SOALAN NO : 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN CHA KEE CHIN [ ]

SOALAN

TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan senarai jumlah ketua isi rumah yang telah diberikan bantuan bakul makanan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Parlimen dan DUN di , dan apakah skim bantuan bakul makanan ini akan diteruskan.

SOALAN NO : 96

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah menyebabkan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020 sehingga Disember 2020. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan salah satu kementerian di bawah kategori frontliners yang bertanggungjawab membantu rakyat yang terkesan akibat daripada pelaksanaan PKP tersebut. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bantuan bakul makanan kepada masyarakat yang terkesan akibat COVID-19 ini.

Secara keseluruhannya, penerima bantuan Bakul Makanan di seluruh negara adalah seramai 820,723 Ketua Isi Rumah (KIR) dan memberi manfaat kepada 3.2 juta Ahli Isi Rumah (AIR).

Untuk makluman Yang Berhormat, penerima bantuan Bakul Makanan bagi Parlimen dan DUN di Negeri Sembilan secara keseluruhan adalah seramai 12,500 Ketua Isi Rumah (KIR). Pecahan agihan bakul makanan mengikut pecahan kawasan Parlimen dan DUN seperti di bawah:

SENARAI JUMLAH KIR DI NEGERI SEMBILAN YANG MENERIMA BAKUL MAKANAN SEPANJANG PKP MENGIKUT PECAHAN PARLIMEN DAN DUN

BIL. PARLIMEN JUMLAH DUN JUMLAH 1. 1,150 DUN Repah 429 DUN 361 DUN 360 2. Jempol 1,300 DUN Palong 257 DUN 316 DUN 328 DUN Jeram Padang 236 SOALAN NO : 96

BIL. PARLIMEN JUMLAH DUN JUMLAH DUN Sg Lui 163 3. Jelebu 1,150 DUN Klawang 413 DUN 367 DUN Chennah 370 4. 1,500 DUN Pilah 324 DUN 321 DUN 315 DUN 260 DUN Senaling 280 5. 1,300 DUN 650 DUN Kota 650 6. 4,100 DUN 233 DUN 428 DUN Lobak 223 DUN Temiang 199 DUN Sikamat 375 DUN 321 DUN Labu 284 DUN Bukit Kepayang 405 DUN 266 DUN 255 DUN 259 DUN 501 DUN 351 7. 2,000 DUN Bagan Pinang 395 DUN Chuah 309 DUN 588 DUN 371 DUN Sri Tanjong 337 JUMLAH KESELURUHAN 12,500 12,500

Bantuan bakul makanan ini akan diteruskan mengikut keperluan dan keadaan semasa sepanjang tempoh PKP dilaksanakan sehingga kerajaan mengumumkan tempoh PKP ini ditamatkan.

Sekian, terima kasih.