Penyata Rasmi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS 30 APRIL 2019 (SELASA) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG 1 PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 30 APRIL 2019 (SELASA) Kandungan Muka Surat Kehadiran Ahli Yang Berhormat 5 - 7 SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No. 11 – Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin 8 Fadzil)) Soalan No. 12 – Ahli Kawasan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) 9 Soalan No. 13 – Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) 11 Soalan No. 14 – Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) 13 Soalan No.16 – Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin 14 Ahmad) Soalan No. 17 – Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) 19 Soalan No. 18 – Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) 20 Soalan No. 19 – Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) 23 Soalan No. 21 – Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 26 Soalan No. 23 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 27 Soalan No. 25 – Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) 29 PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH Y.A.B. 30 KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1) 2 Kandungan Muka Surat PERBAHASAN USUL TERIMA KASIH KE ATAS UCAPAN PERAMSIAN T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) 31 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mengambil bahagian 36 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) mengambil bahagian 44 dalam sesi perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) mengambil bahagian 52 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) mengambil 58 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin 69 Ismail) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) 75 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan BeraPIT (YB. Heng Lee Lee) mengambil bahagian dalam 78 sesi perbahasan Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) mengambil bahagian 85 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) mengambil 90 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) mengambil 95 bahagian dalam sesi perbahasan 3 Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) mengambil 101 bahagian dalam sesi perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN DEWAN DISAMBUNG SEMULA Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) 106 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan DEWAN DITANGGUHKAN 4 PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS Tarikh : 30 APRIL 2019 (SELASA) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Ahli Kawasan 1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota 3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Timbalan Ketua Menteri I / Abd. Rahman Pinang Tunggal 4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai 5. YB. Chong Eng Padang Lalang 6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 8. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 9. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga 10. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung 11. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 12. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal 13. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai Bakap 14. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail Pantai Jerejak 15. YB. Teh Lai Heng KOMTAR 16. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 17. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 18. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 19. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang 20. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam 5 Bil. Nama Ahli Kawasan 21. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas 22. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir 23. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga 24. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah 25. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima 26. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus 27. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang 28. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam 29. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban 30. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar 31. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam 32. YB. H'ng Mooi Lye Jawi 33. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong 34. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun 35. YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota 36. YB. Heng Lee Lee Berapit 37. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh 38. YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua 39. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan 40. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga TIDAK HADIR Bil. Nama Ahli Kawasan 1. YB. Lim Guan Eng Air Putih AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2. YB. Tuan Norazmi Bin Mohd Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri 6 TIDAK HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 7 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha Dewan: “Bacaan Doa” Setiausaha Dewan: Soalan lisan. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung dengan soalan lisan. Sila Permatang Pasir. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil): Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11. No. 11. Nyatakan mekanisma yang diambil oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memastikan dan mewajibkan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Mufti dibaca oleh setiap khatib di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Sila. YB. Timbalan Ketua Menteri I: Assalamualaikum Warahmatullah. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Kepada soalan YB. Permatang Pasir yang meminta dinyatakan mekanisma yang diambil oleh Majlis Agama Islam untuk memastikan dan mewajibkan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Mufti dibaca oleh setiap khatib di masjid- masjid seluruh Pulau Pinang. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha menjaga kemuliaan mimbar Jumaat dengan menyediakan dan mengedarkan teks khutbah pada setiap Jumaat kepada semua masjid. Pelbagai pendekatan dibuat bagi memastikan teks khutbah yang dikeluarkan dibaca oleh khatib dengan mengadakan pemantauan serta perjumpaan dengan pengurusan masjid. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga akan memanggil dan memberi nasihat kepada pengurusan masjid yang berkaitan sekiranya terdapat aduan penyalahgunaan mimbar Jumaat. Sehingga kini majoriti khatib menggunakan teks khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil): Terima kasih. Dato’ TKM 1, kita sedar bahawa kita dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita bawah konsep rahmatan lil ‘alami sebagai satu agenda kerajaan bahawa Islam ini sifatnya rahmah. Islam ini sifatnya kasih sayang. Islam ini mengajak kepada keharmonian kemakmuran. Dato’ menyebut tadi tentang majoriti. Maksudnya majoriti ini bukan satu perkara yang menyeluruh bukan keseluruhan, bukan secara consensively semua masjid membaca khutbah bermaksud ada lagi masjid-masjid memanggil khatib-khatib membaca khutbah yang bukan disediakan oleh Jabatan Mufti yang kita percaya tidak membaca agenda yang dimahu angkat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 8 Jadi pemantauan dibuat tapi masih lagi perkara ini berlaku di kawasan saya dan juga kawasan-kawasan lain. Jadi adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk menguatkuasaan apa-apa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang termasuk perkara yang melibatkan peruntukan mengajar tanpa tauliah membawa kesalahan di bawah Enakmen Syariah untuk memberikan satu penegasan dan juga satu mekanisma preventive action atau measure supaya perkara-perkara yang dibaca dalam khutbah itu tidak mengwujudkan suasana yang tidak harmoni, memecah belah masyarakat ataupun tidak membawa satu pemikiran yang dapat membangunkan rakyat untuk memahami bahawa Islam ini sebagai satu rahmatan lil ‘alami dan bukannya satu agama yang membawa perpecahan tidak menghormati hak dan kepentingan kaum lain. Minta penjelasan daripada Dato’. Terima kasih. YB. Timbalan Ketua Menteri I: Pada pandangan Kerajaan Negeri peruntukan-peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah Dan Pegawai Masjid 1997 sudah mencukupi untuk menangani apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Terima kasih seterusnya Permatang Berangan. Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman): Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 12. No.12. Kepupusan hasil sungai. (a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai peranangan untuk meminda Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Pulau Pinang seperti yang dibuat di WP Kuala Lumpur/Labuan supaya ancaman ikan-ikan pemusnah seperti keli yang dilepaskan dalam sungai dapat ditangani? (b) Apakah tindakan untuk menghalang kepulusan hidupan sungai (udang galah/ikan kecil) ini? Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin): Terima kasih Yang di-Pertua Dewan dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan. Kerajaan Negeri sebenarnya memberikan perhatian kepada isu penjagaan hasil sungai di negeri ini. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan taklimat awal berhubung pindaan kaedah-kaedah perikanan atau aquaculture perikanan darat bagi negeri Pulau Pinang dengan Pihak Berkuasa Tempatan, jabatan dan juga agensi berkaitan pada 23 Januari 2019.