Ekspedisi “Dekat Dengan Alam”, 2011

TAMAN NEGARA KUALA TAHAN,

Taman Negara dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km². Taman Negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air. Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Justeru, menyedari akan keistimewaan dan keunikan ciptaan Ilahi di Taman Negara ini telah mendorong kami, pelajar pendidikan alam sekitar dan kelestarian (GGGE 6223) Sesi 2011/2012 untuk mengadakan program lawatan sambil belajar selama 2 hari 1 malam di sana. Bersama ini dilampirkan laporan aktiviti sepanjang berada di sana.

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Tentatif Program

12/11/2011

7.00am Dari UKM – LPT Highway – Karak Highway – Exit Tol 12.30pm Tiba di Taman Negara – Check in - Lunch 2.00pm “Rapid Shooting” n “Visit Orang Asli”- (selipar dan akan basah) 7.00pm Makan malam 8.30pm Video show Taman Negara 9.15pm “Night Jungle Walk” (mengenal serangga dan binatang-bawa lampu suluh/baju hujan) 11.00pm Rehat

13/11/2011

7.00am Sarapan 8.30am Senaman ringkas 9.00am “Jungle Trekking”-Titian Canopy 1.00pm Makan T/hari –Check-out Program Tamat

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Laporan Ekspedisi ke Taman Negara

HARI PERTAMAPERTAMA,, 12 NOVEMBER 2011

Pada pukul 7.00 pagi , tiba di perkarangan fakulti pendidikan UKM. Lebih kurang pukul 7.20 pagi, setelah masing-masing menempatkan beg dan barang keperluan, kami memulakan perjalanan kami dengan diringi bacaan doa oleh saudara Isfan Fazli bin Abdul Aziz. Kemudian sedikit ucapan daripada Dr Zanaton bt Hj Iksan sebelum kami meneruskan perjalanan. Jelas terpancar wajah ceria masing-masing sewaktu memulakan perjalanan. Yelah, ada di antara kami yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Taman Negara Pahang dan ini merupakan pengalaman pertama yang bakal dilalui dalam eksplorasi alam ini.

Inilah bas yang membawa kami ke destinasi Kuala Tahan…Kiffah Travel & Tours..

Perjalanan kami melalui LPT Highway dan juga Karak Highway . Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di kawasan rehat Karak untuk bersarapan pagi. Kemudian, perjalanan diteruskan dan melalui Exit Tol Temerloh dan seterusnya melalui kawasan Jerantut. Dari Jerantut ke Kuala Tahan mengambil masa selama 70 kilometer. Melalui kawasan Jerantut agak mencabar, melalui jalan kelapa sawit dan bernukit-bukit dengan jalannya yang sempit dan berliku-liku. Sesekali tersentak juga dan terasa Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 dilambung-dilambung akibat jalan yang tidak rata. Ini mungkin sebagai persediaan awal kami sebelum menjalani ekspedisi yang lebih mencabar dalam Taman Negara nanti..

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di Kuala Tahan. Ketibaan kami diiringi dengan hujan renyai-renyai seolah-olah menyambut ketibaan kami. Dalam bas, kami diberi taklimat oleh Encik Rasdan bin Salleh, selaku pengarah Urusan Danz Travel & Adventure Sdn Bhd yang juga orang kuat yang akan memandu dan membimbing kami menjalani aktiviti-aktiviti sepanjang 2 hari satu malam di sini. Kami di maklumkan mengenai tempat penginapan, dan aktiviti-aktiviti yang akan dilalui di sini.

Taklimat ringkas oleh Encik Rasdan bin Salleh

Hujan semakin lebat, namun itu tidak mematahkan semangat kami. Kami keluar dari bas menyusuri tempat penginapan yang terletak tidak jauh dari tempat bas berhenti. Beberapa orang daripada kami singgah sebentar di satu perhentian untuk berlindung daripada hujan untuk seketika. Di sana, kami sempat memakai baju hujan sebagai pelindung diri daripada kebasahan. Kelihatan juga di sekitar kawasan tersebut ada sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dan juga Pusat Kegiatan Guru. Beberapa gerai juga turut kelihatan. Nampaknya, banyak juga kemudahan yang terdapat di sini..

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan

Memakai baju hujan sebelum meredah pergi ke tempat penginapan

Kemudian, kami menyusuri perjalanan ke tempat penginapan yang terletak lebih kurang 80 meter dari tempat kami berhenti tadi. Ada yang menginap di chalet dan dorm. Lokasinya menenangkan, dikelilingi oleh pokok-pokok hutan. Terdapat juga perkhidmatan Wi-Fi disediakan.

Agoh Chalet Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Setelah mempersiapkan diri dan solat Jamak Zohor dan Asar, kami makan tengah hari. Masing-masing nampaknya berselera makan, sesekali tukar selera, dan ditambah pula dengan tempoyak asli Kuala Tahan..ermm ..kecur air liur dibuatnya..!!

Kemudian, lebih kurang pukul 2.00 petang, kami diberi taklimat oleh En Rasdan mengenai aktiviti seterusnya iaitu ‘Rapid Shooting’ dan melawat Orang Asli. Kami diperkenalkan dengan 3 orang ‘guide’ yang akan membimbing kami sepanjang program di sini. Mereka ialah Amiruddin, Nabing, dan Sabri.

Rapid Shooting merupakan aktiviti menaiki bot melalui jeram-jeram. Dan merupakan eksplorasi di 7 jeram di Sungai Tembeling. Sebelum menaiki bot, kami diberi taklimat untuk memasukkan barangan ke dalam plastik agar ianya tidak basah, dan hanya memakai selipar sahaja. Di samping itu aspek keselamatan diambil berat,di mana kami semua dikehendaki memakai jaket keselamatan sewaktu berada dalam bot. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menaiki bot panjang berbumbug yang disediakan. Setiap satu bot diselia oleh seorang pemandu pelancong. Jeram-jeramnya berliku-liku, terumbang-ambing kami dibuatnya. Baju hujan yang dipakai kononnya untuk melindungi daripada basah air sungai tidak bermakna lagi..hehe..bukannya apa kerana memang akan basah . Deruan air yang deras, di tambah pula kelajuan bot yang sengaja ditambah tidak memungkinkan kami semua terselamat daripada kebasahan..memang ‘thrill’ namun menyeronokkan..

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

‘Rapid shooting’

Perjalanan rapid Shooting mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke Kampung Dedari, iaitu kawasan Perkampungan Orang Asli. Untuk Setelah tiba di perkampungan Orang Asli Batek Negrito, kami diberi penerangan tentang kehidupan mereka, cara mendapat api dan cara membuat sumpit.

Menurut Amiruddin, kaum batek negrito yang ada di perkampungan ini sudah agak moden dari cara pemakaian mereka dan binaan rumah. Namun demikian, mereka di sini masih mengamalkan kehidupan nomad iaitu berpindah randah. Terdapat lebih kurang 1800 orang asli yang terdapat di sekitar Taman Negara, tapi yang tinggal dalam satu perkampungan biasanya 30-40 orang, paling ramai pun 50 orang. Salah satu sebabnya, adalah faktor makanan. Selain itu, orang asli di sini sebenarnya adalah kaum yang pemalu. Namun apabila kena caranya, mereka boleh jadi mesra dengan kita. Mereka juga berkemampuan berbahasa Melayu.

Pemakaian orang asli di sini memang sudah agak moden, kalau diikutkan, mereka asalnya bercawat. Di taman negara ini, masih ada lagi golongan yang bercawat, namun mereka tinggal di ceruk hutan dalam. Tempat perkampungan di sini sudah lebih kurang 2 tahun dan puak yang tinggal dalam masa 2 tahun ini berbeza-beza. Terdapat dua faktor kenapa mereka sentiasa berpindah, yang pertama disebabkan faktor makanan dan yang kedua kerana bila ada kematian. Namun demikian, andaikata sesuatu tempat itu bagus, ada juga puak yang menetap sampai 3 bulan. Ada juga yang menetap 2 hingga 3 hari bergantung kepada keadaan Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 tempat itu. Contohnya, bila ada kematian sahaja, hari itu juga mereka akan berpindah. Oleh sebab itulah mereka membina rumah kediaman seringkas yang boleh. bila apabila ada kematian, mayat mereka tidak akan ditanam atau dibakar, sebaliknya mereka akan membina satu platform atas pokok dalam 15-20 meter tingginya, dan mereka akan balut mayat tersebut dengan daun pokok gaharu. Dan mereka akan mula berpindah, dan kerana itu, kehidupan mereka ibarat satu ‘circle’.

Rumah yang terdapat di sini dibina daripada hasil keringat kaum wanita orang asli. Mereka mengambil masa 2 hingga 3 jam sahaja untuk membinanya. Sebab itulah hanya benda asas sahaja yang dibinanya.

Kaum lelaki pula tugasnya memburu untuk mendapatkan hasil makanan. Ketua kampung pula dikenali sebagai Tok Batin. Selalunya di seseuatu perkampungan, beberapa orang lelaki sahaja yang kelihatan kerana kebanyakan daripada mereka pergi keluar memburu. Aktiviti memburu memakan masa selama 1 hari. Bila dapat hasil makanan daripada buruan, mereka akan habiskan hari itu juga. Kemudian hari berikutnya mereka akan keluar berburu lagi. Nama orang asli juga ringkas. Contohya apabila ada bayi yang lahir di bawah pokok mengkuang, maka bayi tersebut dinamakan ‘Mengkuang’. Nama bayi diambil bersempena tempat yang terdekat dengannya sewaktu dilahirkan.

Setelah mendengar penerangan mengenai kehidupan orang Asli, kami diberi penerangan pula tentang senjata yang digunakan untuk berburu iaitu sumpit. Menurut Amiruddin, hujung sumpit yang berwarna hitam diperbuat daripada damar (resin) yang juga digunakan untuk membuat lilin. Buluh sumpit digunakan untuk memburu binatang- binatang di atas pokok seperti monyet. Kalau dahulu, racun sumpit dikatakan sangat berbahaya sehingga boleh membunuh beberapa keturunan, namun kini racun sumpit Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 digunakan hanya untuk melumpuhkan binatang sahaja, kemudian baharu binatang tersebut akan dibunuh. Penawar yang biasa digunakan ialah air tanah andai terkena racun ini.

Peserta ekspedisi mendengar taklimat oleh En Aminuddin dengan khusyuk sekali…

Dalam pembuatan anak sumpit, hujung anak sumpit akan dibakar kerana bila dibakar, anak sumpit tersebut akan jadi lebih kukuh dan tidak mudah patah. Oleh itu, apabila anak sumpit mengena pada badan binatang, bahagian yang dibakar itu dan mengandungi racun akan kekal pada badan binatang yang diburu. Kalau tidak dibakar, racun dan anak sumpit itu akan tercabut sekiranya binatang tersebut cuba melarikan diri. Sementara itu, daun kapas yang terdapat dalam bahagian hujung sumpit (damar) diperbuat daripada daun rotan. Beberapa helai daun tersebut dikumpul dan diputar beberapa kali sehingga menjadi halus dan lembut. Fungsinya adalah untuk memberi tekanan yang lebih kuat sewaktu meniup sumpit, jadi anak sumpit yang ditiup akan akan meluncur lebih jauh lagi.

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Inilah dia anak sumpit..Hujung anak sumpit berbentuk bulat kira-kira diameternya kurang dari 1 cm. Anak sumpit (damek) diperbuat dari buluh yang salah satu hujungnya berbentuk seperti kerucut yang terbuat dari kayu yang ringan (dari kayu pelawi). Ini berfungsi supaya anak sumpit dapat disasar dengan lurus atau sebagai penyeimbang apabila dilepaskan.

Setelah mendengar penjelasan mengenai alatan perburuan iaitu sumpit, kami didedahkan pula dengan penerangan dan demonstrasi tentang cara-cara menyalakan api menggunakan rotan dan kayu meranti. Kayu meranti dan rotan harus dipastikan kering terlebih dahulu. Rotan akan ditarik depan dan belakang pada alur lubang yang dibuat pada kayu tersebut sehinggalah haba muncul. Kemudian apabila terdapat haba, kayu tersebut dialihkan ke atas satu bekas yang diperbuat daripada ranting-ranting dan daun- daun kering. Seterusnya, proses meniup pada bekas ranting kayu dan dedaun kering yang telah dipindahkan haba padanya diteruskan secara perlahan-perlahan sehinggalah keluar bara api. Daripada bara api ini tadi maka akan keluarlah api..Dalam bahasa orang asli, api disebut “os”. Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk nyalaan api muncul.

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Rotan di tarik depan belang atas kayu meranti

Haba terhasil akibat geseran antara rotan dan kayu

Setelah itu dipindahkan ke bekas daun kering

Ditiup perlahan-lahan sehingga api menyala Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Setelah menyaksikan demonstrasi menyalakan api menggunakan kayu dan rotan, kami ditunjukkan pula cara menyumpit dengan menjadikan anak patung sebagai target. Aku dan beberapa rakan yang lain serta tidak ketinggalan pensyarah kami, iaitu Dr Zanaton tidak melepaskan peluang untuk cuba menyumpit

cayuk!cayuk! ☺

Setelas puas menyumpit, kami menganbil peluang melawat sekitar perkampungan kaum asli di sini. Orang asli di sini agak pemalu, apabila nampak sahaja kami cuba mendekati mereka, mereka terus meluru masuk ke dalam rumah. Ada pula yang mendiamkan diri apabila kami mengajukan soalan padanya.

Seorang pemuda kaum asli yang sempat aku temu ramah di sana ialah Kamal. Pada mulanya Kamal tidak berapa mengendahkan pertanyaanku, tapi Alhamdulillah lama- kelamaan dia mula memberi respon yang positif. Menurut Kamal, dia tinggal disitu dengan ibu dan anak-anak saudaranya. Saudara lelakinya yang lain telah keluar pergi berburu. Ibunya pula tidak berapa sihat. Padanlah beliau hanya senyap sahaja bila diajukan soalan dan hanya duduk termenung. Menurut Kamal, kebiasaannya dia akan menerima sumbangan daripada pelancong seperti makanan, coklat dan wang ringgit. Wang ringgit tidaklah menjadi keutamaan, Cuma wang tersebut akan dibawa bersamanya apabila keluar dari kawasan perkampungan ini untuk membeli makanan. Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Bergambar bersama Kamal (berbaju oren) dan Tok Batin (sebelah kanan Kamal). Tok Batin merupakan ayah kepada Kamal

Di sana juga kami berkesempatan membeli sumpit dan anak summpit yang dijual dengan harga RM 30 – RM 40. Harganya bergantung kepada kepanjangan sumpit tersebut. Yang panjang harganya RM 40 dan yang sederhana dan pendek RM 30. Aku tidak melepaskan peluang membeli sumpit buat kenang-kenangan. Setelah puas melawat sekitar perkampungan orang Asli ini, tibalah masanya kami pulang. Kami memberi sumbangan wang dan cenderamata kepada Tok Batin yang mewakili orang Asli Kampung Dedari. Kami meninggalkan Perkampungan Orang Asli tersebut dengan ungkapan ‘Ee Ooi La’, yang bermaksud selamat tinggal. Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kemudian, dalam perjalanan pulang menaiki bot panjang berbumbung tadi, kami singgah di satu tempat untuk bermandi-manda. Sementara itu beberapa orang di antara kami mencuba aksi terjunan ke dalam sungai. Setelah puas bermandi manda dan mecuba aktiviti thrill tersebut, kami pulang ke tempat penginapan setelah bot sampai.

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Perjalanan pulang kami juga turut dibasahi dengan simbahan air sungai yang disengajakan oleh pemandu pelancong kami, malahan lebih dahsyat berbanding perjalanan pergi sebelummnya. Namun, kami layankan aja , yalah bukan selalu berpeluang merasa aktiviti seumpama ini. Setelah sampai, kami bersiap-siap mandi, solat dan makan malam. Pada sebelah malamnya pula adalah program ‘Video Show’ dan ‘Night Walk’. Tayangan ‘Video Show’ ini memaparkan video mengenai kepelbagaian flora dan fauna dan juga tarikan yang terdapat di Taman Negara ini seperti jambatan gantung. Antaranya spesies haiwan yang dipertontonkan termasuklah Malayan tiger, rusa, Asian Elephant, Badak kerbau, Civet, Biawak, Ular, Sun Bear, Katak pisang, ulat gonggok, siput, rama-rama kuning, monyet, kelawar, beberapa spesis burung seperti burung raja udang dan burung enggang. Spesies flora pula seperti paku pakis, periuk kera, wild orchid dan sebagainya. Selepas ‘video show’, program diteruskan dengan ‘Night Walk’. Kami diberi taklimat oleh pemandu pelancong. Perjalanan ini adalah mengikut kumpulan 10 orang dan diketuai oleh seorang pemandu pelancong. Kumpulanku bersama Encik Amiruddin. Sewaktu melewati denai, kami terlihat beberapa haiwan dan serangga melalui lampu suluh yang dibawa. Antaranya ular hijau yang berlingkar atas dahan pokok, katak, kala jengking, siput dan labah-labah.

Kala jengking

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Siput

Kemudian, dalam menyusuri perjalanan, kami ke ke pondok Tahan Hide iaitu tempat binatang menjilat garam. Dari kejauhan ternampak 3 pasang biji mata yang bersinar dalam kegelapan, dan apabila di suluh kami nampak 3 ekor rusa sedang menjilat air garam. Ada ambil gambar tapi tidak berapa jelas. Kawasan ini merupakan kawasan kegemaran rusa, tapir kerana terdapat sumber garam. Kawasan ini juga dipanggil ‘jenut’ atau padang ragut. Menurut Encik Amiruddin, terdapat 4 jenis rusa iaitu Rusa Sambar, Bar King, Mousedeer dan Lasser deer. Dan yang paling banyak jenis Rusa Sambar. Menurut beliau lagi, pada musim hujan , biasanya binatang lebih suka tinggal dalam hutan dan tidak mahu keluar. Menurut En Amiruddin lagi, harimau pula mempunyai kawasan tertentu dan sukar dijumpai.Sepanjang pengalaman beliau bertugas di Taman Negara, beliau hanya terjumpa 2 kali sahaja. Yang menariknya, haiwan tersebut tidak mengancam dan terus lari kerana terkejut melihat manusia. Kemudian, dari ‘Tahan Hide’, kami meredah laluan pulang mengikut jalan pintas yang menghubungkan kami terus dengan Mutiara Resort dan akhirnya menyeberangi sungai untuk tiba ke destinasi penginapan kami. Yang pastinya, tidurku nyenyak sekali malam itu sebagai persiapan hari esoknya yang lebih mencabar…

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

HARI KEDUA, 13 NOVEMBER 2011

Hari ini aku bangun dengan penuh bersemangat sekali..sudah lama berazam ingin mengharungi titian kanopi terpanjang di dunia, dan akhirnya harapan ini akan direalisasikan. Setelah bersarapan nasi lemak, kami berkumpul di kawasan jalan untuk melakukan senaman ‘warm up’ sebagai persiapan awal sebelum meredah hutan.

Aktiviti hari ini adalah ‘jungle trekking’ untuk mengenali flora dan fauna, diikuti dengan meniti laluan kanopi, dan kalau berkesempatan, kami akan meredah pula denai ke Bukit Teresek. Seperti biasa kami perlu menyeberangi sungai dengan bot panjang. Setelah tiba di seberang, kami diberi taklimat sebelum memulakan aktiviti meredah hutan ini. Seperti biasa, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seorang pemandu pelancong yang juga renjer hutan di sini akan membimbing kami sepanjang perjalanan meredah hutan ini.

Sepanjang perjalanan, kami diberi penerangan mengenai flora dan fauna dan juga berpeluang bertanyakan beberapa soalan kepada renjer tersebut iaitu En Amiruddin. Kami menjumpai akar beluru, yang menurut beliau boleh dibuat shampoo. Dalam banyak-banyak akar yang kami jumpa, ada juga yang boleh diminum airnya dan ada juga akar yang beracun. Yang membezakannya adalah warna dan lingkarannya. Warna putih dan banyak lingkaran menunjukkan akar yang beracun manakala yang berwarna kemerahan dan kurang lingkaran tidak beracun. Terdapat juga satu pokok dari family pokok senduduk iaitu Melastomataceae yang dikatakan boleh merawat pendarahan iaitu memberhentikan pendarahan akibat luka. Caranya ialah dengan mengambil bahagian pucuk daun, letak sedikit air, putarkannya, dan diramaskan pada bahagian luka tersebut.

Pokok senduduk, Famili: Melastomataceae Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Dalam perjalanan, kami dapat melihat pokok ara, dan juga pokok damar, di mana orang asli menoreh pokok damar tersebut untuk mengambil getahnya di mana getahnya ditadah dengan buluh, selepas 2-3 hari baru diambil getah tersebut. Getah tersebut bewarna putih apabila mula keluar selepas ditarah, namun apabila beku, getah tersebut berwarna hitam. Untuk mencairkan semula, hanya panaskkan sahaja. Kemudian, kami menjumpai buah pulasan hutan, buah rotan yang bila masak warnanya kuning, dan juga pokok gaharu. Menurut Encik Amiruddin, biasanya orang asli mengambil teras dalam pokok gaharu, untuk dijual. Teras dalam pokok gaharu ini digunakan bertujuan membuat minyak wangi. Kemudian kami menjumpai pokok Tongkat Ali, menurut Amiruddin, sebenarnya pokok Tongkat Ali yang kami jumpa itu sebenarnya adalah pokok Pasak Bumi, namun ia adalah juga dari kumpulan family Tongkat Ali. Kalau Tongkat Ali yang asli pokoknya rendah dengan satu batang dan terus daun serta tidak mempunyai dahan yang banyak. pokok Pasak Bumi inilah yang biasanya orang buat jual kerana amat sukar untuk menjumpai pokok Tongkat Ali yang asli. Rasanya pun lebih pahit berbanding pokok Tongkat Ali yang asli. Perjalanan diteruskan sehinggalah kami ternampak kesan tapak kaki haiwan. Rupa-rupanya, tapak kaki tersebut merupakan tapak kaki tapir yang lalu di kawasan ini.

Kesan tapak kaki tapir

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Seterusnya, menurut beliau lagi, tapak kaki tapi ini masih baru lagi, kemungkinan haiwan tersebut baru melalui kawasan ini malam sebelumnya. Kemudian, kami menjumpai pokok tapak kaki hantu atau dikenali dengan nama daun tapak harimau, yang biasanya digunakan untuk orang lepas bersalin. Caranya direbus akarnya dan daunnya, kemudian diminum bertujuan untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin.

Daun tapak hantu juga dikenali dengan daun tapak harimau

Pandangan kami kemudiannya tertumpu pada rimbunan pokok paku pakis yang sangat cantik. Paku pakis ini dikenali dengan nama ‘Blue Peacock Fern’. Dinamakan sedemikian kerana warnanya yang kebiruan-biruan pada bahagian permukaan daunnya. Sebenarnya warnanya adalah hijau cuma yang nampak kebiru-biruan adalah disebabkan oleh pantulan cahaya matahari. Memang sangat menakjubkan ciptaan Ilahi ini.

Paku pakis ‘Blue Peacock Fern’ (Selaginella willdenowii)

Kemudian kami ternampak serumpun pokok buluh yang besar. Menurut renjer, landak dan babi hutan sangat suka pada buluh. Kehadiran mereka dapat dikesan melalui akar-akar pokok buluh yang dikorek-korek . Kami juga menjumpai pokok kaduk yang Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 biasanya dibuat ulam. Rupanya seperti daun sirih. Ada juga sejenis pokok yang menyerupai lengkuas, iaitu pokok tepu menurut Amiruddin, dan ianya merupakan family halia. Antara kegunaannya untuk merawat kanak-kanak yang demam panas. Caranya gosokkan hujung batang pokok tersebut pada tapak tangan, kemudian air yang keluar akan disapu pada bahagian badan yang panas.

Pokok tepu, dari family pokok halia. Kelihatan Encik Amiruddin menunjukkan demonstrasi perubatan menggunakan pokok ini.

Seterusnya, kami menemui sebatang pokok yang akarnya sangat tinggi umpama pintu gerbang. Ianya dipanggil ‘battress root’, Ia umpama ‘panggilan telefon’ dalam hutan yang digunakan oleh orang asli. Biasanya orang asli yang berburu dalam hutan akan berpecah-pecah. Jadi mereka akan memanggil rakan mereka pada ‘battress root’ tersebut dan suara itu akan bergema. Kami tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai di sini.

Cuba bandingkan saiz kami dengan akar banir ini…☺ Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Kemudian kami diperkenalkan dengan pokok pendarahan. Ianya dipanggil begitu kerana air atau getah dari pokok berkenaan berwarna merah. Biasanya pokok ini digemari oleh beruang sebagai tempat cakarannya kerana sifat batang pokok ini yang agak lembut dan tidak terlalu keras. Kebiasaannya, beruang akan mencakar pokok berkenaan selepas memakan ‘sweat bee’ yang turut menghasilkan madu pada pokok meranti. Sepanjang perjalanan juga, kelihatan batu-batu merah yang kecil di mana hasil kikisan batu-batu ini dengan air akan menghasilkan warna merah yang digunakan oleh kaum wanita orang asli sebagai ‘natural make up’ mereka.

Kesan cakaran beruang pada pokok yang dikenali dengan pokok pendarahan

Dalam keasyikan kami menikmati kepelbagaian spesis flora dan fauna di sini, rupa- rupanya kami telah hampir sampai ke laluan titian kanopi. Terdapat pondok menunggu di sana dan kami tidak melepaskan peluang berehat sebentar sebelum meneruskan laluan ke titian kanopi ini. Di sana, kami diberi taklimat tentang sejarah pembinaan titian kanopi dan peraturan sewaktu melaluinya. Laluan Kanopi Taman Negara merupakan yang terpanjang di Malaysia dengan keluasan 530 meter dan ketinggian 50 meter dari lantai hutan. Ia dibina menggunakan kabel besi berkualiti tinggi. Tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan dan kabel besi lebih dari 10 tan. Ia tidak menggunakan sebarang paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang-ruang kayu yang dipenuhi dengan kabel dan Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011 tali. Tujuannya adalah untuk melindungi pertumbuhan pokok-pokok. Setiap pagi, laluan kanopi akan diperiksa bagi memastikan keselamatannya. Berdasarkan taklimat yang diberi, kami difahamkan ada 11 jambatan dan 10 platform. Di setiap platform terdapat seorang renjer yang akan mengawasi laluan tersebut. Laluan kanopi ini hanya satu hala sahaja dan tidak dibenarkan patah balik andai sudah melepasi laluan kanopi pada platform yang pertama. Antara peraturan-peraturan semasa di jambatan kanopi adalah menjarakkan diri sekurang-kurangnya 5 meter-10 meter sesama sendiri semasa di laluan kanopi, hanya empat orang sahaja dibenarkan pada satu-satu masa, tidak dibenarkan berlari dan menggoyangkan jambatan kanopi, tidak dibenarkan membawa apa-apa makanan atau minuman, tidak dibenarkan berhenti untuk satu tempoh yang lama semasa di atas platform, dilarang merokok, tidak membawa alat tajam seperti pisau, tidak merosakkan atau mengukir pada pokok semasa atas platform dan tidak membuat bising. Setelah mendengar penerangan, tiba saatnya untuk memulakan perjalanan di laluan ini. Hatiku mula berdebar-debar. Entah kenapa rasa takut mula menyelinap dalam hatiku tatkala itu. Mungkin gayat agaknya. Namun semangat yang membara dapat mengatasi rasa debar itu. Sewaktu meniti titian kanopi, kami berpeluang menikmati pemandangan dari atas titian tersebut.

Salah satu laluan kanopi Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Pemandangan dari atas titian kanopi

Setelah selesai mengharungi kesemua laluan kanopi, kami berehat di tapak menunggu sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba di platform terakhir. Perjalanan pulang kami lebih mencabar berbanding laluan denai sebelumnya. Laluannya berliku-liku, menuruni bukit dan ada juga mendaki walaupun menurut pemandu pelancong tidaklah mencabar kalau nak dibandingkan dengan laluan ke Bukit Teresek. Disebabkan masa yang suntuk dan kelelahan, perjalanan ke Bukit Terisek tidak diteruskan sebaliknya kami semua mengambil keputusan untuk terus pulang ke destinasi penginapan.

Laluan curam sewaktu perjalanan pulang Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

Akhirnya lebih kurang 12.50 tengah hari, kami tiba di ‘checkpoint’ permulaan kami mendaki, seterusnya menyeberangi sungai untuk ke destinasi penginapan. Setelah mempersiapkan diri dan menguruskan barang keperluan untuk pulang, kami makan tengah hari dan berkumpul untuk acara penutup. Encik Rasdan bin Salleh, selaku pengarah Urusan Danz Travel & Adventure Sdn Bhd memberikan sedikit ucapan penutup dan memberikan sijil penyertaan kepada kami. Kami juga turut menghadiahkan cendera mata dari UKM yang disampaikan oleh Dr Zanaton bt Hj. Iksan kepada Encik Rasdan dan pemandu-pemandu pelancong yang banyak membantu dan membimbing kami sepanjang kami di sini. Lebih kurang jam 2.50 petang, kami bertolak pulang. Dr Zanaton memberikan sedikit ucapan penutup dan diiringi dengan doa perjalanan. Kami tiba di perkarangan Fakulti Pendidikan lebih kurang jam 7.30 malam.

Ekspedisi Taman Negara “Dekat Dengan Alam”, 2011

PenutPenutupupupup

Ekspedisi lawatan sambil belajar di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang ini memberikan 1001 manfaat yang tidak ternilai. Persekitaran di Taman Negara ini bersih dan nampaknya ada papan tanda yang tidak membenarkan sampah dibuang merata-rata mahupun meninggalkan sisa buangan dan sampah dalam hutan. Denda berbentuk bayaran dikenakan bagi mereka yang berbuat demikian. Selain itu, juga didapati ada disediakan tong-tong kitar semula berhampiran tepat kami menginap. Ini menggambarkan pihak berkuasa tempatan dan pengurusan di situ amat prihatin terhadap kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar di sana.

Di sana, kami berpeluang berjumpa dengan kaum orang Asli, belajar tentang cara hidup mereka, menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan rotan merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Melihatkan kehidupan mereka, menerbitkan rasa syukur pada Illahi kerana dilahirkan dalam serba serbi yang lengkap. Selain itu mengharungi detik-detik mencabar dengan ‘rapid shooting’ merupakan detik yang mendebarkan namun menyeronokkan. Kalau selama ini laluan memandu kereta di jalan raya tidak risau akan percikan air pada diri dan rasa stabil sahaja, namun di sini pula kami mengharungi saat-saat terumbang ambing bot panjang yang dinaiki dengan rasa debar. Selanjutnya, menyaksikan sendiri haiwan pada waktu malam memberikan gambaran yang jelas kepada kami bahawa aktiviti beberapa haiwan memang aktif pada waktu malam berbanding pada waktu siang.

Keupayaan fizikal, emosi dan mental juga diuji sewaktu menjalani program terakhir kami iaitu meredah hutan dan laluan kanopi. Aktiviti ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan kami tentang flora dan fauna yang terdapat di sini, bahkan turut meningkatkan kadar metabolisme dan sekaligus beroleh manfaat daripada aspek kesihatan. Walaupun kepenatan, namun perasaan gembira tergambar pada wajah masing-masing setelah selesai berjuang menghabiskan laluan kanopi yang terpanjang di dunia ini.

Sememangnya program seperti ini banyak memberikan kenangan dan pengalaman yang berharga. Program ini bukan sahaja mampu mendidik peserta mencintai akan alam ciptaanNya, ia juga turut menyemai semangat perpaduan dan kerjasama sesama peserta. Terima kasih diucapkan kepada Dr Zanaton bt Hj Iksan selaku penyelaras program Pendidikan Alam Sekitar dan Kelestarian kerana menganjurkan program lawatan sambil belajar ini dan memberi peluang kepada kami memilih Taman Negara sebagai destinasi program pada kali ini. Mudah-mudahan semangat cintakan alam ini akan terus kekal dalam minda dan sanubari kita semua…