Naskhah belum disemak

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Bil. 52 Khamis 7 November 2019

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11)

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengemukakan Cadangan Rang Undang-undang Sumbangan Politik Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang (Halaman 37)

PETUA TUAN YANG DI-PERTUA: Merujuk Ucapan YB. Simpang Renggam Di Bawah P.M 36(12) (Halaman 38)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.13 (Halaman 40)

USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 39)

Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.13 (Halaman 40)

DR.7.11.2019 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Khamis, 7 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha kementerian bagi memastikan kelompok nelayan di kawasan Tanjung Piai tidak 'pupus' yang diakibatkan oleh kawasan tangkapan ikan yang semakin mengecil akibat projek pembangunan sekitar seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, ditambah pula dengan pemutihan nelayan yang banyak menidakkan bantuan atau berlaku keciciran pemberian ESH kerajaan kepada sebahagian kelompok ini. Sekiranya ini berlaku, adakah hasil perikanan negara akan berkurang dalam lima tahun akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya sekali lagi daripada Mersing yang bangun bertanya tentang isu-isu yang berkaitan dengan nelayan yang disebut secara khusus di Tanjung Piai. Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah selagi ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang insya-Allah benar-benar komited dan kita beriltizam untuk menjaga kebajikan nelayan dan sumber ikan negara, tidak akan pupus golongan nelayan ini. Pembangunan yang berlaku secara agresif di Tanjung Pelepas, Tanjung Piai dan semuanya itu, kita telah melihat rekod-rekod terdahulu bahawa ada tabung untuk nelayan yang merupakan bayaran ex-gratia kepada nelayan. Fakta yang ada di hadapan saya, di Tanjung Piai sendiri sehingga tahun 2018 seramai 454 nelayan telah menerima pampasan yang bernilai RM2,000 seorang sejak dari tahun 2004. Secara purata mereka menerima lebih kurang RM12,700 seorang dan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan kepada laporan pencemaran alam sekitar ataupun ada lagi projek-projek pembangunan di sekitar Tanjung Piai. Mengenai tentang apakah langkah-langkah kementerian? Kita telah mempertingkatkan skill ataupun memberikan latihan yang secukupnya kepada nelayan-nelayan pantai ini untuk mereka dapat beralih kepada bidang akuakultur iaitu dengan penternakan ikan sangkar, High- Density Polyethylene Programme (HDPE), kita beralih kepada ikan sangkar. Kedua, kita juga sedang membina dan saya telah mengumumkan sekitar bulan Julai tahun lepas iaitu Pontian dan Tanjung Piai sebagai hub kerang-kerangan. Oleh itu, sangat DR.7.11.2019 2 memberikan kesan positif kerana hasil kerang dan kupang ini nampaknya boleh memberikan nilai tambah kepada nelayan di situ. Ketiga, kita akan meningkatkan projek agro pelancongan, perikanan, rekreasi dan juga homestay. Oleh kerana nature Tanjung Piai ini sangat menarik, pantai lumpur, pemandangan yang indah. Maka, dengan sebab itu saya juga, Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua dan kita pergi ke Tanjung Piai hari ini ada deretan kapal daripada Pulau Pisang sampai ke Pelabuhan Jurong, begitu queue kapal-kapal ini. Jadi, saya sedang membincangkan dengan pihak Kementerian Pengangkutan daripada Jabatan Laut supaya ada sebahagian daripada bot-bot mereka ini diberikan lesen untuk servis kepada kelasi, untuk sama ada pergi balik ataupun supply makanan kepada mereka. Ini juga akan menambahkan pendapatan kepada nelayan. Kemudian kita akan juga akan menaik taraf jeti-jeti yang sebahagiannya telah pun dijanjikan, kita telah tunaikan. Saya ingin menyebut di sini, di Tanjung Piai apa yang arwah Dr. Farid janjikan pada nelayan itu, keseluruhannya berjumlah RM14.7 juta, termasuk jeti-jeti nelayan yang sedang kita sempurnakan. Akhir sekali, tentang elaun sara hidup, Yang Berhormat Mersing. Kita bertanggungjawab untuk memutihkan senarai ini dan itulah yang saya iltizam kan. Kita beri kepada yang benar- benar nelayan, menepati kriteria. Walaupun sebahagiannya marah-marah tetapi saya menyatakan bahawa mereka masih boleh memohon untuk mereka, insya-Allah mendapat hak mereka. Akan tetapi pemutihan secara praktikal mesti dibuat untuk kita pastikan elaun itu masuk dalam poket mereka yang benar-benar nelayan. Terima kasih. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing]: Tuan Yang di-Pertua, elaun nelayan ini patutnya Yang Berhormat Menteri kena anggap bahawa elaun nelayan ini adalah satu pelaburan. Ia insentif, kalau tidak, tidak ada insentif untuk nelayan muda untuk jadi nelayan. Akan tetapi mungkin saya silap, Yang Berhormat Menteri dan jabatan menganggap ini sebagai kos. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa dengan adanya lebih insentif, ini akan memberi satu barakah? ■1010 Barakah ini maksud bagi sedikit akan tetapi cukup. Kalau bagi lebih, ia melimpah-limpah rezeki. Adakah Yang Berhormat Menteri ingin melihat kembali dan membuat audit supaya lebih ramai dapat insentif elaun nelayan ini? Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat daripada Mersing, untuk tahun 2018 kita telah sempurna melakukan audit. Kita akan buat lagi audit ini bagi tahun 2019. Saya memperakui keprihatinan Yang Berhormat Mersing. Memang kita akan memberikan nilai tambah kepada elaun sara hidup ini, akan tetapi saya ingin melakukannya pada spesifikasi yang lebih luas supaya pemodenan vessel sebagai contoh, pemodenan pasar nelayan DR.7.11.2019 3 dan memberikan pula Rezeki Tani, rezeki nelayan kepada isteri dan anak-anak nelayan. Ini sedang giat kita lakukan melalui program Rezeki Tani. Saya ingin mengumumkan pada pagi ini bahawa saya telah bersedia untuk memberi tambahan lagi 500 lesen baharu kelas A akan tetapi dengan pemodenan, dengan satu nilai tambah sebagaimana negara Norway sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua yang sentiasa memberikan nilai tambah kepada nelayan-nelayan mereka supaya orang-orang muda masuk. Kita mahu supaya tidak ada lagi persepsi bapa nelayan, tidak hendak anak menjadi nelayan. Akan tetapi bila kita dengan 500 lesen baharu ini saya akan memastikan kita buat permohonan dengan satu era yang lebih menarik yang akan insya-Allah menggamit nelayan- nelayan muda masuk dalam industri ini dan insya-Allah memberikan pulangan yang besar kepada negara kita. Oleh itu, 500 lesen baharu ini akan kita beri secara spesifik pada golongan yang benar- benar kita target dan insya-Allah kita beri tambah nilai kepada vessel dan peralatan teknologi tinggi. Insya-Allah dengan adanya ini dan penguatkuasaan kepada perairan yang tidak lagi berlaku pencerobohan seperti peralatan bubu naga dan pukat-pukat kenka yang menjahanamkan semua sumber laut kita di kuatkuasakan sepenuhnya, insya-Allah dengan sendirinya hasil laut bertambah. Pemodenan vessel dengan teknologi perikanan yang dipandu oleh anak-anak muda ini akan dapat memberikan sumbangan kepada ekonomi negara kita. Terima kasih. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana meneruskan usaha-usaha untuk menjadikan Pontian sebagai hab kerang-kerangan. Ini telah kita lakukan sebelum ini dan Pontian adalah pusat pengeluaran kerang terbesar di negeri dan saya mahu tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil. Kedua, ialah pada 4 November Yang Berhormat Menteri Pertahanan di Tanjong Piai menyebut bahawa tidak akan diberi bantuan nelayan RM1,000 kepada pengundi dan nelayan Tanjong Piai kerana dia melanggar Akta Pilihan Raya. Bantuan ini RM2,000 ini kita berikan sejak zaman 2016 akan tetapi pada hari semalam Yang Berhormat Menteri Besar Johor menyatakan pemberian RM1,000 secara serahan tangan tunai itu akan dibuat minggu hadapan. Adakah Yang Berhormat Menteri berpandangan ini melanggar Akta Pilihan Raya memberikan tunai kepada nelayan Tanjong Piai secara serahan tangan pada minggu depan? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Tiada kaitan. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua juga bekas seorang hakim ya. Kita faham bahawa tafsiran undang-undang itu kadang-kadang berbeza dan akhirnya mahkamah akan menentukan. Akan tetapi bagi seorang Yang Berhormat Menteri, yang depan saya ini pun bekas menteri, kalau saya pergi Tanjong Piai, hari ini, besok atau semalam dan berkata “ambil duit ini ,undilah ”, itu rasuah. Itu adalah satu benda yang tidak diizinkan. Akan DR.7.11.2019 4 tetapi kalau sebagai Yang Berhormat Menteri apa yang dijanjikan oleh arwah Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik kepada nelayan, kita bagilah. Hendak tunggu orang lain bagi? Kita yang bagi. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Selepas PRK, boleh bagi. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Kami Menteri hendak bagi pada masa ini. Kami Menteri boleh beri pada bila-bila masa untuk rakyat. Dato’ bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Nelayan lain, nelayan lain. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Saya tidak kira siapa pun kata, nelayan untung, rakyat akan untung. Itu sahaja. Jadi kita beri kepada yang berhak dan insya-Allah kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Contohnya macam jeti, kalau jeti itu uzur, hendak tunggu jatuh baru hendak bagi? Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Mohon tambahan soalan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada soalan tambahan. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang sekiranya Yang Berhormat Menteri apa yang dilakukan oleh kami ini .. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Jawapan Yang Berhormat Menteri berkenaan rasuah ini untuk Yang Berhormat Menteri. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon satu lagi soalan penting ya tentang nelayan. Mohon satu lagi. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub: Bertentangan dengan akta itu terpulang kepada mahkamah untuk menilainya. Terima kasih. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ini Yang Berhormat Menteri sebelum menjadi Yang Berhormat Menteri dahulu bercakap macam lain. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Bukan dedak ke ini? Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri soal pemansuhan. Tuan Yang di-Pertua: Ini sesi soalan bukan sesi ceramah atau sesi berdebat, pergi Tanjung Piai lah hari ini. Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon satu lagi soalan. Tuan Yang di-Pertua: Saya mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman.

2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlah peruntukan tahun 2019 yang telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian dan Sekolah Menengah Persendirian Cina serta perincikan mekanisme agihan peruntukan tersebut.

DR.7.11.2019 5

Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019 ini, Kementerian Pendidikan telah diluluskan peruntukan khas tambahan di bawah peruntukan mengurus sebanyak RM25 juta daripada Kementerian Kewangan pada 14 Februari 2019 bagi tujuan penyelenggaraan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Persendirian (SAP) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang berdaftar dengan KPM dan juga berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN). Peruntukan ini diberikan kepada sekolah yang melaksanakan kurikulum kebangsaan sahaja. Berdasarkan data sehingga Januari 2019 sebanyak 96 buah sekolah agama berdaftar dengan KPM. Data terkini iaitu sehingga 2019 bilangan sekolah yang berdaftar dengan KPM telah meningkat kepada 100 buah sekolah manakala sebanyak 458 buah sekolah pula berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri. KPM telah menerima 337 permohonan daripada sekolah. Penetapan pengagihan peruntukan tambahan ini dibuat untuk tahun 2019 melibatkan sekolah persendirian yang berdaftar dengan KPM mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 sebagai sekolah agama swasta yang sah pendaftaran institusi sehingga 31 Disember 2019 melaksanakan kurikulum kebangsaan atau kurikulum agama daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Setelah verifikasi permohonan tersebut dilakukan oleh KPM, sebanyak 78 buah sekolah berdaftar dengan KPM telah diluluskan permohonannya melibatkan peruntukan sebanyak RM6.294 juta. Manakala sebanyak 254 buah sekolah yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri telah diluluskan permohonannya melibatkan peruntukan sebanyak RM14.195 juta. Pada masa kini, KPM sedang membuat verifikasi permohonan bagi fasa terakhir untuk menyalurkan baki peruntukan kepada sekolah yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pengagihan peruntukan bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dilaksanakan secara bersama antara KPM dan juga pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peruntukan ini hanya boleh digunakan bagi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta infrastruktur bagi maksud pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, KPM juga telah prihatin kepada sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan Al-Quran ataupun dikenali sebagai SAR KAFA. Jumlah peruntukan bantuan kepada SAR KAFA yang disalurkan sehingga Oktober 2019 ialah sebanyak RM821,966.76 yang memberi manfaat kepada 1,673 buah sekolah. Berhubung dengan peruntukan sejumlah RM12 juta pada tahun 2019 kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina pula, peruntukan ini disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah tersebut. Memandangkan peruntukan ini disalurkan terus kepada sekolah-sekolah tersebut, maka Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengetahui proses dan kaedah pengagihan yang digunakan oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah berkenaan. Mungkin persoalan tersebut boleh diajukan kepada Kementerian Kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DR.7.11.2019 6

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, dua soalan. Yang pertama adakah pihak kementerian menyedari bahawa sehingga ke hari ini masih ada sekolah agama persendirian dan Mahaad Tahfiz yang masih belum menerima bantuan seperti yang dijanjikan walaupun sesi persekolahan tahun 2019 akan tamat pada hujung bulan ini. ■1020 Kedua, untuk berlaku adil dan saksama kepada semua jenis sekolah dari segi pengagihan, kenapakah mekanisme peruntukan dana tersebut tidak berdasarkan per kepala (per head) dengan izin pelajar iaitu setiap jenis sekolah sama ada sekolah persendirian agama atau sekolah persendirian Cina atau Tamil akan diberi peruntukan iaitu seorang pelajar kali RM, jumlah yang wajar untuk setiap pelajar. Begitu juga peruntukan ini dilihat lebih adil berdasarkan situasi yang ada bahawa majoriti sekolah agama rakyat dan sekolah persendirian masih lagi dalam keadaan daif dari segi infrastruktur dan terletak di kampung dan pedalaman berbanding sekolah- sekolah lain yang sudah lengkap yang berada di bandar-bandar besar. Terima kasih. Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan sekolah tahfiz yang ditimbulkan dan sekolah pondok, peruntukan kepada mereka bukan melalui peruntukan yang ditanyakan ini iaitu peruntukan kepada sekolah agama rakyat. Akan tetapi peruntukan kepada tahfiz dan pondok itu disalurkan melalui peruntukan yang disalurkan kepada JAKIM. Jadi, mungkin boleh ditanyakan kepada Menteri yang berkenaan. Keduanya, saya maklum terdapat beberapa buah sekolah agama rakyat yang sehingga kini kami masih menantikan mereka untuk menepati syarat-syarat yang telah diberikan. Jikalau mereka menepati syarat yang diberikan dan mereka mengajukan permohonan dan berdaftar, kita akan berikan kepada mereka. Berkaitan dengan mekanisme bantuan kepada sekolah berdasarkan per kepala. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agihan peruntukan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada keperluan (need based). KPM tidak menggunakan mekanisme bantuan kepada sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian di bawah peruntukan RM25 juta ini berdasarkan per kepala kerana ingin mengoptimumkan penggunaan dana terhad yang diperuntukkan. Boleh jadi ada sekolah yang besar, mereka mempunyai kepala yang lebih banyak, jikalau kita gunakan formula per kepala ini, mereka akan mendapat peruntukan yang lebih, walaupun keperluan mereka tidak seperti sekolah lain yang mungkin lebih kecil kepalanya tetapi keperluan mereka lebih banyak. Jadi, kita meletakkan need based ataupun berdasarkan keperluan di dalam memberikan bantuan agar kita boleh mengoptimumkan bantuan ataupun dana yang diberikan ini. Sekiranya peruntukan diagihkan kepada sekolah-sekolah yang berdaftar dengan KPM dan pihak berkuasa agama negeri berdasarkan enrolmen murid yang ada tanpa melihat kepada keperluan sebenar sekolah-sekolah yang memohon, maka adalah dikhuatiri jumlah yang bakal diterima adalah tidak signifikan dan juga tidak bermakna bagi sekolah-sekolah tertentu. Kementerian telah membuat keputusan strategik untuk mengagihkan dana kepada sekolah- DR.7.11.2019 7 sekolah yang layak berdasarkan kepada keperluan dan keutamaan serta potensi untuk sekolah itu berkembang. Kita meletakkan kriteria, potensi untuk sekolah itu berkembang dan mengambil kira kriteria tersebut. Berbeza dengan bantuan per kapita bukan mata pelajaran di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, peruntukan tambahan ini hanya boleh digunakan bagi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta infrastruktur bagi maksud pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, pada waktu ini ada satu notis usul di Mahkamah Persekutuan yang dibawa oleh satu pihak yang terdiri daripada peguam yang membawa isu Perlembagaan yang menyatakan bahawa bantuan wang kerajaan kepada sekolah persendirian Cina bercanggah dengan Perlembagaan, jadi tidak sah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Malaysia untuk menjamin hak bagi sekolah-sekolah persendirian Cina, India dan sebagainya jika ada, dapat terus hidup di negara kita ini, hak untuk mempunyai pendidikan bahasa ibunda dan kerajaan wajar memberi peruntukan daripada belanjawan. Terima kasih. Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua, pertama, soalan ini agak tiada kaitan dengan pokok soalan yang dibawa. Keduanya, jikalaulah apa yang dikatakan proses itu masih berjalan di mahkamah, saya kira tidak boleh dijawab di Parlimen ini. Saya kira bagi seorang Ahli Parlimen kita perlu sedar tentang perkara seperti ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan [Kota Kinabalu]: Salam harapan Tuan Yang di-Pertua. Mengguna tenaga secara jimat, Menjana elektrik secara mampan, Peralihan SSB harap cepat, Mari bicara secara sopan.

3. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status Akaun Amanah Bekalan Industri Elektrik (AAIBE) dan bagaimana wang yang telah dikutip digunakan bagi membangunkan lagi industri elektrik terutamanya dalam tenaga boleh baharu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Puan ]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) ditubuhkan pada tahun 1997 untuk Semenanjung Malaysia dan AAIBE pada tahun 2000, bertujuan untuk menerima sumbangan daripada penjana tenaga bebas (IPP) bagi membiayai perbelanjaan projek ataupun program yang menyumbang kepada pembangunan industri bekalan elektrik di negara kita. DR.7.11.2019 8

Sumbangan ini dimasukkan ke dalam syarat lesen dengan formula berikut untuk AAIBE, satu peratus daripada jualan elektrik tolak kos bahan api bagi tahun sebelumnya. Untuk AAIBE Sabah ialah tiga peratus daripada keuntungan bersih IPP. Penggunaan dana AAIBE adalah tertakluk kepada skop seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) iaitu: (i) penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri bekalan elektrik termasuk R&D dalam pembangunan sumber-sumber tenaga baharu dan juga tenaga boleh baharu (TBB); (ii) latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik; (iii) program penggalakan penggunaan kecekapan elektrik; (iv) pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik; dan (v) mengurus impak tarif elektrik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari tahun 1998 sehingga kini, sebanyak 165 program ataupun projek telah pun dibiayai oleh dana AAIBE berjumlah lebih daripada RM1.20 bilion. Daripada jumlah tersebut, untuk TBB adalah RM162.5 juta. Manakala untuk AAIBE Sabah pula, sebanyak 16 program ataupun projek yang berjumlah RM19.4 juta telah pun dibiayai sepanjang tempoh 2009 hingga 2019. Daripada itu, untuk projek TBB, RM6.5 juta telah pun diperuntukkan. Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, MESTECC pada tahun ini mendapati bahawa terdapat tunggakan oleh IPP untuk tahun kewangan berakhir dari 2008 hingga 2018 untuk AAIBE yang berjumlah setinggi RM197.9 juta yang masih belum dibayar. Untuk AAIBE Sabah pula, tunggakan oleh IPP di Sabah untuk tahun kewangan berakhir daripada 2008 hingga 2018 adalah berjumlah RM50.7 juta. Bagi memastikan IPP memenuhi syarat lesen dan menyumbang kepada tabung AAIBE dan juga AAIBE Sabah, baru-baru ini MESTECC melalui Suruhanjaya Tenaga telah mengambil tindakan untuk memastikan sumbangan untuk tahun kewangan berakhir 2018 dapat dikutip sebelum 31 Disember 2019 selaras dengan syarat lesen. Selain itu, Suruhanjaya Tenaga juga sedang menuntut balik tunggakan IPP untuk tahun 10 tahun sebelum ini. Untuk IPP yang tidak berupaya untuk membayar secara one-off, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan pelan pembayaran secara ansuran bagi memastikan tunggakan semua perlu dijelaskan. Walaupun tidak boleh dan tidak berupaya untuk bayar one- off, semua perlu dibayar tetapi secara ansuran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya dalam dua bulan ini saya ingin mengumumkan di sini bahawa dalam dua bulan ini, Suruhanjaya Tenaga telah berjaya mendapatkan komitmen daripada IPP untuk menjelaskan tunggakan mereka untuk membayar sebanyak RM100.7 juta untuk AAIBE dan juga RM4.8 juta untuk AAIBE Sabah, sebelum 31 Disember 2020. MESTECC akan terus usaha untuk memastikan semua tunggakan bayaran oleh DR.7.11.2019 9

IPP dijelaskan supaya AAIBE ini dapat terus digunakan untuk membangunkan industri bekalan elektrik terutamanya bagi projek-projek tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga dan juga bekalan luar bandar. ■1030 Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]: Pertama, bolehkah kita tahu senarai IPP yang sengaja tidak membayar ini dengan mendatangkan begitu banyak tunggakan. Soalan kedua, selain membangunkan industri bekalan elektrik terutamanya tenaga boleh baharu, apakah lagi fungsi dana AAIBE dan AAIBE Sabah ini yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat? Puan Yeo Bee Yin: Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, di sini saya ada satu senarai tunggakan sesiapa yang telah berhutang kepada AAIBE. Saya akan menghantar ini secara bertulis kerana ia panjang, saya akan hantar secara bertulis kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu. Apa yang saya boleh katakan bahawa tiada sesiapa yang akan terlepas daripada tuntutan balik bayaran ini. Semua kena bayar sama ada sekarang ataupun secara beransur- ansur atau menghadapi tindakan daripada Suruhanjaya Tenaga. Untuk soalan kedua daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu, apakah yang kita buat dengan AAIBE selain daripada TBB. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi kita mengikut Trust Deed yang ada lima fungsi, lima perkara yang boleh digunakan oleh AAIBE. Sebagai contoh, saya bagi satu contoh. Sekarang AAIBE terkumpul kini adalah sebanyak RM647.1 juta untuk AAIBE. AAIBE Sabah, RM12.8 juta. Saya bagi satu contoh di mana apa yang kita buat baru-baru ini pada bulan Ogos di Semenanjung Malaysia ialah MESTECC telah meluluskan tiga buah projek bekalan elektrik luar bandar secara mikro grid di 13 buah kampung Orang Asli di negeri dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih daripada 1,200 penduduk Orang Asli di sana. Juga untuk dana AAIBE Sabah, seperti yang baru saya umumkan dalam ucapan penggulungan saya bahawa kita juga telah meluluskan penggunaan AAIBE Sabah untuk menampung kos untuk membiayai program enhanced net energy metering sebanyak 50 megawatt dengan kos dijangka dalam lingkungan RM13 juta untuk tempoh 10 tahun. Ini membolehkan pengguna elektrik di Sabah turut dapat menikmati program NEM seperti di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, MESTECC juga telah meluluskan dan dalam proses menyelaraskan dana AAIBE dan Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) di mana bermula tahun kewangan berakhir 2019, IPP dan pemegang lesen penjanaan akan menyumbang ke dalam dana KWIE dan bukan lagi di AAIBE. Untuk makluman semua, KWIE ditubuhkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi tujuan menguruskan impak tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung Malaysia akibat kos sumber bahan api yang berubah-ubah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dana sebanyak RM415 juta daripada KWIE telah pun digunakan untuk tahun 2019 bagi mengekalkan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik DR.7.11.2019 10 di Semenanjung Malaysia. Manakala hasil penjimatan daripada mekanisme IBR sebanyak RM900 juta telah pun digunakan untuk mengurangkan kadar surcaj tarif elektrik kepada semua pengguna termasuk mereka yang bukan domestik. Setakat ini, baki KWIE adalah sebanyak RM224.59 juta. Dengan penyelarasan ini, di mana IPP akan menyumbang terus ke KWIE, jumlah dana yang dikutip untuk menguruskan impak perubahan harga bahan api kepada tarif elektrik akan meningkat. Jumlah dana untuk cushion of impak perubahan harga bahan api akan meningkat, oleh itu kita ada lebih daya lagi untuk mengurangkan kesan perubahan harga bahan api kepada tarif elektrik sekiranya kos bahan api pada masa akan datang. Tuan Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan penggunaan AAIBE untuk bekalan elektrik di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman yang terletak jauh daripada grid nasional seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi ada beberapa projek yang telah diluluskan di negeri Pahang. Saya hendak tahu, sekiranya tunggakan yang disebut tadi dapat dijelaskan, berapakah jumlah yang akan digunakan untuk program bekalan elektrik di kawasan pedalaman, di kawasan mana dan juga berapa peratus daripada projek-projek tersebut itu akan menggunakan tenaga boleh baharu dan apakah jenis projek ataupun teknologi yang akan digunakan di kawasan- kawasan pedalaman? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Jawapan bertulislah Yang Berhormat Menteri. Puan Yeo Bee Yin: Tuan Yang di-Pertua, untuk secara general, apa yang kita buat adalah setiap tahun apabila kita ada dana AAIBE, kita akan buka untuk permohonan sama ada tenaga boleh baharu. Untuk luar bandar, kita akan buka untuk permohonan dan juga satu panel untuk memilih apakah yang kita boleh sumbangkan untuk membangunkan industri bekalan elektrik di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Rembau, apa yang kita buat sekarang adalah di mana kita buat secara pusingan. Sebelum ini first come, first serve basis oleh itu ada banyak yang tidak ada – macam mana kita award ataupun anugerahkan dana AAIBE adalah tidak berapa adil jika tidak mengikut saringan ataupun pusingan tetapi sekarang kita ada secara pusingan di mana ia lebih kompetitif, kita tengok semua projek dan dalam masa yang sama kita tengok apakah yang paling diperlukan oleh negara kita dan kita boleh menyumbangkan dana AAIBE ini. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

DR.7.11.2019 11

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Jee Keen [Selayang] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keadaan dengan cadangan pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Skim Daftar Pajakan Swasta di mana pembeli rumah tiada pemilikan hartanah tapi hanya menjadi penyewa pajakan tempoh panjang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Dr. Xavier Jayakumar]: Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Tuan Yang di-Pertua, Kanun Tanah Negara telah diperkenalkan hasil daripada amalan semasa di Tanah Melayu dan mengikut undang-undang tanah sedia ada. Seksyen 76, Kanun Tanah Negara menyatakan pemilik tanah hanya dikeluarkan melalui pemberi milikan kekal selama-lamanya ataupun pajakan bertempoh. Keputusan untuk memberi pajakan bertempoh hanya diluluskan oleh pihak berkuasa negeri sahaja tidak melebihi 99 tahun. Adalah dimaklumkan bahawa setelah dibuat perundingan di antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan pihak kerajaan negeri melalui Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia, Bilangan 2/2018 yang telah diadakan pada 23 Oktober 2018 telah diputuskan bahawa cadangan private lease scheme tidak diteruskan memandangkan pengeluaran hak milik adalah kuasa eksklusif kerajaan negeri. Terima kasih. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Terima kasih. Saya amat gembira dan bersetuju dengan keputusan untuk tidak meneruskan skim pendaftaran pajakan swasta ini kerana akan mengelirukan pembeli rumah bahawa mereka bukan akan mendapat hak milik tetapi sebenarnya penyewa panjang masa. Akan tetapi PTG Johor telah mengeluarkan satu skim yang dipanggil Sub Modul Pajakan Strata yang dilaksanakan seperti di dalam skim daftaran pajakan swasta yang telah diputuskan tidak diteruskan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang Sub Modul Pajakan Strata ini dan apakah tindakan yang akan diambil? Dr. Xavier Jayakumar: Tuan Yang di-Pertua, seksyen 221, Kanun Tanah Negara telah memberi kuasa kepada tuan punya tanah untuk memajak kecil keseluruhan ataupun mana-mana bahagian tanah mereka bagi satu tempoh melebihi tiga tahun. ◼1040 Bila saya katakan melebihi tiga tahun, ia boleh sampai ‘1990’ tahunlah. So, yang saya diberitahu yang dilakukan di Johor ialah mereka telah gunakan seksyen 221, Kanun Tanah Negara. Di mana mereka telah memberi kuasa kepada pemilik harta mereka untuk disewa di atas - tanah dia boleh disewa untuk tiga tahun ataupun sampai ‘1990’ tahun. Akan tetapi di dalam akta itu pun kita kena faham bahawa you tidak boleh - tidak akan diberikan kuasa untuk tukar milik. You akan jadi seorang penyewa sahaja dan outright transfers itu tidak boleh dilakukan kalau mengikut seksyen 221, Kanun Tanah Negara. Dato’ Sri Dr. Haji bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Private lease dicadangkan dahulu ialah untuk mengatasi masalah-masalah yang mana satu kawasan tanah diberi kepada pihak yang tertentu. Akan tetapi apabila tanah itu perlu dibawa ke bank, pihak pembeli tidak mempunyai kuasa untuk membawa ke – Itulah maka, DR.7.11.2019 12 private lease ini yang boleh dibankable, yang boleh diguna bawa ke bank dicadangkan. Jadi, adakah cadangan lain untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di Johor, yang berlaku di Technology Park dan banyak lagi tempat di seluruh Malaysia, yang perlu pembelinya mendapat geran tanah yang boleh dibawa ke bank? Terima kasih Tuan Pengerusi. Dr. Xavier Jayakumar: Untuk sekarang, yang saya difahamkan ialah di atas tidak boleh gunakan perkataan private lease. Oleh sebab private lease is not there at present, as far the law is concern. Akan tetapi mereka yang dapatkan lease ini boleh bawa pucuk tanah ini ataupun dia punya property itu kepada bank untuk buat – boleh. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, ada banyak permintaan kepada kementerian untuk kita ubah akta untuk diselaraskan ataupun untuk memberi kuasa kepada – ada pemaju ataupun pembeli untuk di dalam “private scheme”, “lease scheme” ini dicadangkan untuk bawa kepada kementerian untuk kita buat perubahan di dalam Kanun Tanah Negara. Akan tetapi ini sahaja boleh berlaku kalau semua negeri bersetuju dengan apa yang kita hendak bangunkan. Oleh sebab ada banyak kes, bukan sahaja di Johor, bukan sahaja di kawasan lain tetapi di Kampung Baru sekarang pun, di mana kita hendak cuba untuk menyelesaikan masalah tanah di Kampung Baru tanpa mengadakan dalam “sub lease”, kita tidak akan capai ataupun kita akan ada masalah untuk kita selesaikan isu itu. So, kementerian akan kaji isu ini dan kalau disetujui oleh semua negeri untuk kita lakukan sesuatu, selepas itu kita kena buat perubahan di dalam Akta Kanun Tanah Negara untuk selaraskan dengan apa yang diminta oleh mereka di bawah, untuk kita buat sesuatu untuk masa depan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

2. Dato' Sri [Pengerang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status penggubalan rang undang-undang berhubungan dengan "Freedom of Information" yang akan menggantikan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] serta bilakah kerajaan bercadang untuk membuat konsultasi awam berkenaan rang undang-undang tersebut sebelum dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Tuan Yang di- Pertua, kerajaan pada 11 Julai 2018, telah memutuskan supaya satu Akta Kebebasan Maklumat (Freedom Of Information Act) digubal di peringkat Persekutuan. Pelaksanaan cadangan ini diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang dan turut dibantu oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam urusan penggubalan akta tersebut. Dalam konteks ini, beberapa sesi perbincangan telah diadakan melibatkan kementerian, jabatan, agensi seperti Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang, Pejabat Penasihat Undang-undang dan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi membincangkan hala tuju dan konsep berkaitan undang-undang kebebasan maklumat selain DR.7.11.2019 13 meneliti keperluan sama ada untuk memansuhkan sama sekali ataupun menambahbaikkan peruntukan di dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Kedua, mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat, dalam masa yang sama juga mengekalkan Akta 88. Ini antara opsyen-opsyen yang kita bincangkanlah. Kerajaan juga komited untuk memastikan cadangan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat ini dilaksanakan secara holistik dan inklusif. Justeru, konsultasi awam berkaitan cadangan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat akan dilaksanakan sebaik sahaja aspek polisi berkaitan akta ini dimuktamadkan dengan pihak berkepentingan. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, dengan adanya jikalah akta, dengan izin, Freedom Information Act (FIA) ini diwujudkan, soalan saya yang pertama, adakah ini memberi makna bahawa rahsia rasmi akan berada masih di bawah OSA ataupun rahsia rasmi akan didefinisikan di bawah FIA? Kedua soalan saya, adakah tidak bahawa dalam Perlembagaan, Perkara 10(1)(a) telah wujudnya apa yang disebutkan tentang kebebasan maklumat dan bersuara? Jadi, di sini adakah perlunya satu akta yang disebut sebagai FIA jika Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10 mempunyai hak kepada rakyat dalam isu-isu maklumat? Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat, ada dua soalan. Yang Berhormat, oleh sebab seperti mana yang saya sebutkan tadi kita masih lagi meneliti dengan teliti sama ada kita ada dua opsyen, sama mana kita hendak hapuskan terus Akta Rahsia Rasmi ataupun kita tambah baikkan ataupun kita wujudkan bersama, ada Akta Rahsia Rasmi dan ada juga Akta Kebebasan Maklumat. Tujuannya untuk kita mengimbangi, track the balance, to off-set kalau apa yang dilihat kekerasan ataupun elemen-elemen yang mungkin ada tidak begitu baik di dalam Akta Rahsia Rasmi itu dapat dikurangkan dalam Akta Kebebasan Maklumat. Jadi, definisi maklumat yang Yang Berhormat katakan itu, itu semua kita akan ambil kiralah. Itu yang pertama. Tentang Yang Berhormat katakan Artikel 10. Pertamanya, saya hendak betulkan sedikitlah, Yang Berhormat. Dalam Artikel 10 ini tidak ada kebebasan menerima maklumat tetapi kebebasan bersuara, ada. Ayat ‘menerima maklumat’ tidak ada. Saya rasa Yang Berhormat sebagai pengamal undang-undang pun memahami benda itu. Akan tetapi Yang Berhormat, kita kerajaan ini kerana kita komited untuk mempertahankan hak Perlembagaan sebab itulah buat kali pertamanya, insya-Allah kita akan adakan Akta Kebebasan Maklumat. Jadi, kita kerajaan baharu ini adakan Akta Kebebasan Maklumat, kita juga sama-sama sedang mengkaji Akta Rahsia Rasmi yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Dr. Azman bin Ismail [Kuala ]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ada kebebasan untuk mendapatkan maklumat, juga kebebasan menyebarkan maklumat, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi sekarang. Cuma, soalan saya ialah sebahagian daripada maklumat itu tidak perlu disebarkan. Kalau disebarkan, isunya sensitif. Misalnya, maklumat post mortem, laporan polis. Sebelum benda itu jelas lagi DR.7.11.2019 14 duduk perkara. Itu menyebabkan keresahan kepada masyarakat. Apakah ada satu cara untuk ketua jabatan atau pengamal perubatan misalnya, menahan supaya benda ini tidak disebarkan dengan bebas? Oleh sebab sekarang media sosial menyebarkan seluas-luasnya sebelum benda itu diketahui duduk perkaranya. Terima kasih. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita sekarang mengkaji dengan teliti. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita sebenarnya- untuk makluman, setakat yang kita buat engagement, ada dua model yang kita sekarang tengah kaji. Pertama, model di England di mana mereka adakan Akta Rahsia Rasmi, dalam masa yang sama mereka juga ada Freedom Information Act. Jadi, mereka dapat balance kan benda itu. Di Indonesia, saya hendak beritahu Yang Berhormat. Mereka ada Akta Kebebasan Maklumat tetapi mereka tidak ada Akta Rahsia Rasmi. Sekarang ini mereka hendak pergi ke negara kita untuk kaji pula supaya macam mana kita adakan Akta Rahsia Rasmi. Jadi, yang ini adalah perkara yang kita kena ambil kira semua ini. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat, sebenarnya Akta Rahsia Rasmi ini bagi sayalah secara peribadi, tidak ada masalah. Masalah yang dahulu itu bukan masalah Akta Rahsia Rasmi tetapi masalah penyalahgunaan, termasuk Yang Berhormat Rafizi kena itu, bukan masalah akta itu. ■1050 Dahulu, Akta Rahsia Rasmi digunakan untuk melindungi kezaliman, penyalahgunaan kuasa, bukan melindungi maklumat-maklumat sulit. Sekarang ini kita hendak kena cari balance macam mana kita hendak selesaikan masalah itu. Sekian, terima kasih.

3. Puan Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan usaha Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan tambang pelajar atau student fare kepada penuntut universiti dari Sabah dan bagi mengurangkan beban keluarga mereka terutama pada musim perayaan serta sama ada lebih banyak penerbangan harga tetap bagi laluan - Sibu / Johor - Sibu dapat disediakan pada musim perayaan yang akan datang.

Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]: Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lanang yang konsisten membangkitkan isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk menawarkan perkhidmatan tambang pelajar ataupun student fare dengan izin kepada semua penuntut universiti termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi tujuan mengurangkan beban terhadap keluarga mereka khususnya semasa musim perayaan. Di dalam hubungan ini, Syarikat Air Asia Berhad dan Syarikat Malindo memaklumkan bahawa mereka akan meneliti dan mempertimbangkan cadangan ini. Manakala Syarikat MAB pula memaklumkan bahawa mereka telah pun memperkenalkan portal web MHexplorer pada bulan Oktober tahun lalu yang menyasarkan para pelajar universiti yang berumur di antara 18 tahun hingga 26 tahun untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan MAB. Antara keistimewaan yang ditawarkan ialah pengurangan tambang penerbangan sehingga 20 peratus daripada tambang penerbangan biasa. Di samping itu juga, MHexplorer DR.7.11.2019 15 turut menawarkan lain-lain keistimewaan seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram, perubahan tarikh penerbangan percuma, mata ganjaran Enrich untuk program pelajar, diskaun khas untuk hotel terpilih dan tambang teksi melalui ejen-ejen yang dilantik oleh pihak MAB. Selain itu, mulai 31 Julai 2019, Program MHexplorer telah diperluaskan lagi kepada para pelajar yang berusia di antara 13 tahun hingga 26 tahun termasuk para guru dan ahli akademik yang berusia sehingga usia 60 tahun yang masih aktif bekerja di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Bagi maksud cadangan supaya lebih banyak penerbangan harga tetap yang lebih rendah disediakan pada musim perayaan akan datang, bagi laluan-laluan penerbangan terpilih termasuk Kuala Lumpur – Sibu dan Johor Baharu – Sibu, pihak kerajaan dalam mesyuarat dengan syarikat- syarikat penerbangan pada 4 September 2018, antara lainnya telah memutuskan supaya kerajaan tidak menetapkan harga siling dan harga lantai bagi tambang tiket penerbangan domestik bagi tujuan mengelakkan sebarang manipulasi oleh syarikat-syarikat penerbangan yang mana purata harga tiket akan menjadi lebih tinggi walaupun di luar musim perayaan sekiranya ia dilaksanakan. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan kenaikan harga tambang sempena musim perayaan, kerajaan telah mendapatkan komitmen daripada syarikat-syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan melebihi 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim perayaan seperti Tahun Baru China, Hari raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan khususnya di laluan-laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi termasuklah bagi laluan dari Semenanjung ke Sibu. Pengumuman mengenai penerbangan tambahan dan tawaran harga untuk musim- musim perayaan yang akan datang akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang berkaitan dalam masa terdekat. Terima kasih. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu sama ada kementerian berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan selain dari tambang student fare juga dapat menyediakan tambang warga emas, tambang OKU dan bagi golongan B40. Juga untuk direct flight Sibu – Singapura yang masih menunggu kelulusan dari pihak Singapura, bolehkah ia dipercepatkan lagi kalau boleh sebelum Tahun Baru Cina supaya rakyat Sibu yang berada di Singapura dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Saya minta penjelasan, terima kasih. Tuan Loke Siew Fook: Yang pertamanya Tuan Yang di-Pertua, untuk perkhidmatan ataupun produk-produk khusus seperti tambang untuk OKU, tambang untuk warga emas dan sebagainya, sudah tentunya kementerian dan kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan golongan-golongan ini dan kita sudah tentunya menggalakkan dan mengharapkan syarikat- syarikat penerbangan dapat menawarkan harga-harga yang istimewa untuk golongan-golongan yang tertentu ini. Namun begitu, ini bukannya kita tidak ada kuasa yang menetapkan bahawa syarikat penerbangan mesti memberikan tawaran tersebut. Namun begitu kita bekerjasama dan DR.7.11.2019 16 kita sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya tanggungjawab sosial kepada golongan-golongan ini. Jadi kita akan cuba berusaha mendapatkan kerjasama daripada syarikat-syarikat penerbangan untuk menawarkan lebih banyak produk yang menarik kepada golongan-golongan tertentu ini. Untuk laluan di antara Sibu ke Singapura, memang pihak kita telah pun meluluskan permohonan itu daripada Syarikat Air Asia. Kita sedang menunggu kelulusan daripada pihak Singapura dari segi slot di Changi Airport. Namun begitu, belum ada kelulusan daripada pihak Singapura dan saya akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan Singapura minggu hadapan di ASEAN Transport Minister Meeting di Hanoi, maka perkara ini juga akan saya bangkitkan dan cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak Singapura. Terima kasih. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya perhatikan apabila promosi tambang murah ataupun pelbagai promosi sempena Tahun Melawat Malaysia, Tahun Melawat dan sebagainya. Isunya ialah kadang-kadang tambang itu memang sudah murah. Akan tetapi apabila campur dengan tax yang dikenakan oleh pihak kerajaan itu menyebabkan jadi tinggi. Jadi, bagaimana perancangan kerajaan, kalau tadi disebut cadangan untuk mengurangkan, memberi kelonggaran kepada student dan sebagainya ini. Jadi, kalaulah tambang sudah murah tetapi campur dengan tax itu jadi mahal juga. Jadi, adakah kerajaan berhasrat juga untuk mengurangkan tax ini untuk golongan tertentu. Terima kasih. Tuan Loke Siew Fook: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang memberikan soalan tambahan. Pertamanya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tax itu bukan dikutip oleh kerajaan. Tax yang dikenakan itu namanya – yang paling utamanya ialah Passenger Service Charge (PSC) itu merupakan bayaran kepada pihak operator lapangan terbang. Namun begitu, memang kita sedang berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan ini terutamanya syarikat- syarikat penerbangan tambang murah, bagaimana untuk kita melaksanakan tambang murah untuk para pelajar. Sekiranya, kita mendapat kerjasama daripada syarikat penerbangan, kita juga akan berbincang dengan pihak operator lapangan terbang supaya kita lihat bagaimana untuk mengurangkan kadar-kadar ini untuk para pelajar ataupun golongan-golongan yang tertentu. Jadi, memang betul bahawa kita kalau mengurangkan kadar tambang untuk para pelajar, khususnya di antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, kepada pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung ataupun pelajar-pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak, saya rasa perlu kita memberikan bantuan dan juga sokongan kepada mereka. Ini kerana memang tidak ada mode yang lain, tidak ada alternatif, mereka terpaksa menggunakan penerbangan untuk sampai ataupun balik ke kampung masing-masing. Jadi, memang kita akan cuba mendapatkan kerjasama daripada semua pihak untuk menurunkan kadar tambang penerbangan untuk golongan ini.

[Soalan No. 4 – YB. Datuk (Kapit) tidak hadir]. DR.7.11.2019 17

5. Tuan [Tanjong Malim] minta Perdana Menteri menyatakan bantuan dan pelan pembangunan yang telah atau bakal dilaksanakan di kampung-kampung Orang Asli di kawasan Parlimen Tanjong Malim dari Mei 2018 hingga kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 41 buah kampung Orang Asli dengan penduduk sejumlah 20,637 orang di Parlimen Tanjong Malim. Sehingga kini daripada 41 buah kampung, sebanyak 27 buah kampung telah mempunyai bekalan air terawat, sebanyak 28 buah kampung telah mempunyai bekalan elektrik dan semua kampung telah mempunyai jalan perhubungan. Sejak Mei 2018 sehingga kini, pelbagai program pembangunan dilaksanakan oleh JAKOA di Parlimen Tanjong Malim iaitu pelaksanaan projek infrastruktur, bantuan rumah bina baru, bantuan baik pulih rumah dan bantuan pembangunan ekonomi berjumlah RM1,023,099.70. JAKOA sentiasa membuat perancangan berdasarkan peruntukan yang diagihkan dan mengambil perhatian terhadap isu pembangunan yang melibatkan masyarakat Orang Asli bagi memastikan Orang Asli tidak tercicir dari arus perdana dan peruntukan dibelanjakan secara optimum. JAKOA akan meneruskan pelan pembangunan yang telah dirancang berdasarkan Pelan Strategik JAKOA 2016/2020 kepada seluruh masyarakat Orang Asli di kampung-kampung Orang Asli amnya, termasuklah masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Tanjong Malim. Sekian, terima kasih. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selain daripada projek-projek pembangunan, salah satu isu utama yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli adalah Tanah Adat. Secara dasarnya, adakah Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf hak Tanah Adat sebagai hak Orang Asli. Jika ya, apakah usaha, adakah Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk merealisasikan hak tanah Adat ini. Sekian, terima kasih. ■1100 Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Sejak kerajaan baharu mengambil alih, memang pada dasarnya kerajaan mengiktiraf tanah adat Orang Asli. Perkara mengenai tanah adat Orang Asli juga adalah merupakan perbincangan hangat pada Konvensyen Orang Asli yang diadakan pada bulan April tahun ini. Jadi sebagaimana yang kita semua sedia maklum, perkara pokok yang sering dibangkitkan oleh masyarakat Orang Asli ialah mengenai isu pengiktirafan tanah adat Orang Asli. Walau bagaimanapun, walaupun Kerajaan Persekutuan mengiktiraf tanah adat Orang Asli, tetapi ada sesetengah negeri yang masih tidak mengiktiraf tanah adat Orang Asli. Saya juga ingin menyatakan kepada Yang Berhormat bahawa daripada kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah di negara kita, mahkamah telah jelas memberikan pengiktirafan kepada hak Orang Asli untuk tanah adat mereka. Jadi, kerajaan akan– memandangkan isu tanah adalah suatu isu kerajaan negeri, terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, maka Kerajaan DR.7.11.2019 18

Persekutuan akan meneruskan rundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri, dengan Ketua Menteri dan juga Menteri-menteri Besar bagi memastikan bahawa hak masyarakat Orang Asli ini terpelihara. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir hendak beri peluang kepada kawan-kawan yang ada Orang Asli. Saya tidak ada. Tuan Yang di-Pertua: Beri peluang kepada Yang Berhormat Paya Besar? Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Akan tetapi walau bagaimanapun, saya akan tanya juga. Tuan Yang di-Pertua: Sebab Yang Berhormat bangun lebih awal. Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong]: Soalan yang pertama tadi berhubung dengan tanah rayau ini, Orang Asli. Sepatutnya kajian dibuat oleh pihak kerajaan untuk melihat macam mana boleh tanah rayau ini diberi kepada pihak Orang Asli. Akan tetapi persoalan saya ialah Yang Berhormat, apakah kajian terperinci telah dibuat kepada beberapa sudut berkenaan dengan Orang Asli? Soal ekonomi, soal kebajikan, soal settlement Orang Asli itu sendiri dan juga life expectancy dia supaya kita boleh melihat secara keseluruhannya macam mana menangani. Jangan dibuat sebagai satu showcase untuk kepentingan orang Barat yang memikirkan dia lebih tahu daripada kita sendiri, menangani masalah Orang Asli. Adakah ini dibuat dan apakah the way forward untuk Orang Asli? Adakah kita hendak suruh dia jadi showcase kita sahaja, duduk pada orang Barat? Terima kasih. Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Saya ingin menyatakan di sini, segala usaha kerajaan untuk membantu masyarakat Orang Asli bukanlah suatu showcase. Sebagai mana yang kita semua sedia maklum, saya rasa apa yang Yang Berhormat maksudkan ialah mengenai dengan isu-isu yang sering dibangkitkan di peringkat antarabangsa. Jadi, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan amat komited dan serius untuk memastikan bahawa kebajikan Orang Asli ini terjamin. Sebagai usaha kerajaan, Konvensyen Kebangsaan Masyarakat Orang Asli telah diadakan pada bulan April tahun ini. Daripada konvensyen tersebut, sebanyak 137 resolusi telah diambil daripada masyarakat Orang Asli sendiri dan segala cadangan yang dibuat semuanya adalah daripada masyarakat Orang Asli sendiri. Kerajaan sedang meneliti cadangan-cadangan tersebut dan satu Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang komprehensif akan dibentuk dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.

6. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan adakah peruntukan untuk membaiki hakisan pantai dan pembinaan ban di Kampung Sebako yang kini teruk terjejas akibat kemasukan air masin dan merosakkan tanah kebun warga kampung.

DR.7.11.2019 19

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli [Dr. Xavier Jayakumar]: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, masalah ini perlu ditangani secara berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah mengawal hakisan pantai seperti pembinaan groyne, penambakan pasir, pembinaan benteng batu mahupun pembinaan pemecah ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi. Dalam hal ini, kerajaan terpaksa menumpukan kerja-kerja membina benteng baharu berbanding membaiki benteng yang telah rosak atau lain-lain kaedah bagi mencegah hakisan pantai mengikut tahap kritikal hakisan pantai tersebut dan mengikut tahap kesediaan peruntukan yang telah diluluskan. Peruntukan baharu bagi program mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan pantai di negeri Sarawak telah dipohon sebanyak RM350 juta dalam RP4 2019, RMKe-11 yang merangkumi hakisan pantai di kawasan yang dilaporkan. Namun, kecewanya ialah kita tidak dapat kelulusan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini akan dimohon semula pada RMKe-12 akan datang. Terima kasih. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu tadi. Jadi, saya pun turut sedihlah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri memandangkan tiada peruntukan untuk membaiki benteng di kampung tersebut. Soalan tambahan saya, selain Kampung Sebako yang kehilangan lebih kurang 100 ekar tanah yang rosak disebabkan oleh kemasukan air masin ini yang merosakkan tanah kebun dan tanah sawah orang kampung, Kampung Paloh yang berdekatan juga mengalami masalah serupa, di mana lebih 50 buah rumah telah lenyap dimakan laut disebabkan hakisan pantai. Soalan saya ini, apakah tidak ada perancangan ataupun kajian di pihak kementerian khususnya untuk perairan negeri Sarawak untuk membuat seperti National Coastal Erosion Study (NCES) ataupun Integrated Shoreline Management Plan (ISMP), khusus untuk negeri Sarawak supaya kita dapat mengenal pasti pantai-pantai yang mengalami masalah kerosakan teruk berbanding dengan yang tidak teruk. Jadi, kita boleh mengkhususkan tumpuan ataupun bajet khusus kepada yang lebih teruk, bukannya kepada semua pantai. Jadi, kita memberi keutamaan kepada pantai-pantai yang terkena hakisan teruk. Jadi, ini akan menstrategikkan peruntukan dan pembaikan ataupun membaiki kerosakan-kerosakan pantai tersebut. Jadi, peruntukan mungkin tidaklah terlampau banyak. Kita buat repair dengan izin, ikut keutamaan pantai-pantai yang mengalami kerosakan teruk. Sekian, terima kasih. Dr. Xavier Jayakumar: Saya tidak tahu itu soalan atau itu cadangan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, Kampung Sebako ini ialah di dalam Pulau Bruit, dia pulau. Kawasan ini saya ingat ada beberapa kementerian yang jaga, bukan sahaja Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Dia ada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dia ada di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, yang jaga kawasan ini. DR.7.11.2019 20

Saya terimalah apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis atas isu untuk kita di dalam kerajaan untuk beri tumpuan kepada hakisan pantai dengan apa yang kita hadapi sekarang. Memang kita ada satu rancangan di mana kita beri tumpuan kepada kawasan- kawasan yang teruk dan untuk diberi prioriti kepada kawasan-kawasan itu. Akan tetapi pada masa yang sama juga, saya ingat kita sebagai Ahli Dewan dan dari negeri masing-masing, contohnya di Sarawak, kita kena beri tumpuan juga kepada keadaan-keadaan di negeri untuk kita pastikan apa yang kita lakukan keseluruhannya di dalam satu-satu negeri itu akan terlibat di dalam isu climate change yang akan datang. Hakisan pantai ini satu-satu isu dengan perubahan iklim (climate change). Kalau kita tidak bekerjasama untuk kita menurunkan, menaikkan temperatures kepada 1.5 sahaja ataupun dia naik kepada 3.0, itu akan ada akibat besar kepada pantai-pantai di dalam negara kita, bukan sahaja di Sarawak. ■1110 We have to pay attention to this climate change sebab kita kena adakan satu program yang munasabah. Oleh sebab itu saya minta semualah Yang Berhormat di sini untuk pastikan di dalam negeri masing-masing, apa yang kita lakukan itu tidak akan ada. Satu akibatnya ialah satu reaksi yang lebih besar kepada situasi yang kita hadapi sekarang dan macam mana kita hendak atasi masalah itu untuk bagi tumpuan kepada kerja di hadapan kita. Terima kasih. Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun [Beaufort]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat terkesan mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi tentang climate change dan keadaan kita mesti berjaga-jaga. Jadi, oleh kerana itu saya ingin bertanya, kerana keadaan fenomena hakisan pantai ini sekarang berlaku di mana-mana. Ini termasuk di negeri Sabah, di kawasan saya memang banyak pantai. Bukan sahaja kebun tetapi rumah-rumah orang kampung juga terkesan disebabkan hakisan ini. Jadi, saya ingin bertanya, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk melihat keadaan keseluruhan dalam negara kita supaya masalah ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin dan kita dapat selamatkan bukan sahaja pantai-pantai kita tetapi penduduk kita dan juga kehidupan ekonomi mereka. Ini termasuklah bagaimana kita melihat daripada segi climate change ini. Terima kasih. Dr. Xavier Jayakumar: Terima kasih. ISMP ini untuk Sarawak sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tahun depan 2020. Integrated Shoreline Management Plan atau ISMP ini kita telah lakukan untuk semua negeri juga untuk masalah mereka. Akan tetapi ini bukan isu Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sahaja yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Isu climate change ini kita kena hadapi bersama-sama sebagai satu caucus untuk kita adakan jawapan ataupun kita akan buat sesuatu untuk pastikan bahawa untuk masa depan, kita tidak akan accelerate climate change chooser tetapi deaccelerate climate change dengan apa yang kita akan lakukan di dalam negeri-negeri kita untuk masa depan yang akan datang. DR.7.11.2019 21

Oleh sebab itulah kelmarin SDG Goals di dalam Malaysia telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. So, kita kena gunakan peluang ini dengan ini bawa kepada negeri-negeri semua kena main peranan dan ambil perhatian yang besar untuk kita buat sesuatu untuk pastikan bahawa hakisan pantai dengan penduduk-penduduk di dalam kawasan-kawasan terendah di dalam kawasan-kawasan ini. Pada masa depan yang kita akan katakan di dalam 10 tahun ini yang akan datang apa yang kita akan lakukan di sini ia akan adakan satu result pada 10 tahun dari sekarang atau 15 tahun dari sekarang. We have to start now untuk kita tentukan bahawa kita tidak ada kehilangan dengan menaikkan tidal changes dan juga untuk air laut dinaikkan di dalam kawasan-kawasan berkenaan. Terima kasih. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mohon mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Danglau, Sik, jiran DUN Gurun, Kedah. Tuan Yang di-Pertua: Selamat datang adik-adik. [Tepuk] Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Ramai Yang Berhormat berpantun bertanya soalan, Ucapan dilakar jiwa tersentuh, Lirik kata penuh sopan, Soalan Tampin nombor tujuh.

7. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah langkah-langkah kementerian dalam memastikan setiap rakyat Malaysia dapat mengecapi kemakmuran bersama / ‘shared-prosperity’ seiring dengan dasar yang telah diperkatakan, dan bagaimana kemakmuran bersama ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan bernegara kepada semua bangsa.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Hampir tiba musim tengkujuh, Saya jawab soalan tujuh. Tuan Yang di-Pertua, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) merupakan satu agenda nasional yang memandu hala tuju negara secara lebih holistik mulai tahun 2021 hingga 2030. Matlamat WKB adalah untuk menyediakan taraf hidup yang wajar atau dengan izin decent standard of living kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2030. Secara keseluruhannya, walaupun pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan prestasi yang menggalakkan, namun ia masih belum digembleng sepenuhnya bagi mencapai potensi yang optimum. Selain itu, terdapat pelbagai isu struktur yang perlu ditangani dalam usaha untuk melonjakkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, objektif pertama WKB adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi ke arah yang lebih progresif berpaksikan ilmu dan bernilai tinggi. Penekanan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi. Usaha juga DR.7.11.2019 22 akan dilaksanakan bagi menggalakkan industri untuk mempergiatkan aktiviti pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan yang bernilai tinggi. Selain memperkukuhkan sistem sektor pertumbuhan ekonomi sedia ada, kerajaan akan terus meningkatkan inisiatif pendigitalan dan penerimaan penggunaan teknologi secara lebih meluas terutamanya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Selain daripada isu struktur, masih wujud jurang ekonomi yang ketara di setiap peringkat kumpulan pendapatan wilayah etnik dan rantaian bekalan. Objektif kedua WKB akan menumpukan kepada usaha untuk merapatkan jurang tersebut. Jurang pendapatan yang ketara di antara kelas pendapatan berlaku, berikutan pendapatan kumpulan isi rumah B40 lebih bergantung kepada penggajian dan kumpulan ini juga kurang memiliki aset yang boleh menjana pendapatan lain. Kerajaan yakin, tumpuan kepada aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan perwujudan pekerjaan berpendapatan tinggi akan menyumbang kepada usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan. Di samping itu, Teras Strategik Lima WKB, kesejahteraan sosial memberi penekanan kepada kebajikan semua kelompok masyarakat terutamanya golongan rentan ekonomi dan kumpulan isi rumah B40. Dalam konteks jurang pembangunan antara wilayah khususnya kawasan bandar dan luar bandar, kerajaan sedar bahawa jurang pengagihan ekonomi antara kedua-dua kawasan semakin melebar. Dalam Teras Strategik Kedua, terdapat 15 cadangan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama KEGA antaranya adalah tumpuan kepada pertanian pintar yang akan meningkatkan hasil tanaman terutamanya untuk agropreneur di kawasan luar bandar. Selain itu, penekanan kepada Komoditi Malaysia 2.0 membolehkan tumpuan diberikan kepada penghasilan produk hiliran daripada komoditi seperti sawit dan getah supaya dapat menjana nilai tambah dan pulangan yang lebih tinggi. Dalam Teras Strategik Keenam WKB pula iaitu keterangkuman wilayah, pemetaan titik tumpuan ekonomi dengan izin, economic hotspots akan dilaksanakan. Usaha ini bagi mengenal pasti kawasan luar bandar yang berpotensi sebagai pusat aktiviti ekonomi yang mampan. Malaysia akan memanfaatkan peluang daripada perkembangan peralihan ekonomi dunia dari Eropah ke Asia dengan menjadikan negara sebagai hab ekonomi ASEAN. Bagi menggembleng pelbagai usaha di bawah WKB, dasar strategik dan inisiatif khusus akan diterjemahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13. Kerajaan yakin dengan pertumbuhan ekonomi yang progresif dan mapan serta pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat, rakyat akan dapat hidup bersatu padu dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara. Sekian, terima kasih. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada kerajaan yang telah merangka ataupun melakar satu dasar yang amat baik untuk semua DR.7.11.2019 23 pihak. Saya ingin bertanya, adakah Wawasan Kemakmuran Bersama ini selari dengan pembangunan lestari yang telah dipersetujui pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Adakah pihak kementerian berpendapat bahawa negara dapat mencapai agenda tersebut dan bagaimana kementerian menghadapinya? Terima kasih. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Inilah antara topik yang dibincangkan di SDGs Summit semalam. Saya berkesempatan menjelaskan tentang penjajaran dasar atau Wawasan Kemakmuran Bersama ini dengan SDGs 2030. Jika kita lihat tumpuan komponen utama Wawasan Kemakmuran Bersama ini, komponen-komponen penting dalam wawasan ini adalah selari dengan apa aspirasi yang ada di dalam SDGs 2030 termasuklah 17 komponen tersebut. Sekian, terima kasih. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bila tiba musim tengkujuh, Kehidupan rakyat makin terjejas, Soalan tambahan saya nombor tujuh, Mohon dijawab dengan ikhlas.

◼1120 Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu bahawa sangat berbeza peruntukan diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan juga pembangkang. Saya difahamkan pihak kerajaan memperoleh RM3.8 juta, termasuk pengurusan pejabat. Namun, kami pembangkang hanya diberikan RM100,000. Cuba bayangkan apa yang cuba untuk... Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada kaitan, Yang Berhormat. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: ...cuba untuk... Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah jawab, tidak ada kaitan. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: ...disebut sebagai shared prosperity ini, kemakmuran bersama. Bagaimana kami hendak melaksanakan... Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan yang lain, Yang Berhormat Paya Besar silakan. Sila duduk Yang Berhormat. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: ...tugas dan tanggungjawab supaya mendapat kemakmuran bersama kalau peruntukan sebegini tidak adil, sangat tidak adil. Tuan Yang di-Pertua: Tidak perlu jawab, tiada kaitan. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Ada kaitan, Tuan Yang di- Pertua. Macam mana Tuan Yang di-Pertua kata tidak ada kaitan? Shared prosperity, macam mana kalau peruntukan tidak diberikan? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalannya, pokok soalannya ialah shared prosperity. DR.7.11.2019 24

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Biarlah Yang Berhormat Menteri komen, jangan Tuan Yang di-Pertua bagi komen. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan FDG dan shared prosperity, yang dibangkitkan tentang peruntukan kepada MP apa halnya? Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab, kenapa Tuan Yang di-Pertua halang? Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Soalan lain, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Paya Besarlah. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Soalan berlainan. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Ketawa] Persoalan saya ialah berkaitan – kelakarnya pagi ini. Persoalan saya ialah berkaitan dengan soalan. Penyata kewangan Kerajaan Persekutuan 2018 di bawah infrastruktur luar bandar, kerana apa seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jelas menunjukkan kita hendak cuba rapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar. Akan tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apabila Audit Report 2018 menyatakan hanya RM3.75 juta sahaja digunakan sehingga 31 Disember 2018? Walhal peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak RM90 juta. Adakah ini menunjukkan bahawasanya sistem penyampaian kerajaan berada di tahap yang agak lemah? Itu yang pertama. Keduanya, bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat minta Jabatan Statistik Malaysia supaya melihat bagaimana kecekapan penggunaan digital di luar bandar. Oleh kerana apa yang kita lihat hari ini, ramai yang sebut ‘bagus digital, bagus digital’. Akan tetapi di luar bandar, bagaimana kecekapan? Bukan dari segi penggunaan teknologi tetapi bagaimana kecekapan digunakan di luar bandar ini amat penting. Oleh kerana banyak inisiatif kerajaan memberi tumpuan kepada digital tetapi digital di luar bandar agak berkurangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Itu baru berkaitan. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Pertama sekali, tentang penyampaian kerajaan. Jika kita lihat dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, ini merupakan satu komponen yang cukup penting. Seperti mana yang kita sebut dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, kita tumpukan kepada equitability of outcome, kesaksamaan keberhasilan. Jadi, tumpuan kepada keberhasilan ini memerlukan satu proses penyampaian yang cukup efisien dan efektif. Jadi, inilah yang akan diberi tumpuan dalam konteks Wawasan Kemakmuran Bersama 2021 dan 2030. Kedua, tentang penggunaan digital di kawasan luar bandar ini, pihak Jabatan Statistik (Department of Statistics) dari semasa ke semasa sentiasa mencari data-data yang diperlukan untuk menggambarkan DR.7.11.2019 25 keadaan semasa, termasuklah penggunaan digitalization. Terima kasih atas pandangan tersebut. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, silakan. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh; Tan Sri Speaker wajahnya tampan, Soalan saya nombor lapan.

8. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Industri Utama menyatakan langkah ke hadapan untuk memastikan Program IPG (Intensif Pengeluaran Getah) kepada penoreh getah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan khususnya insentif yang diberikan juga dimanfaat oleh penoreh getah yang tidak mempunyai kebun dan hanya mengambil upah menoreh di kebun milik orang lain.

Timbalan Menteri Industi Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, “Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, Tepuk ramai-ramai, dengarkan jawapanku”. [Dewan ketawa] Kerajaan amat prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil, terutamanya di luar bandar dalam membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Untuk makluman, penoreh getah yang menjalankan aktiviti penorehan di kebun milik orang lain, IPG ini masih boleh dinikmati melalui kebenaran daripada pemilik kebun menerusi pemilihan nisbah tuntutan IPG yang telah ditetapkan. Antara langkah yang diambil untuk memastikan IPG dilaksanakan dengan berkesan, pertama ialah mendapatkan kerjasama dan bantuan dari pelesen peraih getah dan ketua kampung untuk mengumpul dan menghantar borang tuntutan IPG pekebun kecil ke Pejabat Lembaga Getah Malaysia yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil boleh mengemukakan borang tuntutan kepada pelesen ataupun ketua kampung masing-masing. Kedua, pegawai LGM juga turut turun padang ke lokasi tumpuan seperti yang dicadangkan oleh ketua kampung bagi mengutip borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil. Di antara lokasi tumpuan adalah Pejabat MPKK, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, masjid, surau, pejabat daerah dan juga pejabat RISDA yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil boleh menghantar borang ke lokasi tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Ketiga, mewujudkan kerjasama koordinasi IPG antara RISDA dan LGM, di mana RISDA berperanan sebagi pemudah cara dalam membantu mengumpul borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil sebelum diserahkan kepada pihak LGM. Oleh yang demikian, pendekatan ini diyakini dapat memudahkan lagi proses tuntutan IPG di kalangan pekebun-pekebun kecil, sekali gus memastikan pekebun kecil dapat menikmati insentif yang telah diperkenal oleh pihak kerajaan DR.7.11.2019 26 bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil semasa harga getah rendah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sudah kita maklumi penoreh getah ini yang lebih jumlah mereka 600,000 keluarga seluruh negara masih berada dalam kehidupan ataupun taraf hidup di bawah paras kemiskinan. Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan ingin menyemak kembali mekanisme pemberian IPG ini iaitu penoreh getah boleh terus menjual harga getah dengan harga lantai IPG iaitu RM2.50 dan proses membuat claim IPG itu terus dipertanggungjawabkan kepada pengilang-pengilang? Kedua, adakah juga pihak kementerian melihat proses membuat claim IPG ini boleh diperluaskan di Pejabat RISDA di setiap daerah kerana RISDA mempunyai cawangan- cawangannya di setiap daerah di seluruh negara? Terakhir, adakah pihak kementerian juga ingin menyemak kembali harga IPG lantai sekarang iaitu RM2.50 kepada RM3.00? Oleh kerana jumlah ini sangat munasabah dalam keadaan kesempitan kehidupan penoreh getah pada hari ini. Terima kasih. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan, tiga soalan tambahan ini. Pertama ialah Yang Berhormat menanyakan apakah kita boleh menyemak mekanisme pemberian IPG ini dengan membayar terus kepada pengilang. Kami ingin maklumkan bahawa yang dilakukan sekarang adalah untuk memastikan bahawa tidak berlaku kebocoran seperti mana yang berlaku di beberapa tempat yang berkaitan dengan komoditi yang lain ataupun tanaman yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ini kita sedang memperkenalkan ataupun sedang membuat trial run, dengan izin, pembayaran dalam talian yang kita namakan projek itu masih lagi dalam nama yang belum diperkemaskinikan tetapi kita telah namakan sebagai e- Rubber. Untuk makluman Yang Berhormat, dengan kaedah ini secara dalam talian, kita boleh memastikan agar setiap pemberian insentif IPG ini akan dibayar terus ke dalam akaun sama ada pemilik getah ataupun pengusaha getah. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kita sudah run, dengan izin, di tujuh buah negeri. Ada 367 yang telah pun mendaftar, pelesen yang mendaftar dan yang aktif itu 234. Kita ada dalam 23,000 ke 24,000 pekebun kecil mendapat manfaat daripada sistem ini yang sedang kita kaji. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di Kedah di kawasan Yang Berhormat ada dua pelesen yang telah pun mengguna pakai sistem ini. Saya beri jaminan ataupun kami beri jaminan bahawa kalau sistem ini semua berjalan dengan lancar, kita akan laksanakan di seluruh negara. Jadi, ini akan tentunya akan memberikan maklumat atau memberikan kesan yang terus kepada pemilik getah ataupun pengusaha-pengusaha getah. Terakhir, soal harga lantai seperti Yang Berhormat tahu kalau dahulu RM2.20, sekarang ini kita telah naikkan sampai RM2.50 Insentif Pengeluaran Getah. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kalau kerajaan mahu menaikkan RM3.00, kita akan ada implikasi kewangan yang agak signifikan. Akan tetapi buat masa ini kita masih lagi bertahan pada RM2.50 DR.7.11.2019 27 untuk IPG. Kalau dahulu RM2.20, kita sudah naik 0.30 sen, jadi saya fikir itu satu perkembangan yang baik untuk rakyat, terutamanya pekebun-pekebun kecil di luar sana. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita amat prihatin berkenaan dengan pendapatan pekebun dan penoreh getah. Saya percaya pihak kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka. Cuma, apakah usaha kementerian dalam menggalakkan para pekebun getah untuk memasarkan hasil getah dalam bentuk susu ataupun latex yang dikatakan memberi pulangan yang lebih tinggi antara 30 hingga 50 peratus? Pada masa yang sama untuk mengelakkan risiko kecurian berbanding dengan getah sekerap. Terima kasih. ■1130 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang baik. Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum bahawa kementerian tidak bekerja in silo, kita bekerjasama dengan beberapa agensi kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang memantau perkembangan lateks ini dan untuk makluman Yang Berhormat juga lateks ataupun susu getah ini buat masa sekarang kita tahu bahawa masih lagi lemah dari segi production-nya. Banyak syarikat-syarikat yang membeli daripada luar kerana unjuran harga itu oleh kerana jumlahnya tidak terlalu signifikan perbezaan antara harga getah keping dengan susu getah ini, dengan lateks ini. Ia menyebabkan tidak menarik minat pekebun- pekebun kecil. Cuma kita juga memberikan galakan kepada mereka untuk memastikan agar ada pengeluaran susu getah ataupun apa yang dipanggil sebagai lateks. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita juga mempunyai koperasi. Ada 20 buah koperasi yang kita memberikan bantuan dan dukungan kewangan dari segi pembiayaan dan sebagainya dan kita harap dengan penggunaan koperasi ini akan merancakkan lagi transaksi penjualan getah dari semua peringkat. Ini tentunya akan membantu pekebun-pekebun kecil menambah pendapatan mereka. Terima kasih.

9. Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini dalam perangkaan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional yang bertujuan menangani isu utama yang dihadapi masyarakat Orang Asli di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Konvensyen Orang Asli Kebangsaan yang diadakan pada bulan April 2019 telah menghasilkan 137 resolusi. Resolusi ini adalah merupakan isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli. Resolusi ini telah mengemukakan tujuh fokus utama dalam menangani dan menentukan hala tuju atau rancangan masa depan bagi masyarakat orang Asli. Pelan jangka panjang ini menjurus kepada matlamat utama iaitu mengatasi kemiskinan tegar dan mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli DR.7.11.2019 28 seiring dengan pembangunan pesat Malaysia melalui tujuh fokus utama yang melibatkan perkara berkaitan tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruktur dan kebudayaan. Ianya adalah merupakan Dasar Pembangunan Masyarakat Orang Asli sehingga 2030. Penzahiran dasar ini akan melibatkan Pelan Tindakan atau Pelan Strategik JAKOA melalui peruntukan dua rancangan Malaysia bagi tujuan pelaksanaannya iaitu Rancangan Malaysia Ke- 12 dan Ke-13. Pembentukan draf Dasar Pembangunan Masyarakat Orang Asli ini sedang melalui proses libat urus seterusnya bersama dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan bagi memastikan Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli ini kelak selaras dengan prinsip izin, maklum awal, bebas dan telus (IMABT). Keperluan mematuhi prinsip ini adalah selaras dengan United Nations Declarations On The Right of Indigineous People (UNDRIP) dengan izin. Setelah draf pelan ini dibangunkan, sesi konsultasi dirancang untuk diadakan pada tahun hadapan dengan menyasarkan penglibatan maksimum pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan. Kerajaan yakin dengan usaha dan percambahan idea dan fikiran dari semua pihak yang terlibat, mampu menghasilkan satu rangka dasar pembangunan masyarakat orang Asli yang komprehensif dan holistik. Sekian, terima kasih. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Yang Berhormat Menteri. Seperti mana yang kita sedia maklum, kerajaan yang lepas telah melaksanakan Pelan Strategik JAKOA yang telah dilancarkan pada tahun 2016 dan akan tamat pada tahun 2020. Saya ingin mengetahui setakat ini apakah kejayaan Pelan Strategik ini? Saya juga percaya dan ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan dana khas pendidikan dan keusahawanan bagi masyarakat Orang Asli ini sebab saya rasa untuk mereka ini keluar daripada kepompong kemiskinan ini, saya rasa kita perlu beri penekanan kepada pendidikan dan peluang perniagaan supaya mereka boleh keluar daripada arus miskin tegar. Jadi saya berharap agar pihak kerajaan dan kementerian dapat menyusun atur pelan yang lebih strategik dan lebih bermakna kepada masyarakat orang Asli. Terima kasih. Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Melalui Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli 2016 hingga 2020, tujuh fokus utama telah diberikan iaitu pentadbiran tanah, kemudahan prasarana, modal insan dan kemahiran belia, ekonomi mampan, seni budaya dan warisan, keenam, jaringan keselamatan sosial dan akhirnya sistem penyampaian perkhidmatan. Saya memang bersetujulah dengan Yang Berhormat bahawa fokus utama yang perlu diberikan untuk mengeluarkan masyarakat orang Asli daripada belenggu kemiskinan adalah dengan memberikan tumpuan kepada pendidikan dan perniagaan. Jadi semasa Konvensyen Kebangsaan Orang Asli diadakan, kerajaan telah mendapatkan input-input daripada masyarakat Orang Asli sendiri. Tidaklah berguna sekiranya kerajaan merancang sesuatu pelan tetapi pelan tersebut tidak praktikal bagi masyarakat Orang Asli. Jadi setelah mendapat input-input daripada masyarakat Orang Asli sendiri dan ke semua 137 resolusi itu adalah hasil resolusi Orang Asli sendiri. Jadi berdasarkan kepada resolusi DR.7.11.2019 29 tersebut, kerajaan sedang membentuk satu pelan yang saya percaya akan membantu masyarakat Orang Asli untuk keluar daripada belenggu kemiskinan mereka. Sekian, terima kasih. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat ialah perancangan pelan pembangunan, bukan perpaduan. Inilah rungutan-rungutan di kalangan masyarakat Orang Asli yang merasakan bahawa mereka diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, tidak di Kementerian Pembangunan. Masyarakat Orang Asli sebenarnya berorientasikan kepada pembangunan. Oleh itu adalah wajar, bukanlah saya hendak mengecilkan kemampuan Yang Berhormat Menteri, tetapi dari segi praktikalitinya, kementerian bagi Orang Asli ini sepatutnya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar di mana ada hubung kaitnya dengan realiti kehidupan masyarakat Orang Asli itu sendiri. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Menteri? Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy: Pandangan saya begini Yang Berhormat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil beratlah tentang kebajikan masyarakat Orang Asli. Memang perkara-perkara berkenaan dengan program seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah masih di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi jabatan saya, memandangkan JAKOA sedang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. JAKOA bukannya berada di bawah Jabatan Perpaduan. Itu beza ya. Jabatan Perpaduan entiti tersendiri, JAKOA entiti tersendiri dan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi saya berserta dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli ini sedang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memastikan program-program yang dirancang sebelum ini, diteruskan. Tetapi dengan adanya JAKOA sekarang di bawah Jabatan Perdana Menteri, ini menunjukkan bahawa kerajaan mengambil lebih prihatin tentang kemajuan Orang Asli ini dan kerajaan sedang merangka program-program baharu dan rancangan-rancangan baharu untuk memastikan kemajuan Orang Asli ini diteruskan dengan lebih rancak lagi. Sekian, terima kasih.

10. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah peranan utama yang dimainkan oleh ikon TVET Kementerian iaitu Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dalam aspek pembangunan TVET, dan bagaimanakah kemahiran dan pengalaman yang ada pada beliau dalam bidang seni dapat memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional negara.

Menteri Sumber Manusia [Tuan M. Kulasegaran]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan Penghulu-penghulu Daerah Kampar dan UKK Kampar. Ini diberitahu oleh Yang Berhormat Kampar. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Ya, selamat datang. Tuan M. Kulasegaran: Tuan Yang di-Pertua, pendidikan dan latihan teknikal dalam vokasional TVET mempunyai peranan penting dalam membantu usaha kerajaan untuk menjadi negara maju yang setaraf dengan negara maju lain. Tidak keterlaluan jika TVET dianggap sebagai kunci kemajuan negara pada masa akan datang. Kementerian telah melantik Saudara Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusry KRU sebagai ikon TVET Kementerian DR.7.11.2019 30

Sumber Manusia dan perkara ini telah diumumkan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, saya, dalam sidang media pra pelancaran Persidangan TVET 2019 dan pengumuman ikon TVET pada 4 Julai 2019. ■1140 Lantikan untuk tempoh dua tahun dan akan turut bekerjasama dengan pasukan Penasihat TVET, KSM dan juga jabatan. Lantikan beliau bukanlah berdasarkan kepada populariti semata-mata tetapi diperkukuhkan lagi dengan pencapaian beliau dalam pelbagai cabang seni baik di dalam mahupun luar negara. Beliau telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam industri animasi dan kesan khas visual yang merupakan salah satu bidang TVET yang ditawarkan di negara ini. Bidang TVET, bukan hanya merangkumi kursus-kursus hard skills tetapi turut meliputi soft skills. Ikon TVET Kementerian Sumber Manusia ini mempunyai peranan penting dalam menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang TVET sebagai persiapan sebelum menceburi pasaran pekerjaan. Pengalaman dan kreativiti yang dimiliki oleh beliau dapat dimanfaatkan dalam mempromosi bidang TVET khususnya bagi menerangkan kebaikan potensi bidang ini kepada masyarakat. Kejayaan beliau menunjukkan bahawa seseorang individu mampu menjadi pakar dalam sesuatu bidang dengan syarat mereka tekun mendalami ilmu dan kemahiran secara berterusan, lifelong learning menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran. Kementerian yakin beliau dapat membantu dalam menegakkan idea-idea baharu dan pendekatan yang kreatif serta berimpak tinggi secara berterusan untuk mempromosikan TVET di seluruh negara. Pelbagai program promosi, publisiti dan kesedaran sedang diatur untuk melibatkan penyertaan saudara Yusry termasuk untuk menjenamakan semula SkillsMalaysia bagi menarik minat belia di bidang kemahiran. Akhir sekali, kejayaan ikon TVET Kementerian Sumber Manusia dalam bidang seni daripada muzik hingga lakonan selain penglibatan filem diyakini dapat menjadi inspirasi dan sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya ibu bapa mengenai potensi bidang TVET untuk masa hadapan anak-anak kita. Terima kasih. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas pemilihan saudara Yusry. Ia disambut baik oleh ramai orang muda di luar sana Yang Berhormat Menteri. Kita tahu saudara Yusry ini mempunyai kepakaran yang dimiliki dalam bidang perfileman bertaraf antarabangsa dan beliau adalah pelopor yang pertama menggunakan teknologi CGI dalam filem-filem keluaran beliau. Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah dengan lantikan ikon seperti saudara Yusry, adakah kementerian akan mewujudkan lagi satu badan pakar di peringkat TVET yang diketuai oleh ikon TVET seperti saudara Yusry mengikut jurusan TVET yang besar seiring dengan kerjasama yang telah dibuat bersama dengan empat pemain industri baru-baru ini? Adakah lagi DR.7.11.2019 31 pemain-pemain industri yang akan memateraikan kerjasama dengan kementerian? Terima kasih untuk TVET. Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar kerana telah mengambil inisiatif untuk mengetahui apakah program yang luar biasa. Ini adalah satu thinking out of the box Tuan Yang di-Pertua, di mana dalam beberapa tahun ini, kita hanya memberi penekanan kepada kebolehan kerajaan, kebolehan kementerian dan sebagainya. Ini adalah kali pertama di mana out of the box kita memilih satu orang yang boleh memberi inspirasi. Oleh kerana beliau Yang Berhormat, kita ada nampak peningkatan kemasukan anak-anak kita dalam TVET. Cadangan Yang Berhormat ini adalah cadangan yang baik tetapi kita rasa kita perlu memberi perhatian kepada saudara Yusry dahulu, lepas itu kita akan melawat perkara itu. Boleh Yang Berhormat, mungkin boleh berbincang dengan kita. Saya berterima kasih kepada pandangan Yang Berhormat yang ikhlas. Saya rasa ini adalah satu inisiatif dan pandangan Yang Berhormat akan membawa kepada kementerian untuk menganalisis dan tengok apa yang boleh membaikkan lagi. Terima kasih. Dr. [Kampar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kedua saya ialah, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan keseragaman program-program TVET ini? Memandangkan banyak kementerian lain juga menjalankan program TVET. Juga, apakah hala tuju memandangkan dengan Industry Revolution 4.0 yang sedang dipromosikan oleh kerajaan dalam program TVET ini? Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya mahu tanya Yang Berhormat Menteri Belia lah, dia pun ada TVET juga. Kenapa tidak berani tanya sama dia, tanya sama saya? Yang Berhormat, sebenarnya ini ramai di antara kita tidak tahu. Di seluruh dunia ada banyak kerajaan di mana ada multiple agencies yang membuat TVET. Ini adalah kerana specialty beliau. Macam di kementerian kita, banyaknya ada hard skills, welding, mechatronic dan sebagainya. Sejumlah 70 peratus daripada anak-anak kita membuat practical studies dan hanya 30 peratus teori. Kementerian-kementerian lain adalah soft skills, ini adalah bezanya. Negara India, satu di antara negara yang terbesar di dunia, di mana ada lebih kurang 30 juta yang melanjutkan pelajaran. Ada tujuh kementerian yang mengendalikan. Jadi, itu tidak menjadi masalah. Soalan kedua Yang Berhormat berkaitan dengan perkara ini, kita rasa kita boleh memperbanyakkan lagi inisiatif-inisiatif dalam menekankan penglibatan TVET kepada semua anak-anak kita. Kalau ada cadangan-cadangan yang tertentu Yang Berhormat, boleh mengemukakan kepada kami untuk tengok apa yang kita boleh buat. Terima kasih.

DR.7.11.2019 32

Datuk Rozman bin Isli []: Jangan dijolok sarang tebuan, Kalau disengat memulas-mulas, Pertanyaan penting rakyat Labuan, Mohon jawapan soalan sebelas.

11. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah penggantian baharu bagi masjid/surau yang telah uzur di Labuan seperti Masjid Adam Kampung Lajau, Masjid Kampung Bebuloh, Masjid Pangkalan Tentera Udara, Membedai Labuan, Surau Kampung Batu Arang, Masjid Kampung Rancha-Rancha, Masjid Kampung Bukit Kalam, Masjid Kampung Sungai Lada, Surau Kampung Bukit Kuda, Surau Kampung Nagalang, Surau Kampung Kilan dan pembesaran Masjid Nurul Islam, Bandar Labuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Fuziah binti Salleh]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan di atas soalan tadi. Saya kena jawab pantun ini. Gunung Daik bercabang tiga, Dengar baik-baik jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, ada 11 status masjid dan surau yang ditanya oleh Yang Berhormat Labuan. Saya ingin maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Labuan serta Dewan berkenaan dengan ada empat kategori. Jadi, kalau mana-mana kawasan pun kita ada empat kategori ini. Kategori yang pertama ialah projek yang telah diluluskan sebelum Jun 2018 tetapi belum dilaksanakan. Jadi, selaras dengan surat daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 29 Jun 2018, penilaian semula perlu dilakukan ke atas permohonan-permohonan yang telah lulus sebelum Jun 2018. Permohonan perlu dikemukakan semula. Ada dua masjid dan surau di Labuan yang dalam kategori ini iaitu Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lada dan Surau Nurul Islam, Pusat Bandar. Kategori yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah kategori yang dalam pelaksanaan. Di sini Masjid Pangkalan Tentera Udara Memedai, ini dalam pelaksanaan. Status terkini ialah permohonan penyerahan semula tanah kepada PTG Labuan bagi tujuan pembinaan Kompleks Islam TUDM. Kategori yang ketiga ialah kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang telah siap dan akan dilaksanakan. Di sini Surau Ar-Raudhah, Kampung Bukit Kuda dan Masjid Rancha-Rancha Darat, Kampung Rancha-Rancha kerja baik pulih dan penyelenggaraan telah pun siap dilaksanakan pada tahun 2017. Akan dilaksanakan ialah Surau Al-Irsyad Kampung Kilan, Pulau Akar dan Surau Kerupang Nagalang, Kampung Nagalang. Kerja baik pulih dan penyelenggaraan akan dimasukkan dalam perancangan kerja tahun 2020. DR.7.11.2019 33

Kategori yang keempat ialah projek yang belum ada permohonan. Jadi, Masjid Al-Falah, Kampung Bukit Kalam, Masjid Bebuluh Darat, Kampung Bebuluh dan Masjid Jamek Adam, Kampung Lajau, Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Arang ini semua termasuk dalam kategori belum ada permohonan. Jadi, pihak JAWI sedang menunggu permohonan rasmi daripada JAWI cawangan Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Walaupun kefahaman kami sebelum ini semua ini sudah ada permohonan malah ada lagi beberapa surau kampung yang tidak disebut di sini yang kami rasakan juga ada permohonan. ■1150 Akan tetapi walau bagaimanapun, saya ingin membangkitkan di sini bahawa dua masjid yang kategori pertama tadi. Masjid Sungai Lada dan Masjid Nurul Islam di bandar memang sudah lama diluluskan dan lama tidak dibuat penyelenggaraan sebab kita rasa ia akan dilaksanakan. Saya berharap ia akan terus dilaksanakan secepat mungkin. Soalan tambahan saya adalah, Labuan kita ada satu Masjid Jamek An-Nur yang sekarang ini sedang direfurbish di bahagian bawah tetapi bocor banyak di bahagian atas. Ini adalah masjid negeri yang mana ia sangat penting. Kalau Labuan selalu dibandingkan sebagai Wilayah Persekutuan di sebelah Borneo, comparable to dan Kuala Lumpur. Jadi, saya berharap masjid negeri ini yang mana ia terletak di bandar dan tempat yang menjadi ukuran sama ada Labuan ini dijaga atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan. Maka, saya berharap bilakah ia akan dapat diselenggara sepenuhnya? Terima kasih. Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih, soalan khusus daripada Yang Berhormat Labuan. Berkenaan dengan masjid, surau. Saya ulang ya, Yang Berhormat Labuan, yang lulus sebelum Jun 2018, itu cut off point. Kalau lulus bertahun sebelum itu tetapi tidak dibina dan pada Jun 2018 status ia belum bermula pembinaan, maka semua projek ini direview semula dan perlu dipohon semula. Jadi, saya pohon lah Yang Berhormat Labuan, duduk sekali dengan JAWI, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melihat semula kepada permohonan ini. Saya kira tidak ada masalah bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu Yang Berhormat Labuan. Berkenaan dengan Masjid Jamek An-Nur juga begitu, kita mengambil berat berkenaan dengan perkara ini. Akan tetapi komunikasi itu harus sampai kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Saya akan bantu sekiranya Yang Berhormat Labuan dapat duduk sekali dengan Majlis Agama Islam. Terima kasih. Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di kawasan saya Parlimen Putatan itu ada satu kem tentera iaitu Kem Lok Kawi yang dibina seawal selepas merdeka. Terdapat sebuah masjid di situ yang berumur hampir 40 tahun yang sudah agak usang. Apabila saya melawat ke DR.7.11.2019 34 masjid ini bersama-sama dengan Brigadier Jeneral, memang terlalu banyak kerosakan di masjid ini yang mana pembinaan masjid baru itu adalah amat diperlukan. Pertanyaan saya, kerana ia itu ada di dalam kem tentera. Adakah permohonan ini akan melalui Kementerian Pertahanan ataupun boleh terus di kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri? Saya pohon agar dapat diambil tindakan terhadap masjid di kawasan Kem Tentera Lok Kawi ini. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Fuziah binti Salleh: Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Putatan. So, secara generalnya masjid-masjid ialah di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Jadi, kalau masjid-masjid kariah, masjid negeri dan sebagainya, perlu melalui Majlis Agama Islam Negeri dan permohonannya ia diluluskan oleh ICU. Berkenaan dengan Kem Lok Kawi ini, selalunya ia di bawah Kementerian Pertahanan. Akan tetapi kita kena tengok status sama ada ia di atas tanah Kementerian Pertahanan ataupun ia di atas tanah Persekutuan. Jadi, kita tengok status dulu dan saya tidak boleh beri jawapan of the cuff pagi ini. Akan tetapi boleh kita bincang selepas ini, terima kasih.

12. Puan Rubiah binti Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan pihak kementerian untuk pembangunan belia melalui sukan di Sarawak dan apakah program-program yang ada untuk negeri Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan [Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan atas soalan yang diajukan. Selaras dengan agenda kerajaan iaitu Agenda Kemakmuran Bersama, Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan penekanan khusus bagi membangunkan infra sukan dan program sukan dan belia di kawasan luar bandar, khususnya di negeri seperti Sarawak dan Sabah. Pada tahun depan, kita ada carve out belanjawan peruntukan RM100 juta untuk pembangunan infra sukan kecil tetapi high impak yang akan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar dan memang fokusnya akan diberikan kepada negeri Sarawak dan juga Sabah. Pada masa yang sama, kita juga lihat pada Belanjawan 2020, di mana ada penambahan peruntukan maintenance, dengan izin, yang juga akan ditumpukan di negeri seperti Sarawak. Di mana banyak ada infra sukan yang sudah siap terbina tetapi dalam keadaan uzur. Pada masa yang sama, kita lihat pembangunan TVET iaitu melalui IKBN Miri yang terletak di Sarawak. Di situ kita lihat ke boleh pasarannya telah pun meningkat ke tahap yang agak memberangsangkan iaitu pada tahap 92.3 peratus. Pada masa yang sama, IKBN Miri bukan sahaja fokus kepada anak muda jurusan TVET tetapi juga membuka ruang kepada anak muda yang datang daripada belia berisiko. Pada tahun ini, kita telah pun memulakan Program MyFuture Youth Plus yang bertapak di IKBN Miri yang membuka pintu kepada golongan belia minoriti dan golongan belia berisiko yang mungkin terdedah dengan isu dadah dan isu belia yang lain. Di mana, kursus jangka masa pendek di khusus kan kepada anak-anak muda Sarawak supaya mereka dapat ditempatkan dan dapat menambahkan ke boleh pasaran mereka untuk pastikan mereka tidak terdedah kepada gejala DR.7.11.2019 35 sosial anak muda. Pada masa yang sama, program-program yang sedia ada seperti contoh Felo Perdana dan Parlimen Belia yang telah pun diasaskan sebelum ini, kita sudah tambahkan kuota. Kuota bagi golongan B40 dan pada masa yang sama, kuota yang secukupnya bagi negeri Sabah dan Sarawak. Ini juga terpakai bagi program baru seperti Felo Korporat, di mana anak-anak muda terpilih diletakkan di bawah bimbingan CEO dan Chairman GLC dan juga syarikat-syarikat gergasi di Malaysia. Dalam bidang sukan ataupun sukan massa, kita telah pun menggerakkan Bulan Sukan Negara bagi satu bulan iaitu pada bulan 10 daripada awal sampai akhir bulan tersebut. Lebih banyak program telah pun dijalankan di seluruh pelosok Sarawak. Bagi tahun depan, apabila kita dapat penambahan dana bagi Program National Football Development Programme (NFDP), dengan izin, daripada RM15 juta ke RM45 juta, tumpuannya juga akan diberikan kepada pembangunan akar umbi satelit di negeri Sarawak dan Sabah yang sebelum ini tidak dapat pembelaan yang sewajarnya. Sama juga akan dilakukan apabila penambahan belanjawan daripada segi bajet e-Sukan daripada RM10 juta ke RM20 juta. Perkara ini akan dimanfaatkan sepenuhnya supaya akhirnya pembangunan sukan dan belia tidak sahaja tertumpu di kawasan bandar ataupun di kawasan Klang Valley tetapi akan diagihkan seadil yang mungkin. Terima kasih Yang Berhormat. Puan Rubiah binti Wang [Kota Samarahan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu detail sekali. Namun begitu, saya ingin hendak memohon penjelasan. Pada masa ini, sukan boleh dikatakan satu kerjaya bagi golongan belia-belia, khasnya golongan belia bandar dan juga luar bandar. Namun begitu, saya ingin hendak tahu. Adakah sebarang kajian dibuat oleh pihak kementerian terhadap penglibatan belia dalam sukan di negeri Sarawak untuk kita merangka program-program yang lebih baik dan orang kata tepat? Satu lagi, pada masa ini kalau kita lihat pusat-pusat kecergasan merupakan trend kepada penglibatan belia dalam sukan. Oleh itu, saya ingin hendak bertanya kepada pihak Menteri ataupun kementerian. Adakah inisiatif ataupun cadangan untuk mewujudkan pusat-pusat kecergasan, bukan sahaja di peringkat negeri, bahagian, daerah, kalau boleh yang mana boleh memberi kemudahan kepada belia-belia untuk menyertai program-program ataupun kecergasan yang melibatkan sukan. Terima kasih. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Saya setuju pandangan bahawa sukan ini bukan sahaja untuk tujuan pingat emas ataupun untuk kecergasan dan kesihatan. Akan tetapi ia juga merupakan industri yang tersendiri. Oleh sebab itu kementerian baru-baru ini telah pun menggerakkan satu hala tuju baru iaitu untuk memperkasakan industri sukan negara seperti telah apa yang dilakukan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri Dato' Seri Ahmad Shabery bin Cheek sebelum ini. Kita ingin memperkasakan industri sukan kerana ia dapat menjana pendapatan bagi negara. Pada masa yang sama, dapat membuka peluang pekerjaan yang baru, khususnya bagi generasi muda. Dua minggu lepas, kita telah pun menggerakkan Bengkel Industri Sukan, di DR.7.11.2019 36 mana tokoh-tokoh sukan dan pakar-pakar industri sukan bersama untuk menentukan hala tuju industri sukan negara. ■1200 Perkara ini akan dimasukkan ke dalam RMKe-12, Dato’ Seri Mohamed Azmin ada di sini. Insya-Allah SWT akan diterima kerana kita ingin memastikan bahawa industri sukan negara dapat juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pada masa yang sama dari segi pusat- pusat kecergasan, sekarang ini kita ada Gym Rakyat tetapi masih tidak mencukupi. Ia ada di bawah KBS, ada di bawah kerajaan negeri dan ada di bawah PBT. Masalahnya sekarang apabila kita ada banyak dan di bawah bidang kuasa yang lain, ia tidak dikawal selia dengan baik. Oleh sebab itu kita lihat banyak peralatan – saya pergi banyak Gym Rakyat ini peralatan ini sudah tidak boleh diguna pakai kerana tidak ada penyelenggaraan yang baik. Oleh sebab itu pada tahun depan fokus kami bukan sahaja untuk membina infra sukan yang berskala besar yang kosnya atas RM10 juta tetapi fokus kepada pembangunan infra sukan kecil-kecilan di kawasan daerah supaya tidak lagi tertumpu di kawasan bandar ataupun separa bandar. Kedua adalah untuk memastikan bahawa belanjawan penyelenggaraan diberikan fokus utama sebab kita tidak ingin membina satu infra sukan baru yang mungkin kos RM10 juta ke RM20 juta walhal RM10 juta ke RM20 juta tersebut digunakan untuk menyelenggarakan 200 infra sukan yang sedia ada untuk memastikan ia dapat dimanfaatkan di kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat. Dr. [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sungguh terperinci tadi. Memang saya tertarik kepada jawapan tersebut. Saya menyambut baik usaha-usaha kementerian untuk melibatkan lebih banyak belia dalam sukan mahupun TVET. Akan tetapi isunya selalu begini. Masalahnya bukannya program tetapi untuk mempromosikannya kepada semua pelosok Sarawak terutamanya kepada orang yang tinggal di pedalaman. Apakah langkah-langkah kementerian untuk membawa mesej ini supaya belia-belia yang benar-benar memerlukannya dapat benefit daripada ini. Soalan kedua, apakah sepanjang mekanisme kerjasama antara kerajaan negeri dalam bidang sukan? Oleh sebab saya tahu negeri Sabah dan Sarawak ada autonomi sedikit dalam bidang sukan dan belia ini. Terima kasih. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat . Ada dua persoalan yang diajukan. Pertama berkenaan mempromosikan program sedia ada. Saya setuju dan itu merupakan salah satu kekangan yang kita lalui di mana banyak program dirancang dan walaupun kuota telah pun tersedia untuk mereka yang datang daripada Sabah dan Sarawak tetapi akhirnya penyertaannya masih agak lemah. Oleh sebab itu kita telah pun memperbanyakkan program outreach di mana pegawai-pegawai KBS turun ke kawasan luar bandar bukan sahaja untuk menganjurkan program ataupun bengkel sukan dan belia tetapi sambil penganjuran itu dilakukan mereka juga mendapat penyertaan ataupun pendaftaran bagi DR.7.11.2019 37 program-program susulan yang akan dilakukan di Kuala Lumpur sebagai contoh program Fellow Perdana, Fellow Korporat, Parlimen Belia dan yang lain. Oleh sebab itu kita lihat penyertaannya bukan sahaja daripada Kuching tetapi juga di kawasan separa bandar dan luar bandar yang terletak di Sarawak. Kalau ada cara lain yang boleh kita perkasakan Kementerian Belia dan Sukan sentiasa terbuka dan ingin mendengar pandangan semua pihak bagaimana kita boleh melibatkan lebih banyak anak muda di kawasan luar bandar. Kedua, berkenaan kerjasama dengan kerajaan negeri. Setakat ini kerjasama sangat baik. Saya telah pun berkali-kali berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan di Sarawak termasuk juga dengan Ketua Menteri Sarawak untuk bincangkan perkara ini. Ada beberapa penekanan yang diberikan sebagai contoh untuk memperkasakan sekolah sukan negeri, untuk berkolaborasi dengan kerajaan negeri dan pada masa yang sama beberapa key projek infra sukan yang akan dilakukan bersekali dan bersama untuk pastikan bahawa rundingan khususnya daripada segi tanah dan dana daripada Kerajaan Persekutuan dapat dilakukan bersekali. Kita ingin memastikan bahawa pembangunan sukan dan belia dapat dilakukan supaya akhirnya matlamat kita iaitu matlamat sama iaitu untuk membangunkan belia dan sukan tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Mengemukakan Cadangan Rang Undang-undang Sumbangan Politik Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan melalui Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengemukakan cadangan ‘Rang Undang-undang Sumbangan Politik’ kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang. Jawatankuasa Pilihan Khas ini hendaklah mengkaji, meneliti dan membuat syor-syor serta cadangan penambahbaikan terhadap cadangan rang undang- undang tersebut sebelum mesyuarat kedua, penggal ketiga Parlimen keempat belas. Sekian, terima kasih.

DR.7.11.2019 38

PETUA-PETUA TUAN YANG DI-PERTUA

Merujuk Ucapan Yang Berhormat Simpang Renggam di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12).

Tuan Yang di-Pertua: Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim Ahli Perlimen Arau dan Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Ahli Parlimen Sibuti untuk merujuk ucapan Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam merangkap Menteri Pendidikan yang dianggap mengelirukan Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 saya telah menerima suatu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) daripada Yang Berhormat Arau bagi meminta Yang Berhormat Simpang Renggam, Menteri Pendidikan menarik balik kenyataan yang mengelirukan Dewan pada 29 Oktober 2019 semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Seterusnya pada hari Isnin, 4 November 2019, saya telah menerima suatu lagi pemberitahu usul di bawah perkara yang sama daripada Yang Berhormat Sibuti bagi meminta Yang Berhormat Simpang Renggam merangkap Menteri Pendidikan menarik balik perkataan ‘hadiah’ yang dianggap mengelirukan Dewan dalam jawapan perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar Menteri Pendidikan mengenai sekolah daif di Sarawak. Berdasarkan kepada usul di dalam kedua-dua pemberitahu itu pada hemat saya, maksud daripada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti sebenarnya adalah ingin merujuk terus kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana Yang Berhormat Simpang Renggam dikatakan telah membuat suatu kenyataan yang mengelirukan Dewan. Dalam usul tersebut, Yang Berhormat Simpang Renggam menyatakan bahawa suatu kenyataan berbunyi seperti berikut, saya petik, “Bagi peruntukan projek-projek baru sebanyak RM350 juta diperuntukkan untuk 37 projek sekolah daif di negeri Sarawak sahaja. Ini merupakan hadiah kepada rakyat Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.” Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Simpang Renggam ini adalah disifatkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti sebagai suatu yang mengelirukan Dewan. Selanjutnya, saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti bagi memohon penjelasan lanjut daripada kenyataan yang didakwa itu yang telah dilampirkan bersekali dengan maklum balas Menteri Pendidikan. Namun, sehingga hari ini saya masih tidak menerima maklum balas daripada Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti. Ahli-ahli Yang Berhormat untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, saya telah meneliti dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang telah dikemukakan pada saya oleh Yang Berhormat Simpang Renggam selaku Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti yang mana termasuk perenggan-perenggan berkaitan dalam Penyata Rasmi DR.7.11.2019 39 untuk 29 Oktober 2019. Saya mendapati bahawa isu di depan Majlis Mesyuarat adalah sama ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Simpang Renggam adalah kenyataan yang mengelirukan Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) sebagaimana yang diusulkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Sibuti. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(12) merupakan suatu peraturan yang digubal bagi melindungi Dewan yang mulia ini daripada kenyataan yang mengelirukan Dewan yang mana kenyataan yang sebegitu boleh disifatkan sebagai perbuatan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Peraturan Mesyuarat 80. Bagi membolehkan seorang ahli itu disabitkan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan seterusnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan maka tiga elemen yang berikut hendaklah dipenuhi iaitu : (i) kenyataan yang diberikan itu hendaklah suatu kenyataan yang mengelirukan Dewan; (ii) ahli yang membuat kenyataan itu hendaklah tahu bahawa pada masa kenyataan itu dibuat kenyataan tersebut adalah tidak tepat; dan (iii) semasa memberikan kenyataan tersebut, ahli tersebut memang berniat untuk mengelirukan Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam saya membuat keputusan, saya dipandu oleh dokumen- dokumen dan bukti-bukti yang telah dikemukakan kepada saya. Setelah meneliti semua dokumen, bukti dan keterangan yang ada di hadapan saya maka saya mendapati bahawa kenyataan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tiada niat dan tiada usul sama sekali untuk mengelirukan Dewan. Oleh yang demikian saya memutuskan kenyataan Yang Berhormat Simpang Renggam tidak terjatuh di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Sekian, terima kasih. ■1210

USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

12.10 tgh. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 11 November 2019.”

Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. DR.7.11.2019 40

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020 Jawatankuasa Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan Anggaran Pembangunan 2020 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.13 [Jadual] – Maksud P.13 [Anggaran Pembangunan 2020] –

Tuan Pengerusi: Sebelum itu, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini ramai betul yang ingin berbahas peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 untuk Kementerian Luar Negeri. Jadi, had tempoh masa perbahasan pada peringkat awal di peringkat Jawatankuasa rang undang-undang dihadkan seperti biasa selama 10 minit sahaja bagi setiap Ahli Yang Berhormat untuk berbahas. Sekian, terima kasih dan untuk Yang Berhormat Menteri Kementerian Luar Negeri dalam sesi penggulungan 60 minit atau lebih kalau perlu. 60 minit. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kena beri senarai ke? Tuan Pengerusi? Tuan Pengerusi: Ya? Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Perlu diberi senarai? Tuan Pengerusi: Sudah, sudah. Saya ada senarai. Datuk Seri Dr. [Beluran]: Beluran Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Nanti saya tengok siapa dahulu ya. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran]: Beluran, Tuan Pengerusi. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik mohon awal. [Ketawa] Tuan Pengerusi: Pertama sekali Yang Berhormat Beluran. Silakan Yang Berhormat Beluran. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Lepas Yang Berhormat Beluran, mana? DR.7.11.2019 41

Tuan Pengerusi: Sudah ada senarai.

12.13 tgh. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran]: Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Yang lain tak dapat itu, sabar. Hari ini satu kementerian. Semua dapat peluang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh beberapa butiran, terutama Butiran 020800 – Sekretariat ASEAN. Kita melihat bahawa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di Bangkok baru berakhir dan tentu sekali banyak perkara yang boleh dilapor oleh Menteri Luar Negeri untuk disampaikan ke dalam Dewan ini dan dikongsi kepada Ahli-ahli Parlimen tentang perkembangan perkara-perkara yang dibincang dan diputuskan oleh Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 yang diadakan di Bangkok baru-baru ini. Namun lebih daripada itu, yang menarik yang kita baca adalah tentang ketidakhadiran Presiden Trump untuk kedua kali dalam sidang ASEAN-Amerika, dialog ASEAN-Amerika yang sepatutnya dihadiri oleh Presiden Amerika secara tradisinya tetapi untuk kedua kali, Presiden Trump memilih untuk tidak hadir dalam sidang ASEAN-Amerika tersebut. Akan tetapi kali ini dilaporkan adalah Delegasi Amerika yang paling rendah sekali yang dihantar oleh Amerika yang cuma diketuai oleh Penasihat Keselamatan Negara Robert C. O'Brien.

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan ) mempengerusikan Jawatankuasa]

Namun Tuan Pengerusi, yang lebih menarik adalah dikatakan bahawa enam pemimpin ASEAN memboikot sidang ASEAN-Amerika tersebut termasuk negara kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, apa mesej yang hendak disampaikan kepada Amerika dengan insiden boikot tersebut. Sama ada mesejnya mahu disampaikan kepada Presiden Trump that we need you ataupun we do not need you, adapun we want you to attend this sidang atau we do not want you to attend this sidang? Lanjutan daripada itu saya ingin tahu apa status Amerika, apa status sidang ASEAN- Amerika ini di masa akan datang? Adakah ini akan dijadikan satu jadual yang berterusan walaupun nampak sekali dasar luar Amerika sekarang tidak melihat sidang ASEAN-Amerika ini sebagai sesuatu yang harus dijadikan sebagai jadual penting bagi presidennya. Apa pendirian ASEAN terhadap ini? Akan kekalkah jadual sidang ini di masa akan datang dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-38 kelak, dalam masa enam bulan yang akan datang ini. Sebagaimana ASEAN melihat ketidakhadiran Amerika, sama ada dasar Amerika sekarang beralih, tidak mahu melihat keterlibatan mereka dalam negara-negara yang berlaku di Syria, Timur Tengah (Middle East) dan sekarang ini nampak bahawa Amerika tidak melihatkan sama ada Amerika— ASEAN melihat Amerika tidak mementingkan ASEAN ini sebagai satu rakan kongsi yang harus dimeterai, dijaga melalui Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan oleh negara-negara anggota ASEAN yang sekian lama tersebut. DR.7.11.2019 42

Onus yang saya ingin tahu bagaimana keputusan ataupun jangkauan yang dibuat dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 yang lalu iaitu pada bulan Jun yang lalu. Antaranya perkara- perkara yang dikatakan dijadikan sebagai satu agenda Mesyuarat iaitu berhubung dengan Myanmar, berhubung dengan pelarian Rohingya yang dikatakan bahawa ASEAN mendesak Myanmar untuk memastikan keselamatan pelarian Rohingya tersebut untuk kembali di negara mereka, selamat, tidak dipenjarakan dan sebagainya. Bagaimana keputusan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 itu berkesan? Sejauh mana ia dipertimbangkan semula ataupun dirujuk semula tentang keberkesanannya pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 yang baru berlalu ini? Jadi Yang Berhormat Menteri tentu banyak perkara yang boleh disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada Ahli-ahli Dewan untuk dikongsi bersama pada Dewan Rakyat kali ini. Saya juga ingin tahu bahawa bagaimana ASEAN sekarang dilihat sebagai satu pertubuhan yang boleh menyelesaikan konflik dalaman yang boleh mengakibatkan negara- negara lain seperti yang berlaku di Myanmar, tentang pelarian Rohingya yang memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Bagaimana keberkesanan ASEAN ini dalam menangani isu-isu sedemikian. Saya juga melihat bahawa ada keputusan ASEAN umpamanya yang tentang tuntutan bertindih di antara Thailand dengan Cambodia terhadap Kuil Preah Vihear ini. Harap sebutan itu tepat. Apa yang diputuskan ASEAN untuk— satu keputusan dibuat oleh ASEAN tetapi nampak jelas bahawa Thailand tidak mempedulikan keputusan yang dibuat oleh ASEAN. Nampak sekali banyak perkara yang diputuskan bersama dalam ASEAN ini yang tidak dapat dikuatkuasakan kerana kegagalan anggota ASEAN sendiri itu untuk melihat keputusan bersama itu sebagai keputusan yang harus dipatuhi dan sebagainya. Ini memperlihatkan bahawa ASEAN tidak mampu untuk menyelesaikan banyak perkara dan ada pakar yang melihat bahawa ASEAN ini perlu diperkasakan sekarang ini supaya banyak keputusan yang dibuat oleh ASEAN itu sendiri bukan sahaja dihormati oleh negara luar tetapi negara anggota ASEAN itu sendiri. Jadi perkara-perkara ini saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu perkara lagi, Kementerian Luar Negeri pada kerajaan yang lalu membuat outreach dengan program-program bersama dengan universiti tempatan dan sebagainya, dibuat oleh Kementerian Luar Negeri. Di Sabah ada satu program seminar yang dikelolakan oleh Metro bersama Universiti Malaysia Sabah on issue on MA63 dan sebagainya yang saya sendiri menjadi salah seorang daripada peserta. ■1220 Banyak perbincangan yang dibuat dalam seminar tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Luar bersama dengan UMS. Jadi, saya ingin tahu sama ada kerajaan sekarang, Kementerian Luar dalam kerajaan sekarang akan meneruskan program-program outreach sedemikian? Tentu sekali banyak perkara yang boleh bincang bukan sahaja on MA63, bukan sahaja tentang Malaysia, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi isu-isu keganasan, isu-isu penyalahgunaan, pemerdagangan manusia dan sebagainya yang boleh dilihat sebagai isu yang DR.7.11.2019 43 boleh dijadikan oleh Kementerian Luar untuk mengadakan program-program outreach sedemikian di masa akan datang. Saya ingin tahu sama ada program ini akan diteruskan oleh Menteri Luar dalam kerajaan yang baru ini? Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Pengerusi. Setakat itu perbahasan saya untuk kementerian ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat- belum jemput sudah bangun, Yang Berhormat Arau.

12.21 tgh. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Parlimen , liberalis, orang yang berfahaman liberal, Syiah, sosialis, komunis, bakal-bakal Menteri, bakal-bakal Timbalan Perdana Menteri, bakal-bakal Perdana Menteri. Tuan- tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat, yang pertama ialah kepada Menteri, saya ingin merujuk kepada– bakal setiausaha agung, minta maaf-minta maaf. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Sila fokus kepada perbahasan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, ya tetapi kita hendak sebut sebab kalau sebut 40 kali, kira doa, Ya Allah. So, saya baru sebut beberapa orang itu baru 45 kali, cukup 40 kali selamatlah kamu. 010000 – Pengurusan, dibaca sekali dengan 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Yang Berhormat Menteri Luar, saya tidak menyokong bajet yang dibentangkan kerana saya tak tahu Yang Berhormat bincang macam mana dengan Menteri Kewangan. Ini hendak uruskan Kementerian Luar, banyak ini Yang Berhormat? Dalam keadaan kita yang sudah terkesan, dalam keadaan kita telah di hina, dalam keadaan kita diperkotak-katikkan. Kementerian ini sewajarnya mendapat sekurang-kurangnya RM2 bilion. Kalau RM2 bilion, kami akan sokong, kalau banyak ini macam mana hendak sokong? Oleh sebab Yang Berhormat akan memakai kain yang tergantung atas dan bawah. Ini memalukan. Oleh sebab apa, Yang Berhormat kena tengok balik. Saya tahu masalah duta-duta kita di luar negara yang tertekan, kadang-kadang bila hendak bawa kita, mereka tertekan, duit minyak tak ada, tak cukup duit minyak, tak cukup dan sebagainya. Ini memalukan Yang Berhormat, ini tidak boleh benda ini berlaku. Jadi, saya minta supaya... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Minta jalan sikit sahaja, hendak celah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jangan lama sangat, panjang ini. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya hendak minta sedikit peruntukan. Oleh sebab baru-baru ini kita ada bangunan di kedutaan kita di Serbia, di Belgrade yang abandon, tinggal, cukup cantik tempatnya. Saya minta peruntukan supaya ditambah untuk baik pulih bangunan kita, harta kita yang ada di Belgrade baru-baru ini. DR.7.11.2019 44

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, masukkan sebagai sebahagian ucapan saya dengan hebatnya. Yang Berhormat, yang saya hendak masukkan di sini ialah supaya bila kita lantik duta, biar duta ini mampu untuk menjadi barisan hadapan untuk menyelesaikan masalah negara sekarang. Contohnya, seorang duta yang berada katakanlah di Baku, Azerbaijan ataupun di Moscow, di Russia. Di sana, dia bukan duduk seorang, semua kedutaan ada sana. Dia boleh bercakap dengan EU, EU juga ada duta di sana. Dia boleh cakap dengan Nigeria, peminat Menteri kelapa sawit, yang berminat dengan negara Afrika dan juga Timur Tengah. Jadi, sebenarnya di negeri itu sudah ada kedutaan. Jadi, kemampuan duta kita untuk memberi masa seminggu tiga kali untuk berjumpa dengan duta-duta yang terlibat dengan pembelian minyak sawit kita. Duta India dengan China mesti ada di sana. Ini ialah barisan awal ataupun barisan hadapan untuk membolehkan rundingan-rundingan besar kita buat untuk yang lain. Kita kena ingat kejayaan diplomatik pada masa yang lepas, pada zaman kemerdekaan kita dulu, zaman Tuanku Abdul Rahman, Soekarno, Suntoloyo, zaman Macapagal, zaman- ya, zaman-zaman itu kita lihat usaha diplomatik. Menteri-menteri Luar yang berada di hadapan, bukan saya hendak bandingkan dengan Doktor Subranbadio pula. Berada di hadapan, Adam Malik berada di hadapan. Jadi, Tan Sri Ghazali Shafie yang berada di barisan hadapan, mampu untuk menyelesaikan masalah negara. Bukan sahaja menyelesaikan masalah politik tetapi juga masalah ekonomi. Yang Berhormat baca balik sejarah, tengok YouTube tentang sejarah kehebatan. Akan tetapi mereka hendak hebat macam mana dengan peruntukan begini? Jadi, saya ingat Menteri Kewangan, saya tahu Menteri Kewangan ada masalah teknik sikit. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Arau. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dia okey tetapi puaka-puaka yang duk keliling dia itu yang menyebabkan kita lihat peruntukan di sana potong, di sini potong. Saya hendak bagi tahu... Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Arau, fasal bajet juga, sikit sahaja. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, 21 saat boleh. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tak apa Yang Berhormat Setiausaha Agong, saya tambah sikit sahaja. Berkaitan dengan bajet ini. Memang saya sokong, memang bajet ini amat-amat tidak relevan untuk Kementerian Luar. Pada masa yang sama, saya hendak tanya dalam konteks 010200 - Khidmat Pengurusan, ada RM60.084 juta. Adakah kerajaan hari ini akan teruskan kesinambungan misi-misi bantuan kemanusiaan kepada negara-negara luar seperti Rohingya, Syria dan sebagainya itu? Adakah mereka akan teruskan atau pun kerana bajet yang terlalu ciput, mereka tak dapat meneruskan perjuangan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu? Terima kasih. DR.7.11.2019 45

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya ini sudah masuk ucapan itu tak sampai lagi tetapi tak sabar. Sebenarnya Yang Berhormat Baling ini ialah sebahagian daripada orang yang suka buat kebajikan dan sebagainya. Walaupun dia di hiris-hiris tetapi dia terus meneruskan usaha kebajikan. Bagus Yang Berhormat Baling. Rohingya dengan Rahim ini berpisah tiadalah, dia selalu pergi bagi bantuan. Bukan dia seorang, saya pun pergi ya dengan kawan-kawan lain. [Ketawa] Okey, ini yang hat ini ialah tentang kehadiran duta, Yang Berhormat duta yang dilantik, okey. Akan tetapi yang belum dilantik itu mesti mempunyai kemahiran tersebut. Kemahiran ekonomi dan politik yang luar biasa. Kalau mereka tidak ada kemahiran, panggil balik untuk bagi kursus supaya mereka ada kemahiran tersebut. Saya tahu mereka bercakap tetapi setakat bercakap, hisap cigar, tak cukup. Kita kena bercakap dan cari satu solusi tertentu. Saya tak mahu sebut sebuah negara di Selatan kita. Duta-dutanya dilatih hebat dan bila saya bercakap dengan mereka, kita tahu dia pusingan perkataan yang dibawa itu kadang-kadang mengikat kita kepada usaha-usaha yang berikutnya. Kecuali duta-duta yang hebat bagi peruntukan yang mencukupi. Tuan bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Minta laluan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Hat yang ini dibaca sekali dengan 020200 - Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan... Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Setiawangsa minta mencelah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...yang dibagi RM1 juta. Yang Berhormat, ini hak asasi manusia RM1 juta. Adakah kita hendak masuk– ya? Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Yang Berhormat Arau, minta laluan Yang Berhormat Arau. Saya minta laluan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, seminit boleh? Seminit. Saya tertekan, nanti Beting Patinggi Ali tak sebut, nanti orang Sarawak marah saya. Ini hak asasi manusia ini adakah hendak dibaca sekali dengan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan? Yang ini bagus, RM70 juta dinaikkan kepada RM90 juta.. Saya minta supaya sumbangan ini bukan sahaja sumbangan tetap kepada United Nations ataupun UNESCO kah, yang lain-lain. Akan tetapi dimasukkan juga sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan seperti Rohingya, seperti Syria, seperti Kashmir. Kalau sekiranya- kita kadang-kadang India menuduh kita sebab ucapan Perdana Menteri United Nations. Tugas duta, tugas Menteri Luar perbetulkan sebab dia tuju kepada masalah kemanusiaan, bukan menyentuh negeri. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Minta laluan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, tugas kita untuk perbetulkan. Masa tidak boleh mengizinkan, saya minta, saya sambung sedikit lagi. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Sekejap sahaja, sikit sahaja sikit. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: OIC. Jadi, OIC ini kita- ya? Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Setiawangsa. DR.7.11.2019 46

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dua second. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, sila Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Yang Berhormat Arau atas perkongsian tadi. Cuma Setiawanga ingin bertanya, apa pandangan Yang Berhormat Arau tentang amalan dahulu melantik duta-duta dari kalangan ahli politik, termasuk yang masih bertugas? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, saya ingat amalan itu diteruskan oleh kerajaan sekarang. Bukit Bintang telah dilantik untuk... Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Dia tak nampak itu. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kerajaan sekarang pun mewarisi. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau salah fakta, Bukit Bintang tidak ada apa-apa jawatan itu. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya tentang duta ini Yang Berhormat, saya tak kira siapa. Kita melantik profesional, orang politik. Asalkan dia mampu, bagi dia. Tidak ada masalah. Kita hendak orang yang mampu, orang yang able, dengan izin. Macam bakal Setiausaha Agung, dia bakal duta ke negeri China sebagai contoh atau pun Kazakhstan ataupun Russia ataupun Mongolia, no problem. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat Arau nak pergi mana? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey- saya? Saya tak perlu jadi duta, saya diperlukan di sini. Kalau tidak saya tak ada... [Ketawa] Kalau saya tidak ada, tuan-tuan sunyi ya. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Boleh pindah sini, boleh pindah sini. ■1230 Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, OIC Yang Berhormat. OIC kena perhati balik supaya ada peranan yang hebat. Kita tak nak ada OIC tetapi peranan kita tak ini. Kita malu ini, OIC patut jadi satu pertubuhan yang hebat. Saya sekarang ini menjadi Presiden Youth kepada International Conference of Asian Political Parties (ICAPP). Saya ingat ICAPP saya ini akan menandingi OIC tidak lama lagi. Sebab apa? Kami yang di dalam sana orang-orang yang hebat, agresif dan sebagainya. Kemudian, yang keempat.... Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau tak ada ...... Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Arau baru 12 tahun. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ganjaran kakitangan ambilan tempatan. Yang Berhormat Menteri, adakah yang dimaksudkan ini local staff? Local staff di seluruh dunia? Saya tengok local staff di seluruh dunia, kenapa tak ambil orang-orang Malaysia, student kita yang duduk di sana. Dulu, saya pernah complaint benda ini, student di Mesir, saya kerahkan suruh pergi melancong ke Europe dan kita lihat kedutaan kita di Europe ambil local staff daripada orang-orang Malaysia – orang-orang Malaysia sendiri. Akan tetapi local staff sekarang bukan DR.7.11.2019 47 orang Malaysia. Banyak daripada negara-negara, tak payah sebut negara lah kan. Banyak orang daripada warganegara lain. Ambil daripada orang Malaysia sebab gajinya agak tinggi. Jadi saya minta supaya local staff ini diberi pertimbangan supaya diambil daripada orang Malaysia. Kemudian yang kelima ialah berhubung dengan sumbangan tadi yang saya telah sebutkan di peringkat awal supaya sumbangan ini diberi juga kepada Syria, Sri Lanka, Kashmir dan juga lain-lain lagi dimasukkan sebagai senarai tetap sumbangan dalam bentuk yang terdesak kerana masalah kemanusiaan yang timbul. Akhir sekali.... Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, masalah terbesar adalah masa sudah tamat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, Yang Berhormat sebagaimana biasa sebab apa saya tak sebut benda ini, tak cukup syarat saya untuk bercakap fasal Kementerian Luar Negeri iaitu 030200 – Hal Ehwal Maritim. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, sila menggulung. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya nak beritahu Yang Berhormat, Pak Jokowi telah berucap semasa jadi Presiden. Dia kata Indonesia ialah negara maritim, keutamaan perbelanjaan dan juga politik serta antarabangsa, kita akan bagi keutamaan kepada maritim. Apa dah jadi? Ucapannya telah disambut dengan hebat oleh Menteri-menterinya. Menteri-menteri sekarang saya tak tahu bila Yang Amat Berhormat Langkawi berucap, saya tak tahu apa sambutan hebat Menteri-menteri ya. Akan tetapi yang penting sekali Timbalan Perdana Menteri kena tolong lah Perdana Menteri, takkan Timbalan Perdana Menteri jaga wanita sahaja. Dia kena tolong Perdana Menteri untuk – dan yang keduanya, dia kena berjiwa besar. Jangan bila saya tanya soalan, tak boleh saya tanya soalan. Saya nak beritahu – you tanya soalan merapu. Eh, you all pun jawab merapu lah. Nak bagi tahu. [Ketawa] Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, jangan merapu. Masa sudah tamat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Maritim. Jadi Jokowi telah berkata, negara apa jadi tau? Seorang Menteri telah dilantik namanya Ibu Suzi. Walaupun namanya Ibu Suzi, tetapi dia – sini panggil ibu lah, tapi saya ingat orangnya macam gadislah kan. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: saya tahu kisah itu memang menarik. Tapi jangan jadi penglipur lara. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, Ibu Suzi telah berjaya menggembleng semua tenaga daripada polis, navy dan akhirnya perairan Indonesia bersih daripada nelayan asing. Kita tahu bahawa orang-orang Indonesia seronok untuk menangkap ikan kerana tidak ada lagi nelayan asing. Bila nelayan asing masuk, dia akan bom, dia akan bakar akhirnya. Itu sebab saya boleh jadi Menteri APMM, dulu saya bakar empat lima biji. Sekarang saya tak tahu apa jadi. Bukan bakar, saya tenggelamkan supaya menjadi pengajaran, benda ini jangan dibuat lagi. DR.7.11.2019 48

Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, berapa kakitangan yang terlibat? Kerjasama dengan agensi-agensi lain, Yang Berhormat kena tahu bahawa Kementerian Luar sekarang orang kata Kementerian Luar ambil selepas 200 batu nautika daripada gigi pantai sehingga 200 batu adalah agensi tempatan. Akan tetapi masalahnya, kapal coast guard China sudah berada di Beting Patinggi Ali sejak tahun 2013, Yang Berhormat. Ini bukan main-main. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, ini berulang, berulang, ulang dari tahun lepas sampai hari ini, masih lagi isu yang sama. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya nak tanya ini Tuan Pengerusi. Bukan, bukan. Okay, very good. But, no action. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Beting Patinggi Ali. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: No action, no action. Tidak ada seorang pun Menteri kecuali ...... Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, nanti. Okeylah Yang Berhormat, beri peluang lah kepada anggota lain. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: tidak ada yang hadir ke Beting Patinggi Ali. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Okey, terima kasih...... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya nak minta supaya hadir kerana Beting Patinggi Ali merupakan kawasan maritim, jaraknya 80 batu nautika dalam kawasan 200 batu. Nelayan kita tidak boleh pergi tangkap ikan kerana dihalang oleh coast guard China. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila duduk Yang Berhormat Arau. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya nak beritahu apakah – iaitu berapa kali persidangan dengan negara-negara jiran dibuat, berapa kali usaha diplomatik protes dibuat? Setiap kali sahaja Yang Berhormat menjawab bahawa kita hantar diplomatik protes, berapa kali? Adakah dibuat tiap-tiap bulan ataupun dibuat setahun sekali? Saya hendak tanya – surat telah dihantar oleh Kerajaan China kepada Kerajaan Malaysia iaitu memberitahu bahawa Beting Patinggi Ali sebahagian daripada negaranya. Bilakah diplomatik protes yang telah dihantar mengenai perkara tersebut? Akhir sekali, surely terakhir – saya hendak tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat pun tak tahu, saya nak beritahu Yang Berhormat ya. Pulau Spratly, Malaysia hanya ada tiga pulau sahaja kalau tak silap. Akan tetapi pulau yang Malaysia punya telah ditawan oleh Vietnam, Pulau Ambonia. Pulau yang Malaysia punya dua pulau iaitu Terumbu Panglima, yang lagi satu saya lupa. Yang lagi dua pulau di hadapannya, China ambil. Asalnya hak Malaysia, jadi apakah usaha diplomatik yang dibuat untuk memastikan hak kita, hak kita sebab masih lagi di peringkat antarabangsa yang diambil oleh Vietnam dan Filipina ialah hak Malaysia. Terima kasih. Assalamualaikum. DR.7.11.2019 49

Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Ya. Terima kasih Yang Berhormat Arau kerana ucapan sudah berakhir. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

12.35 tgh. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri memandangkan – seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Beluran tadi, Sidang Kemuncak ASEAN telah baru sahaja tamat dan kita dalam masa beberapa minggu lagi akan sampai ke tarikh, pada 22 November hampir ke pertengahan pengenalan AEC Blueprint 2025. Jadi saya ingin bertanya apakah pihak kementerian boleh memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini apakah status pelaksanaan AEC Blueprint, khusus berkaitan dengan ASEAN Socio Cultural Community (ASCC) 2025. Saya ingin memberikan cadangan apakah boleh pada waktu ini kita mempunyai seorang duta untuk hak asasi manusia. Akan tetapi memandangkan Malaysia ini sebuah negara yang rencam pelbagai dan mempunyai pelbagai kumpulan etnik, apakah kita juga boleh mengusulkan satu duta kebudayaan dan kesenian memandangkan satu cara yang boleh mengeratkan hubungan di antara negara-negara ASEAN adalah melalui sosio kebudayaan. Jadi adakah ini boleh dibawa? Saya ingin menyentuh Butiran 020400 – OIC dan Kerjasama Serantau. Kita sering mendengar suara Malaysia berkenaan dengan komuniti Islam contohnya di Palestin, di Jamu Kashmir tetapi apakah pendirian kita berhubung dengan komuniti Uighur. Ini adalah satu keadaan di mana kita semua sedia maklum dalam media, terutama media barat ada menyentuh tentang kem-kem pendidikan katanya. Kem-kem pendidikan semula bagi komuniti Uighur di China, adakah pihak kementerian dalam konteks OIC melihat satu konsensus di kalangan negara- negara Islam tentang komuniti tersebut. Saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Yang Berhormat Menteri pada tahun lalu ada membangkitkan antara isu-isu yang dihadapi oleh kedutaan-kedutaan, pejabat-pejabat kita dan banyak kisah yang telah dibangkitkan. Adakah isu- isu tersebut dengan peningkatan lebih 50 juta berbanding 2019, adakah isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini dapat penyelesaian ataupun adakah perlu diperuntukkan lebih bagi tahun-tahun yang akan datang. Saya ingin juga bertanya adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sebarang perkembangan tentang usaha kita untuk membuka kedutaan bagi Palestin di Jordan. Apakah status terkini? Mungkin sebelum ini Yang Berhormat Kepala Batas, saya sendiri dan beberapa yang lain ada menunjukkan minat untuk mewujudkan satu kaukus tentang Palestin. Mungkin kita kena usahakan. Itu tahun lalu, saya ingat kita ada bincang tetapi mungkin we have to sit down and look at this more proactively. DR.7.11.2019 50

Saya ingin menyentuh Butiran 020200 bersekali dengan 040400 dan 050600. Ini semuanya berkait dengan isu hak asasi manusia dan juga hubungan media dan penerangan. Kita sedia maklum nila kita sebut tentang hak asasi manusia sering kali perkara ini di salah faham. Sering kali akibat daripada kekurangan keupayaan kita untuk memberikan penjelasan ataupun penerangan tentang nilai-nilai yang terkandung dalam isu hak asasi manusia ini, pihak-pihak tertentu menggunakan peluang tersebut dalam ketiadaan kita menyediakan maklumat ataupun takrifan dalam bahasa khususnya vernakular, inter-vernacular dalam pelbagai bahasa yang ada di Malaysia. ■1240 Maka, mungkin ramai yang kurang faham ataupun salah faham. Adakah pihak kementerian melihat boleh diperuntukkan sebahagian daripada yang ada ini untuk usaha alih bahasa ke dalam semua bahasa. Contohnya, yang majoriti di Malaysia agar kita semua faham apa yang dimaksudkan tentang hak asasi manusia. Sebagai contoh, isu Sustainable Development Goals (SDGs) pun, saya rasa tidak begitu dikenali di kalangan komuniti yang lain. Cuma, mungkin dalam bahasa Inggeris kita kenal dan kita faham tetapi dalam bahasa-bahasa yang lain mungkin kurang. Di dalam isu yang sama, berkenaan dengan alih bahasa ini saya rasa perlu diberikan satu penegasan agar kita semua memahami apa yang sedang disebut. Saya ingin menyentuh Butiran 050700 – Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS). Baru-baru ini, saya ada menghadiri satu ucaptama oleh pemegang Kerusi Tun Husin Onn, Emeritus Profesor Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi berkenaan dengan Perlembagaan, sejarah dan juga cabaran yang dihadapi. Saya ingin mencadangkan memandangkan kita ada memberi peruntukan RM2.5 juta bagi tahun 2020. Dalam konteks, ISIS Malaysia ini, pemahaman sementara kita berusaha untuk, bahasa Inggerisnya, prosper thy neighbour tetapi untuk mengukuhkan pemahaman kita tentang asas kenegaraan atau basic rules of law dan juga Perlembagaan, saya ingin cadangkan mungkin kita boleh bawa Emeritus Professor Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi untuk memberikan satu pembentangan di kalangan Ahli-ahli Parlimen tentang isu Perlembagaan. Saya lihat apa yang beliau telah berikan dalam ucaptama di beberapa minggu yang lalu, cukup-cukup baik dan boleh menjadi satu untuk Ahli-ahli Parlimen khususnya. Saya rasa setakat itu dahulu. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Kepala Batas. Sila.

12.42 tgh. Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh serta salam sejahtera. Terima kasih Tuan DR.7.11.2019 51

Pengerusi. Saya, pertama sekali ingin mengucapkan terima kasih kerana dapat turut mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Saya hendak mulakan ucapan saya, pertama, selain daripada hendak mengambil semangat daripada Yang Berhormat Arau tadi, yang berkehendakkan supaya belanjawan yang lebih diberikan kepada Kementerian Luar Negeri. Namun, saya hendak mulakan dengan ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Luar Negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri kerana belanjawan yang diperuntukkan kali ini saya fikir adalah belanjawan yang cukup tinggi. Dalam tempoh lima ke enam tahun, ini adalah peruntukan yang saya fikir, yang tertinggi dalam sejarah iaitu pertambahan hampir RM100 juta terutamanya dalam belanja mengurus. Ini sememangnya adalah suatu perkara yang cukup saya ambil secara personal sebagai menggembirakan kerana sebagai orang yang pernah terlibat dalam keluarga besar di Wisma Putra, saya tahu bahawa kekangan, the struggle that mereka yang ada di perwakilan, mahulah wakil luar negara yang terpaksa mereka hadapi. Semuanya menyaksikan peningkatan bilateral, multilateral, IDFR, SEARCCT dan sebagainya. Saya juga melihat bahawa apa yang telah digariskan oleh Yang Berhormat Menteri seawal memikul tanggungjawab sebagai Yang Berhormat Menteri dengan meletakkan 11 bidang keprihatinan dan keutamaan itu. Some are in pipeline dan some are still masih lagi dalam pelaksanaan. Ada juga yang masih lagi belum dapat dilaksanakan secara tuntas. Tuan Pengerusi secara spesifik, saya ingin merujuk secara bersama Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala dengan Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Ini kerana kepada saya, kedua-dua ini adalah saling berkait. Peranan Malaysia yang dimainkan di peringkat multilateralism, hanya akan dapat dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dan berjaya bilamana kita mempunyai kekuatan fungsi kita di peringkat bilateral. Pada waktu ini, kita ada 108 perwakilan kalau tidak silap. Tentu sekalilah hubungan bilateral ini menjadi penting dan saya lihat peruntukan sebagaimana yang disebut Yang Berhormat Lembah Pantai, pertambahan RM50 juta ini memberi suatu kelegaan kepada mereka. Saya dapat memahami duta-duta yang berada di luar, tentu sekali berdepan dengan pelbagai masalah exchange rate. Ini sebab hampir 66 peratus belanja mengurus Kementerian Luar Negeri ini, di nominated in foreign currencies. Sebarang bentuk volatility dalam fluctuation ini akan meninggalkan kesan yang cukup-cukup mudarat kepada kementerian. Demikian juga, mereka yang berada di perwakilan luar. Ada yang terkekang kerana dasar-dasar di negara host tersebut. Sebagaimana yang dibangkitkan tadi tentang locally recruited staff. Memang benar, saya faham bahawa bukan mudah kita hendak ambil di kalangan rakyat Malaysia sebab ada negara-negara yang menetapkan undang-undang yang memerlukan mengambil daripada kalangan rakyat mereka sendiri. Ini tentu sekalilah menjadikan sesuatu benda yang sukar untuk Kementerian Luar Negeri lakukan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Penjelasan. DR.7.11.2019 52

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Ya. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau jangan kacau. Dengar dulu. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak. Saya minta penjelasan. Ini tajuk yang saya cakap. Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Nanti kejap. Bagi saya habis dulu. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apakah Yang Berhormat sedar walaupun di Europe, tetapi orang yang diambil bukan orang Europe. Ia ambil orang daripada negara-negara lain. Jadi... Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Ya. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Itu local staff maksud saya, either local staff ataupun orang Malaysia? Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Ya. Locally recruited staff especially di Europe, saya tidak patut jawab ini. Saya bukan di bahagian kerajaan. [Ketawa] Akan tetapi, saya hendak jelaskan memang ada negara yang dibenarkan, ada negara yang tidak dibenarkan. Apa yang menjadi kekangan lagi ada kadang-kadang imposition. Contohnya, orang kata, minimum wage. Kalau di Europe, minimum wage nya EUR1000. Maknanya RM4000 compared dengan apa yang dilakukan di sini. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Itulah yang memberikan kesusahan. Jadi, peruntukan bajet tambahan ini adalah suatu benda yang memberi kelegaan kepada mereka yang ada di sana. Keduanya ialah berkaitan dengan bilateral dan unilateral ini, saya lihat bahawa pendekatan diplomasi negara yang selama ini kita amal dengan menggunakan pendekatan yang disebut sebagai pragmatism, pragmatic. Pragmatic ini Tuan Pengerusi ialah kita menggunakan segala pendekatan, langkah-langkah yang diambil yang memberikan keuntungan kepada negara. Ada kala kita menggunakan megaphone diplomacy. Ada kala kita menggunakan silence diplomacy, ada kala kita menggunakan whispering diplomacy dan ada kala benda-benda yang unspoken adalah lebih baik daripada to be spoken. So, saya merujuk dalam satu, dua perkara yang diambil, barangkali kadang-kadang tindakan dan kenyataan itu akan mengundangkan masalah kepada negara secara keseluruhan. Jadi, saya merujuk secara spesifik kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan isu Kashmir. Saya nampak isu Kashmir ini perlu diberikan pembelaan. Akan tetapi, kaedah kita ini, kadang-kadang kita kena lihat supaya ia tidak menyebabkan pada akhirnya kita terkekang untuk mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh. Kalau dalam Islam Yang Berhormat Menteri, Nabi SAW pun kadang-kadang menangguhkan. Dalam Islam, ia disebut dalam usul dakwah DR.7.11.2019 53 dipanggil... [Berucap dalam bahasa Arab] Menangguh, mencegah kemungkaran demi untuk maslahat. Kalau sesuatu benda itu kita lakukan pada waktu itu yang boleh mendatangkan mudarat yang jauh lebih besar terutamanya those who’s under our amanah iaitu negara dan juga rakyat. Maka, tentu sekalilah, ia adalah sesuatu yang tidak wajar kita buat pada waktu itu. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Bukankah amar makruf dan nahi mungkar? Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Bukan, bukan. Ia ada kaedah-kaedah. Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau kata betul? Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Jadinya, mungkin constructive engagement yang dahulu kita pernah buat, mungkin wajar diambil kira semula dalam soal berkaitan dengan isu Kashmir dan juga Jammu ini. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Kepala batas, beberapa saat. Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Ya. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Adakah pada pandangan Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Langkawi perlu berjumpa secara diplomasi peringkat tertinggi dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di India untuk menjelaskan supaya ia tidak mengganggu kehidupan 650 ribu pekebun-pekebun kecil yang tidak tahu menahu pun tentang isu ini tetapi akan kemungkinan akan terjejas? Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menarik balik kenyataannya? Saya terbaca, dia kata dia tidak akan tarik balik. Kalaupun tidak tarik balik, adakah ada rundingan khas tentang perkara itu? Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas]: Saya fikir kena ada pendekatan yang sedemikian sebab kalau soal dispute on territory ini bukan hanya di Jammu dan Kashmir. Kita ada di Western Sahara di antara Algeria dan juga Morocco. Kita tidak pernah ambil pendirian untuk memihak mana-mana. Macam di Cyprus, di antara Turkey dan juga di antara Greece, ada disebut Greece occupation, ada sebut Turkey ...... di Turkey. Akan tetapi, kita tidak pernah mengambil. ■1250 Malahan di mana-mana mesyuarat-mesyuarat persidangan di peringkat multilateral kita tidak pernah menyatakan pendirian kita tentang soal itu. Keduanya ialah saya hendak juga menekankan tentang berkaitan dengan digital diplomacy, Yang Berhormat Menteri. Dengan izin, diplomacy is about understanding and exercising power, power is about present. Today to be known you must be digital. Saya mencadangkan kita kena lihat bagaimana negara seperti UK mengupayakan Foreign and Commonwealth Office (FCO) mereka dengan elemen big data analysis, data rayanya dan ini saya fikir adalah satu perkara yang mungkin boleh diberi penekanan oleh Wisma DR.7.11.2019 54

Putra. Terutamanya bila ada elemen-elemen digitalization, Wisma Putra ini mungkin boleh diguna pakai untuk memantau keselamatan warganegara Malaysia yang berada di luar negara terutamanya yang berdepan dengan malapetaka alam dan juga situasi politik yang tidak stabil. Terakhirnya ialah tentulah tentang Palestin, saya ucapkan tahniah lagi sekali kepada pihak kerajaan kerana mengambil keputusan yang amat bersejarah untuk membuka kedutaan di Aman tetapi saya ingin lagi sekali mengemukakan cadangan sebagaimana yang saya sebut sebelum ini ialah untuk mencadangkan supaya kita dapat lantik Honorary Consul. Honorary Consul ini bukan Consulate General. Honorary Consul ini adalah lantikan daripada kalangan rakyat Palestin yang mempunyai hubungan baik dengan Hamas, dengan Fatah dan juga mempunyai kedudukan status seperti mana yang telah pun dilakukan oleh Indonesia. Terakhir sekali ialah soalan yang kalau saya hendak minta saya hendak tanya tentang soal resolusi yang pernah kita capai iaitu 2334 yang sampai sekarang itu belum lagi dapat di enforce. Tahun lepas saya difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ada dua, tiga langkah-langkah yang dibuat dan sebagainya dengan rakan-rakan dalam United Nations Security Council, jadi saya hendak tahu setakat mana enforceability of the Resolution of 2334 ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik mohon. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Saya menjemput Yang Berhormat Kudat. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Selepas itu Yang Berhormat Sik. Sila.

12.52 tgh. Datuk Abd Rahim bin Bakri [Kudat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Izinkan saya membangkitkan beberapa isu iaitu Butiran 030200 iaitu berkaitan dengan hal ehwal maritim. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa beberapa gugusan Beting Raja Jarum dan juga gugusan Beting Patinggi Ali adalah merupakan dua beting yang berada di kawasan exclusive economic zone kita iaitu lebih kurang 100 kilometer daripada based line kita di Sarawak. Manakala, negara China lebih kurang 2,000 kilometer daripada based line-nya. Apa yang saya ingin minta penjelasan di sini apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan kita khususnya Kementerian Luar dan agensi-agensi yang lain untuk memastikan bahawa pencerobohan dan usaha untuk occupation di kawasan itu tidak dilakukan. Berapakah protes yang telah dibuat dan adakah rundingan-rundingan secara bilateral atau multilateral telah dibuat untuk menghalang usaha ini kerana kalau berasaskan kepada UNCLOS kawasan ini memang adalah merupakan kawasan exclusive economic zone Malaysia. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan, Kementerian Luar dan kementerian- kementerian yang lain dapat mewujudkan taman negara laut di kawasan itu ataupun sekurang- kurangnya occupation seperti mana yang telah kita lakukan di Terumbu Layang-layang. Dengan DR.7.11.2019 55 occupations di situ ataupun penempatan navy secara permanent dan juga agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Perikanan dan Jabatan Taman Laut, saya percaya ini akan membolehkan kita dapat menguasai kawasan tersebut dan tidak akan mengganggu prospek ekonomi oil and gas negara kita di kawasan tersebut. Kedua ialah berkaitan dengan Butiran 020400 – OIC. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pendirian Malaysia di atas tindakan Kerajaan Amerika yang telah cuba memindahkan ibu negara Israel atau menyokong pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis dan mereka juga akan menubuhkan kedutaan di sana. Adakah ini tidak menimbulkan masalah khususnya masalah keganasan kerana sekiranya ia berlaku sudah pasti menimbulkan reaction daripada kumpulan-kumpulan di kawasan tersebut. Oleh sebab itu saya minta penjelasan adakah pihak Kementerian Luar Negeri telah mengambil langkah-langkah perlu untuk sekurang-kurangnya membantah di United Nations ataupun di mana-mana venue yang boleh digunakan dan menggunakan platform OIC sebagai satu platform yang boleh mencegah supaya berlakunya pemindahan secara beramai-ramai kedutaan ke Baitulmaqdis. Ketiga iaitu berkaitan dengan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negara yang saya difahamkan bahawa kerajaan, Kementerian Luar Negeri bercadang untuk menjual asetnya yang bernilai bilion Ringgit di Hong Kong iaitu satu bangunan di Gloucester Road yang suatu ketika dahulu kita beli dengan harga RM103 juta dan kita berhasrat untuk menjualnya. Saya ingin bertanya adakah tindakan ini adalah satu tindakan yang berhemah kerana keadaan ekonomi di Hong Kong pada hari ini adalah tidak begitu memuaskan kerana berlakunya protes-protes dan ketidakstabilan. Sudah tentu akan memberikan kesan kepada harga property. Selain daripada itu, adakah ini tidak merugikan kita kerana sekurang-kurangnya dengan adanya bangunan di situ kita dapat menempatkan agensi-agensi kita bukan sahaja Kementerian Luar Negeri, MIDA, Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Perdagangan yang boleh ditempatkan di dalam satu bangunan dan ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dari segi sewaan. Keempat iaitu berkaitan dengan Sekretariat ASEAN – Butiran 020800. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa ASEAN Vision 2020 telah pun di formulate semenjak begitu lama dan saya ingin mengetahui apakah kemajuan dalam ASEAN Vision 2020 ini. Adakah ASEAN Community yang telah dicadangkan telah pun mencapai matlamatnya dari segi khususnya kemajuan dalam pelaksanaan kerjasama ekonomi, kerjasama sosial yang sudah tentu kerjasama politik sudah pun menampakkan kestabilan di kawasan ini. Adakah ASEAN masih lagi berpegang dengan dasar Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) dan apakah cabaran masa akan datang bagi ASEAN khususnya dalam dunia global yang sudah pun menampakkan berlakunya bermacam perubahan-perubahan baharu, perang perdagangan yang sedang berlaku di antara kuasa-kuasa besar yang melibatkan Amerika dan juga negara China. DR.7.11.2019 56

Kelima, iaitu berkaitan dengan sumbangan tahunan antarabangsa, yang saya nampak dalam butiran ini telah pun dinaikkan daripada RM70 juta kepada RM90 juta. Saya ingin tahu apakah bentuk sumbangan ini diberi, kepada siapakah ia diberi dan kalau boleh minta disenaraikan negara-negara yang akan diberikan sumbangan terhadap mereka, negara-negara yang terlibat. Satu lagi iaitu berkaitan dengan Butiran 030300 iaitu Mencegah Keganasan (SEARCCT). Peruntukan telah dinaikkan lebih kurang RM2 juta saya hendak tahu apakah sebenarnya fungsi SEARCCT sekarang ataupun Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism ini diwujudkan. Apakah fungsinya, apakah aktivitinya dan adakah ia tidak bertindih dengan agensi- agensi lain yang juga bertanggungjawab dalam kerja-kerja counter terrorism. Satu lagi iaitu 030400 iaitu Institute Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) iaitu berkaitan dengan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) yang telah kita adakan banyak dengan negara-negara yang lain. Saya hendak tahu adakah program ini masih berjalan dengan begitu aktif dan siapakah negara-negara yang terlibat, adakah kita masih lagi memberikan bantuan expertise kepada negara-negara dunia ketiga. Saya juga ingin mengetahui polisi berkaitan dengan dasar luar kita. Hal ini kerana saya dapat melihat akhir-akhir ini Malaysia tidak lagi begitu memainkan peranan dengan begitu vokal semenjak bertahun-tahun yang lalu dalam usaha untuk mempromosikan kedudukan Malaysia sebagai sekurang-kurangnya pemimpin kepada negara-negara dunia ketiga di mana satu ketika kita menjadi jurucakap bagi negara-negara dunia ketiga dalam NAM, dalam OIC dan juga dalam South-South Cooperation. Apakah yang telah terjadi dengan South-South Cooperation sama ada ia masih lagi diteruskan. Begitu juga dengan D8 adakah kita masih lagi memainkan peranan penting di dalam pertubuhan antarabangsa ini. Seperkara lagi yang saya ingin minta penjelasan di sini iaitu berkaitan dengan isu OIC. Seperti mana yang kita tahu, macam saya katakan tadi bahawa Butiran 020400, adakah negara- negara OIC ini masih lagi berfungsi kerana kita tidak pun mendengar suara mereka di dalam persidangan-persidangan antarabangsa. Adakah Malaysia masih lagi terlibat aktif atau menjadi pemimpin utama di dalam negara-negara OIC. Apakah keputusan-keputusan baik yang telah memberikan keuntungan kepada Malaysia dan juga negara-negara anggota berkaitan dengan pertubuhan ini. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat dijemput menggulung. Datuk Abd Rahim Bin Bakri [Kudat]: Saya ingat itu saja terima kasih. Tuan Pengerusi [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

DR.7.11.2019 57

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli Yang Berhormat baiklah masa telah pun sampai pukul 1, Mesyuarat disambung semula pada 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari] ■1430 [Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ ) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Sik. Selepas Yang Berhormat Sik nanti saya bagi yang sebelah kanan pula. Baik, sila Yang Berhormat Sik. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Parit Sulong bila? Tuan Pengerusi Parit Sulong bila? [Ketawa] Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Parit Sulong bagi yang last sekali kerana hari ini birthday dia... [Dewan riuh] [Dewan ketawa] Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Pengerusi, tinggal Setiawangsa Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Dia bagi last. Sila Yang Berhormat Sik. 10 minit.

2.33 ptg. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya meneliti Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Saya meneliti peruntukan bagi tahun 2020 di bawah ini hanya RM1.8 juta. Jumlah ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pelbagai isu-isu keselamatan yang memerlukan penglibatan aktif daripada Malaysia. Antaranya melibatkan isu konflik di Asia Barat yang masih belum reda sama ada di Syria, Iraq serta konflik-konflik lain seperti di Kashmir, Selatan Thailand, Rohingya di Wilayah Rakhine, Myanmar yang turut memerlukan perhatian serius oleh Wisma Putra sendiri. Walau bagaimanapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas ketegasan di dalam menyuarakan isu Kashmir dalam pelbagai ruang antarabangsa. Saya ingin mendapatkan penjelasan adakah kerajaan telah merangka satu blueprint dalam isu-isu keselamatan antarabangsa bagi menyatakan pendirian serta tindakan lanjut dalam menangani konflik-konflik yang sedang berlaku. DR.7.11.2019 58

Sebagai contoh konflik politik dan kemanusiaan yang melanda Wilayah Jammu Kashmir hari ini disebabkan tindakan kerajaan dan India menarik balik status khas wilayah ini seperti terkandung dalam Perkara 370 Perlembagaan India. Laporan di media antarabangsa menyebut lebih 13,000 kanak-kanak seawal umur sembilan tahun ditangkap dan diletakkan dalam penjara yang berbeza di seluruh India dan ibu bapa mereka sendiri tidak mengetahui nasib yang telah menimpa mereka. Ini sebahagian daripada jenayah kemanusiaan yang sedang berlaku. Kita sedia maklum ketegasan Malaysia dalam hal ini. Walaupun konflik tersebut jauh dari Malaysia, namun perlu diingatkan bahawa ia melibatkan pertembungan dua gergasi nuklear. Jika ia berlaku perang, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Jadi apakah Malaysia menjadi initiator untuk melobi negara-negara lain dalam kerangka ASEAN khususnya dan negara-negara lain untuk mengekang kekejaman yang berlaku di wilayah Kashmir untuk mendesak Kerajaan India dan Kerajaan Pakistan bersama dalam meja rundingan bagi memastikan rakyat Kashmir mendapat hak dan menyuarakan pilihan mereka melalui referendum yang sewajarnya. Pada ketika ini juga delegasi yang kita tahu delegasi daripada Malaysia daripada beberapa orang Ahli Parlimen kita dan Ahli Senator kita daripada Dewan Negara sedang berada di Wilayah Azad Kashmir bersama dengan kedutaan Pakistan Malaysia dalam mereka melihat konflik yang berlaku dan cara mengatasinya. Keduanya apakah langkah anti-terrorism dirangka dalam menangani aktiviti-aktiviti jenayah pengganas seperti LTTE, Daesh dan sebagainya yang semakin menjengah beberapa negara serantau. Begitu juga konflik dunia Selatan Thailand yang mana Malaysia adalah fasilitator. Jadi, apakah perkembangan terkini dalam hal ini. Kita dikejutkan kelmarin 15 orang anggota sukarelawan yang bertugas di pos keselamatan telah terbunuh dalam isu tembak menembak dengan pihak bertelagah di sana. Yang Berhormat Menteri seterusnya Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerjasama serantau. Sekali lagi saya ingin membangkitkan mengenai jumlah peruntukan iaitu RM835,000 yang terlalu kecil diperuntukkan buat butiran ini berbanding isu-isu besar umat Islam yang berlaku di peringkat antarabangsa. Sudah pasti komitmen yang besar perlu dimainkan oleh Malaysia dalam meredakan ketegangan di wilayah, khususnya wilayah umat Islam yang sedang bergolak. Saya ingin bertanya, apakah sumbangan Malaysia kepada Sekretariat OIC, jumlah yang disumbangkan dalam mengangkat komitmen kita untuk kita bersama melihat OIC ini untuk terus maju ke depan. Beberapa tahun lepas, saya telah mengadakan lawatan ke Humanitarian Affair- OIC, di Jeddah. Apa menjadi masalah di sana dimaklumkan mereka ketiadaan dana untuk disalurkan ke wilayah-wilayah yang bergolak sama ada di Syria, di Wilayah Rakhine, Myanmar dan sebagainya. Jadi, apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak Wisma Putra bagi melihat perkara ini. DR.7.11.2019 59

Seterusnya Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian berhubung dengan peranan yang dimainkan Malaysia dalam ASEAN bagi proses untuk menghantar pulang ataupun repatriation pelarian Rohingya balik ke negara asal iaitu ke Myanmar. Proses repatriation ini tidak boleh dilakukan secara sehala bahkan perlu melibatkan komitmen Kerajaan Myanmar untuk melibat keamanan dan keselamatan di Wilayah Rakhine selain memenuhi tuntutan untuk memberikan hak kewarganegaraan dan hak asasi manusia yang lain. Kita sedia maklum masyarakat antarabangsa perlu mengangkat isu Rohingya ini di tempat yang sewajarnya. Tanah-tanah mereka yang dirampas perlu dipulangkan semula, rumah- rumah kediaman yang telah dimusnahkan perlu diberikan hak untuk mereka kembali ke tanah air mereka. Jadi, sejauh manakah isu-isu ini diteliti oleh ASEAN dan Kerajaan Myanmar dan peranan yang telah kita bangkitkan dalam persidangan baru-baru ini. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya ingin mendapat maklum balas kementerian mengenai jumlah kedutaan dan kakitangan yang bertugas di luar negara ketika ini. ■1440 Seterusnya, saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan untuk membuka pejabat kedutaan di Palestin, Jordan seperti Yang Berhormat diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sidang kemuncak pada bulan yang lalu. Cuma persoalan saya, saya ingin kemukakan adakah pejabat kedutaan tersebut akan dipusatkan bersama Kedutaan Malaysia di Jordan ataupun akan diasingkan? Kedua, bagaimana pula dengan timeframe pembukaan rasmi kedutaan tersebut? Ketiga, adakah pejabat kedutaan terlibat akan turut menyelaraskan urusan dua hala dengan pihak berkuasa di Semenanjung Gaza atau hanya melibatkan urusan dengan pihak berkuasa di sebelah Baitulmuqaddis? Seterusnya, Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Saya menggesa supaya kerajaan memberikan perhatian terhadap usaha sebilangan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) yang mengambil inisiatif menggunakan saluran perundangan antarabangsa untuk menzahirkan pendirian Malaysia terhadap isu-isu pencabulan hak asasi manusia seperti kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan kekejaman terhadap rakyat Rohingya di Myanmar. Usaha ini telah pun dimulakan. Sebagai contoh, melalui inisiatif Yayasan MyAQSA yang menggunakan asas Resolusi 2334, Majlis Keselamatan PBB yang Malaysia menjadi salah sebuah negara yang menaja dan merealisasikannya di peringkat Majlis Keselamatan PBB. Yayasan MyAQSA dengan bantuan dan kepakaran sebuah NGO Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) telah mengemukakan usul dan hujah kepada Pejabat Analisis Situasi, Pejabat Ketua Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya Israel segera didakwa di mahkamah tersebut kerana mencabul ketetapan resolusi tersebut. DR.7.11.2019 60

Seterusnya Kerajaan Malaysia diminta- seharusnya memberikan perakuan dan bantuan sumber kepada CSO seperti yang disebut ini kerana tidak banyak CSO yang menampilkan strategik pendekatan sedemikian, sementara kerajaan memberikan banyak sumber untuk membantu banyak NGO kemanusiaan yang lain. Pendekatan yang menjurus kepada strategi perundangan hak asasi manusia antarabangsa yang menggunakan mekanisme ICC dan platform PBB juga perlu diperkukuh dan diperluaskan sebagai penzahiran prinsip dan pendirian yang dilaungkan di pentas PBB. Seterusnya, menggunakan mekanisme sebegini lebih efektif dan memberikan impak bagi menyelamatkan hak asasi manusia khususnya rakyat Palestin dan Rohingya yang sudah sekian lama tertindas. Perlu disentuh juga usaha yang menggunakan mekanisme dan saluran Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk membuka ruang bagi Malaysia membuat pengaduan terhadap pelanggaran Konvensyen Genocide 1948 yang telah diratifikasikan oleh Myanmar. Sebagai negara pihak yang menerima kesan langsung daripada kebanjiran pelarian Rohingya akibat kezaliman tentera rejim Myanmar, Malaysia yang juga telah meratifikasikan konvensyen tersebut berhak mengemukakan pengaduan kepada ICJ tentang tindakan pencabulan negara Myanmar tersebut. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersuara lantang mengkritik tindakan berdiam diri Myanmar di pentas PBB dan ASEAN. Namun kedegilan mereka untuk mengambil tindakan mengembalikan kewarganegaraan Rohingya dan keengganan menerima mereka kembali sebagai rakyat tersebut ternyata merupakan perkara yang tidak dapat kita terima. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Masa 43 saat lagi Yang Berhormat. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya. Seterusnya saya menggulung di bawah penggunaan mekanisme ICJ akan menumpukan kepada punca permasalahan kebanjiran pelarian seperti kumpulan Rohingya kerana keputusan ICJ mengikat dan memaksa negara seperti Myanmar bagi memastikan warganegaranya dapat pulang dengan selamat ke tanah air mereka tanpa ancaman terhadap nyawa dan keselamatan mereka. Pendekatan mekanisme ini lebih berkesan jika dibandingkan dengan bantuan kemanusiaan yang juga penting tetapi tidak menyelesaikan punca insiden pelarian secara jangka panjang. Ini sangat membimbangkan sumber negara kita. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya nampak di sebelah sini tadi bangun lebih awal, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

DR.7.11.2019 61

2.44 ptg. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terlebih dahulu ingin mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat daripada kawasan Parlimen Batu Pahat, Johor... [Tepuk] Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya, Parlimen saya. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat... Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Parlimen saya Yang Berhormat Jelutong. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Oh, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Kena sebut nama. Oleh sebab itu saya beri kepada dia. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Satu hari yang memang bersejarah dan bertuah bagi semua yang telah hadir dan mungkin saya akan minta lebih masa juga [Ketawa] Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Tidak boleh. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya merujuk kepada Tuan Pengerusi Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan di muka surat 166. Dalam konteks ini, saya ingin bertanya kepada Menteri, kita difahamkan pada tahun 2012, mantan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Tapah melalui parti MIC telah memberi sumbangan sebanyak RM1 juta bagi tujuan misi kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang dibunuh dalam konflik di Sri Lanka. Kini kita lihat bahawa pemimpin-pemimpin kita sendiri ditangkap kerana mereka juga sekadar menunjukkan simpati kepada yang terbunuh dan terkorban dalam konflik di Sri Lanka. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat minta laluan. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Nanti berucap. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Boleh sekejap lagi ya? Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Nanti berucap. Saya akan ucap sekarang, Dasar. Ini Jawatankuasa. Dengar ucapan saya. So saya ingin tanya, apakah pendirian kementerian sekarang? Kenapakah kita lihat, tiba- tiba ada tangkapan dibuat ke atas pemimpin-pemimpin kita sendiri yang hanya sekadar menunjukkan simpati sahaja kepada yang terbunuh dalam konflik di Sri Lanka? Isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan ketegangan yang wujud sekarang iaitu Perancangan Dasar, Strategik dan Penyelidikan dalam Butiran 030000 di muka surat 167. Dengar Yang Berhormat Tumpat, dengar betul-betul, bukan ucap kosong. Merujuk kepada butiran. Dasar, kita mengalami ketegangan ... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Berilah Tumpat laluan. Kosong, tidak kosong. DR.7.11.2019 62

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya tidak beri. Yang Berhormat Tumpat ucap nanti. Kita mengalami ketegangan dalam perhubungan diplomatik dengan India. Ini juga menyebabkan India enggan membeli minyak kelapa sawit dari Malaysia. Now, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memulihkan keadaan ini? Saya juga difahamkan, umum juga mengetahui bahawa isu tentang Zakir Naik juga merupakan satu isu yang mewujudkan ketegangan di antara Malaysia dan India. Apa yang lebih penting bagi kita sebagai negara Malaysia adalah menyelamatkan nasib pekebun-pekebun, peneroka-peneroka FELDA yang mengusahakan kelapa sawit. Kalau boleh mengembalikan Zakir Naik, membenarkan ekstradisi itu boleh menyelamatkan perhubungan diplomatik di antara Malaysia dan India, menyelamatkan perdagangan di antara Malaysia dan India, mengapakah kita tidak menghantar beliau balik? Beliau dibenarkan untuk... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat pohon, pohon. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik mohon mencelah. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya tidak benarkan. Membenarkan beliau diadili di mahkamah di sana. Itu adalah isu kedua. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik mohon sedikit penjelasan, Yang Berhormat Jelutong. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Ketiga, berkenaan dengan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Yang Berhormat Jelutong beri sedikit. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya tidak beri peluang. Butiran 030400. Saya telah terbaca satu berita di mana Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor mengakui ketika itu bahawa beliau telah hadir sebagai jurucakap UMNO di Kongres Nasional Parti Komunis China. Ini telah dibenarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu. Mereka datang ke Dewan yang mulia ini selalu menuduh DAP Komunis tetapi yang membenarkan wakil mereka yang hadir dalam Kongres Parti Komunis di China adalah UMNO sendiri. Adakah Kerajaan Barisan Nasional akan mengakui perkara ini dan adakah kerajaan sekarang akan meneruskan perkara ini? Saya memohon penjelasan kerana kita melihat sejarah membuktikan yang paling hipokrit, yang paling perkauman, yang paling tidak melakukan apa sahaja yang dijanjikan, adalah UMNO sendiri. Kita lihat satu berita yang telah diterbitkan iaitu pada 20 Oktober 2017, pengesahan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor mengesahkan beliau telah hadir dalam Kongres National Communist Party of China ke-19 dan memberikan ucapan. Now, saya ingin satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri... ■1450 Puan [Kluang]: Yang Berhormat Jelutong, saya bantu sedikit. DR.7.11.2019 63

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Okey, Yang Berhormat Kluang saya bagi. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Tentang isu ini Tuan Pengerusi, saya rasa pelik juga kerana dahulu apabila saya bertugas sebagai wartawan, saya pernah cover sekali kongres parti UMNO dan yang pelik itu, yang saya hairan adalah parti UMNO ini sebenarnya ada menjemput wakil parti Komunis China sebagai tetamu mereka dalam kongres mereka. Itu saya rasa pelik kenapa mereka menjemput mereka sebagai tetamu dalam kongres, di sebaliknya mereka hentam parti itu. Itu yang saya tidak faham. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Jadi pada hari yang bersejarah ini, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Jelutong membuktikan, mengesahkan di hadapan semua orang yang ada, parti yang sebenarnya mendukung perjuangan komunis bukanlah DAP, tetapi UMNO. Terima kasih... [Tepuk] Isu terakhir yang saya ingin sentuh Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Saya ingin menuntut Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara lain menghantar satu pasukan tentera untuk memberi perlindungan kepada yang menjadi mangsa konflik di Myanmar, untuk kita memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa di Rohingya. Kenapakah kita tidak boleh bersatu mengumpulkan tentera kita? Semua negara di OIC menghantar satu pasukan misi keselamatan, misi keamanan untuk memastikan bahawa yang menjadi mangsa di Rohingya itu diberi perlindungan. Itu sahaja ucapan daripada Jelutong, tepat, padat. Terima kasih. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Ada masa, minta laluan sedikit. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Tidak apa, tidak apa. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong telah menghabiskan perbahasannya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar, sebelah sini pula. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tanya UMNO kenapa mereka Komunis. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Sila Yang Berhormat Paya Besar.

2.52 ptg. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya memulakan perbahasan dalam Kementerian Luar Negeri, saya ingin mengalu-alukan anak-anak muda daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong, Muar, Johor. Jangan ikut perangai orang tadi ya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya yakin dan percaya di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jangan makan rasuah ya. DR.7.11.2019 64

Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Teruskan Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Saya tidak ganggu Yang Berhormat Jelutong tadi dan memang saya tidak hendak ganggu dia. Tidak apalah, kita bercakap tentang luar negeri ini. Adik-adik, ikut perangai yang elok ya. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Adik-adik, jangan rasuah ya, jangan rasuah. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sila beri perhatian, tidak ada gangguan Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Saya yakin di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, orang Pahang akan membawa satu paradigma yang baharu dalam polisi luar negara. Saya lihat bila Yang Berhormat Menteri mengemukakan tiga perkara sekuriti, ekonomi dan identiti dalam framework yang baru dilancarkan itu adalah salah satu perkara yang cukup tepat sekali. Tahniah dan syabas diucapkan. Cumanya Yang Berhormat Menteri, saya ingin merujuk kepada Butiran 030200 - Hal Ehwal Maritim. Ini kerana apa, saya yakin ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyebut tentang perkara ini dan saya ingin turut serta untuk meminta pendirian kementerian dan pendirian kerajaan berkaitan dengan kehendak Amerika Syarikat berkaitan yang mahukan UNCLOS ini dalam kerangka code of conduct. Ini kerana apa, saya yakin ketegangan di Laut Cina Selatan ini semakin memuncak apabila perebutan di antara negara-negara Vietnam, China dan Beijing. Apabila ada campur tangan dua kuasa besar China dan Amerika ini, sudah pastinya kawasan yang sepatutnya yang diletakkan sebagai satu kawasan yang sepatutnya ada friendship, tetapi telah dicemari dengan kuasa-kuasa kerana ingin menunjuk kuasa yang besar. Saya juga ingin mengetahui perkembangan terkini berkaitan rundingan COC ini kerana apa, dalam framework yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dilancarkan tempoh hari jelas meletakkan ini sebagai satu keutamaan utama. Saya juga hendak tahu rundingan yang terkini dibuat dengan pihak ASEAN supaya ASEAN juga memainkan peranan sebagai satu identiti ASEAN bukan sebagai satu kuasa yang kadang-kadang negation dibuat dengan China ini dibuat mengikut negara-negara tertentu, bukan dengan negara ASEAN. Jadi yang terakhir, sedikit, sedikit. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin]: Boleh Yang Berhormat Paya Besar? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Ini kerana tindakan ketenteraan Amerika dan juga China di Laut Cina Selatan ini sebagai satu ancaman kepada kestabilan serantau. Bagi menjamin keharmonian ASEAN ini dan Laut Cina Selatan, seharusnya satu pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diisytiharkan di Laut Cina Selatan. Pada masa yang sama Yang Berhormat Paya Besar, saya lihat Malaysia mesti perlu bijak dalam tindakan diplomasi dengan kuasa besar global seperti Amerika Syarikat dan China kerana Malaysia ada DR.7.11.2019 65 kepentingan dagangan dalam kedua-dua negara ini dalam kuasa yang cukup besar sekali. Jadi, apa pandangan daripada Yang Berhormat Paya Besar? Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Yang Berhormat Jasin, satu pandangan yang baik. Saya memikirkan Zone of Peace, Freedom and Neutrality ini harus kita perkasakan Yang Berhormat Menteri, supaya jangan sekadar kita membiarkan zon ini dikuasai oleh negara-negara besar. Saya setuju Yang Berhormat Jasin, supaya kita mengambil kira dua kepentingan nilai dagangan kita dengan China dan nilai dagangan kita dengan Amerika. Saya juga hendak menyentuh Butiran 020400 - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Saya minta sangat Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Indera Mahkota supaya pendirian yang jelas berkaitan respons juru cakap Kementerian Urusan Luar Negeri India Ravish Kumar berkaitan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi berkaitan wilayah Kashmir. Kita kena buat respons dan respons ini adalah kerana hendak menunjukkan bahawasanya kita bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pendirian kita berkaitan dengan wilayah Kashmir. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan peranan yang telah dimainkan Malaysia dengan ASEAN supaya peperangan atau konflik di antara India dan Pakistan ini tidak berterusan begitu lama yang akhirnya akan merosakkan umat Islam yang berada di kawasan ini terus dijajah. Bagaimana OIC memainkan peranan? Saya tidak mahu daripada saya sekolah, daripada saya masuk universiti, OIC ini dilihat sebagai satu badan walhal kita memperuntukkan sumbangan kepada pertubuhan ini. Akan tetapi, pertubuhan ini hanya melihat begitu sahaja tetapi tidak ada kuasa seperti mana 20 tahun yang lepas, OIC dilihat sebagai satu negara dan dalam framework Yang Berhormat Menteri telah lancarkan tempoh hari menunjukkan kita ini meletakkan the Muslim world salah satu daripada perkara elemen dalam framework tersebut harus memainkan peranan yang besar. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkaitan Butiran 00500 – Program MTCP. Saya memuji apabila Yang Berhormat Menteri dalam framework ini juga untuk membuat satu revise berkaitan tentang South-South Cooperation bagaimana untuk melihat kepimpinan Malaysia baharu di generasi baharu supaya lebih vokal bercakap tentang dalam konteks South- South Cooperation ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri atas pengalaman Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi tempoh hari dan hari ini di luar negeri, harus meletakkan masa depan anak-anak muda bercakap tentang perkara-perkara antarabangsa. Apakah status terkini Putrajaya fellowship yang akan dicadangkan dalam program yang akan disusun atur semula di bawah MTCP? Saya yakin kokurikulum ini harus menyentuh kepada kokurikulum yang bersifat antarabangsa dan kita dapat melahirkan anak-anak muda bukan sahaja anak-anak muda yang memahami tentang keperluan negara ketiga, tetapi anak muda negara kita yang mampu berada di peringkat global. Ini kerana apa, hari ini Yang Berhormat Menteri Luar Negeri, kita hendak lihat DR.7.11.2019 66 banyak sangat laporan dibuat oleh international agencies tidak memihak kepada Malaysia kerana ia seolah-olah melihat Malaysia dari tingkap yang berbeza. Terakhirnya Tuan Pengerusi, saya menyentuh satu perkara yang saya kira amat penting kerana apa, dalam kita merangka kerangka baharu new Malaysia ini, perkara yang paling pentingnya adalah the rule of law. Ada empat perkara yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu democracy, freedom, human rights dan yang terakhir the rule of law in the making the world more peaceful, fair and prosperous. Akan tetapi, bagaimana dalam Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Saya memuji ada peningkatan sebanyak RM1.5 juta menjadi RM6 juta untuk tahun ini. Saya lihat Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, keganasan ini ada dua waves, wave pertama bermula daripada tragedi pengeboman di Bali dan akhirnya dia berakhir pada tahun 2008 setelah dimulakan tahun 2002. ■1500 Kemudiannya Tuan Pengerusi, dia wujud semula pada tahun 2016 apabila Daesh mula bertapak di negara ini dan serangan ini telah meningkatkan kematian hampir 36 peratus. Apa yang saya cuba sampai di sini Yang Berhormat Menteri adalah, kita harus memahami bahawasanya rantau Asia ini menjadi sasaran puak-puak pengganas ini kerana mereka begitu gagal untuk menguasai negara Timur Tengah. Apabila mereka gagal mengusai sesuatu keadaan, mereka akan beralih mencari tempat untuk membuat satu akreditasi membuat satu tempat untuk melatih mereka ini. Saya yakin pihak polis sendiri pun telah bersetuju mengenai ancaman puak Daesh ini dan saya mengharapkan sangat supaya kerajaan kita, Kerajaan Pakatan Harapan harus tidak memilih bulu dalam mencegah sebarang unsur-unsur keganasan yang masuk ke dalam negara kita. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, sebagaimana yang kita sedia maklum, ketelusan Kerajaan Malaysia ini begitu tercalar apabila dengar berita-berita pemimpin DAP dikaitkan dengan LTTE. Saya yakin intra boundary terrorism ini bukan satu perkara yang kecil. Saya yakin pula, apabila kita sudah tangkap, satu imej yang baik kerana kita tidak berkompromi walaupun parti tersebut dalam kerajaan dan diambil tindakan tetapi akhirnya apabila berita semalam telah menyebabkan imej Malaysia di mata dunia, di peringkat global... Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Tinggal 30 saat lagi Yang Berhormat. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: ...Begitu jatuh dan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pendirian kerajaan melalui Wisma Putra berkaitan- adakah ini sebenarnya memahami konsep the rule of law yang dinyatakan dalam framework. Kerana apa? Sepatutnya kita biarkan dari segi perbicaraan tetapi kita lepaskan tanpa ada tuduhan dan saya nampak ini sebenarnya tindakan-tindakan yang memalukan Malaysia. Silakan Yang Berhormat Arau. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya. DR.7.11.2019 67

Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Masa sudah tamat ini. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, sedikit sahaja, sebab tadi dia sebut fasal LTTE. Okey, kita akan buat press statement sekejap lagi. Akan tetapi, ini adalah buku Yang Berhormat, “Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya”... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Di Malaysia. Saya hendak bagi tahu tuduhan kata UMNO berbaik dengan komunis tadi adalah bobrok, busuk, buruk. UMNO berbaik dengan semua negara, parti komunis tetapi mereka berbaik dengan pengganas komunis... [Menunjukkan senaskhah dokumen] Lihat ini, dengan pengganas komunis yang bunuh orang. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Arau, kemukakan soalan kepada... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Paya Besar, sebenarnya DAP yang terlibat dengan komunis, 13 Mei dan sebagainya. Lihat buku, “Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya”. Tuan [Rasah]: Tuan Pengerusi, Peraturan Dewan, saya rasa Yang Berhormat Arau ini sudah melampau sudah. Taun Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Ya, sila. Masa telah tamat terima kasih. Yang Berhormat Arau sila duduk Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Pengerusi, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi saya yakin buku itu pun saya baca sama. Tunggu saya habis Yang Berhormat Arau baca buku itu baru saya beri komen. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Akan tetapi, bagaimana saya hendak rumuskan Tuan Pengerusi, saya harap Wisma Putra kita tidak boleh bertolak ansur dengan pengganas. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya- dan ada beberapa di sebelah sini, saya tengok yang hendak berbahas untuk sekarang saya panggil Yang Berhormat Segamat dahulu. Terima kasih. Yang Berhormat lain saya catat nama.

3.03 ptg. Dato' Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Bekalan 13, Kementerian Luar Negeri, Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di mana saya dapati ada pertambahan sebanyak RM2 juta. Memang bagus, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi pada masa yang sama, kita perlukan perincian bagaimanakah wang ini akan digunakan, adakah ia digunakan untuk latihan, operasi ataupun sebagainya, ataupun sebarang daripada wang yang disediakan ini akan digunakan sebagai dana sebagai DR.7.11.2019 68 bantuan kepada organisasi-organisasi tertentu. Saya harap tidak. Hanya digunakan untuk memastikan mencegah keganasan. Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Saya mendapati wangnya hampir sama walaupun dikurangkan sebanyak RM200,000. Akan tetapi saya hendak tahu, apakah program-program yang akan dilaksanakan dan apakah target focus? Siapakah yang akan dipanggil untuk menghadiri? Adakah Ahli-ahli Parlimen seperti kami juga akan diberi peluang untuk belajar hubungan luar negara. Kita pun hendak sama-sama membantu Menteri Luar Negeri ini kalau boleh. Butiran 050700 – Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS). Walaupun namanya ISIS tetapi saya tahu ini merupakan fokus yang berbeza. Jikalau tahun lepas tiada peruntukan, sekarang diberikan sebanyak RM2.5 juta dan saya ingin mendapatkan perincian lebih banyak. Apakah ia akan digunakan? Adakah berbentuk latihan atau pun hanya untuk membayar gaji ataupun staf di sana. Mengenai Butiran 040100 – Bahagian Asia dan Butiran 040200 – Bahagian Eropah, Amerika, Afrika dan Australia, New Zealand dan Asia Pasifik (ANZAP). Kita mendapati bahawa peruntukan telah dikurangkan daripada RM4,026,000 kepada RM3.48 juta. Ini merupakan satu perkara yang penting. Oleh kerana Yang Berhormat Menteri, apabila saya sendiri telah melawat beberapa high commission dan juga kedutaan kita, kita mendapati mereka merungut kadang-kadang tidak cukup duit. Bahkan pada tahun lepas, walaupun lebih banyak peruntukan, mereka tidak cukup duit dan mereka terpaksa meminta rakyat Malaysia di sana untuk mengeluarkan duit untuk membuat program-program. Contohnya, program Deepavali, program Krismas mahupun Hari Raya, mereka terpaksa minta daripada rakyat kita ataupun pelajar-pelajar kita sama-sama menabung selepas itu membuat program. Berbanding dengan negara di Selatan kita jauh mempunyai lebih banyak peruntukan dan juga sebagainya. Maka kalau kita adalah ikhlas dengan rakyat kita di luar negara, maka kita harus berikan lebih duit agar kita dapat mengadakan program ini. Agar mereka akan dapat lebih bersama dengan Malaysia, walaupun mereka jauh di luar negara, luar daripada keluarga dan juga sebagainya. Tinggalkan yang tersayang di sini tetapi apabila ada perayaan dan sebagainya, kita harus mendekati mereka. Maka ini satu perkara yang harus kita berikan perhatian. Termasuk juga dengan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Kita mendapati– saya ucapkan tahniah terdapat pertambahan sebanyak RM50 juta pada tahun ini dan saya harap ia akan disalurkan juga kepada negara-negara seperti Australia dan New Zealand. Di mana kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang belajar di sana mahupun bekerja ataupun sebagainya. Mengenai pula butiran yang sama, saya menerima cadangan baik daripada rakan-rakan seperjuangan daripada sana mengenai pejabat di Jordan untuk mereka di Palestin dan juga sebagainya. Pada masa yang sama Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin mengajak Yang DR.7.11.2019 69

Berhormat Menteri untuk berfikir juga masalah ini iaitu untuk masyarakat Kristian khususnya, mereka mahu ke tanah suci dan tanah sucinya adalah di Jurusalem. Di Jurusalem ini kita ada church yang penting untuk kita lawati juga, paling kurang sekali dalam seumur hidup. Begitu juga kita ada masjid yang amat penting, Masjid Al-Aqsa di sana. Oleh sebab kita tidak ada kedutaan buat masa ini, Yang Berhormat Menteri ramai rakyat Malaysia pergi ke Jurusalem dengan menggunakan pasport walaupun kita tidak ada hubungan diplomatik dengan mereka, tetapi kita boleh memasuki melalui negeri-negeri jiran dengan menggunakan hanya satu slip, satu cop tetapi bahaya adalah kerana kita tidak boleh ada masalah. Jika sakit kah, jika berlaku apa-apa dan juga sebagainya maka akan jadi masalah yang besar. Ini merupakan satu realiti yang besar. Kerajaan mengetahui, ini bukan perkara baru. Hampir lebih 60 tahun, walaupun pasport kita mengatakan tidak boleh digunakan di Israel tetapi ia boleh digunakan untuk masuk, untuk sembahyang dan juga ketika bercuti. Saya harap agar kerajaan yang baharu ini harus peka dan kita belajar daripada kesilapan yang lepas bagaimana kita boleh adakan, mungkin hubungan tidak terus ataupun cara-cara baharu untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana kita harus jaga semua rakyat Malaysia, kalau Pasport Malaysia itu adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong dengan ini memberi kuasa untuk lalu dan diberi laluan. Ini bermakna, ia harus kepada semua rakyat Malaysia dan ini merupakan satu perkara yang penting dan sering kali orang membawa perkara ini kepada saya dan saya membawa dalam Dewan ini untuk kita berfikir bagaimana kita dapat membantu semua rakyat. Pada masa yang sama juga, seperti rakan-rakan seperjuangan di sana telah membawa isu mengenai Rohingya dan saya rasa itu satu perkara yang baik dan saya juga menerima satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Jelutong tadi. Di mana kita kalau boleh menghantar tentera kalau kita minta untuk membuat pengamanan untuk pergi ke sana berkhidmat dan sebagainya. Ataupun menjalankan kerja-kerja amal dan juga sebagainya. Ini merupakan satu perkara yang baik kalau diberi peluang. Satu yang harus kita kaji. Pada masa yang sama juga, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai Duta Khas Malaysia ke India. Kita sekarang ada duta khas daripada Malaysia ke negara China, kita ada. Akan tetapi kalau duta khas ke negara India yang dahulunya di wakili oleh Tun Samy Vellu dan ia telah pun ditamatkan dan beliau banyak membawa projek-projek kembali ke Malaysia dan juga agar syarikat-syarikat besar kita mendapat projek-projek pembinaan, infra, airport, di India, di Bangladesh, di Sri Lanka dan juga sebagainya. Akan tetapi tiba-tiba saya mendapati bahawa mungkin Kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu merasakan bahawa kita belum ada masa yang sesuai, tetapi saya rasa ini sudah sampai masa yang sesuai kerana kita ada masalah mengenai kelapa sawit, isu diplomatik dan juga sebagainya. ■1510 Isu-isu politik ini telah menyukarkan banyak syarikat daripada sana ke sini ataupun daripada sini ke India menghadapi masalah. Maka sudah tiba masanya untuk kita memikirkan DR.7.11.2019 70 kembali adakah kos RM12 juta setahun itu lebih penting ataupun arah tuju perniagaan yang berbilion-bilion ini lebih penting. Ini satu persoalan yang harus kita jawab. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan bawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merujuk kembali bagaimana ingin melaksanakan. Ini kerana dua buah negara yang penting untuk kita adalah selain daripada negara- negara yang besar dan sebagainya adalah negara India dan China. Kalau negara China kita ada duta khas, mengapa di negara India kita tidak ada? Ia merupakan kedua-dua negara yang amat penting. Di sini kita harus menggunakan kepakaran yang ada pada kita. Kita ada masyarakat Cina yang berpendidikan seni yang baik, begitu juga dengan masyarakat India. Kalau kita tidak menggunakan, maka kita tidaklah bijak. Ini satu yang saya ingin bawa kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengajak berfikir. Dengan ini, saya berharap bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ini adalah kerajaan reform. Sebagai kerajaan reform akan melihat di luar kotak, out of the box thinking untuk menyelesaikan masalah tidak harus mengikut segala-galanya. Apa yang baik daripada lepas kita terima, selepas itu kita perbaiki. Diucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput seterusnya kalau daripada sebelah sini, Yang Berhormat Kuala Krai. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Setiawangsa.

3.11 ptg. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim... [Berselawat ke atas Nabi] Saya merujuk kepada Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Tuan Pengerusi, dalam butiran ini ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan dan juga persoalkan. Pertama adalah isu penindasan umat Islam yang berlaku di seluruh dunia pada masa ini. Apakah peranan OIC dalam membantu mencari penyelesaian kepada konflik yang mengakibatkan penderitaan kepada umat Islam khususnya di China, Myanmar dan Jammu, Kashmir? Isu yang kedua adalah berkaitan pelarian Rohingya di Malaysia. Pada 22 September 2019, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam lawatannya ke New York telah mencadangkan agar negara maju berkongsi dengan negara seperti Malaysia ini dalam soal kos menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya kepada golongan pelarian khususnya Rohingya yang semakin bertambah di Malaysia susulan konflik yang berlaku di negara mereka. Kenapa tidak dimanfaatkan OIC bagi tujuan mendapatkan bantuan, mengurangkan beban Malaysia dalam mengurangkan pelarian Rohingya. Ini kerana OIC sendiri sebahagiannya dianggotai oleh negara kaya seperti UAE, Qatar, Brunei dan lain-lain. DR.7.11.2019 71

Tuan Pengerusi, isu yang ketiga ialah mengenai COMCEC. Malaysia merupakan salah satu daripada empat Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan (COMCEC) sejak 1969 yang berperanan dalam merapatkan jurang pembangunan negara pertumbuhan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). COMCEC berusaha untuk menggembleng keupayaan institusi dan modal insan dalam kalangan negara anggota menerusi pembiayaan projek COMCEC (CPF). Soalan saya ialah mohon Yang Berhormat Menteri menerangkan secara lebih terperinci mengenai CPF dan nyatakan sejauh mana program ini mencapai misinya dalam merapatkan jurang pembangunan negara di antara negara anggota. Keempat Tuan Pengerusi adalah mengenai Dana 'One WASH'. Berdasarkan apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 27 September 2019, penubuhan Dana 'One WASH' sebagai satu inisiatif membasmi taun dan penyakit cirit birit lain dalam kalangan 29 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Inisiatif berkenaan dibiayai bersama Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan Bank Pembangunan Islam. Setakat ini, berapakah jumlah dana yang telah terkumpul di dalam Dana 'One WASH'? Sejauh mana program ini telah berjaya memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan di negara-negara anggota yang terjejas dengan wabak penyakit taun? Dalam isu yang sama Tuan Pengerusi ialah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang telah mengumumkan pembukaan Kedutaan Malaysia di Palestin yang akan beroperasi di Jordan. Saya mengharapkan agar suatu masa nanti kedutaan ini akan dapat dibuka, insya-Allah di Baitulmuqaddis sendiri. Ini satu langkah yang amat baik dalam usaha mengiktiraf negara Palestin serta membantu secara berterusan penduduk Palestin yang ditindas oleh rejim Israel. Saya ingin menekankan di sini bahawa kerajaan perlu memainkan peranan dengan lebih agresif supaya negara-negara OIC yang lain juga dapat mengambil langkah yang sama sebagaimana langkah Kerajaan Malaysia. Kita sentiasa menyokong sebarang usaha bagi membebaskan bumi Palestin dan membela rakyat yang ditindas ini serta kita sudah pasti tidak akan menyokong sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel. Apa yang mendukacitakan kita ialah terdapat pemimpin kerajaan dalam kerajaan pada hari ini daripada DAP yang menyamakan isu LTTE dengan Palestin. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah sama perjuangan umat Islam untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Israel dengan perjuangan LTTE ini? Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan isu sekumpulan jemaah yang menggunakan visa Furada yang telah sampai ke Jeddah pada musim haji baru-baru ini. Rombongan yang berjumlah seramai 26 orang tersebut terpaksa dihantar balik ekoran visa yang mereka terima adalah visa palsu. Saya tidak pasti, apakah Yang Berhormat Menteri telah memainkan peranannya dalam isu ini? Saya yakin jika Yang Berhormat Menteri memainkan peranan sebaik mungkin di atas DR.7.11.2019 72 asas hubungan yang baik di antara Malaysia dengan Arab Saudi, jemaah tersebut akan dapat memasuki Arab Saudi dan akan dapat menyempurnakan ibadat haji mereka pada musim haji yang lepas. Kita bukan berhasrat menyokong operasi seperti ini dan menggalakkan isu-isu seperti ini diteruskan pada masa-masa akan datang. Akan tetapi atas asas untuk membantu mereka yang telah pun berada di Airport Jeddah pada waktu itu. Ini bukan kehendak mereka tetapi mereka terkena “visa palsu”. Bak kata pepatah, “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Saya berkeyakinan penuh jika Yang Berhormat Menteri helo sepatah, bak kata orang Kelantan kepada rakan sejawatan Arab Saudi dan merayu supaya jemaah tersebut diterima masuk, mereka akan dapat memasuki Arab Saudi dan menyempurnakan ibadat haji mereka. Kita tahu semua bahawasanya Kerajaan Arab Saudi yang cukup pemurah. Kalau kena gaya bukan sahaja dapat masuk tetapi mereka akan menjadi tetamu khadam dua tanah suci... [Berucap dalam bahasa Arab] Bersama ribuan lagi tetamu yang dijemput khas oleh Kerajaan Arab Saudi dengan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi. Termasuklah daripada negara kita Malaysia sendiri pada musim haji yang lalu dan juga ada sebahagian daripada keluarga mangsa masjid Christchurch, New Zealand termasuklah ketua polis wanita yang juga hadir bersama sebagai tetamu khadam dua tanah suci ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kakitangan Tabung Haji dan Konsulat Malaysia di Jeddah yang mengendalikan urusan mereka selama mereka ditahan di airport Jeddah dan juga dapat kembali dengan selamat ke Malaysia. Tuan Pengerusi, sekian ucapan saya. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa. Kalau mengikut urutan ini, selepas ini dijemput Yang Berhormat Pontian. Kemudian Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Bukit Bendera tidak ada di sini lagi. Sila Yang Berhormat Setiawangsa dahulu.

3.18 ptg. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali, Setiawangsa ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar SMK Seri Titiwangsa dan pemain-pemain Setiawangsa Rangers FC daripada Parlimen Setiawangsa. Terima kasih. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: You’ll never walk alone. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Pertama sekali, Setiawangsa ingin membangkitkan perkara di bawah Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa tentang United Nations Convention against Torture (UNCAT). DR.7.11.2019 73

Untuk makluman, ini satu konvensyen antarabangsa dan 169 buah negara sudah tandatangan. Malah kalau kita pergi ke Internet, kita Google negara-negara yang tandatangan, gambar peta dunia itu hampir tidak nampak yang tidak tanda tangan. China sudah tandatangan, Arab Saudi sudah tandatangan, Brunei sudah sign tetapi ratifikasi dijangka dalam masa yang terdekat tetapi negara kita masih lagi tidak tandatangan. Saya difahamkan bahawa selain daripada itu, negara-negara Islam yang juga telah ratifikasi termasuklah Afghanistan, Algeria, Indonesia, Iraq, Palestin dan juga Emiriah Arab Bersatu. ■1520 SUHAKAM telah terlibat dalam proses engagement ataupun libat urus dalam perkara ini dan Setiawangsa memikirkan kita perlu mengelak kesilapan-kesilapan lepas yang mana ratifikasi beberapa perjanjian atau konvensyen peringkat antarabangsa tidak berjaya kita teruskan kerana komunikasi ataupun masalah gambaran atau naratif yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab apabila mereka mengatakan ini bertentangan dengan Islam dan sebagainya sedangkan boleh dikatakan hampir kesemua negara Islam menandatangani perjanjian-perjanjian ini. Saya difahamkan NGO-NGO termasuk daripada peringkat antarabangsa yang terlibat dalam hal ini telah berjumpa termasuk dengan pihak berkuasa agama, pejabat-pejabat mufti dan sebagainya. Setiawangsa berharap agar proses ini berterusan dan kita kena jadikan ratifikasi UNCAT ini sebagai satu perkara yang kita perlu capai dalam tempoh penggal ini. Seterusnya Setiawangsa ingin pergi ke Butiran 020200... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of order. Point of order. Ini menyentuh hal Raja-Raja sebab Raja-Raja sendiri terlibat... Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tidak ada. Tidak ada sebut apa-apa... Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Point of order yang mana Yang Berhormat Arau? Point of order yang mana? Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Point of order yang nombor berapa Yang Berhormat Arau? Saya minta maaf Tuan Pengerusi. Ini floor saya, dia ganggu. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya sila. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Okey, seterusnya Setiawangsa ingin menyentuh Butiran 020200 tentang isu Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tentang masalah komuniti Uighur, komuniti Muslim di Turkmenistan Timur di negara China yang mana bagi saya, kita faham realiti geopolitik antarabangsa yang mana kita ada banyak kepentingan yang harus diambil kira. Kita juga faham negara China adalah suatu kuasa besar yang tidak boleh dipandang ringan. Akan tetapi negara kita sentiasa mempunyai tradisi kebebasan bersuara dalam hal-hal diplomasi bermula daripada zaman Perdana Menteri kita yang pertama lagi iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman di mana dalam isu apartheid. Kita bukan hanya soal negara Islam tetapi soal DR.7.11.2019 74 kemanusiaan kita ke depan, soal apartheid, kulit hitam yang berlaku di Afrika Selatan, negara kita berada di depan dahulu dan berjaya akhirnya menukar pandangan di Komanwel. Jadi, Perdana Menteri baru-baru ini mengatakan bahawa beliau memerlukan lebih banyak maklumat tentang masalah Uighur ini... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of Order 36(7). Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Saya tengah bercakap masalah Uighur, Yang Berhormat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya Uighur itu sekejap lagi. Ini saya bawa contoh. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Ini floor saya Yang Berhormat. Kalau hendak bahas, boleh bahas. Saya sudah tidak sentuh pasal convention against torture saya dah tidak sentuh. Itu tidak ada isu. Apa kaitan dengan soal Raja-raja saya tidak faham Tuan Pengerusi. Saya sudah lepas. Ini tentang convention against torture, tidak pernah timbul lagi. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akan tetapi sebelum itu disebut bahawa pembangkang- 36(7) sebab ia melibatkan Raja-raja. Raja-raja sudah bersetuju. Ya tetapi 36(7)- tak payah melawan. Tarik balik perkataan pembangkang... Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Pengerusi, convention against torture tidak pernah ditimbulkan lagi di negara kita soal Raja-Raja ini. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau selalu ganggulah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Perkara 36(7)... Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Saya tidak bicara tentang ICERD, saya tidak bincang tentang Statut Rom. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apakah point of order tidak boleh pakai? Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Telah dijelaskan. Telah dijelaskan. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Saya bincang tentang convention against torture. Ini perkara lain. Yang Berhormat Arau tidak faham, minta maaf. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of order sekarang ialah dia menuduh pembangkang terlibat untuk memutar-belitkan isu, padahal ini disetujukan oleh Majlis Raja-Raja. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Okey, tarik balik duduk. Tarik balik, duduk. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tarik balik okey. Saya menyokong Uighur, saya sokong. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Saya tarik balik, duduk, selesai. Sekarang floor saya. Sekarang, antara kebimbangan yang dilahirkan oleh masyarakat Uighur DR.7.11.2019 75 ialah bahawa Malaysia ini adalah salah satu- dahulu hanya Malaysia dan Turki negara majoriti Muslim yang sedikit tegas dalam isu Uighur. Namun, akhir-akhir ini nampaknya Malaysia termasuk Turki sendiri dilihat sedikit senyap dalam isu Uighur ini. Isu ini adalah sangat serius kerana antara kajian besar yang dilakukan ialah oleh Dr. Adrian Zenz. Dr. Adrian Zenz ini menggunakan dokumen-dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negara China dan juga Parti Komunis China. Makna bukan dokumen daripada negara barat, bukan dokumen daripada sumber lain tetapi dokumen daripada negara itu sendiri untuk melihat apa yang mereka lakukan kepada masyarakat di komuniti Uighur tersebut. Jadi ini termasuklah masalah pada misalnya sebelum Ogos 2018, Kerajaan China mendakwa bahawa kem-kem yang dikatakan menahan sehingga satu juta orang Uighur ini tidak wujud di negara tersebut. Akan tetapi selepas wujudnya witness testimony, dengan izin, dan juga maklumat satelit, maka mereka mengatakan ini adalah pusat-pusat latihan untuk masyarakat Uighur ini dilatih dengan kemahiran profesional. Pada Disember 2018, Kerajaan Negara China menukar lagi naratif mereka mengatakan ini kem-kem untuk melawan keganasan. Sehingga ke hari ini, kerajaan tidak mengakui berapa banyak orang ditahan di mana mereka diletak dan juga status tahanan tersebut. Selepas beberapa kali United Nations High Commissioner for Human Rights, dengan izin, dan juga United Nations Special Rapporteur on Freedom of Religion or Belief meminta untuk menyiasat tempat itu, mereka tidak dibenarkan. Jadi, bagi saya ini satu perkara yang perlu diambil tindakan. Lebih kita sedih lagi dan ini saya lihat apabila kita bangkit tentang isu OIC ini, hampir keseluruhan negara-negara Islam tandatangan surat menyokong tindakan Kerajaan China terhadap masyarakat Uighur, hampir kesemua. Jadi ini bagi saya satu perkara yang menyedihkan. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat minta laluan. Bukankah Yang Berhormat Menteri daripada Malaysia sendiri yang melawat ke China membuat pengesahan bahawa itu adalah pusat latihan vokasional? Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Ya Yang Berhormat Menteri ada membuat lawatan tetapi saya juga percaya sebelum ini kerajaan kita dan ini diakui semalam saya berhubung dengan aktivis-aktivis Uighur sendiri di mana mereka mengatakan Malaysia dan Turki adalah dua negara yang paling ke depan bersuara tentang soal Uighur berbanding negara- negara Muslim yang lain. Akan tetapi mereka sedikit terkilan dengan beberapa perkembangan terkini dan saya yakin Yang Berhormat Menteri akan menjawabnya. Seterusnya Setiawangsa akan pergi kepada Butiran 020800 tentang Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia yang mana hendak melihat keberkesanannya memandangkan kita ada lebih kurang 1,200 mesyuarat setahun di ASEAN. Jadi kita hendak tahu sejauh mana keberkesanan sekretariat ini untuk memastikan penglibatan kita di ASEAN dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. DR.7.11.2019 76

Akhir sekali, Setiawangsa ingin pergi ke Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala tentang perancangan untuk melahirkan diplomat-diplomat bertaraf dunia. Kalau kita lihat di beberapa negara jiran kita dan saya yakin negara kita pun juga ada tradisi yang sama sehingga ke hari ini di mana diplomat-diplomat ini dilihat sebagai golongan elit dalam perkhidmatan awam. Bermakna mereka yang paling berkebolehan, mereka yang terbaik biasanya diletakkan dalam perkhidmatan diplomat. Jadi, kita perlu beri lebih pendedahan kepada pegawai-pegawai diplomatik kita. Saya dengar cerita apabila dalam masalah peruntukan timbul, sekarang banyak lawatan ini disertai hanya oleh pegawai-pegawai yang sangat kanan. Jadi, apabila, dengan izin, working level perlu di draft communicate, perlu di draf kenyataan dan sebagainya, mereka perlu berhubung dengan kakitangan-kakitangan Wisma Putra yang berada di Malaysia. Jadi, kadang-kadang kalau berada di New York makna waktu bezanya sangat juah dan sebagainya, jadi tidak berkesan. Jadi lebih baik untuk kita memberi latihan kepada, dengan izin, second liner diplomat-diplomat kita. Kita menambah sedikit penyertaan diplomat-diplomat yang sedikit junior atau pegawai-pegawai Wisma Putra yang sedikit junior yang akan mengisi jawatan- jawatan diplomatik ini di masa akan datang. Jadi, sekian sahaja daripada Setiawangsa. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Pontian.

3.28 ptg. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Butiran 010200 Tuan Pengerusi mengenai Khidmat Pengurusan ini, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri. Daripada RM60 juta ini, adakah ia termasuk kos untuk lawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri ke luar negara? Saya ingin tanya, pada tahun 2019 berapakah kos semua lawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke luar negara? Tahun 2020 berapa? Kemudian, apakah pencapaian daripada lawatan-lawatan itu? Saya ingin tahu berapa banyak MOA, MOU yang ditandatangani dan nilai-nilai dalam bentuk ringgit MOA dan MOU itu. Perkara seterusnya ialah mengenai khidmat pengurusan, saya ingin bertanya tentang APEC 2020 atau Asia-Pacific Economic Cooperation yang akan dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Berapa kos penganjuran APEC itu? Saya diberitahu bahawa 16,000 orang delegasi antarabangsa dijangka akan datang ke Malaysia dengan tema ‘Shared Prosperity’ dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah yang kita lakukan untuk mengambil peluang daripada APEC 2020 dari segi melipatgandakan keuntungan sudut ekonomi untuk negara kita. Saya ingin bertanya soalan nakal sedikit, siapa Perdana Menteri ketika APEC 2020.

DR.7.11.2019 77

■1530 Oleh sebab Yang Berhormat Port Dickson sebut di sini di dalam Dewan ini bahawa peralihan maksima dua tahun. Jadi kalau peralihan maksima dua tahun, bulan Mei 2020 sudah bertukar Perdana Menteri, jadi pada APEX 2020 mungkin kah Yang Berhormat Port Dickson menjadi Perdana Menteri? Itu satu soalan. Nakal, tidak nakal itu terpulang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Butiran 020400 – Organization of Islamic Cooperation (OIC). Apakah peranan Malaysia dan hala tuju yang terkini dalam OIC? OIC ini ada 57 negara sepertimana kita ketahui dan penduduknya hampir 1.9 bilion, 1,900 juta, China seramai 1.4 bilion, India seramai 1.3 bilion tetapi OIC seramai 1.9 bilion. Jadi apakah yang telah dilaksanakan oleh Wisma Putra bagi menggunakan OIC untuk kita membantu kerajaan dan MITI misalnya mengeksport barangan halal ke negara-negara itu dan kemudian mempromosikan industri halal di negara-negara berkaitan dan satu lagi ialah untuk menjadikan negara OIC sebagai tumpuan kepada tiga komoditi utama kita iaitu minyak sawit, getah, lada hitam yang ada melibatkan 600 ribu ke 700 ribu pekebun kecil di seluruh negara. Kalau negara OIC membeli kelapa sawit, getah dan lada hitam saya kira tentu harga akan berubah daripada yang rendah pada ketika ini. Butiran 030100 – Perancangan Dasar. Yang Amat Berhormat Langkawi telah melancarkan Kerangka Dasar Luar Malaysia baharu. Saya ingin tanya, apa beza dengan Kerangka Dasar Luar yang dahulu? Setakat yang saya maklum disebut bahawa tentang dasar pragmatik, dasar bebas, dasar berprinsip dan dasar nilai keamanan, keadilan. Itu serupa sahaja dengan dasar yang lama, jadi apa bezanya. Apa bezanya di bawah perancangan dasar yang baharu ini? Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Siapa yang dilatih, Yang Berhormat Menteri? Berapa orang yang dilatih setahun? Apakah bahasa-bahasa selain Inggeris ada digunakan di institut itu sebab kita bukan hanya menggunakan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa. Ada banyak lagi bahasa-bahasa lain yang kita boleh gunakan untuk melatih PTD kita yang di dalam institut itu supaya mereka boleh misalnya menggunakan bahasa-bahasa di negara-negara di mana mereka berada. Kemudian Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Ada 108 difahamkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas tadi di seluruh dunia, yang saya ingin tanya ialah bagaimana tentang koordinasi Pejabat Perwakilan itu dengan MATRADE, MITI dan juga misalnya yang menjaga pelancongan ini? Adakah mereka duduk terpisah-pisah? Kenapa perlu terpisah-pisah sedangkan kita berada di luar negara atas satu nama iaitu Malaysian dan berapa ramai pekerja rakyat Malaysia dan berapa ramai pekerja rakyat tempatan daripada keseluruhan perwakilan kita di luar negara. Satu lagi bagaimana kebajikan staff kita di luar negara? Katakanlah suami staff kita itu ada pekerjaan yang tetap di Malaysia dan ada pekerja di Malaysia di perwakilan itu ialah isterinya. DR.7.11.2019 78

Bagaimana tentang kalau ada guru duka-lara, adakah kemungkinan pekerja-pekerja Wisma Putra yang juga duka-lara dan apa perancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah ini jika ada? Satu lagi ialah education Malaysia. Ini satu cabang dalam Wisma Putra, Pejabat Perwakilan ini, saya ingin tanya berapa jumlah pelajar Malaysia di luar negara sekarang yang terbahagi kepada dua, satu pelajar persendirian dan satu lagi ialah pelajar tajaan ataupun pelajar pinjaman daripada agensi-agensi yang ada seperti MARA dan lain-lain. Saya ingin tahu berapa jumlah dan pecahkan jumlahnya itu. Kemudian, Butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Apa sebenarnya isu inti pati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyebabkan khabarnya tersinggung Kerajaan India berhubung tentang isu Kashmir ini. Apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin menarik balik kalau ia mendatangkan mudarat yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya ura-ura tentang pemboikotan pembelian kelapa sawit ini. Walaupun tidak ada penyataan rasmi daripada Kerajaan India, apa pandangan Wisma Putra tentang perkara ini. Adakah Wisma Putra tentang perkara ini? Adakah Wisma Putra ingin secara proaktif menemui organisasi-organisasi yang tertentu yang telah membuat kenyataan- kenyataan akhbar bahawa mereka tidak lagi ingin mengimport minyak sawit daripada Malaysia dan akan apabila tamat sebulan dua ini mereka akan mengimport minyak sawit daripada Indonesia pula. Adakah Wisma Putra kita di New Delhi ada bertemu dengan organisasi-organisasi yang sedemikian dan membuat PR dengan press di sana dan pihak media di sana untuk memperbetulkan setakat mana yang boleh. Butiran 050700, perkara ini nampak macam kecil tetapi saya anggap ia agak besar juga mengenai ISIS atau Institute of Strategic and International Studies Malaysia ini sebelum ini saya tidak nampak ia berada dalam Wisma Putra tetapi kelihatan sekarang ini sudah ada ISIS di bawah Wisma Putra. Yang Berhormat Menteri pun tahu ISIS ini akronim untuk apa. ISIS ini akronim untuk Islamic State of Iraq and Syria- ISIS ataupun ISIL. Bererti saya ingin mencadangkan supaya ia tidak menjadi keliru kalau kita Google ISIS dia akan keluar segala perkara-perkara pembunuhan Al-Baghdadi, Delta Force United States menyerang dan sebagainya, ISIS itu yang keluar dahulu. Jadi saya ingin mengesyorkan supaya akronim ISIS Malaysia ini disebut ISISM, tambah huruf ‘M’ di hujungnya itu. Jadi ada perbezaan sedikit walaupun kecil, ya saya tahu ISIS Malaysia 1983 lama lebih awal daripada kewujudan ISIS-ISIS yang ganas itu. Walau bagaimanapun, apabila disebut ISIS peringkat antarabangsa, ia memberikan makna yang lain. Akhir Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri kenapa kita tutup King Salman Centre For International Peace ini iaitu Pusat Keamanan Global Raja Salman ini kenapa ditutup? Kita buka dan pengumumannya pada Mei 2017 ketika Raja Salman melawat Malaysia. DR.7.11.2019 79

Kemudian pada Ogos 2018, Menteri Pertahanan mengumumkan ditutup KLCIP ini sedangkan Pusat Keamanan Global Raja Salman ini tujuannya amat baik, untuk melawan ideologi ekstremis dan keganasan dan USIM atau Universiti Sains Islam Malaysia menjadi sekretariat untuk pusat ini. Naib Canselor USIM pernah menyebut bahawa bagaimana universiti itu berasa syukur dan terhormat kerana akan menjadi satu organisasi yang ingin mengembali dan mengekalkan keamanan di dunia ini, Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi ditutup tanpa sebab-sebab munasabah. Saya hanya melihat ia sebab politik sahaja... Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Masa 30 saat lagi. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ada tanah di Putrajaya yang telah digazetkan untuk pusat ini, Tuan Pengerusi dan saya juga ingin tanya di Presint 14 itu dipanggil Presint Diplomatik tetapi kelihatan itu cuma ada satu bangunan yang dibina oleh sebuah kerajaan. Apa jadi Presint Diplomatik di Presint 14 itu, kenapa masih lagi kosong dan apakah langkah-langkah untuk memastikan Presint Diplomatik Putrajaya itu betul-betul Presint Diplomatik dan mereka bukan berada hanya di Kuala Lumpur. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Tepat pada masanya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin membuat satu pemakluman sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah Delegasi dari National Assembly of Hungary... [Tepuk] Ibu negara dia Budapest yang diketuai oleh Yang Berhormat Istvan Jakab, Deputy Speaker of The National Assembly of Hungary. Kepada Yang Berhormat Istvan Jakab dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat Istvan Jakab dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan Hungary. Honorable Members, it is with great pleasure, I would like to inform that together with us in this August House is the delegation from The National Assembly of Hungary headed by the Honorable Mr. Istvan Jakab, Deputy Speaker of The National Assembly of Hungary... [Tepuk] The Honorable Mr. Istvan Jakab and the delegation, we welcome your visit to the House. We hope that the visit by Honorable Mr. Istvan Jakab and the delegation will further strengthen the ties and relation between Malaysian and Hungary. Thank you. Terima kasih... [Tepuk] Sekarang sebelum saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera, saya perlu mengurangkan kepada tujuh minit selepas daripada ini. Dipersilakan, Yang Berhormat Bukit Bendera. Seorang Ahli: tujuh minit. ■1540 3.40 ptg. Tuan [Bukit Bendera]: Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Kementerian Luar Negeri, untuk peruntukan mengurus yang diterima sebanyak RM724 juta dan DR.7.11.2019 80 juga pembangunan RM93 juta, sejumlah RM17 juta, kedudukan ke-20 dalam senarai kementerian. Walaupun 0.4 peratus daripada Federal Budget. Walau bagaimanapun, saya rasa Kementerian Luar Negeri merupakan satu kementerian yang amat penting untuk menguruskan hubungan diplomatik apabila kita memasuki era globalisasi. Saya juga mengambil, alu-alukan Forum Policy Framework of the New Malaysia dengan tajuk ‘Change in Continuity’ dengan highlight new Malaysia, Malaysia baharu. Saya harap dengan dasar-dasar diplomatik kita harus lift up to the expectation iaitu kepada pembentukan satu Malaysia yang baharu. Butiran yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi ialah 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat penambahan terdapat bajet daripada RM4.5 juta tahun lalu dinaikkan kepada RM6.04 juta. Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat banyak agensi yang memainkan peranan untuk mencegah keganasan. Antaranya di bawah Kementerian Luar Negeri dan juga di bawah polis, E8, di bawah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas yang juga bertanggungjawab untuk pencegahan keganasan. Akan tetapi saya meminta supaya SEARCCT ini menjadi satu leading agency untuk mencegah keganasan . Ini kerana kita tidak boleh hanya bagi kepada E8 Cawangan Khas di bawah polis. Ia harus diangkat sebagai satu leading agency kerana saya dapati bahawa isu-isu keganasan ini perlu ada perspektif, hubungan antarabangsa dan perlu ada di kemas kini. Ini kerana kalau mengikut mitologi oleh E8 tanpa rujukan kepada Kementerian Luar Negeri ia akan mungkin tidak mempunyai hala tuju yang baik. Selain itu saya ingin juga membangkitkan isu 020800 – Sekretariat Kebangsaan Asean dan juga 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin mendapat tahu apakah hasil ASEAN Summit yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Luar yang baru-baru berlangsung di Bangkok. Apakah hala tuju, Code of Conduct Laut China Selatan yang begitu penting untuk memastikan keamanan yang berlaku di Laut China Selatan. Apakah hala tuju untuk perkongsian maklumat ataupun tentang Code of Conduct untuk Laut China Selatan. Di samping itu untuk Butiran 020000 iaitu di bawah tajuk Hubungan Diplomatik dan Kerjasama Pelbagai Hala. Saya dapati bahawa banyak negeri-negeri di persekutuan, banyak majlis perbandaran di Malaysia, mereka telah mengadakan hubungan friendship city. Contohnya Kuala Lumpur dengan Los Angeles dan sebagainya, satu friendship city antara city dengan city. Akan tetapi perkara ini tidak- dan ia menjadi begitu kerap dan saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Wisma Putra ataupun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bagaimanakah isu, sama ada ada satu garis panduan ataupun free-for-all, ibu-ibu kota dan negeri-negeri boleh mengadakan friendship city dengan sebanyak negara, yang pada dulunya dipanggil “sister city” ini. Apakah beza friendship city dengan sister city ini? Bagaimana hubungan diplomatik bukan sahaja dijalankan oleh Wisma Putra tetapi juga diplomasi dijalankan oleh negeri-negeri, diplomasi dijalankan oleh pihak majlis perbandaran. DR.7.11.2019 81

Di bawah Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai hutang yang tinggi dan menghadapi masalah untuk membayar kepada staf-stafnya. Saya ingin dapat tahu sama ada di bawah butiran ini sama ada Malaysia menjalankan obligasi antarabangsanya memberikan, membayar yuran-yuran tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ini saja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

3.46 ptg. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi beri peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Kementerian Luar Negeri, Maksud P/B.13. Merujuk kepada Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia yang mana berfungsi untuk menyelaras pendirian Malaysia di peringkat pelbagai hala dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Saya ingin tahu apakah pencapaian setakat ini dan apakah program-program yang telah dilaksanakan. Apakah cabaran-cabaran utama setakat ini dan sejauh mana sikap kerajaan negara kita Malaysia terutama dalam berdepan dengan kekejaman umat Islam sama ada di Rohingya, Palestin, Uighur dan sebagainya. Begitu juga dengan Butiran 020400 berkaitan dengan OIC. Setakat ini saya ingin tahu apakah pencapaian terutama dalam kerjasama dengan negara-negara OIC, apakah cabaran yang dihadapi dan apakah isu-isu yang sedang diperjuangkan setakat ini. Sejauh mana isu-isu yang dibangkitkan mendapat sambutan terutama di kalangan negara OIC. Jadi saya ingin tahu juga tentang pendirian Malaysia terutama dalam isu Kashmir yang melibatkan ketegangan antara negara India dan Pakistan. Begitu juga saya ingin tahu tentang berkaitan dengan pendirian Malaysia terhadap kekejaman terhadap umat Islam di Uighur, di negara China. Kita melihat bagaimana banyak rakyat yang dianiaya terutama melibatkan umat Islam, wanita dan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Jadi seharusnya Malaysia menggunakan platform ini untuk mencapai matlamat kita supaya dapat membantu menguraikan kemelut etnik di Uighur ini. Begitu juga sejauh mana sikap kementerian sendiri dalam mengambil langkah untuk menyuarakan kerisauan kita mengenai tindakan negara China ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil dan telah dilakukan dengan kaedah diplomasi dengan cermat demi menjaga hubungan yang baik dengan negara rakan dagang utama negara kita. Ini kerana kita tidak mahu sikap berdiam diri sehingga menyebabkan kesengsaraan terus melanda saudara seislam kita yang amat menyayat hati. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian. Begitu juga saya menyentuh Butiran 030200 iaitu berkaitan hal ehwal maritim. Saya ingin tahu apakah usaha kerajaan untuk menangani isu berkaitan dengan pencerobohan laut di sempadan negara kita dan setakat ini apakah isu-isu berkaitan utama yang berkaitan dengan isu DR.7.11.2019 82 keselamatan, pelayaran termasuk juga tentang nelayan-nelayan kita. Begitu juga isu tumpahan minyak di perairan negara kita, sistem trafik perkapalan dan sebagainya. Sebab ini adalah satu isu yang sangat penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan alam sekitar Malaysia negara kita selamat dan tidak tercemar. Jadi sejauh mana tindakan dan kejayaan kita setakat ini. Begitu juga berkaitan dengan, saya ingin penjelasan berkaitan dengan 030300 iaitu Pusat Serantau Asia Tenggara Negara bagi Mencegah Keganasan. Baru-baru ini, Selasa lepas berlaku keganasan di Selatan Thailand yang melibatkan sehingga berlaku 15 nyawa kematian dan empat orang cedera parah. ■1550 Sebagai sebuah negara yang berjiran dengan negara Thailand, saya dapat makluman bagaimana Malaysia menjadi sebagai fasilitator kepada rundingan damai di selatan Thailand. Jadi, setakat ini apakah kejayaan kita dan apakah sikap kita? Apakah pendirian kerajaan kita terutama dalam berdepan dengan pemberontakan di selatan Thailand sebab negara kita yang sedang berjiran sudah tentu mempunyai kesan yang besar, terutama bagi kami yang berada di sempadan. Rakyat negara kita setiap hari berkunjung ke negara Thailand mencari rezeki, berniaga dan sebagainya. Jadi, kena ada satu arahan yang tegas sebab kita tidak mahu berlaku menyebabkan nyawa rakyat kita terancam. Kita lihat bagaimana penegasan daripada Perdana Menteri Thailand mengarahkan supaya tingkatkan keselamatan untuk memburu penyerang- penyerang terutama di wilayah yang terbabit. Jadi, saya sangat bimbang. Sebagai sebuah kawasan yang sangat hampir dengan negara Thailand, nyawa rakyat kita amat dalam keadaan bahaya. Jadi, saya ingin tahu apakah sikap kita? Apakah kita mengenakan arahan ataupun satu sekatan dan sebagainya supaya rakyat kita berhati-hati terutama dalam keadaan suasana sekarang untuk berkunjung ke negara Thailand. Jadi, sejauh mana perundingan ini dan arahan ataupun keputusan yang telah dicapai oleh pihak kementerian dalam isu berkaitan dengan keselamatan dengan negara jiran ini. Saya ingin menyentuh juga tentang Butiran 04000 iaitu berkaitan dengan Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Jadi, kita ingin tahu apakah lawatan-lawatan dan rundingan yang telah dibuat oleh pimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Menteri-menteri dan pegawai-pegawai kita yang berkaitan? Berapakah lawatan yang telah dibuat dan apakah pencapaian setakat ini dan apakah halangan-halangan ataupun cabaran-cabaran yang kita hadapi dalam hubungan diplomasi ini terutama yang berkaitan dengan negara ASEAN. Oleh sebab kita tahu di antara cabaran utama terutama dalam perang dagang Amerika-China ini, sudah tentu dalam kesilapan langkah kita memberi kesan kepada negara kita yang melaksanakan prinsip pasaran terbuka ini. Begitu juga saya ingin menyentuh tentang Butiran 04200 iaitu berkaitan dengan ANZAP ini. Apakah setakat ini pencapaian kita dan apakah usaha untuk menangani masalah pemboikotan barangan Malaysia terutama daripada negara India. Begitu juga bagaimana dengan DR.7.11.2019 83 ura-ura supaya Iran juga mengenakan sekatan ekonomi pada negara kita. Jadi, sejauh mana Malaysia negara kita menangani isu yang terbabit? Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Bersama dengan Ahli Parlimen yang lain juga, saya ingin juga menyarankan supaya ditingkatkan terutama untuk peruntukan ke Pejabat Kedutaan sebab kita dapati banyak isu-isu yang berkaitan... Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Tinggal 10 saat lagi Yang Berhormat. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Ya. Ada yang mengatakan bahawa hendak baiki kereta, duta pun guna duit sendiri. Ini adalah satu perkara yang memalukan imej negara kita. Tempat-tempat kedutaan adalah imej negara kita. Jadi, saya mencadangkan supaya ditingkatkan lagi peruntukan terutama di Pejabat Perwakilan Luar Negeri dan saya ingin tahu, berapakah jumlah pelajar kita yang berada di luar negara? Berapakah jumlah tenaga profesional kita yang masih berkhidmat di luar negara? Saya ingin tahu juga, apakah usaha untuk memastikan supaya hubungan diplomasi negara kita, untuk memberi kebaikan kepada negara kita dapat dipertingkatkan di negara-negara yang mempunyai hubungan ataupun kepentingan dengan negara Malaysia. Itu sahaja. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Baik, seterusnya saya ingin menyenaraikan siapa yang akan berbahas selepas ini. Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Rasah. Saya ingat ramai lagi. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang dulu.

3.54 ptg. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya memulakan perbahasan saya ini, izinkan saya bagi pihak Dewan yang mulia ini mengalu-alukan pelawat kita, pelawat dari UiTM Seremban. [Tepuk] Tuan Pengerusi, saya memulakan dengan Butiran 020800, Maksud Bekalan 13, berkenaan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Saya lihat peruntukan dalam belanjawan ini ada peningkatan pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Ada dua perkara yang saya ingin nyatakan. Pertama Yang Berhormat Menteri, bolehkah melalui kerjasama ASEAN ini, Kementerian Luar Negeri mengambil inisiatif yang bersungguh-sungguh secara diplomatik meminta Kerajaan Filipina menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah? Maknanya, kita ambil inisiatif secara diplomasi. Kedua, ini yang berlaku pagi ini Yang Berhormat Menteri, saya membaca di media massa berlaku isu penahanan, penangkapan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pagi tadi ke atas Naib DR.7.11.2019 84

Presiden Parti Pembangkang Kemboja Puan Mu Sochua iaitu daripada Cambodia National Rescue Party, di mana pemimpinnya ialah Sam Rainsy seorang tokoh pembangkang. Jadi, saya ingin bertanya, tindakan penangkapan pagi tadi di Malaysia ini, adakah bermakna negara kita campur tangan dalam politik dalam negara Kemboja? Seterusnya Tuan Pengerusi, butiran berikutannya ialah Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Belanjawan tahun 2019, RM948,400, tahun 2020 naik RM1 juta, sebelum ini hanya RM948,400. Ada peningkatan. Saya ingin tahu daripada pihak Menteri, apa status sekarang isu maritim berkenaan sempadan pelabuhan Johor Bahru di Selat Johor antara Singapura dengan Malaysia, dah selesai kah atau belum? Perkara yang ketiga butirannya ialah Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Nampaknya menurun tahun 2019 dengan tahun hadapan. Belanjawannya menurun. Soalan saya ialah, kenapa belanjawan ini turun sedangkan negara-negara Islam di Timur Tengah sana ada yang berperang sesama sendiri. Ada perang proxy antara kuasa besar, ada juga proxy antara kuasa-kuasa serantau, khususnya di Syria, Yaman dan Palestin seperti kita tahu masih dijajah, diduduki oleh Israel. Seterusnya, butiran berikutnya ialah Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Peruntukan belanjawan ini bagi tahun 2020 meningkat menjadi RM1 juta lebih berbanding hanya RM983,300 sahaja tahun sebelum ini. Saya ingin tanya selain di Cox’s Bazar, Bangladesh untuk membantu pelarian rakyat Rohingya, mana lagi penglibatan oleh Kementerian Luar dalam isu hak asasi manusia ini? Adakah kita membantu pelarian kemanusiaan ini dari Syria, Yaman yang sedang dilanda perang di sana?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Akhir sekali dalam masa yang suntuk ini, Butiran 040200 berkenaan bahagian Eropah, Amerika, Afrika dan Australia, New Zealand dan Asia Pasifik. Saya ingin bertanya kenapa peruntukan belanjawan ini menurun daripada RM4 juta, turun kepada RM3 juta lebih sikit? Pertama, Eropah. EU ini Kesatuan Eropah, negara mereka hendak boikot sawit kita. ■1600 Sepatutnya tindakan kita melawan pemboikotan sawit itu, Kementerian Luar Negeri bantulah Kementerian Industri Utama. Jadi, mesti tambahlah ini. Ini melibatkan rakyat kita ramai dari pekebun sawit. Kedua, saya ingin tahu, apakah peranan Malaysia khususnya dalam konteks Asian dengan kerjasama serantau Indo-Pacific di Pacific dan log in dia nya ada kerjasama Indo-Pacific yang melibatkan Jepun, Taiwan, negara-negara kepulauan seperti Papua, Solomon, Tahiti dan lain-lainnya. Jadi, apakah status Malaysia dan peranannya dalam Asian dan juga Indo-Pacific? Adakah kita langsung boikot Indo-Pacific ini? Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih. DR.7.11.2019 85

Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dijemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.

4.01 ptg. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 010000 – Pengurusan. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan berikutan penubuhan Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) yang dilantik untuk memberi input-input yang berprinsip terangkum dan yang terbuka mengenai dasar-dasar luar negara, mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan siapakah 10 orang dalam CCFP ini yang dikatakan mewakili masyarakat Madani? Representasi mereka dan kenapa mereka terpilih? Berapakah pendapatan yang diberi untuk menganggotai CCFP ini? Adakah ahli dalam CCFP ini melalui pertukaran? Kalau ada, kenapa? Berapa kali kah CCFP ini bermesyuarat? Ketika mereka dipilih, adakah mereka perlu melalui proses yang sama seperti pegawai lain? Adakah latar belakang mereka ditapis dan disaring sebelum menganggotai CCFP? Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Malaysia disenaraikan sebagai negara yang bertaraf ‘K’ oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan ini meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai risiko penculikan dan pelancong dijadikan tebusan. Perkara ini diumumkan melalui Travel Advisories baharu mereka dan menerusi laman Nasihat Perjalanan ke Malaysia baru-baru ini. Yang Berhormat Menteri, adakah tindakan segera kerajaan bagi menjernihkan kembali imej Malaysia? Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh kedutaan kita untuk memberi fakta-fakta yang objektif kepada Kerajaan Amerika dan seterusnya mengeluarkan Malaysia dari senarai ‘K’ tersebut? Ini sudah pasti menjejaskan kedatangan pelancong untuk ‘Tahun Melawat Malaysia'. Bukan hanya dari Amerika Syarikat, tetapi juga dari negara-negara yang mempunyai dasar yang sama dengan Amerika Syarikat. Kita perlu melihat semula bagaimana pula fakta yang sebenar mengenai negara tidak sampai dan diterima oleh Kerajaan Amerika. Adakah cara dan tahap diplomasi kita dengan Amerika Syarikat tidak menepati dan perlu ada review di peringkat kedutaan dan konsulat di sana dan di sini? Tuan Pengerusi, Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Saya lihat ada peningkatan sebanyak RM56,000 lebih untuk perkara ini. Saya mengalu-alukan kenaikan ini sebab pejabat kita di luar negara amat memerlukan bantuan sekian lama. Adakah kenaikan ini juga kerana kita ada membuka pejabat perwakilan yang baharu atau ada insentif-insentif baharu yang diwujudkan untuk membantu kakitangan kita melaksanakan tugas mereka? Saya terus kepada Butiran 10000 – Emolumen. Kita dapat lihat ada peningkatan sebanyak RM32,000 lebih berbanding tahun 2019. Saya ingin bangkitkan beberapa persoalan. Adakah kenaikan ini bermaksud penambahan kakitangan? Kalau ada, di mana? Agensi dan DR.7.11.2019 86 kedutaan negara yang mana? Daripada kenaikan tersebut, adakah wujud tambahan lantikan politik? Jika ada, siapakah mereka dan atas tujuan apakah lantikan politik tersebut dibuat? Antaranya, lantikan politik yang telah dibuat kementerian adalah Ahli Parlimen Cheras sebagai Duta Khas Malaysia bertaraf Menteri ke China yang ternyata tidak menepati Manifesto PH yang dijanjikan kepada rakyat. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, apakah fungsi dan peranan beliau yang sebenarnya? Adakah lagi duta-duta khas yang akan dilantik oleh kementerian? Oleh sebab portfolio ini adalah bukan perkara biasa, berapakah gaji seorang duta khas itu? Saya terus pula kepada Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, apakah... Tuan [Kepong]: Yang Berhormat Kuala Kangsar. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Sorry, saya tak bagi laluan ya buat masa ini sebab saya pendek masa. Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Duta Khas China. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Maafkan saya ya. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, apakah usaha yang lebih tuntas dan keberhasilan bagi menangani imej negatif negara di peringkat global? Kita harus lebih agresif dan bersasar pada perkara- perkara yang melibatkan sumber rezeki rakyat Yang Berhormat Menteri. Rata-rata dunia masih menganggap kita mengamalkan deforestation, child labor dan perdagangan manusia tahap serius. Adakah Yang Berhormat Menteri mengenal pasti negara-negara dan badan-badan antarabangsa yang menjadi dalang utama menyebarkan perkara-perkara ini sehingga menyebabkan terjejasnya industri sawit dan pelancongan negara? Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan di Dewan mulia ini, apakah langkah-langkah yang diambil setakat ini yang menunjukkan kesan positif? Sekiranya tidak, apakah rancangan seterusnya supaya masalah ini dihapuskan dalam jangka masa yang terdekat? Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). SEARCCT berperanan sebagai sebuah Pusat Pencegahan Keganasan Serantau. Dengan kerjasama kerajaan dan pertubuhan antarabangsa, SEARCCT juga mengetengahkan perspektif Malaysia tentang cara paling berkesan bagi menangani ancaman keganasan. Tuan Pengerusi, mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan tahap keberkesanan SEARCCT ini ketika pengganas LTTE di kalangan pemimpin parti politik boleh membolosi sistem negara? Apakah tindakan SEARCCT bersama PDRM ketika berhadapan dengan situasi begini sedangkan pembuktian aktiviti pengganas-pengganas LTTE ini jelas kini bebas merencanakan pergerakan mereka sebab kelihatan sistem perundangan negara dan perimbangan pendakwaan Peguam Negara juga pincang menangani permasalahan ini. [Tepuk] Adakah SEARCCT akan berusaha bekerjasama dengan jaringan antarabangsa... DR.7.11.2019 87

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Kuala Kangsar, saya minta laluan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Yang mampu mengenal pasti sarang dan punca... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta laluan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Pembiayaan pengganas LTTE. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang Berhormat Jelutong, jangan kacaulah. Duduk, duduk. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Dan kita perlu. Duduk Yang Berhormat Jelutong. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat beri laluan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Dan kita perlu membawa pengganas ini ke muka keadilan... Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Yang Berhormat Kuala Kangsar. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Di peringkat antarabangsa memandangkan LTTE ini... [Pembesar suara dimatikan] [Ketawa] Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Mohon laluan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Gelak itu untuk apa? Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Jangan buat tuduhan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Ahli politik DAP suka fasal hal pengganas ini? Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Yang Berhormat Kuala Kangsar... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Duduk dulu, duduk dulu. Duduk dulu, duduk. Perkara masih dalam mahkamah Yang Berhormat, masih dalam mahkamah. Jadi, khususkan kepada butiranlah ya. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Ya. Ini butirannya Tuan Pengerusi. It’s the butiran. Tuan Pengerusi: Ini agak... Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Adakah SEARCCT akan berusaha bekerjasama dengan jaringan antarabangsa yang mampu mengenal pasti sarang dan punca pembiayaan pengganas LTTE ini? [Tepuk] Kita perlu membawa pengganas ini ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa memandangkan LTTE ini berpangkalan di luar negara dan ternyata rule of law berkaitan hal pengganas dan ekstremis mempunyai pendekatan antara dua darjat... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Butiran apa? Butiran mana? Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Point of order. DR.7.11.2019 88

Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Di bawah kerajaan ini... Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Peraturan Dewan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Jangan kita biarkan LTTE ini... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerus: Ya, peraturan mesyuarat. Sila duduk dulu. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Kuala Kangsar, minta laluan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Apakah tindakan segera SEARCCT berhubung pengganas LTTE ini... Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Peraturan Dewan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Yang telah menimbulkan keresahan... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Sila duduk. Bila ada peraturan mesyuarat, saya kena dengar. Apa dia? Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Tuan Pengerusi, izinkan saya merujuk kepada Peraturan 36(2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira... Dr. Su Keong Siong [Kampar]: Dia tidak faham. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Yang Berhormat Jelutong tadi dok cakap yang itulah. Yang Berhormat Jelutong tadi. Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Tuan Pengerusi, sebab kes baru di mahkamah... Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Tuan Pengerusi, saya bercakap mengenai pertuduhan terhadap ADUN yang telah ditarik. Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Tidak. Akan tetapi, kamu buat pertuduhan sub judice, kes sudah pergi mahkamah. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Saya bukan cakap fasal perkara lain di dalam persidangan... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Itu ada poin, itu masih dalam mahkamah. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Yang Berhormat Jelutong, dok bela pengganas tadi tepi sebelah itu. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Kes belum bermula lagi Yang Berhormat. Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Yang fasal... Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuduhan boleh ditarik balik nanti. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Kuala Kangsar, boleh minta laluan tak? Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Belum bermula lagi. Belum ada lagi kes itu. Tuan Pengerusi: Sekiranya ada tuduhan, malah kalau pada peringkat penyiasatan yang sudah berlarutan, tidak boleh dibangkitkan. Elemen prejudis terlalu tinggi. DR.7.11.2019 89

Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Akan tetapi, AG sudah tarik kes kepada ADUN. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Itu sub judice. Ini sub judice. Tuan Pengerusi: Tidak boleh, tidak boleh. Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Sub judice, sudah pergi mahkamah. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Takkan Yang Berhormat Tanjong Karang tak tahu sub judice? Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tanyalah lawyer sana. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Sudah pun dalam mahkamah. Tuan Pengerusi: Sub judice, sub judice. Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Ini kes yang Yang Berhormat Jelutong jadi lawyer ini. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Tak, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Yang Berhormat Kuala Kangsar sedar tak LTTE sudah dikeluarkan daripada senarai pengganas di United States of America? US pun... [Pembesar suara dimatikan] US pun sudah keluarkan LTTE daripada... Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Tuan Pengerusi, please allow me to speak. [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Semua duduk, semua duduk. Duduk. Saya telah buat ruling sub judice. Sila duduk. Ada perkara lain lagi yang boleh dibincangkan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Okey Tuan Pengerusi, saya hendak mengakhiri bahas saya ini. Butiran 020000, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah pendirian kerajaan mengenai hubungan di antara parti politik di Malaysia dengan negara- negara lain seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, Parti Komunis China? ■1610 Kami juga ada menyebut parti-parti daripada Indonesia. Mohon penjelasan. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Parti Komunis Cina dan parti UMNO. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat. Tuan Pengerusi: Okey, okey. Dah, dah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Penjelasan, penjelasan. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Saya mohon... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Kerajaan komunis dengan pengganas komunis dua perkara yang berbeza. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini sejarah pemberontakan komunis di Malaya. Tuan Pengerusi: Bagi laluan atau tidak? DR.7.11.2019 90

Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Malaysia, pengganas komunis membunuh tentera... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: [Mengangkat sebuah dokumen] DAP bersubahat dengan komunis. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Itu angkat tinggi sikit, tinggi sikit. Tuan Pengerusi: Saya pun tidak tahu butiran apa ini. Ini perkara dasar. Ya, sudah habis ya. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Butiran 020000. Tuan Pengerusi: Baik. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang Berhormat Jelutong sebut tadi. Yang Berhormat Jelutong sebut. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat Jelutong cakap tidak ada peraturan kah? Main sebut saja. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Jelutong sebut tadi. Saya ada hak untuk sebut juga. Tuan Pengerusi: Apa yang dicakap oleh Yang Berhormat Jelutong? Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Pengerusi, tadi tidak ada sesiapa membantah. Semua terima perbahasan-perbahasan saya. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Saya tidak terima. Kami diam mendengar. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kami tahu bahawa... [Pembesar suara dimatikan][Dewan riuh] Tuan Pengerusi: Kalau 10 orang bangun hendak bercakap, macam mana saya hendak tahu siapa yang bercakap apa. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Okey. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya beri penjelasan kepada Tuan Pengerusi. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Tidak payah, tidak payah. Ini floor saya. Ini floor saya Yang Berhormat Jelutong. [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Baik, habiskan, habiskan. [Dewan riuh] Masa pun sudah tamat. Dr. Su Keong Siong [Kampar]: Yang Berhormat Kuala Kangsar masa sudah habis. Mana ada floor lagi. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya mempersoalkan... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tidak payahlah Yang Berhormat Jelutong... Tuan Pengerusi: Masa sudah tamat... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: ...Kau bela LTTE itu! Tuan Pengerusi: Duduk Yang Berhormat Jelutong. DR.7.11.2019 91

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Takut kah? UMNO takut? Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Mana ada takut sama you! Haiya, tidak ada takutlah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Jelutong... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau dan sebagainyalah, yang seangkatan, sebab semua orang hendak mendengar Yang Berhormat Menteri menggulung. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi... Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Minta penjelasan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, jangan semua salahkan Yang Berhormat Jelutong... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tuan Pengerusi... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Tidak baiklah. Saya sudah lama di sini. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Dia cakap UMNO komunis. Sebenarnya hubungan UMNO dengan Kerajaan China itu sebagai sebuah kerajaan. Akan tetapi di Malaysia, komunis ini pengganas. Dia bunuh tentera dan membunuh. Mana boleh sama. Tuan Pengerusi: Dia kata UMNO komunis. Itu tidak boleh itu Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Mereka menyokong pengganas komunis sehingga berlaku tiga Malaysia. Tuan Pengerusi: Ah, tidak apa ,tidak apa. mana UMNO komunis. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tadi dia sebut tadi. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dia sebut. Dia sebut UMNO komunis. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Masa Timbalan Tuan Pengerusi tadi. Dia sebut tadi kita dengar walaupun kita tidak ada dalam Dewan. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Pengerusi, minta Tuan Pengerusi. Tarik balik, tarik balik. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Wahai rakyat Malaysia, ini sejarah komunis. DAP terlibat secara langsung dengan komunis. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Pengganas komunis membunuh ramai tentera. Nasib baik Yang Berhormat Jelutong tidak kena bunuh dengan komunis, diselamatkan oleh tentera. Apalah Yang Berhormat Jelutong ini. Mana punya sijil you dapat keluar jadi lawyer. Tuan Pengerusi: Saya ingin mengingatkan semua Yang Berhormat, ini adalah peringkat jawatankuasa perbahasan bajet. Kalau hendak kempen, kempen dekat luar. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang Berhormat Jelutong kempen kat luar, pergi Tanjong Piai. Tuan Pengerusi: Sama sahaja dua-dua belah pihak. Sama sahaja. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Pengerusi, kita bukan komunis, kita Malaysia! DR.7.11.2019 92

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Jelutong menuduh kami parti komunis. Dr. Su Keong Siong [Kampar]: You sakit mata sudah baca salahlah. Sakit mata Yang Berhormat Arau! Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya introduce Tuan Pengerusi kepada Hungary tadi you are atau great Speaker... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Akan tetapi Yang Berhormat Jelutong tidak ambil tindakan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Semua ini punca Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong yang mulakan punca jadi kelam-kabut ini. Ini punya Yang Berhormat Jelutong. Tuan Pengerusi: Keluar, keluar pergi berkelahi sana. Ya, silakan Yang Berhormat Ledang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Jelutong ini kita ingat kita keluarkan dia dululah. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Yang Berhormat Jelutong nak pertahankan LTTE kat luar ya. Tuan Pengerusi: Ya, sila Yang Berhormat Ledang.

4.12 ptg. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedang berbahaslah sekarang, bukan bergaduh dah. Tuan Pengerusi: Jangan disentuh perkara-perkara sensitif. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Bahas bajet, bahas bajet. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030300 yang berkait juga tentang Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCTT), tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar. Tadi kalau dilihat dari segi bajet memang ada peningkatan sebanyak 33.65 peratus berbeza berbanding dengan anggaran tahun 2019 dan tahun 2020. Saya rasa ini adalah amat wajar. Saya harap boleh beri perhatian sekejap ya, boleh ya pembangkang. Apabila kita melihat berkenaan dengan isu keselamatan serantau dan keganasan, ianya memang wajar diambil berat oleh sesiapa sahaja tidak kira kerajaan ataupun pembangkang. Ini kerana keselamatan serantau dan keganasan ini adalah penting untuk dijaga untuk menjamin keharmonian dan keamanan negara. Tidak ada sesiapa pun yang mahukan keganasan. Saya lihat bahawa dalam kegiatan di bawah SEARCTT ini sebenarnya memberikan penekanan kepada beberapa aspek iaitu pertama berkenaan dengan latihan, capacity building, penyelidikan (research), digital counter messaging dan kesedaran awam. Pusat ini juga bertujuan DR.7.11.2019 93 untuk mempromosi perspektif Malaysia dalam cara paling berkesan untuk menangkis ancaman keganasan. Justeru, saya lihat bahawa ini adalah peluang keemasan dan baik untuk Malaysia terutamanya apabila kita terlibat dalam banyak persidangan-persidangan di peringkat antarabangsa... Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Yang Berhormat Kuala Kangsar, tidak ambil kamu. Jangan perasan. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang Berhormat Rasah jangan kacau. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Di mana contohnya kita lihat baru-baru ini saya turut hadiri satu UN-IPU Regional Conference Malaysia yang berkenaan dengan High Level Advisory Group on Countering Terrorism and Violent Extremism. Dalam conference ini telah dipetik berkenaan dengan kejayaan SEARCTT. Jadi, saya rasa ini penting untuk kita ambil kesempatan supaya perkara ini dapat diketengahkan. Cumanya, persoalan saya ialah ia ada berbeza pendekatan di antara apa yang dilakukan oleh SEARCTT dengan apa yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) di bawah Bukit Aman. Dari segi operasi itu dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism tetapi dari segi kesedaran awam, penyelidikan itu dilakukan oleh SEARCTT. Saya lihat kemungkinan di situ ada sedikit konflik yang perlu mungkin dijelaskan oleh kedua-dua mungkin Kementerian Luar Negeri dan juga Kementerian Dalam Negeri. Ini kerana dalam konteks bila kita mendefinisikan kumpulan pengganas contohnya. Kalau dalam KDN menyenaraikan 28 kumpulan pengganas. Mungkin di peringkat antarabangsa ianya telah terkeluar dari senarai sebagaimana tadi yang didebatkan dengan hebat tadilah. Jadi, saya harap perkara ini boleh dicerakinkan supaya perkara itu tidak menyebabkan kita memberikan tuduhan yang tidak benar kepada kumpulan-kumpulan yang mengatakan mereka sebagai kumpulan pengganas. Contohnya seperti banyak juga disebut. Ada di kalangan ramai kumpulan Ikhwan yang banyak memberikan sumbangan di peringkat antarabangsa tetapi ada juga di antara mereka ini yang dituduh terlibat dalam keganasan dan ada yang diusir keluar dari negara. Saya harap perkara ini juga dapat dijelaskan oleh pihak kementerian. Pada masa yang sama saya juga ingin mencadangkan supaya SEARCTT lebih update memberikan perkembangan tindakan aktiviti yang mereka lakukan. Ini kerana kalau lihat dan terpaksa melakukan pencarian yang lebih teliti kita nampak SEARCTT ini agak aktif buat bengkel kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, bengkel peranan media di peringkat Asia Tenggara dan macam-macam lagi. Akan tetapi bila tengok dalam website itu tidak ada apa-apa. Jadi agak mengecewakan sedikit. Saya harap ini dapat dilihat secara lebih mendalam oleh pihak kerajaan. Perkara yang kedua adalah berkenaan dengan... Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Boleh bagi penjelasan? DR.7.11.2019 94

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Tidak cukup masa, minta maaf. Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Tidak cukup masa. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Butiran 040300 berkaitan dengan Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Penjelasan. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, penjelasan. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Arau bangun. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Pejabat perwakilan Luar Negeri– minta maaf Yang Berhormat Arau, tidak ada masa. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, ya tidak apa. Thank you. Tuan Pengerusi: Tidak diberi laluan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya hendak cabar Kerajaan Pakatan Harapan ini supaya putuskan hubungan dengan China kalau beranilah, kalau anak jantan. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: So, kalau kita lihat... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kalau anak jantan, putuskan hubungan, fasal komunis. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Janganlah Yang Berhormat Arau, bagi peluang saya. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Hari-hari cakap komunis, komunis itu Yang Berhormat Araulah, Barisan Nasional. Bukan Pakatan Harapan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kami UMNO ini komunis, putuskan hubungan dengan China. Tuan Chai Yew [Sibu]: Komunis. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Dia selalu kata komunis itu ini, itu Barisan Nasional. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kalau anak jantan, tidak ada anak jantan. Penakut. Kami akan memerintah dan putuskan hubungan dengan China. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Selalu tuduh kita ini komunis itu Yang Berhormat Arau dan Barisan Nasional. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Pakatan Harapan tuduh kami komunis putuskan hubungan, kalau anak jantan. Kalau anak jantan putuskan hubungan sekarang. Tidak berani punya. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Arau, bakal Presiden UMNO. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: You won’t dare man! Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Yang Berhormat Arau kerana menghormati masa saya. DR.7.11.2019 95

Tuan Pengerusi: Saya tambah satu minit lagi. Silakan. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Pejabat Perwakilan Luar Negeri mempunyai peningkatan peruntukan sebanyak 13.31 peratus. Kita ada 111 buah pejabat perwakilan di 85 buah negara luar. Ada 66 kedutaan, ada 18 Pesuruhjaya Tinggi dan lain-lainlah. Jadi, baru-baru ini dan mungkin Menteri Luar Negeri pun tahu dah baru-baru ini kami daripada persidangan daripada Parlimen telah mewakili Parlimen ke IPU di Belgrade, Serbia. Jadi, kebetulan bila saya pergi ke sana itu dan kami bersama-sama dari Pendang, Sandakan juga bersama dan Kalabakan. Kita agak bukan kecewa tetapi kita rasa terkilan sedikit kerana dari segi Pejabat Canselori kepada kedutaan ini sebenarnya merupakan pejabat yang disewa. Akan tetapi pejabat lama itu yang telah pun terbengkalai sejak daripada tahun 2004 lagi, pejabat itu telah berumur 17 tahun tetapi tidak dapat digunakan dan telah pun terbiar. Saya ingin cadangkan supaya pihak Kementerian Luar Negeri supaya melihat semula kepada bangunan ini kerana kalau misalnya kita dapat manfaatkan semula dan kita tidak menyewa, kita dapat menjimatkan sehingga RM350,000 setahun. Justeru, ianya boleh dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi tanpa kita perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Ini kerana kita hendak ianya digunakan dengan sebaik-baiknya, apa-apa wang kita belanjakan sama ada di peringkat luar negeri ataupun dalam negeri. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Ledang, itu property kita itu... Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Ya, betul. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: ...Malaysia punya hak negara. Jadi kita baik pulih. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Benar, benar. Dia menyokong saya. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kami menyokong, yang itu kami menyokong, okey. Boleh bagi tanya soalan sikit tidak? ■1620 Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Jadi, bagi saya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri, saya harap perkara ini dapat pertimbangan yang sewajarnya dan saya percaya dan yakin bahawa ini tidak ada apa-apa kepentingan peribadi. Saya tak nak jadi Duta di Serbia tetapi saya rasa ini adalah untuk kebaikan dan kita dapat menjimatkan perbelanjaan negara. Sekian itu sahaja, terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sekarang, siapa ya? Yang Berhormat Parit Sulong. Silakan.

DR.7.11.2019 96

4.20 ptg. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus sahaja kepada Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Merujuk kepada butiran ini, saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Pertamanya, adakah terdapat bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh kementerian dengan sekretariat-sekretariat yang bernaung di bawah Parlimen Malaysia? Contohnya kita ada CPA, kita ada AFPPD, kita pun ada IPU, kita ada AIPA, kita ada APA. Memandangkan Ahli-ahli Parlimen juga turut terlibat dalam menerajui organisasi antarabangsa yang berkait rapat dengan isu diplomasi dengan kerjasama pelbagai hala. Soalan seterusnya, adakah kementerian akan mewujudkan satu sistem untuk menyelaras penglibatan Ahli-ahli Parlimen yang mewakili Malaysia dan kerjasama ini dibuat bersama dengan wakil daripada Kementerian Luar Negeri? Selepas itu, selain daripada kerjasama ini, apa yang diperlukan lagi– soalan saya adalah, apakah nanti akan diberi sokongan dalam bentuk kajian, kewangan yang kementerian mungkin boleh bantu? Saya hendak bagi contoh saya sendiri semasa saya menerajui Commonwealth Women Parliamentarians. Banyak kali memang terlibat dalam persidangan antarabangsa, sudah semestinya kita memerlukan bentuk kerjasama dan juga bantuan daripada pihak Kementerian Luar Negeri terutamanya mengenai kajian-kajian dan sumber data bagi tujuan persidangan- persidangan yang kita hadiri. Bukan saya sahaja, saya percaya ramai lagi Ahli Parlimen lain juga mengetuai persidangan antarabangsa seperti yang saya lalui. Jadinya, saya hendak mohon perhatian kepada pihak Yang Berhormat Menteri agar lebih prihatin mengenai isu ini yang melibatkan sekretariat antarabangsa ini kerana kita adalah wakil pada Malaysia. Apabila dilantik, kita mewakili rantau negara dan juga dunia dan seharusnya kerajaan juga berbangga dan memberi sokongan kepada mereka yang mendapat lantikan di peringkat antarabangsa ini. Saya hendak minta agar Yang Berhormat Menteri membuat satu kajian permohonan agar mereka yang mendapat lantikan ini mendapat juga kerjasama dari Kementerian Luar Negeri. Seterusnya bagi Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Antara perkara strategik yang perlu dilakukan adalah membantu negara berhadapan dengan tekanan daripada EU berkaitan dengan minyak sawit. Saya lihat Kementerian Luar Negeri telah gagal untuk membantu secara efektif dalam menangani tekanan ini. Justeru, adakah ada apa-apa peruntukan yang disiapkan, disediakan oleh Kementerian Luar Negeri untuk menubuhkan satu kaukus di kalangan Ahli-ahli Anggota Parlimen yang bersifat rantau iaitu ASEAN Parliamentarian Caucus untuk minyak sawit. Oleh sebab dahulu, kerajaan juga pernah menubuhkan ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus untuk menangani perkara-perkara yang perihal dengan Myanmar. Saya percaya kaukus tersebut boleh digunakan untuk membincangkan kepentingan industri kelapa sawit di rantau ini. Jadi, saya hendak bertanya pada pihak kementerian, adakah kementerian DR.7.11.2019 97 mempunyai perancangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Inter-Parliamentary ASEAN ini yang melibatkan mungkin bukan sahaja Indonesia, tetapi negara-negara lain di peringkat ASEAN? Seterusnya bagi Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia. Seperti dua butiran yang saya sebutkan tadi, saya percaya dan yakin sekiranya Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia ini dapat diselaraskan dengan sekretariat-sekretariat ASEAN yang bernaung di bawah Parlimen Malaysia. Kita akan dapat mewujudkan suasana kerjasama yang lebih baik. Boleh atau tidak saya hendak mohon pihak kementerian, pihak Yang Berhormat Menteri? Sekiranya boleh, satu Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia ini dapat membuka kerjasama Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dengan persidangan dan seminar peringkat ASEAN. Ini kerana daripada apa yang saya lihat, fungsinya lebih kurang sama dengan mana-mana sekretariat yang menguruskan penglibatan perwakilan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN, seminar dan sebagainya. Adakah sumber-sumber kajian data kewangan tersebut akan dikongsi bersama demi mengharumkan nama Malaysia? Seterusnya Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Berkaitan isu ketegangan Laut China Selatan yang telah berlangsung sekian lama dan semakin menegang baru-baru ini, adakah... Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Parit Sulong... Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Soalan saya, adakah... Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mengenai apa yang berlaku di Laut China Selatan itu. Katalah jika ada delegasi daripada negara China, kita jemput datang ke Perhimpunan Agung UMNO misalnya. Kemudian dibincangkan mengenai One Belt One Road, kelapa sawit, perdagangan ke negara China, hubungan Malaysia sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi dan perbincangan dua hala itu. Adakah ini menjadikan UMNO ini parti komunis? Kita jemput mereka... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Ya, ya. Ia menjadikan UMNO parti komunis. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Tidak sama sekali. Yang Berhormat Jelutong. It is my floor now, tidak sama sekali. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Tidak sama sekali ya? Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Tidak sama sekali. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ini tidak melibatkan perbincangan ideologi, tetapi perbincangan parti pemerintah dengan parti pemerintah... Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Ya... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Itu kerjasama yang erat di antara UMNO dengan parti komunis. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Jelutong. Duduk, duduk! Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Ya, saya. DR.7.11.2019 98

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Adakah ia menjadikan UMNO parti komunis, Yang Berhormat Parit Sulong? Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Tidak sama sekali. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Okey. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Jelutong– eh! Yang Berhormat Jelutong. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, penjelasan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Sulong. Beberapa Ahli: [Bangun] Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Pengerusi: Ini bukan peringkat dasar lagi. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Parit Sulong. Alah Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Pengerusi: Kenapa tanya Yang Berhormat Parit Sulong, tanya Yang Berhormat Menteri. Okey? Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pendang minta. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Okey, Yang Berhormat. Hubungan rasmi parti dengan parti, hubungan rasmi negara dengan negara, saya percaya tidak melibatkan ideologi. Apa yang melibatkan ideologi seperti yang dibuat oleh DAP apabila mempromosikan ideologi komunis di dalam komik Jalur dan Jalan tersebut... Tuan Pengerusi: Semua ini peringkat dasar ya. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Itu baru merupakan... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: DAP tidak pernah menjemput parti komunis. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Menyokong ideologi komunis. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tidak pernah kami jemput, tidak pernah kami hadir. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Setuju atau tidak? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kita lihat, kalau sekiranya UMNO... [Pembesar suara dimatikan] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini kalau berlaku boikot kepada minyak sawit, inilah kerajaan yang sebenarnya mengharu-birukan hubungan dengan China. Dato’ [Beruas]: Boleh... [Pembesar suara dimatikan] Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] DR.7.11.2019 99

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, butiran apa itu? Butiran apa? Tidak payahlah, duduk. Habiskan yang tadi... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Hendak cakap maritim, maritim. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Mencelah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Nombor dua. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Jadinya Tuan Pengerusi... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Nombor dua, maritim. [Dewan riuh] [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Semua duduk, tolong duduk. Peringkat dasar sudah habis. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini saya bertanya... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Hendak tanya Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong, Pendang minta ini. [Dewan riuh] Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Saya faham maksud yang diutarakan oleh Yang Berhormat Arau. Jadinya, sehubungan dengan itu saya minta supaya Yang Berhormat Menteri menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bera dan juga Yang Berhormat Arau bersekali dengan apa yang telah saya utarakan tadi. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sekejap, sekejap. Ini... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Satu lagi saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Pengerusi: Masa sudah tamat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kita dapati bahawa... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pendang minta. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Coast Guard China berada di... Tuan Pengerusi: Masa sudah tamat. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Kita tidak sentuh. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Coast Guard China berada di Beting Raja Jarum dengan Beting Patinggi Ali, apa Yang Berhormat hendak buat? Keduanya, Yang Berhormat sedar ataupun tidak bahawa kerajaan ini telah mengharu- birukan hubungan dengan China sehingga menyebabkan minyak sawit kita kurang dibeli, seperti yang sewajarnya. Jadi, sekiranya kami memerintah semula, kami akan pastikan hubungan terus dan minyak sawit akan terus dibeli dan rakyat Malaysia hidup aman dan damai. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Jangan mimpi siang. Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat Menteri mungkin boleh... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Sudah habis masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Tumpat. DR.7.11.2019 100

4.29 ptg. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Sila Yang Berhormat Pendang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Okey, terima kasih. Dalam Butiran 020200, saya hendak menyentuh berkenaan Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Yang Berhormat Tumpat, kita tengok dari segi educated dengan intelektual... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tumpat belum cakap lagi pun? Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Dia bagi peluang untuk saya bercakap, tanya dia. Saya hendak minta pandangan. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Pendang cakap? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Ya. [Ketawa] Tuan Pengerusi: Ini macam mana... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Yang Berhormat Pendang pohon mencelah, saya bagi. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Tumpat tidak faham peraturan ini, Yang Berhormat Tumpat. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tidak, dia bagi pencelahan. Apa pula tidak faham. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Dia mohon pencelahan, saya bagi. Ini peraturan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Dia sudah bagi. Tuan Pengerusi: Sekejap, sekejap. Siapa hendak cakap? ■1630 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Tumpat belum start lagi macam mana hendak bagi. Apa ini Yang Berhormat Tumpat? Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat Tumpat mencelah, Yang Berhormat Pendang mencelah Yang Berhormat Tumpat. Seorang Ahli: Ini bukan mencelah... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Macam mana hendak mencelah, belum bercakap lagi pun. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Tumpat bercakap. Yang Berhormat Tumpat membahas ya. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ini fashion baharu, tak dan bercakap lagi bagi celah dah. Tak salah. Timbalan Menteri Industri Utama [Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin]: Yang Berhormat Tumpat cakap sikit dulu. Yang Berhormat Tumpat cakap sikit dulu. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya sudah mula, cuma saya mulakan okey, saya beri laluan kepada Yang Berhormat Pendang. Tuan Pengerusi: Mana boleh begitu. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Bagi laluan terus. DR.7.11.2019 101

Tuan Pengerusi: Mana boleh. Tak boleh, tak boleh. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Kapal terbang tak start, boleh terbang kah? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tuan Pengerusi, Butiran 020100. Baru-baru ini negara ditimpa musibah jerebu akibat tangan-tangan yang sekali lagi mengambil langkah tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan pencemaran udara yang teruk serta peningkatan jumlah penyakit mata dan saluran pernafasan di Malaysia dari 30 hingga 40 peratus sejak September yang lepas. Tuan Pengerusi, saya memetik laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang sebelum ini menyatakan bahawa faktor utama penyumbang punca bacaan Indeks Pencemaran Udara yang tinggi di Malaysia pada Ogos sehingga September yang lalu adalah berikutan ratusan tompok panas akibat kebakaran di Kalimantan dan Sumatera. Saya memuji langkah yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah menyuarakan isu ini di Mesyuarat ASEAN. Justeru saya mencadangkan agar Malaysia terus memanfaatkan pentas ASEAN melalui pemerkasaan perjanjian asalnya iaitu Perjanjian Jerebu Rentas Sempadan 2002 yang telah pun diratifikasikan oleh kesemua negara ASEAN. Selain itu juga sebuah jawatankuasa yang akan berperanan membantu memudahkan kerjasama dan koordinasi di antara pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini juga perlu dibangunkan bagi menangani masalah berlarutan pencemaran alam sekitar secara lebih efektif. Tuan Pengerusi, ASEAN wajib dilihat sebagai platform untuk menyelesaikan masalah kepada isu-isu negara bukan hanya sebagai forum negara-negara Asia Tenggara semata-mata. Dengan itu Malaysia perlu bangun bagi menghidupkan semua semangat Komuniti ASEAN yang telah dimeterai di Kuala Lumpur pada 2015 dahulu serta mengingatkan serta semua kelompok ini mengenai wawasan bersama ASEAN nya. Tuan Pengerusi Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Isu ratifikasi baki Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Manusia telah menimbulkan polemik di kalangan rakyat yang melihat kelonggaran pihak kerajaan terhadap beberapa perkara yang menjadi teras dalam konsep ketatanegaraan seperti hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan sebagainya. Begitu juga hasrat yang pernah disebutkan oleh pihak kerajaan untuk menarik balik reservations dalam beberapa konvensyen antarabangsa yang telah diratifikasikan oleh Malaysia seperti Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita meskipun penarikan reservation sebahagiannya bertentangan dengan hukum syarak. Justeru saya ingin bertanya, adakah kerajaan akan meneruskan usaha untuk meratifikasikan baki konvensyen antarabangsa ini. Apakah kerajaan telah melakukan kajian dan penelitian yang mendalam dalam proses ini supaya tindakan kerajaan meratifikasikan mana-mana konvensyen antarabangsa nanti tidak melanggari prinsip yang telah menjadi tunjang dalam negara? DR.7.11.2019 102

Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tumpat, minta pencelahan sikit. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Pendang, silakan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Okey terima kasih Tuan Pengerusi. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Sikit sahaja masa tak ada. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Sikit sahaja sebab saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Tumpat berkenaan dengan educated dengan intelektual sebab kebanyakannya tidak boleh membezakan di antara sebuah kerajaan dan juga sebuah badan yang mencetuskan keganasan. Ini kita rasa agak terkejutlah sebab saya anggapkan 222 orang yang ada dalam House of Parliament ini semua educated. Rupanya dia tak ada intelektual. Sebab itu intelektual sahaja tak jadi, educated sahaja pun tak jadi. Dia kena dua-dua ini. Bila dua-dua ini barulah tak timbul kita faham apa itu organisasi, sebuah negara dengan sebuah negara begitu juga kerajaan dengan organisasi yang mana kita boleh katakan komunis dan sebagainya. Sebab itu timbul ASEAN, ZOPFAN. Ini negara dengan negara. Kalau ini pun tak boleh beza, macam mana hendak membela rakyat? Minta penjelasan, ini demokrasi. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Paling penting kena faham apa itu pencelahan dulu. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ini demokrasi. Minta penjelasan daripada— you diamlah. Saya tak ganggu you. Saya minta— I minta jawapan daripada Yang Berhormat Tumpat. Kamu Yang Berhormat Tanjong Malim diam, duduk. [Dewan ketawa] Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Masukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, insya-Allah. Menyentuh Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Seluruh rakyat Muslim di Malaysia melihat bahawa Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam OIC. Pertubuhan yang diasaskan sejak tahun 1969 ini mencatatkan keanggotaan sebanyak 57 buah negara yang majoriti Muslim. Jika kita himpunkan secara kolektif, jumlah populasi penduduk setakat 2015 mencecah lebih RM1.8 bilion di mana angka ini adalah sebuah angka yang besar, pengaruhnya besar, maka tumpuan yang perlu diberikan juga seharusnya besar. OIC adalah suara kolektif dan bersama umat Islam atau dengan izin adalah the collective voice of the Muslim world. Selain itu saya juga tertarik untuk menyebut semula moto pertubuhan besar OIC dalam sidang Parlimen kali ini iaitu dengan izin, safeguard and protect the interests of the Muslim world in the spirit of promoting international peace and harmony. Tuan Pengerusi, saya memohon Kerajaan Malaysia mencadangkan agar OIC menubuhkan pertubuhan bagi hal ehwal dan perlindungan pelarian Muslim dengan tugas menyelaras isu-isu berkaitan pelarian Rohingya, Syria dan juga negara Afrika, seterusnya bergerak maju ke hadapan dengan memayungi NGO-NGO kemanusiaan Muslim yang wujud hari DR.7.11.2019 103 ini. Selain itu juga sidang khas isu pelarian ini boleh dicadangkan untuk diadakan di ibu kota Kuala Lumpur. Tuan Pengerusi, ada beberapa butiran lagi yang saya ingin sebut cuma oleh sebab masa tidak mengizinkan saya sebut butiran yang terakhir iaitu Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Saya menyokong pendirian yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap isu yang berlaku di Wilayah Jammu dan Kashmir hari ini. Antaranya menasihatkan kedua-dua Perdana Menteri iaitu Perdana Menteri Pakistan dan juga Perdana Menteri India supaya mengadakan dialog dan rundingan dalam menyelesaikan konflik di wilayah tersebut. Namun ia tidak sekadar mencukupi jika hanya Malaysia sahaja yang melakukan desakan tersebut tanpa sokongan negara-negara lain dalam kalangan OIC mahupun ASEAN bagi turut serta mendesak kedua-dua negara berunding dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Justeru, apakah pihak Wisma Putra mempunyai perancangan bagi memastikan sokongan pertubuhan antarabangsa lain supaya menjayakan rundingan di antara kedua-dua pihak, kedua-dua negara ini bagi menyelamatkan nyawa manusia. Malah kerajaan India juga perlu didesak mengadakan referendum atau mengembalikan self-determination kepada rakyat Kashmir untuk menentukan pilihan mereka sama ada bebas atau berada di bawah India atau Pakistan ini juga terkandung dalam resolusi PBB sejak 1949 yang tidak pernah ditunaikan oleh Kerajaan India. Mohon penjelasan daripada kementerian. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.

4.39 ptg. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000, terus nya saya pergi ke butiran. Apakah strategi Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan perundingan bersama China dan jiran-jiran kita berhubungan dengan Laut China Selatan? Apakah rancangan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan maritim Malaysia dalam proses menjadikan sebagai hab maritim yang strategik di Asia Tenggara? Ketiga, apakah langkah-langkah diplomasi yang Kementerian Luar Negeri akan ambil untuk memperbaiki keselamatan maritim terutama sekali berkenaan aktiviti perikanan haram di perairan Malaysia... Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: ...Dan Exclusive Economic Zone? Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Yang Berhormat Padang Serai, sini Sibu. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Sibu. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: One minute. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: Okey. Adakah Yang Berhormat Padang Serai... DR.7.11.2019 104

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Padang Serai bagi laluan okey. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu]: ...Bersetuju dengan saya bahawa pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan di Sarawak itu memang kita perlukan perbincangan dengan negara Vietnam supaya bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini bersama-sama. Bukan dengan satu hala sahaja, kita perlukan perbincangan dua hala untuk mengatasi masalah ini. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Okey, bagi Yang Berhormat Menteri jawab ini sekali. Butiran 030000 seterusnya, apakah langkah-langkah Kerajaan Persekutuan bersama dengan ASEAN bagi menangani serangan pengganas melalui ruang siber. Apakah pendirian Kerajaan Persekutuan dalam United Nations Security Council Resolution 2341 (2017) dalam memelihara infrastruktur kritikal bagi menangani ancaman serangan pengganas. ■1640 Dengan adanya kerjasama persatuan mempunyai hasrat untuk meratifikasinya. Apakah proses Regional Digital Counter-Messaging Communication Center (RDC3) dengan izin, dalam memerangi ancaman serangan pengganas. Seterusnya Butiran 050100 – Bertugas Ke Luar Negara. Apakah justifikasi Kementerian Luar Negeri dalam lonjakan berkenaan yang diberikan iaitu RM15,010,000 berbanding dengan RM11,250,000 pada tahun 2019? Apakah kos-kos terperinci yang termasuk dalam bekalan tersebut. Seterusnya Butiran 040400 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Apakah strategi komunikasi yang kementerian apabila berdepan dengan ancaman pengganas daripada Timur Tengah? Apakah strategi komunikasi bersama orang awam apabila berdepan dengan rusuhan antikerajaan di negara-negara jiran seperti Hong Kong, sambil mengambil kira kepentingan pelaburan dan diplomasi yang berterusan. Seterusnya.... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of Order 36(12). Yang Berhormat sebut perkataan pengganas daripada Timur Tengah. You kena spesifik negeri mana sebab Timur Tengah negara yang luar termasuk pelbagai negara. Tuan a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa point of order? Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Menteri akan jawab. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of Order 36(12). Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Menteri akan bagi jawapan, don’t worry. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi Yang Berhormat tolong bagi spesifik. We are not enemy. Kita kawan. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Ya kawan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya mahu tolong sama Yang Berhormat ya. Jadi kita jangan sebut Timur Tengah, sebut negara-negara tertentu lah ya. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Okey, thank you. Tuan Pengerusi: Okey, sebut nama negara. DR.7.11.2019 105

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sebab kalau sebut macam Tenggara Asia, jadi semua negara terlibat. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Arau, masa saya berjalan Yang Berhormat Arau. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya mahu tolong, saya mahu tolong. You bekas tentera, saya tolong. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Seterusnya Tuan Pengerusi, pada masa ini, hubungan antara India dan Malaysia rasa renggang. Untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara, adakah pihak kementerian berhasrat untuk hantar pulang Zakir Naik ke negara asal, India untuk membersihkan nama baik beliau dan juga nama baik Malaysia. Beliau juga dikehendaki di negara India atas beberapa kelakuan yang telah menggugat negara tersebut. Saya berharap Malaysia ini bekerjasamalah sebab beliau ini disusahkan di negara ini. Saya tidak sentuh tentang ajaran agama dan sebagainya. Dia telah sentuh kan agama lain dan bangsa lain di negara ini. Sebagai seorang orang luar, tidak boleh sentuh perkara-perkara tersebut. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan segera. Seterusnya yang last, saya ingat saya ingin sampaikan semasa saya berkhidmat dalam angkatan tentera beroperasi dalam hutan, kita tidak pernah katakan perkataan komunis. Kita hanya mengatakan musuh tetapi hari ini saya lihat di sini ramai yang katakan komunis, komunis, komunis. Saya pun hairan. Saya mintalah semua rakyat Malaysia, marilah bersatu... Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Yang Berhormat Padang Serai, tumpang. Okey. Saya hendak minta tumpang soalan kepada Menteri. Tadi, UMNO minta kerajaan memutuskan perhubungan dengan negara China. Jadi saya minta Menteri untuk jawab. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Seterusnya marilah kita bersatu hati. Kita ini lahir di negara yang kita begitu enak sekali. Kita mesti bersatu. Kita janganlah sebut komunis, komunis. Kita sebutkan Malaysia, anak Malaysia, anak Malaysia. Itulah membanggakan negara kita. Sekian, terima kasih. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yeah, yeah! Yang Berhormat, ini saya tak suruh putus. Saya cabar sebab kami berbaik dengan China, awak tuduh kita berbaik dengan komunis. Sekarang ini kalau kami memerintah, kami tetap berhubung dengan China. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Ya lah, berbaik sebab UMNO dan komunis adalah prinsip yang sama kan? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akan tetapi cara kita.... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Berbaik kerana UMNO dan prinsip bekerjasama. Dua-dua komunis. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Soalannya mereka menghina Kerajaan Negara China. Kami tidak hina... Yang Berhormat Jelutong yang... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Baik. Yang Berhormat Rasah ya? Silakan Yang Berhormat Rasah.

DR.7.11.2019 106

4.44 ptg. Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Terima kasih. Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Bukan. Saya hendak bahas ini. Betul kan? Okey, terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini. Saya terus kepada– sebab ini Jawatankuasa, kita terus kepada butiran. Perkara pertama saya hendak sebutkan di bawah Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Saya nampak ada pertambahan daripada RM70 juta pada tahun ini dinaikkan kepada RM90 juta pada tahun hadapan. Penambahan lebih kurang 30 peratus. Saya hendak tanya yang penambahan ini disebabkan ada kita bagi sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa yang lebih ataupun sekadar bayaran tersebut dinaikkan? Kalau boleh Yang Berhormat Menteri mohon senaraikan, berapa pertubuhan yang terlibat dalam pembayaran sumbangan oleh Kerajaan Malaysia sebab kita tahu sebagai anggota dalam pertubuhan antarabangsa, memang menjadi kewajipan setiap negara anggota untuk sama-sama membantu pertubuhan antarabangsa tersebut. Kita pun hendak mainkan peranan yang aktif sebagai salah satu anggota yang aktif yang relevan dalam pentas antarabangsa. Kedua, di bawah Butiran 050400 – Ganjaran Kakitangan Ambilan Tempatan. Saya difahamkan ia berkaitan pada penduduk negara di mana kedutaan kita berada. Saya nampak ada pengurangan daripada RM7.3 juta pada tahun ini kepada belanjawan tahun hadapan hanya setakar RM5.17 juta. Saya secara peribadi menyambut baik pengurangan ini sebab bagi saya wang ini kita bayar kepada tempat di mana kedutaan kita berada. Kita bayar kepada warga asing dan kalau berlaku penjimatan memang untung. Akan tetapi, adakah pengurangan tersebut akan menjejaskan hubungan kita atau komunikasi kita dengan masyarakat di negara tersebut sebab adakah sama ada ia melibatkan pengurangan anggota daripada warga asing dan digantikan dengan pelajar Malaysia di perantauan di negara tersebut ataupun penduduk ataupun kita hantar lebih wakil tempatan kita ke negara asing? Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya di bawah Butiran 040300. Saya nampak sejumlah 2,208 orang anggota yang terlibat dalam berkhidmat di seberang laut. Jadi, adakah sebab tadi dikatakan ada buka kedutaan baru, Palestin dan sebagainya tetapi saya tak nampak ada penambahan keanggotaan itu. Jadi macam mana dengan jumlah anggota kakitangan awam yang terlibat? Seterusnya di bawah Maksud Pembangunan Butiran 00100. Saya nampak sebanyak RM79 juta diperuntukkan untuk tahun depan berkenaan dengan pejabat-pejabat dan bangunan- bangunan di seberang laut. Saya rasa ia ada berkaitan dengan bangunan baru yang akan didirikan ataupun proses menambah baik bangunan yang sedia ada. DR.7.11.2019 107

Sudah tentunya saya anggap perbelanjaan ini munasabah demi melambangkan imej Malaysia di pentas antarabangsa sebab kita pun tak boleh ada bangunan kita yang usang, yang tidak sesuai dengan keadaan suasana semasa. Cuma saya hendak tanya, RM79 juta belanjawan untuk tahun hadapan, dia melibatkan tambah baik berapa kedutaan asing atau pejabat konsulat kita? Saya ambil kesempatan pada petang ini juga hendak bertanya, berapakah jumlah kedutaan asing dan jumlah konsulat kita di negara asing? Bagi saya perkara-perkara ini penting untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia. Perkara terakhir yang saya hendak bangkitkan pada petang ini adalah berkaitan dengan dua hari dulu, seorang pemimpin pembangkang Cambodia yang bernama Mu Sochua telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Jadi saya hendak bertanya apakah sebab kerana saya tak tahu orang ini apakah penglibatannya dalam negara kita. Apa yang saya tahu dia ini pemimpin pembangkang daripada negara asing. Jadi penahanannya apakah disebabkan kita ada hubungan ataupun permintaan daripada negara asal beliau yang mohon kerjasama daripada negara Malaysia. Jadi sesama kerajaan, sesama hubungan diplomatik dengan kerajaan, jadi kita tahan pemimpin tersebut. Jadi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit. Ada dua minit lagi, Yang Berhormat. Dua minit, Yang Berhormat Rasah. Tuan Pengerusi: Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dua minit sahaja. Yang Berhormat Rasah, dua minit lagi. Tuan Pengerusi: Dia tak bagi. Yang Berhormat Bandar Kuching, silakan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Bagi kah, bagi kah?

4.49 ptg. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk berbahas. Saya mulakan dengan Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanuasiaan. ■1650 Sebenarnya saya hendak sambung daripada perbahasan Yang Berhormat Rasa tadi. Memang tadi saya baca berita dengan terkilan dengan agak kecewalah bahawa Vice President Parti Pembangkang Cambodia, Mu Sochua telah ditangkap di negara kita. Saya cuba ingin tanya pencerahan dan juga penjelasan. Adakah kita mendapat tekanan daripada negara Cambodia dan jika ada, why did we give in, dengan izin. Jadi, saya ingin letak dalam rekod. Saya fikir perkara ini tidak harus berlaku dalam Malaysia baharu dan hak beliau sebagai pembangkang di negara sendiri, haruslah dipertahankan. Butiran 040200 – Hubungan Diplomasi Bahagian Eropah. Saya tahu sekarang ini di Eropah, diskusi yang paling hangat adalah berkenaan Brexit. Jadi, saya hendak tanya, apakah DR.7.11.2019 108

Kementerian Luar Negeri bercadang untuk bagaimana, bercadang untuk memastikan kepentingan negara terjamin dalam Kesatuan Eropah pasca Brexit. Kita sedia maklum bahawa Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London merupakan Kedutaan Malaysia yang paling besar di Eropah. Adakah dengan Brexit, Malaysia akan menumpukan sumbernya kepada kedutaan lain seperti di Paris atau di Berlin sejajar dengan dominasi Jerman dan Perancis dalam Kesatuan Eropah? Butiran 040400 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Saya ingin bertanya sikit tentang isu job scam, dengan izin. Baru-baru ini, kita memang banyak sekali mendengar isu tentang pekerja kita yang merantau jauh ke negara lain dan ditipu atas pendapatan atau gaji yang tinggi. Baru-baru ini rakyat Sarawak juga yang pergi ke Liberia, Cambodia, malah ada baru-baru ini Korea Selatan, satu negara yang maju. Jadi, saya hendak tanya adakah kerajaan ada anggaran kes-kes mengikut setiap negara? Mungkin bagi kes-kes negara yang berisiko tinggi supaya satu notis dapat dikeluarkan untuk memberitahu rakyat Malaysia untuk berhati-hati. Saya juga ingin tahu apakah SOP yang digunakan untuk kes seperti ini? Bagaimana perundingan dijalankan? Kos yang ditanggung dan apakah yang dilakukan? Mengikut pemahaman saya ini, memang satu G2G discussion, satu rundingan. Ini sebab saya hendak ingin faham kerana baru-baru ini, ada sesetengah pihak yang ingin mengambil kredit kononnya mereka telah discussed atau merunding pembebasan rakyat Sarawak dari Cambodia dan mengetepikan usaha-usaha pegawai-pegawai Wisma Putra. Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Bagi saya ini satu isu yang penting kerana tuntutan antara Laut China Selatan adalah satu isu yang hangat dibincangkan. Jadi, saya cuma hendak tanya update lah dan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini dan juga approach yang akan diambil terutamanya apabila Joko Widodo telah membuat pengumuman beliau untuk memindahkan ibu kota ke Kalimantan. Mungkin akan satu lagi tuntutan yang lebih besar terutamanya di kawasan perairan dekat Sabah dan Sarawak. Saya juga ingin tanya tentang Beting Patinggi Ali. Ini saya setuju dengan Yang Berhormat Arau. Kita memang mendengar berita bahawa ada satu kapal coast guard... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Arau tidak ada. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: ...China yang bersenjata, Haijing 35111 yang memang berhampiran dengan Beting Patinggi Ali tersebut. Saya hendak minta update tentang kes tersebut. Adakah kapal tersebut atau mana-mana kapal yang bersenjata masih berada di sana? Jika ada, apakah approach yang kita akan ambil dengan rundingan dengan China? Jika ada perbezaan, apakah perbezaan atau approach yang kita hendak gunakan terutamanya jika ia tidak, not working lah, tidak efektif seperti dulu? Dengan itu sahaja, sekian. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Silakan Yang Berhormat Bera dulu. DR.7.11.2019 109

4.53 ptg. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam waktu yang singkat ini, saya straight forward kepada butiran. Butiran 040400 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Kalau kita lihat, banyak isu yang berkaitan dengan negara kita, di luar negara. Sebagai contoh, di India sekarang ini, Persatuan Industri Sawit di India mengadakan kempen untuk memboikot minyak sawit kita dan sebagainya. Jadi, saya berpandangan isu-isu yang berkaitan dengan kempen memburukkan negara kita, tidak hanya boleh perlu dilakukan di pejabat kedutaan semata-mata. Tidak hanya pegawai- pegawai di pejabat kedutaan saja yang membuat engagement. Akan tetapi, kita perlu menggunakan media dan juga NGOs tertentu untuk membantu kita di dalam memperbetulkan pandangan yang tidak benar terhadap negara kita dan sebagainya. Jadi, saya lihat Tuan Pengerusi, bajet untuk hubungan media dan diplomasi awam ini hanya RM1.949 juta. Saya tahu, kekangan ini dapat dirasai dengan begitu teruk oleh Wisma Putra kerana RM1.949 juta begitu kecil jumlahnya di luar negara. Jadi, adakah pihak Yang Berhormat dengan kewangan yang ada ini, cukup untuk membantu Yang Berhormat untuk mempromosikan negara dan menjawab isu-isu berkaitan dengan negara kita melalui media- media dan engagement dengan NGO dan sebagainya. Kalau tidak mencukupi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat mohon daripada Kementerian Kewangan supaya ditambah lebih banyak lagi peruntukan untuk hubungan media dan diplomasi awam ini. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh Pejabat Wisma Putra di negara kita. Di bawah Butiran 050600 – Program Serantau Diplomasi Awam dan juga Penerangan. Jadi, sejauh ini, berapa banyak engagement yang dibuat oleh Pejabat Wisma Putra dengan duta-duta negara asing yang melibatkan isu-isu berkaitan negara kita? Sebagai contoh, EU masih belum lagi menarik balik tindakan boikot mereka terhadap sawit kita. Begitu juga dengan India misalnya. Jadi, adakah pihak kerajaan di bawah Wisma Putra membantu Kementerian Industri Utama di dalam menghadapi negara-negara ini? Ini kerana kuasa untuk memanggil duta dan juga Pesuruhjaya Tinggi negara-negara asing adalah terletak di bawah pihak Kementerian Luar Negeri. Jadi, saya harap pihak Pejabat Wisma Putra memainkan peranan untuk menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan negara kita kepada duta-duta negara asing dan sebagainya. Seterusnya adalah, 020400 – OIC. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, apakah peranan yang dimainkan oleh negara kita ketika ini di dalam memastikan OIC ini benar-benar berfungsi. Kalau kita lihat, OIC terlalu lemah ketika ini. Kalau kita lihat perang saudara di negara- negara Islam, antara negara Islam dan negara Islam yang lain, masih lagi tidak mampu diselesaikan. Arab Saudi dan Yaman, berapa banyak, berapa ramai anak-anak kecil yang menderita di Yaman akibat daripada serangan, sekatan dan sebagainya. Begitu juga, di Syria, campur tangan daripada Amerika Syarikat dan sebagainya, kuasa besar, di Syria misalnya, DR.7.11.2019 110 beberapa kuasa besar lain campur tangan di dalam Syria dan sebagainya iaitu sebuah negara Islam dan kita tidak lihat peranan yang dimainkan oleh OIC. Sebagai sebuah negara yang dihormati, negara kita Malaysia sepatutnya, kita memainkan peranan untuk memastikan bahawa kita memainkan peranan penting untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan negara-negara Islam. Begitu juga dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi seperti penindasan terhadap umat Islam di Uyghur, Rohingya dan yang terbaru di sekitar ataupun bersempadan dengan negara kita yang mana umat Islam juga ditekan, ditindas dan sebagainya. Jadi, peranan ini tidak sepatutnya dimainkan oleh Malaysia secara bersendirian tetapi menggunakan OIC sebagai sebuah pertubuhan Islam yang boleh menjaga kepentingan umat Islam di seluruh dunia ini. Jadi, saya ingin tanya apakah peranan Malaysia di dalam OIC ini? Kalau boleh, kita mahu melihat bahawa OIC lebih berfungsi daripada apa yang mereka lakukan hari ini. Jadi, itu saja Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Bera. Yang Berhormat Ipoh Timur belum cakap ya? Tuan [Ipoh Timur]: Ada tadi minta termasuk dalam, telah dicatat oleh Tuan Pengerusi atau Timbalan... Tuan Pengerusi: Ya, silakan Yang Berhormat Ipoh Timur. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Tuan Pengerusi, dekat sini tidak dapat langsung dari tadi. Satu orang saja dekat GPS itu. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Ya, tengah-tengah pun ada, Tuan Pengerusi. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai ada ya? Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Nanti sekejap saya check ya. Yang Berhormat Bagan Serai memang tidak ada dalam list. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Oh! Tidak ada ya? Aik, sudah lama sudah. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Sibuti– Baik lepas Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Sibuti... Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai. Tuan Pengerusi: ...Dan seterusnyalah ya. [Ketawa] Yang Berhormat Batu Kawan ada dalam list. Yes, silakan. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai pun. Punch. ■1700 Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 010000 – Pengurusan, khasnya di bawah Butiran 010200 – Khidmat Pengurusan dan Butiran 010300 – Pentadbiran Am. DR.7.11.2019 111

Pada petang ini Tuan Pengerusi, saya ingin meletak atas rekod bahawa sepanjang masa setahun yang lepas, sememangnya pegawai-pegawai diplomat kita dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Luar Negeri telah banyak membantu kita dalam menyelesaikan masalah-masalah yang kami rujuk kepada mereka. Pengalaman saya termasuk untuk kes-kes di Nepal Embassy, Japan Embassy, Australia, Indonesia dan sebagainya. Maklumat-maklumat yang tepat telah pun mampu diberikan oleh pegawai-pegawai berkenaan. Tuan Pengerusi, saya hendak bangkitkan di sini sama ada kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu tabung untuk membantu , rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara iaitu yang lebih tepat dikenali sebagai consular asisstance yang mana kita sedia maklum bahawa pejabat diplomat kita di luar negara sememangnya macam pusat khidmat kami lah di kawasan kita. Ada pegawai-pegawai memaklumkan kepada saya bahawa ada rakyat Malaysia yang datang untuk mendapatkan pertolongan tetapi mereka tidak mampu untuk memberikan pertolongan dari segi khasnya dari segi kewangan dan saya telah membuat sedikit penyelidikan. Di Switzerland, Federal Act on Switzerland Citizen and Institutional Abroad dengan izin. Akta ini memperuntukkan untuk bantuan sosial diberikan kepada rakyat Switzerland yang duduk di luar negara dan bantuan ini disalurkan melalui pejabat-pejabat diplomat. Di Australia pula, dari tahun 2016 sampai tahun 2017, Australia telah pun memberikan emergency loan dengan izin, dalam konteks consular asisstance kepada rakyat mereka yang duduk di luar daripada Australia, sebanyak 180 kes dan berbanding dengan tahun sebelum itu lebih kurang 220 kes. Saya memohon supaya pihak kerajaan boleh mempertimbangkan supaya mewujudkan consular asisstance ini untuk membantu pegawai-pegawai kita dalam melaksanakan tugas mereka. Perkara kedua adalah berkenaan dengan allowance luar negeri yang diberikan kepada pegawai-pegawai diplomat kita yang mana saya difahamkan bahawa allowance ini tidak ditingkatkan sejak tahun 2009 dan mungkin sudah sampai masa, sudah 10 tahun berlepas dan sudah sampai masa supaya kadar elaun luar negeri ini boleh ditingkatkan untuk memberikan allowance yang setimpal kepada mereka yang berkhidmat untuk negara di luar negeri untuk Malaysia. Dengan itu dua perkara sahaja yang saya ingin bangkitkan. Sekian daripada saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Sibuti sekarang silakan.

5.04 ptg. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Bekalan 13, Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala. Untuk Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri adakah pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di luar negara cukup terlatih untuk menjelaskan berkenaan tentang permasalahan dan juga keadaan alam sekitar di Malaysia terutamanya di negara-negara Eropah? DR.7.11.2019 112

Negara Eropah inilah yang sangat banyak menghentam mengenai alam sekitar contohnya di Sabah dan Sarawak. Adakah kita akan memulakan diplomasi untuk menggunakan ikonik animal untuk dieksport ke negara-negara asing untuk menambah baik dan juga menjelaskan berkenaan tentang senario kepentingan kelapa sawit untuk masyarakat terutamanya pekebun-pekebun kecil. Seterusnya, saya pergi kepada masih pada butiran yang sama berkenaan tentang perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan. Apakah bentuk ataupun naratif baru perhubungan diplomasi antara Malaysia dan juga Indonesia. Ini memandangkan perpindahan ibu kota ini bukan hanya melibatkan dari segi pentadbiran Indonesia. Akan tetapi dengan lantikan Menteri Pertahanan mereka yang baru saya melihat isu keselamatan adalah isu yang sangat penting, diplomasi antara Malaysia dan juga Indonesia. Di mana pembangunan sangat jelas apabila Indonesia membangunkan jalan parallel perbatasan yang merentasi sempadan antara Sabah dan juga Sarawak. Saya telah mendapat maklumat bahawa Indonesia akan membangunkan empangan mereka sendiri kerana mereka mempunyai jana kuasa yang terhad dan juga ini akan melibatkan isu-isu berkaitan tentang alam sekitar. Bagaimanakah kita akan melaksanakan jalan cerita baru diplomasi antara Indonesia apabila mereka menempatkan ibu kota mereka di Borneo? Ini adalah seolah-olah Indonesia ingin memposisikan ibu kota Indonesia dan juga kedaulatan Indonesia berpusat di Borneo. Selain daripada itu juga saya ingin masuk kepada hal yang sangat penting berkenaan tentang Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Sememangnya saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Arau kerana sentiasa membangkitkan berkenaan tentang Beting Patinggi Ali dan juga Beting Patinggi Ali ini sangat dekat dengan Parlimen Sibuti dan juga ya saya mengakui bahawa China Coast Guard sudah bertapak sejak lama dan juga banyak kerisauan berkaitan tentang Coast Guard ini yang bergerak dan juga merisaukan aset- aset kita terutama rigs oil and gas kita di laut. Selain daripada itu saya ingin bertanyakan kepada Menteri adakah kita akan membuka semula berkenaan tentang penyerahan Blok L dan M kepada negara Brunei pada tahun 2009. Ini kerana saya mendapati masih belum lagi penetapan sempadan terutamanya dalam zon ekonomi dan adakah Brunei benar-benar telah menggugurkan Limbang daripada claim mereka dengan izin? Saya juga merasakan adalah wajar sekiranya kerajaan dapat menyemak semula pemberian Blok L dan M oleh kerajaan yang lepas kerana ini merupakan sumber dan khazanah negara terutamanya bagi kami rakyat Sarawak. Selain daripada itu saya ingin menyentuh sedikit berkenaan tentang Butiran 040400- Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Sememangnya saya memahami kadang-kadang ahli politik ingin mendapatkan political mileage apabila dapat menyelamatkan ataupun membantu rakyat di luar negara. Walaupun demikian saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian mempunyai satu mekanisme untuk mendedahkan ataupun memberi pendidikan kepada rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan ataupun melawat ke negara- DR.7.11.2019 113 negara luar untuk berhubung dengan diplomat ataupun mana-mana kedutaan sekiranya mereka menghadapi masalah. Bukannya mereka mendapatkan bantuan daripada Ahli-ahli Parlimen ataupun ahli-ahli politik kerana sememangnya perkara ini akan dipolitikkan. Ini berlaku apabila kes rakyat Sarawak yang telah ditahan di Cambodia. Masing-masing ingin menjuarai isu tersebut dan kita juga berterima kasih kepada pegawai Wisma Putra yang sebenarnya banyak membantu dalam soal ini. Saya merasakan adalah wajar pegawai-pegawai ini diberikan kebebasan untuk menguruskan permasalahan tahanan rakyat Malaysia di luar negara. Selain daripada itu, kembali semula kepada Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Bagaimanakah kerajaan akan menguruskan berkenaan tentang China yang sedang giat untuk mempromosikan Nine-Dash Line yang baru-baru ini telah mendapat perhatian apabila salah sebuah filem animasi daripada Hollywood telah dibanned oleh Vietnam dan juga diikuti oleh negara Filipina dan adakah Kerajaan Malaysia turut ban filem tersebut. Saya rasa itu saja, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat penjelasan sikit, ada masa. Apakah Yang Berhormat hendak cadang kepada pihak kementerian iaitu pembinaan jalan yang dibuat di antara– daripada Sabah sampai ke Sarawak sepanjang 4,000 kilometer. ■1710 Sebahagian daripada tempat ini terkena di atas batu sempadan. Apakah protes hendak dibuat? Satu. Keduanya, apakah Yang Berhormat hendak cadang kepada kementerian supaya Malaysia juga membina jalan yang sama di sepanjang sempadan? Ini sebab kita tahu bahawa akan ada unsur-unsur keselamatan. Kalau Malaysia tidak buat, tetapi mereka telah buat dan mereka membina jalan ini dengan menggunakan tentera Indonesia bukan menggunakan buruh ataupun kontraktor daripada orang awam, tentera sendiri yang bina jalan. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Saya menyerahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Untuk makluman, memang Kerajaan Negeri Sarawak telah bercadang untuk membina jalan sempadan dan juga kita berharap agar pihak Persekutuan dapat menyokong pembinaan jalan sempadan tersebut. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Batu Kawan.

5.11 ptg. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk Batu Kawan membahaskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri. Saya ingin bangkitkan Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, di bawah Butiran 0202000 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Tuan Pengerusi, hari ini timbalan kepada parti Cambodia National Rescue Party, Mu Sochua telah ditahan di lapangan terbang KLIA. Setakat ini, tiada berita mengapa beliau ditahan dan difahamkan, beliau tidak dibenarkan masuk ke Cambodia di atas arahan Perdana Menteri DR.7.11.2019 114

Cambodia, Hun Sen. Kedutaan Cambodia di Indonesia diarahkan untuk menahan Mu Sochua, namun beliau masuk ke Malaysia melalui penerbangan daripada Indonesia dan sekarang ditahan di lapangan terbang KLIA. Saya ingin tahu di sini, wujudkah tangan-tangan ghaib di sebalik penahanan ini? Apakah respons Kementerian Luar Negeri terhadap gesaan mana-mana pihak terutama sekali dari negara Cambodia untuk menahan Mu Sochua? Dalam nada yang sama, saya bersama Ahli-ahli Parlimen yang lain menggesa kerajaan kita terutama sekali Kementerian Luar Negeri dan juga Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan pembebasan Mu Sochua dijamin hari ini, tiada asas kepada penahanan beliau di lapangan terbang KLIA ini. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta mencelah Yang Berhormat Batu Kawan. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Saya berikan peluang. Tuan Pengerusi: Ya, silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih. Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Kawan berkenaan dengan penahanan ataupun detention Mu Sochua ini, seorang pemimpin pembangkang di Cambodia. Ini adalah satu perkara yang agak pelik memandangkan beliau telah pun ditahan. Oleh kerana mengikut fahaman saya, orang yang ditahan itu biasanya disyaki di masa dahulu untuk melakukan apa-apa kesalahan. Mengikut pengetahuan Yang Berhormat Batu Kawan, adakah Mu Sochua ini pernah disyaki terlibat dalam apa-apa kesalahan yang melibatkan keselamatan dalam negeri Malaysia atau sebagainya untuk memberi justifikasi bagi penahanannya baru-baru ini? Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya mohon untuk masukkan dalam perbahasan saya. Saya ingin bangkitkan di bawah Butiran 0208000 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN- Malaysia. Tuan Pengerusi, sejauh manakah kolaborasi di antara Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dengan izin, civil society organization di rantau ASEAN ini untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai isu-isu yang penting untuk rakyat? Saya beri contoh, setiap tahun Malaysia akan menghantar delegasi Ahli Parlimen yang akan diketuai oleh Tuan Pengerusi untuk menghadiri persidangan AIPA. Tahun ini kami menghadiri Perhimpunan Agung AIPA di negara Thailand. Jurusan daripada kehadiran tersebut, Ahli-ahli Parlimen daripada Malaysia telah mengambil bahagian dalam memberikan input, memberikan feedback isu-isu yang berlaku atau dibangkitkan dalam rantau ASEAN ini. Sejauh manakah isu-isu tersebut dibawa ke perhatian Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya dibawa kepada peringkat Menteri-menteri luar negeri yang lain di peringkat ASEAN untuk dibahaskan dan seterusnya ke peringkat presiden dan Perdana Menteri? Saya bangkitkan isu ini kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh legislator atau Ahli-ahli Parlimen adalah isu-isu akar umbi yang bukan sahaja ada kesan terhadap warganegara Malaysia, tetapi memandangkan ASEAN adalah close-knit dengan izin, apa yang berlaku di DR.7.11.2019 115 sebuah negara ASEAN akan juga ada kesan-kesannya terhadap negara-negara ASEAN yang lain. Spillover effect. Jadi saya ingin tahu, adakah kementerian ada rancangan untuk memastikan semua persidangan-persidangan yang dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen di seluruh negara ataupun yang berkaitan dengan ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR), berkaitan dengan AIPA, berkaitan dengan IPPFORB, berkaitan dengan PGA, adakah mereka ini akan diberikan platform untuk membentangkan apa yang telah dibangkitkan dalam persidangan-persidangan tersebut. Saya ingin memohon juga sekiranya ada peruntukan untuk membantu Ahli-ahli Parlimen ini yang lantang bersuara mengenai isu-isu regional atau antarabangsa sama ada mengenai isu encounter terrorism ataupun mengenai hak-hak asasi manusia supaya mereka diberikan sokongan daripada pihak kerajaan. Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan di bawah Butiran 030000 – Perancangan Dasar, Strategik dan Penyelidikan, di bawah 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) . Saya ingin tahu, sejauh manakah dengan izin, engagement bersama dengan juga civil society dan pakar-pakar agama di rantau ini mengenai isu-isu keganasan dan kaitannya yang sangat tricky dengan agama atau falsafah agama atau kepercayaan atau berlatar belakangkan agama. Memandangkan banyak keganasan yang berlaku di sebalik menggunakan nama agama, maka saya ingin tahu, sejauh manakah engagement bersama dengan kepimpinan keagamaan? Saya juga bangkitkan Butiran 050100 – Bertugas ke Luar Negara. Saya ingin tahu, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menyokong Ahli Parlimen, telah saya bangkitkan tadi, tetapi di bawah butiran yang lain juga, untuk Ahli Parlimen yang ada mungkin interest mereka dalam untuk menggubal polisi-polisi antarabangsa. Tuan Pengerusi, dua lagi butiran yang ingin saya bangkitkan di sini. Satu adalah 030100 – Perancangan Dasar. Saya ingin tahu sekiranya ada rancangan daripada kementerian untuk menandatangani dan meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa, adakah dengan izin, tiga konvensyen yang penting ini yang berkaitan dengan ocean ataupun perikanan di negara kita dengan izin, FAO port states measure agencies, IMO Cape Town Agreement dan juga ILO convention on work and in fisheries. Memandangkan negara Malaysia sebuah negara pengeksport ikan dan kami ada perairan yang agak - jajaran persisiran pantai yang agak panjang di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak, maka negara Malaysia, we are exposed, terdedah kepada ancaman- ancaman dan juga pelbagai jenis pencemaran alam dengan menggunakan tongkang-tongkang yang sudah lama. Setakat ini, tiada garis-garis panduan. Akan tetapi Parliamentarians for Global Action (PGA) sekarang ini wujud satu treaty ataupun beberapa konvensyen yang boleh digunakan oleh Malaysia. Sekiranya Malaysia meratifikasi konvensyen-konvensyen ini, maka kita ada satu DR.7.11.2019 116 platform untuk bersuara untuk nelayan-nelayan kita, untuk menjaga alam sekitar dan juga untuk memastikan tiada ikan yang dibeli atau jual secara haram. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang.

5.18 ptg. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. [Disampuk] Hendak celah? Tak hendak cakap lagi hendak celah macam mana? Okey, terima kasih. Saya hendak terus kepada Butiran 0202000 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, yang mana kita tengok peruntukan telah diberi RM983,300. Begitu juga pada tahun 2019 dan peruntukan pada 2020 ini telah ditingkatkan RM1,021,200. Jadi ini, kita bersetujulah dengan peruntukan dinaikkan ini kerana sekarang ini kita tengok beberapa masalah dari segi kos semua sudah meningkat. Kita harap kementerian yang terlibat dalam bahagian ini akan terus... Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Boleh mencelah? Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Boleh, sila. Saya bagi. Kita hendak sebut tadi berkenaan dengan butiran yang disebut... [Ketawa] Tuan Pengerusi: Silakan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Jelutong hendak mencelah? Butiran yang saya sebut sebentar tadi berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri. Saya hendak menyentuh juga berkenaan dengan isu yang saya bangkitkan tadi berkenaan dengan dari segi pemikiran kita. ■1720 Jadi pihak Kementerian Luar Negeri perlu memberi penjelasan berkenaan dengan pemikiran berkenaan dengan ideologi terutamanya dalam kaedah demokrasi dan juga dalam sosialis. Begitu juga dengan kapitalisme yang mana sekarang ini kita tengok kita tidak dapat membezakan di antara ideologi-ideologi ini yang mana ini adalah ideologi yang dibawa di beberapa negara yang lain yang berbeza dengan kita. Akan tetapi atas semangat keterbukaan kita sekarang ini, kita menggunakan saluran diplomatik untuk kita memberi satu neutralize ataupun persamaan. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Minta penjelasan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Silakan. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih. Saya berpendapat mungkin ada kebenaran, mungkin Yang Berhormat di sebelah sana dapat tahu perbezaan di antara perjuangan PAS dan UMNO, oleh sebab itu dah bersatu sekarang. So, itu menyebabkan kekeliruan Yang Berhormat. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tidak ada keliru pun, yang keliru Yang Berhormat Jelutong saja. Tuan Pengerusi: Tidak payahlah, ini sudah tidak ada butiran. DR.7.11.2019 117

Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang keliru Yang Berhormat Jelutong, kami tidak keliru. Kalau kami keliru, dari awal lagi tidak ada penyatuan. Dulu kita biasa duduk dengan DAP, tidak ada masalah. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Yang Berhormat Jelutong keliru butiran, Yang Berhormat Jelutong Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Bila kita ada tempat persamaan, kita boleh duduk sekali walaupun kita tahu kita berbeza. Itulah demokrasi, apa ini Yang Berhormat Jelutong macam itu pun tak... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No, sekarang... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: ...I pun hairanlah macam mana you... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Keliru sebab PAS dah terima rasuah. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tidak. Ini satu lagi... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Tidak payahlah, terus dengan butiran. Tarik balik Yang Berhormat Jelutong, tarik baliklah. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Okey, saya tarik balik PAS tidak terima rasuah kerana PAS memang tidak terima rasuah. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Macam itulah sebab bila tidak dibuktikan bersalah lagi, tidak ada benda macam ini. Yang Berhormat Jelutong, kita tenangkan keadaan. Kalau you bagi... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Minta laluan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya bagi. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Akan tetapi Yang Berhormat setuju ada seorang pemimpin PAS dituduh di mahkamah kerana menerima rasuahlah. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Okey, dia belum lagi bersalah tetapi saya hendak bagi satu penjelasan. Macamlah hubungan negara Komunis dengan hubungan sebuah negara demokrasi, tidak dikatakan Komunis. Individu dengan sebuah negara berlainan. Begitu juga PAS sebuah pertubuhan dengan individu, benda yang lain. Dalam DAP pun ada orang- orang India yang terlibat tetapi kita tidak menuduh DAP itu ejen LTTE, tidak tetapi individu. Ini you kena faham, you seorang lawyer. Saya pun hairanlah universiti mana yang bawa keluar sijil kepada you ni sampai you tidak boleh nak bezalah. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin: Ini butiran petang Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Pengerusi: Sudahlah, saya dah bagi ruang untuk berceramah politik. Sekarang teruskan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ini kita minta bila ada satu engagement di antara negara dengan negara seperti mana yang disebut tadi. Sekarang ini kita tengok macam DR.7.11.2019 118 mana berlaku isu yang sedang berlaku di Rohingya yang mana ini juga sebuah negara. Jadi Malaysia yang mengamalkan konsep ZOPFAN, kita minta Kementerian Luar Negeri lebih agresif untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Walaupun kita tahu negara yang terlibat iaitu Myanmar mempunyai ideologi yang berbeza dengan Malaysia membawa kaedah demokrasi. Akan tetapi di atas dasar humanitarian ataupun kemanusiaan ini kita perlu, kita tidak kira atas bangsa, agama ataupun apa sekalipun atas kemanusiaan ini wajib kepada kita untuk kita membantu sesama kita sendiri. Kedua, kita tengok bagaimana berlaku isu di Kashmir. Malaysia juga perlu terlibat dalam saluran diplomatik ini. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: [Bangun] Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Yang Berhormat Pendang, sedikit. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Hendak tanyakah? Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Hendak tanya sikit. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Siapa bangkit dulu Tuan Pengerusi? Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik bangkit dulu. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Sik bangkit dulu, betulkah? Selesai dua orang dulu siapa bangkit dulu. [Ketawa] Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tumpat bangun dulu. Yang Berhormat Tumpat. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: [Ketawa] Yang Berhormat Pendang, sedikit penjelasan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tuan Pengerusi bagi siapa? Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Tumpat bangun dulu. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat hendak minta balik masa Tumpat tadi. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ya, Yang Berhormat Tumpat dulu. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat dulu. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Jadi, kita kena ikut Tuan Pengerusi. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Tadi Yang Berhormat Pendang ambil masa saya, saya ada beberapa persoalan lagi. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai pengoperasian rumah api di Pulau Pisang. Pulau Pisang adalah sebuah pulau milik Malaysia tetapi pengoperasian rumah api berada di bawah seliaan Maritime and Port Authority of Singapore. Walaupun pada asasnya pentadbiran rumah itu hanya merangkumi keluasan tanah 2.25 ekar iaitu 0.5 peratus daripada keseluruhan keluasan Pulau Pisang, Singapura mempunyai effective control and defective occupation terhadap pulau tersebut. Kita sedia maklum dua faktor ini iaitu effective control and defective occupation menjadi antara faktor utama yang digunakan oleh ICJ untuk memberikan Batu Putih kepada Singapore. DR.7.11.2019 119

Justeru soalan saya, apakah langkah kementerian bagi memastikan kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang kekal dan tidak akan dicabar oleh mana-mana pihak pada masa akan datang seperti mana yang pernah berlaku terhadap Batu Putih. Boleh lagi? Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Pendang, Pulau Pisang ini dalam kawasan saya. Boleh saya... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Ya, kawasan Pontian. Isu kedua... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Mencelah panjang, macam mana saya nak cakap ni? Ini floor saya. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Isu tadi saya serah kepada Yang Berhormat Pontian. Isu kedua... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Tumpat ceramah lebih daripada saya lagi. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Lepas ini boleh saya sikit saja fasal Pulau Pisang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ya, saya bagi. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya, Pulau Pisang- dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor telah diputuskan bahawa Pulau Pisang adalah berada apa yang dipanggil sebagai sultanate property iaitu harta Kesultanan Johor, bukan harta Sultan Johor, Kesultanan Johor. Oleh kerana itu walaupun ada rumah api di Pulau Pisang itu, itu adalah daripada perjanjian dahulukala. Pulau Pisang akan tetap berada dalam negara Malaysia, itu yang saya difahamkan untuk makluman Yang Berhormat Pendang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Pontian kerana ini ada kaitan dalam soalan ini. Saya hendak minta penjelasan, pertamanya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi dimasukkan dalam teks ucapan saya. Kedua, saya hendak minta penjelasan tetapi disambung oleh Yang Berhormat Pontian. Memang Pulau Pisang ini ada dalam territory Malaysia, dalam negara Malaysia. Jadi sekarang ini kita tidak ada satu penjelasan yang jelas daripada Kementerian Luar Negeri bagaimana kedudukan Pulau Pisang, bagaimana saluran diplomatik ataupun telah digunakan untuk kita nak menjelaskan bahawa Pulau Pisang ini adalah hak Malaysia. Ya? Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Pendang, satu soalan sahaja. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ini habis dah tu. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sedikit saja. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ya, okey. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya hendak tanya sama ada PAS merestui perhubungan erat UMNO dan Parti Komunis China? DR.7.11.2019 120

Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Inilah Tuan Pengerusi, tengoklah. Nanti saya bantai sat lagi teruk. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sik minta sedikit. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Minta penjelasan. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Jelutong tidak payahlah, tidak payahlah. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Yang Berhormat Pendang minta Sik sedikit, minta Sik sedikit. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, penjelasan. Saya ingin bertanya bahawa mereka ini berbaik dengan pengganas Komunis, pengganas yang membunuh askar kita, yang membunuh rakyat. Ini yang DAP... [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi: Balik ke butiran, butiran-butiran. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Arau dah habis ucapan. Sudah-sudah, masa pun dah habis untuk Yang Berhormat Pendang. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini berhubung dengan Bukit Putih ini Yang Berhormat. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa Beting Patinggi Ali dan juga Beting Raja Jarum sekarang ini dikawal oleh coast guard China, satu hari kalau mereka tuntut kita akan menghadapi masalah sebab mereka duduk lebih lama daripada kita di sana. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tuan Pengerusi, saya ada satu butiran yang tidak habis lagi, 20200 ini. Tuan Pengerusi: Ya, last-last, penghabisan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ha last. Saya hendak sentuh isu tanggungjawab Malaysia kepada Kementerian Luar Negeri tentang isu yang berlaku di Kashmir yang sekarang ini sudah beratus tahun sebenarnya tetapi kita tolak isu agama, kita tolak isu bangsa, kita tolak isu sentimen politik dan sebagainya. Kita hendak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini berpunca daripada orang politik. Apa sahaja, orang bawahan ini akan ikut, rakyat akan ikut sahaja, bagaimana berlaku perobohan Masjid Babri di India, akibat pemimpin politik. Orang bawahan mengambil tindakan kerana tidak ada larangan daripada pemimpin-pemimpin. Akan tetapi cetusan kemarahan ini adalah daripada orang bawahan. Begitu juga dengan pembunuhan orang-orang Islam di Sri Lanka ketika bersolat. Ini adalah pemimpin politik. Jadi kita perlu mendekatkan ideologi politik ini untuk kita menyeragamkan persefahaman supaya tidak berlaku kecelaruan orang-orang bawah yang tidak tahu apa terikut-ikut. Ya lah, kalau difitnah, dipersepsi semua akan terikut, mereka tidak tahu apa- apa. Ini kepentingan Kementerian Luar Negeri untuk kita menyeragamkan atau meningkatkan lagi persefahaman ZOPFAN ataupun ASEAN ini supaya kita ada penyelarasan mengikut kepentingan kita untuk menjaga bangsa kita yang ada di ASEAN ini, maknanya semua tidak kira bangsa, agama dan sebagainya. DR.7.11.2019 121

Apa yang penting kita boleh hidup aman damai dengan orang-orang politik ini faham, educated dan intelektual tadi. Kalau educated sahaja tidak cukup, intelektual sahaja pun tidak cukup, dia kena ada educated dan juga intelektual. Kadang-kadang dia educated macam Yang Berhormat Jelutong tetapi dia tidak intelektual sebab dia tidak boleh beza yang mana demokrasi, sosialis dan sebagainya. [Tepuk] Akan tetapi kalau dia intelektual dan educated, dia akan faham. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Pembetulan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Dia akan tahu membeza yang mana keganasan. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Pembetulan. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ya, silakan. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Okey, yang tadi itu yang beritahu di Sri Lanka itu, Sri Lanka itu adalah orang Kristian, yang di New Zealand itu adalah orang Islam. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya tak sebut agama, saya cuma orang Islam dianiaya. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Itu yang... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Okey-okey, duduk. Saya tahu dah kamu nak pergi ke mana. Tuan Pengerusi: Masa pun dah habis. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya tak sebut siapa yang bertindak tetapi akibat daripada orang politik. Saya tidak sebut siapa yang bertindak, agama apa tidak. Tuan Pengerusi: Sudah, masa sudah habis, tamat.

■1730 Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya tidak sebut siapa yang bertindak, saya sebut dianiaya. Begitu juga di Kashmir, Rohingya, begitu juga dengan di... Tuan Pengerusi: Ulang-ulang, point sama sahaja. Sila, sila duduk Yang Berhormat Pendang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Okey. Terima kasih saya ucapkan. Terima kasih... Tuan Pengerusi: Siapa lagi yang belum berbahas? Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Batu Gajah. Tuan Pengerusi: Saya bagi peluang untuk Yang Berhormat Bagan Serai dahulu, selepas itu Yang Berhormat Bukit Gelugor. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Batu Gajah. Tuan Pengerusi: ...Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Batu Gajah. Sila.

5.30 ptg. DR.7.11.2019 122

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Silakan. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Maksud B.13, 020300 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Saya ingin memuji dahulu Malaysia yang begitu lantang tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan hak asasi manusia di dunia ini. Apa yang saya hendak ceritakan ini adalah berkenaan keganasan etnik minoriti Muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar. Perkara ini telah berlalu begitu lama sejak 1980-an lagi. Akan tetapi akhir-akhir ini, mutakhir ini keadaan menjadi lebih teruk yang menyebabkan rakyat minoriti ini terpaksa pergi ke negara lain. Kita lihat Muslim minoriti Rohingya ini telah didera, ditembak, dibunuh dengan kejamnya. Ada yang mengatakan disembelih, pelbagai penderitaan, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap etnik ini. Kita juga lihat ada wanita-wanita yang diperkosa, anaknya dibunuh dan sebagainya dan ini telah berlanjutan begitu lama sekali. Malah kampung-kampung tempat mereka tinggal pun telah dibakar. Hari ini kita lihat beratus ribu – saya ingat mungkin sekarang 100 juta orang telah keluar dan pergi ke negara-negara lain. Pada November 2017, 19 orang daripada Ahli Parlimen telah pergi ke Cox’s Bazar, pergi melihat di Kem Kutupalong, tempat – beratus ribu rakyat yang pindah ini tinggal. Kita dapat lihat suasana di sana amat menyedihkan. Semasa saya di sana, saya lihat rumah-rumah yang didirikan daripada buluh-buluh, bumbung daripada plastik sampah. Saya nampak plastik-plastik hitam, lantainya tanah liat dan di dalamnya begitu gelap sekali. Kita tidak tahu macam mana mereka tinggal di dalam itu. Anak-anak di situ kebanyakannya tidak pakai baju, pakaian tidak cukup dan sebagainya. Pelbagai kemudahan asas yang tidak ada. Malah air pun susah di situ. Banyak tempat diwujudkan tube well dengan izin, supaya mereka mendapat bekalan air yang bersih. Begitu juga makanan. Semasa itu Ahli Parlimen daripada Malaysia telah membawa sumbangan daripada Kerajaan Malaysia berupa selimut, makanan dan juga wang. Kita dapat lihat bagaimana pada ketika itu Hospital Medan baru hendak ditubuhkan. Jadi inilah suasana yang berlaku selama ini. Hari ini saya ingat sudah sekitar tiga tahun sudah berlalu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan yang sekarang ini, bagaimana dengan Hospital Medan di Kem Kutupalong? Berapa banyak dana telah dibelanjakan... Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Penjelasan. Yang Berhormat Bagan Serai, Sik minta sedikit penjelasan. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Silakan. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Sik, silakan. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengikuti rombongan itu Yang Berhormat Bagan Serai, bersama saya sebelum itu saya belum lagi berada di Dewan. Jadi adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju jika pihak Wisma DR.7.11.2019 123

Putra mengaturkan satu lagi rombongan delegasi Ahli Parlimen ke wilayah konflik yang sebenar iaitu di Rakhine State di Myanmar untuk melihat situasi sebenar di sana? Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Satu cadangan yang baik. Harap Yang Berhormat Menteri dapat bagi respons nanti. Jadi saya sedang bertanya, berapakah dana yang telah dibelanjakan untuk Hospital Medan ini? Ini kerana difahamkan keperluan hospital ini patut diteruskan dan ada cadangan sehingga 2021. Adakah kerajaan akan meneruskan Hospital Medan ini sampai ke tahap itu? Adakah negara-negara lain yang membantu Malaysia dalam menguruskan atau menjalankan perkhidmatan Hospital Medan ini? Adakah pada ketika ini, Muslim Rohingya ini sanggup untuk balik kembali ke tempat asal mereka? Apakah jaminan ini ada? Ini perkara-perkara yang bermain di fikiran saya. Butiran yang kedua ialah 020400 tadi berkenaan dengan OIC yang telah wujud sejak 1969. Sebanyak 57 buah negara menjadi ahli dan 53 buah negara adalah kebanyakannya orang Islam, majoriti dalam negara itu. Hari ini kita lihat dalam negara-negara yang menjadi ahli ada negara-negara Islam yang kaya-raya. Apakah kekuatan OIC sebenarnya? Kita lihat kalau kita bercakap tentang isu kemanusiaan ini, bukan sahaja di Rohingya bahkan juga di merata tempat yang telah disebut oleh pembahas-pembahas yang lain. Akan tetapi untuk perkara masyarakat minoriti Rohingya ini, sejauh manakah OIC memainkan peranan? Sejauh manakah Malaysia memainkan peranan di dalam OIC pula? Sejauh manakah kejayaan-kejayaan yang telah ditempa? Oleh sebab kita lihat wujudnya OIC ini dikata kerana kolektif dengan izin, the collective voice of the Muslim world and works to... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat minta laluan. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: ...safeguard and protect the interests of the Muslim world in the spirit of promoting international peace and harmony. Jadi, sejauh manakah sudah kita lihat? Begitu lama OIC ini ditubuhkan, begitu banyak penderitaan khususnya orang Islam di seluruh dunia, dengan kemiskinan, peperangan, penderitaan oleh kekejaman di sesetengah tempat seperti yang kita sebut oleh Myanmar hari ini. Bagaimanakah peranannya yang akan dimainkan oleh OIC seterusnya? Jadi, saya harap kementerian dapat menjelaskan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi dan juga tentang apa Yang Berhormat Sik minta tadi. Mungkin akan memberikan lebih lagi perhatian kita di sebalik kelantangan suara Malaysia bercakap tentang keamanan. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Silakan. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Terima kasih. Yang Berhormat tadi menyentuh tentang jenayah ataupun kekejaman yang berlaku di banyak negara di dunia pada hari ini. Saya cuma ingin mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat. Dalam banyak- banyak negara di mana jenayah ataupun kekejaman ini berlaku, berapa banyak negara ataupun kekejaman itu dilakukan oleh umat Islam? DR.7.11.2019 124

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Jadi sebagai penggulungannya Tuan Pengerusi, melihat penderitaan minoriti Islam Rohingya ini, semasa saya dekat sana mereka fikir bimbangnya fasal hendak makan, fasal hendak tidur, fasal hendak rehat di mana, itu kebimbangannya. Tidak terfikir tentang pelajaran, tidak terfikir tentang nikmat-nikmat yang lain dan tidak ada masa untuk bertengkar siapa yang lebih baik daripada siapa yang lain. Sudah tentu tidak ada masa hendak tegur siapa komunis, siapa tidak komunis, tidak ada masa untuk perkara-perkara itu kerana perkara asas yang menjadi perhatian pada masa itu. Jadi saya melihat betapa nikmatnya kita di negara Malaysia ini. Highway – dalam kita kata kos sara hidup, dalam kita kata gaji tidak cukup, highway penuh, mall bertambah lagi. Saya rasa rakyat Malaysia perlu berfikir sejenak, insaf dan lihatlah khususnya apa yang telah terjadi kepada minoriti Islam di Rohingya ini. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.

5.38 ptg. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menimbulkan satu isu berkenaan dengan butiran di bawah pengurusan khususnya Butiran 010100 – Undang-undang. Tuan Pengerusi, isu yang ingin saya timbulkan adalah berkenaan dengan persoalan ekstradisi Zakir Naik iaitu saya hendak tahu sama ada benar kah satu permohonan ekstradisi telah dibuat oleh India untuk membawa pulang Zakir Naik ke negara India? Oleh sebab terdapat beberapa laporan yang bercanggah berkenaan perkara ini. Perkara ini cukup penting kerana sekiranya terdapat satu permohonan ekstradisi tersebut sebagai – saya percaya India sebagai satu pihak di dalam extradition treaty dan Malaysia sebagai satu lagi pihak. Sepatutnya kita akur kepada extradition treaty tersebut dan mengembalikan Zakir Naik tersebut ke negara asalnya. Ini adalah satu perkara yang penting juga kerana ini berhubung dengan persoalan kedua saya iaitu di bawah tajuk yang sama berkenaan dengan Jho Low. ■1740 Oleh kerana kita telah pun mendapat berita ataupun kita dengar banyak berita berkenaan dengan Jho Low, kita tahu penglibatannya di bawah 1MDB. Beliau telah pun di-mention ataupun disebut berkali-kali di dalam kes Yang Berhormat Pekan di mahkamah sebagai mastermind di belakang isu ataupun kes 1MDB tersebut bersama dengan Yang Berhormat Pekan. Oleh yang demikian, adalah tidak boleh dinafikan bahawa Jho Low ini merupakan seorang yang perlu dikembalikan ke Malaysia. Kami dapat banyak berita berkenaan dengan Jho Low or apa berita yang kami dapat adalah biasanya daripada pihak polis ataupun Kementerian Dalam Negeri. Akan tetapi jarangnya kita dapat berita berkenaan dengan status Jho Low ini daripada Kementerian Foreign Affairs dan DR.7.11.2019 125 ini merupakan obviously merupakan satu perkara yang melibatkan Kementerian Luar Negeri. Oleh kerana kita tidak tahu ataupun kita dimaklumkan bahawa kita tidak tahu di mana Jho Low berada sekarang, beliau dikatakan merupakan seorang beruang, looks like a bear now it seems or maybe might be in North Pole. We do not know. Akan tetapi apa yang penting, adakah usaha-usaha yang sewajarnya telah pun diambil secara diplomatik daripada bahagian undang-undang Kementerian Luar Negeri untuk secure his return, dengan izin Tuan Pengerusi? Memandangkan kami mendapat berita daripada IGP nampaknya kita tahu di mana beliau berada. Ada laporan bahawa beliau berada di Cyprus, mungkin dia berada di sebuah pulau tetapi ada laporan yang menunjukkan bahawa kita tahu. So, adakah negara yang menyimpan Jho Low tersebut ataupun di mana Jho Low berada sekarang sama ada ia sebuah pulau ataupun negara yang lain? Adakah negara itu mempunyai ataupun merupakan satu pihak kepada extradition treaty bersama dengan Malaysia seperti India dan Malaysia dalam kes Zakir Naik? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: [Bangun] Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Sekiranya itu adalah keadaannya, sama ada kami telah pun membuat permohonan untuk tujuan membawa balik Jho Low ke negara ini dan sama ada Kementerian Luar Negeri selain daripada Kementerian Dalam Negeri ataupun pihak polis, sama ada Kementerian Luar Negeri telah pun mengambil usaha yang sewajarnya untuk berunding dengan negara tersebut untuk memastikan Jho Low dikembalikan ke negara ini terutamanya untuk menghadapi mahkamah di dalam kes 1MDB di mana pihak Yang Berhormat Pekan sekarang dibicarakan. Jadi, itu sahaja isu yang saya ingin timbulkan Tuan Pengerusi. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat minta sedikit. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Sorry. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya, boleh. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Saya meneliti ucapan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang mana persoalan yang ingin saya tekankan juga, sebenarnya apa alasan sebenar pihak kerajaan sehingga ke hari ini Jho Low tidak dapat dibawa pulang. Ini kerana saya mendengar di kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang, semuanya mengharapkan supaya Jho Low dapat dibawa balik untuk menyelesaikan masalah yang menghantui masyarakat negara kita hari ini. Jadi apa alasan sebenar? Pihak sana pun minta supaya balik seperti mana Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi sebut dan daripada pihak pembangkang juga kita ada dengar supaya Jho Low dibawa balik tetapi kenapa, apa alasan sebenar. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih. Saya— it is one of the rare occasion saya bersetuju dengan pihak daripada sana. Ini adalah satu isu, isu yang amat penting. It is been— sudah satu tahun setengah di mana kerajaan tukar. Takkan kita tidak DR.7.11.2019 126 tahu di mana Jho Low berada sekarang. Is that an excuse ataupun kita sebenar-benarnya tahu di mana beliau berada tetapi enggan membawa dia balik ataupun ada kesusahan untuk bawa dia balik. Apa alasan sebenarnya Jho Low tidak dapat dibawa balik? Kita sudah tentunya tahu, we must know where he is. There can be no doubt that we know where he is, dengan izin Tuan Pengerusi. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: [Bangun] Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jadi saya memohon agar pihak Menteri memberi penjelasan berkenaan isu-isu yang telah pun saya bangkitkan. Itu sahaja... Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Yang Berhormat Bukit Gelugor, Sik ada sedikit lagi. Sedikit. Ada masa. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi soal ekstradisi oleh India berkaitan dengan Dr. Zakir Naik. Jadi persoalan juga, negara ini juga telah mengisytiharkan LTTE adalah kumpulan pengganas dan India ada hubungan langsung ketika mana dia juga menjadi mangsa apabila bekas Perdana Menterinya dibunuh oleh kumpulan ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]

Jadi, adakah Yang Berhormat Bukit Gelugor bersetuju bahawa Malaysia kita ada pendirian yang jelas dan kita tidak terikat dengan mana-mana perundangan negara lain dan kita ada keputusan yang bersama yang tidak boleh diganggu-gugat dari negara lain. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya tidak berapa pasti what do you mean, dengan izin Tuan Pengerusi. I do not understand how the LTTE has anything to do with Zakir Naik, dengan izin. Ia tidak ada kena-mengena. Ini adalah satu perkara yang serius. Zakir Naik ini adalah satu isu yang serius di negara ini. Jangan cuba memutarbelitkan isu serius ini dengan mengaitkannya dengan LTTE. That is absolutely no relevance, dengan izin Tuan Pengerusi. No, no. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Saya ingin mengangkat ini supaya kita menghormati prinsip dalam negara kita dan tidak terikat dengan negara lain termasuk India. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Prinsip apa? Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tidak. Maksudnya, kalaulah kita bersetuju untuk ekstradisi Zakir Naik, kita juga perlu hormati India yang... Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: So, you hendak ekstradisi siapa ke Sri Lanka? Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Bukan masalah ekstradisi. Soal keputusan Kerajaan India berkaitan LTTE. Maknanya mesti konsisten. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa kaitannya? Apa kaitannya isu itu dengan Zakir Naik? Kenapa... DR.7.11.2019 127

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Maknanya kita ada kedaulatan kepada kita... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Saya boleh tolong jelaskan. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: ...Cuba hubungkaitkan Zakir Naik dengan LTTE. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Saya boleh tolong jelaskan. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa kaitannya? Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Kita ada kedaulatan negara kita sendiri dan tidak terikat dengan undang-undang negara lain. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini langsungnya tiada berkaitan, dengan hormatnya. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat, ini tidak ada kaitan. Saya minta gulungkan. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya. Saya hendak gulung, saya hendak gulung. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila gulungkan. Minta Yang Berhormat Tumpat, sila, sila. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ini adalah seperti yang— Izinkan saya gulung Tuan Pengerusi. Ini adalah satu isu yang cukup penting, Zakir Naik ini. Ini boleh memudaratkan hubungan bilateral antara dua buah negara iaitu India dan Malaysia. Jadi kita hendak tahu, apakah usaha-usaha bilateral yang diambil oleh pihak Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama kementerian-kementerian lain untuk memastikan bahawa tiadanya pertikaian ataupun masalah dengan hubungan antara dua buah negara ini. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sekarang saya menjemput kedua terakhir Yang Berhormat Sandakan, diikuti oleh Yang Berhormat Batu Gajah.

5.47 ptg. Puan [Sandakan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk pada muka surat 167 hingga 168 dalam Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim, Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Secara am, kita melihat peningkatan dalam belanjawan instrumen diplomasi asing seperti untuk penglibatan atau engagement kita bersama ASEAN, hal ehwal maritim dan Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT), dengan izin. Soalan saya kepada kementerian, dengan sumber berkenaan yang ada, berapa banyak penglibatan atau DR.7.11.2019 128 dengan izin, engagement kita dengan negara Filipina bagi peringkat kerajaan ke kerajaan untuk menyelesaikan beberapa isu lama mengenai Sabah. Isu-isu ini termasuk keengganan atau penolakan secara rasmi bagi menurunkan tuntutan mereka terhadap Sabah, keengganan untuk menubuhkan konsulat mereka di Sabah mengakibatkan warganegara mereka tidak dapat memperbaharui dokumen perjalanan mereka dan juga memanjangkan kelewatan proses penghantaran pulang mereka tanpa dokumen untuk dihantar pulang ke Filipina. Melihat kepada dua perkara di atas, ia juga menyebabkan kesesakan di pusat tahanan sementara kita dan juga meningkatkan perbelanjaan kerajaan kita untuk menampung mereka yang ditahan kerana mereka menghabiskan lebih masa di pusat tahanan sementara ini. Ini juga memberi kesan kepada sumber awam kita. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen kami pada Jun tahun ini, kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.5 juta sebulan ke atas semua tahanan di negara kita. Justeru, jelas kita lihat semakin lama mereka perlu ditahan, lebih banyak kita perlu berbelanja dan ini juga pasti melibatkan sumber awam kita. Kekurangan kerjasama dan komitmen daripada tahap G2G, kerajaan dengan kerajaan untuk menyelesaikan penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk sejumlah besar orang tanpa kerakyatan di Sabah serta menangani masalah jenayah rentas sempadan seperti penculikan, human trafficking, dengan izin dan penyeludupan barangan yang membawa berjuta-juta kerugian kepada kerajaan setiap tahun. ■1750 Jadi saya berharap kementerian dapat menerangkan langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil untuk menangani isu-isu di atas yang berkaitan dengan kedaulatan negara kita. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya jemput yang terakhir, Yang Berhormat Batu Gajah.

5.50 ptg. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala B.13, Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Tuan Pengerusi, saya ada satu isu spesifik, seorang warga Malaysia bernama Thinesh Kumar Nayar telah ditangkap dan telah ditahan di Batam Indonesia lebih daripada tujuh bulan. Beliau ditangkap atas dakwaan kononnya memiliki ganja di kapal bernama Global 60 dari Miri Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Saya difahamkan pihak Kastam Indonesia telah memasuki Exclusive Economic Zone (EEZ) iaitu 20 kilometer di persisiran air Malaysia dan membuat tangkapan itu. Bukankah ini satu tindakan yang menyalahi undang-undang di mana kedua-dua negara tertakluk kepada United Nations Convention on the Law of the Sea. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Wisma Putra berkaitan dengan hal ini? Sama ada tertuduh benar-benar bersalah atau tidak adalah amat subjektif kerana dalam kapal tersebut terdapat enam orang lain warga Indonesia yang kemudiannya dibebaskan. DR.7.11.2019 129

Keluarga tertuduh telah kerap kali menghubungi pihak Kementerian Luar Negeri tetapi tidak mendapat nasihat ataupun penjelasan yang munasabah. Kemungkinan besar tertuduh tidak bersalah tetapi terpaksa menjalani proses perundangan di Indonesia. Harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi pencerahan dalam hal ini. Perkara kedua, Butiran 040300 – Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, hubungan Malaysia – India telah berlangsung untuk tempoh masa yang lama. Hubungan ini berkembang aktif selama lebih enam dekad, susulan penglibatan dalam pelbagai aspek seperti pertahanan, ekonomi, politik serta pertukaran budaya. Baru-baru ini hubungan Malaysia – India agak terjejas kerana isu Jammu, Kashmir, ini boleh diselesaikan Yang Berhormat Menteri. Segala usaha perlu diambil untuk membaik pulih hubungan bilateral di antara Malaysia dan India. Ini adalah penting untuk menjamin keutuhan perdagangan yang telah dibina secara usaha sama setelah sekian lama. Selain daripada itu, kerjasama juga penting dalam pelbagai bidang termasuk pemindahan teknologi antara kedua-dua negara. Tambahan pula kita perlukan pelaburan dari India, begitu juga India perlukan pelaburan kita di negara itu. Hubungan yang baik di antara kedua-dua negara ini akan menggiatkan lagi aktiviti pelancongan yang boleh membawa keuntungan yang lumayan. Kita juga boleh mengukuhkan lagi hubungan dalam bidang pendidikan, Perdana Menteri pernah berkata beliau juga berminat dengan cara India dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya juga bersetuju dengan cadangan Menteri Industri Utama untuk merapatkan jurang perdagangan di antara kedua-dua negara ini melalui Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia – India (MICECA). Langkah merapatkan jurang perdagangan ini adalah penting kepada kedua-dua negara untuk manfaat jangka panjang. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah dengan India baru-baru ini? Apakah tindakan-tindakan yang akan diambil untuk mengeratkan lagi dan mengukuhkan hubungan baik Malaysia – India. Pada pandangan saya, tibalah masa untuk kerajaan melantik semula duta khas ke India dan Asia Selatan untuk membantu mengeratkan lagi serta memperbaiki persahabatan dari segi diplomatik dan perdagangan di antara kedua-dua negara ini. Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini secara serius. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ahli-ahli Yang Berhormat kita telah selesai perbahasan daripada semua Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menggulung dan menjawab. Saya beri tempoh selama 45 minit.

5.54 ptg. Menteri Luar Negeri [Dato' ]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian DR.7.11.2019 130 dalam perbahasan pada peringkat Jawatankuasa. Walaupun Yang Berhormat Bera bukan merupakan Ahli Parlimen yang pertama berdebat tetapi menghormati Ketua Pembangkang, izinkan saya menjawab Yang Berhormat Bera dahulu. Dari segi diplomasi awam, memang bajet yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi mengambil kira bahawa kita engage dengan izin dengan CSOs dan juga dengan mengambil kira bahawa pada masa ini media sosial sangat popular terutamanya di Eropah dan juga di negara- negara Amerika Utara. Maka, walaupun bajet itu tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya kita boleh meningkatkan kempen kita dan penerangan kita dengan cara yang lebih baik. Pada waktu yang sama, saya difahamkan bahawa Kementerian Industri Utama mempunyai peruntukan tambahan dari segi mempromosi kelapa sawit sebagai contohnya di European Union dan ini dapat membantu dari segi pemasaran produk-produk Malaysia, kelapa sawit dan sebagainya. Soalan Yang Berhormat Bera lebih luas lagi daripada itu kerana ia melibatkan soal penerangan terhadap isu-isu hubungan bilateral antara Malaysia dengan negara-negara yang lain dan ini saya katakan tadi bahawa ia terlibat juga dengan peranan yang dimainkan oleh malawakil ataupun perwakilan-perwakilan kita di luar negara. Dari segi kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dengan kementerian-kementerian lain itu erat. Saya ambil contoh misalnya sekali lagi kelapa sawit sebaik saya balik daripada Brussels dalam mesyuarat dengan ASEAN dan EU, kita mengadakan pertemuan dengan kementerian- kementerian yang berkaitan seperti MITI, KATS, MESTECC, Kementerian Industri Utama dan sebagainya dan kita mengkoordinasi kerjasama di antara kita. Kementerian Industri Utama membekalkan maklumat-maklumat mutakhir untuk menjadi talking points dengan izin kepada malawakil kita khususnya di Eropah dalam isu kelapa sawit sebagai contoh. Yang Berhormat Bera bertanya tentang OIC dan ini saya hendak jawab sekali dengan – saya ingat ramai betul yang bertanya tentang OIC ini. Ya lah kita semua tahu kedudukan OIC. Pada satu ketika dahulu apabila dirasakan bahawa ada kaedah lain yang boleh membantu OIC berfungsi dengan lebih cekap. Maka, wujud kumpulan kecil yang dipanggil D8 dan Malaysia termasuk salah satu daripada negara dalam D8 itu dan Setiausaha Agungnya kebetulan sekarang ini adalah seorang bekas diplomate Malaysia. D8 nampaknya ada usaha-usaha dan ada projek-projek pembangunan, kerjasama antara negara-negara Islam yang mula berjalan dengan agak lancar. Pada masa yang sama, mungkin Yang Berhormat juga telah membaca di dalam media bahawa Malaysia, Turki dan Pakistan sekarang ini mula bekerjasama dengan lebih erat. Kita tidak ada nama untuk kerjasama ini tetapi kita mula bekerjasama dengan lebih erat dengan tujuan untuk membangunkan kembali peradaban Islam atau dengan izin the Islamic civilization dengan cara-cara yang sesuai dengan kemampuan yang ada pada ketiga-tiga negara ini. Misalnya, satu daripada projek yang telah disepakati ialah untuk mengadakan sebuah TV station oleh ketiga-tiga negara ini bekerjasama, detail-nya sedang diusahakan untuk kita DR.7.11.2019 131 menjawab persoalan-persoalan fitnah terhadap Islam dan umat Islam, Islamic phobia, menerangkan tentang kedudukan Islam dan sebagainya, counter tourism dengan izin dan ini antara usaha Malaysia. Maksud saya Tuan Pengerusi, selain daripada OIC as a whole dengan izin, kita ada D8 dan sekarang ini ada hubungan yang khusus antara Malaysia, Turki dan Pakistan. ■1800 Pada hujung tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Kuala Lumpur Summit, Kuala Lumpur Summit kali ini adalah Kuala Lumpur Summit yang ke-5, empat sebelum ini diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir tetapi bukan sebagai Perdana Menteri tetapi kali ini sebagai Perdana Menteri dan di samping Malaysia, Turki dan Pakistan akan terlibat juga dua lagi negara Islam yakni Qatar dan Indonesia. Maksudnya Yang Berhormat, kita mencari jalanlah untuk navigate apa yang boleh kita lakukan dan ada waktunya kumpulan kecil ini ada masanya dia berkesan dalam bidang-bidang tertentu. Namun, kita juga harus ingat bahawa ada juga platform di bawah OIC yang agak berkesan IDB. Saya fikir IDB sangat berkesan dan kalau kita boleh bantu misalnya platform lain tentang pendidikan Islam di bawah OIC, saya tidak ingat nama platform itu tetapi ini adalah bahagian-bahagian yang boleh kita bantu ataupun Malaysia memainkan peranan yang penting. Tentang timur tengah, sebenarnya ini bukanlah usaha yang formal ini adalah usaha yang tidak formal, ada suatu kumpulan yang terdiri daripada contohnya International Crisis Group dan beberapa negara Islam yang selalu dianggap berkecuali, saya minta maaf tidak boleh sebut nama negara-negara itu tetapi Yang Berhormat boleh bayangkan mereka datang dari sebelah sana negara-negara Arab dan dia menjemput Malaysia untuk sama duduk bersama dan membincangkan kaedah bagaimana kalau perundingan-perundingan yang tidak formal ini boleh dimulakan untuk mengurangkan ketegangan kalaupun tidak mampu menyelesaikan ketegangan yang Yang Berhormat maksudkan yang berlaku di timur tengah. Kita tahu negara A, negara B selepas itu di tengah-tengahnya itu ada tersepit tetapi ada yang berkecuali dan yang berkecuali itu kita memberikan mereka cadangan untuk mereka mainkan peranan dan mereka sebenarnya bukanlah mengajak secara formal, saya katakan ini adalah percubaan yang tidak formal tetapi kita sudah mula menyertai kumpulan tersebut. Yang Berhormat Beluran, ada tidak? Tuan Pengerusi [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Tidak ada. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Arau tadi dia masuk, dia keluar, dia masuk balik. Yang Berhormat Arau ini bab ini dia memang hebatlah. Yang Berhormat Arau, kalau dia tidak sebut Beting Patinggi Ali bukan Yang Berhormat Arau. Saya hendak jawab yang Beting Patinggi Ali ini sekali dengan beberapa isu Maritim lah yang ditimbulkan oleh ramai termasuk yang terakhir tadi Yang Berhormat Sebuti yang berkaitan- ya, banyaklah yang menyebut ini. DR.7.11.2019 132

Ada beberapa perkara, bab nelayan asing dengan Indonesia kita ada perjanjian tetapi ada waktunya kita dapati bahawa dalam hal tertentu nampak seperti sukar untuk dijalankan tetapi dalam hal tertentu ia dapat dilaksanakan. Dengan Vietnam kita telah berunding dalam hubungan dalam pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Vietnam perkara ini sudah mula dirundingkan. Khusus tentang kawalan kawasan perairan Malaysia saya hendak ulang apa yang saya sebut dalam Dewan beberapa minggu yang lalu. Pihak berkuasa APMM memang memainkan peranan yang paling utama dia lead agency dan bersungguh-sungguh tetapi Tuan Pengerusi mereka tidak cukup aset dari segi kelengkapan, dari segi jumlah bot kawalan dan sebagainya, saya faham maksud Yang Berhormat Arau coast guard China pertama makin lazim berada di sana, kedua makin rapat dengan pantai, itu hakikat. Pihak TLDM, APMM sangat mengetahui tentang hal ini dan saya yakin mereka mencuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan dan menangani keadaan tersebut. Tentang COC dengan China, memang target kita – target ASEAN untuk perkara ini diselesaikan pada tahun 2021 dan bacaan pertamanya sudah mula diadakan dan kita berharap ini akan dapat diselesaikan. Untuk program-program. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sedikit Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Izinkan saya dahulu Yang Berhormat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey. Dato’ Saifuddin Abdullah: Untuk program-program sambutan merdeka, Hari Malaysia, Ulang Tahun Bilateral, pertemuan-pertemuan dengan duta-duta yang lain dan sebagainya ini adalah sebahagian daripada perkara yang lazim dilakukan oleh malawakil tetapi kalau peruntukan tidak cukup memang ada waktunya perkara ini tidak akan dapat dibuat secara sebaik- baiknya tetapi alhamdulillah dalam belanjawan kali ini ada sedikit tambahan dan Insya-Allah akan dapat ditingkatkan dan dikembalikan seperti sedia kala. Kita membuat keputusan untuk menubuhkan kedutaan Malaysia untuk Palastin bermastautin di aman dan ini adalah pejabat yang berbeza dengan kedutaan Malaysia ke Jordan. Kita menimbang cadangan daripada Yang Berhormat Kepala Batas untuk ada council general, kita memikirkan juga perkara yang boleh dilakukan kerana dia tidak menimbulkan kos kepada kita. Soalan misi bantuan kemanusiaan ini juga timbulkan oleh... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Menteri, tajuk tadi. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang mana Yang Berhormat? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Menteri kata lazim coast guard China itu. Sebab benda ini yang serius sebab apa mereka bukan sahaja berada di Beting Raja Jarum dan Beting Patingi Ali tetapi kadang-kadang ada sekali-skala bergerak hampir ke pantai Sarawak. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah bentuk – berapa kali kah diplomatik protes telah dikeluarkan kepada perbuatan mereka? Adakah mereka hendak biarkan berterusan begini di mana dalam kawasan negara kita, kapal asing, bot boleh DR.7.11.2019 133 berlegar-legar dan mereka duduk di sana. Satu kapal duduk di sana dan satu lagi berpusing- pusing dan kapalnya lebih besar daripada kapal perang kita. Jadi, apakah diplomatik protes dibuat dalam bentuk berkala tiap-tiap bulan atau pun sebagainya? Yang Berhormat Menteri boleh jawab bertulis itu tiada masalah. Dato’ Saifuddin Abdullah: Kita hantar berkala, kalau hendak hantar setiap bulan tidak kerja lain tetapi memang dihantar berkala terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kudat dan beberapa lagi bertanya tentang sumbangan untuk kemanusiaan di luar negara. Sumbangan-sumbangan ini ada pelbagai bentuk ada yang kita membayar sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa di bawah PBB misalnya untuk Palestin tetapi pada waktu yang sama kita juga menghantar bantuan kepada sesetengah negara apabila berlaku bencana alam banjir, gempa bumi dan sebaginya. Pada waktu yang sama, kita juga menfasilitasi bantuan kewangan untuk CSO yang terlibat khususnya CSO daripada Malaysia dan oleh sebab jumlah yang diperlukan itu besar dan kita tidak mampu untuk menyediakan dana itu daripada pihak kerajaan, kami sedang memikirkan kaedah untuk bagaimana kita menggunakan dana daripada pihak korporat tentulah kena ada tax exemption dengan izin dan sebagainya dan ini kita sedang fikirkan. Misi bantuan kemanusiaan bukan sahaja di Cox’s Bazar, setakat ini kita putuskan untuk sambung sehingga tahun 2021 dan kita akan nilai sejauh mana kita akan meneruskan hospital medan kita di sana dan memang ada bantuan daripada beberapa negara Islam yang lain tetapi juga kita menerima bantuan daripada beberapa pertubuhan antarabangsa di sana. Tentang kakitangan tempatan yang diambil oleh malawakil di luar negara saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas yang membantu menjawab soalan Yang Berhormat Arau tadi. Memang kita ada ambil orang-orang Malaysia tetapi tidak ramai, sebahagiannya kerana di situ memang ada soal-soal perundangan yang mereka hendak rakyat mereka bekerja dan sebagainya, tetapi memang seboleh-bolehnya kalau kita boleh ambil kita ambil rakyat kita. Walau bagaimanapun, ada kewajarannya juga mengambil rakyat asing di tempat tersebut kerana mereka lebih tahu tentang keadaan negara mereka. Apakah kita masih ada lantikan politik? Tidak ada. Yang adapun kalau orang politik yang hendak dipanggil sebagai lantikan politik tetapi pada kami, kami tidak anggap ini sebagai lantikan politik sebab kami pastikan bahawa bab melantik duta itu bukan lantikan politik. Yang Berhormat Cheras dilantik sebagai utusan khas Perdana Menteri ke China kalau Yang Berhormat hendak anggap itu sebagai lantikan politik itu saya serah kepada Yang Berhormat tetapi pada kami yang kami khususkan tiada lantikan politik bagi seorang duta rasmi Malaysia ke luar negara. ■1810 Tuan Yang di-Pertua, ... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apakah Yang Berhormat cuma DAP sahaja yang dapat peluang untuk lantikan politik. DR.7.11.2019 134

Dato’ Saifuddin Abdullah: [Ketawa] Sudah diminta lain pula. Tidak apalah, saya tidak payah jawablah. Yang Berhormat Arau memang suka bergurau. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, tadi saya ada tanya mengenai gaji yang diberi kepada duta khas ini. Terima kasih. Dato’ Saifuddin Abdullah: Ya, saya belum sampai tetapi oleh kerana sudah tanya nanti saya jawab bertulislah. Soal kebajikan ... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Turus 1 ya? Dato’ Saifuddin Abdullah: Soal kebajikan, soal kemudahan kepada pegawai-pegawai di perwakilan luar negeri. Dengan peruntukan yang bertambah sebanyak RM58.25 juta pada tahun ini, kita dapat memberi fokus kepada kebajikan serta kelayakan penjawat awam seperti yang tertakluk dalam pekeliling yang sedia ada yakni contohnya kelayakan ahli keluarga untuk ikut bersama, kemudian tambang kapal terbang bagi apa yang dipanggil relief break untuk pegawai di penempatan hardship, visitation untuk anak-anak dan sebagainya dan juga soal-soal pendidikan anak-anak mereka ketika mereka di luar negara. Sekarang kita sedang berunding dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Misalnya sesetengah anak pegawai-pegawai kita di luar negara mereka hendak belajar di Malaysia tetapi dia tidak ada SPM. Jadi, mereka ada waktunya sukar sedikit hendak masuk ke IPTA kerana ada syarat yang tertentu misalnya mesti lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Bahasa Melayu ada Julai Paper dengan izin tetapi Sejarah itu lain pula. Jadi, kita sedang berbincang apakah ada kaedah yang lain sebab kita boleh terima pelajar luar negara yang langsung tidak ada apa-apa itu tetapi bagi tidak akanlah untuk diplomat kita yang berbakti kepada negara, susah payah di luar negara, anak dia ada kesukaran. Akan tetapi kita sedang lihat ini. Ini termasuklah soal anak-anak para diplomat kita yang tinggal di Malaysia untuk mereka memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Ini antara perkara yang termasuk soal kita menjaga kebajikan bagi pegawai-pegawai kita di luar negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ada. Dato’ Saifuddin Abdullah: Ya, terima kasih. Sekretariat ASEAN. Yang Berhormat Kudat pun bertanya kepada perkara ini soal sejauh mana ia berkesan. Sebenarnya Malaysia yang melahirkan idea Komuniti ASEAN 2025 semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN. Memang kita tahu ASEAN tidak ditubuhkan sebagai blok ekonomi. Ia ditubuhkan atas kerisauan isu-isu keselamatan. Jadi, teras keselamatan dan politik ASEAN, saya fikir ini antara kejayaan ASEAN, tidak menolak isu Laut China Selatan yang belum selesai, tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya mengelakkan konflik yang besar daripada berlaku dalam wilayah kita. Akan tetapi tumpuan Malaysia untuk Komuniti ASEAN 2025, dari sekarang hingga tahun 2025, ialah bahagian teras ekonomi seperti yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. DR.7.11.2019 135

Bagi kita, teras ekonomi ini ada tiga cabang yang ingin kita bangunkan bersama-sama dengan negara-negara ASEAN yang lain iaitu pertama menggunakan pasaran besar ASEAN ini. Ada 650 juta penduduk ASEAN. Ini suatu pasaran yang besar yang harus kita guna secara optimum. Kedua, ialah soal meningkatkan perdagangan intra ASEAN yakni di antara negara- negara ASEAN dan ketiganya untuk menjadikan ASEAN ini sebagai suatu hab pengeluaran. Pengeluaran apa, itu perkara yang harus kita fikirkan tetapi bukan sekadar sebagai suatu hab pertanian atau pun yang mengeluarkan bahan mentah seperti yang lazim dikenali dunia. Saya hendak jawab sekali beberapa isu yang ditimbulkan. Palestin saya sudah sebutkan tadi. Rohingya saya sudah sebutkan. Kalau saya boleh tambah tentang Rohingya dari segi ASEAN ialah keputusan baru-baru ini ketika sidang kemuncak di ASEAN, dua perkara. Pertama ialah kita menubuhkan suatu pasukan tetap untuk membantu pelaksanaan repatriasi daripada luar Myanmar untuk balik ke Myanmar. Menurut Setiausaha Agung ASEAN, sudah ada dana yang kita perolehi daripada badan-badan antarabangsa. Tujuan pasukan tetap ini bukan sahaja untuk memastikan repatriasi itu berlaku tetapi juga untuk memastikan keselamatan ketika mereka balik ke Rakhine. Namun, belum ada keputusan dan malahan belum ada cadangan untuk ada pasukan pengaman daripada ASEAN. Saya tidak fikir Myanmar akan bersetuju dan saya tidak fikir ada negara ASEAN yang lain juga yang akan bersetuju. Perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat ASEAN. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sedikit sahaja Yang Berhormat sebab saya ada berbahas tentang perkara ini. Saya sedar, kita telah menghantar pasukan keselamatan jauh lebih ke negara-negara seperti Somalia dan sebagainya. Kalau Myanmar adalah begitu dekat secara geografi dengan Malaysia, apakah susah sangat untuk Malaysia menghantar pasukan pengaman. Saya juga telah mencadangkan supaya kalau boleh Malaysia, kalau tidak boleh melakukannya secara Malaysia sahaja, bolehkah kita berganding bahu dengan negara-negara Asia yang lain supaya kita menghantar satu pasukan pengaman. Ini kerana akan menjamin keselamatan masyarakat di sana yang kita lihat mengalami macam-macam masalah akibat keganasan yang berlaku di sana. Dato’ Saifuddin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya ambil maklum. Saya anggap ini sebagai suatu cadangan daripada Yang Berhormat. Saya tadi sekadar melaporkan perkara ini belum pernah dibincangkan. Isu Uighur... Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Sedikit Yang Berhormat isu Rohingya tadi yang dibincang di peringkat ASEAN itu, adakah repatriasi itu hanya melibatkan daripada Bangladesh balik ke Rakhine State atau pun juga melibatkan pelarian Rohingya yang ada di negara kita, seramai 120,000 itu. Maksudnya adakah pihak ASEAN juga berbincang soal hak kewarganegaraan yang menjadi keutamaan untuk Rohingya diberi itu? DR.7.11.2019 136

Dato’ Saifuddin Abdullah: Perkara yang dibincangkan baru-baru ini itu ialah repatriasi daripada Bangladesh ke Myanmar. Tidak termasuk yang di Thailand, tidak termasuk yang di Malaysia. Akan tetapi soal repatriasi ini memang Yang Berhormat sebutkan yang akhir itu memang sangat berkaitan dengan soal kewarganegaraan dan kerakyatan. Umumnya, orang Rohingya tidak akan balik kalau dia tidak ada jaminan dia akan dapat kerakyatan dan dia ada freedom of movement dalam negara mereka sendiri. Cuma, soal mereka yang berada di Malaysia ini isunya sedikit berbeza. Mereka tidak berada dalam keadaan sesusah di Cox’s Bazar sebagai contoh tetapi mereka hendak balik. Kalau kita tanya, mereka hendak balik. Mungkin ada yang hendak pergi ke negara ketiga, mungkin ada yang hendak duduk di Malaysia. Ini ada juga tetapi kebanyakannya hendak balik. Cuma soalnya sekali lagilah soal kerakyatan dan sebagainya dan Malaysia antara negara yang paling lantang dalam ASEAN yang tetap mengatakan bahawa isu kerakyatan ini mesti dijadikan perkara yang prinsip. Perkara kedua yang diputuskan di Bangkok baru-baru ini ialah kita hendak pastikan supaya dialog diadakan. Masalahnya dua percubaan repatriasi sebelum ini tidak berlaku kerana mereka tidak mendengar pandangan daripada para pelarian yang berada di Cox’s Bazar itu. Kita menasihati Myanmar dan juga Bangladesh supaya mereka adakan dialog yang berterusan dengan pelarian-pelarian Rohingya. Isu Uighur ditimbulkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai ... Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Sekejap, sekejap. Isu Rohingya lagi Yang Berhormat Menteri. Sedikit saya hendak tanya. Kita dalam forum-forum di peringkat ASEAN dan juga peringkat Asia saya tengok hanya adakah benar ini hanya tiga negara sahaja yang bertungkus-lumus isu Rohingya ini iaitu Bangladesh, Indonesia dan Malaysia. Lain negara ASEAN ini macam tidak ada usaha, macam bukan masalah dalam negara mereka. Ini dalam forum-forum dan kadang-kadang sampai tidak mahu bincang isu Rohingya ini selain daripada tiga negara yang saya sebut tadi. Jadi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tuan Pengerusi, saya rasa saya sudah jawab tadi dengan cara saya. Soalan Yang Berhormat itu saya rasa Yang Berhormat faham jawapan yang saya sudah bagi sebelum soalan Yang Berhormat. Isu Uighur. Malaysia tidak termasuk dalam negara-negara yang endorse apa sahaja yang diumumkan oleh Beijing. Malaysia juga tidak termasuk dalam kumpulan negara-negara yang tidak bersetuju secara terbuka dengan laporan yang dikeluarkan ataupun maklumat yang diberikan oleh Beijing. Dalam pertemuan saya dengan Menteri Luar China saya menyampaikan pendirian Malaysia yang begitu yang saya sebutkan tadi dan saya mencadangkan kepada beliau bahawa untuk Malaysia, kami melihat isu Uighur ini menggunakan dengan izin, civilizational approach. ■1820 Kita melantik ISTAC (Institute of Islamic Thought and Civilization), UIA untuk mengepalai perbincangan, diskusi, mencari maklumat dan sebagainya supaya kita boleh memainkan DR.7.11.2019 137 peranan kita dengan cara yang tertentu, dengan cara yang bersesuaian dengan kemampuan kita dalam isu Uighur ini. Soal... Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tuan Pengerusi, boleh tidak - Saya bagi Yang Berhormat Bera, tetapi selepas itu Tuan Pengerusi kalau boleh, bukanlah saya tidak hendak jawab pencelahan, tetapi saya hendak cuba jawab sehabis-habisnya yang mungkin. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat, dari segi Uighur ini, kita hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku? Adakah ada pihak yang mengatakan ia merupakan propaganda Amerika untuk memburukkan China, tetapi ada yang mengatakan memang perkara itu, penyeksaan itu benar-benar berlaku. Jadi, apakah keadaan yang sebenarnya? Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila. Dato’ Saifuddin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Bera. Oleh sebab itu kita menggunakan ISTAC untuk dengan izin, validate sebab fakta itu ada macam-macam. Kita adalah pendirian kita, sebab itu kita sampaikan kepada Menteri Luar China. Kita ada... Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Boleh kasi jawapan bertulis kepada saya? Dato’ Saifuddin Abdullah: Kalau bertulis, saya boleh kepada Yang Berhormat Bera. Tuan Pengerusi, oleh kerana saya sebut China dan tadi ini heboh fasal China. [Ketawa] Parti Komunis China dan sebagainya, saya hendak jelaskan ini prinsip hubungan antarabangsa. Ahli- ahli Yang Berhormat, kalau hendak debat bab ini, jangan bawa saya ke dalam debat ini, debatlah keluar. Hubungan antarabangsa dengan mana-mana negara secara bilateral ini dia ada tiga peringkat, kerajaan dengan kerajaan, parti dengan parti, rakyat dengan rakyat. Jadi, bebas untuk mengadakan hubungan tidak kiralah dia parti K atau parti M atau parti Y dan sebagainya, dan ia tidak terhad kalau parti itu mesti jadi kerajaan. Misalnya UMNO atau Barisan Nasional hendak ada hubungan dengan mana-mana parti yang mereka suka, di mana-mana negara yang kita ada hubungan diplomatik, bebas, tidak ada masalah. Kita tidak larang kerana ini adalah prinsip demokrasi dan dalam hubungan antarabangsa. Selepas itu Yang Berhormat hendak syarah, pergilah bersyarah dekat luar. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya, faham itu Yang Berhormat Jelutong? Dato’ Saifuddin Abdullah: [Ketawa] Baik. Yang Berhormat Kepala Batas, tidak apalah, sahabat lama ini saya jawab kemudian. Yang Berhormat Kudat ada bertanya tadi tentang beberapa - Yang Berhormat Kudat ada? Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Kudat tidak ada. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Sik tentang - Saya sudah jawab beberapa tadi yang Kashmir dan sebagainya. Fasilitator di Thai Selatan, negara Thailand menukar fasilitator mereka, ada seorang bekas Jeneral yang baru, kita masih fasilitator yang sama. Dalam pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Thailand minggu lalu di Bangkok, perkara ini ditimbulkan. Memang dia ada dua peringkat atau tiga peringkat. Bab DR.7.11.2019 138 keselamatan itu memang kami tidak campurlah, tetapi bab hubungan diplomatik itu kita bantu dari semasa ke semasa. Terrorism... Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: [Bangun] Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Minta sedikit Yang Berhormat Menteri. Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri hendak bagi dekat Ketua Pembangkang itu, kalau boleh saya pohon sekali sebab saya juga menyoal soalan yang sama semasa mencelah Yang Berhormat Lembah Pantai. Dato’ Saifuddin Abdullah: Boleh, boleh. Boleh Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, boleh tidak saya tidak bagi pencelahan? Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya, sebab hanya tinggal 16 minit sahaja. Dato’ Saifuddin Abdullah: Hendak jawab secepat mungkin. Tentang soal menghadapi terrorism ini kita ada beberapa bentuk tindakan. Apa yang dipanggil tindakan-tindakan yang the hard approachh dengan izin, itu memang di bawah pihak polis, pihak tentera dan sebagainya. Apa yang dilakukan oleh SEARCCT ini ialah ada soft approach dengan izin, terutamanya counter terrorism secara online. Oleh kerana itu, itu specialization pengkhususan SEARCCT dan ini kita buat dengan kerjasama dengan beberapa badan-badan yang seumpama dengannya di negara- negara ASEAN, beberapa buah negara ASEAN dan juga beberapa pihak di luar daripada ASEAN. Saya hendak pergi kepada soal IDFR, ini kita membuat latihan-latihan untuk pegawai- pegawai daripada negara-negara membangun. Kita juga menghantar pakar kepada negara membangun. Di bawah Program MTCP kita sudah perkenalkan, tadi ada soalan tentang Putrajaya Fellowship, kita sudah mengadakan pilot project dengan lima orang pimpinan muda daripada lima buah negara ASEAN. Mereka sekarang sedang berada di Kuala Lumpur untuk mengadakan visitor’s programme dan bertemu dengan Tuan Speaker, bertemu dengan beberapa orang Menteri, bertemu dengan saya semalam dan pimpinan politik, pimpinan korporat dan sebagainya. Yang Berhormat Paya Besar saya hendak jawab sekali dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tentang maritim. Saya hendak jawab dua sahaja. Pertama, soal COC itu memang priority kita, tetapi mahu tidak mahu dengan pengalaman yang sedia ada, kita merasakan bahawa kita mesti mempunyai suatu pusat pemikiran maritim atau apa sahaja namanya, buat masa ini kami di Wisma Putra kata hendak tubuhkan Centre of Excellence on Maritime kerana memang banyak perkara yang harus kita dalami dengan sebaik-baiknya. Sebelum ini memang kita ada inter-agency meeting dengan pelbagai jabatan, APMM, perikanan dan sebagainya, tetapi kita harus institusikan. Mesyuarat ia tidak selesai, ia kena betul-betul institusikan berpusat di Wisma Putra. Ini saya kata apa yang kami buat di Wisma Putra untuk kita meningkatkan kecekapan kita dan kepantasan kita untuk bertindak dalam isu-isu yang berkaitan dengan maritim kerana negara DR.7.11.2019 139 kita ini memang negara maritim. Kita ada Semenanjung dan kita ada Sabah dan Sarawak yang memang dikelilingi oleh laut. Soal anak muda, ini sebab bekas pimpinan mahasiswa. Sebenarnya minggu depan saya akan melancarkan suatu platform anak muda dalam isu-isu antarabangsa sebab memang banyak Majlis Belia Malaysia, Parlimen Belia Malaysia, semua ini ada aktiviti-aktiviti antarabangsa dan ini kita akan cuba selaraskan. Bukan untuk mengawal, tetapi untuk memudahkan. Saya hendak jawab sekali dengan sahabat saya yang bertanya tentang Ahli Parlimen tadi. Bagaimana dengan Ahli-ahli Parlimen. Sebenarnya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya bercakap dengan saya semalam tentang isu yang sama, Yang Berhormat Parit Sulong. Kita memang hendak adakan suatu mesyuarat dengan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dengan IPU, APA dan segala AIPA. Kita hendak cari jalan bagaimana soalan cepumas peruntukan itu boleh kita cari bersama. Memang sekarang ini tidak ada. Saya tahu Ahli-ahli Yang Berhormat dengan izin, travel dengan belanja sendiri. Akan tetapi sebenarnya dari segi diplomasi awam dan hubungan multilateral Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen dari Eropah mainkan peranan ini yang sangat besar termasuk dalam isu minyak kepala sawit dan sebagainya. Jadi kita akan adakan mesyuarat itu sebelum berakhir sidang ini, kita buat waktu makan tengah harilah. Yang Berhormat Parit Sulong boleh belanja happy birthday kepada... [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. OIC saya sudah jawab. Bilangan pejabat Malaysia di luar negara, yang ini Yang Berhormat Sik, saya jawab bertulislah sebab detail nombor-nombor dan sebagainya, berapa jumlah kedutaan. Yang Berhormat Segamat bertanya tentang ISIS. Tadi ada cadangan Yang Berhormat Pontian hendak tukar sedikit nama itu, saya ingat tidak apalah... Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Saifuddin Abdullah: [Ketawa] Tidak apa, tidak apa. Saya ingat buat masa ini tidak apa. Orang tahu ini ISIS yang baik, tetapi ISIS ini memang dahulunya bukan di bawah Kementerian Luar Negeri sebab itu dahulu tidak ada bajet di bawah kita, baru tahun ini RM2.5 juta. Jadi, itu sebab tiba-tiba ada yang ini. Soal rakyat kita yang beragama Kristian ke Israel, yang ini saya ingat saya akan teliti tetapi pokoknya, kita tidak akan mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel. Dia kena juga menggunakan kaedah yang lain sekiranya mereka ingin menziarahi tempat ibadat di sana. Kita juga belum ada cadangan untuk mengadakan utusan khas Perdana Menteri ke India buat masa ini. Yang Berhormat Kuala Krai bertanya tentang, banyak yang tentang - Okey. Banyak soalan tentang LTTE, Zakir Naik. Saya hendak sebutkan, bagi Wisma Putra, kami tidak samakan. Zakir Naik adalah satu isu.

DR.7.11.2019 140

■1830 Jadi kalau tidak bersetuju pun, kita tidak setujulah isu Zakir Naik. LTTE adalah isu yang berbeza. Zakir Naik keputusannya ialah untuk kita tidak menghantar dia pulang. LTTE ini di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan saya fikir saya tidak wajar untuk memberikan komen tentang perkara itu tetapi saya faham maksud yang ditimbulkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Tentang visa Furada Yang Berhormat Kuala Krai... Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya? Dato’ Saifuddin Abdullah: ...Saya akan jawab bertulis. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Sekejap saja. Berkenaan dengan Zakir Naik. Yang saya tanya tadi ialah berkenaan permohonan ekstradisi. Dato’ Saifuddin Abdullah: Ya. Saya akan jawab. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya. Dato’ Saifuddin Abdullah: Memang ada permohonan daripada India dan kita sudah– Perdana Menteri Malaysia sudah jawab mengapa kita tidak hantar balik kepada Perdana Menteri, maaf. Semasa pertemuan antara Perdana Menteri India dengan Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri India semasa di Vladivostok, Perdana Menteri India menyebutnya dengan izin in passing. Jadi tiada perbincangan dan ketika pertemuan saya dengan Menteri Luar India minggu lalu semasa di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN, beliau menimbulkannya dengan begitu tertib, beliau hanya meminta untuk kita menghantar surat untuk jawapan rasmi daripada kita. Walaupun sebelum ini kita sudah balas dan ini kita akan hantar secepat mungkin, kita bincang dengan pihak Peguam Negara, apakah jawapan yang paling tepat yang boleh kita sampaikan kepada mereka. Yang Berhormat Setiawangsa, United Nation Convention Against Torture adalah satu daripada dengan izin, low hanging fruits tetapi ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan kita sentiasa berurusan untuk bagaimana perkara ini boleh diselesaikan. Memang kita ada cadangan untuk meratifikasi tetapi kita mengambil kira pengalaman kita yang lepas, pengalaman dalam ICERD, pengalaman dalam ICC, kita akan lebih berhati-hati, kita akan lebih banyak mengadakan libat urus. Kita akan mengambil kira perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Arau tadi dan untuk mengelakkan daripada tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini misalnya bangkangan yang melampau-lampau dan sebagainya. Baik, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian ini dia selalu tanya soalan macam peperiksaan. Panjang, tidak tahu yang mana satu hendak jawab. APEC 2020 ini di bawah MITI. Insya-Allah akan diadakan pada bulan November 2019. Perkara utama yang orang cari sekarang ialah oleh kerana sebelum ini ada apa yang dipanggil Matlamat-matlamat Bogor. Matlamat-matlamat Bogor itu sudah habis sudah waktu dia, tempoh dia pada tahun ini, jadi tahun depan tumpuan dunia kepada APEC di Kuala Lumpur ialah apakah dia matlamat APEC selepas 10 tahun mempunyai Matlamat Bogor. Saya takkan jawab... DR.7.11.2019 141

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat yang ditanya tadi siapakah Perdana Menteri pada tahun November 2020. Itu soalannya ya. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya, itu yang ditanya juga. Dato’ Saifuddin Abdullah: Itu manalah saya hendak dapat menjawab, Yang Berhormat. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Selain daripada kos, tidak dapat jawab, kos. Dato’ Saifuddin Abdullah: Kos saya jawab bertulis. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Arau jangan menyibuklah. Dato’ Saifuddin Abdullah: Saya sudah sebut tadi tentang kebajikan... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tadi sudah cium tangan kan. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey, presint... [Ketawa] [Dewan riuh] Dato’ Saifuddin Abdullah: Presint Diplomatik di Putrajaya. Ini sebenarnya bergantung... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sangkaan jahat. Dato’ Saifuddin Abdullah]: ...Bergantung kepada kedutaan-kedutaan asing. Kebanyakan mereka ini dia sudah ada aset, dia sudah ada aset di Kuala Lumpur sebelum kita buka Putrajaya, jadi mereka memang buat masa ini tidak begitu berminat. King Salman Center for International Peace, Kabinet mengarahkan supaya Kementerian Pendidikan mengkaji semula sebab idea ini asalnya daripada Kementerian Pendidikan kemudian dia jadi sedikit berbeza. Itu yang tidak diteruskan dan sekarang kita minta Kementerian Pendidikan lihat balik dan sekiranya ada kewajarannya kita boleh saja teruskan. Terima kasih, terima kasih, terima kasih lah Yang Berhormat Pontian. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Menteri Pertahanan umum dia ditutup. Dato’ Saifuddin Abdullah: Maksudnya ia tidak diteruskan. Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Akan tetapi akan diteruskan kata Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Kementerian Pendidikan sedang mengkajinya. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Okey, dengan USIM ya. Dato’ Saifuddin Abdullah: Ya dengan USIM sebab paper asal datang daripada USIM. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mudah-mudahan hubungan kita dengan Raja Salman itu akan pulih, insya-Allah. Dato’ Saifuddin Abdullah]: Naam Ya Sheikh. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: [Bercakap dalam Bahasa Arab] Dato’ Saifuddin Abdullah: [Bercakap dalam Bahasa Arab] [Ketawa]. Tuan Yang di- Pertua, La Takalam dengan izin. Yang Berhormat Bukit Bendera, soal, saya hendak jawab satu sahaja. Friendship City dengan Sister City buat masa ini kita ada moratorium dan kita sedang kaji DR.7.11.2019 142 semula keberkesanannya. Ada yang buat Sister City lepas itu sister entah ke mana, city pun entah ke mana. Jadi kalau hendak buat balik, kita harus jaga baik-baik. Soalan tentang sama ada kita bayar yuran pada masanya untuk PBB dan semua obligasi kita, memang setakat ini kita bayar tepat pada masanya. Jumlah pelajar Malaysia Yang Berhormat Pontian tanya. Sekarang ini kita ada lebih 40,000 pelajar Malaysia di luar negara. Paling ramai ialah di Australia, di Australia paling ramai ialah di Melbourne. Baik, Yang Berhormat Rantau Panjang. Soal... [Disampuk] Tidak ada, saya jawab bertulis. Yang Berhormat Pasir Gudang memang selalu tekun dan tertib. Mana yang saya hendak jawab yang saya belum jawab ini. Okey, ASEAN Outlook on the Indo-Pacific. Ini adalah perkara yang sudah diputuskan oleh ASEAN, ia diterima baik oleh negara-negara lain termasuk kuasa- kuasa besar. Sebenarnya ASEAN Outlook on the Indo-Pacific adalah pandangan ASEAN untuk memastikan sentiasa berlaku apa yang dipanggil ASEAN centrality apabila kita berbincang dengan kuasa-kuasa besar. Kenapa kita panggil ASEAN Outlook kerana memang kita sebenarnya tidak perlu sangat ada Indo-Pacific ini untuk ASEAN tetapi ada negara ASEAN yang rasa ia perlu, maka kita kata kita harus ada position tentang Indo-Pacific. Lain-lain itu saya sudah jawab bersama yang lain-lain. Yang Berhormat Kuala Kangsar. Majlis Perundingan Dasar Luar saya tubuhkan sebagai Menteri Luar sebaik saja saya menjadi Menteri. Terdiri daripada 10 orang yang daripada luar kementerian. Ada wanita, ada wakil belia, ada wakil dalam human rights, ada bekas diplomat dan sebagainya. Kami berjumpa dua kali setahun dan menasihati Menteri dan pegawai-pegawai dalam hal-hal tertentu termasuk dalam proses rundingan melahirkan kerangka dasar luar Malaysia baharu. Akan tetapi peranan Majlis Perundingan Dasar Luar ini juga nanti akan banyak bergantung kepada perkembangan dan izin Select Committee yang akan ditubuhkan oleh Dewan ini. Saya fikir Select Committee yang ditubuhkan oleh Dewan ini jauh lebih besar daripada- Majlis Perundingan ini internal lah, tetapi Select Committee yang akan ditubuhkan itu pada saya akan mempunyai peranan yang lebih besar. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Tahniah Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Taraf ‘K’ oleh travel advisory US kita sudah bincang dengan Amerika Syarikat. Ini kaedah mereka memberikan, tetapi nampaknya tidak ada kesan dari segi pelancongan kerana mereka tahu bahawa taraf ‘K’ itu atau status ‘K’ itu sebenarnya tidak membawa maksud yang sedemikian dan kita telah menerangkan perkara ini. Okey, saya minta maaf kalau tidak sempat hendak jawab semua. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri... DR.7.11.2019 143

Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Ledang... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, beruang, beruang a.k.a Jho Low. Dato’ Saifuddin Abdullah: Dia begini. Ada yang di bawah pihak Kementerian Dalam Negeri, ada yang di bawah pihak Kementerian Luar Negeri. Lazimnya apa yang Kementerian Luar Negeri lakukan ialah kalau dalam kes Jho Low, memang kami bukan lead agensinya tetapi dalam hal-hal yang tertentu kami adalah juga peranan kita secara diplomatik menghubungi pihak kerajaan yang satu lagi itu dan kita cuba sedaya upaya untuk cuba membawa Jho Low balik. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Menteri ada minta bantuan daripada Yang Berhormat Sembrong kah? Dia kata dia boleh bantu cari untuk Yang Berhormat Pekan. Dato’ Saifuddin Abdullah: [Ketawa] Tidak apalah itu, tidak apalah. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apakah dia masih berada di China Yang Berhormat? Dato’ Saifuddin Abdullah: Dia ini moving target Yang Berhormat. Saya boleh jawab macam itulah ya. Yang Berhormat Parit Sulong saya sudah jawab cepu mas. Lain-lain itu saya rasa saya sudah jawab ketika menjawab yang lain-lain tadi tetapi Yang Berhormat Parit Sulong kena belanja makan tengah hari untuk mesyuarat sebelum habis sidang sesi ini. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Yang Berhormat Ledang tadi mana Yang Berhormat Ledang, sudah hilang. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Ledang tadi... Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Sikit saja. Dato’ Saifuddin Abdullah: Belgrade itu saya terima itu sebagai satu cadangan ya. Kita lihat – Yang Berhormat Ledang Tuan Pengerusi sudah hantar gambar dekat saya. ■1840 Saya ingat gambar rumah dia di Belgrade, rupanya aset milik kerajaan Malaysia di Belgrade. Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Tumpat. Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat Menteri. Dato’ Saifuddin Abdullah: Bab jerebu ini Yang Berhormat Tumpat, kita menawar bantuan kepada Indonesia tetapi mereka tidak hendak menerima bantuan daripada kita dan saya difahamkan ada rakan saya Menteri yang berkaitan sedang memikirkan apakah sekiranya berlaku lagi atau mudah-mudahan tidak berlaku lagi tetapi apakah kita boleh mengambil tindakan kepada syarikat Malaysia yang berada di luar negeri kalau mereka terlibat dengan perkara tersebut. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: IOI. Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat Menteri. DR.7.11.2019 144

Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Padang Serai. Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat Menteri, Segamat boleh? 10 saat sahaja. Dato’ Saifuddin Abdullah: Sembilan saat. Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Okey. Yang Berhormat Menteri, yang cadangan ke duta India itu kalau boleh Yang Berhormat Menteri masukkan sebagai cadanganlah ke Kabinet. Cadangan. Itu sahaja daripada kita. Terima kasih. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey terima kasih. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Yang Berhormat Menteri, sini. Batu Kawan. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tuan Pengerusi, macam mana? Boleh? Masa saya tidak cukup. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya bagi sedikit lagi. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Sebab isu belum di... Dato’ Saifuddin Abdullah: Sikit boleh. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Boleh. Boleh. Kalau Kementerian Luar. No problem. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Arau tidak payah lah. Yang Berhormat Arau selalu dah. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Arau dah selalu dah. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Ini mengenai penahanan Mu Sochua di Lapangan Terbang KLIA. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat menggulung. Terima kasih. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey. Baik. Ada dua tiga orang yang bertanya tentang Ahli- ahli Politik daripada Cambodia. Pertama, memang kita ada menerima surat daripada Cambodia untuk berkaitan dengan satu senarai nama ahli-ahli politik. Bagi mereka pembangkang yang partinya telah pun diharamkan dan kita menjawab dengan cara yang bijaksana. Kedua, kita tidak ada hasrat untuk melakukan apa-apa tindakan kerana ada desakan daripada mana-mana pihak termasuk dalam hal ini daripada Cambodia. Ketiga, sambil mengambil kira hubungan bilateral dan sebagainya, kita melaksanakan dan saya fikir pegawai-pegawai kita di lapangan terbang mengambil kira semua itu dan kerana itu Yang Berhormat tidak mendengar mereka dihantar balik ke Cambodia. Satu lagi ialah sebahagian Yang Berhormat mungkin sedia maklum ada di kalangan tokoh-tokoh politik pembangkang ini mereka sebenarnya memang hendak balik ke Cambodia pada 9 November iaitu Hari Kemerdekaan ataupun Hari Kebangsaan mereka tetapi kita tidak campur lah. Ini soalan mereka, tetapi kita cuba menangani isu ini dengan secara yang sebaik- DR.7.11.2019 145 baiknya dengan tidak merosakkan hubungan bilateral tetapi pada waktu yang sama sebagai kerajaan dan negara yang demokratik kita menanganinya dengan cara yang paling bijaksana. Yang Berhormat Padang Serai, COC saya dah jawab, Maritime sudah. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, yang disebut tadi itu apakah peruntukan itu mencukupi? Saya tolong Yang Berhormat. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tidak cukup. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, duit peruntukan terlampau rendah. Dato’ Saifuddin Abdullah: Saya setuju. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Untuk Maritime only RM1.7 milion. Jadi, apakah Yang Berhormat kata puas hati ataupun tidak? Kalau tidak kami akan desak supaya Menteri Kewangan bagi kurang-kurangnya RM20 juta untuk menyelesaikan masalah Maritime. Itu maksud saya. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey. Memang tidak cukup, tetapi janganlah undi tidak sokong pula. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tidak. Tidak. Kami akan sokong 100 peratus tetapi kami tidak setuju. Kami minta ditambah. Kita minta dibuat pindaan ditambah. Kami tidak akan sokong yang sekarang. Kalau ditambah kami sokong. Dato’ Saifuddin Abdullah: Itu saya setuju. Saya hendak beritahu tahun lepas pun kita minta tambahan, lepas itu dapat dan tahun ini sebelum kita hantar surat minta tambahan kita berunding untuk dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, jangan terlampau diplomatik pasal duit ini. Yang lain tidak apa, luar negara. Hat dengan ini, Menteri Kewangan minta terus jangan diplomatik punya. Sebab dia tidak akan bagi kalau tak minta. Dato’ Saifuddin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Rasah. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Arau, cium tangan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, dia membuat sangkaan jahat. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Rasah bertanya... Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Jelutong jangan ada gangguan. [Sistem pembesar suara dimatikan]. Yang Berhormat Jelutong jangan buat gangguan. Yang Berhormat Arau sila duduk. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya memberi lagu is now or never kepada Yang Berhormat Port Dickson tadi yang dinyanyikan oleh Elvis Presley. Saya kata kalau hendak buat, buat sekarang. Is now or never, either is too late. Tomorrow is too late you know. Dato’ Saifuddin Abdullah: Terima kasih... DR.7.11.2019 146

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Hampa UMNO dari dulu batu api lah. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Arau, is already too late. [Dewan ketawa]. Sila. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Rasah bertanya tentang—kalau kita tidak ambil kakitangan tempatan, dia tidak menjejaskan hubungan tetapi saya sudah jelaskan tadi ada waktunya memang kita harus ambil mereka. Soal sumbangan tahunan ke badan-badan antarabangsa, yang ini untuk apa saya akan jawab secara bertulis. Sebab ada yang untuk MALBATT, untuk badan antarabangsa dan sebagainya. Yang Berhormat Bandar Kuching, sekiranya pun United Kingdom keluar daripada EU, dia tidak akan ada kesan hubungan antara kita dengan United Kingdom kerana kita punya kedutaan di London beroperasi macam biasa dan hubungan kita dengan EU ialah melalui kedutaan kita di Brussels. Tentang job scam, sebenarnya ada beberapa kami bercadang untuk mengeluarkan video-video penerangan kepada rakyat Malaysia tentang job scam dan satu lagi saya boleh sebutkan tentang keperluan untuk rakyat Malaysia ada insurans bila mereka melancong. Oleh kerana Malawakil tidak akan terbantu mereka seandainya mereka tidak mempunyai insurans. Akan tetapi bab job scam dan sebagainya kita cuba sedaya upaya. Akan tetapi kalau isu itu melibatkan isu yang lain misalnya mereka dituduh mengedar dadah dan sebagainya yang ditanyakan oleh seorang Yang Berhormat tadi yang itu berbeza sedikit. Konsuler akan memberikan perkhidmatan. Saya faham yang ditanya tadi sebab orang itu, saudaranya ada datang ke pejabat, sudah bertemu pun dengan saya punya pegawai khas. Kita telah pun menunjukkan bagaimana untuk cuba membantu hal ini daripada berlaku. Pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan, kita sedang menilai dan kita akan ada perbincangan khusus untuk melihat kesan ini dan tentu bila kita bincang ini kita akan duduk bersama dengan kerajaan Sarawak dan Sabah. Yang Berhormat Ipoh Timur, berkaitan dengan—terima kasih kerana memberikan penghargaan kepada pegawai-pegawai Malawakil yang bertugas bertungkus-lumus. Untuk menubuhkan tabung untuk rakyat di luar negara, cadangan yang baik kita akan timbangkan tetapi Yang Berhormat sedia maklum ini melibatkan soal kewangan. Elaun luar negeri untuk pegawai- pegawai kita kalau hendak banding dengan setengah negara memang kecil tetapi untuk Belanjawan 2020 kita cuba reinstate dengan izin apa yang mereka pernah ada. Sebab sebelum ini kena potong lebih teruk lagi dan selepas ini kita akan cuba untuk boleh tambah. Yang Berhormat Sibuti. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Sibuti tidak ada di dalam Dewan. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tidak ada saya. Okey, saya jawab bertulis. Yang Berhormat Batu Kawan. Eh ada. DR.7.11.2019 147

Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ada. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Batu Kawan ada. Saya dah jawab tentang— saya rasa saya dah jawab semua. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Pulau Pisang tidak sebut lagi. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang ratifikasi untuk tiga itu saya akan jawab bertulis sebab ini tidak berkaitan. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat telah jawab semua. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Pulau Pisang, Singapore. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Pulau Pisang. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Pulau Pisang. Pulau Pisang, tidak jawab. Dato’ Saifuddin Abdullah: Pulau Pisang... Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat. Tumpat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Beting Raja Jarum. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Pulau Pisang yang dibangkit masa Yang Berhormat Pendang. Dato’ Saifuddin Abdullah: Untuk makluman Dewan, Pulau Pisang adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara. Sedikit penjelasan, pentadbiran rumah api di Pulau Pisang dilaksanakan oleh Singapura adalah hasil persetujuan antara Sultan Johor ketika itu dan Gabenor Negeri Selat melalui dengan izin indenture bertarikh 6 Oktober 1900. Rumah api tersebut dikawal selia Maritime and Port Authority of Singapore. Berdasarkan indenture tersebut, Singapore mempunyai hak pengurusan rumah api tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam indenture tersebut. Namun begitu, kedaulatan wilayah Malaysia tidak langsung tergugat atau terjejas memandangkan Singapura hanya mempunyai hak pengurusan terhadap rumah api tersebut. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang tadi dia bersyarah Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Itulah. Dato’ Saifuddin Abdullah: Saya tidak reti hendak jawab syarahan tentang ideologi. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Masalah ideologi di antara negara tadi menyebabkan kita berbeza itu. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tidak apalah. Memang kita berbeza. Kalau tidak, tidak akan ada duduk sebelah sana, duduk sebelah sini. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Ada persamaan. Dato’ Saifuddin Abdullah: Akan tetapi saya dah jawab tadi yang tentang Pulau Pisang dan juga Kashmir. Yang Berhormat Bagan Serai, Rohingya saya dah jawab, OIC saya dah jawab. Rombongan MP ke Rakhine State saya rasa ini percubaan yang boleh kita lakukan untuk membantu sekretariat ASEAN tetapi saya hendak cadangkan ini kita bawa masa perbincangan yang akan makan tengah hari di belanja oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih. DR.7.11.2019 148

■1850 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Baik, saya setuju. Sik setuju. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya belanja bagi pihak Yang Berhormat Parit Sulong. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat Parit Sulong, happy birthday. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Yang Berhormat Parit Sulong mengetuai delegasi. Dato’ Saifuddin Abdullah: Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Bukit Gelugor saya sudah jawab tadi tentang Zakir Naik dan juga tentang Jho Low. Yang Berhormat Sandakan, soal sebelum itu tadi ada seorang bertanya tuntutan Filipina ke atas Sabah. Secara rasminya, Kerajaan Filipina hari ini tidak membuat apa-apa tuntutan. Itu adalah keadaan semasa. Ada masanya dalam diplomasi tadi ada Ahli Yang Berhormat yang menyebut ada waktunya kita guna megafon strategi lah, whispering strategilah. Jadi yang ini saya rasa kalau boleh dengan izin, don’t ask, don’t tell lah strategi yang kita gunakan. Setakat ini mereka tidak menimbulkannya secara rasmi. Jadi don’t ask, don’t tell, itu mungkin lebih baik. Akan tetapi Yang Berhormat Batu Gajah bab maritim saya sudah jawab, bilateral Malaysia India. Sebenarnya dalam pertemuan saya dengan Menteri Luar India semasa di Bangkok, saya nyatakan bahawa kita menerima dua signal yang berbeza daripada India. Satu, kita melihat kenyataan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan perniagaan yang meminta New Delhi supaya memboikot minyak kelapa sawit Malaysia. Pada waktu yang sama sebuah organisasi daripada Tamil Nadu mencadangkan supaya New Delhi jangan memboikot kelapa sawit kerana mereka ada— kalau ikut laporan itu, mereka kata dia ada 500 orang warganegara India yang bekerja di Malaysia khususnya dalam bidang ICT dan restoran. Jadi dia kata kalau nanti jadi dengan izin apa namanya, quid pro quo — minta maaflah saya sekolah Melayu ya dan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Namun, perkara ini saya yakin Menteri Industri Utama bekerja keras dan kita sentiasa membantu dari segi untuk kita memastikan kelapa sawit kita ini berjalan dengan baik. Akan tetapi tadi ada seorang... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Orang India yang bekerja di sini lebih daripada 300,000, bukan 500. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tak apalah, saya kata mengikut laporan dia. Akan tetapi tadi ada seorang Yang Berhormat ketika mencelah dia kata ini cerita kelapa sawit. Dia kata hubungan Malaysia dengan China sekarang ini tidak baik. Oleh sebab itu mereka tak beli atau kurang beli kelapa sawit. Saya hendak betulkan fakta. Hubungan kita dengan China baik terutamanya selepas kita renegotiate, dengan izin ECRL dan China sudah tambah pun jumlah pembelian kelapa sawit daripada Malaysia. [Tepuk] Jadi Tuan Pengerusi... Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Hidup BN. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tuan Pengerusi, sekali lagi... DR.7.11.2019 149

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Cium tangan. Dato’ Saifuddin Abdullah: Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana perbahasan yang begitu menarik. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Menteri, ada sedikit tadi. Saya minta jawab bertulis Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli Yang Berhormat tahu tak hari ini hari apa? Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sebab bukan— sedikit ini pasai apa Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Malam Jumaat. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ...Diplomatik protes dibuat berkala. Yang Berhormat, kalau perkataan kalau dibuat tiap-tiap bulan, tak ada kerja lain. Yang Berhormat, saya sensitif yang itu saja. Kita kena ingat, ini ialah maruah kedaulatan negara kita. Kita kena buat diplomatik protes tiap-tiap hari. Bukan berkala Yang Berhormat. Jadi ini soal Beting Raja Jarum, Beting Patinggi Ali ini ialah maruah negara Yang Berhormat. Dato’ Saifuddin Abdullah: Okey. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Arau, bakal Presiden UMNO. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya tak kata... berkala, saya ingat semua orang boleh masuk. Esok Yang Berhormat Jelutong pergi jadi warganegara lain pun dia akan masuk untuk menjajah negara Malaysia sebab... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Eh, saya warganegara Malaysia lah, jangan lupa. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Diplomatik protes dan ini serius. Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat Arau, sila duduk Yang Berhormat Arau. Baik, terima kasih. Dato’ Saifuddin Abdullah: Tuan Pengerusi. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau bakal Presiden UMNO. [Pembesar suara dimatikan] Tuan Pengerusi [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya minta... Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Baru tahu ka, baru tahu ka? Dato’ Saifuddin Abdullah: Tak, tak boleh hendak duduk sudah ni Yang Berhormat Arau. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Cium tangan, cium tangan lagi. Cium lagi. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Tangan lembut tak? Dato’ Saifuddin Abdullah: Maksud saya tadi— Yang Berhormat Arau dengar lah. Tak apa, saya terima. Saya anggap itu nasihat. Jadi ayat yang— saya minta ayat saya yang saya kata kalau setiap bulan itu tak ada kerja itu, saya tarik balik. Akan tetapi yang berkala itu memang DR.7.11.2019 150 kita buat secara berkala. Perkara ini serius dan saya rasa tak dak Ahli Yang Berhormat dalam dunia yang paling fasih dan petah bab Beting Patinggi Ali selain daripada Yang Berhormat Arau. Insya-Allah, Tuan Pengerusi kita akan bertemu lagi dalam Mesyuarat Khas antara Kementerian Luar Negeri dengan Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dengan hal ehwal antarabangsa yang memegang jawatan dan sebagainya dengan makanan tengah hari di belanja oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Terima kasih. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Dan Yang Berhormat Arau. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM724,338,100 untuk Maksud B.13 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM724,338,100 untuk Maksud B.13 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual] Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM93,436,900 untuk Maksud P.13 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2020 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM93,436,900 untuk Maksud P.13 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kami bersetuju dengan pindaan ditambah peruntukan. Tuan Yang di-Pertua, kena tanya kami itu. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Isnin, 11 November 2019. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.56 petang]