KEBERKESANAN FUNGSI SEBAGAI BANDAR PERKHIDMATAN PELANCONGAN

NORIAH BINTI HUSSAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

JUDUL : KEBERKESANAN FUNGSI BANDAR PENAWAR SEBAGAI BANDAR PERKHIDMATAN PELANCONGAN

SESI PENGAJIAN : 2011/2012

NORIAH BINTI HUSSAIN Saya ______(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

Alamat Tetap: NO 2 JLN DATO JAAFAR 1 PROF. DR. AMRAN HAMZAH 81930 BANDAR PENAWAR, Nama Penyelia

Tarikh: 6 SEPTEMBER 2012 Tarikh: 6 SEPTEMBER 2012

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). ii

PENGESAHAN

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca latihan ilmiah ini dan pada pandangan saya latihan ilmiah ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana Sains Perancangan Pelancongan”

Tandatangan : ……………………………………… Nama Penyelia : PROF.DR. AMRAN BIN HAMZAH Tarikh : 6 SEPTEMBER 2012

iii

KEBERKESANAN FUNGSI BANDAR PENAWAR SEBAGAI BANDAR PERKHIDMATAN PELANCONGAN

NORIAH BINTI HUSSAIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Sains Perancangan Pelancongan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2012

iv

PENGAKUAN

“Saya akui tesis yang bertajuk “Keberkesanan Fungsi Bandar Penawar Sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan” adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tipa-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………….. Nama : NORIAH BINTI HUSSAIN Tarikh : 6 SEPTEMBER 2012

v

DEDIKASI

Khas untuk suami tercinta, terima kasih kerana memberi dorongan dan kepercayaan serta sentiasa sabar sepanjang tempoh ini…..

dan

Untuk untuk anak-anak tersayang, Muhammad Dzulfadhli, Muhammad Dzulhazmi dan Muhammad Dzulfikri, semoga ini menjadi pembakar semangat untuk kalian terus berusaha untuk mencapai impian masing-masing…

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia kajian saya, Prof. Dr. Amran Hamzah kerana telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar, menyumbang idea dan komen sepanjang kajian penyelidikan ini dijalankan. Ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menabur ilmu seikhlasnya dan secara langsung membolehkan kajian ini dijalankan dengan lancar. Semoga semuanya dirahmati oleh Nya dan sihat sejahtera sentiasa.

Penghargaan juga saya tujukan kepada pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di atas kerjasama semasa kajian lapangan dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan terutama Wani dan Hidayah di atas pengorbanan masa dan tenaga ke atas kajian ini.

Semoga usaha ikhlas yang dicurahkan dibalas dengan kesejahteraan hidup oleh ALLAH S.W.T, Insya ALLAH...

vii

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu penilaian terhadap fungsi Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti fungsi sebuah bandar perkhidmatan. Untuk mencapai matlamat kajian ini, kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui pengumpulan data secara borang kaji selidik terhadap pelancong yang dijalankan di Pantai Tg Balau, Lotus Beach Resort, The Pulai Desaru Beach Resort & Spa dan Pusat Informasi Bandar Penawar. Maklum balas mereka dianalisa menggunakan perisian data berkomputer (SPSS) untuk mendapatkan nilai min setiap kriteria. Keputusan analisis menunjukkan kemudahan hiburan, makan minum dan internet perlu ditambahbaik. Empat kumpulan stakeholders iaitu Pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Pengusaha Hotel, Pengusaha Pengangkutan dan Pengusaha Restoran telah ditemubual berdasarkan tema persepsi, kesanggupan, keupayaan, hasrat dan kemahuan. Keempat- empat kumpulan ini berharap supaya Bandar Penawar akan lebih cemerlang dalam tempoh dua tahun daripada sekarang. Di samping itu, pengkaji juga telah mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk menjadikan Bandar Penawar sebuah Bandar Perkhidmatan Pelancongan yang sentiasa dikunjungi iaitu pusat rekreasi dan makanan laut, pusat pameran dan jualan kraftangan tempatan, agensi pelancongan dan pemandu pelancong, pentas kebudayaan, dan pusat latihan perhotelan dan kecantikan antarabangsa. Di harap semua cadangan ini dapat membantu KEJORA untuk meningkatkan fungsi perkhidmatan pelancongan di Bandar Penawar.

viii

ABSTRACT

This study is about an evaluation of the function Bandar Penawar as the tourism service town. The aim of this study is to identify the function of the service town. In order to achieve the aim of this study, qualitative and quantitative approach has been used. The researcher has carried out questionnaires to the tourist at Tg Balau Beach, Lotus Desaru Beach Resort, Pulai Desaru Beach Resort & Spa and Bandar Penawar Information Center. Four safety attributes were tested to tourists in order to identify their expectation and perception toward the effectiveness of the facilities provided. Their feedback has been analyzed in Statistical Packages for Social Science (SPSS) to know the mean of each attributes. The result showed that entertainment facilities, food and internet services were the important factors to the tourists. Apart from that, four groups of stakeholders, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) management team, Hotel and Resort Owners, Transport Operators, and Restaurant Owners were interviewed based on the theme of perception, willingness, ability, desire and will. On overall, each and everyone is looking forward for a better improvement in tourist flow to Bandar Penawar as a result of surrounding mega developments. In addition, the researcher has also proposed several recommendations to improve the service in Bandar Penawar such as Exotic Seafood Center, Local Craft Center, Travel Agents and Tour Guides, Cultural Village and International Hospitality and Beauty College. Hopefully, these recommendations will help KEJORA to improve the function of Bandar Penawar as a tourism service town. ix

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN i PENGESAHAN ii TAJUK KAJIAN iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii SENARAI KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH xvi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2. Kenyataan Isu Dan Masalah 2 1.3 Matlamat Dan Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 x

1.5 Skop Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Kaedah dan Instrumen Kajian 6

1.7.1 Pemerhatian 6 1.7.2 Temubual 7

1.8 Rangka Kerja Penyelidikan 8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Bandar Perkhidmatan 13 2.2.1 Bandar 13 2.2.2 Persempadanan Bandar Baru (Frontier New Town) 15 2.2.3 Kemudahan Perkhidmatan (Infrastruktur) 16 2.2.4 Jenis Bandar Pelancongan 17

2.3 Perkaitan Bandar Perkhidmatan dengan Pelancongan 18

2.4 Perlakuan Pelancong 19

2.5 Komponen Kemudahan Perkhidmatan dan Infrastruktur 21 Pelancongan

2.6 Kajian Kes Bandar Perkhidmatan Pelancongan 23 2.6.1 Cancun Island, Mexico 23 2.6.2 Hua Hin, Thailand 25 2.6.3 Cornwall Council, United Kingdom 26 2.6.4 Tuaran, Sabah 26

2.7 Perbandingan Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 27 Dengan Kawasan Kajian xi

2.8 Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 29

2.9 Rumusan 31

BAB 3:

METODOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Metodologi 33

3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian 36 3.3.1 Lokasi Kawasan Kajian 36 3.3.2 Pihak Berkuasa Tempatan 38 3.3.3 Pembangunan Kemudahan dan Infrastruktur 38

3.4 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian 39

3.5 Rekod Ketibaan Pelancong 40

3.6 Pembangunan di Bandar Penawar 41 3.6.1 Pembangunan Semasa 42 3.6.2 Pembangunan di Sekitar Bandar Penawar 42 3.6.3 Pembangunan Akan Datang 44

3.7 Rumusan 48

xii

BAB 4

ANALISIS DAN SINTESIS

4.1 Pengenalan 49

4.2 Sampel Saiz Kajian 51

4.3 Analisis Responden 51 4.3.1 Profil Pelancong 52 4.3.2 Perlakuan Pelancong 54 4.3.3 Persepsi Umum 55

4.4 Analisis Persepsi Pelancong 57

4.4.1 Kemudahan Penginapan 57

4.4.2 Kemudahan Makanan dan Minuman 58

4.4.3 Kemudahan Hiburan 59

4.4.4 Kemudahan Internet 60

4.4.5 Kemudahan Perbankan 60

4.4.6 Kemudahan Informasi 61

4.4.7 Kemudahan Pengangkutan 62

4.4.8 Kemudahan Keselamatan 63

4.5 Analisis Temubual 64

4.5.1 Analisis Persepsi Stakeholders 65

4.5.2 Analisis Keupayaan Sumber Manusia 67

4.5.3 Analisis Kesanggupan Komuniti 69 xiii

4.5.4 Analisis Hasrat Dan Kemahuan Terhadap Bandar Penawar 69 4.5.5 Analisis Halangan dan Kelemahan Bandar Penawar 70

4.6 Analisa SWOT 70 4.7 Rumusan 72 4.8 Kesimpulan 72 4.8.1 Kemudahan Pengangkutan 72 4.8.2 Kemudahan Makanan 73 4.8.3 Modal Insan 73 4.8.4 Kemudahan Sokongan 73

BAB 5

CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Cadangan Meningkatkan Fungsi Bandar Penawar Sebagai 75 Bandar Perkhidmatan Pelancongan

5.2.1 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Pengangkutan 76 5.2.2 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan 76 5.2.3 Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan 78 5.2.4 Cadangan Memantapkan Kemudahan Sokongan 80

5.3 Rumusan 83

xiv

BAB 6

PENUTUP

Penutup 84

SENARAI RUJUKAN

Rujukan 85

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 : Set Soalan Temubual Separa Berstruktur 7

Jadual 2.1 : Perincian Hierarki Bandar . 14 Jadual 2.2 : Jenis-jenis Bandar dan Fungsinya 19 Jadual 2.3 : Faktor-faktor Yang Akan Dipertimbangkan Semasa 20 Memilih Destinasi pelancongan Oleh Pelancong Eropah. xv

Jadual 2.4 : 10 Aspek Terpenting bagi Kemudahan Perkhidmatan di 21 Sesebuah Destinasi pelancongan Jadual 2.5: Elemen-elemen Infrastruktur Pelancongan 22 Jadual 2.6: Kumpulan Perkhidmatan Utama di dalam Sesebuah 23 Bandar Perkhidmatan Pelancongan Jadual 2.7: Perbandingan Komponen Kemudahan Perkhidmatan 27 Pelancongan

Jadual 3.1: Butiran Responden di Kawasan Kajian 34 Jadual 3.2: Rekod Ketibaan Pelancong Berdasarkan Statistik 41 Imigresen dan Hotel ke Desaru Jadual 3.3: Rekod Kadar Purata Peratusan Penginapan 41

Jadual 4.1 : Aspek-Aspek Analisis Fungsi Bandar Penawar 50 Jadual 4.2: Sampel Saiz Responden 51 Jadual 4.3: Min Kemudahan Penginapan 57 Jadual 4.4: Min Kemudahan Makanan dan Minuman 58 Jadual 4.5: Min Kemudahan Hiburan 59 Jadual 4.6: Min Kemudahan Internet 60 Jadual 4.7: Min Kemudahan Perbankan 61 Jadual 4.8: Min Kemudahan Informasi 62 Jadual 4.9: Min Kemudahan Pengangkutan 63 Jadual 4.10: Min Kemudahan Keselamatan 64 Jadual 4.11: Butiran Pihak yang Ditemubual 65 Jadual 4.12: Analisa SWOT Bandar Penawar 71

Jadual 5.1 : Perincian Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan 77 Makanan Jadual 5.2: Perincian Cadangan Memantapkan Pembangunan Modal 79 Insan

xvi

Jadual 5.3: Perincian Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan 81 Kemudahan

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Carta Alir Rangka Kerja Penyelidikan 11

Rajah 2.1 : Peta Lokasi Cancun Island dan Kawasan Sekitarnya 24 Rajah 2.2 : Pemandangan Sekitar Hua Hin, Thailand 25 Rajah 2.3 : Sektor Pelancongan di Cornwall Council, United Kingdom 26 Rajah 2.4: Peta Lokasi Tuaran dan Hutan Paya Bakau 27 Rajah 2.5: Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan 30

Rajah 3.1 : Rangka Kerja Teoritikal di Bandar Penawar 35 Rajah 3.2 : Peta Lokasi Kawasan Kajian (Bandar Penawar) 37 Rajah 3.3 : Kemudahan- Kemudahan Yang Disediakan Di Bandar 39 Penawar Rajah 3.4 : Pembangunan Pelancongan Sekitar Bandar Penawar 43 Rajah 3.5 : Perubahan Pembangunan Pelancongan Di Desaru 44 Rajah 3.6 : Taburan Pembangunan di sekitar Bandar Penawar 45 Rajah 3.7 : Fasa Pembangunan Pelancongan Desaru 46 Rajah 3.8 : Pelan Pembangunan Fasa 1 Khazanah Berhad dan Desaru 47 Development Corporation Rajah 3.9 : Komponen Utama Bio Desaru 48

xvii

Rajah 5.1: Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal 78 Insan Rajah 5.2: Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan 81 Kemudahan Sokongan BAB 1 PENDAHULUAN 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelancongan merupakan salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) utama di Malaysia yang mana ianya menyumbang terbesar yang berada ditangga ke 7 dengan nilai Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak USD 12.3 bilion dan berada ditangga ke 3 dalam kadar tukaran wang asing (Menteri Pelancongan, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 2011). Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation (UNWTO) pada tahun 2011, Malaysia telah diiktiraf pada peringkat global sebagai antara destinasi pelancongan utama dengan kedudukan tangga ke-9 dari segi bilangan ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi pendapatan daripada industri pelancongan (tourist receipts). Pada tahun 2011, Malaysia menerima 24.7 juta orang pelancong dari seluruh dunia dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM58.3 bilion yang telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan serta meningkatkan pendapatan negara. Pada tahun 2010, seramai 16.5 juta pelancong telah menggunakan Negeri Johor sebagai pintu masuk ke Malaysia dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 14.4% berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 15.4 juta pelancong. (Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor, 2011). Manakala daripada jumlah tersebut hanya 3% iaitu 512,192 orang sahaja yang berkunjung ke kawasan Pelancongan KEJORA.

2

Justeru dengan kedatangan pelancong ke kawasan Pelancongan KEJORA, pihak berkuasa tempatan iaitu Lembaga Bandaran Johor Tenggara perlu menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan pelancong semasa percutian mereka di Bandar Penawar iaitu bandar terdekat dengan kawasan pelancongan Desaru. Menurut Laporan Johor Tenggara Regional Master Plan (1971), Bandar Penawar pada asalnya dibangunkan bertujuan untuk menyokong pembangunan pelancongan wilayah KEJORA terutamanya Desaru. Walau bagaimanapun setelah lebih 30 tahun bandar ini dibangunkan, Bandar Penawar masih lagi tidak menonjol sebagai bandar perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelancong. Ini kerana ianya dibangunkan bagi memenuhi keperluan penempatan penduduk sebagai bandar baru dan bukannya berasaskan pelancongan.

1.2. Kenyataan Isu dan Masalah

Bandar Penawar adalah sebuah bandar yang dibangunkan untuk dijadikan sebagai pusat serantau (Regional Center) dan bandar perkhidmatan bertujuan menyokong pembangunan pelancongan Desaru dan disasarkan untuk menjadi nadi atau catalyst untuk pertumbuhan ekonomi wilayah dan membantu dalam mengimbangkan pembangunan antara wilayah-wilayah di negeri Johor. Pembangunan ini juga bertujuan untuk dijadikan pusat penempatan kakitangan kerajaan dan swasta.

Bandar Penawar adalah salah satu bandar baru (frontier new town) yang dibangunkan dikawasan pendalaman bagi menarik penempatan luarbandar bagi meningkatkan ekonomi serantau. Walaubagaimanapun, kebanyakan bandar-bandar baru ini gagal dikembangkan kerana tidak berjaya menarik pelaburan dan seterusnya tidak dapat meningkatkan peluang pekerjaan (Lee 1987,1989).

3

Selain daripada itu lokasi perletakkan bandar ini yang agak jauh ke dalam serta jauh dari jalan utama menyebabkan pelancong sukar untuk sampai ke bandar tersebut. Ini turut disokong dengan permasalahan pengangkutan di pintu masuk ke Negeri Johor seperti terminal feri Tanjung Belungkor dan ke Bandar Penawar, daripada hotel-hotel sekitar Desaru ke Bandar Penawar, dari Pusat Bandar ke Bandar Desaru dan sebagainya. Kesannya sistem perhubungan yang kurang efisyen ini menyebabkan Bandar Penawar terpinggir daripada pembangunan pelancongan yang sepatutnya memberi faedah kepada penduduk serta pembangunan di kawasan sekitarnya.

Bandar Penawar juga mempunyai masalah dari segi menawarkan kemudahan tempatmakan serta makanan yang pelbagai seperti makanan laut, makanan segera(fast food), makanan tradisional dan sebagainya. Ini kerana kedai makanan yang terhadap di Bandar Penawar hanya memfokus kepada makanan tempatan dan hanya beroperasi pada hari-hari bekerja sahaja. Waktu operasi kedai ini juga bergantung kepada pemilik kedai makan tersebut dan biasanya tidak beroperasi pada hujung minggu di mana hujung minggu merupakan waktu tumpuan pelancong ke Desaru. Begitu juga dengan makanan laut yang hanya boleh didapati di Sungai iaitu dengan jarak 35 km daripada Bandar Penawar. Sepatutnya banyak tempat makan yang menyediakan hidangan makanan laut memandangkan Bandar Penawar terletak berdekatan dengan kawasan sungai, pantai dan ianya juga menjadi lokasi utama mata pendapatan bagi nelayan di sini.

Seterusnya permasalahan dari segi kemudahan seperti agen pelancongan, pusat membeli belah, cenderahati, money changer, kemudahan kesihatan 24jam dan seumpamanya. Seharusnya sebagai bandar yang menyokong pembangunan pelancongan, bandar ini perlu memiliki segala kemudahan di atas bagi memberi keselesaan kepada pelancong yang datang melancong ke sini. Pada masa yang sama juga, penduduk akan mendapat faedah daripada limpahan pembangunan pelancongan jika kemudahan seperti ini disediakan melalui peluang perniagaan dan seterusnya

4 menjana pendapatan mereka.Kesan daripada permasalahan ini menyebabkan para pelancong sukar untuk memanjangkan tempoh masa menginap serta perbelanjaan mereka juga adalah terhad.

Akhir sekali adalah kemudahan pusat informasi pelancongan (TIC) yang hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja dan bukannyapada hujung minggu.Ini akan menyukarkan para pelancong untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan produk-produk pelancongan yang ditawarkan di Wilayah Kejora. Kesannya apabila pelancong ke Desaru, mereka hanya menginap serta melakukan sebarang aktiviti yang ditawarkan oleh pihak hotel dan segala keperluan mereka akan diuruskan oleh pihak hotel beserta dengan bayaran yang dikenakan bergantung kepada kehendak pelancong tersebut. Kos yang dibayar pelancong juga biasanya tinggi setaraf dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong oleh pihak pengurusan hotel tersebut.

Walaupun Bandar Penawar dibangunkan untuk menyokong pembangunan pelancongan Desaru, namun pembangunan Desaru tidak memerlukan sokongan perkhidmatan secara langsung (self sufficient) daripada Bandar Penawar.

Oleh hal yang demikian, sejauh manakah kebenaran terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan seperti yang telah dibincangkan seperti di atas?

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan.

5

Oleh itu, objektif kajian adalah untuk:

i Memahami keperluan bandar perkhidmatan dalam membangunkan ekonomi setempat kawasan kajian ii Mengenalpasti perbezaan antara Bandar Penawar dengan bandar perkhidmatan yang lain iii Mengenalpasti faktor yang menghalang perlaksanaan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan iv Merumuskan dan mencadangkan mekanisme untuk membolehkan Bandar Penawar menjadi sebuah bandar perkhidmatan

1.4 Skop Kajian

Skop kajian dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i Melakukan inventori dan pemerhatian terhadap kemudahan yang disediakan di Bandar Penawar ii Mengkaji kriteria bandar-bandar perkhidmatan yang lain iii Menjalankan temubual bersama pengusaha untuk mengetahui kesediaan mereka terhadap Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan iv Menjalankan temubual bersama pelancong untuk mengetahui keperluan pelancong terhadap sesebuah bandar pelancongan v Menjalankan temubual bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui fungsi sebenar Bandar Penawar samada ianya menepati fungsi sebagai bandar perkhidmatan vi Merumus dan mencadangkan tindakan untuk menjadikan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan

6

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini adalah untuk menjadikan Bandar Penawar sebagai sebuah bandar yang mempunyai ciri-ciri bandar perkhidmatan yang lengkap dan seterusnya menggalakkan lagi aktiviti pelancongan di Wilayah Kejora.

1.7 Kaedah dan Instrumen Kajian

Pendekatan kajian yang akan digunakan adalah berbentuk kualitatif di mana pendekatan ini akan berupaya menghuraikan maklumat secara terperinci berdasarkan interaksi pengkaji dalam memahami fenomena yang berlaku didalam kes kajian (Creswell 1994:56). Kaedah kajian kualitatif juga mengandungi ciri-ciri pemerhatian yang sistematik dengan menggunakan metodologi untuk menggambarkan dan menganalisis budaya serta tingkah laku individu atau kumpulan (responden) daripada pandangan mereka yang ditemubual untuk mengenalpasti fenomenasosial sebenar yang berlaku.

Pengkaji juga akan menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengukur tahap kepuasan, persepsi dan keperluan pelancong terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan. Kaedah ini adalah lebih sesuai untuk memberi keputusan yang lebih tepat dan dipercayai (Ryan, 1995) dan data yang terkumpul dapat di analisa dengan lebih tepat dan cepat menggunakan perisian komputer.

7

1.7.1 Pemerhatian

Pemerhatian akan melibatkan pengumpulan maklumat serta data berkaitan kemudahan perkhidmatan dan fasiliti yang sedia ada di Bandar Penawar dalam usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar kawasan kajian untuk memudahkan analisis keadaan semasa kawasan tersebut dilaksanakan.

1.7.2 Temubual

Temubual separa berstruktur akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kes kajian yang melibatkan beberapa kategori responden yang telah dikenalpasti seperti di jadual 1.1. Untuk menyelaras maklumat, satu set soalan temu bual separa berstuktur telah dirangka bagi memastikan maklumat yang diperolehi dapat dikelaskan mengikut kategori maklumat tertentu. Ini bertujuan bagi memudahkan soalan yang dikemukan dalam keadaan tersusun dan juga memastikan maklumat dapat direkodkan secara mudah.

Jadual 1.1: Set Soalan Temubual Separa Berstruktur BUTIRAN RESPONDEN BENTUK SOALAN 1. Lembaga Bandaran Johor Tenggara Soalan akan memfokus kepada: . Pengurus Besar- . Pandangan terhadap Bandar Encik Azizan Bin Md. Rais Penawar sebagai bandar . Timbalan Pengurus Besar perkhidmatan Pembangunan- . Perancangan dan usaha Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ali meningkatkan kemudahan . Pengurus Kerajaan Tempatan- perkhidmatan (infrastruktur) di En. Hamzah Bin Isa Bandar Penawar . Halangan dan masalah

2. Pengusaha Soalan akan memfokus kepada: . Restoren Din Corner . Kesedaran terhadap fungsi Bandar . Medan Selera Penawar . Dataran Penawar . Kesediaan ke arah bandar . Kedai Serbaneka perkhidmatan pelancongan

8

. Pengusaha Hotel-Lotus Desaru, . Halangan dan masalah Pulai Desaru & Damai Resort 3. Pelancong Soalan akan memfokus kepada: . Seramai 15 orang untuk 3 buah . Mengenalpasti kesedaran hotel pelancong mengenai kewujudan Bandar Penawar sebagai Bandar Penawar . Kriteria kemudahan perkhidmatan pelancongan . Pandangan mengenai kemudahan perkhidmatan yang telah disediakan di Bandar Penawar

1.8 Rangka Kerja Penyelidikan

Rangka kerja penyelidikan memainkan peranan dalam melaksanakan kajian ini. Ini kerana ia akanmerumuskan kajian ini secara keseluruhannya sehinggalah ke penemuan akhir kajian ini. Peringkat penyelidikan dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu : -

i. Kajian awalan ii. Kajian literatur iii. Pengumpulan maklumat iv. Analisis data dan sintesis v. Rumusan kajian (cadangan)

i. Kajian Awalan

Ia meliputi pemahaman awal terhadap isu-isu semasa dalam membangunkan kemudahan perkhidmatan termasuk mengenalpasti isu dan masalah terhadap kawasan kajian. Maklumat ini akan diperolehi daripada pembacaan dan rujukan awal terhadap persoalan yang berkaitan dengan kemudahan perkhidmatan pelancongan di

9

Bandar Penawar. Seterusnya matlamat dan objektif dibentuk hasil daripada pemahaman awal terhadap isu pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan ini di Bandar Penawar. Di samping itu penentuan skop kajian juga dilakukan berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dikenalpasti dengan mempertimbangkan faktor masa kajian ini dilakukan. Daripada skop kajian juga, pendekatan kajian pula disediakan dan seterusnya mengarah kepada pembentukan cadangan di akhir kajian ini.

ii. Kajian Literatur

Melibatkan pengumpulan data untuk pemahaman yang lebih terperinci terhadap konsep sebenar pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan beserta dengan teori yang akan digunakan untuk kajian ini. Pengumpulan maklumat sekunder dari kajian terdahulu dibuat bagi melihat konsep yang digunakan oleh bandar-bandar perkhidmatan pelancongan di dalam dan luar negara dalam penyediaan kemudahan yang diberikan kepada para pelancong. Melalui pembacaan yang dilakukan, kriteria-kriteria kemudahan perkhidmatan pelanconganbagi sesebuah bandar pelancongan akan dapat dikeluarkan berdasarkan kajian literatur ini.

iii. Pengumpulan Maklumat

Pengumpulan maklumat/data akan melibatkan pengumpulan data primer dan juga data sekunder. Pengumpulan data primer dijalankan melalui pemerhatiandan inventori pengkaji terhadap kemudahan perkhidmatan pelancongan di Bandar Penawar. Manakala bagi data sekunder pula, temubual dan borang soal selidik akan diedarkan kepadapelancong, pengusaha dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dengan pembangunan kemudahan perkhidmatan pelancongan yang terdapat di kawasan kajian.

10

iv. Analisis Data dan Sintesis

Data yang diperolehi akan dianalisis bagi mengetahui perbezaan antara kemudahan perkhidmatan pelancongan di Bandar Penawar dan bandar-bandar perkhidmatan pelancongan yang lain di dalam dan di luar negara. Hasil akhir yang bakal dikeluarkan adalah kriteria keperluan tambahanterhadap bandar perkhidmatan pelancongan bagi Bandar Penawar bertujuan untuk menyokong pembangunan pelancongan di Wilayah Kejora.

v. Rumusan Kajian (cadangan)

Hasil akhir kajian ini adalah rumusan terhadap cadangan penambahbaikkan kemudahan perkhidmatan pelancongan bagi Bandar Penawar untuk memastikan fungsi sebenar Bandar Penawar semasa kewujudannya tercapai dan menepati kehendak pelancong yang berkunjung ke Wilayah Kejora. Seterusnya ia akan mengarah kepada cadangan di akhir kajian ini.

11

Rajah 1.1 : Carta Alir Rangka Kerja Penyelidikan

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini, penghuraian secara teoritikal terhadap perkara yang berkaitan dengan kajian akan diperincikan. Bahagian ini juga merupakan hasil rumusan daripada bahan bacaan yang telah dijalankan oleh pengkaji. Di antara perkara-perkara yang diperincikan adalah menjurus kepada konsep bandar perkhidmatan seperti definisi bandar dan kemudahan perkhidmatan (infrastruktur), jenis-jenis bandar pelancongan, perkaitan antara bandar perkhidmatan dengan pelancongan, perlakuan pelancong dalam pemilihan kemudahan perkhidmatan pelancongan di bandar, perbandingan di antara bandar-bandar perkhidmatan lain dengan kajian kes iaitu Bandar Penawar di Negeri Johor dan akhir sekali rumusan keseluruhan bagi bab dua (kajian literatur) dapat dikeluarkan mengikut kesesuaian bahan bacaan yang berkaitan dengan bandar perkhidmatan pelancongan (infrastruktur).

13

2.2 Bandar Perkhidmatan

Bahagian ini akan menerangkan tentang definisi bandar dan ciri-ciri bandar serta kemudahan perkhidmatan (infrastruktur) yang terdapat di bandar pelancongan.

2.2.1 Bandar

Menurut Badrul Hisham Baharuddin (2009), bandar merupakan satu unit sempadan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif, di mana penduduknya bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan bukan pertanian. Selain itu, sebuah bandar haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Entiti fizikal yang tersendiri seperti jalan, dinding, rumah, pasar, tempat ibadat, kawasan pentadbiran dan kawasan perusahaan; ii. Penduduk yang berkelompok dengan kepadatan yang tinggi; iii. Ketidakwujudan kegiatan pertanian; iv. Mempunyai kerajaan sendiri; v. Menggambarkan mutu kehidupan yang lazim atau perkhidmatan bandar; vi. Populasi penduduk melebihi daripada 10 ribu orang; vii. Adanya proses perbandaran seperti perkembangan bandar dari segi keluasan, kawasan, penduduk, kegiatan perdagangan, perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan; viii. Organisasi pentadbiran.

Bandar terbahagi kepada dua iaitu bandar berasaskan perundangan (statutory town) dan bandar yang mengikut bancian (census town). Ini dibuktikan melalui

14 kajian yang dilakukan oleh Census of India pada tahun 2001 yang menerangkan bandar berasaskan perundangan sebagai kawasan bandar yang diisytiharkan oleh undang-undang negeri manakala bandar yang mengikut bancian mempunyai kriteria seperti di bawah:

i. Penduduk minimum sebanyak 5000 orang; ii. Sekurang-kurangnya 75 peratus daripada penduduk lelaki yang bekerja terlibat dalam pelbagai sektor (pekerjaan) kecuali pertanian; iii. Kepadatan penduduk sekurang-kurangnya 400 orang per km persegi.

Manakala di Malaysia pula, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (2001), telah menggariskan piawaian perancangan bagi sebuah bandar berdasarkan hierarki bandar. Hierarki tersebut mengandungi ibu negara, pusat wilayah negara, pusat wilayah negeri, pusat separa wilayah negeri, pusat tempatan utama, pusat tempatan kecil dan desa. Maklumat terperinci mengenai hierarki bandar adalah seperti Jadual 2.1:

Jadual 2.1: Perincian Hierarki Bandar Jenis No. Hierarki Status Populasi Pentadbiran penduduk 1 Ibu negara Bandaraya Lebih 500,000 Ibu negara Pusat 2 Pusat Bandaraya Lebih 300,000 Ibu negeri Negara/ Wilayah Wilayah Negara 3 Pusat Bandaraya 100,000 hingga Ibu negeri Wilayah 300,000 Pusat Negeri Wilayah/ 4 Pusat Bandar 30,000 hingga Pusat daerah/ Negeri Separa 100,000 Bandar utama Wilayah Negeri 5 Pusat Bandar 10,000 hingga Bandar/ Tempatan 30,000 Pekan Pusat Utama Tempatan 6 Pusat Bandar Kecil / Kurang 10,000 Pekan Tempatan Separa Bandar Kecil

15

7 Desa Pusat Desa 2,500 hingga Kampung 5,000 Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (2001)

Berdasarkan jadual di atas, kawasan bandar terletak pada tangga kelima daripada tujuh hierarki bandar yang telah dinyatakan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Oleh yang demikian, kawasan bandar boleh digolongkan di dalam kategori pusat tempatan utama di mana semua aktiviti perniagaan, pelancongan, penempatan dan perkhidmatan terdapat di kawasan bandar ini.

2.2.2 Persempadanan Bandar Baru (Frontier New Town)

Di bawah Dasar Ekonomi Baru (1970 hingga 1990), rancangan pembangunan wilayah adalah salah satu cara untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dari segi pembangunan sosial, keseimbangan ekonomi dan penempatan. Sejajar dengan itu, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk membangunkan bandar baru di kawasan pendalaman dan membangunkan kawasan luar bandar sedia ada (in-situ) dengan menyediakan kemudahan untuk aktiviti ekonomi di kawasan kurang membangun dan juga membangunkan pusat pembangunan baru (Alden and Awang, 1985). Konsep pembangunan ini dilaksanakan berdasarkan strategi yang dilaksanakan di Amerika Selatan oleh John Friedmann pada 1960. Rancangan pembangunan ini menggunakan Growth Pole Concept dimana ia dijangka akan menarik aktiviti dan pertumbuhan disekitar bandar yang dibangunkan dan penyebaran pembangunan ekonomi kawasan sekitar akan berlaku (Perroux, 1955; Aydalot, 1965; Boudeville, 1968).

16

Growth Pole Concept adalah: “..... centers (pole or foci) from which centrifugal forces emanate and to which forces are attracted. Each center being a center of attraction and repulsion has its proper field, which is set in the field of all othe center.” (Perroux 1950)

2.2.3 Kemudahan Perkhidmatan (Infrastruktur)

Judd (2003) menerangkan infrastruktur boleh dikategorikan kepada infrastruktur urban, infrastruktur awam dan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, sistem utiliti, komunikasi dan pendidikan, kesihatan serta kemudahan kerajaan untuk pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan bandar. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang infrastruktur bukan hanya merangkumi jalan raya tetapi juga perkhidmatan pengangkutan, sistem komunikasi, media, perumahan, pendidikan, rangkaian komputer dan jaringan lebuhraya.

Manakala menurut Pearce (1992), kemudahan perkhidmatan atau infrastruktur tergolong di dalam salah satu elemen penawaran yang disediakan kepada pelancong selain tarikan pelancongan, penginapan dan kemudahan tambahan. Tambahan pula, kebanyakan infrastruktur yang terdapat di sebuah bandar bergantung kepada populasi penduduknya dan jenis pembangunan yang dijalankan, contohnya kemudahan kesihatan yang disediakan mestilah bergantung kepada populasi di sebuah bandar tersebut. Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (2001), kemudahan perkhidmatan yang disediakan di bandar merangkumi klinik dan hospital, kedai 24 jam, kolej, stesen minyak dan lain-lain. Kesemua elemen ini memudahkan serta memberi keselesaan kepada pelancong apabila berkunjung ke sesuatu destinasi pelancongan.

17

2.2.4 Jenis Bandar Pelancongan

Fainstein dan Judd (1999) menegaskan bahawa aktiviti ekonomi sangat mempengaruhi perkembangan setiap bandar dan motivasi untuk pelancong memilih sesuatu destinasi adalah berbeza. Hasil daripada itu, keduanya telah mengenalpasti tiga jenis bandar pelancongan iaitu:-

i. Bandar Peranginan (Resort City)

Kawasan metropolitan yang dibangunkan khas sebagai kawasan peranginan yang mempunyai kemudahan tempat tinggal, pusat makanan, hiburan dan pusat membeli belah. Contohnya adalah bandar Cancun di Mexico dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

ii. Bandar Pelancongan Sejarah (Tourist Hisctoric City)

Kawasan yang mempunyai identiti sejarah dan budaya yang boleh dihayati oleh pelancong. Bandar ini bukan dibangunkan khas untuk tujuan pelancongan tetapi kualiti struktur bangunan yang unik dan antik menjadikan ia sebagai tarikan kepada pelancong contohnya Prague, Jurusalem dan Boston.

iii. Bandar Peralihan (Converted City)

Judd (1999) menerangkan bandar ini dicipta bagi membolehkan pelancong menikmati kemudahan lain di luar kawasan peranginan yang dilawati. Sebagai contohnya adalah kemudahan yang dibangunkan di New York’s Times Square adalah papan iklan

18

gergasi, panggung wayang bertingkat, restoran ekslusif dan pusat membeli belah. Mengikut Ehrlich dan Dreier (1999) Bandar Boston yang hanya mula dikenali apabila sebuah Pusat Konvensyen dibina pada awal 1990 dan terus pesat berkembang sebagai sebuah bandar tarikan pelancong yang mempunyai pusat kewangan, pendidikan, perubatan dan perkhidmatan perniagaan.

2.3 Perkaitan Bandar Perkhidmatan Dengan Pelancongan

Sebuah bandar yang maju mestilah mempunyai kemudahan perkhidmatan yang lengkap dari semua segi seperti pengangkutan awam, tempat penginapan dan bangunan perniagaan. Ini adalah kerana kebanyakan aktiviti pelancongan berlangsung di bandar dan pelancong lebih suka memilih bandar sebagai tempat bercuti dan menggunakan perkhidmatan di situ (Ashworth, 2009). Mengikut artikel yang bertajuk Tourism Development Framework for Cape Town – Tourism Spatial Framework (2004), Bandar Cape Town mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pelancong yang tertarik dengan perniagaan, hiburan, sukan dan lain-lain tarikan di kawasan bandar. Oleh yang demikian, kerajaan Cape Town telah sedaya upaya memastikan bahawa pelancongan dibangunkan dan diurus dengan baik untuk kepentingan pelancong dan juga penduduk.

Di samping itu juga, terdapat dua ciri-ciri pelancongan di kawasan bandar seperti yang diterangkan oleh Ashworth (2009) iaitu (a) kepelbagaian pelancongan dan (b) jenis-jenis pengalaman percutian pelancong. Walaupun kemudahan yang disediakan tidak digunakan sepenuhnya oleh pelancong, fungsi bandar tersebut masih kekal sebagai bandar pelancongan. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa fungsi sesuatu bandar pelancongan itu bergantung kepada jenis dan fungsi sebenar bandar itu dan juga aktiviti pelancong ketika melawat bandar. Secara tidak langsung, apabila aktiviti pelancongan dibangunkan di bandar, kesannya bukan hanya kepada

19 aliran pelancongan tersebut tetapi juga terhadap jenis bandar yang menampungnya. Jadual di bawah menerangkan fungsi sebenar bandar pelancongan yang menyediakan kemudahan perkhidmatan berbanding dengan jenis bandar-bandar yang lain.

Jadual 2.2: Jenis-jenis Bandar dan Fungsinya Jenis Bandar Fungsi Bandar tradisional  Pelancongan dikenali sebagai penyumbang kepada struktur ekonomi yang kukuh  Pelancongan dengan suasana kehidupan bandar perlu diseimbangkan

Bandar Pelancongan  Pelancongan sebagai penggalak pembangunan kepada pengangkutan  Perlu berhadapan dengan pelancong dan kepelbagaian bekalan pelancongan

Bandar bukan  Pelancongan sebagai peluang untuk menggiatkan pelancongan semula ekonomi penduduk tempatan  Perlu mencipta imej yang baru dan meningkatkan daya tarikan sesuatu destinasi

Sumber: Key Challenges for City Tourism Competitiveness, 2005

2.4 Perlakuan Pelancong

Perlakuan pelancong biasanya boleh didefinisikan sebagai tindakan yang diambil seseorang apabila melakukan pembelian, menggunakan produk dan perkhidmatan, termasuklah proses membuat keputusan yang akan menggambarkan perbuatan ataupun perlakuan. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa perlakuan atau tindakan yang diambil oleh pelancong adalah sangat penting bagi pembangunan industri pelancongan (McColl, 1994). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh The Eurocouncil of the European Bureau (2009), pelancong Eropah yang pergi melancong akan mempertimbangkan aspek-aspek sepertimana di dalam Jadual 2.3. Semasa kajian dilaksanakan lebih daripada 6000 orang telah menjadi

20 responden dan 61% menyatakan faktor keselamatan adalah paling utama. Manakala cuaca dan kualiti tempat penginapan telah mendapat 8.3 mata daripada 10.

Jadual 2.3: Faktor-Faktor Yang Dipertimbangkan Semasa Memilih Destinasi Pelancongan Oleh Pelancong Eropah Faktor-Faktor Pemilihan Destinasi 1. Keselamatan 2. Cuaca 3. Penginapan 4. Kawasan semulajadi 5. Kawasan pantai 6. Hospitaliti 7. Pengangkutan 8. Kos taraf hidup 9. Makanan dan minuman 10. Kemudahan penginapan 11. Harga pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi 12. Bilangan pelancong di sesuatu tempat tarikan pelancongan 13. Keadaan politik 14. Alam Sekitar 15. Sistem jaringan perhubungan 16. Aktiviti menjelajah dan mengembara 17. Kemudahan bersukan 18. Aktiviti pada waktu malam 19. Pengangkutan awam

Sumber: Safety is Highest Priority for Europeans on Holiday, 2009

Manakala menurut European Commission (2003), semasa kajian dijalankan di 10 destinasi pelancongan, terdapat 10 aspek penting bagi kemudahan perkhidmatan yang disediakan bagi memastikan kualiti pelancongan di sesebuah destinasi tersebut. Keputusan yang diperolehi berdasarkan kajian ini menunjukkan kemudahan hotel dan pengangkutan berada pada tangga pertama dan tangga kedua terpenting dalam mempengaruhi pelancongan di sesuatu destinasi pelancongan. Penyewaan bilik pula berada pada tangga yang paling bawah kerana kualiti kemudahan penginapan ini berada pada tahap yang rendah. Jadual 2.4 menunjukkan 10 aspek terpenting bagi kemudahan perkhidmatan bagi sesebuah destinasi pelancongan.

21

Jadual 2.4: 10 Aspek Terpenting bagi Kemudahan Perkhidmatan di Sesebuah Destinasi pelancongan Kemudahan Perkhidmatan Mengikut Kedudukan Ranking 1. Hotel 2. Pengangkutan 3. Makanan dan minuman 4. Tarikan pelancongan 5. Aktiviti sukan dan rekreasi 6. Penginapan yang tidak melibatkan perkhidmatan (apartment, kondominium, cottage, villa dll) 7. Tapak perkhemahan 8. Kedai Runcit 9. Penginapan yang melibatkan perkhidmatan (hotel, inn, bed and breakfast, motel dll) 10. Bilik yang di sewa (Rumah tumpangan)

Sumber: A Manual for Evaluating the Quality Performance of Tourist Destinations and Services, 2003

2.5 Komponen Kemudahan Perkhidmatan dan Infrastruktur Pelancongan

Mengikut kajian yang dibuat oleh Reutsche (2006), beliau menyatakan bahawa komponen kemudahan perkhidmatan atau infrastruktur terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu elemen utama, elemen sekunder dan elemen tambahan. Kenyataan ini disokong juga oleh Page (1995) berdasarkan Jansen-Verbeke (1986) iaitu kemudahan perkhidmatan dikelaskan seperti berikut:

a) Elemen utama  Tempat aktiviti, iaitu semua elemen penawaran di antara bandar terutamanya kawasan tarikan pelancong;  Tempat yang digunakan pada masa lapang yang dapat memberi imej dan ‘sense of place’ kepada pengunjung

22

b) Elemen sekunder ialah perkhidmatan atau infrastruktur yang menyokong keperluan pelancong di sesuati destinasi; c) Elemen tambahan pula infrastruktur yang disediakan mengikut keadaan tempat yang dikunjung seperti pengangkutan awam.

Kesemua elemen ini boleh dilihat dengan jelas dan lebih terperinci berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 2.5: Elemen-Elemen Infrastruktur Pelancongan ELEMEN UTAMA ELEMEN SEKUNDER Tempat aktiviti Tempat untuk masa  Hotel dan lapang perkhidmatan Kemudahan Ciri-ciri fizikal katering kebudayaan  Pelabuhan  Pasaraya  Dewan konsert  Taman dan kawasan  Kemudahan  Pawagam hijau membeli-belah  Muzium dan galeri seni  Tugu dan monumen  Teater  Tempat bersejarah ELEMEN  Tempat pameran  Bangunan yang TAMBAHAN menarik  Kemudahan Kemudahan sukan  Kawasan berair, sungai pengangkutan dan  Indoor and outdoor dan terusan tempat meletak facilities kenderaan Ciri-ciri sosio-budaya  Kemudahan Kemudahan hiburan  Cerita warisan pelancongan seperti  Kelab malam (folklore) pusat informasi  Kasino  Keramahan pelancong, pemandu  Penganjuran acara  Bahasa pelancong, penunjuk  Suasana tempat arah, peta dan brosur  Keselamatan  Adat dan warisan tempatan Sumber: Page (1995) berdasarkan Jansen-Verbeke (1986)

Mengikut rencana yang diperolehi di dalam laman sesawang www.olicognography yang bertajuk Tourism Infrastucture and Ecologic Anthropy telah menggariskan 3 kumpulan perkhidmatan utama yang perlu di dalam sesebuah bandar perkhidamatan pelancongan.

23

Jadual 2.6: Kumpulan Perkhidmatan Utama Di Dalam Sesebuah Bandar Perkhidmatan Pelancongan Utama Kedua Ketiga a. Tempat penginapan a. Pusat membeli belah a. Pusat kesihatan . Resort/Hotel b. Rekreasi b. Perkhidmatan . Bajet c. Hiburan Kewangan b. Tempat makan/minum d. Pusat informasi c. Perkhidmatan e. Pengangkutan pelancong

Sumber: Tourism Infrastructure and Ecologic Anthropy, 2011

2.6 Kajian Kes Bandar Perkhidmatan Pelancongan

Kajian kes ini akan menerangkan beberapa contoh bandar perkhidmatan pelancongan iaitu Cornwall Council di United Kingdom, Cancun Island di Mexico dan Hua Hin di Thailand.

2.6.1 Cancun Island, Mexico

Empat dekad lalu, Cancun bukanlah sebuah tempat yang dikenali walaupun ia mempunyai siri sand dune yang berbentuk nomber 7 dan dikelilingi paya bakau, hutan dan pantai yang bersih. Cancun adalah sebuah pulau yang terlindung dan berkeluasan 17 kilometer panjang dan 100 hingga 400 meter lebar. Ia juga mempunyai sebuah lagun yang cetek dan berkedudukan menghadap ke Lautan Carribean. Lagunnya dipenuhi dengan pokok bakau yang menjadi tempat

24 persinggahan burung seabirds dan sea turtles serta kehidupan marin. Nama Cancun bermaksud sarang ular oleh penduduk tempatan. Semasa pembangunannya, tiga perkara utama telah digariskan iaitu:

i. Membina zon pelancongan tanpa pendudukan tetap seperti koridor pelancongan dengan penambahan hotel, pusat membeli belah, padang golf dan marina. ii. Membina zon penempatan di kawasan utara yang dilengkapi dengan perumahan, komersial, jalan, bangunan pejabat, sekolah, hospital dan lain-lain. iii. Membina lapangan terbang antarabangsa bersebelahan dengan Lebuhraya Cancun – Tulum di kawasan selatannya.

Rajah 2.1: Peta Lokasi Cancun Island dan Kawasan Sekitarnya

25

2.6.2 Hua Hin, Thailand

Bandar Hua Hin adalah bandar pelancongan tradisional dan tertua di Negeri Thailand semenjak ia dibuka oleh King Rama IV pada tahun 1922 . Huan Hin pada asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pantai Barat Teluk Gulf dan berkedudukan sejauh 200 km daripada Bangkok. Semenjak ia dibuka, Hua Hin bukan sahaja menjadi tumpuan pembesar-pembesar Thailand tetapi juga keluarga Diraja Thailand. Sebuah Istana yang dinamakan Far From Worries yang dibina pada tahun 1928 masih lagi digunakan oleh kerabat diraja dan ia juga boleh dilawati oleh orang awam. Perhubungan awal yang wujud adalah perkhidmatan keretapi sahaja tetapi Hua Hin kini telah mempunyai sebuah lapangan terbang dan sistem jalanraya yang baik. Hua Hin menawarkan pelbagai aktiviti riadah termasuklah golf. Ia dikelilingi oleh beberapa tempat menarik seperti Khao Sam Rol Yat National Park yang terletak 50 km ke Selatan Bandar Hua Hin, Kaeng Krachan National Park dan Air terjun Pa La-U adalah kira-kira 68 km daripada Hua Hin.

Rajah 2.2: Pemandangan Sekitar Hua Hin, Thailand

26

2.6.3 Cornwall Council, United Kingdom

Cornwall telah wujud daripada zaman Pra Rom lagi dan aktiviti utama pada abad yang ke 19 adalah perlombongan tembaga dan penangkapan ikan. Perkembangan industri pelancongan wujud pada awal abad ke 20 dan kini ia menjadi satu destinasi yang popular kerana mempunyai budaya yang unik, lanskap yang menakjubkan dan iklim yang baik. Cornwall sangat ikonik kerana ia dikelilingi oleh Selat Inggeris dan Laut Celtic. Dianggarkan 24% daripada keluaran dalam negara nya adalah daripada sektor pelancongan.

Rajah 2.3: Sektor Pelancongan di Cornwall Council, United Kingdom

2.6.4 Tuaran, Sabah

Tuaran adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di bahagian Pantai Barat, di Barat Laut Sabah. Berkeluasan 1166 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 108360 orang yang berbilang etnik seperti Dusun, Bajau dan Cina. Tuaran mempunyai mercu tanda yang menarik iaitu Pagoda Cina setinggi sembilan tingkat. Tuaran adalah pintu masuk ke Utara dan Timur Negeri Sabah iaitu ke Kota Belud, Kudat, Ranau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Tawau

27 mempunyai hutan simpan bakau yang luas di Telok Mengkabong dan Telok Sulaman. Tuaran juga mempunyai beberapa resort yang terkenal termasuklah Nexus Karambunai Resort.

Rajah 2.4: Peta Lokasi Tuaran dan Hutan Paya Bakau

2.7 Perbandingan Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan Dengan Kawasan Kajian

Berikut merupakan perbandingan komponen kemudahan bandar perkhidmatan berdasarkan model komponen kemudahan bandar perkhidmatan pelancongan dan dibuat perbandingan dengan kawasan kajian.

Jadual 2.7: Perbandingan Komponen Kemudahan Perkhidmatan Pelancongan Komponen Kemudahan Contoh Kajian Kes Kawasan Perkhidmatan Kajian Cancun Hua Cornwall Tuaran, Bandar Island, Hin, Council, Sabah Penawar Mexico Thailand United Kingdom ELEMEN UTAMA Tempat aktiviti Kemudahan kebudayaan

28

 Dewan konsert √ √ √  Pawagam √ √ √  Muzium dan galeri seni √ √ √ √  Teater √ √ √ √  Tempat pameran √ √

Kemudahan sukan  Indoor and outdoor √ √ √ √ √ facilities

Kemudahan hiburan  Kelab malam √ √ √ √  Kasino √ √  Penganjuran acara √ √ √ √ √

Tempat untuk riadah Ciri-ciri fizikal  Pelabuhan √ √ √  Taman dan kawasan √ √ √ √ √ hijau  Tugu dan monumen √ √ √ √  Tempat bersejarah √ √ √ √  Bangunan yang √ √ √ √ menarik  Kawasan berair, sungai dan terusan √ √ √ √

Ciri-ciri sosio-budaya  Cerita warisan √ √ √ (folklore)  Keramahan √ √ √ √ √  Bahasa √ √ √ √  Suasana tempat √ √ √ √ √  Keselamatan  Adat dan warisan √ √ √ √ tempatan

ELEMEN SEKUNDER  Hotel dan √ √ √ √ √ perkhidmatan katering  Pasaraya √ √ √ √  Kemudahan membeli- √ √ √ √ √ belah

ELEMEN TAMBAHAN  Kemudahan √ √ √ √ √ pengangkutan dan tempat meletak

29

kenderaan  Kemudahan pelancongan seperti pusat informasi √ √ √ √ √ pelancong, pemandu √ √ √ √ pelancong, penunjuk √ √ √ √ √ arah, peta dan brosur

Sumber: Olahan Pengkaji, 2012

Perbandingan ini dibahagikan kepada tiga komponen utama yang merangkumi dua puluh satu kriteria dan dalam eleman utama pula ia dikategorikan kepada dua iaitu kemudahan tempat aktiviti dan tempat untuk riadah. Manakala elemen sekunder pula diwakili oleh tiga kriteria dan elemen tambahan meliputi dua kriteria kemudahan pengangkutan dan kemudahan pelancongan. Terdapat dua puluh tujuh elemen yang dibandingkan kepada lima bandar yang meliputi empat bandar kajian kes dan kawasan kajian. Melalui perbandingan ini, dapat dilihat dengan jelas keempat-empat bandar kajian kes telah menyediakan kemudahan dengan peratusan melebihi 80% dengan menawarkan sekurang-kurangnya dua puluh elemen perkhidmatan berbanding dengan kawasan kajian. Dapat dilihat dengan jelas kemudahan yang disediakan di Bandar Penawar hanya lima puluh peratus daripada kemudahan yang ada di bandar kajian kes. Bandar Penawar hanya menawarkan sepuluh elemen perkhidmatan dan hanya dua daripadanya daripada kategori elemen utama.

2.8 Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan

Berdasarkan kajian literatur, dapat dirumuskan keperluan perkhidmatan bandar pelancongan adalah sepertimana model dibawah:

30

Sumber : The Infrastructure of Play Building the Tourist City (Judd 2003)

Sumber : Human Resource Management (Mondy R. W, 2008)

Sumber : The Tourist City (Fainstein & Judd, 1999)

Rajah 2.5: Model Komponen Kemudahan Bandar Perkhidmatan

31

2.9 Rumusan

Berdasarkan kajian literatur ini, dapat dirumuskan bahawa sesebuah bandar perkhidmatan pelancongan perlu menyediakan sekurang-kurangnya tujuh peratus ataupun dua puluh elemen secara keseluruhannya sepertimana yang nyatakan di jadual 2.6 di atas. Walau bagaimanapun untuk sesebuah bandar perkhidmatan pelancongan ceria, menarik dan selesa untuk pelancong berkunjung adalah dengan memastikan kemudahan utama dan modal insan di titik beratkan. Kemudahan sokongan juga penting tetapi tidak sepenting aksesibiliti atau kemudahan pengangkutan yang disediakan, pusat makanan yang mengajikan pelbagaian jenis menu, kemudahan perbankan dan kedai serbanika ataupun pasaraya keluarga. Kemudahan sokongan seperti hotel bajet, pusat bowling, pusat karaoke dan lain-lain adalah sebagai nilai tambah untuk meningkatkan lagi keceriaan bandar perkhidmatan tersebut.

BAB 3 METODOLOGI 32

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab tiga akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai metodologi dan kawasan kajian iaitu Bandar Penawar yang terletak di Daerah Johor. Ianya akan dimulakan dengan metodologi keseluruhan bagi kajian ini iaitu kaedah pengumpulan maklumat primer dan sekunder serta penetapan saiz sampel. Manakala instrumen kajian yang digunakan pula adalah soal selidik pelancong dan temubual bersama pengusaha, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Ini diikuti dengan latar belakang kawasan kajian yang terperinci, lokasi kawasan kajian, pihak berkuasa tempatan, pembangunan kemudahan dan infrastruktur, justifikasi pemilihan kawasan kajian, rekod ketibaan pelancong dan seterusnya pembangunan di Bandar Penawar melibatkan pembangunan semasa dan akan datang di Bandar Penawar. Akhir sekali adalah rumusan bagi bab tiga secara keseluruhannya.

33

3.2 Metodologi

Secara keseluruhannya metodologi bagi kajian ini akan memfokus kepada kaedah kajian iaitu melibatkan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan bagi temubualbersama penggusaha, pihak berkuasa tempatan, pelabur dan seumpamanya. Seterusnya kaedah kuantitatif digunakan bagi menganalisis soal selidik pelancong di mana maklumat yang diperolehi akan dikeluarkan dalam bentuk nilai min, graf dan sebagainya. Soalan kaji selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

a) Bahagian A: Profil Pelancong b) Bahagian B: Perlakuan Pelancong c) Bahagian C: Persepsi Umum d) Bahagian D: Persepsi Pelancong

Data berkaitan dengan kemudahan bandar perkhidmatan pelanconganakan diperolehi daripada sumber primer dan sekunder. Data primer akan diperolehi daripada pemboleh ubah secara langsung oleh pengkaji untuk tujuan kajian (Sekaran, 2006). Data primer juga akan diperolehi daripada hasil temuduga terhadap empat kumpulan yang berkepentingan dan berkaitan dengan Bandar Penawar iaitu kakitangan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, pengusaha, penduduk dan pelancong. Data sekunder diperolehi daripada sumber yang sedia ada seperti buku rujukan, journal dan kajian sebelum ini. Bagi menghimpunkan semua data dan informasi berkaitan dengan bandar perkhidmatan pelancongan, kebanyakan buku rujukan dipinjam daripada Perpustakaan UTM, journal dan kajian sebelumnya pula diperolehi daripada World Wide Web dan secara online daripada laman sesawang UTM.Untuk menentukan saiz yang akan ditemuramah adalah berdasarkan kumpulan yang mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan Bandar Penawar. Sasaran adalah sepertimana berikut:-

34

Jadual 3.1 : Butiran Responden di Kawasan Kajian Butiran Responden 1. Lembaga Bandaran Johor Tenggara . Pengurus Besar- Encik Azizan Bin Md. Rais . Timbalan Pengurus Besar Pembangunan- Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ali . Pengurus Kerajaan Tempatan-Encik Hamzah Bin Isa . Pengurus Perancang Bandar – Encik Daud bin Abd Rahman 2. Pengusaha . Restoren Din Corner . Medan Selera . Dataran Penawar . Kedai Serbaneka . Pengusaha Hotel-Lotus Desaru, Pulai Desaru & Damai Resort . Pengurusan Khazanah Holdings . Pengurusan Bio Desaru 3. Penduduk Bandar Penawar seramai 20 orang 4. Pelancong . Seramai 80 orang untuk 3 hotel

Untuk memperincikan komponen bandar perkhidmatan pelancongan, satu rangka kerja teoritikal telah dirangka bagi memudahkan pengkaji memahami keperluan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmtan pelancongan. Rajah 3.1 menunjukkan rangka kerja teoritikal bagi kawasan kajian.

35

Rajah 3.1: Rangka Kerja Teoritikal di Bandar Penawar

3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian

Bahagian ini akan memperincikan berkaitan dengan lokasi kawasan kajian,, pihak berkuasa tempatan, kemudahan dan infrastruktur Bandar Penawar sebagai pemahaman awal terhadap kawasan kajian ini. Pembangunan Bandar Penawar amat berkait rapat dengan pembangunan pelancongan di Desaru.

36

3.3.1 Lokasi Kawasan Kajian

Bandar Penawar terletak di sebahagian mukim Pantai Timur dan mukim Tg Surat di dalam daerah Kota Tinggi Negeri Johor. Berdasarkan hierarki pusat penempatan di Negeri Johor (RSN Johor, 1986), Bandar Penawar di kategorikan sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri. Kedudukan Bandar Penawar agak strategik iaitu berada di antara pusat konurbasi pertumbuhan wilayah atau pusat separa wilayah negeri iaitu Bandar Kota Tinggi dengan penempatan kecil . Jarak Bandar Penawar dengan pusat Bandar Kota Tinggi adalah 50 kilometer manakala dari pekan Sungai Rengit pula adalah sejauh 30 kilometer. Bandar Penawar mempunyai keluasan 256.60 hektar dan telah dibahagikan kepada 6 zon utama guna tanah iaitu zon perdagangan, zon institusi dan kemudahan masyarakat, son kediaman, zon perindustrian, zon infrastuktur dan utiliti serta kawasan lapang dan rekreasi. Pembangunan Bandar Penawar amat berkait rapat dengan pembangunan pelancongan di Desaru, Tg Balau dan Batu Layar.

Bandar Penawar mempunyai keluasan 256.60 hektar dan telah dibahagikan kepada 6 zon utama guna tanah iaitu zon perdagangan, zon institusi dan kemudahan masyarakat, son kediaman, zon perindustrian, zon infrastuktur dan utiliti serta kawasan lapang dan rekreasi. Mengikut laporan, zon institusi dan kemudahan masyarakat serta kediaman merupakan pecahan terbesar iaitu sebanyak 31 peratus. Daripada peratusan tersebut, zon institusi dan kemudahan masyarakat menggunakan sejumlah 84.94 ekar manakala perumahan pula adalah 83.94 ekar. Populasi penduduk Bandar Penawar pula mengikut bancian yang dijalankan pada tahun 2009 mendapati jumlah keseluruhan adalah seramai 10315 orang termasuk pelajar IPTS dan pekerja ladang di dalam kawasan ini. Daripada bancian juga didapati majoriti bangsa atau keturunan yang mendiami Bandar Penawar adalah bangsa Melayu iaitu seramai 1212 buah keluarga, 99 buah keluarga berbangsa Cina dan 9 buah keluarga berbangsa India.Pembangunan infrastruktur dan kemudahan di Bandar Penawar adalah dibawah bidang kuasa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu

37 sebuah agensi pembangunan luarbandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Selain itu, Bandar Penawar juga telah dibangunkan bagi menyokong industri pelancongan DESARU.

Bandar Penawar Desaru

Rajah 3.2: Peta Lokasi Kawasan Kajian (Bandar Penawar)

38

3.3.2 Pihak Berkuasa Tempatan

Kawasan kajian iaitu Bandar Penawar terletak di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bermula pada tahun 1972. Sebelum kawasan kajian dibuka, tetuan Hunting Technical Services Ltd telah menyatakan didalam Johor Tenggara Regional Master Plan bahawa pelancongan adalah sumber ekonomi bagi penempatan baru ini. Pada tahun 1976, KEJORA diberi peranan sebagai Kerajaan Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Selain daripada itu, KEJORA juga berperanan untuk membangunkan kawasan kajian kepada sebuah bandar baru yang berfungsi sebagai pusat penempatan kakitangan kerajaan dan hotel disekitarnya.

3.3.3 Pembangunan Kemudahan atau Infrastruktur

Pembangunan kemudahanatau infrastruktur di Bandar Penawar adalah dibawah bidang kuasa Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu sebuah agensi pembangunan luarbandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Selain itu juga Bandar Penawar telah dibangunkan bagi menyokong industri pelancongan DESARU.

Pintu Masuk Bandar Penawar Masjid As Syifa’ Bandar Penawar

39

Dataran Tasek Bandar Penawar Pusat Informasi Bandar Penawar

Pusat Pengajian Tinggi Bandar Klinik dan Makanan Segera Bandar Penawar Penawar

Rajah 3.3: Kemudahan- Kemudahan Yang Disediakan Di Bandar Penawar

3.4 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian

Bagi pemilihan Bandar Penawar sebagai kawasan kajian ini, ia mengambilkira beberapa kriteria bertujuan memudahkan pemilihan ini dijalankan. Antara kriteria pemilihan adalah pertama Bandar Penawar dibangunkan khusus sebagai Bandar perkhidmatan pelancongan bagi menyokong pembangunan pelancongan Desaru. Sebagai bandar perkhidmatan pelancongan diharap dengan kajian ini dilaksanakan dapat membantu untuk mengetahui sejauhmana kemampuan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan untuk menyokong pembangunan pelancongan wilayah KEJORA. Selain daripada itu, pihak KEJORA

40 telah membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk memastikan keselesaan penduduk setempat dan pelancong. Walaupun begitu setelah lebih tiga puluh tahun Bandar Penawar dibuka kewujudan pelancong yang memasuki bandar ini tidak serancak yang dijangka. Maju mundurnya Bandar Penawar amat bergantung kepada pembangunan pelancongan Desaru. Ini kerana pelancongan di kawasan berhampiran bukannya sebuah industri sebaliknya terdiri daripada gugusan pelbagai industri yang berkaitan antara satu sama lain.

3.5 Rekod Ketibaan Pelancong

Rekod ketibaan pelancong terbahagi kepada dua iaitu rekod ketibaan pelancong daripada hotel ataupun rekod berdasarkan kemasukkan pelancong daripada pihak imigresen. Bagi kajian ini di mana kawasan kajian melibatkan Bandar Penawar, rekod ketibaan pelancong daripada hotel adalah lebih sesuai digunakan memandangkan sebahagian besar hotel adalah terletak sekitar kurang 10km radius. Jadual 3.2 menunjukkan rekod ketibaan pelancong ke Desaru berdasarkan bilangan pelancong yang menginap di hotel. Dapat dirumuskan daripada jadual di bawah, rekod ketibaan pelancong ke Desaru pada tahun 2009jumlah kedatangan pelancong telah menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan ini berlaku akibat penularan wabak influenza A H1N1 yang menyebabkan ramai orang tidak mahu melancong serta mereka mengelak daripada berdepan risiko dijangkiti penyakit ini. Akan tetapi pada tahun 2010, rekod kedatangan pelancong kembali menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 10 peratus bagi pelancong tempatan dan pelancong asing. Ini kesan daripada pertumbuhan ekonomi serta pendapatan yang semakin baik dan terkawalnya penyakit H1N1. Walaubagaimanapun jumlah kedatangan pelancong sekali lagi menunjukkan penurunan sebanyak 12 peratus pada tahun 2011 kerana perkhidmatan feri daripada Singapura ke Tanjung Belungkor yang tidak konsisten sepanjang tahun tersebut.

41

Jadual 3.2: Rekod Ketibaan Pelancong Berdasarkan Statistik Imigresen danHotel ke Desaru Tahun Jumlah Pengunjung Peratus 2008 271309 - 2009 217240 Penurunan 20% 2010 238964 Peningkatan 10% 2011 208844 Penurunan 12% Sumber: Bahagian Pelancongan KEJORA (2012)

Manakala untuk kadar peratusan penginapdi hotel seperti Jadual 3.3 di bawah, terdapat peningkatan peratusan dari tahun 2009 sehingga 2011. Ini menunjukkan pelancong masih menginap di hotel berdekatan Bandar Penawar walaupun tidak melawat Bandar Penawar. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa faktor tiada kemudahan feri pada awal tahun 2011 bukan satu isu kepada pelancong untuk melawat Bandar Penawar.

Jadual 3.3 Rekod Kadar Purata Peratusan Penginapan Tahun Kadar Peratusan Penginapan 2009 27.65% 2010 30.24% 2011 31.54% Sumber: Bahagian Pelancongan KEJORA (2012)

3.6 Pembangunan di Bandar Penawar

Pembangunan di Bandar Penawar terbahagi kepada tiga iaitu pembangunan semasa, pembangunan di sekitar Desaru dan pembangunan akan datang. Secara

42 keseluruhannya, ia menunjukkan perubahan pembangunan di Bandar Penawar mengikut peredaran masa.

3.6.1 Pembangunan Semasa

Bandar Penawar telah dibangunkan pada tahun 1972 di mana pada awal penubuhannya ia berfungsi sebagai pusat penempatan untuk kakitangan kerajaan. Pada ketika itu, hanya terdapat lebih kurang 100 buah rumah pada fasa pertama, namun begitu setelah 35 tahun kewujudan Bandar Penawar, pelbagai infrastruktur telah disediakan untuk menyokong pembangunan pelancongan Desaru serta menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Walaubagaimanapun, mulai awal tahun 2010, pembangunan yang lebih rancak berlaku seperti pertambahan kedai-kedai serbaneka, kedai makan, restoran makanan segera, pasaraya dan taman- taman perumahan.baru di Bandar Penawar

3.6.2 Pembangunan di Sekitar Bandar Penawar

Bandar Penawar merupakan bandar perkhidmatan di mana ia bertindak sebagai penyokong kepada pembangunan pelancongan Desaru. Pembangunan di Bandar Penawar berkait rapat dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada kakitangan yang berkhidmat di hotel dan resort di sekitar Desaru, kemudahan keperluan harian, pusat informasi pelancong, kemudahan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan, perkhidmatan pengangkutan dalaman dan antara bandar, kemudahan telekomunikasi, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang tenis, futsal dan stadium. Rajah 3.4 menunjukkan pembangunan produk-produk pelancongan yang wujud di sekitar Bandar Penawar. Manakala Rajah 3.5 pula

43 menunjukkan perubahan pembangunan di Desaru antara tahun 1970an dan 1990an. Perubahan tersebut adalah pembangunan chalet-chalet dan resort untuk menyokong industri pelancongan di Desaru.

Rajah 3.4: Pembangunan PelanconganSekitar Bandar Penawar

44

1970an 1990an

Rajah 3.5: Perubahan Pembangunan Pelancongan Di Desaru

3.6.3 Pembangunan Akan Datang

Taburan pembangunan yang akan berlaku sehingga tahun 2020 dijangka melibatkan hampir keseluruhan semenanjung dan kebanyakannya akan tertumpu di sepanjang pantai Johor Tenggara. Keluasan keseluruhan pembangunan tersebut adalah 30000 hektar dan hampir 80 peratus dimiliki oleh individu dan pelabur swasta untuk tujuan pembangunan pelancongan. Terdapat beberapa pembangunan yang berimpak tinggi yang akan mempengaruhi pembangunan kawasan kajian seperti pembangunan Bio Desaru yang mempunyai keluasan 9000 ekar, pembangunan pelancongan Buckingham by the Sea yang berkeluasan 300 ekar, pembangunan pelancongan oleh Khazanah dan Desaru Development Corporation yang berkeluasan sebanyak 4000 ekar serta Pembangunan Penapisan Minyak dan Petrokimia seperti Rajah 3.6 di bawah:

45

1

2 2 3

4

5

6

1 Rajah 3.6: Taburan Pembangunan di sekitar Bandar Penawar

Di antara pembangunan yang dinyatakan di atas , dijangkakan hanya dua pembangunan yang akan benar-benar memberi impak terus kepada pembangunan Bandar Penawar iaitu Pembangunan Pelancongan Desaru oleh Khazanah Nasional Berhad bersama Desaru Development Corporation dan Pembangunan Bio Desaru. Kedua-dua pembangunan ini berada di dalam anggaran kurang daripada 10km radius daripada kawasan kajian. Pertama,pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Khazanah Nasional Berhad bersama Desaru Development Corporation akan merangkumi 3 fasa utama seperti Rajah 3.7.

46

Rajah 3.7: Fasa Pembangunan Pelancongan Desaru

Konsep pembangunan pelancongan yang dirancang oleh Khazanah Nasional Berhad adalah pelancongan mewah.Rajah 3.8 menunjukkan fasa pertama yang dijangka akan siap pada tahun 2015. Di antara komponen pembangunan yang akan disiapkan pada Fasa 1 adalah seperti padang Golf Ernie Erls 27 lubang dan padang Golf Vijay Singh 18 lubang dan keduanya dilengkapi dengan rumah kelab serta perumahan mewah, 3 buah hotel dan resort iaitu Sheraton Desaru Resort & Convention Center, Aman Country Club dan Datai Desaru Hotel, taman tema air dan marin serta taman hiburan Riverwalk.

47

Rajah 3.8: Pelan Pembangunan Fasa 1 Khazanah Berhad dan Desaru Development Corporation

Kedua adalah kawasan pembangunan ‘Bio Desaru’ seluas 9,000 ekar yang akan menjadi sebuah hub lembah makanan organik terbesar di Malaysia.Rajah 3.9 pula menunjukkan komponen pembangunan terdiri daripada kawasan agro, akuakultur, ladang ternakan dan kawasan pelancongan serta perkhidmatan dan dijangka 4000 peluang pekerjaan akan dijana melalui pembangunan ini. Fasa pertama pembangunan telah dilaksanakan bermula pada tahun 2011 dan dijangka siap pada tahun 2015.

48

Rajah 3.9: Komponen utama Bio Desaru

3.7 Rumusan

Keberkesanan fungsi bandar perkhidmatan adalah bergantung terus kepada kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga kesediaan penduduk. Perbandingan kemudahan yang disediakan di Bandar Hua Hin, Thailand dan Cancun, Mexico adalah amat jauh berbeza tetapi kedua-dua bandar ini berskala besar dan bertaraf daerah. Bandar Penawar hanyalah sebuah bandar baru, walaubagaimanapun kemudahan-kemudahan yang disediakan di kedua-dua bandar tersebut boleh dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kemudahan di Bandar Penawar sekiranya sesuai.

BAB 4 ANALISIS DAN SINTESIS 49

BAB 4

ANALISIS DAN SINTESIS

4.1 Pengenalan

Bab ini merupakan analisis data dan sintesis daripada soal selidik yang dijalankan di empat lokasi iaitu Pusat Informasi Bandar Penawar, Pantai Tg Balau, The Pulai Desaru Beach Resort & Spa dan Lotus Desaru Beach Resort. Analisis ini akan terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama profil pelancong, bahagian kedua perlakuan pelancong, bahagian ketiga persepsi umum, bahagian keempat persepsi pelancong dan bahagian kelima analisis temubual bersama agensi kerajaan, pengusaha hotel dan resort, pengusaha pengangkutan dan pengusaha restoran. Borang soal selidik ini akan memperincikan 4 aspek iaitu profil pelancong, perlakuan/motivasi pelancong, persepsi umum mengenai kawasan kajian dan persepsi pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di kawasan kajian. Jadual 4.1 menunjukkan aliran aspek-aspek analisis yang akan dirumus berdasarkan apa yang telah ditanya kepada pelancong. Manakala temubual pula memfokus kepada beberapa aspek seperti pandangan terhadap fungsi bandar perkhidmatan pelancongan,kesediaan dan kesanggupan untuk melatih kakitangan serta menghadiri latihan, perancangan dan usaha meningkatkan kemudahan serta akhir sekali halangan dan masalah. Analisis SWOT juga dijalankan bagi mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di Bandar Penawar. Seterusnya, bahagian ini akan

50 menganalisis faktor-faktor berkaitan dengan persepsi dan kesanggupan stakeholders terhadap Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Selain itu, analisis ini juga akan menghuraikan tahap keupayaan stakeholders terhadap perkhidmatan pelancongan, kesanggupan penyedia perkhidmatan, kehendak dan kemahuan pelancong serta masalah-masalah yang dihadapi untuk membangunkan Bandar Penawar sebagai sebuah bandar perkhidmatan pelancongan Seterusnya sintesis dilakukan sebagai rumusan untuk analisis dan diikuti dengan rumusan keseluruhan bagi bab ini. Aspek-aspek yang dikaji di dalam menilai Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan adalah seperti Jadual 4.1 di bawah:

Jadual 4.1: Aspek-Aspek Analisis Fungsi Bandar Penawar Analisis Ukuran 1. Jantina A: Profil Pelancong 2. Umur 3. Asal 4. Status pekerjaan 5. Pendapatan

B: Perlakuan/motivasi 1. Tempoh masa melancong pelancong 2. Bilangan orang melancong bersama 3. Bersama siapa pergi melancong 4. Tujuan utama melancong ke 5. Tempat penginapan semasa bercuti

C: Persepsi Umum 1. Sumber Mengenai Bandar Penawar 2. Keinginan untuk Berkunjung 3. Kekerapan kunjungan 4. Motivasi untuk berkunjung 5. Kemudahan yang boleh diperolehi di Bandar Penawar 6. Keutamaan kemudahan yang dipilih semasa bercuti 7. Apakah yang membuat Banadar Penawar lain daripada bandar-bandar lain. 8. Cadangan penambahbaikan

D: Persepsi Pelancong 1. Kemudahan tempat tinggal 2. Makanan dan Minuman 3. Hiburan 4. Kemudahan Interner 5. Kemudahan Bank 6. Kemudah Informasi 7. Kemudahan Pengangkutan 8. Keselamatan

51

4.2 Sampel Saiz Kajian

Bagi menentukan saiz sampel kajian,semakan dibuat di Pejabat Pelancongan KEJORA dan mendapati kedatangan pelancong ke pusat informasi pada tahun 2011 hanyalah 11 orang. Berdasarkan jumlah tersebut pengkaji memutuskan untuk mendapatkan 100 orang responden untuk tujuan soal selidik seperti di Rajah 4.2. Walau bagaimanapun saiz sampel sebenar yang telah diperolehi adalah 60 orang pelancong kurang daripada target sepatutnya iaitu 26 (52%) pelancong asing dan 34 (68%) pelancong domestik. Kedua-dua kategori pelancong tidak mencapai target seperti yang telah ditetapkan.kerana mereka tidak tidak pernah singgah di Bandar Penawar dan faktor cuaca yang tidak menentu membuatkan mereka tidak selesa berkunjung ke Bandar Penawar.

Jadual 4.2: Sampel Saiz Responden TARGET SAMPEL (RESPONDEN) SAMPEL TERKUMPUL Domestik Asing Jumlah Domestik Asing Jumlah 50 50 100 51 39 90

4.3 Analisis Responden

Bahagian ini akan menganalisis profil umum pelancong dari aspek profil pelancong, perlakuan serta motivasi pelancong, persepsi umum dan persepsi pelancong terhadap kemudahan perkhidmatan yang disediakan di kawasan kajian.. Pelancong juga diberi peluang untuk menyatakan keperluan semasa melancong dan cadangan untuk menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan di kawasan kajian. Bagi analisis ini juga maklum balas dari pelancong tempatan dan pelancong asing

52 akan diasingkan bagi memudahkan lagi analisis ini dijalankan. Antara analisis bagi bahagian ini adalah seperti berikut:

4.3.1 Profil Pelancong

PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING 1. Jantina

Majoriti adalah pelancong lelaki iaitu Majoriti pelancong asing juga lelaki 52.9% iaitu 53.8% 2. Umur

Majoriti adalah pelancong di Peratusan yang sama untuk peringkat peringkat umur 41 hingga 55 tahun umur daripada 18 hingga 55 tahun.

53

PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING 3. Pekerjaan

Majoriti adalah penjawat awam iaitu Majoriti adalah professional iaitu 41.2% 30.8% 4. Pendapatan

Majoriti berpendapatan RM1501 Majoriti pendapatan adalah RM3001 hingga RM3000 iaitu 52.9% hingga RM5000 iaitu 38.5%

54

4.3.2 Perlakuan Pelancong

PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING 1.. Tempoh Masa Melancong

Majoriti adalah pelancong lelaki Majoriti pelancong asing juga lelaki iaitu iaitu 52.9% 53.8% 2. Melancong bersama siapa

Majoriti melancong bersama kawan- Majoriti melancong bersama kawan iaitu 38.5% keluarga iaitu 82.4%

55

4.3.3 Persepsi Umum

PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING 1.. Sumber Maklumat Mengenai Bandar Penawar

Majoriti maklumat diperolehi Majoriti maklumat diperolehi daripada daripada kawan-kawan dan pihak hotel iaitu 38.5% saudara iaitu 47.1% 2. Keinginan Melawat Bandar Penawar

Majoriti pelancong berkeinginan Majoriti pelancong berminat untuk ke untuk ke Bandar Penawar iaitu Bandar Penawar 84.6% 76.5%. Peratusannya lebih rendah dibandingkan dengan pelancong asing.

56

PELANCONG DOMESTIK PELANCONG ASING 3. Motivasi Untuk Ke Bandar Penawar

Majoriti maklumat diperolehi Majoriti maklumat diperolehi daripada daripada kawan-kawan dan pihak hotel iaitu 38.5% saudara iaitu 47.1% 4. Fasiliti Yang Boleh Diperolehi Di Bandar Penawar

Majoriti pelancong menyatakan Majoriti menyatakan kedai serbaneka kedai makan dengan 76.5% iaitu 30.8%

57

4.4 Analisis Persepsi Pelancong

4.4.1 Kemudahan Penginapan

Pelancong domestik dan pelancong asing secara keseluruhannya bersetuju bahawa kemudahan penginapan mudah dicari, berbaloi, berkualiti dan kakitangan yang bertugas memberi layanan yang mesra dan peramah. Ini berdasarkan purata yang diperolehi untuk kemudah sampaian dan staf yang peramah dan mesra adalah melebihi 4.0, manakala pelancong domestik mempunyai purata 4.0 dan pelancong asing adalah 3.92 untuk kategori berbaloi/pulangan nilai wang. Kedua-dua pelancong berpendapat bahawa kualiti perkhidmatan di tempat penginapan hanya pada tahap memuaskan. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan fizikal bangunan yang tiada seliaan.

Jadual 4.3: Min Kemudahan Penginapan

Berbaloi/ Kualiti Staf yang Kemudah Pelancong Pulangan perkhidmatan peramah sampaian nilai wang yang tinggi dan mesra

Domestik Mean 4.00 4.00 3.76 4.18 N 51 51 51 51 Std. .791 .935 .437 .728 Deviation Asing Mean 4.08 3.92 3.62 4.15 N 39 39 39 39 Std. .494 .954 .870 .689 Deviation Total Mean 4.03 3.97 3.70 4.17 N 90 90 90 90 Std. .669 .928 .651 .699 Deviation

58

4.4.2 Kemudahan Makanan dan Minuman

Pelancong domestik dan pelancong asing bersetuju dengan kemudah sampaian ke tempat kemudahan makanan dan minuman di Bandar Penawar kerana kebanyakan tempat makan terletak di pusat bandar. Kedua-dua kumpulan pelancong bersetuju dengan kualiti perkhidmatan yang agak baik. Tahap kebersihan dan pelbagaian makanan adalah pada tahap biasa dan tiada yang istimewa pada pendapat kedua-dua pelancong.

Jadual 4.4: Min Kemudahan Makanan dan Minuman

Kemudah Kepelbagaian Tahap Kualiti Pelancong sampaian makanan kebersihan perkhidmatan

Mean 3.82 3.29 3.4118 3.5882

Domestik N 51 51 51 51 Std. .529 .849 .71229 .61835 Deviation Mean 4.00 3.46 3.4615 3.6154 Asing N 39 39 39 39 Std. .577 .776 .77625 .65044 Deviation Mean 3.90 3.37 3.4333 3.6000 N 90 90 90 90 Total Std. .548 .809 .72793 .62146 Deviation

59

4.4.3 Kemudahan Hiburan

Kedua-dua kumpulan pelancong berpendapat bahawa acara hiburan yang dijalankan tidak dipromosikan dengan baik. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu memperkukuhkan lagi kegiatan promosi bagi setiap acara yang dianjurkan. Kekerapan menganjurkan aktiviti juga perlu dipertingkatkan. Walaubagaimanapun kekerapan penganjuran tidak akan mendapat reaksi positif sekiranya kegiatan promosi tidak dipertingkatkan

Jadual 4.5: Min Kemudahan Hiburan

Promosi acara yang Kekerapan yang Pelancong dirancang sangat baik mencukupi

Domestik Mean 2.8824 3.412 N 51 51 Std. .99262 .6183 Deviation Asing Mean 3.0000 3.308 N 39 39 Std. .70711 .4804 Deviation Total Mean 2.9333 3.367 N 90 90 Std. .86834 .5561 Deviation

60

4.4.4 Kemudahan Internet

Pelancong domestik dan pelancong asing bersetuju dengan kewujudan spot WIFI dan pusat internet walaubagaimanapun kedua-duanya tidak berpuas hati dengan kelajuan capaian internet. Purata untuk kelajuan capaian hanyalah 2.76..

Jadual 4.6: Min Kemudahan Internet

Wujud spot WIFI dan Kelajuan capaian Pelancong pusat internet tinggi

Domestik Mean 3.1176 2.5294 N 51 51 Std. Deviation .85749 .79982 Asing Mean 3.1538 3.0769 N 31 31 Std. Deviation .55470 .64051 Total Mean 3.1333 2.7667 N 90 90 Std. Deviation .73030 .77385

4.4.5 Kemudahan Perbankan

Kedua-dua kategori pelancong hanya berpuashati dengan kemudahan bank yang terdapat di Bandar Penawar

61

Jadual 4.7: Min Kemudahan Perbankan

Kemudahan perbankan Kemudah Pelancong mencukupi (ATM,Money sampaian Changer) Mean 3.6471 3.0588 Domestik N 51 51 Std. Deviation .78591 .96635 Mean 3.6923 3.4615 Asing N 39 39 Std. Deviation .63043 .66023 Mean 3.6667 3.2333 Total N 90 90 Std. Deviation .71116 .85836

4.4.6 Kemudahan Informasi

Pelancong domestik dan asing bersetuju mengenai kakitangan Pusat Informasi peramah dan mesra tetapi masih belum memuaskan lagi ini mungkin disebabkan oleh masalah komunikasi kakitangan yang ditugaskan. Mengikut pandangan mereka papan tanda dan brosur yang disediakan di Pusat Informasi adalah mencukupi Walaubagaimanapun, pelancong asing agak kurang mengetahui mengenai kewujudan pusat informasi berbanding dengan pelancong domestik tetapi berbezaan purata keduanya agak kecil iaitu 3.23 berbanding 3.41.

62

Jadual 4.8: Min Kemudahan Informasi

Wujud Pusat Papan tanda Staf di Pusat Pelancong Informasi dan brosur yang Informasi peramah Pelancongan mencukupi dan mesra

Mean 3.41 3.41 3.65

Domestik N 51 51 51 Std. .870 .618 .493 Deviation Mean 3.23 3.38 3.69

Asing N 39 39 39 Std. .725 .650 .480 Deviation Mean 3.33 3.40 3.67

Total N 90 90 90 Std. .802 .621 .479 Deviation

4.4.7 Kemudahan Pengangkutan

Pelancong domestik adalah lebih berpuas hati mengenai perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan berbanding pelancong asing ini berkemungkinan disebabkan oleh kebanyakan pelancong domestik jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Walaupun begitu, kedua-dua kumpulan pelancong ini bersetuju dengan tambang yang dikenakan adalah berpatutan.

63

Jadual 4.9: Min Kemudahan Pengangkutan

Perkhidmatan Tambang yang Pelancong pengangkutan awam yang berpatutan baik

Mean 3.41 3.88

Domestik N 51 51 Std. 1.004 .697 Deviation Mean 3.15 3.69 N 39 39 Asing Std. .899 .480 Deviation Mean 3.30 3.80 Total N 90 90 Std. .952 .610 Deviation

4.4.8 Kemudahan Keselamatan

Pelancong asing berpandangan bahawa Bandar Penawar adalah sebuah bandar yang selamat kerana purata pelanconga asing adalah 3.62 berbanding dengan purata pelancong domestik hanyalah 3.41. Kedua-dua kategori berpendapat bahawa operasi klinik pada tahap biasa kerana kedua-duanya mempunyai purata yang hampir sana iaitu 3.56 dan 3.46 seperti di Jadual 4.10.

64

Jadual 4.10: Min Kemudahan Keselamatan

Tahap keselamatan Waktu operasi klinik Pelancong yang tinggi yang fleksibel

Mean 3.41 3.59 Domestik N 51 51 Std. Deviation .712 .939

Mean 3.62 3.46 Asing N 39 39 Std. Deviation .506 .660

Mean 3.50 3.53 Total N 90 90 Std. Deviation .630 .819

4.5 Analisis Temubual

Berdasarkan keperluan semasa industri pelancongan yang turut menuntut komitmen dan kerjasama pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan, analisis ini juga melibatkan beberapa pihak kerajaan dan swasta untuk melihat sokongan-sokongan dan bentuk kerjasama yang sanggup disumbangkan kepada pembangunan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan dan seterusnya menarik lebih ramai lagi pelancong untuk melawat ke Bandar Penawar.

Empat kumpulan stakeholders telah dikenalpasti iaitu Pengurusan KEJORA, Pengusaha Pelancong atau Pembangunan, Pengusaha Makanan, dan Pengusaha Pengangkutan. Daripada kesemua kumpulan tersebut, pengkaji berharap aspek-aspek fizikal seperti kemudahan-kemudahan asas, infrastuktur dan aspek sosio-ekonomi

65 juga dapat dikaji bagi melihat masalah-masalah dan potensi daripada aspek-aspek tersebut yang boleh mempengaruhi kesediaan dan perkembangan Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Hasil daripada analisis akan merumuskan tahap kesediaan dan sejauh mana keberkesanan Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Antara butiran pihak yang terlibat adalah seperti Jadual. 4.11.

Jadual 4.11: Butiran Pihak yang Ditemubual Bil Pihak yang ditemubual Tema A1 Encik Azizan Md Rais 1-Persepsi A2 Tuan Haji Zainal Abidin bin Ali 2- Keupayaan A3 Encik Hamzah Isa 5- Halangan dan kelemahan B1 Ms Indra Ghandhi 1-Persepsi B2 Encik Azmi Sharuddin 2- Keupayaan B3 Lt Col Jamal Salleh 3- Kesanggupan B4 Encik Ramadhan 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan C1 Din’s Corner 2- Keupayaan 3- Kesanggupan C2 Elias : Bahtera Mas 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan D1 Parman (Teksi) 2- Keupayaan D2 Maraliner 3- Kesanggupan 4- Hasrat dan kemahuan 5- Halangan dan kelemahan

4.5.1 Analisis Persepsi Stakeholders

Daripada persepsi Pengurus Besar KEJORA, beliau mengakui bahawa Bandar Penawar berpotensi untuk terus maju dengan adanya tiga pembangunan mega yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu Refinery and Petroleum Integrated Development (RAPID), Pembangunan Pelancongan Khazanah Desaru Development Corporation dan BioDesaru.

66

”Saya melihat Bandar Penawar akan terus berkembang, walaupun agak perlahan sebelum ini mungkin salah satu faktor adalah tiada perkhidmatan bank. Pihak KEJORA telah mengenalpasti tindakan jangka pendek yang perlu bagi Bandar Penawar adalah penyediaan keperluan asas seperti pembinaan rumah dan juga memastikan keindahan bandar dan kawal selia kemudahan yang sedia ada dipertingkatkan.”( A1)

Manakala beliau menyatakan bahawa aktiviti tarikan pelancong di Bandar Penawar adalah agak terhad.

”Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan program atau aktiviti yang dilaksanakan di Bandar Penawar ini hanya berskala kecil walaubagaimanapun aktiviti tarikan pelacong ini perlu dipertngkatkan dan pihak KEJORA sedang mengkaji keperluan untuk MICE dan showcasee kebudayaan di sini” (A1)

Bandar Penawar akan berkembang dengan lebih pesat dan penduduk Bandar Penawar harus bersedia untuk menerima perubahan ini.

“Saya menjangkakan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan dating Bandar Penawar sekurang-kurangnya akan menjadi tempat tumpuan penempatan untuk ketiga-tiga pembangunan mega ini”. (A2)

“Satu perkembangan yang positif dan penduduk setempat perlu mengambil manfaat daripada pembangunan ini” (A3)

Bandar Penawar tidak mempunyai keistimewaan yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

67

“Nothing special in Bandar Penawar,I would rather send my guests to Sg Rengit for seafood” (B1)

“Pelancong yang tinggal di Resort sentiasa mencari sesuatu yang berbeza terutama yang tinggal lebih daripada 2 hari” Tetapi mereka tidak bersedia untuk menempuh perjalanan yang jauh” (B2)

4.5.2 Analisis Keupayaan Sumber Manusia

Beliau juga menyatakan kebimbangan sekiranya perkembangan Bandar Penawar tidak bergerak seiring dengan pembangunan yang akan dibangunkan terutamanya kesediaan modal insan penduduk sekitar terutamanya di Bandar Penawar. Beliau menegaskan bahawa :

”Saya hanya khuatir Bandar Penawar dan kawasan sekitarnya tidak dapat menyediakan modal insan yang secukupnya terutama diperingkat profesional dan pengurusan di dalam ketiga-tiga pembangunan mega ini. Kelemahan KEJORA adalah peruntukan yang disalurkan tidak setanding dengan agensi-agensi lain seperti Iskandar Regional Development Authotiry (IRDA)” (A1)

”Walaupun keupayaan dari segi bajet untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran agak terhad tetapi ia boleh dilaksanakan dengan konsep kolabrasi dengan institusi pengajian dan NGO.Kebimbangan saya adalah penerimaan penduduk setempat untuk berubah dan menyahut kehendak pembangunan ini.” (A2)

”Kami mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerja tempatan sama ada tenaga mahir ataupun tidak. Bekerja sehari sudah cabut ”(B1)

68

Sumber manusia adalah satu aset penting dalam industri pelancongan dan kesemua pengusaha meluahkan rasa kesusahan untuk mendapatkan semua peringkat tenaga kerja daripada rank and file hingga ke peringkat profesional.

”Apabila Desaru dibuka nanti kami memerlukan sekurang-kurangnya 200 pekerja untuk fasa pertama. Melalui pengalaman saya masalah utama untuk mencari kakitangan eksekutif dan pengurusan. Sesetengahnya bersedia untuk berkhidmat tetapi mempunyai masalah komunikasi dalam bahasa inggeris, walaupun lepasa ijazah”(B3)

”Janji Bio Desaru kepada kerajaan Negeri adalah tidak menggaji pekerja asing dan keutamaan kepada penduduk sekitar kerana kami tidak bercadang untuk menyediakan tempat tinggal. Mereka tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan Bio Desaru. Kesediaan penduduk disini untuk menceburi bidang perladangan menjadi tanda-tanya”(B4)

”Tiada masalah pekerja kerana hanya guna 6 orang saja. Mereka telah bekerja dengan kami lebih 10 tahun. Pergi kursus? Semua mereka yang kerja dengan kami ni sudah berumur dan sudah tidak berminat untuk kursus lagi (C1)

Kesemua pengusaha hotel sanggup untuk melatih tenaga kerja mereka untuk mengikuti kursus dan latihan berkaitan dengan perkhidmatan pelancongan. Antara beberapa kenyataan responden adalah seperti berikut :

” Pihak kami bersedia untuk melatih kakitangan samada ssecara dalaman atau ke pusat latihan untuk latihan jangka pendek bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Kami membuat caruman HRDF pada setiap bulan, sudah tentulah latihan dan kursus berkaitan boleh dilaksanakan tanpa ragu-ragu”(B2)

69

4.5.3 Analisis Kesanggupan Komuniti

Temubual telah dijalankan ke atas kepada Pengusaha Pelancongan, Pengusaha Makanan,dan Pengusaha Pengangkutan bertujuan untuk melihat sejauhmana keupayaan dan kesanggupan terhadap pelancongan secara tersurat dan juga tersirat.

”Buka kedai setiap haripun, pelanggan tidak ramai dan gaji pekerja kena bayar juga. Baik berniaga semasa hari bekerja sahaja. Hujung minggu akan dibuka kalau ada tempahan.” (C1)

4.5.4 Analisis Hasrat Dan Kemahuan Terhadap Bandar Penawar

Beliau berhasrat ingn menjadikan Bandar Penawar sebuah bandar perkhidmatan yang lengkap dan makmur. Beliau menjelaskan bahawa:

Bandar Penawar menjadi satu detinasi persinggahan untuk semua lapisan dan golongan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. (A1)

Kesemua pengusaha hotel menaruh harapan yang tinggi terhadap Bandar Penawar agar menjadi satu tempat One Stop Center bagi memudahkan urusan mereka dan pelancong yang bermalam dihotel mereka”

70

”Harap pusat informasi dapat dibuka 7 hari seminggu untuk membolehkan pelancong mendapat maklumat mudah dan tepat”(B1)

Harapan para peniaga supaya pihak KEJORA dapat merancang sesuatu untuk menghidupkan Bandar Penawar semoga lebih ceria dan meriah.

”KEJORA mungkin boleh adakan pasar karat di pusat bandar supaya ia lebih meriah terutama waktu malam yang suram”(C1)

4.5.5 Analisis Halangan dan Kelemahan Bandar Penawar

Beliau meluahkan rasa sedikit terkilan kerana pertumbuhan Bandar Penawar agak perlahan berbanding dengan Sg Rengit.

Bandar Penawar sepatutnya lebih dikenali dan maju daripada Sg Rengit kerana ia berhampiran dengan Desaru. KEJORA perlu mempertingkatkan lagi usaha supaya para pelabur yang telah dikurniakan tanah pelancongan di sini untuk mengusahakannya. Ini untuk merancakkan lagi pembangunan kawasan ini. (A1)

4.6 Analisa SWOT

Analisa SWOT ke atas Bandar Penawar adalah untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman dan potensi yang wujud di Bandar Penawar. Butiran analisis adalah seperti rajah di bawah:-

71

Jadual 4.12:Analisa SWOT Bandar Penawar Kekuatan Kelemahan . Tanah yang banyak untuk . Tidak tegas dalam penguatkusaan dibangunkan pembangunan tanah-tanah . KEJORA mempunyai kuasa pelancongan untuk merangka Rancangan . Tiada peruntukan untuk kerja- Pembangunan Bandar kerja penyelenggaraan dan . Hub Pendidikan penyeliaan kemudahan dan . Sumberjaya pelancongan yang fasiliti sedia ada banyak . Jalinan jalan laut yang tidak . Jalinan jalan darat yang baik konsisten dengan adanya Desaru . Tiada kemudahan untuk Expressway pelancong seperti travel agent dan . Hampir dengan Singapura money changer . Tiada aktiviti malam . Kedatangan pelancong yang bermusim

Peluang Ancaman . Pembangunan industri minyak . Kuasa Kerajaan Tempatan akan dan gas, Bio Desaru dan tamat pada pertengahan 2013. pelancongan Desaru Khazanah . Sistem pengangkutan feri yang . Limpahan daripada tidak menentu operasinya pembangunan Iskandar . Waktu operasi perniagaan makanan yang tidak konsisten . Operasi pengangkutan laut yang tidak konsisten

72

4.7 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab empat ini merupakan analisis tahap keberkesanan Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Berdasarkan soal selidik dan temubual yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa Bandar Penawar perlu menambahbaik perkhidamatan sedia ada dan untuk memastikan ia sentiasa seiring dengan tiga pembangunan mega yang sedang rancak dibangunkan.

4.8 Kesimpulan

4.8.1 Kemudahan Pengangkutan

Hasil analisa tidak menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap kemudahan darat terutama kepada pelancong domestik berbanding pelancong asing. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu titik beratkan kerana dalam tempoh 3 tahun akan datang jumlah pekerja dan pelancong dijangka akan meningkat kepada lebihkurang 6000 orang. Terminal bas dan teksi Bandar Penawar sebagai terminal utama di kawasan ini maka kemudahan pengakutan seperti bas mungkin perlu dilebarkan ke kawasan , Tanjung Pengelih dan Tanjung Belungkor.

Pelancong Singapura adalah komponen besar yang melancong di kawasan ini maka kemudahan pengangkutan laut perlu dipertingkatkan dengan menyediakan kemudahan feri kereta dan ia mestilah konsisten.

73

4.8.2 Kemudahan Makanan

Bandar Penawar kini mempunyai 30 buah kedai makanan tempatan dan sebuah restoran makanan segera. Kesemua kedai makanan ini menawarkan menu yang hampir sama seperti masakan melayu tradisional dan makanan ala thai. Daripada pemerhatian pengkaji hampir 70% kedai makanan ini beroperasi daripada jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang dan tidak beroperasi pada hujung minggu.

Kualiti perkhidmatan perlu dipertingkatkan lagi terutamanya pada hujung minggu dan hari kelepasan am kerana tempoh penyediaan makanan adalah lebih daripada 30 minit untuk setiap hidangan yang ditempah.

4.8.3 Modal Insan

Tahap perkhidmatan dari segi etika dan perilaku kakitangan hotel dan kedai makan terhadap pelanggan perlu ditingkat. Hasil daripada tinjauan yang dilaksanakan hampir 60% pekerja ini adalah lepasan sekolah dan tiada latihan formal diberikan.

4.8.4 Kemudahan Sokongan

Selain daripada itu Bandar Penawar juga perlu ada kemudahan asas untuk kemudahan pelancong seperti agensi pelancongan dan perkhidmatan tiket, pengurup wang dan pusat informasi yang beroperasi sepanjang minggu.

74

Selain daripada itu, Bandar Penawar perlu pelbagaikan aktiviti yang lebih santai dan menghiburkan terutama pada waktu malam. Penganjuran acara hiburan perlu diperhalusi, terancang, konsisten dan dipromosikan secara meluas dan teratur. Bandar Penawar perlu memperbanyakkan zon internet tanpa wayar dan memastikan juga mempunyai capaian yang laju. Pihak berkuasa tempatan harus sentiasa membuka peluang kepada mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta atau NGO untuk sama- sama membangunkan Bandar Penawar.

BAB 5 CADANGAN 75

BAB 5

CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bahagian ini akan memfokus kepada cadangan-cadangan untuk meningkatkan fungsi bandar pelancongan di kawasan kajian. Terdapat dua kategori cadangan iaitu pertama, cadangan penambahbaikan dan pembangunan kemudahan seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan makanan dan kemudahan sokongan manakala cadangan kedua adalah memantapkan pembangunan modal insan.

5.2 Cadangan Meningkatkan Fungsi Bandar Penawar Sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan

Sepertimana yang telah dianalisa di Bab 4 terdapat 4 kemudahan utama yang perlu ditambahbaik bagi menjadi Bandar Penawar sebuah bandar perkhidmatan yang ceria dan menjadi tumpuan kepada pelancong yang berkunjung ke destinasi pelancongan sekitarnya.

76

5.2.1 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Pengangkutan

Bagi memantapkan aksesibiliti ke Bandar Penawar beberapa kemudahan pengangkutan perlu dipertingkatkan seperti:

i. Menyediakan satu rangkaian perkhidmatan bas berjadual daripada Terminal Bas Bandar Penawar ke destinasi tarikan pelancong seperti Ostrisch Fram, Fruit Farm, Batu Layar, Tg Balau, Sedili dan Tg Belungkor

ii. Menyediakan pondok bas berjadual di semua kawasan yang dinyatakan di para 5.2.1 (i) untuk memudahkan pelancong mengetahui dan merancang perjalanan mereka.

iii. Kemudahan pengangkutan darat daripada Jeti Tg Belungkor dan Tg Pengelih mesti selaras dengan perkhidmatan feri bagi menyelesaikan rungutan kos pengangkutan yang tinggi dikenakan oleh teksi dan pengusaha hotel dan resort.

iv. Menyediakan kemudahan pengangkutan feri berkereta bagi meningkatkan lagi keselesaan pengunjung Singapura yang membawa kereta sendiri.

5.2.2 Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan

Bandar Penawar berpotensi untuk menjadi destinasi makanan untuk menyokong pembangunan pelancongan sekitar. Langkah pertama yang mesti diambil oleh pihak

77 berkuasa tempatan adalah memastikan waktu operasi yang tetap terutama pada hujung minggu atau cuti am dan menambahkan pelbagaian jenis menu yang ditawarkan.

Jadual 5.1: Perincian Cadangan Untuk Memantapkan Kemudahan Makanan Insentif untuk pemilik kedai Dicadangkan agar pihak berkuasa tempatan untuk makanan. memberi ganjaran dan insentif kepada peniaga yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan mengikut peraturan yang ditetapkan. a. Menyediakan satu sistem penilaian oleh pengguna terus kepada pihak KEJORA melalui laman sesawangnya. b. Penilaian pada setiap hujung tahun dan ini akan menentukan samada sewaan boleh disambung atau ditamatkan dan juga peniaga layak menerima pengurangan sewaan sebanyak 30% setahun sekiranya markah penilaian adalah 90% ke atas.

Pusat Makanan Eksotik di atas 1. Restoran Makanan Eksotik / Laut Terapung restoran terapung 2. Bangunkan di kawasan kolam berhampiran Medan Selera Bandar Penawar. 3. Menu berkonsepkan makanan laut, dan eksotik seperti belangkas dan siput gonggong.

Pusat Memancing dan DIY BBQ 1. Pelantar memancing di tapak takungan air Bandar Penawar berhampiran dengan Stadium Bandar Penawar. 2. Bangunkan di kawasan lapang bersebelahan sebagai tapak berkelah bergazebo dan kemudahan BBQ 3. Pengunjung dibenarkan untuk memasak hasil tangkapannya sendiri.

78

5.2.3 Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan

Antara cadangan untuk memantapkan pembangunan modal insan adalah seperti Rajah 5.1 manakala perincian untuk setiap cadangan adalah seperti Jadual 5.1.

Membangunkan 1 Kerjasama dengan 2 sebuah pusat INSTEDT, KPM, latihan kecantikan IKBN dan Kolej bersepadu bertaraf Komuniti antarabangsa

Rajah 5.1: Cadangan Untuk Memantapkan Pembangunan Modal Insan

Pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara perlu menjadi tunggak utama dalam memantapkan pembangunan modal insan secara kolobrasi dan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di wilayah ini seperti Institut Darul Takzim (INSTEDT), Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kolej Komuniti.

Selain itu, membangunkan sebuah pusat latihan kecantikan bersepadu bertaraf antarabangsa sebagai langkah pertama menarik pelancong ke Bandar Penawar. Ini bukan sahaja dapat meningkat mutu perkhidmatan tetapi ia juga dapat mengangkat martabat Bandar Penawar ke taraf antarabangsa.

79

Jadual 5.2: Perincian Cadangan Memantapkan Pembangunan Modal Insan Cadangan Penerangan Kerjasama dengan INSTEDT, 1. Menjalankan kajian keperluan latihan secara KPM, IKBN dan Kolej Komuniti menyeluruh bersama penyedia latihan dan pengusaha 2. Menyediakan modul kursus dan latihan mengikut kehendak pengusaha 3. Memantapkan kemahiran dalam bidang pelancongan 4. Penganjuran kursus pendek oleh institusi dan dibiayai oleh KEJORA 5. Menyediakan tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang pelancongan bagi menyahut keperluan pembangunan pelancongan sekitar terutamanya Khazanah/Desaru Development Corporation 6. Membudayakan Think Tourism Act Tourism

Membangunkan sebuah pusat Konsep Pembangunan: latihan kecantikan bersepadu -Menyediakan 6 jurusan kecantikan iaitu:- bertaraf antarabangsa  Jurusan Kecantikan Muka dan Badan  Jurusan Kecantikan Rambut  Jurusan Solekan  Jurusan Minyak Wangi  Jurusan Rias Kuku  Jurusan Operasi, Kewangan dan Pengurusan Spa -Mendapat akreditasi daripada jenama unggul dunia -Konsep yang sama telah dilaksanakan di NYC’s West Village, NoLitaand SoHo; Paris’ Haute Marais dan Montmartre

80

Sasaran Utama -Golongan remaja yang berminat dengan jurusan kecantikan -Pengusaha butik-butik kecantikan

Tempoh Pengajian -Kolej ini menawarkan tempoh pengajian selama 6 bulan hingga 1 tahun

Manafaat Yang akan Diperolehi: 1. Mencipta kelainan di Bandar Penawar dan yang pertama di Asia 2. Membawa masuk pelajar luar negara 3. Memberi peluang penduduk setempat untuk mendalami bidang kecantikan secara formal teratur dan diiktiraf antarabangsa

5.2.4 Cadangan Memantapkan Kemudahan Sokongan

Rajah 5.2 menunjukkan cadangan penambahbaikan dan pembangunan kemudahan yang perlu ada di Bandar Penawar sebagai sebuah Bandar perkhidmatan pelancongan. Manakala Jadual 5.3 menunjukkan perincian untuk setiap cadangan yang dikemukakan.

81

Perkhidmatan Pusat Informasi Berjadual

Pusat Agensi Pameran dan Pelancongan jualan dan Pemandu kraftangan Penambahbaikan Pelancong tempatan dan Pembangunan Kemudahan Sokongan

Menyediakan Pentas dewan Kebudayaan konvensyen dan Kesenian

Rajah 5.2: Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan Kemudahan Sokongan

Jadual 5.3: Perincian Cadangan Penambahbaikan dan Pembangunan Kemudahan Cadangan Penerangan Pusat Pameran dan jualan 1.Membantu mengetengahkan produk kraftangan kraftangan tempatan tempatan secara secara teratur.

2. Memastikan kualiti kraftangan yang dihasilkan konsisten

3. One Stop Center kraf dan akan menjadi daya tarikan pelancong

Pusat Informasi Yang berjadual Pusat informasi hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Waktu operasi pula mengikut

82

waktu pejabat. Oleh yang demikian adalah wajar untuk menetapkan waktu operasinya pada setiap hari mulai 9.00 pagi hingga 6 petang. Agensi Pelancongan dan 1. Agensi Pelancongan bagi membantu promosi dan Pemandu Pelancong koordinasi perjalanan pelancong di Wilayah ini.

2. Pemandu pelancong untuk menjadikan setiap kunjungan menjadi lebih bermakna dan bermanafaat.

Pentas Kebudayaan dan 1. Bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor Kesenian dengan mengadakan persembahan dan pementasan kebudayaan pada setiap Sabtu dan Ahad.

2. Pembangunan sekitar tidak menyediakan kemudahan seumpamanya.

Menyediakan dewan konvensyen 1. Selain daripada pelancongan, Bandar Penawar juga mempunyai institusi pendidikan yang mempunyai lebih daripada 1000 pelajar dan ini perlu untuk majlis graduasi

2. Dewan ini juga akan dapat menampung persidangan dan konvensyen industry pelancongan serta minyak dan gas

Kemudahan membeli belah 1. Penawar Street Bazaar Pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Jualan ubatan tradisional, peralatan tradisional lama dan perhiasan.

2. Gedung Membeli belah Keluarga MYDIN

Pusat Hiburan dan Riadah 1. Panggung Wayang dan Pusat Karaoke Akan membantu menceriakan Bandar Penawar dengan populasi pelajar IPT dan pekerja-pekerja

83

daripada 3 pembangunan mega yang hanya mendapat cuti satu hari cuti mingguan sahaja dan tiada kenderaan persendirian.

2. Spa Fitness and Wellness Center Sinonim dengan nama Penawar, seharusnya sebuah pusat sebegini adalah amat diperlukan bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga penduduk setempat.

5.3 Rumusan

Bab ini dirumuskan dengan beberapa cadangan dalam usaha untuk meningkatkan funsi Bandar Penawar sebagai Bandar Perkhidmatan Pelancongan.. Antara cadangan yang telah dicadangkan adalah pertama memantapkan pembangunan modal insan. Kedua, dicadangkan pembangunan kemudahan tambahan yang unik bagi menarik pelancong ke Bandar Penawar. Akhir sekali adalah dicadangkan dengan pembentukkan Jawatankuasa Pemantau dan Penilai iaitu sebuah badan bebas untuk menilai kebekesanan kemudahan di bandar perkhidmatan pelancongan Dengan adanya cadangan ini, diharapkan fungsi bandar perkhidmatan pelancongan di kawasan kajian akan bertambah baik dan berupaya menarik pelancong serta penduduk untuk terus singgah ke kawasan kajian.

BAB 6 PENUTUP 84

BAB 6

PENUTUP

Bab terakhir ini akan merumuskan keseluruhan kajian. Ia dimulakan dengan isu- isu utama di mana melibatkan fungsi Bandar Perkhidmatan Pelancongan. Isu utama adalah kekurangan kemudahan dan fasiliti yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan industri pelancongan. Walaupun di dalam kawasan kajian telah disediakan kemudahan dan fasiliti asas, namun kegagalan untuk dikawal selia menyebabkan imej Bandar Penawar terjejas. Selain daripada itu juga, dengan pembangunan mega yang sedang dimulakan dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya pada tahun 2014, keperluan modal insan professional, mahir dan separuh mahir diperlukan. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) harus agresif untuk memastikan keperluan tenaga kerja, perumahan dan lain-lain ditangani dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun terdapat batasan-batasan tertentu dalam perlaksanaan ini termasuklah sumber kewangan dan kesediaan pihak kerajaan tempatan dan penduduk sekitar Justeru diharap cadangan yang dikemukan ini akan dapat membantu untuk memeriahkan Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan dan menjadi tumpuan pelancong domestik dan juga pelancong asing. Agensi yang terlibat seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) perlulah bertindak dengan memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kemudahan dan fasiliti seiring dengan pembangunan baru disekitar.. Akhir sekali diharap Bandar Penawar dapat berfungsi sebagai bandar perkhidmatan pelancongan yang dikenali seluruh dunia.

RUJUKAN 85

SENARAI RUJUKAN

Ashworth, G., (2009). Questioning the Urban in Urban Tourism. Springer Dordrecht Heidelberg London: New York.

Badrul Hisham Baharuddin (2009). Pengurusan Bandar: Bimbingan PTK.

Biro Inovasi (1995) Kajian Pelan Pembangunan Wilayah Kecil Pengerang,Biro Inovasi dan Perundingan

Busch, R., (2004). Tourism Development Framework: Tourism Spatial Framework, City of Cape Town. National Geographic Traveler.

European Commission (2003). A Manual for Evaluating the Quality Performance of Tourist Destinations and Services, Enterprise DG Publication, Luxembourg.

Heeley J, (2011). Inside City Tourism A European Perspective. Channel View Publications Bristol Buffalo Toronto

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2001). Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Rekabentuk Imej Bandar Malaysia, Semenanjung Malaysia.

Judd D R (2003) The Infrastructure of Play Building the Tourist City M.E Sharpe Armonk New York London England

Judd, D. R and Fainstein S. S, (1999). The Tourist City. Yale University Press New Haven and London

Manente, M., (2005). Key Challenges for City Tourism Competitiveness. University Ca’ Foscari of Venice. 86

Mazanec J A and Wober K W., (1997). Analysing International City Tourism Springer Wien: New York.

McColl, K.JR., Kiel, G.G., Lusch, R.F., and Lusch, V.N., (1994). Marketing: Concepts and Strategies, Acumen Overseas Pte. Ltd, Singapore.

Mondy R. W (2008) Human Resource Management Pearson International Edition

Page S., (1995). Urban Tourism. Routledge Topics in Tourism

Pearce, D (1992) Tourist Development Longman Scientific & Technical

Perry, D.C. , (2003). Urban Tourism and the Privatizing Discourses of Public Infrastructure. Business Park Drive, Armonk, New York.

Smith S L J (1995) Tourism Analysis A Handbook Addison Wesley Longman Limited

The Eurocouncil of the European Bureau (2009). Safety is Highest Priority for Europeans on Holiday, FIA European Bureau.

Town and Country Planning: Organisation Social Infrastructure Planning Division (2001) : Definitions of Town / City and Urban Agglomeration, India. LAMPIRAN LAMPIRAN 1 A STUDY ON SERVICE TOWN: Case Study: Bandar Penawar Master of Tourism Planning, UTM

SECTION A: TOURIST PROFILE SECTION C: GENERAL PERCEPTION Please tick ( / ) your answer Please tick ( / ) your answer 1. Sex 1. Source of Information About Bandar Penawar

..... Male ..... Female ..... Friends and relatives ..... Internet 2. Age ..... Hotel ..... Others (Please ..... Travel Agent specify:...... ) ..... < 18 year ..... 41-55 year 2. Intention to Visit ..... 18-30 year ..... > 56 year ..... 31-40 year While on holiday in DESARU, have you intend to visit 3. Origin Bandar Penawar ..... Yes ..... No ..... Domestic (Please specify :...... ) (If no, please proceed to question no. 4) ..... International (Please specify :...... ) 3. Frequency of visit 4. Occupation ..... First time ..... More than 1 (Please ..... Professional ..... Retiree specify:...... ) ..... Government Servant ..... Self Employed ..... Technical & related ..... Unemployed 4. Motivations of Visit Bandar Penawar ..... Sales and related ..... Others (Please ..... Rest and relaxation ..... Student specify:...... ) ..... Culture and Heritage 6. Income ..... Entertainment ..... Eco ..... RM10,000 ..... Others (Please specify:...... ) ..... RM3,001-RM5,000 ..... Tiada pendapatan 5. Facilities you could find in Bandar Penawar SECTION B: TOURIST BEHAVIOUR ..... Public Transport ..... Banking Please tick ( / ) your answer ..... Sundry shop ..... Clinic ..... Internet ..... Others 1. Length of Stay ..... Food Outlet (Please ..... Laundry Specify:...... ) ..... Day trip ..... 5 days ..... 2 days ..... 6 days 6. Facilities preferred when travelling base on ..... 3 days ..... > 1week priority ..... 4 days i...... 2. Number of persons travel with you ii...... iii...... iv...... 3. Travelling with v...... Alone ..... Friend 7. What makes Bandar Penawar different from other ..... With Spouse ..... Family service town that you have visited ..... Business ..... Others (Please ..... Club / Associations Specify:...... ) ...... 4. Purpose of Visit ...... Relax ..... Seminar ..... Picnic ..... Food ..... Business ..... Culture 8. Suggestion to improve the facilities in Bandar ..... Visit Friend and ..... Others (Please Penawar

Relative specify:...... ) ...... Membeli-belah ...... 5. Resort / Chalet where you stayed ...... Lotus Desaru ..... Penawar Inn ..... Pulai Desaru ...... Others ..... Desaru Damai (Specify:...... ) ..... Pelangi Balau ..... Day trip SECTION D: TOURIST PERCEPTION (Please circle your answer)

PERCEPTION 1: Strongly Disagree 2: Disagree 3: Neutral 4: Agree 5: Strongly Agree BANDAR PENAWAR PERCEPTION 1. Accomodation . Easy to access 1 2 3 4 5 . Good value for money 1 2 3 4 5 . High quality of service 1 2 3 4 5 . Friendly and warm hospitality from staff 1 2 3 4 5 2. Food and Beverages . Easy to access 1 2 3 4 5 . Variety of food 1 2 3 4 5 . High level of hygience and cleanliness 1 2 3 4 5 . High quality of services 1 2 3 4 5 3. Entertainment . Well promoted for organized event at Dataran Bandar Penawar 1 2 3 4 5 . Adequate frequency of organized event (once every 2 months) 1 2 3 4 5 4. Internet . Availability of WIFI spot and cyber cafe 1 2 3 4 5 . High speed of connection 1 2 3 4 5 5. Banking . Easy to access 1 2 3 4 5 . Adequate banking facilities (ATM, Cheque Deposit, Money changer) 1 2 3 4 5 6. Information . Availability of tourist information 1 2 3 4 5 . Adequate signages and brochures 1 2 3 4 5 . Friendly and warm hospitality 1 2 3 4 5 7. Transport . Good local transportation 1 2 3 4 5 . Reasonable fare 1 2 3 4 5 8. Security and safety . High level of personal safety 1 2 3 4 5 . Flexible clinic’s operation hours 1 2 3 4 5 LAMPIRAN 2

SOALAN TEMUBUAL

A) LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA

1. Apakah fungsi kewujudan Bandar Penawar dan adakah ia memenuhi ciri-ciri sebuah bandar perkhidmatan pelancongan?

2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang KEJORA terhadap Bandar Penawar?

3. Apakah kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman Bandar Penawar sebagai bandar perkhidmatan pelancongan?

4. Adakah kekerapan program Hiburan Malam Minggu di Dataran Bandar Penawar mencukupi? B) Usahawan (Soalan Berpandukan Pengurusan Sumber Manusia)

i. PENGUSAHA RESTORAN

1. Berapa jumlah pekerja dan bilangan penduduk Bandar Penawar yang terlibat?

2. Apakah keperluan sebenar pekerja?

3. Adakah pekerja ini telah menjalani latihan atau kursus berkaitan pengendalian makanan?

Sekiranya BELUM PERNAH, adakah pekerja ini sanggup sekiranya dihantar untuk menjalani latihan?

ii. PENGUSAHA HOTEL

1. Berapakah jumlah pekerja keseluruhan dan bilangan penduduk Bandar Penawar yang bekerja disini?

2. Adakah pihak hotel ada membuat perancangan untuk latihan dan kursus untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pekerja?

3. Adakah pekerja-pekerja ini mudah menerima latihan yang diberikan?

4. Adakah pihak hotel mempunyai masalah tempat tinggal untuk pekerja- pekerja yang datang dari luar Desaru?

5. Adakah pihak hotel menyediakan perkhidmatan pengangkutan sendiri untuk membawa kakitangan dari Bandar Penawar, dan kawasan yang berhampiran untuk datang bertugas?

6. Adakah pihak hotel menggunakan khidmat pengangkutan luar untuk membawa pelancong sekiranya diperlukan?

iii. PENGUSAHA PENGANGKUTAN

1. Kekerapan pelancong menggunakan perkhidmatan ini dalam sebulan?

Bas dalaman:

Bas antara kota:

Teksi:

Persendirian:

2. Adakah mempunyai masalah komunikasi dengan pelancong asing?

Bas dalaman:

Bas antara kota:

Teksi:

Persendirian: