Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI SELANGOR SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2018 PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEKSYEN 4(a) BAHAGIAN II JADUAL KETIGA BELAS SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI SELANGOR SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2018 Suruhanjaya Pilihan Raya, mengikut kehendak Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, telah mengkaji semula pembahagian Negeri Selangor kepada bahagian- bahagian pilihan raya Persekutuan dan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri setelah menjalankan siasatan tempatan pertama mulai 27 Disember 2017 hingga 9 Januari 2018 di bawah seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan. 2. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan di bawah seksyen 7, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menyemak semula syor-syor yang dicadangkan dan mengesyorkan dalam laporannya syor-syor yang berikut: (a) tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan bagi Negeri Selangor; (b) tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi Negeri Selangor; (c) terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang melibatkan satu (1) bahagian pilihan raya Persekutuan dalam Negeri Selangor; dan (d) terdapat pindaan dan perubahan nama-nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Negeri yang melibatkan empat (4) bahagian-bahagian pilihan raya Negeri dalam Negeri Selangor. 3. Jumlah bilangan pemilih seramai 2,078,311 orang dalam Daftar Pemilih semasa iaitu P.U. (B) 217/2016 yang telah diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dan dibaca bersama P.U. (B) 399/2016 bertarikh 6 September 2016 telah diguna pakai bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri Selangor. 1 4. Butiran syor-syor yang dicadangkan bagi Negeri Selangor berkenaan dengan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri yang baharu, pindaan dan perubahan nama-nama sedia ada bagi bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri dan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang terlibat dalam semakan semula dan tersentuh oleh syor-syor tersebut dinyatakan dalam Jadual Pertama. 5. Berikutan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri ini, bilangan pemilih bagi bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri Selangor dinyatakan dalam Jadual Kedua. 6. Satu salinan syor-syor yang dicadangkan itu berserta dengan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri Selangor boleh diperiksa mulai 15 Januari 2018 hingga dan termasuk 14 Februari 2018 semasa waktu pejabat biasa di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. 7. Menurut seksyen 4(b), Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, representasi mengenai syor-syor yang dicadangkan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa satu bulan selepas tarikh penyiaran Notis ini. 8. Selaras dengan seksyen 5, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, pihak-pihak yang boleh membuat representasi membantah syor yang dicadangkan itu adalah: (a) Kerajaan Negeri; atau (b) mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau (c) sekumpulan orang seramai satu ratus orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. 9. Apa-apa representasi membantah syor yang dicadangkan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Selangor seperti di bawah: 2 Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor Lot 03-11 Tingkat 3 Kompleks PKNS 40690 Shah Alam Selangor. FEDERAL CONSTITUTION SECTION 4(a) PART II THIRTEENTH SCHEDULE PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES IN THE STATE OF SELANGOR AS REVIEWED BY THE ELECTION COMMISSION IN 2018 The Election Commission, in accordance with the requirements of Clause (2) of Article 113 of the Federal Constitution, has reviewed the division of the State of Selangor into Federal constituencies and State constituencies after conducting the first local inquiry from 27 December 2017 until 9 January 2018 under section 5 of Part II of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution. 2. Consequent upon the review, the Election Commission has decided under section 7 of Part II of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution to revise the proposed recommendations and proposes to recommend in their report the following recommendations: (a) no alteration in the number of Federal constituencies for the State of Selangor; (b) no alteration in the number of the State constituencies for the State of Selangor; (c) there are amendment and alteration made to the names of the Federal constituencies involving one (1) Federal constituency in the State of Selangor; and 3 (d) there are amendment and alteration made to the names of the State constituencies involving four (4) State constituencies in the State of Selangor. 3. The total number of 2,078,311 electors in the current Electoral Rolls that is P.U. (B) 217/2016 which was endorsed by the Election Commission and gazetted on 13 May 2016 and read together with P.U. (B) 399/2016 dated 6 September 2016 are used for the purpose of the review of the delimitation of the Federal and State constituencies in the State of Selangor. 4. Particulars of the proposed recommendations for the State of Selangor regarding the new Federal and State constituencies, amendment and alteration to the existing names of the Federal and State constituencies and the Federal constituencies involved in the revision and affected by the proposed recommendations are specified in the First Schedule. 5. Due to this review of the delimitation of the Federal and State constituencies, the number of electors for the Federal and State constituencies in the State of Selangor are specified in the Second Schedule. 6. A copy of the proposed recommendations together with the draft constituencies plan for the States of Malaya and draft constituencies plan for the State of Selangor may be inspected from 15 January 2018 up to and including 14 February 2018 during normal office hours at the places specified in the Third Schedule. 7. According to section 4(b) of Part II of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution, representations with respect to the proposed recommendations may be made to the Election Commission within one month after the date of publication of this Notice. 8. In accordance with section 5 of Part II of the Thirteenth Schedule to the Federal Constitution, parties who can make representation objecting to the proposed recommendation are: (a) the State Government; or 4 (b) any local authority whose area is wholly or partly comprised in the constituencies affected by the recommendation; or (c) a body of one hundred or more persons whose names are shown on the current electoral rolls of the constituencies in question. 9. Any representation objecting to the proposed recommendation shall be submitted in writing to the Election Commission and addressed to the Selangor State Election Officer as below: State Elections Director of Selangor Lot 03-11 Level 3 PKNS Complex 40690 Shah Alam Selangor. 5 JADUAL PERTAMA / FIRST SCHEDULE SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI NEGERI SELANGOR BERKAITAN DENGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI YANG BAHARU, PINDAAN DAN PERUBAHAN NAMA SEDIA ADA BAGI BAHAGIAN- BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DAN BAHAGIAN- BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN YANG TERLIBAT DALAM SEMAKAN SEMULA DAN TERSENTUH OLEH SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN PROPOSED RECOMMENDATIONS FOR THE STATE OF SELANGOR REGARDING THE NEW FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES, AMENDMENTS AND ALTERATIONS TO THE EXISTING NAMES OF THE FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES AND THE FEDERAL CONSTITUENCIES INVOLVED IN THE REVISION AND AFFECTED BY THE PROPOSED RECOMMENDATIONS (1) (2) Bahagian Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya Negeri Persekutuan Federal Constituency State Constituency Pewujudan Baharu - Tiada - - Tiada - Newly Created - Nil - - Nil - Pindaan dan 1. P. 102 Bangi 1. N.16 Sungai Tua Perubahan Nama (Dahulu dikenali sebagai (Dahulu dikenali sebagai Sedia Ada Serdang) Batu Caves) Amendments and 2. N.21 Pandan Indah Alterations to the (Dahulu dikenali sebagai Existing Name Chempaka) 3. N.26 Sungai Ramal (Dahulu dikenali sebagai: Bangi) 4. N.52 Banting (Dahulu dikenali sebagai Teluk Datuk) Kecuali bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang terlibat dalam semakan semula dan tersentuh oleh syor yang dicadangkan iaitu P. 095 Tanjong Karang, P. 096 Kuala Selangor, P. 098 Gombak, P. 099 Ampang dan P. 100 Pandan, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang tidak disebut tetap serupa seperti yang ada sekarang. Except for the Federal constituencies involved in the revision and affected by the proposed recommendations that is P. 095 Tanjong Karang, P. 096 Kuala Selangor, P. 098 Gombak, P. 099 Ampang and P. 100 Pandan, the boundaries of