Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186

21 Mei 2019

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan

1. Pengenalan Pilihan Raya Kecil (PRK) P.186 Sandakan dijalankan selepas kematian penyandangnya iaitu YB Datuk Stephen dan kerusi parlimen itu diisytiharkan kosong oleh Speaker , YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof pada 29 Mac 2019. Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan pada 11 Mei 2019. Terdapat 5 calon yang bertanding dalam PRK ini, iaitu calon Parti Bersatu (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Tindakan Demokratik(DAP) serta tiga calon bebas, Haji Hamzah bin Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung.

BERSIH 2.0 telah menghantar 2 pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada urusetia dan sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRK kali ini.

BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi:

1) Penamaan calon 2) Kempen pilihan raya 3) Pengundian awal 4) Pengundian dan pengiraan undi biasa 5) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi

BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh PRK termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Bersih 2.0 telah mencatatkan 19 kes yang berkaitan dengan salah laku dan kesalahan pilihan raya. Pecahan kes mengikut kategori dan parti politik adalah seperti berikut:

Kategori salah laku DAP/PH/Warisan PBS Bebas/Lain- Total dan kesalahan Pilihan lain Raya Rasuah dan beli undi - - - - Penjamuan 1 1 2 Penggunaan aset 2 - - 2 kerajaan Mengembangkan - - 2 2 perasaan jahat atau permusuhan Berkempen pada hari 5 2 1 8 undi Pengaruh tidak wajar 1 - - 1 kerajaan Lain-lain 2 1 1 4 Jumlah kesalahan 11 3 5 19

1 2. Penamaan calon

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penamaan calon di SMJK Tiong Hua Sandakan.

SPR telah membenarkan maksimum 100 penyokong setiap calon yang bertanding dengan menyediakan khemah kepada para penyokong di perkarangan SMJK Tiong Hua Sandakan. SPR telah menyediakan dua khemah untuk setiap calon PBS dan DAP namun hanya dua khemah untuk semua calon bebas menyebabkan ada antara mereka yang tiada tempat duduk.

Pengasingan penyokong parti dan calon bebas oleh pihak polis amat memuaskan. Pihak polis telah menetapkan tempat berkumpul untuk penyokong parti kerajaan dan parti pembangkang serta calon bebas di dua tempat yang berlainan berhampiran dengan pusat penamaan calon. Walaupun begitu, masih terdengar sorakan berbentuk makian terhadap parti DAP oleh penyokong calon bebas dan parti PBS.

Namun secara keseluruhannya, proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

3. Kempen Pilihan Raya

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya. Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya telah didokumentasikan.

3.1 Parti DAP/Warisan/

Bersih 2.0 telah mencatatkan 11 isu berkenaan salah laku DAP/Warisan/Pakatan Harapan semasa tempoh berkempen.

3.1.1 Penjamuan

1. Pada 25 April 2019, DAP telah mengadakan jamuan dalam program Ramah Mesra Bersama Rakyat di Balai Raya Sim-Sim. Di dalam ceramah tersebut DAP memperkenalkan calon mereka untuk PRK Sandakan iaitu Vivian Wong Shir Yee.1

2. Pada 3 Mei 2019, AJK Surau Al-Furqan menganjurkan “Majlis Kenduri Sekampung Bersama Ketua Menteri Sabah”. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Frankie Poon, ADUN Luyang YB Phoong Jin Tze dan calon DAP, Vivian Wong. Ketua Menteri Sabah dalam ucapannya menyebut “Kalau undi Vivian maksudnya undi kerajaan, kalau undi Vivian undi Datuk Shafie”. Majlis tersebut diadakan di perkarangan Surau Al-Furqan.2

Aktiviti penjamuan adalah melanggari Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

1 https://www.facebook.com/vivianwongshiryee/videos/358314554795255/-(lihat minit 1:30) 2 Laporan Pemantau Bersih 2.0 2

Gambar: Majlis Kenduri Sekampung Bersama Ketua Menteri Sabah dan dihadiri oleh calon DAP Sandakan serta pemimpin DAP Sabah

3.1.2 Penggunaan Aset Kerajaan

1. Pada 30 April 2019, calon DAP PRK Sandakan, Vivian Wong bersama , Menteri Industri Utama ketika menerima memorandum daripada Persatuan Peniaga Cina Tawau (Tawau Chinese Chamber of Commerce). Dialog tersebut dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dengan dipengerusikan oleh ahli lembaga MPOB. Dialog tersebut tertutup namun calon DAP Vivian Wong boleh masuk untuk bersama-sama menerima memorandum tersebut.3

Gambar: Teresa Kok bersama calon DAP menerima memorandum

2. Pada 9 Mei 2019, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Rampas berkempen di Pulau Berhala bersama kumpulan kempen Parti Warisan dengan menaiki bot polis dan dipandu oleh polis sendiri.

3 http://www.facebook.com/282296091858802/posts/2221875624567496/ 3

Gambar: Setiausaha Politik Ketua Menteri menaiki bot polis untuk kempen di Pulau Berhala

3.1.3 Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan

1. Pada 9 Mei 2019, Ketua Menteri Sabah DSP mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong untuk meneliti status geran tanah di Kg Forest dan Jalan Buli Sim-Sim supaya dapat dibina kemudahan di kawasan tersebut Ketika beliau menghadiri program Ketua Menteri Sabah bersama penduduk Kampung Forest, Jalan Buli Sim-Sim. Perbuatan tersebut merupakan pengaruh tidak wajar terhadap pengundi dengan menggunakan kuasa jawatan ketua menteri.4

Gambar: Ketua Menteri Sabah memberi ucapan di Kampung Forest

3.2 Lain-lain

3.2.1 Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum

1. Calon bebas Haji Hamzah Abdullah menuduh kerajaan DAP/Warisan telah membuat sebuah pulau untuk pendatang asing tanpa izin(PATI). Tuduhan itu telah dijawab oleh Ketua

4 https://www.sabahnewstoday.com/teliti-status-kampung-forest-jalan-buli-sim-sim-ketua-menteri/ 4

Menteri pada 17 April 2019 lagi bahawa pulau tersebut untuk pelarian perang, bukannya PATI.5

Gambar: Tangkap layar status Facebook Hamzah Abdullah

2. Mantan Menteri Besar , Datuk Sri Haji Mohamed Khaled Nordin telah memuatnaik gambar calon DAP Vivian Wong yang memakai tudung dan mengucapkan selamat berpuasa kepada pengundi di Sandakan di laman Facebook beliau. Gambar tersebut telah diubahsuai daripada versi asal dan telah menyebabkan perasaan tidak puas hati netizen terhadap Vivian Wong. Mohamed Khaled Nordin membuangnya tidak lama selepas gambar itu tular. DAP Sandakan juga telah menafikan mereka telah memuatnaik gambar tersebut.6

5 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/17/sabah-cm-says-proposed-island-settlement-for- war-refugees-not-illegals/1744124 6 https://www.theborneopost.com/2019/05/10/doctored-picture-of-vivians-ramadan-greeting-posted-on- facebook/ 5

Gambar: Status Facebook Khaled Nordin sebelum dipadamkan

4. Pengundian Awal

Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi pengundian awal di Rumah Kelab IPD Sandakan dan Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin. Beberapa isu telah diperhatikan:

1. Di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin dan Rumah Kelab IPD Sandakan hanya satu pintu disediakan untuk keluar dan masuk bilik pengundian menyebabkan sedikit kesesakan aliran pergerakan pengundi terutamanya di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin yang mempunyai bilangan pengundi yang lebih ramai.

2. Kami mendapati dakwat kekal yang dicelup pada jari pengundi tidak kekal lama apabila boleh dihilangkan dengan menggunakan kerosene. Ini berlaku di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin apabila seorang anggota telah membasuhkanya dengan menggunakan kerosene.

Secara keseluruhannya proses pengundian awal berjalan lancar.

5. Pengundian dan Pengiraan Biasa

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian di 12 pusat mengundi, iaitu:

1. SK Sri Tanjung Papat 1 7. SMK Konven St Cecilia 2. SK Sri Tanjung Papat 2 8. SMK Muhibbah 3. SK Sungai Anib 1 9. SJK(C) Cheng Min 4. Tadika Chi Hwa 10. Wisma Perbandaran 5. SMK Sandakan 11. Wisma Sandaraya 6. SMK St Mary Sandakan 12. Wisma Warisan

Beberapa masalah telah diperhatikan:

5.1 Ketidakpatuhan peraturan pilihan raya

5.1.1 Kempen pada hari pengundian

Pemerhati BERSIH 2.0 mendapati 8 kes yang melibatkan PBS, DAP/Warisan dan calon bebas berkempen di luar pusat mengundi dan berkempen di media sosial. Kebanyakan kes yang direkodkan adalah di pusat mengundi SK Sri Tanjung Papat. Sebagai rekod, pihak SPR telah

6 beberapa kali mengarahkan perayu undi ini untuk beredar daripada hadapan pusat mengundi tersebut namun ada yang tidak beredar dan ada yang bergerak ke kawasan berdekatan untuk merayu undi. Perbuatan merayu undi pada hari mengundi merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 26(1)(f) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bersih 2.0 juga mendapati 1 kes calon bebas Hamzah Abdullah berkempen di laman sosial Facebook apabila beliau memuatnaik status di laman Facebook beliau untuk merayu pengundi memangkah lambang Pokok pada kertas undi. Kiriman itu dibuat pada pada jam 3.55 pagi hari mengundi.

Gambar: Perayu undi di hadapan SK Sri Tanjung Papat

Gambar: Kiriman status Facebook Hamzah Abdullah

7

5.1.2 Perbelanjaan mengangkut pengundi

Pemerhati Bersih 2.0 mendapati masih ada pihak yang mengangkut pengundi pada hari pengundian. Kebanyakan kenderaan yang berjaya Pemerhati Bersih 2.0 rekodkan adalah di pusat mengundi SK Sri Tanjung Papat dan SK Sungai Anib 1. 6 kenderaan dengan bendera PBS telah dikesan membawa pengundi pergi dan balik daripada pusat mengundi tersebut. 2 kenderaan dengan bendera DAP juga telah dikesan membawa pengundi pergi dan balik daripada pusat mengundi tersebut. Sebuah lagi kereta saga dengan pelekat tertulis “Untuk Pergi Mengundi di Tanjung Papat” yang tidak dapat dikenalpasti daripada pihak yang mana juga telah kelihatan menurunkan pengundi di SK Sri Tanjung Papat.

Hal ini menimbulkan persoalan bahawa perbelanjaan untuk kenderaan tersebut yang telah melanggar seksyen 20(3) dan (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Gambar: Kenderaan membawa bendera parti politik mengambil dan menurunkan penumpang

5.1.3 Menentukan identiti pengundi

Pemerhati Bersih 2.0 mendapati 2 kes individu daripada PBS dan DAP yang telah menyemak dan mengenal pasti pengundi dalam jarak 50 meter daripada pusat mengundi. Menurut seksyen 26(e)(i) dan (ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya, ia merupakan satu kesalahan sekiranya seseorang menyemak dan mengenalpasti identiti pengundi dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi.

8

Gambar: Slip menunjukkan tempat mengundi dan ada ejen menyemak senarai nama pengundi

5.1.4 Pondok Panas di luar pusat mengundi

Pemerhati Bersih 2.0 hanya mendapati 1 kes yang berkaitan dengan barung semakan daftar pemilih atau lebih dikenali sebagai pondok panas diwujudkan di luar pusat mengundi. Barung ini disediakan oleh parti DAP/Warisan tidak jauh daripada pusat mengundi SK Sri Tanjung Papat. Perbuatan mendirikan barung tersebut telah melanggari seksyen 26(1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Gambar: Pondok Panas di hadapan SK Sri Tanjung Papat

5.2 Kemudahan Pusat Pengundian

1. Pusat pengundian di Wisma Sandaraya dibuat di tempat letak kereta sangatlah tidak sesuai sebagai pusat mengundi kerana keadaannya yang tidak selamat disebabkan jalan masuk ke pusat pengundian tersebut agak curam serta jauh bagi pengundi yang menggunakan kerusi roda serta warga emas kerana hanya saluran 1 dan 2 mengundi di sana. Cuaca yang panas menyebabkan keadaan yang sangat tidak selesa kepada petugas pilihan raya di sana. Semasa pengiraan undi keadaan menjadi sedikit gelap menyebabkan KTM terpaksa memasang lampu limpah bagi membantu proses pengiraan undi.

9

Gambar: Keadaan pusat pengundian di Wisma Sandaraya

2. Saluran 1 di SMK Muhibbah yang terletak di Dewan Terbuka juga tidak sesuai kerana terdedah kepada cuaca panas. Ejen Tempat Mengundi di saluran ini terdedah kepada cuaca panas sepanjang hari walaupun ada usaha daripada SPR memasang kain untuk menutup cahaya matahari namun ianya tidak mencukupi.

Gambar: Saluran 1 dan 2 di SMK Muhibbah

5.3 Isu petugas tempat mengundi

Secara keseluruhannya kerani tempat mengundi jelas tugas mereka. Namun terdapat satu kes di tempat mengundi saluran 2 Wisma Sandaraya di mana terlalu ramai pegawai SPR memberikan arahan kepada Ketua Tempat Mengundi(KTM) sehinggakan KTM menjadi keliru dan kelam kabut menyelesaikan tugasan beliau.

6. Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi

BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi di Dewan Aktiviti SMJK Tiong Hua Sandakan.

Secara keseluruhannya proses berjalan lancar dan keputusan dapat diketahui dengan cepat.

7. Kesimpulan

Secara keseluruhan PRK Sandakan berjalan dengan lancar dan teratur oleh SPR. Ada usaha SPR yang wajar diberikan pujian terutamanya dalam memberi keselesaan kepada pengundi yang kurang upaya ataupun yang tidak mempunyai kenderaan. SPR ada menyediakan kerusi

10 roda yang mencukupi kepada pengundi warga emas serta golongan kurang upaya. Selain itu SPR juga ada menyediakan “buggy-car” untuk mengangkut pengundi kurang upaya dari pagar sekolah ke barung SPR seperti di SK Sungai Anib 1, malah SPR juga ada menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi di pusat mengundi di atas bukit atau pusat mengundi yang mempunyai kawasan yang luas serta kekurangan tempat letak kereta.

Walaupun demikian ketidakpatuhan kepada peraturan pilihan raya masih lagi berleluasa terutama pada hari pengundian. Namun begitu kami ada beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh SPR:

1. Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya(PPKPR) wajar bekerjasama dengan SPR untuk memberikan taklimat kepada calon yang bertanding peraturan-peraturan pilihan raya agar mereka maklum kegiatan yang boleh dan kegiatan yang dilarang oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya.

2. PPKPR dan petugas harus bekerjasama dengan pasukan polis untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan tiada kegiatan merayu undi dilakukan di hadapan pagar pusat-pusat pengundian.

3. Pihak polis wajar mensegerakan urusan pemberian permit kepada calon atau ejennya tanpa menunggu masa yang lama kerana tempoh berkempen terutamanya ketika pilihan raya kecil adalah singkat.

11