KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI

oleh

WAFDI AUNI BIN MOHAMED

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah

JUN 2017 PENGHARGAAN

Bismillahirahmaanirrahiim,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana menganugerahkan segulung ilham, kekuatan, kesihatan, kelapangan waktu dan keazaman yang tidak terhitung sehingga terus kekal dalam pengajian dan berjaya menyempurnakan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada penyelia, Dr. Mohd Syakir bin Mohd Rosdi di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi di sepanjang pengajian ini. Jutaan terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan dan seindah-indah pengiktirafan diucapkan kepada Pengarah Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan Islam (ISDEV), Profesor Madya Dr. Haji Zakaria Bahari, Profesor Dr.

Muhammad Syukri Salleh dan semua pensyarah ISDEV yang tanpa jemu mencurahkan ilmu, budi, dan tunjuk ajar berterusan sepanjang pengajian di ISDEV,

Universiti Sains Malaysia. Hanya doa yang mampu diiringkan kepada guru-guru ini yang mengajarkan tentang menegakkan agama dan peribadi serta memperbaiki urusan kehidupan dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha dan jasa mereka dan menilainya sebagai amal ibadah yang tinggi kedudukannya di sisi-Nya.

Tidak ketinggalan ucapan penghargaan ditujukan kepada Kementerian Pengajian

Tinggi (KPT) yang menganugerahkan Biasiswa MyPhD menerusi skim MyBrain15 bagi membiayai keseluruhan pengajian ini. Ucapan terima kasih ini juga

ii

dipanjangkan khasnya kepada YBhg. Prof Madya Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar dari Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), YBhg. Dr.

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg. Profesor Dr. Mansor Mohd Noor dari Institut

Kajian Etnik (KITA) UKM, Profesor Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Yaapar dari USM dan Dr. Warjio dari Universiti Medan Area, Indonesia atas kesudian berkongsi ilmu, memberikan pandangan dan rujukan serta motivasi kepada pengkaji.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,

YB Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican, YBhg. Dato’ Mustafa Ali, YB Ir.

Haji Khalid Samad, YBhg. Tuan Haji Salahudin Ayub, YBhg. Dr. Wan Nik Wan

Yusuf, YBhg. Dato’ Dr. Idris Zakaria, YBhg. Prof Madya Datuk Dr. Mohammad

Agus Yusoff dan YBhg. Dr. Kamarul Zaman Yusof yang telah sudi meluangkan masa di sebalik kesibukan masing-masing untuk ditemu bual. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang telah diberikan.

Sentiasa dalam ingatan, penghargaan ini ditujukan kepada ahli keluarga khususnya ayah dan mak tercinta yang sentiasa berdoa dan memberi semangat untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu ini. Di persada ini juga, penghargaan dan pengiktirafan istimewa dipersembahkan kepada yang selama ini bersabar dan sentiasa memberi sokongan, khasnya isteri tercinta, Dr. Fazzlijan yang sentiasa memahami, mengorbankan masa dan memberi dorongan demi kejayaan suamimu.

Buat puteri-puteri kesayangan Abi; Aisya dan Aleeya, mudah-mudahan menjadi motivasi untuk perjuangan dan kejayaan di lapangan keilmuan anakanda berdua kelak. Tidak lupa juga, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan

iii

kakitangan pentadbiran di ISDEV yang banyak membantu di sepanjang pengajian ini. Akhir sekali kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini, semoga jasa baik yang diberikan dibalas dengan kebaikan oleh

Allah SWT.

Wafdi Auni Bin Mohamed

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

iv

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ii SENARAI KANDUNGAN v SENARAI JADUAL x SENARAI LAMPIRAN xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiv PANDUAN TRANSLITERASI xvi ABSTRAK xvii ABSTRACT xix

BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar belakang Kajian 2 1.2.1 Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU) 2 1.2.2 Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS) 5 1.2.3 Konsep Kerajaan Perpaduan di Malaysia 7 1.3 Pernyataan Masalah Kajian 11 1.4 Objektif Kajian 20 1.5 Persoalan Kajian 20 1.6 Definisi Operasional 23 1.6.1 Kerajaan Perpaduan 23 1.6.2 Perpaduan Berteraskan Islam 24 1.6.3 Parti Politik 26 1.6.4 Melayu-Islam 27 1.7 Skop dan Batasan Kajian 28 1.8 Kepentingan Kajian 30 1.9 Sumbangan Kajian 31 1.10 Organisasi Tesis 32

v

BAB 2 : KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA 2.1 Pendahuluan 35 2.2 Kajian-Kajian Lepas 35 2.2.1 Konsep Kerajaan Perpaduan 36 2.2.1(a) Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU) 36 2.2.1(b) Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS) 39 2.2.2 Konsep Kerjasama Politik di Malaysia 41 2.2.3 Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam 46 2.2.4 Politik Berteraskan Perpaduan Negara Madinah 622-632M 48 2.3 Analisis Sorotan Kajian 52 2.4 Sorotan Karya 53 2.4.1 Model Kerajaan Perpaduan di Dunia 54 2.4.2 Kerjasama Parti-Parti Politik 56 2.4.3 Kerjasama Parti-Parti Politik Melayu-Islam 57 2.4.4 Konsep Perpaduan Negara Madinah 622-632M 59 2.4.4(a) Sejarah Pembentukan Negara Madinah 60 2.4.4(b) Konsep Perpaduan Berteraskan Islam 63 2.4.4(c) Persaudaraan Muhajirin dan Ansar 64 2.4.4(d) Piagam Madinah 67 2.5 Analisis Sorotan Karya 75 2.6 Kerangka Konseptual 76 2.7 Kesimpulan 78

BAB 3 : KAEDAH PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan 80 3.2 Reka Bentuk Kajian 80 3.3 Kaedah Pengumpulan Data 84 3.3.1 Pengumpulan Data Primer 86 3.3.1(a) Instrumen Kajian 87 3.3.1(b) Pensampelan 87 3.3.1(c) Kajian Rintis 92 3.3.2 Pengumpulan Data Sekunder 94

vi

3.4 Kaedah Penganalisisan Data 100 3.4.1 Penganalisisan Data Primer 101 3.4.2 Penganalisisan Data Sekunder 106 3.5 Carta Alir Kajian 109 3.6 Kesimpulan 110

BAB 4 : KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DARI PERSPEKTIF SARJANA ISLAM 4.1 Pendahuluan 111 4.2 Pandangan Sarjana Terhadap Konsep Kerajaan Perpaduan di Dunia Muslim 111 4.2.1 Kerajaan Perpaduan di Dunia Muslim dibentuk Menurut Acuan Demokrasi Barat 112 4.2.2 Pembentukan Kerajaan Perpaduan Secara Jangka Pendek 116 4.2.3 Pembentukan Kerajaan Perpaduan Berlaku dalam Kalangan Elit Politik 117 4.3 Pandangan Sarjana Islam Terhadap Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 119 4.3.1 Kerajaan Perpaduan Berpaksikan Kepada Konsep Perpaduan Berteraskan Islam 120 4.3.2 Negara Madinah 622-632M Sebagai Asas Pembentukan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 129 4.4.3(a) Perjanjian yang Melibatkan Rasulullah SAW dengan Suku Khazraj dan Suku ‘Aws Dari Madinah 133 4.4.3(b) Peristiwa Hijrah yang Mempersaudarakan Golongan Ansar di Madinah dengan 138 Golongan Muhajirin dari Mekah 4.4.3(c) Penggubalan Piagam Madinah 140 4.4 Kesimpulan 151

vii

BAB 5: KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM 5.1 Pendahuluan 154 5.2 Acuan Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 155 5.3 Prinsip-Prinsip Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 158 5.3.1 Perpaduan Insa>niyyat (Keinsanan) 158 5.3.2 Perpaduan Di>niyyat (Akidah) 161 5.3.3 Perpaduan Wat}aniyyat (Negara) 163 5.4 Ciri-Ciri Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 166 5.4.1 Kepimpinan 167 5.4.2 Syura 168 5.4.3 Jaminan Perlembagaan 170 5.4.4 Keadilan 172 5.5 Kaedah Pelaksanaan Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 174 5.5.1 Ukhuwah Islamiah 175 5.5.2 Al-Tah}a>luf al-Siya>si> 177 5.6 Kesimpulan 179

BAB 6 : ANALISIS KERJASAMA PARTI POLITIK MELAYU- ISLAM DI MALAYSIA DALAM KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM 6.1 Pendahuluan 181 6.2 Latar Belakang Informan 183 6.3 Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia Berasaskan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 184 6.3.1 Situasi Perkembangan Perpaduan Parti Politik Melayu- Islam 184 6.3.2 Halangan Perpaduan dalam Kalangan Parti-Parti Politik Melayu-Islam 196 6.3.3 Kepentingan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam 199

viii

6.4 Analisis Kesesuaian Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Digunakan bagi Membentuk Perpaduan dalam Kalangan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia 204 6.4.1 Kelemahan Kerajaan Perpaduan di Malaysia 206 6.4.1(a) Model Kerajaan Perpaduan 207 6.4.1(b) Kegagalan Kerajaan Perpaduan 213 6.4.2 Kerajaan Perpaduan Beteraskan Islam di Malaysia 216 6.5 Kesimpulan 228

BAB 7 : PENUTUP 7.1 Pendahuluan 230 7.2 Dapatan dan Rumusan 231 7.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 246 7.3.1 Impilkasi Teoretikal 247 7.3.2 Implikasi Praktikal 248 7.3.2(a) Implikasi Kepada Negara 249 7.3.2(b) Implikasi Kepada Parti Politik Melayu-Islam 249 7.3.2(c) Implikasi Kepada Masyarakat 250 7.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan 250 7.4.1 Subjek Kajian 251 7.4.2 Sampel Kajian 251 7.4.3 Skop Analisis Kajian 252 7.5 Kesimpulan 252

BIBLIOGRAFI 253

ix

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 1.1 Analisis Regrasi Berganda antara Undi Kepada UMNO dan PAS dengan Komposisi Etnik Dalam Kawasan Pilihan Raya Parlimen Pada PRU 2008 11

Jadual 1.2 Ringkasan Objektif Kajian dengan Persoalan Kajian 22

Jadual 3.1 Senarai Informan Ahli Politik 91

Jadual 3.2 Senarai Informan Ahli Akademik 92

Jadual 3.3 Senarai Informan Kajian Rintis 93

Jadual 3.4 Ringkasan Objektif, Persoalan Kajian dan Kaedah Analisis 107

Jadual 4.1 Peratusan Jumlah Undi Lima Parti Politik Utama DPR 1999 113

Jadual 4.2 Jadual Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundingan Palestin 5 Januari 2006 114

Jadual 4.3 Hadith-Hadith Terpilih Mengenai Perpaduan Berteraskan Islam 125

Jadual 4.4 Ringkasan Fasal 1 hingga Fasal 23 Piagam Madinah 142

Jadual 4.5 Ringkasan Fasal 24 hingga Fasal 47 Piagam Madinah 147

Jadual 6.1 Objekti Kajian (2) dan (3), Persoalan Kajian (iv), (v) dan (vi) 182

Jadual 6.2 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Faktor Halangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia 199

Jadual 6.3 Hujah Maklum Balas Informan Terhadap Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Bagi Kerjasama Parti Politik Melayu- Islam 219

Jadual 7.1 Ringkasan Jawapan Kepada Objektif Kajian 243 dan Persoalan Kajian

x

SENARAI LAMPIRAN

Halaman LAMPIRAN A Set Soalan Temu Bual Awal (Sebelum Sesi Kajian Rintis) 274

LAMPIRAN B Set Transkrip Jawapan Soalan Temu Bual Sebenar 279

xi

SENARAI RAJAH

Halaman Rajah 1.1 Perbandingan Kerusi Parlimen yang Ditandingi dan Dimenangi oleh UMNO dan PAS pada PRU ke-11, 12 dan 13 12

Rajah 2.1 Konsep Politik Perpaduan Negara Madinah 72

Rajah 2.2 Kerangka Konseptual Kajian 78

Rajah 3.1 Contoh Muka Depan Perisian ATLAS.ti versi 7.1.8 103

Rajah 3.2 Prosedur Penggunaan PAV7.1.8 dalam Penganalisisan Data Kajian 105

Rajah 3.3 Carta Alir Kajian 109

Rajah 5.1 Prinsip Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam 166

Rajah 5.2 Kerangka Kaedah Pelaksanaan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Berdasarkan Model Negara Madinah 622-632M 178

Rajah 5.3 Kerangka Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Bersumberkan al-Qur’an, Hadith dan Sirah Nabi Muhammad SAW 180

Rajah 6.1 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Situasi Perkembangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam 191

Rajah 6.2 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Halangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam 197

Rajah 6.3 Dapatan Perbincangan Informan Mengenai Kepentingan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam 200

Rajah 6.4 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Kelemahan Kerajaan Perpaduan di Malaysia 206

Rajah 6.5 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Isu Utama Kerajaan Perpaduan 207

Rajah 6.6 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Faktor-Faktor Kegagalan Kerajaan Perpaduan 213

Rajah 6.7 Dapatan Maklum Balas Informan Terhadap Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam bagi Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam 218

xii

Rajah 6.8 Dapatan Pandangan Informan Terhadap Kesesuaian Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam bagi Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam 221

Rajah 6.9 Dapatan Pandangan Informan Mengenai Ciri-Ciri Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam bagi Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam 225

xiii

SENARAI SINGKATAN

ADIL Angkatan Keadilan AMANAH Parti Amanah Negara API Angkatan Pemuda Insaf APU AWAS Angkatan Wanita Sedar BA BATAS Barisan Tani Malaya bil. Bilangan DAP Parti Tindakan Demokratik Dlm. Dalam FATAH H}arakat al-Tah}ri>r al-Wat}a>niy al-Filast}i>niy GERAKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia GNU Government National Unity hal. Halaman HAMAS H}arakat al-Muqa>wama> al-Isla>miyya> KMM Kesatuan Melayu Muda M Masihi MCA Malaysian Chinese Association MIC Malaysian Indian Congress MPS Multiparty Parliamentary System PAS Parti Islam Se-Malaysia PESAKA Parti Pesak-Bumiputera Bersatu PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKR Parti Keadilan Rakyat PR PRM Parti Rakyat Malaya PRU Pilihan Raya Umum PSM Parti Sosialis Malaysia PUTERA Pusat Tenaga Rakyat Samb. Sambungan SAW S}alla> Alla>h ‘alayh wa Sallam sunt. Suntingan

xiv

SWT Subh}a>nah wa Ta‘a>la> terj. Terjemahan UG Unity Government UMNO United Malay National Organisation USNO Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu

xv

PANDUAN TRANSLITERASI

HURUF RUMI HURUF ARAB HURUF RUMI HURUF ARAB ا - ط {t ب B ظ {z ت T ع ‘ ث Th غ gh ج J ف f ح {h ق q خ Kh ك k د D ل l ذ Dh م m ر R ن n ز Z و w س S ﻫ h ش Sy ء , ص {s ي y ض {d ة t

PENDEK PANJANG DIFTONG

a a> ay أَ يْ ﺁ ﹷ i i> ِ aw أَ وْ إ يْ ﹻ u u> أُ وْ ﹹ

Sumber: Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1992)

xvi

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN

KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRAK

Konsep kerajaan perpaduan pernah dikemukakan di Malaysia selepas berlakunya ‘tsunami politik’ pada tahun 2008, namun ia tidak terlaksana. Kerajaan perpaduan yang ingin dilaksanakan itu adalah berasaskan permuafakatan politik melalui perpaduan parti-parti politik pro-kerajaan dan pro-pembangkang untuk membentuk kerajaan. Konsep permuafakatan seperti ini pernah dibentuk di beberapa negara di Eropah, Afrika dan Asia. Bahkan telah diaplikasi di negara Muslim seperti

Palestin dan Indonesia. Namun, ia masih lagi gagal menyelesaikan konflik dan krisis dalaman negara pengamalnya. Persoalannya, adakah wajar permuafakatan politik dibentuk melalui konsep kerajaan perpaduan di Malaysia? Apakah kesesuaian yang perlu jika konsep kerajaan perpaduan diambil sebagai bentuk kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam? Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan, kajian ini bertujuan mengkaji konsep kerajaan perpaduan berteraskan

Islam dan kesesuaiannya dalam membentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia. Secara spesifik, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kedua, menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Ketiga, mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan

Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian penerokaan dan deskriptif dengan melibatkan dua fasa. Fasa pertama dikhususkan kepada pengumpulan data sekunder yang dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan

xvii

bagi menjawab objektif pertama. Hasil penelitian mendapati setakat ini konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam masih belum dikaji. Oleh itu, satu kerangka konseptual kerajaan perpaduan berteraskan Islam telah dibangunkan. Kerangka ini berdasarkan lima kesimpulan yang ditemui. Pertama, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan manifestasi daripada Negara Madinah 622-632M yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Kedua, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan sebuah konsep pembentukan kerajaan yang beracuankan tasawur Islam dengan menjadikan paradigma Tauhid sebagai tunjang dan bersumberkan epistemologi Islam. Ketiga, terdapat tiga prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam iaitu perpaduan insa>niyyat, perpaduan di>niyyat dan perpaduan wat}aniyyat. Keempat, ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang merangkumi kepimpinan, syura, jaminan perlembagaan dan keadilan. Kelima, dua kaedah pelaksanaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam iaitu melalui kaedah ukhuwah Islamiah dan tah}a>luf siya>si>. Fasa kedua pula tertumpu kepada pengumpulan data primer melalui instrumen sesi temu bual mendalam terhadap sembilan (9) informan terpilih bagi menjawab objektif kedua dan ketiga. Dapatan kajian yang telah dikumpulkan itu kemudiannya dianalisis melalui kaedah analisis kandungan dengan menggunakan Perisian ATLAS.ti versi 7.1.8. Berdasarkan rumusan analisis dapatan kajian, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sesuai diaplikasikan di Malaysia terutama dalam membentuk kerjasama dan perpaduan parti-parti politik Melayu-Islam dengan menekankan kaedah ukhuwah Islamiah dan tah}a>luf siya>si>.

xviii

ISLAMIC-BASED UNITY GOVERNMENT WITH SPECIAL REFERENCE

TO MALAY-MUSLIM POLITICAL PARTIES IN MALAYSIA

ABSTRACT

Unity government concept was used to propose during ‘Malaysia’s political tsunami’ in 2008. Nevertheless, it has not been implemented. The unity government to be implemented is based on political consensus by fusing cooperating between pro-government parties and pro-opposition parties in order to run the government.

His type of consensus concept was ever established in several countries as Europe,

Africa and Asia. Even been applied in Muslim countries as Palestine and Indonesia.

However, it still failed to solve the country’s internal conflict and crisis. What’s it worth to form political agreement throught the concept of unity government in

Malaysia? What are the ideal of unity government concept to be considered as coalition amongst Malay-Muslim political parties? Based on these questions, this study aims to examine the concept of Islamic-Based Unity Government.

Specifically, this study has three objectives. First, to identify the concept of Islamic

Based Unity Government. Second, to analyse the unity of Malay-Muslim political party in Malaysia according to the concept of Islamic-Based Unity Government.

Third, to propose the concept of Islamic-Based Unity Government by developing a coalition between the Malay-Muslim political parties in Malaysia. This study used a qualitative research approach through exploratory studies and descriptive design involving two phases. The first phase intended in answer the first objective by collection of secondary data and were analysed by using content analysis method.

The results so far found that the concept of Islamic-Based Unity Government has not yet been extensively studied. Therefore, a conceptual framework of Islamic-Based

xix

Unity Government was developed in this study. This framework is based on five conclusions found. Firstly, the concept of Islamic-Based Unity Government is a manifestation of the Islamic State of Medina 622-632M was founded by Prophet

Muhammad SAW. Secondly, Islamic Based-Unity Government concept is a government building concept that is moulded by Islamic tasawur and integrated with tawhid paradigm as a basis and derived from Islamic epistemology. Thirdly, there are three principles of Islamic-based unity government namely the unity of insa>niyyat, di>niyyat and wat}aniyyat. Fourthly, the characteristics of Islamic based Unity

Government are including leadership, shura, constitutional guarantees and justice.

Fifth, there are two methods of implementation toward Islamic Based unity government namely ukhuwah Islamiah method and tah}a>luf siya>si>. The second phase focused on collecting primer data through in-depth interviews instrument nine (9) selected informants to address the second and third objectives. All findings data were analysed through content analysis by using ATLAS.ti version 7.1.8 software. In conclusion, the conceptual framework of Islamic-Based Unity Government proposed in this study is applicable in Malaysia, especially to form a coalition and unity of

Malay-Muslims political parties by emphasizing on ukhuwah Islamiah and tah}a>luf siya>si>.

xx

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini wacana kerajaan perpaduan lebih tertumpu kepada perbincangan mengenai krisis perpaduan dalam kalangan parti-parti politik Melayu-

Islam (Norhayati Mohd Salleh, 2008). Hal ini disebabkan rentetan daripada ‘tsunami politik’1 yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) mempamerkan kemandirian parti-parti politik Melayu-Islam menangani krisis perpecahan (Suhana

Saad et al., 2012; Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain &

Rosmadi, 2011; Liow, 2011; Hamayotsu, 2010). Disebabkan krisis perpecahan ini tidak menemukan jalan penyelesaian, kajian ini bertujuan menganalisis konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dengan rujukan khusus kepada kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Hasil daripada analisis ini dapat merumuskan satu kaedah untuk membentuk kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Dalam bab pengenalan ini, perbincangan yang dilakukan adalah berkaitan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian, definisi operasional, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian dan organisasi tesis. Perbincangan dalam bab ini penting untuk memberikan gambaran awal terhadap kajian yang dilakukan.

1 ‘Tsunami politik’ bermaksud suatu gelombang besar yang menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan Kerajaan Parti Islam Se- Malaysia (PAS) di dan menafikan majoriti dua pertiga undi BN di Parlimen selepas PRU-12 (Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff, 2012).

1

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kerajaan perpaduan boleh dikaitkan dengan dua model kerjasama politik yang diaplikasikan oleh beberapa negara di dunia ini. Pertama, model Kerajaan Perpaduan

Nasional (GNU)2. Model ini telah diaplikasikan oleh beberapa buah negara yang mengalami krisis seperti di negara Eropah, Afrika dan Palestin (Laws, 2012). Kedua, model Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS)3. Model ini kebanyakannya diamalkan oleh negara-negara Eropah dan Asia selepas Perang Dunia Ke-2 dan Perang Dingin.

1.2.1 Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU)

Istilah Kerajaan Perpaduan secara lazimnya merujuk kepada model GNU atau istilah popularnya iaitu Kerajaan Perpaduan (UG)4. Model GNU menggambarkan percaturan perkongsian kuasa institusi formal yang bertujuan menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara-negara yang berkonflik (Laws, 2012).

Menurut Governance, Social Development, Humanitarian and Conflict5 (2009),

GNU adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada semua pihak atau kesemua pihak utama dalam legitimasi. Pihak-pihak ini biasanya terbentuk semasa berlakunya konflik atau darurat.

Pembentukan GNU adalah berasaskan semua parti politik utama tidak kira pro- kerajaan atau pro-pembangkang yang merupakan sebahagian daripada parti

2 Istilah Bahasa Inggerisnya ialah Government of National Unity (GNU). 3 Istilah Bahasa Inggerisnya ialah Multiparty Parliamentary System (MPS). 4 UG merujuk kepada Unity Government. 5Governance, Social Development, Humanitarian and Conflict (GSDRC) ialah sebuah portal online yang menyediakan perkhidmatan ilmu pengetahuan berkaitan isu-isu tadbir urus, pembangunan sosial, kemanusian dan pengurusan konflik. Untuk maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang www.gsdrc.org.

2

pemerintah untuk bersama-sama mentadbir negara dalam sistem parlimen (Mapuva,

2010). Kini, konsep GNU telah diaplikasi dalam pembahagian kuasa pentadbiran kerajaan di Kanada, Israel, United Kingdom, Belgium, Cyprus, Zimbabwe, Republik

Demokratik Congo, Somalia, Sudan, Afrika Selatan, Mozambique, Ivory Coast,

Palestin, Yemen, Macedonia dan Burundi (Laws, 2012; Mapuva, 2010).

Menurut Percyslage dan Tobias (2011), Cheesemen dan Tendi (2010) dan Mapuva

(2010), model GNU secara praktikalnya melibatkan parti politik pro-kerajaan dan parti politik pro-pembangkang yang berkongsi konsep kerajaan perpaduan. Kajian- kajian mereka mempamerkan bahawa pembentukan kerajaan GNU seperti di

Zimbabwe dan Kenya adalah bertujuan menyelesaikan konflik dan krisis pasca pilihan raya negara tersebut. Penyelesaian krisis ini melibatkan pembinaan kerajaan yang mewakili semua pihak dalam kalangan parti politik utama pro-kerajaan dan pro-pembangkang.

Terdapat tiga perkara penting yang diusulkan untuk kerajaan perpaduan Zimbabwe-

Kenya. Pertama, semua pihak termasuk parti pembangkang mempunyai akses kepada kuasa dalam kerajaan yang dibentuk. Kedua, membenarkan penyertaan luas yang memberi legitimasi kepada kerajaan dan tindakan proses perdamaian. Ketiga, menyediakan pemimpin politik dengan intensif kepada kuasa dan mempunyai pendirian sederhana untuk pembaharuan yang berkesan bagi menangani ketidakstabilan politik.

Aplikasi GNU juga dilaksanakan di negara Muslim, seperti di Palestin. Pembentukan

GNU Palestin telah ditandatangani pada 8 Februari 2007 di Mekah atas inisiatif

3

Amerika Syarikat dan Liga Arab. Ia menyaksikan Parti Pergerakan Pembela Islam

(HAMAS)6, Parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (FATAH)7 dan Parti BEBAS bersama-sama berkongsi kuasa mentadbir kerajaan. Tujuan utamanya adalah untuk menamatkan keganasan dan sekatan bantuan antarabangsa di Palestin (Morro, 2007;

Challand, 2009).

Menurut Morro (2007) dan Challand (2009), konsep yang telah dipersetujui dalam pembentukan GNU Palestin ialah parti-parti politik yang memenangi pilihan raya umum diberi peluang bersama-sama untuk membentuk kerajaan. Ketika itu, parti politik terbesar di Palestin terdiri daripada Parti HAMAS dan Parti FATAH. Pada pilihan raya tersebut, Parti HAMAS telah memenangi kerusi terbanyak di Parlimen

Palestin. Oleh yang demikian, Parti HAMAS diberi kuasa untuk mengawal sembilan kementerian dan diberikan jawatan sebagai Perdana Menteri Palestin. Manakala Parti

FATAH diperuntukkan enam kementerian sahaja untuk ditadbir dan selebihnya Parti

BEBAS diberi dua kementerian.

Konsep GNU yang dibentuk oleh Parti HAMAS, Parti FATAH dan Parti Bebas telah bersepakat dalam dua perkara asas. Pertama, menjadikan Jerusalem/Gaza sebagai ibu negara Palestin. Kedua, menegaskan hak rakyat Palestin secara bersama untuk mengelakkan daripada keganasan Israel dan rintangan antarabangsa (Casalin &

Herremans, 2011).

6 Nama asalnya ialah H}arakat al-Muqa>wama> al-Isla>miyya> dipetik daripada laman sesawang www. global.britannica.com/ EBchecked/topic/253202/Hamas 7 Nama asalnya H}arakat al-Tah}ri>r al-Wat}a>niy al-Filast}i>niy dipetik daripada laman sesawang www. global.britannica.com/ EBchecked/topic/202423/Fatah

4

Selain itu, di sebelah Asia Tenggara pula, model kerajaan perpaduan dikaitkan dengan negara Indonesia. Hal ini merujuk kepada idea konsep kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang (2009) menyatakan idea konsep pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia yang dikemukakan adalah berdasarkan model pembentukan kerajaan perpaduan Indonesia semasa pentadbiran bekas presiden, B. J. Habibie selepas berlakunya reformasi politik di negara tersebut pada tahun 1998.

Namun begitu, kajian-kajian berkaitan GNU seperti yang dilakukan oleh Percyslage dan Tobias (2011), Cheesemen dan Tendi (2010), Mapuva (2010), Challand (2009) dan Morro (2007) mendapati tidak ada perbincangan yang menyatakan pembentukan

Negara Indonesia merupakan model kerajaan perpaduan seperti yang diamalkan oleh beberapa buah negara Afrika, Eropah dan Asia Barat.

1.2.2 Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS)

Penelitian yang lebih khusus dilakukan pula terhadap pembentukan kerajaan perpaduan di Indonesia selepas berlakunya reformasi politik pada tahun 1998.8

Penelitian ini mendapati pengkaji seperti Liddle dan Saiful Mujani (2006) menyatakan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan di Indonesia selepas tahun

1998 mengguna pakai model MPS. Menurut Mainwaring (1993), MPS merupakan sebuah model pembentukan kerajaan berdasarkan permuafakatan antara semua parti

8 Sejarah awal perkembangan perpaduan dalam kalangan parti-parti politik di Indonesia berlaku pada tahun 1945-1960 dengan pembentukan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Pembentukan Masyumi melibatkan empat organisasi Islam iaitu Muhammadiyah, Nahdatul Ulama, Perserikatan Umat Islam dan Persatuan Umat Islam yang bertanding dalam Piihanraya Umum di Indonesia. Namun perpaduan politik tersebut hanya berfokuskan kepada penyatuan umat Islam dalam lapangan politik dan masyarakat di Indonesia ((Noor Ishak, 2009; Lucius, 2003; Kholil Fathul Umam, 2007).

5

politik yang memenangi pilihan raya peringkat parlimen. Permuafakatan tersebut dijadikan sebab pelantikan presiden atau perdana menteri yang mendapat persetujuan daripada semua parti politik yang bekerjasama melalui pencalonan daripada parti yang diwakili. Konsep ini juga dikenali sebagai UG.

Sejarah bermulanya model MPS ini dibentuk selepas berlakunya Perang Dingin di

Eropah. Pembentukan kerajaan selepas kemusnahan, krisis dan perpecahan akibat perang dapat dilihat aplikasinya di Itali, Belgium, Switzerland dan beberapa negara

Eropah serta negara Amerika Latin. Kebanyakan negara ini mengamalkan sistem republik dan sistem presiden dalam pemerintahan (Schofield & Sened, 2002).

Contohnya di Itali, kerajaan perpaduan melalui kerangka MPS digunakan selepas awal tahun 1990-an. Hal ini disebabkan politik negara Itali telah mengalami perubahan yang dramatik akibat skandal rasuah yang melibatkan elit politik di Itali pada tahun 1992-1994. Krisis politik tersebut telah menghasilkan revolusi terhadap institusi-institusi utama seperti institusi eksekutif, kehakiman dan diikuti dengan mengubah secara keseluruhan sistem pilihan raya setelah hampir 40 tahun menjadi amalan demokrasi di Itali. Amalan MPS digunakan dalam sistem parlimen Itali telah berjaya memberi keseimbangan terhadap kemunculan parti-parti politik baru untuk bersama-sama membentuk kerajaan Itali (Gianneti & Sened, 2004).

Di samping itu merujuk kembali situasi pembentukan MPS di Indonesia, selepas berlakunya reformasi politik pada tahun 1998, ia telah menyebabkan wujudnya parti- parti politik baru yang bertanding pada pilihan raya negara Indonesia (Denny, 2006;

Carnegie, 2008). Kewujudan pelbagai parti ini telah menjadikan model MPS telah

6

dipilih dalam pembentukan kerajaan Indonesia. Menurut Liddle dan Saiful Mujani

(2006), aplikasi model MPS telah membentuk kerajaan perpaduan yang terdiri daripada 17 parti yang menduduki 550 kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum Indonesia sesi 2004-2009. Hal ini membuktikan amalan pelbagai parti digunakan dalam membentuk kerajaan dan bertanggungjawab memilih presiden dan ahli kabinet bagi negara Indonesia.

1.2.3 Konsep Kerajaan Perpaduan di Malaysia

Secara umumnya latar belakang politik Malaysia adalah berasaskan masyarakat yang berbilang kaum. Aplikasi politik permuafakatan menjadi pilihan terbaik sebagai alat untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersifat majmuk. Menurut Lijphart (1968) Malaysia merupakan salah satu negara yang bersifat majmuk masyarakatnya selain Belanda, Austria dan Switzerland telah berjaya membentuk sebuah kerajaan demokrasi berasaskan kerjasama bagi elit setiap kaum dengan berkongsi kuasa dalam pemerintahan negara-negara tersebut.

Di Tanah Melayu (sekarang Malaysia), konsep kerjasama antara parti-parti politik mula diamalkan selepas kemerdekaan. Tuanku Abdul Rahman menggunakan konsep asas demokrasi permuafakatan untuk membentuk kompromi dengan kaum lain yang berpengaruh seperti Cina dan India bagi mencapai keamanan dan perpaduan kaum.

Gabungan ini bermula sejak Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur 1952 dengan kerjasama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Malaysian Chinese

Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) serta seterusnya dalam

7

pilihan raya umum pertama pada tahun 1955 yang dikenali sebagai Parti Perikatan

(Shamsul Amri Baharuddin, 1996).

Pada tahun 1969 iaitu selepas berlakunya konflik perkauman pada 13 Mei 1969, terbentuknya Barisan Nasional (BN) yang diwakili UMNO, MCA, MIC, PAS, Parti

Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Pesaka-Bumiputera Bersatu dan

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada tahun 1973 (Hasrom Haron,

2011). Namun, PAS hanya bertahan selama empat tahun dalam permuafakatan politik dalam BN. Walaupun PAS keluar daripada BN, permuafakatan politik tersebut kekal sebagai gabungan parti yang memerintah Malaysia sehingga kini.

Kerjasama antara parti politik selain BN selepas tahun 1977 menyaksikan tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990. APU adalah kerjasama antara parti politik PAS, Parti Melayu Semangat 46 dan Barisan Jemaah

Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Hasil daripada kerjasama ini menyebabkan PAS dapat memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990 (Mohammad Agus Yusoff,

2006). Kemudian, pada tahun 1999 Barisan Alternatif (BA) dibentuk selepas

Malaysia mengalami krisis politik akibat pemecatan daripada UMNO dan Kabinet Kerajaan Malaysia. Kerjasama politik ini melibatkan PAS, Angkatan

Keadilan (ADIL), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Sosialis Malaysia

(PSM). Hasil daripada kerjasama ini, BA telah berjaya memerintah dua negeri di

Malaysia iaitu Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke-10 (PRU-10) pada 1999. Kerjasama politik dilihat semakin dinamik dan memberi saingan kepada gabungan parti pemerintah BN dengan penubuhan Pakatan Rakyat

8

(PR)9 pada tahun 2008. Tujuan penubuhan PR ini adalah untuk menggantikan BN dalam memerintah Malaysia (Maznah Mohamed, 2008).

Pada tahun 2009, konsep kerajaan perpaduan iaitu cadangan kerjasama politik dalam bentuk baru telah dicetuskan oleh Presiden PAS pada tahun 200910. Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dikemukakan adalah berdasarkan suasana politik pada masa tersebut selepas berlakunya pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008. Konsep tersebut secara umumnya menuntut supaya Barisan

Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR) pada peringkat pembentukan kerajaan persekutuan. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama- sama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Oleh yang demikian, konsep kerajaan perpaduan ini menggambarkan bahawa ia bukan suatu keadaan yang

PR berada di bawah penguasaan parti politik kerajaan iaitu BN, tetapi mempunyai taraf yang sama sebagai rakan kongsi dalam kerajaan persekutuan (Hafiz Baqi,

2009).

Namun, konsep kerajaan perpaduan ini tidak menjadi realiti kerana parti-parti komponen dalam PR seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut (Suhana Saad et al., 2012). Walau bagaimanapun, konsep kerajaan perpaduan ini masih diperkatakan dalam wacana kerjasama dan perpaduan politik di Malaysia sehingga kini yang berfokuskan permuafakatan politik antara

PAS dengan UMNO. Oleh yang demikian, konsep kerajaan perpaduan ini dilihat antara konsep yang dikemukakan dalam amalan kerjasama politik di Malaysia yang

9 PR merupakan satu perikatan baharu parti-parti politik Malaysia yang ditubuhkan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada tahun 2008. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP) yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia (Andrew, 2004). 10 Untuk maklumat lanjut boleh lihat laman sesawang http://www.youtube.com/watch?v=0y UCu_u59

9

bertujuan untuk menangani cabaran perpaduan dalam masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama terutama dalam kalangan orang Melayu.

Dalam perkembangan politik permuafakatan atau kerjasama parti-parti politik di

Malaysia sejak kemerdekaan hingga sekarang, kelihatan parti politik dalam kalangan

Melayu-Islam menjadi tunjang kepada asas kerjasama politik yang dibentuk. Hal ini dilihat daripada penglibatan UMNO dalam Parti Perikatan dan BN. Manakala PAS dalam APU, BA dan PR. Hal ini juga kelihatan dalam kerjasama politik UMNO dan

PAS dalam BN pada tahun 1974 yang berfokuskan tiga asas iaitu menjamin kestabilan politik, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan Malaysia (Faisal@Ahmad Faisal & Hamidah Jalani, 2010; Mohamed

Mustafa Ishak, 2014). Justeru, keadaan ini mempamerkan Melayu dan Islam telah menjadi agenda dasar yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti tersebut.

Sehingga kini, keadaan tersebut masih menunjukkan bahawa dua parti politik ini adalah parti paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam. Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan

Othman, Zulkanain dan Rosmadi (2011) telah menjalankan kajian terhadap sokongan komposisi etnik Melayu-Islam kepada Parti UMNO dan Parti PAS dalam PRU ke-

12. Kajian yang dilakukan mempamerkan pandangan bahawa UMNO dan PAS adalah parti yang dominan dalam perjuangan politik Melayu-Islam. Dapatan kajian tersebut dirumuskan dalam Jadual 1.1.

10

Jadual 1.1 Analisis Regrasi Berganda antara Undi Kepada UMNO dan PAS Dengan Komposisi Etnik Dalam Kawasan Pilihan Raya Parlimen Pada PRU 2008 Melayu (%) UMNO (%) Korelasi Pearson .61 Nilai-P .00 N 102 PAS (%) Korelasi Pearson .84 Nilai-P .00 N 65 Sumber: Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi (2011)

Analisis daripada Jadual 1.1 tersebut menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat dengan korelasi yang positif di antara komposisi Melayu-Islam dan sokongan bagi kedua-dua parti UMNO (r=.61, n=102, p<.0005) dan PAS (r=.84, n=65, p<.0005). Kajian ini jelas merumuskan bahawa semakin ramai pengundi

Melayu-Islam dalam sesebuah kawasan pilihan raya, maka semakin tinggi sokongan yang akan diperoleh oleh kedua-dua parti tersebut. Oleh yang demikian, UMNO dan

PAS dilihat masih bergantung kepada undi dan sokongan Melayu-Islam untuk menang seterusnya membentuk kerajaan. Perkembangan ini dilihat menjadi pendorong kepada konsep kerajaan perpaduan yang diwacanakan sebagai bentuk kerjasama politik di Malaysia terutama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia (Ahmad Zaharuddin Sani, 2014; Hamayotsu, 2010).

1.3 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Politik Melayu-Islam di Malaysia sedang menghadapi cabaran perpaduan yang kritikal. Pergolakan dalam politik Melayu-Islam dikesan semakin meruncing selepas

PRU-12 dan PRU-13. Pasca pilihan raya tersebut memperlihatkan bahawa prestasi parti politik Melayu-Islam seperti UMNO dan PAS tidak konsisten. Prestasi UMNO

11

yang masih merosot dari segi bilangan kerusi yang dimenangi dan PAS paling sedikit bilangan kerusi dalam kalangan parti pembangkang di Parlimen menyebabkan timbul kerisauan masyarakat Melayu-Islam (Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan

Othman, Zulkanain dan Rosmadi, 2011). Rajah 1.1 mempamerkan gambaran tersebut.

Parti Politik

Rajah 1.1: Perbandingan Kerusi Parlimen yang Ditandingi dan Dimenangi oleh UMNO dan PAS pada PRU ke-11, 12 dan 13 (Sumber: Diadaptasi daripada Junaidi Awang Besar et al., 2014; Lee Kam King & Thork Ker Pong, 2014)

Rajah 1.1 ini menunjukkan prestasi UMNO dan PAS mengalami kemerosotan berbanding dengan prestasi yang dicapai pada PRU ke-11. Di samping itu, walaupun

UMNO berjaya meningkatkan jumlah kerusi pada PRU ke-13, namun jumlah kerusi yang dimenangi hanya meningkat sebanyak 10 kerusi di Parlimen. Sementara PAS

12

mengalami kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU ke-13 iaitu berkurang sebanyak dua kerusi di Parlimen berbanding pada PRU ke-12.

Tambahan lagi, pelbagai isu yang berkait rapat dengan Melayu-Islam menjadi polemik yang tiada penghujungnya seperti isu dominasi masyarakat Cina akibat

‘tsunami Cina’11, isu hak keistimewaan orang Melayu, isu penggunaan kalimah

Allah SWT dalam Bible, isu serangan pemikiran yang merosakkan akidah Islam seperti sekularisme, liberalisme dan pluralisme, ancaman murtad dan isu hak asasi manusia yang mengancam cara hidup orang Islam di Malaysia (Shaharuddin

Badaruddin, 2016; Ibrahim Abu Bakar & Zakaria Stapa, 2015; Asyraf Wajdi Dusuki,

2014; Khalif Muammar, 2013).

Situasi tersebut mempamerkan bahawa masyarakat Melayu-Islam masih lagi tidak mampu untuk bekerjasama dalam politik serta gagal mencapai matlamat secara bersama. Akibatnya, tiada kesepakatan yang boleh dijadikan panduan oleh umat

Islam di Malaysia. Bahkan, penyatuan atau perpaduan yang amat digalakkan dalam

Islam seolah-olah merangsang lagi krisis perpecahan. Justeru, timbul persoalan dalam kalangan sarjana bahawa telah kelihatan di Malaysia, Islam yang sepatutnya menyeru kepada penyatuan, perpaduan dan perdamaian seakan-akan menjadi punca konflik dan persaingan terutama dalam politik Melayu-Islam (Badrul Azmeir

Mohamed@Bakar; Mujibu Abdul Muis & Zaliha Hj. Hussin, 2010; Idris Zakaria,

2012).

11 Kenyataan yang dibuat oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebahagian besar media arus perdana yang menyifatkan bahawa keputusan PRU ke-13 menunjukkan majoriti pengundi Cina terutamanya di kawasan bandar memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) (Shaharuddin Badaruddin, 2016; Junaidi Awang Besar et al., 2014; Lee Kam King & Thork Ker Pong, 2014).

13

Namun, di sebalik krisis yang berlaku, realitinya Islam berperanan besar dalam politik di Malaysia. Menerusi pelbagai kajian dan penulisan yang telah dilakukan terhadap politik di Malaysia, agama Islam dikenal pasti antara elemen primordialisme12 terpenting yang membentuk identiti politik di Malaysia terutama kaum majoriti iaitu Melayu dan Bumiputera (Badrul Azmeir Mohamed@Bakar;

Mujibu Abdul Muis & Zaliha Hj. Hussin, 2010). Menurut Suhana Saad et al. (2012), politik Islam telah mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri-negeri yang bermajoriti Melayu sejak pilihan raya pertama diadakan sehinggalah pilihan raya ke-

13. Secara tidak langsung situasi ini bertepatan dengan teori dan aplikasi dalam Islam yang meletakkan agama sebagai tulang belakang penting dalam kerukunan politik dan kenegaraan. Sarjana Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan Imam

Ghazali secara umumnya menyatakan bahawa dalam Islam seluruh spektrum pemikiran politik diasaskan atas ajaran agama (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2009).

Konsep kerajaan perpaduan merupakan idea untuk menyatukan rakyat Malaysia khsususnya kaum majoriti Melayu-Islam. Namun, tiada teori dan kerangka yang jelas terhadap konsep kerajaan perpaduan ini (Haris Zakapli, 2015). Cadangannya hanya merujuk kepada teori dan aplikasi di Negara Indonesia sahaja. Menurut Mainwaring

(1993), konsep kerajaan perpaduan merujuk kepada sistem pelbagai parti dan presidensialisme adalah menjadi suatu "gabungan sulit" yang diaplikasi di 31 buah negara demokrasi di dunia yang didapati tidak memiliki kestabilan dalam pentadbiran negara.

12 Yang paling awal atau yang pertama sekali terbentuk (Kamus Dewan, 2007).

14

Merujuk kepada aplikasi di Indonesia, model kerajaan perpaduan yang berkerangka

MPS juga mengalami beberapa permasalahan. Secara asasnya, terdapat tiga permasalahan. Pertama, ketiadaan pihak (parti) majoriti dalam badan perundangan serta pengasingan kuasa yang akan membawa kepada kuasa eksekutif-legislatif menjadi buntu dan tidak dapat memberi kata putus. Kedua, pelbagai parti terarah untuk menghasilkan ideologi polarisasi. Ketiga, persaingan parti-parti politik dalam kerjasama yang dijalinkan dilihat sukar untuk membina dan mengekalkan presiden berbanding dalam sistem parlimen (Mainwaring, 1993; Liddle & Saiful Mujani,

2006).

Begitu juga, pelaksanaan konsep kerajaan perpaduan iaitu GNU di Palestin. Konsep tersebut digunakan untuk menggabungkan dua parti umat Islam di negara tersebut iaitu Parti HAMAS dan Parti FATAH dalam pentadbiran negara Palestin13. Walau bagaimanapun GNU tersebut dirangka oleh Amerika Syarikat. Ia dirangka setelah mendapat tekanan antarabangsa apabila HAMAS memenangi pilihan raya di Palestin yang tercetusnya keganasan oleh Regim Israel (Challand, 2009).

Oleh yang demikian, konsep yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan Palestin adalah mengikuti terma GNU yang memakai kerangka Barat. Pengaplikasian kerangka Barat di negara umat Islam tidak bersesuaian kerana perbezaan pandangan tasawur dan epistemologi Islam (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2009). Sehingga hari ini krisis peperangan dan pencabulan Israel ke atas tanah air Palestin masih gagal untuk diselesaikan.

13 Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani pada 8 Februari 2007 di Mekah. Parti Hamas mentadbir sembilan kementerian dan Parti Fatah mentadbir 6 kementerian dalam pembentukan kerajaan (Benoit Challand, 2009 dan Morro, 2007).

15

Dari sini, walaupun secara asasnya konsep kerajaan perpaduan sama ada GNU atau

MPS ini mempunyai kelebihan yang mampu membawa kepada kerjasama dan membina keamanan, tetapi ia masih memberi kesan buruk yang boleh mendatangkan ancaman kepada negara. Hakikatnya, konsep kerajaan perpaduan yang dibina dalam pembentukan negara-negara tersebut khususnya yang terkini seperti di Palestin dan

Zimbabwe hanya bersifat jangka pendek dan terbina atas konflik yang parah seperti peperangan. Percyslage dan Tobias (2011) menyatakan bahawa GNU telah menimbulkan kesan ancaman kepada proses demokrasi yang tiada kebebasan berideologi dan melemahkan fungsi parti pembangkang, parti-parti kecil (bebas) dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyatakan pandangan dan pembinaan negara.

Antara sebabnya ialah kerajaan yang ditubuhkan adalah melalui perjanjian antara pemimpin parti-parti utama sahaja.

Penjelasan ini mempamerkan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk masih mempunyai kelemahan dari segi aplikasi dan matlamat untuk mencapai perpaduan yang utuh. Penggunaan teori dan aplikasi daripada model GNU dan MPS menurut

Barat juga telah membuatkan konsep kerajaan perpaduan di negara-negara umat

Islam tidak berteraskan tasawur dan epistemologi Islam. Justeru, tidak wujudkah satu konsep kerajaan perpaduan yang digunakan dalam Islam?

Merujuk kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW telah membentuk sebuah negara Madinah selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622M. Sebelum berlakunya Hijrah, bumi Madinah dahulunya dikenali sebagai Yathrib. Di sana berlakunya pergolakan politik yang telah mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan Suku Arab khususnya Suku ‘Aws dan Suku Khazraj.

16

Kemuncak perselisihan tersebut membawa kepada peperangan antara kedua-dua pihak yang berlaku di Bu‘a>th pada tahun 618M. Setelah terbentuknya negara

Madinah, Rasulullah SAW mengambil masa hanya empat tahun untuk menyatukan kembali Suku ‘Aws dan Suku Khazraj yang merupakan suku asal dan majoriti di bumi Madinah (Ahzami Samiun Jazuli, 2006).

Penyatuan tersebut berkembang membentuk penyatuan dan perpaduan yang lebih besar melalui persaudaraan antara Muhajirin dengan Ansar. Kemudian berkembang menuju kepada pembentukan sebuah negara. Tema perpaduan diangkat sebagai satu gagasan utama menjadi asas kerajaan yang dibentuk. Hal ini boleh dilihat dalam

Bay‘at al-‘Aqabat Pertama dan Bay‘at al-‘Aqabat Kedua dan S}ah}i>fat Madi>nat (‘Ali

‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d, 1993; Ahzami Samiun Jazuli, 2006; Ali Irsyad, 2009).

Peristiwa ini berasaskan panduan al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad SAW. Al-Qur’an secara jelas membincangkan prinsip-prinsip kesatuan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat dan bernegara seperti prinsip persatuan dan persaudaraan14, prinsip persamaan15, prinsip tolong menolong, prinsip membela golongan yang lemah dan prinsip perdamaian dalam peperangan16. Oleh yang demikian, perintah al-Qur’an untuk mewujudkan prinsip persamaan, persaudaraan dan perdamaian adalah demi kemaslahatan umat Islam dan umat manusia.

Persoalannya, adakah prinsip-prinsip yang diperintahkan ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pelaksanaan kerajaan perpaduan di negara umat Islam?

14 Surah A>li-‘Imra>n, 3:103 dan Surah al-H}ujura>t,49:10 15 Surah al-Ni>sa>’, 4:1 16 Surah al-Ni>sa>’, 4:89-90 dan Surah al-Anfa>l, 8:61

17

Berdasarkan Hadith juga ada dijelaskan bahawa Mukmin atau orang yang beriman itu adalah bersaudara. Persaudaraan ini bermaksud tidak melihat kepada hubungan kekeluargaan mahu pun pertalian darah17. Menurut Ibn Manzur (1990) rumusan definisi persaudaraan dalam Islam adalah seperti persaudaraan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW antara Muhajirin (dari Mekah) dengan Ansar (dari Madinah).

Rasulullah SAW mengajak umatnya menghormati antara satu sama lain.

Persaudaraan tersebut menuntut supaya menghidupkan agama dengan tolong menolong antara satu sama lain.

Gambaran persaudaraan dan perpaduan antara Muhajirin dengan Ansar dapat dilihat melalui Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Ma>lik yang bermaksud:

“Tatkala orang-orang Muhajirin dari Makkah ke Madinah, mereka datang dengan tangan kosong. Orang-orang Ansar pula merupakan orang yang memiliki tanah dan ladang anggur. Lalu orang Ansar membahagikan kepada orang- orang Muhajirin beberapa hasil harta mereka setiap tahun, mengambil mereka bekerja dan memberikan bantuan kewangan” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3139).

Muhajirin dan Ansar bukan sahaja bersatu dan berpadu dalam membina kehidupan secara permuafakatan, tetapi juga bersatu dalam menghadapi ancaman musuh daripada orang-orang musyrik (Ibn Hisya>m, 2009; al-Muba>rakfu>riy, 2004; al-Bu>t}iy,

1977).

Mereka juga tidak mengharapkan balasan kebendaan dan pujian daripada Allah SWT dan Rasul-Nya, tetapi hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata

17 Nabi SAW bersabda: “Seseorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. Ia tidak boleh menganiayainya dan menghilangkan keselamatannya” (Riwayat al-Bukhariy, No. Hadith: 6437).

18

seperti yang digambarkan dalam riwayat Hadith Muslim seperti berikut yang bermaksud:

“Rasulullah datang kepada kami sedang kami menggali parit (dalam satu peperangan) dan kami memikul tanah di atas belakang kami, lalu Baginda bersabda: Wahai Tuhan, tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat maka ampunkanlah orang-orang Muhajirin dan Ansar” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 1431).

Sifat yang dipamerkan oleh Muhajirin dan Ansar menyerlahkan kekuatan ukhuwah tersebut yang akhirnya menyaksikan pertalian persaudaraan antara Muhajirin dengan

Ansar. Persaudaraan ini menjadi asas kepada pembentukan negara Islam pertama dalam sejarah dunia (al-Bu>t}iy, 1977). Berdasarkan sejarah tersebut, persoalannya di sini ialah bagaimanakah ciri-ciri persaudaraan dan perpaduan yang diamalkan oleh

Rasulullah SAW sehingga menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara di

Madinah?

Sejarah persaudaraan, perpaduan dan penyatuan dalam Islam ini tidak terdapat dalam perbincangan konsep kerajaan perpaduan model GNU dan MPS yang dikemukakan.

Justeru, adakah sesuai penggunaan konsep perpaduan Negara Madinah untuk diaplikasikan dalam negara umat Islam masa kini? Apakah pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik Melayu-Islam di Malaysia untuk melakukan proses perpaduan dari sudut Islam? Daripada persoalan-persoalan tersebut, adakah dengan menggunakan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam mampu membentuk kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

19

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia. Kajian ini juga telah menggariskan tiga objektif khusus kajian berhubung dengan kerajaan perpaduan berteraskan Islam dengan rujukan khusus parti politik

Melayu-Islam di Malaysia.

Objektif-objektif khusus kajian tersebut adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

2. Menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan

konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

3. Mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam

kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif yang dikemukakan, beberapa persoalan kajian telah digariskan. Kepentingannya adalah untuk memperincikan kandungan kajian secara sistematik. Persoalan kajian ini dibina selaras dengan kehendak kajian yang ditetapkan.

20

Tujuh persoalan kajian dirangka untuk mencapai tiga objektif kajian. Persoalan- persoalan kajian tersebut adalah seperti berikut:

i. Apakah pandangan sarjana Islam terhadap konsep kerajaan berteraskan

Islam?

ii. Apakah acuan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

iii. Apakah prinsip-prinsip konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

iv. Apakah ciri-ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

v. Bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam dilaksanakan di

Malaysia?

vi. Bagaimanakah kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam

digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-

Islam di Malaysia?

vii. Apakah bentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam

kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

21

Secara lebih jelas lagi, hubungan antara objektif dengan persoalan kajian dipamerkan dalam Jadual 1.2 seperti berikut:

Jadual 1.2: Ringkasan Objektif dan Persoalan Kajian

Objektif Kajian Persoalan Kajian

1. Mengenal pasti konsep kerajaan i. Apakah pandangan sarjana Islam perpaduan berteraskan Islam. terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

ii. Apakah acuan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

iii. Apakah prinsip-prinsip konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

iv. Apakah ciri-ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

2. Menganalisis perpaduan parti v. Bagaimanakah perpaduan parti politik politik Melayu-Islam di Melayu-Islam dilaksanakan di Malaysia berdasarkan konsep Malaysia? kerajaan perpaduan berteraskan Islam. vi. Bagaimanakah kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

3. Mencadangkan konsep kerajaan vii. Apakah bentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam perpaduan berteraskan Islam dalam dalam kerjasama parti politik kerjasama parti politik Melayu-Islam Melayu-Islam di Malaysia. di Malaysia?

22

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Berdasarkan kepada tajuk kajian ini, terdapat empat istilah penting untuk didefinisikan. Pertama, kerajaan perpaduan; kedua, perpaduan berteraskan Islam; ketiga; parti politik; dan keempat, Melayu-Islam. Definisi operasional ini penting dinyatakan sebagai langkah untuk menjelaskan maksud yang diguna pakai dalam tesis ini.

1.6.1 Kerajaan Perpaduan

Istilah Kerajaan Perpaduan merujuk kepada ‘Unity Government’ (UG) yang telah dibentuk di negara-negara seperti Kanada, Israel, Zimbabwe, Republik Demokratik

Congo, Somalia, Sudan, Afrika Selatan, Mozambique, Ivory Cost, Lubnan, Palestin,

Macedoni dan Burundi berdasarkan model Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU)

(Laws, 2012; Mapuva, 2010).

Menurut Laws (2012), GNU bermaksud suatu model perkongsian kuasa institusi formal seperti kerajaan berparlimen yang bertujuan menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara-negara yang berkonflik. Pembentukan kerajaan perpaduan ini berasaskan gabungan semua parti politik utama tidak kira parti pro- kerajaan atau parti pro-pembangkang utama bersama-sama mentadbir negara di dalam sistem parlimen.

Dalam konteks perbincangan di Malaysia pula, kerajaan perpaduan di Malaysia bermaksud kerajaan campuran yang dibentuk melalui perkongsian kuasa parti politik

23

kerajaan iaitu BN dan parti politik pembangkang iaitu PR untuk mentadbir negara.

Cadangan kerajaan perpaduan tersebut dikemukakan oleh Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS selepas PRU-12 (Hafiz Baqi, 2009). Menurut Abdul Hadi Awang

(2009), kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah perkongsian kuasa yang menuntut supaya BN selaku parti pemerintah berkongsi kuasa dengan PR pada peringkat persekutuan. Setiap kementerian mesti ditadbir bersama dan dasar-dasar negara perlu ditentukan secara konsensus. Oleh yang demikian, parti pembangkang tidak menyertai atau bergabung dengan parti pemerintah dan kuasa parti pembangkang adalah setaraf kuasanya seperti parti pemerintah sebagai rakan kongsi untuk pembentukan kerajaan (Hafiz Baqi, 2009).

Daripada penjelasan takrifan UG dan GNU yang membincang definisi kerajaan perpaduan tersebut, definisi yang digunakan dalam tesis ini ialah konsep kerajaan perpaduan yang melibatkan parti-parti politik utama dan dominan dalam kalangan pro-kerajaan dan pro-pembangkang yang bergabung dalam satu kerajaan secara formal berdasarkan perjanjian yang disepakati dalam parlimen.

1.6.2 Perpaduan Berteraskan Islam

Dalam warisan Islam dan sejarah generasi pertama Negara Madinah, perpaduan berteraskan Islam secara umumnya merujuk kepada ukhuwah. Pengertian ukhuwah secara asas merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berpeganglah kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (pada masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati kalian, dan dengan nikmat-Nya, menjadikan

24

kalian sebagai orang-orang yang bersaudara” (Surah A>li-Imra>n, 3:103).

Ukhuwah dalam ayat ini membawa maksud tuntutan-tuntutan yang harus dilaksanakan oleh orang-orang Muslim seperti berpegang teguh kepada tali Allah yakni al-Qur’an dan al-Sunnah, menjauhkan diri daripada perpecahan dan permusuhan serta hendaklah hati-hati orang Muslim disatukan dengan cinta kepada

Allah SWT (‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d, 1993).

Menurut Musthafa al-Qudhat (1994), selepas kedatangan Islam, syariat Islam telah membawa kefahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh kepada perkataan ukhuwah. Ukhuwah yang dimaksudkan ketika ini ialah membawa erti persaudaraan berteraskan akidah yang merentasi hubungan pertalian darah, kekeluargaan dan juga kabilah. Hal ini berdasarkan ayat al-Qur’an yang menjunjung tinggi nilai ukhuwah iaitu yang bermaksud seperti berikut:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara” (Surah al-H}ujura>t, 49:10).

Bagi Ibn Manz}u>r (1990) pula, beliau merumuskan makna ukhuwah dalam Islam adalah seperti persaudaraan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW antara

Muhajirin (dari Mekah) dengan Ansar (dari Madinah). Dalam konteks persaudaraan antara Muhajirin dengan Ansar, Rasulullah SAW mengajak umatnya menghormati antara satu sama lain. Persaudaraan tersebut menuntut supaya menghidupkan agama dengan tolong menolong antara satu sama lain.

25

Gambaran persaudaraan dan perpaduan antara Muhajirin dengan Ansar dapat dilihat berdasarkan Hadith riwayat Anas bin Ma>lik yang bermaksud:

“Tatkala orang-orang Muhajirin dari Makkah ke Madinah, mereka datang dengan tangan kosong. Orang-orang Ansar pula merupakan orang yang memiliki tanah dan ladang anggur. Lalu orang Ansar membahagikan kepada orang- orang Muhajirin beberapa hasil harta mereka setiap tahun, mengambil mereka bekerja dan memberikan bantuan kewangan” (Riwayat Muslim, No. Hadith: 3139).

Hadith ini menjelaskan bahawa Muhajirin dan Ansar bukan sahaja bersatu dan berpadu dalam membina kehidupan secara bermuafakat, tetapi juga bersatu dalam menghadapi ancaman musuh dari kalangan orang-orang musyrik (Ibn Hisya>m, 2009; al-Muba>rakfu>riy, 2004; al-Bu>t}iy, 1977).

Hasil daripada kefahaman mengenai definisi perpaduan berteraskan Islam sebelum ini, dapatlah dirumuskan definisi perpaduan berteraskan Islam yang digunakan dalam kajian ini. Rumusan definisi perpaduan berteraskan Islam ini ialah persaudaraan berteraskan tauhid kepada Allah SWT yang melangkaui hubungan kekeluargaan, kedaerahan, kepuakan dan kebangsaan. Definisi ini lebih menyeluruh kerana dirumuskan daripada beberapa definisi yang dikemukakan sebelum ini.

1.6.3 Parti Politik

Perkataan parti berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘pars’ yang bermaksud bahagian (parti). Manakala perkataan politik pula berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘polis’ yang bermaksud bandar-bandar (Andrew, 2004). Menurut Mujahid

Yusof (2010), parti dari sudut bahasa ialah sekumpulan manusia yang bersatu dalam

26

pandangan dan dasarnya untuk memperjuangkan sesebuah ideologi dan berusaha untuk mencapai matlamatnya dan politik pula merupakan satu seni mengenai pemerintahan yang berasaskan kekuasaan.

Parti politik dalam istilah Bahasa Melayu pula memberikan erti satu golongan

(kumpulan) orang yang bergerak untuk tujuan (dasar dan lain-lain) yang sama dalam politik (Kamus Dewan, 2007). Menurut Ross (1954), definisi parti politik dari sudut istilah ialah sebagai satu kumpulan yang bersatu dan bersama-sama untuk memajukan kepentingan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Secara khususnya bermaksud sebagai sekumpulan individu yang bersatu dalam sesuatu ideologi politik untuk mendapatkan kuasa memerintah sesuatu kerajaan melalui penyertaan dalam pilihan raya.

Hasil perbincangan ini, definisi parti politik yang digunakan dalam tesis ini dapat dirumuskan sebagai satu organisasi formal yang bersetuju di atas sesuatu ideologi politik untuk menguasai dan membentuk kerajaan melalui proses pilihan raya.

1.6.4 Melayu-Islam

Definisi Melayu-Islam ditemui dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan

Malaysia menerusi Perkara 16018. Menurut Esposito dan Voll (1999), orang Melayu sememangnya memiliki ketiga-tiga unsur dalam perkara 160 tersebut. Pertama, mengakui Islam sebagai agamanya; kedua, terbiasa bercakap dengan bahasa Melayu;

18 “Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menurut adat-istiadat Melayu” (Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, 2009).

27

dan ketiga, menyesuaikan diri dengan adat-istiadat Melayu. Secara langsung bahawa menganuti Islam ialah salah satu pra-syarat bagi memastikan keMelayuan seseorang.

Definisi Melayu-Islam menjadi komponen yang sukar dipisahkan dan menjadi sebati dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas

(1972) sejak kedatangan Islam ke alam Melayu, agama ini menjadi teras yang mencorakkan identiti dan kebudayaan Melayu di Malaysia termasuk dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Hal ini dihuraikan lebih lanjut oleh Siddiq Fadzil (2012) yang merumuskan bahawa segala yang ada pada Melayu adalah bersumberkan daripada Islam iaitu daripada pandangan sarwa (tasawur), epistemologi dan aksiologi yang melalui proses Islamisasi yang bermula sejak abad ke-13 M.

Bagi tujuan kajian ini, definisi Melayu-Islam ditakrifkan sebagai Islam dan Melayu adalah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa Melayu itu ialah mereka yang beragama Islam, bercakap bahasa

Melayu dan mengamalkan adat resam bangsa Melayu. Gabungan ketiga-tiga unsur ini mengesahkan bahawa Melayu-Islam itu menjadi satu komponen dalam pembentukan masyarakat di Malaysia.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Secara umumnya skop dalam penyelidikan ini ialah menganalisis kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Secara khususnya, ia mengandungi tiga bahagian. Pertama, mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kedua, menganalisis perpaduan parti Melayu-Islam di

28

Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Ketiga, mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia

Bagi menjadikan kajian ini lebih berfokus dan sistematik, ditentukan batasan kajian seperti berikut:

1. Batasan Subjek Kajian: Subjek kajian ini ialah konsep kerajaan perpaduan

berteraskan Islam. Subjek ini dibina berdasarkan konsep perpaduan

berteraskan Islam seperti ukhuwah Islamiah dan tah}a>luf siya>si>. Subjek yang

dibina ini kemudiannya dianalisis terhadap parti politik Melayu-Islam di

Malaysia.

2. Batasan Sumber Rujukan: Konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam

dirujuk kepada sumber utama rujukan Islam iaitu al-Qur’an, Hadith dan Sirah

Nabi Muhammad SAW. Rujukan ini hanya terbatas kepada ayat-ayat dan

peristiwa-peristiwa berkaitan dengan Hijrah Nabi Muhammad SAW ke

Madinah, tafsiran ayat-ayat mengenai suruhan menjalinkan persaudaraan,

perpaduan, penyatuan dan perdamaian sesama Muslim dan antara Muslim

dengan bukan Muslim, pembentukan Negara Islam Madinah dan pemeteraian

S}ah}i>fat Madi>nat .

3. Batasan Informan: Informan dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian

pertama, terdiri daripada ahli akademik dan pakar berkenaan dengan politik

Islam dan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Bahagian kedua pula terdiri

29

daripada pemimpin parti politik yang pernah atau sedang memegang jawatan

utama dalam parti yang mewakili Parti UMNO, Parti PAS dan Parti

AMANAH yang terlibat dalam pelaksanaan dasar-dasar politik parti-parti

tersebut.

4. Batasan Organisasi: Kajian dijalankan dalam organisasi parti politik yang

aktif di Malaysia yang kepimpinannya terdiri daripada Melayu-Islam sahaja.

Parti-parti politik tersebut ialah Parti UMNO, Parti PAS dan Parti Amanah

Negara (AMANAH).

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting dilakukan kerana belum ada lagi kajian yang dilakukan dalam mahu pun di luar negara Malaysia yang membincangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Apatah lagi, kajian yang meneliti dalam pelaksanaan konsep ini di

Malaysia terutama dalam kalangan parti-parti Melayu-Islam.

Oleh itu, kajian ini cukup penting dan perlu dilakukan atas tiga sebab. Pertama, kajian ini penting untuk mengembangkan ilmu dalam kajian berkaitan konsep kerajaan perpaduan. Setakat ini, konsep kerajaan perpaduan yang diaplikasi di beberapa buah negara di dunia mempamerkan kerangka yang bersifat konvensional dan belum ada mana-mana pengkaji yang meneliti teori dan aplikasi bidang ini dalam perspektif Islam.

30

Kedua, kajian ini penting dalam memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kajian ini meneliti bidang baru dalam kajian kerajaan perpaduan.

Oleh yang demikian, kajian ini diharap dapat menyelesaikan masalah ketiadaan penulisan dan pengkajian tentang konsep kerajaan perpaduan berdasarkan perspektif

Islam. Ia sudah tentu dapat memperkemaskan lagi ilmu bidang ini.

Ketiga, penelitian terhadap bidang ini diharap dapat membina konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang memberi rujukan dan penyelesaian menyeluruh berbanding konsep kerajaan perpaduan yang diaplikasi di beberapa buah negara di dunia ini. Kajian ini dilihat penting kepada umat Islam khususnya kepada pemimpin dan aktivis parti-parti umat Islam.

1.9 SUMBANGAN KAJIAN

Terdapat tiga perkara yang diharap dapat disumbangkan melalui pengkajian ini.

Pertama, sumbangan dari sudut keilmuan; kedua, sumbangan kepada masyarakat; dan ketiga, sumbangan kepada negara.

Sumbangan pertama ialah dari sudut keilmuan. Sumbangan ini merujuk kepada ilmu baru yang dapat dihasilkan. Ilmu ini berada dalam lingkungan aplikasi politik Islam dan gagasan perpaduan dari perspektif Islam. Kajian ini mampu memberikan sumbangan besar bagi membentuk kehidupan yang bersatu padu dan mengelak daripada berlakunya perpecahan dan perselisihan terutama dari aspek politik.

31

Sumbangan kedua ialah dari sudut masyarakat. Sumbangan ini boleh berlaku ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu terutama kepada masyarakat Muslim.

Bidang ini mampu memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai kaedah perpaduan yang sebenar menurut Islam untuk menyelesaikan krisis dan konflik perpecahan khususnya kepada masyarakat Muslim.

Sumbangan ketiga pula ialah sumbangan kepada negara. Sumbangan ini memfokuskan kepada ahli-ahli politik pada peringkat nasional. Ilmu daripada kajian ini boleh memberikan peluang kepada para ahli politik dan pentadbir untuk menggunakan strategi politik secara Islam.

1.10 ORGANISASI TESIS

Struktur tesis ini terbahagi kepada tujuh bab yang merangkumi pendahuluan tesis, sorotan karya, kaedah penyelidikan, perbincangan dan pembinaan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, hasil dapatan kajian lapangan dan penutup. Bab yang pertama merupakan pendahuluan tesis. Bab ini mengemukakan huraian mengenai pengenalan, latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, skop dan batasan kajian, kepentingan kajian, sumbangan kajian dan organisasi keseluruhan tesis.

Bab yang kedua pula, membincangkan tentang kajian-kajian terdahulu dan sorotan karya-karya yang memfokuskan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Usaha ini bertujuan melihat lompang yang wujud dan membuktikan bahawa kajian ini adalah relevan untuk

32

dilaksanakan. Lompang kajian tersebut memberikan maklumat bahawa tesis ini berada di landasan yang sebenar untuk membentuk kerangka konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Bab ketiga pula menyentuh tentang kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tesis ini. Bab ini merangkumi reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Bab ini penting untuk menetapkan garis panduan metodologi kajian. Metodologi kajian ini digunakan untuk meneliti kajian ini dengan lebih sistematik bagi mencapai objektif kajian yang ditetapkan dengan lebih sempurna.

Bab yang keempat dan kelima secara khususnya memfokuskan pembinaan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Bab Empat mengenal pasti dan menganalisis perbincangan kerajaan perpaduan berteraskan Islam dari perspektif sarjana Islam.

Setelah mendapatkan maklumat tersebut, bab kelima pula dijadikan bab untuk menganalisis konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Analisis tersebut digunakan untuk membina kerangka konsep bagi kerajaan perpaduan berteraskan

Islam. Ia diteliti melalui data sekunder dengan menggunakan kaedah rujukan kepustakaan. Melalui data sekunder tersebut, penelitian hanya dilakukan kepada dalil-dalil al-Qur’an, Hadith dan Sirah Nabi Muhammad SAW

Bab keenam pula memuatkan perbincangan tentang penganalisisan data. Data primer yang diperoleh melalui kaedah kajian lapangan melalui temu bual mendalam dengan sembilan (9) orang informan. Informan terdiri daripada ahli-ahli politik dan ahli-ahli akademik. Penggunaan perisian ATLAS.ti versi 7.1.8 iaitu salah satu daripada computer-assited qualitative data analysis software (CAQDAS) bagi mendapatkan

33

tema-tema yang berkaitan dengan persoalan kajian. Tema-tema ini kemudian diolah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan analisis deskriptif dikembangkan bagi mencapai objektif kedua dan objektif ketiga iaitu menganalisis dan merumuskan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia.

Akhirnya, bab yang ketujuh merupakan bab penutup dan kesimpulan daripada keseluruhan tesis ini. Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama merupakan ringkasan dapatan keseluruhan kajian ini. Bahagian kedua membahaskan implikasi kajian. Sementara bahagian ketiga pula mengemukakan cadangan untuk penyelidikan masa hadapan.

34

BAB 2

KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, fokus utama perbincangan ialah menyoroti kajian-kajian lepas yang telah dilakukan dan karya-karya yang telah dihasilkan. Sorotan kajian-kajian dan karya-karya ini memfokuskan hasil pengkajian dan penelitian yang berkaitan dengan skop tajuk tesis ini. Tumpuan dilakukan kepada tiga tema utama. Pertama, konsep kerajaan perpaduan; kedua, kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia; dan ketiga, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Sorotan-sorotan ini dilakukan bertujuan mengenal pasti lompang kajian agar dengan itu dapat dibuktikan signifikan cadangan penyelidikan ini dilakukan. Selain itu, satu kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan rumusan sorotan kajian lepas dan sorotan karya. Kerangka konseptual kajian ini dijadikan panduan penyelidikan yang lebih jelas dan sistematik.

2.2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Berdasarkan tinjauan pengkaji, terdapat beberapa kajian yang menumpukan konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama politik dalam kalangan parti-parti politik. Hasil daripada penelitian terhadap kajian-kajian tersebut terdapat lompang kajian yang memberikan ruang kepada pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Oleh yang demikian, sorotan kajian lepas dikenal pasti sebagai panduan kepada penerokaan kajian seterusnya iaitu konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

35

2.2.1 Konsep Kerajaan Perpaduan

Terdapat sekurang-kurangnya dua konsep berkaitan dengan kerajaan perpaduan iaitu konsep GNU dan konsep MPS. Kedua-dua konsep ini diaplikasikan oleh beberapa buah negara di Eropah, Afrika, dan Asia. Perincian inti pati mengenai konsep-konsep ini dihuraikan seperti dalam Sub topik 2.2.1(a) dan 2.2.1(b).

2.2.1(a) Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU)

Sorotan kajian-kajian berkenaan GNU lazimnya merujuk kepada Unity Government

(UG). Secara umumnya, istilah UG ini dilihat lebih popular dalam kajian yang membincangkan konsep GNU. UG juga diistilahkan dalam Bahasa Malaysia sebagai kerajaan perpaduan yang merupakan terjemahan langsung daripada Bahasa Inggeris.

Kajian GNU bermula dengan penelitian terhadap pembentukan kerajaan-kerajaan di

Eropah seperti di Belgium, Belanda, Cyprus, Perancis dan Switzerland terutama selepas Perang Dingin 1947. Kajian tersebut dilakukan oleh Baxhoorn (1993), Lund

(1996) dan Ackermann (2003). Namun, mutakhir ini kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji pula dilihat hampir keseluruhan membuat penelitian di negara-negara Afrika. Antara pengkaji tersebut ialah Lemarchand (1989), Dziva,

Dube dan Manatsa (2013), Cheesemen dan Tendi (2010), Mapuva (2010) dan

Chigora dan Guzura (2011). Selain itu, konsep yang sama juga didapati dipraktikkan di Asia Barat. Hal ini dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Morro

(2007) dan Challand (2009).

36

Kajian Boxhoorn (1993) dan Lund (1996), GNU pada awalnya diaplikasikan di

Belgium, Perancis dan Switzerland disebabkan negara-negara tersebut mengalami kerosakan akibat krisis peperangan. Kerangkanya diaplikasikan untuk menangani konflik peperangan, perpecahan dan membentuk semula kerajaan-kerajaan baru.

Oleh yang demikian, menurut Kotze dan Du Toit (2012), konsep GNU secara umum menggambarkan percaturan perkongsian kuasa institusi formal yang bertujuan menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara-negara yang berkonflik berdasarkan konsep yang diguna pakai dan pengalaman di Eropah selepas berlakunya peperangan.

Kajian Cheesemen dan Tendi (2010), Mapuva (2010) dan Chigora dan Guzura

(2011) pula menjelaskan secara terperinci mengenai konsep GNU dengan merujuk kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan Zimbabwe dan Kenya pada tahun 2010.

Mereka menyatakan bahawa parti kerajaan dan parti pembangkang di Zimbabwe dan

Kenya berkongsi model UG untuk menyelesaikan konflik dan krisis pasca pilihan raya negara itu.

Kajian Mapuva (2010) secara umumnya menjelaskan konsep GNU yang diamalkan oleh kebanyakan negara Afrika digambarkan dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang berasaskan semua parti politik utama. Parti-parti ini tidak kira terdiri daripada pro-kerajaan atau pro-pembangkang. Kesemua parti politik yang terlibat adalah sebahagian daripada parti pemerintah yang bersama-sama mentadbir negara dalam sistem parlimen.

37

Definisi teori dan konsep yang sama seperti di Afrika juga dapat dilihat menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di Palestin. Menurut Morro (2007) pembentukan

Kerajaan Perpaduan Palestin telah ditandatangani pada 8 Februari 2007 di Mekah atas inisiatif Amerika Syarikat dan Liga Arab. Ia menyaksikan Parti Pergerakan

Pembela Islam (HAMAS), Parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (FATAH) dan

Parti Bebas bersama-sama berkongsi kuasa mentadbir kerajaan. Tujuan utamanya adalah untuk menamatkan keganasan dan sekatan bantuan antarabangsa di Palestin.

Hal yang sama diulas oleh Khaled Hroub (2006) dan Challand (2009) dalam kajian mereka yang menyatakan konsep yang dipersetujui bersama dalam pembentukan

Negara Perpaduan Palestin telah mendapat permintaan yang meluas daripada penduduk Palestin.

Di samping itu, kajian Mapuva (2010) juga menyatakan bahawa GNU mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti masih gagal menemui kerajaan yang berjaya dalam politik, ekonomi dan sosial. Malah, aplikasinya masih terperangkap dalam kesamaran kepercayaan antara parti politik utama. Begitu juga menurut Chigora dan

Guzura (2011), mereka menyatakan bahawa GNU telah menimbulkan kesan ancaman kepada proses demokrasi disebabkan tiada kebebasan berideologi dan melemahkan fungsi parti pembangkang, parti-parti kecil (bebas) dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan pandangan dan turut serta dalam pembinaan negara. Kerajaan yang ditubuhkan adalah melalui perjanjian antara pemimpin parti- parti utama sahaja.

Demikian juga, Morro (2007) dan Challand (2009) menyatakan bahawa konsep GNU hanya mampu untuk menangguhkan konflik sahaja. Justeru, ia bukan satu

38

penyelesaian yang sebenar untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, malah jauh daripada itu untuk menyelesaikan konflik akibat peperangan.

2.2.1 (b) Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS)

Kajian-kajian berkenaan MPS telah banyak dilakukan terutama di negara Eropah.

Tumpuan kajian yang dilakukan menyentuh berkaitan dengan teori kerjasama antara parti politik, formasi pembentukan kabinet dan risiko-risiko kepelbagaian parti politik dalam konteks parlimen dan demokrasi.

Bagi tumpuan teori kerjasama antara parti politik sekurang-kurang terdapat lima teori yang dikemukakan. Pertama, teori politik permuafakatan yang dikemukakan oleh

Lijphart (1968); kedua, kajian daripada Axelrod (1970) yang mengemukakan teori perhubungan kerjasama minimum; ketiga, Crombez (1996) menyatakan teori kuasa cadangan; keempat, teori balas jasa yang dikemukakan oleh Carrubba, Clifford dan

Volden (2000); dan kelima, Baron dan Diermeier (2001) mencadangkan teori status quo ekstremis. Jika diteliti daripada kajian-kajian ini, perbezaan yang berlaku adalah disebabkan oleh skop kajian yang berbeza iaitu meliputi masyarakat multi-etnik, ideologi politik dan amalan sistem pemerintahan sesebuah negara.

Kajian terhadap formasi pembentukan kabinet pula dapat dilihat menerusi Browne

(1970), Baron dan Diermeier (2001), Lanny dan Randolph (2001) dan Carrubba,

Clifford dan Volden (2004). Menurut Carrubba dan Volden (2004), mereka menyatakan bahawa sekitar 43 tahun terdapat 24 negara telah membentuk kerajaan menerusi model MPS. Maka dengan itu, menurut kajian Lanny dan Randolph (2001)

39

mendapati konsep MPS secara asasnya menyebabkan undi majoriti tidak diambil kira, parti-parti utama dikira sama taraf dengan parti-parti kecil yang membentuk kerajaan dan perlantikan perdana menteri perlu mendapat persetujuan daripada semua parti yang bekerjasama.

Di samping penelitian terhadap konsep, teori dan aplikasi MPS di negara-negara terlibat seperti Indonesia, Itali dan lain-lain mempamerkan risiko-risiko kepelbagaian parti politik dalam konteks parlimen dan demokrasi dalam MPS. Hal ini dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Mainwaring (1993), Carruba, Clifford dan Volden (2004), Liddle dan Saiful Mujani (2006), Druckman (2008) dan Carnegie

(2008). Menurut Liddle dan Saiful Mujani (2006) dan Carnegie (2008), Indonesia mengamalkan MPS selepas berlakunya gerakan reformasi menumbangkan Presiden

Suharto pada tahun 1998. Namun, negara ini masih bergelut dengan risiko-risiko kepelbagaian parti politik dalam pentadbiran negara.

Berkenaan dengan konsep MPS ini juga, didapati bahawa kajian daripada Lijphart

(1968) sering diberi tumpuan oleh pengkaji-pengkaji politik di Malaysia. Teori politik permuafakatan oleh Lijphart (1968) telah dijadikan rujukan apabila membincangkan konsep kerjasama politik yang dijalinkan selepas kemerdekaan dan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Antara pengkaji yang menghubungkan teori yang diperkenalkan oleh Lijphart (1968) terhadap kerjasama politik di Malaysia ialah Wan

Abdul Rahman Wan Abd Latif (2002), Badrul Azmeir Mohamed@Bakar, Mujibu

Abd Muis dan Zaliha Hj. Hussin (2010) dan Kartini Aboo Talib Khalid (2012).

40

2.2.2 Konsep Kerjasama Politik Di Malaysia

Kajian-kajian berkaitan konsep kerjasama politik di Malaysia dilakukan terhadap amalan permuafakatan antara parti politik. Penelitian ini bermula sejak penubuhan

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Para pengkaji yang meneliti berkaitan kerjasama parti-parti politik seperti Shamsul Amri Baharuddin (1996), Wan Abdul

Rahman Wan Abdul Latif (2002), Milne (1978), Chew (1985), Badrul Azmeir

(2008), Ishak Saat (2010), Mujibu Abd Majid (2009), Ku Hasnan (2013), Lukman

Thaib (2013) dan Jamaie Hj Hamil et al. (2014). Mereka menggariskan tiga peringkat perkembangan permuafakatan politik yang berlaku sebelum dan selepas kemerdekaan seperti yang dibincangkan di bawah.

Daripada kajian Shamsul Amri Baharuddin (1996) dan Wan Abdul Rahman Wan

Abdul Latif (2002), mereka menyatakan bahawa peringkat perkembangan permuafakatan parti-parti politik di Malaysia bermula dengan konsep perkongsian kuasa apabila tertubuhnya Communities Liaison Committee (CLC) pada tahun 1949.

Selepas itu wujudnya konsep perikatan yang menggabungkan parti-parti politik

Melayu, Cina dan India. Perkembangan seterusnya adalah penubuhan Barisan

Nasional (BN) pada tahun 1974 yang menggabungkan hampir semua parti politik di

Malaysia. Penubuhan BN ini dianggap kemuncak kepada konsep kerjasama politik yang berlaku di Malaysia atau lebih dikenali sebagai permuafakatan politik dalam kerangka demokrasi (Liphjart, 1968).

Badrul Azmeir (2008), Mujibu Abdul Muis (2009), Milne (1978), Lau (1983) dan

Chew (1985) pula menyentuh perbincangan konsep dan aplikasi gabungan politik

41

yang membentuk kerajaan dalam masyarakat majmuk. Menurut Badrul Azmeir

(2008) dan Mujibu Abdul Muis (2009), pembentukan BN didapati serasi dengan asas politik Malaysia yang diacuankan dengan politik perkauman. Oleh yang demikian, premisnya dilihat adalah sama dan tidak berubah seperti yang dinyatakan oleh Milne

(1978). Menurut beliau, dalam konteks Malaysia, semua kaum berkongsi sebuah negara, tetapi nasionalisme kaum menjadi pilihan berbanding nasionalisme kebangsaan dalam politik di Malaysia.

Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan terhadap isu berkaitan dengan perkongsian kuasa pada peringkat parti politik seperti Lau (1983). Beliau membincangkan mengenai parti MCA dan parti DAP selepas peristiwa 13 Mei 1969 berkaitan parti-parti yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina. Manakala Chew

(1985) menyoroti kerjasama politik di Pulau Pinang terutama permuafakatan antara parti GERAKAN yang diketuai oleh kaum Cina dengan UMNO yang mewakili parti politik Melayu dalam gabungan BN.

Dalam beberapa kajian berkaitan dengan kerjasama politik seperti yang dibincangkan sebelum ini, kajian-kajian mutakhir seperti yang dilakukan oleh Mujibu Abd Muis

(2009), Ku Hasnan Ku Halim (2013), Lukman Thaib (2013) dan Jamaie Hj Hamil et al. (2014) mendapati isu yang berkaitan dengan permuafakatan dilihat dominan dalam membincangkan sejarah, proses dan perkembangan politik di Malaysia.

Mereka berpandangan bahawa kemajmukan masyarakat di Malaysia menyebabkan pemimpin negara membentuk permuafakatan antara parti politik untuk mentadbir negara. Dari sini, pembentukan Parti Perikatan BN menjadi asas kepada permuafakatan politik di Malaysia. Mereka melihat bahawa aplikasi politik

42

permuafakatan di Malaysia sebagai pilihan terbaik dalam masyarakat berbilang kaum.

Kajian-kajian selepas itu terutama pada tahun 1977 menyaksikan PAS keluar daripada BN. Kajian-kajian ini menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya terdapat tiga kerjasama politik berlaku. Pertama, gabungan politik Angkatan Perpaduan

Ummah (APU); kedua, Barisan Alternatif (BA); dan ketiga, Pakatan Rakyat (PR).

Kajian-kajian ini dilakukan oleh Hari Singh (1991), Weiss (2009), Miller (2006),

Sufri Muhamad (2002), Mohd Fadli Ghani (2003) dan Zamry Abdul Kadir (1995).

Menurut Hari Singh (1991) dan Weiss (2009), penubuhan APU bermula dengan krisis dalaman UMNO yang mengakibatkan parti tersebut diharamkan oleh mahkamah. Mereka menyatakan bahawa kerjasama PAS bersama parti baru daripada serpihan UMNO iaitu Semangat 46 membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan.

Berdasarkan kajian Zambry Abdul Kadir (1995) dan Miller (2006), mereka berpandangan kerjasama antara parti perlu dilakukan oleh PAS yang bergelanggang dalam kerangka politik demokrasi di Malaysia. Selain itu, pengkaji-pengkaji seperti

Wan Abdul Rahim (1992), Sufri Muhamad (2002) dan Mohd Fadli Ghani (2003) pula menyatakan bahawa pada permulaan kerjasama tersebut, PAS telah merangka kerjasama politik menurut Islam yang dikenali sebagai taḥāluf siyāsī. Kemudian taḥāluf siyāsī berkembang menjadi kerjasama politik yang dinamik seperti pembentukan BA dan kini PR dalam sistem politik demokrasi berparlimen di

Malaysia.

43

Kajian-kajian mengenai taḥāluf siyāsī PAS ini dilakukan oleh Sufri Muhamad

(2002), Rushdan Abdul Halim (2005), Abdullah Zaik (2011), Mohd Fadli Ghani

(2003), Kamarul Zaman Yusoff (2013) dan Mohd Syakir Mohd Rosdi (2014 &

2016). Kajian Sufri Muhamad (2002), Rushdan Abdul Halim (2005). Abdullah Zaik

(2011) dan Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil (2016) yang secara terperinci membincangkan konsep taḥāluf siyāsī19 yang dilaksanakan oleh PAS dalam kerjasama politik bersama-sama parti-parti politik yang lain dalam APU, BA dan PR.

Kajian daripada Mohd Fadli Ghani (2003) dan Kamarul Zaman Yusoff (2013) memasukkan sejarah dan perkembangan taḥāluf siyāsī dalam kajian mereka berkaitan kedinamikan PAS sebagai parti politik Islam di Malaysia. Sementara, kajian daripada Mohd Syakir Mohd Rosdi (2014) membincangkan latar belakang taḥāluf siyāsī di Malaysia yang melibatkan taḥāluf siyāsī kenegaraan, namun taḥāluf siyāsī yang diteliti oleh beliau didapati tidak hanya terhad penggunaannya dalam parti politik semata-mata, malah boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan lapangan seperti ekonomi dan sosial. Di samping itu, Mohd Syakir Mohd Rosdi

(2016) dan Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil (2016) telah membincangkan implikasi taḥāluf siyāsī yang dikemukakan oleh PAS dalam ruang lingkup pembangunan di Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

Di sebalik kajian terhadap kerjasama di antara parti politik di Malaysia, muncul juga kajian yang melibatkan perbincangan mengenai kerjasama politik Melayu-Islam dalam kalangan parti-parti Melayu-Islam. Kerjasama Politik Melayu-Islam di

19 Taḥāluf siyāsī bermaksud perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu bagi mencapai sesuatu objektif selagi mana tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014).

44

Malaysia bermula apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyertai gabungan BN dan membentuk kerajaan pada tahun 1976 seperti yang nyatakan sebelum ini.

Pengkaji-pengkaji yang meneliti kerjasama politik BN terutama berkaitan dengan

UMNO dan PAS ialah Funston (1980), Van der Mehden (1987), Liow (2004), Zamry

Abdul Kadir (2005), Liow (2011), Farish A Noor (2004), Amer Saifude Ghazali,

Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi (2011) dan Suhana Saad et al. (2012).

Menurut Funston (1980), Van der Mehden (1987) dan Liow (2011), mereka membincangkan perkembangan kerjasama politik terutama parti UMNO dan parti

PAS yang dilihat mewakili masyarakat majoriti Malaysia iaitu Melayu-Islam selepas berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969. Menurut Zamry (1995), Liow (2011) dan

Badlihisham Mohd Nasir (2015), permuafakatan atau kerjasama PAS dalam BN yang diterajui oleh UMNO adalah lebih berfokus kepada tiga asas iaitu menjamin kestabilan politik, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan Malaysia. Namun, Farish A Noor (2004) dan Amer Saifude Ghazali,

Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi Fauzi (2011) melihat kerjasama PAS dan UMNO dalam kerajaan campuran BN disebabkan keadaan Parti

Perikatan dan UMNO yang agak lemah ketika itu menyebabkan timbul idea untuk menyatukan parti-parti politik Melayu dan Islam.

Berdasarkan kajian mutakhir, pengkaji seperti Suhana Saad et al. (2012), Mujibu

Abd Muis et al. (2012), Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman,

Zulkanain dan Rosmadi Fauzi (2011) dan Badrul Azmier (2008) mengkaji berkaitan

45

kerjasama politik Melayu-Islam terutama pada pasca PRU-10 (1999), PRU-12

(2008) dan PRU-13 (2013). Mereka berpandangan bahawa kerjasama antara parti politik Melayu-Islam semakin longgar dan parti-parti ini menjadi penyebab perpaduan rakyat Malaysia menjadi semakin terhakis. Seperti menurut Suhana Saad et al. (2012), beliau memasukkan implikasi yang ketara adalah cabaran kerjasama politik Melayu-Islam selepas PRU-12 yang menuju kepada perpecahan yang besar.

2.2.3 Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam

Kajian-kajian yang disebutkan dalam Sub topik 2.2.2 sebelum ini mempamerkan kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia menjadi tema besar dan penting dalam perkembangan kerjasama politik di Malaysia daripada mencapai kemerdekaan sehingga kini. Pengkaji-pengkaji kontemporari seperti Hailani Salamun dan Asyraf

Ab. Rahman (2015), Suhana Saad et al. (2012), Amer Saifude Ghazali, Mohammad

Redzuan Othman dan Zulkanain dan Rosmadi (2011), Badrul Azmeir

Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis dan Zaliha Hj. Hussin (2010), Faisal@Ahmad

Faisal dan Hamidah Jalani (2010) dan Wan Kamal Wan Napi (2007) melakukan penelitian terhadap parti Melayu-Islam di Malaysia dengan memfokuskan parti

UMNO dan parti PAS. Manakala kajian-kajian daripada Mansor Mohd Noor (2010) dan Rahimin Affandi (2005) menjalankan kajian yang membincangkan tema ini dalam penelitian proses perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang menyentuh berkaitan parti-parti politik Melayu-Islam.

Menurut Faisal@Ahmad Faisal dan Hamidah Jalani (2010) mendapati bahawa

UMNO dan PAS dilihat sebagai dua parti politik terbesar yang mendokong ideologi

46

Melayu-Islam dalam perjuangan politik mereka. Kajian Mansor Mohd Noor (2010) dan Rahimin Affandi (2005) pula menyatakan secara umumnya dalam kajian mereka bahawa dua parti politik Melayu-Islam, iaitu parti UMNO dan PAS berperanan paling dominan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat

Melayu-Islam yang bersaing untuk berada di atas puncak kuasa pemerintahan.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Badrul Azmeir Badrul Azmeir Mohamed@Bakar,

Mujibu Abd Muis dan Zaliha Hj. Hussin (2010), mereka berpandangan situasi terkini krisis politik Melayu-Islam ialah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan Parti

Keadilan Rakyat (PKR). Masing-masing ahli kepimpinan dan keanggotaan parti-parti ini diwakili majoriti Melayu. Namun, kajian-kajian yang dibuat terutama selepas pasca PRU-12 seperti Suhana Saad et al. (2012) dan Amer Saifude Ghazali,

Mohammad Redzuan Othman dan Zulkanain dan Rosmadi (2011) masih lagi mengekalkan perbincangan krisis politik Melayu-Islam di Malaysia hanya melibatkan UMNO dan PAS secara dominannya.

Di samping itu, menurut Wan Kamal Wan Napi (2007) bahawa aplikasi politik dan agama agak mencetuskan kontroversi dan mengalami pelbagai polemik terutama antara dua parti dominan iaitu UMNO dengan PAS berkenaan persoalan politik dan agama. Beliau menyatakan polemik yang berlaku antara UMNO dengan PAS telah mencetuskan kekeliruan terhadap Islam yang sepatutnya menyeru kepada penyatuan, perpaduan dan perdamaian seakan menjadi punca konflik dan persaingan terutama dalam politik Melayu-Islam.

47

Kemudian, menurut Badrul Azmeir Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis dan Zaliha

Hj. Hussin (2010) dalam kajian mereka mendapati bahawa parti-parti Melayu-Islam terutama UMNO dan PAS begitu cenderung menggunakan agama bagi mendapatkan sokongan rakyat khasnya umat Melayu-Islam di Malaysia. Namun, peranan agama yang digunakan telah mempamerkan perpecahan dalam kalangan ahli bagi kedua-dua parti ini dan mempunyai sisi pandang yang negatif terhadap perjalanan politik masing-masing.

Hal ini disokong melalui kajian Faisal@Ahmad Faisal dan Hamidah Jalani (2010) yang menyatakan bahawa titik perjuangan PAS adalah untuk kesyumulan Islam dan kepentingan Melayu, manakala titik perjuangan UMNO bersifat nasiolisme Melayu yang tidak meminggirkan Islam. Namun, situasi ini meletakkan orang Melayu dalam kemelut perpecahan. Oleh yang demikian, telah berlakunya polemik yang berpanjangan seolah-olah Melayu dan Islam itu tidak mungkin berada dalam satu wadah perjuangan yang sama dalam lapangan politik di Malaysia. Dalam hal berkaitan juga, kajian Hailani Salamun dan Asyraf Ab. Rahman (2015) berpandangan kepemimpinan politik PAS dan UMNO perlu berusaha mengambil pertimbangan ketuhanan dalam menbudayakan politik Melayu-Islam dalam kerangka

Islam yang mendasari perjuangan masing-masing.

2.2.4 Politik Berteraskan Perpaduan Negara Madinah 622-632M

Setakat ini belum ada kajian berkaitan dengan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Walaupun begitu, terdapat pengkaji-pengkaji yang melakukan pengkajian yang hampir sama iaitu konsep politik berteraskan perpaduan Islam

48

seperti Caroll (1986) Kogacioglu (2004), Mohamed Abu-Nimer (2000) Mohd Syakir

Mohd Rosdi (2015) dan Wafdi Auni Mohamed (2016). Kajian-kajian tersebut mempamerkan perbincangan berkaitan aplikasi perpaduan dalam pembentukan negara umat Islam. Kajian Caroll (1986) melihat aplikasi Islam dan politik kemasyarakatan dalam Dunia Arab. Proses perpaduan disifatkannya begitu sukar dilaksanakan jika tidak mengikut kehendak agama. Manakala kajian Kogacioglu

(2004) pula meneliti perpaduan dalam politik Islam di negara Turki yang berpelembagaan sekular.

Sementara itu, hanya Mohamed Abu-Nimer (2000) membincangkan kerangka konseptual perpaduan dalam teras pembentukan kerajaan berdasarkan perspektif

Islam. Beliau juga membincangkan konsep negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW sebagai kerangka asas yang membentuk politik berteraskan penyatuan dan perpaduan. Manakala Wafdi Auni Mohamed (2016) membincangkan politik berteraskan ukhuwah dan taḥāluf siyāsī yang diaplikasikan di Madinah dalam penelitiannya berkaitan prinsip politik perpaduan dari perspektif Islam. Aplikasi taḥāluf siyāsī secara komprehensif dapat dilihat dalam kajian Mohd Syakir Mohd

Rosdi (2015). Dalam kajian beliau dapat ditemui perbincangan mengenai peranan taḥāluf siyāsī dalam politik perpaduan berteraskan sirah Nabi Muhammad SAW.

Kajian politik berteraskan perpaduan negara Islam Madinah secara asasnya merujuk kepada penyatuan dan permuafakatan yang berlaku pada zaman pemerintahan Nabi

Muhammad SAW di Madinah pada tahun 622 hingga 632M. Hal ini berdasarkan kajian-kajian sebelum ini yang menyatakan bahawa pembentukan negara Islam

Madinah berfokuskan persaudaraan, perpaduan dan perdamaian. Ketiga-tiga fokus

49

ini menjadi teras pembentukan masyarakat Madinah. Hal ini juga dapat dilihat daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh sarjana seperti Van Nieuwenhuijze

(1959), Denny (1977), Serjeant (1978), Uri Rubin (1985), Mohammad N. Miraly

(2006), Ahmad Nabil (2010), Ali Irsyad (2009) dan Azyati Azhani, Wan Kamal

Mujani, Azmi Aziz dan Ermy Azziaty (2013).

Kajian Van Nieuwenhuijze (1959), Denny (1977), Serjeant (1978) dan Uri Rubin

(1985) mengkaji berkaitan Piagam Madinah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.

Menerusi Piagam Madinah ini, Sejeant (1978) dan Mohammad N. Miraly (2006) membincangkan konsep ummah sebagai lambang persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim.

Ahmad Nabil Amir (2009) pula menyatakan bahawa Piagam Madinah mempunyai pengaruh yang penting dalam menguatkan persaudaraan Muslim selain pembinaan

Masjid dan kesatuan penduduk Madinah. Manakala Yelkin Yildirim (2006) menyatakan bahawa Piagam Madinah menjadi resolusi kepada krisis perpecahan umat yang membawa kepada keamanan dalam masyarakat Madinah. Agenda-agenda tersebut telah mengiktiraf Piagam Madinah sebagai penyatu masyarakat Madinah melalui penjelasan berkaitan dengan ummah (Ali Irsyad, 2009). Kajian Azyati

Azhani, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz dan Ermy Azziaty (2013) mempamerkan bahawa Piagam Madinah dibentuk melalui pendekatan wasat}iyyat dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu yang dikenali sebagai ummah.

Sorotan kajian-kajian berkaitan dengan Piagam Madinah juga menemukan signifikan

Piagam ini terhadap hubungan perpaduan di Malaysia. Kajian-kajian ini telah

50

dihasilkan oleh Ibrahim Hj. Che Noh (2001), Nik Yusri Musa, Nazri Muslim, Aziz

Umar, Wan Zulkifli Wan Hasan dan Nurullah Kurt (2011) dan Yusri Mohamad

Ramli dan Tengku Ghani Tengku Jusoh (2012). Ibrahim Hj. Che Noh (2001) mengkaji keserasian antara Piagam Madinah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam prinsip-prinsip keadilan dan persamaan antara kaum. Beliau membuat kesimpulan bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah berbilang kaum di

Malaysia dengan beberapa cara berkesan. Antaranya mengaplikasikan Piagam

Madinah sebagai sumber utama dalam membina konsep perpaduan.

Kajian Nik Yusri Musa, Nazri Muslim, Aziz Umar, Wan Zulkifli Wan Hasan dan

Nurullah Kurt (2011) mendapati beberapa prinsip berkaitan isu perkauman dalam

Piagam Madinah yang boleh dijadikan panduan seperti prinsip kebebasan beragama menurut al-Qur’an, prinsip mengelak fahaman ekstrimisme, cauvanisme, fanatisme dan rasisme serta prinsip berdialog secara aman dan bijaksana. Selain itu, kajian berkenaan Piagam Madinah dan hubungannya dengan konsep perpaduan di Malaysia telah dilakukan oleh Yusri Mohamad Ramli dan Tengku Ghani Tengku Jusoh

(2012). Kajian ini lebih menumpukan konsep perpaduan iaitu Konsep 1Malaysia yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5 dari sudut perspektif Islam.

Dalam kajian ini dinyatakan bahawa Konsep 1Malaysia mempunyai persamaan dari sudut konsep satu ummah yang terkandung dalam Piagam Madinah.

Perbincangan mengenai ummah dalam Piagam Madinah juga dapat disoroti melalui beberapa kajian yang dilakukan. Pengkaji-pengkaji tersebut ialah Maysam J. Al-

Faruqi (2005) dan Jomaa (2012). Maysam J. Al-Faruqi (2005) mengkaji ummah di

Madinah dari sudut pengertian, konsep dan identiti menurut perbahasan sarjana Islam

51

dan orientalis. Menurut Jooma (2012), ummah merupakan suatu perkumpulan masyarakat yang hidup bersatu berpandukan perlembagaan yang telah diiktiraf oleh semua pihak. Ummah juga ditujukan kepada masyarakat Madinah yang hidup dalam pemerintahan Nabi Muhammad SAW pada 622-632M.

2.3 ANALISIS SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan sorotan kajian mengenai konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, terdapat dua model yang telah diaplikasikan di beberapa buah negara di dunia menerusi konsep kerajaan perpaduan. Dua model tersebut ialah GNU dan MPS.

Secara rumusannya, terdapat tiga perkara yang dikenal pasti berdasarkan analisis sorotan ini. Pertama, hanya dua model ini sahaja disebut sebagai model kerajaan perpaduan di dunia. Setakat diteliti belum ditemui mana-mana sarjana yang mengkaji secara perbandingan model kerajaan perpaduan yang terbaik dari segi teori dan amalannya.

Kedua, berdasarkan penelitian yang dilakukan terhadap model-model GNU dan MPS didapati belum ada mana-mana sarjana yang mengkaji konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Walaupun analisis daripada model GNU dan MPS mendapati bahawa terdapat negara-negara umat Islam seperti Palestin dan Indonesia yang mengaplikasikannya, namun model tersebut adalah daripada kerangka konvensional.

Hal ini berdasarkan perbincangan para sarjana yang mengkaji model GNU dan MPS berlandaskan teori demokrasi yang dicetuskan oleh Barat. Sekiranya cadangan konsep kerajaan perpaduan diaplikasikan di Malaysia, adakah sesuai dengan

52

masyarakat Melayu-Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia dan agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia?

Ketiga, hasil penelitian terhadap kajian-kajian mengenai konsep kerajaan berteraskan

Islam pula tidak menemukan sebarang kajian yang dilakukan. Sekira ada pun kajian yang dilakukan, ia perbincangan yang berkaitan dengan kajian mengenai konsep politik berteraskan perpaduan Islam. Konsep ini telah diaplikasi semasa pembentukan Negara Madinah 622-632M. Perbincangan daripada sarjana-sarjana berkaitan Negara Madinah mendapati bahawa masyarakat Madinah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW menjalani kehidupan yang harmoni dan aman melalui konsep perpaduan Islam dan strategi politik berteraskan perpaduan. Secara ringkasnya konsep asas perpaduan yang dibentuk oleh Rasulullah SAW berdasarkan Piagam

Madinah menjadi teras kepada politik pembentukan perpaduan berteraskan Islam dalam konteks politik kenegaraan. Perbincangan dalam konteks kenegaraan kerajaan

Madinah mendapati masyarakat Madinah terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada bangsa Arab, Yahudi dan pelbagai agama seperti Islam,

Yahudi, Nasrani dan Monteisme. Oleh yang demikian, konsep perpaduan kenegaraan

Islam di Madinah boleh dijadikan panduan dalam membentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

2.4 SOROTAN KARYA

Dalam sorotan karya ini terdapat dua tumpuan utama dikenal pasti berdasarkan penelitian yang dilakukan, iaitu konsep kerajaan perpaduan dan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Berdasarkan karya-karya mengenai konsep kerajaan

53

perpaduan ini, terdapat tiga tumpuan khusus yang telah dilakukan seperti model kerajaan perpaduan di dunia, kerjasama parti-parti politik dan kerjasama parti-parti politik Melayu-Islam. Bagi tumpuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, sorotan perbincangannya adalah mengenai sejarah pembentukan kerajaan Madinah khususnya berkaitan dengan konsep perpaduan Negara Madinah

622-632M. Sorotan karya-karya berkaitan perkara-perkara tersebut adalah seperti dalam Sub topik 2.4.1, 2.4.2, 2.4.3 dan 2.4.4.

2.4.1 Model Kerajaan Perpaduan di Dunia

Perbincangan sebelum ini menyentuh konsep kerajaan perpaduan yang dibentuk di negara-negara di dunia seperti Itali, Palestin, Zimbabwe dan Indonesia. Tumpuan- tumpuan ini dilakukan selepas membincangkan karya-karya mengenai kerajaan perpaduan. Karya-karya mengenai kerajaan perpaduan di dunia telah dihasilkan oleh

Noel (1993), Brass (1991), Laver dan Schonfeld (1990), Laws (2012), Mial (2008),

Lederach (1995) dan Hafiz Baqi (2009).

Menurut Noel (1993), pembentukan kerajaan perpaduan di Kanada disebabkan oleh konflik perkauman. Pembentukan kerajaan perpaduan yang melibatkan parti-parti pro-kerajaan dan parti-parti pro-pembangkang di Kanada dilihat penyelesaian terbaik untuk menamatkan konflik perkauman di sana. Mereka meletakkan model kerajaan perpaduan yang digunakan di Kanada sebagai MPS. Perbincangan yang sama juga disentuh oleh Brass (1991) yang menyatakan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama antara parti politik tidak kira pro-kerajaan dan pro- pembangkang mampu untuk menamatkan krisis dan konflik perkauman dalam

54

negara berbilang kaum. Begitu juga, Laver dan Schonfield (1990) turut meneliti mengenai pelaksanaan MPS di negara-negara Eropah. Mereka meletakkan MPS sebagai suatu kerjasama parti-parti politik dalam pembentukan kerajaan yang demokrasi.

Selain itu, Laws (2012) meletakkan konsep kerajaan perpaduan melalui model GNU seperti yang dibentuk di negara-negara Afrika. Beliau mendefinisikan GNU sebagai kerajaan yang dibentuk untuk menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara-negara yang berkonflik berdasarkan konsep pembentukan kerajaan perpaduan yang demokrasi di Eropah selepas berlakunya peperangan. Hal ini juga dibincangkan oleh Mial (2008) dan Lederach (1995). Mereka membincangkan berkaitan dengan transformasi konflik melalui penyelesaian pembentukan kerajaan perpaduan.

Karya Hafiz Baqi (2009) pula menyoroti cadangan pembentukan konsep kerajaan perpaduan di Malaysia. Beliau mengambil perbincangan daripada polemik konsep kerajaan perpaduan yang berlaku selepas PRU ke-12. Sebahagian besarnya mengambil inti pati cadangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengemukakan konsep kerajaan tanpa pembangkang berdasarkan model kerajaan perpaduan atau MPS di Indonesia.

Secara keseluruhannya, sorotan karya-karya berkaitan dengan kerajaan perpaduan mempamerkan ada perbincangan mengenai konsep dan model kerajaan perpaduan dari segi teori dan pengalaman negara-negara yang terlibat. Model MPS dan GNU menjadi kaedah pembentukan kerajaan perpaduan untuk menamatkan krisis politik yang berlaku di negara-negara multi-etnik. Begitu juga di Malaysia, cadangan

55

pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sebagai salah satu kaedah untuk mengelak daripada berlakunya krisis politik yang serius. Berdasarkan keseluruhan karya tersebut, tumpuan hanyalah dilakukan terhadap konsep kerajaan perpaduan mengikut acuan demokrasi Barat semata-mata. Setakat ini, belum ada lagi penumpuan yang dilakukan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

2.4.2 Kerjasama Parti-Parti Politik

Tumpuan terhadap kerjasama parti-parti politik pula dihasilkan oleh Chander (2004),

Akhtar Majeed dan Jamia Hamdard (2000), Lijphart (1968), Kartini Aboo Talib

Khalid (2012), Nidzam Sulaiman (2008), Ratnam (1965) dan Mauzy (1983).

Chander (2004) mengatakan bahawa kerjasama parti-parti politik merupakan sebuah perikatan yang menggabungkan parti-parti politik untuk membentuk kerajaan seperti yang berlaku di India. Akhtar Majeed dan Jamia Hamdard (2000) pula menyatakan bahawa kerjasama parti-parti politik adalah untuk membentuk perkongsian kuasa agar dapat membentuk suatu kerajaan yang stabil dan mapan dalam menuju arus demokrasi dunia.

Manakala Lijphart (1968) mendefinisikan kerjasama parti-parti politik sebagai suatu permuafakatan antara parti politik yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza untuk bergabung usaha untuk bersama-sama memerintah negara dan sepakat dalam membuat keputusan. Lanjutan gabungan ini membentuk permuafakatan politik yang demokrasi melalui empat prinsip. Pertama, gabungan perdana; kedua, pembahagian saksama; ketiga, hak pembatal bersama; dan keempat, autonomi kumpulan.

56

Kartini Aboo Talib Khalid (2012) mengupas lanjut pendekatan permuafakatan politik

Lijphart (1968) melalui empat prinsip yang dinyatakan sebelum ini. Beliau mengkritik bahawa prinsip-prinsip tersebut tidak semuanya dapat diamalkan dalam konteks politik multi-etnik seperti di Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa yang sesuai dengan salah satu prinsip tersebut di Malaysia ialah gabungan perdana.

Nidzam (2008) pula membincangkan kepentingan dan relevan sesuatu gabungan atau permuafakatan bergantung kepada kehendak semasa politik. Contohnya, didapati gabungan parti perikatan gabungan pelbagai parti dengan pelbagai kaum menjelaskan bahawa gabungan dibentuk dengan tujuan yang sama atau dengan kepentingan tertentu.

Selain itu, Ratnam (1965) mengatakan bahawa walaupun tiada jaminan kestabilan itu akan berkekalan, di Malaysia telah terbukti bahawa politik permuafakatan perkauman masih lagi menjadi platform terbaik untuk diamalkan sebagai penyelesaian kepada masalah kerencaman kaum. Menurut Mauzy (1983), corak permuafakatan dalam kerjasama parti-parti politik di Malaysia telah berkembang sedikit demi sedikit. Perkembangan tersebut juga dilihat berlakunya hemegoni politik

Melayu-Islam iaitu UMNO yang menjadi dominan dalam kerjasama parti-parti politik. Hal ini mempamerkan bahawa kerjasama parti politik Melayu-Islam tidak dapat dipisahkan dalam permuafakatan politik yang dibentuk di Malaysia.

2.4.3 Kerjasama Parti-Parti Politik Melayu-Islam

Karya mengenai kerjasama politik parti-parti Melayu-Islam di Malaysia pula dihasilkan oleh Zambry Abdul Kadir (2005), Asyraf Wajdi Dusuki (2015), Idris

57

Zakaria (2013), Mohamed Mustafa Ishak (2014), Mujahid Yusof (2010). Menurut

Zambry Abdul Kadir (2005), parti Melayu-Islam merupakan asas parameter politik yang membentuk dan mempengaruhi politik pembinaan bangsa di Malaysia. Asas- asas yang mengatakan bahawa Melayu-Islam menjadi parameter dalam mempengaruhi politik pembinaan bangsa di Malaysia dapat sorot melalui karya- karya seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas (1974), Esposito dan Voll (1999) dan Siddiq Fadhil (2012). Penulisan-penulisan mereka secara langsung meletakkan bahawa Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan dalam kedudukannya di Malaysia terutama dalam bidang politik.

Asyraf Wajdi Dusuki (2015) banyak membincangkan isu dan polemik kerjasama antara UMNO dengan PAS dalam politik Malaysia. Beliau menekankan bahawa kerjasama antara UMNO dengan PAS sebagai keperluan untuk penyatuan umat

Islam di Malaysia. Begitu juga menurut Idris Zakaria (2012), beliau menyatakan bahawa persoalan perpaduan umat Melayu-Islam di Malaysia telah memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat di Malaysia. Beliau berpandangan bahawa perpaduan sesama umat Melayu-Islam di negara ini diperlukan sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas. Justeru, kerjasama antara parti Melayu-

Islam dilihat signifikan untuk mengelak perpecahan dalam kalangan umat Islam di

Malaysia.

Perbincangan kerjasama antara UMNO dengan PAS menurut Mohamed Mustafa

Ishak (2014) telah mencetuskan polemik berkenaan persoalan bangsa. Beliau mengatakan bahawa UMNO telah membangunkan konsep Bangsa Malaysia yang meletakkan dominasi Melayu sebagai tonggak kerajaan berbilang kaum. PAS pula

58

menawarkan konsep ‘Bangsa Islam’ iaitu sesiapa sahaja yang menerima Islam mereka dianggap sebagai bangsa Islam tanpa mengira kaum, warna dan kepercayaan.

Mujahid Yusof (2010) pula membincangkan konflik dalaman PAS termasuk juga krisis kerjasama PAS dengan UMNO dalam gabungan BN. Krisis tersebut menurut beliau telah membuka peluang kepada PAS untuk lebih dinamik dalam meneruskan kerjasama antara parti politik di Malaysia seperti PKR dan DAP.

Berdasarkan perbincangan dalam karya-karya sebelum ini didapati bahawa realiti politik di Malaysia tidak dapat lari daripada politik Melayu-Islam yang menjadi teras kepada pembentukan kerajaan sebelum zaman kemerdekaan. Parti-parti politik

Melayu-Islam pula secara langsung merujuk kepada parti UMNO dan parti PAS.

Kerjasama politik antara parti ini ada menyebabkan penyatuan dan ada juga yang menyebabkan perpecahan sehingga menjadi polemik dan dilema yang berterusan terutama kepada umat Islam di Malaysia. Ketiadaan suatu konsep perpaduan yang menyeluruh dilihat suatu keperluan yang mendesak untuk menyatukan masyarakat multi-etnik di Malaysia terutama bagi umat Islam. Justeru, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan gagasan perpaduan yang perlu dinilai secara positif dalam merangka agenda penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

2.4.4 Konsep Perpaduan Negara Madinah 622-632M

Sorotan karya mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam tidak ditemui dalam apa-apa penulisan berkaitan dengannya. Namun apabila diteliti secara terperinci penulisan berkaitan dengan sejarah perkembangan pembentukan kerajaan

59

berteraskan Islam menemukan penubuhan Negara Islam pertama iaitu Negara

Madinah pada 622M – 632M.

Untuk itu, karya-karya sirah berkenaan Nabi Muhammad SAW dijadikan sumber asas yang disoroti oleh para penulis. Misalnya, karya daripada Ibn Hisya>m (2009) dan al-Waqidi (2012) sering mendapat perhatian oleh sejarawan dan sarjana dalam perbincangan sorotan-sorotan sirah Rasulullah SAW. Catatan-catatan oleh dua penulis besar tersebut secara asasnya telah menjadi rujukan-rujukan penting para penulis yang meneliti sejarah pembentukan Negara Islam pertama iaitu Madinah.

Sarjana-sarjana seperti Muh}ammad Ibn ‘Abd al-Waha>b (1956), al-Bu>t}iy (1977), al-

Muba>rakfu>riy (2004), Abu Hasan Ali Hasani Nadwi (2005), M.A Salahi (1995),

Muhammad al-Ghazali (2010), K. H. Moenawar (2011), Munir Muhammad al-

Ghadbhan (2009), Khalil Abdul Karim (1999), Reza Aslan (2005), Tariq Ramadan

(2007) dan Amru Khalid (2014) merupakan penulis-penulis dari dunia Muslim yang menyoroti Sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, terdapat juga penulis-penulis dari Barat yang seperti Watt (1961), Lecker (1995), Black (2001) dan

Amstrong (1992) yang mengkaji sejarah pembentukan Madinah semasa hayat Nabi

Muhammad SAW sebagai pemimpin dan negarawan dengan menggunakan sumber daripada karya Ibn Hisya>m (2009) dan al-Wa>qidiy (2012).

2.4.4 (a) Sejarah Pembentukan Negara Madinah

Al-Bu>t}iy (1977) menyatakan bahawa pembentukan Negara Madinah bukan berlaku secara tiba-tiba, tetapi mempunyai perancangan dan strategi yang teliti dimulai

60

dengan kesepakatan-kesepakatan antara penduduk Yathrib dengan Rasulullah SAW ketika di Mekah lagi. Kesepakatan-kesepakatan ini berlaku sebanyak dua kali yang dikenali sebagai Bay‘at Aqa>bat Pertama dan Bay‘at Aqa>bat Kedua. Bay‘at Aqa>bat ini berlaku sekitar tahun 621-622M sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke bumi

Yathrib.

Muh}ammad Ibn ‘Abd al-Waha>b (1956) menyatakan bahawa sebelum berlakunya perjanjian Bay‘at Aqa>bat Pertama, Yathrib diwarnai dengan peperangan antara suku masyarakat di sana. Demografi masyarakat Yathrib terbahagi kepada tiga golongan besar iaitu Suku ‘Aws, Suku Khazraj dan golongan Yahudi (Suku terbesar ialah Bani>

Na>d}ir, Bani> Qurayz}at dan Bani> Qaynuqa‘). Peperangan antara dua Suku terbesar iaitu Suku ‘Aws dengan Suku Khazraj yang juga merupakan penduduk asal Yathrib sentiasa berlaku. Menurut M.A Salahi (1995) sekurang-kurangnya tercatat 12 kali peperangan antara Suku ‘Aws dengan Suku Khazraj pernah berlaku. Hal ini adalah disebabkan berebut pengaruh daripada masyarakat untuk mewakili kepimpinan

Yathrib.

Menurut M.A Salahi (1995) lagi, kemuncak kepada perselisihan antara dua Suku utama bumiputera Yathrib ini menyebabkan berlakunya peperangan Bu‘ath pada

618M iaitu empat tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW ke bumi

Yathrib. Peperangan Bu‘a>th berlangsung dengan hebat adalah disebabkan oleh propaganda-propaganda yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi untuk melemahkan kekuatan Suku Arab ‘Aws dan Khazraj di bumi Yathrib. Hasilnya menyebabkan kedua-dua kabilah Arab ini berpecah belah dan sukar untuk bersatu. Disebabkan itu menurut Naeem Siddiqi (1994), beliau menyatakan bahawa perpaduan dalam

61

kalangan bangsa Arab Yathrib (Suku ‘Aws dan Suku Khazraj) adalah sangat lemah sehinggakan dapat ditindas oleh kaum Yahudi yang merupakan golongan pendatang di bumi Yathrib.

Melihat kepada perbincangan daripada Muh}ammad Ibn ‘Abd al-Waha>b (1956), M.A

Salahi (1995) dan Naeem Siddiqi (1994), mempamerkan keadaan Yathrib pada ketika itu seakan-akan berada pada kekosongan dalam pemerintahan (vacuum of power). Hal ini bermaksud tiada sebuah kekuasaan politik yang diakui oleh seluruh

Suku bangsa yang terdapat di Yathrib. Ulasan yang sama dibuat oleh K.H

Monawwar Khalil (2001). Beliau menyatakan bahawa setelah sekian lama berperang antara dua suku terbesar ini, membuatkan masyarakat Yathrib berada pada tahap paling tinggi menginginkan perdamaian dan perpaduan dalam masyarakatnya.

Akhirnya proses ke arah mencari penyelesaian dalam kalangan Suku ‘Aws dan

Khazraj bermula dengan berlakunya dua perjanjian iaitu Bay‘at Aqa>bat Pertama dan

Bay‘at Aqa>bat Kedua. Kedua-dua perjanjian ini menjadi asas kepada peristiwa

Hijrah ke bumi Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madi>nat al-

Munawwarat. Sarjana Islam seperti al-Bu>t}iy (1977), Munir Muhammad al-Ghadban

(2009) dan Muhammad al-Ghazali (2010) menyatakan bahawa salah satu asas utama yang dibentuk oleh Rasulullah SAW dalam kedua-dua perjanjian tersebut adalah ikatan persaudaraan Islam yang membawa kepada perpaduan dan perdamaian serta seterusnya membentuk penubuhan negara yang berlandaskan agama.

62

2.4.4 (b) Konsep Perpaduan Berteraskan Islam

Perbincangan berkenaan dengan persaudaraan antara kaum Muslimin pada waktu pembentukan Negara Islam Madinah merupakan aspek terbesar yang bukan sahaja khusus kepada perbincangan politik Islam tetapi meliputi semua aspek yang melibatkan akidah, syariat dan akhlak dalam agama Islam. Karya-karya ini dilakukan oleh al-Bu>t}iy (1977), al-Ma>wardiy (1989), Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985), ‘Ali> ‘Abd al-

H}ali>m Mah}mu>d (1993), Musthafa al-Qudhat (1994) Ahmad Nabil Amir (2009).

Sorotan karya daripada al-Bu>t}iy (1977) dan Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985) membincangkan keseluruhan perkembangan sejarah pembentukan Madinah sejak bermulanya Islam di Mekah lagi. Perbincangan ini memasukkan analisis dari aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat Madinah. Ia dijelaskan secara kolektif bahawa tuntutan persaudaraan sesama Islam adalah asas penting dalam ajaran agama itu sendiri. Menurut al-Bu>t}iy (1977) dan Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985), tuntutan tersebut dinamakan ukhuwah Islamiah. Ukhuwah Islamiah ini yang dimeterai antara Suku

‘Aws dengan Suku Khazraj membentuk golongan Ansar dan seterusnya memperkasakan kesatuan umat Islam yang dibentuk persaudaraan antara golongan

Ansar dengan golongan Muhajirin seperti mana yang dirakamkan dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan orang Ansar yang telah menduduki Kota Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai mereka yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka mengutamakan Muhajirin atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang

63

terpelihara dari sifat bakhil, maka mereka adalah orang-orang yang berjaya” (Surah al-H}asyr, 59:9).

Menurut ‘Ali ‘Abd al-H}alim Mah}m>ud (1993) pula, beliau menyatakan bahawa ukhuwah Islamiah yang terbina antara golongan Ansar dengan Muhajirin ini merupakan isyarat awal dalam sejarah umat Islam yang sedang berkembang. Ia menunjukkan bahawa masyarakat baru ini memiliki ciri-ciri khas yang tiada pada masyarakat lain sepanjang sejarah kewujudannya. Ciri-ciri khas tersebut adalah saling mewarisi antara dua orang yang bukan setakat bersaudara malah lebih daripada itu saling mencintai, bantu-membantu dan saling menanggung kesusahan bersama serta menjalinkan persaudaraan dalam urusan agama dan dunia sekali gus.

2.4.4 (c) Persaudaraan Muhajrin dengan Ansar

Sorotan-sorotan dalam sub topik ini menjelaskan bahawa ukhuwah Islamiah antara

Muhajirin dengan Ansar merupakan strategi awal yang dibentuk oleh Rasulullah

SAW ketika tiba di Madinah. Sikap ini telah diterjemahkan dengan ikatan perpaduan yang mengikat kesatuan di atas kepercayaan ukhuwah Islamiah melalui hubungan persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ibn Hisya>m (2009) menyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri mengambil ‘Ali bin

Abi> T}ali>b sebagai saudara seagama Baginda SAW. Kemudian, ikatan persaudaraan dimajukan dalam kalangan sahabat yang lain iaitu Ja‘far bin Abi> T}ali>b dengan

Mu‘a>dh bin Jabal; H}amzat bin ‘Abd al-Mut}ali>b dengan Zayd bin al-H}arithat; Abu>

Bakr al-S}iddi>q dengan Khari>jat bin Z}ahi>r; ‘Umar Ibn al-Khat}t}ab dengan ‘Utba>n bin

64

Mali>k; Talh}at bin ‘Uba\ydillat dengan Zubayr al-Awwa>m; ‘Abd Rah}man bin ‘Awf dengan Sa‘ad bin Ra>bi’; dan Salma>n al-Fari>siy dengan Abu> Darda>’.

Al-Ma>wardiy (1978) menyimpulkan bahawa langkah Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat tersebut adalah untuk mempertingkatkan lagi sikap mengambil berat antara mereka dan menguatkan semangat bantu-membantu serta tolong menolong. Hubungan persaudaraan ini menunjukkan kesatuan di atas satu kepercayaan beragama. Seterusnya, gelombang ukhuwah tersebut memuncak dengan menyaksikan pertalian persaudaraan antara Muhajirin dengan Ansar sebagai asas kepada pembentukan politik perpaduan dalam Islam. Hal ini dijelaskan dalam al-

Qur’an yang bermaksud:

“Orang-orang yang datang selepas mereka (kaum Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Malayu Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-H}asyr, 59:10).

Melalui ayat ini, menurut ‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993), Ibn Layla mentafsirkan bahawa terdapat tiga kelompok manusia yang disebut iaitu, pertama, golongan yang beriman dan berhijrah dari Mekah ke Madinah, iaitu kaum Muhajirin.

Kedua, golongan yang terlebih dahulu menduduki Kota Madinah dan beriman sebelum kedatangan kaum Muhajirin, iaitu kaum Ansar. Ketiga, golongan yang datang setelah mereka, iaitu ta>bi’i>n (pengikut serta orang yang beriman di Madinah).

Kewujudan kelompok-kelompok ini mempunyai paradigma yang besar dalam mewujudkan masyarakat Islam yang mempunyai ikatan yang kuat. Ia dapat

65

membentuk strategi politik berasaskan agama dalam dasar pemerintahan. Hal ini dinyatakan dalam analisis yang dilakukan oleh al-Bu>t}iy (1977) dan Mus}t}afa> al-

Siba>‘iy (1985). Mereka mempunyai pandangan yang sama dalam menyatakan bahawa asas persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah SAW kepada kelompok- kelompok ini adalah ke arah pembentukan perpaduan yang menyeluruh dan bertujuan membentuk masyarakat Islam yang kuat. Jelas al-Bu>t}iy (1977) lagi, bahawa ketika kaum Muslimin sudah kuat dan mulai stabil di Madinah, dengan sendirinya ruh Islam menjadi ikatan bersama bagi masyarakat baru di Madinah.

Tiada protes sedikit pun daripada kaum Muslimin baik daripada golongan Ansar mahu pun Muhajirin ketika mereka dituntut untuk menjalinkan persaudaraan berasaskan akidah melebihi persaudaraan kekeluargaan. Justeru, persaudaraan yang diasaskan oleh Rasulullah SAW jelas merangkumi keseluruhan aspek kehidupan yang diinginkan oleh masyarakat pada waktu itu.

Melihat kepada perbincangan ikatan persaudaraan yang diasaskan oleh Rasulullah

SAW tersebut, Ahmad Nabil (2009) menyatakan keazaman politik perpaduan di

Madinah untuk mengetengahkan Islam sebagai wadah utama mewujudkan prinsip persamaan, persaudaraan, keadilan dan kemaslahatan kepada rakyat Madinah. Oleh itu, daripada rumusan tersebut dapat dijelaskan bahawa tindakan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di Madinah ketika itu sebenarnya telah mendasarkan kerangka politik perpaduan dalam teori politik Islam di Madinah.

Asas penting yang ditekankan ketika pembentukan kerangka politik perpaduan dalam kalangan masyarakat Madinah pada ketika itu adalah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdiri daripada Suku ‘Aws dan Suku Khazraj yang membentuk golongan Ansar dan

66

kaum Muslimin Mekah yang dikenali sebagai golongan Muhajirin. Menurut Abdul

Monir Yaacob (2013), setelah berjaya mengasaskan ukhuwah Islamiah antara golongan Ansar dengan Muhajirin dengan kukuh, Rasulullah SAW menumpukan kepada strategi untuk membentuk masyarakat baru berbilang suku, bangsa dan agama dengan membentuk kerjasama antara kaum dan kerjasama dari sudut politik dengan golongan bukan Muslim yang lebih dikenali sebagai al-taḥāluf al-siyāsī.

Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n (1982) pula menyatakan bahawa asas-asas seperti ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī yang menyebabkan Rasulullah SAW merangka dan mengisytiharkan suatu perlembagaan. Perlembagaan ini yang dinamakan kitab atau s}ahi>fat}, iaitu kanun tingkah laku atau piagam mengenai hak dan kewajipan pemerintah dan orang yang diperintah yang dkenali umum sebagai

Piagam Madinah.

2.4.4 (d) Piagam Madinah

Perbincangan aplikasi Rasulullah SAW di Madinah tidak dapat tidak daripada memberi perhatian kepada Piagam Madinah dan pengaruhnya dalam pembentukan negara Islam Madinah. Piagam Madinah secara lengkapnya diriwayatkan oleh Ibn

Ish}a>q (1981) dan Ibn Hisya>m (2009) yang ditulis secara sistematik dan lengkap. Para sarjana dan sejarawan banyak mengutip sumber daripada kedua-dua penulis Muslim ini. Piagam Madinah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa asing oleh para Sarjana Islam dan Barat. Terjemahan ke Bahasa Inggeris mempunyai banyak versi seperti Watt (1956), Serjeant (1964), Gill (1974) dan sebagainya. Hal ini

67

menunjukkan bahawa Piagam Madinah mempunyai kedudukan yang penting dalam perbincangan dan perbahasan politik dan ketatanegaraan dalam Islam.

Karya-karya mengenai Piagam Madinah boleh ditemui daripada penulis seperti

Muhammad Hamidullah (1968), Ahmad Ibrahim (1985) dan Nor Afifiah Ab Hamid

(2014). Perbahasan Piagam Madinah secara terperinci ditemui menerusi kajian oleh

Muhammad Hamidullah (1968). Pandangan utama beliau menyatakan bahawa terdapat dua bahagian dalam Piagam Madinah. Bahagian pertama piagam ini dibuat dalam tahun pertama Hijrah. Bahagian kedua telah ditambah pada tahun kedua

Hijrah selepas peperangan Badar. Pandangan ini dilihat selari dengan Ibn Manz}u>r

(1990) yang melihat kepada catatan di dalam Lisa>n al-‘Arab selepas rujukan dibuat kepada Piagam ini, ia telah memberi dua nama iaitu Kita>b li al-Muh}ajiri>n wa al-

Ans}a>r (peraturan bagi orang Muhajirin dan Ansar) dan Kita>b Rasu>l Allah s}alla>lahu

‘alayhi wa sallam li al-Yahu>diy (peraturan untuk orang Yahudi).

Analisis terperinci dalam kajian Piagam Madinah dalam versi Bahasa Melayu telah dijelaskan oleh Ahmad Ibrahim (1985) dan Nor Afifiah Ab Hamid (2014). Sorotan perbincangan menyatakan bahawa terdapat 47 fasal dalam Piagam Madinah.

Berkenaan dengan pembahagian fasal dalam Piagam Madinah dilihat selari dengan penulisan Hamidullah Muhammad (1968) yang menyatakan Bahagian Pertama iaitu fasal 1 hingga fasal 23 dikatakan ditulis sebelum Peperangan Badar. Bahagian

Pertama menyentuh kedudukan dan hubungan antara orang Muhajirin dengan orang

Ansar. Sementara Bahagian Kedua menjelaskan tentang hak dan tanggungjawab orang Yahudi di Madinah. Kedua-dua bahagian perjanjian ini menjadi satu perjanjian perlembagaan yang lengkap.

68

Sorotan perbincangan mengenai Piagam Madinah tidak dapat lari dari konsep ummah yang jelas ditemui di setiap perbincangan karya-karya yang ditulis oleh

Abdul Munir Yaacob (2013), Muh}ammad Fu>‘ad ‘Abd al-Ba>qiy (1994), al-Bu>t}iy

(1977), Munir Muhammad Ghadbhan (2009), Hamidullah (1975), Ahmad Ibrahim

(1985), ‘Ali ‘Abd al-H}alim Mah}mu>d (1993), Ahmed al-Raissouni (2015),

Syarifuddin Muhammad (2005) dan Tamim Ansary (2014).

Abdul Munir Yaacob (2013) membawa definisi ummah di Madinah dari sudut pengertian, konsep dan identiti menurut perbahasan sarjana Islam. Beliau dan

Muh}ammad Fu>‘ad ‘Abd al-Ba>qiy (1994) menyatakan perkataan ummah memberi pengertian dan kebanyakannya bermaksud “suatu kumpulan manusia”. Menurut al-

Bu>t}iy (1977) dan Ahmed al-Raissouni (2015), penggunaan ummah dalam al-Qur’an memberi erti yang pelbagai dan bersesuaian dengan maksud ayat secara keseluruhannya. Dalam perkembangan awal, perkataan tersebut merujuk kepada kaum tertentu sahaja seperti golongan yang beragama Yahudi, Kristian dan Islam.

Dua kesimpulan mengenai konsep ummah dalam Piagam Madinah. Pertama, penggunaan konsep ummah dikhususkan kepada umat Muhammad SAW.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu (wahai umat Muhammad SAW) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia” (Surah ‘Ali-‘Imra>n, 3:110).

Kedua, pengunaannya diumumkan dan diluaskan kepada setiap orang yang menerima kepimpinan Rasulullah SAW dan tinggal dalam negara Islam serta menurut aturan-aturan yang telah dipersetujui. Sorotan daripada Muhammad

69

Hamidullah (1968), Ahmad Ibrahim (1985) dan Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n (1982) pula menyatakan konsep ummah merangkumi tanggungjawab terhadap negara dan kepatuhan kepada perjanjian yang berasaskan kepada tanggungjawab seperti berikut:

1. Tanggungjawab seorang Muslim terhadap saudara Muslim yang lain. Seorang

Muslim tidak akan membiarkan saudaranya menanggung kesusahan dan

mereka perlu dibantu (Fasal 12). Mereka juga dianjurkan supaya menentang

kezaliman dan permusuhan dalam kalangan mereka sendiri (Fasal 12 dan

Fasal 22).

2. Orang Yahudi mempunyai tanggungjawab dan kedudukan yang sama dengan

golongan lain (Fasal 26- Fasal 32). Mereka dikehendaki untuk menentang

kezaliman bersama-sama (Fasal 40).

3. Setiap orang Islam dan Yahudi tidak boleh melakukan kezaliman dan

hendaklah memberi pertolongan (Fasal 16). Masing-masing perlu

menghormati jiran tetangganya seperti diri sendiri (Fasal 40).

4. Setiap orang dalam negara harus tolong menolong dalam menghadapi musuh

negara (Fasal 37 dan Fasal 44) dan tidak boleh berlaku khianat kepada negara

(Fasal 38).

Penjelasan di atas menunjukkan asas perlembagaan ini memperkenalkan konsep ummah yang diasaskan oleh persaudaraan. Persaudaraan ini merujuk kepada Muslim

70

yang bersatu, bantu membantu dalam peperangan, persamaan dan kebebasan yang luhur mengikut kehendak agama.

‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993) mengatakan bahawa konsep persaudaraan sesama Muslim merupakan tunjang kepada kerangka politik Islam di Madinah yang membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat Madinah. Perpaduan dalam kalangan rakyat Madinah ini harus melalui dua proses. Pertama, persaudaraan sesama Muslim ini melalui rakyat peribumi iaitu golongan Ansar yang terdiri daripada Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dengan rakyat yang bermastautin di Madinah seperti kaum Quraisy Mekah yakni golongan Muhajirin. Kedua, perpaduan melalui kerjasama dengan kaum Yahudi yang terdiri daripada Bani> Nad}ir, Bani> Qurayzat dan

Bani> Qaynu>qa‘.

Oleh yang demikian, rumusan kepada penulis-penulis di atas menyatakan bahawa antara tujuan Piagam Madinah ini dimaktubkan adalah untuk membentuk kesatuan politik dan mengatur sosio ekonomi Madinah. Konsep persaudaraan sesama Muslim dan kerjasama Muslim dengan Bukan Muslim yang merangkumi tindakan bantu- membantu dalam perkara yang tidak bercorak keagamaan seperti peperangan, persamaan dan kebebasan menjadi keutamaan dalam jaminan Piagam Madinah.

Gambaran konsep politik perpaduan yang dibentuk oleh Rasulullah SAW selepas mengemukakan Piagam Madinah dijelaskan seperti Jadual 2.1.

71

KONSEP POLITIK PERPADUAN NEGARA ISLAM MADINAH

KEPIMPINAN RASULULLAH

PIAGAM MADINAH

Perpaduan dan Persaudaraan Hubungan Agama dan Negara

Agama menjadi nilai tertinggi Kemuliaan Peribadi Insa>niyyat dalam negara Kemuliaan Masyarakat Negara melindungi Agama

Kemuliaan Politik Perlembagaan atas prinsip Agama Larangan Perbezaan

Syura Setia Di>niyyat Jaminan kebebasan dan Tolong Menolong keadilan

Meninggalkan Kepentingan Dunia

Tidak Mementingkan Diri Hak dalam undang -undang Wat}aniyyat Hak keadilan

Persamaan

Kebebasan

Rajah 2.1: Konsep Politik Perpaduan Negara Madinah Sumber: Abdul Munir Yaacob (2013), ‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993), Ahmed al-Raissouni (2015), Syarifuddin Muhammad (2005) dan Tamim Ansary (2014)

Berdasarkan Rajah 2.1., konsep politik perpaduan Negara Madinah meletakkan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai asas utama dalam pemerintahan. Melalui kepimpinan Rasulullah SAW, Piagam Madinah dibentuk dan diterima oleh semua pihak iaitu umat Islam dan bukan Islam sebagai satu perlembagaan yang menjadi rujukan oleh warganegara Madinah.

72

Antara tujuan Piagam Madinah adalah untuk memupuk kesatuan, perpaduan dan perdamaian secara bertulis sebagai perjanjian yang disepakati dalam masyarakat

Madinah. Oleh itu, Piagam Madinah juga disifatkan sebagai kerangka kepada perpaduan politik dalam masyarakat Madinah. Penyataan ini dapat dilihat daripada sorotan yang dilakukan oleh ‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993), Khalil Abdul

Karim (1999), Syarifuddin Muhammad (2005), Tamim Ansary (2014) dan Alies

Anor Abdul (2016).

‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993), beliau menyatakan perpaduan umat Islam pada masa itu menjadi sandaran kepada strategi politik Islam dalam mentadbir negara

Islam Madinah. Beliau menyatakan bahawa strategi tersebut meliputi tiga perpaduan.

Pertama, perpaduan insa>niyyat; kedua, perpaduan di>niyyat; dan ketiga, perpaduan wat}aniyyat.

Hal yang sama turut dinyatakan oleh Syarifuddin Muhammad (2005). Menurut beliau, perpaduan insa>niyyat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW di Madinah meliputi kemuliaan peribadi, masyarakat, politik dan larangan berbeza darjat.

Seterusnya, strategi tersebut dikemaskan melalui perpaduan di>niyyat yang memerlukan seorang Muslim memiliki sifat setia dan tolong menolong dalam hubungannya dengan Muslim yang lain serta meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dan dunia.

‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993) dan Syarifuddin Muhammad (2005) berpandangan bahawa perpaduan insa>niyyat dan di>niyyat secara langsung telah membentuk teras kepada perpaduan Islam. Mereka menyatakan kedua-dua teras ini

73

adalah ditujukan kepada golongan Muhajirin dan golongan Ansar di Madinah yang membentuk persaudaraan Muslim.

Menurut Alies Anor Abdul (2016) pula, beliau menyatakan bahawa kedua-dua teras perpaduan tersebut dijadikan kerangka pembentukan perpaduan dan perdamaiaan di negara bangsa menurut Islam yang diskopkan kepada keadilan, ihsan, rahmah dan hikmah. Beliau menambah bahawa rentetan daripada kejayaan menyatupadukan teras-teras ini yang dimiliki oleh generasi Muslim di Madinah, secara langsung ia bergerak menuju kepada perpaduan wat}aniyyat.

Menurut Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n (1982) perpaduan wat}aniyyat jelas kelihatan dalam Piagam Madinah yang memberikan keadilan dan ruang kebebasan kepada golongan bukan Islam menjalani kehidupan beragama dan bermasyarakat dalam negara Madinah yang jelas dipandu oleh syariat Islam. Seterusnya, membentuk dua perjanjian penting. Pertama, perjanjian sesama umat Islam iaitu ikatan ukhuwah

Islamiah. Kedua, perjanjian kerjasama antara bukan Islam atau dikenali sebagai al- taḥāluf al-siyāsī.

Tamim Ansary (2014) berpendapat, dalam Piagam Madinah perkara yang paling penting adalah semua penduduk Madinah tidak kira orang Islam mahu pun bukan

Islam berjanji bersama-sama mempertahankan bumi Madinah. Tambah beliau lagi, walaupun dokumen tersebut dianggap perlembagaan pertama di dunia, ia sebenarnya lebih kepada perjanjian pelbagai parti dari sudut politik perpaduan yang merangkumi ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī. Sementara itu, pandangan lain seperti

Khalil Abdul Karim (1999) menyatakan Piagam Madinah telah membentuk kesatuan

74

politik Negara Islam Madinah yang memberi kuasa kepada Suku Arab Quraisy

Mekah memegang tampuk pemerintahan Negara Madinah.

2.5 ANALISIS SOROTAN KARYA

Berdasarkan sorotan karya-karya mengenai kerajaan perpaduan yang telah dibincangkan sebelum ini, dikenal pasti terdapat dua model yang dikenal pasti dan diteliti. Model-model kerajaan perpaduan tersebut ialah GNU dan MPS. Secara rumusannya, terdapat dua perkara yang dapat dikenal pasti berdasarkan analisis sorotan karya. Pertama, menerusi keseluruhan karya yang ditulis oleh Noel dan Sid

(1993), Brass dan Paul (1991), Laver dan Schonfeld (1990), Laws (2012), Mial

(2008), Lederach (1995) mendapati bahawa pembentukan kerajaan perpaduan hanya berlaku di negara-negara Eropah dan Afrika. Sorotan perbincangannya mempamerkan bahawa konsep kerajaan perpaduan dilaksanakan terhadap negara- negara yang menghadapi konflik dan krisis perpaduan yang serius. Tujuan utama konsep kerajaan perpaduan adalah untuk menyatupadukan rakyat dan membina negara yang harmoni dalam amalan demokrasi.

Kedua, setakat yang diteliti belum ada mana-mana penulis yang membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan di dunia Islam atau pun negara yang bermajoritikan umat Islam. Jika ada pun karya yang membincangkan mengenai kerajaan perpaduan seperti yang ditulis oleh Hafiz Baqi (2004), beliau hanya membincangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di Malaysia yang menyentuh krisis perpaduan dalam kalangan masyarakat terutama dalam politik

Melayu-Islam. Sekiranya dikatakan pembentukan kerajaan perpaduan mampu

75

menyelesaikan konflik dan krisis perpaduan, adakah boleh dilaksanakan di Malaysia yang rakyatnya majoriti beragama Islam? Model manakah yang sesuai dibentuk di

Malaysia dan adakah perlu kepada pembentukan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

Seterusnya, hasil penelitian terhadap karya-karya mengenai konsep kerajaan perpaduan Islam pula mempamerkan bahawa pengkajian mengenai konsep ini belum dikaji dan ditulis oleh mana-mana penulis. Namun begitu, walaupun tiada rujukan karya yang meneliti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini, karya-karya mengenai sejarah pembentukan kerajaan Madinah 622-632M boleh dijadikan panduan dalam memberi gambaran awal untuk meneliti konsep ini secara mendalam.

Kajian ini penting dilakukan sebagai salah satu usaha untuk memperdalamkan lagi pengkajian mengenai konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam terutama untuk amalan negara-negara umat Islam seperti Malaysia.

Bertitik tolak daripada rumusan seperti yang dibincangkan di atas, maka kajian ini cukup penting untuk dijalankan. Malah, kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini merupakan sebuah kajian penerokaan yang belum pernah dijalankan sebelum ini.

Untuk itu, maka wajarlah kajian ini dilaksanakan bagi mengisi jurang pengetahuan dan mengembangkan lagi kajian ilmiah berkenaannya.

2.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, dapatlah dirumuskan satu kerangka konseptual kajian. Kerangka konseptual ini kajian dijadikan landasan oleh pengkaji

76

untuk menjelaskan aliran-aliran penyelidikan. Merujuk Rajah 2.2, kerangka konseptual kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kajian ini dilakukan melalui sumber utama iaitu, al-Qur’an dan Hadith. Kemudian, penelitian dilakukan terhadap Sirah

Rasulullah SAW terutama di Madinah. Pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah dan penggubalan Piagam Madinah merupakan contoh aplikasi yang terbaik.

Kedua, menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Proses dalam bahagian ini dilakukan dengan menganalisis data daripada sumber-sumber primer yang dilakukan terhadap parti-parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Data tersebut dinyatakan sebagai pemerintahan negara majoriti umat Islam yang di dalamnya dikelompokkan kepada golongan Muslim dan golongan bukan Muslim. Strategi yang terkandung dalam kelompok tersebut ialah konsep ukhuwah Islamiah dan taḥāluf siyāsī yang berkembang membentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam berdasarkan prinsip dan ciri yang ditetapkan.

77

Al-Qur’an Hadith Sirah Rasulullah SAW

Kepimpinan Islam dalam Negara Umat Islam

Ukhuwah Taḥāluf Bukan Umat Islamiah Siyāsī Islam Muslim

Konsep

Kerjasama antara dua pihak

Prinsip untuk membentuk kerajaan Ciri-ciri berteraskan kepada ukhuwah Insa>ni>yyat Kepimpinan Islamiah dan tah}aluf siya>si> Dini>yyat Syura Watani>yyat Jaminan Perlembagaan

Keadilan

Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam

Rajah 2.2: Kerangka Konseptual Kajian

Setelah mendapat hasil daripada analisis tersebut, bahagian ketiga pula merumus dan mencadangkan bentuk kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Rumusan ini adalah melihat kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia.

2.7 KESIMPULAN

Rumusan daripada sorotan kajian dan karya mengenai konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini masih terdapat lompang kajian. Penelitian ini didapati belum menemui pengkajian dan penulisan yang dilakukan mengenai konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Jika ada pun terdapat kajian dan karya berkaitan konsep kerajaan perpaduan dan aplikasinya dalam beberapa negara umat Islam, ia

78

hanyalah dibincangkan dalam kerangka konvensional tanpa menyentuh konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Oleh yang demikian, kajian ini penting dilakukan untuk menghasilkan ilmu baru dalam bidang politik dan kenegaraan Islam.

79

BAB 3

KAEDAH PENYELIDIKAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini dilakukan untuk memberi penjelasan mengenai kaedah penyelidikan yang dikenal pasti dan diguna pakai untuk mencapai objektif kajian. Menurut Silverman

(2000), memilih kaedah penyelidikan merupakan sebahagian perkara yang utama dalam sesuatu kajian. Tujuannya adalah supaya penyelidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan terancang. Berbekalkan pengaplikasian tatacara yang lebih sistematik dan terancang, maka para pengkaji dapat menentukan bahawa persoalan kajian yang diutarakan dapat dijawab dan maklumat yang diperoleh boleh diyakini

(Cohen et al., 2013). Oleh yang demikian, dalam usaha memenuhi keperluan objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab Satu, bab ini akan memperincikan kaedah penyelidikan yang diguna pakai dalam kajian ini. Justeru, perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, reka bentuk kajian; kedua, kaedah pengumpulan data; dan ketiga, kaedah penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan perancangan sistematik yang menentukan cara sesuatu penyelidikan dijalankan untuk mencapai objektif kajian. Reka bentuk kajian secara umumnya merujuk kepada prosedur atau bentuk penyelidikan seperti penerokaan, penjelasan, pensejarahan, kajian kes dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian dalam mencapai

80

objektif pengkajian yang telah ditentukan oleh pengkaji (David & Sutton, 2004).

Oleh yang demikian, pemilihan reka bentuk kajian yang sesuai akan memudahkan proses pengumpulan data dilakukan.

Menurut Creswell (2003) terdapat dua reka bentuk kajian iaitu reka bentuk kajian kualitatif dan reka bentuk kajian kuantitatif. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa reka bentuk kajian seperti kajian kes, kajian tindakan, kajian sebab- musabab, kajian cross-sectional, kajian deskriptif, kajian penerokaan, kajian eksperimen dan kajian pemerhatian.

Bagi kajian ini, reka bentuk yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Hal ini merujuk kepada fokus kajian yang menganalisis dan merumuskan kerajaan perpaduan berteraskan Islam serta seterusnya mencadangkan aplikasinya dalam bentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Bagi maksud yang lebih terperinci, kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan penerokaan dan deskriptif.

Menurut Chua (2011), sesebuah penyelidikan yang menggunakan kajian penerokaan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian penerokaan kebiasaannya berlaku pada permulaan sesuatu fenomena dan dilakukan apabila pemboleh ubah dan teori dasarnya tidak diketahui. Menurut Sekaran (2003) pula, kajian berbentuk penerokaan dilakukan apabila permasalahan kajian telah dikenal pasti tetapi maklumat berkaitannya masih kurang dan tiada maklumat yang berkaitan dengan kajian sebelumnya. Lantaran itu, tujuan reka bentuk kajian penerokaan dijalankan adalah untuk menilai dan mendalami sesuatu isu secara terperinci bagi membolehkan

81

seseorang pengkaji memahami sesuatu fenomena kontemporari dalam kehidupan sebenar (Patton, 2002). Dengan perkataan lain, fokus kajian penerokaan adalah bagi menyediakan satu platform baru ke arah kajian lanjutan terhadap sesuatu permasalahan.

Untuk mendalami isu kerajaan perpaduan berteraskan Islam secara lebih terperinci, meskipun terdapat penulisan-penulisan terdahulu berkaitan dengan konsep kerajaan perpaduan secara teori dan aplikasinya, namun masih belum ada lagi penelitian dilakukan terhadap teori dan amalan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dijalankan. Oleh yang demikian, bertepatan seperti dinyatakan oleh Sekaran dan Bougie (2011), mereka mengatakan bahawa kajian secara penerokaan merujuk kepada kajian yang belum atau sudah pernah diterokai oleh para pengkaji sebelum ini tetapi ia masih lagi kurang dan ia belum berjaya menghasilkan dapatan kajian yang dikehendaki. Lanjutan itu juga, maklumat dan pengetahuan yang mendalam diperlukan oleh pengkaji untuk memahami dan menilai permasalahan kajian secara terperinci yang telah dihuraikan sebelum ini (Hart, 1998).

Berdasarkan penjelasan-penjelasan mengenai reka bentuk secara penerokaan seperti yang dibincangkan oleh Hart (1998); Sekaran (2003); Chua (2011) serta Sekaran dan

Bougie (2011) tersebut, maka ia didapati sangat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan ini. Penelitian terhadap kajian-kajian lepas seperti yang dibincangkan dalam Bab Dua sebelum ini menunjukkan bahawa kajian mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam belum lagi diterokai oleh mana-mana pengkaji.

82

Sementara itu, kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Secara umumnya, kajian deskriptif memberikan gambaran tentang keadaan yang sedia ada.

Ia merupakan kaedah penyelidikan yang berusaha untuk menggambarkan dan menginterpretasi elemen-elemen sesuai dengan perkara yang hendak dikaji (Chua,

2006). Kaedah ini juga sering disebut sebagai non-eksperimen. Kaedah ini tidak melakukan kawalan dan manipulasi terhadap elemen subjek kajian. Kajian ini memungkinkan untuk melihat hubungan antara elemen, menguji hipotesis, mengembangkan generalisasi dan mengembangkan teori yang memiliki kesahan bersifat umum (Marshall & Rossman, 2006).

Tambahan pula, kajian deskriptif juga merupakan penelitian terhadap pengumpulan data bagi menguji persoalan kajian atau hipotesis yang berkaitan dengan keadaan dan kejadian sekarang (Zikmund, 2003). Ia melaporkan keadaan objek atau subjek yang diteliti sesuai dengan keadaannya. Oleh itu, kajian deskriptif pada umumnya dilakukan dengan tujuan utama, iaitu menggambarkan secara sistematik akan fakta dan ciri-ciri subjek yang diteliti secara tepat (Punch, 2005; Sverke, 2007).

Oleh itu, reka bentuk kajian deskriptif amat sesuai untuk dipakai dalam kajian ini. Ia bertujuan mengenal pasti dan menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia berdasarkan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Oleh itu, ciri yang terdapat dalam kajian deskriptif sebagaimana yang dihuraikan di atas dilihat sesuai digunakan apabila sesuatu permasalahan kajian itu telah dikenal pasti. Tambahan lagi, terdapat dua persoalan kajian berbentuk ‘bagaimana’ dalam kajian ini yang memerlukan penjelasan iaitu persoalan kajian (iv) dan (v). Persoalan kajian (iv) ialah bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam dilaksanakan di Malaysia?

83

Persoalan (v) pula ialah bagaimanakah kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan

Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-

Islam di Malaysia?

Kesimpulannya, kajian ini mempunyai dua reka bentuk iaitu pertama, reka bentuk penerokaan dan kedua, reka bentuk kajian deskriptif. Melalui kedua-dua reka bentuk kajian tersebut, terdapat dua fasa pelaksanaan kajian yang dilakukan. Pelaksanaan kajian di fasa pertama berkaitan dengan penelitian kajian-kajian lepas dan sorotan karya yang mempunyai kaitan dengan bidang kajian yang dilakukan. Penelitian tersebut menyumbang kepada pembentukan cadangan kajian dan seterusnya mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pengenalpastian tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah dokumen. Sementara pelaksanaan kajian di fasa kedua pula merupakan tahap penganalisisan berdasarkan kajian lapangan melalui temu bual informan. Melalui penganalisisan data temu bual tersebut, ia menyumbang kepada rumusan terhadap model kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data merupakan langkah penting yang dijalankan untuk mendapatkan data. Menurut Sabitha Merican (2005), kaedah pengumpulan data merupakan usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan data bagi menjalankan sesuatu tujuan penyelidikan. Penyelidikan kualitatif kebiasaannya bergantung kepada empat kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji.

Pertama ialah keterlibatan dalam kajian; kedua, pemerhatian secara langsung; ketiga,

84

kaedah temu bual; dan keempat, menganalisis dokumen-dokumen berkaitan, namun penggunaan kaedah-kaedah tersebut bergantung kepada jenis data yang dikumpulkan

(Sulaiman Masri, 2005; Creswell, 2003; Bovaird & Embretson, 2008). Secara umumnya, sumber maklumat yang hendak dikumpulkan dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, data primer; dan kedua, data sekunder (Silverman, 2000;

Patton, 2002).

Data primer merujuk kepada data yang dikumpulkan oleh pengkaji daripada sumber asli atau pertama dan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti temu bual, pemerhatian, kerja lapangan dan soal selidik (Glass, 1976). Data primer ini boleh dalam bentuk pendapat orang sama ada secara individu atau berkumpulan, pemerhatian terhadap sesuatu benda, kegiatan atau kejadian dan boleh juga dalam bentuk hasil ujikaji (De Leeuw, 2005). Data sekunder pula ialah data sedia ada yang dikumpulkan dan diproses oleh pengkaji-pengkaji terdahulu (Creswell, 2003). Data sekunder melibatkan sebarang bentuk penulisan sama ada dalam bentuk teks atau nombor yang diperoleh melalui perpustakaan, arkib, muzium, pusat data dan sebagainya (Chua, 2011).

Bagi maksud kajian ini, pengumpulan data melibatkan kedua-dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer tersebut dikumpulkan melalui kajian lapangan melalui kaedah temu bual. Sementara data sekunder dikumpulkan melalui kaedah dokumen. Perbincangan lanjut bagi pengumpulan kedua-dua data tersebut dalam kajian ini seperti berikut.

85

3.3.1 Pengumpulan Data Primer

Pengumpulan data primer dalam kajian ini melibatkan dua peringkat kajian. Pertama, peringkat kajian rintis dan kedua, peringkat kajian sebenar. Kedua-dua peringkat tersebut memerlukan maklumat secara langsung daripada informan berkaitan dengan subjek yang dikaji. Tujuan pengumpulan data tersebut adalah untuk mencapai objektif kajian kedua dan objektif kajian ketiga.

Data primer ini merupakan data yang diperoleh secara langsung oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah temu bual seperti yang disarankan oleh Schostak

(2006). Menurut Schostak (2006), kaedah temu bual adalah merujuk kepada suatu komunikasi secara langsung antara pengkaji dengan informan. Dalam temu bual tersebut, pengkaji bertanyakan soalan kepada informan secara bersemuka. Tujuannya adalah untuk memudahkan jawapan yang dikehendaki oleh pengkaji diperoleh kerana semasa temu bual dijalankan, pengkaji boleh mengemukakan penjelasan lebih lanjut berkaitan dengan soalan yang diajukan untuk informan lebih memahaminya.

Fokus dalam kajian lapangan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan perpaduan politik Melayu-Islam di Malaysia dalam kerangka kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kesemua maklumat data primer yang diperoleh melalui kajian lapangan dikumpulkan mengikut kriteria instrumen dan pensampelan kajian yang telah ditetapkan.

86

3.3.1 (a) Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpulkan data primer ialah sesi temu bual mendalam. Kajian ini menemu bual dua kumpulan informan iaitu, pertama, kumpulan ahli politik dan; kedua, kumpulan ahli akademik. Sesi temu bual yang dilakukan secara bersemuka (face to face interview) bagi menjawab persoalan- persoalan dalam objektif dua dan objektif ketiga.

Bagi mendapatkan jawapan yang komprehensif, temu bual ini menggunakan soalan berbentuk separa berstruktur (semi-structured questions) seperti yang disarankan oleh Schostak (2006) dan Klenke (2008). Dalam hal ini, sesi temu bual mendalam secara bersemuka dilihat dapat memberi ruang kepada pengkaji untuk menyelaras dan mengubah soalan apabila berhadapan dengan isu-isu yang tidak dijangka yang relevan dengan fokus kajian semasa temu bual dijalankan (Patton, 2002).

3.3.1 (b) Pensampelan Data

Proses pemilihan sampel merupakan peringkat bagi sesuatu maklumat yang mencukupi dapat diperoleh (Chua, 2011). Menurut Patton (2002), sampel-sampel kajian yang dipilih perlulah mewakili populasi dan dapat memberikan gambaran terhadap populasi kajian. Bagi tujuan kajian ini, kaedah pensampelan yang digunakan terbahagi kepada dua bahagian teknik persampelan dan profil sampel.

Sampel kajian dipilih melalui persampelan bertujuan (purposive sampling). Menurut

Engel dan Schutt (2010), persampelan bertujuan dipilih berdasarkan kesesuaian

87

empat kriteria. Pertama, persampelan bertujuan dibuat dengan mengambil elemen sampel terpilih mengikut tujuan yang ditetapkan. Kedua, persampelan bertujuan melibatkan pemilihan kumpulan tertentu daripada keseluruhan populasi. Ketiga, persampelan bertujuan dibuat untuk menilai keberkesanan subjek berdasarkan kriteria khusus. Keempat, persampelan bertujuan sesuai digunakan dalam kerja lapangan dengan mensasarkan kumpulan individu yang berpengetahuan mengenai topik yang dikaji. Melalui kaedah ini pengkaji diberi ruang untuk memilih sampel bagi mewakili populasi kajian berdasarkan pertimbangan dan kriteria seperti yang dinyatakan di atas.

Pengkaji menetapkan bilangan dan kategori informan tertentu yang terdiri daripada dua golongan informan. Pertama, ahli politik yang terlibat secara langsung terhadap dasar dan berautoriti dalam urusan parti yang diwakili. Kedua, golongan pakar yang dapat mengesahkan teori dan konsep yang hendak diketengahkan iaitu kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia.

Pemilihan informan temu bual dalam kajian ini adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Teknik ini digunakan atas dua sebab utama. Pertama, keperluan mendapatkan maklumat, pandangan dan pendapat yang mendalam dalam kalangan pakar berhubung masalah yang dikaji dan; kedua, permasalahan kajian ini bukan merupakan isu perbincangan umum dan tidak mampu dibincangkan di peringkat orang awam seperti yang dinyatakan oleh Engel dan Schutt (2010) sebelum ini.

88

Maka, data primer bagi kajian lapangan diperoleh melalui kumpulan sasaran iaitu melalui temu bual secara mendalam. Temu bual tersebut terdiri daripada dua profil informan. Pertama, kumpulan yang terlibat secara langsung dalam politik di

Malaysia iaitu ahli politik dalam kalangan Parti politik UMNO, Parti PAS dan Parti politik AMANAH. Kedua, kumpulan ahli akademik yang mempunyai kepakaran yang khusus dalam bidang politik Islam dan politik di Malaysia iaitu dalam kalangan pensyarah di Universiti Awam tempatan.

Soalan temu bual separa berstruktur (semi-srtuctured questions) melalui temu bual mendalam memainkan peranan penting untuk memberi dan mendapatkan pandangan serta pengesahan berhubung dengan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan hubungannya dengan kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Soalan- soalan temu bual yang berbentuk separa berstruktur ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pengkaji dan informan.

Menurut Klenke (2008), di pihak pengkaji, kaedah soalan temu bual separa berstrukutur ini dapat memberi kebebasan dan keluwesan dalam menyelaras soalan apabila berhadapan dengan isu-isu yang tidak dijangka yang relevan kepada fokus kajian semasa temu bual dijalankan. Di samping itu, pengkaji boleh juga mengutarakan persolan dan pertanyaan tambahan bagi mendapatkan penjelasan secara mendalam.

Di pihak informan pula, kaedah ini dilihat dapat memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjawab persoalan-persoalan mengikut panduan dan ruang lingkup soalan yang dikemukakan. Jawapan daripada soalan temu bual ini juga diguna pakai

89

untuk mendapatkan maklumat keseluruhan konsep kerajaan perpaduan berteraskan

Islam dan bagaimana dinamiknya pendekatan tersebut sebagai pengukuran terhadap kepentingan objektif kajian.

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji memerlukan penglibatan profil sampel yang terdiri daripada pimpinan parti politik UMNO, PAS dan AMANAH yang terlibat dalam menentukan dasar dan halatuju parti. Kumpulan ini dinamakan sebagai kumpulan ahli politik. Sebanyak enam (6) orang informan dikenal pasti dan dipilih untuk mewakili parti politik masing-masing.

Manakala satu kumpulan informan lagi dipilih menerusi kepakaran dan pengalaman terhadap pengkajian berkaitan politik Islam dan politik di Malaysia. Kumpulan ini dinamakan sebagai kumpulan ahli akademik yang terdiri daripada tiga (3) orang informan yang dipilih.

Hal ini memainkan peranan penting untuk memberi dan mendapatkan pandangan serta pengesahan berhubung dengan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Berdasarkan justifikasi di atas, maklumat kumpulan informan adalah seperti dalam Jadual 3.1. dan 3.2.

90

Jadual 3.1: Senarai Informan Ahli Politik

Bil Nama Informan Jawatan Pengalaman/Kriteria

1 YABhg. Tun - Pengerusi Institut 1. Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Haji Kefahaman Islam ke-5 (2004-2009) Ahmad Badawi Malaysia (IKIM) 2. Mantan Presiden UMNO ke-6 - Pengerusi 3. Mantan Pengerusi BN PETRONAS

2 YBhg. Dato’ - Pengarah Pilihanraya 1. Mantan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali PAS 2. Mantan Ahli Parlimen PAS 3. Mantan EXCO Kerajaan Negeri Terengganu (1999-2004) 4. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (1977) Kerajaan BN 5. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagaangan dan Perindustrian Malaysia (1974-1977) Kerajaan BN

3 YB Datuk Seri - Timbalan Menteri Luar 1. Setiausaha Politik Perdana Reezal Merican - Ahli Parlimen Kepala Menteri ke-5 Naina Merican Batas 2. Mantan Ketua Penerangan - Ahli Majlis Tertinggi Pemuda UMNO Malaysia UMNO 3. Ahli Mesyuarat Majlis Konsultansi - Timbalan Pengerusi Perpaduan Negara (MPKN) 2012- Badan 2014 - Perhubungan UMNO Pulau Pinang

4 YBhg. Dr. Wan - Pengarah Pusat Kajian 1. Mantan Ahli Parlimen Bachok Nik Wan Yusuf 2.Strategi Kelantan Setiausaha Politik Menteri Besar - Timbalan Pengarah Kelantan (2010-2013) Pilihanraya PAS

5 YBhg. Tuan Haji - Timbalan Presiden Parti 1. Mantan Ahli Parlimen Kubang Amanah Negara Kerian 2. Naib Presiden PAS

6 YB Tuan Haji Ir. - Ahli Parlimen Shah 1. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad Alam - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara

91

Jadual 3.2: Senarai Informan Ahli Akademik

Bil Nama Informan Jawatan Bidang Kepakaran/Kriteria

1 YBhg. Prof. Madya Profesor Madya Pusat 1. Pakar Politik Malaysia, Datuk Muhammad Pengajian Sejarah, politik dan Demokrasi dan Kerajaan Agus Yusof Strategi Fakulti Sains Sosial 2. Penganalisis Politik Malaysia dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia 2 YBhg. Dr. Kamarul Pengarah Institut Kajian Politik 1. Pakar Politik Malaysia, Zaman Yusuf Malaysia (MAPAN) UUM Demokrasi dan Kerajaan College of Law, Government 2. Penganalisis Politik Malaysia and International Studies (UUM COLGIS), Universiti Utara Malaysia 3 YBhg. Dato’ Dr. Idris Mantan Profesor Jabatan 1. Pakar teori politik Islam Zakaria Usuludin dan Falsafah Fakulti 2. Pakar teori kenegaraan al- Pengajian Islam Universiti Farabi dan Ibnu Sina Kebangsaan Malaysia

3.3.1 (c) Kajian Rintis

Kajian rintis adalah kajian yang dilakukan sebelum kajian sebenar (Sabitha Marican,

2005). Menurut Chua (2011), terdapat 12 fungsi kajian rintis perlu dilakukan.

Pertama, menguji dan membina keberkesanan alat kajian. Kedua, menilai kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian sebenar. Ketiga, membentuk cadangan dan garis kasar kajian. Keempat, menilai kesesuaian reka bentuk kajian. Kelima, menilai sama ada rangka dan teknik persampelan berkesan. Keenam, mengenal pasti masalah yang mungkin akan timbul dalam kajian sebenar. Ketujuh, menganggarkan kemungkinan-kemungkinan hasil kajian untuk menggarkan saiz sampel. Kelapan, menentukan jumlah dan sumber kewangan, peralatan yang diperlukan untuk kajian sebenar. Kesembilan, menilai keberkesanan teknik analisis kajian yang bakal digunakan dalam kajian sebenar. Kesepuluh, menilai kesesuaian soalan kajian.

Kesebelas, melatih pengkaji untuk menguruskan kajian sebenar dengan lancar dan

92

berkesan. Kedua belas, meyakinkan pihak penaja bahawa kajian tersebut berkesan dan akan membiayai dan menyokong kajian yang dijalankan.

Oleh yang demikian, kajian rintis ini dilakukan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian utama yang akan dijalankan dan tertumpu kepada pengujian terhadap soalan-soalan temu bual yang akan digunakan dalam kajian sebagaimana fungsi kedua dan kesepuluh kajian rintis yang dijelaskan oleh Chua (2011) seperti di atas. Berikut adalah pemilihan informan bagi kajian rintis.

Jadual 3.3: Senarai Informan Kajian Rintis

Bil Nama Informan Jawatan Bidang Kepakaran/Kriteria

1 YBhg. Prof. Dr. - Ketua Kluster Perpaduan 1. Pakar Hubungan Etnik di Mansor Mohd Noor Nasional Majlis Profesor Malaysia Negara (MPN) - Fellow Utama Institut 1. 2 Kajian Etnik (KITA) . Universiti Kebangsaan Malaysia

Informan kajian rintis dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Hal ini bermaksud informan yang terlibat adalah Ketua Kluster Perpaduan Nasional Majlis

Profesor Negara yang juga Fellow Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti

Kebangsaan Malaysia iaitu Profesor Dr. Mansor Mohd Noor. Beliau merupakan seorang pakar hubungan etnik dan perpaduan nasional di Malaysia. Informan ini dipilih berdasarkan kriteria yang diperlukan bagi melengkapkan kajian ini.

Seterusnya, hasil daripada maklum balas informan daripada kajian rintis mendapati soalan-soalan yang dikemukakan mudah difahami oleh informan tersebut. Walau

93

bagaimanapun, terdapat saranan daripada informan, soalan nombor 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 perlu dikemukakan kepada informan yang mempunyai maklumat dan pemahaman yang jelas dan mendalam mengenai isu yang dibangkitkan. Ulasan dan saranan yang lebih terperinci mengenainya dilampirkan dalam lampiran A. Hasil maklum balas semakan ini penting bagi tujuan penambahbaikkan dan pemurnian setiap soalan temubual yang telah dikenal pasti. Oleh itu, soalan temu bual yang dibina ini telah diuji kesahannya dan langkah seterusnya adalah melakukan kajian sebenar menerusi sesi temu bual bersama sembilan orang informan yang dikenal pasti mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dikaji.

3.3.2 Pengumpulan Data Sekunder

Data sekunder ialah data sedia ada yang dikumpulkan dan diproses oleh pengkaji- pengkaji terdahulu (Creswell, 2003). Menurut Chua (2011), data sekunder melibatkan sebarang bentuk penulisan sama ada dalam bentuk teks atau nombor yang diperoleh melalui perpustakaan.

Kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data sekunder. Data sekunder ini diperoleh daripada bahan-bahan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan seperti artikel dalam jurnal, disertasi, buku dan sebagainya bagi memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan dengan skop yang ingin dikaji iaitu konsep kerajaan perpaduan, konsep perpaduan dalam perspektif Islam, teori politik Islam dan sejarah penubuhan dan perjalanan Negara Islam Madinah. Di samping itu, penulisan-penulisan terhadap teori dan amalan kerjasama politik di Malaysia khususnya politik Melayu-Islam juga dijadikan data sekunder.

94

Data sekunder yang terkumpul di perpustakaan-perpustakaan dikategorikan kepada dua maklumat utama berdasarkan topik kajian. Pertama, maklumat yang diperoleh daripada bahan yang diterbitkan seperti kertas kerja seminar dan bengkel, laporan pengkajian dan disertasi. Selain itu, maklumat daripada capaian internet yang digunakan bagi mengukuhkan dapatan kajian juga menjadi sebahagian bahan dan maklumat ini.

Pengkaji menggunakan kaedah pencarian menerusi pangkalan data sekunder.

Kebanyakan maklumat-maklumat tersebut diperoleh dan disimpan (compurt- readable) melalui pangkalan data sekunder. Antara pangkalan data sekunder yang digunakan oleh pengkaji termasuklah JSTOR20, EBSCOHost21, ISI Web of

Knowledge22, ProQuest23, Scopus24 dan Oxford University Press e-journal full collection25.

20 JSTOR iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pelbagai disiplin. Pangkalan data sekunder JSTOR ini boleh dicapai melalui http://www.jstor.org/action/showBasicSearch

21 EBSCOHost iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi lebih 5000 jurnal pelbagai bidang. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://eds.b.ebscohost.com/ ehost/ search/basic? sid=12 c7bfce-36d3-4ffc-8d34-edbb62fa886f%40 sessionmgr115&vid=0&hid =104

22 ISI Wec of Knowledge iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi sains, sains sosial, sastera dan sains kemanusiaan. Pangkalan data sekunder ini boleh dicapai melalui apps. webofknowledge.com/UA_GeneralSearch_input.do?product=UA&search_mode=GeneralSearch&SI D=Et J7uQrWlJpOH7RvQ&preferencesSaved=

23 ProQuest iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pencarian tesis pelbagai disiplin. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://search.proquest.com/index? username=IPAUTO &password=IPAUTO

24 Scopus iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pelbagai disiplin dalam bidang sains sosial, sains kesihatan dan sains fizikal. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://www.scopus. com/home.url

25 Oxford University Press e-journal full collection iaitu pangkalan data sekunder yang menyediakan koleksi pelbagai disiplin seperti ilmu kemanusiaan, sains sosial dan undang-undang. Pangkalan data ini boleh dicapai melalui http://www.oxfordjournals.org/

95

Sementara maklumat kedua pula terdiri daripada sumber-sumber rujukan Islam.

Terdapat tiga sumber utama yang digunakan. Sumber utama pertama ialah al-Qur’an yang meliputi dalil ayat-ayat al-Qur’an. Pemilihan ayat-ayat al-Qur’an ini adalah berpandukan tafsiran para ulama mengenai dalil-dalil yang berkaitan dengan konsep perpaduan, persaudaraan, penyatuan, kerjasama dan perjanjian. Bagi tafsiran ayat- ayat al-Qur’an, pengkaji menggunakan kitab tafsir yang muktabar seperti Tafsi>r al-

Qur’a>n al-‘Az}i>m oleh Ibn Kathi>r (2004), Tafsi>r fi> Z}ila>l al-Qur’a>n di Bawah

Bayangan Al-Qur’an oleh Sayid Qutb (2000) dan Tafsir Al-Azhar oleh Hamka

(1990).

Justifikasi pemilihan kitab Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m oleh Ibn Kathi>r (2004) disebabkan tiga perkara. Pertama, tafsiran Ibn Kathi>r berbentuk tafsi>r bi al-ma’thu>r iaitu tafsiran al-Qur'an dengan al-Qur'an, seterusnya diikuti dengan pentafsiran dengan Hadith Marfu>‘’26 yang mempunyai kaitan dengan ayat yang ditafsirkan, kemudian diikuti pula dengan atha>r27 para Sahabat, ta>bi‘i>n dan ulama. Kedua, disandarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih daripada sabda Rasulullah SAW, para sahabat dan ta>bi‘i>n. Ketiga, mengandungi peringatan kisah-kisah Isra>’i>lliyya>t

(kisah yang dinukil daripada Bani Israil, baik yang beragama Yahudi atau Nasrani) sama ada peringatan secara umum atau khusus (Ali Hasan al-Aridl,1994).

Sementara kitab Tafsi>r fi Z}ila>lil al-Qur’a>n di Bawah Bayangan Al-Qur’an oleh

Sayyid Qutb (2000) terdapat empat justifikasi penggunaannya. Pertama, kitab tafsir ini berbentuk tafsi>r bi al-ra’y menggunakan Hadith-hadith sahih dalam

26 Hadis Marfu>‘ adalah Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda SAW (Muhammad Alawi Al-Maliki, 2006).

27 Jumhur ulama berpendapat atha>r adalah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, Sahabat dan ta>bi‘i>n (Al-Khat}īb, 1989).

96

pentafsirannya dan mengelakkan kisah-kisah Isra>il>liyyat. Kedua, kitab ini memberikan ringkasan tentang kandungan sesuatu surah sebelum memulakan pentafsiran. Ketiga, kitab ini dianggap sebagai sebuah pemikiran dan olahan baru dalam dunia pentafsiran al-Qur'an kerana mempunyai pendekatan tafsiran yang moden dan kontemporari. Keempat, kitab ini juga banyak mengemukakan idea dan pemikiran Sayyid Qutb. Kitab ini juga banyak menggambarkan hasrat beliau untuk kemajuan umat Islam (Nuim Hidayat, 2005).

Kitab Tafsir Al-Azhar (1990) pula dipilih kerana tiga justifikasi. Pertama, Tafsir Al-

Azhar merupakan kitab tafsir al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Nusantara khususnya di dunia Melayu Muslim (Ahmad Nabil Amir, 2014). Kedua, metodologi penafsiran yang digunakan dalam Tafsir Al-Azhar adalah metodologi al-tah}li>liy

(analisis). Metodologi al-tah}li>liy adalah suatu kaedah tafsir yang digunakan oleh mufassir untuk menjelaskan erti dan maksud ayat-ayat al-Qur’an dari pelbagai aspek dengan menghuraikan ayat demi ayat yang sesuai dengan susunan ayat yang terdapat dalam mushaf al-Qur’an, asba>b al-nuzu>l, muna>saba>t ayat (kolerasi antara ayat dan menjelaskan makna yang terkandung dalam ayat-ayat yang sesuai. Kedua, Tafsir al-

Azhar bercorak tafsir ada>b al-ijtima>‘iy. Hal ini bermaksud menafsirkan ayat-ayat al-

Qur’an sesuai dengan suasana sosial dan budaya masyarakat pada sesuatu waktu agar petunjuk-petunjuk daripada al-Qur’an mudah difahami diamalkan oleh semua golongan masyarakat (Yunan Yusuf, 2003).

Secara umumnya, penggunaan kitab-kitab tafsir tersebut dalam kajian ini dapat dikelompokkan kepada dua jenis pendekatan tafsir. Pertama, tafsi>r bi al-ma’thu>r

97

yang mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an berdasarkan rujukan al-Qur’an, Hadith, tafsiran para Sahabat Rasulullah SAW dan tafsiran para tabi‘i>n. Kitab tafsir dalam kelompok pertama ini yang digunakan ialah Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m (Ibn Kathi>r,

2004). Kedua, tafsi>r al-‘asr al-h}adi>th (moden) yang menggabungkan pendekatan tafsi>r bi al-ma’thu>r dengan tafsir al-‘aql atau tafsi>r bi al-ijtiha>d. Kitab tafsir dalam kelompok ini pula ialah Tafsi>r fi> Z}ila>l al-Qur’a>n di Bawah Bayangan al-Qur’an

(Sayid Qutb, 2000) dan Tafsir Al-Azhar (Hamka, 1990) (Mohd Shukri Hanapi,

2012).

Terjemahan secara zahir ayat-ayat al-Qur’an berbahasa Melayu yang digunakan dalam kajian ini adalah Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an

(Abdullah Muhammad Basmeih, 2001). Tafsir ini dipilih kerana huraian dan tafsirannya yang telah menggunakan rujukan-rujukan muktabar yang menggabungkan pendekatan tafsi>r bi al-ma’thu>r, tafsi>r bi al-ra’y dan tafsi>r al-‘as}r al-h}adi>th (Mohd Shukri Hanapi, 2012).

Sumber utama kedua ialah meneliti dalil-dalil yang terdapat dalam Hadith yang berkaitan dengan fokus kajian. Kitab Hadith yang dirujuk ialah syarah Hadith daripada empat kitab Hadith yang utama iaitu S}ahi>h al-Bukha>riy, S}ahi>h Muslim,

Ja>mi’ al-Tirmidhiy dan Sunan Abu> Da>wud. Kitab syarah kepada empat kitab sebelum ini antaranya ialah kitab Fath} al-Ba>riy Syarh} S}ahi>h al-Bukha>riy, kitab

Syarh} al-Nawa>wiy ‘ala> S}ahi>h Muslim, Tuh}fat al-Ah}wadhiy bi Syarh} Ja>mi‘ al-

Tirmidhiy dan ‘Awn al-Ma‘bu>d Syarh} Sunan Abi> Da>wud. Empat kitab Hadith yang digunakan ini mempunyai keautoritian yang dikenali sebagai Sunan Sittat

(Muh}ammad Abu> Syuhbat, 1969; Ibn S}ala>h}, 2000).

98

Sumber utama ketiga pula ialah meneliti sumber daripada Sirah Nabi Muhammad

SAW. Penelitian yang dilakukan terhadap Sirah Nabi Muhammad SAW selepas membuat rujukan terhadap al-Qur’an dan Hadith. Perbincangan dalam Sirah kebanyakkannya telah terdapat dalam Hadith. Kitab-kitab Sirah yang menjadi bahan rujukan adalah untuk mengukuhkan hujah daripada dalil Hadith. Bagi kajian ini, terdapat beberapa kitab Sirah yang dihasilkan oleh ulamak dan buku Sirah yang ditulis oleh pengkaji Muslim kontemporari digunakan. Pertama, kitab Fiqh Si>rat:

Dira>sat Minh}a>jiyy>at ‘Ilmi>yyat li-S}irat} al-Must}a>fa> ‘Alayhi S}alat wa Sallam yang dihasilkan oleh al-Bu>t}iy (1977); kedua, kitab Rah}eeq al-Makhtum: Sirah

Nabawi>yyah SAW yang dihasilkan oleh Safiyyu al-Rah}ma>n al-Muba>rakfu>riy (2004) dan kitab al-Si>rat al-Nabawi>yyat Duru>s wa 'Ibar yang dihasilkan oleh Mus}t}afa> al-

Siba‘iy (1985). Sementara buku Sirah pula, buku In Footsteps of the Prophet:

Lessons from the Life of Muhammad yang ditulis oleh Tariq Ramadan (2007) dan buku Di Bawah Naungan Sirah Nabawiyah Iktibar Disebalik Kerasulan Muhammad

SAW yang ditulis oleh Amru Khalid (2014).

Bagi mengumpul data sekunder yang dinyatakan sebelum ini, pengkaji mengunjungi perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia, perpustakaan Universiti

Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, perpustakaan Tun Sri Lanang

Universiti Kebangsaan Malaysia, perpustakaan Zaa’ba Universiti Malaya, perpustakaan Akademi Daeratul Maarifil Wataniah Kepala Batas, Pusat Sumber

Negeri Pulau Pinang, Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Perpustakaan Awam

Perbadanan Labuan dan Pusat Sumber Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam

(ISDEV) Universiti Sains Malaysia.

99

Penggunaan kajian kepustakaan seperti yang dibincangkan di atas membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat berkhubung kajian yang dijalankan dan memudahkan kerja pengkajian di lapangan (Chua, 2011). Kajian kepustakaan amat penting bagi memenuhi objektif-objektif kajian yang dtetapkan. Rujukan terhadap semua sumber data sekunder berdasarkan dua klasifikasi maklumat yang dinyatakan akan membawa kepada pembinaan konsep kajian berkaitan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

3.4 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Kaedah penganalisisan data merupakan suatu proses analisis dan interpretasi data selepas berlakunya pengumpulan data. Menurut Jamilah Osman (2011), analisis dan interpretasi data ialah proses akhir ketika melakukan kajian. Pandangan ini selaras dengan Burn (1995) yang menyatakan bahawa kaedah penganalisisan data harus dilakukan selepas proses pengumpulan data.

Menurut Patton (2002), tidak ada satu garis panduan ketika melakukan penganalisisan data. Beliau menyatakan bahawa penganalisisan data haruslah berdasarkan tahap kecekapan, kemampuan dan ketinggian keilmuan pengkaji. Ia perlu bersesuaian dengan matlamat akhir analisis dan interpretasi data iaitu untuk menghuraikan maksud sebenar data yang terkumpul agar dapat difahami oleh pembaca.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam kaedah penganalisisan data. Contohnya, analisis kandungan, analisis tekstual, analisis

100

inferens, analisis kontekstual dan sebagainya (Chua, 2011). Dalam kajian ini, penganalisisan dan interpretasi data primer dan data sekunder menggunakan kaedah analisis kandungan.

Pendekatan analisis kandungan yang digunakan adalah untuk meneliti dan menjelaskan secara sistematik makna atau kandungan yang kompleks, besar dan tidak tersusun dokumen yang dikaji (Othman Lebar, 2006). Data yang dikumpulkan dianalisis untuk membentuk tema-tema khusus atau umum (Sabitha Marican, 2005).

3.4.1 Penganalisisan Data Primer

Data primer dalam kajian ini diperoleh melalui temu bual dengan kumpulan informan seperti yang dijelaskan sebelum ini. Justeru, untuk menganalisis data-data secara komprehensif, perisian ATLAS.ti versi 7.1.8 (PAV7.1.8) iaitu salah satu daripada computer-assited qualitative data analysis software (CAQDAS) telah digunakan oleh pengkaji.

Penggunaan PAV7.1.8 merupakan kaedah penganalisisan data yang berbantukan komputer dalam perisian analisis data kualitatif. Menurut Silverman (2000),

PAV7.1.8 mempunyai empat kelebihan dalam penganalisisan data kualitatif.

Pertama, PAV7.1.8 mampu menganalisis data yang banyak dan pelbagai. Kedua, mengurangkan kesukaran kekerapan fenomena. Ketiga, menentukan data yang menyimpang. Keempat, membantu membuat keputusan terhadap persampelan.

101

Secara umumnya, untuk memahami penggunaan software PAV7.1.8, Van Nes

(2009) menjelaskan tiga langkah penting penggunaannya. Pertama, pengkaji perlu mengeluarkan setiap soalan dalam temu bual itu ke dalam sebuah petikan. Secara amnya, data mesti ditandakan sebagai rujukan yang tidak diperlukan dalam bentuk temu bual dan ia juga boleh menjadi data lain seperti literatur yang berkaitan pengkajian, pemerhatian pengkaji, gambar atau video pengajaran dan sebagainya.

Kedua, pengkaji mengkategorikan setiap penemuan petikan yang telah dimasukkan ke dalam perisian, dan ditandakan dalam senarai kod yang pengkaji kehendaki.

Petikan dikelaskan kepada beberapa kod yang telah ditentukan oleh pengkajian atau penemuan yang pengkaji sendiri kaitkan. Ketiga, pengkaji menganalisis data temu bual dengan menyambungkan kod yang berkaitan pada setiap petikan yang telah ditandakan. Pelbagai penemuan data yang dibentangkan oleh pengkaji dan dikembangkan dengan hubungan kod dan petikan yang telah dibuat. Kemudian hasilnya dapat dilihat melalui gambaran penemuan kajian dalam bentuk rangkaian.

Dalam kajian ini, proses analisis data primer akan memasukkan teks temu bual yang telah dijalankan ke atas semua informan dalam kalangan dua kumpulan informan tersebut. Oleh itu, tugas utama PAV7.1.8 adalah untuk menyediakan alat bagi memudahkan kod diproses dan dikategorikan mengikut tema dalam bentuk visual dan network bagi tujuan tafsiran (Othman Talib, 2014). Contoh muka depan perisian

PAV7.1.8 ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

102

Rajah 3.1: Muka Depan Perisian PAV7.1.8

Lapan prosedur analisis data dijalankan melalui PAV7.1.8 bagi menganalisis dapatan kajian seperti yang disarankan oleh Drijvers (2012), Othman Talib (2013), Friese

(2014) dan Afriansyah (2016). Pertama, dibuat Heurmeunistic Unit (HU), sebagai langkah awal dalam penggunaan PAV7.1.8. Ia seperti membuat dokumen baru dalam

Microsoft Office Word, dan beri nama HU tersebut.

Kedua, beberapa Primary Document (PD) ditentukan. PD ialah semua dokumen yang ingin dianalisis berupa teks, grafik, audio atau visual yang diberikan nama seperi PD1, PD2 dan seterusnya (Othman Talib, 2013). Selepas membuat PD dengan memasukkan data yang dianalisis ke dalam software PAV7.1.8, data didapati dalam bentuk text, pdf, gambar, foto, audio, ataupun visual. Secara tidak langsung beberapa

PD direkod oleh PAV7.1.8 mengikut bilangan data yang telah dimasukkan.

Ketiga, data dipilih dengan membuat beberapa quotation daripada setiap data yang penting. Dengan memberikan quotation di setiap data, PAV7.1.8 memberikan

103

kemudahan kepada para pengkaji untuk menyimpan dokumen dan untuk mendapatkannya semula (Friese, 2014; Afriansyah, 2016). Quotation yang telah dibuat, dapat dilihat dalam Quotation Manager.

Keempat, coding diberikan untuk menentukan kod yang akan digunakan

(disesuaikan menurut sumber ataupun penemuan pengkaji). Kemudian, data ditanda dengan kod yang sesuai. Kelima, analisis dilakukan dengan membuat suatu gambaran jaringan (network). Gambaran jaringan ini dapat membantu dalam menelusuri hubungan antara penemuan yang dianalisis dengan penemuan-penemuan lain ataupun dengan kod yang telah ditandakan.

Keenam, data dikenal pasti dengan menggunakan Query Tool. Penggunaan Query

Tool adalah untuk menganalisis hubungan antara data masing-masing melalui kod yang telah dibuat sebelumnya pada setiap data. Ketujuh, memo dihasilkan untuk digunakan bagi mendokumenkan dan memberikan komentar terhadap analisis yang dibuat.

Kelapan, output dihasilkan bagi merujuk kepada dapatan kajian yang dapat diperoleh dari analisis data berbantukan PAV7.1.8 yang berbentuk XML atau HTML. Rajah

3.2 berikut menunjukkan ringkasan prosedur penggunaan PAV7.1.8 dalam analisis dapatan.

104

Mencipta Hermeneutic Unit Membuat gambaran dan menulis hasil dapatan kajian Menentukan Primary Mengeksport Documents data

Menemukan bahagian Jadual HTML yang relevan

Mencipta kod dan memo

Merangka teori : Mengabung jalin konsep Mengimport keterangan/maklumat kepada jaringan baru sekiranya diperlukan

Rajah 3.2: Prosedur penggunaan PAV7.1.8 dalam Penganalisisan Data Kajian (Diadaptasi daripada Drijvers, 2012)

Berdasarkan lapan prosedur penggunaan PAV7.1.8 dalam penganalisisan data dapatan kajian ini, ia dapat membantu pengkaji mengorganisasi, membuat pengkodan dan menganalisis data kajian secara efisien dan berstruktur. Ia juga berupaya membuat pengkodan teks dan audio dengan mudah yang memudahkan melakukan trigulasi dengan pelbagai jenis pengumpulan data. Di samping itu,

PAV7.1.8 juga membuat ‘link’ antara teks dengan mudah dengan menggunakan arahan ‘drag & drop’ dan seterusnya dapat menghasilkan gambar rajah analisis yang kemas melalui ‘network view’.

Berdasarkan penerangan di atas, perisian PAV7.1.8 digunakan dalam kajian ini dengan menentukan kod dan tema dalam transkrip temu bual selari dengan objektif kajian. Penganalisisan menggunakan perisian PAV7.1.8 bagi mencari kod dan tema dalam transkrip temu bual dan seterusnya menentukan hasil dapatan dalam kajian

105

ini dibuat dalam sebahagian Bab Enam. Dengan penghasilan kod dan tema yang diekstrak daripada transkrip temu bual memudahkan dalam membuat analisis dan rumusan berkaitan kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

3.4.2 Penganalisisan Data Sekunder

Penganalisisan data sekunder terdiri daripada bahan-bahan bertulis seperti yang dibincangkan sebelum ini. Ia dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Prosedur penganalisisan data ini bermula dengan usaha pengkaji membaca, meneliti dan menganalisis semua bahan bacaan bertulis yang berkaitan bagi tujuan mengenal pasti konsep persaudaraan Islam, perpaduan dan proses perpaduan dan kerjasama dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim di Negara

Madinah 622-632M serta melihat keselarasan hubungan dengan perpaduan politik

Melayu-Islam di Malaysia secara teori dan praktikal.

Hal ini selari dengan saranan oleh Maxwell (2012) yang menganjurkan prosedur yang sistematik dengan memberikan tumpuan kepada terma, karektor, tema, perenggan, item dan konsep. Pemahaman teks ini kemudiannya akan ditafsirkan bagi membina kesimpulan dan pendapat bagi persoalan berkaitan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan amalannya di Malaysia.

106

Secara umumnya, bagi menjawab persoalan kajian dan objektif kajian yang dijalankan, kaedah analisis yang digunakan bagi menyempurnakan kehendak tersebut adalah seperti yang dijelaskan pada Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Hubungan Objektif Kajian, Persoalan Kajian, Kaedah Pengumpulan Data dan Kaedah Penganalisisan Data

OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN KAEDAH PENYELIDIKAN

Data Data

Kajian

Kaedah Kaedah

Reka Bentuk

Pengumpulan

Penganalisisan 1. Mengenal pasti i. Apakah pandangan sarjana konsep kerajaan Islam terhadap konsep perpaduan berteraskan kerajaan perpaduan Islam berteraskan Islam?

ii. Apakah acuan konsep

kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

iii. Apakah prinsip-prinsip enerokaan

P kerajaan perpaduan

Kajian Kepustakaan berteraskan Islam? Analisis Kandungan

iv. Apakah ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

2. Menganalisis v. Bagaimanakah kaedah kerjasama parti politik perpaduan parti politik Melayu-Islam di Melayu-Islam dilaksanakan Malaysia berdasarkan di Malaysia? konsep kerajaan perpaduan berteraskan vi. Bagaimanakah konsep

Islam kerajaan perpaduan berteraskan Islam sesuai digunakan untuk membentuk perpaduan dalam kalangan 7.1.8

parti politik Melayu-Islam di PAV

Malaysia? Deskriptif

Analisis Analisis Kandungan 3. Mencadangkan vii.Apakah bentuk kerajaan Temu Bual Informan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam perpaduan berteraskan dalam kerjasama parti politik Islam dalam Melayu-Islam di Malaysia? kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia

107

Jadual 3.4 menunjukkan hubungan antara objektif kajian, persoalan kajian dan kaedah analisis kajian. Dari sini, terdapat enam persoalan kajian untuk menjawab tiga objektif kajian. Daripada objektif pertama iaitu mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, terdapat tiga persoalan yang perlu dijawab seperti yang digambarkan dalam Jadual 3.3. Pertama, apakah pandangan sarjana Islam terhadap konsep kerajaan berteraskan Islam? Kedua apakah acuan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Ketiga, apakah prinsip-prinsip kerajaan perpaduan berteraskan

Islam? Keempat, apakah ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Untuk menjawab kesemua persoalan tersebut, kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan.

Bagi objektif kedua pula iaitu menganalisis perpaduan parti Melayu-Islam di

Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Maka terdapat dua persoalan kajian yang harus dijawab. Pertama, bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam dilaksanakan di Malaysia? Kedua, bagaimanakah kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kaedah analisis kandungan dan PAV7.1.8 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada teks temu bual yang dijalankan.

Begitu juga bagi objektif ketiga iaitu mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia hanya terdapat satu persoalan kajian yang harus dijawab. Apakah bentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

108

Penggunaan kaedah analisis kandungan dan PAV7.1.8 digunakan untuk menganalisis data primer yang diperoleh melalui temu bual seperti yang dijelaskan sebelum ini.

3.5 Carta Alir Kajian

Carta alir kajian ini mempamerkan kerangka dan prosedur kajian secara keseluruhan.

Ia dibina untuk menjelaskan lagi kedudukan kajian ini. Carta alir kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 3.3 seperti berikut.

KerajaanKonsep Perpaduan Kerajaan Berteraskan Perpaduan BerteraskanIslam dengan Islam Rujukan: KajianKhusus Kes Parti Parti Politik Politik Melayu Melayu-Islam-Islam Di Di Malaysia Malaysia

Kebolehpercayaan Data Primer -Kesahan Data Data Sekunder

-Keutuhan Data

Persampelan Kajian Kepustakaan

Kajian Rintis

Bina Soalan Teliti Dan Amati Dokumen Kandungan Mesej Bertulis Temu Bual Secara Berulang Kali

Bina Pendapat Dan Temu Bual Rumusan-Kerangka Konseptual Kajian Sebenar Analisis Data

Mengklasifikasi Data

Menulis Laporan

Rumusan Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Dalam Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam Di Malaysia

Rajah 3.3: Carta Alir Kajian

109

Rajah 3.3 ini juga menggambarkan prosedur perjalanan kajian secara keseluruhannya yang merangkumi tiga bahagian seperti yang dihuraikan dalam Bab 3 ini. Bahagian pertama, reka bentuk kajian. Bahagian kedua, kaedah pengumpulan data. Bahagian ketiga, kaedah penganalisisan data. Akhirnya, dibuat rumusan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia.

3.6 KESIMPULAN

Dalam sesebuah penyelidikan, pemilihan metodologi kajian yang sesuai sangat penting bagi memastikan data yang diperlukan menepati kehendak kajian. Secara keseluruhannya, metodologi kajian yang digunakan dalam tesis ini merangkumi tiga bahagian. Bahagian pertama, reka bentuk kajian iaitu reka bentuk penerokaan.

Kedua, kaedah pengumpulan data yang menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan menerusi temu bual mendalam. Ketiga, kaedah penganalisisan data menggunakan analisis kandungan. Transkrip data temu bual dianalisis menerusi

PAV7.1.8. Ketiga-tiga bahagian ini digunakan sepenuhnya dalam proses mendapat, mengumpul dan menganalisis data kajian. Tafsiran dan rumusan penemuan kajian ini kemudiannya dibincangkan dalam Bab Empat, Bab Lima dan Bab Enam.

110

BAB 4

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DARI PERSPEKTIF SARJANA ISLAM

4.1 PENDAHULUAN

Perbincangan dalam bab ini dilakukan untuk menjawab objektif pertama kajian iaitu mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Selain itu, bab ini penting untuk melengkapkan perbincangan dalam Bab Kedua tesis ini yang sebahagian perbincangannya mempunyai kaitan dengan pembinaan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Oleh yang demikian, Bab Empat ini menjawab persoalan kajian bagi mencapai objektif pertama iaitu apakah pandangan sarjana Islam terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Berpandukan persoalan kajian tersebut, maka penelitian dalam bab ini dilakukan dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah pandangan sarjana terhadap kerajaan perpaduan di dunia Muslim. Sementara bahagian kedua pula membincangkan pandangan sarjana Islam terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

4.2 PANDANGAN SARJANA TERHADAP KONSEP KERAJAAN PERPADUAN DI DUNIA MUSLIM

Secara realitinya, terdapat kelemahan dan kegagalan dalam kerajaan perpaduan yang dibina pada peringkat dunia Muslim. Sebagai contoh, daripada pandangan sarjana terhadap kerajaan perpaduan Negara Muslim seperti Palestin dan Indonesia,

111

kelemahan dan kegagalan ini disebabkan oleh tiga faktor seperti yang dibincangkan dalam Subtopik 4.2.1, 4.2.2 dan 4.2.3.

4.2. 1 Kerajaan Perpaduan di Dunia Muslim dibentuk Menurut Acuan Demokrasi Barat

Di dunia kini konsep kerajaan perpaduan dibahagikan kepada dua model iaitu GNU dan MPS. Ia diaplikasikan di kebanyakan negara di Eropah, Afrika dan Asia seperti yang dibincangkan dalam Bab Dua tesis ini. Kerajaan perpaduan Indonesia telah dibentuk pada tahun 1998 selepas berlakunya reformasi politik yang menjatuhkan pemerintahan Presiden Suharto. Model kerajaan perpaduan Indonesia berasaskan model MPS iaitu sebuah model pembentukan kerajaan berdasarkan permuafakatan antara semua parti politik yang memenangi pilihan raya peringkat parlimen. Terdapat dua faktor utama dibentuk kerajaan perpaduan Indonesia. Pertama, melakukan reformasi terhadap sistem demokrasi selepas berlakunya pemerintahan diktator di bawah regim Suharto; dan kedua, mengatasi kegawatan ekonomi Indonesia akibat kesan secara langsung krisis ekonomi Asia 1997 (Ambardi, 2008).

Hermawan Sulistyo (2002) menyatakan kerajaan perpaduan Indonesia didokongi oleh lima buah parti politik yang memenangi kerusi parlimen. Lima buah parti politik tersebut ialah Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Partai Golongan

Karya (GOLKAR), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), Partai Persatuan

Pembangunan (PPP), dan Partai Amanat Nasional (PAN). Mereka bersetuju menjalinkan kerjasama politik bagi membentuk kerajaan.

112

Berikut adalah Jadual 4.1 yang menunjukkan peratusan jumlah kerusi dan undi lima parti politik utama pada Pilihanraya Umum Indonesia (DPR) tahun 1999.

Jadual 4.1.: Peratusan Jumlah Undi Lima Parti Politik Utama DPR 1999 Parti Politik Kerusi# (%) Undi(%) PDI-P 30.8 33.8 GOLKAR 24.0 22.5 PKB 10.2 12.6 PPP 11.8 10.7 PAN 7.0 7.1 Lain-lain^ 8.6 8.8 Sumber: Hermawan Sulistyo (2002)

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa PDI-P menang dengan satu pertiga daripada jumlah undi yang sah iaitu sebanyak 33.8 peratus. Hal ini telah meletakkan PDI-P menduduki tempat pertama untuk membolehkannya menguasai Parlimen Indonesia.

GOLKAR pula menduduki tempat kedua dengan 22.5 peratus. Sementara PKB di tempat ketiga dengan 12.6 peratus dan PPP di tempat keempat dengan 10.7 peratus daripada jumlah undi yang sah. Selebihnya parti-parti politik dikongsi sebilangan kecil undi, berkisar antara 0.3 dan 7 peratus daripada jumlah undi dan kerusi.

Di sebalik melakukan reformasi sistem demokrasi, kebebasan dan hala tuju pembentukan kerajaan, Indonesia dibataskan dengan unsur luaran seperti Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menguasai perancangan ekonomi Indonesia.

Hal ini secara langsung mempengaruhi politik dan sosial negara Indonesia.

Ketidakadilan perjanjian kewangan IMF terhadap Indonesia memberi implikasi besar kepada demokrasi Indonesia yang terpaksa tunduk kepada badan kewangan di bawah pengaruh Amerika Syarikat atas nama reformasi demokrasi (Hermawan Sulistyo,

2002; Salawati Mat Basir, 2009).

113

Kerajaan perpaduan Palestin pula dibentuk berasaskan model GNU. Model GNU berdasarkan suatu kerjasama politik yang merangkumi perjanjian mendatar dalam kalangan golongan elit politik utama sahaja. Pada masa yang sama ia merujuk kepada hubungan yang menegak antara negara dengan masyarakat dalam sesebuah negara28. Pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dilakukan kerana parti politik

HAMAS telah memenangi pilihanraya umum Palestin pada tahun 2006. Dalam

Jadual 4.2 menunjukkan peratusan undi Pilihanraya Majlis Perundangan Palestin

2006.

Jadual 4.2.: Jadual Keputusan Piliharaya Majlis Perundangan Palestin, 5 Januari 2006 Parti Politik Kerusi Dimenangi Parti HAMAS 74 Parti FATAH 45 Front Palestin untuk Pembebasan Palestin 3 Parti Blok Ketiga 2 Parti Alternatif 2 Parti Kemerdekaan Palestin 2 BEBAS 4

JUMLAH 132 Sumber: Palestinian Central Elections Commission (2006)

Kebimbangan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Israel di atas kemenangan

HAMAS telah membuka ruang dalam kerjasama politik yang dibentuk untuk membataskan perjuangan HAMAS dalam membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel (Casalin & Herramans, 2011). Situasi tersebut telah menekan parti politik HAMAS untuk melakukan kerjasama politik dalam membentuk kerajaan perpaduan atas nasihat Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Model GNU telah dipilih untuk dijadikan model kerjasama antara parti yang memenangi pilihanraya

28 Pembentukan kerajaan perpaduan yang berasaskan kepada semua parti politik utama tidak kira pro- kerajaan atau pro-pembangkang adalah merupakan sebahagian daripada parti pemerintah yang bersama-sama mentadbir negara dalam sistem parlimen (Law, 2012; Mapuva, 2010).

114

umum. Antara parti politik lain yang memenangi pilihanraya tersebut ialah parti politik FATAH, parti politik BEBAS, Font Palestin untuk Pembebasan Palestin, Parti

Blok Ketiga, Parti Alternatif dan Parti Kemerdekaan Palestin.

Sistem demokrasi Barat dikatakan menjamin peralihan kuasa yang aman daripada seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain, namun sistem tersebut mempamerkan kegagalan memberikan jaminan bahawa pemimpin yang baru dipilih akan diberikan kuasa pentadbiran yang bebas dan adil. Hal ini dapat dilihat dalam campur tangan Amerika Syarikat dan Israel dalam pentadbiran Perdana Menteri kerajaan perpaduan Palestin Ismail Haniyeh telah disekat bantuan dan tidak diberikan kebebasan kuasa untuk mentadbir kerana tidak sesuai dengan kemahuan negara-negara tersebut (Abusada, 2010; Adian Hussaini, 2009).

Berdasarkan situasi di atas mempamerkan bahawa demokrasi Barat gagal mencipta pemerintahan yang adil. Menurut Khalif Muammar (2009), tujuan utama demokrasi bukan untuk membentuk pemerintahan yang adil tetapi mewujudkan pemerintahan yang dipilih oleh rakyat. Bagi maksud tersebut selepas pemilihan berlaku, kebebasan dan keadilan tersebut dihadkan untuk menjaga kepentingan kelompok yang menang dan menindas kelompok yang kalah dan berbeza pandangan politik. Ia tidak lagi menjadikan keadilan sebagai prinsip utama dalam pemerintahan. Kelemahan tersebut kerana demokrasi Barat berkembang dalam pemikiran sekular yang sifatnya hanya berfokus kepada kepentingan peribadi individu yang sempit semata-mata

(Muh}ammad ‘Ima>rat, 2003).

115

4.2.2 Pembentukan Kerajaan Perpaduan Secara Jangka Pendek

Melalui bukti-bukti daripada kajian berkaitan dengan kerajaan perpaduan mempamerkan bahawa negara-negara yang membentuk kerajaan perpaduan adalah selepas berlakunya krisis dalam masyarakat. Pembentukan kerajaan perpaduan tersebut dilakukan secara jangka pendek untuk mengelak daripada berlakunya krisis yang lebih parah (Dziva, Dube & Manatsa, 2013; Mukuhlani, 2014; Liddle & Saiful

Mujani; 2006; Mainwaring, 1993).

Objektif utama pembentukan kerajaan perpaduan Indonesia adalah untuk melaksanakan reformasi politik yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Namun, krisis yang berlaku diselesaikan dengan terburu-buru seperti tiada konsensus yang kukuh dalam kalangan parti-parti politik terutama parti politik berteraskan Islam. Di samping itu juga, tiada perancangan untuk mengurus ekonomi secara bebas dan pergantungan penyelesaian kegawatan ekonomi kepada Tabung Kewangan

Antarabangsa (IMF).

Menurut Islam, sesuatu penyelesaian yang melibatkan negara dan masyarakat perlu kepada matlamat jangka panjang dan menyeluruh. Menurut ‘Abd al-Waha>b Khalla>f

(1984), al-Qur’an dengan tegas menjelaskan matlamat penubuhan sebuah negara yang diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul Allah SWT adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang memberi kebaikan dan mendapat keampunan daripada Allah

SWT. Penegasan ini jelas menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba>’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di

116

tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!”(Surah Saba>’, 35:15).

Menurut Ibnu Khaldun (2000), pembentukan sesebuah kerajaan adalah tidak terbatas kepada kegiatan yang berhubungan dengan pengambilan keputusan dan kebijaksanaan pemimpin dalam mendepani krisis. Ia perlu merangkumi segala keadaan yang dapat membuat perubahan kepada struktur masyarakat. Tujuan pembentukan sesebuah negara menurut Islam adalah tidak terpisah daripada agama.

Agama dan negara merupakan hak dan tanggungjawab umat Islam untuk diuruskan supaya urusan masyarakat lebih teratur. Ia dikira sebagai ibadat kepda Allah SWT

(al-Ma>wardiy, 1973). Kebijaksaan perancangan parti-parti politik Islam diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu krisis dalam negara bagi memberi kebaikan kepada rakyat dan menjauhkan mereka daripada keburukan. Contoh terbaik dalam pembentukan negara yang berkrisis dibuktikan melalui kisah Nabi Dawud a.s al-

Qur’an merakamkan bahawa Allah SWT memperkuatkan kerajaan Nabi Daud a.s. dengan memberikannya kebijaksanaan menyelesaikan masalah rakyat (Yahaya

Jusoh, 2014).

4.2.3 Pembentukan Kerajaan Perpaduan Berlaku dalam Kalangan Elit Politik

Pembentukan kerajaan perpaduan hanya berlaku dalam kalangan elit politik.

Kerjasama politik yang dibentuk melalui konsensus parti-parti politik utama yang pro-kerajaan dan pro-pembangkang serta meminggirkan parti-parti politik kecil dan

117

NGO-NGO untuk terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan (Percyslage

& Tobias, 2011; Mapuva, 2010). Di Indonesia, cita-cita pembaharuan demokrasi selepas tahun 1998 adalah sangat besar. Pembentukan kerajaan perpaduan yang menumpukan kepada peralihan kepemimpinan diharapkan mampu membangunkan negara. Namun sehingga kini, cita-cita tersebut belum dapat direalisasikan sepenuhnya. Paling malang adalah berlakunya pemusatan dan elitisme dalam sistem politik akibat pembentukan kerjasama politik dalam kalangan parti-parti politik utama (Adrianof, 2002).

Di Palestin pula, kerjasama yang dijalinkan antara HAMAS dengan FATAH mempengaruhi keberkesanan pembentukan kerajaan perpaduan. Dua parti politik utama Palestin ini begitu berbeza dari segi ideologi, perjuangan dan dasar-dasar yang mahu diterapkan dalam kerajaan yang dibentuk. Menurut Khalil Shikaki (2015) terdapat lima kekangan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara HAMAS dengan FATAH. Pertama, jurang ideologi antara sistem yang dikawal oleh HAMAS dan FATAH yang melibatkan nilai agama Islam, sosial sekular dan liberal dan hubungan dengan Israel; kedua, kebimbangan HAMAS terhadap penglibatan

FATAH dalam menafikan kemenangan pihak HAMAS dalam pilihanraya umum; ketiga, HAMAS takut kehilangan sokongan dari daerah yang menyokongnya sebelum ini kerana terlibat dengan kerjasama politik dengan FATAH; keempat, parti politik FATAH adalah warisan daripada PLO yang hegemoninya jelas meletakkan

HAMAS sebagai musuh politik dan akibatnya pimpinan veteran HAMAS enggan menyokong secara terbuka kerjasama politik dengan FATAH akibat hal tersebut; dan kelima, prinsip kerahsiaan HAMAS mengenai strategi politik dan struktur

118

dalamannya telah meningkatkan syak wasangka FATAH mengenai komitmen

HAMAS terhadap kerajaan perpaduan.

Ketiga-tiga faktor yang dinyatakan sebelum ini jelas mempamerkan kelemahan- kelemahan yang dialami oleh kerajaan perpaduan di negara-negara Muslim.

Kelemahan-kelemahan tersebut mendorong kepada kegagalan kerajaan perpaduan untuk bertahan lama dan kegagalan ummah membina perpaduan yang diperlukan oleh negara-negara Muslim bagi meneruskan legasi tamadun Islam seperti yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.

4.3 PANDANGAN SARJANA ISLAM TERHADAP KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Kerajaan perpaduan yang dibentuk di beberapa negara di dunia ini jelas mempamerkan bahawa model GNU dan MPS merupakan model yang terbaik untuk diaplikasikan. Namun, para sarjana terutama yang mengkaji GNU dan MPS ini sedar akan kelemahan-kelemahan seperti yang dibincangkan sebelum ini. Namun, masih belum dapat diperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut dalam ruang sistem demokrasi yang menjadi tanda aras kepada keperluan membentuk sesebuah kerajaan yang berkrisis di dunia ini.

Kerajaan perpaduan di dunia Muslim juga dilihat masih bergelut dengan kelemahan- kelemahan yang terdapat dalam model GNU dan MPS sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Situasi tersebut telah menyebabkan negara-negara Muslim yang mengaplikasikan kerajaan perpaduan gagal dalam membentuk sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan maju seperti yang berlaku di Indonesia dan Palestin.

119

Sarjana-sarjana Islam secara umumnya menyatakan bahawa terdapat dua isu utama yang perlu diberi perhatian dan diusahakan untuk mengatasi kelemahan model kerajaan perpaduan dalam dunia umat Islam. Pertama, kerajaan perpaduan perlu berpaksikan konsep perpaduan berteraskan Islam; kedua, Negara Madinah 622-632M sebagai asas pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

4.3.1 Kerajaan Perpaduan Berpaksikan Konsep Perpaduan Berteraskan Islam

Konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini adalah bersumberkan al-Qur’an,

Hadith dan pandangan sarjana Islam. Sebagaimana yang dihuraikan dalam definisi operasional, perpaduan yang menjadi definisi asas kepada konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ialah merujuk kepada maksud ukhuwah. Secara asasnya, pengambilan maksud ukhuwah untuk menjelaskan definisi perpaduan berteraskan Islam dengan bepandukan ayat al-Qur’an yang bermaksud:

“Berpeganglah kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (pada masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah menyatukan hati kalian, dan dengan nikmat-Nya, menjadikan kalian sebagai orang-orang yang bersaudara dan kalian dahulunya berada di tepi jurang Neraka lalu Allah menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada kalian supaya kalian mendapat hidayat ”(Surah A>>li ‘I>mra>n, 103:3).

Dalam ayat di atas, Sayyid Qutb (2000) menyatakan bahawa Allah SWT menyeru dan memerintah kelompok Muslimin memelihara dua asas yang menjadi landasan

120

dalam kehidupan setiap Muslim. Dua asas itu ialah pertama, keimanan29 dan kedua, persaudaraan kerana Allah SWT30.

Menurut Sayyid Qutb (2000) lagi, persaudaraan yang berpegang kepada tali Allah

SWT merupakan satu nikmat yang diberikan kepada kelompok Muslimin. Nikmat persaudaraan yang diberikan oleh Allah SWT seperti yang dibuktikan oleh persaudaraan dan perpaduan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dengan menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup mereka. Suku ‘Aws dan Suku Khazraj di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah SAW sering bermusuh antara satu sama lain disebabkan kaum Yahudi berusaha mengapi-apikan permusuhan terebut. Kaum

Yahudi menjalankan strategi dengan menganjurkan permusuhan antara kedua-dua

Suku tersebut dengan tujuan untuk mendapat keuntungan kehidupan mereka. Dengan berpegang kepada tali Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW dalam jangka masa yang pendek permusuhan tersebut dapat dipadamkan. Suku-Suku tersebut dapat disatukan menjadi kelompok Muslimin yang beriman dan berjuang di sisi Rasulullah

SAW sehingga digelar sebagai golongan Ansar.

Menurut Hamka (1990) pula, beliau menyatakan bahawa tali Allah SWT yang dimaksudkan dalam ayat tersebut merupakan kitab al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah

SAW yang menjadi bimbingan kepada urusan kelompok Muslimin. Beliau menggunakan perkataan bersatu padu yang merujuk kepada ‘berpeganglah kepada tali Allah (agama Islam)’ dan menyatakan bahawa Allah SWT memerintah kelompok Muslimin membina perpaduan antara satu sama lain dan mengukuhkan jemaah kaum Muslimin dengan mengelak daripada berpecah belah. Beliau juga

29 Beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. 30 Persaudaraan yang menjadikan kelompok Muslimin bersatu kukuh dalam satu binaan yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.

121

membawa sirah permusuhan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj sebelum kedatangan

Islam dan membawa sirah permusuhan antara Bani > ‘Abd al-Mana>f dengan Bani>

Ha>syim di Mekah. Kedua-dua peristiwa tersebut memaparkan berkaitan dengan berpecah belah dan bermusuhan antara satu sama lain yang merugikan diri sendiri.

Namun apabila Islam datang membawa mesej persaudaraan, perpaduan dan kedamaian secara langsung ia merupakan nikmat yang paling penting dalam membina kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Oleh yang demikian, terdapat empat kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh umat

Islam yang membentuk perpaduan. Pertama, bepegang teguh dan melindungi diri dari segala kejahatan dengan menggunakan tali Allah iaitu al-Qur’an dan Hadith; kedua, berpegang kepada jemaah kaum Muslimin untuk menghindari perpecahan dan perselisihan sesama sendiri; ketiga, hati-hati umat Islam disatukan dengan cinta kepada Allah SWT sehingga nikmat tersebut menjadi umat Islam bersaudara; dan keempat, melaksanakan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Bersama-sama dengan kewajipan ini untuk melaksanakannya adalah dengan ukhuwah. Dalam ayat lain yang menjadi tanda aras kepada ukhuwah ialah seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah agar kalian mendapat rahmat” (Surah al-H}ujura>t: 49: 10)

Menurut Ibn Kathi>r (2004), Allah SWT ingin mengatakan semua Muslim adalah saudara seagama. Saudara seagama yang disebut dalam ayat tersebut adalah persaudaraan dalam agama dan ia merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan

122

oleh Allah SWT kepada kaum Muslimin. Menurut Ibn Kathi>r (2004) lagi, perincian ayat tersebut menyebut kata iman dan persaudaraan sebagai dua keadaan yang beriringan. Justeru, ia menuntut orang-orang yang bersaudara itu agar melaksanakan hal-hal yang dapat mengukuhkan iman, iaitu berpegang teguh kepada akidah Islam, meninggalkan perpecahan, berdakwah kepada kebaikan, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Tuntutan menjalinkan persaudaraan dalam kalangan kaum Muslimin yang menunjukkan perpaduan menurut Islam juga dijelaskan dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abu> Hurayrat r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Jauhilah prasangka kerana prasangka itu ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu mencari aib-aib orang lain dan juga janganlah saling dengki-mendengki, membenci atau memusuhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu (Riwayat Muslim, No. Hadith 4648).

Al-Nawawiy (1972) menjelaskan Hadith tersebut secara langsung mengandungi perintah agar orang Muslim bersaudara dalam Islam. Perintah bersaudara tersebut dinisbatkan kepada Allah SWT iaitu memberi makna Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam menjadi saudara seagama antara satu sama lain berlandaskan keimanan.

123

Demikian juga dalam Hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abd Alla>h bin ‘Umar r.a. yang meletakkan persaudaraan menurut Islam merupakan tuntutan syariah. Nabi

SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barangsiapa memenuhi keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan antara kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat al-Bukha>riy, No. Hadith 2262).

Ibn H}ajar (1972) mengatakan dalam Hadith tersebut makna perintah Allah SWT supaya seseorang Muslim menjadi saudara kepada Muslim yang lain. Mereka hendaklah konsisten melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang serta menjaga diri daripada sifat-sifat yang tercela. Ketiga-tiga perintah ini perlu dilaksanakan untuk membentuk persaudaraan menurut Islam.

Berdasarkan Hadith bernombor 4648 dan 2262, perpaduan dalam persaudaraan Islam merupakan tuntutan syarie sebagaimana yang dijelaskan dalam makna “…jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh

Allah kepada kamu” dan “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim..” (‘Ali>

‘Abd H}ali>m al-Mah}mu>d, 1993). Melalui Hadith-hadith lain yang diriwayatkan oleh al-Bukha>riy dan Muslim dapat difahami bahawa perpaduan yang dimaksudkan dalam

Islam ialah ukhuwah. Ia juga berbeza daripada pengertian umum terutama dari perspektif Barat. Antara contoh perpaduan yang dimaknai daripada ukhuwah

124

berdasarkan ringkasan Hadith-hadith terpilih daripada riwayat al-Bukha>riy dan

Muslim ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3.: Hadith-Hadith Terpilih Mengenai Perpaduan Menurut Islam

Bil. Sumber Pengertian

1. Hadith No. 12 yang diriwayatkan oleh Cinta kerana Allah SWT dan ketulusan hati al-Bukha>riy seseorang Muslim terhadap saudaranya sesama Muslim. 2. Hadith No. 4912 yang diriwayatkan Penghormatan seseorang Muslim terhadap oleh Muslim Muslim yang lain sama ada dekat mahu pun jauh. 3. Hadith No. 6437 yang diriwayatkan Larangan mengabaikan hak-hak saudara oleh al- Bukha>riy Muslim. 4. Hadith No. 6425 yang diriwayatkan Larangan memandang rendah kepada Muslim oleh al- Bukha>riy lain. 5. Hadith No.4650 yang diriwayatkan oleh Larangan bersifat dengki mendengki, jual beli Muslim dengan membuat tawaran harga tinggi dengan tujuan menipu, membenci, memutuskan hubungan, membeli barangan yang dalam proses tawar-menawar, melamar lamarannya, menzalimi, menghina dan membiarkan saudara Muslim yang memerlukan pertolongan. 6. Hadith No. 24 yang diriwayatkan oleh Pengharaman darah, harta dan kehormatan. al- Bukha>riy 7. Hadith No. 2262 yang diriwayatkan Kewajipan menjalinkan persaudaraan dalam oleh Bukha>riy Islam 8. Hadith No. 82 yang diriwayatkan oleh Tolong menolong dalam melaksanakan Muslim kebaikan dan ketakwaan dan menyeru membuat kebaikan. 9. Hadith No. 654 yang diriwayatkan oleh Bersatu dan meninggalkan faktor-faktor yang Muslim menyebabkan perpecahan. 10. Hadith No. 25 yang diriwayatkan oleh Memelihara seluruh hak Muslim yang lain al- Bukha>riy (darah, harta dan kehormatan). 11. Hadith No. 4022 yang diriwayatkan Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang oleh Muslim patut diberikan kepada saudara Muslimnya tanpa diminta. 12 Hadith No. 2262 yang diriwayatkan Mendahulukan kepentingan saudara oleh Bukha>riy Muslimnya daripada kepentingan diri sendiri.

Berdasarkan Hadith-hadith dalam Jadual 4.3 mempamerkan bahawa kepentingan ukhuwah Islamiah dalam memenuhi hak-hak dan kewajipan-kewajipan perpaduan berteraskan Islam. Perpaduan berteraskan Islam bukan sahaja bercirikan ketaatan seseorang Muslim terhadap perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, tetapi ia merupakan dasar bagi perjuangan menegakkan agama Islam dalam masyarakat.

125

Sarjana Islam seperti ‘Ali> ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993) dan Yusuf al-Qaradhawi

(2015) secara umumnya bersepakat menyatakan bahawa kedudukan perpaduan, penyatuan dan mengelak perpecahan adalah merujuk kepada maksud persaudaraan berdasarkan al-Qur’an dan Hadith. Mereka mengemukakan empat kedudukan perpaduan, penyatuan dan mengelakkan perpecahan yang merujuk kepada persaudaraan yang dimaksud dalam Surah A>li-‘Imra>n ayat 103. Pertama, dalam ayat tersebut anjuran kepada berpegang teguh yakni kewajipan bersatu dan berpadu dalam jamaah Islam untuk menghindari perpecahan dan perselisihan.

Kedua, menghindari perselisihan, pergaduhan dan tidak mengikuti hawa nafsu.

Orang-orang yang bersaudara kerana Allah SWT adalah individu yang dapat melindungi diri sendiri dan masyarakat daripada sikap saling bermusuhan. Ketiga, mengingati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang menyukai perpaduan dan penyatuan. Nikmat tersebut ialah nikmat Islam dan tauladan daripada

Rasulullah SAW yang membenci perpecahan dan permusuhan dan mencintai orang- orang yang bersatu-padu. Keempat, Agama Islam menjadikan kaum Muslimin sebagai saudara seagama seperti yang dijelaskan dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu” (Surah al-H}asyr, 59: 10 ).

Menurut Sayyid Qutb (2009), Ibn Kathi>r (2004) dan Hamka (1990), ayat ini juga menggambarkan persaudaraan dalam kalangan kelompok-kelompok yang berada di

Madinah selepas berlaku Hijrah Rasulullah SAW. Terdapat tiga kelompok yang

126

diiktiraf oleh Allah SWT yang merupakan nikmat kepada kaum Muslimin generasi pertama yang berlumba-lumba dalam meraih keutamaan di sisi Allah SWT dengan ukhuwah Islamiah. Kelompok pertama ialah kelompok Muhajirin iaitu golongan yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang mengikut serta berhijrah bersama Baginda SAW ke Madinah. Pengiktirafan Allah SWT terhadap kelompok pertama ini seperti yang dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia daripada Allah dan keredaan-Nya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang- orang yang benar (imannya dan amalnya)”(Surah al-H}asyr, 59:8 ).

Kelompok kedua ialah kelompok Ansar iaitu golongan yang terdiri daripada kebanyakan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj yang merupakan pendudukan peribumi

Madinah. Mereka beriman kepada Allah selepas berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Pengiktirafan Allah SWT kepada kelompok kedua ini dinyatakan dalam firman Allah

SWT yang bermaksud:

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya (Surah al-H}asyr, 59:9).

127

Kelompok ketiga pula ialah kelompok ta>bi‘i>n (pengikut) dan orang-orang yang soleh dan beriman setelah mereka hingga hari Akhirat. Allah SWT telah mengiktirafkan golongan ini seperti yang dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu” (Surah al-H}asyr, 59: 10).

Menurut Sayyid Qutb (2009), ayat ini menonjolkan ciri-ciri Muslim yang bersatu berdasarkan gambaran kelompok yang ketiga iaitu ta>bi‘i>n. Mereka ini datang selepas golongan Ansar dan Muhajirin hidup bersatu padu di Madinah, menerima dan memohon kepada Allah SWT dijauhkan daripada sifat hasad dengki dan dendam terhadap golongan Ansar dan golongan Muhajirin. Dari situ, muncullah sifat-sifat ukhuwah umat Islam yang mengikat angkatan awal Muslimin (Ansar dan Muhajirin) dengan angkatan akhir (kelompok ta>bi‘i>n) yang memperjuangkan dakwah Islamiah dan membina negara Madinah dengan gemilang. Persaudaraan yang disebut dalam ayat-ayat berkaitan ketiga-tiga kelompok ini adalah membawa maksud perpaduan dalam kacamata Islam. Perpaduan ini telah menuntut supaya menghidupkan agama

Islam dengan berteraskan akidah yang merentasi hubungan pertalian darah, kekeluargaan dan kabilah (Musthafa al-Qudhat, 1994).

Berdasarkan sumber al-Qur’an dan Hadith yang ditonjolkan dalam bahagian ini dapat difahami bahawa ukhuwah Islamiah merupakan asas kepada pengertian perpaduan berteraskan Islam. Perpaduan berteraskan Islam merupakan asas kepada pembangunan masyarakat Islam yang berjaya sebagaimana yang diaplikasikan di

128

Negara Madinah 622-632M. Tidak ditemui dimana-mana keterangan dalam al-

Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW yang mengharuskan perpecahan dan perbalahan walaupun ke atas masyarakat bukan Muslim. Umat Islam memainkan peranan penting dalam menjaga perpaduan sesama sendiri dan bertanggungjawab mengeratkan tali persaudaraan berlandaskan akidah Islamiah.

4.3.2 Negara Madinah 622-632M Sebagai Asas Pembentukan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam

Matlamat pembentukan pemerintahan kerajaan berteraskan Islam adalah untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Hal ini dinyatakan dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik (makruf), serta melarang daripada segala yang buruk dan keji (mungkar). Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Surah A>li-I>mra>n, 3:104).

Menurut Yusuf al-Qardhawi (2009), ayat ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab umat Islam membentuk sebuah kerajaan Islam untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan. Allah SWT memerintahkan umat Islam agar dapat membentuk suatu kelompok atau organisasi

(parti) yang bertanggungjawab memegang amanah Allah SWT untuk menentukan segala pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara yang berlandaskan al-Qur’an dan Hadith Rasulullah SAW. Dengan ini jelas bahawa dalam konteks pembentukan negara Islam, fungsi dan struktur kerajaan berteraskan Islam dapat dilihat secara teori dan praktikalnya pada zaman kerajaan Islam Madinah 622-632M (al-Mawdudi,

1979).

129

Sejarah Negara Madinah menjadi bukti bahawa pembentukan model kerajaan berteraskan Islam di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Asasnya adalah merujuk kepada perbincangan para sarjana Islam yang menyatakan pembentukan

Negara Madinah bukan sahaja melihat kepada kejayaannya sahaja tetapi proses pembentukannya yang menjadikan negara Madinah sebagai model pembinaan negara yang dianggap sempurna yang pernah berlaku dalam sejarah peradaban dunia khususnya umat Islam (al-B}u>tiy, 1977; Mus}t}afa> al-Siba>‘iy, 1985; Amru Khalid,

2014).

Bertitik tolak daripada kerangka pembentukan Madinah, umat Islam telah membentuk tatacara berpolitik. Antara tatacara politik negara Islam Madinah ialah persamaan taraf dan hak sesama manusia sebagai makhluk Tuhan, solidariti sejagat sesama manusia dan ukhuwah (persaudaraan) sesama Muslim seakidah. Melalui kerangka ini, ajaran Islam mendefinisikan hubungan antara individu dan juga masyarakat sebagai ukhuwah di atas tapak falsafah kukuh menyeimbangkan antara hak individu dengan tanggungjawabnya kepada masyarakat berteraskan konsep perpaduan sejagat (Muh}ammad Muni>r Ghad}ba>n, 1982). Konsep perpaduan ini bertitik tolak daripada natijah kefahaman tauhid yang menjelaskan bahawa setiap

Muslim itu adalah bersaudara. Dalam al-Qur’an, Allah SWT menyatakan bahawa:

“Dan jika dua puak dari orang Mukmin berperang, maka damaikanlah di antara mereka. Dan jika salah satu dari kedua puak itu melakukan kezaliman terhdap puak yang lain, maka perangilah puak yang melakukan kezaliman itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah, dan jika mereka kembali, maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah kasihkan orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang- orang yang beriman itu adalah bersaudara” (Surah al-H}uju>rat, 49:9-10).

130

Sayyid Qutb (2000) menjelaskan tafsiran ayat ini merupakan satu dasar umum yang tegas untuk memelihara masyarakat Islam daripada perpecahan dan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan perdamaian. Jika berlaku perbalahan sesama

Muslim, tindakan perlu diambil dan tujuan akhirnya adalah untuk mengembalikan mereka yang tersasar (melakukan kezaliman) ke dalam barisan persaudaraan Islam.

Natijah persaudaraan dalam ayat tersebut adalah menjalin hubungan mesra, memelihara prinsip keamanan, memupuk sifat kerjasama dan membentuk perpaduan yang menjadi dasar dalam kalangan masyarakat Islam.

Lantaran itu, menurut Amru Khalid (2014), beliau menyatakan bahawa perintah yang dijelaskan dalam al-Qur’an dan Hadith itu bertujuan mewujudkan prinsip persamaan, persaudaraan dan perdamaian. Hal ini demi kemaslahatan untuk umat Islam. Semua ini telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ketika membangunkan Negara Madinah.

Secara jelasnya ia diaplikasikan oleh Rasulullah SAW ketika melaksanakan konsep perpaduan dalam strategi pembentukan masyarakat Madinah.

Menurut Tariq Ramadan (2007), perpaduan yang dibentuk oleh Rasulullah SAW di

Negara Madinah membawa maksud bahawa seorang individu Muslim itu mempunyai tanggungjawab berteraskan akidah terhadap saudara seakidahnya selaras kewajipannya sebagai ejen pembawa rahmat. Justeru, konsep perpaduan seperti inilah menjadi tunjang kerangka politik dalam sistem model kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Sebagai contoh, konsep perpaduan dalam politik menekankan konsep kesatuan, tolong-menolong dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan manusia Yusuf Qaradawi (2009). Jelas di sini bahawa Negara Madinah mempunyai kerangka identiti yang ditadbir dengan perpaduan antara rakyat dengan kesaksamaan

131

tanpa mengira latar belakang, keturunan dan agama walaupun falsafah penubuhannya berteraskan Islam (Abdul Monir Yaacob, 2013).

Dalam kerangka perpaduan Negara Madinah, ‘A>li ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993) mengatakan bahawa perpaduan yang dimaksudkan dalam Islam ialah berteraskan kepada definisi ukhuwah. Menurut beliau, ukhuwah merupakan agenda utama yang digariskan oleh Rasulullah SAW setelah berhijrah ke Madinah. Ukhuwah merupakan isyarat awal dalam sejarah umat Islam atau sejarah negara Islam yang sedang berkembang. Ia menunjukkan bahawa masyarakat yang dibina memiliki ciri-ciri khas iaitu individu-individunya adalah orang-orang yang bersaudara, berpadu dan bersatu di dalam urusan agama dan juga dunia. Ikatan yang menghubungkan mereka adalah tidak seperti kebanyakan masyarakat yang ada pada masa itu.

Selanjutnya, Amru Khalid (2014) berpendapat bahawa dalam kerangka politik

Negara Madinah, ukhuwah memainkan peranan yang penting. Konsep ukhuwah menjadi tunjang kepada teras politik dan tatakelola kerajaan yang diajarkan dan diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika di Madinah. Manifestasinya menjadikan segala bentuk hubungan antara sesama Muslim dan juga bukan Muslim hidup dalam keadaan harmoni dan aman (Tariq Ramadan, 2007). Kerajaan Madinah yang dibentuk merupakan antara negara yang isi masyarakatnya terdiri dari pelbagai agama dan kaum. Hal ini merupakan contoh suasana perpaduan yang berjaya diwujudkan oleh Rasulullah SAW dalam menyatukan seluruh warga Madinah selama tempoh 10 tahun. Madinah menjadi contoh negara yang terbaik untuk diikuti oleh kerajaan-kerajaan selepasnya.

132

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Bab Dua sebelum ini berkaitan sejarah pembentukan Negara Madinah, proses pembentukan kerajaan Madinah bermula dengan strategi perundingan dan perjanjian tanpa melalui peperangan yang kebiasaannya berlaku pada masa tersebut. Terdapat tiga peringkat utama yang dipamerkan melalui perbincangan para sarjana Islam berkaitan dengan Sirah pembentukan Negara Madinah yang menjadi panduan kepada kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, perjanjian yang melibatkan Rasulullah SAW dengan

Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dari Madinah; kedua, Peristiwa Hijrah yang memperaudarakan golongan Ansar di Madinah dengan golongan Muhajirin dari

Mekah; dan ketiga, Penggubalan Piagam Madinah.

4.3.2 (a) Perjanjian yang Melibatkan Rasulullah SAW dengan Suku ‘Aws Dan Suku Khazraj Dari Madinah

Menurut al-B}u>tiy (1977), perundingan pertama Rasulullah SAW dengan masyarakat

Madinah ialah pada tahun ke-11 keRasulan Baginda SAW. Rasulullah SAW memperkenalkan diri dan memperkenalkan Islam sebagai agama Allah SWT yang sebenar kepada kabilah-kabilah yang mengunjungi Baitullah di Mekah. Antara kabilah yang ditemui ialah beberapa orang Suku Khazraj dari Madinah. Al-B}u>tiy

(1977) menjelaskan bahawa inti pati perbincangan tersebut menjurus kepada dua perkara utama. Pertama, pengenalan keRasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah yang membawa Islam sebagai agama sebenar. Kedua, pengaduan Suku

Khazraj berkaitan dengan perpecahan yang berlaku di Yathrib dan keperluan kepada seorang pemimpin yang boleh menyatukan masyarakat di sana.

133

Menurut Naeem Siddiqi (1994), selepas perbincangan sebelum kembali ke Yathrib, salah seorang daripada mereka membuat satu perisytiharan penting iaitu:

“Kita telah memisahkan diri kita daripada masyarakat kita yang sedang mengalami perpecahan dan kelemahan. Kemungkinan dengan keperibadian engkau Ya Muhammad akan dapat menyatukan kami kembali. Kami akan pergi kepada mereka dan menyeru mereka kepada agama kamu dan menerangkan di hadapan mereka gambaran seperti yang telah dijelaskan kepada kami. Andainya Allah menyakinkan mereka dan mereka menerima agama ini, Engkau Ya Muhammad akan menjadi gagah dari sesiapa pun..”

Apabila mereka pulang ke Yathrib dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah SAW kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam dalam kalangan mereka sehingga tiada rumah-rumah di Yathrib yang tidak bercakap tentang Rasulullah

SAW. Begitulah penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya dua Bay‘at ‘Aqa>bat atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah SAW di ‘Aqa>bat. Dua bay‘at yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah.

Pada tahun 621M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman tujuh orang daripada

Suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada Suku ‘Aws dan Suku Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah SAW di ‘Aqa>bat. Bay‘at ini dikenali sebagai Bay‘at ‘Aqa>bat

Pertama. Ia juga dikenali sebagai Bay‘at al-Nisa>’ kerana tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika ber-bay‘at (al-But}iy, 1977).

134

Menurut Ibn Hisya>m (2009), ‘Uba>dat bin al-S}a>mit telah memberitahu tentang perjanjian ini seperti berikut:

“Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah SAW berkata kepada kepada kami:” Marilah kamu semua untuk memberi bay‘at kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengingkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa dalam kalangan kamu yang menepati bay‘at ini maka Allah SWT akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kifarat kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah SWT menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya”.

Menurut Ahzami Samiun Jazuli (2006) pula, sebelum mereka bertolak pulang ke

Madinah, Rasulullah SAW telah mengirim bersama mereka Mus‘ayb bin ‘Umayr bagi mengajar al-Qur’an dan menerangkan tentang Islam. Beliau juga dikenali sebagai Muqri’ ertinya pembaca al-Qur’an. Ketika berada di Madinah beliau tinggal bersama dengan Sa‘ad bin Zara>rat. Inilah usaha dan suasana sambutan awal kepada penerimaan Islam dan perkembangan dakwah Rasulullah SAW Islam oleh penduduk

Yathrib .

Bay‘at ‘Aqa>bat Kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun

13 keNabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh al-Barra>’ bin Makru>r.

Ucapan bay‘at mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara Baginda SAW iaitu ‘Abba>s bin ‘Abd al-Mut}a>lib. Dalam bay‘at tersebut Suku Khazraj memohon

135

agar Rasulullah SAW rela berhijrah ke Madinah dan mereka sanggup menjaga keselamatan Baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri.

Menurut Ibn Hisya>m (2009), bay‘at ini yang juga dipanggil Bay‘at ‘Aqa>bat Kubra>.

Bay‘at ini ditutup dengan doa yang diucapkan oleh ‘Abba>s bin ‘Abd Mut}a>lib yang memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah SAW dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Hal ini secara langsung merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Negara

Islam yang pertama di Madinah. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Surah al- Baqarat, 2:218).

Menurut al-Bu>t}iy (1977) bahawa telah dimeteraikan perjanjian peperangan iaitu

Bay‘at al-H}arb atau Bay‘at ‘Aqa>bat Kedua adalah berdasarkan penerimaan Suku

‘Aws dan Suku Khazraj kepada seorang pemimpin yang dapat menyatukan seluruh mereka dan seluruh suku kaum di Madinah. Mereka juga berasa dimuliakan dengan agama Islam yang menjunjung persaudaraan, perpaduan dan perdamaian yang sekian lama mereka dambakan.

Ibn Hisya>m (2009), al-Bu>t}iy (1977) dan Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985) berkongsi sekurang-kurangnya tiga sebab Suku ‘Aws dan Suku Khazraj menerima Islam, menerima kepimpinan Rasulullah SAW dan bersatu membentuk golongan Ansar.

Pertama, Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dikurniakan Allah SWT dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini

136

adalah berasal daripada susur galur keturunan mereka dari Yaman. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut” (Riwayat al-Bukha>riy, No. Hadith: 4039).

Kedua, Suku ‘Aws dan Suku Khazraj telah kehilangan keluarga, harta dan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan terakhir antara mereka iaitu peperangan Bu‘ath. Ibn Hisya>m (2009) mencatatkan bahawa keadaan tersebut telah diucapkan oleh mereka kepada Rasulullah SAW seperti berikut:

“Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!”.

Ketiga, Suku ‘Aws dan Suku Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para Nabi dan mereka juga mendengar orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan “Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang Nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama Nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum ‘Ad dan Iram (Ibn Hisya>m, 2009)”.

Penjelasan ini mempamerkan bahawa pada waktu sebelum berlakunya Bay‘at

‘Aqa>bat, masyarakat Yathrib tidak mempunyai pemimpin yang mampu menyatukan masyarakat mereka yang berpecah belah. Oleh yang demikian, mereka memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatukan mereka dari segi sosio-politik. Menurut

137

Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n (1982), perjanjian yang dilakukan oleh Rasulullah

SAW bersifat dua hala. Pertama, Rasulullah SAW diberi jaminan oleh kepada Suku

‘Aws dan Suku Khazraj untuk mempertahankan keselamatan Baginda SAW. Kedua,

Baginda SAW akan mempertahankan mereka daripada ancaman pihak Yahudi.

Kedua-dua langkah ini menjadikan Rasulullah SAW sebagai ketua bagi kedua-dua

Suku tersebut dan menyatukan mereka dengan dikenali sebagai golongan Ansar.

4.2.3 (b) Peristiwa Hijrah yang Mempersaudarakan Golongan Ansar di Madinah dengan Golongan Muhajirin Dari Mekah

Kedua-dua peristiwa Bay‘at ‘Aqa>bat tersebut telah menjadi pemangkin kepada penghijrahan umat Islam ke Yathrib. Peristiwa Hijrah ini juga menjadi permulaan pembentukan kerajaan Islam pertama dikenali sebagai Madi>nat al-Munawwarat yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Di sebalik itu juga, perjanjian-perjanjian yang dimeterai dalam Bay‘at ‘Aqa>bat menjadi asas kepada penyediaan masyarakat baru yang dibentuk melalui perpaduan dan penyatuan antara Muhajirin dengan Ansar.

Para sarjana Islam seperti al-Bu>t}iy (1977), Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985), Muhammad al-Ghazali (2010), Tariq Ramadan (2007) dan Amru Khalid (2014) telah sepakat bahawa terdapat tiga asas penubuhan kerajaan Islam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah pada 622M. Ia secara langsung berhubung kait dengan ukhuwah

Islamiah yang dibentuk oleh golongan Ansar di Madinah dengan golongan Muhajirn dari Mekah. Ketiga-tiga asas tersebut ialah; pertama, pembinaan masjid; kedua, membentuk persaudaraan sesama Muslim; dan ketiga, perjanjian antara Muslim dengan bukan Muslim.

138

Pertama, pembinaan Masjid. Al-B}u>tiy (1977) mengatakan Rasulullah SAW telah membina sebuah masjid di atas tanah yang dibeli daripada dua orang anak yatim.

Pembinaan masjid tersebut dilakukan secara beramai-ramai dalam kalangan Ansar dan Muhajirin. Masjid menjadi wadah dalam menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan Muslim dan mengeratkan tali ukhuwah Islamiah antara golongan

Ansar dengan golongan Muhajirin. Masjid yang didirikan menjadi lambang pembangunan politik perpaduan yang berteraskan ukhuwah Islamiah yang berhubung secara langsung dengan Pencipta, iaitu Allah SWT.

Kedua, membentuk persaudaraan sesama Muslim. Rasulullah SAW telah mempersaudarakan dalam kalangan Sahabat daripada golongan Muhajirin Mekah dengan golongan Ansar Madinah. Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985) menyatakan persaudaraan yang dibentuk telah menyebabkan berlakunya pewarisan harta pusaka dalam kalangan mereka sehingga turunnya ayat dalam Surah al-Anfa>l ayat 75 selepas berlakunya Perang Badar yang memansuhkan pewarisan persaudaraan tersebut.

Menurut Ahmad Nabil Amir (2009), beliau mengatakan bahawa dalam hal ini bermaksud Islam telah menuntut ketetapan baru dalam persaudaraan yang mengharuskan pewarisan dalam tradisi persaudaraan yang baik untuk menjana kembali kekuatan ekonomi golongan Ansar yang selama ini dikuasai oleh golongan

Yahudi. Ia juga merupakan suatu prinsip perhubungan persaudaraan yang melebihi pertalian keturunan dan menguatkan lagi perpaduan dalam kalangan Muhajirn dan

Ansar (Muh}ammad al-Ghaza>liy, 2010).

Ketiga, perjanjian atau perlembagaan sesama Muslim dan Muslim dengan bukan

Muslim. Ibn Hisya>m (2009) melaporkan bahawa seluruh penduduk Madinah

139

daripada keturunan Arab dan golongan Ansar memeluk Islam kecuali beberapa orang daripada Suku ‘Aws tidak berapa lama setelah Rasulullah SAW tinggal di Madinah.

Menurut Muhammad Hamidullah (1968), Rasulullah SAW telah menggubal perjanjian antara sesama Muslim di Madinah iaitu mengukuhkan perpaduan dan penyatuan Muhajirin dan Ansar. Kemudian selepas itu, digubal pula suatu perlembagaan yang meliputi perjanjian antara Muslim dengan bukan Muslim iaitu golongan Yahudi di Madinah.

4.3.2 (c) Penggubalan Piagam Madinah

Sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa penggubalan Piagam Madinah pada 622M adalah untuk melengkapkan tatakelola kenegaraan Negara Madinah.

Menurut H. Zainal Abidin Ahmad (1973), beliau telah mengemukakan pandangan daripada sarjana-sarjana Islam dan Barat yang bersetuju secara kolektif bahawa

Piagam Madinah ini merupakan perlembagaan kenegaraan bertulis pertama di dunia.

Piagam ini juga disebut sebagai sebagai satu naskah perjanjian persepakatan antara masyarakat di Madinah yang disebut sebagai al-S}ah}i>fat al-Mada>niyyat.

Menurut Ibn Hisya>m (2009), ditengah-tengah masyarakat yang berpecah belah di

Yathrib, Rasulullah SAW memikirkan cara untuk membentuk dan mewujudkan keamanan dalam masyrakat Madinah. Di Madinah, walaupun golongan Ansar merupakan kaum majoriti dan memegang tampuk pemerintahan, namun golongan bukan Muslim seperti Yahudi begitu berpengaruh dalam sosio-ekonomi di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Atas dasar ini, Rasulullah SAW telah memeterai perjanjian ukhuwah Islamiah dalam kalangan Ansar dan Muhajirin untuk

140

membentuk kaum Muslimin yang kuat, bersatu dan bersaudara. Ukhuwah Islamiah merupakan jaminan yang paling kuat dalam kalangan Ansar dan Muhajirin sehingga merintis kepada penggubalan sebuah perjanjian dan perlembagaan kenegaraan bagi masyarakat Madinah.

Menurut Ahmad Ibrahim (1985), Piagam Madinah yang digubal oleh Rasulullah

SAW merangkumi perjanjian dengan 12 Suku Arab dan 10 Suku Yahudi di Madinah.

Menurut sarjana yang mengkaji Piagam Madinah seperti Muhammad Hamidullah

(1968) dan Watt (1961) mendapati bahawa ada dua perjanjian dalam Piagam tersebut. Dua perjanjian tersebut menjadi teras dalam merukuni masyarakat Madinah hidup dalam aman, bersatu dan harmoni. Menurut Ibrahim Che’ Noh (2001), perjanjian pertama dimeterai antara golongan Ansar dengan golongan Muhajirin yang berjanji atas ukhuwah Islamiah dan mendirikan satu kesatuan politik yang tidak terpisah dalam kalangan 12 Suku Arab di Madinah. Ia berlaku sebelum berlakunya peperangan Badar iaitu 623M (Muhammad Hamidullah, 1961).

Menurut Watt (1961), Piagam Madinah dimulai dengan mukadimah yang jelas menonjolkan dua perkara. Pertama, memperakui bahawa Nabi Muhammad SAW sebagi pemimpin masyarakat Madinah dan Baginda SAW yang merangka dan mengadakan perjanjian-perjanjian yang membentuk Piagam Madinah; kedua, menegaskan piagam ini meletakkan kaum Muslimin sebagai teras penting dalam pembentukan perlembagaan bagi masyarakat Madinah.

Ahmad Ibrahim (1985) mengatakan Piagam Madinah terdiri daripada dua bahagian sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Hamidullah (1968) dan Watt (1961).

141

Namun, Muhammad Hamidullah (1968) menyatakan bahagian pertama mempunyai

25 Fasal dan kebanyakan sarjana lain seperti Watt (1961) memberikan bilangan 23

Fasal seperti yang diterima umum. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang secara langsung menyentuh perpaduan antara Muhajirin dengan Ansar. 23 Fasal tersebut secara ringkasnya dinyatakan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Ringkasan Fasal 1 hingga Fasal 23 Piagam Madinah

Fasal Peruntukan

Fasal 1 Pembukaan dengan Nama Allah

Fasal 2 Pembentukan Ummah

Fasal 3-10 Hak Asasi Manusia

Fasal 11-15 Kerjasama Sesama Muslim

Fasal 16-23 Kerjasama antara Warganegara

Secara terperinci, riwayat Ibn Ish}a>q (Ibn Hisya>m, 2009) mencatatkan dalam Fasal 1

Piagam Madinah seperti berikut:

“Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang: Inilah Kitab (Perlembagaan Bertulis) daripada Nabi Muhammad, Pesuruh Allah demi bagi orang-orang yang beriman dan orang- orang yang memeluk Islam daripada Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka”.

Fasal 1 ini menonjolkan pemakaian istilah-istilah orang yang beriman dan memeluk

Islam yang menjadi tunjang kepada perjanjian yang seterusnya. Istilah-istilah tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada golongan Mujahirin dan Ansar menjadi teras utama dalam menjalinkan kerjasama dengan kelompok bukan Muslim iaitu Yahudi

142

dan sekutunya. Asas ini dapat difahami dengan jelas bahawa perpaduan dalam kalangan Muslim merupakan jaminan kepada pembentukan kenegaraan masyarakat

Madinah yang majmuk.

Fasal 2 merujuk kepada pembentukan ummah iaitu seperti yang diperuntukkan bahawa “mereka adalah satu umat (bangsa-negara) berbeza daripada manusia- manusia yang lain”. Menurut H. Zainal Abidin Ahmad (1973), istilah ummah merupakan istilah baru dalam bidang kenegaraan. Ia memberi gambaran kepada maksud warganegara dalam kerajaan yang dibentuk. Oleh demikian menurut beliau, kebanyakan sarjana menggunakan istilah ummah yang merujuk kepada ‘bangsa- negara’. Begitu juga menurut Abdul Monir Yacob (2013) yang menyatakan bahawa dalam konteks kenegaraan, ummah dapat difahami sebagai rakyat atau warganegara.

Namun begitu warganegara atas prinsip ummah merupakan strategi Rasulullah SAW melancarkan perubahan yang merombak kembali prinsip Suku-Suku bangsa di

Madinah daripada cara lama kepada pemahaman keagamaan berteraskan Ilahi dalam masyarakat Madinah sebagaimana yang dinamakan oleh Watt (1961) sebagai ‘Pax

Islamica’.

Ummah yang merujuk kepada Piagam Madinah mempunyai tafsiran khusus seperti yang dinyatakan oleh al-Bu>t}iy (1977). Beliau mendefinisikan ummah sebagai merangkumi tanggungjawab terhadap negara dan kepatuhan kepada perjanjian yang dimeterai dalam Piagam Madinah. Tanggungjawab tersebut meliputi empat asas iaitu pertama, tanggungjawab seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain seperti bantu membantu dan menentang kezaliman dan permusuhan dalam kalangan mereka sendiri; kedua, orang bukan Muslim (Yahudi) mempunyai tanggungjawab

143

dan kedudukan yang sama dengan golongan lain dan dikehendaki untuk menentang kezaliman; ketiga, setiap orang Islam dan bukan Muslim tidak boleh melakukan kezaliman dan hendaklah memberikan pertolongan serta menghormati antara satu sama lain; dan keempat, setiap warganegara perlu mempertahankan negara dan patuh kepada pemimpin negara.

Dalam Fasal 3 hingga Fasal 10, kebanyakan sarjana meletakkannya sebagai perjanjian hak asasi manusia (Ahmad Ibrahim, 1985; H. Zainal Abidin Ahmad,

1973). Perjanjian-perjanjian dalam Fasal 3 hingga 10 menyatakan adat budaya yang berlaku dalam kalangan Suku Arab terutama di Madinah iaitu menyentuh berkaitan dengan pembayaran wang tebusan tawanan perang yang pernah dilakukan dahulu dan melakukan dengan perasaan murah hati dan keadilan (Abdul Monir Yacob, 2013).

Hukuman yang dijalankan adalah mengikut perintah pemimpin iaitu Rasulullah SAW dan mengikut neraca keadilan yang ditetapkan oleh al-Qur’an.

Fasal 11 hingga Fasal 15 pula dituju secara khusus kepada kerjasama sesama

Muslim. Menurut H. Zainal Abidin Ahmad (1973), Fasal 11 hingga Fasal 15 tersebut sebagai pemeteraian kesatuan Muslimin di Madinah. Beliau memberikan dua sebab fasal-fasal tersebut adalah merupakan kerjasama sesama Muslim membentuk perpaduan di Madinah. Pertama, setiap warga yang beragama Islam dipertanggungjawabkan melaksanakan urusan agama ke atas diri masing-masing dan masyarakat Muslim; dan kedua, menyeru kepada perpaduan dan kepentingan Islam dalam menghadapi kezaliman walaupun terhadap keluarga sendiri.

144

Selepas membentuk kerjasama sesama Muslim melalui ukhuwah Islamiah yang diikat dengan lima fasal dalam Piagam Madinah, Rasulullah SAW memeterai perjanjian kerjasama antara warganegara di Madinah. Hal ini boleh dilihat melalui

Fasal 16 hingga Fasal 23 Piagam Madinah. Menurut Ahmad Ibrahim (1985) terdapat tiga perkara yang sentuh mengenai prinsip-prinsip umum yang perlu dipatuhi oleh setiap warganegara Madinah. Pertama, setiap tindak balas ke atas musuh atau kezaliman tidak boleh bertindak secara sendirian. Tindak balas dan pembelaan harus dilakukan secara bersama dalam kalangan warganegara; kedua, setiap tindak balas dalam kalangan warganegara mesti merujuk kepada hukum Allah SWT dan keputusan pemerintah iaitu Nabi Muhammad SAW; ketiga, melarang sebarang hubungan dengan pihak musuh yang ingin melakukan kejahatan dan kezaliman terhadap warganegara Madinah.

Berdasarkan Fasal 1 hingga 23 Piagam Madinah mempamerkan dua prinsip utama yang berkaitan dengan perpaduan kaum Muslimin iaitu pertama, al-Qur’an dan

Sunnah Rasulullah SAW adalah sumber hukum negara. Hal ini bermakna bahawa wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan sumber utama undang-undang negara. Pelaksanaannya menjurus kepada golongan

Muslim dahulu dalam kerangka menjunjung syariat Islam. Kemudian, meliputi kepada warganegara Madinah termasuk bukan Muslim dalam kerangka Islam sebagai agama rahmat seluruh alam; kedua, perpaduan ummah yang meliputi kedaulatan negara yang bersifat majmuk dari segi agama dan kaum yang berada di

Madinah.

145

Penekanan terhadap kerjasama sesama Muslim melalui ukhuwah Islamiah didahulukan dalam Piagam Madinah menjadikan ummah dipandukan dua perkara.

Pertama, konsep ummah dikhususkan kepada Muslim sahaja berdasarkan kepada

Fasal 1 dan Fasal 11-15; kedua, konsep ummah diluaskan kepada setiap warganegara

Madinah yang menerima kepimpinan Rasulullah SAW dan tinggal dalam undang- undang Islam serta menurut aturan-aturan yang telah dipersetujui. Hal ini merujuk kepada Fasal 16 hingga Fasal 23; dan ketiga, pemimpin yang diktiraf dan dipersetujui secara kolektif untuk mentadbir kerajaan Madinah ialah Nabi

Muhammad SAW. Tiada pemimpin yang tertinggi selain Rasulullah SAW. Baginda

SAW adalah tempat rujuk warganegara Madinah.

Selepas dimeterai ukhuwah Islamiah dalam perjanjian pertama Piagam Madinah, perpaduan dan kerjasama antara golongan Muhajirin dengan Ansar digembelengkan tenaga mereka menyusun pasukan ketenteraan melawan golongan Quraisy Mekah yang cuba memasuki Madinah dan menghadapi peperangan pertama umat Islam melawan kafir Quraisy iaitu Peperangan Badar. Selepas berlakunya Peperangan

Badar, menurut Muhammad Hamidullah (1965), Fasal 24 hingga Fasal 47 Piagam

Madinah pula digubal dan dimeterai pada tahun kedua Hijrah. Ibn Manz}u>r (1990) pula menamakan Fasal 24 hingga Fasal 47 tersebut sebagai Kita>b Rasu>l Alla>h

S}allalahu ‘alayhi wa sallam li al-Yahu>diy (peraturan untuk orang Yahudi). Kedua- dua pandangan ini dilihat selari untuk menyatakan bahawa terdapat dua perjanjian yang digubal oleh Rasulullah SAW di Madinah. Selepas membentuk umat Islam yang bersatu padu, Rasulullah SAW memeterai perjanjian yang bersifat ketenteraan yang melindungi 10 Suku Yahudi tempatan. Fasal 24 hingga Fasal 47 dan peruntukannya secara ringkasnya dinyatakan dalam Jadual 4.5.

146

Jadual 4.5: Ringkasan Fasal 24 hingga Fasal 47 Piagam Madinah

Fasal Peruntukan

Fasal 24-35 Hak Golongan Minoriti

Fasal 36-38 Tanggung jawab Warganegara

Fasal 39-41 Melindungi Negara

Fasal 42-44 Pimpinan Negara

Fasal 45-46 Politik Perpaduan

Fasal 47 Penutup

Menurut Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n (1982), peruntukan dalam Piagam Madinah secara jelas mempamerkan kedudukan dan pengiktirafan Islam terhadap masyarakat bukan Muslim di Madinah. Antaranya ialah peruntukan pada Fasal 24 khususnya ditujukan kepada golongan minoriti iaitu golongan yang memeluk agama selain

Islam. Kemudian Fasal 25 pula sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Hisya>m

(2009) dalam Fasal 25 yang bermaksud:

“Dan bahawa orang-orang Yahudi Bani> ‘Awf adalah umat yang satu bersama orang-orang yang beriman. Bagi orang-orang Yahudi [kebebasan mengamalkan] agama mereka dan bagi orang Islam juga [kebebasan mengamalkan] agama mereka melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa, maka keburukannya tidak akan tertimpa melainkan kepada diri dan keluarganya sendiri”

Penegasan dalam Fasal 25 tersebut menegaskan golongan bukan Muslim dan minoriti merupakan warganegara yang diktiraf oleh kepimpinan dan masyarakat

Muslim. Menurut Ahmad Ibrahim (1985), masyarakat Muslim yang dibentuk oleh

Rasulullah SAW menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama-sama masyarakat Muslim selagi mereka menjalankan

147

tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 24-

Fasal 47 Piagam Madinah.

Menurut Yusuf al-Qardhawi (1985), masyarakat bukan Muslim yang berada dalam pemerintahan Islam Madinah dikenali dengan istilah ahl al-dhimmat. Ahl al- dhimmat bermaksud orang yang diberi jaminan oleh Islam. Jaminan ini merangkumi keselamatan dan keamanan kepada mereka sepanjang berada di bawah pemerintahan

Islam. Ahl al-dhimmat ini boleh disamakan dengan istilah kerakyatan. Dalam peruntukan Fasal 36 hingga Fasal 38, mereka (ahl al-dhimmat) ini mempunyai beberapa hak dan kewajipan sebagai warganegara dalam pemerintahan Islam sebagaimana yang telah dikanunkan atau disyariatkan oleh Islam menerusi al-

Qur’an dan Hadith.

Fasal 39 hingga Fasal 41 pula menjelaskan perjanjian dengan masyarakat bukan

Muslim khususnya golongan Yahudi dalam melindungi dan menjaga keselamatan negara. Fasal 41 hingga Fasal 44 pula dapat ditemakan sebagai perjanjian taat setia masyarakat bukan Muslim kepada pimpinan Negara Madinah iaitu Rasulullah SAW.

Fasal 45 dan Fasal 46 menganjurkan politik perpaduan dalam kalangan warganegara

Madinah. Menurut Abdul Monir Yacob (2013), kewajipan terhadap perpaduan dan perdamaian bukan sahaja terletak ke atas masyarakat Muslim sahaja, tetapi juga ke atas masyarakat bukan Muslim. Setiap warganegara Madinah bertanggungjawab membentuk perpaduan untuk mencapai perdamaian dan keamanan.

148

Hal ini selaras dengan tuntutan Islam yang menyeru kepada perpaduan terutama dalam kalangan Muslim seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-H}ujura>t, 49: 10)

Demikian rumusan 47 Fasal yang terdapat dalam Piagam Madinah yang digubal oleh

Nabi Muhammad SAW sebagai perlembagaan kerajaan Madinah. Perlembagaan ini diperakui oleh setiap warganegara yang terdiri daripada pelbagai agama, kabilah dan bangsa. Dalam perbincangan Piagam Madinah terdapat dua perjanjian yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara Madinah. Perjanjian pertama dapat disifatkan sebagai perjanjian ukhuwah Islamiah dan Perjanjian kedua, kerjasama dengan bukan Muslim khususnya Yahudi di Madinah.

Dengan dokongan perlembagaan yang disepakati tercapailah maslahah umat manusia secara umumnya dan maslahah dakwah Islamiah secara khususnya. Hal ini disebabkan melalui perjanjian yang dicapai terbentuklah sikap tanggungjawab untuk menolong satu pihak yang dicerobohi haknya oleh pihak-pihak yang lain. Setiap warganegara saling bersama mempertahankan kedaulatan bumi Madinah serta menjaga perpaduan masyarakat demi kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam membuat perjanjian tersebut.

Menurut Munir Muhammad Ghadban (2009), perpaduan yang kukuh dalam kalangan umat Islam di Madinah telah mengizinkan Rasulullah SAW untuk menggerakkan strategi-strategi bagi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan umat Islam di

149

Madinah. Bagi tujuan tersebut, Baginda SAW memeterai perjanjian dengan kabilah- kabilah yang bukan Islam khususnya Yahudi di Madinah. Dengan perjanjian tersebut mempamerkan bahawa sebuah asas kerajaan yang majmuk memerlukan pelaksanaan al-taḥāluf al-siyāsī. Al-taḥāluf al-siyāsī ini memberikan maksud yang menyeluruh dalam tindakan semua warganegara sama ada Muslim atau bukan Muslim mesti mendokong perlembagaan yang dimeterai dengan penuh rasa tanggungjawab.

Menurut Qasi>m (1981), Rasulullah SAW berusaha mengadakan kerjasama dengan semua kabilah yang tinggal bersempadan dengan bumi Madinah. Beliau mengatakan bahawa Baginda SAW sejak awal lagi selepas diiktiraf sebagai ketua kerajaan

Madinah mengadakan kerjasama dengan Bani> Damrat, Bani> Juhaynat, Bani>

Khuza>‘at, Bani> Ghifa>r dan Bani> Asla>m. Sebagai contoh kerjasama dengan Bani>

Damrat, Yahaya Jusoh (2014) telah menggelarkannya sebagai al-taḥāluf al-siyāsī peringkat awal pembentukan Negara Madinah. Hubungan al-taḥāluf al-siyāsī antara

Rasulullah SAW sebagai Ketua Kerajaan Madinah dengan Bani> Damrat telah melalui tiga peringkat (Qasi>m, 1981; Yahaya Jusoh, 2014). Peringkat pertama, kerjasama yang melibatkan perlindungan jiwa, harta dan memberi keamanan; peringkat kedua, kerjasama untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh; dan peringkat ketiga, mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Ketua Kerajaan

Madinah dan mendapatkan pertolongan daripada Baginda SAW dalam semua keadaan sama ada pada waktu aman atau waktu diserang oleh musuh luar.

Penggubalan Piagam Madinah sebagai asas kepada kekuatan Kerajaan Madinah menerusi perjanjian-perjanjian yang adil melibatkan hak majoriti (umat Islam) dan hak minoriti (bukan Muslim). Perjanjian tersebut melibatkan pelbagai lapisan

150

masyarakat yang berbeza dengan aspek keagamaan dan keturunan. Oleh itu, Baginda

SAW telah menggunakan pendekatan ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī dalam pembentukan Piagam Madinah yang dilihat dapat menyatupadukan masyarakat yang berlatar belakangkan agama yang berbeza di bawah satu tampuk pemerintahan.

Pembentukannya berjaya menentukan hak-hak Muslim dan penduduk tempatan di samping mewujudkan persefahaman dengan bukan Muslim terutamanya Yahudi.

Umumnya Piagam Madinah telah menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan warganegara Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam, Yahudi dan

Musyrikin. Ia menyusun pembentukan sebuah kerajaan serta menggariskan hak, tanggungjawab dan peraturan antara penduduk berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Melalui Piagam Madinah yang dibina melalui pendekatan ukhuwah Islamiah dan al- taḥāluf al-siyāsī, perpaduan dan keamanan dapat dikekalkan meskipun terdapat segelintir pihak (Yahudi) yang cuba mengingkarinya.

4.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tiga perkara asas dapat dirungkai mengenai pembentukan kerajaan perpaduan berdasarkan penghuraiannya secara mendalam sebelum ini.

Pertama, kelemahan dan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan yang diaplikasi di dunia umat Islam. Perbincangan daripada sarjana mendapati bahawa terdapat tiga faktor kelemahan yang menyebabkan kegagalan aplikasi kerajaan perpaduan di dunia umat Islam. Pertama ialah pembentukan model kerajaan perpaduan dibentuk menurut acuan demokrasi Barat; kedua, pembentukannya dilakukan secara jangka pendek

151

selepas berlakunya konflik dan krisis dalam masyarakat dan negara; dan ketiga, pembentukan kerajaan perpaduan hanya berlaku dalam kalangan elit-elit politik iaitu melibatkan parti-parti utama pro-kerajaan dan pro-pembangkang dan tanpa penyertaan parti-parti kecil serta NGO.

Kedua, penghuraian mengenai perbincangan sarjana Islam untuk mengatasi kelemahan model kerajaan perpaduan di dunia umat Islam. Perbincangan ini mengambil contoh aplikasi Kerajaan Perpaduan Indonesia dan Kerajaan Perpaduan

Palestin. Aplikasi di kedua-dua negara umat Islam tersebut menemukan dua isu utama yang perlu diambil perhatian dan diusahakan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang berteraskan Islam. Kedua-dua isu tersebut jika dapat diatasi akan memperbaiki kelemahan yang didapati daripada model kerajaan perpaduan yang diamalkan di kedua-dua negara tersebut. Pertama, model kerajaan perpaduan di negara umat Islam perlu mengikut acuan Islam iaitu pembinaan kerajaan mengikut tasawur dan epistemologi Islam. Kedua, definisi, konsep dan falsafah perpaduan perlu dirombak kembali mengikut definisi, konsep dan falsafah perpaduan mengikut perspektif Islam. Penghuraian konsep perpaduan Islam dipamerkan melalui ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW terutama dalam pembentukan Negara

Madinah 622-632M yang meletakkan asas-asas perpaduan sebagai tema utama dalam pembinaan kerajaan Islam yang pertama.

Ketiga, penghuraian sarjana-sarjana Islam mengenai model Negara Madinah 622-

632M telah menunjukkan bahawa ia merupakan sebuah kerajaan yang dibangunkan oleh prinsip-prinsip perpaduan yang bersifat komprehensif dan praktikal. Terdapat tiga peringkat utama yang dipamerkan yang menjadi panduan kepada konsep

152

kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, perjanjian yang melibatkan Nabi

Muhammad SAW dengan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dari Madinah. Kedua, peristiwa Hijrah yang menjadikan persaudaraan golongan Ansar dan golongan

Muhajirin sebagai lambang perpaduan Islam. Ketiga, penggubalan Piagam Madinah.

Ketiga-tiga peringkat ini menjadi formula penting dalam pembentukan kerangka konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

153

BAB 5

KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

5.1 PENDAHULUAN

Perbincangan dalam Bab 4 terdahulu tertumpu kepada analisis pandangan sarjana terhadap kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Analisis tersebut menunjukkan kelemahan dan kegagalan aplikasi kerajaan perpaduan di dunia Muslim. Oleh yang demikian, para sarjana Islam menyatakan keperluan pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam dari dua perspektif iaitu berpaksi kepada konsep perpaduan berteraskan Islam dan menjadikan Negara Madinah 622-632M sebagai asas pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Persoalannya, bagaimanakah kerangka konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam perlu dibina? Justeru, dalam perbincangan Bab 5 ini, analisis pandangan sarjana

Islam terhadap pembentukan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dirumuskan secara lebih spesifik. Analisis yang dilakukan bagi menjawab persoalan persoalan kajian kedua (2), ketiga (4) dan keempat (4) untuk objektif yang pertama iaitu mengenal pasti konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Rumusan dibuat bertujuan membina kerangka konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kerangka konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dibina berdasarkan tasawur dan epistemologi, prinsip-prinsip, ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan yang dibincangkan dalam Subtopik 5.2, 5.3, 5.4 dan 5.5.

154

5.2 ACUAN KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Sejarah pembentukan GNU dan MPS mempamerkan bahawa tujuan utama pembentukan kerajaan perpaduan adalah untuk melakukan reformasi sistem demokrasi yang telah disalah gunakan seperti yang dijelaskan dalam Bab Dua dan

Bab Empat. Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini tentang kelemahan dan kegagalan aplikasi kerajaan perpaduan di negara Muslim adalah kerana acuannya tidak bersumberkan tasawur dan epistemologi Islam, selain telah disesuaikan sistem demokrasi dengan sistem Islam yang berpaksikan ideologi Barat

(Asef Bayat, 2010).

Sarjana-sarjana Islam seperti Yusuf Qaradawi (2009), Rached Ghannouchi (2013) dan Ahmed Raisouni (2015), secara umum menerima konsep demokrasi di dunia

Islam. Hujah mereka ialah keperluan berpegang teguh kepada demokrasi yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan berpandukan maqasid syariah iaitu sistem yang menjunjung keadilan sosial dan menganjurkan keamanan dan keharmonian dalam membina masyarakat dan negara.

Penerimaan tersebut juga dengan syarat aplikasi demokrasi adalah melalui acuan

Islam dan menolak demokrasi yang berorientasikan falsafah liberal Barat31. Oleh yang demikian, sistem demokrasi merupakan salah satu alat penyelesaian yang digunakan untuk membentuk kerajaan yang memahami aspirasi masyarakat dan membantu membangunkan negara untuk lebih bersatu padu dan harmoni (Yusuf

Qaradawi, 2009; Rached Ghannouchi, 2013; Ahmed Raisouni, 2015). Namun, untuk

31 Sistem demokrasi tidak dapat dipisahkan daripada akar sekularisme dan liberalisme kerana kewujudannya bergantung kepada kedua-dua falsafah tersebut (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2011).

155

di negara-negara Muslim, ia perlu kepada sistem yang beracuankan tasawur dan epistemologi Islam seperti yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana Islam tersebut.

Prinsip asas demokrasi ialah pemerintahan rakyat untuk rakyat dan melalui suara majoriti. Namun begitu, aplikasi dan amalan demokrasi dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk gagal mencipta pemerintahan yang menyatukan rakyat seperti yang berlaku kepada kerajaan perpaduan Palestin dan Indonesia (Abusada; 2010;

Ambardi, 2008; Adrianof, 2002). Sistem demokrasi Barat yang diterapkan melalui model GNU dan MPS berdasarkan kepada suara majoriti yang tidak mengambil kira nilai kebenaran wahyu tetapi tunduk kepada perlembagaan yang dikompromikan dalam kerjasama politik yang dibentuk. Kegagalan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara sistem ideologi menurut pandangan alam dan epistemologi Barat dengan sistem ideologi menurut tasawur dan epistemologi Islam

(Adiani Hussaini, 2009).

Pembentukan negara ke arah sistem yang beracuankan tasawur dan epistemologi

Islam adalah bermaksud meletakkan Islam sebagai susunan konsep tentang seluruh aspek kehidupan manusia yang bertunjangkan paradigma tauhid. Menurut al-

Mawdudi (1967), paradigma tauhid dalam tasawur Islam adalah konsep keEsaan

Allah SWT yang memberi kesan kepada keseluruhan kegiatan manusia di dunia dan mendorongnya untuk melaksanakan dalam kehidupan secara menyeluruh.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu

156

perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya” (Surah al-Nisa>’, 4:59).

Menurut Sayyid Qutb (2000), ayat tersebut menjelaskan pembentukan sebuah negara

Islam berlandaskan hukum Allah SWT yang berdasarkan ajaran al-Qur’an dan

Hadith. Manusia berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi dan bertanggungjawab memegang amanah Allah SWT untuk menentukan pengurusan dan pentadbiran negara yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kezaliman.

Syariat Islam menjadi undang-undang tertinggi dalam sebuah negara Islam.

Sementara pembentukan negara sekular pula meletakkan peraturan dan perlembagaan ciptaan manusia sebagai undang-undang tertinggi dalam kerajaan yang dibentuk (Yahaya Jusoh 2014; Khalif Muammar, 2009; John Lock, 2009). Oleh itu jelas kelihatan pembentukan negara ke arah sistem yang beracuankan tasawur dan epistemologi Islam berbeza daripada negara sekular kerana sumber undang-undang tertinggi negara Islam adalah al-Qur’an dan Hadith.

Oleh yang demikian, kerajaan perpaduan yang dibina beracuankan tasawur dan epistemologi Islam adalah untuk membentuk negara mengikut perintah Allah SWT dan menyempurnakan syariat-Nya. Secara langsung mewujudkan dasar ketakwaan, ketaatan, keadilan dan keredaan Allah SWT. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam

Sirah, pelaksanaan dasar tersebut diberikan tanggungjawab kepada Rasulullah SAW untuk membentuk Negara Madinah sebagai model negara yang mempunyai sistem kenegaraan yang lengkap merangkumi soal politik, ekonomi dan sosial yang berteraskan kepada paradigma tauhid.

157

5.3 PRINSIP-PRINSIP KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Berdasarkan sumber al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW di Madinah yang dibincangkan dalam Bab Empat sebelum ini, ditemukan tiga prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, perpaduan insa>niyyat. Kedua, perpaduan di>niyyat. Ketiga, perpaduan wat}aniyyat.

5.3.1 Perpaduan Insa>niyyat (Keinsanan)

Rasulullah SAW telah merealisasikan prinsip perpaduan insa>niyyat dalam hubungan kemasyarakatan dan kenegaraan melalui tindakan dan keterangan Baginda SAW secara langsung di Madinah (‘Ali> ‘Abd al-H}alim Mah}mu>d, 1993; Syarifuddin

Muhammad, 2005; Mohd Faizal P. Rameli, 2014). Nilai perpaduan insa>niyyat ini adalah satu bentuk teras yang mengatasi segala perbezaan fizikal sama ada dari segi bangsa, keturunan dan budaya. Secara langsung menunjukkan bahawa Rasulullah

SAW membentuk prinsip insa>niyyat ini dengan jelas bahawa semua manusia adalah berasal daripada satu keturunan iaitu Adam. Kedudukan mereka akan menjadi lebih tinggi di sisi Allah SWT melalui ketakwaan bukan disebabkan keistimewaan yang lain selaras penegasan Allah SWT yang bermaksud:

“…sesungguhnya semulia-mulia di antara kamu adalah yang paling bertakwa..” (Surah al-H}ujura>t, 49:13).

Dengan demikian, prinsip perpaduan insa>niyyat tersebut mewajibkan warganegara untuk memuliakan sesama sendiri walau dari mana sekalipun ia datang. Prinsip perpaduan insa>niyyat kerajaan perpaduan berteraskan Islam membawa maksud persamaan taraf dan hak sesama manusia sebagai makhluk Allah SWT dan

158

perpaduan sejagat sesama manusia sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasulullah

SAW ketika menyambut kedatangan dan mengadakan perbincangan dengan Suku

‘Aws dan Khazraj di Mekah. Ia secara langsung membawa kepada kemuliaan individu, masyarakat dan kenegaraan. Pengukuhan terhadap prinsip insa>niyyat ini memerlukan persaudaraan sesama Muslim seakidah yang terangkum dalam kemuliaan nilai insa>niyyat.

Al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW mempamerkan Islam merupakan agama yang menetapkan nilai insa>niyyat sebagai prinsip yang tertinggi melangkaui unsur-unsur perbezaan yang terdapat dalam kehidupan manusia. Sama ada Muslim mahu pun bukan Muslim, kemuliaan seorang manusia dijamin oleh Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah SWT dan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan..” (Surah al-Isra>’, 17:70).

Menurut Ibn Kathi>r (2004), ayat ini menjelaskan Islam telah mengangkat kemuliaan manusia mengatasi makhluk-makhluk lain di muka bumi ini. Ia tidak boleh dizalimi, dibunuh dan diharamkan sebarang bentuk kejahatan, kezaliman, penindasan, pengkhiatan dan segala unsur kemungkaran. Ayat ini menjadi bukti yang jelas bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa mengira agama, keturunanan, bahasa dan budaya

(Syarifuddin Muhammad, 2005).

Menurut Wafdi Auni Mohamed (2014), sikap kenal-mengenali antara satu sama lain merupakan asas utama dalam prinsip perpaduan insa>niyyat. Terdapat dua peringkat

159

sikap kenal mengenali antara satu sama lain iaitu pertama, ta‘a>ruf. Ta‘a>ruf bermaksud saling mengenal sesama manusia. Pengertian ta‘a>ruf ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal- mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(Surah al-H}ujura>t, 49: 13)

Menurut Sayyid Qutb (2000), pengertian ta‘a>ruf dalam ayat ini mengharuskan seorang Muslim mengenal saudara seiman, namanya, nasabnya dan status sosialnya.

Di samping itu, harus mengetahui hal-hal yang disukai dan hal-hal yang tidak disukai sehingga dapat membantu saudaranya mengerjakan kebaikan serta memohon keampunan untuk saudaranya jika melakukan dosa.

Peringkat kedua ialah ta’alu>f yang bererti bersatunya seorang Muslim dengan

Muslim yang lain. Menurut Musthafa al-Qudhat (1994), kata asal ta’alu>f ialah ilf yang juga bersamaan dengan kata ulfat yang membawa maksud kecintaan Allah

SWT kepada orang-orang yang beriman, yang Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (pada zaman jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan hati kamu dan menjadikan kamu orang-orang yang bersaudara kerana nikmat-Nya”(Surah A>li-‘Imra>n, 3: 103).

Ayat ini menyatakan satu dasar kecintaan iaitu persaudaraan itu haruslah untuk Allah

SWT dan kerana Allah SWT. Ibn Kathi>r (2004) menyatakan bahawa apabila seorang

160

Muslim memiliki sifat berlapang dada, bersih hati dan taat kepada Allah SWT dan

Rasul-Nya, maka ia akan bersatu dan mencintai saudaranya kerana Allah SWT.

5.3.2 Perpaduan Di>niyyat (Akidah)

Prinsip perpaduan di>niyyat selanjutnya menurut kerajaan perpaduan berteraskan

Islam adalah perpaduan yang diasaskan di atas persamaan akidah. Prinsip ini diambil daripada firman Allah SWT dalam Surah ‘A>li-‘Imra>n ayat 103. Salah satu keterangan daripada ayat tersebut menurut Sayyid Qutb (2009) ialah usaha dan asas utama yang dibuat oleh Rasulullah SAW ketika di Madinah adalah untuk menyatukan golongan

Muhajirin dan golongan Ansar. Penyatuan tersebut mempamerkan hujah yang kuat bahawa umat Islam wajib memperkuatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan mereka.

Perpaduan di>niyyat ini mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding dengan perpaduan insa>niyyat kerana ia merupakan perpaduan yang disandarkan adalah berdasarkan akidah dan tasawur Islam (Ahmed al-Raissouni, 2015). Dalam hal ini, akidah dan tasawur Islam merupakan tonggak utama yang membentuk perpaduan di>niyyat. Prinsip perpaduan di>niyyat memerlukan dua peringkat dalam membentuk perpaduan yang berteraskan akidah kepada Allah SWT. Peringkat pertama ialah tafa>hum. Tafa>hum memberi makna sikap saling memahami antara seorang Muslim dengan saudaranya sesama Muslim. Ia perlu dimulai dengan kesefahaman dalam prinsip-prinsip asas ajaran Islam dan juga masalah-masalah cabang yang perlu difahami secara bersama (Maszlee Malik, 2012).

161

Menurut ‘Ali> ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993), tafa>hum memerlukan asas yang perlu difahami oleh setiap Muslim untuk mencapai peringkat ini. Antaranya berpegang kepada tali Allah SWT sebagai sandaran dengan cara melaksanakan segala perintah-

Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Berakhlak sesuai dengan ajaran al-Qur’an, tolong-menolong dalam metaati Allah SWT dan Rasul-Nya serta berupaya menghilangkan sebab-sebab timbulnya kebencian, permusuhan dan perpecahan.

Hal ini merupakan amalan utama yang setiap Muslim dituntut melaksanakannya dalam menjalinkan persaudaraan dengan Muslim yang lain dalam kerangka menyatukan kaum Muslimin di atas prinsip kebenaran, kebaikan, mengukuhkan ikatan ta‘a>ruf, ta‘a>luf dan seterusnya membentuk tafa>hum. Kesemua ini menurut

Sayyid Qutb (2000) terangkum dalam kefahaman terhadap firman Allah SWT yang bermaksud:

“Taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya, serta janganlah berbantah- bantah yang akan mengakibatkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan kamu”(Surah al-Anfa>l, 8:46).

Seterusnya, selepas tafa>h}um yang membentuk ikrar kaum Muslimin untuk menolong agama Islam dan membela kebenaran, prinsip perpaduan di>niyyat perlu kepada peringkat seterusnya iaitu ri‘a>yat dan tafa>qud. Pengertian ri‘a>yat dan tafa>qud ialah menghendaki seorang Muslim memperhatikan keadaan saudara Muslimnya agar ia dapat bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranya meminta (‘Ali> ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d, 1993).

162

Dalil tentang kewajipan memberikan perhatian bersandarkan Hadith Rasulullah

SAW yang bermaksud:

“Tidaklah beriman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya” (Riwayat al- Bukha>riy, No. Hadith:12)

Salah satu bentuk perhatian tersebut menurut Musthafa al-Qudhat (1994) adalah menghilangkan kesusahan dan menutup aib saudara Muslimnya sebagaimana sabda

Rasulullah SAW dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abu> Hurayrat r.a yang bermaksud:

“Sesiapa menghilangkan kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di ahli kiamat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya”(Riwayat Muslim, No. Hadith: 4677)

Justeru, perhatian terhadap tahap ini akan mengukuhkan perpaduan dan memperkuatkan ikatan-ikatan antara umat Islam khususnya dan memberikan gambaran perpaduan yang dikehendaki oleh Islam kepada golongan bukan Muslim dalam warganegara.

5.3.3 Perpaduan Wat}aniyyat (Negara)

Prinsip perpaduan wat}aniyyat meliputi perpaduan yang diasaskan kepada kepentingan negara. Prinsip perpaduan wat}aniyyat merupakan pelengkap kepada prinsip-prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam kerana ia adalah usaha untuk membentuk perpaduan bagi mewujudkan perdamaian dalam kalangan warganegara

163

seperti yang ditegaskan dalam kebanyakan Fasal Piagam Madinah (Abdul Monir

Yacob, 2013).

Menurut Quraish Shihab (1992), perpaduan yang berprinsipkan wat}aniyyat kebanyakannya mendominasikan maksud ukhuwah dalam al-Qur’an. Beliau merumuskan lima pengertian yang berada dalam al-Qur’an yang membawa maksud perpaduan wat}aniyyat iaitu, pertama, saudara kandung atau satu keturunan seperti dalam ayat yang membincangkan berkaitan warisan dan keharaman menikahkan orang-orang tertentu. Kedua, saudara yang dijalin oleh ikatan kekeluargaan. Ketiga, saudara yang membawa maksud sebangsa walaupun tidak seagama. Keempat, saudara dalam kalangan masyarakat walaupun berlakunya perselisihan faham.

Kelima, saudara seagama.

Prinsip perpaduan wat}aniyyat ini menjadi sangat penting kerana ia merupakan asas untuk membentuk perpaduan umat dan perpaduan sejagat (Mohamed Abu-Nimer,

2000). Oleh itu untuk menjamin wujudnya prinsip perpaduan wat}aniyyat, maka sikap menghindari daripada berlakunya perpecahan merupakan agenda utama dalam prinsip ini. Perpaduan berteraskan persamaan akidah yang membentuk perpaduaan kenegaraan memerlukan dua peringkat dalam membina warganegara yang bersatu padu tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. Dua peringkat tersebut ialah peringkat pertama, ta‘a>wun yang bererti saling membantu; dan peringkat kedua, tana>s}ur. Pengertian ta‘a>wun berkait secara langsung dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan

164

permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Surah al-Ma>‘idat, 5:2)

Dalam ayat ini, Hamka (1990) mengambarkan amalan ta‘a>wun adalah untuk memberikan petunjuk kepada orang Muslim sebagai aplikasi ke dalam kehidupan bermasyarakat. Beliau telah menyatakan bahawa Allah SWT telah memerintahkan supaya seorang Muslim yang beriman untuk bantu-membantu dalam melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Hal ini untuk mendorong seorang Muslim untuk berada di atas jalan kebenaran dan berupaya terus-menerus untuk mengubah masyarakat sekelilingnya sama ada ada Muslim atau bukan Muslim dari satu keadaan kepada keadaan lain yang lebih diredai oleh Allah SWT. Namun, amalan ini memerlukan usaha yang dilakukan oleh lebih dari satu orang dan kerana itulah perlu kepada ta‘a>wun.

Peringkat kedua ialah tana>s}ur. Menurut ‘Ali> ‘Abd H}ali>m Mah}mu>d (1993), tana>s}ur membawa erti yang sama dengan ta‘a>wun, tetapi pengertiannya lebih mendalam, lebih luas dan lebih menggambarkan makna cinta dan ketaatan. Pengertian ini merangkumi seseorang Muslim tidak akan menjerumuskan saudara Muslimnya kepada sesuatu yang buruk, zalim atau kebencian. Oleh itu, seorang Muslim yang ber-tana>s}ur adalah paling layak memperoleh reda, bantuan dan pertolongan Allah

SWT. Seterusnya mengukuhkan perpaduan sesama mereka dan bergerak dalam membina hubungan dengan masyarakat berbilang agama dan kaum bagi membentuk kerajaan yang bersatu padu.

Secara kesimpulannya, terdapat tiga prinsip yang menjelaskan asas-asas pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Ketiga-tiga prinsip ini

165

dikukuhkan dengan peringkat-peringkat yang menjadi parameter kepada kelompok- kelompok yang membentuk kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Hubungan prinsip-prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam dengan peringkat-peringkatnya dapat diringkaskan seperti dalam Rajah 5.1.

Sirah Rasulullah Hadith Al-Qur’an SAW

Prinsip Ta‘a>ruf

Perpaduan Ta‘alu>f Insa>niyyat

Islam Ta‘a>wun Prinsip Tana>s}ur Perpaduan Di>niyyat Tafa>hum

Berteraskan Berteraskan Ri‘a>yat} Prinsip Tafa>qud Prinsip Kerajaan Perpaduan Perpaduan Prinsip Kerajaan Perpaduan Wat}aniyyat

Rajah 5.1: Prinsip Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Sumber: ‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d (1993); Musthafa al-Qudhat (1994); Syarifuddin Muhammad (2005); Wafdi Auni Mohamed (2014)

5.4 CIRI-CIRI KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam menetapkan prinsip-prinsip yang yang jelas dalam mentadbir warganegara yang bersifat majmuk agama dan bangsa.

Pelaksanaan prinsip-prinsip tersebut memerlukan ciri-ciri yang melengkapi keseluruhan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pembinaan ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam didapati daripada tiga peringkat utama yang dipamerkan melalui perbincangan yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan berteraskan Negara Madinah sebelum ini. Terdapat empat ciri yang menjadi asas

166

kepada pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam iaitu; pertama, kepimpinan; kedua, syura; ketiga, jaminan perlembagaan; dan keempat, keadilan.

5.4.1 Kepimpinan

Islam meletakkan kepimpinan di tempat yang tinggi dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara. Islam menetapkan tujuan dan tugas utama pimpinan adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta melaksanakan segala perintah-perintah-Nya. Dalam pemerintahan sesebuah negara, kepimpinan memainkan peranan utama dalam perkembangan syariat Islam. Dalam al-Qur’an

Allah SWT menjelaskan dengan maksud:

“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan pemerintah dari kalangan kamu” (Surah al-Nisa>’: 4:59).

Menurut Ibn Kathi>r (2004), nas daripada ayat tersebut dengan jelas menuntut dan memerintahkan umat Islam supaya mentaati pemerintah sesebuah kerajaan yang dibentuk. Hal ini juga menjelaskan kedudukan manusia yang berperanan dan berfungsi dalam politik negara sebagai ketua negara Islam atau negara bukan Islam yang sewajarnya tunduk dan patuh mengikut ketentuan hukum Allah SWT untuk kebaikan, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat dan negara

(Yahaya Jusoh, 2014).

Al-Qur’an menjelaskan peranan dan tanggungjawab Nabi Muhammad SAW sebagai

Nabi dan Rasul Allah SWT yang terakhir serta meletakkan asas kepimpinan Islam ke atas Baginda SAW dalam mentadbir Negara Madinah 622-632M. Dasar kepimpinan

167

Rasulullah SAW adalah mengikut al-Qur’an dan Hadith serta diserlahkan melalui penggubalan Piagam Madinah. Bagi tujuan tersebut diletakkan beberapa asas penting dalam Piagam Madinah yang yang menjadi panduan kepada pembentukan ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, merujuk kepada pelantikan dan pemilihan ketua negara. Aspek kepimpinan merupakan asas penting yang ditekankan dalam pembentukan Negara Islam Madinah. Fasal 42 Piagam Madinah menyatakan

“apabila terjadi perselisihan yang menyebabkan berlaku kesulitan antara mereka, haruslah membuat penyelesaian dikembalikan kepada Allah SWT dan Nabi

Muhammad SAW”.

Dalam hal ini, al-Ghaza>liy (1998) membahaskan peri penting dalam pembinaan negara perlu melantik pemimpin dan ahli-ahlinya yang mempunyai moraliti yang kuat bersandarkan agama. Hal ini adalah merujuk kepada suri teladan Rasulullah

SAW sendiri yang bukan sahaja dianggap pemimpin agama, tetapi adalah pemimpin negara, pemimpin ketenteraan dan menjadi hakim yang adil serta sebagai pelindung kehidupan masyarakat Madinah.

5.4.2 Syura

Ciri kedua dalam pembinaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam ialah permuafakatan. Dalam konteks ketatanegaraan, permuafakatan atau istilah paling tepat dalam Islam ialah syura. Syura adalah tergolong dalam struktur partisipasi rakyat dan pemimpin bersama membuat keputusan untuk kesejahteraan bersama. Al-

Qur’an dengan jelas memuji konsep syura seperti yang didapati dalam Surah A>li-

168

‘Imra>n32 dan al-Syu>ra>33. Sayid Qut}b (2000) dalam mentafsirkan ayat-ayat tersebut menjelaskan bahawa syura merupakan sikap terpuji Rasulullah SAW dan Sahabat sebagai kaum Muslimin dalam menyelesaikan permasalahan kaum Muslimin dalam menghadapi saat-saat sukar.

Rasulullah SAW menekankan umat Islam akan kepentingan mengadakan permuafakatan sesama mereka. Hal ini jelas kelihatan apabila Rasulullah SAW menggubal Fasal 2 Piagam Madinah yang menyatakan “bahawa mereka adalah suatu ummah tanpa mengira puak atau asal mereka. Yang membentuk ummah itu meliputi penganut agama Islam, orang Musyrikin dan Yahudi di Madinah. Unsur wilayah menjadi asas untuk memberi rakyat hak kerakyatan. Manakala Fasal 12 menyatakan “tanggungjawab seorang Muslim terhadap saudara Muslim yang lain.

Seseorang Muslim tidak sepatutnya membiarkan ssaudaranya menganggung beban hidup. Mereka harus dibantu”. Kemudian diperkukuhkan dalam Fasal 37 dan 44 menyatakan “Setiap orang harus tolong menolong dalam menghadapi musuh negara”.

Oleh yang demikian, syura merupakan suatu permuafakatan yang membuat keputusan melalui mesyuarat atau perundingan bagi mencari penyelesaian terhadap tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan kemaslahatan ummah (Abdul

Monir Yaacob, 2013; Yahaya Jusoh, 2014; Munir Muhammad Ghadban, 2009).

Menurut Mus}t}afa> al-Siba>‘iy (1985), Rasulullah SAW seringkali mengadakan

32 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sekiranya kamu bersikap keras lagi keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap kamu) dan pohonlah ampun bagi mereka. Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan urusan keduniaan)” (Surah A>li ‘Imra>n, 3:159). 33 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka” (Surah Al-Syu>ra>, 42:38).

169

mesyuarat dengan para Sahabat bagi menentukan sesuatu urusan. Para Sahabat merasa senang hati apabila menerima arahan daripada Baginda SAW kerana arahan tersebut telah dimesyuaratkan dengan mereka. Contoh ini telah mempamerkan syura menerusi permuafakatan begitu penting dalam kepimpinan dan tadbir urus sesebuah kerajaan berteraskan Islam.

5.3.3 Jaminan Perlembagaan

Perlembagaan merupakan suatu undang-undang atau peraturan yang menjadi dasar pemerintahan sesebuah kerajaan yang dibentuk. Bagi mewujudkan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam memerlukan suatu perlembagaan sebagai dasar pemerintahan sebuah kerajaan yang berdaulat. Kedaulatan sesebuah kerajaan yang mengikut syariat Islam terletak pada Allah SWT sebagai Pencipta yang mengatur urusan yang didasari oleh wahyu-Nya untuk melaksanakan undang-undang yang dapat memberi jaminan keadilan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kepada warganegaranya yang terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam (Yahaya

Jusoh, 2014). Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apa yang kamu sembah, yang lain daripada Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakannya manusia tidak mengetahui” (Surah Yu>suf, 12:40).

Berdasarkan ayat tersebut, Sayyid Qutb (2009) menjelaskan bahawa jaminan perlembagaan perlu berasaskan wahyu Allah SWT yang menjadi Pemilik segala

170

undang-undang di muka bumi. Menurut Yahaya Jusoh (2014), terdapat lima jaminan perlembagaan kerajaan yang berteraskan Islam dapat dibentuk menurut ayat di atas, iaitu pertama, kedaulatan sesebuah kerajaan berteraskan Islam bercirikan kepada hukum Allah SWT; kedua, Allah SWT tidak menentukan hukum legistatif kepada manusia. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk membentuk suatu undang-undang melainkan mengikut hukum yang dtetapkan oleh Allah SWT. Walaubagaimana pun, manusia diberi akal fikiran dan memerhatikan peraturan berdasarkan hukum Allah

SWT; ketiga, pelaksanaan dasar perlembagaan dalam sesebuah kerajaan berteraskan

Islam berdasarkan hukum syariat Allah SWT yang diterima oleh Nabi Muhammad

SAW. Ciri perlembagaan kerajaan berteraskan Islam perlu mendapat ketaatan warganegara kepada pemerintah yang bertujuan melaksanakan fungsi kepimpinan pemerintahannya; keempat, perlembagaan kerajaan berteraskan Islam boleh dibentuk dan diasaskan oleh orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan penggubalannya tidak bertentangan dengan prinsip hukum yang ditetapkan oleh al-

Qur’an dan Hadith; dan kelima, pelaksanaan tugas pembentukan perlembagaan yang berteraskan sistem pemerintahan Islam dalam semua aspek peraturan dan undang- undang negara yang bertujuan menjamin kemaslahatan warganegara yang berbilang agama, bangsa dan budaya.

Demikian jaminan perlembagaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang menentukan hukum Allah SWT sebagai dasar perjuangan dalam menegakkan kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagaimana yang terkandung Piagam

Madinah yang menjadi rujukan kerajaan Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah

SAW. Jaminan perlembagaan menjadi asas dan prinsip utama dalam pemerintahan

Negara Madinah. Piagam Madinah sebagai sebuah dokumen perlembagaan

171

memperkenalkan konsep sebuah masyarakat yang bersatu yang masing-masing mempunyai hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang sama dan saling menghormati persamaan dan kebebasan (Abdul Monir Yaacob, 2013).

Kedudukan Piagam Madinah diiktiraf sebagai tertinggi dalam undang-undang

Negara Islam Madinah oleh masyarakat Madinah menjadikannya jaminan yang utuh dalam mewujudkan konsep persaudaraan dalam pembinaan Negara Madinah.

Jaminan tersebut termaktub dalam Fasal 22 yang menyatakan “tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui perlembagaan ini dan percaya kepada Allah dan Hari

Akhirat membantu mana-mana orang salah dan memberi tempat perlindungan kepadanya.” Kemudian, Fasal 47 menyebut “Sesungguhnya tidaklah boleh perlembagaan ini dipergunakan untuk melindungi orang zalim dan bersalah”.

5.3.4 Keadilan

Keempat, dalam Piagam Madinah, Fasal 37 dan 47 menyatakan setiap orang tidak boleh dihukum kerana kesalahan yang dilakukan oleh sahabat atau sekutunya.

Perlindungan tidak boleh diberikan terhadap orang zalim dan bersalah. Justeru, ciri – ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam memberi tumpuan kepada keadilan. Hal ini selaras dengan beberapa ayat al-Qur’an yang menyeru kepada keadilan. Di antaranya dalam Surah al-Nah}l, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan” (Surah al-Nah}l, 16:90).

Islam menuntut umatnya menegakkan keadilan dalam pemerintahan. al-Ghaza>liy

(1998) menyatakan menerusi pemerintahan yang adil, keamanan, kedamaian,

172

keselamatan dan kebahagian dapat diwujudkan. Peri pentingnya keadilan dalam sebuah pemerintahan dapat dilihat daripada amalan Rasulullah SAW ketika menjadi ketua Negara Islam Madinah. Baginda SAW sentiasa melaksanakan keadilan dalam pemerintahan Baginda dengan menyuruh umatnya sentiasa berlaku adil sesama individu, keluarga dan masyarakat. Penegasan tersebut dizahirkan oleh Baginda

SAW ketika menyampaikan Khut}bat al-Wada>‘ yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu satu (iaitu Allah SWT) dan sesungguhnya bapa kamu semua adalah satu (iaitu Adam a.s.) ingatlah bahawa orang Arab tidak mempunyai apa- apa kelebihan ke atas orang ‘Ajam (bukan Arab) dan orang ‘Ajam juga tidak mempunyai apa-apa kelebihan ke atas orang Arab, tiada kelebihan bagi yang berkulit merah ke atas mereka yang berkulit hitam dan tiada kelebihan bagi yang berkulit hitam ke atas mereka yang berkulit merah. Tetapi kelebihan antara seseorang dengan yang lain itu dukur dari segi ketakwaannya” (Riwayat al-Tirmidhiy, No. Hadith: 2046).

Menurut Sayyid Qutb (2009), keadilan itu ialah manusia mempunyai hak yang sama antara orang Islam dan orang bukan Islam dalam memberi kebajikan dan hak keadilan sosial kerana mereka juga manusia yang sama diciptakan oleh Allah SWT.

Namun, beliau juga mengatakan bahawa dalam menjelaskan keadilan adalah berdasarkan perintah al-Qur’an dan Hadith dan bukannya mengikut ketentuan hukum dengan pemikiran semata-mata.

Melalui konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam, ciri keadilan perlu ditegakkan melalui penghayatan terhadap konsep persamaan dan meletakkan kemuliaan manusia kepada sejauh mana ketaatan dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Jika sebaliknya, masyarakat akan terjerumus ke kancah kejahatan, penipuan dan kezaliman dan seterusnya membawa kepada perpecahan umat dan masyarakat.

173

Al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW di Madinah telah menggariskan beberapa asas utama dalam pemerintahan Negara Islam Madinah yang di antaranya adalah menjunjung perpaduan. Oleh itu dalam ciri-ciri yang terkandung dalam sumber-sumber tersebut telah membentuk kerangka kerajaan perpaduan berteraskan

Islam. Ciri-ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dikemukakan iaitu kepimpinan, syura, jaminan perlembagaan dan keadilan. Ciri-ciri ini merupakan tema utama falsafah politik perpaduan Islam yang dianjurkan oleh al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW yang meraikan suara ramai demi memberi keadilan kepada semua dalam dalam masa yang sama melindungi rakyat daripada dizalimi di samping memberi ruang untuk mendengar suara rakyat.

5.5 KAEDAH PELAKSANAAN KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Dua kaedah pelaksanaan dikenal pasti sebagai asas kepada konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, ukhuwah Islamiah dan kedua, al-taḥāluf al- siyāsī. Kedua-dua prinsip asas ini ditemui melalui tiga peringkat kerjasama dan permuafakatan yang dijalinkan oleh Baginda SAW dengan masyarakat Madinah.

Pertama, permuafakatan antara Suku asal Madinah iaitu Suku ‘Aws dengan Suku

Khazraj yang seterusnya membentuk golongan Ansar. Kedua, persaudaraan antara golongan Ansar dengan golongan yang berhijrah dari Mekah ke Madinah iaitu

Muhajirin. Ketiga, pemeteraian Piagam Madinah menjadi kemuncak kepada prinsip utama perpaduan berteraskan Islam dalam masyarakat yang berbilang agama, kaum dan budaya (Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n, 1982; Yahaya Jusoh , 2014; Wafdi Auni

Mohamed, 2016).

174

5.5.1 Ukhuwah Islamiah

Ukhuwah Islamiah dalam falsafah Negara Madinah ialah tindakan Rasulullah SAW melaksanakan konsep ukhuwah Islamiah dalam strategi pembentukan masyarakat

Madinah. Al-Bu>t}y (1977) merumuskan makna ukhuwah Islamiah adalah seperti persaudaraan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW seperti pembentukan golongan Ansar, jalinan persaudaraan antara Muhajirin dengan Ansar dan penggubalan Piagam Madinah. Semua ini adalah berteraskan akidah tanpa melihat kepada hubungan kekeluargaan mahu pun pertalian darah.

Dalam konteks persaudaraan tersebut, Rasulullah SAW mengajak kelompok Islam menghormati antara satu sama lain. Persaudaraan tersebut tersebut menuntut supaya menghidupkan agama dengan bersatu padu dan mengelak daripada perpecahan.

Melalui prinsip ini, model Negara Madinah mendefinisikan hubungan antara individu dengan kelompok yang membentuk masyarakat sebagai ukhuwah di atas tapak falsafah yang kukuh yang menyeimbangkan antara hak individu dengan tanggungjawabnya kepada masyarakat berteraskan konsep ukhuwah Islamiah (‘A>li

‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d, 1993).

Konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan manifestasi dari konsep politik ukhuwah Negara Madinah sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini. Selain menjamin kedaulatan agama Islam, kerajaan perpaduan berteraskan Islam bertujuan membina kerjasama dalam kalangan kelompok (parti-parti) politik umat Islam di atas satu ‘tali’ iaitu pengabdian kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala arahan-

Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hal ini secara langsung menolak andaian

175

bahawa jika ada dua kelompok politik orang Islam yang berebut kuasa, di situlah punca berlakunya perpecahan umat Islam.

Perpaduan umat Islam merupakan perkara penting dalam pembentukan negara umat

Islam kerana sirah Negara Madinah 632-633M merakamkan bahawa teras kepada pembentukan kerajaan melalui usaha-usaha perpaduan dalam kalangan masyarakat

Muslim. Sebelum kedatangan Islam, kebanyakan proses pembentukan kerajaan adalah melalui peperangan dan pertumpahan darah. Selepas Islam datang, persaudaraan, perpaduan dan penyatuan memainkan peranan penting dalam memelihara masyarakat Muslim. Ketika masyarakat Muslim bersaudara dan bersatu, umat Islam berjaya membangunkan kekuatan dan membina tamadun yang gemilang.

Sebaliknya, jika perpaduan atau persaudaraan sesama Muslim rosak, maka sudah pasti masyarakat Muslim akan menghadapi kehancuran seperti yang diingatkan oleh

Allah SWT dalam ayat 103 Surah ‘Ali>-‘Imra>n sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.

Menurut Muhammad Abu Zahrah (1981), beliau menggambarkan masyarakat yang disusun oleh Islam (oleh Rasulullah SAW) untuk mewujudkan perpaduan adalah berpandukan dasar-dasar yang digariskan oleh al-Qur’an. Dasar tersebut jelas dalam bentuk keluarga, masyarakat, negara dan hubungan keagamaan sesama Muslim serta hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaaan warna kulit dan agama. Dasar- dasar tersebut boleh dirangkumi dalam setiap fasal dalam Piagam Madinah. Menurut

Abdul Monir Yacob (2013), prinsip dan asas yang terdapat dalam pembentukan

Negara Madinah bersifat universal. Maka semestinya sesuai untuk sepanjang masa dan mudah untuk diaplikasikan untuk masyarakat secara umumnya.

176

5.5.2 al-Taḥāluf al-Siyāsī

Al-taḥāluf al-siyāsī pula berlaku berasaskan perpaduan yang kukuh dalam kalangan

Muslim di Madinah telah mengizinkan Rasulullah SAW untuk menggerakkan strategi-strategi bagi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan umatnya di

Madinah. Menurut Mohd Syakir Mohd Rosdi (2015), al-taḥāluf al-siyāsī secara umumnya membawa maksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam. Pengertian ini dirumuskan dalam tindakan Siya>sat al-Rasu>l sepanjang Sirah Rasulullah SAW di

Madinah.

Al-taḥāluf al-siyāsī menurut kerajaan perpaduan berteraskan Islam pula adalah strategi yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW melalui pemeteraian perjanjian dengan kabilah-kabilah yang bukan Islam khususnya Yahudi di Madinah. Perjanjian tersebut mempamerkan sebuah asas kerajaan yang bersifat majmuk memerlukan pelaksanaan al-taḥāluf al-siyāsī. Al-taḥāluf al-siyāsī memberikan maksud yang menyeluruh dalam tindakan semua warganegara sama ada Muslim atau bukan

Muslim mesti mendokong kepimpinan dan perlembagaan yang dimeterai dengan penuh rasa tanggungjawab. Hal ini dizahirkan dengan jelas dalam penggubalan

Piagam Madinah.

Atas dasar inilah, perpaduan dalam kalangan masyarakat Muslim menurut konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan cerminan daripada pemahaman ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī yang diwujudkan oleh Rasulullah SAW ketika membentuk kerajaan Madinah. Ukhuwah Islamiah menurut kerajaan

177

perpaduan berteraskan Islam adalah perpaduan yang diasaskan di atas persamaan akidah yang ditautkan dengan kalimah tauhid kepad Allah SWT. Hal ini berdasarkan konsep yang dibangunkan oleh Rasulullah SAW untuk menyatukan golongan

Muhajirin dan golongan Ansar yang menjadi hujah yang kuat bahawa umat Islam perlu memperkuatkan hubungan persaudaraan sesama mereka.

Secara ringkasnya, hubungan Negara Madinah dengan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam dapat dilihat berdasarkan kerangka teoretis kerajaan perpaduan berteraskan Islam seperti dalam Rajah 5.2.

Negara Madinah 622-632M

Al-Qur’an Sirah Hadith

Bay‘at ‘Aqa>bat I & II Persaudaraan Piagam Madinah Perpaduan Suku ‘Aws Kelompok Muhajirin Perjanjian Muslimin dan Suku Khazraj dengan Kelompok dengan Yahudi Ansar

Ukhuwah Al-Taḥāluf Islamiah al-Siyāsī

Kaedah Pelaksanaan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam

Rajah 5.2.: Kerangka Kaedah Pelaksanaan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Berdasarkan Model Negara Madinah 622-632M Sumber: Muh}ammad Muni>r Ghad}ba>n (1982) dan Yahaya Jusoh (2014)

178

5.6 KESIMPULAN

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam bab ini, secara falsafahnya, pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam perlu beracuankan tasawur dan epistemologi Islam. Hal ini ditekankan kerana kegagalan aplikasi kerajaan perpaduan di negara Muslim masa kini disebabkan acuannya menurut demokrasi liberal Barat.

Perbezaan ini jelas apabila tidak ditekankan peranan wahyu sebagai penyelesaian terhadap krisis dan konflik yang berlaku. Secara langsung berlakunya pemisahan prinsip-prinsip agama dalam pengurusan dan pentadbiran negara. Konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam mengikut petunjuk al-Quran, Hadith dan Sirah Nabi

Muhammad SAW sebagai sumber utama pembentukannya.

Menerusi perbincangan tiga sumber utama iaitu al-Qur’an, Hadith dan Sirah

Rasulullah SAW di Madinah pula, terhasil tiga prinsip konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, prinsip perpaduan insa>niyyat. Kedua, prinsip perpaduan di>niyyat. Ketiga, prinsip perpaduan wat}aniyyat. Bagi ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam pula terdapat empat ciri utama. Pertama, kepimpinan. Kedua, syura. Ketiga, jaminan perlembagaan. Keempat, keadilan. Sementara kaedah pelaksanaannya pula merangkumi dua kaedah. Pertama, ukhuwah Islamiah. kedua, al-taḥāluf al-siyāsī.

Secara ringkasnya, Rajah 5.3 menunjukkan rumusan pembinaan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam adalah bersumber daripada al-Qur’an, Hadith dan Sirah

Negara Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Daripada tiga sumber tersebut telah dibina konsep kerjasama dan permuafakatan bagi membentuk kerajaan

179

perpaduan berteraskan Islam yang mengandungi prinsip, ciri dan kaedah pelaksanaan.

Sirah Rasulullah SAW Al-Qur’an Hadith di Madinah

Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam

Prinsip Ciri-Ciri  Perpaduan Insa>niyyat  Kepimpinan  Perpaduan Di>niyyat  Syura  Perpaduan Wat}aniyyat  Jaminan Perlembagaan  Keadilan

Kaedah Pelaksanaan Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam di Negara Muslim

Ukhuwah Al-Taḥāluf Islamiah al-Siyāsī

Rajah 5.3: Kerangka Konsep Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Bersumberkan Al-Qur’an, Hadith dan Sirah Nabi Muhammad SAW

180

BAB 6

ANALISIS KERJASAMA PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA DALAM KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

6.1 PENDAHULUAN

Perbincangan dalam Bab Lima sebelum ini menumpukan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Konsep ini dihasilkan daripada penelitian terhadap al-Qur’an,

Hadith dan Sirah Rasulullah SAW fasa Madinah. Hasil daripada penelitian terhadap al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW fasa Madinah mempamerkan perpaduan merupakan tumpuan utama dalam pembinaan masyarakat Muslim dan pembentukan masyarakat majmuk kerana ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia.

Konsep ini merangkumi penelitian terhadap pembinaan Negara Madinah 632-633M oleh Rasulullah SAW dan menemui bukti asas bahawa kerajaan perpaduan berteraskan Islam telah dibentuk melalui tasawur dan epistemologi Islam, prinsip- prinsip, ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Terdapat tiga prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam iaitu perpaduan insa>niyyat, perpaduan di>niyyat dan perpaduan wat}aniyyat. Sementara ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam pula ialah pemimpin, syura, jaminan perlembagaan dan keadilan. Bagi kaedah pelaksanaannya merangkumi dua kaedah iaitu ukhuwah Islamiah dan tah}aluf siya>si>. Prinsip-prinsip, ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan ini digunakan untuk menganalisis kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

181

Penganalisisan yang dilakukan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian (v), (vi) dan (vii) untuk mencapai objektif kajian (2) dan (3) sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1. seperti berikut.

Jadual 6.1: Objektif Kajian (2) dan (3), Persoalan Kajian (iv), (v) dan (vi)

Objektif Kajian Persoalan Kajian

2. Menganalisis perpaduan parti v. Bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia politik Melayu-Islam dilaksanakan berdasarkan konsep kerajaan di Malaysia? perpaduan berteraskan Islam. vi. Bagaimanakah kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

3. Mencadangkan konsep kerajaan vii. Apakah bentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam perpaduan berteraskan Islam dalam dalam kerjasama politik Melayu- kerjasama parti politik Melayu- Islam di Malaysia. Islam di Malaysia?

Jadual 6.1 menggambarkan objektif kajian (2) iaitu menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam mempunyai dua persoalan kajian yang perlu dijawab. Pertama, bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam dilaksanakan di Malaysia?

Kedua, bagaimanakah kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

Sementara objektif kajian (3) iaitu mencadangkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia pula mempunyai satu persoalan kajian yang perlu dijawab. Persoalan kajian yang dikemukakan ialah apakah bentuk konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

182

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, analisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia; dan kedua, analisis kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam di

Malaysia. Penganalisisan bahagian pertama membincangkan perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia yang melibatkan situasi perkembangan kerjasama dan muafakat politik yang terbentuk dalam kalangan parti politik Melayu-Islam. Perbincangan ini juga menyentuh kepada halangan dan kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam. Perbincangan bahagian kedua pula merangkumi analisis dan rumusan terhadap kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia.

6.2 LATAR BELAKANG INFORMAN

Dalam Bab Tiga sebelum ini telah dijelaskan bahawa sekumpulan informan dilibatkan untuk menilai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia menerusi konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Oleh itu, objektif kedua dan ketiga seperti yang dijelaskan sebelum ini dicapai menerusi maklumat yang diperoleh secara temu bual secara langsung dengan sembilan orang informan. Maklumat daripada informan-informan ini dianalisis dan dijadikan sebahagian dapatan kajian ini. Informan-informan ini dibahagikan kepada dua kumpulan pakar iaitu kumpulan ahli politik yang terdiri daripada enam informan. Kumpulan ahli akademik pula terdiri daripada tiga orang informan. Perbincangan daripada temu bual secara langsung dengan informan-informan tersebut tidak merujuk secara terus, tetapi ia ditukar kepada kod pernomboran. Informan yang mewakili kumpulan ahli politik

183

dikodkan sebagai POL001, POL002, POL003, POL004, POL005 dan POL006.

Informan yang mewakili kumpulan akademik pula dikodkan sebagai AK002, AK003 dan AK004. Kod-kod penomboran informan ini diformulasikan oleh pengkaji sendiri. Tujuannya adalah untuk menjaga kerahsian informan sebagaimana yang dijanjikan oleh pengkaji semasa temu bual dijalankan.

6.3 PERPADUAN PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA BERASASKAN KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM

Perbincangan analisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, analisis terhadap situasi perkembangan parti politik

Melayu-Islam; kedua, halangan perpaduan parti politik Melayu-Islam; dan ketiga, kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam. Analisis ini dilakukan melalui data-data yang diperoleh daripada temu bual bersama informan dan data sekunder yang telah dinyatakan sebelum ini. PAV7.1.8 digunakan sebagai alat menganalisis data-data temu bual tersebut.

6.3.1 Situasi Perkembangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam

Perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam mempunyai sejarah yang tersendiri. Paling awal hubungan perpaduan parti-parti politik Melayu-Islam yang berlaku ialah pada tahun 1938. Ia dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM).

KMM membayangkan penyatuan politik antara Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah slogan ‘Melayu Raya’ sebagai satu penyelesaian untuk mewujudkan negara bangsa Melayu (Mohamed Mustafa Mohamed, 2014).

184

Konsep Melayu Raya dipelopori oleh KMM. Kemudiannya dikembangkan oleh Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Seperti KMM, PKMM juga berhasrat untuk memerdekakan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia dan bergabung menjadi satu kerajaan dan negara. Atas hasrat tersebut, PKMM membentuk organisasi politik menerusi penubuhan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang melibatkan sayap-sayap politik PKMM iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API),

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS). PUTERA berperanan sebagai organisasi politik masyarakat Melayu-Islam untuk mengembeleng kekuatan bagi menentang penjajahan British di Tanah Melayu (Ku

Hasnan Ku Halim, 2013).

Menurut Roslan Saadon (2007), bermula dengan KMM dan selepas itu terbentuk

PKMM serta pertubuhan politik yang sealirannya seperti PUTERA-AMCJA, Parti

Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) mendokong cita-cita penyatuan politik yang berpegang kepada gagasan Melayu-Raya. Penyatuan politik tersebut dizahirkan dengan jelas kecenderungannya kepada perpaduan berasaskan orang Melayu yang melibatkan penggabungan Malaya-Indonesia sebagai entiti politik untuk membentuk negara bangsa (Ariffin Omar, 2015).

Situasi perpaduan parti politik Melayu-Islam berikutnya telah berkembang sehingga

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Antaranya melibatkan kerjasama politik antara Parti PAS dengan Parti Negara seperti yang dinyatakan oleh salah seorang informan.

185

Informan yang dimaksudkan ialah POL003 (temu bual bersemuka, 16 Februari 2016) yang menyatakan begini:

“Soal kerjasama parti politik Melayu-Islam mempunyai sejarah tersendiri dan bukannya wujud pada PRU atau masa-masa tertentu. Sejarah yang lalu, PAS merupakan parti politik paling banyak melakukan kerjasama dengan parti politik Melayu mahu pun bukan Melayu. Antaranya, PAS dengan Parti Negara”(POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari 2016).

Pandangan ini sedikit mengelirukan apabila melihatkan kembali sejarah perkembangan perpaduan politik PAS dengan parti politik lain. Mohd Asri Haji

Muda (1993) misalnya mengatakan bahawa PAS telah memilih menyertai pakatan perpaduan politik iaitu National Convention anjuran UMNO dan MCA berbanding

National Conference yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar, pengasas Parti Negara.

Menurut beliau lagi, Penyertaan PAS dalam National Convention merupakan suatu sejarah bagi PAS dalam kerjasama dengan parti-parti politik lain terutama apabila menghadapi kepentingan yang besar kepada negara.

Tahap-tahap yang dibincangkan di atas tidak disentuh oleh informan-informan ketika membincangkan sejarah dan perkembangan perpaduan politik dalam kalangan parti- parti politik Melayu-Islam. Informan-informan dilihat membincangkan situasi perpaduan parti-parti politik Melayu-Islam selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Paling awal adalah ketika berlakunya perpaduan politik yang mempamerkan penubuhan kerajaan campuran BN pada 1974 yang lebih terarah kepada kerjasama parti UMNO dan Parti PAS.

186

Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan-petikan perbincangan informan:

“Perpaduan, jika ada semua parti politik berada dalam pakatan politik. Itu bagus seperti BN pada tahun 1973 berpadu. berpadu iaitu ahli politik dan rakyat masing-masing menghormati perlembagaan negara” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

“Perpaduan politik Melayu-Islam bukanlah suatu konsep yang baru. Kerjasama UMNO-PAS pernah wujud seperti dalam Kerajaan Campuran BN 1974, walaupun tidak lama” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

PAS dengan UMNO-BN (1973), PAS dengan Semangat 46 (1990), PAS dengan Barisan Alternatif (1999) dan PAS dengan Pakatan Rakyat (2008)” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

“Taḥāluf Siyāsī dengan UMNO juga merupakan dakwah untuk kukuhkan nilai keIslaman seperti yang berlaku pada 1973” (POL004, temu bual bersemuka , 5 Februari, 2016).

“Asas-asas perpaduan adalah elemen penting dalam kerjasama politik. Contohnya dalam politik BN. Apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 sehingga menubuhkan Kerajaan Campuran BN, soal perkauman harus diharmonikan dalam kalangan parti politik” (POL005, temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016).

Perbincangan di atas mempamerkan situasi perpaduan dalam kalangan parti politik di

Malaysia yang besar maknanya dalam sejarah perpaduan parti politik Melayu-Islam.

Pembentukan Kerajaan Campuran BN pada tahun 1974 melibatkan Parti Perikatan yang diwakili UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dengan PAS dan

GERAKAN. Perikatan dari Sarawak dan Sabah iaitu Parti Pesaka-Bumiputera

Bersatu (PESAKA) bersama dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)

(Hasrom Haron, 2011). Pembentukan BN juga telah meletakkan asas yang penting dalam permuafakatan politik dalam kalangan parti politik sehingga sekarang seperti yang telah dibincangkan sebelum ini (Mauzy, 1983).

187

Sebagaimana yang dibincangkan dalam Bab Dua mengenai sorotan pembentukan BN dalam permuafakatan dan perpaduan parti politik adalah disebabkan berlakunya krisis iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Perkara ini dilihat mempunyai signifikan yang kuat ke atas berlakunya perpaduan dalam kalangan parti politik terutama parti politik

Melayu-Islam. Hal ini telah dinyatakan oleh informan dalam situasi perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam. Kenyataan yang diberikan seperti berikut:

“Soal kerjasama parti politik Melayu-Islam mempunyai sejarah tersendiri dan bukannya wujud pada PRU sahaja”( POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016) .

“Bersatu atas beberapa common issue seperti ISA, OSA, kezaliman BN dan sebagainya. Ikut yang dibolehkan oleh Islam. Seperti Angkatan Perpaduan Ummah PAS bekerjasama dengan Semangat 46” (POL005, temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016).

Situasi perpaduan parti politik mutakhir ini juga dilihat terbentuk apabila sesuatu isu besar berlaku. Misalnya, penubuhan Barisan Alternatif (BA) akibat daripada berlaku krisis politik akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan

Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 (Mohamed Ishak Mustafa, 2014). Begitu juga pembentukan Pakatan Rakyat (PR) akibat berlakunya gelombang BERSIH yang menonjolkan isu-isu kehakiman, pilihanraya dan kos sara hidup rakyat.

Perbincangan ini juga ditimbulkan oleh informan POL005 (temu bual bersemuka, 18

Februari, 2016) seperti berikut:

“Di atas beberapa rentetan waktu itu seperti gelombang BERSIH. Walaupun kita masuk PRU pada waktu itu tidak ada lagi PR pada waktu itu. Tetapi gelombang BERSIH memberi isyarat kepada ketiga-tiga parti besar ini nampaknya boleh bekerjasama untuk menentang kezaliman BN pada waktu itu terutama PAS, PKR dan DAP. Lepas PRU itu kita berjaya menafikan jumlah kerusi..menafikan 2/3 kerusi BN. Selepas itu pada 1 April 2008

188

setuju menubuhkan PR” (POL005, temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016).

Pernyataan informan di atas menunjukkan situasi perpaduan parti politik Melayu-

Islam berkembang menepati dengan perbincangan sarjana-sarjana yang mengkaji perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Dua, tema konsep kerjasama politik di Malaysia dan tema kerjasama parti politik Melayu-Islam. Situasi perkembangan tersebut ialah yang pertama kerjasama parti politik Melayu-Islam tidak terbentuk semasa PRU sahaja.

Bahkan terbentuk akibat berlakunya sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara dan masyarakat.

Selain itu, situasi perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam yang dinyatakan oleh informan yang ditemu bual ialah merujuk kepada kerjasama dan muafakat politik antara Parti UMNO dengan Parti PAS. Pandangan tersebut adalah seperti berikut.

“Perpaduan politik Melayu-Islam bukanlah suatu konsep yang baru. Kerjasama UMNO-PAS pernah wujud, walaupun tidak lama. Ianya membuktikan bahawa konsep perpaduan itu pernah dan boleh wujud, jika semua pihak menginginkannya” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

“Yang wujud UMNO dan PAS. Ada dua kelompok parti umat Melayu-Islam secara realiti di Malaysia” (POL001, temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016).

Melihat kepada perbincangan informan tersebut, situasi perpaduan parti politik

Melayu-Islam lebih diberikan tumpuan kepada kerjasama yang dijalinkan oleh Parti

UMNO dan Parti PAS. Perbincangan informan tersebut kelihatan selari seperti yang

189

dibincangkan oleh sarjana kontemporari yang mengkaji parti politik UMNO dan

PAS. Antaranya seperti Ahmad Faisal dan Hamidah Jalani (2010), Mansor Mohd

Noor (2010) dan Rahimin Affandi (2005) yang mengatakan bahawa dua parti politik

Melayu-Islam iaitu UMNO dan PAS berperanan paling dominan dalam pembentukan perpaduan di negara ini, khususnya pengaruh mereka dalam kalangan umat Melayu-

Islam. Dua parti politik ini dilihat sebagai dua parti politik terbesar yang mendokong ideologi Melayu-Islam dalam perjuangan politik mereka sejak awal kemerdekaan lagi. Begitu juga, kajian-kajian yang dibuat terutama selepas pasca pilihanraya umum ke-12 seperti kajian daripada Suhana Saad et al. (2012) dan Amer Saifude Ghazali,

Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi (2011) yang masih lagi mengekalkan perbincangan soal kerjasama dan krisis perpecahan politik Melayu-

Islam di Malaysia hanya melibatkan UMNO dan PAS secara dominannya.

Perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia secara langsung berkait rapat dengan demografi Negara Malaysia yang bersifat berbilang kaum masyarakatnya. Menurut Mohamed Mustafa Ishak (2014), struktur masyarakat

Malaysia telah dimajmukkan sejak awal abad ke-20. Perpaduan antara parti politik

Melayu-Islam dibentuk melalui tahap-tahap perkembangan politik yang berlaku akibat berlakunya penjajahan asing seperti Jepun dan British.

Secara khususnya melalui analisis PAV7.1.8, dapatan jawapan informan yang ditemu bual, menumpukan perkembangan perpaduan politik Melayu-Islam kepada lima situasi. Untuk lebih jelas, dapatan ini ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

190

Rajah 6.1: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Situasi Perkembangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

Rajah 6.1 menunjukkan lima situasi perkembangan perpaduan parti politik Melayu-

Islam di Malaysia. Pertama, tidak wujud semasa PRU sahaja. Kedua, boleh dibentuk semasa menghadapi isu-isu penting. Ketiga, pembentukan gabungan atau kerjasama politik. Keempat, kerjasama parti politik UMNO dengan PAS. Kelima, asabiyah.

Informan membahaskan lima situasi ini yang mendasari perkembangan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

Perbincangan informan yang ditemu bual mengenai situasi perpaduan parti politik

Melayu-Islam mengatakan seperti berikut:

“Perpaduan itu kalau kita semua boleh berada dalam satu pakatan politik-bagus..Gabungan atau kerjasama antara parti politik seperti pembentukan BN pada 1973” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

Situasi ini merupakan pandangan asas yang dikemukakan oleh para sarjana yang mengkaji perkembangan demokrasi permuafakatan di Malaysia sebagaimana yang

191

telah diulas dalam Bab Kedua. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Ratnam

(1965), Mujibu Abd Muis (2009), Ku Hasnan Ku Halim (2013) dan Lukman Thaib

(2013). Kajian mereka secara asasnya menyatakan kemajmukan masyarakat di

Malaysia telah membentuk permuafakatan antara parti politik untuk mentadbir negara. Pembentukan BN menjadi asas kepada permuafakatan politik di Malaysia dan menjadi pilihan terbaik dalam masyarakat berbilang kaum.

Perbincangan informan khususnya POL002 (temu bual bersemuka, 29 November,

2015), POL003 (temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016) dan POL004 temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016) secara langsung meletakkan UMNO dan PAS merupakan parti politik yang dominan dalam pembentukan BN. Pendominasian ini telah mempamerkan besarnya penglibatan dan peranan UMNO dan PAS yang dimainkan dalam kerajaan campuran tersebut. Ia juga dilihat selari dengan perbincangan sarjana yang menyatakan tonggak utama dalam pembentukan kerajaan campuran BN ialah UMNO dan PAS. Misalnya, Hasrom Haron (2011), Zambry

Abdul Kadir (1995) dan Wan Kamal Wan Napi (1997) mengatakan bahawa situasi perpaduan politik yang ditonjolkan oleh UMNO dan PAS dalam BN telah mempamerkan tiga asas utama iaitu menjamin kestabilan politik, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan Malaysia.

Pembentukan Kerajaan Campuran BN 1974 dilihat lebih jelas kepada perpaduan politik Melayu-Islam di Malaysia. Walaupun BN ditubuhkan bukan sahaja hanya melibatkan UMNO dan PAS, tetapi ia menonjolkan satu parameter kepada pembentukan perpaduan parti politik Melayu yang mempunyai signifikan dalam pembentukan sebuah kerajaan bersifat majmuk. Perbincangan informan dan sarjana-

192

sarjana yang mengkaji parameter politik BN mempamerkan keselarian dapatan analisis yang dihasilkan berdasarkan tiga situasi perpaduan parti politik yang menyokongnya iaitu tidak wujud semasa PRU sahaja, boleh dibentuk semasa menghadapi isu-isu penting dan kerjasama parti politik UMNO dengan PAS seperti yang diulas sebelum ini.

Sementara itu, informan POL005 (temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016) pula memberikan pandangan yang berbeza. Beliau mengatakan bahawa situasi perpaduan parti politik Melayu-Islam sebagai satu bentuk asabiyah34 yang ditegah oleh Islam.

Kenyataannya adalah seperti berikut:

“Asabiyah. Perkara ada disebutkan dalam Hadith Nabi SAW. Asabiyah..menolong bangsa kamu atas dasar kezaliman. Tidak perlu kepada perpaduan Melayu-Islam sahaja. Perlembagaan dah menjamin kedudukan Melayu-Islam” (POL005, temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016).

Berdasarkan kenyataan di atas, timbul persoalan, apakah terdapat sifat asabiyah dalam situasi perpaduan parti politik Melayu-Islam? Mengapakah informan tersebut mengatakan perpaduan Melayu-Islam sebagai satu bentuk asabiyah? Di sini pengkaji mendapati bahawa asabiyah seperti yang dinyatakan oleh informan di atas adalah merujuk kepada sifat kebangsaan atau nasionalisme yang menjadi ideologi kepada

Parti UMNO seperti yang dibincangkan dalam kajian Jaffary Awang dan Abdul

Rahman Mahmood (2015) dan Ahmad Faisal dan Hamidah Jalani (2010).

34 Menurut Ibn Manz}u>r (1990), asabiyah adalah mengajak orang lain untuk membela keluarga sama ada keluarga itu zalim atau tidak daripada diserang oleh pihak lain. Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab seringkali mengalami peperangan dan pertumpahan darah antara suku kerana didorong oleh semangat asabiyah melampau. Rasulullah SAW amat melarang amalan asabiyah seperti yang dinyatakan dalam Hadith yang bermaksud:“ Sesiapa yang terbunuh di bawah panji-panji kesesatan, ia menyeru ‘asabiyah’ atau menolong ‘asabiyah’, maka bangkainya itu adalah bangkai jahiliah” (Hadith Riwayat Muslim, No. Hadis: 3440).

193

Isu asabiyah dan hubungannya dengan nasionalisme merupakan manifestasi wacana identiti politik Melayu dalam kalangan ahli politik di Malaysia. Antaranya seperti yang dikatakan oleh Yusuf Rawa dalam ucapan dasar Yang Dipertua Agung PAS pada muktamar sanawi parti tersebut pada tahun 1984. Beliau mengatakan bahawa

UMNO adalah ‘golongan asabiyah sekular’ yang mengamalkan asabiyah zalim sehingga ia mesti ditentang dan dihancurkan kerana menjadi punca kelemahan umat

Melayu-Islam (Mohd Fadli Ghani, 2016).

Namun begitu, Dusuki Ahmad (1980) telah menjelaskan bahawa asabiyah yang difahami oleh orang Melayu khusus UMNO adalah bermaksud ke arah kerjasama dan perpaduan yang dibentuk melalui nilai-nilai universal Islam yang menginginkan kesatuan dan perdamaian dan bukannya bentuk asabiyah yang bertentangan dengan

Islam. Pandangan ini dilihat selari dengan perbincangan para sarjana di Malaysia.

Antaranya seperti Sidek Fadhil (1989), Idris Zakria (2012), Asyiqin Ab Halim

(2012).

Misalnya Sidek Fadzil (1989) telah membahaskan nasionalisme kepada dua jenis.

Pertama, nasionalisme negatif, yang memberi maksud sama dengan sifat asabiyah yang ditegah oleh Islam. Kedua, nasionalisme positif iaitu nasionalisme yang penting dalam kehidupan bernegara kerana ia merupakan sumber kepada pembentukan sifat perpaduan dan persefahaman sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

194

Rentetan wacana asabiyah dalam perpaduan umat Islam di Malaysia, Idris Zakaria

(2012) mengatakan bahawa:

“Persoalan perpaduan umat Islam di Malaysia menjadi satu topik penting. Justeru kesannya terhadap keamanan dan kesejahteraan hidup warga. perpaduan umat Islam di negara ini diperlukan sebagai nukleus untuk perpaduan yang lebih luas. Penegasan Ibn Khaldu>n tentang keperluan prinsip asabiyah perlu diteliti kembali. Asabiyah dalam teori beliau bermatlamatkan menyatu, mengukuh dan menjaga sesuatu bangsa dengan bantuan agama, dan bukan seperti asabiyah yang dimarahi oleh Rasulullah SAW” (Idris Zakaria, 2012).

Perbincangan mengenai bentuk asabiyah Melayu-Islam yang difahami dan dibawa oleh UMNO telah mengangkat kepada teori asabiyah yang dipelopori oleh Ibn

Khaldu>n. Hal ini sebagaimana yang telah dibahaskan oleh Asyiqin Ab Halim (2012) dalam kajiannya seperti berikut:

“Mengenai kesesuaian teori kepada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, kajian ini menunjukkan bahawa prinsip-prinsip teori asabiyah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldu>n boleh menjadi relevan diperkenalkan dan diamalkan. Jika ia akan menggalakkan rasa perpaduan sosial dalam masyarakat dalam mengatasi atau sekurang- kurangnya mengurangkan masalah dan cabaran terutamanya dalam bidang politik dan integrasi. Salah satu langkah yang penting dalam membina perpaduan sosial (rasa yang positif asabiyah) masyarakat Melayu Islam adalah untuk ahli-ahlinya belajar untuk menerima pandangan masing-masing, atau ‘bersetuju untuk tidak bersetuju', tanpa mengira asal usul dan latar belakang, perbezaan politik dan mungkin agama pemahaman” (Asyiqin Ab Halim, 2012).

Dalam konteks perbincangan informan POL005 (temu bual bersemuka, 18 Februari,

2016) sebelum ini mempamerkan hujahnya masih berada dalam konteks ucapan

Yusuf Rawa tersebut. Di sini pengkaji mendapati bahawa wacana asabiyah dalam kerangka perpaduan parti politik Melayu-Islam adalah tidak lagi relevan memandangkan perbahasan sarjana seperti Sidek Fadzil (1989), Idris Zakaria (2012) dan Asyiqin Ab Halim (2012) yang lebih komprehensif dan menepati situasi dan

195

perkembangan perpaduan masyarakat Melayu-Islam sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.

6.3.2 Halangan Perpaduan dalam Kalangan Parti-Parti Politik Melayu-Islam

Perbincangan sebelum ini membuktikan bahawa perpaduan parti politik Melayu-

Islam telah berkembang sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

Perkembangan yang panjang ini tidak menjamin ketahanan kepada pembentukan perpaduan yang kukuh dalam kalangan parti politik Melayu-Islam. Malah mengakibatkan persaingan yang menyebabkan perpecahan seperti dinyatakan oleh

Raja Nazrin Shah (2013) tentang parti politik Melayu-Islam terutama parti Melayu-

Islam yang dominan seperti UMNO dan PAS. Kenyataan Baginda adalah seperti berikut:

“Bahawa persaingan untuk berkuasa menyaksikan dua parti politik Melayu-Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dilihat bersaing secara politik sehingga merentasi etika yang dianjurkan oleh Islam. Di samping itu, persaingan menghalalkan cara seperti fitnah, pemalsuan dan penghinaan keterlaluan terhadap lawan secara keterlaluan menyebabkan masih belum ada titik mula untuk memungkinkan dua parti politik Melayu ini berada dalam minda yang bersedia untuk disatukan”(Raja Nazrin Shah, 2013).

Secara umumnya berdasarkan kenyataan tersebut, perbincangan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam perlu mengambil kira halangan-halangan yang wujud.

Justeru, temu bual yang dijalankan mempamerkan informan juga telah memberikan pandangan mengenai halangan-halangan perpaduan dalam kalangan parti politik

Melayu-Islam.

196

Informan telah membincangkan sembilan perkara mengenai halangan kepada perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam. Sembilan perkara tersebut dianalisis menggunakan PAV7.1.8 dan menemukan dua faktor utama. Faktor pertama ialah strategi politik. Faktor ini melibatkan empat halangan. Halangan pertama, ketahanan politik yang hendak diwujudkan; halangan kedua, perpaduan tidak boleh dalam politik; halangan ketiga, perlu kepada politik yang bersifat majmuk; dan halangan keempat, parti politik bukan Melayu lebih berketrampilan daripada parti politik Melayu-Islam. Faktor kedua pula ialah kepentingan politik sedia ada. Faktor ini mengandungi tiga halangan yang dibincangkan. Halangan pertama, terikat dengan agenda politik masing-masing. Halangan kedua, kepentingan politik diutamakan. Halangan ketiga, parti politik Melayu-Islam sangat keras menghalang perpaduan parti politik Melayu-Islam. Secara ringkasnya, faktor-faktor halangan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam dapat dilihat dalam

Rajah 6.2 yang dikelompokkan melalui PAV7.1.8.

Rajah 6.2: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Halangan Kepada Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

197

Kesemua hujah informan yang ditemu bual jelas mempamerkan satu rumusan yang sama iaitu terdapat halangan kepada perpaduan parti politik Melayu-Islam. Dalam membahaskan isu tersebut, informan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November,

2015) mengkategorikan halangan tersebut kepada dua faktor iaitu faktor pertama ialah strategi politik dan faktor kedua ialah kepentingan politik sedia ada. Secara lebih khusus pengkategorian dua faktor tersebut dapat dilihat daripada pernyataan informan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November, 2015) seperti berikut.

“Halangan paling utama adalah ‘strategi politik’ kerana parti politik Melayu-Islam seperti UMNO dan PAS akan bertembung untuk beroleh sokongan dan dokongan politik yang sama; iaitu pengundi Melayu” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

“Halangan kedua adalah kepentingan politik sedia ada dalam kalangan parti politik Melayu-Islam. Masalah ini tidak sahaja kepada Pas; tetapi juga kepada UMNO” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

Pengkaji bersetuju dengan pengkategorian dua faktor halangan tersebut seperti yang dinyatakan oleh informan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November, 2015). Hal ini apabila dihubungkan dengan perbahasan berkaitan halangan dan masalah berkaitan perpaduan sesama parti politik Melayu-Islam, dua permasalahan utama tersebut timbul dalam perbincangan yang dilakukan. Sementara itu hubung kait hujah informan-informan lain dengan dua kategori tersebut seperti yang dipamerkan dalam

Rajah 6.2 diringkaskan dalam Jadual 6.2.

198

Jadual 6.2: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Faktor Halangan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

FAKTOR STRATEGI POLITIK

POL002 “Halangan yang mungkin juga perlu diambil kira; adalah soal ketahanan perpaduan politik yang mahu diwujudkan. Kalau sebelum ini, ia hanya berumur 6 tahun; apakah dalam suasana politik baru, ia boleh mencatatkan ‘lifespan’ politik yang lebih panjang” AK003 “Perpaduan tidak boleh dalam politik. Perlu rai perbezaan pendapat. Perlu terima realiti itu. Beri pendidikan..kesedaran tentang perlu ikut perlembagaan..tuntutan agama” POL003 “Perlu kepada politik bersifat majmuk dan bukannya politik perkauman. Oleh sebab itu Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada 2008 untuk menangani politik perkauman dan membentuk kerjasama politik multi-racial untuk membentuk kerajaan yang harmoni. Masalah PR pula, yang dipersetujui adalah dasar perjuangan perlu dihormati oleh parti-parti politik yang bekerjasama” AK004 “Parti politik bukan Melayu-Islam (pembangkang) dilihat lebih berketrampilan baik berbanding parti politik Melayu-Islam (pemerintah). Setengah dalam parti politik Melayu-Islam pemerintah masih bersikap sekularis/liberalis. Setengah dalam parti politik Melayu-Islam pembangkang terlalu konservatif”

FAKTOR KEPENTINGAN SEDIA ADA

AK002 “Masalahnya terikat dengan agenda politik parti masing-masing. Ia tidak menjurus kepada perpaduan ummah. Halangan yang ada susah dari segi politik. Parti-parti politik ada ego dan rigid dengan ideologi politik masing-masing” POL003 “Kepentingan politik diutamakan dalam kalangan parti politik. Contohnya seperti kerjasama politik Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Pada 2001-DAP mengambil keputusan keluar daripada BA kerana kepentingan politik iaitu politik PRU di mana ukuran DAP pada masa itu adalah menang atau kalah dalam undi” AK004 “Parti politik bukan Melayu-Islam sangat keras menghalang perpaduan parti politik Melayu-Islam ini”

Jadual 6.2 menunjukkan faktor halangan perpaduan parti politik Melayu-Islam yang dihujahkan oleh para informan. Berdasarkan hujah tersebut, disimpulkan dua faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan parti politik Melayu-Islam iaitu faktor strategi dan faktor kepentingan sedia ada.

6.3.3 Kepentingan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam

Perpaduan parti politik Melayu-Islam merupakan hemegoni kepada pembentukan permuafakatan di Malaysia. Hal ini menurut Milne dan Mauzy (1999) yang menyatakan bahawa konsep dominasi politik Melayu-Islam dan peruntukan hak

199

istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan telah membentuk ciri-ciri faham permuafakatan di Malaysia. Oleh itu, kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam menjadi teras kepada pembentukan perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Analisis PAV7.1.8 yang dilakukan terhadap perbincangan dalam temu bual informan mendapati terdapat lima kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam yang dikemukakan. Antara lima kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam yang dibincangkan oleh informan seperti dalam Rajah 6.3 ialah pertama; untuk memastikan Melayu-Islam tidak terpinggir dalam strukutur politik Malaysia; kedua, memajukan umat Islam; ketiga, memastikan kedudukan Melayu-Islam tidak tergugat oleh golongan bukan Islam dan golongan Islamis sekular dan liberal; keempat, perpaduan merupakan elemen dalam pembentukan kerjasama politik; dan kelima, kepentingan perpaduan dalam konteks lain yang melangkaui politik.

Rajah 6.3: Dapatan Perbincangan Informan Mengenai Kepentingan Perpaduan Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

200

Perbincangan kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam mempamerkan bahawa terdapat dua orang informan iaitu POL002 (temu bual bersemuka, 29

November, 2015) dan AK004 (temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016) bersetuju perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam adalah untuk mengelak daripada kaum Melayu-Islam hilang sebagai majoriti dan tonggak kepada politik di

Malaysia. Informan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November, 2015) mengatakan bahawa:

“Perpaduan politik Melayu-Islam penting untuk memastikan kita tidak terpinggir di dalam struktur dan dampak politik yang ada. Orang mungkin berkata, Melayu-Islam majoriti di Malaysia – tak ada kemungkinan kita terpinggir” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

Seterusnya beliau memperincikan kegelisahan mengenai pentingnya perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam seperti berikut:

“Saya melihat keterpinggiran ini dari banyak sudut, termasuk keberanian membentuk dasar yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu; menegakkan keabsahan Perlembagaan; menjaga kepentingan dan hak Bumiputera seperti tanah, ekonomi, biasiswa, bahasa dan institusi Raja. Ini perkara yang hampir mutlak dan tidak boleh diganggu gugat. Perpaduan politik akan menjamin kelangsungan perkara-perkara ‘teras’ ini yang kita dapat lihat, semakin hari semakin cuba diinjak dan dirubah” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

Informan AK004 (temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016) pula mengatakan bahawa:

“Penting bagi memastikan kedudukan Melayu-Islam di Malaysia dari sudut politik, ekonomi dan sosial tidak tergugat oleh golongan bukan Islam dan golongan Islamis sekular dan liberal” (AK004, temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016).

201

Perbincangan di atas merupakan antara hujah yang disentuh dalam kajian sarjana- sarjana yang mengkaji kemandirian parti politik Melayu-Islam. Antaranya seperti

Mohamed Mustafa Ishak. (2014), Sulaiman Md. Yassin dan Dzuhailmi Dahalan.

(2012), Suhana Saad et al. (2012), Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan

Othman, Zulkanain dan Rosmadi (2011), Badrul Azmeir Mohamed@Bakar; Mujibu

Abdul Muis & Zaliha Hj. Hussin (2010), Gomez (2007), Mauzy (1985) dan Funston

(1980).

Antara kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam lain yang dinyatakan oleh informan ialah secara langsung akan memajukan umat Islam di Malaysia. Informan

AK002 (temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016) mengatakan bahawa:

“Perpaduan parti politik Melayu-Islam boleh memajukan umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia tidak berada di hadapan kerana perpecahan furu’ yang berlaku selama ini” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

Asas yang dinyatakan di atas turut ditegaskan dalam kajian yang dibuat oleh

Sulaiman Md. Yassin dan Dzuhailmi Dahalan (2012). Mereka menyatakan bahawa perpaduan orang Melayu-Islam dilihat sebagai asas perpaduan kaum-kaum lain di

Malaysia. Kebimbangan mengenai perpaduan dan persaudaraan orang Melayu-Islam telah memulakan idea untuk mengadakan wacana perpaduan terutama antara parti- parti politik Melayu-Islam UMNO- PAS kian rancak selepas PRU ke-12.

Seterusnya perbincangan informan POL003 (temu bual bersemuka, 16 Februari,

2016) meletakkan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam merupakan

202

elemen penting kepada pembentukan kerjasama politik di Malaysia. Beliau menyatakan seperti berikut:

“Asas-asas perpaduan parti politik Melayu-Islam adalah elemen penting dalam kerjasama politik. Contohnya dalam politik BN. Apabila berlakunya peristiwa 13 Mei, soal perkauman harus diharmonikan dalam kalangan parti politik” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

Kenyataan tersebut juga telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji politik seperti

Funston (1980), Mauzy (1983) dan Mohamed Mustafa Ishak (2014). Misalnya

Mauzy (1983) mengatakan bahawa parti-parti politik Melayu telah mengukuhkan pengaruh politik dalam pembentukan konsesi politik yang lebih serius di Malaysia.

Hal ini yang diistilahkan oleh Lipjhart (1974) sebagai demokrasi permuafakatan hemegoni selepas kejayaan membentuk kerajaan campuran BN pada 1974.

Pengkaji berpendapat hemegoni yang disebut oleh Lipjhart (1974) menunjukkan kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam dalam proses perkembangan politik yang pelbagai. Proses perkembangan politik yang berlaku itu mewujudkan kepentingan perpaduan parti politik menjadi strategi parti-parti politik di Malaysia.

Agenda perpaduan dalam kalangan parti-parti politik dapat dilihat selepas BN seperti

Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat dan

Kerajaan Perpaduan. Selepas PRU ke-13, kepentingan perpaduan dalam kalangan parti politik menjadi strategi utama dalam politik permufakatan yang tidak hanya berlegar dalam kalangan parti Melayu-Islam sahaja. Contoh pembentukan Pakatan

Harapan (PR) dan yang terkini seperti Gabungan Rakyat Saksama (SAKSAMA)35,

35 Maklumat lanjut mengenai SAKSAMA boleh didapati di pautan http://www.thestar.com.my/news/ nation/2016/07/11/gabungan-rakyat-saksama-is-new-opposition-coalition/

203

Gagasan Sejahtera36 dan Perjanjian Kerjasama -Parti Pribumi

Bersatu Malaysia (PPBM).37

6.4 ANALISIS KESESUAIAN KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DIGUNAKAN BAGI MEMBENTUK PERPADUAN DALAM KALANGAN PARTI POLITIK MELAYU- ISLAM DI MALAYSIA

Analisis terhadap kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia merupakan kesinambungan perbincangan mengenai konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam telah dibincangkan secara terperinci dalam Bab Empat tesis ini. Perbincangan analisis ini bertujuan menjawab persoalan kajian (v) dan (vi) serta dapat memenuhi bahagian terakhir objektif kajian kedua (2) dan seterusnya melengkapkan objektif kajian ketiga

(3) dalam kajian ini iaitu menganalisis perpaduan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia berdasarkan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan mencadangkan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Antara bentuk perpaduan yang melibatkan parti politik Melayu-Islam ialah cadangan pembentukan model kerajaan perpaduan. Cadangan tersebut telah dikemukakan selepas berlakunya PRU ke-12 berdasarkan suasana politik pada masa tersebut dibayangi isu etnik yang menyebabkan ketegangan dan konflik akibat keputusan

PRU tersebut. Pada masa yang sama Malaysia melalui ujian ekonomi yang getir

36 Maklumat lanjut mengenai Gagasan Sejahtera boleh didapati di pautan http://www.sinarharian.com. my/politik/blok-ketiga-dikenali-sebagai-gagasan-sejahtera-1.551796 37 Maklumat lanjut mengenai Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan-PPBM boleh didapati di pautan https://www.roketkini.com/2016/12/13/kandungan-perjanjian-persefahaman-pakatan-harapan-dan par- ti-pribumi-bersatu-malaysia/

204

berikutan krisis ekonomi dunia yang memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara.

Menurut Abdul Hadi Awang (2009), model kerajaan perpaduan yang dikemukakan adalah dengan mengambil model kerajaan perpaduan Indonesia semasa pentadbiran bekas Presiden Indonesia, B.J. Habibie. Modelnya berasaskan kerajaan tanpa pembangkang yang mencadangkan empat perkara utama. Pertama, menuntut supaya

Barisan Nasional (BN) yang merupakan gabungan parti politik pemerintah berkongsi kuasa dengan gabungan parti politik pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) di peringkat persekutuan. Kedua, setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar perlu ditentukan secara politik permuafakatan. Ketiga, kedudukan PR dalam kerajaan perpaduan bukan bermaksud berada di bawah penguasaan BN, tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Keempat, parti kerajaan dan parti pembangkang akan membentuk pasukan pemerintahan dalam mengurus pentadbiran negara tanpa perlu mengorbankan ideologi parti masing-masing (Hafiz Baqi, 2009; Suhana Saad et al., 2012).

Berdasarkan analisis yang dilakukan dalam temu bual bersama informan, pengkaji mendapati bahawa fakta berkaitan dengan cadangan model kerajaan perpaduan berdasarkan model Negara Indonesia adalah sama. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan informan POL004 (temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016) seperti berikut:

“Cadangan ini tercetus apabila TGHH dan rombongan pimpinan PAS ke Indonesia. Pengalaman B.J. Habibie merencana transisi dari era Suharto kepada pembaharuan demokrasi Indonesia. Semua pihak yang ada wakil

205

dalam Dewan Pewakilan Rakyat (DPR) membentuk kabinet untuk mentadbir negara” (POL004, temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016).

Namun begitu, cadangan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS tersebut telah mencetuskan polemik. Polemik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; pertama, kelemahan kerajaan perpaduan; dan kedua, kegagalan kerajaan perpaduan.

6.4.1 Kelemahan Kerajaan Perpaduan di Malaysia

Maklumat yang dianalisis menerusi PAV7.1.8 mendapati bahawa terdapat lima isu utama yang mempamerkan kelemahan model kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Dengan perkataan lain, informan yang telah ditemu bual memberikan lima isu utama mengapa model kerajaan perpaduan tidak mendapat reaksi yang positif dalam kalangan pemimpin politik dan ahli akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Kelemahan Kerajaan Perpaduan di Malaysia

206

Lima isu utama dalam Rajah 6.4 tersebut ialah model kerajaan tanpa pembangkang, tafsiran model kerajaan perpaduan, kewujudan Pakatan Rakyat (PR), tidak mengadakan perbincangan pada peringkat dalaman dan sekutu parti dan tidak bergerak secara komprehensif. Bagi tujuan perbincangan ini, lima isu utama dikelompokkan dalam dua kategori iaitu model kerajaan perpaduan dan kerjasama parti politik.

6.4.1 (a) Model Kerajaan Perpaduan

Maklumat temu bual yang dianalisis menerusi PAV7.1.8 mempamerkan bahawa terdapat dua faktor dalam model kerajaan perpaduan yang menjadi perbincangan informan dalam kalangan ahli politik dan ahli akademik. Pertama, konsep kerajaan tanpa pembangkang. Kedua, tafsiran berkaitan kerajaan perpaduan seperti yang dipamerkan dalam Rajah 6.5 ini.

Rajah 6.5: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Isu Utama Kerajaan Perpaduan

207

Rajah 6.5 menunjukkan dua faktor yang menjadi asas kepada isu utama model kerajaan perpaduan yang bermula dengan konsep kerajaan perpaduan yang difahami umum iaitu kerajaan tanpa pembangkang. Kemudian, perbincangan tersebut dikembangkan apabila berlakunya wacana politik berkaitan tafsiran kerajaan perpaduan yang pelbagai mengikut sudut pandang politik.

Informan dilihat membahaskan isu utama kerajaan perpaduan dalam dua faktor dan

10 justifikasi. Dalam membahaskan model kerajaan perpaduan, informan AK003

(temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016) mengatakan konsep kerajaan tanpa pembangkang kurang realistik untuk dilaksanakan di Malaysia.

Informan AK003 (temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016) mengungkapkan begini:

“Cadangan ini kurang realistik untuk dilaksanakan kerana mengimpikan kewujudan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang terlalu sukar dicapai” (AK003, temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016).

Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh informan AK002 (temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016) mengenai konsep kerajaan tanpa pembangkang dan dikaitkan dengan konsep pemerintahan autokratik dan despotik yang dilihat bertentangan dengan amalan konsensus atau permuafakatan politik yang dipraktikkan di Malaysia. Informan AK002 (temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016) menyatakan begini:

“Negara tanpa pembangkang? Saya tidak boleh terima dan bersetuju kerana ia akan menjadi negara yang autokratik malah menjadi negara despotik. Kenapa hendak kerajaan tanpa pembangkang? Untuk apa?” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

208

“Consensualism adalah semua parti politik bergabung seperti dalam pakatan BN sehingga tiada pembangkang. Bertolak ansur, bekerjasama dalam satu pakatan. Jika begini ok” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

Analisis tersebut telah mempamerkan bahawa perbahasan isu utama mengambil kira asas dan kerangka konsep kerajaan perpaduan yang hendak dibentuk. Definisi, prinsip-prinsip dan ciri-ciri yang terdapat dalam model yang hendak diaplikasikan sesuai dengan sistem dan budaya politik di Malaysia. Menariknya, perbincangan ini dibincangkan dalam kelompok informan ahli akademik sahaja. Persoalan dasar dan asas kepada aplikasi kerajaan perpaduan yang ditekankan dan diperlukan dalam wacana untuk mengembangkan cadangan yang dikemukakan.

Informan yang ditemu bual terutama dalam kelompok ahli politik didapati cenderung mengaitkan kerajaan perpaduan dengan perbezaan pendapat yang bersifat politik kepartian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.5 dalam faktor tafsiran kerajaan perpaduan. Hal ini tidak menghairankan kerana isu kerajaan perpaduan ini sememangnya menjadi tumpuan wacana politik dalam kalangan pemerhati politik seperti Haris Zakapli (2015), Hafiz Baqi (2009) dan Zulkifli Sulong (2009). Haris

Zakapli (2015), salah seorang pemerhati politik yang aktif membincangkan isu ini menyatakan pandangannya seperti berikut:

“Kerajaan perpaduan terus didefinisikan sebagai “perpaduan PAS- UMNO” yang hanya mempunyai satu bentuk, dengan kedua-dua parti bergabung dalam satu pakatan politik – mengabaikan realiti kedudukan UMNO yang bekerjasama dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional – dan terus dikatakan menjadi agenda PAS walaupun kenyataan demi kenyataan menafikannya dibuat oleh pemimpin parti tersebut” (Haris Zakapli, 2015),.

209

Dalam penelitian model kerajaan perpaduan ini juga, terdapat sarjana yang memberikan kesimpulan yang sama seperti yang diperbahaskan oleh Suhana Saad et al. (2012), Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan

Rosmadi Fauzi. (2011), Hamayotsu, K. (2010), Mohamed Nawab Mohamed Osman

(2009) dan Yang Razali Kassim (2014).

Dalam penelitian yang terdahulu, Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan

Othman, Zulkanain dan Rosmadi Fauzi (2011) misalnya telah menimbulkan isu ini dalam menganalisis kemandirian parti politik Melayu-Islam pasca PRU-12, iaitu:

“Atas persepsi ini maka timbul saranan supaya PAS dan UMNO membentuk gagasan ‘kerajaan perpaduan’ demi kesejahteraan rakyat” (Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi Fauzi, 2011).

Begitu juga Hamayotsu (2010) berpendapat bahawa:

“After 8 March (2008) this intra-party socio-ideological division lost some explanatory power in fully understanding controversies and frictions that have become much more divide has emerged to propose “unity talks’ with UMNO leaders to negotiate the possibility of forming a unity government based on Muslim-based UMNO and PAS” (Hamayotsu, 2010).

Pandangan dalam kelompok informan politik ini dibayangkan menerusi hujah-hujah mereka seperti berikut:

“Ada keinginan untuk turut sama-sama menyatukan umat Islam dan masyarakat Malaysia dengan pimpinan PAS. Ada juga keinginan untuk membentuk kerajaan” (POL001, temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016).

210

Yang kita dengar hanya cadangan, pandangan dan perspektif yang mengatakan kerjasama UMNO dan PAS akan memberi impak positif kepada kepentingan umat” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

Saya sendiri berada dalam ‘lingkungan utama’ untuk menjayakannya di Selangor. Tetapi ianya gagal dan tidak mendapat sambutan” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

UG adalah dengan UMNO yang diperakui sebagaimana oleh mereka” (POL005, temu bual bersemuka, 18 Februari, 2016)

Telah diusahakan kerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan iaitu di Selangor dan Perak” (POL006, temu bual bersemuka, 10 Februari, 2016).

Berdasarkan petikan tersebut, informan-informan di atas telah memberikan satu justifikasi untuk membenarkan polemik yang mendasari faktor tafsiran kerajaan perpaduan dalam wacana politik PAS dan UMNO sahaja. Namun, pandangan- pandangan ini dikemukakan oleh ahli politik yang bukan daripada parti PAS.

Disebabkan tiada pernyataan yang dikemukakan oleh informan daripada parti PAS, maka pandangan-pandangan ini dilihat tidak kukuh. Ia diandaikan kepada persepsi yang salah terhadap model yang dikemukakan dan mainan media yang mendominasi polemik tafsiran kerajaan perpaduan sebagaimana yang dikemukakan oleh informan

POL003 dan POL004. Pandangan-pandangan mereka berbunyi begini:

“Kerajaan Perpaduan menjadi satu permainan yang dibuat oleh media baru dan bukan dalam kalangan pemimpin yang mainkan (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

“Bagi Presiden PAS, perbezaan yang dikehendaki dalam pendekatan UG ialah mengetepikan semua isu yang menghalang kepada isu perpaduan. Contohnya PAS, PKR, DAP dan UMNO perlu berkorban imej yang

211

ditonjolkan sebelum ini dan merentasi politik lama serta mengetepikan perbezaan” (POL004, temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016).

Persoalannya, adakah isu kerajaan perpaduan ini akan melibatkan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO seperti yang dibincangkan oleh pemerhati politik dan sarjana tersebut turut dibahaskan oleh informan? Jawapannya ialah ya. Secara umumnya, pandangan informan-informan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka. Berhubungan dengan itu, informan POL006 (temu bual bersemuka, 10

Februari, 2016) kelihatan memperincikan lagi kerangka kerjasama UMNO dengan

PAS melalui tafsirannya kepada cadangan kerajaan perpaduan. Beliau mengatakan seperti berikut:

“2013 juga begitu..dari 2008 tak selesa. PAS minoriti. PAS hendakkan model seperti BN, di mana kedudukan UMNO itu dominan dalam BN. PAS pun hendak dominan dalam PR. Apa yang berlaku telah berlaku konflik dalaman dalam PR.. yang diingini adalah yang didapati bahawa hampir mustahil PAS mendominasikan PR. Maka PAS kena kerja di bawah penguasaan UMNO dan BN melalui UG” (POL006, temu bual bersemuka, 10 Februari, 2016).

“Kalau kita hendak buat perubahan tetapi jangan sampai terjejas Melayu-Islam. Cara yang terbaik kita berdamping dengan UMNO dan mempengaruhi, dapat sokongan dan kerjasama dengan UMNO. Trendnya begitu yang dilihat hasil daripada perubahan pendekatan yang berlaku apabila didapati PAS boleh menguasai PR. Jika PAS dalam keadaan minoriti dalam kerajaan..seolah-olah perkara itu haram dan kedudukan Melayu-Islam tidak lagi dominan” (POL006, temu bual bersemuka, 10 Februari, 2016).

Selepas semua kenyataan daripada informan, kebanyakannya melihat bahawa tafsiran kerajaan perpaduan sebagai perpaduan ‘PAS-UMNO’ yang hanya mempunyai satu bentuk iaitu dengan kedua-dua parti bergabung dalam satu pakatan

212

politik. Hal ini telah menyumbang kepada polemik dan seterusnya menyebabkan kegagalan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

6.4.1 (b) Kegagalan Kerajaan Perpaduan

Terdapat tujuh faktor kegagalan kerajaan perpaduan yang dibincangkan oleh informan seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.6 di bawah.

Rajah 6.6: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Faktor-faktor Kegagalan Kerajaan Perpaduan

Rajah 6.6 menunjukkan bahawa tujuh faktor kegagalan dikemukakan oleh informan dalam sesi temu bual yang dijalankan. Pertama, faktor tafsiran yang berbeza. Faktor ini telah dibincang dan dibahaskan sebelum ini melalui isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan. Melalui faktor tafsiran berbeza tersebut, ia juga secara langsung berhubungan dengan faktor yang kedua iaitu permainan media baru. Informan

POL003 (temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016) mengatakan seperti berikut:

“Kerajaan Perpaduan menjadi satu permainan yang dibuat oleh media baru dan bukan dalam kalangan pemimpin yang mainkan.

213

Tak suka pada seseorang pemimpin dalam PAS. Memburukkan pimpinan supaya kebencian itu wujud. Kerajaan Perpaduan telah dihentikan dalam kalangan pimpinan PAS. Ia telah dijelaskan dalam mesyuarat. Saya akui bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan ini merupakan salah satu sebab berlakunya perpecahan dalam PAS. Tuduhan itu telah berlaku perbezaan pandangan dan telah mempengaruhi beberapa pimpinan” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

Hubungan antara faktor pertama dengan faktor kedua ini menjadi premis perbincangan oleh Haris Zakapli (2015) dalam membincangkan berkaitan polemik yang melanda kerajaan perpaduan. Beliau mengatakan bahawa tafsiran kerajaan yang mengelirukan daripada definisi dan maksud sebenar konsep kerajaan perpaduan telah dipopularkan melalui media baru terutama blog.

Informan AK003 pula dilihat memberikan pandangan bahawa kegagalan kerajaan perpaduan kerana ia mempunyai kesilapan politik. Dalam memperincikan faktor kesilapan politik tersebut, informan AK003 (temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016) berkongsi pandangan yang sama dengan hujah yang diberikan oleh informan AK004

(temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016).

Secara lebih jelas informan AK004 (temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016) mengatakan seperti berikut:

“Ia dikemukakan oleh pemimpin parti politik pembangkang. Mungkin lebih berjaya jika ia dikemukakan oleh pemimpin parti politik kerajaan yang lebih dominan dari segi kedudukan” (AK004, temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016).

Selain empat faktor yang telah dibincangkan sebelum ini, dua faktor lagi iaitu komitmen dengan PR dan faktor tidak bergerak secara komprehensif. Berikut

214

ditunjukkan pandangan daripada informan-informan yang berhujah mengatakan bahawa kegagalan kerajaan perpaduan disebabkan komitmen parti politik Melayu-

Islam iaitu PAS dengan gabungan kerjasama politik mereka iaitu PR.

Hujah-hujah daripada informan seperti berikut:

“Pertemuan ada. Pertama kali selepas berlaku PRU 2008. Saya sendiri hadir sekadar untuk mengetahui hasrat UMNO. Pak Lah ada hasrat untuk mengajak PAS bekerjasama dan bersatu. Tetapi dalam soal ini ditolak oleh PAS kerana komitmen dengan PR” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

Hujah yang lebih jelas lagi dinyatakan oleh informan POL004 (temu bual bersemuka,

5 Februari, 2016) dan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November, 2016) seperti berikut:

“Berlakunya perbincangan dengan Pak Lah. Pak Lah mahukan PAS sahaja untuk bentuk kerjasama. Tuan Guru Haji Hadi tak setuju kerana mahukan PR terlibat. Ikut model Indonesia. Pak Lah tegaskan tak setuju. Cadangan tersebut sampai kat situ sahaja” (POL004, temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016).

“Saya fikir, cadangan tersebut gagal kerana kesetiaan PAS dengan ‘pakatan’ politik mereka” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2016).

Faktor kegagalan disebabkan oleh komitmen PAS terhadap kerjasama yang dijalinkan melalui PR jelas menolak pandangan yang mengatakan bahawa kerajaan perpaduan adalah suatu usaha untuk membentuk kerjasama politik atau membentuk kerajaan antara PAS dengan UMNO sahaja seperti yang dibincangkan dalam isu kerajaan perpaduan sebelum ini.

215

Namun, terdapat kontradiksi terhadap perbincangan tersebut disebabkan kenyataan yang dinyatakan oleh informan POL001 (temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016).

Faktor kegagalan kerajaan perpaduan yang dinyatakan oleh informan POL001 (temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016) seolah-olah proses pembentukan kerajaan perpaduan sedang berlaku dan kegagalannya disebabkan tidak bergerak secara komprehensif. Kenyataan beliau seperti berikut:

“Saya juga melakukan kesilapan. Tidak bergerak secara komprehensif. Cuba hentikan dahulu sekejap kerana PRU 2008 sudah dekat” (POL001, temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016).

Namun pandangan ini tidak disokong oleh mana-mana informan daripada pihak yang sama dan juga yang terlibat secara langsung dengan perbincangan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Oleh yang demikian, apabila cadangan kerajaan perpaduan dikemukakan gagal direalisasikan, penelitian terhadap suatu gagasan perpaduan yang lebih besar dan menyeluruh diperlukan. Hal ini adalah disebabkan sejarah pembentukan Malaysia mengambil kira perhatian yang besar terhadap aspek masyarakat Islam di Malaysia yang merupakan majoriti. Lantaran itu, konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam diperlukan sebagai nukleus untuk membentuk kerjasama politik yang lebih luas dan berkesan di Malaysia sebagaimana yang dihujahkan dalam Bab Lima tesis ini.

6.4.2 Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam di Malaysia

Penelitian yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa para informan memberikan pandangan yang positif terhadap kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi

216

kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Berikut analisis yang dilakukan terhadap maklum balas para reponden tentang model kerajaan perpaduan berteraskan

Islam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.7.

Rajah 6.7: Dapatan Maklum Balas Informan Terhadap Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia

Rajah 6.7 mempamerkan keseluruhan informan yang berjumlah sembilan orang memberikan maklum balas terhadap model kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Empat informan iaitu AK002

(temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016), AK004 (temu bual bersemuka, 19 Januari,

2016), POL002 (temu bual bersemuka, 29 November, 2015), POL003 (temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016) bersetuju dalam pembentukan perpaduan parti politik

Melayu-Islam di Malaysia melalui model kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Sementara empat informan lagi iaitu AK003 (temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016),

POL004 (temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016), POL005 (temu bual bersemuka,

217

18 Februari, 2016) dan POL006 (temu bual bersemuka, 10 Februari, 2016) melihat ia merupakan cadangan yang positif dengan syarat perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh Islam.

Hanya informan POL001 (temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016) yang melihat model tersebut secara realitinya tidak praktikal untuk diaplikasikan pada situasi semasa di Malaysia, tetapi menyatakan kepentingannya terhadap perpaduan umat

Islam di Malaysia.

Bagi hujah maklum balas yang dikemukakan oleh informan dipamerkan melalui

'Quotation' dalam Jadual 6.3. Ia digambarkan melalui segmen-segmen dalam 'P-

Docs' yang mempunyai perkaitan dengan hujah maklum balas terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam secara hubungan yang kuat. Hal ini bermaksud

'Quotation' inilah yang menghasilkan 'Codes' dalam konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

'Codes' atau elemen maklum balas terhadap model kerajaan perpaduan berteraskan

Islam yang dibentuk diperoleh melalui kaedah deduktif berdasarkan teks-teks dalam

'P-Docs. Elemen tersebut diekstrak melalui kaedah induktif dalam transkrip temu bual yang dirujuk dalam 'P-Docs’. Secara terperinci analisis maklum balas terhadap kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia yang dikemukakan oleh para informan dipamerkan dalam Jadual 6.3.

218

Jadual 6.3: Hujah Maklum Balas Informan Terhadap Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Bagi Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

INFORMAN HUJAH MAKLUM BALAS TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA

POL001 “Secara realiti tidak boleh dibangunkan dengan situasi sekarang. Ya muafakat sesama umat Islam perlu dilaksanakan dan ia keperluan. Muafakat majmuk banyak kerja. Perlu kepada pemimpin dan melangkaui politik”.

Setuju Tidak

POL002 “Saya setuju bahawa kita perlu mempunyai ‘kerangka’ dan ‘model’ yang jelas, konkrit dan kompak dalam menyusun struktur kerajaan perpaduan dari perspektif Islam. Namun, apa tingkat dan h}adaf sebuah kerajaan perpaduan berteraskan Islam?

POL003 “Perlu. Perlu kepada politik bersifat majmuk dan bukannya politik perkauman”.

AK002 “Memang perlu tetapi yang terjadi ditafsir mengikut kelompok Setuju masing-masing. Jadi ianya gagal. Perlu rujuk kepada al-Qur’an dan Hadith. Penting kepada kerjasama atas usaha perpaduan umat Islam”.

AK004 “Ya perlu. Bagus. Perlu ada pihak yang merangka garis panduan terperinci mengenainya di dalam cara yang tidak akan membuatkan mana-mana pihak merasa mengalami kerugian”.

POL004 “Formula Taḥāluf Siyāsī dalam UG ialah pendekatan UG mengetepikan isu-isu yang menghalang kepada isu perpaduan. Perlu strategi Siya

Islam dalam merentasi isu perkauman untuk bina perpaduan”.

POL005 “Ikut yang dibolehkan oleh Islam. Ambil hikmah perjanjian Hudaibiyah yang dibuat oleh Rasulullah SAW”.

POL006 “Perlu kepada prinsip. Kena faham konsep penguasaan orang Islam kepada orang bukan Islam”.

syarat Setuju dengan AK003 Cadangan itu apa salahnya. Ia bagus untuk UMNO dan PAS bersatu untuk agama, rakyat dan negara. Tetapi bukan melihat kepada pakatan kerajaan sahaja, tetapi perlu mengambil kira pakatan pembangkang. Menerima Perlembagaan sebagai asas perpaduan.

219

Secara umumnya daripada analisis hujah informan yang dijalankan mempamerkan bahawa maklum balas yang positif terhadap model kerajaan perpaduan berteraskan

Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Keperluan terhadap perpaduan sesama parti politik Melayu-Islam untuk menyatukan umat Islam di

Malaysia menjadi prinsip utama dalam kerangka pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Para informan juga mengutarakan elemen terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kesesuaiannya dalam membentuk perpaduan parti politik

Melayu-Islam di Malaysia. Kesemua elemen ini dihubungkan dengan sub-elemen masing-masing melalui 'network view' seperti dalam Rajah 6.8.

Tujuan 'network view' adalah untuk melihat secara keseluruhan perkaitan kesesuaian antara elemen dengan sub-elemen model kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi membentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

220

Islam di Malaysia -

Melayu

olitik

P

Parti

Terhadap Kesesuaian Model Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam bagi Kerjasama Kerjasama Perpaduan Islam bagi Berteraskan Kerajaan Model Terhadap Kesesuaian

Informan

Pandangan: Dapatan

Rajah 6.8 Rajah

221

Elemen yang dimaksudkan dalam Rajah 6.8 tersebut adalah merujuk pandangan kepada kerangka asas yang diberikan oleh informan terhadap kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia. Secara terperinci telah dinyatakan dalam Jadual 5.3. Berdasarkan pembangunan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dibina oleh pengkaji seperti dalam Bab Lima, ia secara asasnya mempunyai hujah-hujah yang relevansi dengan kesesuaian konsep kerajaan perpaduan bagi kerjasama parti politik

Melayu-Islam seperti rujukan utama pembangunan model tersebut adalah bersumberkan daripada al-Qur’an dan Hadith, keperluan terhadap maksud perpaduan yang sebenar iaitu perpaduan berteraskan Islam dan implementasi prinsip Islam menjadi dasar dalam kerjasama yang dibentuk.

Bagi kesesuaian kerangka pembangunan konsep kerajaan perpaduan berteraskan

Islam di Malaysia, informan menekankan kepada model praktikal yang sedia ada iaitu model Negara Madinah 622-632M. Ia selari seperti dihujahkan dalam Bab

Empat oleh pengkaji. Penjelasan tersebut adalah seperti berikut.

“Negara Madinah penting. Cuma bagaimana para pemimpin- pemimpin politik sekarang mengawal tafsiran model kerjasama yang dibentuk atau yang dikemukakan. Jika model Madinah..semua kena pegang dan lihat kejayaannya. Lihat kepada ciri-cirinya seperti pemimpin, adil dan Islam tumbuh dalam masyarakat majmuk dan ia di bandar atau bersifat kosmopolitan” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

“Seingat saya, Piagam Madinah mempunyai sejumlah 47 Fasal. 23 Fasal, memberi penumpuan kepada hubungan sesama umat Islam iaitu kerjasama antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Bermakna, hubungan sesama umat Islam-ukhuwah masih menjadi ‘paksi penting’ kepada kejayaan Piagam ini. 24 Fasal lain menjurus bagaimana kedudukan kaum minoriti dan bukan Islam dalam struktur yang ada menerusi perjanjian yang disepakati seperti

222

Taḥāluf Siyāsī.Secara semangatnya, niat Piagam ini sudahpun terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Soal hubungan, soal mewujudkan keadilan, soal menjaga keselamatan dan sebagainya sudah terungkap dalam Perlembagaan. Saya tidak nampak ada ‘perubahan’ yang luar biasa besar kepada Perlembagaan” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2015).

Di samping itu, elemen yang dibincangkan oleh informan seperti dalam Rajah 5.5, secara langsung menghubungkan kepada prinsip-prinsip, ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan untuk pembangunan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam di

Malaysia.

Sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 6.5, ditemui tiga prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dibincangkan oleh informan bagi merangka kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Prinsip pertama iaitu perpaduan sesama umat Islam. Prinsip kedua ialah konsep penguasaan orang

Islam kepada orang bukan Islam. Sementara prinsip ketiga pula ialah perlu kepada politik bersifat majmuk. Hujah mengenai prinsip-prinsip tersebut dinyatakan seperti berikut:

“Penting kepada kerjasama atas usaha perpaduan umat Islam” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

“Perlu kepada prinsip. Kena faham konsep penguasaan orang Islam kepada orang bukan Islam”(POL006, temu bual bersemuka, 10 Februari, 2016).

“Perlu kepada politik bersifat majmuk dan bukannya politik perkauman” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Februari, 2016).

223

Berdasarkan prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh informan, ia didapati selari dengan maksud prinsip-prinsip konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dirumuskan oleh pengkaji dalam Bab Empat. Prinsip-prinsip yang dirumuskan itu ialah perpaduan insa>niyyat, perpaduan di>niyyat dan perpaduan wat}aniyyat. Ketiga- tiga prinsip tersebut telah merangkumi secara asas tiga prinsip yang diketengahkan oleh informan yang meletakkan perpaduan sesama Muslim sebagai keutamaan dan ia menjadi teras kepada perpaduan yang bersifat majmuk.

Berdasarkan prinsip-prinsip yang diketengahkan, pengkaji berpandangan bahawa prinsip-prinsip tersebut menjadi inti pati kepada kesinambungan kepentingan perpaduan nasional yang jelas dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan

Persekutuan. Hal ini mampu diperkuatkan lagi dengan keberadaan parti politik

Melayu-Islam yang menjadi tonggak dalam politik negara.

Sementara itu, terdapat empat ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia yang ditekankan oleh informan sebagaimana yang terpamer dalam Rajah 6.9. Pertama, pemimpin; kedua, adil; ketiga, permuafakatan; dan keempat, kewujudan masyarakat sivil. Dapatan pandangan lima informan mengenai ciri-ciri tersebut dinyatakan dalam Rajah 6.9.

224

Pemimpin

“Muafakat majmuk banyak kerja. Perlu kepada pemimpin dan melangkaui politik” (POL001)

“Lihat kepada ciri-cirinya seperti Keadilan pemimpin, adil dan Islam tumbuh dalam masyarakat majmuk dan di bandar atau bersifat kosmopolitan” “Lihat kepada ciri-cirinya (2016) seperti pemimpin, adil dan Islam tumbuh dalam “Mungkin lebih berjaya jika ia masyarakat majmuk dan di dikemukakan oleh pemimpin bandar atau bersifat parti politik kerajaan yang lebih kosmopolitan”(AK002) dominan dari segi kedudukan” (AK004)

CIRI-CIRI KPBI BAGI KERJASAMA PARTI POLITIK MELAYU- ISLAM DI MALAYSIA

“Saya rasa perlu ada usaha baik yang dijayakan oleh “Bertolak ansur iaitu ‘third-force’ dalam politik, bermuafakat dan NGO Melayu Islam yang bekerjasama dalam satu kerap mengulangi idea pakatan” (AK003) kerajaan perpaduan dan kerjasama politik”(POL002) Permuafakatan

“Kena ada kewujudan masyarakat sivil yang diraikan” (AK003)

Masyarakat Sivil

Rajah 6.9: Dapatan Pandangan Informan Mengenai Ciri-ciri Kerajaan Perpaduan Beteraskan Islam bagi Kerjasama Parti Politik Melayu-Islam di Malaysia

Berdasarkan keempat ciri tersebut, hanya tiga sahaja yang selari dengan ciri-ciri model kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dibina dalam Bab Empat iaitu pemimpin, keadilan dan permuafakatan. Kelihatan ciri kepimpinan menjadi ciri penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia yang disentuh oleh informan iaitu oleh tiga informan. Informan POL002 (temu bual bersemuka, 29 November 2015) dan AK003 (temu bual bersemuka, 5 Januari, 2016) meletakkan ciri keempat iaitu kewujudan masyarakat sivil atau NGO yang perlu ada

225

dalam kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-

Islam di Malaysia. Malah informan AK004 (temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016) juga ada menyentuh berkaitan NGO yang memainkan peranan penting dalam usaha membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Beliau menyebut beberapa NGO yang dilihat memainkan peranan seperti berikut:

“Majlis Dakwah Negara (MDN), Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan sebagainya. Oleh NGO seperti PERKASA dan sebagainya” (AK004, temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016).

Daripada perbincangan keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa perbincangan berkaitan ciri-ciri tersebut telah melengkapi bahawa model kerajaan perpaduan berteraskan Islam adalah sesuai bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam di

Malaysia. Penjelasan mengenai prinsip-prinsip dan ciri-ciri yang dikemukakan oleh informan secara langsung dapat menentukan hala tuju kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam realiti masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia.

Sementara itu, kaedah pelaksanaan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam telah dirumuskan sebelum ini dalam Bab Empat oleh pengkaji. Pengkaji telah merumuskan dua kaedah pelaksanaan yang dibangunkan berdasarkan pembentukan

Negara Madinah 622-632M iaitu ukhuwah Islamiah dan taḥāluf siyāsī.

Dapatan perbincangan informan mempamerkan bahawa ukhuwah dan taḥāluf siyāsī menjadi kaedah yang dominan untuk membentuk kerajaan perpaduan berteraskan

Islam bagi kerjasama perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

226

Secara terperincinya hujah-hujah informan seperti berikut.

“Sesuai sangat sebagai watak politik di Malaysia. Ukhuwah datang dulu kemudian barulah adakan taḥāluf. Langkah ini mengatasi watak politik parti-parti di Malaysia. Perlu dijadikan amalan politik untuk capai perpaduan di Malaysia” (AK002, temu bual bersemuka, 12 Januari, 2016).

“Boleh dibuat secara turutan iaitu melalui langkah ukhuwah dahulu sebelum boleh langkah taḥāluf dilaksanakan. Taḥāluf sukar dicapai tanpa ukhuwah” (AK004, temu bual bersemuka, 19 Januari, 2016).

“Ya muafakat sesama umat Islam perlu dilaksanakan dan ia keperluan. Muafakat majmuk banyak kerja. Perlu kepada pemimpin dan melangkaui politik. Cuba apply untuk ukhuwah..muafakat. Taḥāluf siyāsī juga kena ambil muafakat” (POL001, temu bual bersemuka, 4 Februari, 2016)

“Kedudukan kaum minoriti dan bukan Islam dalam struktur yang ada menerusi perjanjian yang disepakati seperti taḥāluf siyāsī” (POL002, temu bual bersemuka, 29 November, 2016)

“Taḥāluf siyāsī adalah salah satu strategi politik yang menjadi asas utama dalam pembentukan UG” (POL003, temu bual bersemuka, 16 Febrauri, 2016)

“Taḥāluf siyāsī perlu dominan dalam sesuatu politik Islam untuk menjaga ketuanan Islam dan dasar Islam” (POL004, temu bual bersemuka, 5 Februari, 2016)

Perbincangan-perbincangan tersebut bagi pengkaji jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik

Melayu-Islam di Malaysia perlu berasaskan kaedah ukhuwah dan taḥāluf siyāsī.

Walaupun pernah diaplikasikan dalam bentuk politik permuafakatan oleh BN (1974) dan PR (2008), namun ia menemui kegagalan kerana tidak membina perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam dengan kaedah ukhuwah Islamiah

227

sebelum membentuk taḥāluf siyāsī dengan parti-parti bukan Muslim. Sebagaimana yang dibincangkan dalam Bab Empat, dua kaedah tersebut merupakan teras kepada strategi Rasulullah SAW membentuk perpaduan berteraskan akidah dalam kalangan masyarakat Muslim dan perpaduan kenegaraan antara masyarakat Muslim dengan masyarakat bukan Muslim terutamanya Yahudi di Negara Madinah (al-Bu>t}iy, 1977;

Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n, 1982; ‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d, 1993; Abdul

Monir Yaacob, 2013; Yahaya Jusoh; 2014).

6.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini menyarankan konsep kerajaan perpaduan berteraskan

Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Kesesuaian konsep tersebut dicadangkan kerana mendapati hasil analisis mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia tidak berada dalam situasi yang terbaik bagi merangka kerjasama politik yang lebih utuh dalam pembinaan negara. Ia berdasarkan rumusan dapatan yang telah dihujahkan oleh informan berkaitan dengan perpaduan parti politik Melayu-Islam yang merangkumi situasi perpaduan, halangan perpaduan dan kepentingan perpaduan tersebut. Sementara kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh kesamaran tafsiran definisi dan polemik politik yang mendominasi wacana kerajaan perpaduan yang hendak dilaksanakan di Malaysia. Berdasarkan kesesuaian konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam yang dirumuskan dalam

Bab 4 didapati hampir selari dari segi prinsip dan ciri-ciri yang dibincangkan oleh informan. Walaupun hujah yang dinyatakan adalah secara umum, namun pentingnya di sini adalah kesesuaian kaedah pelaksanaan iaitu ukhuwah Islamiah dan taḥāluf

228

siyāsī dilaksanakan dalam kerangka pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan

Islam bagi kerjasama parti politik Melayu-Islam. Kaedah tersebut merupakan aspek terpenting dalam menjadikan cadangan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia suatu yang realiti perlu diusahakan oleh parti-parti politik Melayu-Islam bekerjasama dalam membina perpaduan ummah. Dengan perbincangan perihal perpaduan parti politik Melayu-Islam, kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan

Islam digunakan bagi membentuk kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-

Islam dan rumusan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia, maka terjawablah ketiga-tiga persoalan kajian yang dikemukakan dalam objektif kajian pada awal perbincangan tesis ini.

229

BAB 7

PENUTUP

7.1 PENDAHULUAN

Bab Tujuh adalah Bab Penutup bagi kajian ini. Bab ini menyimpulkan keseluruhan kajian yang telah dijalankan dalam kajian ini. Perbincangan enam bab sebelum ini telah mengetengahkan fasa-fasa penting yang melengkapkan keseluruhan kajian ini.

Bab Satu adalah bab pengenalan kajian yang telah membincangkan permasalahan kajian, objektif kajian, dan kepentingan kajian. Bab Dua membincangkan kajian- kajian lepas dan sorotan karya. Bab Tiga menerangkan mengenai kaedah pengkajian yang diguna pakai. Bab Empat dan Lima pula menghuraikan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Sementara Bab Enam mengetengahkan kajian hasil sesi temu bual dengan sembilan orang informan. Temu bual tersebut pula dianalisis sepenuhnya dengan menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.1.8 (PAV7.1.8) iaitu salah satu daripada computer-assisted qualitative data analysis software (CAQDAS).

Bab Tujuh pula merupakan kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang telah dijalankan dalam kajian ini. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada tiga subtopik. Pertama, membincangkan hasil dapatan utama dan rumusan terhadap kajian yang telah dijalankan. Kedua, bab ini juga membincangkan implikasi kajian dan cadangan dasar untuk pihak pelaksana yang berkaitan. Ketiga, saranan kajian pada masa akan datang yang wajar dilakukan.

230

7.2 DAPATAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini bertitik tolak daripada tiga permasalahan utama yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan berteraskan Islam dan kesesuaiannya dalam pembentukan kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Permasalahan pertama yang dikemukakan dalam kajian ini terhasil daripada penelitian terhadap cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia pada tahun 2008. Cadangan tersebut dikemukakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia

(PAS) bagi menangani perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia selepas PRU ke-12. Setelah dikaji, kerajaan perpaduan yang dikemukakan telah membawa kepada dua permasalahan lain. Pertama, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan memerlukan parti politik pro-kerajaan iaitu Barisan Nasional

(BN) dengan parti politik pro-pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) bekerjasama untuk membentuk kerajaan secara bersama. Kedua, model kerajaan perpaduan yang ditawarkan mengikuti kepada pembentukan kerajaan perpaduan Indonesia yang dibentuk selepas reformasi politik 1998. Penelitian dilakukan mendapati bahawa cadangan kepada pembentukan kerajaan perpaduan berasaskan kerjasama politik antara BN dengan PR adalah menuruti aplikasi model Kerajaan Perpaduan Nasional

(GNU). Model GNU dibentuk melalui permuafakatan parti-parti politik utama pro- kerajaan dan pro-pembangkang seperti yang diaplikasikan di beberapa Negara Afrika dan negara Muslim seperti Palestin yang telah dibincangkan dalam Bab Satu dan Bab

Dua tesis ini. Sementara di Indonesia, kerajaan perpaduan yang dibentuk berasaskan sistem parlimen berbilang parti (MPS). MPS menghendaki parti-parti politik yang memenangi pilihanraya bermuafakat di dalam parlimen membentuk kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia

231

mengalami permasalahan di peringkat asas iaitu kegagalan memahami teori dan konsep kerajaan perpaduan yang diamalkan oleh kerajaan perpaduan di dunia. Model

GNU dan MPS merupakan model yang berbeza dari segi teori dan konsep pembentukannya.

Permasalan kedua mendapati bahawa terdapat negara-negara Muslim yang membentuk kerajaan perpaduan. Contohnya seperti Palestin dan Indonesia. Negara- negara Muslim ini membentuk kerajaan perpaduan melalui model GNU dan MPS.

Kedua-dua model tersebut dibentuk melalui acuan demokrasi Barat. Oleh yang demikian, sepanjang pembentukan kerajaan perpaduan melalui model-model tersebut, tiada negara yang dapat membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh dalam jangka masa panjang. Kerajaan Perpaduan Nasional Palestin hanya bertahan selama dua tahun sebelum berlaku semula krisis dan konflik sesama parti-parti politik yang bekerjasama. Sementara Indonesia, sepanjang dekad reformasi politik telah banyak parti politik besar mengalami perpecahan dalaman terburuk akibat transisi demokrasi. Justeru, pengkaji mendapati tiada model kerajaan perpaduan yang dilihat bersesuaian untuk diaplikasi di negara Muslim. Bahkan analisis yang dilakukan mendapati tiada model kerajaan perpaduan menurut perspektif Islam sebagai panduan. Kelompangan tersebut turut mempamerkan belum ada pengkaji dalam kalangan sarjana Islam yang cuba menampilkan sebuah model kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang dialami oleh kerajaan perpaduan negara Muslim.

232

Permasalahan ketiga pula, Malaysia merupakan negara Muslim yang terbentuk daripada demokrasi permuafakatan. Demokrasi permuafakatan dibentuk melalui parti-parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum bermuafakat membentuk kerajaan seperti yang dilakukan oleh BN sebagai gabungan parti politik yang memerintah kerajaan. Di samping itu, teraju utama BN dalam memerintah Malaysia ialah UMNO. UMNO merupakan parti politik Melayu-Islam yang berperanan sebagai tonggak penting kepada politik permuafakatan BN yang dibentuk melalui asas majoriti Melayu-Islam dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sementara itu, PAS yang juga seteru politik kepada UMNO merupakan parti politik

Melayu-Islam dalam kalangan gabungan parti politik pembangkang yang dominan dan berpengaruh terutama kepada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Dalam cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia telah menimbulkan dua persoalan lanjut yang perlu dirungkai. Pertama, bagaimanakah kerajaan perpaduan mampu menangani perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia? Kedua, bagaimanakah bentuk kerajaan perpaduan sewajarnya yang diperlukan dalam membolehkan kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-

Islam di Malaysia direalisasikan?

Keseluruhan senario seperti yang dijelaskan di atas telah mendorong pengkaji untuk melakukan penelitian secara mendalam mengenai kerajaan perpaduan berteraskan

Islam dalam membentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini dilakukan dalam dua fasa. Pelaksanaan fasa pertama adalah untuk mencapai objektif kajian pertama. Sementara fasa kedua pula bertujuan untuk mencapai objektif kajian kedua dan ketiga.

233

Fasa pertama kajian telah mengetengahkan penelitian asas kajian iaitu mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Justeru objektif kajian pertama ialah mengenal pasti kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Empat persoalan kajian telah dikemukakan bagi mencapai objektif kajian tersebut. Pertama, apakah pandangan sarjana Islam terhadap kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Kedua, apakah acuan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Ketiga, apakah prinsip-prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Keempat, apakah ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Empat persoalan kajian ini dijawab menerusi kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Bab keempat tesis ini.

Berdasarkan analisis terhadap maklumat yang diperoleh38 sebagaimana yang diperincikan dalam Bab Dua, kerajaan perpaduan merupakan suatu model pembentukan sebuah kerajaan yang diamalkan oleh negara-negara yang berkonflik terutama selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Sehingga kini kerajaan perpaduan masih lagi menjadi model kepada beberapa negara terutama di Afrika dan Asia

Tengah yang kebanyakannya dilanda krisis peperangan. Terdapat dua model kerajaan perpaduan dikenal pasti dibentuk di negara yang mengamalkannya.

Pertama, Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU). Kedua, kerajaan perpaduan yang mengaplikasikan Sistem Parlimen Berbilang Parti (MPS). Hasil penelitian terhadap kerajaan perpaduan GNU dan MPS menemukan dua faktor yang menyebabkan kegagalan kerajaan perpaduan di dunia Muslim. Faktor pertama, kerajaan perpaduan yang dibentuk adalah daripada acuan demokrasi Barat. Faktor kedua, kerajaan

38 Dalam kajian ini maklumat yang dianalisis menerusi kajian kepustakaan diperoleh daripada tiga sumber utama. Pertama, rujukan berkaitan Islam menerusi al-Qur’an, Hadith, Sirah Nabi Muhammad SAW dan kitab-kitab yang dihasilkan oleh sarjana Islam yang muktabar. Kedua, bahan-bahan bercetak. Ketiga, pangkalan data sekunder.

234

perpaduan dari perspektif Islam belum dibincang dan dikaji oleh mana-mana sarjana

Islam. Faktor pertama dan faktor kedua saling berhubung kait untuk mengenal pasti kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Penelitian lanjut daripada sarjana-sarjana Islam mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam menemukan bahawa ia telah dibincangkan dalam kerangka pembentukan Negara Madinah 622-632M. Ia merupakan penemuan baru yang tidak pernah dikaji dan dibincangkan oleh mana-mana sarjana yang mengkaji berkaitan

Negara Madinah. Penemuan berkaitan kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini berdasarkan manifestasi yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW melalui politik perpaduan Negara Madinah yang bertujuan membina ukhuwah Islamiah dalam kalangan kelompok umat Islam dan seterusnya membentuk al-taḥāluf al-siyāsī kelompok-kelompok bukan Muslim dalam pemerintahan sebuah negara.

Rumusan ini didapati daripada penelitian melalui tiga perjanjian yang dimeterai oleh

Rasulullah SAW yang menjadi kerangka kepada pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, Bay‘at ‘Aqa>bat Pertama dan Kedua yang melibatkan

Rasulullah SAW dengan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj dari Madinah. Kedua, perjanjian yang membentuk persaudaraan antara golongan Ansar dari Madinah dengan golongan Muhajirin dari Mekah. Ketiga, pemeteraian Piagam Madinah yang menjadi asas kepada kejayaan pembentukan perpaduan dalam masyarakat Negara

Madinah. Daripada ketiga-tiga peristiwa tersebut dapat dirumuskan dua asas yang meletakkan hubungan Negara Madinah dengan pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Pertama, kerangka ukhuwah Islamiah. Kedua, al-taḥāluf al-siyāsī.

Bagi perkara pertama iaitu ukhuwah Islamiah merupakan kerangka awal dalam

235

sejarah perkembangan Islam yang memiliki ciri-ciri khusus membentuk perpaduan kenegaraan. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyatuan Suku ‘Aws dan Suku

Khazraj yang sering berperang sesama sendiri selama bertahun lamanya. Penyatuan hati dan penyelarasan kefahaman terhadap akidah kepada Allah SWT telah membuatkan suku-suku tersebut bersedia menerima kepimpinan Rasulullah SAW untuk membentuk kerajaan baru di Madinah.

Demikian juga persaudaraan antara golongan Ansar dengan golongan Muhajirin.

Ukhuwah Islamiah yang dipamerkan oleh persaudaraan tersebut telah membentuk maksud perpaduan yang lebih luas iaitu bersaudara dan bersatu dalam tuntutan menghidupkan agama Islam yang berteraskan akidah merentasi hubungan pertalian darah, kekeluargaan dan kabilah. Maksud tersebut digunakan dalam tesis ini sebagai bagi menjelaskan perpaduan sebenar yang berteraskan Islam.

Selanjutnya, pemeteraian Piagam Madinah merupakan pelengkap kepada kerangka ukhuwah Islamiah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW terhadap masyarakat Muslim di Madinah. Masyarakat Muslim di Madinah yang terdiri daripada Suku ‘Aws, Suku

Khazraj dan Kaum Quraisy Mekah bersaudara, bersatu dan berpadu membina perpaduan berteraskan Islam dalam pembentukan kerajaan Islam pertama di dunia seperti yang termaktub dalam Fasal 1 hingga Fasal 23 yang telah diperincikan penjelasannya dalam Bab keempat.

Bagi perkara kedua yang dapat dirumuskan melalui tiga perjanjian yang dimeterai oleh Rasulullah seperti yang dibincangkan sebelum ini ialah kerangka al-taḥāluf al- siyāsī. Sebagaimana analisis dalam Bab Empat sebelum ini, al-taḥāluf al-siyāsī

236

secara umumnya membawa maksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam. Pengertian ini dirumuskan dalam tindakan Siya>sat al-Rasu>l sepanjang Sirah Rasulullah SAW di

Madinah. Ia berasaskan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat Muslim di Madinah telah mengizinkan Rasulullah SAW untuk menggerakkan strategi- strategi bagi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan umatnya di Madinah.

Kerangka al-taḥāluf al-siyāsī Rasulullah SAW dipamerkan melalui pemeteraian perjanjian dengan kabilah-kabilah yang bukan Islam khususnya Yahudi di Madinah.

Dengan perjanjian tersebut mempamerkan sebuah asas kerajaan yang bersifat majmuk memerlukan pelaksanaan al-taḥāluf al-siyāsī. Prinsip al-taḥāluf al-siyāsī memberikan maksud yang menyeluruh dalam tindakan semua warganegara sama ada

Muslim atau bukan Muslim mesti mendokong kepimpinan dan perlembagaan yang dimeterai dengan penuh rasa tanggungjawab. Hal ini dizahirkan dengan jelas dalam penggubalan Piagam Madinah.

Melalui dua kerangka utama tersebut, terdapat tiga prinsip yang mendokong kepada kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Prinsip pertama, perpaduan insa>niyyat; prinsip kedua, perpaduan di>niyyat; dan prinsip ketiga, perpaduan wat}aniyyat. Prinsip pertama iaitu, perpaduan insa>niyyat meliputi kemuliaan peribadi, masyarakat, politik dan larangan berbeza darjat. Prinsip perpaduan insa>niyyat ini ditonjolkan melalui penyatuan Suku ‘Aws dan Suku Khazraj sehingga membentuk golongan Ansar yang memiliki keimanan kepada Allah SWT dan mengakui KeRasulan dan kepimpinan

Nabi Muhammad SAW.

237

Kemudian, prinsip perpaduan insa>niyyat dikemaskan melalui prinsip kedua iaitu prinsip perpaduan di>>niyyat. Prinsip ini memerlukan seorang Muslim memiliki sifat setia dan tolong menolong dalam hubungannya dengan Muslim yang lain serta meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dan dunia. Prinsip perpaduan ini ditonjolkan melalui persaudaraan antara golongan Ansar dengan golongan Muhajirin. Prinsip perpaduan insa>niyyat dan prinsip perpaduan di>niyyat secara langsung telah membentuk teras kepada perpaduan Islam. Rentetan daripada kejayaan membentuk persaudaraan Muslim yang bersatu di Madinah, ia secara langsung bergerak menuju kepada prinsip perpaduan wat}aniyyat.

Prinsip perpaduan wat}aniyyat jelas kelihatan dalam pembentukan Piagam Madinah yang digubal selepas kejayaan membentuk persaudaraan Muslim. Piagam Madinah memberikan keadilan dan ruang kebebasan kepada golongan bukan Islam menjalani kehidupan beragama dan bermasyarakat dalam negara Madinah yang jelas dipandu oleh syariat Islam. Prinsip perpaduan wat}aniyyat tersebut dapat membentuk suatu permuafakatan dalam kalangan kelompok Muslim dan kelompok bukan Muslim.

Sementara itu, terdapat empat ciri yang melengkapkan kerajaan perpaduan berteraskan Islam secara teoretis melalui kerangka ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī. Pertama, kepimpinan; kedua, syura; ketiga, jaminan perlembagaan; dan keempat, keadilan.

Fasa pertama kajian ini telah berjaya membentuk kerangka teoretis kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Fasa kedua kajian pula telah memberikan tumpuan terhadap kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam membentuk perpaduan

238

dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Dua objektif kajian iaitu objektif kedua dan ketiga telah diletakkan bagi mencapai tujuan tersebut. Objektif kajian kedua menumpukan analisis mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia berdasarkan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Objektif kajian ketiga pula mengetengahkan analisis kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai cadangan dalam membentuk kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Kedua-dua objektif kajian ini dicapai menerusi dapatan data temu bual dengan sembilan orang informan yang dianalisis dengan menggunakan PAV7.1.8.

Penggunaan PAV7.1.8 bagi memastikan dapatan data tersebut dianalisis dengan tepat.

Bagi mencapai objektif kedua kajian ini, dua persoalan kajian dikemukakan.

Pertama, bagaimanakah perpaduan parti politik Melayu-Islam dilaksanakan di

Malaysia? Kedua, bagaimanakah kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di

Malaysia? Persoalan kajian pertama ini dijawab dalam Subtopik 6.3. Sebagaimana perbincangan dalam Subtopik 6.3 tersebut, dapatan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu situasi perkembangan perpaduan parti politik Melayu-Islam, halangan perpaduan parti politik Melayu-Islam dan kepentingan perpaduan parti politik

Melayu-Islam.

Melalui dapatan daripada tiga bahagian tersebut, proses perkembangan politik yang berlaku di Malaysia telah membentuk pelaksanaan perpaduan dalam kalangan parti politik sejak sebelum kemerdekaan lagi. Walaupun terdapat halangan kepada perpaduan parti politik Melayu-Islam, namun penglibatan parti-parti politik Melayu-

239

Islam dilihat menjadi dominan dalam kerjasama dan gabungan politik yang dibentuk seperti yang dipamerkan dalam gabungan politik BN, APU dan BA. Kebimbangan terhadap perpecahan dalam kalangan umat Melayu-Islam menjadi faktor galakan terhadap kepentingan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam untuk memastikan masyarakat Melayu-Islam sebagai teras kepada masyarakat majmuk di

Malaysia.

Seterusnya bagi persoalan kajian kedua untuk objektif kedua kajian, jawapan dan perbincangan telah dilakukan di Subtopik 6.4. Dapatan dalam Subtopik 6.4 khususnya di Subtopik 6.4.1, melalui analisis data temu bual informan menerusi

PAV7.1.8 mendapati kerajaan perpaduan telah dicadangkan sebagai gagasan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Cadangan tersebut telah dikemukakan pada tahun 2008 dengan mengambil contoh Negara

Indonesia semasa pentadbiran Presiden B.J. Habibie pada tahun 1999. Dapatan kajian mendapati bahawa cadangan tersebut mengalami kelemahan dan seterusnya berakhir dengan kegagalan. Kelemahan kerajaan perpaduan di Malaysia dibahagikan kepada lima isu utama iaitu model kerajaan tanpa pembangkang, tafsiran model kerajaan perpaduan, kewujudan PR, tidak mengadakan perbincangan pada peringkat dalaman dan sekutu parti serta tidak bergerak secara komprehsif. Lima isu utama tersebut seterusnya menyumbang kepada kegagalan kerajaan perpaduan di Malaysia.

Para informan membincangkan sekurang-kurangnya tujuh faktor kegagalan kerajaan perpaduan. Analisis PAV7.1.8 mempamerkan bahawa tujuh faktor sahaja yang konsisten dalam dapatan yang diberikan oleh informan. Faktor pertama ialah tafsiran kerajaan perpaduan yang berbeza-beza. Faktor kedua, permainan media yang

240

mencetuskan polemik. Faktor ketiga dinyatakan sebagai kerajaan perpaduan merupakan satu kesilapan politik. Faktor keempat pula ialah cadangan tersebut dibawa oleh pemimpin parti politik pembangkang. Faktor kelima, komitmen PAS dengan gabungan politik pembangkang iaitu PR; dan faktor keenam ialah tidak bergerak secara komprehensif dalam membentuk kerajaan perpaduan. Faktor ketujuh dirumuskan oleh tujuh informan sebagai merupakan satu usaha kerjasama PAS dan

UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan. Faktor ini mendominasikan faktor- faktor lain yang akhirnya menyebabkan kegagalan kerajaan perpaduan.

Mengenai kesesuaian kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia, penelitian yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa majoriti dalam kalangan informan memberikan pandangan yang positif terhadap kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Secara terperinci, analisis melalui PAV7.1.8 mempamerkan empat orang informan bersetuju kerajaan perpaduan berteraskan Islam dijadikan model pembentukan perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam. Sementara empat informan lagi menyatakan bahawa kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan cadangan yang positif.

Hanya seorang informan menyatakan kerajaan perpaduan berteraskan Islam tidak praktikal untuk diaplikasikan dengan situasi di Malaysia.

Seterusnya, objektif ketiga dalam kajian ini iaitu mencadangkan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi membentuk kerjasama dalam kalangan parti politik

Melayu-Islam di Malaysia. Terdapat satu persoalan yang perlu dijawab iaitu apakah bentuk kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam kerjasama parti politik Melayu-

Islam di Malaysia? Bagi menjawab persoalan tersebut, dapatan terhadap penerimaan

241

yang positif dalam kalangan informan terhadap kerajaan perpaduan berteraskan

Islam di Malaysia menjadi asas kepada model yang diperlukan.

Sebagaimana yang dibincangkan dalam Subtopik 6.4.2, selain daripada penerimaan positif, para informan juga mencadangkan penambahbaikan yang sesuai dengan realiti di Malaysia. Cadangan penambahbaikan tersebut merangkumi tiga prinsip, empat ciri dan dua kaedah pelaksanaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam di

Malaysia seperti yang dibincangkan dalam Subtopik 6.4.2 tersebut.

Tiga prinsip yang dimaksudkan ialah perpaduan sesama umat Islam, konsep penguasaan orang Islam kepada bukan Islam dan perlu politik bersifat majmuk.

Prinsip tersebut terangkum secara langsung dengan prinsip kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dibina iaitu perpaduan insa>niyyat; perpaduan di>niyyat dan perpaduan wat}aniyyat. Sementara empat ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan

Islam ialah pemimpin, keadilan, permuafakatan dan kewujudan masyarakat sivil.

Dua kaedah pelaksanaan yang diketengahkan ialah kaedah ukhuwah Islamiah dan tah}aluf siya>si>. Dua kaedah pelaksanaan ini didapati selari dengan penemuan membina konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Objektif ketiga ini merumuskan bahawa kerajaan perpaduan berteraskan Islam adalah sesuai dicadangkankan sebagai bentuk kerjasama politik dalam kalangan parti politik

Melayu-Islam di Malaysia bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

242

Jadual 7.1 merupakan ringkasan jawapan yang menjawab objektif dan persoalan kajian seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 7.1 : Ringkasan Jawapan kepada Objektif Kajian dan Persoalan Kajian OBJEKTIF PERSOALAN JAWAPAN KAJIAN KAJIAN Objektif (1) Persoalan Kajian Persoalan kajian (i) bagi objektif (1) (i) terjawab dalam Bab Empat kajian ini

Mengenal pasti Apakah pandangan Kerajaan Perpaduan di Dunia kerajaan sarjana Islam Kerajaan perpaduan merupakan suatu perpaduan mengenai kerajaan permuafakatan politik yang melibatkan berteraskan perpaduan parti politik pro-kerajaan dan parti politik Islam berteraskan Islam? pro-pembangkang membentuk sebuah kerajaan. Terdapat dua model kerajaan perpaduan dibentuk di dunia iaitu GNU dan MPS. Contoh negara Muslim yang membentuk kerajaan perpaduan seperti Indonesia dan Palestin.

Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam Kerajaan perpaduan berteraskan Islam tidak pernah dibincang dan dikaji oleh mana-mana sarjana Islam. Namun perbincangan mengenai Kerajaan Madinah 622-632M mempamerkan bahawa proses pembentukan kerajaan tersebut dibina atas dasar persaudaraan, perpaduan dan permuafakatan. Para sarjana Islam mengesahkan bahawa pembentukan Kerajaan Madinah berteraskan persaudaraan dan perpaduan mengikut perspektif Islam. Bahkan perbahasan mengenai perpaduan berteraskan Islam wujud ketika proses pembentukan Negara Madinah.

Analisis melalui proses pembentukan kerajaan Madinah mendapati terdapat dua kaedah yang menjadi asas kepada pembinaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam, iaitu: (1) Ukhuwah Islamiah (2) Al-taḥāluf al-siyāsī

243

OBJEKTIF PERSOALAN JAWAPAN KAJIAN KAJIAN Persoalan Kajian Persoalan kajian (ii) bagi objektif (1) (ii) terjawab dalam Bab Lima kajian ini

Apakah acuan Konsep kerajaan perpaduan berteraskan konsep kerajaan Islam merupakan sebuah konsep perpaduan pembentukan kerajaan yang beracuankan berteraskan Islam? tasawur Islam dengan menjadikan paradigma tauhid sebagai tunjang dan bersumberkan epistemologi Islam. Ia berbeza dengan konsep kerajaan perpaduan masa kini yang beracuankan demokrasi liberal Barat. Konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dibentuk melalui sumber al-Qur’an, Hadith dan Sirah Nabi Muhammad SAW.

Persoalan Kajian Persoalan kajian (iii) bagi objektif (1) (iii) terjawab dalam Bab Empat kajian ini

Apakah prinsip- Terdapat tiga prinsip kerajaan perpaduan prinsip kerajaan berteraskan Islam. Antaranya ialah: perpaduan (1) Perpaduan insa>niyyat berteraskan Islam? (2) Perpaduan di>niyyat (3) Perpaduan wat}aniyyat

Persoalan Kajian Persoalan kajian (iii) bagi objektif (1) (iv) terjawab dalam Bab Empat kajian ini

Apakah ciri-ciri Ciri-ciri kerajaan perpaduan berteraskan kerajaan perpaduan Islam terbahagi kepada empat: berteraskan Islam? (1) Kepimpinan (2) Syura (3) Jaminan Perlembagaan (4) Keadilan

244

OBJEKTIF PERSOALAN JAWAPAN KAJIAN KAJIAN Objektif (2) Persoalan Kajian Persoalan kajian (iv) bagi objektif (2) (v) terjawab dalam Bab Lima kajian ini Menganalisis perpaduan Bagaimanakah Terdapat tiga situasi perpaduan parti parti politik perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia. Setiap Melayu-Islam politik Melayu- situasi ada peringkat pelaksanaannya: di Malaysia Islam dilaksanakan (1) Perkembangan Perpaduan berdasarkan di Malaysia? - Tidak wujud pada PRU sahaja kerajaan - Boleh dibentuk semasa menghadapi perpaduan isu penting berteraskan - Gabungan atau kerjasama antara parti Islam politik - UMNO dan PAS - Asabiyah (2) Halangan Perpaduan - Faktor strategi politik - Faktor halangan sedia ada (3) Kepentingan Perpaduan - Melayu-Islam tidak terpinggir dalam struktur politik Malaysia - Memajukan umat Islam - Kedudukan Melayu-Islam tidak tergugat oleh golongan bukan Islam dan Islamis sekular dan liberal - Elemen dalam pembentukan kerjasama politik - Melangkaui politk

Objektif (2) Persoalan Kajian Persoalan kajian (v) bagi objektif (2) (vi) terjawab dalam Bab Enam kajian ini

Menganalisis Bagaimanakah Terdapat tiga pandangan daripada perpaduan kesesuaian informan mengenai kesesuaian kerajaan parti politik kerajaan perpaduan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia, Melayu-Islam berteraskan Islam iaitu: di Malaysia digunakan bagi (1) Bersetuju mempunyai kerangka dan berdasarkan membentuk model yang jelas kerajaan perpaduan dalam (2) Cadangan yang positif yang perpaduan kalangan parti memerlukan syarat dan garis berteraskan politik Melayu- panduan Islam Islam di Malaysia? (3) Tidak praktikal dengan situasi semasa

245

OBJEKTIF PERSOALAN JAWAPAN KAJIAN KAJIAN Objektif (3) Persoalan Kajian Persoalan kajian (vi) bagi objektif (3) (vii) terjawab dalam Bab Enam kajian ini

Mencadangkan Apakah bentuk Pembentukan kerajaan perpaduan konsep konsep kerajaan berteraskan Islam dalam kerjasama parti kerajaan perpaduan politik Melayu-Islam di Malaysia perpaduan berteraskan Islam memerlukan tiga prinsip, empat ciri dan berteraskan dalam kerjasama dua kaedah pelaksanaan yang dicadangkan Islam dalam parti politik iaitu: kerjasama parti Melayu-Islam di politik Malaysia? Tiga prinsip kerajaan perpaduan Melayu-Islam berteraskan Islam di Malaysia: di Malaysia (1) Perpaduan sesama Islam (2) Konsep penguasaan orang Islam kepada bukan Islam (3) Perlu politik bersifat majmuk

Empat ciri kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia: (1) Pemimpin (2) Adil (3) Permuafakatan (4) Kewujudan masyarakat sivil

Dua kaedah pelaksanaan kerajaan perpaduan berteraskan Islam di Malaysia: (1) Ukhuwah Islamiah (2) Taḥāluf siyāsī

Berdasarkan prinsip, ciri dan kaedah pelaksanaan yang diketengahkan oleh informan, ia didapati tidak semua selari dengan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang dibina dan dicadangkan implementasinya pada masa kini perlu menekankan kaedah ukhuwah dan tah}a>luf siya>si.

7.3 IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini melihat kepada isu kerajaan perpaduan yang paling asas, menjurus kepada perkara yang paling kontemporari yang berlaku pada hari ini.

246

Implikasi kajian yang terhasil daripada dapatan dan rumusan kajian ini terpamer melalui dua bentuk iaitu teoretikal dan praktikal.

7.3.1 Implikasi Teoretikal

Berdasarkan kajian-kajian lepas dan sorotan karya yang dibincangkan dalam bab kedua kajian, didapati bahawa perbincangan yang dilakukan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan di negara Muslim mengalami kegagalan. Untuk itu, keperluan kepada kerajaan perpaduan menurut perspektif Islam sangat diperlukan dalam membina kerajaan perpaduan di negara-negara Muslim. Namun sebagaimana yang dijelaskan dalam Bab Satu dan Bab Dua, kajian mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam merupakan kajian yang belum diteroka dan dikaji. Oleh yang demikian, implikasi teoretikal tertumpu kepada pembinaan model asas kerajaan perpaduan berdasarkan sumber al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW.

Teori ini dibina berdasarkan pembentukan Negara Madinah 622-632M. Daripada sumber-sumber tersebutlah dirungkaikan persoalan, apakah Negara Madinah merupakan kerajaan perpaduan berteraskan Islam? Bagaimanakah kesesuaian Negara

Madinah dalam pengaplikasian pembentukan kerajaan perpaduan? Adakah dengan menggunakan model kerajaan perpaduan berteraskan Islam mampu membentuk perpaduan dalam kalangan parti-parti politik Muslim? Daripada kajian ini telah dijelaskan jawapannya bahawa kerajaan perpaduan berteraskan Islam berperanan sebagai model kerjasama politik yang mampu memimpin perpaduan parti-parti politik Muslim untuk membentuk sebuah kerajaan. Seperti yang dipamerkan gagasan

247

perpaduan Negara Madinah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menjadi teras kepada kegemilangan tamadun Islam.

Daripada ketiga-tiga sumber iaitu al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW tersebut, ditemukan empat aspek konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam.

Pertama, acuan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam; kedua, prinsip konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam; ketiga, ciri-ciri konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam; dan keempat, kaedah pelaksanaan. Kempat-empat aspek inilah yang membentuk kerangka teoretis kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kerangka teori ini merupakan pengetahuan baru yang boleh memberi kesan terhadap pemikiran politik mengenai pembentukan kerajaan perpaduan. Rumusan daripada kerangka teoretis ini dijelaskan bahawa kerajaan perpaduan berteraskan Islam berperanan sebagai jalan penyelesaian terhadap kegagalan aplikasi model kerajaan perpaduan di negara-negara Muslim. Dengan penemuan ini diharap ia dapat membentuk pemahaman teori yang baru dalam model pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang menyatukan kelompok-kelompok Muslim yang mengalami perpecahan.

7.3.2 Implikasi Praktikal

Implikasi praktikal hasil daripada kajian ini melibatkan tiga pihak. Pertama, implikasi kepada negara; kedua, implikasi kepada parti politik Melayu-Islam; dan ketiga, implikasi kepada masyarakat. Huraiannya adalah seperti dalam Subtopik

6.3.2 (a), 6.3.2 (b) dan 6.3.2 (c).

248

7.3.2 (a) Implikasi kepada Negara

Implikasi kepada negara dilihat daripada sudut perkembangan perpaduan nasional dalam negara. Model kerajaan perpaduan berteraskan Islam adalah berlandaskan kepada manhaj al-Qur’an, Hadith dan Sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan suatu masyarakat majmuk di Malaysia. Gagasan perpaduan yang komprehensif amat diperlukan sebagaimana praktik yang dipamerkan dalam pelaksanaan perpaduan

Negara Madinah 622-632M. Perpecahan politik yang ketara sejak kebelakangan ini yang berlaku di Malaysia menyumbang kepada signifikan pembentukan kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kerajaan perpaduan berteraskan Islam jelas berperanan mengharmonikan perpaduan kelompok Muslim dan kelompok bukan Muslim melalui kaedah ukhuwah Islamiah dan al-taḥāluf al-siyāsī.

7.3.2 (b) Implikasi kepada Parti Politik Melayu-Islam

Hasil dapatan kajian ini memberikan dua implikasi kepada parti politik Melayu-

Islam di Malaysia. Pertama, parti politik Melayu-Islam merupakan tunjang kepada perpaduan di Malaysia khususnya masyarakat Muslim seperti UMNO dan PAS.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan dan tindakan politik, pemikiran parti-parti politik Melayu-Islam perlu ditemukan titik persamaan melalui perpaduan Islam untuk kepentingan negara. Oleh itu, kaedah ukhuwah Islamiah melalui prinsip perpaduan insa>niyyat dan prinsip perpaduan di>niyyat kerajaan perpaduan berteraskan Islam perlu dijadikan asas kepada kerjasama yang melangkaui politik kepartian dalam membina perpaduan sesama Muslim. Kedua, implikasi daripada kajian ini mampu memberikan strategi baru kepada parti politik Melayu-Islam

249

seperti UMNO dalam BN dan AMANAH dalam PH mengadakan kerjasama dengan parti politik bukan Muslim dalam membentuk perpaduan nasional. Penggunaan kaedah taḥāluf siyāsī melalui prinsip perpaduan wat}aniyyat merupakan pendekatan yang mampu mencapai keharmonian dan kestabilan dalam politik di Malaysia.

7.3.3 (c) Implikasi Kepada Masyarakat

Secara umumnya, kajian ini memberikan kefahaman baru kepada masyarakat mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Bidang ini penting difahami oleh masyarakat supaya dapat bersedia untuk berhadapan dengan realiti politik pada masa kini. Dengan kefahaman berkaitan dengan kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini, memudahkan lagi untuk membuat sebarang kerjasama atau perjanjian bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Strategi terbaik adalah menggunakan pendekatan kerajaan perpaduan berteraskan Islam seperti yang dilakukan dalam tesis ini.

7.4 CADANGAN KAJIAN MASA HADAPAN

Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kajian ini telah mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian mengenai kerajaan perpaduan berteraskan Islam bagi membentuk kerjasama dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia.

Namun kajian ini merupakan kajian awal berbentuk penerokaan yang melibatkan pandangan sembilan orang informan. Oleh itu, hasil kajian ini telah membuka ruang yang luas kepada kajian yang bersifat lanjutan sebagai dasar penghuraian teoretis dan penjelasan secara empirikal. Bagi meneruskan kesinambungan kajian dalam bidang

250

ini, ia berpotensi untuk diterokai pada masa hadapan. Antaranya ialah subjek kajian, sampel kajian dan skop analisis kajian.

7.4.1 Subjek kajian

Kajian ini hanya membataskan subjek kajian kepada parti politik Melayu-Islam sahaja. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa parti politik Melayu-Islam perlu bersatu dan mengadakan kerjasama melalui kerangka ukhuwah Islamiah dalam usaha membentuk kerajaan. Untuk kajian akan datang pengkaji boleh mengkaji parti politik bukan Muslim dan parti politik berbilang kaum dalam membentuk kerajaan perpaduan menerusi kerangka taḥāluf siyāsī, ta‘a>wun siyāsī dan sebagainya.

7.4.2 Sampel Kajian

Kajian ini hanya membataskan penelitian terhadap al-Qur’an, Hadith dan Sirah

Rasulullah SAW sahaja. Hasil daripada kajian ini telah mampu membina kerangka teoretis kerajaan perpaduan berteraskan Islam yang berpandukan pembentukan

Negara Madinah 622-632M. Bagi memperdalamkan lagi kajian ini, diharap pengkaji bukan sekadar mendapatkan data daripada tiga sumber tersebut, malah pengkaji boleh mendapatkan data dan menganalisis empat model kerajaan Islam yang lain.

Contohnya seperti zaman Khulafa>’ al-Ra>syidi>n (632-661M), zaman Khulafa>’ Bani>

‘Umayyat (661-750M), zaman Khulafa>’ ‘Abba>siyyat (750-1258M) dan zaman

Khulafa>’ Uthma>niyyat (1281-1924M). Daripada keempat-empat zaman tersebut, ia merangkumi kegemilangan pemerintahan Islam dalam masyarakat majmuk. Bahkan

251

ia sarat dengan sejarah perpaduan dan perpecahan umat Islam sendiri yang boleh para pengkaji menganalisis pelaksanaan perpaduan berteraskan Islam.

7.4.3 Skop Analisis Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif secara temu bual mendalam. Hasil kajian ini lebih bersifat subjektif. Oleh yang demikian, kajian lanjutan yang dapat menilai hubungan kolerasi sebab-akibat dengan menggunakan pendekatan analisis kuantitatif perlu dilakukan. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini dilihat lebih sesuai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan yang diharap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih baik berbanding kajian ini.

7.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, perbincangan dalam bab ini menjelaskan bahawa tiga objektif kajian dan enam persoalan kajian yang dikemukakan telah terjawab. Hasil dapatan kajian ini diharap berupaya memberikan implikasi yang positif kepada pihak-pihak berkepentingan terutamanya masyarakat Muslim. Dengan kata lain, kajian ini diyakini mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada parti- parti politik Melayu-Islam untuk menggunakan konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam dalam merangka perpaduan ummah di Malaysia. Paling penting kajian ini diharap menjadi pemangkin kepada munculnya kajian-kajian yang meneliti strategi kerajaan perpaduan berteraskan Islam pada peringkat parti politik bukan

Muslim, parti politik berbilang kaum dan sebagainya.

252

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an.

‘Abd al-Waha>b Khalla>f (1984). Al-Siya>sat al-syar’iyyat, aw niz}a>m al-dawlat al- Isla>miyyat fi al-syu’u>n al-dustu>riyyat wa al-kha>rijiyyat wa al-ma>liyyat. Beirut: Mu’assasat al-Risa>lat.

Abu Hasan Ali Hasani Nadwi. (2005). Sirat khatam al-nabiyyi>n. Dlm Muhammad Halabi Hamdi, Istiqamah dan Adi Fadli (Terj.), Sirah nabawiyah sejarah lengkap Nabi Muhammad SAW. Yogyakarta: Mardhiyah Press.

Abdul Aziz Bari. (2006). Politik perlembagaan: Suatu perbincangan tentang isu-isu semasa dari sudut perlembagaan dan undang-undang. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Abdul Hadi Awang. (2009, 1-7 Mac). Negara tanpa pembangkang. Siasah Bil. 138, hal. 8-9.

Abdullah Muhammad Basmeih. (2001). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-Qur’an, semakan Muhammad Noor Haji Ibrahim. Kuala Lumpur: Darul Fikir dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil. (2016, Oktober). Jaminan perlembagaan persekutuan terhadap keselamatan al-Tah}aluf al-Siya>si>. Kertas kerja yang dibentangkan di ISDEV International Graduate Workshop (The 11th INGRAW 2106), Universiti Sains Malaysia.

Abdullah Zaik Abd. Rahman. (2011, November). Siyasah sar’iyyah dan tahaluf siyasi dalam kalangan parti politik umat Islam di Malaysia: Satu analisa kritikal. Kertas Kerja yang dibentangkan di Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke-III, Kuala Lumpur.

Abdul Monir Yaacob. (2013). Islam merentasi bidang. Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan.

Abusada, Mkhaimar. (2010, Mac). Islam versus secularism in Palestine: Hamas vs Fatah. Kertas Kerja untuk The Transformation of Palestine: Palestine and the Palestinians 60 Years after the ‘Nakba, Heinrich Böll Stiftung, Berlin. Diakses daripada https://www.boell.de/en/2010/03/12/islam-versus-secular - ism-palestine-hamas-vs-fatah.

253

Ackermann, A. (2003). The idea and practice of conflict prevention. Journal of Peace Research, 40(3), 339-347.

Adiani Husaini. (2009). Menimbang kembali konsep demokrasi. Jurnal Pemikiran dan Peradaban Islam ISLAMIA, V(2), 84-97.

Adrianof, A. C. (2002). Rintangan-rintangan demokrasi di Indonesia. Dlm Maruto MD., dan Anwari WMK (Sunt.), Reformasi politik dan kekuatan masyarakat: Kendala dan peluang menuju demokrasi. Jakarta: LP3ES.

Ahmad Ibrahim. (1985). Piagam Madinah: Pandangan dan ulasan. Kuala Lumpur: Gelanggang Kreatif.

Ahmad Mustapha Hassan. (2008). Membina & meruntuh Malaysia: Sebuah imbasan orang dalam tentang UMNO, Razak dan Mahathir. Selangor: SIRD.

Ahmad Nabil Amir. (2009). Sistem politik Islam di zaman Nabi Muhammad SAW. Jurnal Usuluddin, 29, (221-252).

Ahmad Nabil Amir. (2014). Pemikiran Hamka dalam Tafsir al-Azhar. Dlm Ahmad Farouk Musa (Sunt.), Wacana pemikiran reformis jilid II. Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front Berhad.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2014). Raksa raya Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Ahzami Samiun Jazuli. (2006). Hijrah dalam pandangan al-Qur’an. Jakarta: Gema Insani.

Al-Bu>t}iy, Muhammad Sa‘id Ramadha>n. (1977). Fiqh al-si>rah: Diras>at minh}aji>yyat ‘ilmiyyat li-s}ira>t al-Must}afa>‘Alayh S}alat wa Salam. Beirut: Darul Fikr.

AL-Ghaza>liy, Abu> H}ami>d. (1998). Al-t}ibb al-masbu>k fi> nas}i>h}at al-mulu>k. Cairo: Bulak.

‘Ali ‘Abd al-H}ali>m Mah}mu>d. (1993). Fiqh al-ukhu>wwat fi> al-Isla>m. Kaherah: Dar al-Tawzi>‘.

Ali Hasan Al-Aridl. (1994). Sejarah metodologi tafsir. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.

Ali Irsyad. (2009). Piagam Madinah dan pengaruhnya terhadap masyarakat Madinah (Disertasi Sarjana). Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia.

Alies Anor Abdul. (2016). Negara maslahah: Pemikiran al-Ghazali dan konteks politik Malaysia: Selangor: Marjanku Enterprise.

Al-Khat}īb, Muh}ammad ‘Ajjāj al-Khat}īb. (1989). Us}ūl al-h}adīth ‘ulūmuh wa mus}t}ala>huh. Beirut: Dār al-Fikr.

254

Al-Ma>wardiy. (1989). Ah}ka>m al-sult}a>ni>yyat. Al-Tabat: Maktabat Dar ‘Ibn Qutaybat.

Al-Mawdudi. (1967). The process of Islamic revolution. Lahore: t.p.

Al-Muba>rakfu>riy, S}afiyyu al-Rah}man. (2004). Raheeq al-makhtum: Sirat nabawiyyat SAW (Terj). Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah.

Al-Nawa>wiy, Mahy al-Dīn Abī Zakariyā Yahyā b. Syarf. (1972). Syarh al-Nawa>wiy ‘ala sahi>h Musli>m. Beirut: Dar Ih}ya’ al-Tura>th al-‘Arabiy.

Al-Waqidi. (2012). Kitab al-maghazi Muhammad sumber sejarah tertua tentang kisah hidup Rasulullah. Jakarta: Zaytuna.

Afriansyah, E.A. (2016). Penggunaan software ATLAS.ti sebagai alat bantu proses analisis data kualitatif. Jurnal Mosharafa 8(1), 9-19.

Akhtar Majeed & Jamia Hamdard (2000). Coalition politics and power sharing. New Delhi: Manak Publication.

Ambardi, K. (2008). The making of the Indonesian multiparty system: A cartelized party system and its origin (Tesis Doktor Falsafah). The Ohio State University, Amerika Syarikat.

Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain dan Rosmadi Fauzi. (2011). Politik etnik Malaysia: Analisis pasca piliharaya umum ke-12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS. Malaysian Journal of Society and Space, 7(2), 18-25.

Amru Khalid. (2014). Di bawah naungan sirah nabawiyah iktibar disebalik kerasulan Muhammad SAW. Selangor: Maghfirah Pustaka.

Amstrong, K. (1992). Muhammad: A biography of the prophet. San Francisco: Harper Collins.

Andrew, T. H. T. (2004). A political and economic dictionary of South-East Asia 1st edition. Europa Publications: London.

Ardian Maulana & Hokky Situngkir. (2009). Coalitions in multiparty system: Empirical Reflection of the Indonesian Regional Elections. Social Science Research Network (SSRN). doi: org/10.2139/ssrn.1400724.

Ariffin Omar. (2015). Bangsa Melayu: Konsep bangsa Melayu dalam demokrasi dan komuniti 1945- 1950. Selangor: SIRD.

Asef Bayat. (2010). Islam and democracy: What is the real question? Amsterdam: Amsterdam University Press.

Asyiqin Ab Halim. (2012). The application of Ibn Khaldun’s Theory of aṣabiyyah to the modern period with special reference to the Malay Muslim community in Malaysia (Tesis Doktor Falsafah). Jabatan Teologi and Agama, Pusat

255

Pengajian Falsafah, Teologi and Agama, College of Arts and Law the University of Birmingham.

Axelrod, R. (1970). Conflict of interest. Chicago: Markham.

Asyraf Wajdi Dusuki. (2014). Politik Islam dan Melayu. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM): Kuala Lumpur.

Azyati Azhani, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz & Ermy Azziaty. (2013). “Aplikasi konsep wasatiyyah dalam pembentukan Piagam Madinah”. International Journal of West Asian Studies, 5(2), 1-15. doi: 10.5895/ijwas. 2013.07.

Badlihisham Mohd Nasir. (2015). ABIM dan PAS dalam gerakan dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badrul Azmeir Mohamed. (2008, Januari). Lima puluh satu tahun dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia: Suatu Analisis. Prosiding Seminar Politik Malaysia. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Badrul Azmeir Mohamed@Bakar, Mujibu Abd Muis & Zaliha Hj. Hussin. (2010, Julai). Sejauh mana peranan agama dalam politik Malaysia. Proceedings seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010)”Political Managements and Policies in Malaysia”, Bayview Hotel Langkawi. Institute of Tun ’s Though Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Barron, D. P., & Diermeier, D. (2001). Elections, government and parliaments in proportional representation systems. Quarterly Journal of Economics, 116,(3), 993-67.

Black, A. (2001). The history of Islamic political thought: from the Prophet to the present. New York: Routledge.

Bovaird, J. A. & Embretson, S. E. (2008). Modern measurement in the social sciences Dlm. P. Alasuutari, L. Bickman & J. Brannen (sunt..), Social research methods. London, UK: Sage Publications Ltd.

Boxhoorn, A. (1993). The cold war and the rifts in the Governments of National Unity. Belgium, France and Italy in the spring of 1947: A comparison. Amsterdam: Universiteit for Historisch Seminarium.

Brass, P. R. (1991). Ethnicity and nationalism: Theory and comparison. New Delhi: Sage.

Browne, E. C. (1970). Testing theories of coalition formation in the European context. Comparative Political Studies, 3, (391-412).

Burke, E. (1770). Thought on the cause of the present discontent. London: Dodsley in the Pall-Mall.

Burn, R.B. (1995). Intorduction to research methodology. Melbourne: Logman.

256

Carnegie, P. J. (2008). Democratization and decentralization in post-Soeharto Indonesia: Understanding transition dynamics. Pacific Affairs, 81(4), 515- 525.

Carroll, P. G. (1986). Islam and political community in the Arab world. International Journal of Middle East Studies, 18(2), 185-204.

Carrubba, Clifford, J., & Volden, C. (2000). Coalitional politics and logrolling in legalative nnstitutions. American Journal of Political Science, 44(2), 261- 77.

Casalin, D. & Herremans, B. (2011). Palestinian unity government: EU should find ways to cooperate. Security Policy Brief, no. 25, Royal Institute for International Relations.

Chandra Muzaffar. (1987). Islamic resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Challand, B. (2009). “Fatah-Hamas rivalries after Gaza: Is unity imposible?”. The International Spectator: Italian Journal of International Affair, 44(3), 11- 17. doi: 10.1080/03932720903268456.

Chander, N. J. (2004). Coalition politics: The Indian experience. New Delhi: Concept Publishing Company.

Cheesemen, N. & Tendi, B, M. (2010). Power-sharing in comparative perspective: The dynamics of ‘unity government’ in Kenya and Zimbabwe. The Journal of Modern African Studies, 48(2), 203-229, doi: 10.1017/S00222278X10- 0000224.

Chew, H. H. (1985). Some Observations on Coalition Politics in Penang. Modern Asian Studies, 19(1), 125-146.

Chigora, P. & Guzura, T. (2011). “The politics of the government of national unity (GNU) and power sharing in Zimbabwe: Challenges and prospects for democracy”. Afrika Journal of History and Culture, 3(2), 20-26.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1 kaedah Penyelidikan edisi kedua. Kuala Lumpur: McGrawHill Education.

Creswell, J. W., Vicki, L., Plano, C., Michelle, L. G., & William, E. H. (2003). Advanced mixed methods research designs Dlm. A. Tashakkori & C. Teddlie (sunt.), Handbook of mixed methods in social and behavioral research. London, UK: Sage Publications Ltd.

Creswell, J. W. (2003). Research design qualitative, quantitative, and mixed methods approaches second edition. London: SAGE Publications.

257

Crombez, C. (1996). Minority governments, minimal winning coalitions and surplus majorities in parliamentary systems. European Journal of Political Research, 29(1), 1–29. doi: 10.1111/j.14756765.1996.tb- 00639.x

David, M. dan Sutton, C.D. (2004). Social research: The basics. London: SAGE Publications.

Denny, F. A. (1977). Ummah in the constitution of Medina. Journal of the Near Eastern Studies, 36(1), 39-47.

Denny, J. A. (2006). Democratization from below protest event and regime change in Indonesia. Penerbit Pustaka Sinar Harapan: Jakarta.

Drijvers, P. (2012). Analysing qualitative data with ATLAS.ti. Modul presentation in Freudenthal Institute: (pp. 1-37). The Netherlands: Utrecht University.

Druckman, J. N. (2008). Dynamics approaches to studying parliamentary coalitions. Political Research Quarterly, 61(3), 479-483.

Dunne, M. (2010). A two-state solution requires Palestinian politics. Washington: Carnegie Endownment for International Peace.

Dziva, C., Dube, B, & Manatsa, P. (2008). A critique of the 2008 Government of National Unity and human rights protection in Zimbabwe. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 2(8), 83-92 (Online): 2319–7722.

Engel, R. J. & Schutt, R. K. (2010). Fundamentals of social work research. California, USA: SAGE Publications.

Esposito, J. L. (1999). The Islamic threat: myth or reality. New York: Oxford University Press.

Esposito, J. L. (2010). The future of Islam. New York: Oxford University Press.

Esposito, J. L. & Voll, John O. (1999). Demokrasi di negara-negara Muslim. Bandung: Indonesia

Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid & Hamidah Jalani. (2010). Beberapa pandangan mengenai Islam dari perspektif parti politik Melayu. Jurnal al-Tamadun, bil. 5, hal. 117-13.

Farish A Noor. (2004). Islam embedded: The historical development of the Pan- PAS 1951-2003. Kuala Lumpur, Singapore: Malaysian Socialogical Research Institute.

Farish A Noor. (2008). Di balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya. Selangor: ZI Publication.

258

Firman Noor. (2014). Perpecahan & soliditas partai Islam di Indonesia: Kasus PKB dan PKS di dekade awal reformasi. Jakarta: Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Press.

Fries, S. (2014). Qualitative data analysis with ATLAS.ti (2nd Ed). Sage Publications.

Funston, J. (1980). Malay politics in Malaysia. A study of the United Malay National Organization and Party Islam. Singapore: Heinemann.

Gianneti, D. & Sened, I. (2004). Party competition and coalition formation. Journal of Theoretical Politics 16(4), 483-515. doi: 10.1177/09516298- 04046151.

Glass, G. V. (1976). Primary, secondary and meta-analysis of research. Educational Researcher, 3-8.

Guan, Y. S. (2010). Post ‘Political Tsunami’. The Round Table, 99(407), 125-129. doi: 10.1080/00358531003656149.

Hafiz Baqi. (2009). Kontroversi kerajaan perpaduan dan 16 September. Kuala Lumpur: Media Icon.

H. Zainal Abidin Ahmad. (1973). Piagam Nabi Muhammad SAW.: Konstitusi negara tertulis pertama di dunia. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Hailani Salamun & Asyraf Ab. Rahman. (2015). Pertimbangan ketuhanan dalam kepimpinan politik rabbani masyarakat Melayu. Proceedings of ICIC2015- International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century (hal. 647-661). Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Hamayotsu, K. (2010). Crises of identity in PAS and beyond: Islam and politics in post 8 March Malaysia. The Round Table, 99(407), 163-175. doi: 10.1080/0035853100365

Hamayotsu, K. (2011). The End of political Islam? A Comparative analysis of religious parties in the Muslim democracy of Indonesia. Journal of Current Southeast Asian Affair, 30(3), 133-159

Hamid Fahmy Zarkasyi. (2009). Identitas dan problem politik Islam. Jurnal Pemikiran dan Peradaban Islam ISLAMIA, V(2), 5-11.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (2012). Pandangan alam Islam sebagai kerangka Pengkajian falsafah Islam, dlm. Mohd Zaidi dan Wan Suhaimi Wan Abdullah, sunt. Adab peradaban: Karya pengi’tirafan untuk Syed Muhammad Naquib Al- Attas. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Hamka, Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1990). Tafsir al-Azhar (Vol. 1- 10). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Hari Singh. (1991). Political change in Malaysia: The role of Semangat 46. Asian Survey, 31(8), 712-728.

259

Haris Zakapli. (2015). ‘Menyemak semula polemik 'kerajaan perpaduan'. Diakses dari http://www.agendadaily.com/email-pembaca/menyemak-semula-pole- mik-kera jaan-perpaduan.html pada, 1 September 2015.

Hart, C. (1998). Doing a literature review: Releasing the social science research imagination. London: SAGE Publications.

H}asan Ibrahi>m H}asan. (1953). Al-nuz}u>m al-Isla>miyyat. Kaherah: Mat}ba‘at Lajnat al-Ta’li>f wa al-Tarjamat wa al-Nas}r.

Hasrom Haron. (2011). Barisan Nasional: selayang pandang tentang konsep dan perkembangannya. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, bil. 03-04, hal. 89-105.

Hazleton, L. (2013). The first Muslim: The story of Muhammad. New York: Riverhead Books.

Hermawan Sulistyo. (2002). Electoral politics in Indonesia: A hard way to democracy Dlm. Dieter Nolan, Gabriele Bruns and Marei John (sunt.) Electoral Politics in Southeast Asia and East Asia. Singapore: Friedrich Ebert Stiftung.

Hitti, P. K. (2005). History of the Arab (Terj. edisi revisi ke-10). Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

Hussein Mutalib. (1981). Islamic revivalism in Malaysia-The Middle East and Indonesian connection. Kertas kerja dibentangkan di the 3rd Colloquium of Malaysia Society, ASAA, University of Adelaide, Australia.

Ibn Hisya>m, Abu> Muh>ammad ‘Abd Malik. (2009). Al-si>rat al-nabawiyat li ibni> Hisya>m. (Terj.), Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham – Jilid 2. Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur.

Ibn Ish}a>q. (1981). Sirat Ibn Ish}a>q al-musamma> bi al-kita>b al-mubtada’ wa al-mab‘at} wa al-magha>ziy. Konya: Khidmat al-Khayriyyat.

Ibn Manz}u>r. (1990). Lisa>n al-‘Arab. Beirut: Dar al-Fakr.

Ibn Kathi>r. (2004). Tafsi>r al-Qur’a>n al-‘Az}i>m: Ma>‘ru>f bi Tafsi>r Ibn Kathi>r. Bayru>t al-Ri>yad}: Da>r al-Kutu>b al-‘Ilmiyyat.

Ibn Khaldun (2000). Mukadimah Ibn Khaldun.Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn S}ala>h}. (2000). Muqaddimat Ibn al-S}ala>h} fi> ‘ulu>m al-Hadi>th. Beirut: al-Maktabat al-‘Asriyyat.

Ibrahim Hj. Che Noh. (2001). Prinsip-prinsip perpaduan kaum di Malaysia: Satu kajian menerusi Piagam Madinah dan al-Qur'an dan al-Sunnah (Tesis

260

Ijazah Kedoktoran). Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia., Bangi.

Ibrahim Abu Bakar & Zakaria Stapa. (2015). Isu survival politik Muslim di Malaysia. Dlm. Abdull Rahman Mahmood, Jaffaray Awang & Zakaria Stapa Dlm. (Sunt). Survival politik Muslim Malaysia. Bangi. Penerbit Universit Kebangsaan Malaysia.

Idris Zakaria. (2012). Falsafah politik Islam dan kepentingan di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti kebangsaan Malaysia.

Ishak Saat. (2010). Caturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 3, (68- 85).

Jamaie Hj Hamil, Faris Afiq Ikhwan Saifullah, Muhammad Suhaimi, Abdul Rahman Mahfudzah Mustafa, Rusli Kamaruddin, Muhamad @ Nadzri Mohamed Noor. (2014). Ikhtisar analisis pilihanraya umum 1978 hingga 2013 di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 10, (39-53).

Jamilah Osman. (2001, Oktober). Kesahan dan kebolehpercayaan penganalisisan dan interpretasi data secara kualitatif: Suatu catatan pengalaman. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Qualitative Research Convention 2001 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Jomaa, K. A. (2012). A conceptual analysis of Umma in the Al-Qur’an & Sunna and Aristotelian polis (Tesis Ijazah Kedoktoran Ph.D). Indiana University, Amerika Syarikat.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali & Ahmad Rizal Mohd Yusof. (2014). Pilihanraya raya umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu analisis “Tsunami Politik Bandar”. Malaysian Journal of Society and Space 10, (28-38).

Kamarul Zaman Yusoff. (2013). ‘PAS dalam Era kepimpinan ulama’, 1982-2004 (Tesis Ijazah Kedoktoran Ph.D). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kartini Aboo Talib Khalid. (2012). Managing consensus in plural Society: Efforts, issue and rhetoric. Dlm. Arshi Khan dan Kushal Pal (sunt). Federalism, Democracy and Conflict Resolution. New Delhi. Macmillan Publishers India Ltd.

Kent Davis-Packard, E. (2010). Returning to Medina: The call for rights in modern Islamic political thought (Tesis Ijazah Kedoktoran Ph.D). John Hopkins University, Baltimore Maryland, USA.

Khaled Hroub. (2006). A ‘new Hamas’ through its new documents, dlm. Journal of Palestine Studies, 35(4), 6-27.

261

Khalif Muammar. (2009). Dewesternisasi dan desekularisasi politik kontemporer. Jurnal Pemikiran dan Peradaban Islam ISLAMIA, V,(2), 98-108.

Khalif Muammar. (2013). Islam dan pluralisme agama: Memperkukuhkan tawhid di zaman kekeliruan. Kuala Lumpur: Centre for Advanced Studies on Islam, Science dan Civilisation (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia.

Khalil Abdul Karim. ((1999): Negara Madinah: Politik penaklukan masyarakat Suku Arab (Terj). Indonesia: LkiS Yogyakarta.

Khalil Shikaki. (2015). Can Hamas moderate? Insights from Palestinian politics during 2005-2011. Ramallah: The Palestinian Center for Policy and Survey Research (PSR).

Kholil Fathul Umam. (2007). Metamorfosis partai politik Islam Masyumi (Studi terhadap partai-partai politik Islam dalam Pemilu 1999). (Disertasi Sarjana Strata Satu). Jinayah Siyasah, Fakultas Syari’ah, Universitas Islam Sunan Kalijaga Yogyakarta Indonesia.

K. H. Moenawar. (2011). Ensiklopedia sejarah Muhammad: Gemilang sebuah empayar. PTS Islamika Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Klenke, K. (2008). Qualitative research in the study of leadership. United Kingdom: Emerald Group Publishing Limited.

Kogacioglu, D. (2004). “Progress, unity and democracy: Dissolving political parties in Turkey”. Law & Society Review, 38(3), 433-462.

Ku Hasnan Ku Halim. (2013, Mac). Dinamisme politik dan pembangunan: Antara mempusakai tradisi vs melestarikan perubahan; Pengalaman UMNO dalam teras upaya-bina negara bangsa idaman. Kertas kerja dibentang di Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali ke-4: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lanny, W. M. & Randolph, T. S. (2001). “Government formation in parliamentary democracies”. American Journal of Political Science, 45(1), 33-50.

Lau W. L. (1983) Peranan MCA dan DAP sebagai parti politik pejuang kepentingan kaum Cina selepas 1969 (Latihan Ilmiah). Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia., Bangi.

Laver, M. & Schonfield, N. (1990). Multi-party government: The politics of coalition in Europe. New York: Oxford University Press.

Laws, E. (2012). Political settlements, Elite pacts, and government of national unity: A conceptual study. Australia: Developmental Leadership Program.

Lecker, M. (1995). Muslim, Jews, and Pagans: Studies on early Islamic Medina. Leiden: E.J. Brill.

262

Lederach, J. P. (1995). The little book of conflict transformation. Amerika Syarikat: Good Book Intercource.

Lee Kam Hing & Thork Ker Pong. (2014). Thirteenth general elections (GE13): Chinese votes and implications on Malaysian politics. Kajian Malaysia, 32(2), 25-53.

Lemarchand, R. (1989). The report of the national commission to study the question of national unity in Burundi: A critical comment. The Journal of Modern African Studies, 27(4), 685-690.

Liddle R. W. & Saiful Mujani. (2006). Indonesia in 2005: A new multiparty presidential democracy. Asia Survey, 46(1), 132-139.

Lijphart, A. (1968). The politics of accomodation: Pluralism and democracy in the Netherlands: Berkely: University of California Press.

Lijphart, A. (1968). Typologies of democratic systems. Comparative Political Studies 1(1), 3-44.

Lijphart, A. & Markus, M. L. C. (1991). Corporatism and consensus democracy in 18 countries: Conceptual and empirical linkages. British Journal of Political Sciences 21(2), 235-46.

Liow, J. C. (2011). Islamist ambitions, political change, and the price of power: Recent success and challenges for the Pan-Malaysian Islamic Party, PAS”. Journal of Islamic Studies, 22(3), 374-403. doi:10.1093/jis/ etr030.

Liow, J. C. (2004). Political Islam in Malaysia: Problematising discourse and practise in the UMNO-PAS “Islamisation race. Commonwealth Comparative Politics, vol. 422, hal. 184-205.

Lucius, R. E. (2003). A house of divided: The decline and fall of Masyumi (1950- 1956). (Tesis Sarjana). Department of National Security Affair, Naval Postgraduate School Monterey, Kanada.

Lukman Thaib. (2013). Muslim politics in Malaysia and the democratization process. International Journal of Islamic Thought, 3, (45-57).

Lund, M.S. (1996). Preventing violent conflicts: A strategy for preventive diplomacy: Washington DC: United States Institute of Peace.

MacDonald, S. E, Listhaug, O. & Rabinowitz, G. (1991). Issues and party Support in multiparty systems. The American Politcal Science Review, 85(4), 1107- 1131.

Mahyudin Haji Yahaya. (1984): Sejarah Awal Perpecahan Umat Islam (11- 78H/632-698M). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

263

Mainwaring, S. (1993). “Presidentalism, Multipartism, and Democracy”. The Difficult Combination”. Comparative Political Studies, 26(2), 198-228.

Mansor Mohd Noor. (2010, November). Islam dan kedinamikan lokal di Malaysia: Adaptasi, harmoni dan konflik. Kertas kerja dibentangkan di Annual Confrence on Islamic Studies (ACIS) ke-10, Banjarmasin, Indonesia

Mapuva, J. (2010). Goverment of national unity (GNU) as a conflict prevention strategy: Case of Zimbabwe and Kenya”. Journal of Sustainable Development in Africa, 12(6), 105-116.

Marshall, C. & Rossman, B.G. (2006). Designing qualitative research. USA: Sage Publications Inc.

Marzuki Haji Mahmood. (1994). Isu-isu kontroversi dalam sejarah pemerintahan khulafa’ al-rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashitah Sulaiman. (2013, Jun). Islam dan transformasi sosial masyarakat Melayu Malaysia: Suatu kajian eksploratori. Kertas kerja yang dibentangkan di the International Conference of Social Science Research 2013, Pulai Pinang.

Maszlee Malik. (2012). Wasathiyyah dalam berpolitik: Satu lontaran idea. Dlm. Konvensyen Fiqh Ummah (sunt.), Manhaj fiqah wasathiyy. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Mauzy, D.K. (1983). Barisan Nasional: Coalition government in Malaysia. Kuala Lumpur: Marican & Son.

Mawdudi. (1979). Islamic state and constitution. London: Islamic Council of Europe.

Maxwell, J. A. (2012). A Realist approach for qualitative research. London: SAGE Publications.

Maysam J. Al-Faruqi. (2005). Umma: The orientalists and The Quranic concept of identity. Journal of Islamic Studies, 16(1), 1–34. doi:10. 1093/ jis/eti001.

Maznah Mohamad. (2008). Malaysia: Democracy and the end of ethnic politics? Australian Journal of International Affairs 62(4), 441-459.

Mial, H. (2004). Conflict transformation: a multi-demensional task. Diakses daripada http://www.inglewhite. Net/pfp/pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf, pada 30 September 2014.

Miller, E. (2006). Democratic Islamists? A case study on the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) (Tesis Sarjana). Tufts University, Amerika Syarikat.

Milne, R.S. (1978). Politics and government in Malaysia. Singapore: Federal Publications.

264

Mohamad Abu Bakar. (1981). Islamic revivalism and the political process in Malaysia. Asian Survey, 21(10), 1043.

Mohamed Abu-Nimer. (2006). A Framework for nonviolence and peacebuilding in Islam. Journal of Law and Religion,15(1/2), 217-265.

Mohamed Mustafa Ishak. (2014). Politik bangsa Malaysia: Pembinaan bangsa dalam masyarakat pelbagai etnik. Kuala Lumpur: ITBM dan UUM Press.

Mohamed Nawab Mohamed Osman (2009). PAS beyond the 2009 party elections: Islamism or post-Islamsm. RSiS Comentary, 60, (1-3).

Mohamed Rahmat. (2009). UMNO: Akhir sebuah impian. Kuala Lumpur: The Malaysian Insider

Mohammad Agus Yusoff. (2006). Malaysian federalisme conflict or consensus. Bangi: Penerbit UKM.

Mohammad N. Miraly. (2006). The ethics of pluralism in the al-Qur’an and the Prophet’s Medina (tesis sarjana). Institute of Islamic Studies, McGill University, Montreal Canada.

Mohammad Noer. (2000). Membangun Indonesia baru. Jakarta: Universitas Nasional Press.

Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2017). Dinamika wacana politik Malaysia dan global. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Fadli Ghani. (2003). Dewan pemuda PAS: Suatu kajian terhadap tahap-Tahap perkembangan organisasi dalam era bertindak, 1975-2003 (Tesis Sarjana Sastera). Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Fadli Ghani. (2016). PAS pertegas nasionalisme bercanggah dengan Islam. Diakses daripada http://m.harakahdaily.net/indek.php/berita-utama/42190- pas-pertegas-nasionalisme-bercanggah-dengan-islam pada 18 Ogos 2016.

Mohd Fitri Abdul Rahman. (2016). Tren pengundian dan dinamika politik cina di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 1(1), 14-24.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon & Mohd Faidz Mohd Zain. (2014). “Realignment” pengundi cina dalam PRU ke-13, 2013. Malaysian Journal of Society and Space 10, (56-64).

Mohd. Kamal Hassan. (2013). The heart of problems vis-a-vis The problems of the heart. Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV) Public Lecture. 21 Oktober 2013. Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia.

265

Mohd Shukri Hanapi. (2011). Pola kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, (137-157).

Mohd Shukri Hanapi. (2012).Tasawur pembangunan dalam al-Qur’an: Kajian tafsir al-mawdu‘iy (Tesis Doktor Falsafah). Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohd Syakir Mohd Rosdi. (2013). Ekonomi politik Islam: Teori dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Syakir Mohd Rosdi. (2014). Tahaluf siyasi dalam ekonomi politik Islam: Satu kajian teoretis (Tesis Doktor Falsafah). Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mohd. Syakir Mohd Rosdi. (2015). The roles of tah}a>luf siya>si> in political unity. International Journal of Humanities and Social Science, 5(7), 59-71.

Mohd. Syakir Mohd. Rosdi. (2016). Pemikiran tah}a>luf siya>si> parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan implikasinya terhadap pembangunan negara. Sains Humanika, 8(2), 19-25.

Morro, P. (2007). International reaction to the Palestinian unity government. CRS Report for Congress. May 9, 2007.

Muhamad Takiyuddin Ismail. (2014). Saga neokonservatif: Abdullah Badawi UMNO dan konservatisme. Bangi: Penerbit UKM.

Muh}ammad Abu> Syuhbat. (1969). Fi> rih}a>b al-sunnat al-kitab al-s}ih}ah} al-sittat. Cairo: al-Buhuts al-Islamiyyat.

Muhammad Abu Zahrah. (1981). Penyusunan masyarakat dalam Islam. Kuala Lumpur: Persatuan Timur Tengah,

Muh}ammad Abu> Zah}rat. (1995). al-‘Alaqat al-duwa>liyyat fi> al-Isla>m. Damsyik: Da>r al-Fikr.

Muhammad al-Ghazali. (2010). Fiqh sirah jilid 2. Pustaka Salam: Selangor.

Muh}ammad Fu‘ad ‘Abd al-Baqiy . (1994). Mu‘jam al-mufah}ras li alfa>z} al-Qur’a>n al- kari>m. Beirut: Dar al-Ma‘rifat.

Muhammad Hamidullah. (1968). The first written constitution in the world: An important document of the time of the holy prophet. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf Publishers, Booksellers & Exporters.

Muh}ammad Ibn ‘Abd al-Wah}a>b. (1956). Mukhta>sar si>rat al-rasu>l. al-Qahi>rat: Matba‘at al-Sunnat al-Muh}ammadiyat.

Muh}ammad ‘Ima>rat. (2003). Syari>‘at al-Isla>miyyat wal al-‘alma>niyyat al- gharbiyyat. Cairo: Da>r al-Syuruq.

266

Muhammad Syukri Salleh. (2013). Dilema ummah di Malaysia. Penerbit UKM. Bangi.

Muhammad Zainiyy Uthman. (2012). Pemikiran dan pembinaan tamadun: Transformasi modal insan ke arah negara maju. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara.

Mujahid Yusof. (2010). Menuju PAS Baru: Krisis, peluang dan dinamisme. Kuala Lumpur: The Malaysian Insider.

Mujibu Abdul Muis. (2009). Politik permuafakatan: Satu analisa terhadap amalan politik di negara-negara bermasyarakat majmuk”. Voice of Academia, Academic Series of Universiti Tekonologi Mara Kedah, 4(2), 1-20.

Mujibu Abd Muis, Badrul Azmeir, Nur ‘Ain Mohsin, Nurul Saadatun Nadiah Mohd Ngah, Munirah Salamat dan Ramha Rozaili Ramli. (2012): The upcoming Malaysian 13th general election: A critical evaluation of opportunities and chances fot the contesting political parties in Malaysia”. International Review of Social Sciences and Humanities, 4(1), 126-132.

Mukuhlani, T. (2014). Zimbabwe’s government of national unity: Successesand challenges in restoring peace and order. Journal of Power, Politics and Government, 2(2), 169-180.

Muni>r Muh}ammad Ghad}ba>n. (1982). Al-tah}a>luf al-siya>si> fi> Isla>m. Kaherah: Da>r al- Sala>m.

Munir Muhammad Ghadban. (2001). Kompromi politik dalam Islam. Pustaka al- Kautsar: Indonesia.

Munir Muhammad al-Ghadbhan. (2009). Manhaj Haraki: Strategi Pergerakan dan Perjuangan Politik Dalam Sirah Nabi SAW. Jakarta: Robbani Press.

Mustafa Akyol. (2016). Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan. Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Front Berhad.

Mus}t}afa> al-Siba>‘iy. (1985). Al-Si>rat al-nabawiyyat duru>s wa ‘iba>r (Terj.), Sirah Nabi Muhammad SAW pengajaran dan pedoman. Dewan Pustaka Fajar: Kuala Lumpur.

Musthafa al-Qudhat. (1994). Prinsip ukhuwah dalam Islam. Solo: Hazanah Ilmu.

M. Quraish Shihab. (2011). Membaca sirah Nabi Muhammad SAW dalam sorotan al-Qur’an dan Hadits-hadits shahih. Indonesia: Lentera Hati.

M. Yunan Yusuf. (2003). Corak pemikiran kalam tafsir al-Azhar edisi kedua. Indonesia: Penamadani

267

Nader Hashemi. (2009). Islam, secularism and liberal democracy: Toward a democratic theory for Muslim society, first edition. England: Oxford University Press.

Nader Hashemi. (2016). Islam, sekularisme dan demokrasi liberal: Membentuk teori demokrasi untuk masyarakat Muslim. Kuala Lumpur: Islamic Renaissance Font Berhad.

Naeem Siddiqi. (1994). Muhammad, the benefactor of humanity. India: Markazi Maktaba Islami Publishers.

Nidzam Sulaiman. (2008). Hubungan transaksional: Mencabar model sistem dalam analisis politik gabungan Dlm. Ghazali Mayudin (sunt.), Politik Malaysia Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Yusri Musa, Nazri Muslim, Aziz Umar, Wan Zulkifli Wan Hasan & Nurullah Kurt. (2011, Oktober). Hubungan etnik di zaman Rasulullah SAW: Suri tauladan terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kertas Kerja yang dibentangkan di World Congress for Islamic History and Civilization (WOCIHAC2011) Universiti Malaysia: Kuala Lumpur.

Noel, S. J. R. (1993). Canadian responses to ethnic conflict: Consociationalism, federalism, and control. Dlm. John Mcgarry & Brendan O’Leary (sunt.), The Politics of Ethnic Conflict-Regulation: Case Studies of Protracted Ethnic Conflicts. London: Routledge.

Noor Ishak. (2009). Pergerakan Partai Masyumi di Indonesia 1945-1960. (Disertasi Sarjana Sosial). Program Studi Pemikiran Politik Islam, Fakultas Ushuluddin dan Filsafat, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia.

Norafifah Binti Ab Hamid. (2014). Islam dan hubungan etnik: Sorotan sejarah dan isu kontemporari di Malaysia. Dlm . Mohd. Faizal P. Rameli (sunt.), Piagam Madinah dan Penyatuan Ummah: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Melaka.

Norhayati Mohd Salleh. (2008). Pilihan Raya Ke-12 (PRU-12): Tsunami” politik Melayu?. JEBAT: Malaysia Journal of History, Politics & Strategic Studies, 35, (49-64).

Nuim Hidayat. (2005). Sayyid Qutb biografi dan kejernihan pemikirannya. Jakarta: Gema Insan.

Othman Lebar. (2006). Pengkajian kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Patton, M. Q. (2002). Qualitative research & evaluation method 3 edition. Sage Publication: Amerika Syarikat.

268

PAS Perak. (2008). Sejarah perkembangan PAS. Diakses daripada http//:perak.pas.org. my pada 30 Disember 2013.

Percyslage, C. &Tobias, G. (2011). The politics of the government of national unity (GNU) and power sharing in Zimbabwe. Challenges and prospects for democracy. Afrika Journal of History and Culture, 3(2), 20-26.

Punch, F.K. (2005). Introduction to social research: Quantitative and qualitative approaches. London: Sage Publications Ltd.

Rached Ghannouchi. (2013). Visions for A new Tunisia: How Islam & democracy can support each other. Diakses daripada http://www.ikhwanweb. com/article.php?id=31006 pada, 31 Mac 2016.

Racid Ghannouchi. (2016). Politik & demokrasi. Selangor: Institut Darul Ehsan.

Rahimin Affandi. (2005). Citra Islam dan pembentukan manusia Melayu moden di Malaysia: Suatu analisis. Jurnal Pengajian Melayu, 15, (19-51).

Raja Nazrin Shah. (2013). Perpaduan ummah: Harapan, realiti dan cabaran. Titah Syarahan Raja Dr. Nazrin Shah dibentangkan di Majlis Wacana Perpaduan Ummah, Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Ratnam K.J. (1965). Communalism and the political process in Malaya. Singapura: University of Malaya Press.

Reza Aslan. (2005). No god but God. Amerika Syarikat: Random House.

Roslan Saadon. (2007). Gagasan nasionalisme Melayu Raya: Pertumbuhan dan perkembangannya (Disertasi Sarjana). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ross, R. G. (1954). Democracy, party and politics. Chicago Journal. Ethics, 64(2), 100-125.

Rushdan Abdul Halim. (2005). Kerjasama politik dengan bukan Islam: Satu kajian terhadap asas hukum berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah (tesis sarjana). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Sabitha Merican. (2005). Research methodology for social sciences. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Salawati Mat Basir. (2009). Ketidakadilan perjanjian kewangan IMF: Kesan ke atas negara-negara anggota OIC. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (Malaysian Journal of Law and Society), 13, (15-34).

Sarjit S. Gill. (2012). PRU-13 adakah orang Melayu terus berpecah?. Dlm. Shamsiah Abd. Kadir. Majalah Dewan Masyarakat bulan Jun 2012. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

269

Sayid Qutb. (2000). Tafsir fi zilalil Qur’an di bawah bayangan Al-Qur’an. Terj. Kota Baharu: Pustaka Aman Press.

Schofield, N. & Senad, I. (2005). Multiparty democracy. Diakses daripada http://www.researchgate.net/publication/227389249_Multiparty_Democra- cy pada 1 September 2015. DOI: 10.1017/CBO9780511617621.Source: RePEc.

Schostak, J. (2006). Interviewing and representation in qualitative research. New York: Open University Press.

Seidman, I. E. (1998). Interviewing as qualitative research: A guide for researchers in education and social sciences. 2nd Ed. London: Teachers College Press.

Sekaran, U. (2003). Research method for business – A skill building approach. New York John Willey & Son, Inc.

Serjeant, R. B. (1978). The sunnah jami’ah. “pacts with the Yathrib jews, and the “Tahrim” of Yathrib: Analysis and translation of the document comprised in the so-called ‘Constitution of Medina. Bulletin of the Oriental and African, University of London, 41(1), 1-42.

Shaharuddin Badaruddin. (2016). Masyarakat madani dan politik: ABIM dan proses demokrasi. Institut Darul Ehsan: Selangor.

Shamsul Amri Baharuddin. (1996). The contruction and transformation of society identity: Malayness and bumiputeraness ee-examined”. Journal of Asian and African Studies, 52, (14-33).

Siddiq Fadzil. (2012). Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan

Siddiq Fadzil. (2014). Pembinaan bangsa: Kepelbagaian dalam bingkai kesatuan. Diakses daripada http://www.themalaysianinsider.com/ rencana/article/ pembinaan-bangsa-kepelbagaian-dalam-bingkai-kesatuan-siddiq-fadzil pada 31 Oktober 2014.

Sufri Muhamad. (2002). Tahaluf siyasi menurut Islam: Satu tinjauan terhadap sumbangan PAS membentuk barisan alternatif dalam pilihanraya umum 1999 (Latihan Imiah Sarjana Muda). Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya., Kuala Lumpur.

Suhana Saad, Ali Salman, Novel Lyndon, Selvadurai S, Zaimah R, Azima AM & Mohd Yusof Hussain. (2012). Krisis politik Melayu dan pembinaan negara bangsa. Malaysian Journal of Society and Space, 8(9), 39-45.

Sulaiman Md. Yassin dan Dzuhailmi Dahalan. (2012). Unity concept from Islamic perspective and the reality of unity in Malaysia. Research on Humanities and Social Science, 2(4), 66-83.

270

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. (2009). Perlembagaan persekutuan mengandungi pindaan terkini - P.U. (A) 164/2009. Diakses dari http://www.jac.gov.my/ images/ stories /akta/perlembagaanpersekutuan.pdf pada, 1 September 2014.

Sverke, M. (2007). Quantitative investigations: Design, sampling and analysis. In. B.Gusttavsson (Ed.). The principles of knowledge creation: Research methods in the social sciences. Cheltenhem, UK: Edward Elgar.

Swiney, C. F. (2007). Ideological & behaviour metamorphoses: A new charter for a new Hamas (Tesis Sarjana). Faculty of Oriental Studies: St. Antony’s College, University of Oxford, United Kingdom.

Syed Husin Ali. (2015). Hubungan etnik di Malaysia: Harmoni dan konflik. Selangor: SIRD.

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, cetakan 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. (2011). Islam dan sekularisme. Indonesia: Institut Pemikiran Islam dan Pembangunan Islam (PIMPIN).

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. (2014). Risalah untuk kaum Muslimin. Kuala Lumpur: INFIM.

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. (2015). On Justice and the nature man: A commentary on Surah Al-Nisa’ (4): 58 and Surah Al-Mu’minun (23): 12-14. Kuala Lumpur: IBFIM.

Tamim Ansary. (2014). Sejarah dunia dari sudut pandang Islam. Kuala Lumpur: JS Adiwarna Publication & Distributors Sdn Bhd.

Tariq Ramadan. (2007). In footsteps of the Prophet: Lessons from the life of Muhammad. London: Oxford University Press.

Taylor, B., Sinha, G., & Ghoshal, T. (2008). Research methodology: A guide for researchers in management & social sciences. New Delhi: Prentice Hall of India Private Limited.

Tun Mohd. Salleh Abas. (2003). Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ufen, A. (2007). Political party and party system institutionalisation in southeast Asia: A comparison of Indonesia, the Philippines, and Thailand. Hamburg: German Institute of Global and Area Studies (GIGA).

Ufen, A. (2007). The evolution of cleavages in the Indonesian party system. Hamburg: German Institute of Global and Area Studies (GIGA).

271

Uri Rubin. (1985). The Constitution of Medina’ some notes. Studia Islamica, 62, (5- 23).

Van Nieuwenhuijze. (1959). The ummah: An analytic approach”. Studia Islamica, 10, (5-22).

Van Nes, F. (2009). Young children’s spatial structuring ability and emerging number sense (Disertasi Sarjana). Freudenthal Institute for Science and Mathematics Education, Faculty of Science, Utrecht University, Netherland.

Van der Mehren, F. R. (1987). Malaysia: Islam and multiethnic politics. In Islam in Asia religion, politics and society. Dlm. J.L. Esposito (sunt.). London: Oxford University Press.

Wafdi Auni Mohamed. (2014, Oktober). Ukhuwah Islamiyyah dalam konteks gerakan politik Melayu-Islam: Refleksi terhadap perpaduan politik umat Islam di Malaysia. Kertas Kerja yang dibentangkan di The 9th ISDEV International Graduate Workshop (INGRAW2014) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Wafdi Auni Mohamed (2016). Konflik kerajaan perpaduan nasional (GNU) di Palestin: Solusi berasaskan prinsip kerajaan perpaduan dalam Islam. Dlm. M. Said Siregar, Akbar Habib, Rahmad Syukur, Juwita R. Manik, Amin Basri (sunt.), The 9th International Workshop On Islamic Development (Workshop Antarbangsa Pembangunan Berteraskan Islam): Proceedings (pp. 200-206). Medan, Indonesia: UMSU Press.

Wafdi Auni Mohamed. (2016, Oktober). Permuafakatan politik di Malaysia berasaskan kerangka kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Kertas kerja yang dibentang di ISDEV International Graduate Workshop (The 11th INGRAW 2106), Universiti Sains Malaysia.

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. (2002). Antara persaingan dan perwakilan. Dlm. Ghazali Mayudin (sunt,), Politik Malaysia: Perspektif teori dan praktik. Bangi: Penerbit UKM.

Wan Kamal Wan Napi. (2007). The Islamization of politics in Malaysia. How religiuos political opportunities and threats influences religious framing and counterframing (Tesis Doktor Falsafah). Southern Illinios University Carbonale, Amerika Syarikat.

Watt, M. (1961). Muhammad prophet and stateman. New York: Oxford University Press.

Watt, M. (1985). Islamic philosophy and teology. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Weiss, M. L. (2009). Edging toward a new politics in Malaysia. Asian Survey, 49(5), 741-758.

272

Yahaya Jusoh. (2014). Sejarah falsafah politik dalam Islam. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Yang Razali Kassim. (2014). Malaysia’s opposition alliance at the crossroads: Beginning of the end?. RSiS Comentary, 191, (1-3).

Yetkin Yildirim. (2006). Peace and conflict resolution in the Medina charter”. Peace Review, A Journal of Social Justice, 18,(1), 109-117.

Yusri Mohamad Ramli & Tengku Ghani Tengku Jusoh. (2012). Najib Razak’s 1Malaysia and charter of Medina’s one ummah: Comparative perspective”. International Journal of Business and Social Science, 3(2), 95-101.

Yusuf al-Qaradhawi. (2015). Fiqh Jihad. Kuala Lumpur: PTS Publication.

Yusuf al-Qardhawi. (1985). Kedudukan non-Muslim Dalam Negara Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Yusuf Qaradawi. (2009). Fiqh Kenegaraan. Kuala Lumpur: Blue-T Publication.

Ziauddin Sadar. (1985). Masa Depan Peradaban Muslim. Surabaya: PT Bina Ilmu.

Zamry Abd Kadir. (1995). Religion and politics: The search for political legitimacy of the Pan-Islamic party of Malaysia (Tesis Ijazah Kedoktoran), Temple University. Amerika Syarikat.

Zamry Abd Kadir. (2005). Kelangsungan politik Melayu. Dlm. Anwar Ridhwan, (sunt.), Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff. (2012). Ketidakakuran sivil dan kesannya ke atas pendemokrasian di era Abdullah Badawi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39, (1-23).

Zikmund, G. W. (2003). Business research methods. Ohio, USA: South-Western.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2012). Fiqh al-hijrah. Nilai: Pustaka Cahaya Kasturi.

Zulkifli Sulong. (2009). Politik Abad ke-21: Perubahan ataupun harapan palsu. Kuala Lumpur: The Malaysian Insider.

273

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A: CONTOH SET SOALAN TEMU BUAL AWAL (SEBELUM SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian:

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Pengkaji Sahaja:

Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB001 6 Januari 2016 12.00 – 2.30 pm AK001

274

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? a.…Pengkaji perlu jelas apa yang difahami sebagai perpaduan. Adakah ini bersama ‘unity is uniformity’. Kalau ini yang difahami pasti tidak akan berlaku. Perpaduan dalam apa-apa bentuk adalah matlamat akhir dan hubungan dalam masyarakat itu sentiasa dalam ‘work in progress’. Perpaduan itu lebih cenderung akan tidak berlaku. Jika berlaku lebih bersifat sementara dan pasti akan berlaku kerenggangan, ketegangan dan konflik yang membawa perpisahan/bunuh membunuh…..kami tidak perpaduan.. yang guna kesepaduan sosial.

b. Bahas konsep ‘perpaduan’ ini (tahap): tidak berintegrasi-segregasi sosial, penyatupaduan, pautan sosial, ikatan sosial, keterikatan sosial, perkongsian sosial, kesepaduan, perpaduan dan sebagainya. Konsep-konsep ini mesti dikaitkan dengan proses hubungan sosial itu: pertemuan, akomondasi, enkulturasi, amalgamasi, segmented assimilasi, total assimilasi, integrasi dan sebagainya. Apakah ciri-ciri setiap konsep di setiap tahap dan proses hubungan itu?

c. Kena menguasai kerangka teori yang boleh menjelaskan hubungan di aras i. individu dan ii. kelompok sosial yang ingin dikaji itu: Sudahkah memiliki kefahaman sosiologi, sosiologi pembangunan, sosiologi agama, pergerakan sosial, pergerakan agama, parti politik, parti politik berteraskan ideologi: pasaran, etno, agama, sosialisme dan sebagainya. Apakah displin ilmu yang menjadi teras kajian ini: sosiologi, sosiologi agama, politik, studi politik, agama Islam dan sebagainya.

Contoh jawapan: Demi mengejar kuasa di peringkat negeri dan negara, tiada ada satu parti politik di Malaysia yang boleh bergerak sendirian. Mereka mesti berkerjasama dan membina pakatan bersama. Realiti sosial masyarakat kepelbagaian, pengalaman sejarah sosial dan budaya politik di Malaysia, kerjasama parti politik Melayu-Islam pasti akan

275

berlaku selaras dengan perubahan sosial dan transformasi masyarakat Malaysia pada hari ini.

Jika asas tauhid Islamiah dan syariah Islamiah yang pelbagai tafsiran dijadikan asas teras perpaduan pasti tidak akan berlaku dan jika berlaku tidak berkekalan. Jika ingin yang dituntutkan ianya hanya boleh berjalan jika ‘parti politik’ itu berteras seoarang pemimpin dan pergerakannya sahaja. Dalam konteks parti politik konvensional, teras agama itu mesti diikatkan juga dengan nilai sivik seperti keadilan, keterangkuman dan pemdemokrasian (seperti kebebasan bersuara- berkumpul-berpersatuan-akses kepada maklumat-penglibatan).

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? …………Perlu memahami ‘situasi perpaduan siapa? a. Masyarakat kepelbagaian, sesama Islam, b. di antara parti-parti politik kepelbagaian, sesama Melayu, sesama Melayu + Islam dan sebagainya. ………………………………………………………………………………… ………..

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? ……………Kepentingan dari segi apa: 1. aqidah, 2. daulah islamiah, 3. syariah compliance, 3. Negara perlembagaan-rukunegara berteraskan Islam, Melayu, anak watan dan kepelbagaian (Islam-Keadilan) dan sebagainya………

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? ………………Pasti ada jika manusia tidak diikat kepada tali Allah semata-mata. Hakikat realiti msoaial, Mereka akan sentiasa terperangkap dengan tabii sosial manusia mengejar materila dan darjat sosial (+ hati) ......

276

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? …………lahir isu dan sebagainya…………………

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? ……………...... Ada dibelakang tabir dan di depan tabir, yang rasmi dan tidak rasmi..

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut?

ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan?

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? 9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini?

277

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini?

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

Ulasan: Soalan-soalan 7-12 perlu mereka mereka yang ada maklumat dan pemahaman. Bukan semua kumpulan manusia boleh jawab soalan-soalan ini. Jika jawab pun tanpa fakta dan penjelasan yang tepat. Kajian ini tidak akan dapat mencapai objektifnya. Semua soalan menepati objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan.

278

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian:

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Pengkaji Sahaja:

Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB001 04/02/2016 10.00 – 10.48 am POL001

279

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Telah berlaku sebelum kemerdekaan. UMNO mempeloporinya menentang Malayan Union.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Yang wujud UMNO dan PAS. Ada 2 kelompok parti umat Melayu-Islam secara realiti di Malaysia.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kepentingan untuk masyarakat dan negara.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Masalah mesti ada. Kita hidup dalam masyarakat majmuk ada Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Memang wujud.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Selepas saya menjadi Perdana Menteri pada 2004, antara usaha untuk membentuk perpaduan masyarakat Malaysia melalui pembentukan gagasan Islam Hadhari. 9 prinsip teras Islam Hadhari adalah pendekatan yang konstruktif meletakkan agama sebagai asas kepada perpaduan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga bukan Islam.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan

280

perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai: iii. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Sebelum tahun 2008 telah dibincangkan tentang kerajaan perpaduan. Belum ada keputusan tetapi perbincangan berterusan selepas itu. Jika niat kebaikan, itu yang saya maksudkan. Pertemuan UMNO dengan PAS. Saya selalu bertemu pimpinan PAS termasuk pembangkang. Cuma jumpa dan bincang. Jika atas nama perpaduan Islam, saya cuba majukan.

Ada keinginan untuk turut sama-sama menyatukan umat Islam dan masyarakat Malaysia…dengan pimpinan PAS. Ada juga keinginan untuk membentuk kerajaan. iv. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Saya juga melakukan kesilapan. Tidak bergerak secara komprehensif. Cuba hentikan dahulu..sekejap..kerana PRU 2008 sudah dekat.

Saya tidak suka kepada pertelingkahan dan perpecahan dalam kalangan UMNO dan PAS kerana semua umat Islam. pada waktu 2008 ke atas saya nampak ada perpecahan. Kegagalan kerajaan perpaduan tidak gagal sepenuhnya. Perlu mencari jalan penyelesaian bersama-sama. Ia bukan semata-mata tentang politik. Ada yang lebih penting iaitu Islam dan umat Islam.

281

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Secara realiti tidak boleh dibangunkan dengan situasi sekarang. Ya muafakat sesama umat Islam perlu dilaksanakan dan ia keperluan. Muafakat majmuk banyak kerja. Perlu kepada pemimpin dan melangkaui politik. Dengan PAS kita cuba apply untuk ukhuwah..muafakat.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Tahaluf Siyasi kena ambil muafakat. Demografi penting. Mufti-mufti contoh muafakat. Jika tiada tahaluf siyasi sudah bergaduh sejak kemerdekaan lagi. Kaum Cina dan India tahu hal-hal berkaitan dengan agama dan ambil tahu melalui BN. Islam Hadhari konsep untuk semua. Contoh ukhuwah dan tahaluf siyasi.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Saya juga telah apply satu kaedah komprehensif seperti ‘Islam Hadhari’ dalam membentuk perpaduan bukan sahaja untuk umat Islam dan juga masyarakat Non-Muslim. Teras kepada perpaduan dan muafakat. MCA telah bersetuju secara prinsipnya. Depa kata “Pak Lah, saya (MCA) Jika PAS ikut, insyaAllah boleh selesai masalah. Ada pertemuan tentang Islam Hadhari. Nak setuju dah untuk bentuk kerajaan. Pemimpin PAS sedia bekerjasama. Setuju Pak Lah jadi PM.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Seperti saya katakan sebelum ini.

282

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perlu berusaha ke arah itu.

283

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian:

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Pengkaji Sahaja:

Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB002 29/11/2015 12.55- 2.00 PM POL002

284

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan politik Melayu-Islam bukanlah suatu konsep yang baru. Kerjasama UMNO-Pas pernah wujud, walaupun tidak lama. Ianya membuktikan bahawa konsep perpaduan itu pernah dan boleh wujud, jika semua pihak menginginkannya. Kerjasama politik UMNO-Pas dahulu, bukan sahaja berlaku di Kelantan; malah pernah juga diangkat wadah kerjasama di peringkat Persekutuan. Model politik itu tidak kekal; kerana ada ‘perubahan suasana politik’ yang akhirnya menyebabkan model tersebut runtuh dengan sendirinya. Apakah ianya akan berlaku lagi? Tidak ada yang mustahil dalam politik.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Memang pada hakikatnya, di atas kertas, parti politik Melayu-Islam tidak mempunyai fikrah dan harakat politik yang sama pada ketika ini. UMNO masih menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) sedang Pas berada di landasan Pakatan Harapan. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama. Saya ambil contoh koridor pembangunan, baik di ECER (East Coast Economic Region); mahupun di NCER (sewaktu Kedah di bawah pentadbiran Pas); kerjasama boleh berlaku di antara Kerajaan Pusat (UMNO) dan Kerajaan Negeri (Pas). Tidak ada masalah apa. Kepentingan rakyat didahulukan. Soalnya, apa kepentingan ‘kerajaan perpaduan’ ini untuk masa hadapan Malaysia? Apa model dan rohnya? Apakah benar ‘kerajaan perpaduan’ itu bermaksud kerajaan ‘tanpa pembangkang’? Atau perpaduan itu boleh berlaku dalam bentuk kerjasama yang longgar dan tidak menyusahkan?

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan politik Melayu-Islam penting untuk memastikan kita tidak terpinggir di dalam struktur dan dampak politik yang ada. Orang mungkin berkata, Melayu-Islam majoriti di Malaysia – tak ada

285

kemungkinan kita terpinggir. Saya melihat keterpinggiran ini daripada banyak sudut, termasuk: ‘keberanian membentuk dasar yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu; menegakkan keabsahan Perlembagaan; menjaga kepentingan dan hak Bumiputera i.e: tanah, ekonomi, biasiswa, bahasa dan institusi Raja. Ini perkara yang hampir mutlak dan tidak boleh diganggu gugat. Perpaduan politik akan menjamin kelangsungan perkara-perkara ‘teras’ ini yang kita dapat lihat, semakin hari semakin cuba diinjak dan dirubah. UMNO sangat jelas dengan niat politiknya. Daripada bacaan politik saya, Pas juga tidak boleh ambil mudah perkara-perkara ini. Kerana ini ‘demand’ dan kehendak pengundi kaum Melayu. Keberanian membentuk ‘dasar’ dan polisi baru yang memihak kepada Melayu-Islam menuntut perpaduan dan kerjasama politik yang lebih jitu.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Halangan paling utama adalah ‘strategi politik’ kerana UMNO dan Pas akan bertembung untuk beroleh sokongan dan dokongan politik yang sama; iaitu pengundi Melayu. Sebab itu, kita kena jelas dengan ‘bentuk kerjasama’ yang mahu kita bentuk dan laksanakan. Apakah ianya hanya kerjasama longgar; setakat Pas memberi sokongan kepada UMNO dalam isu-isu tertentu; tetapi tidak wujud kerjasama yang terang-terangan. Atau ianya kerjasama yang lebih akrab; termasuk penghijran politik Pas kepada UMNO sekaligus meninggalkan Pakatan Harapan? Jika ini berlaku, apakah kita akan menyaksikan tidak ada pertembungan ‘satu-lawan-satu’ di antara Pas dan UMNO di peringkat kerusi Parlimen dan DUN? Apakah ianya realistik?

Halangan kedua adalah kepentingan politik sedia ada. Masalah ini tidak sahaja kepada Pas; tetapi juga kepada UMNO. Apakah dengan kemasukan Pas, komponen parti BN boleh bersikap terbuka dan berjiwa besar? Belum apapun lagi, MCA sebagai misal sudah bercakap tentang keengganan mereka menerima Pas dan Hudud di dalam kerjasama BN.

286

Belum lagi kita ambil pandangan sekutu politik di Sabah dan Sarawak. Apa pandangan dan perspektif mereka?

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Halangan yang mungkin juga perlu diambil kira; adalah soal ‘ketahanan’ perpaduan politik yang mahu diwujudkan. Kalau sebelum ini, ianya hanya berumur 6 tahun; apakah dalam suasana politik baru, ianya boleh mencatatkan ‘lifespan’ politik yang lebih panjang.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Saya tidak fikir ada usaha ‘rasmi’ untuk menjayakan perpaduan setakat ini. Yang kita dengar hanya cadangan, pandangan dan perspektif yang mengatakan kerjasama UMNO dan Pas akan memberi impak positif kepada kepentingan ummat. Ini pandangan umum. Selain daripada itu, saya rasa ada jugalah usaha baik yang dijayakan oleh ‘third-force’ dalam politik, NGO Melayu Islam yang kerap mengulangsiar idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik. UMNO dan Pas tidaklah berseteru sehingga kita benci dan tidak boleh melihat wajah pemimpin masing-masing. Usaha untuk merealisasikan perpaduan ini bukan baru. Saya sendiri berada di dalam ‘lingkungan utama’ untuk menjayakannya di Selangor (sewaktu menjawat jawatan Setiausaha Politik YAB PM Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tetapi ianya gagal dan tidak mendapat sambutan.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

287

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Mana-mana parti politik pun akan mempertimbangkan situasi pro dan kontra di dalam menubuhkan kerajaan perpaduan. Seringkali, ianya menjadi proses ‘perundingan’ yang hangat dan saling meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan ummat. Sebagai contoh, apakah Pas akan lebih mendapat keistimewaan bersama UMNO atau kekal di landasan pakatan politik yang sedang mereka kelek dan bawa? Siapakah yang lebih berhak menjadi Ketua (dalam konteks itu, Menteri Besar?) – suatu jawatan yang dianggap sangat strategik. Ianya cubaan dan usaha yang baik, tetapi tidak terlaksana. ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Saya fikir, cadangan tersebut gagal kerana kesetiaan Pas dengan ‘pakatan’ politik mereka. Soal itu mendominasi dan menjadi teras kepada usaha dan ikhtiar perpaduan UMNO dan Pas. Kita perlu faham bahawa pakatan dan kerjasama politik ini bukan perkara yang main-main. Saya faham dengan keadaan rakan- rakan dalam Pas. Mereka sudah tentu melihat, bagaimana imej Pas sekiranya mereka meninggalkan ‘pakatan’ dan bersama dengan UMNO. Proses penjelasan kepada pengundi dan ahli bukan benda yang mudah. Lagipun, kita kena tahu, bahawa pada ketika itu, kelompok yang setia kepada ‘Anwar’ dan PKR itu lebih mendominasi kepimpinan tertinggi Pas. Mereka mahu, pakatan menjadi ‘model politik’ mereka yang baru. Pas sanggup pada ketika itu, meninggalkan konsep ‘Negara Islam’ dan mencari titik persamaan dengan mengemukakan ‘Negara Berkebajikan’. Ini suatu pendirian politik yang besar dan wajar dihormati.

288

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Saya setuju bahawa kita perlu mempunyai ‘kerangka’ dan ‘model’ yang jelas, konkrit dan kompak dalam menyusun struktur kerajaan perpaduan. Apa tingkat dan hadaf sebuah kerajaan perpaduan? Apakah kita mahu kerjasama yang longgar; atau ketat? Kalau ketat, di mana yang perlu ketat dan tegas.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Seingat saya, Piagam Madinah mempunyai sejumlah 47 Fasal. 23 Fasal, memberi penumpuan kepada hubungan sesama umat Islam iaitu kerjasama di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Bermakna, hubungan sesama umat Islam-ukhuwah masih menjadi ‘paksi penting’ kepada kejayaan Piagam ini. 24 Fasal lain menjurus bagaimana kedudukan kaum minoriti dan bukan Islam di dalam struktur yang ada menerusi perjanjian yang disepakati seperti tahaluf siyasi.

Secara semangatnya, niat Piagam ini sudahpun terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Soal hubungan, soal mewujudkan keadilan, soal menjaga keselamatan dan sebagainya sudah terungkap di dalam Perlembagaan. Saya tidak nampak ada ‘perubahan’ yang luar biasa besar kepada Perlembagaan.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kedudukan agama Islam sudah terpateri kemas di dalam Perlembagaan Malaysia. Saya fikir ini perkara yang tidak perlu diungkit-ungkit dan diperlukan interpretasi baru. Saya agak, tidak ada ahli politik yang

289

waras di Malaysia mahu mengemukakan pandangan yang bukan-bukan berkaitan perkara ini. Tetapi memandang kepada ‘cabaran dan realiti baru’ – kemunculan watak-watak liberalisme/neo-liberalisme ini memerlukan satu lapisan kerjasama politik diwujudkan untuk menangani perkara ini. Ini yang ditekankan NGO Melayu-Islam. Perlembagaan mesti diperkukuh dengan kerjasama yang lebih tuntas dalam arena politik. Saya fikir ada logik politiknya di situ.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Saya fikir ianya bukan sahaja sesuai malah sangat ‘akrab’ dengan akar budaya sosio politik di Malaysia. Apabila kita berhadapan dengan cabaran penjajahan dan kolonialisme, kesatuan dan perpaduan itulah jawapan yang paling wajar. Walaupun UMNO mungkin wujud lebih awal; tetapi niat dan aspirasi politik sudah dibawa sekali di dalam usaha menentang sistem penjajahan. Model itu berkesan. Apakah sudah wujud ‘ancaman’ yang sama untuk memungkinkan perpaduan politik berlaku? Jawapan itu yang perlu kita cari.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Saya positif bahawa kerjasama politik, samada ianya akan bertukar menjadi kerajaan perpaduan itu adalah sesuatu yang tidak perlu kita terlalu apologetik dan takut untuk kita perkatakan. Apakah kita perlu rasa ‘fobia’ dengan perpaduan dan kesatuan.

“Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang

290

salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang- orang yang berjaya” (Surah Ali-Imran ayat 104).

Tidak ada salahnya kita bercakap berkenaan perkara ini. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga mesti memastikan ‘model’ kerajaan perpaduan mana yang mahu kita capai dan laksanakan – dan samada ianya selari dengan harapan dan kehendak umat Islam di luar sana.

291

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian:

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Pengkaji Sahaja:

Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB003 16/02/2016 9.30-10.26 am POL003

292

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Pertamanya, perlu dilihat daripada konteks Malaysia. Perpaduan sebenarnya melangkaui parti politik..bersifat majmuk. Perlu pelbagai kaum bukan kepada Melayu sahaja bagi menjamin kesejahteraan dan harmoni negara. Perlu mengambil kira sifat majmuk Malaysia tersendiri.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Soal kerjasama parti politik Melayu-Islam mempunyai sejarah tersendiri dan bukannya wujud pada PRU atau masa-masa tertentu. Sejarah yang lalu, PAS merupakan parti politik paling banyak melakukan kerjasama dengan parti politik Melayu mahu pun bukan Melayu. Antaranya, PAS dengan Parti Negara, PAS dengan CCC, PAS dengan UMNO-BN, PAS dengan Semangat 46, PAS dengan Barisan Alternatif dan PAS dengan Pakatan Rakyat. Dari sudut ini mestilah perlu ada asas yang boleh menyatukan parti-parti politik ini. Contohnya BN diwujudkan adalah untuk meneruskan penguasaan UMNO dalam politik Negara. Jadi ianya masalah.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Asas-asas perpaduan adalah elemen penting dalam kerjasama politik. Contohnya dalam politik BN. Apabila berlakunya peristiwa 13 Mei, soal perkauman harus diharmonikan dalam kalangan parti-parti politik. Tetapi apa yang berlaku selepas itu, ia tidak menjadi perhitungan utama kerana kepentingan politik menjadi agenda utama.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia?

293

Halangan utamanya kepentingan politik diutamakan dalam kalangan parti politik. Contohnya seperti kerjasama politik Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Pada 2001-DAP mengambil keputusan keluar daripada BA kerana kepentingan politik iaitu politik PRU di mana ukuran DAP pada masa itu adalah menang atau kalah dalam undi. PAS berbeza dalam hal ini. Walaupun nak menang PRU tetapi dia ada dasarnya. Islam diutamakan. Berbeza pada 2004, parti pembangkang dilihat prestasi tidak begitu baik kerana berlakunya perubahan kepimpinan negara-Faktor Pak Lah.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Perlu kepada politik bersifat majmuk dan bukannya politik perkauman. Oleh sebab itu Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada 2008 untuk menangani politik perkauman dan membentuk kerjasama politik multi- racial untuk membentuk kerajaan yang harmoni. Masalah PR pula, yang dipersetujui adalah dasar perjuangan perlu dihormati oleh parti- parti politik yang bekerjasama. DAP tidak menghormati dasar PAS iaitu Islam.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Pembentukan PR seperti yang dinyatakan di atas.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

294

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Cadangan Kerajaan Perpaduan adalah lontoran atau idea Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ia tidak pernah dibincangkan secara serius dalam kepimpinan parti PAS. Pandangan tersebut tidak salah dan saya pun tidak memahami mengapa ia menjadi masalah.

a. Bagaimana kes Negeri Perak dan Selangor yang dikatakan adanya perbincangan untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU- 12? Setahu saya tiada perancangan ke arah itu kerana telah ada kesepakatan dari segi sikap dengan PR untuk tubuhkan kerajaan di negeri-negeri tersebut dalam kalangan PR sahaja. MB perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga parti PR.

b. Adakah ada usaha yang dilakukan untuk mencapai kesepakatan dengan UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah semasa beliau menjadi Perdana Menteri? Pertemuan ada. Pertama kali selepas berlaku PRU 2008. Saya sendiri hadir sekadar untuk mengetahui hasrat UMNO. Pak Lah ada hasrat untuk mengajak PAS bekerjasama dan bersatu. Tetapi dalam soal ini ditolak oleh PAS kerana komitmen dengan PR.

c. Adakah pertemuan tersebut adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan atau hanya melibatkan perpaduan umat Islam di Malaysia? Hasrat pertemuan pada masa itu Pak Lah hendak bekerjasama dengan PAS.

295

ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Kerajaan Perpaduan menjadi satu permainan yang dibuat oleh media baru dan bukan dalam kalangan pemimpin yang mainkan. Tak suka pada seseorang pemimpin dalam PAS. Memburukkan pimpinan supaya kebencian itu wujud. Kerajaan Perpaduan telah dihentikan dalam kalangan pimpinan PAS. Ia telah dijelaskan dalam mesyuarat. Saya akui bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan ini merupakan salah satu sebab berlakunya perpaecahan dalam PAS. Tuduhan itu telah berlaku perbezaan pandangan dan telah mempengaruhi beberapa pimpinan.

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Dirangkumkan dalam jawapan soalan ke Sembilan.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Tahaluf Siyasi adalah salah satu strategi politik yang menjadi asas utama dalam perjuangan PAS dengan syarat ia tidak melanggar prinsip dan dasar PAS. Selepas ini (berpecah dengan DAP) tetapi masih tahaluf dengan PKR. Dalam hal ini PAS mengantikan kedua-dua langkah ini dengan ta’awun.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Seperti yang dikatakan sebelum ini (di atas).

296

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? PAS mengemukakan konsep Ta’awun Siyasi. Mengambil asas dari ayat Surah al-Maidah : 2: 5. Contohnya, mengambil pendekatan menyokong sesuatu isu tertentu walaupun ia dibawa oleh kerajaan tetapi isu tersebut membawa kebaikan kepada rakyat. Ta’awun dari sudut dakwah dan isu kemanusiaan.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? PAS mengambil pendekatan tersendiri di mana sekarang ini PAS telah membentuk blok ke-3 melalui kerjasama dengan parti-parti politik kecil dan NGO. PAS selesa begini dengan mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun termasuk kerajaan demi kebaikan rakyat.

297

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian:

KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Pengkaji Sahaja:

Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB004 05/02/2016 5.30 – 6.50 pm POL004

298

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan tidak semestinya PAS dan UMNO bergabung. Banyak cara dan yang penting ikut sebagaimana Islam anjurkan.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Masih terkawal.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Penting. Namun, UMNO sebuah parti politik Melayu tetapi gagal membela kepentingan Melayu.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Masalahnya kepada UMNO sekarang ini.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Tidak itu seperti yang Islam anjurkan.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Ada. PAS pun banyak menganjurkan muzakarah dan pelbagai program untuk kepentingan ummah. Di samping itu, dari segi politik misalnya pada 1995, PAS bekerjasama dengan Semangat 46 dan 1999 dengan PKR untuk melawan kezaliman UMNO.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus.

299

Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Dalam pendekatan PAS, Tuan Guru Haji Hadi mengemukakan cadangan tersebut lebih bersifat satu imaginasi ke arah terbaik dalam pengurusan negara pada waktu itu. Melihat kepada kepentingan merentasi sempadan politik, ekonomi dan lain-lain. Cadangan ini tercetus apabila TuanGuru Haji Hadi dan rombongan pimpinan PAS ke Indonesia. Pengalaman B.J. Habibie merencana transisi dari era Suharto kepada pembaharuan demokrasi Indonesia. Semua pihak yang ada wakil dalam Dewan Pewakilan Rakyat (DPR) membentuk kabinet untuk mentadbir negara. Perkara ini dikongsikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Tuan Guru Haji Hadi bawa berbincang termasuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cadangannya untuk kekalkan Pak Lah pada suatu tempoh tertentu supaya Pak Lah dapat kekal sebagai Perdana Menteri kerana terdapat asakan daripada dalaman UMNO. Tempoh 2 tahun kerana kem Dr. Mahathir mahu cepatkan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib dalam tempoh 1 tahun. Bagi PAS, kepimpinan Pak Lah perlu dipertahankan. Akan kuatkan pembangkang dalam strategi politik. Berlakunya perbincangan dengan Pak Lah. Pak Lah mahukan PAS sahaja untuk bentuk kerjasama. Tuan Guru Haji Hadi tak setuju kerana mahukan PR terlibat. Ikut model Indonesia. Pak Lah tegaskan tak setuju. Cadangan tersebut sampai kat situ sahaja.

300

Bagi Tuan Guru Haji Hadi perbezaan yang dikehendaki dalam pendekatan UG ialah mengetepikan semua isu-isu yang menghalang kepada isu perpaduan. Contohnya PAS, PKR, DAP dan UMNO perlu berkorban imej yang ditonjolkan sebelum ini dan merentasi politik lama serta mengetepikan perbezaan. Jika Pak Lah bersetuju, PAS jangkakan UMNO kena korbankan banyak perkara seperti terima menteri dari DAP, PKR dan PAS. Ideologi perkauman perlu ditolak.

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Formula tahaluf siyasi dalam UG ialah idea TGHH. Perbezaan tahaluf siyasi dengan PKR dengan tahaluf siyasi dengan UG ialah pendekatan UG mengetepikan isu-isu yang menghalang kepada isu perpaduan.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Tahaluf Siyasi PAS merupakan kesinambungan strategi siyasah syar‘iyyah dalam pendekatan maqasid syariah untuk menjaga 5 kepentingan. Tonggak nak jaga 5 kepentingan tersebut mesti berasaskan kuasa. Dibina ketuanan Islam dalam merentasi isu perkauman untuk bina perpaduan. Contohnya di Kelantan, perkasakan perundangan Islam untuk mencegah jenayah, masalah sosial dan sebagainya. Nilai pendekatan nasional, tahaluf siyasi kena ada pendekatan politik di Malaysia berasaskan kuasa.

Tahaluf Siyasi dengan DAP ialah pendekatan dakwah Non-Muslim dengan mengadakan dialog dan mesyauarat untuk fahamkan perjuangan politik PAS.Tahaluf Siyasi dengan UMNO juga merupakan

301

dakwah untuk kukuhkan nilai keislaman seperti yang berlaku pada 1974. 2015 kerjasama dengan UMNO, PAS memutuskan untuk bergerak atas strategi ‘government to government’ seperti enakmen Hudud akta 355. Tiada komitmen untuk bergabung parti politik.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Tahaluf Siyasi perlu dominan dalam sesuatu politik Islam untuk menjaga ketuanan Islam dan dasar Islam.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Perbezaan pandangan dalam menguruskan tahaluf siyasi perlu diberi keutamaan sama ada pendekatan lain dan pengurusan perselisihan furu’.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Harapannya ada selagi mengikut prinsip yang dianjurkan oleh Islam.

302

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian: KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Penyelidik Sahaja: Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB005 18/02/2016 3.25 – 5.02 PM POL005

303

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Asabiyah. Perkara ada disebutkan dalam Hadith NAbi SAW. Refine Asabiyah – menolong bangsa kamu atas dasar kezaliman. UMNO..tak boleh cenderung kepada kezaliman. Perlu buang Melayu yang zalim. Tidak perlu kepada perpaduan Melayu-Islam sahaja. Perlembagaan dah menjamin kedudukan Melayu-Islam.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Bersatu atas beberapa common issue seperti ISA, OSA, kezaliman BN dan sebagainya. Ikut yang dibolehkan oleh Islam. Seperti Angkatan Perpaduan Ummah PAS bekerjasama dengan Semangat 46.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Asas-asas perpaduan adalah elemen penting dalam kerjasama politik. Contohnya dalam politik BN. Apabila berlakunya peristiwa 13 Mei, soal perkauman harus diharmonikan dalam kalangan parti-parti politik. Tetapi apa yang berlaku selepas itu, ia tidak menjadi perhitungan utama kerana kepentingan politik menjadi agenda utama.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kerana kepentingan politik yang sempit dan perkauman.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Seperti di atas.

304

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Pada peringkat Angkatan Perpaduan Ummah (APU). PAS bersama dengan Semangat 46 (S46). Pada masa itu tahaluf siyasi tidak berapa serius sangat sebab tidak melibatkan Non-Muslim. Pada masa itu kalau PAS hendak berinteraksi dengan DAP kita tidak pergi direct. Tetapi melalui KU LI. Kita tahaluf dengan Parti S46. Jika dulu masa PAS joint kerajaan campuran, Dato’ Asri bawa ke muktamar..muktamar yang memberi endorsement.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Cadangan tersebut dikemukakan setelah wujudnya Pakatan Rakyat (PR). Selepas PRU-12 2008 kita telah mendapat satu signal yang jelas dari rakyat yang mahukan perubahan. Jadi kita berjaya untuk menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Pertama kali dalam sejarah. Di atas beberapa rentetan waktu itu seperti gelombang BERSIH. Walaupun kita masuk PRU pada waktu itu tidak ada lagi PR pada waktu itu. Tetapi gelombang BERSIH memberi isyarat kepada ketiga-tiga parti besar ini nampaknya boleh bekerjasama untuk menentang kezaliman BN pada waktu itu terutama PAS, PKR dan DAP. Lepas PRU itu kita berjaya menafikan jumlah kerusi..menafikan 2/3 kerusi BN. Selepas itu pada 1 April 2008 setuju menubuhkan PR. Itu sejarah. Setahun kemudian..saya rasa.. berlaku kejatuhan kerajaan PR di Perak, barulah ada suara tentang kerajaan perpaduan. Bagi saya, pada waktu itulah dan

305

juga pada masa sekarang apabila kita telah menubuhkan Pakatan maka sebarang usaha untuk mewujudkan satu agenda lain maknanya suatu yang tidak boleh kita terima. Kita telah berjanji dengan PR. Telah bersetuju untuk mengadakan konvensyen pertama, 25 common policies framework dan jadikan satu dokumen pada konvensyen pertama. Itu bagi saya sangat penting untuk kita jaga. ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Bila cadangan itu dilontarkan oleh Tuan Guru Haji Hadi pada waktu itu, dia menimbulkan satu reaksi dalaman dan luaran. Luarannya orang melihat kenapa sekarang ada rasionalnya bercakap balik tentang UG. Dalam PAS pun maknanya timbul suara-suara. Kita pun buat Muktamar Khas. Dia menimbulkan suatu konflik baru pada waktu itu. Itu yang akhirnya benda itu perlu diselesaikan dengan muktamar khas PAS di Ipoh pada 2009. Dalam muktamar itu saya sekali lagi mempertegaskan bahawa PAS bersama PR dan memperteguhkan lagi keputusan itu. Itu pandangan saya.

a. Apakah sebab TGHH boleh sebut tentang kerajaan perpaduan. Adakah ada orang disekelilingnya yang memberikan hujah-hujah tentang perkara tersebut? Itu sudah pasti. Sebagai seorang Presiden, seorang pemimpin besar seperti dia mungkin ada suara-suara dari UMNO sendiri, MKN, intelegent, SB sendiri atau pakar-pakar saraf BN sendiri yang mahu merosakkan PR yang begitu berpotensi pada waktu itu terutamanya dalam sejarah PAS yang berbeza latar belakang yang boleh duduk pula dengan DAP yang dikatakan cauvanis, anti hudud. PKR boleh bergabung. Bukan sedikit impaknya menafikan 2/3 Parlimen. Tsunami pada waktu itu.

306

Bagi saya orang politik saya tidak boleh menafikan adanya usaha yang sangat serius. Peringkat paling tinggi mungkin. Risikan tentera dan polis, perisikan dalaman UMNO di bawah JPM yang boleh mungkin memberikan idea-idea ini kepada sesiapa pun. Jadi mungkin idea ini ‘diconvertkan’. Bagi saya ‘bottom-line’nya adalah untuk merosakkan keharmonian dan perpaduan PR pada waktu itu. Tapi idea itu tidak popular. Akhirnya TuanGuru Haji Hadi sendiri seingat saya telah menyuarakan bahawa isu itu tidak berbangkit lagi dan meneruskan agenda PR. b. Jadi mengapa isu kerajaan perpaduan ini masih menjadi polemik sehingga kini? Polemik UG masih terus tetap berjalan disebabkan ada individu dalam PAS membuat jalinan tertentu. Akhirnya diperakui oleh Ustaz Nasharudin sendiri. Boleh kod kenyataannya sehari selepas kematian Tok Guru Nik Aziz –“ TGNA yang menjadi penghalang kepada perpaduan PAS-UMNO”. Walaupun ada keputusan muktamar perkara ini terus berlaku dan inilah yang menjadi topik perbincangan dalaman PAS dan yang akhir kemuncaknya adalah Muktamar 2015 yang akhirnya dicop dan menghentam golongan yang bertentangan dengan keputusan Presiden ini dicop sebagai jebon, Islam liberal dan golongan yang tidak wala’. Ia bermulanya dari tahun 2008 sedikit demi sedikit akhirnya sampai kemuncak pada muktamr 2015. c. Perpecahan dalam PAS dan penubuhan AMANAH itu bermula dari kerajaan perpaduan? Tidak saya katakan begitu tetapi rentetan daripada itu. Ia menjadi satu perkara yang menjadi duri dalam daging yang sentiasa menadi benda itu menjadi resah. Peringkat mesyuarat kata tidak, buat retreat tidak tetapi dibelakangnya perkara itu berlaku. UG adalah dengan UMNO yang diperakui oleh sebagaimana oleh mereka.

307

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Ikut yang dibolehkan oleh Islam.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Rujuk Perjanjian Pakatan Harapan. Dari segi Parti AMANAH bukan bermusuh dengan individu. Perlu berdakwah pada individu-individu untuk ukhuwah. Lisanul hal penting. Akhlak-patuh bila berjanji..ambil hikmah perjanjian Hudaibiyah yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Ingat..berpolitik ini penuh tipu helah..Majlis Tahkim.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Saya katakan sesuai.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Bawa akhlak Islam.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Bawa akhlak Islam.

308

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian: KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Penyelidik Sahaja: Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB06 10/02/2016 12.00 – 1.05 PM POL006

309

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan ini subjektif. Cuma janga menjurus kepada perkauman.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Tiada yang serius. Cuma perubahan politik.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Tiada jawapan diberikan.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Tiada jawapan diberikan.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Tiada jawapan diberikan.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Tiada jawapan diberikan.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

310

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Bermula 2008 selepas kita menang. Ada perbezaan pandangan. Di negeri yang kita perintah tetapi PAS tidak berada dalam majoriti. Telah diusahakan kerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan iaitu di Selangor dan Perak. Sebaik sahaja kita menang, seperti di Perak PAS 6 kerusi, PKR 7 Kerusi dan DAP 18 Kerusi lalu pimpinan tertentu yang berada sekarang ini tidak selesa dengan keadaan begitu..di mana PAS ini parti minoriti dalam kerajaan PR Perak yang hendak ditubuhkan. Maka mereka menelefon Ustaz Ahmad Awang kata tak boleh ke dipertimbangkan kerjasama dengan UMNO untuk bentuk kerajaan. Jangan duduk dalam PR di mana PAS minoriti. Begitu juga di Selangor di mana PAS pada ketika itu hanya 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15. Sekali lagi PAS pun minoriti dan menyebabkan ada usaha dalam pimpinan tertentu dan sekarang yang ada sebagai pemimpin PAS untuk ketemukan pimpinan PAS Selangor dan UMNO Selangor untuk bentuk kerajaan. So kami yang digelar sebagai golongan professional ini tapi aliran pemikiran berbeza.. ada juga yang ulama. Kita tolak. Presiden PAS tak selesa dengan keadaan sebegitu dan peringkat Pusat begitu juga. 2013 juga begitu..dari 2008 tak selesa. PAS minoriti. PAS hendakkan model seperti BN, di mana kedudukan UMNO itu dominan dalam BN. PAS pun hendak dominan dalam PR. Apa yang berlaku telah berlaku konflik dalaman dalam PR. ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Bagi sayalah, tidak mustahil adanya campur tangan dari pihak luar kerana dia punya ‘end of result’ yang diingini adalah yang didapati bahawa hampir mustahil PAS mendominasikan PR. Maka PAS kena kerja di bawah penguasaan UMNO dan BN - Kalau kita

311

hendak buat perubahan tetapi jangan sampai terjejas Melayu- Islam. Cara yang terbaik kita berdamping dengan UMNO dan mempengaruhi, dapat sokongan dan kerjasama dengan UMNO. Trennya begitu yang dilihat hasil daripada perubahan pendekatan yang berlaku apabila didapati PAS boleh menguasai PR. Jika PAS dalam keadaan minoriti dalam kerajaan..seolah-olah perkara itu haram dan kedudukan Melayu-Islam tidak lagi dominan. Tok Guru Nik Aziz dalam kes Perak tolak UG. Tok GuruNik Aziz minta bentuk kerajaan Perak walaupun MB bukan dalam kalangan PAS..Ustaz Ahmad Awang cerita.

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Bagi kami kedudukan Melayu-Islam sudah terjamin dalam Perlembagaan walaupun dalam kerajaan gabungan. Kita tidak mempunyai kerusi yang banyak tetapi kita perintah atas dasar kata sepakat di mana yang mendominasi PR itu adalah prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama. Ia bukan soal di mana parti hendak menjadi dominan. Tak nak jadi macam BN. Yang penting yang menjadi dominan dalam kerajaan atau gabungan. Prinsip sentrik bukan parti sentrik. Kena faham konsep penguasaan orang Islam kepada orang bukan Islam

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Dalam tahaluf siyasi PR..prinsip apa yang diguna pakai? Bentuk tahaluf yang macamana. DAP tolak Hudud dari awal..tiada itu di situ. Kerjasama perlu ada kejujuran. Ust Hadi secara prinsipnya berjanji dalam Majlis Presiden Februari 2010. Usul peribadi Rang Undang- Undang Hudud perlu dikemukakan dalam Majlis Presiden sebelum

312

dibentang dalam Parlimen. DAP marah sebab Rang Undang-Undang dibawa tanpa melalui Majlis Presiden. DAP putus hubungan dengan Presiden PAS..bukan dengan PAS. Tidak boleh kerjasama dengan Presiden yang janji lain buat lain..itu yang berlaku. Sebagai satu coalation..satu pakatan kena akui hak masing-masing dan berhk tentang..’agree disagree’..komitmen kepada perkara yang dipersetujui seperti dalam Buku Jingga..

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kena melibatkan semua pihak.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Perlu lihat kepada prinsip. Sekarang ini perlu kepada berpegang kepada common policy framework..Perlembagaan.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Tiada jawapan diberikan.

313

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian: KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Penyelidik Sahaja: Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB007 12/01/2016 2.45 – 3.40 PM AK002

314

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Penting dan satu tuntutan agama.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Tidak serius. Terlalu banyak politiking dan banyak benda furu’ dibesar- besarkan. Seperti perebutan Kerusi parlimen dan DUN. Tidak melibatkan perpecahan dari segi agama. Ada pasang surutnya. Ikut cuaca politik..bukan perpecahan ummah.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan ini boleh memajukan umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia tidak berada di hadapan kerana perpecahan furu’ yang saya katakan tadi.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Masalahnya terikat dengan agenda politik parti masing-masing. Ia tidak menjurus kepada perpaduan ummah. Halangan yang ada susah dari segi politik. Parti-parti politik yang ada ego dan rigid dengan ideologi politik masing-masing.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Masalah dan halangannya adalah disebabkan kepentingan politik masing-masing. Contohnya PAS dan AMANAH…asasnya Islam. tetapi berpecah sebab berlaku perebutan kuasa.

315

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia Ada usaha. Tetapi sempit kerana parti-parti politik membentuk acuan perpaduan masing-masing atas kepentingan politik.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Baik cadangan tersebut. tetapi yang saya lihat tafsiran UG berbeza. Contohnya PAS sendiri berbeza sehingga dalamannya bergaduh.

ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Tafsiran berbeza.

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Memang perlu tetapi yang terjadi kepentingan perpaduan yang dikatakan menurut Islam ditafsir mengikut kelompok masing-masing. Jadi ianya gagal. Perlu rujuk kepada al-Qur’an dan Hadith. Penting kepada kerjasama atas usaha perpaduan umat Islam.

316

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Setuju dua langkah ini. Langkah ini mengatasi watak politik parti-parti di Malaysia. Perlu dijadikan amalan politik untuk capai perpaduan.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Sesuai sangat sebagai watak politik di Malaysia. Ukhuwah datang dulu kemudian barulah adakan tahaluf.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Ada. Falsafah atau pemikiran politik Islam perlu dalam kerangka tersebut. bukan Siasah Syari‘yyah yang kelihatan untuk kumpulan Islam sahaja. Ia perlu merangkumi semua masyarakat boleh menerimanya. Membuka ruang kepada kumpulan politik yang tidak terikat pada pandangan rigid. Bukan sahaja melibatkan hukum hakam.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Penting Cuma bagaimana para pemimpin-pemimpin politik mengawal tafsiran model kerjasama yang dibentuk atau yang dikemukakan. Jika model Madinah..semua kena pegang dan lihat kejayaannya. Lihat kepada ciri-cirinya seperti pemimpin, adil dan Islam tumbuh dalam masyarakat majmuk dan di Bandar atau bersifat kosmopolitan.

317

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian: KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Penyelidik Sahaja: Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB008 05/01/2016 2.15- 3.08 PM POL003

318

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan..menjadi masalah kepada kebanyakan pengkaji politik. Gabungan atau kerjasama antara parti politik bukan satu perpaduan. Pemahaman masyarakat atau kerajaan salah tentang perpaduan..jika BN atau parti pemerintah kalah dalam PRU, maka tiada perpaduan..ini salah. Perpaduan – jika ada semua parti politik berada dalam pakatan politik..itu bagus..seperti BN pada tahun 1973..berpadu. berpadu – ahli politik dan rakyat masing-masing menghormati perlembagaan negara.

Perpaduan apa yang dimaksudkan?..ia menjadi masalah kepada semua pengkaji politik apabila mereka tidak dalam BN atau menentang perikatan dahulunya..maka berlaku perpecahan…tiada perpaduan..it’s very wrong understanding. Kalau macam tu tidak perlu kepada pembangkang. Saya selalu bercakap dengan orang politik..keadaan tidak berpihak kepada UMNO atau BN maka kita berpecah..tak bersatu..kita mesti bersatu..seolah-olah parti pembangkang yang menentang UMNO dn BN maka tiada perpaduan..pendekatan ini tidak betul. Perpaduan itu kalau kita semua boleh berada dalam satu pakatan politik-bagus..semua masuk BN pada Januari 1973 dahulu..tiada pembangkang..tetapi tidak semestinya berpadu..Melayu-Islam..Cina-Melayu kalau yang berada di luar BN. Ia berpadu ini jika semua rakyat, pemimpin, parti politik menghormati Perlembagaan Negara, mengaku sebagai rakyat Malaysia..cinta kepada negara..menyumbang kepada negara dan tidak melanggar undang-undang negara. Dalam konteks ini kita telah berpadu..menerima Perlembagaan sebagai asas perpaduan. Sebagai Melayu-Islam..kita menerima aapaa sahaja huku hakam dalam agama sebagai perpaduan kita. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa jika seorang itu tidak berada dalam parti politik nasional dan UMNO ia tidak berpadu (salah)..jangan melihat dalam konteks berada dalam kerajaan barulah berpadu. Kita sahaja yang bercakap tentang tidak berpadu hanya kerana berbeza politik..berbeza politik itu adalah kita meraikan perbezaan fahaman. Konsep perpaduan dalam politik sampai masanya ditulis semula dan difahami semula dalam konteks yang betul.

319

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Berbeza pandangan. Tidak serius..tak sampai berperang..hanya untuk jadi konflik parah dalam politik tidak begitu..lanskap politik kita terkawal. Terkawal tetapi peringatan itu penting. Melayu berpecah paling teruk pada 1977- PAS keluar dari BN (UMNO)..membawa kepada PRU negara..itu teruk. 1987 – perpecahan UMNO..tubuh Semangat 46. 1997- krisis DSAI..tubuh PKR. Melayu sebelum sebelum 2008 lagi..berlaku awal daripada itu. 2008..kenapa 2008 dianggap perpecahan teruk?..berpecah itu kerana dianggap tsunami politik..dalam konteks pemerhati politik di Malaysia – perpecahan itu UMNO tidak kuat..pandangan ini salah..UMNO bukan parti negara. 2008 adalah kebangkitan rakyat bersama masyarakat sivil bersama parti pembangkang..kerajaan tidak menjaga rakyat. Perpaduan rakyat menuntut perubahan politk..saya melihat begitu.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Kepentingan perpaduan dalam konteks lain. Perlu melangkaui politik.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Jangan alergik kepada pembangkang. Terlalu retorik..taksub kepada UMNO dan BN perlu memerintah negara untuk perpaduan. Untuk capai Melayu semua bersatu adalah mustahil. Jika UMNO-PAS-PKR bekerjsama..akan ada Melayu lain yang muncul untuk jadi pembangkang..seperti AMANAH.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Kena fikir bagaimana..sebuah kerajaan Melayu pada hari ini, kita hendak menguatkan Melayu..kita punya framework menguatkan Melayu? it’s to be politik? perpaduan? bergabung?..itu yang silap.

320

Hendak menguatkan Melayu ini banyak..kuatkan dari segi ilmunya..amalan dan pegangan agamanya..ekonomi. kenapa tidak begitu? Kenapa disempitkan perpaduan itu?

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan tidak boleh dalam politik. Perlu rai perbezaan pendapat. Perlu terima realiti itu. Beri pendidikan..kesedaran tentang perlu ikut perlembagaan..tuntutan agama.

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Negara tanpa pembangkang..saya tidak boleh terima dan bersetuju kerana ia akan menjadi negara yang autokratik malah menjadi negara despotik. Kenapa hendak kerajaan tanpa pembangkang? Untuk apa? Kita (UMNO/BN) sudah dominan..hemegeneos..begitu? untuk apa?

ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Cadangan itu apa salahnya. Ia bagus untuk UMNO dan PAS bersatu untuk rakyat dan negara. Tiada masalah..teruskan..tetapi kenapa sampai sekarang tidak terjadi..kerana masing-masing mempunyai kesilapan politik.

321

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Politik kerajaan perpaduan Palestin adalah berbeza dengan Malaysia dan kebanyakan negara Islam di Nusantara (Indonesia) kerana politik kita politik negara bangsa. Di Palestin, parti politiknya satu berada di Tebing Barat..satu lagi di Ramallah.

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Kerjasama politik itu penting..bagus..tiada masalah. Tetapi diakhirnya apa yang hendak kita capai? Itu yang mustahak. Yang nampak sekarang ini diakhirnya adalah untuk menjaga kuasa..tak mahu pada kritikan..pembangkang..ketidakakuan.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Konsep perpaduan jangan dibincangkan dalam isu sosiologi. Perpaduan..konsep ini dibuat dalam konsep concensualism - Permuafakatan politik. Lijphart- consensualism adalah semua parti politik bergabung seperti dalam pakatan BN sehingga tiada pembangkang. Bertolak ansur, bekerjasama dalam satu pakatan. Tetapi kena ada kewujudan masyarakat sivil yang diraikan.

Satu hari jika kita hendak jadi negara maju kena ada 2 syarat: i) system demokrasi yang berkembang – kebebasan rakayat bersuara dan lain2. ii) tidak boleh ada system ekonomi kampong – seperti wujudnya market kecil2..kena ada pasaraya. Jurang ekonomi tidak jauh.

322

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Tiada jawapan diberikan.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Perpaduan Melayu-Islam..setuju..ya perlu. Jangan kita melihat perpaduan itu dalam konteks semua orang perlu berada dalam UMNO..menyokong kerajaan. Yang wujud negara seperti ini adalah setelah 58 tahun kita bagi hegemoni yang luar biasa..sehingga dominasi rakyat yang diternak di negara ini. Tidak boleh hanya bercakap tentang kerisauan Melayu-Islam sahaja. Kita telah dikonstruk oleh British untuk menjadi negara yang majmuk. Perlu menerima politik pada hari ini..Lord Reid telah berkata pada kita “inilah negara yang selamanya berkerajaan Melayu...‘Malay Politic’..Perlembagaan Perkara 113 Fasal 12- persempadanan kawasan pilihanaraya- perbanyakkan kawasan Melayu (Luar Bandar)..bukan hanya melihat Perkara 153 sahaja. Perpaduan perlu diberikan pemahaman baru.

323

LAMPIRAN B: CONTOH SET TRANSKRIP JAWAPAN TEMU BUAL SEBENAR (SELEPAS SESI KAJIAN RINTIS)

SOALAN TEMU BUAL

Tajuk Kajian: KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN RUJUKAN KHUSUS PARTI POLITIK MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Disediakan oleh: WAFDI AUNI MOHAMED No. Matrik: P-SD0033/13(R) Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

Untuk Kegunaan Penyelidik Sahaja: Nombor Siri Tarikh Masa Kod Informan TB009 19/01/2016 11.30 – 1.05 PM AK004

324

1. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengenai perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Sangat perlu.

2. Bagaimanakah situasi perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam berlaku di Malaysia sekarang? Hampir tidak wujud kecauli dalam kes terpencil.

3. Bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan apakah kepentingan perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Penting bagi memastikan kedudukan Melayu-Islam di Malaysia dari sudut politik, ekonomi dan sosial tidak tergugat oleh golongan bukan Islam dan golongan Islamis sekular dan liberal.

4. Adakah terdapat masalah atau halangan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Ada.

5. Jika ada, mohon YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan jelaskan, apakah masalah atau halangan tersebut? Parti politik bukan Melayu-Islam sangat keras menghalang perpaduan parti politik Melayu-Islam ini. Parti politik bukan Melayu-Islam – pembangkang dilihat lebih berketrampilan baik berbanding parti politik Melayu-Islam- pemerintah. Setengah di dalam parti politik Melayu- Islam pemerintah masih bersikap sekularis/liberalis. Setengah di dalam parti politik Melayu-Islam pembangkang terlalu konservatif.

6. Apakah terdapat usaha-usaha yang dilakukan dalam membentuk perpaduan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Ada. Oleh agensi Islam kerajaan seperti Majlis Dakwah Negara (MDN), Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan sebagainya. Oleh NGO seperti PERKASA dan sebaginya.

325

7. Salah satu usaha yang berlaku untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam melalui cadangan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun 2009. Namun, cadangan tersebut gagal untuk direalisasikan disebabkan berlaku pelbagai polemik yang tercetus. Berdasarkan situasi ini, bolehkah YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan komen mengenai:

i. Apakah pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap cadangan kerajaan perpaduan yang dikemukakan tersebut? Cadangan ini kurang realistik untuk dilaksanakan kerana mengimpikan kewujudan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang terlalu sukar dicapai.

ii. Sepanjang pengetahuan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan mengapakah cadangan kerajaan perpaduan tersebut gagal dilaksanakan? Tidak dibincangkan di peringkat dalaman parti atau sesama parti rakan terlebih dahulu menyebabkan ia tidak dapat dokongan kukuh. Ia dikemukakan oleh pemimpin parti politik pembangkang. Mungkin lebih berjaya jika ia dikemukakan oleh pemimpin parti politik kerajaan yang lebih dominan dari segi kedudukan.

8. Terdapat beberapa faktor seperti yang dinyatakan telah menyebabkan kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan, adakah pelu dilaksanakan kerajaan perpaduan ini daripada perspektif Islam untuk membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Ya perlu.

326

9. Dalam Islam, kerajaan perpaduan boleh diusahakan melalui langkah ukhuwah dan tahaluf. Apakah pula pandangan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan berkaitan dengan dua langkah ini? Baik. Boleh dibuat secara turutan iaitu melalui langkah ukhuwah dahulu sebelum boleh langkah tahaluf dilaksanakan. Tahaluf sukar dicapai tanpa ukhuwah.

10. Apakah sesuai dua langkah ini digunakan bagi membentuk perpaduan dalam kalangan parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Sesuai.

11. Adakah ada cadangan lain untuk menambah baik konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam ini? Konsep yang baik tanpa wujudnya kesedaran ke atas keperluannya menyebabkan ia tetap sukar dicapai. Perlu ditekankan unsur ancaman luar bagi menjadikan konsep ini lebih cepat digarapi.

12. Apakah harapan YBhg Tun/ Datuk Seri/ Datuk/ Yang Berhormat/ Prof/ Dr./ Tuan terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam sebagai model kerjasama parti politik Melayu-Islam di Malaysia? Bagus. Perlu ada pihak yang merangka garis panduan terperinci mengenainya di dalam cara yang tidak akan membuatkan mana-mana pihak merasa mengalami kerugian.

327