ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI ISNIN 7 NOVEMBER 1994 PUKUL 2.30 PETANG

Bi1.41 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri m€ nyatakan:

(a) kejayaan missi-missi pelaburan yang telah dijalankan sepanjang tahun 1994 ini berbanding dengan tahun 1993;

(b) apakah keutamaan dan tumpuan pelaburan luar yang ingin di tempat di dalam negara sekarang; dan

(c-) adakah terdapat kesan ke atas pelaburan ke dalam negara hasil daripada perubahan iklim politik di kalangan Negara Rantau ASEAN dan jiran-jiran yang lain.

*2. Tuan Wee Choo Keong minta Menteri Undang-undang menyatakan:

(a) oleh kerana Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang telah mengumumkan bahawa beliau berpendapat bahawa adalah perlu untuk mengkaji semula semua ijazah undang- undang, khususnya yang dianugerahkan oleh universiti luar negeri, sila berikan butir-butir ijazah undang-undang universiti yang tidak akan diiktirafkan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang dan alasan-alasan tidak mengiktirafkan ijazah ini;

(b) bilakah tempoh latihan (pupillage) selama 9 bulan akan dimansuhkan dan apakah gantinya;

(c) sejak pengenalan Sijil Amalan Guaman, berapa ramaikah yang telah lulus peperiksaan ini. Sila berikan pecahan pelajar yang lulus peperiksaan ini berdasarkan pernegang ijazah tempatan dan pernegang ijazah luar negeri; dan 2

(d) bilakah peraturan baharu seseorang peguam dikehendaki mengamal selama tiga tahun sebelum dibenarkan membuka firma sendiri akan dikuat- kuasakan.

*3. Tuan Shahidan Kassim minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) apakah yang dimaksudkan dengan permodenan yang dirangka melalui perkara 4 strategi oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan setakat manakah is dapat membangunkan taraf sosial ekonomi nelayan;

(b) adakah Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan perlu menukar strategi dan corak pengawalan yang sedang diamalkan untuk memperbaiki keberkesanan fungsi mereka; dan

(c) apakah langkah bagi mengatasi masalah kegiatan pukat harimau, pukat Apollo dan pukat sorong di persisiran pantai Pasir Panjang hingga Kuala Remis dan Kampung Panchor masih berleluasa.

*4. Tuan Hi. Bunvamin Yaakob minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejauh manakah benarnya kawasan Chow Kit menjadi sarang pelacur dan penagih dadah;

(b) jika benar nyatakan sebab-sebab kenapa kawasan Chow Kit menjadi sarang penyakit masyarakat; dan

(c) apakah langkah dan rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

*5. Tuan Mohamed Khaled bin Haii Nordin minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) berapakah jumlah pelaburan syarikat-syarikat tempatan di negara -negara asing semenjak Rancangan Malaysia ke Enam;

(b) di negara-negara mana dan apakah bidang atau sektor yang menjadi tumpuan pelaburan tersebut; dan

(c) apakah kesannya kepada ekonomi negara. *6. Tuan minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan mengapa tidak ada pindaan diperkenalkan untuk meminda Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi mempastikan pemaju perumahan lebih bertanggungjawab berkenaan dengan:-

(a) mempercepatkan pengeluaran sijil kelayakan;

(b) mengadakan peraturan caj perkhidmatan dikenakan ke atas pemilik rumahpangsa, pangsapuri dan kondominium; dan

(c) gimik iklan yang mengelirukan bagi melindungi pembeli rumah.

*7. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Perusahaan Utama menjelaskan tentang teguran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan pembalakan yang berleluasa sehingga menjejas dan merosakkan alam sekitar baru-baru ini:

(a) sejauh manakah Kementerian mengambil tindakan yang serius dan berkesan selepas teguran-teguran tersebut;

(b) apakah Kerajaan Negeri yang terlibat dihubungi dan bagaimanakah reaksi mereka; dan

(c) apakah Kementerian berpuas hati dengan usaha- usaha yang dibuat untuk mengawal pembalakan haram ini. Jika tidak apakah usaha-usaha yang dibuat selanjutnya.

*8. Tuan Geoffrey Yee Lung Fook minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan mengenai Pulau Sebatik iaitu sebuah pulau berdepan dengan bandar Tawau yang nyata paling miskin dalam daerah Tawau kerana tidak ada jalan raya, bekalan elektrik luar bandar atau bekalan air dan mempunyai lebih 10,000 orang penduduk di pulau itu:-

(a) adakah Kerajaan menimbangkan untuk membekalkan elektrik, membina jalan raya untuk menghubungi semua kampung dan bekalan air luar bandar kepada penduduk-penduduk pulau ini dengan serta merta; dan

(b) jika tidak apakah Kerajaan menimbangkan memberi peruntukan untuk kemudahan-kemudahan ini dalam rancangan Malaysia yang akan datang. 4

*9. Than Richard Riot ak Jaem minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) berapa buah kedai BERNAS didirikan di seluruh negara, mengikut negeri; dan

(b) adakah kedai-kedai ini dikendalikan oleh BERNAS sendiri ataupun di "sub-lease" kepada orang lain.

*10. Tuan Wahab bin Suhaili minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) difahamkan kini banyak kekosongan jawatan dalam semua kategori berlaku di Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan di Negeri , terutama sekali jawatan Pekerja Rendah Awam. Kekosongan ini sedikit sebanyak menjejaskan mutu kerja dan imej sesebuah jabatan berkenaan dan sekaligus menjejaskan produktiviti; dan

(b) adakah pihak. Kementerian bercadang untuk memberi kuasa kepada Ketua Jabatan Persekutuan khususnya di Negeri Sarawak supaya pengambilan Pekerja Rendah Awam boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan itu sendiri.

*11. Tuan Haii Hamzah bin Mohd . Zain minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:-

(a) perkembangan dan prestasi MASTIC sehingga kini; dan

(b) langkah-langkah untuk mengatasi jurang di antara kajian penemuan baru dan penciptaan dengan usaha pengguna basil kajian penemuan penciptaan tersebut oleh masyarakat.

*12. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan sama ada sedar kerenah birokrasi dalam DBKL berada di tahap paling serius, termasuk surat-surat yang tidak mempunyai tempoh masa untuk diberikan jawapan, sukar mengadakan temujanji dengan pegawai-pegawai tinggi , tidak mahu memberikan kerjasama untuk peluang berbincang, menyebabkan berlakunya tindakan -tindakan kasar ke atas penjaja-penjaja, setinggan-setinggan dan peniaga -peniaga kecil . Sila nyatakan langkah- langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kerenah birokrasi dalam DBKL ini demi pembangunan .

*13. Tuan Michael Lisa Kaya minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah anggaran kos projek yang diprivatiskan kepada Konsortium Indah Water Sdn.Bhd yang mengendalikan "National Sewerage System" untuk seluruh Negara dan apakah kedudukan sekarang mengenai perlaksanaan projek ini dan adakah Konsortium ini menghadapi banyak masalah tentang perlaksanaan. Adakah Konsortium ini juga diberi kontrak untuk mengendali projek ini di Negeri Sarawak dan Sabah. 5

*14. Tuan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa kalikah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik telah dilaporkan kehilangan paspot antarabangsanya semasa berada di luar negara ; dan sila berikan butir-butir penuh untuk kehilangan sedemikian, termasuk kehilangan paspot antarabangsanya semasa beliau melawat ke Argentina sebagai salah seorang ahli rombongan lawatan rasmi Perdana Menteri ke situ.

*15. Datuk Michael Asang minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-

(a) berapakah jumlah keperluan sebenar perumahan kos rendah di Negeri Sabah bagi menampung dan memenuhi keperluan tempat tinggal di Sabah menjelang tahun 2000;

(b) jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian untuk tujuan pembinaan rumah kos rendah di Sabah bagi tahun 1994 ini;

(c) jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud di atas daripada jumlah yang telah diluluskan oleh Kementerian; dan

(d) sila nyatakan bilangan unit rumah kos rendah yang telah dan sedang dibina di bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

* 16. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) senaraikan berbagai komponen dalam kontrak- kontrak penswastaan di Westport, Kiang;

(b) apakah nilai kontrak masing-masing dan syarikat manakah yang diberi kontrak-kontrak ini; dan

(c) pernahkan kontrak-kontrak ini diberikan melalui tender bersaing yang terbuka.

*17. Tuan Wong Wing On minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kerajaan akan memulihkan pilihan demokratik Kerajaan-kerajaan tempatan.

*18. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebagai menunai janji pilihanraya bahawa bayaran eletrik akan diturun atau dikurangkan, kini, Barisan Nasional sudah pun berkuasa semula di Sabah, bilakah janji ini akan ditunai. *19. Tuan Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman minta Menteri Pendid- ikan menyatakan adakah rancangan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan rancangan sekolah satu sessi yng bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Adakah pihak Kementerian telah mengambil kira dari semua sudut apabila membuat cadangan di dalam perkara ini. Adakah perkara-perkara seperti bangunan sekolah yang mencukupi, cuaca panas di negara ini, pendidikan agama pelajar-pelajar islam, keramaian pelajar di dalam bilik darjah, kekurangan guru-guru di semua peringkat, pendapat guru-guru, pendapat masyarakt dan lain-lain telah diambil kira sebelum hendak melaksanakan rancangan ini.

*20. Datin Paduka Haiah Rakibah bte Hi. Abd. Manan minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan sedang mengkaji sama ada sistem Saraan Baru yang sedang dilaksanakan untuk keseluruhan kakitangan awam dalam negara ini dapat diteruskan sepenuhnya atau memerlukan beberapa pindaan untuk kehendak masa kin!, memandangkan ada beberapa kelemahan yang telah disuarakan oleh persatuan kakitangan seperti Cuepacs baru-baru ini.

*21. Tuan Ruhanie bin Haii Ahmad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan lama ada usaha peperangan anti-aids akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementeriannya kerana penyakit tersebut merupakan satu ancaman yang sama bahayanya dengan dadah terhadap kesejahteraan generasi dan keselamatan negara di masa akan datang.

*22. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang dikenalpastikan oleh Kerajaan atas pencegahan masalah dadah, apakah cadangan-cadangan akan diambil supaya lebih banyak rakyat Malaysia digalakkan untuk bersama-sama membenteraskan Najis Dadah.

*23. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan sama ada Kerajaan sedar dan bercadang akan mengujudkan suatu jentera bagi mengambil tindakan-tindakan bersepadu ke atas masalah-masalah sosial hari ini yang semakin serius terutamanya penyalahgunaan dadah, bohsia, lepak, seks bebas, penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi. Penyelarasan dan penyeragaman tindakan ini penting supaya tidak ujud pertembungan idea dan gaya tindakan yang memudaratkan.

*24. Puan Haiah Rani binti Dato' Haii Isahak minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sedarkah Kerajaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak berlandaskan Islam dan menjatuhkan imej negara ini sebagai negara majoriti rakyatnya Islam; dan

(b) bilakah Kerajaan bercadang untuk merujuk Akta itu dan akta-akta lain kepada ulama-ulama Islam bagi mempastikan undang-undang yang mengurus kehidupan orang-orang Islam dinegara ini tidak menyalahi ugama Islam dan tidak menzalimi rakyat bukan berugama Islam. *25. Tuan Philip Yong Chiew Lip minta Menteri Kewangan menya- takan bahawa:-

(a) apakah keputusan Kerajaan dan setakat manakah usaha telah dijalankan untuk menjadikan kawasan Telipok di Sabah sebagai Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone);

(b) berapakah lamanya Kerajaan dapat melaksanakan Zon Perdagangan Bebas ini;

(c) adakah Kerajaan merancangkan agenda perdagangan dan business yang specifik untuk Zon Perdagangan Bebas ini dan apakah rancangannya; dan

(d) dengan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas di negeri Sabah, adakah Kerajaan rancangan khas untuk membantu atau memberi hak istimewa kepada orang tempatan.

*26. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan mengenai lawatan-lawatan resmi yang dibuat olehnya ke luar negeri semasa jawatannya sebagai Perdana Menteri dan jumlah perbelanjaan ke atas lawatan-lawatan tersebut.

*27. Tuan Robert Lau Hai Chew minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kebakaran lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

*28: Tuan Joseph Vun Shin Choi minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) bilakah syarikat penerbangan kedua Negara akan dilaksanakan;

(b) kenapakah kebakaran sering berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang seperti kebakaran radar baru-baru ini. Apakah langkah-langkah yang telah diambil agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi; dan

(c) adakah rancangan untuk mengurangkan tambang antara Malaysia Timur Semenanjung Malaysia untuk memantapkan lagi integerasi antara tiga Wilayah ini. Jika tidak, kenapa.

*29. Tuan Haii Wan Omar bin Wan Maiid minta Perdana Menteri menyatakan apakah benar terdapat sebuah syarikat yang dikenali sebagai G-Team terlibat dalam skandal bersabit program dan iklan di RTM. Apakah benar Menteri Penerangan sendiri terlibat dalam skandal tersebut. Apakah benar siasatan Biro Pencegah Rasuah (BPR) telah dibuat ke atas skandal tersebut. Apakah hasil siasatan itu. 8

*30. Tuan bin Tuanku Jaafar minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) kebakaran di lapangan terbang Kuala Lumpur telah berlaku beberapa kali dari itu adakah Kementerian mengesaki yang kebakaran itu telah di rancang dan dilaksana oleh satu elemen untuk menjejas image, nama dan usaha ekonomi Malaysia. Kalau is apakah langkah untuk mengesan orang-orang (brain) yang bertanggungjawab sama ada dari dalam atau mereka yang diperalatkan oleh elemen luar Negara; dan

(b) jikalau tidak ada fakta yang menunjukkan 'commercial sabortage' tetapi kecuaian dan ketidak perihatianan pegawai-pegawai yang berkenaan sahaja, apakah langkah yang sedang dan akan di ambil untuk mengelak perkara sedemikian berulang lagi. Juga, apakah tindakan displin atau jenayah yang bakal di ambil keatas pegawai berkenaan agar mereka yang dilantik untuk bertanggungjawab sekarang supaya lebih perihatin, komited dan bertanggungjawab. Tidakkah kelembapan mengambil displin dengan keras menimbulkan tanggapan yang Kerajaan lemah dan sanggup bertolak ansur tiap-tiap masa dan memberi gambaran yang 'the worst that could happen to me is being transferred to other departments or Ministry with pension and graduity guaranteed'.

/rs ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (DR.37/94) Rang Undang-undang Perbekalan 1995, - Menyambung semula Perbahasan atas Masalah, "Bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ." (Hari Selasa, 1 November, 1994)

DAN

Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan Masalah dicadangkan:-

Bahawa Usul yang berikut ini diedarkan kepada J awatankuasa sebuah-buah Majlis:

"Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 , membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Empat Belas Bilion, Empat Ratus Dua Juta, Sembilan Ratus Enam Puluh Enam Ribu dan Tujuh Ratus (RM 14, 402,966 ,700) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1995, dan bagi tujuan -tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau 'P ' dal'am senarai Belanjawan Persekutuan, 1995 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 17 Tahun 1994, adalah diuntukkan di bawah maksud -maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut."

Menvambung semula Perbahasan atas Masalah ( Hari Selasa. 1 November. 1994).

2. (DR. 38/94) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Bacaan Kali Dalam Negeri Malaysia 1994 Yang Kedua

3. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengadakan pilihanraya umum yang benar-benar bebas , adil dan saksama termasuk Suruhanjaya Pilihanraya yang benar-benar bebas, pembatalan pengharaman rapat- rapat umum dan pendaftaran pemilih sepanjang tahun.

4. Tuan akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan semula pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh negara bagi memulihkan proses demokrasi diamal sepenuhnya selaras dengan dasar liberalisasi Kerajaan yang lebih luas.

5. Tuan Fong Kui Lun akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan mengadakan undang-undang menghadkan kuasa Menteri Besar dan Ketua Menteri dari memegang pelbagai jawatan dipelbagai agensi supaya tugas itu diserahkan kepada calun lain seperti jawatan pengerusi perbadanan - negeri, yang dipertua majlis daerah /perbandaran dan sebagainya bagi mengelak penyelewengan dan salahguna kuasa.

/j. RISAI.AT-RISALAT YANG DISAWA RE DALAM MESYUARAT

Tahun 1994 Risalat /Dokumen Tarikh Pembentangan

ST. 171 Laporan Tahunan Dan Akaun Teraudit Lembaga Pembangunan Bagi Tahun 1992 1 November 1994

ST. 205 Laporan Tahunan Dan Akaun Teraudit Lembaga Totalisator (LTM) Bagi Tahun 1992 1 November 1994

ST. 134 Laporan Tahunan Dan Penyata Akaun Tembakau Negara 1992 7 November 1994

ST. 144 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) Bagi Tahun 1992 7 November 1994