BELUM DISUNTING 23 NOVEMBER 2016 (Mesyuarat Dimulakan Pada
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BELUM DISUNTING 23 NOVEMBER 2016 (Mesyuarat dimulakan pada jam 9.15 pagi) [Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat] DOA PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN-JAWAPAN LISAN PEMBINAAN BALAI BOMBA DI JULAU/PAKAN (81) Y.B. Encik Rolland Duat Anak Jubin bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan: Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina Balai Bomba di Julau/Pakan? Menteri Muda KerajaanTempatan (Y.B. Datu Dr Penguang Manggil): Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada rakan saya daripada N.48 Meluan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Meluan, berdasarkan kajian “Fire Cover” oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) melalui Aplikasi Peta “Digital TM SmartMap” untuk seluruh negara didapati risiko kebakaran di kawasan Julau/Pakan masih dalam kategori berisiko rendah. Oleh yang demikian, Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewujudkan balai bomba di kawasan tersebut dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, sebagai langkah proaktif dan persediaan untuk menghadapi apa jua risiko kebakaran di kawasan tersebut Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menubuhkan sebuah Pasukan Bomba Sukarela yang aktif di Julau yang mempunyai sebuah jentera Proton Arena dan juga kelengkapan kebombaan untuk tindakan awal melawan kebakaran atau kes kecemasan lain sebelum ketibaan pasukan bomba. Y.B. Encik Rolland Duat Anak Jubin: (Soalan tambahan) Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama, berapakah jumlah ahli bomba sukarela di Julau pada masa ini. Soalan kedua, berapakah jumlah kakitangan anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat di Bintangor? Menteri Muda KerajaanTempatan (Y.B. Datu Dr Penguang Manggil): Terima kasih. Pada ketika ini bukan bomba, sukarela di Julau mempunyai dua orang anggota yang aktif dan kepada soalan kedua, Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor adalah balai yang terdekat iaitu lebih kurang 47 kilometer dan dikategorikan Balai kategori C yang pada masa ini mempunyai 14 orang pegawai dan 15 orang pegawai bomba bantuan. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker: Y.B. Encik Mohd Chee Kadir, Kabong. ANCAMAN BUAYA DI KAWASAN DUN KABONG (82) Y.B. Encik Mohd Chee Kadir bertanya kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar: (a) Bilakah Kerajaan akan memulakan operasi menangkap/membunuh buaya- buaya yang mengancam keselamatan penduduk terutamanya nelayan di kawasan DUN Kabong dan (b) Bolehkah penduduk yang tinggal di sepanjang sungai diberi lesen untuk menangkap buaya-buaya tersebut? 1 BELUM DISUNTING 23 NOVEMBER 2016 LANGKAH MENANGANI ANCAMAN BUAYA DI NEGERI SARAWAK (102) Y.B. Dato' Haji Idris Bin Buang bertanya kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar: Apakah dasar terkini dan langkah proaktif Kerajaan untuk menangani risiko dan bahaya oleh buaya di seluruh Negeri Sarawak memandangkan ancaman haiwan tersebut semakin menjadi terhadap nyawa manusia? Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan dan Menteri Muda Alam Sekitar (Y.B. Datu Haji Len Talif Salleh): Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih, Yang Berhormat bagi Kabong. Tuan Speaker, allowed me to answer simultaneously question number 82 and question number 102 dari Yang Berhormat bagi Muara Tuang. 82 and 102. Tuan Speaker: Okay. Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan dan Menteri Muda Alam Sekitar (Y.B. Datu Haji Len Talif Salleh): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Muara Tuang dan Ahli Yang Berhormat dari Kabong terdapat dua spesis buaya di Sarawak. It is not political buaya. Buaya darat, buaya laut. But seriously, there are two spesies buaya katak, which salt water crocodile atau dalam saintifik, Crocodylus Porosus dan Buaya Jejulong, Malayan False Gharial ataupun Tomistoma Schlegelii. Jadi kedua-dua spesis buaya ini merupakan haiwan terlindung. Pemburuan atau penakaian atau culling buaya liar terutama yang mengancam nyawa hanya boleh dilakukan dengan mendapat kebenaran controller hidupan liar. Pada tahun 1979, kedua-dua spesies ini telah disenaraikan dalam Appendix 1, iaitu CITES (Convention On International Trade In Endengered Species Of Wild Flora And Fauna) kerana populasi yang terancam kepupusan ketika itu. Dengan demikian buaya- buaya liar tidak dapat diniagakan diperingkat antarabangsa. Buaya-buaya yang diternak dalam ladang yang didaftarkan dengan CITES sahaja yang boleh diniagakan diperingkat antarabangsa. Populasi buaya katak di Sarawak telah meningkat hasil daripada kejayaan usaha memelihara sejak buaya disenaraikan dalam CITES, Appendix 1. Peningkatan populasi buaya ini juga telah mengakibatkan peningkatan konflik antara manusia dan buaya. Untuk makluman, dasar terkini Kerajaan dalam pengurusan buaya adalah untuk memastikan populasi buaya liar di Sarawak dapat di kekalkan dan diuruskan secara mampan. Kerajaan telah menetapkan sembilan langkah proaktif bagi mengurus buaya di Sarawak melalui arahan Kabinet pada 20 September 2012. Langkah-langkah tersebut ialah: (a) Crocodile can be conserved but the level expand, location and conservation needs to be determined, (b) Establish crocodile free zone and major population centre and popular recreation area. The presence crocodile in these areas will not be tolerated and will be removed, (c) Proposed the down listing of sea buaya katak from CITES Appendix 1 to Appendix 2 in Conference of Party, Tahun 2016, (d) Conduct State White Crocodile survey covering all major river system. (e) Appropriately equip swift wildlife action team including undergoing specialise training, (f) Expand the 3M buaya. 3M ini bukan mengira, membaca dan menulis. 3M iaitu mengenal, memahami dan memelihara, Awareness Programme state- wide, (g) Establish protected area for crocodile, 2 BELUM DISUNTING 23 NOVEMBER 2016 (h) Conduct a compressive study relating to clearing capacity in the river and; (i) Encourage further study of crocodile by higher learning institute. Banyak yang telah kita capai sejak dasar dan langkah-langkah ini diperkenalkan dan Malaysia telah berjaya memindah buaya katak dari Appendix 1 kepada Appendix 2 secara consensus dalam Conference of Party, COP 17 Convention On International Trade in endangered species of the wildlife flora and fauna di Jonesburg, Afarika Selatan pada 24 September hingga ke 5 Oktober yang lepas. Pemindahan ini membolehkan buaya katak di Sarawak dituai mengikut kuota-kuota yang ditetapkan dalam COP tersebut. Tujuan utama pemindahan ini adalah untuk mengawal populasi buaya-buaya liar dalam menangani konflik masalah manusia dan buaya dan disamping itu buaya boleh dijadikan sebagai komoditi untuk dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan. Untuk makluman Dewan ini seterusnya pemindahan dari CITES Appendix 1 ke Appendix 2 tidak menjejaskan status buaya katak, salt water crocodile sebagai haiwan terlindung mengikut Ordinan Hidupan Liar 1978. Untuk maklumat bagi Ahli Yang Berhormat bagi Kabong seterusnya, bahawa dari tahun 2011 hingga sekarang sebanyak tujuh operasi menangkap buaya telah dilakukan oleh unit SWAT, SFC di Sungai Sebelak dan Batang Krian di mana 16 ekor buaya dewasa telah berjaya dikeluarkan dari sungai ini dan operasi penakaian ataupun culling seperti ini dilaksanakan secara berterusan. Manakala bagi aktiviti penuaian buaya pula, pengeluaran lesen akan diberikan keutamaan pada penduduk setempat untuk menuai buaya liar ini. Sekian, terima kasih. Y.B. Encik Mohd Chee Kadir: (Soalan Tambahan) Terima kasih, Menteri Muda atas jawapan tadi. Saya ada dua soalan tambahan, pertama, berapakah anggaran jumlah populasi buaya di kawasan DUN Kabong dan apakah kuota tuaian buaya ganas yang telah diperuntukkan bagi kawasan DUN Kabong? Kedua berapakah lesen yang telah diberi kepada individu tempatan kawasan DUN Kabong untuk menuai buaya? Terima kasih. Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan dan Menteri Muda Alam Sekitar (Y.B. Datu Haji Len Talif Salleh): Minta maaf, Yang Berhormat dari DUN Kabong. The buaya doesn’t recognise your boundary. Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat bagi Kabong. I will combine the answer in two. The two questions in one. Berdasarkan survei terkini yang telah dijalankan kepadatan relatif buaya di Sungai Sebelak dalam DUN Kabong adalah 1.84 individu per kilometer dan 1.6 individu per kilometer bagi Batang Kerian berbanding dengan 1.1 individu per kilometer bagi keseluruhan Negeri Sarawak. Kepadatan relatif yang melebihi suatu individu per kilometer ini membolehkan Sungai Sebelak dan Batang Krian dijadikan kawasan yang berpotensi untuk penuaian buaya liar. Dari jumlah kuota yang diperuntukkan kepada lembangan Krian termasuk Sungai Sebelak ialah sebanyak 300 telur atau 90 hatchling atau 45 yearling anak kurang daripada satu tahun dan 15 ekor dewasa. Jadi setakat ini cuma suatu lesen saja individu yang untuk menuai buaya pada tahun 2012. Untuk tempoh setahun sahaja yang pernah dikeluarkan. Selainnya ialah lesen-lesen untuk menghapuskan buaya-buaya yang dianggap ganas bagi berikutan kes-kes serangan buaya sebagai usaha mengawal populasi buaya-buaya tersebut. Jadi setakat ini kebanyakkan operasi penakaian ataupun culling buaya ganas dilakukan oleh unit SWAT, SFC dengan bantuan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan penduduk-penduduk tempatan. Sekian, terima kasih. Y.B. Dato’ Haji Idris Bin Buang: (Soalan Tambahan) Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan satu soalan tambahan daripada seorang bukan buaya kepada yang bukan buaya. Apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan seperti pembangunan kapasiti untuk mengoptimumkan tuaian buaya? Terima kasih. 3 BELUM DISUNTING 23 NOVEMBER 2016 Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan