Majlis Daerah Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Percuma

Menarik Di Dalam

MDLg terima Anugerah sempena Hari Landskap Peringkat Negeri Portal MDLg mendapat Pembayaran Secara penarafan 5 Bintang Online melalui Maybank2U

Perlantikan Ahli Majlis MDLg

1 Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Sidang Redaksi Dari Meja Ketua Penasihat Penyunting En Tukiren B Hj Siron

Ketua Penyunting Assalamualaikum Dan salam 1 En Nor Akmal B Yang Ghazali Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinya Buletin MDLg sekali lagi dapat diterbitkan bagi edisi Penyunting yang ke empat. En Mohd Hafizal B Yaakob Buletin ini diterbitkan bertujuan memudahkan pembaca dan pelayar internet yang melayari Laman Pengarang Web Majlis Daerah Lenggong mengetahui mesej yang hendak disampaikan kepada rakyat melalui tindakan – En Mohd Shafarizam B Ahmad tindakan yang telah atau sedang dilakukan oleh pihak Arshad Majlis Daerah Lenggong . En Juwis Ladiu Semua kandungan yang terdapat di dalam buletin ini Jurufoto adalah rangkuman daripada kandungan yang telah dikemaskini oleh pihak Majlis menerusi Laman Rasmi En Nor Azhari B Yusof Web Majlis atau melalui laman sosial “Facebook”. En Meor Shaharizan B Meor Semua informasi ini diterjemahklan ke bentuk buletin Ahmad Harri supaya pembaca dapat memberi cadangan atau Pn Nur Aisyah Bt Hj Mohd pandangan kepada Majlis Daerah Lenggong. Radzi Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan syabas di Penyelaras atas segala komitmen, dedikasi dan daya usaha yang telah ditunjukan oleh warga Majlis dalam usaha Cik Rusnida Bt Mat Salleh menerbitkan buletin ini bagi agar pembaca Pn Munaliza Bt Mansor memanfaatkanya seiring dengan slogan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan” Grafik Sekian , Wasalam. En Nor Azhari B Yusof Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Program LA 21 Majlis Daerah Lenggong (Program turun padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP)

24.8.2010 – Majlis Daerah Lenggong telah mengadakan Program Turun Padang bersama Y.B Dato Dr.Mah Hang Soon ,DPMP . Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong , En Tukiren B Hj Siron di Rumah Rehat Lenggong kepada delegasi Y.B ,Dato Dr.Mah Hang Soon, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan ; En Zakuan B Zakaria dan turut hadir dalam majlis ini ialah Ahli Parlimen Lenggong , Y.B Dato’ Shamsul Anuar B Hj .Nasarah.

Selepas sesi taklimat ringkas , Program diteruskan di Dataran Lenggong . Aturcara majlis di Dataran Lenggong adalah penyerahan kunci gerai dan kiosk kepada penyewa baru di Dataran Lenggong dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Mah Hang Soon yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna , Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Majlis dimulakan dengan persembahan Nasyid dari pelajar –pelajar Sekolah Menengah Agama Tan Sri Gahzali Jawi , yang merupakan Johan Pertandingan Nasyid peringkat Daerah Lenggong tahun 2010. Seramai 11 orang penyewa gerai dan 8 orang penyewa kiosk telah menerima replika kunci pada majlis tersebut. Manakala 20 orang penerima bantuan fakir miskin tahun 2010 telah menerima bantuan keperluan harian dan wang tunai melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar(PPKB). Di akhir majlis, para tetamu telah dibawa melawat ke Bazar Ramadhan Lenggong dan menyerahkan topi dan apron kepada para peniaga disitu. Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Perlantikan Ahli Majlis , Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun 2010- 2011

27 Julai 2010 – Perlantikan Ahli Majlis bagi tahun 2010- 2011 telah diadakan di Resort Tasik Raban dengan jayanya baru –baru ini . Enam orang muka baru telah dilantik menggantikan yang sedia ada. Pejabat Setiuasaha Kerajaan telah membuat tapisan dan telah menyenaraikan penuh nama Ahli Majlis sebelum diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah Lenggong ) bagi tujuan mengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Bagi tahun 2010 – 2011. Perubahan ini melibatkan 1 orang wakil dari Parti MIC, 2 Orang dari Parti Gerakan Dan 3 orang dari parti MCA manakala bagi Parti UMNO tiada perubahan dilakukan. Majlis dimulakan dengan Tuan Yang Dipertua , En Tukiren B Hj Siron mengangkat sumpah menerima jawatan sebagai Yang Dipertua di hadapan Exco Kerajaan Negeri Perak, Y. B Dato’ Saarani B Mohamad yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Kota Tampan) . Majlis diteruskan dengan perlantikan menerima jawatan sebagai Ahli Majlis dan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Rafdi B Mohd Nor.

“Tahniah dan syabas kepada Ahli Majlis. Anda adalah wakil rakyat kecil yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Lenggong. Semoga perlantikan ini dapat memudahkan semua urusan yang berhubung dasar MDLg” dalam ucapan Y.B Dato’ Saarani B Mohamad selepas penyerahan watikah perlantikan kepada semua Ahli Majlis. Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Selamat Datang Warga Baru Majlis Daerah Lenggong

En Mohd Hafizal B Yaakob Pegawai Teknologi Maklumat

Cik Narimah Bt Aripin Pen.Peg. Undang Undang

Cik Nurul Yani Bt Nasharuddin Pem.Akauntan

En Mohd Shafarizam B Ahamad Arshad Pen.Peg. Perancang Bandar & Desa Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Selamat Datang Warga Baru Majlis Daerah Lenggong

En Mohd Rezal B Abd Hamid Pekerja Awam

Cik Rusnah BT MOhd Cik PUNITHA A/P AVALEE Roslan Pekerja Awam Pekerja Awam

En MOHD NIZAM B ROSLI Pekerja Awam

En KHAIRUL SUHAIZI B INUDDIN Pekerja Awam Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Majlis Pelancaran Pembayaran Cukai Taksiran Melalui Maybank2U

26.6.2010 Majlis Pelancaran Pembayaran cukai taksiran melalui Maybank2U telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan ; Y.B Dato Saarani B Mohamad sempena Program Local Agenda 21 yang diadakan di RPA Kampung Gelok , Lenggong Perak Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Majlis Daerah Lenggong telah mengambil bahagian dan Menyertai Taman Tema Pihak Berkuasa Tempatan sempena Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Perak 2010 bertempat di Dataran Taman Pinggiran Sungai Kerian , Buntar dan telah mendapat tempat ke 3 Kategori emas pada 15.11.2010 Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

MDLG Mendapat Penarafan 5 Bintang

11 Nov. 2010 – Bersempena dengan Seminar Pengurusan Perubahan yang diadakan oleh MDeC dengan kerjasama MAMPU, telah diadakan majlis penyampaikan penghargaan kepada portal dan laman web yang berjaya mencapai penarafan 5 bintang bagi penilaian melalui Malaysia Portals and Websites Assessement (MGPWA) 2010. Majlis ini berlangsung pada 11 Nov. 2010 bertempat di Dewan Ruby, One World Hotel, Damansara..Daripada 1145 portal dan laman web agensi kerajaan yang telah dinilai melalui MGPWA, Majlis Daerah Lenggong telah berjaya mencapai penarafan 5 bintang bagi penilaian tahun 2010 dengan menduduki tempat ke 82 dengan skor markah 80%. Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, En.Tukiren B. Hj Siron telah menerima anugerah ini bagi pihak Majlis Daerah Lenggong di majlis tersebut. En. Tukiren merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Lenggong di atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan portal majlis daerah melalui Project Managed Portal Services (MPS).

Berikut adalah beberapa kejayaan tersebut yang ingin dikongsi bersama melalui projek MPS ini:

69.3% daripada kesemua laman web kerajaan Malaysia yang berstatus 5 Bintang adalah laman web MPS.700% peningkatan status 5 Bintang Laman Web MPS berbanding 343% daripada laman web bukan MPS.64.3% daripada kesemua laman web Kerajaan Malaysia yang berkedudukan 10 teratas adalah portal dan laman web yang terlibat di dalam projek MPS.

Peningkatan skor markah peratusan keseluruhan 82% bagi tahun 2010 berbanding hanya 60% pada tahun 2009 bagi portal dan laman web yang terlibat di dalam projek MPS. Keputusan ini menunjukkan projek MPS telah dapat membantu agensi-agensi kerajaan meningkatkan daya saing, produktiviti dan prestasi setanding dengan agensi yang besar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Audit 5S Dari MPC (Malaysia Productivity Corporation) Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S iaitu Sisih ,Susun,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amal telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Lenggong selepas pelancaran di peringkat Jabatan (Majlis Daerah Lenggong ) yang dilakukan pada 4 April 2010. 5S telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada semua yang terlibat.Usaha Majlis Daerah Lenggong dinilai melalui “Cross audited “dari Pihak Berkuasa Tempatan Pada 26 Oktober 2010. Majlis Daerah Lenggong akur dan setuju dengan komen dan cadangan dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu . Hasilnya telah diterjemahkan pada 3 Disember 2010 iaitu wakil dari MPC (Malaysia Productivity Corporation) ,Cik Nor Hashimah Bt Ibrahim yang telah mengaudit Majlis Daerah Lenggong. Setelah semua zon diaudit melalui penilaian penuh maka keputusanya adalah Majlis Daerah Lenggong telah disyorkan untuk persijilan Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S .Tahniah diucapkan kepada semua warga Majlis Daerah Lenggong yang memberi komitmen yang bergitu tinggi dan respon yang menggalakkan bagi menjayakan 5S. Majlis Daerah Lenggong Buletin www.mdlg.gov.my Edisi -4

Persaraan

Nama : En Mohd Said B Hing Jawatan : Mandor Mula Berkhidmat : 1 Januari 1981 Tamat Perkhidmatan : 10 Disember 2010

Jasamu Dalam Kenangan