Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 31 )

SIARAN MEDIA

www.rtm.gov.my my www.rtm.gov.my

y

Amelina Tetamu Program “Teh Tarik Che Ta” Hujung Minggu Ini Di TV1

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2016 – Amelina, penyanyi dangdut popular bakal berkongsi kisah suka duka sepanjang kehidupannya sebagai artis sambil menikmati teh tarik istimewa Che Ta hujung minggu ini, 31 Januari 2016, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Menerusi program bertajuk “Teh Tarik Che Ta” ini, ratu dangdut yang popular dengan lagu- lagu seperti Asyik, Rindu dan Semakin Rindu Semakin Asyik ini menjawab sendiri persoalan yang diberikan pengacara Che Ta dalam program berkonsepkan majalah moden dan santai.

Che Ta akan membongkar nostalgia Amelina sehinggalah kehidupan mereka pada masa kini.

Pada masa sama penonton akan terasa lebih dekat dengan Che Ta dan Amelina atas dasar konsep silatulrahim selain berpeluang mengenali lebih rapat Che Ta termasuk keluarganya, Zain dan anak Che Ta.

Program ini menemui penonton mulai 17 Januari 2016, setiap Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Menariknya dalam 13 episod program “Teh Tarik Che Ta” terbitan syarikat Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini, pengacara Che Ta akan menjejak dan mengimbau nostalgia selebriti, seniman dan seniwati tanah air yang mengukir nama dari tahun 50an hingga 80an.

Keunikan dan daya penarik utama adalah kepetahan Che Ta sebagai pengacara yang dinantikan oleh penonton. Penonton pastinya ingin melihat sendiri bagaimana Che Ta membuat teh tarik yang lazat untuk di hidangkan kepada tetamu jemputan dalam rancangan ini.

Antara tetamu jemputan lain memeriahkan program ini termasuklah , Ziana Zain, Nassier Wahab, Ayai Illusi, Raja Ema, Salwa Abd Rahman, Hail Amer, Razis Ismail, Rubiah Suparman, Aman Shah dan Zaiton Sameon.

RTM- RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 31 )

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Tel : 603 2288 7166 Emel : [email protected]

RTM-MALAYSIA RTM – Radio Televisyen Malaysia rtmmobile myklik.rtm.gov.my