STATISTIK KOPERASI KARIAH MASJID DAN CONTOH KOPERASI KARIAH MASJID DI NEGERI . 1. Statistik ANGKASA menggalakkan penubuhan koperasi kariah masjid dalam usaha meningkatkan nilai sosio dan ekonomi Ummah. Sehingga Jun 2019 Sebanyak 457 buah Koperasi Kariah Masjid telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Koperasi dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 50 buah koperasi adalah didaftarkan di negeri Selangor. Sumber daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan perolehan Koperasi Kariah Masjid sehingga tahun 2018, adalah RM8,046,159.00 dan nilai aset RM16,241 214.00 Serta jumlah Syer anggota RM7,329 158.00 dan seramai 25,885 orang telah menjadi anggota. Dengan usaha yang dilaksanakan oleh ANGKASA sejak 2011 dalam mempromosi dan membangunkan koperasi kariah masjid, Alhamdulillah, minat institusi masjid untuk menubuhkan koperasi kian meningkat.

2. Contoh Koperasi Kariah Masjid di Selangor

1. Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi Bhd. Di negeri Selangor sendiri ada beberapa koperasi kariah masjid yang dianggap mampu menjadi contoh kerana menunjukkan prestasi dan perkembangan aktiviti yang memberangsangkan. Sebagai Contoh Koperasi Kariah Masjid Al Hasanah Bangi yang

1 menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada anggotanya dan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah : 1. Sewaan Kondominium (Milikan Koperasi) 2. Kedai Koperasi 3. Sewaan Lot Kedai di MITC Melaka (Milikan Koperasi) 4. Pengurusan Homestay 5. Perkhidmatan urutan Ceragem 6. Jualan air mineral Hasanah 7. Perkhidmatan sewaan papan iklan

Sehingga tahun berakhir 2018 koperasi kariah masjid Al Hasanah Bangi mempunyai aset bernilai RM963 000.00 dan hasil perolehan sebanyak RM 594.000.00

3. Koperasi Kariah Masjid As Salam Perdana Bhd Selain Itu, koperasi Kariah Masjid As salam Puchong Perdana berhad juga menunjukkan prestasi yang amat baik di negeri Selangor ini. Antara aktiviti yang di jalankan oleh koperasi adalah : 1. Tadika Islam As Salam 2. Kedai sejuk Beku (Halal Frozen Food Mart) 3. Homestay koperasi 4. Kedai Gunting rambut 5. Gerai Makan Koperasi

2

6. Pusat Cuci Kereta Melalui aktiviti ekonomi ini, ianya dapat membuka ruang pekerjaan kepada anggota dan memudahkan kariah keseluruhannya mendapatkan perkhidmatan yang meyakinkan.

4. Koperasi kariah Masjid Sultan Ibrahim Bhd Sokongan anggota amat penting dan paling utama dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh koperasi. Ahli harus menanamkan sikap mengutamakan produk dan perkhidmatan koperasi berbanding penawaran yang di sediakan oleh pihak luar. Sebagai contoh koperasi kariah masjid Sultan Imbrahim Kuala Selangor berhad yang menghadapi kesukaran pada peringkat awal. Koperasi ini bermula dengan aktiviti kedai runcit. Disebabkan kurangnya sokongan daripada anggota dan masyarakat setempat membuatkan koperasi hampir menemui jalan buntu disebabkan pusingan modal koperasi yang semakin terhad. Dengan sifat pro aktif dan daya keusahawanan yang ada pada ALK, telah mengubah aktiviti koperasi daripada aktiviti peruncitan kepada aktiviti pembekalan dan Pemborongan. Sehingga sekarang koperasi telah menjadi pembekal kepada 10 kedai runcit di sekitar Kuala Selangor dengan membekalkan produk Muslim dengan Jualan purata Rm 40 000.00 sebulan dan lebih RM500 000.00 setahun. Hasilnya kini koperasi mampu berdiri sendiri

3 dan mendapat tempat di hati pengeluar produk muslim setempat untuk mengedarkan produk mereka.

4