SelaBuletinngor BIL. 3/2013 - EDISI JUL - SEP 2013

Audit Penarafan Bintang ms 10 Pejabat SUK

Konvensyen KIK Majlis Sambutan Kumpulan KIK SUK Negeri Selangor Kemerdekaan Peringkat Selangor - SUKSEL Negeri Selangor ms 11 ms 09 ms 13 2 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Mutiara Kata “Penilaian Star Rating Sektor Awam Adalah Salah Satu Daripada Inisiatif Utama Transformasi Sektor Awam. Penilaian Ini Bertujuan Untuk Mewujudkan Budaya Kecemerlangan Berteraskan Prestasi Melalui Persaingan Sihat Di Kalangan Agensi Sektor Awam Seterusnya Meningkatkan Tahap Pengurusan Penyampaian Perkhidmatan Kepada Rakyat, Pelanggan Dan Stakeholders.”

YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Isi Kandungan BIL. 3/2013 EDISI JUL-SEP 2013

Majlis Penyerahan Buku Oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor Kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam 3

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Tahun 2013/1434H 4

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Peringkat Negeri Selangor 5 SIDANG REDAKSI Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor 6 PENAUNG YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor 7 bin Haji Munawi Setiausaha Kerajaan Negeri Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Dan Sambutan Jubli Emas Selangor Hari Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013 8 KETUA EDITOR Muhammad Hanafi bin Ahmad Audit Penarafan Bintang Tahun 2013 Pejabat Suk Selangor 9 EDITOR Sahrul Hardi bin Zainuri Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam 10 SIDANG EDITORIAL Ke 26 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013 Nooraini binti Jailani Norfariza binti Daud Majlis Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2014 Fara Hanim binti M. Sharif 11 Sahidah binti Mohamad Sofi

Kumpulan Kik Pejabat Suk Selangor (Kumpulan Suksel) FOTOGRAFI Ahmad Fadhli bin Yahya Juara Kik Kategori Teknikal Konvensyen Kik Peringkat Negeri 12 Selangor Tahun 2013 REKA & CETAK D’MACRIZ COMMUNICATION 016 346 5846 / 019 377 5044 Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Korporat 13 Sebarang Maklumat dan cadangan boleh dikemukakan kepada pihak kami melalui Lawatan Delegasi Korea 14 emel [email protected] Buletin SELANGOR 3 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Penyerahan Buku Oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor Kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menyempurnakan Majlis Penyerahan Buku kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Shah Alam pada 18 Julai 2013 (Khamis) bersamaan 9 Ramadhan 1434 Hijrah, jam 11.00 pagi.

Majlis bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam itu turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Turut mengiringi Baginda ialah Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor; Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, dif-dif jemputan dan wakil media.

Pada majlis ini, D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berkenan menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), Worldwide Holdings Berhad dan Yayasan Albukhary.

Pihak SKMM telah menyumbangkan sebanyak 50 netbook di bawah Program ICT menerusi Gedung Ilmu kepada PPAS manakala Lembaga Zakat Selangor pula menyumbangkan Al-Quran Braille kepada PPAS dan 4 orang penerima cacat penglihatan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah, Y.Bhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan lawatan D.Y.M.M. Sultan Selangor ke ruang perpustakaan yang bermula di Tingkat 4: Bahagian Maklumat dan Penyelidikan/Selangor Info Hub/ Pameran Fillateli (Setem), Tingkat 3: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Dewasa 2, Tingkat 2: Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Dewasa 1 dan diakhiri di Tingkat Bawah - Zon Kreatif (Perkhidmatan Pelanggan Kanak-Kanak). 4 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor Tahun 2013/1434H

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah yang jatuh pada bulan Ogos tahun ini, Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj bersama rakyat. Sebanyak 18 buah masjid telah dipilih bagi menjayakan majlis ini. Di majlis yang sama, Baginda turut merasmikan 9 buah masjid di setiap daerah di negeri ini.

Bermula seawal jam 6.30 petang, pada setiap majlis berbuka puasa yang dianjurkan, Baginda berkenan untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para penerima asnaf iaitu anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan pelajar tahfiz. Sementara itu, di majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ubudiah, Daerah Hulu Selangor, Baginda telah diwakili oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Selepas waktu berbuka puasa, Baginda turut sama mengerjakan solat Maghrib, Isyak, Terawih dan Witir secara berjemaah bersama rakyat sebelum diakhiri dengan menikmati santapan juadah moreh.

Kenamaan yang turut sama mengiringi Baginda di majlis tersebut ialah Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim; Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi; Mufti Selangor, Sahibus Saadah Dato’ Setia Mohd Tamyes bin Abdul Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Haji Marzuki bin Husin, Orang-Orang Besar Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, dif-dif jemputan dan rakyat di Negeri Selangor. Buletin SELANGOR 5 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Peringkat Negeri Selangor

Pada 2 Ogos 2013 bertempat di Plaza Tol Sungai Rasau, Klang (Arah ke ), Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012 Peringkat Negeri Selangor. Kempen ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berkaitan ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi semasa memandu di jalan raya.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, diikuti dengan bacaan doa dan ucapan perasmian. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad bertemakan “Nyawa Dihargai Selamat Ke Destinasi”.

Dalam ucapannya, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor melahirkan kebimbangkan pertambahan kes kemalangan, sekali gus menyebabkan kadar kematian turut meningkat. Di majlis tersebut, beliau telah menyampaikan cederamata berupa topi keledar dan jaket keselamatan secara percuma kepada penunggang motosikal di lorong motosikal dan pemberian “goodies bag” kepada pemandu kereta di plaza tol yang mengandungi risalah berkaitan dengan keselematan jalan raya.

Turut hadir di majlis ini ialah Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Barisan EXCO Kerajaan Negeri, iaitu Y.B. Puan Dr. Hajah Halimah Binti Ali, Y.B Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi dan Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi, dif-dif jemputan serta pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai. 6 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 pada kali ini disambut meriah dan penuh keceriaan dengan kehadiran ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Majlis berlangsung di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, telah dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim bersama barisan Ahli Majllis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) yang turut meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama para tetamu disamping penyerahan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi hingga 2 petang itu dihoskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), turut menyajikan pelbagai juadah yang tentunya begitu sinonim dengan hari raya iaitu ketupat, rendang, sate, lemang serta pelbagai juadah lain. Buletin SELANGOR 7 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor

Seramai 382 orang telah menerima pingat Negeri Selangor yang diadakan selama dua hari bermula pada pada 21-22 Ogos 2013 yang lalu. Istiadat pengurniaan itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Banginda ke-67. Pada hari pertama, pengurniaan pingat telah dikurniakan kepada penerima-penerima dari 2 daerah iaitu Petaling dan Klang. Seramai 204 penerima pingat Negeri Selangor mengikut enam kategori iaitu Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C), seorang penerima, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), 25 penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), 28 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 137 penerima, dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) seramai 12 penerima.

Pada hari kedua pula, pengurniaan pingat telah diberikan kepada 7 daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang. Seramai 179 penerima pingat Selangor mengikut lima kategori iaitu Pingat Keberanian Terbilang (P.K.T) seramai tujuh orang penerima, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), 19 penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), 31 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), 105 penerima, dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) seramai 17 penerima.

Penerima-penerima kurniaan pingat ini telah berjasa dan melakukan perbuatan yang terbilang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersifat tekun, taat kepada kerja, mempunyai keistimewaan dan keberanian yang tinggi, serta mempunyai budi pekerti yang baik.

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima pingat Negeri Selangor terutamanya kepada warga kerja Pejabat SUK Selangor. 8 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Dan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013

Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Sambutan Pelbagai acara telah dipersembahkan bagi memeriahkan Hari Kemerdekaan Ke-56 Dan Sambutan Jubli Emas Hari sambutan pada kali ini termasuklah persembahan kebudayaan Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013 yang telah dan kesenian dari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan diadakan pada 30 Ogos 2013 yang lalu. Tema Sambutan Negeri Selangor (PADAT) dan Kombo Majlis Bandaraya Hari Kemerdekaan dan Jubli Emas Hari Malaysia Peringkat Shah Alam (MBSA). Perarakan dan perbarisan daripada 43 Negeri Selangor tahun ini ialah “Rakyat Bersatu Selangorku kontinjen yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Maju”. Negeri Selangor dan pertunjukkan pancaragam sekolah- sekolah serta pancaragam Angkatan Tentera Malaysia yang Majlis dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja turut mengambil bahagian dalam acara persembahan. Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Sambutan kali ini juga sungguh meriah dengan persembahan Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia Shah Alhaj, diiringi Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, (TLDM) dan pertunjukkan akrobatik ATM-TATU Red Warrior Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim dan isteri, serta perarakan kereta berhias daripada Majlis Perbandaran Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.A.B. Dato’ Klang yang memukau para penonton. Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Barisan EXCO Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, para penjawat-penjawat Acara kemuncak telah disempurnakan dengan laungan awam Negeri Selangor serta orang ramai. ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor dan pertunjukan bunga api pada jam 12 tengah malam tersebut mengakhiri Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Dan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor. Buletin SELANGOR 9 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Pada 11 hingga 12 September 2013, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), telah melaksanakan Penilaian Audit Sistem “Star Rating” bagi Tahun 2013 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Penilaian Audit ini bertujuan bagi penetapan gred bintang terhadap prestasi organisasi Pejabat SUK Selangor secara keseluruhan dan mengukur kecemerlangan organisasi berbanding agensi- agensi kerajaan yang lain khususnya ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Seramai 10 orang panel penilai daripada MAMPU hadir dengan diketuai oleh En Shahrir Bin Mohammad Zakey. Pengauditan selama dua hari ini Audit dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Hasry Bin Nor Mohd, Timbalan Pengarah Seksyen Agihan Dan Pembangunan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN). Pemeriksaan dokumen Penarafan pembuktian turut dilakukan oleh pegawai MAMPU sejurus selepas sesi taklimat selesai.

Pengauditan merangkumi komponen Pengurusan Organisasi, Pengurusan Bintang Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan ICT, Pengurusan Tahun 2013 Rekod, Pengurusan Strategik dan Pengurusan Pelanggan. Pejabat Suk Selangor 10 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Perkhidmatan Awam Ke 26 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013

Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Ke-26 Tahun 2013 pada 26 hingga 27 September 2013. Majlis telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Konvensyen KIK pada tahun ini disertai oleh 17 kumpulan berdasarkan 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pengurusan dan teknikal. Bagi kategori pengurusan terdapat 10 kumpulan dan kategori teknikal 7 kumpulan yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Kumpulan yang terlibat dalam konvensyen ini telah membentangkan idea-idea perlaksanaan projek mengikut dua kategori tersebut serta DATA daripada Majlis Perbandaran mengadakan pameran yang turut dinilai dalam kriteria penilaian. Selayang. Manakala pemenang bagi kategori teknikal ialah, tempat Majlis Pembukaan Konvensyen KIK ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Tarmedi Bin pertama Kumpulan SUKSEL dari Hj Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) yang turut dihadiri oleh Encik Pejabat SUK Selangor, tempat ke-2 Mohd Hasry Bin Nor Mohd, Timbalan Pengarah, Seksyen Agihan Dan Pembangunan, Unit ialah Kumpulan Titanium dari Majlis Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Perbandaran Klang dan tempat ke -3 ialah Kumpulan ENERGY 10 daripada Konvensyen KIK ini merupakan sebagai satu langkah untuk menilai dan melihat sejauh mana Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. jabatan/agensi negeri ini mampu menghasilkan projek-projek inovasi serta idea-idea kreatif yang berkualiti dan seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Ia juga Tahniah diucapkan kepada sebagai bentuk rangsangan kepada semua jabatan/agensi untuk bersaing secara sihat dan kumpulan-kumpulan yang telah kompetitif khususnya dalam penghasilan kaedah dan proses kerja baru. meraih kemenangan dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Kumpulan yang telah memenangi pertandingan bagi kategori pengurusan ialah tempat semua yang terlibat sama ada secara pertama Kumpulan X-PARK daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, tempat ke-2 ialah langsung atau tidak langsung bagi Kumpulan B-PASS dari Majlis Perbandaran Klang, dan tempat ke-3 ialah Kumpulan SMART menjayakan majlis ini. Buletin SELANGOR 11 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2014

Pada 23 dan 24 September 2013 bertempat di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya telah berlangsungnya Majlis Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2014. Majlis dialog tersebut dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-Ahli Parlimen, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan, Ahli-Ahli Majlis, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa perbincangan sesi dialog ini amat penting supaya pelaksanaan Belanjawan Selangor 2014 selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat. Maklum balas dari sesi dialog ini juga akan dimuatkan dalam Pelan Tindakan Lima Tahun Kerajaan Selangor.

Sesi dialog dimulakan dengan taklimat khas oleh Encik Teoh Kok Lin selaku Founder and Chief Investment Officer of Singular Asset Management dan Encik Firdaos Rosli selaku Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia. Tajuk taklimat yang dibentangkan ialah “Cabaran Ekonomi Dekad Baru”. Sesi dialog selama 2 hari tersebut telah dibahagikan kepada 10 kumpulan sindiket dan rumusan keseluruhan dialog tersebut telah disampaikan dalam ucapan penutup oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor yang diadakan pada hari kedua majlis dialog.

Antara topik yang dibentangkan pada sesi dialog kali ini ialah “Mengehsankan Insan Di Selangor Darul Ehsan” yang dibentangkan oleh Dr. Hajah Ruziah Binti Ghazali selaku Managing Director of Nordant Management Sdn. Bhd. Diantara topik menarik yang dibincangkan ialah “Program Memberdayakan Masyarakat Di Pembangunan Perumahan Strata” yang dibentangkan oleh Sr. Hj Ishak Bin Ismail selaku Pengarah Urusan, IM Global Property Consultants Sdn. Bhd. Manakala Y.B. Tuan Iskandar Bin A. Samad bertindak sebagai moderator. 12 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Kumpulan Kik Pejabat Suk Selangor (Kumpulan Suksel) Juara Kik Kategori Teknikal Konvensyen Kik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013

Kumpulan SUKSEL telah mencatatkan sejarah dengan yang tinggi kepada Pejabat SUK dalam menjimatkan kos muncul sebagai juara dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif penyelenggaraan,” kata Norhisham lagi. dan Kreatif Perkhidmatan (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-26 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2013 bagi kategori teknikal. Kumpulan SUKSEL turut dianggotai oleh En. Muhammad Ruzaini Bin Abdul Rahim, Puan Asilatulsyila Binti Ahmad Kumpulan SUKSEL yang diwakili oleh 9 orang pegawai dan Shukri, Puan Nur Alina Arni Binti Md Morni, Encik Azhar Bin kakitangan dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Mohamed, Encik Mohd Hanafee Bin Md Yunus dan Encik Pengurusan Bangunan telah menghasilkan projek inovasi Azly Bin Zainal. Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan yang diberi nama “ACRE” (Air Conditioning Reminder). (BKP), Tuan Haji Zamani Ahmad Bin Mansor yang bertindak Sebelum ini, kerajaan negeri menanggung kerugian apabila sebagai fasilitator kumpulan, telah banyak memberi penyaman udara yang kurang digunakan masih diselenggara semangat dan sebagai penggerak kepada ahli kumpulan kerana tiada mekanisma pemantauan penggunaan sebenar untuk lebih berdaya kreatif. penyaman udara. Perancangan SUKSEL seterusnya adalah untuk memastikan Menurut ketua kumpulan, En Norhisham Bin Mamat@Zakaria produk ACRE digunakan secara meluas bukan sahaja di berkata, projek yang dibangunkan itu berfungsi sebagai alat jabatan atau agensi pentadbiran Negeri Selangor malah untuk memantau tempoh penggunaan sebenar penyaman digunakan di seluruh Malaysia khususnya dan diperingkat udara jenis pisah. “Hanya penyaman udara yang telah antarabangsa amnya. mencukupi tempoh penggunaan sahaja akan diselenggara. Ia juga bagi memastikan pemantauan kerja penyelenggaraan Kami selaku warga kerja Pejabat SUK Selangor tidak berulang di lokasi yang sama,” katanya. mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Kumpulan SUKSEL di Konvensyen Kumpulan “Kami sebagai satu pasukan telah bersama-sama memikirkan Inovatif dan Kreatif Ke-30 Peringkat Kebangsaan Tahun idea-idea perlaksanaan projek yang boleh memberi impak 2013 di Kuching, Sarawak. Semoga kemenangan menjadi milik Pejabat SUK Selangor! Buletin SELANGOR 13 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Korporat

Pada 23 Ogos 2013 yang lalu, Bahagian Korporat Pejabat SUK Selangor telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Tahun 2013. Majlis yang berlangsung dengan suasana harmoni dan kekeluargaan ini turut meraikan Setiasaha Bahagian (SUB), Encik Muhammad Hanafi Bin Ahmad yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters di UKM serta sambutan ulangtahun kelahiran pegawai dan kakitangan bahagian ini.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan di Bahagian Korporat yang banyak membantu dan menyumbangkan idea-idea kreatif dan inovatif sepanjang beliau memimpin bahagian ini.

Di majlis yang sama, beliau telah menyampaikan saguhati ulangtahun kelahiran pegawai dan kakitangan di bahagian ini. Majlis diakhiri dengan jamuan Aidilfitri yang beraneka jenis seperti lemang, ketupat, sate dan lain-lain. Pejabat SUK Selangor mengucapkan syabas dan tahniah di atas segala sumbangan Encik Muhammad Hanafi Bin Ahmad sepanjang beliau bertugas di Bahagian Korporat. Selamat maju jaya! 14 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Lawatan Delegasi Korea Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Gwungju City Council, Korea pada 30 September 2013 (Isnin) yang lalu. Delegasi yang disertai seramai 11 orang terdiri daripada 9 orang Ahli-ahli Majlis Gwungju dan 2 orang pegawai kerajaan yang diketuai oleh Pengerusi Gwungju City Council, Tuan Sung-Kyu Lee.

Delegasi dari Korea itu disambut oleh Y.B. Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor, Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan dan Timbalan Speaker Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad bersama-sama Y.B. Tuan Iskandar A Samad, Y.B. Puan Daroyah Alwi, Y.B. Tuan Ganabatirau Veraman dan Y.B. Tuan Saari Sungib.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat perbandingan polisi kerajaan antara Negeri Selangor dan Gwungju City Council, Korea. Penerangan berkenaan polisi kerajaan Negeri Selangor telah disampaikan oleh Encik Mohd Azmi Diron, Timbalan Pengarah Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN.

Sesi taklimat dan soal jawab tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan mendapat sambutan yang baik di antara kedua-dua belah pihak. Lawatan singkat ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Buletin SELANGOR 15 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

SHITSUKE SEIRI Sentiasa Amal Sisih Menyisih barang- Melatih pekerja untuk barang yang tidak perlu: mengamal Mengasingkan dan sistem Amalan 5S secara melupuskan barang- barang berterusan supaya menjadi yang tidak diperlukan tabiat dan budaya di tempat kerja secara kerja organisasi. Amalan sistematik.

SEITON SEIKETSU Susun Seragam

Menyusun barang-barang Mewujudkan piawaian amalan yang diperlukan secara terbaik di tempat kerja dan kemas dan sistematik memastikan piawaian tersebut supaya mudah diambil dan dipatuhi di samping memastikan dikembalikan ke tempat asal tempat kerja itu bersih dan selepas digunakan. SEISO teratur sepanjang masa. Sapu Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja. 16 Buletin SELANGOR Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan • Tel: 03-5521 8740 atau 03-5521 8741 • Faks: 03-5521 8742 atau 03-5521 8743

SKIM MESRA USIA EMAS Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR • Tel: 03-5510 3468 / 3472 www.mes.selangor.com • Faks: 03-5510 3455 MES • Emel: [email protected] SKIM KESIHATAN WANITA Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G, HADIAH ANAK MASUK IPT Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor Bahagian Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Pengurusan Sumber Manusia, Selangor Darul Ehsan Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S., 40503 Shah Alam, • Tel: 03-5510 3468 / 3472 Selangor Darul Ehsan • Faks: 03-5510 3455 • Tel: 03-5544 7385 atau 03-5521 2275 • Web: http://www.e-mesra.org.my • Faks: 03-5510 4095 atau 03-5511 0659 PROGRAM MIKROKREDIT PROGRAM MENINGKATKAN MISKIN BANDAR (MIMBAR) HASIL BATUAN DAN GALIAN Mimbar Selangor, A23, Pusat Perniagaan Jubli 20, Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Tingkat 5, Jalan Singa J20/J, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Selangor Darul Ehsan Seksyen 14, 40000 Shah Alam, • Tel: 03-5541 3616 Selangor Darul Ehsan • Faks: 03-5541 3617 • Tel: 03-5518 7735 • Faks: 03-5518 7736 • Web: www.mimbarselangor.org • Emel: [email protected] • Web: www.semesta.com.my SKIM MIKROKREDIT SELANGOR Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor, Tingkat 2, TABUNG PENDIDIKAN Bangunan S.S.A.A.S., 40000 Shah Alam, ANAK PEKERJA LADANG Selangor Darul Ehsan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri • Tel: 03-5544 7104 / 03-5519 1692 / 03-5521 2312 Selangor, • Faks: 03-5510 55829 Tingkat 5, Bangunan S.S.A.A.S., 40503 Shah Alam, • Web: www.skimsel.com Selangor Darul Ehsan • Tel: 03-5544 7306 atau 035512 3618 PUSAT DIALISIS RAKYAT • Faks: 03-5510 6678 Rantaian Mesra Sdn Bhd, Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, PUSAT KHIDMAT KRISIS SEHENTI (OSCC) Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Selangor Darul Ehsan Sains Teknologi & Inovasi • Tel: 03-5510 3468 / 3472 • Tel: 03-5519 4346 atau 03-5544 7622 • Faks: 03-5510 3455 • Faks: 03-5519 3304 • Web: http://www.e-mesra.org.my

BEKALAN AIR PERCUMA 20 METER PADU PUSAT TUISYEN RAKYAT Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Tingkat 16-17, Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, Manusia, Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan • Tel: 03- 5510 3999 • Tel: 03-5544 7480 / 7481 / 7482 / 7543 • Faks: 03-5510 9977 • Faks: 03-5510 4095 / 5513 5564 / 5544 7391 • Emel: [email protected] • Blog: http://tuisyenrakyat.blogspot.com