Sabtu, 19 Disember 2020 Edutorium, MOE HQ
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Sabtu, 19 Disember 2020 Edutorium, MOE HQ 19 December 2020 • Edutorium @ MOE HQ Anugerah Guru Arif Budiman Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) diperkenalkan pada tahun 2007 untuk mengiktiraf sumbangan guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Dengan usaha dan iltizam yang tinggi untuk melestarikan dan memajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan, guru-guru penerima AGAB merupakan suri teladan kepada guru Bahasa Melayu serta anak didik yang lain. Objektif Anugerah Guru Arif Budiman Arif Budiman ialah visi pendidikan Bahasa Melayu di Singapura dan anugerah ini bertujuan mencapai objektif yang berikut: • mengiktiraf guru Bahasa Melayu atas sumbangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah; • mengiktiraf dan menyokong sumbangan guru Bahasa Melayu melestarikan dan memajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan; dan • mengiktiraf guru-guru yang cemerlang sebagai guru teladan dalam memperjuangkan dan memajukan Bahasa Melayu. 2 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Takrif ‘Arif Budiman’ ‘Arif Budiman’ bermaksud insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat. Seseorang yang berciri Arif Budiman mempunyai kekuatan kognitif, moral, emosi dan sosial. Antara ciri-ciri Arif Budiman termasuklah arif atau berpengetahuan tentang bahasa, budaya, nilai dan sastera dan mempamerkan sikap berbudi bahasa serta sentiasa bersedia menabur budi. Gelar dan Jenis Anugerah Dua bentuk Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) dalam empat kategori ditawarkan setiap tahun, iaitu: • Anugerah Guru Arif Budiman – Teladan (Sekolah Rendah) • Anugerah Guru Arif Budiman – Perangsang (Sekolah Rendah) • Anugerah Guru Arif Budiman – Teladan (Sekolah Menengah/Prauniversiti) • Anugerah Guru Arif Budiman – Perangsang (Sekolah Menengah/Prauniversiti) Anugerah Guru Arif Budiman Kategori Teladan diberikan kepada guru Bahasa Melayu yang cemerlang dan telah berkhidmat sebagai guru sekurang-kurangnya 10 tahun. Anugerah Guru Arif Budiman Kategori Perangsang pula diberikan kepada guru Bahasa Melayu yang cemerlang dan telah berkhidmat sebagai guru kurang daripada 10 tahun. Anugerah Guru Arif Budiman 2020 3 Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, seramai 61 guru Bahasa Melayu telah menerima Anugerah Guru Arif Budiman. Mereka ialah: Tahun Nama Guru Mohd Naim Daipi Elmi Zulkarnain Osman 2007 Ishak Abdul Latiff Nur Ashikin Sapri Salina Hussin Sazali Sahri 2008 Mohd Khir Sapuan Abdul Malek Ahmad Halimatussa’diah Jaffar Azyanti Mohd Mudakir 2009 Haryati Surana Noraishah Mostapa Muliana Mohammad Hafsah Mohd Kassim 2010 Nurisham Ismail Haniza Abdul Manan Norashikin Abdul Hamid Aryanti Sukaimi 2011 Salha Mohamed Hussain Farizan Md Amin Safidah Samsudin Supandi Djoeraemi 2012 Massuniza Ismail Muslim Hanafiah Norwati Sulaiman Rashidah Rajah 2013 Rasidah Mohd Rasit Effendy Ahmadi Nazarudin Abdul Bakar Muhammad Irwan Jamal Azizah Shaik Abdul Kadir Ridzuan Abrahim 2014 Zaleha Ahmad Nuraina Mohamed Sin Yahida Yahya Nurbayah Ismail Norazlina Abdul Jalil Nur’Abidah Abdul Rahman 2015 Nurisha Hamid Marliana Mohd Rashid Azah Binte Abdul Aziz Norafizah Shariff 2016 Azhar Abdul Rashid Rashidah Abdullah Siti Zainab Zainal Dr. Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz Fauziah Mohamed Ata 2017 Djohan Abdul Rahman Nurhiza Mohamed Mohd Jamalludin Mohd Affandi Rita Zarina Mohd Nazeer Amirul Asri Hussin 2018 Roslie Buang Sidik Khairyanie Kamsani Mohd Zareen Mohd Shariff Muhammed Andi Arfah Buang Mohammed Zulkepli 2019 Siti Mariam Manshor Nurhafeza Hanem Abdul Azal Sabrina Samsuri Norasiken Mohamed Noor 4 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Jawatankuasa Penganjur AGAB 2020 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM) dan Berita Harian (BH) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). Jawatankuasa Penganjur AGAB 2020 terdiri daripada: Pengerusi Bersama Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar (MBMS) Encik Abdul Harris Sumardi (PGBM) Encik Mohd Saat Abdul Rahman (BH) Encik Zafilin Abdul Hamid (MLLPC) Anggota Cik Rita Goh (MBMS) Cik Liyana Nasyita Shukarman (MBMS) Encik Abdul Khalik Saidin (PGBM) Encik Esfan Rizal Rahwom (PGBM) Encik Suhaimi Sahmat (PGBM) Cik Nur Fathin Awaludin (BH) Puan Noor Azimah Mohd Haad (MLLPC) Puan Dewi Mohamed (MLLPC) Puan Nur Izziana Kamaruddin (MLLPC) Puan Farrah M Ghazali (MLLPC) Cik Hariyati Hairom (MLLPC) Encik Iskandar Shah Abu Bakar (MLLPC) Anugerah Guru Arif Budiman 2020 5 Sekapur Sirih Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim Menteri Negara (Kementerian Ehwal Dalam Negeri & Kementerian Pembangunan Negara) Pengerusi, Majlis Bahasa Melayu Singapura Encik Wan Imran Woojdy Mohamed Woojdy Presiden, Persatuan Guru Bahasa Melayu Ucapan tahniah kepada daripada badan-badan 6 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Sekapur Sirih Encik Mohd Saat Abdul Rahman Editor Berita Harian (BH) Dr Mohamad Maliki Osman Menteri di Pejabat Perdana Menteri; Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar); dan Pengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) penerima AGAB 2020 penyokong AGAB 2020 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 7 Prakata Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar Ahli Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) Encik Abdul Harris Sumardi Naib Presiden Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu (PGBM) Encik Mohd Saat Abdul Rahman Editor Berita Harian (BH) Encik Zafilin Abdul Hamid Ahli Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) 8 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Tahun ini, Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) mengiktiraf tiga lagi orang guru Bahasa Melayu. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, anugerah ini telah memberikan inspirasi kepada ramai guru Bahasa Melayu untuk menjadi suri teladan kepada rakan guru serta anak didik yang lain. Penerima- penerima AGAB yang lepas terus berbakti dan memberikan sumbangan yang bermakna dalam pendidikan bahasa dan budaya Melayu di sekolah dan di peringkat masyarakat. Pengaruh dan peranan seorang guru Bahasa Melayu sememangnya amat besar dalam dunia yang kian pesat berubah. Peranan guru Bahasa Melayu kita bukan sahaja terhad di dalam bilik darjah sebagai penggerak bahasa, sastera dan budaya pelajar. Malah, guru-guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin pembentukan perwatakan yang memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar-pelajar mereka. Berbekalkan hati insani yang ingin membentuk masyarakat berjiwa murni, guru-guru Bahasa Melayu kita juga menabur bakti melalui pelibatan mereka dalam perkongsian ilmu serta menggembleng tenaga membantu masyarakat kita. Inilah hakikat sebenar tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seorang guru Bahasa Melayu. Semoga pengiktirafan ini memperteguh tekad dan semangat guru-guru kita untuk menghidupkan pembelajaran Bahasa Melayu dan merealisasikan visi Arif Budiman. Sirih dijunjung si sirih pinang, Sirih disusun bertingkat-tingkat; Arif disanjung, jasa dikenang, Ilmu dikongsi, budi meningkat. Tahniah kepada para penerima AGAB! Anugerah Guru Arif Budiman 2020 9 Arca AGAB 2020 Sirih merupakan lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Daun sirih merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Sirih pepohon yang tumbuh menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumahnya. Sirih memberikan erti sifat yang merendah diri, kesantunan dan kemuliaan. Begitulah sifat-sifat yang terserlah dalam diri penerima Anugerah Guru Arif Budiman. Reka bentuk arca melambangkan suatu takungan ilmu yang ingin dicurahkan kepada anak bangsa agar terus cekal mengharungi pelbagai cabaran yang mendatang. Sirih-sirih yang bertindan memaparkan keutuhan dan iltizam guru menggalas tanggung jawabnya tanpa jemu. Begitulah kiasan seorang guru yang luas pengaruhnya dalam kehidupan anak didiknya. Guru pelita buana, menyinari bumi; Memperkasa jati diri, berakar budi bestari. 10 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Ilham Kreatif Arca AGAB 2020 (Dari kiri ke kanan) Adik Tan Ying Shan Encik Dexter Sim Yu Min Adik Nabila Binte Hairry Anugerah Guru Arif Budiman 2020 11 Penerima & Finalis Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Kategori Perangsang (Dari kiri ke kanan) Cikgu Nur Syahirah Binte Sa’adon (Penerima AGAB 2020) Cikgu Diana Binte Mohamed Mazlan (Finalis AGAB 2020) Cikgu Siti Rohani Hanim Binte Selamat (Penerima AGAB 2020) Cikgu Hannah Nadhirah Bte Lokman (Finalis AGAB 2020) 12 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Penerima & Finalis Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Kategori Teladan (Dari kiri ke kanan) Cikgu Aszrina binte Tugiman (Finalis AGAB 2020) Cikgu Nuraini Binte Ismail (Finalis AGAB 2020) Cikgu R Azmann A Rahman (Finalis AGAB 2020) Cikgu Elna Binte Hussin (Penerima AGAB 2020) Anugerah Guru Arif Budiman 2020 13 Cikgu Nur Syahirah Binte Sa’adon Sekolah Rendah West View 14 Anugerah Guru Arif Budiman 2020 Kategori Perangsang Penerima Cikgu Nur Syahirah Binte Sa’adon Sekolah Rendah West View Pengalaman Mengajar Sekolah Rendah West View merupakan sekolah pertama saya setelah saya tamat pengajian di NIE. Saya menjalani sesi amali (practicum) di sekolah tersebut dan langsung dipanggil semula untuk mengajar di sekolah itu. Sewaktu mengajar di sekolah itu, saya belajar secara sambilan selama 4 tahun di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Saya dimasukkan dalam senarai dekan pada salah satu semester pengajian saya. Saya berpeluang untuk mengajar semua peringkat dalam masa 5 tahun ini. Saya juga meraih pengalaman mengajar murid-murid Darjah 6 Standard selama 3 tahun. Pada tahun 2018, saya telah ditemu bual oleh Berita Harian mengenai pengajaran yang saya jalankan untuk murid-murid