Belum Disunting 17 Mei 2017
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
BELUM DISUNTING 17 MEI 2017 (Mesyuarat dimulakan pada jam 9.18 pagi) (Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat) DOA PEMASYHURAN OLEH TUAN SPEAKER Timbalan Speaker: Selamat pagi Ahli-Ahli Yang Berhormat, I have granted leave of absence under Standing Order 81(2) to: (a) Yang Berhormat Dato‟ Murshid Diraja Dr Juanda Bin Jaya, Honourable Member for N.44 Jemoreng and (b) Yang Berhormat Encik Baru Bian, Honourable Member for N.81 Ba‟Kelalan for today‟s sitting. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN-JAWAPAN LISAN PERKHIDMATAN INSTITUT JANTUNG NEGARA SAMARAHAN (245) YB Dato’ Haji Idris Bin Haji Buang bertanya kepada Menteri Kerajaan Tempatan: (a) Bagaimanakah prestasi dan manfaat yang dijanakan oleh perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN) Samarahan sejak ia beroperasi hingga kini? (b) Apakah Kerajaan mempunyai perancangan ke arah pembesaran dan peningkatan kapasiti serta prestasinya? Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam (YB Dr Haji Annuar Bin Rapaee): Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Muara Tuang, perkhidmatan kardiologi di Hospital Umum Negeri Sarawak bermula pada tahun 2001. Dan pada tahun 2011 ia berpindah di Sarawak International Medical Centre dan pada masa tersebut namanya ialah Pusat Jantung Hospital Umum Negeri Sarawak. Tetapi bermula pada Januari tahun 2016, ia telah ditukar nama kepada Pusat Jantung Sarawak disebabkan operasinya sebagai pusat bertanggungjawab berasingan daripada Hospital Umum Negeri Sarawak. Ingin hendak saya nyatakan di sini ialah bahawa pusat ini tidak ada kena mengena dengan Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Ia adalah di bawah Kementerian Kesihatan. Jadi tidak sama, IJN dengan Pusat Jantung Negeri Sarawak. Di awal penubuhan pusat ini, Pusat Jantung hanya ada 52 katil tetapi ia telah meningkat pada tahun 2013 kepada 72 katil dan sekarang terdapat 112 katil di Pusat Jantung Negeri Sarawak. Dan pada tahun 2016, this is the latest statistics not 2015, terdapat 4004 pesakit telah dimasukkan ke dalam wad di pusat tersebut dengan bed occupancy rate yang terlalu tinggi iaitu 83%. Dan terdapat dua jenis perkhidmatan yang besar di pusat tersebut. Pertama ialah open heart surgery. Ini termasuk coronary artery bypass dan pada 2016, 282 kes telah dijalankan. Dan yang kedua ialah percutaneous coronary intervention ataupun dinamakan angioplasty dan pada tahun lepas, terdapat 1128 kes dilakukan di pusat jantung tersebut. Ingin hendak saya nyatakan di sini bahawa Yang Berhormat dari Batu Kawah adalah satu satunya orang yang telah terlibat dalam penubuhan Pusat Jantung Negeri Sarawak ini. Beliau kembali dari Australia, menubuh pusat jantung dan hanya bertanding pilihanraya pada tahun 2011. Walaupun kalah tapi he is a legal candidate for that election ... (Applause) 1 BELUM DISUNTING 17 MEI 2017 Untuk jawapan yang kedua, Pusat Jantung ini memang Kerajaan mempunyai perancangan untuk menambaikkannya. Malah, ia ada mempunyai apa yang dinamakan Anjung Kasih. Anjung Kasih ini adalah di bawah binaan Yayasan Jantung Sarawak untuk memberi manfaat kepada pesakit daripada jauh dan boleh tinggal di Anjung Kasih tersebut dan ini secara percuma, tidak perlu deposit atau bayaran. Inilah hakikatnya, Pusat Jantung Sarawak telah memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga kepada saudara mara pesakit yang mendapat rawatan di Pusat Jantung tersebut. Terima kasih. YB Dato’ Haji Idris Bin Haji Buang: (Soalan Tambahan) Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi jawapan yang begitu baik. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawah di atas sumbangan bakti yang baik. Soalan tambahan saya: (a) Berapakah kakitangan yang berkhidmat di Pusat Jantung Sarawak? (b) Berapakah jumlah pesakit luar dan pesakit dalam pada tahun lepas? Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam (YB Dr Haji Annuar Bin Rapaee): Terima kasih Yang Berhormat bagi Muara Tuang. Dari segi pakarnya, Pakar Kardiologi terdapat 12 orang. Sepatutnya 14 tetapi dua dalam Dewan pada hari ini. Dan terdapat tiga Pakar Bedah Jantung. Dan Pegawai Perubatannya, 53 orang. Sementara Jururawatnya 368 orang. Ini pusat yang besar melibatkan ramai kakitangan dan Pakar Anaesthetics nya 3 orang. Dari segi pesakit luarnya pada tahun lepas 49,156 hampir 50,000 pesakit luar yang datang ke Pusat Jantung ini dan pesakit dalamnya ataupun in-patients seramai 4,418. Jadi workload di Pusat Jantung ini amat tinggi sekali. Terima kasih. YB Encik Chong Chieng Jen: Terima kasih. Supplementary question. Timbalan Speaker: No, I think ... YB Encik Chong Chieng Jen: There is a total lack of paediatrics, cardiothoracic surgeon... Timbalan Speaker: Kota Sentosa, it has already been raised in the supplementary question. You are entitled to only two. YB Encik Chong Chieng Jen: He raised only one, isn‟t it? Timbalan Speaker: He raised two. YB Encik Chong Chieng Jen: That is the sub-question, isn‟t it? Timbalan Speaker: Sorry, there are two. YB Encik Chong Chieng Jen: But there is a total lack of paediatrics, cardiothoracic surgeon in the centre. Timbalan Speaker: Kota Sentosa. YB Encik Chong Chieng Jen: Is the Government going to do something about it? Timbalan Speaker: Okay, order, order, please. Next question, YB Dato' Sebastian Ting Chiew Yew. 2 BELUM DISUNTING 17 MEI 2017 RESETTLEMENT FOR SQUATTERS AND AFFORDABLE HOUSE IN MIRI (246) YB Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew asked the Minister for Housing and Urbanisation: (a) Miri has the highest number of squatters in Sarawak, estimated to be 3,700 families. What are the plans to resettle them? (b) What are the plans to build more affordable houses for low and middle income groups for Miri? Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi dan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam (YB Dr Haji Annuar Bin Rapaee): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Piasau, saya tersebut Pujut tadi. Berdasarkan data Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelesaian Setinggan Negeri Sarawak, pada Mac 31 tahun ini, terdapat 2739 ketua isi rumah setinggan di Miri, bukannya 3700 ya, di mana terdapat 45 koloni setinggan di Miri. Program penempatan semula melalui HDC telah dijalankan dengan pemberian lot –lot dan juga pembinaan rumah mampu milik di Miri, misalannya di kawasan Marikan, Api-Api, Senadin dan Kampung Lusut. Oleh yang demikian, di Bahagian Miri terdapat banyak rumah telah diluluskan iaitu sebanyak 1896 di bawah PRIMA pada tahun ini dan 1775 diluluskan di bawah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bahagian Miri. Sementara Perbadanan Pembangunan Perumahan juga mempunyai perancangan untuk membina 278 unit rumah mampu milik SPEKTRA Lite dan 239 unit rumah mampu milik di Lot 3710, Blok 6, Kuala Baram Land District, Miri. Itulah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mengurangkan setinggan di Miri. YB Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew: (Supplementary Question) Tuan Speaker, I have two supplementary questions: (a) Berapakah jumlah setinggan yang telah diselesaikan di Bahagian Miri? (b) Adakah setinggan-setinggan diberikan keutamaan untuk ditawarkan rumah mampu milik? Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam (YB Dr Haji Annuar Bin Rapaee): Terima kasih Yang Berhormat bagi Piasau. Berdasarkan rekod daripada Jabatan Tanah dan Survei daripada tahun 2010 sehingga kini sejumlah 1,803 ketua isi rumah setinggan telah diselesaikan di Miri. Dan adakah mereka ini setinggan boleh ditawarkan ataupun diberi keutamaan untuk rumah mampu milik? Kalau mereka memenuhi syarat-syarat, memang mereka layak, tetapi, not Australian citizenlah. They are not layak untuk memilik rumah mampu milik ini, terutamanya di Miri. Sekian, terima kasih. Timbalan Speaker: Yang Berhormat Encik Gerald Rentap Jabu, Layar YB Encik Gerald Rentap Jabu: Terima kasih Tuan Speaker. Manok ka engkukuk pagi tok neh. Sa, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, bersampi minta Menteri nyau nyaut tanya 247. 3 BELUM DISUNTING 17 MEI 2017 PEMBANGUNAN FOOD BASKET BAGI SARIKEI, BINTANGOR DAN BETONG (247) YB Encik Gerald Rentap Jabu bertanya kepada Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar: (a) Apakah status terkini pembangunan Food Basket untuk Sarikei, Bintangor dan Betong? (b) Senaraikan rumah panjang atau kawasan yang telah dikenal pasti serta terlibat dalam aktivit-aktiviti projek tersebut? Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat (YB Datuk Roland Sagah Wee Inn): Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Layar. Aku enda nemu bersampi, enda berani ... (Laughter). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Layar, kajian Study on the Proposed Master Plan for the Development of the Food Basket for Sarikei, Bintangor, Betong Region telah siap pada tahun 2016. Antara penemuan dan cadangan yang telah disyorkan oleh hasil kajian tersebut, adalah: (a) Luas kawasan tanah yang dikenal pasti sesuai bagi projek tanaman buah- buahan di corridor Food Basket Sarikei, Bintangor, Betong adalah dianggarkan 180,000 hektar. (b) Model perniagaan that is business model yang disyorkan adalah anchor farm out grower farming. Dalam konteks model ini pihak swasta akan melaksanakan anchor farm project bagi tujuan untuk mengeluarkan produk buah-buahan secara besar-besaran dan juga akan memainkan peranan utama dalam memasarkan produk buah-buahan ke pasaran eksport. Sementara itu, pekebun kecil akan diatur that is to organize them untuk menyertai projek tersebut sebagai out grower kepada anchor farm melalui mekanisme ladang kontrak. (c) Antara infrastruktur yang perlu dibangunkan bagi menyokong pelaksanaan konsep food basket adalah jalanraya (access road), pusat pengumpulan