Silang Seni Siti Zainon Ismail. Dewan • Malaysian Women and Literature
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Daulat Tuanku 1 2 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH 3 4 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ 5 6 7 Perutusan YAB PERDANA MENTERI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kerajaan meletakkan kedudukan sasterawan pada tahap yang tinggi dan hal ini dapat dilihat melalui pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang terus diadakan. Pengurniaan ini memperlihatkan bahawa Kerajaan sedar dan menghargai sumbangan sasterawan dalam memperkaya khazanah persuratan Melayu. Arus pemodenan era digital dan globalisasi telah merubah pemikiran dan perlakuan masyarakat yang ada kalanya bertentangan dengan nilai dan budaya yang kita warisi dan pertahankan. Tetapi kita tidak mampu mengetepikan pemodenan yang memastikan masyarakat berkembang, berdaya saing dan terus kekal relevan dalam konteks global. Kepesatan ini bagaimanapun harus kita rancang seiring dengan pembentukan peradaban masyarakat yang tinggi yang tidak meminggirkan jati diri, akal budi dan identiti budaya satu negara bangsa. Sastera memainkan peranan yang sangat penting dalam mempertahankan nilai-nilai negara bangsa. Sastera bukan sekadar memberikan maklumat intelektual tetapi dilengkapkan dengan nilai dan pertimbangan kemanusiaan. Kehadiran aspek nilai kemanusiaan menjadi penting dalam pemupukan dan pembentukan kualiti insan. Bagi mencapai hasrat tersebut, sudah tentulah negara memerlukan karya-karya yang besar dan bermutu tinggi yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara sebagai bahan yang dapat dimanfaatkan bersama. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Zainon Ismail atas pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14. Saya berharap Dr. Siti Zainon Ismail akan terus menghasilkan karya yang hebat untuk diwariskan kepada generasi akan datang. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 8 Serangkai Kata YB MENTERI PENDIDIKAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, pada hari ini kita menyaksikan Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 dengan penerimanya Dr. Siti Zainon Ismail. Patik dan sekalian rakyat merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat hadir menyempurnakan majlis yang cukup bermakna pada malam ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Dr. Siti Zainon Ismail yang telah terpilih menerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Pada tahun ini, kita bertuah kerana memiliki Sasterawan Negara yang bukan sahaja mempunyai ketokohan dalam kesusasteraan kebangsaan tetapi juga dalam kebudayaan dan kesenian Melayu. Beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang sastera ini memperlihatkan kematangan, keintelektualan dan kemahirannya menjalin dan mengadun kreativiti, ilmu, pengalaman dan pengamatan tentang kehidupan dan alam untuk pelbagai lapisan masyarakat dalam karyanya. Ketinggian dan mutu karyanya dirakam sebagai renungan dan warisan kepada generasi yang akan datang sejajar dengan hasrat pembentukan bangsa Malaysia yang bertamadun. Sebagai Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-14, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sejak bermula proses penilaian sehinggalah kepada pelaksanaan majlis pada malam ini. Sesungguhnya sumbangan ini sangat berharga ke arah memartabatkan persuratan Melayu. DR. MASZLEE MALIK 9 Atur Cara 7.30 malam • Ketibaan Para Tetamu 8.10 malam • Ketibaan Tetamu Kehormat 8.20 malam • Keberangkatan Tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berangkat ke Bilik Kenamaan Diiringi Menteri Pendidikan Malaysia • Sembah Kenal Penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong • Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Dewan Utama • Lagu “Negaraku” • Doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur • Majlis Santapan • Persembahan Iringan • Persembahan Fragmen Karya Sasterawan Negara Ke-14 10 Atur Cara 9.45 malam • Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 • Sembah Ucapan dan Sembah Kenal Penerima ASN Ke-14 oleh Menteri Pendidikan Malaysia Merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-14 • Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong • Sembah Ucapan Menjunjung Kasih oleh YBhg. Dr. Siti Zainon binti Ismail, Penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 • Lagu “Negaraku” 10.30 malam • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berangkat Meninggalkan Majlis 11 AnugerahWarkah Sastera Dasar Negara Anugerah Sastera Negara dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan menurut pendapat panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. Penghargaan dan penghormatan negara yang diberikan adalah dalam bentuk: • Warkah Penghormatan Negara. • Wang tunai sebanyak RM60,000.00. • Penerbitan sebanyak 50 000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500,000.00 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luasnya ke sekolah, perpustakaan, jabatan, dan agensi kerajaan. • Kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan. • Kemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta karya sastera. • Kemudahan untuk menerbitkan karya. • Penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing. • Elaun sebanyak RM5000.00 sebulan. 12 Anugerah SasteraPenerima Negara Ke-14 DR. SITI ZAINON ISMAIL 13 Laporan Panel SITI ZAINON ISMAIL: MUTIARA DALAM TIRAM ATAU KURA-KURA YANG TABAH? Siti Zainon Ismail (SZI) dilahirkan di Gombak Ismail seterusnya dilantik sebagai Pengarah pada 18 Disember 1949, penyair tanah air yang Unit Kebudayaan Melayu, Jabatan Hal Ehwal mempunyai riwayat yang panjang dalam bidang Pelajar, UKM (1996-1999). Dilantik sebagai penulisan seni sastera, budaya dan akademik. Profesor Kebudayaan Melayu, Sejarah Seni Beliau merupakan lulusan Sekolah Menengah dan Ketamadunan Melayu, Pusat Bahasa, Aminuddin Baki (1964-1968). Di samping Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM meminati penulisan, Siti Zainon Ismail berbakat pada tahun 2003-2004. Pada tahun 2006, Siti sebagai pelukis dan pernah dididik oleh Idris Zainon Ismail dilantik sebagai Profesor Luar Biasa Salam dan Nas Achnas. Oleh sebab cita-citanya di Universitas Jabal Ghafur, Aceh Indonesia. Pada membumbung tinggi, dalam usia 20 tahun, tahun 2007-2008 beliau dialntik sebagai Sarjana selepas Sijil Tinggi Pelajaran beliau meneruskan Tamu di ATMA. Pada tahun 2009-2010, beliau pengajiannya di Yogyakarta, mengambil jurusan menjadi Ahli Lembaga Perbadanan Adat Melayu Seni Lukis di Akademi Seni Rupa Indonesia dan Warisan Negeri Selangor. Pada 2010-2014 (ASRI). Beliau pernah berdampingan dengan menjadi Pensyarah Bebas Warisan Budaya dan pelukis terkenal Indonesia seperti Affandi, dan Estetika. Pada tahun 2014-2016 beliau menjadi lain-lain. Profesor Sejarah dan Estetika Seni dan Penyelaras Kursus Teras di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Siti Zainon Ismail mengarifi ABC seni lakon, Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). seni tari dan seni lukis. Pedagogi dan filsafat seni juga ditekuni. Apabila beliau kembali ke tanah Dengan kelulusan dan pengalaman yang air, beliau meneruskan tingkat Sarjana Sastera luas itu, garapan seninya melalui puisi dan cerita (pengkhususan Reka Bentuk Tradisional Melayu) pendek digarap secara berestetika. Jika puisinya di Uiversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bernada tinggi bagi membela rakyat yang hina dina, seterusnya Ijazah Doktor Falsafahnya (Busana dibawakannya dalam nada yang bukan propaganda. Melayu) di Universiti Malaya (UM) melalui Siti Zainon Ismail memenangi Hadiah Karya asuhan Profesor Mohamad Taib Osman dan Sastera 1976 untuk puisinya “Romansa Petani di Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh. Gunung”. Puisinya dicuplik seperti yang berikut: Pada tahun 1976, Siti Zainon Ismail menjadi Buah jipang di perbukitan Tutor di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan kembang dedadu merekah wangi Kebudayaan Melayu, UKM. Beliau menjadi menegur pagi berkabut pensyarah pada tahun 1980-1992 di universiti di rumputan gunung lembut yang sama. Kemudian beliau diangkat menjadi petani senyum Profesor Madya pada tahun 1995-1996. Beliau memetik jeruk-jeruk ranum. dilantik sebagai Felow Institut Alam dan pun di kebun Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Siti Zainon kuda pada merengek 14 minta belaian dan air susu demi anak-anak tawamangu bisakah satu ketika bermandikan cahaya. Hijau putera sulung mengubah haluan? bersama pelancong berlibur tukang besi di bengkel kereta api dari debu panas dialah ayahku lari dari demonstrasi dialah pamanku kota yang payah abang-abangku dengan mobil pura-pura.