamatan pejabat, malah ia dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Pelawaan kepada pembekal-pembekal telah dibuat melalui tender pada bulan Disember 2005. Kerja-kerja pelaksanaan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2006.

b. Kajian Pelan Strategik ICT ISP adalah merupakan pelan atau blueprint yang akan dirumus untuk membangun dan melaksanakan projek-projek ICT yang sejajar dengan pelan strategik Perbadanan Labuan. Bagi merealisasikan projek pengkomputeran ini, Perbadanan Labuan telah mempelawa syarikat-syarikat perunding untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan masing-masing melalui tender yang yang dikeluarkan pada bulan Julai 2005.

LAPORAN TAHUNAN 2005 17 PERBADANAN LABUAN

c. Menaiktaraf Sistem Rangkaian Komputer Kajian bagi menaiktaraf sistem rangkaian komputer yang akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bermula pada bulan Jun 2005. Antara keperluan di dalam spesifikasi teknikal adalah pendawaian kabel fibre optic yang akan bertindak sebagai backbone kepada Sistem Rangkaian Komputer Perbadanan Labuan. Begitu juga bagi peralatan rangkaian iaitu Switches perlu ditambah dan ditingkatkan keupayaannya. Spesifikasi teknikal juga merangkumi sistem rangkaian tanpa wayar (wireless network) di lokasi-lokasi tertentu yang telah dikenal pasti. Pada bulan Disember 2005, Perbadanan Labuan telah meluluskan supaya notis tender dikeluarkan bagi mempelawa syarikat-syarikat pembekal untuk mengemukakan cadangan pelaksanaannya.

d. Kemudahan Makmal ICT Penyediaan Makmal ICT adalah bertujuan meningkatkan kemahiran ICT khususnya bagi semua pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan dan amnya pihak awam di W.P.Labuan melalui siri latihan ICT yang terancang. Pada tahun 2005, penyediaan spesifikasi teknikal telah melibatkan dua buah Makmal ICT dikenal pasti menjadi keperluan iaitu sebuah Makmal ICT akan disediakan di Tingkat 3, Wisma Perbadanan Labuan dan sebuah lagi adalah di Kampung , W.P.Labuan.Pelawaan kepada syarikat-syarikat pembekal bagi membekalkan kelengkapan peralatan ICT di kedua-dua makmal di atas dibuat melalui tender pada bulan September 2005.

Penyelenggaraan Sistem Komputer Secara Terancang Bagi menjamin penggunaan peralatan komputer dapat digunakan secara optima, Bahagian ICT di bawah aktiviti ini telah melaksanakan pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan komputer secara berterusan dan terancang. Dimana penyelenggaraan secara amya dibahagikan kepada dua iaitu preventive maintenance dan immediate maintenance.

Bagi mempertingkatkan lagi tadbir urus kerja-kerja menyelenggara, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah memperkemaskan pentadbirannya. Dimana antara lain telah melibatkan kerja-kerja di bawah:

a. Pembangunan sebuah Bilik Server bagi mempastikan sistem rangkaian komputer Perbadanan Labuan dapat diurus dan diselenggara dengan lebih berkesan. Pembangunan bilik ini adalah menggantikan bilik server yang sedia ada, yang mana telah melibatkan kos sebanyak RM88,124.00.

b. Membuat pendawaian semula dan mempertingkatkan peralatan sistem rangkaian komputer pejabat Perbadanan Labuan di Wisma Wong Wo Lo.

Meningkatkan Kesedaran Dan Kemahiran ICT Melalui Latihan ICT Bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran ICT khususnya kepada pegawai/kakitangan sistem maklumat dan amnya kepada warga Perbadanan Labuan, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah merancang dan melaksanakan beberapa program-program latihan.

a. Kursus Sistem Personel (Sispen) Versi 5.0. Siri latihan ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

b. Kursus Membina Laman Web. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan.

18 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Bahagian Audit Dalam

Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab untuk melaksanakan auditan kewangan dan auditan pengurusan bagi memastikan pengurusan di Perbadanan Labuan dilaksanakan mengikut peruntukan peraturan yang ditetapkan. Selaras dengan fungsi Audit Dalam, pihak Audit Dalam juga memberi nasihat dan syor supaya sistem pengurusan diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Kerja-kerja Pengauditan Sepanjang tahun 2005, Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan satu (1) auditan kewangan dan dua (2) auditan pengurusan. Kajian-kajian audit yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

a. Kajian Audit Projek Pembinaan Terminal Feri dan Jeti Penumpang Baru Wilayah Persekutuan Labuan.

b. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perbadanan Labuan.

c. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Penyewaan Perumahan Perbadanan Labuan.

Penemuan-penemuan audit berbangkit telah pun dibincangkan dengan pegawai-pegawai terlibat yang bertanggungjawab semasa “Exit Conference” bagi mendapat pengesahan muktamad sebelum surat pemerhatian audit dikeluarkan. Laporan Kajian Audit dimaklumkan kepada pihak pengurusan atasan supaya tindakan segera dan positif diambil untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan yang ditemui secepat mungkin.

Tindakan pembaikan telah pun diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan penemuan-penemuan auditan yang berbangkit.

Jawatankuasa Audit Jawatankuasa Audit Perbadanan Labuan telah bermesyuarat sebanyak dua (2) kali pada tahun 2005. Semua isu penemuan yang berbangkit dalam laporan audit telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan pihak pengurusan telah pun mengambil tindakan pembaikan yang positif terhadap penemuan dan cadangan audit. Bahagian Perundangan

Pada tahun 2005, Bahagian Perundangan memberikan penumpuan terhadap pelaksanaan tindakan penguatkuasaan undang- undang yang melibatkan pelanggaran undang-undang kecil Perbadanan Labuan dan kesalahan-kesalahan sivil seperti kemungkinan perjanjian/kontrak yang dimeterai antara Perbadanan Labuan dan pihak-pihak lain. Pelaksanaan tindakan penguatkuasaan undang-undang ini termasuk pengeluaran notis-notis amaran, pengendalian kertas-kertas siasatan dan penyelesaian isu-isu yang melibatkan aspek perundangan.

Aktiviti yang Dilaksanakan

Mengurus proses pemanjangan pemakaian Akta-Akta ke WP Labuan

Pada tahun 2005, Bahagian Perundangan telah mengurus pemanjangan pemakaian Akta Pemberi Pinjam Wang (Akta 400) untuk diguna pakai di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemanjangan Akta 400 ini akan memansuhkan pemakaian Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1901 yang sedang diguna pakai di WP Labuan.

LAPORAN TAHUNAN 2005 19 PERBADANAN LABUAN

Di samping itu, Bahagian Perundangan masih mengurus proses pemanjangan LIMA (5) draf pindaan Akta-akta yang diguna pakai di Semenanjung Malaysia untuk diguna pakai ke WP Labuan. Beberapa siri mesyuarat bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara telah dihadiri oleh Bahagian Perundangan bagi mengemas kini dan dan melengkapkan maklumat- maklumat yang diperlukan. Draf-draf tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang- Undang, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan lanjut dan proses seterusnya. Kelima-lima draf pindaan Akta-akta tersebut ialah: i) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) (Untuk memansuhkan Enakmen Perumahan (Kawalan Pemaju-Pemaju) 1978. ii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). iii) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Untuk memansuhkan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961). iv) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) (Untuk memansuhkan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Sabah Bab 141).

v) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 (Akta 493) (Untuk memansuhkan Ordinan Hiburan Awam 1958). Mengendalikan kes-kes/isu-isu yang melibatkan Perbadanan Labuan menurut prosedur-prosedur perundangan.

a. Tunggakan sewa bulanan rumah milik Perbadanan Labuan i. Mengeluarkan notis-notis tuntutan (183 notis) ii. Jumlah penyewa yang membayar tunggakan (142 orang) iii. Tindakan penutupan/pengambilan balik rumah (13 unit/penyewa) b. Ordinan Pelesenan Tred, 1948 (7 kes)

c. Undang-Undang Kecil (Majlis Perbandaran Labuan) Mencegah Kekotoran, 1991 (9 kes) d. Undang-Undang Kecil Bangunan, 1951 (5 kes) e. Perintah Pengangkutan Jalan (Mengadakan Tempat Letak Kereta Dan Tempat Perhentian Teksi) (Majlis Perbandaran Labuan) 1995 (5 kes) Lain-lain aktiviti yang melibatkan aspek perundangan a. Penyemakan dokumen perjanjian/kontrak Sebanyak 67 jilid dokumen perjanjian/kontrak telah disemak oleh Bahagian Perundangan di sepanjang tahun 2005. Aktiviti penyemakan dokumen ini adalah termasuk memberikan pengesahan terhadap dokumen-dokumen perjanjian/ kontrak yang boleh diguna pakai dan seterusnya dimeterai antara Perbadanan dengan pihak yang satu lagi. Antara dokumen-dokumen perjanjian/kontrak yang disemak ialah perjanjian-perjanjian yang dimeterai berhubung kontrak- kontrak penyelenggaraan, pembersihan, pembinaan dan penyewaan. b. Rekomendasi dan nasihat perundangan Sebanyak 113 ulasan, pandangan, nasihat dan rekomendasi yang telah diberikan oleh Bahagian Perundangan yang melibatkan pelbagai aspek dan isu perundangan yang dihadapi oleh Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di Perbadanan Labuan di sepanjang tahun 2005.

c. Menghadiri prosiding-prosiding mahkamah di dalam perbicaraan yang melibatkan Perbadanan Labuan Sebanyak Dua (2) prosiding perbicaraan mahkamah yang melibatkan Perbadanan Labuan telah dihadiri oleh Bahagian Perundangan di sepanjang tahun 2005. Kes-kes tersebut merupakan kes-kes tuntutan sivil dan masih berlangsung pada tahun ini.

20 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

LAPORAN TAHUNAN 2005 21 PERBADANAN LABUAN

Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan

Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan menjalankan fungsi-fungsinya melalui unit-unit berikut:

a.Perkhidmatan Bandar b.Pelesenan c.Penguatkuasa d.Kesihatan e.Letak Kereta

Aktiviti yang Dilaksanakan

Unit Perkhidmatan Bandar

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah menyediakan perkhidmatan pembersihan di seluruh Pulau Labuan, menyelenggara kemudahan awam, mengurus tapak pelupusan serta menyediakan kelengkapan logistik untuk acara-acara rasmi.

Pembersihan Taman Perumahan, Kawasan Pantai, Tanah Lapang dan Bangunan

i. Sepanjang tahun 2005, 19 kontraktor telah dilantik untuk membersihkan 19 pakej taman perumahan di Labuan. Manakala 10 kontraktor lagi telah dilantik untuk kerja-kerja pembersihan kawasan pantai, bangunan dan padang ragbi.

ii. Sebanyak RM 2,847,892.20 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja-kerja tersebut mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan oleh Perbadanan Labuan.

‘ Perkhidmatan Kutipan Sampah

i) Sebanyak 11 buah lori kompaktor dan 2 buah lori roro disediakan untuk mengurus semua kutipan sampah di seluruh WP Labuan. Kawasan kutipan sampah ini meliputi kawasan luar bandar (kampung), institusi kerajaan, kawasan taman perumahan dan kawasan industri.

ii) Sebanyak 17 ribu tan sampah telah dikutip sepanjang tahun ini.

22 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Perkhidmatan Peralatan Dan Logistik Bahagian ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan logistik untuk acara-acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan, jabatan dan agensi Kerajaan serta orang awam.

Program Kitar Semula Program Kitar Semula diteruskan dengan pengagihan brosur kepada pelajar-pelajar sekolah, kempen kesedaran di kelas tadika dan tabika seluruh Labuan.

Unit Pelesenan

Fungsi yang dilaksanakan adalah menyelaras dan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, lesen operasi, lesen penjaja, lesen iklan, pusat hiburan dan lain-lain lesen di WP Labuan.

Sejumlah 662 permohonan lesen telah diproses sepanjang tahun ini. Dari jumlah berkenaan sejumlah 468 telahpun diluluskan.

Pada tahun ini, Unit Pelesenan telah berjaya mengutip hasil bayaran lesen sejumlah RM1,394,338.00 iaitu peningkatan sebanyak 20% berbanding hasil diperolehi pada tahun 2004 iaitu sejumlah RM1,154,786.00

Aktiviti Unit Pelesenan

Pada tahun 2005, Unit Pelesenan telahpun menjalankan 7 aktiviti seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Aktiviti-aktiviti Unit Pelesenan yang dilaksanakan tahun 2005

Bil Tarikh Aktiviti Yang Dijalankan Catatan Bilangan Penyertaan

1 April / Mei Tempahan khemah untuk 66 Tempahan berjaya dijual Penjaja Ramadan kepada peniaga dengan harga 138 orang peniaga RM150 seunit

2 Februari – Jun Penyediaan data / maklumat Mengemas kini data LIS 9 orang kakitangan pelesenan tahun 2004 Unit Pelesenan

3 Mei – Julai Penambahbaikan proses kerja Pembaharuan persijilan ISO Semua kakitangan ISO Pelesenan

5 26 – 29 Sept. Kursus Keusahawanan 24 orang peniaga terlibat 24 orang untuk peniaga

6 Julai Pengemaskinian kod jenis Mula digunapakai 5 orang kakitangan perniagaan pelesenan dan pada 6 Oktober 2005 Unit Pelesenan penyediaan deraf proses kerja untuk Sistem Pengurusan Lesen Berkomputer 7 5 April Temuduga pengambilan peniaga 58 pemohon dan 9 orang 58 pemohon Pasar Bumiputera Labuan peniaga yang berjaya

LAPORAN TAHUNAN 2005 23 PERBADANAN LABUAN

Unit Penguatkuasa dan Unit Letak Kereta

Aktiviti Unit Penguatkuasa Tahun 2005 Unit Penguatkuasa telah menjalankan 5 jenis operasi pada tahun 2005 untuk kawasan pusat bandar dan luar bandar.

i. Ops Kebersihan dan Halangan Pusat Bandar Pemantauan di seluruh kawasan pusat bandar dan tumpuan utama dijalankan pada waktu pejabat dan luar pejabat dan ia dijalankan pada setiap hari. Ini bagi memantau kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen perniagaan. Sebanyak 55 tawaran kompaun dan 52 notis amaran telah dikeluarkan.

ii. Operasi Luar Bandar Dalam operasi ini sebanyak 115 tawaran kompaun telah dikeluarkan bagi kerja-kerja pemantauan kawasan gudang, kerja-kerja tanah, premis-premis perniagaan penjualan besi buruk, operasi pemantauan ke atas ternakan yang berkeliaran dan penggantungan banner di pusat bandar dan luar bandar.

iii. Operasi Premis Perniagaan Hasil pemantauan di kawasan gerai dan pasar besar Labuan, sebanyak 63 notis amaran dan 24 tawaran kompaun dikeluarkan. Manakala 310 tawaran kompaun dikeluarkan ke atas 16 buah premis perniagaan (restoran dan kedai kopi) yang meletakkan kerusi / meja di kawasan siar kaki tempat awam.

iv. Operasi Renovasi Dan Setinggan 14 notis amaran dan 8 tawaran kompaun telah dikeluarkan hasil daripada pemantauan aktiviti renovasi dan setinggan di kawasan bandar dan luar bandar. Unit penguatkuasa juga telah menjalankan operasi setinggan di tiga buah kawasan terlibat pada 18 Ogos 2005 dan 7 Disember 2005.

v. Operasi Penguatkuasaan Kesalahan Meletak Kenderaan Sebanyak 1,185 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan meletakkan kenderaan dengan kutipan hasil sebanyak RM13,365.00. Di samping itu, Operasi Mengunci Kenderaan (clamping) turut dilaksanakan dan mengutip hasil sebanyak RM12,540.00.

Unit Letak Kereta

Sistem letak kereta berbayar menggunakan kupon di W.P. Labuan telah mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 1995 menggunakan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Walau bagaimanapun Pengurusan Sistem Letak Kereta tersebut telah disewakan sepenuhnya kepada syarikat swasta untuk mengendalikannya. Pihak PL hanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu mengkompaun dan mengunci kenderaan (clamping). Hasil kompaun , caj lebih masa dan caj yuran operasi letak kereta persendirian sepanjang tahun 2005 adalah sebanyak RM34.512.00.

24 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Unit Kesihatan

Pada tahun 2005, Unit ini telah melaksanakan aktiviti sistem penggredan premis makanan, kursus kebersihan premis dan pengendalian makanan, kawalan terhadap binatang peliharaan tidak bertuan, kawalan makhluk perosak dan nyamuk aedes

Kursus Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan Unit Kesihatan telah mengadakan sebanyak 3 Kursus Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan yang melibatkan 373 pengusaha restoran dan pengendalian makanan, Kedai Kopi dan Kedai Gandingan.

Aktiviti Kawalan Unit Kesihatan Unit Kesihatan telah menjalankan beberapa aktiviti bagi memastikan Pulau Labuan dalam keadaan bersih dan indah serta mengurangkan kacau ganggu di kawasan awam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-

i. Kawalan Anjing Tidak Bertuan ii. Kawalan Kucing Tidak Bertuan iii. Kawalan Burung iv. Kawalan Makhluk Perosak

Kawalan Kebersihan Tandas Unit Kesihatan bertanggungjawab mengawal selia sebanyak 23 unit tandas yang dibangunkan oleh PL. Sebanyak 4 unit tandas awam iaitu tandas pasar, tandas ‘Barter Trade’, tandas Terminal Bas dan Tandas Medan Selera adalah di bawah pemajakan kontraktor selama setahun.

Unit Kesihatan Perbadanan Labuan bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan WP Labuan juga telah menjalankan aktiviti semburan kabus (fogging) terhadap 5164 buah rumah di Pulau ini sebagai langkah pencegahan penyakit berbahaya bawaan nyamuk aedes.

Gambaran kemudahan yang terdapat di dalam tandas awam

Tandas awam

LAPORAN TAHUNAN 2005 25 PERBADANAN LABUAN Perpustakaan Awam Labuan

Perpustakaan Awam Labuan (PAL), telah melaksanakan 4 aktiviti utama dan 4 aktiviti sampingan sepanjang tahun 2005. Pengisian aktiviti selaras dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2005.

Aktiviti yang Dilaksanakan

Sistem Digital Perpustakaan. Sistem Digital Perpustakaan yang digunakan untuk Perpustakaan Awam Labuan ini ialah CLM (Clarie Library Management) yang melibatkan sistem digital perpustakaan yang lengkap merangkumi pendaftaran keahlian, pinjaman, pemulangan, pengkatalogan, OPAC (Online Public Access Cataloging) dan lain-lain yang berkaitan. Kerja-kerja pemasangan bermula pada 18 Februari 2005 hingga 3 Mei 2005.

Kempen Bulan Membaca Kebangsaan Kempen ini adalah selaras dengan Kempen Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Rajin Membaca Pasti Berjaya”. Perpustakaan Awam Labuan (PAL) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, telah mengadakan aktiviti seperti berikut :

• Teka silang Kata (terbuka) • Mencari Maklumat (terbuka) • Teka Muka Surat Buku (terbuka) • Ejaan tepat Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah) • Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah) • Pertandingan Membaca (Tadika)

Bengkel Perpustakaan Keluarga Perpustakaan Awam, Labuan (PAL) dengan kerjasama Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri 2005, yang diadakan pada 28– 29 November 2005.

Minggu Perpustakaan Pada tahun ini Minggu Perpustakaan diadakan pada 1 hingga 6 Disember 2005 bertempat di Perpustakaan Desa (PD) Sg. Labu dan PD Durian Tunjong. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

• Pertandingan mewarna dan melukis bersama keluarga. • Pertandingan membaca (B. Melayu) – tadika • Senamrobik dan sukaneka – terbuka • Pakaian Beragam daripada bahan terbuang / semulajadi – sekolah rendah • Bercerita (B. Melayu) – sekolah rendah

Perpustakaan Desa (PD) Perpustakaan Awam Labuan, telah memperuntukkan dua buah Perpustakaan Desa (PD) iaitu PD Kg. Durian Tunjung dan PD Kg. Sg. Labu. Kedua-dua PD ini telah mendapat peruntukan khas daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan Awam Labuan adalah sebagai penyelaras dan mengurus PD ini serta dilengkapi dengan kemudahan Sistem Universal Services Provider (USP) di bawah seliaan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi serta beroperasi pada Disember 2005.

26 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Statistik Pada tahun ini jumlah keseluruhan pengunjung perpustakaan tahun ini ialah 60,517 orang, matlamat yang disasarkan iaitu 70,000 bersamaan dengan 86.45%. Pengunjung dewasa, melebihi catatan pengunjung kanak- kanak sebanyak 32,982 orang, manakala kanak- kanak mencatat jumlah pengunjung sebanyak 27,535 orang. Bahagian Harta dan Penilaian

Bahagian Harta dan Penilaian mempunyai tiga (3) unit yang terbahagi kepada Unit Harta, Unit Sewaan dan Unit Penilaian.

Program / Aktiviti yang Dilaksanakan

Program Unit Pengurusan Harta Unit ini telah meneruskan program-program seperti mengemaskini rekod-rekod hartanah milik Perbadanan Labuan, menguruskan pembayaran cukai dan lain-lain yang berkaitan seperti jadual berikut :-

Jadual 1 : Jenis Hak Milik Dan Cukai Tanah

Pekara Bilangan / Hakmilik RM

1. Komersial (Perniaga) 19 91,630.93

2. Komersial (Perindustrian) 7 93,862.13

3. Komersial (Lain-lain jenis) 11 116,223.18

4. Rekreasi 5 6,860.00

5. Kemudahan Asas 17 53,728.67

6. Perumahan (Tanah Kosong) 51 104,330.52

7. Perumahan (Kediaman) 54 124,052.35

Jumlah 590,687.78

LAPORAN TAHUNAN 2005 27 PERBADANAN LABUAN

Program Unit Sewaan Harta Unit Sewaan Harta menguruskan penyewaan ke atas hartanah Perbadanan Labuan seperti gerai, kedai, pasar, restoran, tapak tanah, ruang pejabat dan rumah berjumlah 473 unit. Unit ini juga menerima aduan kerosakan bangunan.

Pada 26 November 2005, operasi bersama Unit Penguatkuasa dan Bahagian Perundangan telah diadakan untuk mengambil tindakan menutup rumah-rumah di Perumahan Sungai Bedaun yang ingkar dan gagal menjelaskan tunggakan sewa ke atas 13 penyewa.

Program Unit Penilaian Mengemaskini senarai nilaian pegangan hartanah mengikut nilaian yang telah diwartakan pada tahun 1994. Pada tahun ini sebanyak 10,885 bilangan pegangan terdapat di kawasan tadbiran Perbadanan Labuan dengan anggaran kutipan hasil cukai kadaran sebanyak RM7.18 juta. Cukai kadaran telah dikenakan berdasarkan peratus yang telah ditetapkan seperti berikut:-

Jadual 2 : Peratus Cukai Kadaran Mengikut Kategori dan Kawasan

Perdagangan Perindustrian Tanah Kosong Perumahan Perumahan Kawasan % % % Dalam Taman Di Luar Taman Perumahan (%) Perumahan%

Bandar 4.5 5.0 2.5 3.8 3.8

Luar Bandar 5.0 5.0 - 3.0 3.0

Kampung 3.5 5.5 - 2.5 0.5

Kampung Air 3.0 5.5 - 1.0 0.5

Kawasan Perindustrian - 7.5 - - - Berat

Mengeluarkan sebanyak 2200 notis tuntutan tunggakan cukai kadaran ke atas bangunan serta tanah kosong di kawasan bandar yang telah dikenakan cukai tetapi belum dijelaskan cukai kadarannya. Sejumlah RM3,819,300 telah dapat dikutip daripada tindakan tersebut.

Membuat tuntutan Caruman Bantu Kadar bagi sejumlah 1,396 pegangan hartanah yang diduduki oleh Jabatan Kerajaan.

28 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN Unit Perhubungan Awam

Aktiviti - Aktiviti

Aduan Awam Pada tahun 2005, PL telah menerima sebanyak 1827 aduan yang melibatkan pelbagai kategori aduan seperti perkhidmatan, kerosakan dan sebagainya sama ada melalui Unit Perhubungan Awam atau secara terus ke bahagian yang terlibat. Jadual aduan yang diterima adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Jumlah Aduan Tahun 2005

Bilangan Bilangan Bilangan Bilangan Bil Kategori Aduan Aduan Yang Aduan Yang Aduan Dalam Aduan Tidak Diterima Selesai Tindakan Berasas

1 Perumahan Sungai Bedaun 122 117 - 5

2 Gerai Sewaan PL 9 7 - 2

3 Perumahan Taman Mutiara 10 9 - 1

4 Penebangan pokok 24 24 - -

5 Pembersihan / Penyelenggaraan 87 83 4 -

6 Penguatkuasaan 14 14 - -

7 Kawalan Binatang Liar 19 19 - -

8 Kebersihan Premis Makanan 4 4 - -

9 Kacau Ganggu Awam 6 6 - -

10 Perpustakaan 12 8 1 3

11 Kerosakan bangunan Kuarters 123 123 - - dan Pejabat PL (Pakej B)

12 Kerosakan sistem perpaipan untuk 219 219 - - seluruh bangunan milik PL (Pakej C)

13 Kerosakan bangunan kemudahan 143 143 - - awam milik PL (Pakej A)

14 Lampu kawasan kampung 325 325 - -

15 Lampu kawasan perumahan / gudang 279 279 - -

16 Lampu kawasan bandar 265 265 - -

17 Kerosakan Pendawaian Elektrik Kuarters 170 170 - -

1827 1811 5 11

LAPORAN TAHUNAN 2005 29 PERBADANAN LABUAN

* Dalam Tindakan - Melibatkan penyiasatan lanjut - Melibatkan nasihat/tindakan undang-undang - Melibatkan pengubahsuaian yang besar - Melibatkan peruntukan yang besar

* Tidak Berasas - Di luar bidang kuasa Perbadanan Labuan - Pemeriksaan telah dijalankan dan didapati tidak terdapat kerosakan/maklumat seperti yang diadu - Aduan yang telah diambil tindakan diulang aduan - Aduan berganda Kunjungan Rasmi Ke PL Sepanjang tahun 2005, PL telah menerima sebanyak 17 lawatan yang terdiri daripada pelbagai pihak iaitu agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan,institut pengajian tinggi, persatuan dan lain-lain lagi. Kebanyakan lawatan yang diterima adalah lawatan kerja dan lawatan sambil belajar yang bertujuan mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan peranan dan fungsi PL dalam pembangunan Labuan. Selain taklimat, program yang turut disediakan ialah lawatan ke projek pembangunan dan juga produk-produk pelancongan. Lawatan Duta Jepun Ke Brunei ke WP Labuan

Pada tahun 2005 juga, PL telah menyelaras program kunjungan yang melibatkan golongan kenamaan dan menteri seperti kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan Ketua Setiausaha Negara. Senarai aktiviti lawatan adalah seperti di Jadual 2 di bawah.

Lawatan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Ke WP Labuan

YB Dato’ Pengerusi Menyampaikan Cenderamata Kepada Duta Jerman YBhg Tan Sri KSN dan rombongan tiba di Pulau Papan

30 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Jadual 2 : Kunjungan Rasmi Sepanjang Tahun 2005

Bil Perkara Tarikh

1 Universiti Malaya 31 Januari

2 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2 Mac

3 Media Dari Semenanjung Malaysia 9 Mac

4 Majlis Daerah Kuala Selangor 25 Mac

5 Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 9 – 13 April

6 TYT Sarawak 20 April

7 Majlis Perbandaran Kajang 22 April

8 Kominiti Bestari Pekan Tenom 27 – 29 Mei

9 Anak Yatim Tambunan 7 Jun

10 Ketua Setiausaha Negara (KSN) 11 – 12 Jun

11 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2 Ogos

12 Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 15 – 16 September

13 Majlis Perbandaran Kuala Terengganu 21 – 22 September

14 Kementerian Kewangan 14 Disember

15 Bank Negara 14 Disember

16 Majlis Perbandaran Kuala Selangor 15 Disember

17 Duta Jepun Di Brunei 21 Disember

Keratan Akhbar Unit ini juga menjalankan kerja-kerja menyelaras keratan akhbar khususnya mengenai Perbadanan Labuan termasuklah isu-isu semasa berkaitan pembangunan Labuan. Sumber berita yang diperolehi akan direkod dan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Sepanjang tahun 2005 sebanyak 465 keratan akhbar telah dibuat yang memuatkan berita mengenai PL dan Labuan.

LAPORAN TAHUNAN 2005 31 PERBADANAN LABUAN

Keratan akhbar ini diperolehi daripada Berita Harian, NSTP, Daily Express, Sabah Times dan BERNAMA. Kategori berita yang disiarkan adalah seperti Jadual 3 berikut;-

Jadual 3 : Keratan Akhbar 2005

Bil Jenis Berita Jumlah

1 Aktiviti PL 50

2 Pembangunan Labuan 40

3 Acara Pelancongan 30

4 Lain-lain 345

JUMLAH 465

Program Hari Bertemu Pelanggan Program ini juga telah diteruskan pada tahun ini sebagai kesinambungan kepada Program Hari Bertemu Pelanggan yang telah dijalankan pada tahun lalu. Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan telah dipinda kepada setiap hari Jumaat minggu kedua setiap bulan. Pindaan telah dibuat memandangkan keputusan pihak kerajaan yang menetapkan bahawa hari Sabtu merupakan cuti umum bagi semua agensi perkhidmatan awam.

Format program ini masih sama seperti tahun lalu yang menetapkan jadual bertugas kepada setiap pegawai dan kakitangan mengikut bahagian untuk mengendalikan kaunter perkhidmatan serta mempamerkan buku-buku panduan yang digunapakai oleh PL dan tayangan video.

Kempen Budi Bahasa Kempen ini telah dilancarkan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan pada 10 Mac 2005. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan amalan nilai-nilai murni dan mewujudkan rasa saling hormat- menghormati di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 2000 orang penduduk Labuan termasuk ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat, pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Semasa majlis pelancaran, kempen menanam pokok bunga raya juga telah dijalankan sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara taman termasuklah WP Labuan. Sempena kempen ini juga, PL telah menganjurkan Seminar Budi Bahasa kepada kakitangan awam yang berkhidmat di Labuan pada 9 Mac 2005.

Buletin Berita Perbadanan Labuan Unit ini meneruskan penerbitan Berita Perbadanan Labuan yang diterbitkan setiap 3 bulan. Buletin ini merupakan wadah penghubung antara orang awam khususnya warga Labuan dengan PL yang bertujuan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PL.

32 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

LAPORAN TAHUNAN 2005 33 PERBADANAN LABUAN

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan

Bahagian ini bertanggungjawab dalam kawalan perancangan dan pembangunan serta mengawal selia aktiviti dan pelaksanaan aktiviti penyelenggaraan landskap di seluruh Pulau Labuan. Tanggungjawab pengawalan ini telah digariskan dalam Akta Perbadanan Labuan dan beberapa Garis Panduan yang digunapakai iaitu Pelan Pembangunan Labuan (1997-2015), Pelan Induk Landskap dan garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD).

Aktiviti yang Dilaksanakan

Pelan Tatatur dan Pelan Landskap Sebanyak 24 permohonan Pelan Tatatur dan Pelan Landskap telah diterima. Dari jumlah tersebut, dua (2) permohonan merupakan projek kerajaan dan 22 permohonan merupakan projek swasta. Lima (5) permohonan telah diluluskan dan 19 permohonan lagi masih dalam pertimbangan.

Pelan Pecah Sempadan /Bahagian, Cantuman Tanah dan Tukar Syarat Tanah Sebanyak 13 permohonan yang telah diterima. 3 permohonan yang telah diperakukan dan 10 permohonan lagi masih dalam pertimbangan. Dijangka keputusan permohonan akan dibawa ke tahun 2006. Bagi tujuan kelulusan untuk setiap permohonan, Perbadanan Labuan hanya mengesyorkan dan memperakukan mengikut kesesuaian perancangan manakala kelulusan penuh hanya diperoleh melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah WP Labuan. Secara keseluruhannya, Perbadanan Labuan menetapkan sasaran untuk menyelesaikan 10 permohonan yang masih dalam pertimbangan pada tahun 2005 sebelum pertengahan tahun 2006.

Permohonan Kebenaran Merancang Bahagian ini bertanggungjawab memberi ulasan ke atas Permohonan Kebenaran Merancang. Sebanyak 183 Permohonan Kebenaran Merancang telah diterima oleh bahagian ini seperti di Jadual 1.

Jadual 1 : Permohonan Ulasan Kebenaran Merancang Bagi Tahun 2005

Tahun 2005 Perkara Tiada Halangan Tolak Dalam Proses Jumlah

Permohonan Lesen Perniagaan 68 56 - 124 Permohonan Pertanyaan Perancangan 30 12 - 42 Permohonan Pengambilan balik Tanah 1 - - 1 Permohonan Angkut Tanah 4 - - 4 Permohonan Izin Lalu 2 - - 2 Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan - 1 - 1 Permohonan Tukar Jenis Hakmilik - - - - Permohonan Tanah Kerajaan 3 4 - 7 Permohonan Tanah Kerajaan Lesen Menduduki Sementara - - - 0 Permohonan Sijil Layak Menduduki 2 - - 2 JUMLAH KESELURUHAN 110 73 - 183

34 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Rancangan Malaysia Ke Sembilan Satu sesi percambahan fikiran bagi penyediaan senarai projek-projek pembangunan di bawah RMK9 telah diadakan pada 8 dan 9 Januari 2005 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Perbadanan Labuan. Sesi ini telah mengenalpasti program/projek mengikut sektor untuk dilaksanakan di bawah RMK9.

Penyelenggaraan Landskap di WP Labuan Unit Landskap PL bersama 11 kontraktor bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap yang melibatkan kawasan-kawasan taman awam/permainan dan jalan utama/protokol. Ketua Pegawai Eksekutif, PL bersama dengan Pegawai-Pegawai Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan PL. Pada 3 Mac 2005, Perbadanan Labuan telah menjadi johan peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Landskap Jalan Utama / Jalan Protokol bagi tahun 2004. Majlis penganugerahan ini telah diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Landskap Negara anjuran Jabatan Landskap Negara. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Program Menanam Pokok Raya Program Penanaman Pokok Bunga Raya di WP Labuan diadakan serentak di seluruh Negara pada 15 September 2005. Program ini bertemakan “Bunga Raya Semarak Negara”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menanamkan sifat kebangsaan serta kecintaan rakyat Malay- sia khususnya terhadap Bunga Kebangsaan. Sebanyak 3,000 batang pokok Pelancaran Program Menanam bunga raya telah ditanam di WP Labuan melalui program tersebut. Bunga Raya Disempurnakan Oleh YB Ahli Parlimen Labuan

Pelancaran Program Menanam Bunga Raya Disempurnakan Oleh YB Ahli Parlimen Labuan

LAPORAN TAHUNAN 2005 35 PERBADANAN LABUAN Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan

Bagi tahun 2005, Bahagian Pembangunan Dan Kejuruteraan meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan projek pembangunan di bawah peruntukan pembangunan RMK8, peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan memproses pelan-pelan bangunan.

Laporan Prestasi Projek

Terminal Feri Penumpang Baru Labuan telah disiapkan pada penghujung tahun 2005. Bagi tahun 2005 sejumlah RM5,550,508.72 telah dibelanjakan dan menyumbang kepada perbelanjaan keseluruhannya setakat ini ialah RM31,039,432.17.

Terdapat 7 (tujuh) buah projek dalam perlaksanaan pada tahun ini iaitu seperti berikut :

Projek Membaikpulih Hakisan Pantai Fasa 2 Projek ini baru sahaja dimulakan pada 19 Disember 2005 dan dijangka akan siap dalam tempoh 20 minggu. Kos bagi projek ini ialah RM1,080,000.00. Tembok penahan akan didirikan sepanjang lebih kurang 800 meter di tepi pantai dengan menggunakan kaedah blok penahan konkrit. Lokasi projek terletak berhampiran Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Adanya tembok penahan ini kelak,

pantai tersebut tidak lagi terancam dengan hakisan. Terminal Feri Penumpang Yang Baru

Menaiktaraf Tapak Pelupusan Sampah PL akan melantik perunding alam sekitar bagi menyediakan Laporan Kajian Alam Sekitar ke atas tapak baru sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar. Kajian ini perlu bagi mendapatkan kesesuaian kawasan tersebut dalam proses pengambilan balik tanah bagi meluaskan lagi kawasan pelupusan sedia ada. Perbelanjaan sebanyak RM310,565.24 yang telah dibelanjakan adalah untuk kerja-kerja kecil sebagai sokongan di tapak pelupusan.

Perumahan Kakitangan Awam Labuan Projek ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 80% sehingga penghujung tahun 2005 telah didirikan di Tanjung Purun. Pada tahun ini juga, sebanyak RM1,873,240.64 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran kepada kontraktor dan perunding. Projek Dalam Pembinaan Fasa kedua yang hanya dimulakan pada 19 Disember 2005 yang memakan kos sebanyak RM16,048,104.67, dijangka dapat disiapkan dalam masa 100 minggu akan datang. Sebanyak 66 unit kediaman kelas C, D, E dan F akan didirikan di Kg. Bukit Kuda. Perbelanjaan sehingga 31 Disember 2005 ialah RM3,682,026.17 yang merupakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor.

36 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Program Pengindahan Labuan Pembangunan Fasa 1 yang terletak di Tg. Purun telah dimulakan pada 19 Disember 2005 dengan kos sebanyak RM9,180,959.00 dengan tempoh pembinaan selama 60 minggu. Projek terdiri dari pembinaan rumah kelab dan gelanggang boling padang tertutup yang boleh memuatkan 6 rink dan penonton seramai 200 orang. Di samping itu, landskap lembut dan kejur juga disediakan. Sebanyak RM2,295,239.00 (25% dari harga kontrak) telah dibelanjakan bagi bayaran pendahuluan kepada kontraktor.

Gerai / Pusat Penjaja Bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai dan peniaga makanan di gerai Jln. Batu Arang, PL telah memulakan projek mendirikan sebuah gerai yang tetap bagi peniaga di situ yang dimulakan pada 19 Disember 2005. Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 48 minggu iaitu pada November 2006 dengan kos RM940,286.00. Sebanyak 8 unit gerai makan, bilik utiliti, surau dan tandas disediakan bagi kemudahan peniaga dan pengunjung selain dari tempat letak kereta dan landskap.

Pasar Baru Dan Stesen Teksi Dan Bas Kerja-kerja awalan di tapak seperti pembersihan tapak dan membina seawall sedang dilaksanakan. Kajian alam sekitar pula telah dijalankan untuk mendapatkan permit mengangkut dan mengeluar pasir laut bagi tujuan penambakan ke atas tapak sedia ada yang sebahagian besarnya masih dalam laut. Tapak yang terlibat ialah seluas kira-kira 11 ekar. Perbelanjaan bagi projek ini sepanjang tahun 2005 ialah RM1,840,101.81.

Pusat Aktiviti Kebudayaan Jumlah perbelanjaan bagi tahun ini ialah RM604,825.50 iaitu 35% dari harga kontrak. Kemajuan fizikal sehingga 31 Disember 2005 ialah 52%.

Projek Pembinaan Pusat Kebudayaan Terdapat 2 (dua) projek yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun iaitu Memasang Lampu Jalan dan Pembinaan Jalan Dan Longkang. Jumlah perbelanjaan kedua-dua projek sehingga 31 Disember 2005 ialah RM1,266,467.25.

Projek Penyelenggaraan Meneruskan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan bagi membaiki kemudahan awam dan infrastruktur sedia ada. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan ialah penyelenggaraan jalan / longkang, lampu jalan, bangunan awam, kawasan rekreasi dan logistik. Dalam tahun 2005 sejumlah RM2,919,289.18 telah digunakan bagi tujuan ini.

Projek Pembinaan Pusat Kebudayaan

LAPORAN TAHUNAN 2005 37 PERBADANAN LABUAN

Projek-Projek Kecil Bahagian ini juga diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek kecil di bawah peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan, Pejabat Pembangunan Negeri dan PL sendiri.

Tujuan utama melaksanakan projek-projek kecil ini adalah untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana penduduk-penduduk kampung khasnya serta dapat meningkatkan ekonomi warga Labuan amnya dan kelengkapan PL.

Sejumlah RM387,989.00 peruntukan Ahli Parlimen Labuan digunakan untuk perlaksanaan projek pembangunan kampung. Manakala, perbelanjaan bagi projek kecil di bawah pembiayaan geran khas Kementerian Wilayah Persekutuan ialah sebanyak RM224,705.00 dan Kementerian Kewangan sebanyak RM158,221.00.

Kelulusan Pelan Bangunan Bahagian ini telah menerima dan memproses permohonan bagi kelulusan Pelan Bangunan, Rumah Sesebuah, Rumah Kampung, Pengubahsuaian Premis, Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan dan permohonan untuk mendapatkan bekalan air dan elektrik. Perincian permohonan adalah seperti di Jadual 1 :

Jadual 1 : Perincian Kelulusan Pelan Bangunan Dan Permohonan Bekalan Air Dan Elektrik

Bilangan Permohonan Bil. Jenis PermohonanPermohonan Lulus Tolak Masih Dalam Proses

1. Pelan Bangunan i. Projek Kerajaan 1 0 0 1 ii. Perumahan 2 1 0 1 iii. Komersial 1 0 0 1 iv. Industri 4 2 0 2 v. Institusi 1 1 0 0

2. Rumah Sesebuah 11 8 1 2

3. Rumah Kampung 133 131 2 0

4. Pengubahsuaian dan 32 31 0 1 Penambahan Premis

5. Sijil Kelayakan Menduduki 15 15 0 0

6. Bekalan Air Dan Elektrik 236 235 1 0

Operasi Bengkel Unit Bengkel telah melaksanakan aktiviti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pemulihan untuk kesemua kenderaan Perbadanan Labuan. Aktiviti penyelenggaraan pencegahan dilaksanakan berpandukan kepada Jadual Penyelenggaraan yang ditetapkan. Program penyelenggaraan pemulihan dilaksanakan apabila ada keperluan dan aduan kerosakan. Perbelanjaan mengurus yang dikendalikan oleh Unit Bengkel dalam tahun 2005 untuk dua program di atas adalah berjumlah RM238,216.92 dan RM108,303.30.

38 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Operasi Loji Mini Insinerator Loji Mini Insinerator yang telah beroperasi sejak tahun 1998 masih lagi berfungsi dan digunakan pada skala moderate sahaja. Ini kerana kos operasi dan kadar kerosakan yang tinggi berbanding kemampuan sepatutnya.

Loji Krematorium Loji Krematorium diuruskan secara kerjasama antara Perbadanan Labuan dengan komuniti India. Komuniti tersebut bertanggungjawab untuk mengendali, mengurus dan menyempurnakan pembakaran mayat, manakala pihak PL pula bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan. Bahagian Pelaburan dan Sosio Ekonomi

Unit Sosio Ekonomi

Unit Sosio Ekonomi bertanggungjawab ke atas pembangunan 27 buah kampung di WP Labuan. Pembangunan kampung ini meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial dan rohaniah. Pada tahun 2005, unit ini menumpukan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakatnya.

Pembangunan Infrastruktur Unit ini memberi tumpuan kepada pemantauan dari segi aspek kerosakan dan juga keperluan-keperluan infrastruktur awam yang baru. Contohnya jalan-jalan simen akan diperbaiki atau dibina semula sekiranya terdapat yang rosak atau terdapat jalan baru dipohon oleh penduduk kampung.

Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi masyarakat kampung di Labuan sebenarnya dipengaruhi sebahagian besarnya oleh aktiviti atau pembangunan ekonomi di kawasan bandarnya. Ini adalah kerana hampir 90% penduduk yang bekerja atau berniaga di bandar adalah tinggal di kampung ataupun taman perumahan. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan ekonomi di kawasan kampung adalah tertumpu kepada golongan suri rumah dan golongan tua yang cenderung kepada industri kecil-kecilan seperti bengkel jahitan, membuat makanan ringan seperti kuih-muih, keropok udang dan lain-lain. Kelompok masyarakat kampung yang menjadi sasaran utama ialah golongan yang berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal yang mempunyai tanggungjawab anak yang masih bersekolah. Bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin memproses makanan telah disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan di Labuan.

Cadangan untuk merealisasikan satu kampung satu produk atau dua kampung satu produk terus diusahakan. Melalui usaha ini bukan saja dapat membantu meningkatkan taraf pendapatan penduduk di kampung-kampung malahan ia kelak dapat dijadikan sebagai produk pelancongan baru kepada para pelancong di Labuan. Pada tahun 2005, unit ini telah menjemput Pegawai

LAPORAN TAHUNAN 2005 39 PERBADANAN LABUAN

Penyelidik dari MARDI Sabah untuk mengenalpasti kelemahan dan seterusnya memberikan nasihat bagi memajukan industri tersebut agar ia lebih berdaya saing.

Pada tahun 2005, unit ini telah menganjurkan beberapa kursus motivasi dan amali melalui program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang antara tujuannya ialah memberikan kesedaran dan pengetahuan dalam mempertingkatkan usaha ke arah membangunkan ekonomi masyarakat setempat amnya dan golongan PPRT khasnya.

Pembangunan Sosial Bagi mengurangkan gejala sosial yang telah mula menular di kalangan masyarakat kampung maka kemudahan-kemudahan untuk beriadah dan tempat-tempat menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu disediakan. Kemudahan yang dimaksudkan ialah seperti gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, balai raya, dewan selain gerai-gerai minum yang mampu menarik masyarakat kampung untuk berkumpul. Melalui penyediaan kemudahan sukan ini juga akan dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan kuat mentalnya. Selain daripada itu para remaja dan belia di kampung-kampung dapat mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti sukan sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada gejala sosial yang tidak sihat.

Pada 10 September 2005, unit ini telah menganjurkan satu program Kecemerlangan Adikku yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), melibatkan seramai 100 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2005. Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan. Program ini juga telah dihadiri oleh para ibu bapa peserta kursus. Selain program tersebut, bahagian ini juga telah membelanjakan sebanyak RM19,940.00 bagi kerja-kerja penyelenggaraan Balai raya Kg. Gersik / Saguking WP Labuan.

Rumah Mesra Rakyat Pembangunan Rakyat Termiskin Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan aktiviti yang menitikberatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan dan taraf hidup golongan ini. Antara program telah dilaksanakan ialah bantuan rumah baru dan membaikpulih rumah PPRT. Selain itu bantuan penyambungan bekalan air dan elektrik juga turut disediakan. Melalui penyediaan kemudahan ini diharapkan golongan ini dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Selain daripada itu, golongan ini juga turut dibantu melalui pembinaan bengkel jahitan, bengkel membuat makanan ringan yang terdapat di kampung-kampung. Melalui program seperti ini diharapkan mereka ini dapat membantu mendapatkan sumber kewangan tambahan.

Bagi memastikan golongan ini mampu bersaing mengharungi kehidupan yang mencabar, PL turut menyediakan program / kursus kesejahteraan rakyat. Program ini merupakan usaha berterusan pihak kerajaan membantu golongan PPRT. Program ini lebih menumpukan kepada program perubahan minda golongan miskin dan ibu-ibu tunggal supaya mereka berkeupayaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

40 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Program yang telah dianjurkan pada tahun 2005 ialah:

Bil Program Tarikh Pelaksanaan Jumlah Peserta

1. Program Bantuan Rumah (PBR) 1 Okt 2005 (siap ) 5 orang (3 Bina Baru, 2 Baik Pulih)

2. Program Tambahan Makanan Ogos, Sept, Okt, Nov 2005 46 orang Seimbang (PTMS)- Agihan rumah ke rumah.

3. Program Latihan dan Pendidikan 2 – 4 Sept 2005 200 orang • Perkampungan Motivasi Pelajar Gemilang bertempat di Manikar Beach Resort WP Labuan

4. Program Pembangunan Minda Insan 25.05.05 130 orang (PPMI) : • Kursus Motivasi Ke Arah Menjadi Seorang Usahawan oleh Dato ’Dr. Hj. Mohd. Fadzilah B. Kamsah. • Kursus Motivasi Ke Arah Menjadi 03.08.05 100 orang Seorang Usahawan oleh Dr. Hj. Rusli Abdullah (Bil. ii)

• Kursus Motivasi Ke Arah Menjadi 25 - 27.9.05 100 orang Seorang Usahawan oleh Dr. Hj. Rusli Abdullah (Bil. ii)

Pembangunan Rohani Pembangunan Rohani lebih menumpukan kepada usaha penyediaan kemudahan rumah beribadat. Penyediaan kemudahan ini ialah seperti pembesaran dan pengubahsuaian surau, masjid, menyediakan peralatan ‘PA System’, kemudahan tempat berwuduk dan lain-lain. Program ini menjurus melahirkan masyarakat berhemah, berbudi pekerti dan bertanggungjawab. Pada tahun 2005, kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf masjid dan surau di seluruh kampung-kampung di WP Labuan diteruskan. Sejumlah RM468,939.40 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja membaikpulih, menaiktaraf bangunan dan persekitaran surau dan masjid.

LAPORAN TAHUNAN 2005 41 PERBADANAN LABUAN

Program Pendidikan Lalu Lintas Shell Unit Sosio-Ekonomi merupakan urus setia kepada Pertandingan Lalu lintas Shell di peringkat WP Labuan. Pada tahun 2005, 17 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan pada 26 Julai 2005 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. Pertandingan ini diwakili 17 orang pelajar untuk setiap sekolah. Untuk kategori sekolah rendah peserta terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Manakala kategori sekolah menengah pula, pesertanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandingan untuk kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh SK Pekan 2, tempat kedua SK Bukit Kalam. Manakala SK Patau-Patau mendapat tempat ketiga. Bagi kategori sekolah menengah pula, tempat pertama ialah SM Sains, tempat kedua SM Labuan dan tempat ketiga SM Mutiara.

Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri WP Labuan Tahun 2005 Perbadanan Labuan telah diminta untuk menguruskan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri WP Labuan bagi tahun 2005 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Urus setia pertandingan di peringkat Kementerian ialah KEMAS.17 kampung telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Penilaian telah dibuat dengan lawatan ke kampung- kampung berkenaan oleh Panel Hakim yang dilantik bagi menilai 9 aspek yang dipertandingkan pada 12 hingga 24 September 2005.

Berikut adalah keputusan pertandingan ADC peringkat Negeri WP Labuan:

Bil. Tempat / Kedudukan Nama Kampung Hadiah Wang Tunai Nilai Projek

1. Johan Kg. Bukit Kuda 10,000.00 40,000.00

2. Naib Johan Kg. Layang-Layangan 8,000.00 35,000.00

3. Ketiga Kg. Lubok Temiang 6,000.00 30,000.00

4. Saguhati Kg. Sungai Lada 1,000.00 -

5. Saguhati Kg. Bukit Kallam 1,000.00 -

42 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Watikah Pelantikan Ketua Kampung Majlis watikah pelantikan ketua-ketua kampung telah diadakan pada 11 Mac 2005 yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Isa B. Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

Berikut adalah senarai 27 ketua kampung yang menerima watikah :

Bil. Nama Kampung

1. Tuan Hj. Yunos B. Hj. Kurus Sungai Bangat 2. Tuan Hj. Abdul Rahman B. Hj. Lamudin Sungai Bedaun 3 Tuan Hj. Kula B. Abdul Ghani Bukit Kalam 4 Tuan Hj. Badok B. Taha 5 Tuan Hj. Abdul Majid B. Hj. Magal Layang-Layangan 6. Tuan Hj. Alias B. Hj. Mohamad Sungai Lada 7 Tuan Hj. Mustaffa B. Tangkim Bukit Kuda 8 Tuan Haji Hassin @ Hasshim B. Abdullah Sungai Labu 9 Tuan Haji Muhammad Tahir B. Haji Mohammad Batu Manikar 10 Tuan Haji Sulaiman B. Mat Said 11 Tuan Haji Sulaiman B. Wan Chi Patau-Patau 2 12 Tuan Haji Gutak B. Ag. Besar Patau-Patau 1 13 En. Hamzani B. Haji Yaacob Sungai Buton/Sungai Sembilang 14 En. Ismar B. Haji Talib Pantai 15 En. Matali B. Ibrahim Durian Tunjong 16. En. Bair B. Sidup Tanjung Aru 17. En. Ronnie Tan Beng Hian Sungai Keling 18. En. Abd. Razak B. Abdul Hamid Batu Arang 19. En. Awang B. Wohop @ Wahap Nagalang / Kerupang 20 En. Rusli B. Hj. Sapar Rancha-Rancha 21 En. Abdul Hassan B. Hj. Abd. Ghani Ganggarak / Merinding 22 En. Jumahat B. Kadir Pohon Batu 23 Tn. Hj. Alias B. Husin Lubok Temiang 24 En. Suhili B. Hj. Razali Gersik / Saguking 25 Tn. Hj. Brahim B. Malan Kilan / Pulau Akar 26 En. Julkifli B. Osman Sungai Miri / 27 En. Saminan B. Ismail Belukut

Kampung yang baru diwujudkan

LAPORAN TAHUNAN 2005 43 PERBADANAN LABUAN

Sesi Percambahan Fikiran Satu sesi Percambahan Fikiran telah diadakan pada bulan Oktober di kalangan Ketua Kampung dan Ahli JKKK mengenai Penetapan Hala tuju Pembangunan Labuan telah diadakan di Ujana Kewangan. Antara objektif program ialah :

i. Mendapatkan pandangan / maklum balas / cadangan / idea yang seluas-luasnya dari pemimpin masyarakat peringkat kampung mengenai hala tuju pembangunan masa depan Labuan.

ii. Mengupas prestasi Labuan, sebelum. Masa kini dan masalah yang tidak menyokong dasa pambangunan sedia ada.

iii. Menurunkan cadangan daripada pemimpin masyarakat akar umbi mengenai sumbangan yang boleh dibuat untuk menyokong dasar dan bentuk bantuan yang perlu disediakan oleh Kerajaan.

iv. Menyediakan rumusan perbincangan untuk dibentangkan dalam perbincangan mengkaji semula dasar pembangunan Labuan sedia ada. Kajian meliputi sama ada perlunya dasar sedia ada dipinda, diubah suai ataupun mengisikan dasar pemabangunan dengan pelaksanaan program yang lebih berkesan.

Majlis Berbuka Puasa Warga WP Labuan bersama YB Menteri Perbadanan Labuan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Masjid Kg. Layang-Layangan dan telah disempurnakan olah YB Menteri Wilayah. Di majlis penyampaian tersebut, sumbangan kepada masjid dan sumbangan hari raya kepada Warga Emas (PPRT) berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian. Unit Pelaburan

5 Aktiviti telah dilaksanakan oleh unit ini iaitu :

• Lawatan Ke Terminal Feri Penumpang Di Johor, Singapura Dan Batam, Indonesia

• Lawatan kerja ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi sistem pengurusan Terminal Feri Penumpang Baru di WP Labuan yang pada awalnya akan beroperasi pada bulan April 2005. Sistem aliran penumpang juga diambilkira termasuk keselamatan bangunan dan penumpang, hiasan dalaman dan ia meliputi kawasan Kaunter Imigresen, Jabatan Kastam, premis ruang niaga, tandas, surau dan lain-lain. Lawatan telah diadakan pada 4 Februari 2005 dan antara terminal yang dilawati adalah seperti berikut:

i. Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut, Johor Baharu; ii. Terminal Feri “Fingger Pier” di Singapura; dan iii. Terminal Feri Batam, Indonesia.

• Lawatan Ke Syarikat YTL Cement Di Pasir Gudang Lawatan ke Syarikat YTL Cement di Pasir Gudang telah diadakan pada 2 April 2005. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau tahap pemprosesan dalam membuat simen selain mendapatkan maklumat berhubung dengan kawalan alam sekitar.

• Penyerahan Pengurusan Terminal Feri Penumpang Baru Di WP Labuan Lembaga Pengarah, Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk menyerahkan pengurusan Terminal Feri Penumpang Baru WP Labuan melalui pajakan kecil kepada Syarikat LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. Operasi penuh Bangunan Terminal Feri Penumpang Baru dijangka pada hujung Disember 2005.

• Penjualan Rumah Kos Sederhana Rendah Di Taman Mutiara, Kg. Sungai Bedaun, WP Labuan Pada akhir tahun 2005, Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan telah bersetuju supaya sebanyak 250 unit Rumah Kos Sederhana Rendah di Taman Mutiara, Kg. Sungai Bedaun dijual kepada orang awam.

44 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

LAPORAN TAHUNAN 2005 45 PERBADANAN LABUAN Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan

Ketibaan Pelawat dan Pelancong Ke WP Labuan Hasil daripada analisa dan data ketibaan pelawat dan pelancong yang diterima dari Jabatan Imigresen, Jabatan Laut, MAS dan Air Asia, jumlah ketibaan pelancong termasuk pelawat harian ke Labuan dalam tahun 2005 adalah sebanyak 702,351 orang iaitu meningkat sebanyak 9.4% berbanding tahun 2004 adalah sebanyak 641,899.

Kemasukan Pelancong Melalui Negara Brunei Darussalam Ketibaan pelancong antarabangsa dari Brunei Darussalam (melalui jalan laut) bagi tahun 2005 adalah sebanyak 115,514 iaitu meningkat sebanyak 9.8% berbanding tahun 2004 seramai 96,402 orang. Peningkatan ini adalah disebabkan banyak acara pelancongan yang menarik diadakan di Labuan seperti Sambutan tahun baru 2006 serta Labuan International Sea Challenge yang juga menarik atlet dari negara Brunei Darussalam dan melibatkan penyertaan dari negara berkenaan.

10 Pasaran Utama Pelancongan Kadar penginapan di hotel-hotel WP Labuan tahun 2005 meningkat sebanyak 7.3% iaitu seramai 215,825 orang berbanding 205,101 orang pada tahun 2004. Pelancong domestik tetap merupakan penyumbang terbesar kepada kadar penginapan iaitu sebanyak 75%. Manakala pelancong warga asing, 10 pasaran utama didahului oleh Brunei Darussalam yang mencatatkan 15.8%, Filipina 2.2%, United Kingdom, Nepal 1.4%, Singapura dan Indonesia masing-masing 1% dan diikuti pelancong dari Benua Eropah, Thailand, India dan Australia yang masing-masing mencatatkan hampir 1% syer pasaran pelancong asing ke Labuan.

Kadar Purata Penginapan Hotel Kadar Purata penginapan hotel telah mencatatkan 72.7 % berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 59.2 % bagi Hotel di Labuan.

Promosi dan Penyertaan Dalam Pameran Perdagangan Dan Pelancongan Selain promosi Labuan melalui laman web, e-mel dan pengedaran bahan-bahan promosi pelancongan Labuan di dalam dan luar negara, Perbadanan Labuan juga turut serta dalam pelbagai pameran perdagangan dan pelancongan domestik dan antarabangsa yang turut disertai oleh wakil-wakil dari MATTA Labuan Chapter, pengusaha-pengusaha hotel, agensi-agensi pelancongan dan pengangkutan di Labuan. Pameran-pameran yang disertai sepanjang tahun 2005 ialah:

Jadual 1 : Senarai Penyertaan Pameran 2005

No Nama Pameran Tempat Tarikh

1 ATF Langkawi Langkawi 21-29 Januari

2 MAS Travel Fair Kota Kinabalu, Sabah 19-20 Februari

3 MITM Ke-5 Mines, KL 18-19 Jun

4 MATTA Fair 2005 Kuala Lumpur 16-18 September

5 PATA Travel Mart Kuala Lumpur 27-30 September

6 NATAS Holidays 2005 Suntec, Singapura 9-11 September

7 BIMP-EAGA Trade & Tourism Expo Brunei Darussalam 19-23 September & East Asian Business Summit

46 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Taklimat Kepada Rombongan Lawatan Dan Pelabur Perbadanan Labuan juga menerima kunjungan rombongan lawatan dan pelabur dari dalam dan luar negara yang ingin meninjau secara lebih dekat produk-produk pelancongan dan peluang-peluang perniagaan di Labuan seperti berikut:

i. Lawatan oleh Malaysia Tourism Centre ii. Lawatan oleh SMK Riam, Sarawak iii. Lawatan Sambil Belajar oleh Pegawai-Pegawai Luar dan Pembantu-Pembantu Pegawai Luar Jabatan Penerangan, Brunei Darussalam iv. Pelabur dari Negara Rusia v. Pelabur dari Syarikat Wahoo Big Game Fishing

Program Dan Aktiviti Dalam Kalender Pelancongan Labuan Kalendar Acara-Acara Pelancongan

Sebahagian besar daripada acara-acara yang dianjurkan sepanjang tahun 2004 telah diteruskan pada tahun 2005. Terdapat tujuh (7) acara yang dikategorikan sebagai acara bertaraf antarabangsa iaitu: Acara Pertandingan Buah-buahan

i. Labuan International Fishing Tournament

ii. Round Island Kayak Race; iii. Cross Channel Swimming Competition; iv. Lumba Sampan Tradisi;

v. Jets Sport Challenge; vi. Borneo Cup Yachting Challenge; vii. Remembrance Day; dan tujuh (7) acara bertaraf domestik iaitu:

i. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan; ii. Karnival Jualan Mega Ogos; iii. Fiesta Makanan & Buah-Buahan;

iv. Sambutan Bulan Kemerdekaan; v. Labuan Weekend Carnival; Acara Pertandingan Gubahan vi. Bazar Ramadan;

vii. Sambutan Ambang Tahun Baru 2006.

LAPORAN TAHUNAN 2005 47 PERBADANAN LABUAN

Acara-acara yang dianjurkan diselaraskan dengan Bulan-bulan Perayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malay- sia seperti Bulan Pesta Air, Pesta Makanan dan Buah-Buahan, Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan, Mega Sales, dan Bazar Ramadan. Acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Seminar / Kursus Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan layanan mesra petugas-petugas perkhidmatan kaunter, pemandu teksi, dan pembantu kedai, Perbadanan Labuan dan Majlis Tindakan Pelancongan Labuan telah menganjurkan beberapa kursus sepanjang 2005 seperti berikut:

Jadual 2 : Senarai Kursus Pelancongan dan Bilangan Penyertaan 2005

No Nama Seminar / Kursus Bilangan Peserta Tarikh

1. Think Tourism 100 18 Jun 2005

Think Tourism 100 24 Julai 2005

2. Seminar Kemudahan & Perniagaan Dalam Pelancongan 50 23 Julai 2005

3. Mesra Malaysia 100 13 Ogos 2005

4. Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial 50 24-25 Oktober 2005

Acara Labuan International Sea Challenge Acara Perbarisan Hari Kebangsan

48 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Penyata Kewangan

Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan 50 Perbadanan Labuan Bagi Tahun Berakhir 2005

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan 51 Perbadanan Labuan bagi Tahun Berakhir 2005

Pengakuan Oleh Pegawai Utama yang Bertanggungjawab 53 ke atas Pengurusan Kewangan Perbadanan Labuan 54 Penyata Pengerusi dan Seorang Ahli Lembaga Pengarah 55 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2005 56 Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2005 Penyata Perubahan Dalam Dana Terkumpul 57 Bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2005

58 Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2005

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan 60 Bagi Tempoh 31 Disember 2005

LAPORAN TAHUNAN 2005 49 PERBADANAN LABUAN

SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN PERBADANAN LABUAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Penyata kewangan Perbadanan Labuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 telah diaudit oleh wakil saya. Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

2.Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang mencukupi dalam penyata kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian penyata kewangan secara keseluruhan.

3.Kecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan 2.1 hingga 2.3 dalam Laporan Ketua Audit Negara, pada pendapat saya, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Perbadanan Labuan dan Kumpulan pada 31 Disember 2005, hasil operasi serta aliran tunainya untuk tahun tersebut berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan.

4.Saya telah mempertimbangkan akaun dan laporan juruaudit bagi semua syarikat subsidiari yang tidak diaudit oleh saya seperti yang dinyatakan dalam Nota Kepada Penyata Kewangan. Saya berpuashati bahawa penyata kewangan berkenaan yang telah disatukan dengan penyata kewangan Perbadanan Labuan adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar bagi tujuan penyediaan akaun yang disatukan. Saya juga telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki bagi tujuan tersebut.

5.Laporan juruaudit mengenai penyata kewangan subsidiari berkenaan tidak mengandungi sebarang pemerhatian yang boleh menjejaskan penyata kewangan disatukan.

(NORAINI BINTI ABDUL WAHAB) b.p KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA.

LABUAN 22 September 2006

50 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN PERBADANAN LABUAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

Laporan Ketua Audit Negara ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Sijil Ketua Audit Negara bagi menyokong pendapat Audit terhadap penyata kewangan tersebut.

2.Pemerhatian Audit terhadap penyata kewangan adalah seperti berikut:

2.1 Aset Tetap – RM231,588,298

i. Baki aset bersih Perbadanan seperti di penyata kewangan berjumlah RM156.86 juta berbanding dengan di jadual sokongan berjumlah RM146.10 juta. Pihak Perbadanan tidak menyediakan penyesuaian untuk pengesahan Audit terhadap perbezaan berjumlah RM10.76 juta.

ii. Tanah Milik Bebas – RM7.10 juta Tanah Milik Pajakan – RM28.60 juta

Sehingga 31 Disember 2005, senarai tanah milik Perbadanan berjumlah 165 bidang tanah. Bagaimanapun pihak Audit tidak dapat mengesahkan pemilikan 88 bidang tanah milik bebas dan 15 bidang tanah pajakan masing-masing berjumlah RM4.48 juta dan RM28.60 juta kerana maklumat yang disediakan tidak lengkap.

iii. Perbadanan tidak mempunyai satu sistem penyelarasan untuk merekodkan perolehan aset, mengemaskini dan menentukan nilai asetnya. Ini menyebabkan daftar aset tidak lengkap dan kemaskini. Perbadanan juga tidak pernah membuat penilaian ke atas aset yang dimilikinya sejak penubuhannya.

2.2 Tanah Untuk Pembangunan – RM5,930,026

Pihak Audit tidak dapat mengesahkan ketepatan kos tersebut kerana Perbadanan tidak menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan dengannya.

LAPORAN TAHUNAN 2005 51 PERBADANAN LABUAN

2.3 Penghutang – RM2,365,618 Peruntukkan Hutang Ragu – RM370,007

i. Tunggakan cukai taksiran sehingga 31 Disember 2005 berjumlah RM2.05 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM1.44 juta merupakan tunggakan yang melebihi 2 tahun. Pihak Audit mendapati peruntukkan hutang ragu Perbadanan berjumlah RM370,007 adalah tidak mencukupi dan tiada pengiraan yang munasabah bagi menyokong amaun peruntukkan tersebut.

ii. Perbadanan perlu menentukan polisi terhadap tempoh sesuatu hutang itu perlu diperuntukkan rosot nilai. Bagi penghutang cukai taksiran, Perbadanan perlu mewujudkan polisi sama ada ianya perlu diperuntukkan rosot nilai bagi tempoh tertentu.

(NORAINI BINTI ABDUL WAHAB) b.p KETUA AUDIT NEGARA MALAYSIA.

LABUAN 22 September 2006

52 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

PERBADANAN LABUAN PENGAKUAN OLEH PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN PERBADANAN LABUAN

Saya, Abidin Bin Arshad pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Perbadanan Labuan, dengan ikhlasnya mengakui bahawa penyata kewangan dan nota-nota yang dibentangkan di muka 1 hingga 12 mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya membuat ikrar ini dengan sebenarnya mempercayai bahawa ianya itu adalah benar dan atas kehendak-kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan sesungguhnya diakui ) oleh Abidin Bin Arshad ) di Wilayah Persekutuan Labuan ) pada 15 JUN 2006 ) ………………………………......

Di hadapan saya,

………………………………………. (PESURUHJAYA SUMPAH)

PERBADANAN LABUAN PETI SURAT 235 87008 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Tel : 087 - 408 600/417862 Fax : 411 997/417861 Website : www.labuan-malaysia.com.my

LAPORAN TAHUNAN 2005 53 PERBADANAN LABUAN

PERBADANAN LABUAN PENYATA PENGERUSI DAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH

Kami, Dato’ Haji Suhaili Bin Abdul Rahman dan Datuk Yussof Bin Haji Mahal yang merupakan Pengerusi dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat kami penyata kewangan dan nota-nota yang dibentangkan di muka 1 hingga 12, telah

disusun supaya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan Perbadanan Labuan pada 31 Disember 2005 dan juga keputusan serta hasil pengendalian aliran tunai kumpulan bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Lembaga,

……………………………………………………. DATO’ HAJI SUHAILI BIN ABDUL RAHMAN Pengerusi

……………………………………………………. DATUK YUSSOF BIN HAJI MAHAL Ahli

Tarikh : 15 JUN 2005

Wilayah Persekutuan Labuan

54 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

PendapatanPenyata Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2005

Kumpulan PL Kumpulan PL Nota 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

PENDAPATAN 2 64,153,227 64,153,227 53,287,638 53,287,638

LAIN-LAIN PENDAPATAN OPERASI 1,121,325 639,834 1,310,222 1,310,222

PERBELANJAAN 3 (52,323,649) (52,068,034) (60,363,078) (60,168,689)

LEBIHAN PENDAPATAN (DEFISIT) 12,950,903 12,725,027 (5,765,218) (5,570,829)

KOS KEWANGAN 4 (22,652) 0 (29,136) 0

LEBIHAN PENDAPATAN / (DEFISIT) 12,928,251 12,725,027 (5,794,354) (5,570,829)

LAPORAN TAHUNAN 2005 55 PERBADANAN LABUAN

Kira-KiraKunci Kira-Kira pada 31 Disember 2005 Kumpulan PL Kumpulan PL

Nota 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

ASET TETAP 5 231,589,062 231,588,298 244,468,757 244,466,681

PELABURAN DALAM ANAK SYARIKAT 6 0 200,000 0 200,000

TANAH DIPEGANG UNTUK PEMBANGUNAN 7 5,930,026 5,930,026 5,930,026 5,930,026

ASET SEMASA Tanah dipegang Untuk Pembangunan 8 196,763 0 196,763 0 Penghutang 9 2,365,618 2,365,618 3,504,847 3,504,847 Wang Cagaran dan Prabayar 278,219 268,614 395,406 370,235 Pinjaman Komputer & Kenderaan 10 523,046 523,046 800,347 800,347 Lain-lain Penghutang 194,796 185,191 152,929 152,929 Simpanan Tetap 11 74,805,972 74,805,972 30,773,260 30,773,260 Tunai di Tangan dan di Bank 26,432,688 26,432,532 27,633,953 27,633,817 104,797,102 104,580,973 63,457,505 63,235,435

LIABILITI SEMASA Pemiutang dan Akruan 4,624,610 4,587,037 714,103 708,703 Overdraft Bank 262,537 0 514,745 0 4,887,147 4,587,037 1,228,848 708,703

ASET SEMASA BERSIH 99,909,955 99,993,936 62,228,657 62,526,732

JUMLAH ASET BERSIH 337,429,043 337,712,260 312,627,440 313,123,439

DIBIAYAI OLEH:

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 200,583,600 200,583,600 238,613,033 238,613,033 KUMPULAN WANG PENGURUSAN 129,794,494 130,236,061 67,682,142 68,178,141 330,378,049 330,819,661 306,295,175 306,791,174 TANGGUNGAN JANGKA PANJANG Sumbangan Tabung Peningkatan Perkhidmatan 6,892,599 6,892,599 6,332,265 6,332,265 337,270,693 337,712,260 312,627,440 313,123,439

56 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Penyata Perubahan Dalam Dana Terkumpul DanaBagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2005 Kumpulan Kumpulan Wang Pengurusan Wang Pembangunan

Kumpulan PL Kumpulan & PL Nota RM RM RM

BAKI PADA 31 DISEMBER 2004 12 70,144,592 70,789,383 327,041,083

LEBIHAN / (DEFISIT) BAGI TEMPOH / TAHUN 8,906,951 8,703,727 4,021,300

GERAN 50,742,951 50,742,951 (130,478,783)

BAKI PADA 31.12.2005 129,794,494 130,236,061 200,583,600

LAPORAN TAHUNAN 2005 57 PERBADANAN LABUAN TunaiPenyata Aliran Tunai Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2005 Kumpulan PL Kumpulan PL

Nota 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI OPERASI Lebihan Pendapatan / (Defisit) Dari Kendalian 12,928,251 12,725,027 (5,794,353) (5,570,828)

Pelarasan Untuk Perkara-Perkara Yang Tidak Melibatkan Pergerakan Dana :-

Geran Pembangunan Daripada Kerajaan 0 0 (10,828,030) (10,828,030) Kerja Dalam Kemajuan Dipermodalkan 0 0 (499,680) (499,680) Pelarasan Tahun Lalu 2,357,717 2,357,717 2,034,893 2,034,893 Susutnilai Aset Tetap 13,831,582 13,829,785 17,447,322 17,445,402 Faedah Diterima (1,804,172) (1,804,172) (1,697,063) (1,697,063) Kos Kewangan 22,652 0 29,136 0

Penambahan / (Pengurangan) Sebelum Perubahan Modal Kerja 27,336,030 27,108,357 692,225 884,694

Pengurangan / (Penambahan) dalam Penghutang 1,154,748 1,139,229 (303,231) (303,796) Pengurangan / (Penambahan) Kerja Dalam Kemajuan 00 499,680 499,680 Penambahan / (Pengurangan) dalam Pemiutang 3,910,507 3,878,334 (19,647,417) (19,647,417)

Tunai (Digunakan Dalam) / Daripada Aktiviti-Aktiviti Operasi 32,401,285 32,125,920 (18,758,743) (18,566,839)

Faedah Dibayar (22,652) 0 (29,136) 0 Pertambahan/(Pengurangan) Dalam Sumbangan Tabung Peningkatan Perkhidmatan 560,334 560,334 612,375 612,375

58 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

TunaiPenyata Aliran Tunai - 31 Disember 2005 (Sambungan) Kumpulan PL Kumpulan PL

Nota 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Tunai Bersih (Digunakan Dalam) / Daripada Aktiviti-Aktiviti Operasi 32,938,967 32,686,254 18,175,504 (17,954,464)

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI PELABURAN

Pembelian Aset Tetap (1,277,608) (1,277,123) (19,747,555) (19,747,555)

Faedah Diterima 1,804,172 1,804,172 1,697,063 1,697,063

Tunai Bersih (Digunakan Dalam) / Daripada Aktiviti-Aktiviti Pelaburan 526,564 527,049 (18,050,492) (18,050,492)

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN

Geran diterima Bagi Tempoh 9,618,124 9,618,124 12,151,126 12,151,126

Tunai Bersih (Digunakan Dalam) / Daripada Aktiviti-Aktiviti Pembiayaan 9,618,124 9,618,124 12,151,126 12,151,126

Penambahan Bersih Dalam Tunai dan Mudah Tunai 43,083,655 42,831,427 (24,074,870) (23,853,830)

Tunai dan Mudah Tunai Pada 1 Januari 57,892,468 58,407,077 81,967,338 82,260,907

Tunai dan Mudah Tunai Pada 31 Disember 13 100,976,123 101,238,504 57,892,468 58,407,077

LAPORAN TAHUNAN 2005 59 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Kepada Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 (1) DASAR-DASAR UTAMA PERAKAUNAN

(a) Asas Perakaunan

Penyata Kewangan Perbadanan telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah dan mematuhi piawai-piawai perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

Transaksi dan rekod-rekod dibuat dalam asas akruan dan persembahan penyata kewangan adalah dalam bentuk asas akruan. Semua perbelanjaan diambilkira sebagai perbelanjaan tahun semasa berdasarkan inbois bertarikh pada tahun yang sama kecuali untuk perbelanjaan projek-projek pembangunan. Inbois yang diterima sebelum 15 Januari tahun berikutnya akan diakrukan sebagai tahun semasa.

(b) Asas Penyatuan

Akaun yang disatukan termasuklah akaun Perbadanan dan subsidiarinya iaitu LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. yang mula beroperasi pada tahun kewangan 1996. Urusniaga antara Perbadanan dan subsidiari terhapus berikutan penyatuan dan akaun-akaun disatukan hanya dengan urusniaga luaran sahaja.

(c) Susut nilai Aset Tetap

Harta tetap (kecuali tanah milik bebas dan tanah milik pajak) dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul.

Pelunasan tidak diperuntukkan ke atas tanah milik bebas dan tanah milik pajak.

Susutnilai ke atas harta tetap yang lain telah diperuntukkan mengikut keadah garis lurus untuk menurunkan kiraan kos harta tersebut sepanjang anggaran hayat kegunaan mereka. Susut nilai harta telah diperuntukkan pada kadar-kadar berikut:

%

Bangunan 5 Perabot dan Kelengkapan 10 Alat Pejabat 20 Komputer 20 Kenderaan dan Kapal 20 Ubahsuai Bangunan 5 Aset Tetap Lain 33 1/3 Jentera, Mesin dan Peralatan 20 Kemudahan-Kemudahan Awam 10

60 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005

d. Projek-Projek Pembangunan Jangka Panjang

Projek-projek pembangunan jangka panjang adalah tanah-tanah yang diperuntukkan untuk pembangunan pada masa depan. Harta-harta ini dinyatakan pada harga kos dan termasuk perbelanjaan permulaan dan perancangan sehingga tarikh lembaran imbangan.

e. Pelaburan Harta Tanah

Pelaburan harta tanah adalah tanah-tanah yang dimiliki sebagai pelaburan jangka panjang. Semua ini dinyatakan pada harga kos yang mengandungi perbelanjaan pembangunan langsung termasuk perbelanjaan iringan atau kewangan yang dikenakan.

f. Aset Tetap Dalam Pembinaan

Aset tetap dalam pembinaan dinyatakan pada harga kos yang mengandungi kos tanah dan perbelanjaan pembangunan termasuk perbelanjaan iringan atau kewangan yang dikenakan.

g. Peruntukan Hutang Lapuk Dan Hutang Ragu

Peruntukkan tertentu diambilkira untuk hutang-hutang yang telah dikaji dengan terperinci dan dikenalpasti sebagai hutang lapuk dan ragu.

h. Pengiktirafan Pendapatan Dan Perbelanjaan

Pendapatan daripada jualan projek diambilkira mengikut kaedah peratusan penyempurnaan “ percentage of completion method ”. Bagi kes kontrak, pendapatan diambilkira setelah kerja telah siap atau sebahagian besar telah siap dan peruntukkan yang penuh akan dibuat untuk semua kerugian yang dikenalpasti.

i. Tunai Dan Mudah Tunai

Tunai merangkumi wang tunai dan simpanan tetap. Wang mudah tunai adalah pelaburan yang mudah cair, iaitu mudah ditunaikan dalam jangka masa matang yang singkat dan hanya menghadapi risiko perubahan-perubahan nilai yang kecil.

LAPORAN TAHUNAN 2005 61 PERBADANAN LABUAN

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 Nota-nota2. PENDAPATAN KUMPULAN & PL 2005 2004 RM RM

Geran 50,120,581 40,823,593 Cukai Taksiran 6,323,545 6,465,759 Caruman Bantu Kadar 1,204,097 1,204,449 Pelbagai Lesen 2,106,921 793,650 Sewaan 1,690,243 1,976,182 Yuran Perkhidmatan 21,729 40,058 Denda dan Kompaun 1,411,439 286,885 Faedah Pinjaman Kenderaan dan Komputer 25,461 17,715 Faedah Akaun Simpanan Tetap 1,032,713 1,392,520 Faedah Akaun Semasa 216,498 286,827 64,153,227 53,287,638 3. PERBELANJAAN

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM Aktiviti Pelancongan 1,390,588 1,390,588 1,545,176 1,545,176 Bahan Penyelenggaraan dan Pembaikkan Aset 677,937 675,493 612,860 611,229 Bayaran Audit dan Yuran Perakaunan 26,480 21,080 26,480 21,080 Bayaran-Bayaran Lain 1,050,101 1,039,624 1,833,238 1,829,869 Bekalan dan Bahan-Bahan Lain 619,170 616,548 691,506 690,462 Elaun Lebih Masa 868,792 868,792 729,357 729,357 Elaun Tetap 3,109,825 3,109,825 2,751,719 2,751,719 Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain 8,620 8,620 18,482 18,482 Gaji dan Upah 6,314,183 6,143,280 6,077,753 5,945,168 Ganjaran 8,123 8,123 0 0 Imbuhan Tahunan 655,072 655,072 635,504 635,504 Majlis Tindakan Pelancongan Labuan 736,501 736,501 675,124 675,124 Pengangkutan Barang-Barang 32,938 32,938 62,368 62,368 Penyelenggaraan dan Pembaikkan Kecil 12,833,170 12,830,774 10,585,991 10,581,019 Pembangunan Kampung / Ahli Parlimen / KPLB 1,021,142 1,021,142 8,060,552 8,060,552 Perbelanjaan dan Perjalanan Sarahidup 1,326,255 1,316,910 1,145,044 1,145,044 Perhubungan dan Utiliti 2,434,910 2,423,825 2,772,053 2,764,860 Perkhidmatan Ikhtisas, Hospitaliti dan Lain-Lain 3,372,789 3,365,968 3,244,759 3,225,649 Sewaan 264,369 253,780 294,146 294,146 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan 1,198,072 1,176,336 1,153,644 1,136,479 Sumbangan Kepada Majlis Sukan Labuan 543,030 543,030 0 0 Susutnilai Aset Tetap 13,831,582 13,829,785 17,447,322 17,445,402 52,323,649 52,068,034 60,363,078 60,168,689

4. KOS KEWANGAN

` KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM Faedah Yang Dikenakan: Overdraft Bank (22,652) 0 (29,136) 0 (22,652) 0 (29,136) 0

62 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN Nota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 Nota-nota5. ASET TETAP BERSIH BERSIH 3,046,702 156,860,628 51,820,320 12,728 511,147 Pada Pada Pada Pada 5,449,322 59,421,990 2,587,019 1,434,260 31/12/2005 31/12/2005 17,469,396 63,044,891 0 7,112,728 511,147 2,597,316 31/12/2005 31/12/2005 31/12/2005 Pelupusan 551,576 0 173,326 0 7,1 Semasa 1,219,152 0 4,022,417 0 7,573,326 2,597,316 24,262,569 Pelupusan 0 0 0 0 7,097,447 Pada Susutnilai Pada Susutnilai 6,939,402 48,187,723 13,831,583 13,446,979 4,022,417 0 17,469,396 63,044,891 19,286,559 80,514,287 216,282,618 31/12/2005 1/1/2005 31/12/2005 1/1/2005 80,514,287 13,446,979 216,044,345 47,952,011 13,829,786 2,597,316 59,184,481 156,859,864 21,308,901 21,308,901 KOS SUSUTNILAI TERKUMPUL KOS SUSUTNILAI TERKUMPUL 10,769 0 10,769 0 1,277,123 Penambahan Pelupusan RM RM RM RM RM RM RM RM RM Pada Pembelian Pada Pada Pembelian Pada 512,219 0 0 512,219 481,869 12,744 0 494,613 17,606 512,219 0 0 512,219 481,869 12,744 0 494,613 17,606 1/1/2005 7,097,4471,396,9271,460,237 08,327,174 52,424 187,598 168,8507,486,524 0 0 0 137,351 0 7,097,447 1,449,351 1,647,835 0 8,496,024 927,561 604,028 0 4,230,170 7,623,875 143,238 1,219,152 134,007 6,939,402 0 173,326 0 0 0 1,070,799 5,449,322 738,035 0 3,046,702 378,552 909,800 0 7,097,447 7,097,447 0 0 7,097,447 1,396,9271,698,0258,327,174 52,424 188,083 168,850 0 0 0 1,449,351 1,886,108 8,496,024 927,561 839,740 4,230,170 143,238 135,804 0 0 1,070,799 975,544 378,552 910,564 7,486,524 137,351 0 7,623,875 80,403,518 1 80,403,518 1 236,313,9111,277,608 28,422,939 176,200 097,391,790 28,599,139 0 0 21,308,901 76,082,889 19,286,559 0 7,573,326 2,597,316 24,262,569 0 51,820,320 0 28,599,139 28,422,939 176,200 0 28,599,139 0 0 0 0 28,599,139 97,391,790 0 21,308,901 76,082,889 236,076,123 Penambahan Pelupusan Pelupusan RM milik bebas Tanah milik pajak Tanah Perabot dan Kelengkapan Kenderaan dan Jentera Kapal Komputer Lain Aset Tetap Kemudahan Awam RM RM 3,577,348 443,931 RM 0 RM 4,021,279 2,035,443 RM 551,576 RM 0 2,587,019 RM 1,434,260 RM RM Mesin dan Peralatan Kumpulan BangunanJUMLAH 1/1/2005 Tanah milik bebas Tanah Tanah milik pajak Tanah Perabot dan Kelengkapan Kenderaan dan Jentera Mesin dan Peralatan Kapal Komputer 3,577,348 443,931 0 4,021,279 2,035,443 Aset Tetap Lain Aset Tetap PL Kemudahan Awam Bangunan JUMLAH

LAPORAN TAHUNAN 2005 63 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 5. ASET TETAP ( Sambungan)

KUMPULAN & PL

2005 2004 RM RM

1. Perumahan 400 unit Kos Sederhana Sg. Bedaun 19,802,250 19,340,410 2. Perumahan Kos Rendah Kg. Ganggarak 10,772,337 10,376,772 3. Pembinaan Terminal Feri dan Jeti Penumpang 31,751,893 26,395,222

4. Pusat Aktiviti Kebudayaan 767,090 153,774 5. Perumahan Kakitangan Awam 5,597,221 76,393 6. Rekreasi Tanjung Purun (Lawn Ball Green Dan Club House) 2,295,240 0

7. Pembinaan Pasar Dan Steyen Teksi Baru 1,810,402 0 8. Pembinaan Jeti Pulau Kuraman 1,773,651 0 9. Pembinaan Pentas Mudah Alih 158,350 0

74,728,434 56,342,571

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Aset Tetap 156,860,628 156,859,864 188,126,186 188,126,186

Aset tetap Dalam Pembinaan 74,728,434 74,728,434 56,342,571 56,342,571

JUMLAH KESELURUHAN ASET TETAP 231,589,062 231,588,298 244,468,757 244,468,757

64 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 6. PELABURAN

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Saham tidak disebut harga pada kos: LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. 0 200,000 0 200,000

7. PELABURAN HARTA TANAH

KUMPULAN & PL 2005 2004 RM RM

Tapak Kontraktor Saguking 2,501,110 2,501,110

Tanah Lapang Di Batu Arang 3,428,916 3,428,916 5,930,026 5,930,026

8. TANAH DIPEGANG UNTUK PEMBANGUNAN

Tanah dipegang untuk cadangan pembangunan dan pembinaan jeti oleh anak syarikat LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd.

9. PENGHUTANG

KUMPULAN & PL 2005 2004 RM RM

Penghutang 2,735,625 6,468,188 Tolak : Peruntukkan Hutang Ragu (370,007) (2,963,341) 2,365,618 3,504,847

LAPORAN TAHUNAN 2005 65 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 10. PINJAMAN KENDERAAN & KOMPUTER

KUMPULAN & PL 2005 2004 RM RM

Penghutang Pinjaman Kenderaan 416,020 593,754

Penghutang Pinjaman Komputer 107,026 206,593

523,046 800,347

11. SIMPANAN TETAP

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Bumiputera Commerce Bank Berhad 17,829,130 17,829,130 3,642,996 3,642,996 Bank Pertanian Malaysia 12,836,099 12,836,099 12,488,669 12,488,669 Malayan Banking Berhad 11,558,703 11,558,703 4,443,122 4,443,122

Bank Muamalat Malaysia Berhad 16,806,970 16,806,970 6,569,036 6,569,036 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 10,000,000 10,000,000 0 0 Bank Islam Malaysia Berhad 5,775,070 5,775,070 3,629,437 3,629,437

Jumlah 74,805,972 74,805,972 30,773,260 30,773,260

66 LAPORAN TAHUNAN 2005 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 12.

Kumpulan Kumpulan Wang Pengurusan Wang Pembangunan

Kumpulan PL Kumpulan & PL RM RM RM

BAKI PADA 31 DISEMBER 2004 67,533,350 68,178,141 238,613,033 Pelarasan Tahun Lalu 2,611,242 2,611,242 88,428,050

70,144,592 70,789,383 327,041,083

13. TUNAI DAN MUDAH TUNAI

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Tunai Di Bank 26,432,688 26,432,532 27,633,953 27,633,817 Simpanan Tetap Dengan Bank Berlesen 74,805,972 74,805,972 30,773,260 30,773,260 Overdraft Bank (262,537) 0 (514,745) 0 100,976,123 101,238,504 57,892,468 58,407,077

14. MAKLUMAT PARA PEKERJA

KUMPULAN PL KUMPULAN PL 2005 2005 2004 2004 RM RM RM RM

Kos Untuk Para Pekerja 12,150,681 11,958,042 11,366,459 11,216,709

Bilangan pekerja-pekerja Perbadanan Labuan pada 31 Disember 2005 ialah 536 orang manakala anak Syarikat LDA (Holdings) Sdn. Bhd. adalah seramai 26 orang sahaja.

LAPORAN TAHUNAN 2005 67 PERBADANAN LABUAN

Nota-notaNota-Nota Penyata Kewangan - 31 Disember 2005 15. PERCUKAIAN

Berdasarkan kepada perenggan 6, Jadual Ke 6, Akta Cukai Pendapatan 1967, Perbadanan adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

16. KOMITMEN KAPITAL DAN KONTRAK

Harga Komitmen Belum Kontrak Selesai Pada 31/12/1005 RM RM

PROJEK

1. Pembelian 400 unit rumah kos sederhana rendah di Taman Mutiara, 26,000,000 6,192,910 Sungai Bedaun, W.P. Labuan.

2 Pembinaan Terminal Feri dan Jeti Penumpang. 28,883,157 2,774,848

3. Perumahan Kakitangan Awam Tanjung Purun/Bukit Kuda 19,970,858 14,415,591

4. Rrekrasi Tanjung Purun ( Lawn Ball Green dan Club House ) 9,180,959 6,835,378

17. LIABILITI LUAR JANGKA

Pihak Perbadanan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur supaya keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai kes penutupan Hotel Labuan dikaji semula. Sekiranya pihak Perbadanan gagal dalam kes ini, maka gantirugi yang perlu ditanggung oleh pihak Perbadanan adalah sebanyak RM90 juta.

18. ANGKA-ANGKA BANDINGAN

Angka perbandingan telah diselaraskan untuk disesuaikan dengan persembahan akaun tahun semasa.

68 LAPORAN TAHUNAN 2005