UCAPAN OLEH DATO’ LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN SEMPENA LAWATAN RASMI YBMK KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH, SABAK BERNAM 1hb OGOS, 2008

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis.

Yang Berhormat Tuan Abd. Rahman b. Bakri Ahli Parlimen Kawasan Sabak Bernam.

Yang Berhormat Dato’ Hj. Raja Ideris bin Raja Ahmad ADUN Kawasan Sg. Air Tawar dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Yang Berhormat Dato’ Hj. Warno b. Hj. Dogol ADUN Kawasan Sabak.

Yang Berbahagia Puan Dr. Rosnah bt. Hadis Pengarah Kesihatan Negeri

Yang Berusaha Puan Dr. Jameela Banu bt. Ahmad Hassali Pengarah Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Yang Berbahagia, Tuan Hj. Abu @ Ahmad b. Hj. Ismail Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Yang Berbahagian Datuk Kee Ah Kau Ketua Bahagian MCA Sabak Bernam.

Dato’-Dato’, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital, Pegawai-Pegawai Perubatan, Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y. B.

Dato’, Tuan/ Puan hadir ke majlis ini. Saya rasa begitu terharu atas keprihatinan dan komitmen Y.B. Dato’, Tuan/ Puan untuk hadir ke majlis ini. Untuk makluman

1 para hadirin, ini adalah kunjungan rasmi saya yang pertama ke hospital ini

semenjak saya memegang jawatan Menteri Kesihatan.

Tuan-Tuan dan Puan- Puan,

Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam seperti yang dimaklumkan adalah merupakan salah satu daripada 12 hospital yang dibina mengikut konsep nucleus di Malaysia.

Apakah itu konsep nucleus. Konsep nucleus berasal dari United Kingdom yang

mana perhatian diberi kepada rekabentuk hospital yang boleh menampung perkembangan masa hadapan iaitu bangunan tambahan boleh disambung dari

bangunan asal. Antara tujuan lain ialah untuk mewujudkan perhubungan yang

baik antara jabatan atau unit di hospital. Rekabentuk sebegini juga adalah untuk tujuan keselamatan ketika kebakaran yang mempunyai ‘horizontal escape route’ dari satu kompartmen ke kompartmen lain. Dari segi ekonomi pula rekabentuk bangunan ini maksimakan penggunaan cahaya matahari dan pengudaraan, dengan itu menjimatkan kos penggunaan elektrik.

Saya dengan sukacitanya menyatakan rasa syukur atas keupayaan kita dalam

merealisasikan hasrat kerajaan dengan menyediakan kemudahan rawatan

perubatan yang menyeluruh dan berkualiti untuk rakyat menerusi Hospital

2 Tengku Ampuan Jemaah. Ini juga adalah satu langkah Kementerian Kesihatan yang sejajar dengan syor oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mencapai wawasan yang berbunyi “Health for All”. Kementerian Kesihatan sentiasa komited dan berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada semua golongan masyarakat. Dengan wujudnya Hospital Tengku Ampuan

Jemaah ini, saya harap agar masyarakat setempat akan menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan dan mendapat manfaat sepenuhnya.

Harga hospital ini keseluruhannya bernilai RM 37.53 juta, mempunyai 93 buah katil dan mula beroperasi pada bulan Oktober 1994. Hospital ini juga memberi perkhidmatan kepada seluruh penduduk Daerah Sabak Bernam, Bahagian

Selatan Daerah Hilir Perak dan Bahagian Selatan Daerah Hulu Selangor.

Hospital ini juga merupakan hospital tanpa pakar, walau bagaimanapun penduduk masih dapat perkhidmatan pakar lawatan di Klinik Pakar.

Walaupun usia perkhidmatan hospital ini baru mencapai 14 tahun, pelbagai kemudahan perkhidmatan rawatan perubatan telah disediakan. Perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti telah diberikan sejajar dengan polisi dan wawasan

Kementerian Kesihatan Malaysia. Peningkatan perkhidmatan hospital berterusan di mana Unit Hemodialisis mula beroperasi pada tahun 2001, Unit Rehabilitasi mula beroperasi pada tahun 2004 dan Unit Psikiatri Komuniti mula beroperasi pada tahun 2007.

3

Kearah memberikan perkhidmatan yang berkualiti Hospital Tengku Ampuan

Jemaah adalah hospital pertama di negeri Selangor yang mendapat

pengiktirafan Akreditasi pada tahun 2000 dan status ini dikekalkan sehingga

sekarang. Selain itu hospital ini juga telah mendapat persijilan MS ISO

9001:2000 bagi tempoh 3 tahun mulai tahun 2006 sehingga 2009. Yang terkini

hospital ini juga dapat mengekalkan status Hospital Rakan Bayi iaitu dari Jun

2008 sehingga Jun 2011. Syabas diucapkan!

Yang Berhormat Dato’, Tuan/ Puan,

Pembangunan Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam juga telah

banyak berkembang sejak mula beroperasi. Antara projek pembangunan

tambahan yang dilaksanakan termasuk pembinaan Unit Hemodialisis,

Pembesaran Unit Farmasi dan Klinik Pakar. Dengan adanya pembangunan baru

seperti Unit Hemodialisis, ramai pesakit buah pinggang dearah ini tidak perlu lagi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ataupun ke Hospital untuk menerima rawatan. Pihak Kementerian Kesihatan akan terus berusaha meningkatkan pembangunan dan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini.

Pada tahun 2007 sebanyak RM 108,000.00 telah diperuntukan untuk membeli

asset perubatan untuk hospital ini. Dari segi bangunan pula, sebanyak

RM88,800.00 telah diperuntukan untuk pembinaan stor alat perubatan.

4

Pada tahun 2008 pula sebanyak RM65,500.00 telah diagihkan untuk membeli asset Unit Kecemasan. Juga pada tahun ini sejumlah RM 30,000.00 telah diberi untuk membeli biohazard cabinet di unit makmal.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada hospital ini.

Yang berhormat Dato’, Tuan/ Puan,

Kesihatan adalah kepentingan kita bersama, oleh itu adalah menjadi kawajipan kita untuk memastikan kita sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat.

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa berusaha dan bekerjasama melaksanakan program kesihatan dan rawatan perubatan kepada penduduk daerah sabak Bernam yang pada masa ini mencecah lebih kurang

130,000 orang.

Bagi mencapai matlamat Kementerian menjelang tahun 2020, saya menyeru agar semua anggota Jabatan Kesihatan menyahut cabaran dan menonjolkan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu profesionalisme, bekerja berpasukan dan bersikap penyayang agar pelanggan diberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti sepanjang masa.

5 Saya yakin Hospital Tengku Ampuan Jemaah akan maju ke hadapan dalam usaha mengekalkan kualiti perkhidmatan ke arah kecemerlangan demi untuk membina nusa dan bangsa yang sihat, cerdas, gagah dan maju jaya.

Sekian, terima kasih.

6