(N36 Damansara Utama) Tajuk : Menteri Besar
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (N36 DAMANSARA UTAMA) TAJUK : MENTERI BESAR INCORPORATED CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) 21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila berikan butiran terperinci sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) yang diberi oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada tahun 2017. b) Sila nyatakan semua pembekal (supplier) servis ataupun barangan yang terlibat dalam pemberian CSR oleh MBI dan sama ada open tender telah dilakukan dalam pelantikan mereka. JAWAPAN: a) Sumbangan CSR setakat 30 September 2017 adalah seperti berikut :- Bil Butiran Jumlah (RM) 1 Program Kerajaan Negeri 9,285,850 2 Pembangunan Sosial 411,000 3 Keagamaan/Sosial/Kebajikan 3,041,805 4 Pendidikan 1,290,000 JUMLAH 14,028,655 b) Pemberian CSR untuk sumbangan Eidul Adha adalah melalui open tender. Senarai pembekal adalah seperti berikut :- Bil Nama Pembekal 1 Best Farm Enterprise 2 Aziz Sungai Merab Agro 3 Siantan Green (M) Sdn Bhd 4 Amaan Aah Enterprise 5 Dewy Jati Enterprise 6 Sinar Dinamik Resources 7 Denai Budi Sdn Bhd 8 Perniagaan Endah Enterprise 9 Sg Kandis Farm PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (N36 DAMANSARA UTAMA) TAJUK : KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL 22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- b) Sila berikan senarai penuh dengan hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC). c) Sila senaraikan badan-badan pertubuhan NGO di Selangor yang aktif dalam isu ini. JAWAPAN: b) Sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyatakan bahawa kesemua hospital kerajaan di Selangor mempunyai melaksanakan program One Stop Crisis Centre (OSCC) – Pusat Khidmat Krisis Sehenti kecuali Hospital Orang Asli Gombak sahaja yang masih belum melaksanakan OSCC. Justeru itu, berikut adalah senarai hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC) :- i. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang ii. Hospital Sungai Buloh iii. Hospital Selayang iv. Hospital Serdang v. Hospital Kajang vi. Hospital Ampang vii. Hospital Banting viii. Hospital Shah Alam ix. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam x. Hospital Tanjung Karang xi. Hospital Kuala Kubu Bharu c. Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), apatah lagi dengan badan kerajaan bagi menggembleng tenaga mengatasi isu dan permasalahan kes rogol dan gangguan seksual. Justeru itu, setakat ini antara NGO yang aktif dalam hal ini adalah PEKAWANIS, WAO dan IKRAM. PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (N36 DAMANSARA UTAMA) TAJUK : PERUNTUKKAN INFRASTRUKTUR SMART SELANGOR 23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Bagaimanakah RM14 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Smart Digital Eco-System? Sila berikan pecahan perbelanjaan. b) Bagaimanakah RM8 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Internet of Things (IoT)? Sila berikan pecahan perbelanjaan. JAWAPAN: a) Setakat 30hb September 2017, RM14 juta yang diperuntukkan masih belum diterima oleh SSDU. Berikut adalah senarai perbelanjaan yang telah dibuat dan di dalam proses permohonan tuntutan bagi disalurkan oleh Kerajaan Negeri :- Bil Butiran Jumlah 1 Smart App Development Platform (SADP) 392,836 2 Smart Selangor Command Centre 1,258,675 JUMLAH 1,651,511 b) Setakat 30hb September 2017, RM8 juta yang diperuntukkan untuk Internet of Thing (IoT), hanya RM6 juta telah salurkan untuk perbelanjaan Wifi Smart Selangor. Berikut adalah senarai perbelanjaan yang telah dibuat :- Bil Butiran Jumlah 1 Wifi Smart Selangor 6,621,138 2 Demonstrasi ‘Internet of Things’ 198,303 JUMLAH 6,819,441 PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (N36 DAMANSARA UTAMA) TAJUK : UNIT INTEGRITI 24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila senaraikan unit-unit integriti di semua agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Selangor berserta dengan nama pemimpin dan cara hubungan unit-unit ini. b) Apakah usaha Kerajaan dalam memperdaya unit-unit integriti supaya lebih berkesan dalam menangani penyelewangan? c) Adakah rancangan Kerajaan untuk menggubal Whistleblower Act? JAWAPAN: a) Senarai unit-unit integriti dan nama pemimpin bagi setiap unit berkenaan adalah seperti di Lampiran A. Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti Jabatan/Agensi sebanyak tiga (3) kali setahun bagi memastikan hubungan kerja dapat dilaksanakan dengan unit- unit ini. Berikut adalah maklumat berkenaan pelaksanaan mesyuarat tersebut; Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat Bilik Gerakan Negeri, 1 Bilangan 1/2017 16 Mac 2017 Tingkat 22 Perbadanan Bilangan 2/2017 19 Julai 2017 Kemajuan Negeri 2 Selangor (PKNS) Dijadualkan di Dijadualkan pada 21 Pejabat Daerah/ 3 Bilangan 3/2017 November 2017 Tanah Sepang (PDT Sepang) Melalui Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti yang dilaksanakan ini, Unit Integriti Jabatan/ Agensi akan mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan integriti yang berlaku di jabatan/ agensi bagi memastikan ianya dapat dibincang dan diselesaikan. Jabatan/Agensi yang menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini juga akan memaklumkan aktiviti-aktiviti dan program-program integriti yang dijalankan. b) Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memberdaya Unit-Unit Integriti di setiap Jabatan/Agensi untuk menangani penyelewengan dengan lebih berkesan melalui kaedah berikut, iaitu: i. Mewujudkan hubungan langsung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor serta Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) di Ibu Pejabat SPRM dalam mengambil langkah pencegahan serta penguatkuasaan terhadap jenayah salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; ii. Melaporkan dan memberi peringatan kepada Jabatan/Agensi terhadap tindakan yang perlu diambil berdasarkan teguran-teguran audit dan Laporan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU); iii. Memantau laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jabatan/Agensi bagi memastikan penjawat awam di setiap jabatan/agensi tidak terlibat dengan tata kelakuan yang boleh memberi ruang terhadap penyelewengan. Laporan-laporan tersebut adalah; 1. Laporan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam; 2. Laporan Kedudukan Pendapatan Bersih Yang Kurang Daripada 40% Emolumen Bulanan; 3. Laporan Kad Perakam Waktu; dan 4. Laporan Statistik Penjawat Awam. c) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) telah digubal di peringkat Persekutuan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menggubal suatu enakmen seumpamanya. LAMPIRAN A i. B JABATAN/I AGENSI DI NEGERI NAMA KETUA SELANGOR UNIT INTEGRITI L JABATAN NEGERI SELANGOR 1 Perbendaharaan Negeri Selangor Puan Siti Nawwar binti Najib Penolong Pegawai Kewangan N41 2 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Puan Nor Hafiza binti Ishak Selangor Penolong Pegawai Tadbir N32 3 Jabatan Pertanian Negeri Selangor Encik Ahmad Fuadi bin Mat Nooh Penolong Pegawai Tadbir N27 4 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Puan Zaharah binti Hj. Salim Selangor Penolong Pegawai Tadbir N32 5 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Puan Nor Sunatis binti Hj. Abd. Ghafor @ A Jalil Penolong Pegawai Tadbir N32 6 Jabatan Mufti Negeri Selangor Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin Penolong Pegawai Tadbir N27 7 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Puan Norliza binti Yusoff Ketua Penolong Pengarah M52 8 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Encik Irwan Shah bin Hashim Selangor Penolong Pegawai Tadbir N27 9 Jabatan Agama Islam Selangor Encik Sapian bin Abu Hasan Peg. Perkhidmatan Pendidikan DG29 10 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Puan Norliana binti Mohd Zappah Selangor Penolong Pegawai Tadbir N27 11 Jabatan Perancangan Bandar dan Encik Rosly bin Ahmad Desa Negeri Selangor Penolong Pengarah M44 12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Encik Syawal bin Samin Negeri Selangor Penolong Pegawai Tadbir N27 13 Jabatan Kehakiman dan Syariah Puan Siti Rahmah binti Hussin Negeri Selangor Pegawai Syariah LS41 BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI NAMA KETUA SELANGOR UNIT INTEGRITI PEJABAT DAERAH/TANAH NEGERI SELANGOR 14 Pejabat Daerah/Tanah Petaling Puan Mazyan Binti Muhammad Nordin Penolong Pegawai Tadbir N32 15 Pejabat Daerah/Tanah Gombak Cik Nor Hidayu Binti Sumiran Penolong Pegawai Daerah N41 16 Pejabat Daerah/Tanah Klang Puan Masrini binti Mohd Shahkarda Penolong Pegawai Daerah M41 17 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Puan Satiyah binti Ahmad Penolong Pegawai Tadbir N36 18 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Cik Siti Amirah binti Sharifuddin Penolong Pegawai Daerah N41 19 Pejabat Daerah/Tanah Sepang Puan Nor Amanina binti Jahari Penolong Pegawai Daerah N41 20 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Puan Hasniza Binti Abd Aziz Selangor Penolong Pegawai Tadbir N32 21 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Encik Zulkifli bin Zakaria Ketua Pembantu Tadbir Tertinggi N26 22 Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Encik Nik Shariman bin Nik Md Salleh Penolong Pegawai Tadbir N32 BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI NAMA KETUA SELANGOR UNIT INTEGRITI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR 23 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Puan Hajah Norlida binti Mohd Isa Pengarah Audit Dalam & Integriti W48 24 Majlis Perbandaran Klang Puan Siti Samiha Binti Samion Pegawai Integriti N44 25 Majlis Bandaraya Shah Alam Puan Juliah binti Alimun Pegawai Tadbir N44 26 Majlis Perbandaran Subang Jaya Puan Emilia binti Nasir Pegawai Tadbir N41 27 Majlis Perbandaran Kajang Encik Mohamad Fikri bin Marani Pegawai Tadbir N41 28 Majlis Daerah Kuala Langat Encik Miskon bin Karim Pegawai Tadbir N48 29 Majlis Daerah Kuala Selangor Puan Sabariah binti Hassim Penolong