DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 5 SEPTEMBER 2006, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 59

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1133-L6662 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan persiapan-persiapan yang telah dan sedang diambil untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Iban di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah di Malaysia.

2. PR-1133-L5946 Tuan Jawah Anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha bagi menggalakkan pengeluaran hasil dan peningkatan pendapatan petani- petani tradisional di seluruh negara serta perubahan dari segi polisi yang dijalankan oleh Kerajaan khasnya dari segi bantuan kewangan yang diberikan kepada petani-petani moden.

3. PR-1133-L6334 Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Bin Tun Said [ Kota Belud ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa Kerajaan tidak mengawal penggunaan nama- nama jalan, tempat, bangunan dan sebagainya supaya lebih bercirikan Malaysia kerana pada masa ini imej negara tidak langsung dicerminkan menerusi nama-nama yang bercirikan Malaysia tetapi lebih kepada nama-nama Inggeris.

4. PR-1133-L5788 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) semua projek Kerajaan dikecualikan daripada kehendak penyediaan Laporan Kesan Kajian Alam Sekitar (EIA). Jika ya, nyatakan dalam peruntukan undang-undang mana; dan

2 AUM DR 05/09/2006

(b) Laporan Kesan Kajian Alam Sekitar (EIA) telah diperolehi sebelum pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; pemindahan penduduk Kampung Sri Tanjung ke Kampung Maang dan pemotongan Bukit Vor di Putatan.

5. PR-1133-L5792 Tan Sri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah peruntukan dan kejayaan "Kempen Keselamatan Jalan raya" dan apakah masalah-masalah yang dihadapi, jika ada.

6. PR-1133-L6466 Dato’ Tan Lian Hoe [ ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes rogol dan rogol bunuh pada tahun 2004 hingga 2006 serta hukuman yang dikenakan kepada penjenayah rogol tersebut.

7. PR-1133-L6854 Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa banyakkah kontraktor yang dikenakan tindakan tarik balik projek dalam RMK-8 dan perunding yang tidak mematuhi kod etika perundingan yang telah digantung lesen dalam projek RMK-8 di bawah Kementerian ini.

8. PR-1133-L6740 Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran sekarang gagal memupuk semangat hormat menghormati dan kasih sayang di kalangan pelajar.

9. PR-1133-L6702 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pampasan Skim Pemisahan Sukarela (Voluntary Separation Scheme) (VSS) yang dibayar oleh syarikat Proton terhadap pekerjanya dan bilangan pekerja yang terlibat. Sila nyatakan macam manakah cara mengurangkan jumlah pekerja melalui sistem VSS akan menguatkan Syarikat Proton.

10. PR-1133-L5828 Tuan Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana kempen memasang lampu kenderaan di siang hari satu ketika dulu berkesan mencegah kemalangan jalan raya dan kenapakah ianya dihentikan.

11. PR-1133-L6752 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keadaan kesihatan awam dan rawatan perubatan serta permasalahan yang timbul. Apakah bilangan pesakit dalam dan luar bagi lima tahun ini.

3 AUM DR 05/09/2006

12. PR-1133-L6574 Dato' Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama dan bahasa ilmu terjejas serta jatuh ke tempat kedua setelah dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhnya hingga ke peringkat universiti.

13. PR-1133-L5549 Dato' Chor Chee Heung [ Alor Star ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tentang kebaikan dan keburukan di mana Sijil Layak Menduduki (CF) dikeluarkan oleh pihak arkitek atau jurutera perunding dan bukan lagi pihak PBT seperti lazimnya bagi sesebuah rumah atau rumah di bawah skim perumahan. Adakah cadangan ini selaras dengan cara yang diikuti di negara- negara maju.

14. PR-1133-L5702 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kakitangan Kerajaan berpangkat Pengarah dalam Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pensyarah di Universiti Awam daripada suku kaum India, Kadazandusun, Iban, Bidayuh, Orang Asli dan Cina di negara kita.

15. PR-1133-L6027 Datuk Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pada tahun 2004, Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan pembinaan kompleks sukan komuniti berharga RM2 juta pada tiap-tiap kawasan Parlimen. Hingga hari ini berapakah jumlah yang telah dilaksanakan dan di mana.

16. PR-1133-L6162 Tengku Razaleigh Bin Tengku Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan jumlah sebenar pendatang asing pada Disember 2005 dan berikan pecahan secara terperinci jumlah pendatang "haram" dan "halal" dari tiap-tiap negara asal mereka (sehingga sekarang ini) dan kesannya ke atas kesihatan rakyat, ekonomi dan keselamatan negara.

17. PR-1133-L6045 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan indeks jenayah untuk enam bulan pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas bagi setiap negeri. Nyatakan apakah sebabnya indeks jenayah seksual seperti rogol dan ragut semakin meningkat dan apakah langkah untuk mengurangkan jenayah-jenayah ini.

4 AUM DR 05/09/2006

18. PR-1133-L6193 Dato' Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan memandangkan sambutan Hari Kemerdekaan di Peringkat Kebangsaan dan Negeri pada setiap tahun disambut dengan begitu meriah dan melibatkan kos yang tinggi, adakah Kerajaan bercadang mengadakan sambutan kemerdekaan yang meriah bagi dinikmati oleh masyarakat luar bandar pada tahun ini di setiap Kawasan Parlimen.

19. PR-1133-L6118 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasi masalah penipuan dan penyalahgunaan cara berniaga oleh individu- individu dan syarikat-syarikat tertentu yang menyalahgunakan cara perniagaan mirip jualan langsung seperti peraduan "gores dan menang" yang melibatkan orang ramai kerugian wang dan harta.

20. PR-1133-L6288 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah rancangan Kementerian untuk membina pusat-pusat serenti di negeri Sabah, terutamanya di Sandakan dan Tawau memandangkan kini hanya ada satu yang wujud di negeri tersebut, iaitu yang terletak di Kimanis.

21. PR-1133-L6814 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah kepentingan ekonomi bukan Bumiputera akan terjejas apabila terlaksananya "Guidelines on Foreign Participation in Distributive Trade and Services".

22. PR-1133-L6412 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menubuhkan satu Suruhanjaya melibatkan wakil-wakil media cetak dan elektronik untuk menjalankan satu kajian bersesuaian terhadap PPPA dengan terma rujukan spesifik untuk memberi lebih kebebasan media.

23. PR-1133-L5904 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan butir-butir perjanjian TNB dengan IPP dalam hal menjana, membekal elektrik dan subsidi bahan api. Bilakah tempoh tamat perjanjian dan strategi runding semula supaya menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak.

24. PR-1133-L5854 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa banyak lif bangunan tinggi terabai daripada pemeriksaan dan kebanyakannya juga gagal mempamerkan sijil pemeriksaan berkenaan. 5 AUM DR 05/09/2006

25. PR-1133-L6433 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan peminjam dan jumlah pinjaman PTPTN yang diberikan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS bagi sesi 2006/2007. Apakah kriteria khusus pemilihan peminjam. Bagaimanakah Kerajaan memastikan 'sustainability' PTPTN memandangkan jumlah pinjaman kian meningkat.

26. PR-1133-L6000 Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) bila dan di mana pembinaan sekolah Tamil dan Cina dijalankan di bawah RMK-9; dan

(b) jumlah guru untuk mengatasi masalah kekurangan mereka di sekolah Cina dan Tamil.

27. PR-1133-L5677 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan bekas tanah Syarikat Telekom Malaysia di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dan siapakah pemilik baru dan apakah usaha untuk memajukan tanah tersebut.

6 AUM DR 05/09/2006

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Kewangan 2006

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat pada mesyuarat ini.

7 AUM DR 05/09/2006

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 32/2006) Rang Undang-undang Perbekalan 2007 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ”. (4 September 2006)

DAN

Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan:

“ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh enam bilion lima ratus sepuluh juta dua ratus sembilan belas ribu ringgit (RM46,510,219,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2007, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2007, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2006, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan. "

Menyambung semula perbahasan atas masalah (4 September 2006)

2. (D.R. 25/2006) Rang Undang-undang Pusat Jagaan Bacaan Kali (Pindaan) 2006 Yang Kedua

3. (D.R. 27/2006) Rang Undang-undang Suruhanjaya “ Koperasi Malaysia 2006

4. (D.R. 28/2006) Rang Undang-undang Bank Kerjasama “ Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas)(Pindaan) 2006

5. (D.R. 30/2006) Rang Undang-undang Perbadanan Tabung “ Pendidikan Tinggi Nasional (Pindaan) 2006

6. (D.R. 31/2006) Rang Undang-undang Ahli Parlimen “ (Saraan) (Pindaan) 2006

7. (D.R. 31/2006) Rang Undang-undang Hakmilik Anak “ Negeri Labuan 2006

8. PR-1133-U5614 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyedari hakikat bahawa wujudnya kekeliruan tentang cadangan membina pusat latihan Sukan Prestasi Tinggi di London yang dijangka akan menelan berjuta-juta ringgit yang melibatkan wang pembayar cukai.

8 AUM DR 05/09/2006

Dan menyedari hakikat bahawa sekolah di negara kita menjadi gedung yang terdekat, mudah dan berkesan, mengumpulkan anak-anak muda untuk menjalankan latihan sukan tetapi masih kekurangan kemudahan padang, dewan serba guna dan peralatan yang sesuai untuk latihan sukan.

Maka dengan ini Dewan ini membuat ketetapan menangguhkan cadangan membina pusat latihan sukan di London dan bajet yang akan dicadangkan untuk pembinaan prasarana sukan di luar negeri itu digunakan untuk membina seberapa banyak padang dan dewan serba guna sekolah dalam negara kita untuk tujuan pembangunan sukan menerusi sekolah-sekolah bagi merealisasikan tahap kegemilangan sukan negara dalam jangka masa panjang. "

9. PR-1133-U5617 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyedari suatu pelan tindakan pragmatik untuk menggalak, memupuk persefahaman dan hubungan harmoni yang lebih erat di kalangan rakyat berbilang kaum perlu bermula dari sektor awam.

Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan mengkaji semula kaedah dan sistem pengambilan kakitangan perkhidmatan awam supaya komposisi kaum di kalangan kakitangan Kerajaan mencerminkan komposisi kaum di negara ini dan sasaran pengambilan adalah juga untuk menggalakkan integrasi nasional di setiap agensi Kerajaan. "

10. PR-1133-U5623 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyedari akan kewujudan SJK (Tamil) Ladang Seaport, Selangor sejak tahun 1950an yang telah memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak muda.

Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas sekolah berkenaan yang masih terletak di atas tapak sementara, Jalan SS7/4, Kelana Jaya. Walaupun dikelilingi oleh bangunan rumah banglo mewah, sekolah berkenaan kini dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan kegagalan pihak-pihak berkaitan melaksanakan perjanjian untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan di tapak tetap, Kampung Lindungan, PJS 6, Petaling Jaya.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar agensi-agensi Kerajaan berkaitan dan pihak-pihak bertanggungjawab digesa mengambil tindakan segera memulakan pembinaan sekolah tersebut secepat mungkin. " 9 AUM DR 05/09/2006

11. PR-1133-U5631 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan membuat perancangan segera untuk mempertingkatkan kesepaduan sistem pengangkutan awam dan memperkembangkan jajaran perkhidmatan LRT/ERL ke kawasan pertumbuhan pesat dalam usaha mengurangkan kesesakan di kawasan terlibat, termasuk kawasan Puchong, Bandar Sunway, USJ dan Subang Jaya. "

12. PR-1133-U5637 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil iktibar tentang perlunya Pihak Berkuasa Tempatan mengambil alih tapak kawasan lapang untuk kegunaan rekreasi awam selepas sesuatu pemajuan perumahan disempurnakan.

Dan menyedari hakikat bahawa masih terdapat kawasan lapang yang belum diambil alih oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Maka dengan itu Dewan ini mengambil ketetapan menggesa Kerajaan meneliti dan menyiasat bagaimana tapak Taman Subang Ria, Lot 17394, Mukim Damansara diberi hak milik kepada pemaju. "

13. PR-1133-U5643 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini melahirkan rasa penuh keyakinan dan pengiktirafan ke atas prestasi baik yang ditunjukkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iaitu satu jabatan yang telah ditubuhkan untuk mengurus hal ehwal agama Islam, sebagai agama Persekutuan, seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan, menangani pelbagai masalah dan cabaran memajukan agama Islam di negara kita, termasuklah menangani ajaran sesat dan soal-soal akidah yang berkaitan.

Bahawa Dewan ini menyedari hakikat bahawa agama-agama yang dianuti oleh kira-kira 40% rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga menghadapi pelbagai cabaran yang bersangkut-paut dengan pemupukan akidah serta mengerjakan ibadat agama mereka.

10 AUM DR 05/09/2006

Bahawa Dewan ini menerima baik pembelaan Kerajaan terhadap kebajikan kerohanian rakyat tanpa mengira kepercayaan dan agama, dan menerima hakikat bahawa kerohanian rakyat semakin tercabar dengan ledakan teknologi maklumat yang terlalu meluap-luap, di samping kewujudan anasir-anasir yang menjatuhkan moral dan akhlak rakyat; Bahawa Dewan ini menyahut dan menyokong seruan YAB Perdana Menteri, bersama-sama membela rakyat dan membina rakyat Malaysia demi memantapkan usaha pembangunan modal insan negara kita.

Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi agar sebuah agensi Kerajaan ditubuhkan untuk mengurus hal ehwal agama-agama lain di negara kita. "

14. PR-1133-U5647 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini merakamkan keprihatinan di atas kekeliruan sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum di atas kewujudan peraturan yang menghindar penganut agama tertentu menggunakan perkataan seperti Allah, Iman, Wahyu, Rasul, Al-kitab, Doa, Nabi, Injil, Firman, Syukur, Imam dan sebagainya;Maka dengan ini Dewan ini membuat resolusi meminta Kerajaan menghapuskan kekeliruan tersebut sekaligus memastikan kebebasan beragama terus terpelihara ."

15. PR-1133-U5695 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengutuk tindakan melampau Israel melakukan serangan-serangan ketenteraan ke atas sasaran-sasaran awam di Wilayah Palestin dan Lubnan yang menyebabkan kematian ratusan rakyat tidak berdosa dan menggesa Malaysia mempengaruhi PBB dan negara sekutu Israel menghentikan serangan dan provokasi Israel ke atas rakyat negara-negara Palestin dan Lubnan untuk membawa mereka ke meja rundingan sesuai dengan peranan Malaysia sebagai ketua NAM dan OIC bagi menyekat lebih banyak pertumpahan darah. "

16. PR-1133-U5696 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menggesa PDRM, DBKL dan agensi lain termasuk masyarakat memperhebatkan gerakan membasmi kegiatan "mat rempit" pada waktu malam sekitar ibu negara yang menjadikan jalan utama sebagai litar perlumbaan haram dan membasmi gejala sosial mereka yang lain dan menyalurkan mereka kepada kegiatan yang sihat. "

11 AUM DR 05/09/2006

17. PR-1133-U5697 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan menggesa Kerajaan memberhentikan amalan diskriminasi ke atas wakil rakyat pembangkang dengan mengadakan peruntukan khas tahunan untuk Ahli Parlimen Pembangkang, di bawah RMK-9, sebagaimana yang diterima oleh Ahli-ahli Parlimen BN, dengan tujuan untuk menyalurkannya kepada rakyat yang datang mengadu kepada Ahli Parlimen, dalam bentuk bantuan kebajikan, kecemasan, pendidikan permohonan projek kecil dalam kawasan parlimen masing-masing. Para pengadu merasa hampa bila aduan tidak dapat dilayan lantaran wakil rakyat pembangkang tiada peruntukan khas. Tindakan menyalurkan peruntukan khas itu kepada pertubuhan-pertubuhan lain yang bukan Ahli Parlimen dan tanpa persetujuannya adalah satu penafian hak ke atas wakil rakyat dan para pengundi yang diwakili. "

18. PR-1133-U5698 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan menggesa Kerajaan memberikan kelulusan khas kepada pemohon-pemohon kewarganegaraan yang telah tinggal lama di Malaysia dan telah lama memohon kewarganegaraan tetapi ditolak atas sebab teknikal sahaja ataupun di dalam proses pertimbangan dengan syarat-syarat tertentu seperti ada sumbangan kepada negara dan tidak terbabit dalam jenayah."

19. PR-1133-U5734 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menerima hakikat bahawa, ratusan batang jalan raya kawalseliaan Kerajaan negeri Sabah yang berada dalam keadaan yang buruk dan menerima hakikat bahawa Kerajaan Negeri Sabah yang tidak mengizinkan untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut. Maka, ribuan kampung di negeri Sabah yang amat memerlukan perhubungan di antara kampung tersebut dengan Jalan utama. Maka, Dewan ini hendaklah membuat ketetapan meminta, Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan, melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya mengambil langkah-langkah positif untuk mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri Sabah untuk mendapatkan peruntukan yang mencukupi yang akan digunakan untuk menaik taraf Jalan-jalan Raya (JKR) Negeri di bawah program Jalan Luar Bandar (JALB). "

12 AUM DR 05/09/2006

20. PR-1133-U5737 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan menolak penjelasan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kononnya faktor utama penyebab pertumbuhan penduduk Sabah yang sungguh luar biasa (iaitu bertambah hampir 500% bagi tempoh tahun 1970 hingga tahun 2000), ialah pemberian kad-kad pengenalan dan surat beranak kepada penduduk asli di pedalaman yang dulunya tidak ada dokumen tersebut melalui khidmat bergerak Jabatan Pendaftaran Negara. Jawapan Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tersebut semasa menjawab ucapan Penangguhan oleh Yang Berhormat Tuaran pada Julai 2006 tidak mempunyai asas yang kukuh sebab, kalaulah faktor itu benar maka sepatutnya, penduduk Sarawak juga mengalami pertumbuhan penduduk yang luar biasa seperti Sabah.

Tetapi setakat tahun 2005, penduduk Sarawak sudah hampir satu juta orang ketinggalan dengan Sabah. Alasan yang sering diberikan kononnya penduduk Sabah terlalu subur berbanding dengan negeri- negeri lain juga tidak berasas sama sekali. Tidak ada fakta-fakta perangkaan kelahiran anak yang mendokong alasan tersebut. Oleh sebab itu maka, Kerajaan sebagai sebuah Kerajaan yang serius menegakkan integriti dalam pentadbirannya dan juga dalam kesemua urus tadbir termasuklah dalam pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. Maka Dewan Yang Mulia ini, hendaklah membuat ketetapan meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia menubuhkan satu Siasatan diRaja untuk menyiasat bagaimana pertambahan penduduk yang luar biasa itu telah berlaku dan juga membuat cadangan-cadangan bagaimana memperbetulkan perangkaan kependudukan Malaysia khususnya di Sabah.

Dewan ini juga hendaklah membuat ketetapan menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Urus tadbir Kewarganegaraan."

21. PR-1133-U5739 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini hendaklah membuat ketetapan minta Kerajaan membuat penyiasatan dan seterusnya mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap perbezaan harga getah yang dijual oleh para pekebun kecil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Ketetapan ini perlu disegerakan untuk mengelakkan daripada adanya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan perbezaan harga belian getah tersebut untuk kepentingan politik mereka. "

13 AUM DR 05/09/2006

22. PR-1133-U5742 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini hendaklah membuat ketetapan untuk memastikan langkah-langkah pembudayaan, kecemerlangan di setiap institusi pendidikan bermula daripada Tadika/Tabika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, sehinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi. Dalam konteks ini, kepimpinan di setiap institusi tersebut khususnya kepimpinan yang berwibawa di kalangan Guru-guru Besar dan Pengetua-Pengetua memainkan peranan yang amat tinggi. "

23. PR-1133-U5744 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya pihak Kerajaan Persekutuan memastikan agar setiap jalan kelolaan Majlis Daerah sentiasa diberi peruntukan yang mencukupi melalui peruntukan MARRIS. Dan pada masa yang sama pemantauan hendaklah dibuat dengan rapi agar penyelenggaraan jalan-jalan MARRIS dijalankan oleh syarikat pelaksana mengikut jadual. Dan mana-mana syarikat pelaksana yang gagal pihak Kerajaan Persekutuan hendaklah meminta pihak Kerajaan Negeri supaya pelaksanaan projek dijalankan dengan berwibawa, amanah dan jujur. "

24. PR-1133-U5746 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini hendaklah membuat ketetapan agar jaminan kebebasan beragama yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan hendaklah sentiasa dipelihara melalui pelaksanaan undang-undang yang tegas. Setiap tindakan oleh mana-mana pihak termasuklah Kerajaan-Kerajaan negeri yang melaksanakan program yang berunsur paksaan dan tekanan mengikuti mana-mana agama dan kepercayaan hendaklah dihentikan sejajar dengan prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara. "

25. PR-1133-U5756 Datuk Madius Bin Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini hendaklah membuat ketetapan supaya Kerajaan memberi contoh teladan yang baik dalam melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Environmental Quality Act) 1985 dan undang-undang yang berkaitan dengan perlunya dibuat laporan EIA sebelum mana- mana projek dilaksanakan terutama sekali projek Kerajaan. "

14 AUM DR 05/09/2006

26. PR-1133-U5808 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dewasa ini semakin mencabar dan penting dalam memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Dan mengambil maklum bahawa skop peranan PIBG dewasa ini bukan sahaja merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan persatuan sahaja, malah juga merangkumi hal-hal seperti mencari dana tambahan bagi membayar gaji Cikgu Tambahan.

Dan mengambil maklum bahawa kekurangan dana telah membantutkan aktiviti PIBG. “

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar memberikan PIBG kontrak penyelenggaraan sekolah misalnya kontrak memotong rumput dan pembersihan kawasan sekolah agar PIBG dapat mengumpul dana yang cukup bagi menampung aktiviti mereka."

27. PR-1133-U5816 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa penyertaan kaum bumiputera di Sabah dalam aktiviti perniagaan dan industri masih agak rendah berbanding dengan sasaran yang disasarkan dalam Wawasan 2020.

Dan mengambil maklum bahawa punca utama yang menyebabkan jurang ini, adalah masyarakat perniagaan dan perindustrian bumiputera di Sabah menghadapi masalah kekurangan modal dan mendapat modal. Dan mengambil maklum bahawa skim-skim mikro kredit yang disediakan oleh Kerajaan adalah sukar mereka perolehi. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar satu sistem kuota dibuat khas bagi masyarakat perniagaan dan perindustrian bumiputera di Sabah, agar mereka juga dapat memperoleh manfaat hasil daripada kemajuan ekonomi negara.”

28. PR-1133-U5822 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa penyertaan kaum bumiputera di Sabah dalam aktiviti perniagaan dan industri masih agak rendah berbanding dengan sasaran yang disasarkan dalam Wawasan 2020.

Dan mengambil maklum bahawa kebanyakan daripada mereka ini terlibat secara langsung dalam aktiviti yang melibatkan kontrak daripada Kerajaan.

15 AUM DR 05/09/2006

Dan mengambil maklum bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), terdapat banyak kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan juga bekalan yang telah disenaraikan. Dan mengambil maklum bahawa, dalam pengalaman yang lalu, kebanyakan kerja-kerja ini ditawarkan kepada kontraktor atau pembekal luar daripada negeri Sabah.

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, dalam pembahagian kerja-kerja ataupun kontrak dalam RMK-9 di negeri Sabah khasnya, keutamaan haruslah diberikan kepada MPPB dari negeri Sabah. "

29. PR-1133-U6398 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mendesak dengan seriusnya supaya pembinaan serta pembaik pulih perhubungan Jalan-jalan Luar Bandar dan Jalan Kampung diberi perhatian khusus dalam pelaksanaannya agar penduduk-penduduk di luar bandar dan desa dapat bersama-sama nikmati kemudahan Kerajaan dan sebaliknya rakyat yang masih mundur di luar bandar sama-sama dapat mempertingkatkan hasil pertanian dan penternakan demi untuk menyahut seruan Kerajaan supaya dapat menampung keperluan pemakanan yang mencukupi. "

30. PR-1133-U6400 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini memandang serius supaya hukuman gantung sampai mati kepada pesalah-pesalah yang telah di penjara lebih 10 tahun untuk menunggu hukuman dilaksanakan dapat diberi keadilan dan dibebaskan dari hukuman tersebut. Pesalah-pesalah ini telah pun menjalani hukuman dan mengalami penderitaan serta keseorangan semasa di penjara. "

31. PR-1133-U6404 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini memandang serius kemunduran amalan adat resam, budaya dan moral di kalangan rakyat khasnya kanak-kanak dan remaja sehingga tidak lagi dikenang sebagai rakyat yang bersopan santun. Maka adalah disyorkan supaya pendidikan adat memainkan peranan penting untuk mendidik adat resam dan agama masing- masing semasa di bangku sekolah. "

16 AUM DR 05/09/2006

32. PR-1133-U6724 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para Ahli Yang Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang ."

33. PR-1133-U6727 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan pilihan raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

34. PR-1133-U6729 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar. "

35. PR-1133-U6731 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 dan mengadakan siaran langsung terhadap sidang Dewan Rakyat sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama". "

36. PR-1133-U6734 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB. Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

17 AUM DR 05/09/2006

37. PR-1133-U6939 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan dasar dan pelaksanaan pengangkutan awam bersepadu khasnya di Lembah Klang. Dewan juga hendak mengetahui prestasi dan kelemahan Rapid KL termasuk peristiwa 24 Julai, 2006, yang menyaksikan beribu-ribu penumpang terkandas di LRT."

38. PR-1133-U6940 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini memperdebatkan krisis di Timur Tengah dan peranan Israel, Hizbollah, Hamas, Amerika Syarikat, Syria dan Iran. Dewan juga memperbincangkan tindakan yang diambil Malaysia sebagai Presiden OIC untuk menyelesaikan sengketa ini melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta permasalahan berperikemanusiaan".

39. PR-1133-L6921 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] akan mencadangkan:-

“ Bahawa keputusan Tan Sri menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(6) (a) telah silap dan perlu diulang kaji semula.

Kejadian ragut yang melibatkan mangsa Goh Poh Yee, 24 berasal dari Johor Bahru adalah kejadian yang terkini dilaporkan ketika usul dikemukakan dan mangsanya mengalami cedera parah.

Keseriusan jenayah ragut jelas apabila turut dilaporkan bahawa sebanyak 40 kes berlaku (yang dilaporkan dalam masa 21 hari ini di Johor Bahru. Peragut bertindak ke atas mangsanya dengan bersenjata tanpa berperikemanusiaan. Di dalam masa lebih kurang dua puluh lebih hari ini sahaja, tiga nyawa telah diragut, iaitu Lee Kean Yip, 18 (pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman), Ng Chiew Lim (jurujual dari Kuantan) dan Chang Shu Chien dari Johor Bahru.

Isteri kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar dan isteri Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Subang Jaya, turut menjadi mangsa jenayah ragut baru-baru ini. Semasa menolak usul YB Kota Melaka, Tan Sri telah memberi alasan bahawa perkara ini tidak perlu disegerakan kerana Tan Sri difahamkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri khususnya pihak Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan melalui pelbagai pendekatan am dan langkah-langkah spesifik untuk mencegah dan menangkap penjenayah-penjenayah ragut adalah satu kesilapan.

18 AUM DR 05/09/2006

Setiap kali apabila berlaku jenayah ragut yang mengakibatkan nyawa mangsa diragut atau mangsanya cedera parah di sesuatu kawasan, barulah akan diumumkan langkah-langkah seperti pemasangan CCTV dan rondaan. Pendekatan sedemikian menimbulkan persoalan berkenaan kemampuan langkah-langkah yang sedia ada bagi mencegah jenayah. Jika langkah-langkah tersebut adalah efektif, ia sepatutnya berjaya mengurangkan kekerapan jenayah ragut dan orang ramai akan merasa selamat di tempat awam tetapi sebaliknya yang berlaku. Walaupun dengan langkah-langkah yang sedia ada, orang ramai masih merasa tidak selamat dan masih menjadi mangsa jenayah ragut ini.

Jika keadaan sedemikian berterusan, ekonomi Negara akan terjejas.”

Oleh itu, perkara ini adalah satu perkara yang perlu disegerakan.

19 AUM DR 05/09/2006

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2006 DIBENTANGKAN

CMD.14 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Johor Tahun 2005

CMD.15 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Kedah Tahun 2005

CMD.16 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Kelantan Tahun 2005

CMD.17 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Melaka Tahun 2005

CMD.18 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Negeri Sembilan Tahun 2005

CMD.19 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Pahang Tahun 2005

CMD.20 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Tahun 2005

CMD.21 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Perlis Tahun 2005

CMD.22 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2005

CMD.23 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Sabah Tahun 2005

CMD.24 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2005

CMD.25 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Selangor Tahun 2005

CMD.26 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata 5 September 2006 Kewangan Negeri Terengganu Tahun 2005

CMD.27 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Johor Tahun 2005 20 AUM DR 05/09/2006

CMD.28 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Kedah Tahun 2005

CMD.29 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Kelantan Tahun 2005

CMD.30 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Melaka Tahun 2005

CMD.31 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Negeri Sembilan Tahun 2005

CMD.32 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Pahang Tahun 2005

CMD.33 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Perak Tahun 2005

CMD.34 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Perlis Tahun 2005

CMD.35 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Pulau Pinang Tahun 2005

CMD.36 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Sabah Tahun 2005

CMD.37 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Sarawak Tahun 2005

CMD.38 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Selangor Tahun 2005

CMD.39 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti dan 5 September 2006 Kajian Khas Negeri Terengganu Tahun 2005