Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 22 I snin 7 Disember 2015 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengalu-alukan Pelantikan Ahli-ahli Baru (Halaman 1) Mengangkat Sumpah di Luar Dewan (Halaman 2) Memperkenankan Akta-akta (Halaman 3) Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 3) URUSAN MESYUARAT (Halaman 4) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 4) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 (Halaman 22) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015 DN 7.12.2015 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi 3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Datuk Abdullah bin Mat Yassim (Dilantik) 5. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik) 6. “ Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu) 7. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis) 8. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 9. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor) 10. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 11. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang) 12. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki – Senator - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 13. “ Puan Hajah Azizah Binti Haji Harun (Dilantik) 14. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik) 15. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik) 16. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 17. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor) 18. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 19. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor) 20. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik) 21. “ Tuan Chong Sin Woon – Senator - Timbalan Menteri Pendidikan 22. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak) 23. “ Y.M. Engku Naimah Binti Engku Taib (Terengganu) 24. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik) 25. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak) 26. “ Dato’ Hoh Khai Mun (Pahang) 27. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik) 28. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 29. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik) 30. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan) 31. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah) 32. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan) 33. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik) 34. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka) ii DN 7.12.2015 35. Yang Berhormat Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 36. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak) 37. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan 38. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah) 39. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik) 40. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik) 41. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka) 41. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B) 42. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan) 43. “ Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Bin Tun Said Keruak – Senator - Menteri Komunikasi dan Multimedia 44. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 45. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik) 47. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik) 48. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik) 49. “ Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar (Pahang) 50. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik) 51. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik) 52. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri 53. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 54. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis) 55. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik) 56. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik) 57. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah) 58. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik) 59. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang) 60. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik) 61. ” Dr. Syed Husin Ali (Selangor) 62. “ Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik) 63. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik) 64. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 65. " Datuk Yoo Wei How (Dilantik) 66. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan) 67. “ Datuk Zali bin Mat Yasin (Dilantik) DN 7.12.2015 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Encik Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) - PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Suriyani binti Mohd. Noh Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Noraidah binti Manaf Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Muhammad Dzulhazmi bin Sha’arin Amir Arshad bin Ab Samad Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Nurul Fadhilah binti Ibharim Hizamihatim Maggiha bin Juarah DN 7.12.2015 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Isnin, 7 Disember 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] MENGANGKAT SUMPAH Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah: - YB. Senator Datuk Abdullah bin Mat Yasim [Upacara Angkat Sumpah Tamat] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN AHLI BARU Tuan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Abdullah bin Mat Yasim sebagaimana Yang Berhormat semua lihat sebentar tadi [Tepuk] Sebagaimana biasa, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, khususnya kepada Yang Berhormat yang baru sahaja mengangkat sumpah sebentar tadi. Sebagai salah seorang Ahli Dewan Negara iaitu Ahli Parlimen Malaysia, sebagai pembuat undang-undang ataupun penggubal undang-undang negara, Yang Berhormat mempunyai tanggungjawab yang amat besar. Dalam konteks ini, apabila undang-undang itu telah digazet, sudah dibahas dan digazet, maka apabila menjadi undang-undang, semua Ahli-ahli Parlimen tidak kira apa jawatan sekalipun, tidak terkecuali, mematuhi undang-undang yang telah diluluskan. Dengan izin, nobody is above the law. You are law makers. Once a law is made, everyone of you has got to abide the rule of law. Yang Berhormat, saya juga ingin menarik perhatian di Dewan yang mulia ini, Dewan ini untuk Ahli Parlimen berhujah, berdebat tetapi kualiti perdebatan, penghujahan Yang Berhormat semua, mestilah fokus kepada tajuk yang dibincangkan. Contohnya kalau sekiranya dalam sesi Bajet, sila kemukakan, luahkan apa-apa pendapat berkaitan dengan Bajet. Jangan jadikan Dewan sebagai seolah-olah sarkas, market, bazar dan menjadikan tempat meluahkan perasaan masing-masing secara emosi tanpa mengetahui apakah tanggungjawab kita yang pertama sekali. Ini amat penting. Juga saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat semua bahawa bahasa yang digunakan dalam Dewan Parlimen ialah Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, dan ini telah diterima pakai semenjak kita wujudkan lagi. Di samping itu kalau sekiranya berlaku ada antara Yang Berhormat hendak bercakap macam saya cakapkan sebentar tadi, “dengan izin”, mesti mendapat keizinan Yang di-Pertua. Jangan jadikan Dewan ini, soal bahasa pun dipersoalkan. So, saya hendak menarik perhatian semua. 2 DN 7.12.2015 Juga kualiti-kualiti Yang Berhormat berbahas, berhujah, mestilah ada standard yang boleh kita sama hormati, dan kita berasa puas hati. Tanya naluri kita, dengan izin, ask your conscious- sama ada Yang Berhormat betul-betul jujur, sebagaimana Yang Berhormat angkat sumpah tadi, “...saya berikrar bersumpah...” Ikrar taat setia pada Malaysia. Pertama. ■1010 Kedua, patuh melindungi Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, Yang Berhormat semua mesti tahu peraturan mesyuarat. Saya percaya semua sudah dibekalkan. Baca, dan juga baca Perlembagaan. Kalau Yang Berhormat semua tidak tahu peraturan mesyuarat dan Perlembagaan, you are not fit to be here, dengan izin. Hal ini saya cakap yang betul, ikhlas. Kita hendak bertanggungjawab kepada Dewan. Cara bersopan, cara beradab. Jangan keluarkan kata-kata yang unparliamentary, ataupun perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikeluarkan, menjadikan Dewan sebagai contoh kerana rakyat di luar sana memerhatikan perangai kita. Jangan dilantik sebagai Ahli Parlimen tetapi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen yang berwibawa. Ini saya ingin peringatkan. Yang Berhormat semua, dunia sekarang ini terlalu sempit, dan juga sekarang ini dengan ledakan teknologi maklumat, perkara tidak satu pun boleh kita hendak katakan rahsia. Khususnya sekarang ini Yang Berhormat semua faham sebagai rakyat Malaysia, banyak perkara telah dikeluarkan melalui media massa yang tidak bertanggungjawab, dan saya hendak menyatakan di sini