Buku Panduan Jabatan Patologi 2018 HRPZ II
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU KELANTAN Buku Panduan Jabatan Patologi HRPZ II 2018 KATA ALUAN PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana memberi kesempatan kepada saya untuk memuatkan kata-kata aluan di dalam Buku Panduan Jabatan. Bersyukur ke Hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Buku Panduan Jabatan Patologi Edisi 2018 dapat diterbitkan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua anggota Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II yang telah menggembleng tenaga, pendapat dan pandangan untuk merealisasikan buku panduan ini. Adalah diharapkan agar kesemua hospital, klinik dan klinik kesihatan di Negeri Kelantan akan merujuk ujian- ujian tertentu yang mana tidak dilakukan di fasiliti mereka. Justeru, penerbitan buku panduan yang dilengkapkan dengan maklumat dan pengetahuan ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pelanggan dan anggota hospital. Usaha ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif Jabatan Patologi dan rangkaiannya untuk memberi panduan tentang Perkhidmatan Patologi di Hospital Raja Perempuan Zainab II Akhir kata, saya berharap penerbitan buku panduan ini dapat dijadikan sumber rujukan agar usaha- usaha penambahbaikan yang berterusan dapat dilakukan oleh Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II. Dalam usaha untuk memantap dan memajukan sistem Perkhidmatan Patologi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program yang berkaitan dengan Perkhidmatan Patologi. “ Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II Sedia Membantu “ DATO’ DR. AHMAD RAZIN BIN DATO’ HAJI AHMAD MAHIR Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan i Buku Panduan Jabatan Patologi HRPZ II 2018 KATA ALUAN PENGARAH HRPZ II Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Bersyukur ke Hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Buku Panduan Jabatan Patologi dapat diterbitkan dengan jayanya. Berpandukan Buku Panduan Jabatan Patologi ini, semua pelanggan dapat mengetahui pelbagai maklumat dan pengetahuan yang menyeluruh mengenai Perkhidmatan Patologi di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan sekiranya ada ujian yang perlu dirujuk keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II. Adalah diharapkan ianya akan menjadi sumber rujukan dan panduan awal sebelum merujuk kepada Jabatan Patologi . Dengan terhasilnya Buku Panduan Jabatan Patologi, ia melambangkan keprihatinan Jabatan Patologi di dalam memberikan keutamaan yang tinggi dalam Perkhidmatan Patologi sebagai satu sumbangan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II. Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Buku Panduan Jabatan Patologi Edisi 2018, atas segala usaha yang telah dilakukan dalam memastikan sumber utama rujukan warga HRPZ II dan warga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ini dihasilkan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan. DATIN DR. HJH. SELASAWATI BT HJ. GHAZALI Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. ii Buku Panduan Jabatan Patologi HRPZ II 2018 KATA ALUAN KETUA JABATAN Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Jabatan Patologi dapat menyediakan satu buku sebagai panduan kepada semua pelanggan-pelanggan yang memerlukan perkhidmatan Patologi. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada editor dan panel-panel yang terlibat serta kepada semua yang memberikan sumbangan dalam menjayakan penerbitan Buku Panduan Jabatan Patologi Edisi 2018 ini. Buku Panduan Jabatan Edisi 2018 ini dirangka dengan maklumat terkini perkhidmatan Patologi yang ditawarkan serta penambahbaikan beberapa ciri yang diharapkan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan untuk mendapatkan maklumat secara mudah dan terperinci bagi perkhidmatan yang ditawarkan di Jabatan Patologi. Selain itu, maklumat-maklumat tentang beberapa prosedur ujian-ujian khas yang dijalankan di jabatan ini mahupun dijalankan di makmal rujukan juga terdapat dalam buku panduan versi terbaru ini. Buku panduan ini ada menerangkan perkara-perkara asas seperti penggunaan jenis tiub atau bekas spesimen, isipadu spesimen yang diperlukan, unit makmal yang bertanggungjawab dan juga LTAT yang perlu diketahui oleh pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan lain yang terlibat. Pihak jabatan juga berharap agar buku panduan ini dapat dimuatnaik dalam website HRPZ II bagi memudahkan semua pihak untuk membuat rujukan. Pihak Jabatan Patologi HRPZII amat mengharapkan agar ianya akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi melicinkan perkhidmatan sokongan Patologi khususnya dan bagi membantu perawatan pesakit amnya. Sekian. DR. ADLIN ZAFRULAN HJ ZAKARIA Ketua Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. iii Buku Panduan Jabatan Patologi 2018 HRPZ II MISI JABATAN Perkhidmatan Patologi akan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan menggunakan kaedah teknologi yang sesuai dan terkini dan dianggotai oleh kakitangan yang berilmu, berjiwa murni dan terlatih serta peka terhadap keperluan pelanggan. Perkhidmatan akan disampaikan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan perawatan pesakit VISI JABATAN Menyediakan Perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan OBJEKTIF JABATAN Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II bertekad untuk: 1) Menyediakan, melaksana dan memantau sistem perkhidmatan yang berkualiti bagi tujuan mengawal segala skop perkhidmatan yang telah ditetapkan 2) Menyediakan Perkhidmatan Pendiagnosan Makmal Perubatan yang selaras dengan standard yang diterimapakai demi memenuhi harapan pelanggan, di samping memenuhi keperluan badan akreditasi dan pihak yang berautoriti 3) Memastikan segala peralatan makmal yang digunakan untuk aktiviti pendiagnosan diselenggara dan dipantau dengan sempurna 4) Memastikan semua kakitangan Jabatan Patologi cekap dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan di samping memahami kehendak semasa yang berkaitan dengan dokumentasi sistem kualiti 5) Menyediakan kemudahan latihan dan pembelajaran yang berterusan dalam bidang Patologi 6) Menyediakan suasana di tempat kerja yang selamat dan selesa untuk semua kakitangan yang berurusan dengan jabatan 7) Membangunkan budaya penambahbaikan yang berterusan dikalangan kakitangan jabatan Buku Panduan Jabatan Patologi 2018 HRPZ II PIAGAM PELANGGAN 1. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan yang berkualiti. 2. Pelanggan berhak mendapat penerangan dan laporan terhadap semua ujian yang dipohon. 3. Semua keputusan ujian adalah rahsia dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu tertakluk kepada undang-undang. 4. Semua ujian akan diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam Buku Panduan Jabatan Patologi. Bagi melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk: 1. Mematuhi panduan JabatanPatologi. 2. Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Catatan : Pelanggan yang ingin keterangan lanjut berkaitana perkhidmatan yang disediakan, diminta menghubungi Ketua Jabatan ditalian 09-7452400 sambungan 2408 atau Pakar Patologi yang bertugas atas panggilan. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1 2. UNIT PATOLOGI KIMIA 1 3. UNIT MIKROBIOLOGI 43 4. UNIT HEMATOLOGI 8 5. UNIT PATOLOGI ANATOMI 79 6. UNIT PERUBATAN TRANSFUSI 1092 7. SENARAI LAMPIRAN 7 Buku Panduan Jabatan Patologi 2018 HRPZ II BUKU PANDUAN® JABATAN PATOLOGI ©Edisi Pertama 2000 ©Edisi Kedua 2004 ©Edisi Ketiga 2008 ©Edisi Keempat 2013 ©Edisi Kelima 2018 Jawatankuasa Penerbitan: Penasihat : Dr Adlin Zafrullan bin Hj Zakaria Editor : Pn Nurul Iwani bt Mohd Adnan Ali Ahli-ahli : Dr Azura bt Hussin Dr Ilunihayati bt Ibrahim Dr Saleena bt Awang Dr Mahaya bt Che Mat Dr Zalina bt Mahmood Dr Aniza bt Hassan Dr Norhayati bt Yunus Pn Rofidah bt Abu Bakar Pn Noorehan bt Abd Hamid Pn Shalihah bt Mahamad Cik Wan Norhasanah bt Wan Yusoff Buku Panduan Jabatan Patologi 2018 HRPZ II 1.1 MAKLUMAT AM Buku Panduan ini memberikan maklumat terperinci perkhidmatan Patologi yang terkini dan ianya sebagai bahan rujukan berkaitan panduan pengambilan dan penghantaran spesimen di samping maklumat am Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan 1.1.1 UNIT-UNIT Jabatan Patologi adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terpenting kepada Perkhidmatan Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Patologi terbahagi kepada disiplin-disiplin tertentu seperti berikut; a) Unit Patologi Kimia b) Unit Mikrobiologi c) Unit Hematologi d) Unit Patologi Anatomi e) Unit Perubatan Transfusi 1.1.2 PENGAMBILAN SPESIMEN Sila rujuk maklumat yang lebih terperinci di bahagian-bahagian yang berikaitan. Secara amnya; a) Persediaan pesakit samada berpuasa ataupun menghindari diet tertentu sebelum spesimen diambil b) Jangan mengambil darah pada lengan yang ada infusi intravena c) Hindarkan kongesi vena yang terlalu lama dan mengenakan tekanan semasa pengambilan darah d) Keluarkan jarum sebelum memasukan darah dengan cermat dari picagari ke dalam bekas spesimen, jika perlu e) Jika penyebatian perlu dilakukan, sebatikan spesimen dengan menunggang balik bekas spesimen dengan perlahan-lahan. Pengambilan spesimen yang mencukupi serta proses