UNTUK SIARAN SEGERA

MEMASTIKAN PERDAGANGAN NEGARA TERUS KEKAL BERFUNGSI DI HARI RAYA

JOHOR BAHRU, 11 Mei 2021 – Port Berhad (), ahli Kumpulan MMC merupakan sebahagian daripada perkhidmatan negara di mana operasi Pelabuhan Johor adalah penting dalam memastikan perdagangan negara terus berfungsi.

Selama lebih dari 40 tahun, Pelabuhan Johor yang merupakan Pelabuhan Serbaguna di , Johor telah memastikan bahawa rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat memperoleh keperluan tanpa mengira waktu. Warga kerja Pelabuhan Johor memastikan import dan eksport makanan, produk penting, tenaga dan bahan bakar diangkut dan dihantar ke destinasi tepat pada masanya serta memastikan pintu masuk negara di Wilayah Selatan itu kekal beroperasi sepanjang tahun termasuklah pada hari cuti dan musim perayaan, walaupun ini bermakna mereka tidak dapat bersama keluarga dan orang tersayang pada Hari Raya.

"Pelabuhan Johor memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan tempatan dan global. Kami menggerakkan pelbagai jenis barangan (edible and non-edible goods) untuk keperluan ekonomi dan kelangsungan hidup. Tidak ramai yang menyedari akan kerja dan sumbangan pekerja pelabuhan bagi memastikan negara kita mendapat bekalan yang diperlukan secukupnya. Mereka bekerja tanpa lelah sepanjang masa dan merupakan tulang belakang bukan sahaja kepada rantaian bekalan tempatan tetapi juga rantaian perdagangan di rantau Asia Pasifik. Tanpa mereka, rantaian bekalan akan terganggu,” kata Md Derick Basir, Ketua Pegawai Eksekutif, Johor Port Berhad.

“Walaupun saya perlu bekerja pada Hari Raya, saya tetap menyambut Hari Raya dengan rakan-rakan saya di tempat kerja dan syarikat juga menyediakan hidangan Hari Raya. Saya memahami sepenuhnya bahawa tugas saya di Pelabuhan Johor sangat penting bagi orang lain,” kata Lokmanul Naim Ibrahim, seorang Operator Quay Crane di Pelabuhan Johor yang bertanggungjawab untuk memindahkan kargo dari kapal dan sebaliknya.

Page 1 of 4

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada barisan hadapan industri pelabuhan dan melalui pekerjaan saya di Pelabuhan Johor, ia membolehkan saya untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara tidak langsung. Bekerja semasa Hari Raya diibaratkan sebagai pengorbanan kecil saya kepada orang lain di mana saya belajar bahawa kita tidak perlu melakukan perkara besar untuk menyumbang. Lagipun, Hari Raya disambut selama satu bulan, saya masih dapat menyambut Hari Raya walaupun agak lewat daripada yang lain,” kata Muhammad Afif Ad Dailami Ridzwan, yang bekerja sebagai Operator kren Rubber Tyred Gantry (RTG) di Pelabuhan.

Sebagai salah satu perkhidmatan penting negara, Pelabuhan Johor memastikan barang- barang penting dan aliran perdagangan bergerak dengan memastikan pelabuhan tetap dibuka dan kekal beroperasi, menerima kapal dan muatannya, yang memungkinkan orang ramai membeli makanan, ubat-ubatan dan barangan penting di kedai-kedai, walaupun negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebagai pelabuhan serbaguna pintu masuk serbaguna di selatan Malaysia, adalah harapan Pelabuhan Johor agar lebih banyak kesedaran dari masyarakat mengenai industri pelabuhan dan sumbangan yang dilakukan oleh pekerja pelabuhan yang merupakan sebahagian daripada wira yang tidak didendang. Individu ini terus berkhidmat untuk negara, sama ada hujan atau panas dan layak mendapat pengiktirafan atas sumbangan mereka.

Kapsyen gambar: Pekerja-pekerja Pelabuhan Johor, wira yang tidak didendang bekerja tanpa mengenal penat bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan.

###

Page 2 of 4

Mengenai Johor Port Berhad Johor Port Berhad, Ahli Kumpulan MMC adalah sebuah pelabuhan serbaguna bersepadu yang terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia yang menyediakan rangkaian perkhidmatan pelabuhan yang komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan. Mula beroperasi pada tahun 1977 sebagai Pelabuhan Serbaguna Pintu Masuk negara, Pelabuhan Johor beroperasi seluas 1,000 ekar di mana 660 ekar merupakan Zon Bebas. Dengan 24 dermaga dan kepanjangan dermaga sehingga 4.9 km, perkhidmatan dan kemudahan di Pelabuhan Johor merangkumi Terminal Kontena, Terminal Pukal dan Pukal Cerai, Terminal Cecair dan Kemudahan Pergudangan. Sebagai pelabuhan pertama di Malaysia yang diberi status Zon Bebas, Pelabuhan Johor merupakan Lembaga Zon Bebas yang dilantik untuk pengelolaan operasi Zon Bebas di Pelabuhan Johor. Pelabuhan Johor adalah terminal Minyak Kelapa Sawit terbesar di dunia dan telah diluluskan dan mendapat pengiktirafan sebagai lokasi London Metal Exchange (LME) pada tahun 2004 Pelabuhan Johor juga merupakan salah satu hab terbesar untuk Beras dan Koko di Malaysia serta menjadi salah satu Terminal terbesar di Malaysia untuk Baja dan Simen. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.johorport.com.my/

Mengenai MMC Corporation Berhad MMC Corporation Berhad (Kumpulan MMC) merupakan sebuah kumpulan utiliti dan infrustuktur terkemuka yang menjalankan pelbagai perniagaan di bawah empat bahagian iaitu Pelabuhan & Logistik, Tenaga & Utiliti, Kejuruteraan serta Pembangunan Industri.

Perniagaan utama MMC di bawah bahagian Pelabuhan dan Logistik adalah termasuk operasi Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Johor Port Berhad, Northport (Malaysia) Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Tanjung Bruas Port Sdn Bhd dan Kontena Nasional Berhad, sebuah penyedia perkhidmatan logistik. Kewujudan MMC di peringkat antarabangsa adalah di Arab Saudi menerusi Red Gateway Terminal Sea Company Limited, sebuah terminal pelabuhan kontena di Pelabuhan Islam Jeddah, Arab Saudi.

Di bawah bahagian Tenaga dan Utiliti, Malakoff Corporation Berhad merupakan pengeluar tenaga bebas terbesar di Malaysia dan Gas Malaysia Berhad pula merupakan pembekal tunggal gas asli. Menerusi Aliran Ihsan Resources Berhad, kami menyediakan perkhidmatan rawatan air berteknologi tinggi di Malaysia.

Bahagian Kejuruteraan MMC terus memainkan peranan yang penting sebagai pelaksana projek termasuklah kerja-kerja bawah tanah sepanjang 51km untuk projek Aliran Transit Massa Lembah Klang (KVMRT) Laluan Sungai Buloh - Kajang (Laluan SBK) dan merupakan kontraktor utama bagi projek Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (Laluan SSP). MMC juga melaksanakan projek infrastruktur utama iaitu Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Loji Rawatan Air Langat 2.

Sebelum ini, MMC telah berjaya menyiapkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km dan projek yang berinovatif iaitu Pengurusan Air Banjir dan Terowong Jalan Raya (SMART), terowong dwi-fungsi yang pertama di dunia.

Page 3 of 4

Di bawah bahagian Pembangunan Industri, MMC turut membangun dan mengurus hampir 5,000 ekar pembangunan perindustrian di , Johor dan Kulim, Kedah iaitu Airport City, Pembangunan Industri Tanjung Bin dan Northern Technocity.

Dalam perniagaan lain, menerusi Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, MMC mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di - hab penerbangan utama dan gerbang pengangkutan udara utama ke Iskandar Malaysia.

Untuk Pertanyaan Sila layari www.mmc.com.my atau hubungi:

Norhidawati Yahaya, Pengurus, Komunikasi Korporat, Johor Port Berhad Tel: +607 2535 888 samb 672 Emel: [email protected]

Azlina Ashar, Ketua Komunikasi Korporat, MMC Corporation Berhad Tel: +603 2071 1124, Faks: +603 2026 2431 Emel: [email protected]

Page 4 of 4