Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keenam Mesyuarat Pertama

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keenam Mesyuarat Pertama Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA Bil. 11 Rabu 21 Mac 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim (Kuala Selangor) (Halaman 32) DR. 21.3.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEENAM MESYUARAT PERTAMA Rabu, 21 Mac 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan menyatakan sehingga kini berapakah jumlah sekolah di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar telah dilengkapi dengan elemen Pembelajaran Abad Ke-21 yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta apakah perancangan kementerian dalam melengkapkan elemen PAK-21 dengan memfokuskan terlebih dahulu sekolah di kawasan luar bandar yang kurang mendapat perhatian sektor swasta dan sebagainya. Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas soalan pembelajaran di abad ke-21. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, statistik Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa 10,182 buah sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan perkhidmatan internet kelajuan lebar jalur 15 Mbps, 10 Mbps, 6 Mbps dan 2 Mbps. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,050 buah sekolah iaitu 69.24 peratus adalah sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia merancang menyediakan 2,000 bilik darjah pintar di 1,000 buah sekolah dengan persekitaran yang menggalakkan pembinaan kemahiran abad ke-21 dengan nisbah 40 peratus sekolah bandar dan 60 peratus sekolah luar bandar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan kit penerangan pembelajaran abad ke-21 untuk rujukan semua pihak yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DR. 21.3.2018 2 Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini salah seorang pelajar terbaik Malaysia STPM yang baru-baru ini dalam kategori istimewa bernama Abdul Hakim bin Abdul Majid adalah dari lulusan Sekolah Menengah Alang Iskandar Bagan Serai yang merupakan pusat Form 6 Kerian. Tuan Yang di-Pertua, Daerah Kerian mencapai ranking terbaik antara semua daerah di negeri Perak dalam keputusan SPM baru-baru ini dengan GPS 4.72. Dengan ini menjadikan Daerah Kerian mencapai tahap hatrik iaitu di ranking pertama sejak tahun 2015 lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PPD Daerah Kerian, warga pendidik Daerah Kerian, pelajar-pelajar dan juga ahli-ahli keluarga kerana komitmen yang tinggi dan pengorbanan yang istiqamah untuk kejayaan yang hebat ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan sedikit soalan tambahan ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam Bajet 2018, sebanyak 2,000 buah kelas akan dibuat PA21 kelas pintar dengan RM190 juta. Jadi di Kerian ini sebenarnya, kita ada dua buah sekolah yang menjadi sekolah rintis iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, saya ringkaskan SKDA dan Sekolah Menengah Selinsing. Baru-baru ini saya pergi rasmi PIBG dan saya dapat info mengatakan sekolah ini telah menjadi sebagai rujukan daripada luar dan dalam negeri. Ramai yang datang melawat untuk mendapatkan bimbingan bagaimana untuk mencapai kelas PA21. Malah sekolah SKDA ini terpilih dua kali untuk pameran KBAT Jelajah KPM dan juga terpilih menjadi calon pemangkin KBAT, dapat tahap kelima dalam kebangsaan. Saya hendak ucapkan tahniah kepada SKDA. Tuan Yang di-Pertua, gambaran saya tentang PA21 ini, sekolah yang ada smart board, sekolah yang ada internet yang baik, fleksibiliti, meja kerusi... Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Panjang ni Yang Berhormat. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Panjang Tuan Yang di- Pertua? Okey saya akan ringkaskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang. Akan tetapi saya tengok di SKDA ini tidak ada kelengkapan yang baik sebenarnya. Jadi maknanya, tiada smart board satu, pencapaian internetnya tidak berapa bagus dan meja kerusinya sangat tradisional dan outdated dan ruang belajarnya agak panas, berpeluh, tidak ada aircond. Sekarang ini ada aircond sudah jadi keperluan. Walaupun demikian Tuan Yang di-Pertua, PDP abad ke-21 sudah dilaksanakan dan sekolah ini telah dapat kunjungan, sudah dapat capaian sebagai rujukan sekolah abad ke-21. DR. 21.3.2018 3 Tuan Yang di-Pertua, soalan sekarang. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, rilekslah. Gangguan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila, sila. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Kalau ada gangguan, susah saya hendak cakap. Bolehkah atau bilakah kerajaan dapat mewujudkan ataupun menaikkan infra dan kelengkapan PA21 pada sekolah-sekolah seperti sekolah SKDA ataupun sekolah-sekolah lain di negara ini yang menjadi aset iaitu sekolah rintis. Bolehkah diwujudkan training dan latihan untuk pemantapan yang lebih kondusif untuk cikgu-cikgu? Bagi peluanglah cikgu-cikgu bagi motivasi sedikit. Juga saya ingin bertanya, apalah kiranya kerajaan dapat mengadakan makmal PA21 di SKDA ataupun sekolah-sekolah yang seangkatan dengannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat. Yang Berhormat Rompin, ini baru sesi soal jawab lisan, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita ada peluang lagi untuk kita berbahas dan membuat pencelahan dalam sesi semasa Kementerian Pendidikan akan menjawab selepas ini. 1010 Jadi, jangan gunakan untuk menjawab soalan bagi kita berbahas dan menggabungkan dua atau tiga soalan ini, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri. Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ambil maklum kerana pencapaian Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin kerana saya sendiri pernah melawat dan ada perjumpaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Saya pernah diberi perancangan dan juga maklumat tentang kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin. Saya juga dimaklumkan bahawa tenaga pengajar di kalangan SISC+ PPD Kerian ini diketuai oleh guru besar sendiri. Maksudnya, tenaga pengajar, pendidik di sana memang di antara terbaik, malah semua guru-guru di negara kita mempunyai kecemerlangan masing-masing. Akan tetapi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SK Dato’ Alaudin Bagan Serai. Yang Berhormat, memandangkan isu ini spesifik, buat masa ini saya belum ada maklumat terperinci tentang taraf infra dan kelengkapan. Sebentar lagi pegawai saya sedang mendengar hujah ini, kalau ada maklumat akan saya jawab sebentar lagi. Akan tetapi Yang Berhormat, tentang permohonan Makmal Pembelajaran Abad Ke-21 SK Dato’ Alaudin Selinsing, Bagan Serai ini Yang Berhormat. Sebanyak 8000 buah sekolah DR. 21.3.2018 4 telah dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga kini. Semua sekolah telah dilengkapi dan dengan makmal komputer dan bilik komputer pelbagai teknologi. Namun, terdapat beberapa makmal yang perlu penyelenggaraan ataupun penggantian. Dalam aspek ini Yang Berhormat, kita telah meletakkan beberapa kriteria permohonan untuk sekolah-sekolah yang dikenal pasti. Saya akan menerima cadangan Yang Berhormat untuk mempertimbangkan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin ini sebagai salah sebuah sekolah sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang telah pun ditetapkan dan yang wajibnya akan ada pertimbangan yang sewajarnya. Kita bukan sahaja sekolah ini. Banyak lagi sekolah yang kita akan laksanakan kelas bilik darjah pintar seperti mana yang dikatakan Yang Berhormat tadi. Dari aspek latihan peningkatan dan pemantapan pembelajaran abad ke-21 Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melatih jurulatih utama pembelajaran abad ke-21 yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan juga PPD. Mereka telah melatih pegawai akademik JPN dan PPD, school improvement specialist coaches ataupun SISC+, school improvement partners ataupun SIS+. Pada ketika ini, semua pihak tersebut sedang melaksanakan latihan pembelajaran abad ke- 21 kepada guru-guru secara berperingkat dan berterusan. Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, saya hendak minta Yang Berhormat Kepong. Dia tunjuk ajar kita bagaimana hendak tanya soalan. Sila. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah masalah yang dihadapi dan bilangan sekolah-sekolah yang paling hebat dalam pelaksanaan ini? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Tidak sampai satu minit, Yang Berhormat. Datuk P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong yang sentiasa bertanya soalan padat dan spesifik. Kita boleh berikan maklumat secara bertulis kerana
Recommended publications
  • 23 November 2016
    Bil. 52 Rabu 23 November 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: PENGGAL KEEMPAT CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA MESYUARAT KETIGA 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 20) USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M.27(3): Menggantung Yang Berhormat Segambut Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Selama Enam Bulan (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kewangan 2016 (Halaman 25) Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 (Halaman 58) Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan) 2016 (Halaman 82) Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2016 (Halaman 83) Rang Undang-undang Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Pindaan) 20 (Halaman 100) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 (Halaman 119) Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 138) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat (Halaman 45) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (Halaman 142) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016 DR 23.11.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K.
    [Show full text]
  • Permulaan Baik Buat BN (HL) (Berita Harian 14/03/2004)
    14/03/2004 Permulaan baik buat BN (HL) KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendahului 21 kerusi dalam pilihan raya umum ke-11 apabila menang tanpa bertanding bagi 14 kerusi Parlimen dan tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari penamaan calon semalam. Ini adalah jumlah kedua tertinggi BN menang tanpa bertanding dalam sejarah pilihan raya umum sejak 1955. Pada pilihan raya umum 1974, BN yang turut dianggotai Pas ketika itu, menang tanpa bertanding di 47 kerusi Parlimen dan 43 DUN. Antara calon BN yang menang semalam ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini memasuki penggal kesembilannya, bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan dan Ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said yang baru pertama kali menjadi calon, di Pengerang, Johor. Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyifatkan perkembangan itu sebagai isyarat awal untuk BN mencatat kejayaan besar pada pilihan raya umum Ahad depan tetapi menegaskan, jentera parti perlu terus meningkatkan usaha memastikan kemenangan. "Alhamdulillah dan tahniah kepada yang menang," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Umno Bahagian Kepala Batas selepas proses penamaan calon di Dewan Millenium, Kepala Batas. Ini adalah pilihan raya umum pertama Abdullah mengetuai BN sejak dilantik sebagai Perdana Menteri 31 Oktober lalu, mengambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada pilihan raya umum lalu, BN menang dua kerusi tanpa bertanding, iaitu satu kerusi Parlimen di Sarawak dan satu DUN di Johor. Sebelas daripada 21 kerusi BN yang dimenangi tanpa bertanding semalam adalah di Sabah, iaitu tujuh kerusi Parlimen dan empat DUN; enam kerusi Parlimen di Sarawak; dua di Johor, iaitu satu Parlimen dan satu DUN serta masing-masing satu DUN di Perak dan Selangor.
    [Show full text]
  • KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI 2 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2 MAC 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Amat Prihatin T
    KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI 2 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2 MAC 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) amat prihatin terhadap isu yang melibatkan perumahan bagi golongan B40 serta yang tidak berkemampuan dan usahawan luar bandar terutama di Lawas, Sarawak. Lawas terletak di utara Sarawak diberikan keutamaan oleh kerajaan persekutuan memandangkan jarak yang jauh antara Kuching iaitu kira- kira 1200km serta perlu melalui akses ke Brunei menerusi Limbang. Lawas juga dikategorikan sebagai salah satu kawasan luar bandar dengan jumlah penduduk kira-kira 45,000 orang serta lebih daripada penduduk mendiami kawasan luar bandar. Projek PPRT di Lawas Rentetan itu, pada tahun 2020, kerajaan persekutuan menerusi KPLB telah memperuntukan sebanyak 10 unit rumah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bina baru serta 100 unit rumah untuk dibaik pulih di Lawas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 2.1juta. Melalui program ini, kerajaan akan membina dan menyediakan rumah PPRT kepada golongan yang dikenalpasti menerusi data Sistem e-Kasih serta menerusi permohonan yang akan disemak berdasarkan kelayakan dengan kos seunit rumah berjumlah RM 60,000.00. Bagi pembaikan rumah, sebanyak RM 15,000.00 diperuntukan bagi seunit rumah dan pembaikan akan bertumpu kepada komponen penting rumah seperti pendawaian elektrik, pembaikan sistem perpaipan dan atap. Menerusi inisiatif ini, kerajaan berharap jaringan sosial, kekeluargaan dan kehidupan yang berkualiti dan selesa dapat dinikmati oleh golongan penerima manfaat daripada inisiatif PPRT oleh kerajaan. Lampu Jalan Kampung (LJK) Bagi memastikan kehidupan luar bandar selamat serta selesa, kerajaan menerusi KPLB turut memperuntukan sejumlah RM 435,390.00 bagi pemasangan lampu jalan kampung. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek di bawah KPLB dengan melibatkan Sarawak Electric Sdn.
    [Show full text]
  • 2 Soalan No. 3~ Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat
    2 SOALAN NO. 3~ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA . YB TUAN CHONG CHIENG JEN [ BANDAR KUCHING ] SO ALAN YB Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah Peruntukan Khas Ahli Parlimen untuk setiap Ahli Parlimen dalam tahun 2013, 2014 dan 2015. Senaraikan penggunaan peruntukan tersebut untuk keseluruhan 31 kawasan Parlimen Sarawak. JAWAPAN: YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI. Tuan Yang di-Pertua, Bagi tempoh 2013 hingga 2015, Kerajaan telah menyediakan jumlah keseluruhan bagi peruntukan khas Ahli Parlimen sebanyak RM124 juta untuk menjalankan pelbagai projek dan program di kesemua 31 kawasan Parlimen di negeri Sarawak. Daripada jumlah peruntukan yang disediakan tersebut, sebanyak RM40.5 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2013 untuk pelaksanaan projek/program di kawasan-kawasan Parlimen berkenaan. Bagi tahun 2014 dan 2015 pula, peruntukan masing-masing sebanyak RM43 juta dan RM40.5 juta telah disediakan bagi kawasan-kawasan Parlimen di negeri Sarawak. Pengurusan dan penggunaan peruntukan bagi setiap kawasan Parlimen ini adalah diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak mengikut senarai keutamaan dan tahap keperluan untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa. Peruntukan Parlimen yang disediakan adalah bagi membiayai program-program sosial kemasyarakatan, bantuan kebajikan dan kecemasan, peralatan dan kelengkapan, keagamaan serta melaksanakan projek-projek pembangunan kecil iaitu membina, membaik pulih dan menyelenggara infrastruktur untuk kemudahan masyarakat. Sekian. Terima kasih. 2 RT30/353 JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BERTULIS TUAN JULIAN TAN KOK PING DARIPADA [ STAMPIN] JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PERTANYAAN BERTULIS Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jenis mahupun jumlah bantuan kepada sekolah mubaligh di Sarawak.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 12 Khamis 26 Mac 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 24) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong - Datuk Seri Haji Noh bin Omar (Tanjong Karang) (Halaman 25) DR.26.3.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Khamis, 26 Mac 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan had pelepasan cukai memandangkan akta tersebut digubal pada tahun 1986 dan buat masa ini kadar pelepasan cukai untuk pelancong yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam adalah sehingga had belian barangan RM500 sahaja. Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelepasan cukai ke atas barangan untuk pelancong di Langkawi telah diberi semenjak tahun 1988 melalui Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988. Tujuan pelepasan cukai ini diberikan adalah bagi mempromosikan Langkawi sebagai salah satu tarikan pelancongan negara sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi di pulau tersebut. Antara barangan yang terlibat dengan pengecualian cukai ini adalah seperti coklat, pakaian, barangan kaca seperti pinggan mangkuk dan set gelas minuman, minuman keras dan rokok.
    [Show full text]
  • Draf Teks Ucapan Pengumuman
    TEKS UCAPAN YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI MALAYSIA PEMBENTUKAN KABINET BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera KABINET BERORIENTASIKAN HASIL Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian, 1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. 2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. 3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya. 4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara. 5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. 6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID- 19. 7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
    [Show full text]
  • Apa Yang Media Umno-Bn Tak Laporkan
    www.roketkini.com DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN ENG DI KUALA LUMPUR EDISI & ISU TAMAN MANGGIS: APA YANG MEDIA BM UMNO-BN TAK LAPORKAN PERCUMA > 8 & 9 KDN PP11732/12/2012 (032229) UNTUK AHLI SAHAJA facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] MEI 2016 2 | MEI 2016 BERITA Beli kain RM55 juta di Jakel: DAP minta polis siasat Najib Oleh SYAZANA HASANUDIN kurang dari RM1 juta setahun. isteri bekas Presiden Filipina yang dikecam “Wang dibelanjakan untuk membeli rakyat kerana perbelanjaan mewahnya dan KUALA LUMPUR: Wakil DAP membuat kain adalah lebih banyak dari gajinya. memiliki 3,000 pasang kasut,” katanya. laporan polis menggesa siasatan dilakukan Perkara ini tidak masuk akal dan Syefura yang juga dikenali sebagai ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menimbulkan persoalan dari mana dia Razak – kali ini berhubung pendedahan dapat wang sebanyak itu,” katanya kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa The Rocket Edisi BM. Wang dibelanjakan untuk membeli beliau memindahkan lebih AS$14 juta Sementara itu, Ronnie ketika dihubungi (RM 55 juta) kepada peruncit pakaian berkata, laporan polis itu dibuat bagi kain adalah lebih banyak dari gajinya. Jakel Trading dari 2011 hingga 2014. menggesa polis dan pihak terlibat seperti Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perkara ini tidak masuk akal dan bersama veteran DAP Selangor, Ronnie (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa Dalam Negeri (LHDN) menyiasat akaun menimbulkan persoalan dari mana DAP Selangor, Young Syefura Othman, Najib secara terperinci. membuat laporan polis berkenaan di IPD “Selepas pendedahan WSJ, kini Najib dapat wang sebanyak itu.
    [Show full text]
  • Malasia Malasia
    OFICINA DE INFORMACIÓN DIPLOMÁTICA FICHA PAÍS Malasia Malasia La Oficina de Información Diplomática del Ministerio de Asuntos Exteriores, Unión Europea y Cooperación pone a disposición de los profesionales de los medios de comunicación y del público en general la presente ficha país. La información contenida en esta ficha país es pública y se ha extraído de diversos medios no defendiendo posición política alguna ni de este Ministerio ni del Gobierno de España respecto del país sobre el que versa. SEPTIEMBRE 2021 Religión: El islamismo es la religión oficial según la Constitución federal, Malasia aunque se reconoce la libertad religiosa y se permite la práctica de otras re- ligiones. El 60% de la población es musulmana, mientras que el budismo es la segunda religión más practicada (19 %), seguida por el cristianismo (9%), el hinduismo (6,3%). También hay minorías animistas, taoístas o shikhs. Moneda: Ringgit = 100 sen. TAILANDIA Golfo de Tailandia Forma de Estado: Monarquía constitucional. Kudat División administrativa: El país se divide en trece Estados y tres Territorios Kota Bharu Kota Kinabalu George Town Sandakan Federales: Kuala Lumpur, Putrajaya y Labuan. Taiping Kuala Terengganu Lahad Datu Ipoh BRUNEI Miri Tawau Kuantan 1.2. Geografía Kuala Lumpur Bintulu Klang Sibu Port Seremban Dickson Tanto la Malasia peninsular como el territorio situado en Borneo tienen una Johor Bhru Kuching formación geográfica similar, consistente en zonas montañosas en el interior, que descienden hacia plataformas costeras. La cordillera Titiwangsa recorre Malasia peninsular de norte a sur. Las montañas de Malasia insular son más INDONESIA INDONESIA elevadas, destacando el Monte Kinabalu que, con 4.100m., es la montaña más alta del Sudeste asiático.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 32 Rabu 30 Oktober 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 26) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (Halaman 27) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2014 (Halaman 27) DR.30.10.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Rabu, 30 Oktober 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa banyak syarikat yang memohon penangguhan pelaksanaan gaji minimum. Apakah kekangan yang dihadapi mereka dan sehingga bila pihak kerajaan perlu menangguhkan perkara tersebut. Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Parit bersekali dengan Yang Berhormat Batu bertarikh 25 November 2013 yang bertanyakan isu berkaitan gaji minimum. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berkenaan status semasa pelaksanaan gaji minimum daripada 5,160 majikan yang telah memohon penangguhan, sebanyak 1,044 majikan telah mendapat penundaan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Disember 2013. Kerajaan menetapkan tiada lagi penundaan lagi diberikan kepada majikan selepas tarikh tersebut. Perlu diambil maklum bahawa penundaan yang diberikan oleh kerajaan adalah berbentuk interim atau one-off sahaja.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • Download Soalan-102.Pdf
    SOALAN NO. 102 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KEDUA. DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA DATO' HENRY SUM AGONG TARIKH 19 MEI 2016 (KHAMIS) SOALAN Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan terhadap ibu tunggal di Sarawak sepanjang tahun 2015 dan apakah kekangan pihak Kementerian untuk menyalurkan bantuan tersebut. JAWAPAN: YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA. KELUARGA DAN MASYARAKAT Tuan yang dipertua, Sepanjang tahun 2015, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif bagi membantu golongan ibu tunggal secara khususnya, dan wanita secara amnya, bagi membina kemahiran dan meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan itu, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku peneraju telah melaksanakan inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi Program 1AZAM, iaitu dalam bidang perniagaan (AZAM Niaga) dan perkhidmatan (AZAM Khidmat) yang telah disertai oleh 4,341 orang peserta ibu tunggal dari seluruh Malaysia. Bagi Negeri Sarawak puia, terdapat seramai 73 orang peserta ibu tunggal teiah menyertai Program 1AZAM bagi tahun 2015 sahaja. Jumlah keseluruhan peserta ibu tunggal bagi negeri
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 7 Rabu 16 Mac 2016 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 29) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang (Sibuti) (Halaman 29) DR.16.3.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Rabu, 16 Mac 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan bentuk kerjasama serantau antara negara ASEAN dalam menangani krisis ketidaktentuan ekonomi pada masa kini dan apakah kata sepakat yang telah dicapai agar ekonomi serantau kekal mapan dan terus berkembang. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, Komuniti Ekonomi ASEAN atau ASEAN Economic Community (AEC) telah dibentuk secara rasmi pada 31 Disember 2015. Salah satu objektif utama pembentukan AEC adalah untuk mewujudkan satu pasaran tunggal yang merangkumi 625 juta penduduk serta memastikan pelbagai usaha telah diambil oleh ASEAN pada tahun 2015 semasa kepengerusian ASEAN oleh Malaysia. Malaysia bercadang untuk terus mengekalkan momentum bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN. ASEAN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan dan memansuhkan duti import serta meliberalisasikan sektor perkhidmatan dan pelaburan. Antara lain seperti penghapusan duti import ke atas 96% produk dan bakinya dijangka akan dimansuhkan pada 1 Januari 2018 dan liberalisasi sektor perkhidmatan yang merangkumi lebih daripada 100 sub sektor perkhidmatan.
    [Show full text]