Bil. 58/18 OKT / DIS 2018

Martabatkan Sejarah

ANUGERAH PINGAT EMAS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Tetamu utama Prof Dato’ Dr Mohamad Shatar Sabran dengan Tan Sri Omar Mohd Hashim dan Dato’ Jumaat Mohd Noor bergambar bersama penerima Anugerah Pingat Emas PSM Majlis diadakan pada 15 Disember 2018 di Dewan Aminuddin Baki, Aras 1, Anjung Wisma Sejarah, . Sejak diperkenalkan pada tahun 1998, para pelajar dari Jabatan Sejarah yang mencatatkan gred terbaik dalam kursus-kursus Sejarah Malaysia sepanjang pengajian mereka dipilih untuk menerima anugerah berprestij dengan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Penerimanya adalah Florence Carolina a/p Thiruselvam (Universiti Malaya), Muhamad Khaider bin Bustami (Universiti Kebangsaan Malaysia), Mohd Safaruddin bin Yahaya (Universiti Sains Malaysia ), Nur Izzati binti Junaidi (Universiti Malaysia ), Nur Azureen binti Rusli (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Mereka menerima pingat emas, sijil penghargaan dan buku daripada YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). PSM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kelima-lima penerima di atas penganugerahan ini, semoga terus cemerlang pada masa hadapan dan mengharumkan nama Jabatan Sejarah dan universiti masing-masing.

Menarik di dalam:

SEJARAH ADALAH CERITA TOKOH-TOKOH MAHSURI: ORANG YANG MENANG Muka KUALA LUMPUR Muka BENAR ATAU MITOS Muka 6 9 14 OKT / DIS 2018

PRESIDEN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NAIB RESIDEN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MARTABATKAN SEJARAH MALAYSIA

Warkah PSM diterbitkan oleh: SIDANG REDAKSI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA Tel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388 DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR) Aras 3, Anjung, Wisma Sejarah, Faks : 03 - 2681 4388 MOHD AROF ISHAK 230, Jalan Tun Razak, Email : [email protected] / DATIN ZURAIDAH MOHAMAD 50400, Kuala Lumpur. [email protected]

KETUA SETIAUSAHA NEGARA (1957- 2018)

1957-1964 Tun Dr. Haji Abdul Aziz Abdul Majid 1964-1967 Tan Seri Dato’ Seri Abdul Jamil Abdul Rais 1967-1969 Tan Sri Dato’ Seri Tunku Besar Mohamad ibni Tunku Besar Burhanuddin 1970-1976 Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin 1976-1978 Tun 1979-1982 Tun Dr 1982-1984 Tan Sri Dato’ Seri Utama 1984-1990 Tan Sri Dato’ Paduka Sallehuddin Mohamad 1990-1996 Tun 1996-2001 Tan Sri Abdul Halim Ali 2001-2006 Tan Sri 2006-2012 Tan Sri 2012-2018 Tan Sri Dr 2018-sekarang Datuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar OKT / DIS 2018 Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Omar Mohd Hashim Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu pada keluaran keempat bagi tahun 2018.

Sepanjang tahun 2018, kita sebagai organisasi NGO telah bergerak dengan baik bagi memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Bagi tahun 2018 kita telah berjaya menganjurkan: 1. Majlis Anugerah Felo dan Pingat Emas pada 10 Februari 2018 2. Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2017 3. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme peringkat kebangsaan 2018 pada 15 Ogos 2018 di M-Suite Hotel, Bahru

PSM telah berjaya menerbitkan: 1. Buku “Abdullah Samsudin: Panglima Melayu Terbilang“ 2. Malaysia Dari Segi Sejarah Bil. 46 2018 PSM telah berjaya menganjurkan ceramah/sembang-sembang sejarah oleh Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab pada 18 November 2017 di Dewan Aminudin Baki, Wisma Sejarah bertajuk “Nota Perjalanan Seorang Seniman”.

PSM telah menganjurkan “Seminar Antarabangsa Kesejarahan Guru Sejarah Malaysia-Indonesia 2018” yang dianjur bersama Persatuan Guru Sejarah Malaysia dan Asosiasi Guru Sejarah Indonesia pada 22-23 Mac 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Pada 28-29 Ogos 2018 PSM dengan kerjasama UKM telah menganjurkan Kongres Sejarah Malaysia Ketiga. Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr , Pengerusi Yayasan Budi. Pada 10 November 2018, PSM telah menjemput Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat Melayu: Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat di Dewan Aminuddin Baki, Anjung Sejarah, Kuala Lumpur.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim yang sudi hadir untuk merasmi dan menyampai ucaptama. Akhir sekali saya turut mengucap ucapan terima kasih kepada pihak UKM yang bersama sama bertungkus-lumus bagi menjayakan Kongres Sejarah Malaysia ke-3. Juga Kepada pembentang kertas kerja, para peserta, ahli majlis JKE dan pemimpin cawangan dan kawasan yang turut hadir menjayakan kongres ini. Saya amat menyanjung tinggi komitmen yang gigih dalam memajukan warisan dan sejarah tanah air.

Sekian terima kasih. 3 OKT / DIS 2018 PSM DI SANA SINI

SEMINAR SEJARAH KUALA LUMPUR

Seminar in telah diadakan pada 29 Oktober 2018 di Institut Latihan DBKL,Cheras (IDB). Seminar anjuran Perpustakaan Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Y.B. Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Ucaptama telah disampaikan oleh Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahalan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan. Seramai 220 peserta telah menghadiri seminar ini. Majlis Pengkisahan Sejarah “Kuala Lumpur Dahulu dan Sekarang” turut diadakan. Ahli-ahli panel terdiri dari Abdur Razzaq Lubis, Dato’ Ar Hajeedar Abd Majid, Prof Emeritus Dato’ Abdullah Zakaria Ghazali dan Tuan Hj Nurazizi bin Mokhtar. Dato’ Abdul Rahman Yeop dan Datin Zuraidah Mohamad telah mewakili PSM.

Senarai kertas kerja yang telah dibentangkan ialah: 1.Peranan Sanitary Board Kuala Lumpur dalam Kegiatan Pengeluaran Daging Mentah oleh Dr Shapiza Sharif (Universiti Malaya) 2. Meniti Perjalanan Kenangan Menuju Mercu Jaya: Catatan Biografi Tan Sri Elyas Omar: Datuk Bandar Kuala Lumpur (1983-1992 ) oleh Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid (Persatuan Sejarah Malaysia) 3. Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan Penting dalam Lipatan Sejarah dan Implikasi terhadap Negara oleh Prof Madya Dr Mohd Shamsuddin (Universiti Kebangsaan Malaysia) 4. Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan dan “The Unsung Heroes of 31st August 1957” oleh Dr Zulhilmi Paidi (Universiti Utara Malaysia) 5. Tokoh-tokoh Kuala Lumpur oleh Dato’ Dr Nadzan Harun (Persatuan Sejarah Malaysia) 6. Perkembangan Negeri, Daerah, Mukim dan Kampung di Kuala Lumpur 1766-1974 oleh Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria (Universiti Kebangsaan Malaysia)

ANUGERAH PINGAT EMAS PSM

Majlis telah berlangsung pada 15 Disember 2018 bertempat di Dewan Aminuddin Baki, Aras 1, Anjung Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Anugerah Pingat Emas, sijil dan buku-buku telah disampaikan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seramai 58 orang penerima Anugerah Pingat Emas telah dianugerahkan oleh PSM. Anugerah Pingat Emas dianugerahkan kepada siswazah terbaik dalam kursus sejarah (Sejarah Malaysia) daripada lima institusi pengajian tinggi – UM, UKM, USM, UPSI dan UMS. Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia (Dr) Omar Mohd Hashim, Pengerusi Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia diikuti dengan sesi memperkenalkan siswazah penerima pingat emas. Prof Dato’ Dr Mohamad Shatar Sabran, tetamu utama telah menyampaikan anugerah pingat kepada penerima diikuti dengan ucap terima oleh siswazah penerima Anugerah Pingat Emas. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu utama, Prof Dato’ Dr Mohamad Shatar Sabran, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4 Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu pada keluaran keempat bagi tahun 2018.

Sepanjang tahun 2018, kita sebagai organisasi NGO telah bergerak dengan baik bagi memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Bagi tahun 2018 kita telah berjaya menganjurkan: 1. Majlis Anugerah Felo dan Pingat Emas pada 10 Februari 2018 2. Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2017 3. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme peringkat kebangsaan 2018 pada 15 Ogos 2018 di M-Suite Hotel,

PSM telah berjaya menerbitkan: 1. Buku “Abdullah Samsudin: Panglima Melayu Terbilang“ 2. Malaysia Dari Segi Sejarah Bil. 46 2018 PSM telah berjaya menganjurkan ceramah/sembang-sembang sejarah oleh Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab pada 18 November 2017 di Dewan Aminudin Baki, Wisma Sejarah bertajuk “Nota Perjalanan Seorang Seniman”.

PSM telah menganjurkan “Seminar Antarabangsa Kesejarahan Guru Sejarah Malaysia-Indonesia 2018” yang dianjur bersama Persatuan Guru Sejarah Malaysia dan Asosiasi Guru Sejarah Indonesia pada 22-23 Mac 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Pada 28-29 Ogos 2018 PSM dengan kerjasama UKM telah menganjurkan Kongres Sejarah Malaysia Ketiga. Majlis perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Pengerusi Yayasan Budi. Pada 10 November 2018, PSM telah menjemput Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat Melayu: Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat di Dewan Aminuddin Baki, Anjung Sejarah, Kuala Lumpur.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim yang sudi hadir untuk merasmi dan menyampai ucaptama. Akhir sekali saya turut mengucap ucapan terima kasih kepada pihak UKM yang bersama sama bertungkus-lumus bagi menjayakan Kongres Sejarah Malaysia ke-3. Juga Kepada pembentang kertas kerja, para peserta, ahli majlis JKE dan pemimpin cawangan dan kawasan yang turut hadir menjayakan kongres ini. Saya amat menyanjung tinggi komitmen yang gigih dalam memajukan warisan dan sejarah tanah air.

Sekian terima kasih.

OKT / DIS 2018 PSM DI SANA SINI SEMBANG-SEMBANG SEJARAH

Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 2018 telah menyampaikan ceramah bertajuk “Budaya Intelektual dalam Masyarakat Melayu Kekangan dan Cabaran Merentasi Zaman” bertempat Dewan Aminuddin Baki, Aras 2, Anjung Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil lahir di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datok, pada 4 Januari 1947. Beliau telah berkahwin dengan Siti Zalikah binti Mohd Nordin dan telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Pada tahun 1974, beliau memperolehi Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai M.Litt Sarjana Persuratan dalam Pemikiran Islam dari Universiti Kebangasaan Malaysia.

Seterusnya, beliau memperolehi PhD dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada ketika ini, beliau adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Ketua Majlis Istiayah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE ), Pengerusi Pusat Kajian Magasid Shariah IDE, Prof Adjung UNISEL juga Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unniversiti Sains islam (USIM) mulai 1 Oktober 2018.

Dalam bidang akademik beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah UKM sejak tahun 1974 sehingga 2001. Atas jasa yang beliau telah taburkan beliau telah menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP), Anugerahh Tokoh Maal Hijrah Perak (2006). Pada 10 September 2018 beliau telah dianugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2018.

SEMINAR KEHEBATAN LEGASI JOHOR DI MATA DUNIA

Seminar ini telah berlangsung di KSL Hotel, Johor Bahru pada 12-13 November 2018. Seminar anjuran Perpustakaan Awam Johor telah dirasmikan oleh Y.B. Hj Aminolhuda Hassan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. Ucaptama telah disampaikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali.

Sebanyak sepuluh kertas kerja telah dibentangkan. Seramai 120 peserta telah menghadiri seminar ini. Majlis Pengkisahan Sejarah “Sejarah Pop Yeh Yeh” telah diadakan dengan tetamu khas iaitu Dato’ A. Rahman Hassan, pelopor muzik 60an Pop Yeh Yeh. Selain daripada Prof Emeritus Dato’ Abdullah yang menyampaikan ucaptama, turut membentang kertas kerja adalah Tuan Hj. Kamdi Kamil dan Dr Zahidi Zainol Rashid.

Empat pembentang kertas kerja dari luar negara adalah Dr Ellya Roza (UIN Suska Riau), Asrul Fikri (Universitas Riau), Prof Suwardi Mohd Samin (Sejarawan Indonesia Riau ) dan Dr Syed Khairuddin Aljunid (National University of Singapore). Sasterawan Negara Dato’ Dr Zurinah Hassan telah membentang kertas kerja bertajuk “Usman Awang: Penyair Melayu yang Paling Dikenali”.

Turut membentang kertas kerja ialah Dr Syed Khairudin Al Junid, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Tajuk kertas kerja beliau ialah “Johor dalam Sejarah Singapura”.

5 OKT / DIS 2018

SEJARAH ADALAH CERITA ORANG YANG MENANG

Oleh PROF MADYA DR AHMAD JELANI HALIMI

Merdeka dalam bahasa Melayu lama disebut mederheka. Apa yang dikatakan mederheka/merdeka itu adalah kebebasan, bebas daripada satu-satu cengkaman atau penindasan. Dalam erti kata lain merdeka adalah bebas daripada konkongan pihak lain, bebas daripada penjajahan, bebas daripada perhambaan. Orang yang merdeheka itu boleh berdiri sendiri, tidak tunduk kepada arahan orang lain dan tidak bergantung kepada orang lain. Begitu jugalah keadaan sesebuah negara yang dikatakan telah merdeka, boleh berdiri sendiri, tidak tunduk kepada arahan pihak-pihak lain dan tidak bergantung kepada negara lain untuk kewujudannya. Oleh itu dalam realitinya bukan semua negara yang dikatakan merdeka itu sebenar-benarnya telah merdeka. Abad ke-19 merupakan abad pancaroba bagi hampir seluruh negara di luar Eropah dan Amerika Utara. Kesan daripada revolusi industri, kuasa-kuasa barat ketika itu berlumba-lumba keluar mencari tanah jajahan bagi memastikan ia mudah memperolehi bahan mentah dari pasar untuk barangan hasilan industri mereka. Yang menjadi mangsa adalah negara negara timur. Satu lepas satu negara kecil dan besar di timur ini ditakluki termasuk China dan India. Hanya Jepun dan Thailand yang terlepas daripada fenomena penjajahan ini. Namun demikian mereka juga tidaklah terlalu bebas untuk bertindak sesuka hati bagi kepentingan diri mereka. Seluruh Afrika dan Amerika Selatan dikuasai oleh kuasa-kuasa Eropah. Dan dalam masa ini muncul pula sebuah kuasa imperialis baru yang ikut sama menjajah iaitu Amerika Syarikat.

Namun demikian selepas Perang Dunia II, telah berlaku satu perubahan dalam pemikiran masyarakat barat. Kesan daripada tindakan Hitler, Mussolini dan Tojo menakluki wilayah-wilayah di Eropah dan wilayah jajahan takluk barat di Asia dan Afrika menyebabkan mereka terfikir bahawa penjajahan itu bukanlah sesuatu yang mulia. Namun demikian, memberi kemerdekaan kepada negara-negara yang dijajah itu bermakna membawa kerugian kepada negara yang menjajah. Selepas perang 6 OKT / DIS 2018 negara-negara penjajah sangat-sangat memerlukan koloni-koloni mereka untuk membangunkan kembali ekonomi negara. Satu kerugian besar akan berlaku sekiranya koloni-koloni itu dibebaskan, khususnya bagi negara-negara yang teruk dilanda perang seperti Britain, Perancis dan Belanda. Dalam pada itu, masyarakat negara-negara yang terjajah itu sendiri sudah mula melaungkan kemerdekaan nasional. Laungan ini telah mula didengari sejak awal abad ke-20. Perjuangan-perjuangan secara politik dan ketenteraan mula berlaku antara kedua belah pihak; pihak yang menjajah dengan pihak yang dijajah. Pertembungan antara dua idea yang bertentangan ini akhirnya telah melahirkan negara-negara yang merdeka dalam bentuk nation state.

Mencatatkan kisah-kisah bagaimana perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan kemudian membawa kepada penuntutan kemerdekaan oleh wakil orang Melayu iaitu UMNO. UMNO telah ditubuhkan pada bulan Jun 1946. Ia telah ditubuhkan atas sebab menentang gagasan Malayan Union yang akan menyerahkan seluruh kepada British. UMNO sebagai pejuang hak orang Melayu ketika iu dilahirkan bukan sebagai sebuah pergerakan nasionalis, menuntut kemerdekaan, malah kelihatan menentang kemerdekaan. Para pemimpin mereka yang terdiri sebahagian besar daripada pegawai-pegawai perkhidmatan awam kolonial yang setia berkhidmat kepada tuan-tuan kolonial mereka. Malah dilaporkan bahawa masih belum yakin yang orang Melayu boleh merdeka? Mereka adalah orang-orang Melayu “merdeka” itu pantang disebut di kalangan mereka. Cogan kata mereka ketika itu adalah “Hidup Melayu!”. Golongan ini juga berpendapat bahawa orang Melayu ketika itu terlalu lemah untuk merdeka.

Ramai yang tidak berpendidikan dan miskin dan sekiranya negara ini diserahkan kepada mereka, Tanah Melayu akan hancur. Malah ada sultan yang mempertikaikan kemampuan orang Melayu untuk merdeka. Dikatakan baginda pernah menyatakan “jarum pun tak boleh buat, hendak merdeka”. Kelihatannya bahawa mereka tidak yakin terhadap kemampuan bangsa mereka sendiri.

Oleh itu, siapakah mereka yang dikatakan telah melaungkan seruan merdeka itu,ketika UMNO masih belum yakin yang orang Melayu boleh merdeka? Mereka adalah orang-orang Melayu yang tergolong dalam pergerakan politik radikal sebelum perang iaitu dari kumpulan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah diharamkan oleh pihak Jepun. KMM ini telah lahir sekitar tahun 1938 di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakub. Selepas perang, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah kumpulan ini telah menubuhkan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Pengasasnya antara yang terkemuka adalah Ahmad Boestaman dan Musa Ahmad, kemudian disertai oleh para nasionalis lain seperti Pak Sako dan Dr Burhanuddin al-Hilmy. Parti ini telah menerbitkan surat khabarnya yang pertama, Suara Rakyat di Ipoh, Perak. Seluruh isi kandungannya merupakan hal-hal politik. Matlamat utama PKMM adalah mengusir British dari Tanah Melayu dan membentuk kerajaan sendiri. Cogan kata mereka adalah “merdeka”. Di mana sahaja anggotanya bertemu mereka akan melaungkan “merdeka”. Matlamat ini termaktub dalam Rang Undang-Undang 1946 PKMM yang diluluskan dalam kongres pertamanya pada 30 November 1945. Dalam masa yang singkat sahaja PKMM telah dapat menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melaytu. Ia telah menubuhkan ibu pejabatnya di No. 2, Batu Road, Kuala Lumpur.

Walaupun PKMM sedar bahawa orang Melayu majoritinya masih mundur, akan tetapi ia merasakan kemerdekaan perlu didahulukan, kemudian baharulah mereka yang mundur itu dibantu untuk maju. Perkara ini bukanlah menjadi masalah kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi dan pertaniannya. Pandangan yang berbeza ini telah membawa kepada perpecahan di kalangan orang Melayu. Anggota PKMM menjadi lebih agresif dalam

7 OKT / DIS 2018 usahanya menuntut kemerdekaan, manakala UMNO kemudianya terus merapatkan diri dengan pihak penjajah untuk mengambil hati penjajah supaya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Indonesia dijadikan contoh dan inspirasi. Namun demikian oleh kerana ia tidak dapat sokongan massa kerana orang Melayu sebahagian besarnya ketika itu agak konservatif dan terlalu taksub akan kepimpinan para pembesar tradisional, maka gerakan ini tidak begitu popular. Sebahagian besar penyokong PKMM terdiri daripada perantau atau keturunan Sumatera.

Namun demikian dengan kepimpinan yang komited, PKMM kemudianya telah berjaya menyatukan seluruh tenaganya untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Ia berjaya menubuhkan sayap pemuda dan wanitanya; Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Di samping menubuhkan biro-biro agama, buruh dan pertanian. Sebelum diharamkan oleh pihak British, biro buruhnya yang paling berpengaruh kerana kehidupan buruh ketika itu sangat menyedihkan dan perlu pembelaan.

Apabila PKMM diharamkan, para pemimpinnya lari berlindung diri atau ditangkap arena politik Tanah Melayu ketika itu didominasi oleh UMNO. Pihak British berada dalam dilema, memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bermakna mengecutkan sumber ekonominya, akan tetapi sekiranya tidak diberi kemerdekaan, pihak Briish akan terpaksa bergelut menghadapi kebangkitan rakyat setempat. Hal ini cuba dielakkan oleh pihak British kerana akan menelan belanja yang besar di samping gangguan kepada penghasilan getah dan bijih timah. Ketika ini juga pihak British telah mempelajari bahawa kemerdekaan yang dicapai melalui peperangan dan kebangkitan bersenjata bukan hanya akan menghancurkan segalanya tetapi juga hubungan kemanusiaan antara pihak penjajah dan yang dijajah.

Dengan keadaan yang sedemikian UMNO telah merebut peluang ini untuk menjadi jaguh. Daripada pergerakan “hidup Melayu”, tiba-tiba ia berubah menjadi gerakan yang memperjuangkan kemerdekaan. British yang ketika itu memang berharap mendapatkan kumpulan nasionalis yang bersimpati dengannya begitu senang dengan peranan UMNO yang baru ini. Dengan itu rundingan penyerahan kedaulatan Tanah Melayu mula dirundingkan. Perundingan yang mengikutinya sebahagian besar merupakan perkara-perkara teknikal sahaja dan terfokus kepada usaha membentuk satu konstitusi/perlembagaan bagi sebuah Tanah Melayu yang merdeka. Sebuah jawatankuasa menggubal perlembagaan telah dibentuk diketuai oleh Lord Reid dan tarikh kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Oleh kerana salah satu syarat yang ditentukan oleh pihak British untuk memberi kemerdekaan itu adalah perpaduan antara kaum,UMNO terpaksa mencari rakan daripada kaum lain untuk menunjukkan perpaduan itu. Justeru itu, UMNO telah bergabung dengan masyarakat Cina (MCA) dan pihak India (MIC) membentuk Parti Perikatan bagi menyakinkan British. Memang ketika itu pihak British telah bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang telah dilakukan di India dan Burma. Dengan pemberian kemerdekaan itu secara damai, Britain berjaya mengekalkan seluruh sistem yang telah diciptanya di Tanah Melayu dan segala asetnya dapat dilindungi. Bagi UMNO dan perikatan “penganugerahan” kemerdekaan itu begitu mengembirakannya kerana kemerdekaan tidak ditebus dengan darah walau setitik pun.

8 OKT / DIS 2018 TOKOH-TOKOH KUALA LUMPUR

1. SUTAN PUASA @ SUTAN NA POSO 20. TAN SRI DATUK PADUKA SALEHA BINTI MOHD 2. HAJI ABDULLAH HUKUM BIN HAJI ABDUL ALI RAHIM 21. TAN SRI AISHAH BINTI ABDUL GHANI 3. RAJA HAJI BOT BIN RAJA JUMAAT 22. DATO’ HARUN BIN IDRIS 4. YAP AH LOY 23. JENERAL TAN SRI DATO’ HAJI MOHD SANY BIN 5. YAP KWAN SENG HAJI ABDUL GHAFFAR (BERSARA) 6. LOKE YEW@LUK PAK SHAM 24. TAN SRI DATO’ S.M. SALIM 7. CHAN SIOW LIN 25. DATO’ SHAHRUM YUB 8. K. THAMBOOSAMY PILLAY 26. JENERAL TAN SRI MOHAMED HASHIM BIN 9. ABDUL RAHIM KAJAI MOHD. ALI (BERSARA) 10. DATO’ ABU BAKAR BAGINDA 27. REAR ADMIRAL TAN SRI DATO’ SERI 11. TUN LEE HAN SHIK,HENRY 28. K. THANABALASINGAM (BERSARA) 12. PUAN HAJJAH ENJAH BT ARIFF 29. HIJJAS KASTURI 13. TAN SRI DATUK PADUKA KONTIK KAMARIAH 30. TAN SRI AZMAN HASHIM BINTI AHMAD 31. MOKHTAR BIN DAHARI 14. TAN SRI DATO’ S.O.K. UBAIDUILLA 32. TAN SRI YAACOB BIN ABDUL LATIF 15. TUN OMAR ONG YOKE LIM 33. TAN SRI ELYAS BIN OMAR 16. TUN ISMAIL BIN MOHD ALI 34. TAN SRI DR MAZLAN AHMAD 17. TAN SRI DATO’ DR DAVID TAN CHEE KHOON 35. TAN SRI DATO’ KAMARUZZAMAN BIN 18. TAN SRI DATO’ DR HAJI ABDUL MAJID BIN MUHAMAD SHARIFF ISMAIL 36. DATUK HJ RUSLIN BIN HJ HASSAN 19. DATUK SERI LILY BINTI ABDUL MAJEED

2 5 9 10

17 19 21 24

29 30 31 33 9 OKT / DIS 2018

BERITA BERGAMBAR

ANUGERAH PINGAT EMAS 2018 15 DISEMBER 2018, WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR

Tetamu utama Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran menandatangani buku pelawat

Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran, Tan Sri Omar Mohd Hashim dan Dato’ Jumaat Mohd Noor berdiri ketika lagu Negaraku dan lagu Martabat Sejarah Malaysia dimainkan

Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Emas sedang berlangsung

10 OKT / DIS 2018

BERITA BERGAMBAR

SEMBANG-SEMBANG SEJARAH 10 NOVEMBER 2018, WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR

Dato’ Jumaat Mohd Noor mempengerusikan majlis Sembang-Sembang Sejarah yang disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil

Tan Sri Omar Mohd Hashim menyampaikan cenderamata kepada Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran

Para hadirin yang mengikuti majlis sembang-sembang sejarah

Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil bergambar beramai-ramai dengan para hadirin

11 OKT / DIS 2018

Wawancara NINE-11 Bersama DR ZAHIDI DATO’ ZAINOL RASHID BERKENAAN KDYMM ALAMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH SEMPENA PERTABALAN SULTAN SALLEHUDDIN SEBAGAI SULTAN KE-29 Pada 20 Oktober 2018

Istiadat pertabalan KDYMM Sultan Sallehudin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang berlangsung di Istana Anak Bukit

Secara ringkas boleh tuan terangkan susur galur Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh

KDYMM Alaminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhumm Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah yang ke-29. Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim yang mangkat pada 11 September 2017. Kedah memiliki sejarah pemerintahan beraja yang tidak putus-putus selama 1,000 tahun. Kesultanan Kedah telah memerintah di lapan pusat pentadbiran sehingga kini iaitu di Bukit Meriam, Sungai Mas, Kota Siputih, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan, Kota Bukit Pinang dan Kota Setar. Sultan Sallehuddin yang berada di atas tahta sekarang berpusat pemerintahan di Kota Setar. KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah adalah adik tiri kepada Almarhum Sultan Abdul Halim, satu bapa iaitu Sultan Badlishah tetapi berlainan ibu. Bonda baginda adalah Tunku Ampuan Asma Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, puteri kedua Sultan .

12 OKT / DIS 2018

Apa keistimewaan istiadat pertabalan dalam institusi kesultanan Kedah?

Kepentingan istiadat pertabalan dalam institusi raja ialah ia mendekatkan raja dan rakyat. Ia secara rasminya mengisytiharkan seorang raja menaiki takhta. Pertabalan sebagai pengumuman dan war-war tentang adanya raja yang baru dilantik. Akhirnya ia termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Apa perkara menarik yang boleh kita lihat pada pertabalan Sultan Kedah pada kali ini?

Perkara menarik pada pertabalan kali ini ialah perarakan KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah menaiki bahtera “layang emas” dengan diiringi pasukan pancaragam, 3 ekor gajah dan 10 ekor pasukan kuda dari PDRM yang bergerak dari Wisma Darul Aman ke Balai Besar, jaraknya dalam 4 km. Pada 20 Februari 1959, KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim dan Tuanku Sultanah Bahiyah menaiki kenderaan dalam perarakan dari Istana Anak Bukit ke Balai Besar.

Apa kah kepentingan pertabalan kepada rakyat Kedah ?

Pertabalan ini adalah satu peristiwa pentang dalam lipatan sejarah Kedah. Ini adalah kali ketiga sejak 1136 ketika kesultanan Kedah bermula seorang raja ditabal. Kali pertama pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin pada tahun 1854. Kali kedua pada 20 Februari 1959 KDYMM Sultan Abdul Halim dengan rasminya ditabal sebagai Sultanah Kedah Darul Aman. Ia adalah detik bersejarah kerana ia diadakan semula setelah 59 tahun yang lalu.

Sebelum majlis pertabalan ialah upacara melawat makam diraja dan upacara siram tabal. Apa signi kan /simbolik disebalik upacara berkenaan?

Simbolik menziarah makam dan membaca doa dan tahlil sebagai kenangan dan ingatan kita kepada arwah sultan-sultan yang terdahulu. Ia juga sebagai ingatan kepada rakyat jelata supaya tahu asal-usul kesultanan Kedah dan nama-nama sultan-sultan yang memerintah Kedah.

Simbolik siram tabal adalah untuk menyuci diri ketika menaiki singahsana dari segi mental dan jasad “mind and soul”untuk buang bala dan sial. Air diambil dari mata air di tempat tinggi dari 12 tempat di negeri Kedah lalu diisi dalam tempayan dan dicampur dengan air zam-zam dan 9 jenis kuntum bunga dan dijurus pada pakaian kuning. Kalau pada tahun 1959 upacara dilakukan di Tambak Inai, pada tahun 2018 upacara berlangsung di Istana Anak Bukit.

Apa kah kepentingan nobat dalam pertabalan sultan?

Nobat dimainkan untuk mengesahkan pertabalan itu. Nobat adalah kemuliaan dan kebesaran bagi raja-raja dahulu hingga kini dan ia masih diteruskan. Nobat menyeri sesuatu majlis. Tanpa nobat seorang raja tidak dapat ditabal untuk menjadi raja.

13 OKT / DIS 2018 MAHSURI: “Benar atau Mitos?”

Oleh DATO’ (DR) HAJI WAN SHAMSUDDIN BIN MOHD YUSOF

Penyelidikan dan pengumpulan cerita dalam dan luar Pulau Langkawi setakat ini dapat dikesan dari dua sumber:

1.1 Berdasarkan kajian ilmiah yang diusahakan oleh saudara Ramlee Shari dari Universiti Malaya, 1981 yang menggolongkannya kepada tiga bahagian: 1. Versi 1 hingga 8 dalam bentuk lisan 2. Versi 9 hingga 13, dalam bentuk tulisan (buku, rencana dan skrip drama ) 3. Versi 14, dalam bentuk lem Makam Mahsuri di Pulau Langkawi 1.2 Berdasarkan kaji selidik oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman 2.1.3 Sireh yang ditanam telah dan Muzium Negeri Kedah Darul Aman (PSMCK berbunga. dan MNK). 1. Di Langkawi pada 22-24 September 2.1.4 Serai juga berbunga 1988 melalui empat orang pencerita daripada emas/karun di bawah termasuk Encik Din bin Kassim yang perdunya. pernah ditemubual oleh Ramlee Shari (versi 1 ). 2.2 Sesudah Mahsuri dilahirkan: 2. Di Phuket (Kampung Kamala) pada 18-22 2.2.1 Mahsuri menangis tak Disember 1988 dan pada 25-3 Mei 1989. berhenti-henti. Kemudiannya dapat di atasi setelah gong emas 2. Unsur mitos dan legenda yang diperolehi melalui mimpi telah dipalu. Sebagai sastera rakyat yang disebarkan melalui 2.2.2 Mahsuri dimandikan di lisan, cerita Mahsuri memiliki sifat improvisasi iaitu sebuah lubuk, airnya bertukar pengurangan dan penambahan kepada cerita menjadi beku seperti kemenyan. yang diwarisi kerana itu terdapat beberapa 2.2.3 Keluar cahaya perbezaan dan persamaan di antara versi-versi memancar-mancar menyinari isi cerita Mahsuri di samping unsur-unsur keajaiban rumah. yang menjadikan tokoh Mahsuri itu sebagai tokoh 2.2.4 Mahsuri lahir pada malam sejarah yang bersifat legenda. 27 Ramadan. Unggas dan binatang yang melata di bumi Antara contoh-contoh yang berkaitan dengann mendekati rumah ibu bapa mitos dan legenda itu ialah: Mahsuri sebagai menyembut kelahirannya. 2.1 Sebelum Mahsuri dilahirkan: 2.1.1 Menemui ular, itik (ular cintamani). 2.2.5 Air telaga menjadi beku Dibakar/makan lalu dimakan oleh ibu seperti salji atau agar-agar. Mahsuri-ada persamaan dengan kisah 2.2.6 Semua pokok sujud ke arah Hang Tuah. rumah dan bau harum di sekitar 2.1.2 Menemui kerak nasi berteriak halamannya. Ada persamaan (berasal dari semangat padi). dengan peristiwa Laiatul Qadr.

14 Sebelum majlis pertabalan ialah upacara melawat makam diraja dan upacara siram tabal. Apa signi kan /simbolik disebalik upacara berkenaan?

Simbolik menziarah makam dan membaca doa dan tahlil sebagai kenangan dan ingatan kita kepada arwah sultan-sultan yang terdahulu. Ia juga sebagai ingatan kepada rakyat jelata supaya tahu asal-usul kesultanan Kedah dan nama-nama sultan-sultan yang memerintah Kedah.

Simbolik siram tabal adalah untuk menyuci diri ketika menaiki singahsana dari segi mental dan jasad “mind and soul”untuk buang bala dan sial. Air diambil dari mata air di tempat tinggi dari 12 tempat di negeri Kedah lalu diisi dalam tempayan dan dicampur dengan air zam-zam dan 9 jenis kuntum bunga dan dijurus pada pakaian kuning. Kalau pada tahun 1959 upacara dilakukan di Tambak Inai, pada tahun 2018 upacara berlangsung di Istana Anak Bukit.

Apa kah kepentingan nobat dalam pertabalan sultan?

Nobat dimainkan untuk mengesahkan pertabalan itu. Nobat adalah kemuliaan dan kebesaran bagi raja-raja dahulu hingga kini dan ia masih diteruskan. Nobat menyeri sesuatu majlis. Tanpa nobat seorang raja tidak dapat ditabal untuk menjadi raja.

OKT / DIS 2018 2.2.7 Padi dan lain-lain tanaman sangat 1. Dato’ Pekerma Jaya menjadi. 2. Dato’ Pekerma Ali 2.2.8 Ayahnya Pandak Mayah menemui 3. Cik Mat Jiwa sarang burung laut yang sangat mahal 4. Cik Mat Saman harganya. 5. Cik Yong/Yom 6. Cik Nahu 2.3 Sesudah Mahsuri dihukum mati 7. Cik Mahmud 2.3.1 Berlaku gempa bumi diikuti dengan ribut. 3.1.3 Salasilah Kesultanan Kedah 2.3.2 Memohon hendak beri makan Darul Aman (bermula dari Marhum anaknya tujuh biji kuih dan Kayang): kehendaknya diizinkan. 1. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 11 (1804-1845) 2.4 Sesudah Mahsuri dihukum 2.Sultan Zainal Rashid 2.4.1 Burung-burung mengepakkan Muazzam Shah (1845-1854) sayapnya menaugi tubuh Mahsuri yang 3.Sultan Ahmad Tajuddin sudah tekulai. Mukarram Shah (1854-1878) 2.4.2 Sewaktu Mahsuri ditikam, keluar 4. Sultan Zainal Rashid darah putih memancut ke atas, kembang Muazzam Shah 11 seperti payung tidak setitik pun yang (1879-1881) gugur ke bumi. 5. Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) 3. Beberapa pandangan yang berbeza dari 6. Sultan Badlishah sudut peristiwa (1948-1958) 7. Sultan Abdul Halim 3.1 Sumpah Mahsuri Muadzam Shah (1958-2017)

Peristiwa sumpah Mahsuri ini merupakan Menurut Sejahrawan Haji kemuncak dari seluruh cerita Mahsuri yang dalam karyanya “Sejarah Kedah Sepintas kesannya masih lagi diperkatakan sumpahannya Lalu” Mahsuri berlaku di zaman Sultan Pulau Langkawi akan menjadi padang jarak Muhamad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah padang terkukur dan tidak akan aman sampai 11 Sultan Kedah yang ke-19 (1710-1778 tujuh keturunan. Ada versi yang mengaitkannya Masihi) dengan keturunan Dato’ Pekerma Jaya pembesar yang mentadbir Pulau Langkawi dan ada yang 3.2 Darah Putih mentafsirkannya sebagai keturunan Raja/Sultan 3.2.1 Hampir semua versi Kedah Darul Aman seperti senarrai berikut: menyebutkannya kebanyakkan menyimpulkan bahawa “darah 3.1.1 Salasilah Dato’ Pekerma Jaya, hasil putih” yang mengalir di dalamm temubual RS dengan Encik Razak Darus tubuh Mahsuri melambangkan di Lorong Seri Hujung, Jalan Langgar, kesucian bersih dari segala kejahatan Alor Setar pada 23 Oktober 1980: di samping melambangkan Mahsuri 1. Dato’ Pekerma Jaya itu benar-benar memiliki paras yang 2. Dato’ Pekerma Ali amat cantik. 3 Cik Mad Saman 3.2.2 Ada pandangan yang 4. Cik Yom menyatakan bahawa “darah putih” itu 5.. Cik Nahu bukan sebenarnya darah tetapi ialah 6. Cik Mahmud air susu, kerana sewaktu Mahsuri 7. Cik Razak dibunuh dia baru sahaja melahirkan 3.1.2 Berdasarkan temubual anak. Pendapat yang sama PSMCK/MNK dengan Panglima Ibrahim diceritakan oleh keluarga keturunan bin Mat di Padang Mat Sirat, Langkawi Mahsuri di Phuket, Thailand. pada 23 September 1988:

15 OKT / DIS 2018 3.2.3 Perbezaan lain yang ketara 4.3 Salahsilah Keurunan Mahsuri di dalam kebanyakkan versi ialah Phuket, Thailand. Kehidupan keluarga mengenai seperti bilangan anak Mahsuri di Kampung tersebut kini dalam Mahsuri dan namanya, nama suami keadaan aman dan mewah seolah-olah dan asal –usul dan begitu juga mereka juga terlepas dari sumpahan senjata yang digunakan untuk Mahsuri. Kini sudah genap tujuh menghukum mati Mahsuri. keturunan/generasi iaitu: Kebanyakkan versi menyebut “keris”, 4.3.1 Wan hakim ada pula versi yang menyebut 4.3.2 Wan Yuhyi lembing, tombak atau jembia. Ada 4.3.3 Tuk Hid versi menyatakan Mahsuri ditikam di 4.3.4 Wan Husin dadanya, ada pula menyatakan dia 4.3.5 Wan Hashim disula. 4.3.6 Wan Sumaini 3.2.4 Pencerita Encik Din Kassim dari 4.3.7 Wan Aisyah Padang Mat Sirat agak berbeza dengan lain-lain pencerita Mahsuri. 5. Kaji selidik Persatuan Sejarah Malaysia Beliau dapat digolongkan sebagai Cawangan Kedah Darul Aman dann penglipur lara sebenar kerrana Muzuim Negeri Kedah Darul Aman pada keahliannya dalam bercerita. Beliau 18-22 Disember 1988. banyak menggunakan kata-kata bersajak atau bahasa berirama. 5.1 Rombongan ini mengandungi 28 orang diketuai oleh Wan Shamsuddin bin 4.Dari sudut sejarah Mohd Yusof (Timbalan Pengerusi PSMCK), Haji Ismail bin Salleh (Setiausaha PSMCK) Beberapa kesan peninggalan yang dikaitkan dan Haji Hussain Abu. dengan sejarah Mahsuri yang setakat ini dapat dikesan ialah: 5.2 Di Kampung Kemala, Phuket kaji selidik melalui temubual dengan 4.1 Di Langkawi keluarga Mahsuri yang berusia 60-80 4.1.1 Pusara Mahsuri di Kampung tahun iaitu Wan Husin dan isterinya Mawat Khatijah Abu Bakar, Tuk Suri (menantu 4.1.2 Wujudnya watak-watak Wan Husin), Wan Fatimah binti Wan Husin, Dato’ Pekerma Jaya dan anaknya ayah dan ibu Wan Aishah dan Wan Dara Dato’ Pekerma Ali dalam sejarah anak Wan Fatimah. Kedah 4.1.3 Tempat Mahsuri disula iaitu 5.3 Antara perkara yang yang menarik “Padang Hangus” di Padang Mat Sirat iaitu ulasan mereka setelah ditemubual 4.1.4 Kesan-kesan serangan Siam di ialah: Langkawi pada 12 November 1821 5.3.1 Moyang mereka Mahsuri tidak seperti Kampung Beras terbakar di sekali-kali berdarah putih Padang Matsirat, Masjid Ulu Melaka 5.3.2 . Sumpahan Mahsuri tidak dan Panji-Panji Perang yang tepat, moyang mereka moyang digunakan oleh Dato’ Pekerma Ali mereka Mahsuri sebenarnya berdoa yang kini diabadikan di Muzium kepada Allah SWT kerana dia di tnah Negeri Kedah Darul Aman. 5.3. 3 Tuk Sun mengakui Wan Hakim meninggal dunia di atas ribanya. 4.2 Di Phuket 5.3.4 Sehingga kini, keturunan 4.2.1 Keturunan sebelah keluarga Mahsuri sudah memasuki generasi anak Mahsuri yang berada di ke-8 sesudah Wan Aishah berrkahwin Kampung Kemala, Phuket, Thailand dengan Ali Tongyun pada 22 April 4.2.2 Kawasan perkuburan anak 2010. Mahsuri dan keturunannya di Pantai Kemala, Phuket.

16 OKT / DIS 2018 ALMARHUM YTM : Beberapa Catatan Lisan yang Menarik

Oleh DR ZAHIDI DATO’ ZAINOL RASHID

Pada 17 Mei 1995, satu Majlis Pengkisahan Sejarah Almarhum Tunku Abdul Rahman telah diadakan di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman. Tiga ahli panel yang dijemput ialah YTM Tunku Datin Paduka Khatijah, YTM Tunku Dato’ Dr Ismail dan YTM Tunku Mukminah. Berikut adalah catatan menarik pengkisahan mereka yang sempat dicatatkan.

1.YTM TUNKU DATIN PADUKA KHATIJAH BT ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN Beliau adalah puteri sulung Almarhum Tunku Abdull Rahman. Dilahirkan pada 8 Oktober 1932 di Kedah. Semasa kecil, beliau diasuh oleh pengasuh Siam. Beliau pernah dipelihara oleh Tunku Habsah. Beliau telah mengikuti kursus dandanan rambut di Singapura. Mengikut beliau di Residensi pada masa Tunku menjadi Ketua Menteri ada terdapat 70 orang anak anak tukang kebun dan tukang masak. Almarhum amat pantang pada nombor 13. Kalau jumlah nombor 13 beliau akan memanggil beliau untuk cukup 14. Almarhum akan berehat selepas makan tengahari dan beliau tidak suka dibangunkan. Almarhum suka menolong orang miskin. Almarhum memberi tanah beliau di Langkawi untuk buat masjid. Tanah Almarhum di Alor Setar telah dijadikan rumah anak yatim. Falsafah beliau ialah apabila kita menolong orang miskin mereka akan dikenang seumur hidup.

2. YTM TUNKU MUKMINAH BT TUNKU MOHD JIWA Beliau adalah anak saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman. Menurut beliau, Almarhum Sultan Abdul Hamid iaitu bapa Almarhum Tunku Abdul Rahman memanggil Tunku dengan nama Awang di kalangan keluarga. Tunku dipanggil Ku Tam atau Ayah Tam sebab Tunku agak hitam jika dibandingkan dengan saudara–saudara lain. Makanan kegemaran Tunku ialah itik golek dan putu mayong dicicah dengan gulai semalam. Untuk sarapan pagi Tunku menggunakan teh dua uncang iaitu teh Lipton untuk perasa dan teh Boh untuk warna. Tunku adalah anak ke-29.

3. YTM TUNKU DATO’ DR ISMAIL BIN TUNKU MOHD JIWA Beliau adalah anak saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman. Menurut beliau, Almarhum selalu dukacita dengan nama beliau dieja ‘Tengku’ kerana mengikut ejaan Kedah ialah Tunku. Tunku mendapat pendidikan di King College di Bangkok yang ada persamaan dengan public school di England. Tok Dalam adalah gelaran kepada Cik Manjalara, ibu kepada Almarhummm Tunku. Atas sokongan Tunku Mohd Jiwa, Tunku telah dihantar ke England dalam tahun 1946. Dalam tahun 1949, Almarhum tinggal di Telok Ayer Tawar, Butterworth. Pada tahun 1956, Almarhum telah menghantar surat kepada Tunku Ismail untuk tinggal bersama beliau di Kuala Lumpur. Mengikut Tunku Ismail, perhubungan bapa saudara beliau iaitu Almarhum Tunku dengan beliau dianggap sebagai rakan berbanding dengan bapa saudarra lain yang masih feudalistik. Almarhum Tunku mempunyai sifat-sifat peribadi mulia seperti suka menolong rakan-rakan. Beliau telah memberi RM 4000 kepada T.H. Tan setiausaha M.C.A. apabila beliau di dalam kesusahan. Ada sesetengah mengambil kesempatan daripada sifat baik Almarhum.

17 OKT / DIS 2018

SALAM TAKZIAH

TAN SRI HASSAN AZHARI ZAINAL ABIDIN ABDUL HAMID TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ( ZAIBO ) TOKOH AGAMA PELAWAK MANTAN telah meninggal dunia telah meninggal dunia MENTERI PENERANGAN pada 8 Oktober 2018 pada 14 November 2018 MALAYSIA telah meninggal dunia pada 14 Disember 2018

SEKALUNG TAHNIAH

DATO NOR HISHAM DATO’ SERI TUN DR AHMAD DAHALAN

Dilantik menjadi Dianugerahkan Dianugerahkan DATUK BANDAR DOKTOR KEHORMAT “GRAND CORDON OF THE KUALA LUMPUR daripada Universitas Negeri ORDER pada Oktober 2018 Padang pada 29 Oktober 2018 OF THE PAULAWNIAFLOW- ER” daripada MAHARAJA AKIHITO,JEPUN pada 6 November 2018 di Imperial Palace, Jepun

18 OKT / DIS 2018

RESENSI BUKU

Judul : BIOGRAFI DOL RAMLI: BAPA PENYIARAN MALAYSIA Penulis : CHE SU MUSTAFFA & ROHANI HAJI AB. GHANI Penerbit : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Cetakan : 2018 Halaman : 111

Buku berjudul “Biografi Dol Ramli: Bapa Penyiaran Malaysia” setebal 111 halaman diterbitkan oleh Penerbit Universiti Utara Malaysia. Biografi Tan Sri Dol Ramli ditulis oleh dua orang pensyarah daripada Universiti Utara Malaysia iatu Prof Dr Che Su Mustaffa dan Prof Madya Dr Rohani Haji Ab. Ghani.

Buku ini merupakan catatan hidup Dol Ramli sejak zaman kanak-kanak sehingga beliau meninggal dunia. Di sepanjang hidup dipenuhi oleh sejarah suka duka sebagai jurnalis, artis, ahli sejarah, penggubah lagu dan jurureka. Beliau merupakan tokoh yang mengasaskan Radio TV Malaysia (RTM). Buku ini mengandungi enam bab yang membincangkan sejarah awal dan latar belakang keluarga Dol Ramli di Singapura, pencapaian dalam pendidikan, kehidupan kekeluargaan, pengalaman bersama Tunku Abdul Rahman. Kisah hidup dan pencapaian besar beliau dapat memberikan inspirasi kepada kita.

Buku ini memaparkan perjalanan hidup pengalaman 33 tahun beliau dalam ketenteraan yang dilalui dan disaksi oleh beliau. Antaranya pengalaman beliau menghadapi pemberontakan gerila komunis, konfrantasi Indonesia, pemberontakan komunis di , peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Beliau pernah berkhidmat di Kongo dan bertindak sebagai Pengarah Task Force semasa kebanjiran pelarian perang Vietnam di Malaysia. Memoir ini amat menarik dibaca oleh semua peringkat masyarakat. Ia memberi satu gambaran kehidupan alam yang kita kurang tahu iaitu alam ketenteraan.

19 OKT / DIS 2018

buku-buku karya tun mahathir dan penulis-penulis lain

20