ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA 10 SEPTEMBER, 2002 PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG I JAWAB LlSAN

(PM #26614 vl) 1. Dalo' Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta MENTERI DALAM NEGERI menyalakan apakah bentuk-bentuk pelampau yang terdapat di negara ini. Bagaimanakah seriusnya budaya pelampau sebagai pencetus konfiik dalam mengancam perpaduan. keselamatan dan kestabilan negara.

(PM #26065 v1) 2. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala ] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah jumlah modal sebenar yang disalurkan kepada Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. untuk menjayakan projek MSC dan perincikan syarikat-syarikat serta projek-projek yang telah dilaksanakan setakat ini.

(PM #26229 v1) 3. Daluk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Dalok] minta MENTERI PERDAGANGAN ANT ARABAN GSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah langkah-Iangkah yang akan dilakukan bagi melindungi barangan keluaran Malaysia setelah pelaksanaan WTO nanti.

(PM #26658 v1) 4. Tuan Juslie bin Ajirol [Libaran] minta MENTERI BEllA DAN SUKAN menyatakan berapa ramaikah pelajar yang mendaftar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sepanjang penubuhannya serta impaknya kepada generasi muda dan berapa ramaikah yang lelah menikmati faedah selepas keluar daripada institusi berkenaan. 2 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 v1)

(PM #26538 v1) 5. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jumlah hutang luar negara yang terkini dan apakah anggaran jumlah hutang luar negara bagi setiap tahun pad a tempoh 2003 hingga 2005 dan bagaimana Kerajaan bercadang mengurus hutang luar negara ini.

(PM #25649 v1 ) 6. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) bagaimana tahap penggunaan komputer peribadi di negara kita kalau dibandingkan dengan keadaan 5 tahun dahulu; dan

(b) bagaimana pula keadaan di negara-negara lain seperti di Singapura, Hong Kong dan Jepun.

(PM #25760 v1) 7. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang usaha dan langkah Kementerian ke arah memanipulasikan suasana kekurangan tenaga kerja di negara ini dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada kaum belia menganggur dan sejauh manakah sambutan tenaga kerja tempatan.

(PM #26686 v1) 8. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laparan salah laku/perlanggaran undang­ undang dan peraturan Pilihan Raya yang diterima oleh polis semasa Pilihan Raya Kecil Pendang dan Anak Bukit pada Julai yang lalu. Adakah laporan-Iaporan tersebut telah dibawa ke mahkamah.

(PM #26162 v1) 9. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin [Sepang] minta MENTERI TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI menyatakan statistik kadar pertumbuhan koperasi wanita terbesar mengikut negeri di Malaysia dan laktor-Iaktor yang mendorong kepada kadar pertumbuhan tersebut.

(PM #26293 v1) 10. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah perlu dan bila penyemakan semula kurikulum Pendidikan Guru akan dilaksanakan, selaras dengan kehendak dan cabaran pendidikan kurun ke 21 bagi memantapkan kemahiran dan kecekapan pedagogi berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. 3 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 v1)

(PM #25927 v1) 11. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minla MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah kursus eleklif Bahasa Iban yang lama lelah dijanjikan oleh Menteri Pendidikan akan diajar di Maktab Perguruan di dan bilakah kursus dua bel as minggu unluk guru Bahasa Iban yang lelah lama dirancangkan akan dijalankan di Sarawak.

(PM #26087 v1) 12. Daluk Lau Ngan Siew [Sandakan] minla MENTERI TENAGA, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyalakan mengapakah masalah kepulusan bekalan eleklrik di khususnya di Sandakan masih lagi dihadapi sehingga kini walaupun peningkatan terhadap sistem dan perkhidmalan telah dinaikkan. Jelaskan apakah sebab-sebab masalah ini masih berlaku.

(PM #26241 v1) 13. Puan Lim Bee Kau [Padang Serai] minta MENTERI PERTANIAN menyalakan apakah skim latihan alau bantuan yang boleh diberikan kepada petani atau penternak yang mempunyai minat tetapi tidak mempunyai modal.

(PM #26425 v1) 14. Tuan Lee Kah Choon [Jelulong] minla MENTERI PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membayar elaun mesyuarat kepada ahli­ ahli Rukun Tetangga.

(PM #26706 v1 ) 15. Puan Suh Sim [Sepuleh] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan slrategi Kerajaan untuk meningkatkan lara! Sains dan Matematik murid-murid di sekolah. Apakah pengajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris akan memajukan tarat Sains dan Matematik murid-murid sekolah.

(PM #26803 v1 ) 16. Data' Dr. Haji Jamaludin bin Data' Mohd. Jarjis [Romp in] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah perkembangan terkini cadangan penubuhan sekretariat ASEAN+3 yang telah dicadangkan oleh Malaysia dan apakah reaksi masyarakat ASEAN berhubung dengan cadangan murni Kerajaan Malaysia lersebut.

(PM #26386 v1 ) 17. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebabnya dan sumber kajian berlandaskan teori pendidikan yang telah meyakinkan pihak Kerajaan untuk melaksanakan dasar pengajaran dalam Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains unluk sekolah rendah. 4 AUM DR 10/09/2002 (PM #26860 v1)

(PM #25873 v1) 18. Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta MENTERI PERTANtAN menyatakan:-

(a) apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk memastikan penternakan semula babi di kawasan Bukit Pelanduk; dan

(b) apakah langkah-Iangkah yang telah diambil untuk memastikan Kerajaan-kerajaan negeri mempercepatkan lagi pembangunan penternakan babi di kawasan-kawasan terhad di setiap negeri.

(PM #26201 v1) 19. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihaknya untuk memastikan supaya pengeluaran caruman akaun kedua KWSP (EPF) oleh orang ramai untuk tujuan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih mudah memandangkan terdapatnya rungutan daripada orang ramai berkenaan perkara ini.

(PM #26259 v1 ) 20. Tuan Haji Mohamed Sayuti bin Said [Kuala ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan:-

(a) jumlah peratusan penduduk negara yang masih dikategorikan sebagai keluarga miskin. peratusan pertambahan penempatan/kawasan baru di seluruh negara; dan

(b) peratusan penempatan/kawasan yang masih belum menerima kemudahan infrastruktur kemudahan asas.

(PM #25639 v1) 21. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam menangani ancaman terhadap demokrasi seperti keganasan dalam kempen Pilihan Raya khususnya oleh penyokong PAS. Adakah pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 merangkumi membendung keganasan dan mengapakah akta-akta lain tidak begitu dikuatkuasakan dalam kempen Pilihan Raya seperti Akta Hasutan dan sebagainya. 5 AUM DR 1010912002 (PM #26860 v1)

(PM #25737 v1) 22. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) jumlah syarikat kepunyaan Petronas yang dilaburkan di luar negara dan nyatakan negara terlibat; dan

(b) ada tidak negara yang dilabur oleh Petronas mengalami kerugian jika ada di negara mana.

(PM #26027 v1) 23. Dato' Zulhasnan bin Rafique [Wangsa Maju] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) laedah dan manlaat kepada Malaysia di dalam mempromosikan gagasan ASEAN + 3 di dalam suasana ekonomi dan politik dunia yang tidak stabil ini; dan

(b) sama ada negara-negara maju, khususnya Amerika Syarikat, Eropah dan Australia menganggap cadangan mewujudkan Sekretariat ASEAN + 3 adalah satu ancaman kepada kekuatan ekonomi mereka.

(PM #26284 v1 ) 24. Puan Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minla MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian sedar dengan kewujudan sekolah agama ala swasta sebagai pilihan kepada sistem pendidikan Kebangsaan. Berapakah bilangannya dan apakah usaha Kementerian memastikan sekolah-sekolah ini menggunakan sistem pendidikan Kebangsaan.

(PM #25618 v1) 25. Tuan Chang See Ten [Gelang Patah] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-Iangkah yang lebih berkesan untuk mempertingkatkan perkhidmatan perubatan rawatan (curative medical services) dan perkhidmatan perubatan pencegahan (preventive medical services) di negara kita.

(PM #25946 v1) 26. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop [Alor Gajah] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyak borang perisytiharan cukai yang belum dipulangkan oleh pembayar cukai individu sehingga September, 2002 dan apakah dasar Lembaga Hasil Dalam Negeri berkaitan dengan pemulangan borang tersebut pada masa akan datang. 6 AUM DR 10/09/2002 (PM #26860 v1)

(PM #26796 v1) 27. Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan telah menerima pandangan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan pelbagai pihak termasuk bad an agama mengenai pengguguran janin yang berpunca dari hubungan sumbang mahram. 7 AUM DR 10/09/2002 (PM #26860 v1)

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL·USUL

1. (D.R. 7/2002) Rang Undang·undang Kesalahan Pili han Raya (Pindaan) 2002 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah "Bahawa Rang Undang·undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." [9 September 2002].

2. (D.R. 9/2002) Rang Undang-undang Akademi Undang­ Bacaan Kali undang Malaysia 2002. Yang Kedua

3. Menteri Kewangan akan mencadangkan:·

"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepada butiran baharu seperti benkut:-

"Kumpulan Wang Amanah Program Perumahan Rakyat Dimiliki"

(PM #25758 v1) 4. Tuan Che Ghani bin Che Ambak [Setlu] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong keputusan Dewan Undangan Negen Terengganu yang bersidang pada 7hb hingga 9hb Julai 2002 telah meluluskan Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) dengan tidak ada ahli yang membantah.

Bahawa Dewan ini bersetuju berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Artikel 74, Senarai II, Jadual Kesembilan - di mana Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut Agama Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negen.

Maka Dewan ini menggesa dan mengambil ketetapan supaya pihak polis dan semua pihak yang terlibat dengan kuatkuasa undang-undang hendaklah menjalankan tugas mereka secara professional membantu Kerajaan Negeri melaksanakan undang·undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan Nagen secara sah". 8 AUM DR 1010912002 (PM #26860 vi)

(PM #25768 v1) 5. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius lenlang wujudnya krisis keyakinan lerhadap Kerajaan ekoran pendakwaan dan hukuman penjara ke alas Kelua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Mohd. Ezam Mohd. Noor di bawah Akla Rahsia Rasmi kerana ianya lelah menyampai mesej kepada dunia bahawa di Malaysia, korupsi bukan salu jenayah tetapi membongkarkan korupsi adalah satu jenayah yang dahsyat.

Dewan ini juga memandang berat tentang kewajipan kita untuk mempertahankan Perlembagaan negara demi memastikan integriti instutisi-institusi urus tadbir Kerajaan dan reputasi antarabangsa Malaysia tidak terjejas oleh amalan "double standard" dan pemberian kekebalan kepada pemimpin atasan dari dakwaan kesalahan di sisi undang-undang.

Memandangkan lSI kandungan dokumen-dokumen sulit yang dibongkarkan oleh Mohd. Ezam adalah benar, maka Dewan ini membuat ketetapan menyeru Kerajaan menarik balik kekebalan dan mula mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian kerana lima kes korupsi dan Tan Sri Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka atas empat kes korupsi".

(PM #26076 v1) 6. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terburu-buru Kerajaan mewajibkan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di seluruh sekolah-sekolah di Malaysia."

Bahawa Dewan ini menyedari bahawa lindakan ini dilakukan kerana untuk menutup kelemahan serta kegagalan Kerajaan menyediakan prasarana yang mencukupi bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Dewan juga menyedari akan kedudukan pendidikan negara yang tidak boleh dipolitikkan secara sempit oleh mana-mana pihak tanpa membuat kajian terperinci mengenai kesan yang akan di tanggung oleh pelajar, guru dan masyarakat.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan tindak tanduk Menteri Pendidikan yang gagal berfungsi dengan baik dan hanya menjadi 'pak turut' kepada perubahan yang tidak mempunyai asas yang kukuh bersandarkan kepada kajian yang menyakinkan. 9 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 vI)

Dewan ini juga menyedari bahawa polisi Kementerian pendidikan perlu bebas dari politik kepartian sempit dan tidak melakukan ugutan melulu terhadap mana-mana pertubuhan yang membangkang dan tidak bersetuju dengan eadangan Kerajaan ini.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan polisi pendidikan negara yang sedang tercabar dan cuba dipermainkan oleh tindakan politik kotor beberapa kalangan pemimpin UMNO".

(PM #26077 v1) 7. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan meneadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman berbentuk terroris dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang mengakibatkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban serta beribu-ribu lagi mengalami kecederaan.

Bahawa Dewan ini merasa amat kesal dengan sikap 'double standard' kuasa-kuasa besar Barat khususnya Amerika Syarikat yang membisu terhadap kekejaman rejim Zionis ini terutamanya di bawah pimpinan Ariel Sharon yang merupakan seorang 'terroris' dan 'penjenayah perang' yang telah terlibat membunuh beribu-ribu umat Islam Palestin seeara zalim.

Malahan tindakan Zion is Israel menceroboh seria membunuh ratusan umat Islam di kem pelarian yang di bawah jagaan PBB di bandar Jenin dan Gaza yang adalah amat dikesali. Rejim ini juga tidak pemah menghormati sebarang resolusi yang dibuat oleh PBB terus berselindung di sebalik 'sokongan kuat Amerika Syarikat' bagi mengenepikan segala bantahan antarabangsa terhadap tindakan kejam mereka.

Dewan ini juga menyedari bahawa isu ini bukan persoalan umat Islam semata-mata, tetapi juga berkaitan dengan persoalan kemanusiaan sejagat yang melewati batasan agama, kaum dan sempadan.

Maka Dewan ini mengambil ketetapan agar mempertahankan kota Baitulmuqaddis di mana terletaknya Masjid AI-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta maruah umat Islam yang sedang tereabar ini". 10 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 vi)

(PM #26078 vi) 8. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menguluk sekeras-kerasnya lindakan Kerajaan Pusal yang lerus menerus mendisknminasikan Kerajaan negeri Terengganu dengan pelbagai lindakan yang lidak demokralik dan lidak bermaruah. Malahan perunlukan kewangan dan pembangunan lelah dijadikan senjala polilik bagi memporak-perandakan keamanan yang sedia ada di negen T erengganu.

Bahawa Dewan ini perlu diingalkan bahawa UMNO yang lelah memennlah Terengganu sejak 40 lahun dan laraf kemiskinan rakyal adalah negeri kedua lermiskin di Malaysia walaupun ia mendapal lebih RM7 billion hasil minyak sejak 22 lahun lalu. Kemiskinan serta pendenlaan rakyal Terengganu ini adalah hasil dan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan serta manipulasi yang lelah dilakukan oleh Kerajaan UMNO.

Dewan ini juga merakamkan kekesalan dengan lindakan yang tidak demokratik dan tidak bermaruah yang mengakibatkan rakyat Terengganu yang majoritinya berbangsa Melayu terus menjadi mangsa polilik kolor dan balas dendam UMNO yang tidak dapal menenma kenyalaan bahawa mereka lelah ditolak oleh 'kuasa rakyal' dalam pilihanraya lepas.

Dewan ini juga menyesali bahawa sehingga kini tindak-tanduk pemimpin­ pemimpin UMNO adalah amat biadap. Mereka terus 'memanipulasi kemiskinan rakyat' dengan sogokan dan ugulan dan pada masa yang sama terus-menerus lamak membina kekayaan din mereka sendin melalui projek-projek Persekutuan yang dicurahkan ke negeri T erengganu".

(PM #26113 vi) 9. Tuan Ramll bin Ibrahim [Kola Bahru] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil keputusan, sebagai menjaga dan menghormali semua pandangan yang disuarakan lidak berseluju dan lidak berkeyakinan penuh atas kepulusan Kabinet melaksanakan pengajaran mata pelajaran Sa ins dan Malemalik dalam Bahasa Inggens yang akan dilaksanakan lahun depan ilu dibual secara lerouru-buru.

Dan memandangkan, sehingga kini kata sepakat di anlara kaum, lermasuk dalam parti-parti komponen BN sendiri masih belum dicapai.

Dan memandangkan kaedah-kaedah pelaksanaan serta persediaan prasarana serta tenaga guru yang masih lidak menenlu. 11 AUM DR 1010912002 (PM #26860 v1)

Maka, demi bagi menjaga kepentingan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang sudah sekian lama te~alin menerusi dasar bahasa dan dasar pendidikan negara yang telah disepakati selama ini; dan dengan tiada ada bermaksud menafikan sama sekali kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang penting bagi menghadapi dunia globalisasi akan datang maka Dewan ini memutuskan supaya keputusan Kabinet untuk mengajar matapelajaran Matematik dan Sa ins dalam Bahasa Inggeris ditarikbalik dengan serta merta.

(PM#26114 v1) 10. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kola Bahru] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ,n, mengambil ketetapan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA (1960) dan seterusnya membebaskan semua tahanan politik sekarang ini, tanpa syarat".

(PM #26115 v1) 11. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kola Bahru] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan pendirian Kerajaan Amerika Syarikat yang masih tidak berubah bahawa Datuk Seri , bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dipenjarakan sekarang ini, adalah seorang tahanan palitik kerana penentangannya terhadap Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia, maka beliau hendaklah diberi hak perbicaraan secara adil, tanpa sebarang campur tangan kuasa legislatif dan beliau juga hendaklah diberi hak untuk mendapat rawatan di luar negeri mengikut pilihannya sendiri".

(PM #26726 v1) 12. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membincangkan Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 dalam semua aspek sebagai penjana kecemerlangan pendidikan. Dewan ini juga mahu membahaskan keputusan Kabinet untuk mengajar Matematik dan Sa ins dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Bahawa Dewan ini menyedari betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris tanpa menjejaskan pendidikan bahasa ibunda. Tetapi, Dewan ini hendak mendebatkan cara-cara yang sesuai untuk pendidikan, Matematik, Sains dan bahasa Inggeris." 12 AUM OR 10/09/2002 (PM #26860 v1)

(PM #26727 vI) 13. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan supaya memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan memuHhkan hak penduduk untuk memilih Datuk Bandar dengan tujuan meningkatkan keberkesanan Kerajaan Tempatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada penduduk di kawasan berkenaan".

(PM #26729 v1) 14. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk memansuhkan perintah yang memaksa para ahli akademik dan pelajar untuk menandatangani Surat Aku Janji di samping meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti demi menjamin kebebasan akademik di kampus."

(PM #26728 v1) 15. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menghormati hasrat penduduk Kampung Damansara untuk membuka semula bangunan asal SJK(C) Damansara di samping menubuhkan cawangan sekolah tersebut demi penduduk di kawasan Petaling Jaya yang lain dengan alasan (i) kawasan Petaling Jaya tidak mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina yang cukup untuk menampung kehendak penduduk di kawasan tersebut, (ii) bangunan SJK(C) Damansara masih berada dalam keadaan yang baik, (iii) Laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bunyi bising dan pencemaran udara di bangunan asal SJK(C) sebenamya telah jatuh berbanding dangan tempoh sebelum lebuhraya SPRINT dibina, (iv) SJK{C) Damansara merupakan sekolah rendah Cina yang tunggal dalam Seksyen 11, 12, 13,14, 16, 17 di Petaling Jaya dan (v) penduduk di Kampung Baru Damansara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengekalkan sekolah rendah tersebut".

(PM #26731 vI) 16. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bagi menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama Khas (Inter-religious Council) untuk memupuk persefahaman di antara agama yang berlainan di sam ping menangani masalah yang dihadapi oleh pertubuhan agama yang berlainan di negara kita." 13 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 vI)

(PM #26732 vI) 17. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ,m mengambil ketetapan untuk menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Parlimen untuk membetulkan kelemahan yang wujud dalam sistem operasi Parlimen pada masa kini, supaya Parlimen Malaysia boleh melucutkan label "rubber stamp" Kerajaan BN dan menjadi institusi penggubalan undang-undang yang bebas dan dihormati oleh kesemua Parlimen di rantau ASEAN".

(PM #26730 vI) 18. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bahawa Kerajaan harus mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatican sebagai usaha untuk memupuk persefahaman di antara agama dan kedamaian dunia. Hubungan diplomatik ini bukan sahaja dapat menonjolkan Malaysia sebagai negara majmuk yang mempunyai komitmen bersama dengan semua agama di dunia ini untuk memupuk kedamaian, keadilan, kejujuran dan solidanti kepada golongan yang miskin pada tahap Kebangsaan dan antarabangsa, ia juga membolehkan Malaysia untuk memainkan peranan penting dalam proses dialog di antara agama Islam dan Kristian dan juga pendamaian dunia".

(PM #26828 vI) 19. Tuan Muhamad bin Mustafa [Perlngat] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa supaya Kerajaan membuat kajian dan menimbang pandangan dan kehendak rakyat yang teramai agar mereka diberi cuti 2 han dalam seminggu iaitu han Ahad dan Sabtu pada setiap minggu, manakala han-han yang lain dijadikan hari beke~a penuh, bukan kerja separuh han."

(PM #26829 vI) 20. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan agar memberi kemudahan cuti selama 4 bulan 10 hari kepada wanita yang menjadi kakitangan Kerajaan dan swasta untuk menunaikan tanggungjawab Fardu Ain benddah kerana kematian suaminya di mana beliau tidak boleh keluar dan perkarangan rumahnya dalam tempoh tersebut. 14 AUM DR 10109/2002 (PM #26860 v1)

(PM #26830 v1) 21. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan agar menambahkan lagi bantuan per kapita, kemudahan asas dan kompuler kepada sekolah-sekolah agama rakyat supaya pelajar-pelajar yang belajar di Institusi ini tidak ketinggalan dan dapat menikmati kemudahan yang sewajarnya, memandangkan Institusi pendidikan ini sudah begitu banyak berjasa dan khidmatnya kepada rakyat serta membantu pembangunan negara dan meringankan beban Kerajaan."

(PM #26831 v1) 22. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan agar menambah amaun bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bemasib baik agar mereka dapat hidup sebagaimana sewajarnya, memandangkan peningkatan harga barang-barang keperluan semasa."

(PM #26832 v1) 23. Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa supaya Kerajaan mendidik, membimbing dan mendisiplinkan media massa perdana agar tidak menjadi batu api, pengadu dumba dan pengacum yang melaga-Iagakan rakyat dan pemimpin, satu golongan dengan golongan yang lain yang boleh menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan perpaduan, agama dan negara. Kerajaan juga harus memastikan dalang~alang dan pengkhianat yang menangguk di air keruh di sebalik media massa perdana berkenaan." 15 AUM DR 10/09/2002 (PM #26860 v1)

RlSALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2002 DIBENTANGKAN

CMD.10 Penyata Anggaran Perbelanjaan 10 September, 2002 Mengurus Tambahan Ketiga, 2002.

CMD.10A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 10 September, 2002 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Ketiga, 2002 Bagi Kerajaan Malaysia.

CMD.11 Penyata Anggaran Perbelanjaan 10 September, 2002 Pembangunan (Tambahan) (Bil. 3) Tahun 2002.

CMD. 11A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 10 September, 2002 Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga, 2002 Bagi Kerajaan Malaysia.

CMD.12 Penyata Keluaran Wang Daripada 10 September, 2002 Kumpulan Wang Luar Jangka Bagi T empoh 25 Mei 2002 Hingga 5 Ogos 2002.

ST. 138 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 10 September, 2002 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2001.

ST. 139 Penyata Keluaran Wang Daripada 10 September, 2002 Simpanan Luar Jangka Bagi Tempoh 25 Mei 2002 Hingga 5 Ogos 2002.

ST. 147 Pindaan Kertas Statut 102 T ahun 1980 10 September, 2002 Elaun-elaun dan Keistimewaan- keistimewaan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di- Pertua Dewan Rakyat.

ST. 168 Laporan T ahunan dan Penyata Kewangan 10 September, 2002 Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri bagi tahun 2000.