Belum Disunting 12 Mei 2017
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BELUM DISUNTING 12 MEI 2017 (Mesyuarat dimulakan pada jam 9.21 pagi) [Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat] DOA PEMASYHURAN OLEH TUAN SPEAKER Tuan Speaker: Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Honourable Members, Under Standing Order 12 (1) & (2) “Government business shall take precedence over private members business and Government business shall be set down in such order as the Government thinks fit and communicate to the Secretary”. Four days that is today, Monday, Tuesday and Wednesday of next week are set aside for the daily one hour question time. Monday, Tuesday and Wednesday of next week shall be devoted to debate on Head of State’s address. Ahli Yang Berhormat bagi pihak Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang telah meninggal dunia pada 22 Mac 2017 yang lepas dan keluarga mendiang Temenggong Datuk James Jimbun Pungga yang telah meninggal dunia pada 18 April 2017 yang lepas. Mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai adalah merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Kabinet Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Bukit Assek. Manakala, mendiang Temenggong Datuk James Jimbun Pungga adalah bekas Ahli Parlimen bagi Kapit. Bagi memperingati kedua-dua mendiang marilah kita sama-sama bertafakur selama seminit. Terima kasih. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN YB Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor: Pokok getah menjadi papan, Cantik molek dibuat sepatu. YB Menteri tolong beri jawapan, Soalan saya nombor 1. PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ DAN FARDHU AIN DALAM DUN BETING MARO (1) Tuan Haji Razali Bin Haji Gapor bertanya kepada Ketua Menteri: (a) Apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menubuhkan Pusat Pengajian Tahfiz dan Fardhu Ain di kampung-kampung dalam DUN Meting Maro? (b) Apakah perkembangan cadangan Kerajaan untuk membina Sekolah Rendah Agama RGC Beladin dan berapa anggaran kos yang terlibat? Tuan Speaker: Hebat. Menteri Muda Elektrik Luar Bandar (YB Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi): Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro. Cantik pantunnya. 1 BELUM DISUNTING 12 MEI 2017 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro, Kerajaan buat masa ini belum bercadang untuk membina Pusat Pengajian Tahfiz di DUN Beting Maro. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menyediakan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain atau Kafa untuk kanak-kanak berumur diantara 7 – 12 tahun di semua sekolah rendah kebangsaan di DUN berkenaan, DUN Beting Maro. Dalam masa yang sama orang awam setempat boleh mengikut kuliah Al-Quran dan pengajian Islam melalui kelas-kelas Taqmer yang telah diatur oleh Majlis Islam Sarawak di masjid-masjid dan surau-surau di DUN Beting Maro. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Beting Maro di kawasan DUN Beting Maro untuk kelas Kafa disediakan di lapan buah sekolah rendah yang mengajar seramai 1,925 orang murid. Manakala untuk seluruh kawasan DUN Beting Maro di enam buah masjid dan tujuh buah surau, Kerajaan menyediakan seramai sembilan orang guru taqmer yang mengajar di surau dan masjid di kawasan DUN Beting Maro. Berhubung dengan cadangan untuk membina sekolah rendah agama di RGC Beladin, Kerajaan pada masa ini telah pun meluluskan tanah berkeluasan 15.5 ekar. Cadangan projek ini akan dikemukakan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan anggaran kos berjumlah RM28 juta. Terima kasih. Tuan Speaker: YB Mong Anak Dagang, Bukit Bengunan ... (Interruption) Oh, ada soalan tambahan. Tuan Haji Razali Bin Haji Gapor: (Soalan Tambahan) Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Menteri atas jawapan. Saya ada dua (2) soalan. Soalan pertama, apakah reka bentuk dan kemudahan disediakan di sekolah agama yang dicadangkan? Soalan kedua, siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada pembinaan sekolah tersebut? Menteri Muda Elektrik Luar Bandar (YB Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi): Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat bagi Beting Maro. Untuk soalan tambahan pertama, sekolah rendah agama di RGC Beladin ini telah dicadangkan untuk dibina dengan bangunan yang mempunyai 24 bilik kelas, asrama lelaki dan perempuan serta kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah-sekolah biasa iaitu seperti kemudahan makmal sains, bilik kemahiran hidup, surau, kantin, blok pentadbiran dan kuarters guru. Dan untuk soalan tambahan yang kedua, apabila sekolah rendah agama RGC di Beladin ini siap kelak, InsyaAllah ia akan dijangka memberi manfaat kepada anak-anak daripada kampung-kampung yang berdekatan seperti Kampung Beladin, Kampung Pusa, Kampung Semarang, Kampung Tambak, Kampung Kalok, Kampung Meludan dan Kampung Terisuk. Terima kasih. Tuan Speaker: Ahli Yang Berhormat Datuk Mong Dagang, Bukti Begunan. TIMBER LICENSES ALONG KELINGKANG RANGE (2) YB Datuk Mong Anak Dagang to ask the Minister for Resource Planning and Environment: (a) Has the Government issued any timber licenses for areas along the Kelingkang Range in Sri Aman? (b) If so, please State how many licenses were issued, the total acreage involved and the expiry dates. 2 BELUM DISUNTING 12 MEI 2017 Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar (YB Datu Haji Len Talif Salleh): Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Begunan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Begunan, Kerajaan melalui Jabatan Hutan pernah mengeluarkan 5 lesen pembalakan di kawasan sekitar banjaran Kelingkang sejak tahun 1997 yang melibatkan kelulusan kawasan keseluruhannya 7232 hektar dan kesemua lesen pembalakan tersebut telah tamat tempoh semenjak 2011 dan tidak diperbaharui. Terima kasih. YB Datuk Mong Anak Dagang: (Soalan Tambahan) Saya ada dua soalan tambahan, Tuan Speaker. Nombor satu, berapakah jumlah keseluruhan kawasan Bukit Kelingkang termasuk yang terlibat dalam kawasan pembalakan. Dan keduanya adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Taman Negara untuk preserve flora dan fauna yang ada di kawasan tersebut? Sekian, terima kasih. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar (YB Datu Haji Len Talif Salleh): Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Begunan. Seperti yang telah saya katakan tadi keseluruhan kawasan yang telah dilesenkan di dalam kawasan berkenaan ialah 7,232 hektar dan buat masa ini Kerajaan belum lagi mempunyai perancangan untuk mengisytiharkan kawasan ini sebagai Taman Negara ataupun rizab semulajadi ataupun Santuari Hidupan Liar, walau bagaimanapun kita akan berusaha ke arah itu jika kita mendapati flora dan fauna dan lain-lain atau mendapat permohonan dari masyarakat setempat. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker: Ahli Yang Berhormat Encik Jefferson Jamit, Bukit Goram. PENUBUHAN PUSAT KRAFTANGAN DI KAPIT (3) YB Encik Jefferson Jamit Anak Unyat bertanya kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Kapit mempunyai banyak hasil kraftangan seperti anyaman, tenunan, ukiran dan hasil rekaan manik. Apakah perancangan Kerajaan untuk mewujudkan Pusat Kraftangan di Kapit? Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (YB Datuk Lee Kim Shin): Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Goram, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak belum ada perancangan untuk mewujudkan Pusat Kraftangan di Kapit. Walau bagaimanapun, Perbadanan Kraftangan Malaysia dan Majlis Kraf Sarawak sentiasa berhubung dan menunjukkan aktiviti bersama penggiat kraf di Kapit. Pada masa sekarang, pengusaha-pengusaha kraftangan di Kapit menjalankan aktiviti mereka di kediaman masing-masing. Bagi aktiviti penenunan pua, Perbadanan Kraftangan Malaysia telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM62,130 untuk membina bengkel dan bantuan peralatan tenunan pua yang diketuai oleh Puan Suzy Imbah di Nangka Entawa. Sebanyak RM120,000 juga telah disalurkan sebagai bantuan peralatan memproses bahan pewarna asli kepada Puan Bangi Anak Embol dan rakan-rakan di Baleh. Perbadanan Kraftangan Malaysia telah mengemukakan cadangan untuk menjadikan Bahagian Kapit sebagai Pusat Kraf Tenunan Pua di bawah Program 1Daerah 1Industri. YB Encik Jefferson Jamit Anak Unyat: (Soalan Tambahan) Terima kasih kepada Menteri atas jawapan. Saya ada dua soalan tambahan. Yang pertama, berapakah bilangan pengusaha kraf yang telah didaftarkan dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia terutama sekali Kraf Sarawak dan bidang yang diceburi? Soalan tambahan kedua, apakah aktiviti- aktiviti pemasaran dan promosi produk kraf bagi tahun ini, tahun 2017? Sekian, terima kasih. 3 BELUM DISUNTING 12 MEI 2017 Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (YB Datuk Lee Kim Shin): Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Goram. Untuk menjawab soalan pertama tadi, bilangan usahawan yang telah di daftar di bawah Perbadanan Kraftangan Malaysia dan Majlis Kraf Sarawak, sehingga Disember 2016 ialah 224 orang. Dan bidang yang diceburi ialah tekstil, hasil rimba, logam dan manik. Bagi soalan tambahan yang kedua berhubung dengan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi produk kraf bagi tahun 2017, saya ingin memaklumkan bahawa pada keseluruhannya terdapat dua badan yang menganjurkan aktiviti pemasaran dan promosi produk. Satu ialah di bawah Perbadanan Kraftangan Malaysia dan keduanya ialah di bawah Majlis Kraf Sarawak. Untuk aktiviti promosi dan pemasaran yang dianjurkan di bawah Perbadanan Kraf Malaysia pada tahun ini adalah seperti berikut iaitu pada 23 Februari hingga 6 Mac iaitu selama 12 hari,