Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Bil. 25 Isnin 16 Jun 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.41 (Halaman 30) Maksud B.13 (Halaman 39) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 (Halaman 52) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) - Penangguhan Mesyuarat di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 149) - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 73) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Pemansuhan Akta Hasutan - Y. B. Tuan Nga Kor Ming (Taiping) (Halaman 149) ■ Keupayaan APMM - Y. B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 151) DR.16.6.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Isnin, 16 Jun 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk bayaran bantuan one-off kepada veteran tidak berpencen yang diluluskan dalam Bajet 2012 dan berapa ramaikah mereka yang menerima bantuan berkenaan. Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Timbalan Menteri Pertahanan kerana telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu ini. Saya juga meminta izin untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar bertarikh 18 Jun 2014, soalan nombor 48 yang menyentuh isu berkaitan pembayaran one-off kepada veteran tidak berpencen Angkatan Tentera Malaysia. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila. Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sentiasa prihatin dan berusaha menambah baik pelbagai faedah dan kemudahan-kemudahan kepada anggota veteran yang telah banyak berjasa kepada negara ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara ini dan ini pun adalah bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan. Berkaitan dengan pemberian one-off sumbangan RM1,000 kepada veteran ATM tidak berpencen yang telah dilaksanakan dalam tahun 2013, sebanyak RM84.312 juta telah pun dibelanjakan dan telah dibayar kepada anggota tidak berpencen dan ia melibatkan pemberian kepada 77,737 orang veteran dan 6,575 orang balu atau duda kepada veteran yang tidak berpencen. Pemberian sumbangan ini adalah merupakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kerajaan ke atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sebahagian baki DR.16.6.2014 2 daripada peruntukan yang telah disediakan bagi tujuan ini yang tidak digunakan telah pun dipulangkan kembali kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Terima kasih. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amati jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana hanya 77,000 orang veteran yang tidak berpencen ini mendapat faedah daripada program one-off. Soalan tambahan saya, pertama, saya hendak tahu kenapa perkara tersebut berlaku sedangkan dalam jangkaan awal maklumat-maklumat data yang diperoleh daripada pelbagai sumber umpamanya di kementerian iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran itu, data dan maklumatnya adalah mutakhir kerana mereka ini menerima pencen. Sementara bagi mereka yang di dalam perkhidmatan, ada satu jabatan yang dipanggil Jabatan Rekod dan Pencen di bawah kelolaan perkhidmatan anggota di mana data-data tersebut dia mutakhir sewaktu mereka berada di dalam perkhidmatan. Akan tetapi, bila mereka pencen, data-data ini sudah tidak relevan kerana kebanyakan veteran yang tidak berpencen sudah balik kampung, sudah tukar alamat. Soalan kedua yang saya hendak tanya, adakah dengan adanya program one-off ini, kita berbelanja sedikit sahaja tetapi mendapat impak, nilai serta kesan yang begitu baik kerana kita dapat data yang mutakhir. Dengan data yang terperinci ini, dengan adanya Akta Majlis Veteran, sudah pasti kementerian dapat merangka bukan sahaja bantuan dari sudut one-off tetapi bantuan-bantuan lain yang boleh ditambah nilai. Jadi akhirnya apakah kesan positif ekoran daripada mendapat data-data tersebut dengan berbelanja amat sedikit? Terima kasih. Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tersebut. Sememangnya apabila kita membuat pembayaran pada tahun lepas, kita mendapat maklumat rekod berkaitan dengan anggota tentera yang berpencen daripada Jabatan Rekod dan Pencen sebanyak 224,000 orang. ■1010 Akan tetapi, ingin saya nyatakan di sini walaupun jumlah 224,000 orang ini direkodkan sebagai anggota tentera yang berpencen tetapi mereka ini adalah rekod-rekod yang dikumpulkan semenjak 1960-an iaitu lebih kurang 50 tahun yang lalu. Ini bererti daripada 224,000 ini mungkin ramai yang sudah meninggal. Berdasarkan kepada inisiatif yang telah kita buat melalui pemberian one-off pada tahun lalu kita telah dapat mengumpul data-data terkini iaitu sejumlah 77,737 orang veteran seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Ini merupakan satu input yang penting kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengetahui mereka yang sebenarnya telah berpencen khususnya mereka yang telah berhenti tetapi tidak mendapat pencen dan untuk membolehkan kita merangka apakah rancangan-rancangan masa hadapan bagi membantu mereka. Seperti mana yang kita tahu bahawa sebahagian mereka yang mempunyai rekod di dalam JHEV ini ialah mereka yang berpencen kerana mereka menerima pencen setiap bulan. DR.16.6.2014 3 Akan tetapi mereka yang tidak berpencen ini mereka juga ialah veteran dan mereka sepatutnya mendapat pembelaan yang sewajarnya. Dengan adanya exercise yang telah kita buat itu sekurang-kurangnya telah memberikan impak yang positif kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran. Walaupun tidak semua yang datang untuk mendaftar kerana sebahagiannya ada yang sudah meninggal dan ada yang sudah pun mendapat pendapatan yang lebih baik. Mereka tidak datang untuk kelim bantuan tersebut dan ini menyebabkan kita masih lagi mengambil berbagai- bagai inisiatif khususnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan maklumat ini sebanyak yang mungkin supaya kita dapat memastikan bahawa segala rancangan masa hadapan akan memberikan faedah yang tinggi kepada semua golongan veteran sama ada yang berpencen atau tidak berpencen. Terima kasih. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sebagaimana kita tahu kebanyakan warga tentera yang tidak berpencen ini memang keadaannya amat daif. Semalam saya baru hadir Mesyuarat Persatuan Bekas TLDM sama ada yang berpencen atau pun tidak berpencen. Memang keadaan mereka daif, miskin, ada yang sakit. Jadi, kita mintalah Kementerian Pertahanan untuk merancang supaya bantuan one-off ini dikekalkan pada setiap tahun. Untuk itu saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada Bajet 2015 ini adakah peruntukan one-off diberi kepada warga tentera yang berpencen atau pun lebih pentingnya kepada yang tidak berpencen? Kalau belum ada perancangan, kita mohonlah supaya dirancang dan dimasukkan dalam Bajet 2015. Terima kasih. Datuk Abdul Rahman bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Lumut yang juga ialah seorang veteran tentera. Seperti mana yang kita tahu bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan golongan veteran di Malaysia dan sebab itu kita telah menubuhkan pelbagai agensi. Di antaranya ialah Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga Perhebat bagi menyokong golongan-golongan tertera yang berpencen dan tidak berpencen. Mereka ini mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan. Di antaranya ialah seperti berikut: (i) bantuan perkhidmatan kesihatan khususnya ubat-ubat kerana veteran ini kebanyakannya telah pun berumur; (ii) memberikan bantuan pendidikan sekolah dan IPTA; (iii) bantuan bencana alam; (iv) bantuan sara hidup; dan (v) bantuan perumahan khususnya bagi mereka yang memiliki rumah yang daif melalui Program NBOS. Kita dapat tahu ramai juga mereka yang memerlukan bantuan ini dan kita sentiasa mengambil maklum tentang cadangan-cadangan. Persatuan Bekas Tentera Malaysia sendiri pun di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar telah pun mengambil pelbagai langkah untuk mendapatkan fair deal daripada kerajaan. Di antaranya ialah berkaitan dengan bantuan sara DR.16.6.2014 4 hidup. Kita pihak veteran sedang berbincang untuk membolehkan bantuan sara hidup ini dapat diselaraskan kepada RM300 dan ini adalah bergantung pada keupayaan kerajaan. Jadi, berkaitan dengan bantuan one-off seperti mana Yang Berhormat cadangkan itu sebenarnya memang lah seperti pernah saya katakan tadi ianya adalah merupakan hasrat kita tetapi ia bergantung kepada keupayaan kerajaan. Kita akan membincangkan perkara ini. Sekiranya kerajaan berkemampuan mungkin kita boleh pertimbangkan untuk pada masa-masa akan datang. Terima kasih. 2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah syarikat yang gagal melaksanakan had umur persaraan 60 tahun dan tindakan kementerian terhadap syarikat yang gagal melaksanakannya. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd.