Pusat Kecemerlangan Koreksional Tanjung Kling , Melaka.

1. Sejarah Penubuhan

Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia atau Prison Centre of Excellence (PRICE) mula diwujudkan pada 4 Jun 2007 berikutan keperluan latihan yang semakin meningkat dalam membentuk Pembangunan Modal Insan Jabatan Penjara Malaysia .

Institusi latihan yang mempunyai keluasan lebih kurang 9 ekar ini terletak di Bt 6 ¾ Jalan Lama , Kampung Kelongkong, Tanjung Kling 76400 Melaka. Jarak perjalanan dari Bandar Melaka Bersejarah adalah lebih kurang 7 KM. Ianya merupakan lokasi yang cantik berhampiran dengan pantai yang diapit Pantai Puteri di sebelah kanan dan Pantai di sebelah kiri. Berhadapan pula dengan Makam Hang Tuah, pahlawan Lagenda Melayu.

Sesuai dengan lokasi yang terletak di Bandar Melaka Bersejarah, sebuah bangunan warisan dan sebuah perigi yang dipercayai dibina sekitar tahun 1700an terdapat dalam kawasan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia yang juga merupakan bahan sejarah yang perlu dipelihara untuk dijadikan bahan rujukan dan daya tarikan pelancongan .

Lokasi ini mempunyai sejarahnya tersendiri dimana sebelum diambilalih oleh Jabatan Penjara, ianya adalah merupakan pusat latihan kepada beberapa agensi termasuklah Kolej Islam, Biro Tata Negara, dan Pusat Latihan Kanak-kanak Cacat .

Disamping melaksanakan kursus-kursus asas ,Institusi ini menawarkan kursus-kursus yang menekankan kursus lanjutan pengurusan iaitu kursus-kursus dalam perkhidmatan , Kursus Keusahawanan , Kursus Pemasaran dan Perancangan Perniagan , Kursus Motivasi , Kursus Parol , Kursus anjuran Agensi Luar , Peserta Kadet Koreksional dan lain – lain lagi.

Antara kursus – kursus dan aktiviti yang di kendalikan di Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia ialah : -

1. Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Fasa 1 2. Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Fasa 2 3. Kursus Asas Parol 4. Kursus Induksi Kakitangan Awam 5. Kursus Motivasi Kakitangan Awam dan Uniform 6. Kursus Khas Kakitangan bagi Penjara Baru 7. Kursus dari Agensi Luar 8. Perkhemahan Kadet Koreksional 9. Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM) 10. Bengkel Penyedian Kertas Kerja dan lain – lain lagi

1.1 Visi

Menjadikan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia sebagai sebuah organisasi yang dinamik,professional dan disegani serta mempunyai imej yang tinggi didalam dan diluar negara.

1.2 Misi

Untuk memberi perkhidmatan terhadap peserta kursus dengan mewujudkan persekitaran yang tenang dan suasana pembelajaran yang selesa.

1.3 Objektif

Menjadi pemangkin didalam melahirkan anggota yang lebih daya pengetahuan seiring dengan matlamat jabatan menuju kearah agensi koreksional yang bertaraf dunia.

1.4 Piagam Pelanggan

Peserta kursus akan dibekalkan dengan ilmu mengikut kesesuaian semasa. Kemudahan alat bantuan mengajar dan kemudahan penginapan akan dipertingkatkan.Tenaga pengajar yang profesional juga akan disediakan bagi membimbing peserta kursus.

2. Alamat

Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia Jabatan Penjara Malaysia Batu 6 ¾ Jalan Lama Kampong Kelongkong 76400 Tanjung Kling, Melaka

Talian Telefon :- 06 – 3516684 / 06 – 3516696

Komandan 06 – 3516690 Faxs 06 - 3516650 E mail [email protected]

3. Carta Organisasi (Sedia Ada)

KOMANDAN KX 44

TIMBALAN KOMANDAN KX 41

UNIT BINA INSAN UNIT AKADEMIK PENTADBIRAN PEMBANGUNAN

1. Kawad 1. Pengajian Keselamatan 1. Perkhidmatan 1. Penyelengaraan 2. Persenjataan 2. Pengajian Penahanan 2. Kewangan 2. Logistik 3. Seni mempertahankan diri 3. Pengajian Pemulihan 3. Pengangkutan 3. Domestik 4. Sains Sukan 4. Pengajian Layanan 4. Sajian 5. Kerohanian 5. Pengajian V.I 6. Pengajian Parol

5. Kemudahan Yang Terdapat Di PKKM

Antara kemudahan yang terdapat di PKKM adalah seperti berikut :-

Bangunan

Terdapat 4 blok asrama yang diberi nama Kasturi , Lekir , Teja dan Jebat yang boleh menempatkan seramai 200 orang peserta kursus dalam satu – satu masa.

Bangunan

Nadi penggerak PKKM yang menempatkan Pejabat Komandan , Pejabat Timbalan Komandan dan Pejabat Urusetia .

Dewan Makan Berdekatan dengan bangunan warisan dan boleh menampung lebih kurang seramai 100 orang peserta kusus.

Balai

SENARAI KURSUS SEPANJANG TAHUN 2008

Jumlah Bil Jenis – Jenis Kursus Tarikh Di Cadangkan Kumpulan Sasar Peserta 1 Kursus Pegawai Parol Siri 1/2008 07 Jan – 25 Jan KX 17 – KX 22 90 Orang 2 Kursus Panggilan Telefon 29 Jan – 31 Jan KX 17 , N 17 30 Orang 3 Kursus Orientasi Kakitangan Baru 04 Feb – 06 Feb Gred 17 60 Orang 4 Kursus Pengukuhan Diri Dan Kerjaya 11 Feb – 14 Feb Gred 17 – 22 30 Orang 5 Kursus Pegawai Parol Siri 2/2008 11 Feb – 29 Feb KX17 – 20 90 Orang 6 Kursus Ketua Kumpulan KMK 05 Mac – 07 Mac Gred 27 – 41 40 Orang 7 Kursus Orientasi Kakitangan Baru Siri 2 05 Mac – 07 Mac Gred 17 60 Orang 8 Kursus Pembangunan Keusahawanan 10 Mac – 14 Mac Bakal Pesara 30 Orang 9 Kursus Pegawai Parol Siri 3/2008 10 Mac – 28 Mac KX17 – 22 90 Orang 10 Kursus Modul Moral/Sivik/Kenegaraan 17 Mac – 19 Mac KX 17 – KX20 30 Orang 11 Kursus Rancangan Perniagaan 07 Apr – 09 Apr Peg. Pemasaran 30 Orang 12 Kursus PTK Kakitangan Awam 07 Apr – 11 Apr J 17 – J 22 60 Orang 13 Kursus Pekeliling Baru Kerajaan Siri 1/08 15 Apr – 17 Apr KX 17 – KX 26 40 Orang 14 Kursus PTK 4B KX 26 Siri 2/2008 16 Apr – 23 Apr KX 26 15 Orang 15 Kursus Pengurusan Buku Perkhidmatan 21 Apr – 25 Apr N 17 – N 32 30 Orang 16 Kursus Pekeliling Baru Kerajaan Siri 2/08 28 Apr – 30 Apr Gred 27 – 41 40 Orang 17 Kursus Asas Jurulatih Kawad 05 Mei – 16 Mei KX 17 – KX 20 100 Orang Kursus Kecemerlangan Kepimpinan dan 18 12 Mei – 16 Mei KX 27 – KX 32 30 Orang Penyeliaan Berkesan 19 Kursus Asas Medical Orderly 20 Mei – 30 Mei KX 17 – KX 20 40 Orang 20 Kursus Key Performance Indicator (KPI) 09 Jun – 12 Jun KX 27 – KX 32 30 Orang 21 Kursus Asas Asuhan Kanak - Kanak 16 Jun – 20 Jun KX 17 – KX 20 30 Orang 22 Kursus Pemanduan Berhemah 23 Jun – 27 Jun KX 17 – KX 20 30 Orang 23 Kursus Jurulatih (Tahap 2) 23 Jun – 27 Jun KX 17 – KX 20 70 Orang 24 Kursus Pengurusan Buku Perkhidmatan 08 Jul – 10 Jul N 17 40 Orang Kursus Kecemerlangan Pasukan Korporat ” 25 14 Jul – 18 Jul Gred 1 – 22 50 Orang WARGAME” 26 Bengkel Penyediaan Laporan KWHPP 15 Jul – 17 Jul KX 27 – KX 41 50 Orang 27 Kursus Pengurusan Fail (Parol) 21 Jul – 25 Jul KX 17 – KX 22 50 Orang 28 Kursus Jurulatih (Pentauliahan) 21 Jul – 25 Jul KX 17 – KX 20 50 Orang 29 Kursus Pengurusan Pencen 29 Jul – 31 Jul N 17 – N 32 30 Orang 30 Kursus Penjawat Awam Bertaraf Dunia 04 Ogos – 07 Ogos Gred 27 – 32 30 Orang 31 Kursus Pengurusan Fail (Parol) Siri 2/08 04 Ogos – 08 Ogos KX 17 – KX 22 50 Orang 32 Kursus Pengkhususan Dalam Perkhidmatan 11 Ogos – 13 Ogos Gred 27 - 38 30 Orang 33 Kursus Pemasaran Strategik 18 Ogos – 21 Ogos Gred 17 - 20 30 Orang 34 Kursus Perkhidmatan Cuti 25 Ogos – 27 Ogos Gred 17 - 32 30 Orang 35 Kursus Understanding OSHA 02 Sept – 05 Sept Gred 27 - 32 30 Orang 36 Kursus Understanding OSHA 17 Sept – 24 Sept Gred J 17 - 22 30 Orang 37 Kursus Kesediaan Kecemasan 14 Okt – 17 Okt TTC / UKP 30 Orang 38 Kursus Budaya Kerja Cemerlang 20 Okt – 24 Okt KX 24 – KX 26 30 Orang 39 Kursus PTK 4 KX 22 05 Nov – 12 Nov KX 22 30 Orang 40 Kursus Penampilan Diri 11 Nov – 13 Nov Petugas Kaunter 30 Orang 41 Kursus Kecemerlangan Latihan PKKM 19 Dis – 22 Dis Kakitangan PKKM 30 Orang

DariMelaka

Hotel Everly

Makam Hang Tuah

Balai Polis Peta Lokasi Tanjung Kling Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia Pelabuhan Tanjung Bruas Tanjung Kling Melaka

Perkuburan Islam

Petronas Penapisan Penjara PULPAK Sungai Udang

Kem Terendak Ke Batu Berendam Tropical Farm

Ke DurianTunggal Ke

Stadium Hang Jebat Plaza Tol